1 00:00:06,068 --> 00:00:09,947 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,198 --> 00:00:13,159 Apa itu kebenaran? 3 00:00:13,242 --> 00:00:15,327 Saya bersumpah… 4 00:00:15,411 --> 00:00:19,874 Semasa kecil, kita belajar bahawa ada fakta yang tidak boleh dipertikaikan. 5 00:00:21,083 --> 00:00:24,462 Namun, jika anda penzalim di dunia yang huru-hara, 6 00:00:24,962 --> 00:00:28,883 kebenaran sering menyusahkan. 7 00:00:30,092 --> 00:00:33,637 Kebenaran ialah masalah bagi pemimpin autoritarian atau kejam 8 00:00:33,721 --> 00:00:36,474 kerana kebenaran mengundang pertikaian. 9 00:00:36,557 --> 00:00:40,895 Kebenaran mengatakan kita boleh mempersoalkan kisah yang diberi. 10 00:00:42,146 --> 00:00:46,192 Tidak ramai penzalim memerangi kebenaran seperti lelaki ini, 11 00:00:47,193 --> 00:00:48,569 Joseph Stalin, 12 00:00:50,321 --> 00:00:54,742 yang menggunakan propaganda, maklumat palsu dan beberapa helah lain 13 00:00:54,825 --> 00:00:58,662 untuk mengekalkan kawalan penuh ke atas Kesatuan Soviet yang luas. 14 00:01:00,206 --> 00:01:03,751 Stalin memberi asas realiti kepada orang ramai. 15 00:01:04,502 --> 00:01:05,503 Ia sangat mudah, 16 00:01:05,586 --> 00:01:09,882 jika ia menjaga kepentingan Revolusi, maka ia benar. 17 00:01:10,633 --> 00:01:14,303 Dengan memahiri buku panduan, Stalin bukan saja mengawal hidup… 18 00:01:14,386 --> 00:01:16,847 "Kebebasan rakyat" sudah tidak wujud. 19 00:01:16,931 --> 00:01:19,934 …dia mengawal minda rakyat juga. 20 00:01:24,271 --> 00:01:26,690 MENGAWAL KEBENARAN 21 00:01:26,774 --> 00:01:30,778 Semasa pemerintahan Stalin selama tiga dekad ke atas Kesatuan Soviet, 22 00:01:30,861 --> 00:01:34,907 dia menghancurkan semua institusi yang berani mencabar kuasa negara. 23 00:01:34,990 --> 00:01:36,992 Untuk memahami caranya, 24 00:01:37,076 --> 00:01:40,538 anda perlu tahu fakta penting tentang lelaki itu sendiri. 25 00:01:40,621 --> 00:01:44,291 FAKTA #1 - STALIN LAHIR DI GEORGIA DAN NAMANYA BUKAN STALIN 26 00:01:44,375 --> 00:01:47,503 Stalin lahir sebagai Ioseb Dzhugashvili 27 00:01:47,586 --> 00:01:53,050 di pekan kecil Georgia kecil, Gori, di pinggir Empayar Rusia. 28 00:01:53,884 --> 00:01:57,346 Selepas itu, dia pilih untuk menggunakan nama Stalin. 29 00:01:57,429 --> 00:02:00,599 Stalin berasal daripada perkataan Rusia stal, 30 00:02:00,683 --> 00:02:02,226 yang bermaksud "besi". 31 00:02:03,269 --> 00:02:06,647 Pada usia awal 20-an, Stalin menyertai Bolshevik, 32 00:02:06,730 --> 00:02:10,109 pemberontak Marxis yang mahu menggulingkan kerajaan Rusia. 33 00:02:10,192 --> 00:02:11,944 Mereka menggunakan keganasan. 34 00:02:12,027 --> 00:02:15,739 Stalin sendiri menjadi ketua geng pengganas kecil. 35 00:02:16,323 --> 00:02:19,785 Stalin ditangkap berkali-kali dan dihantar ke Siberia, 36 00:02:20,578 --> 00:02:23,164 tetapi dia lari dan menyertainya semula. 37 00:02:23,247 --> 00:02:27,251 Mereka yang terselamat menjadi lebih keras dan kuat. 38 00:02:30,171 --> 00:02:32,882 Stalin menarik perhatian Lenin 39 00:02:32,965 --> 00:02:36,677 kerana kebolehannya untuk menyelesaikan sesuatu. 40 00:02:36,760 --> 00:02:39,513 Apabila Bolshevik mengambil kuasa pada 1917, 41 00:02:39,597 --> 00:02:43,184 Lenin melantik Stalin sebagai ketua kementerian yang penting. 42 00:02:43,392 --> 00:02:48,314 Pada tahun 1922, Stalin dinamakan Setiausaha Agung Parti Komunis 43 00:02:48,397 --> 00:02:51,525 yang merupakan jawatan birokratik pada masa itu. 44 00:02:52,067 --> 00:02:56,780 Orang lain memandang rendah dan menganggapnya hanya sebagai kerani. 45 00:02:56,864 --> 00:03:01,410 Itu rancangan yang Stalin sengaja lakukan 46 00:03:01,493 --> 00:03:04,455 supaya orang tidak menganggap dia sebagai ancaman. 47 00:03:05,206 --> 00:03:10,294 Jadi begitulah cara Stalin mendapat kuasa dan pengaruh. 48 00:03:10,377 --> 00:03:13,505 Namun, untuk melonjak ke tahap penzalim, 49 00:03:13,589 --> 00:03:17,885 dia masih perlu mengatasi pesaingnya dan lari dari masa silamnya. 50 00:03:18,385 --> 00:03:20,971 Mujurlah, buku panduan ada taktik sempurna 51 00:03:21,055 --> 00:03:23,015 untuk memadam masa lampau. 52 00:03:23,724 --> 00:03:26,685 TAKTIK TULIS SEMULA SEJARAH 53 00:03:28,562 --> 00:03:33,567 Ada orang kata, "Orang yang mengawal masa lalu, juga mengawal masa depan." 54 00:03:37,321 --> 00:03:39,490 Stalin ialah pelajar sejarah. 55 00:03:39,573 --> 00:03:42,952 Dia sedar bahawa anda tidak boleh berdiam diri 56 00:03:43,035 --> 00:03:46,956 dan menunggu peraturan sejarah untuk berhasil. 57 00:03:47,039 --> 00:03:49,041 Ia perlu dikuatkuasakan. 58 00:03:49,667 --> 00:03:52,294 Benar bagi Stalin dan mereka juga. 59 00:03:54,338 --> 00:03:57,174 Dalam usaha untuk mengembalikan maruah negara, 60 00:03:57,258 --> 00:03:59,385 Hitler mengarahkan pegawai Nazi 61 00:03:59,468 --> 00:04:02,888 untuk memusnahkan memorial Perang Dunia Pertama di Eropah 62 00:04:02,972 --> 00:04:06,600 dan memadam bukti kekalahan Jerman sebelum itu. 63 00:04:06,976 --> 00:04:09,603 Rejim Kim di Korea Utara berkeras 64 00:04:09,687 --> 00:04:13,190 bahawa Korea Selatan melepaskan tembakan pertama dalam Perang Korea, 65 00:04:13,274 --> 00:04:17,278 walhal ia bermula apabila Korea Utara menyerang Seoul, 66 00:04:19,071 --> 00:04:20,906 manakala Mao Zedong menafikan 67 00:04:20,990 --> 00:04:25,411 bahawa ada rakyat China kebuluran disebabkan rancangan Kemaraan Raksasa, 68 00:04:26,036 --> 00:04:29,832 walaupun bukti menunjukkan kebuluran itu membunuh 45 juta orang. 69 00:04:33,419 --> 00:04:36,964 Menjelang 1923, kesihatan Vladimir Lenin semakin merosot. 70 00:04:37,506 --> 00:04:42,011 Stalin, bersama pegawai lain, Lev Kamenev dan Grigory Zinoviev, 71 00:04:42,094 --> 00:04:44,430 dilantik untuk memerintah negara. 72 00:04:44,513 --> 00:04:47,808 Sementara itu, Stalin merancang langkah seterusnya. 73 00:04:50,894 --> 00:04:54,148 Stalin perlu menunjukkan 74 00:04:54,356 --> 00:04:58,068 bahawa dia merupakan pewaris Lenin 75 00:04:58,777 --> 00:05:01,655 dan mereka berkongsi visi. 76 00:05:02,740 --> 00:05:06,243 Namun, dia mempunyai masalah kecil. 77 00:05:06,827 --> 00:05:10,039 Pada akhir hayatnya, Lenin curiga terhadap Stalin. 78 00:05:10,789 --> 00:05:14,543 Dia kata, "Stalin terlalu biadab. Dia terlalu tak bertoleransi. 79 00:05:14,626 --> 00:05:16,587 Jika dia dibenarkan begini, 80 00:05:16,670 --> 00:05:19,256 saya takut dia akan memecahbelahkan parti." 81 00:05:20,424 --> 00:05:24,595 Januari 1924. Lenin terbaring di ambang maut. 82 00:05:24,678 --> 00:05:26,972 Jadi kini, Stalin memulakan proses 83 00:05:27,056 --> 00:05:30,851 untuk menunjukkan bahawa mereka memiliki hubungan yang baik. 84 00:05:31,810 --> 00:05:33,520 Selepas kematian Lenin, 85 00:05:33,604 --> 00:05:37,024 Stalin terus mengambil kuasa dan merancang pengebumiannya. 86 00:05:38,359 --> 00:05:42,112 Stalin mula memberi ceramah tentang falsafah Leninis. 87 00:05:44,073 --> 00:05:48,285 Dia meluluskan pembinaan makam untuk Lenin di tengah Dataran Merah. 88 00:05:49,078 --> 00:05:52,289 Untuk membuktikan hubungan mereka yang rapat, 89 00:05:52,373 --> 00:05:56,043 Stalin mengedarkan gambar peribadi dirinya bersama Lenin. 90 00:05:57,503 --> 00:06:01,048 Namun, gambar itu diedit agar dia kelihatan lebih besar 91 00:06:01,131 --> 00:06:04,176 dan Lenin lebih kecil di sebelah pewarisnya 92 00:06:04,885 --> 00:06:07,846 serta merapatkan jarak mereka. 93 00:06:07,930 --> 00:06:11,517 Sebagai bonus, mereka menghaluskan kulit Stalin 94 00:06:11,600 --> 00:06:14,019 yang dipenuhi kesan cacar semasa kecil 95 00:06:14,103 --> 00:06:15,771 dan memanjangkan lengannya 96 00:06:15,854 --> 00:06:19,191 yang rosak akibat kemalangan kereta kuda semasa kecil. 97 00:06:19,274 --> 00:06:22,236 Ini salah satu Photoshop pertama dalam sejarah. 98 00:06:23,237 --> 00:06:27,991 Usaha Stalin untuk mengolah semula hubungannya dengan Lenin berhasil. 99 00:06:28,075 --> 00:06:29,743 Dalam lima tahun seterusnya, 100 00:06:29,827 --> 00:06:33,163 Stalin mengukuhkan kedudukan di puncak kerajaan Soviet, 101 00:06:33,330 --> 00:06:37,584 mengetepikan semua persaingan untuk mendapatkan kuasa mutlak. 102 00:06:38,085 --> 00:06:41,088 Dia menjadi pemimpin tunggal Kesatuan Soviet. 103 00:06:41,797 --> 00:06:47,302 Sejak itu, Stalin mencipta sejarah Parti Komunis versinya sendiri 104 00:06:48,011 --> 00:06:51,348 dan semua orang diajar sejarah dari pandangan itu. 105 00:06:52,349 --> 00:06:55,310 Namun, mengubah masa silam tidak membantu 106 00:06:55,394 --> 00:07:00,190 jika rakyat anda memiliki akses kepada sumber maklumat terkini. 107 00:07:00,274 --> 00:07:03,152 Jika anda ingin kebenaran memihak kepada anda, 108 00:07:03,235 --> 00:07:04,987 anda baru saja bermula. 109 00:07:05,070 --> 00:07:08,240 TAKTIK TAPIS SEGALANYA 110 00:07:11,910 --> 00:07:15,289 Salah satu alat paling berkuasa yang dimiliki pemimpin 111 00:07:15,372 --> 00:07:17,166 ialah sumber pengawal maklumat. 112 00:07:18,750 --> 00:07:23,464 Apabila anda boleh menutup rangkaian maklumat itu, 113 00:07:23,547 --> 00:07:27,885 anda boleh memilih penceritaan yang digemari 114 00:07:27,968 --> 00:07:31,722 dan menjadikannya realiti rakyat anda. 115 00:07:32,764 --> 00:07:35,267 Stalin tidak perlu melakukannya sendiri. 116 00:07:36,643 --> 00:07:38,270 Dia ada kelebihan awal. 117 00:07:38,353 --> 00:07:42,149 Stalin telah mewarisi pemerintahan diktator totalitarian. 118 00:07:42,900 --> 00:07:45,944 Mereka sudah pun mengawal media sepenuhnya. 119 00:07:46,570 --> 00:07:49,573 Memang ada penapisan di bawah pemerintahan Tsar, 120 00:07:49,656 --> 00:07:53,243 tetapi ia begitu kecil berbanding pemerintahan Stalin. 121 00:07:54,244 --> 00:07:56,497 Berkenaan dengan subjek yang dilarang, 122 00:07:57,664 --> 00:07:59,458 Stalin melarang semuanya. 123 00:07:59,541 --> 00:08:01,877 Pendapatan individu. Dilarang. 124 00:08:01,960 --> 00:08:05,005 Kenaikan harga, apa-apa tentang kekurangan makanan 125 00:08:05,088 --> 00:08:07,216 atau kelaparan. Jangan dibincangkan. 126 00:08:07,299 --> 00:08:11,011 Statistik jenayah, pengangguran atau kadar gelandangan. Skandal. 127 00:08:11,094 --> 00:08:15,015 Bencana alam atau buatan manusia seperti gempa bumi atau pesawat terhempas, 128 00:08:15,098 --> 00:08:18,143 berita keadaan penjara dan iklan barangan asing. 129 00:08:18,227 --> 00:08:19,561 Tunggu, ada lagi. 130 00:08:20,103 --> 00:08:23,732 Nama pegawai dan pasangan mereka, adanya ubat-ubatan 131 00:08:23,815 --> 00:08:26,360 dan apa-apa tentang seni bina Kremlin 132 00:08:26,443 --> 00:08:29,363 atau pembaikan Teater Bolshoi, tentu sekali. 133 00:08:31,240 --> 00:08:34,243 Di bawah pemerintahan Stalin, perpustakaan dimusnahkan 134 00:08:34,326 --> 00:08:35,369 ADEGAN DITAPIS 135 00:08:35,452 --> 00:08:39,289 atau teks yang dianggap melampau oleh kerajaan telah dilarang 136 00:08:40,040 --> 00:08:43,544 untuk melindungi minda rakyat Soviet yang mudah terpengaruh 137 00:08:43,627 --> 00:08:46,672 daripada watak seperti Sherlock Holmes. 138 00:08:46,755 --> 00:08:50,217 Kenapa Sherlock Holmes? Dia memiliki pendapat sendiri. 139 00:08:50,926 --> 00:08:55,639 Mungkin terlalu bersifat individu untuk fahaman Stalin yang kolektif. 140 00:08:55,722 --> 00:08:58,433 Serta Robinson Crusoe. 141 00:08:58,517 --> 00:09:01,144 Robinson Crusoe ialah wira kapitalis. 142 00:09:01,228 --> 00:09:04,565 Dia berdaya usaha. Dia guna sumber yang ada dan selamat. 143 00:09:06,191 --> 00:09:08,569 Jika anda fikir penapisan buku melampau, 144 00:09:09,695 --> 00:09:13,323 lihatlah perkara yang terjadi apabila krisis sebenar melanda. 145 00:09:13,407 --> 00:09:15,158 Pada penghujung 1920-an, 146 00:09:15,242 --> 00:09:18,537 untuk menjana pendapatan bagi transformasi ekonomi, 147 00:09:18,620 --> 00:09:23,500 Stalin memulakan proses reformasi terhadap pertanian Soviet 148 00:09:23,584 --> 00:09:26,253 dengan cara perladangan kolektif. 149 00:09:27,045 --> 00:09:29,840 Mereka memutuskan untuk menjadikan petani 150 00:09:29,923 --> 00:09:33,176 sebagai pengeluar untuk bandar, tentera dan eksport. 151 00:09:34,761 --> 00:09:36,471 Hasilnya ialah kebuluran. 152 00:09:36,680 --> 00:09:39,516 DUA TAHUN SELEPAS STALIN MENJADI DIKTATOR 153 00:09:40,726 --> 00:09:44,187 Berjuta-juta orang di Ukraine mengalami kelaparan 154 00:09:44,771 --> 00:09:46,231 hingga menjadi kanibal. 155 00:09:46,898 --> 00:09:52,863 Ia tidak dilaporkan dalam akhbar dan orang tak tahu ia berlaku. 156 00:09:52,946 --> 00:09:56,033 Daripada mengakui bahawa strategi itu satu kesilapan, 157 00:09:56,116 --> 00:10:00,078 dia memutuskan untuk mengorbankan berjuta-juta nyawa ini 158 00:10:00,662 --> 00:10:02,914 sebagai matlamat yang lebih penting 159 00:10:02,998 --> 00:10:06,251 iaitu memelihara sistem sosialis yang sedia ada. 160 00:10:06,460 --> 00:10:09,171 Jadi Stalin mencipta realitinya sendiri. 161 00:10:09,379 --> 00:10:11,131 Semua terkawal. 162 00:10:11,214 --> 00:10:14,134 Ia akan diuruskan sekejap saja lagi. 163 00:10:14,217 --> 00:10:15,135 Pada masa sama, 164 00:10:16,053 --> 00:10:21,183 Stalin menutup Ukraine dari pandangan dunia. 165 00:10:21,808 --> 00:10:23,352 Namun begitu, 166 00:10:23,435 --> 00:10:28,774 media antarabangsa dapat menghidu dan melaporkan berita itu. 167 00:10:29,358 --> 00:10:30,484 Patuhi buku panduan 168 00:10:30,567 --> 00:10:33,737 dan anda tak perlu menangani masalah ini seorang diri. 169 00:10:34,988 --> 00:10:37,991 TAKTIK MENAWAN HATI ORANG LUAR 170 00:10:40,535 --> 00:10:43,413 Pada tahun 1930-an, ramai orang di Barat, 171 00:10:43,497 --> 00:10:45,707 lebih lagi liberal dan bersayap kiri, 172 00:10:45,791 --> 00:10:48,669 beranggapan Kesatuan Soviet menawarkan alternatif 173 00:10:48,752 --> 00:10:50,671 untuk Zaman Meleset kapitalis, 174 00:10:50,754 --> 00:10:54,216 jadi mereka tak percaya tentang keburukan Kesatuan Soviet. 175 00:10:55,384 --> 00:11:01,139 Lenin yang memerintah sebelum Stalin ada gelaran untuk sekutu tidak diduga ini. 176 00:11:02,849 --> 00:11:04,267 Si bodoh yang berguna. 177 00:11:05,477 --> 00:11:08,939 Anda gunakan kelemahan yang mereka miliki, 178 00:11:09,648 --> 00:11:11,817 contohnya ego mereka, melalui duit, 179 00:11:12,401 --> 00:11:16,154 agar mereka mempersetujui naratif anda 180 00:11:16,238 --> 00:11:21,743 yang akan memberi kredibiliti dan kesahihan kepada rejim anda. 181 00:11:21,827 --> 00:11:25,080 Bukan Stalin saja yang tahu helah ini. 182 00:11:27,207 --> 00:11:29,042 Hitler pada awalnya disokong 183 00:11:29,126 --> 00:11:32,129 oleh Duke dan Duchess Windsor dan Charles Lindbergh, 184 00:11:32,212 --> 00:11:34,339 yang membantu menaikkan imejnya. 185 00:11:34,589 --> 00:11:38,343 Ketika dunia menentang kezaliman Fidel Castro di Cuba, 186 00:11:38,427 --> 00:11:41,221 penulis Colombia, Gabriel García Márquez, 187 00:11:41,304 --> 00:11:44,057 kekal sebagai kawan yang mempertahankannya. 188 00:11:45,100 --> 00:11:48,979 Kim Jong-Un dari Korea Utara mendapat sokongan yang tak disangka 189 00:11:49,062 --> 00:11:52,023 daripada bekas bintang NBA, Dennis Rodman. 190 00:11:55,193 --> 00:11:57,070 Stalin lebih memahiri taktik ini. 191 00:11:57,154 --> 00:12:00,282 Dia menjemput penulis dan pemikir bersayap kiri, 192 00:12:00,365 --> 00:12:05,036 seperti George Bernard Shaw, HG Wells dan Jean-Paul Sartre 193 00:12:05,120 --> 00:12:09,040 untuk melihat sendiri utopia sosialis yang mereka impikan. 194 00:12:09,666 --> 00:12:12,294 Namun, untuk dunia mempercayai kebenaran ini, 195 00:12:12,377 --> 00:12:16,339 Stalin perlu meyakinkan suara yang dipercayai 196 00:12:17,382 --> 00:12:19,217 seperti Walter Duranty. 197 00:12:19,509 --> 00:12:21,553 KETUA BIRO NEW YORK TIMES DI MOSCOW 198 00:12:21,636 --> 00:12:25,891 Duranty menjadi wakil New York Times di Moscow sejak 1922, 199 00:12:25,974 --> 00:12:28,310 namun dalam kalangan rakan wartawan, 200 00:12:28,393 --> 00:12:33,398 Duranty dikenali sebagai kaki perempuan dan berkaki palsu berbanding prinsipnya. 201 00:12:34,900 --> 00:12:37,611 Khabar angin tentang cita -cita dan kelakuannya 202 00:12:37,694 --> 00:12:39,529 tersebar hingga ke Kremlin, 203 00:12:39,613 --> 00:12:43,825 dan Stalin melihat potensi wartawan ini 204 00:12:43,909 --> 00:12:47,788 untuk membantu mengalih perhatian daripada kebuluran yang berlaku. 205 00:12:48,747 --> 00:12:52,542 Stalin menawarkan kepada Duranty temu bual eksklusif di Kremlin 206 00:12:54,544 --> 00:12:59,758 untuk menerangkan kebaikan komunisme dan rancangannya untuk kemakmuran Soviet. 207 00:13:00,675 --> 00:13:03,345 Duranty berterima kasih untuk akses itu. 208 00:13:03,428 --> 00:13:06,932 Dia menulis artikel yang memuji ketua Soviet itu. 209 00:13:08,099 --> 00:13:10,477 Duranty dijemput melawat Ukraine, 210 00:13:11,102 --> 00:13:14,147 yang selalunya tidak menerima wartawan asing. 211 00:13:14,231 --> 00:13:16,149 Mereka membawanya ke Ukraine 212 00:13:16,233 --> 00:13:20,028 dan memilih tempat yang tiada kebuluran untuk ditunjuk kepadanya. 213 00:13:22,364 --> 00:13:25,075 Namun, ketika memasuki kawasan kampung, 214 00:13:26,993 --> 00:13:29,621 realitinya tidak dapat dinafikan lagi. 215 00:13:31,414 --> 00:13:33,208 Adakah dia melaporkan kebenaran? 216 00:13:34,793 --> 00:13:35,627 Tidak. 217 00:13:37,712 --> 00:13:42,926 Dia menulis artikel bahawa khabar angin tentang kebuluran telah dibesar-besarkan. 218 00:13:43,009 --> 00:13:47,180 Lebih mengagumkan, laporan palsu Duranty memenangi Hadiah Pulitzer 219 00:13:48,723 --> 00:13:52,602 dan membentuk reputasi Stalin di seluruh dunia. 220 00:13:54,896 --> 00:13:57,399 Setelah anda menetapkan penapisan 221 00:13:57,482 --> 00:14:00,151 serta sekutu untuk melenyapkan berita buruk, 222 00:14:01,236 --> 00:14:04,155 mari memerangi kebenaran pada tahap seterusnya. 223 00:14:04,739 --> 00:14:09,661 Untuk melakukannya, anda perlu menyasarkan institusi yang paling suci. 224 00:14:10,161 --> 00:14:14,875 TAKTIK MUSNAHKAN TUHAN 225 00:14:17,711 --> 00:14:22,716 Agama selalunya menjawab persoalan yang tidak boleh dijawab. 226 00:14:25,093 --> 00:14:28,263 Apa erti kehidupan? Kenapa kita di sini? 227 00:14:29,347 --> 00:14:33,476 Sebagai penzalim, hanya ada ruang untuk satu sumber kebenaran rohani, 228 00:14:34,686 --> 00:14:38,106 dan andalah sumber itu. 229 00:14:39,274 --> 00:14:42,444 Stalin mahu lihat agama dimusnahkan. 230 00:14:43,403 --> 00:14:49,200 Bukan saja kerana ajaran agama menjadi penawar bagi orang ramai. 231 00:14:49,284 --> 00:14:51,244 Mereka menentang gereja 232 00:14:51,328 --> 00:14:55,916 kerana ia memiliki emas, permata dan karya seni yang berharga. 233 00:14:56,124 --> 00:15:02,380 Kekayaan yang Stalin perlukan untuk membina negara Soviet. 234 00:15:03,131 --> 00:15:07,677 Untuk menghalang kepercayaan agama, anda tidak boleh hanya menindas agama. 235 00:15:08,845 --> 00:15:10,597 Anda perlu menggantikannya. 236 00:15:11,473 --> 00:15:16,019 Untuk menggantikan agama, Kesatuan Soviet menyediakan dogma sendiri. 237 00:15:16,102 --> 00:15:19,272 Ia dipanggil Marxisme-Leninisme. 238 00:15:19,356 --> 00:15:20,941 Tiada Krismas dan Easter… 239 00:15:21,608 --> 00:15:24,152 Kesatuan Soviet mencipta perayaan sendiri. 240 00:15:26,029 --> 00:15:27,697 Hari Pekerja, Hari Buruh 241 00:15:27,781 --> 00:15:32,202 dan 7 November iaitu ulang tahun Bolshevik berkuasa. 242 00:15:33,286 --> 00:15:35,413 Untuk menggantikan Jesus dan santo, 243 00:15:35,622 --> 00:15:38,416 rejim Stalin menaikkan taraf pejuang Komunis 244 00:15:38,500 --> 00:15:40,919 untuk dicontohi dan disanjungi rakyat, 245 00:15:41,628 --> 00:15:42,963 seperti budak ini. 246 00:15:44,047 --> 00:15:45,423 Menurut kisah, 247 00:15:45,507 --> 00:15:50,387 Pavlik Morozov berusia 13 tahun ialah pelajar contoh dan komunis muda 248 00:15:50,470 --> 00:15:53,848 yang tinggal di kampung kecil di Pergunungan Ural. 249 00:15:53,932 --> 00:15:57,644 Namun, semasa Kebuluran Besar, kesetiaannya telah diuji. 250 00:15:59,688 --> 00:16:04,109 Dia dapat tahu ayahnya menyimpan bijirin dan menjualnya untuk keuntungan… 251 00:16:06,611 --> 00:16:10,156 lalu Pavlik yang muda itu membuat pilihan patriotik. 252 00:16:10,824 --> 00:16:12,659 Dia melaporkan ayahnya 253 00:16:12,742 --> 00:16:15,704 dan memaklumkan polis rahsia tentang jenayah itu. 254 00:16:19,165 --> 00:16:24,254 Namun, pak cik, datuk dan sepupunya tidak puas hati. 255 00:16:25,630 --> 00:16:29,634 Mereka mengekori Pavlik ke hutan dan membunuhnya. 256 00:16:33,847 --> 00:16:37,142 Apabila akhbar Soviet melaporkan jenayah dahsyat itu, 257 00:16:37,726 --> 00:16:39,436 Pavlik menjadi wira 258 00:16:41,021 --> 00:16:43,023 dan saudara-maranya dihukum. 259 00:16:44,858 --> 00:16:47,902 Stalin memastikan kisah Pavlik diabadikan. 260 00:16:48,528 --> 00:16:54,784 Kisahnya diceritakan dalam lagu, drama, buku dan opera panjang. 261 00:16:57,245 --> 00:16:59,622 Namun, kisah wira ini ada kejutannya. 262 00:17:00,832 --> 00:17:02,500 Cerita itu mungkin palsu. 263 00:17:02,584 --> 00:17:04,586 Sejak tamatnya Kesatuan Soviet, 264 00:17:04,669 --> 00:17:09,340 kami mendapati bahawa Pavlik Morozov ialah mitos rekaan Soviet 265 00:17:09,841 --> 00:17:12,093 sebagai usaha propaganda mereka. 266 00:17:13,678 --> 00:17:17,474 Jika anda rasa itu penting, anda tidak beri perhatian. 267 00:17:18,516 --> 00:17:22,812 Apabila anda menggantikan agama dengan negara, kebenaran anda lebih suci. 268 00:17:23,730 --> 00:17:28,526 Namun, sesetengah rakyat anda akan berpegang pada satu lagi kebenaran 269 00:17:28,610 --> 00:17:31,196 iaitu fakta saintifik. 270 00:17:31,279 --> 00:17:34,949 Jangan risau. Anda boleh menanganinya juga. 271 00:17:35,033 --> 00:17:38,870 TAKTIK CEMARKAN SAINS 272 00:17:41,956 --> 00:17:45,043 Seluruh budaya sains dan penyelidikan 273 00:17:45,126 --> 00:17:47,462 yang memiliki fakta objektif 274 00:17:47,545 --> 00:17:52,842 dan kesimpulan yang lahir bukan daripada ideologi, tetapi fakta, 275 00:17:52,926 --> 00:17:54,385 ia pasti dibenci penzalim. 276 00:17:54,469 --> 00:17:59,390 Sudah tentu, kerana saintis fikir kebenaran mereka lebih hebat. 277 00:17:59,974 --> 00:18:02,268 Namun, tidak mungkin itu benar. 278 00:18:04,562 --> 00:18:06,523 Diktator Sepanyol, Francisco Franco 279 00:18:06,606 --> 00:18:09,651 membubarkan lembaga penyelidikan saintifik negara 280 00:18:09,734 --> 00:18:11,694 dan menolak teori seperti evolusi 281 00:18:11,778 --> 00:18:16,116 yang partinya anggap tidak serasi dengan kepercayaan Kristian mereka. 282 00:18:16,491 --> 00:18:18,910 Hitler dan Reich Ketiga mengawal ketat 283 00:18:18,993 --> 00:18:21,788 bidang sains yang boleh diceburi, 284 00:18:21,871 --> 00:18:24,999 dan pernah menolak relativiti dan mekanik kuantum 285 00:18:25,083 --> 00:18:27,752 untuk bidang seperti fizik Arya. 286 00:18:28,044 --> 00:18:30,046 Presiden Yaya Jammeh dari Gambia 287 00:18:30,130 --> 00:18:33,174 dilaporkan memaksa beribu orang yang menghidap HIV 288 00:18:33,258 --> 00:18:37,512 untuk menolak rawatan tradisional dan menggunakan penawarnya sendiri 289 00:18:37,595 --> 00:18:41,307 yang dia dakwa boleh menghapuskan virus dalam masa tiga hari. 290 00:18:41,391 --> 00:18:43,393 Sudah tentulah, ia gagal. 291 00:18:45,270 --> 00:18:48,148 Pandangan Stalin terhadap bidang sains 292 00:18:48,231 --> 00:18:52,527 telah ditetapkan oleh dogma ideologinya. 293 00:18:52,610 --> 00:18:56,948 Jika fakta-fakta tertentu tidak sesuai, ia boleh diabaikan 294 00:18:57,031 --> 00:19:00,577 dan saintis diberi ganjaran untuk mengabaikan fakta itu. 295 00:19:00,660 --> 00:19:05,331 Ahli biologi revolusi, Trofim Lysenko, benar-benar memahami hakikat ini. 296 00:19:05,999 --> 00:19:08,376 AHLI BIOLOGI DAN GENETIK PERTANIAN 297 00:19:08,585 --> 00:19:10,879 Lysenko pasti bahawa penyelesaian 298 00:19:10,962 --> 00:19:13,548 untuk kekurangan makanan Kesatuan Soviet 299 00:19:13,631 --> 00:19:17,051 adalah dengan menggunakan prinsip Marxis terhadap tumbuhan. 300 00:19:17,135 --> 00:19:18,386 Dia sangat mengarut. 301 00:19:18,469 --> 00:19:22,098 Contohnya, dia mendedahkan bijirin kepada kesejukan 302 00:19:22,182 --> 00:19:25,977 agar generasi akan datang akan lebih tahan sejuk. 303 00:19:26,561 --> 00:19:28,229 Memang tidak masuk akal, 304 00:19:28,938 --> 00:19:33,443 tapi dia merangka idea ini untuk lebih mendekati prinsip Marxis. 305 00:19:33,943 --> 00:19:35,653 Stalin sangat menyukainya. 306 00:19:37,071 --> 00:19:39,866 Stalin menjemput Lysenko berucap di Kremlin. 307 00:19:40,992 --> 00:19:43,703 Lysenko menyerang genetik moden, 308 00:19:43,786 --> 00:19:46,789 mempersoalkan kesetiaan saintis negara 309 00:19:46,873 --> 00:19:50,168 dan berjanji bahawa teori revolusinya 310 00:19:50,251 --> 00:19:53,463 akan menamatkan kelaparan di Kesatuan Soviet selamanya. 311 00:19:54,422 --> 00:19:56,341 Stalin menyukai ucapan tersebut. 312 00:19:57,425 --> 00:19:58,676 Dalam beberapa tahun, 313 00:19:59,594 --> 00:20:01,930 semua teori genetik lain dilarang, 314 00:20:02,013 --> 00:20:04,432 profesor disingkirkan daripada jawatan 315 00:20:04,515 --> 00:20:06,100 dan makmal ditutup. 316 00:20:07,727 --> 00:20:10,855 Sesiapa yang membantah akan dihapuskan. 317 00:20:12,941 --> 00:20:16,486 Ada peperangan yang bermula dalam bidang sains Soviet, 318 00:20:16,569 --> 00:20:21,241 biologi Soviet khususnya akibat daripada ini. 319 00:20:21,991 --> 00:20:22,992 Dalam propaganda, 320 00:20:23,076 --> 00:20:27,330 Stalin menggambarkan Lysenko sebagai genius dan revolusioner saintifik. 321 00:20:28,081 --> 00:20:32,210 Namun sebenarnya, teori Lysenko gagal sepenuhnya, 322 00:20:32,418 --> 00:20:36,339 mengakibatkan banyak kematian dan kesengsaraan dalam rakyat Soviet. 323 00:20:36,965 --> 00:20:41,469 Jadi tentu sekali, Lysenko kekal dalam jawatannya sehingga 1964. 324 00:20:42,011 --> 00:20:48,643 Stalin melihat kebolehan Lysenko untuk mengubah fakta dalam bidang tertentu 325 00:20:48,726 --> 00:20:51,020 sebagai bukti kesetiaan yang penting. 326 00:20:52,647 --> 00:20:55,525 Bagi Stalin, bukti kesetiaan ini 327 00:20:55,608 --> 00:20:58,611 lebih penting daripada fakta saintifik. 328 00:21:00,113 --> 00:21:01,197 Mari kita periksa. 329 00:21:02,156 --> 00:21:05,201 Selepas mencemarkan sains, memusnahkan agama, 330 00:21:05,285 --> 00:21:09,580 menulis semula sejarah dan menggantikan fakta dengan propaganda, 331 00:21:09,664 --> 00:21:12,834 perang anda terhadap kebenaran tentu ada hasilnya. 332 00:21:12,917 --> 00:21:16,838 Namun, ada satu lagi halangan terhadap kuasa mutlak 333 00:21:16,921 --> 00:21:20,341 ke atas fikiran dan hidup rakyat anda 334 00:21:20,425 --> 00:21:23,052 iaitu kepercayaan antara satu sama lain. 335 00:21:23,136 --> 00:21:25,680 Hubungan antara rakyat. 336 00:21:25,763 --> 00:21:28,683 Ia ancaman dalam sistem autoritarian. 337 00:21:28,766 --> 00:21:31,019 Tidak boleh ada prinsip atau nilai 338 00:21:31,102 --> 00:21:36,733 yang lebih tinggi daripada kesetiaan dan ketaatan terhadap pemimpin. 339 00:21:37,317 --> 00:21:42,113 Memusnahkan ancaman ini memerlukan kezaliman. Jadi, bersedialah. 340 00:21:42,655 --> 00:21:46,617 TAKTIK LENYAPKAN KEPERCAYAAN 341 00:21:48,995 --> 00:21:54,625 Fenomena keraguan ialah alat yang sangat berkuasa. 342 00:21:55,585 --> 00:21:58,379 Jika anda tidak mempercayai sesiapa, 343 00:21:58,463 --> 00:22:02,717 anda dengan rela menyerahkan kuasa anda kepada negara 344 00:22:02,800 --> 00:22:04,969 kerana semuanya diragui. 345 00:22:06,846 --> 00:22:10,683 Anda tentu fikir, selepas usaha Stalin memerangi kebenaran, 346 00:22:10,892 --> 00:22:14,854 ini tentu mudah baginya, namun tugas penzalim tiada penghujungnya. 347 00:22:16,981 --> 00:22:19,275 Pada tahun 1934, hakikatnya ialah 348 00:22:19,359 --> 00:22:23,529 masih ada masalah dalam genggaman kuasa Stalin. 349 00:22:23,613 --> 00:22:26,366 Semua musuh tidak dihapuskan. 350 00:22:26,949 --> 00:22:29,869 Permulaan proses ini ialah perbicaraan di Moscow 351 00:22:29,952 --> 00:22:33,539 apabila tokoh-tokoh utama Parti Komunis 352 00:22:33,623 --> 00:22:37,377 dibicarakan secara umum atas tuduhan terlibat 353 00:22:37,460 --> 00:22:39,212 dalam konspirasi anti-Soviet. 354 00:22:40,213 --> 00:22:43,132 Namun, untuk mendorong rakyat saling berpaling tadah, 355 00:22:43,216 --> 00:22:46,594 pengguguran ahli kerajaan hanyalah permulaannya. 356 00:22:46,803 --> 00:22:51,891 Jika wira-wira Revolusi ini boleh menjadi pengkhianat, 357 00:22:52,600 --> 00:22:55,144 siapa lagi yang boleh jadi pengkhianat? 358 00:22:55,228 --> 00:22:58,231 Kesimpulannya jelas, sesiapa saja. 359 00:22:58,940 --> 00:23:00,566 Mereka selalu kata, 360 00:23:00,650 --> 00:23:03,611 "Ada komplot besar terhadap negara kita. 361 00:23:03,694 --> 00:23:06,906 Tugas anda adalah untuk mencari pengkomplot itu." 362 00:23:07,657 --> 00:23:09,617 Apa lagi yang rakyat boleh buat? 363 00:23:09,700 --> 00:23:11,869 Jiran mula melaporkan jiran. 364 00:23:11,953 --> 00:23:14,622 Ada kanak-kanak melaporkan ibu bapa mereka. 365 00:23:14,831 --> 00:23:18,584 Lama-kelamaan, keadaan menjadi lebih melarat. 366 00:23:19,961 --> 00:23:20,962 Kezaliman Besar. 367 00:23:22,588 --> 00:23:26,926 Semasa Kezaliman Besar, lebih 750,000 orang terbunuh. 368 00:23:27,009 --> 00:23:30,555 Bagi Stalin, ia sebahagian daripada rancangan besarnya. 369 00:23:31,139 --> 00:23:32,140 Dia menulis memo. 370 00:23:33,057 --> 00:23:37,228 Jika anda bunuh seratus orang dan lima orang ialah musuh rakyat, 371 00:23:38,438 --> 00:23:39,814 itu nisbah yang baik. 372 00:23:40,440 --> 00:23:43,943 Itulah model Stalin. Tak kisah jika anda bunuh ramai orang… 373 00:23:47,029 --> 00:23:48,656 jangan bunuh terlalu sikit. 374 00:23:48,739 --> 00:23:51,742 Bagi sesiapa yang terfikir untuk melawan 375 00:23:51,826 --> 00:23:55,163 dan menafikan tuduhan terhadap rakyat yang lain, 376 00:23:55,246 --> 00:23:56,873 ada jawapan yang mudah. 377 00:23:58,583 --> 00:24:01,127 Benar? Parti memutuskan perkara yang benar. 378 00:24:01,836 --> 00:24:05,506 Ada kebenaran yang lebih penting dalam pemerintahan diktator 379 00:24:05,590 --> 00:24:08,092 iaitu kebenaran oleh sebab kuasa. 380 00:24:09,010 --> 00:24:13,055 Dengan mentafsirkan semula kebenaran untuk berjuta rakyatnya, 381 00:24:13,139 --> 00:24:16,309 Stalin mengekalkan kuasanya ke atas Kesatuan Soviet 382 00:24:16,392 --> 00:24:18,394 selama 15 tahun lagi. 383 00:24:18,478 --> 00:24:23,399 Anda fikir selepas itu, dia tentu diingati sebagai penjahat, 384 00:24:23,483 --> 00:24:26,777 tetapi hakikatnya lebih rumit. 385 00:24:28,779 --> 00:24:32,158 Ramai orang menghormati Stalin sebagai ketua yang hebat. 386 00:24:32,241 --> 00:24:36,621 Namun bilangan nyawa yang tinggi mampu mengubah masyarakat Soviet 387 00:24:36,704 --> 00:24:38,831 daripada pertanian kepada perindustrian. 388 00:24:39,665 --> 00:24:43,920 Jika anda takrifkan kejayaan sebagai pencapaian matlamatnya, 389 00:24:44,962 --> 00:24:46,464 dia sangat berjaya. 390 00:24:51,010 --> 00:24:54,514 Kini, anda mengetahui rahsia pemerintahan Stalin yang epik. 391 00:24:54,597 --> 00:24:57,642 Namun, kezaliman bukan sekadar mengawal minda. 392 00:24:58,476 --> 00:25:02,396 Ia kuasa untuk membina semula masyarakat berdasarkan imej anda. 393 00:25:02,480 --> 00:25:05,274 Belajarlah daripada lelaki ini, Muammar Gaddafi, 394 00:25:05,358 --> 00:25:08,027 yang menggunakan visinya dan kekayaan minyak 395 00:25:08,110 --> 00:25:11,781 untuk mengubah negara Libya menjadi tempat sucinya sendiri. 396 00:25:11,864 --> 00:25:13,658 Semua rakyat saya sayang saya! 397 00:25:14,200 --> 00:25:16,702 Apa benda buruk yang boleh berlaku? 398 00:25:49,026 --> 00:25:51,320 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman