1 00:00:06,027 --> 00:00:08,904 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:08,988 --> 00:00:12,408 Jadi, anda telah lihat, mengikuti buku panduan penzalim 3 00:00:12,491 --> 00:00:14,744 boleh membantu anda menjadi dikenali 4 00:00:14,827 --> 00:00:17,246 dan merampas kawalan terhadap negara. 5 00:00:18,372 --> 00:00:22,168 Namun, percaya atau tidak, merampas kuasa sebenarnya mudah. 6 00:00:25,171 --> 00:00:29,008 Sejak awal pemerintahan, anda akan diserang oleh musuh dan pesaing 7 00:00:29,091 --> 00:00:31,218 yang ingin menamatkan rejim anda 8 00:00:31,719 --> 00:00:33,804 dengan penuh kekejaman. 9 00:00:35,306 --> 00:00:39,101 Pemimpin paling terkenal dalam sejarah amat mengerti hakikat ini. 10 00:00:41,979 --> 00:00:44,482 Dibunuh oleh bekas sekutu kurang dua tahun 11 00:00:44,565 --> 00:00:46,901 selepas menamakan dirinya diktator. 12 00:00:46,984 --> 00:00:48,819 Itu terlalu kuno untuk anda? 13 00:00:49,320 --> 00:00:51,530 Kita lihat Laurent Kabila dari Congo. 14 00:00:51,614 --> 00:00:54,116 Dibunuh oleh seorang askar kanak-kanaknya 15 00:00:54,200 --> 00:00:55,951 yang tidak mematuhi arahan. 16 00:00:56,035 --> 00:00:58,454 Kita juga ada Samuel Doe dari Liberia. 17 00:00:58,996 --> 00:01:01,207 Ditangkap dan diseksa di depan kamera 18 00:01:01,290 --> 00:01:03,876 sebelum dibunuh oleh ketua askar lain. 19 00:01:04,460 --> 00:01:06,879 Namun, anda boleh mengelak nasib mereka 20 00:01:06,962 --> 00:01:10,299 menggunakan buku panduan untuk menghalang persaingan. 21 00:01:11,383 --> 00:01:14,678 Tiada orang yang lebih arif daripada Penyembelih Baghdad. 22 00:01:14,762 --> 00:01:16,597 Saddam Hussein. 23 00:01:16,680 --> 00:01:18,891 Dia memerintah Iraq selama 24 tahun 24 00:01:20,059 --> 00:01:22,061 tanpa pernah melupakan moto 25 00:01:22,144 --> 00:01:23,979 yang semua penzalim mesti ikut. 26 00:01:24,063 --> 00:01:26,649 "Bunuh atau dibunuh." 27 00:01:32,530 --> 00:01:36,951 MENUMPASKAN PESAINGMU 28 00:01:37,034 --> 00:01:41,247 Saya akan ambil pistol saya dan berlawan hingga ke akhirnya. 29 00:01:41,330 --> 00:01:42,998 Saddam Hussein amat kejam. 30 00:01:44,416 --> 00:01:47,753 Caranya untuk kekal berkuasa adalah dengan memastikan 31 00:01:47,837 --> 00:01:50,506 orang yang dia curigai walau sedikit pun 32 00:01:50,589 --> 00:01:53,050 dibunuh kerana itu mungkin pesaingnya. 33 00:01:53,717 --> 00:01:55,970 Namun, sebelum kita siasat cara Saddam 34 00:01:56,053 --> 00:01:59,265 menggunakan buku panduan untuk mendahului pesaingnya, 35 00:01:59,348 --> 00:02:02,893 ini beberapa fakta pantas tentang cara dia merampas kuasa. 36 00:02:03,394 --> 00:02:06,355 FAKTA #1 SADDAM SEORANG PEMBULI KETIKA KECIL 37 00:02:07,106 --> 00:02:12,069 Sejak kecil lagi, Saddam Hussein percaya pada kuasa. 38 00:02:12,153 --> 00:02:15,531 Semasa kecil, Saddam selalu bawa batang besi 39 00:02:15,614 --> 00:02:20,035 dan dia menggunakannya untuk mengugut dan menakutkan orang lain. 40 00:02:20,119 --> 00:02:22,496 Ia juga digunakan untuk menyeksa haiwan. 41 00:02:22,580 --> 00:02:23,998 FAKTA #2 KETIKA 20 TAHUN, 42 00:02:24,081 --> 00:02:26,792 SADDAM SERTAI PARTI BA'ATH DAN JADI PENGUAT KUASA 43 00:02:26,876 --> 00:02:28,752 Saddam terlibat 44 00:02:28,836 --> 00:02:32,715 dalam cubaan membunuh pada tahun 1959 45 00:02:32,798 --> 00:02:36,385 terhadap ketua Iraq, Abd al-Karim Qasim. 46 00:02:36,468 --> 00:02:38,012 Penglibatan itu memberinya 47 00:02:38,095 --> 00:02:41,098 suatu penghormatan dalam Parti Ba'ath. 48 00:02:41,182 --> 00:02:42,600 FAKTA #3 PADA TAHUN 1968, 49 00:02:42,683 --> 00:02:45,477 RAMPASAN KUASA OLEH SADDAM MEMBERI PARTI BA'ATH KUASA 50 00:02:45,561 --> 00:02:48,606 Selepas rampasan kuasa, salah seorang sepupunya, 51 00:02:48,689 --> 00:02:51,859 Ahmed Hassan al-Bakr menjadi presiden. 52 00:02:51,942 --> 00:02:55,988 Saddam dilantik sebagai naib presiden. 53 00:02:56,071 --> 00:02:58,866 Namun, Saddam ditakdirkan untuk kehebatan. 54 00:02:58,949 --> 00:03:02,036 Saddam menjadi naib presiden selama sepuluh tahun, 55 00:03:02,119 --> 00:03:05,497 tetapi sementara itu, dia sebenarnya membina pakatan 56 00:03:05,581 --> 00:03:10,169 dan memulakan persahabatan dengan aspek kerajaan yang berbeza. 57 00:03:11,295 --> 00:03:13,130 Satu hari, Saddam menemui 58 00:03:13,214 --> 00:03:15,925 Ahmed Hassan al-Bakr dan memberitahu dia, 59 00:03:16,008 --> 00:03:20,638 "Awak semakin tua. Saya dengar awak tak beberapa sihat. 60 00:03:20,721 --> 00:03:22,640 Masa untuk awak bersara." 61 00:03:23,224 --> 00:03:24,808 Dalam erti kata lain… 62 00:03:24,892 --> 00:03:26,894 Awak boleh pilih untuk dibunuh 63 00:03:26,977 --> 00:03:29,855 atau memulakan peralihan kuasa secara aman. 64 00:03:29,939 --> 00:03:34,068 Esoknya, Ahmed Hassan al-Bakr berkata di televisyen, "Saya bersara." 65 00:03:36,195 --> 00:03:38,697 Kini, anda tahu cara Saddam mendapat kuasa, 66 00:03:38,781 --> 00:03:40,616 lihat cara dia mengekalkannya. 67 00:03:40,699 --> 00:03:44,453 Bermula dengan tempoh awal paling penting dalam pemerintahan, 68 00:03:45,037 --> 00:03:49,959 apabila anda perlu perlu tunjukkan ada ketua yang baharu di situ. 69 00:03:50,042 --> 00:03:52,962 TAKTIK TUNJUKKAN KUASA 70 00:03:55,464 --> 00:03:58,259 Ada ritma tertentu untuk pemerintahan diktator. 71 00:03:59,093 --> 00:04:02,805 Masa selepas mereka merampas kuasa ialah tempoh yang tak stabil. 72 00:04:03,681 --> 00:04:06,934 Untuk kekal berkuasa, anda perlu sentiasa berwaspada. 73 00:04:07,017 --> 00:04:09,353 Anda perlu pastikan sesiapa 74 00:04:09,436 --> 00:04:13,315 yang berpotensi menjadi pesaing dikawal 75 00:04:13,399 --> 00:04:15,025 dan sedar diri mereka. 76 00:04:15,109 --> 00:04:18,320 Termasuklah sekutu-sekutu awal dan terdekat dengan anda 77 00:04:18,404 --> 00:04:21,073 yang bercita-cita tinggi dan membahayakan. 78 00:04:22,533 --> 00:04:24,243 Walaupun kesilapan kecil, 79 00:04:24,326 --> 00:04:26,537 jika tidak ditangani, 80 00:04:26,620 --> 00:04:31,292 mungkin menjadi isyarat kepada pesaing, "Lelaki ini lemah rupanya." 81 00:04:32,626 --> 00:04:34,253 Kawan-kawan tatkala senang 82 00:04:34,336 --> 00:04:36,672 hanya menunggu untuk menumpaskan anda. 83 00:04:37,506 --> 00:04:39,883 Jadi jangan beri mereka peluang. 84 00:04:39,967 --> 00:04:41,468 Buat seperti mereka. 85 00:04:41,552 --> 00:04:45,264 Setiap jeneral dalam Perjalanan Jauh bersama Mao 86 00:04:45,347 --> 00:04:46,640 telah mati 87 00:04:47,725 --> 00:04:48,976 dalam beberapa tahun. 88 00:04:51,020 --> 00:04:56,066 Hampir semua orang yang menentang revolusi di Cuba 89 00:04:56,150 --> 00:04:58,986 bagi pihak Fidel Castro 90 00:04:59,987 --> 00:05:02,239 mati dalam masa dua tahun. 91 00:05:02,990 --> 00:05:06,660 Bagaimana dengan komrad asal Joseph Stalin di Kesatuan Soviet? 92 00:05:06,744 --> 00:05:07,745 Semuanya mati… 93 00:05:08,746 --> 00:05:10,873 ITU LENIN MATI PADA TAHUN 1924 94 00:05:10,956 --> 00:05:11,999 …dalam masa singkat. 95 00:05:13,292 --> 00:05:16,128 Namun, Saddam buat dengan lebih hebat 96 00:05:16,712 --> 00:05:19,340 dan bertindak di luar jangkaan. 97 00:05:19,798 --> 00:05:23,635 22 JULAI 1979 HARI KE-6 PEMERINTAHAN SADDAM 98 00:05:23,719 --> 00:05:25,220 Kawan Saddam beritahu, 99 00:05:25,304 --> 00:05:29,850 ada orang tidak gembira tentang rampasan kuasa Saddam daripada al-Bakr. 100 00:05:31,602 --> 00:05:36,190 Jadi Saddam memanggil semua orang 101 00:05:36,273 --> 00:05:39,401 dalam parti Ba'ath untuk menghadiri Kongres. 102 00:05:43,405 --> 00:05:46,533 Saddam pun datang dengan cerutnya yang terkenal. 103 00:05:49,203 --> 00:05:52,331 Dia kata, "Ada orang di bilik ini 104 00:05:52,414 --> 00:05:54,792 yang menentang kepimpinan saya." 105 00:05:54,875 --> 00:05:56,710 Banyak impian pengkomplot. 106 00:05:58,462 --> 00:06:01,256 Kemudian seorang lelaki bernama Mashadi, 107 00:06:01,340 --> 00:06:04,385 ahli tertinggi Parti Ba'ath yang amat dihormati, 108 00:06:05,094 --> 00:06:08,430 mula memberi ucapan yang telah dilatih. 109 00:06:15,687 --> 00:06:18,023 Dalam ucapannya, Mashadi mengaku 110 00:06:18,107 --> 00:06:22,194 telah merancang rampasan kuasa atau konspirasi 111 00:06:22,277 --> 00:06:25,572 terhadap kepimpinan Iraq, termasuk Saddam Hussein. 112 00:06:25,656 --> 00:06:29,326 Sebenarnya, semua itu hanya rekaan. 113 00:06:29,410 --> 00:06:32,788 Kita tahu melalui rekod bahawa Mashadi telah diseksa. 114 00:06:32,871 --> 00:06:37,626 Saddam bawa isteri dan anak-anak Mashadi ke penjara, 115 00:06:37,709 --> 00:06:40,254 dan beritahu bahawa Mashadi ada pilihan. 116 00:06:40,337 --> 00:06:42,673 Dia boleh duduk dan tengok 117 00:06:42,756 --> 00:06:45,717 pengawal rogol isteri dan anak-anak perempuannya 118 00:06:45,801 --> 00:06:47,428 kemudian bunuh mereka, 119 00:06:47,511 --> 00:06:49,805 atau dia boleh mengaku. 120 00:06:50,389 --> 00:06:53,308 Mashadi pilih pilihan kedua. 121 00:06:55,269 --> 00:06:59,231 Satu demi satu, Mashadi mula membacakan 122 00:06:59,857 --> 00:07:03,777 nama-nama pegawai Ba'ath yang menurutnya, 123 00:07:03,861 --> 00:07:05,654 berkomplot dan bersubahat. 124 00:07:11,034 --> 00:07:12,202 Keluar. 125 00:07:12,286 --> 00:07:14,538 Kemudian polis berpakaian biasa 126 00:07:14,621 --> 00:07:18,167 dan pasukan keselamatan akan membawa orang itu keluar. 127 00:07:21,628 --> 00:07:24,339 Ada yang merayu kepadanya, "Tolonglah, jangan." 128 00:07:26,258 --> 00:07:29,470 Ia persembahan aneh yang menunjukkan kesetiaan palsu… 129 00:07:29,553 --> 00:07:32,681 Hidup parti! Hidup Saddam Hussein! 130 00:07:32,764 --> 00:07:34,308 …serta rasa takut. 131 00:07:34,975 --> 00:07:37,603 Anda boleh nampak ketakutan di mata mereka 132 00:07:37,686 --> 00:07:41,315 kerana nama mereka boleh disebut secara sewenang-wenangnya. 133 00:07:43,650 --> 00:07:47,613 Di luar, ahli parti yang disingkirkan mengetahui takdir mereka. 134 00:07:50,073 --> 00:07:52,868 Lebih 20 orang dihukum mati. 135 00:07:53,911 --> 00:07:55,746 Selainnya dipenjarakan. 136 00:07:55,829 --> 00:07:57,789 Mereka fikir mereka bernasib baik 137 00:07:57,873 --> 00:08:02,461 hinggalah mereka dipaksa untuk menjalankan hukuman bunuh itu. 138 00:08:03,545 --> 00:08:05,339 Kejutan yang sadis? 139 00:08:05,422 --> 00:08:06,298 Mungkin. 140 00:08:07,341 --> 00:08:09,092 Namun, ia memadamkan keraguan 141 00:08:09,176 --> 00:08:13,305 tentang kesanggupan ketua baharu Iraq itu untuk melindungi kuasanya. 142 00:08:17,226 --> 00:08:19,520 Jika ada sesiapa yang tidak maklum… 143 00:08:20,604 --> 00:08:24,399 Video mesyuarat itu telah diedarkan kepada semua orang, 144 00:08:24,483 --> 00:08:26,985 termasuk kedutaan Iraq di luar negara. 145 00:08:27,653 --> 00:08:30,906 Mesejnya ialah, "Lihat hukuman yang diberikan 146 00:08:31,406 --> 00:08:35,786 apabila orang mengkhianati rejim dan ketua mereka. 147 00:08:36,620 --> 00:08:38,914 Begitulah nasib mereka." 148 00:08:40,374 --> 00:08:42,918 Apakah permulaan era baharu yang lebih baik? 149 00:08:44,044 --> 00:08:46,171 Kini pesaing tahu kemampuan anda, 150 00:08:46,255 --> 00:08:48,840 jadi mereka perlu meningkatkan tahap mereka. 151 00:08:49,967 --> 00:08:52,469 Apa caranya untuk memastikan kawalan anda? 152 00:08:53,971 --> 00:08:57,891 TAKTIK ADA DI MANA-MANA 153 00:08:59,184 --> 00:09:00,686 Sebagai penzalim, 154 00:09:01,270 --> 00:09:04,898 anda perlu ada mata, telinga dan anggota yang boleh diharapkan 155 00:09:04,982 --> 00:09:05,816 di mana-mana. 156 00:09:06,400 --> 00:09:09,403 Untuk diktator mengelak sebarang ancaman 157 00:09:09,486 --> 00:09:11,947 terhadap kuasanya daripada bangkit, 158 00:09:12,030 --> 00:09:15,492 cara yang berkesan untuk melakukannya adalah secara rahsia. 159 00:09:16,159 --> 00:09:21,582 Itu sebabnya kawan baik setiap diktator ialah polis rahsia yang efektif dan kejam. 160 00:09:24,167 --> 00:09:26,420 Semasa Pembersihan Besar pada 1930-an, 161 00:09:26,503 --> 00:09:29,798 polis rahsia Joseph Stalin, NKVD, 162 00:09:29,881 --> 00:09:32,134 mengetuai penahanan dan hukuman 163 00:09:32,217 --> 00:09:35,053 hampir sejuta orang yang didakwa musuh rakyat, 164 00:09:35,137 --> 00:09:38,223 dituduh menentang Stalin dan rejimnya. 165 00:09:39,766 --> 00:09:43,854 Di Uganda, Idi Amin memaksa kesetiaan melalui Biro Penyelidikan Negara 166 00:09:43,937 --> 00:09:46,106 yang dikendalikan oleh ahli puaknya, 167 00:09:46,189 --> 00:09:50,152 serta penjenayah tempatan dan askar upahan dari luar negara. 168 00:09:50,485 --> 00:09:53,363 Penguat kuasa diktator Haiti, "Papa Doc" Duvalier 169 00:09:53,447 --> 00:09:55,949 digelar "Tonton Macoute" atau "Momok" 170 00:09:56,033 --> 00:09:58,285 berdasarkan watak cerita rakyat 171 00:09:58,368 --> 00:10:01,330 yang menculik dan makan kanak-kanak nakal. 172 00:10:03,915 --> 00:10:08,962 Idea polis rahsia di Iraq bermula pada tahun 1964 dengan Jihaz Haneen, 173 00:10:09,046 --> 00:10:12,841 iaitu pertubuhan keselamatan yang Saddam bantu tubuhkan. 174 00:10:13,842 --> 00:10:15,636 Selepas menjadi presiden, 175 00:10:15,719 --> 00:10:20,015 Saddam menubuhkan sebuah subunit polis rahsia khas. 176 00:10:20,098 --> 00:10:24,394 Ia terdiri sepenuhnya daripada ahli puak dan keluarga 177 00:10:24,478 --> 00:10:28,899 yang terikat melalui persaudaraan dan ikrar kesetiaan kepada Saddam Hussein. 178 00:10:30,901 --> 00:10:33,445 Di Iraq pada tahun 1970-an, 179 00:10:33,528 --> 00:10:35,697 semua orang kenal mereka. 180 00:10:35,781 --> 00:10:38,283 Mereka memandu kereta yang sama, 181 00:10:38,367 --> 00:10:40,285 mereka berpakaian sama. 182 00:10:40,369 --> 00:10:42,287 Mereka juga ada misai yang sama. 183 00:10:42,371 --> 00:10:45,123 MISAI 184 00:10:45,207 --> 00:10:46,291 ANDA FAHAMLAH 185 00:10:46,375 --> 00:10:48,627 Tidaklah begitu rahsia. 186 00:10:49,586 --> 00:10:52,506 Namun, betapa banyak pun kuasa polis rahsia anda, 187 00:10:52,589 --> 00:10:56,385 anda perlu tunjuk kepada pesaing bahawa mereka tidak boleh lari. 188 00:10:57,052 --> 00:10:59,971 Rangkaian pemberi maklumat yang dipercayai. 189 00:11:00,847 --> 00:11:04,393 Di Iraq milik Saddam, pengintipan berlaku di mana-mana. 190 00:11:04,476 --> 00:11:05,936 Semua orang mengintip. 191 00:11:07,062 --> 00:11:09,523 Ahli Ba'ath sentiasa mengintip anda. 192 00:11:09,606 --> 00:11:11,316 Dalam keluarga saya, 193 00:11:11,400 --> 00:11:15,612 ibu bapa saya hanya bercakap di tengah taman, 194 00:11:16,446 --> 00:11:19,366 kuatkan suara radio yang jauh daripada mereka 195 00:11:19,449 --> 00:11:21,952 dan mereka akan berbisik sesama sendiri. 196 00:11:22,661 --> 00:11:25,288 Mereka berbual begitu semasa tahun 80-an. 197 00:11:26,456 --> 00:11:29,000 Apabila buku panduan kata, "Ada di mana-mana," 198 00:11:29,084 --> 00:11:31,962 ia bukan maksudkan dalam sempadan anda sahaja. 199 00:11:32,879 --> 00:11:35,799 Apabila penentang pergi ke negara lain di dunia, 200 00:11:35,882 --> 00:11:38,218 Saddam tak teragak-agak untuk tunjukkan 201 00:11:38,301 --> 00:11:42,139 bahawa dia boleh mengesan mereka walau di mana-mana pun. 202 00:11:43,265 --> 00:11:46,226 Ini membawa kita kepada bekas Perdana Menteri Iraq, 203 00:11:46,309 --> 00:11:48,603 Abd ar-Razzaq al-Naif. 204 00:11:50,230 --> 00:11:52,983 Al-Naif ialah ahli politik yang progresif 205 00:11:53,066 --> 00:11:55,694 dan musuh ketat Saddam sejak dulu. 206 00:11:56,737 --> 00:11:59,865 Namun, selepas Saddam dan Parti Ba'ath merampas kuasa, 207 00:12:01,324 --> 00:12:03,994 al-Naif terpaksa lari bersama keluarganya. 208 00:12:06,538 --> 00:12:10,292 Dia berpindah ke Great Britain dan mula bersuara, 209 00:12:10,375 --> 00:12:12,711 mengkritik kerajaan secara terbuka. 210 00:12:13,336 --> 00:12:17,132 Ia membuatkan Saddam marah, lalu mula mencari pilihan 211 00:12:17,215 --> 00:12:20,010 untuk menutup mulut pengkritiknya. 212 00:12:22,679 --> 00:12:27,100 Dua pembunuh upahan dari kawasan itu melawat Al-Naif. 213 00:12:34,191 --> 00:12:36,443 Namun, isteri al-Naif yang terbunuh. 214 00:12:37,235 --> 00:12:41,239 Isterinya terselamat dan penembak tersebut akhirnya ditangkap. 215 00:12:44,159 --> 00:12:48,830 Jadi, Saddam hantar ejen elit daripada polis rahsia dari Iraq ke London. 216 00:12:51,458 --> 00:12:54,044 Ejen profesional ini mengarahkan informan 217 00:12:54,127 --> 00:12:56,755 untuk menjejaki setiap langkah al-Naif, 218 00:12:58,089 --> 00:13:01,051 menunggu peluang mereka untuk menyerang. 219 00:13:03,720 --> 00:13:06,181 Kali ini, mereka tidak terlepas sasaran. 220 00:13:09,100 --> 00:13:13,146 Pembunuhan itu memberikan pesanan hebat untuk pengkritik Saddam. 221 00:13:14,022 --> 00:13:17,692 Walau ke mana-mana pun anda lari, Saddam akan jumpa anda. 222 00:13:19,653 --> 00:13:21,988 Pembunuhan dan huru-hara pasti menjadi. 223 00:13:22,072 --> 00:13:26,159 Namun, Saddam tidak menggunakan ketakutan saja, anda pun patut begitu. 224 00:13:26,868 --> 00:13:28,703 Untuk taktik seterusnya, 225 00:13:28,787 --> 00:13:32,415 anda akan lihat cara untuk menggunakan kelemahan pesaing. 226 00:13:32,499 --> 00:13:33,542 Ketamakan mereka. 227 00:13:33,625 --> 00:13:37,337 TAKTIK BELI KESETIAAN 228 00:13:38,964 --> 00:13:43,593 Sesiapa yang kata kasih tak boleh dibeli, mungkin tak cuba bersungguh-sungguh. 229 00:13:46,513 --> 00:13:49,683 Mudah saja untuk pastikan pasukan anda kekal setia. 230 00:13:50,392 --> 00:13:53,562 Mereka perlu dapatkan lebih daripada ketua 231 00:13:53,645 --> 00:13:57,274 berbanding yang mereka boleh dapat daripada orang lain. 232 00:13:58,567 --> 00:14:01,862 Cara yang berkesan untuk terus kekal berkuasa 233 00:14:01,945 --> 00:14:05,240 adalah dengan memberi rasuah kepada pakatan itu 234 00:14:05,323 --> 00:14:07,284 serta peluang mengamalkan rasuah. 235 00:14:07,367 --> 00:14:08,785 Mahal bunyinya. 236 00:14:08,869 --> 00:14:10,954 Jadi, dari mana datangnya wang itu? 237 00:14:12,247 --> 00:14:17,961 Kebanyakan rejim ini ialah operasi kleptokrasi yang sangat canggih. 238 00:14:18,879 --> 00:14:21,131 Apa sebenarnya kleptokrasi? 239 00:14:21,214 --> 00:14:23,133 Saya tak maksudkan budak sekolah 240 00:14:23,216 --> 00:14:25,552 yang ditangkap mencuri wain dari kedai. 241 00:14:26,511 --> 00:14:31,433 Kleptokrasi melibatkan pencurian sumber seluruh negara anda. 242 00:14:32,267 --> 00:14:35,812 Langkah pertama. Memiliknegarakan sumber semula jadi anda. 243 00:14:35,896 --> 00:14:38,064 Minyak, emas dan gas asli. 244 00:14:38,148 --> 00:14:41,443 Jika ia bernilai, ia perlu dikawal oleh negara, 245 00:14:41,526 --> 00:14:42,861 iaitu anda. 246 00:14:42,944 --> 00:14:45,530 Langkah kedua. Lantik orang anda. 247 00:14:45,614 --> 00:14:48,408 Anda takkan menang besar tanpa bayar pengadil. 248 00:14:48,491 --> 00:14:51,328 Jadi jangan menyamun negara anda tanpa memastikan 249 00:14:51,411 --> 00:14:54,331 semua pembuat keputusan berada dalam pasukan anda. 250 00:14:54,414 --> 00:14:57,125 Langkah tiga. Kawal semua perdagangan. 251 00:14:57,208 --> 00:15:01,463 Tetapkan harga yang tinggi, tahan barang bagi menghasilkan permintaan, 252 00:15:01,546 --> 00:15:04,341 masukkan cukai yang melampau. 253 00:15:04,424 --> 00:15:06,343 Kemudian perhatikan wang masuk. 254 00:15:06,426 --> 00:15:08,136 Dengan menguasai teknik ini, 255 00:15:08,219 --> 00:15:10,680 Saddam Hussein, anak penggembala miskin, 256 00:15:10,764 --> 00:15:14,726 menaikkan nilai bersihnya hingga ke dua bilion dolar. 257 00:15:14,809 --> 00:15:15,977 Boleh tahan. 258 00:15:16,728 --> 00:15:19,898 Namun, walaupun anda tergoda untuk membolot kekayaan, 259 00:15:19,981 --> 00:15:22,859 penzalim yang bijak tahu nilai berkongsi. 260 00:15:22,943 --> 00:15:26,613 Saddam dapat merompak sumber dan kekayaan minyak negara. 261 00:15:26,696 --> 00:15:30,492 Namun, ia tidak digunakan hanya untuk kekayaan sendiri 262 00:15:30,575 --> 00:15:32,953 tetapi juga sebagai satu bentuk naungan. 263 00:15:33,036 --> 00:15:36,456 Dia membeli kesetiaan pegawai kanan yang lain. 264 00:15:37,499 --> 00:15:39,668 Kemurahan hati ini mahal nilainya. 265 00:15:40,418 --> 00:15:42,837 Namun, tanggung risiko jika ia diabaikan. 266 00:15:43,463 --> 00:15:48,343 Sesetengah penzalim dapati bahawa mereka membazirkan banyak wang kerajaan 267 00:15:48,426 --> 00:15:52,055 dan banyak wang rakyat sehingga mereka tidak cukup wang 268 00:15:52,681 --> 00:15:57,310 untuk menjaga pasukan tertinggi mereka. Mereka mati dengan cepat. 269 00:15:57,394 --> 00:15:58,687 Jika anda bijak, 270 00:15:58,770 --> 00:16:02,565 anda akan ketepikan wang lebih untuk dikongsi dengan orang biasa. 271 00:16:03,441 --> 00:16:06,778 Perkara terkenal yang Saddam selalu lakukan 272 00:16:06,861 --> 00:16:09,906 ialah dia melawat rumah orang Iraq secara mengejut. 273 00:16:11,074 --> 00:16:13,743 Pertama sekali, dia buka peti sejuk mereka. 274 00:16:13,827 --> 00:16:16,830 Dia ada imej tentang dirinya 275 00:16:16,913 --> 00:16:20,125 bahawa dia akan bawa makanan kepada semua rakyat Iraq. 276 00:16:20,709 --> 00:16:23,378 Apabila dia nampak peti sejuk yang kosong, 277 00:16:23,878 --> 00:16:25,171 dia akan tunjukkan 278 00:16:25,255 --> 00:16:27,799 ada orang lain yang diberi banyak hadiah. 279 00:16:27,882 --> 00:16:32,429 Jadi itu daya tarikannya, tetapi ia bercampur dengan ketakutan. 280 00:16:37,934 --> 00:16:40,353 Matlamat akhir adalah untuk buat orang 281 00:16:40,437 --> 00:16:44,232 bercakap secara umum, "Tidak, sebenarnya semuanya okey. 282 00:16:45,483 --> 00:16:47,402 Diktator ini orang yang baik. 283 00:16:47,485 --> 00:16:51,448 Dia buat perkara yang betul dan polisi yang betul. Saya suka dia." 284 00:16:52,198 --> 00:16:56,161 Siapa tidak mahu disukai? Namun, jangan berlembut pula. 285 00:16:56,244 --> 00:16:59,039 Sebaik saja pasukan tertinggi anda dapat habuan, 286 00:16:59,122 --> 00:17:00,874 mereka pasti minta lagi. 287 00:17:01,583 --> 00:17:03,543 Masa untuk kemahiran baharu, 288 00:17:03,626 --> 00:17:07,714 untuk mengingatkan mereka bahawa anda masih bos, bukannya mereka. 289 00:17:07,797 --> 00:17:10,717 TAKTIK MEMAHIRI PERMAINAN MINDA 290 00:17:16,389 --> 00:17:17,891 Kebanyakan diktator hebat 291 00:17:17,974 --> 00:17:22,353 terlibat dalam penghinaan terhadap orang-orang di sekeliling mereka, 292 00:17:22,437 --> 00:17:24,814 termasuk rakan sekutu mereka. 293 00:17:24,898 --> 00:17:29,235 Mereka buat begini sejak awal supaya peraturan permainan difahami. 294 00:17:29,861 --> 00:17:31,946 Awak akan sokong saya nanti? 295 00:17:32,030 --> 00:17:33,156 Sudah tentu, Dick. 296 00:17:33,239 --> 00:17:36,743 Saya sokong awak. Biar saya bangun. Saya ikut cakap awak. 297 00:17:36,826 --> 00:17:40,497 Kenapa penghinaan ini amat penting dalam buku panduan penzalim? 298 00:17:41,039 --> 00:17:43,416 Sebabnya mereka narsisistik melampau. 299 00:17:44,000 --> 00:17:46,127 Penzalim tiada keyakinan diri. 300 00:17:46,878 --> 00:17:50,256 Reaksi mereka terhadap kritikan ialah serangan. 301 00:17:50,882 --> 00:17:54,761 Anda tidak mahu orang fikir, "Saya ada cara yang lebih baik." 302 00:17:54,844 --> 00:17:57,222 Idea sangat buruk untuk diktator. 303 00:17:58,056 --> 00:18:02,268 Memastikan pesaing anda takut dan resah adalah jauh lebih baik. 304 00:18:02,352 --> 00:18:05,438 Saddam beritahu kawan-kawan tentang cara dia membunuh 305 00:18:05,522 --> 00:18:08,775 salah seorang kawan baiknya yang juga seorang menteri. 306 00:18:08,858 --> 00:18:12,320 Isterinya jumpa Saddam dan kata, "Lepaskan dia." Dia kata, 307 00:18:12,403 --> 00:18:14,948 "Esok, awak akan jumpa dia di rumah awak." 308 00:18:15,532 --> 00:18:16,825 Keesokan harinya… 309 00:18:18,868 --> 00:18:22,497 Saddam hantar mayatnya yang dikerat 310 00:18:22,580 --> 00:18:24,457 dalam keranda kepada isterinya. 311 00:18:26,292 --> 00:18:29,295 Kisah seperti ini adalah suatu kawalan. 312 00:18:29,379 --> 00:18:31,548 Benar atau tidak, itu tidak penting. 313 00:18:31,631 --> 00:18:34,801 Tujuannya adalah untuk menunjukkan kemampuannya. 314 00:18:34,884 --> 00:18:35,844 Potensi itu ada. 315 00:18:36,594 --> 00:18:38,596 Biar saya ceritakan sesuatu. 316 00:18:38,680 --> 00:18:42,559 Satu hari pada awal 80-an, Saddam arahkan sekumpulan menteri utama 317 00:18:42,642 --> 00:18:46,104 untuk menghadiri lawatan ke destinasi yang tidak diketahui. 318 00:18:46,688 --> 00:18:49,315 Mereka menaiki bas bertingkap gelap 319 00:18:49,399 --> 00:18:53,069 yang perlahan-lahan memandu mereka di sekitar Baghdad. 320 00:18:53,778 --> 00:18:57,574 Mereka tiba di istana terpencil di luar bandar. 321 00:18:57,657 --> 00:19:00,368 Mereka diarahkan untuk letakkan semua barang 322 00:19:00,451 --> 00:19:02,871 ke dalam sampul dengan nama mereka. 323 00:19:03,413 --> 00:19:06,124 Mereka disuruh mandi menggunakan pembasmi kuman 324 00:19:06,207 --> 00:19:09,502 dan dipaksa menunggu dengan diam berjam-jam lamanya. 325 00:19:12,297 --> 00:19:14,632 Tunggu sebentar. Untuk anda faham, 326 00:19:14,716 --> 00:19:17,093 anda perlu tahu kejadian pada masa itu. 327 00:19:17,427 --> 00:19:21,014 PERANG IRAN - IRAQ 328 00:19:21,097 --> 00:19:25,560 Pada 1979, Ayatollah Khomeini telah menerajui Revolusi Islam di Iran. 329 00:19:26,311 --> 00:19:29,898 Saddam melihatnya dengan penuh kerisauan. 330 00:19:31,065 --> 00:19:33,151 Jadi kini, ada rejim Iran baharu 331 00:19:33,234 --> 00:19:37,697 yang menyeru pemberontakan dan kebangkitan untuk menggulingkan Saddam. 332 00:19:38,364 --> 00:19:42,243 Mereka juga memiliki sumber untuk melakukannya. 333 00:19:42,327 --> 00:19:45,413 Saddam memutuskan untuk menyerang Iran dahulu. 334 00:19:46,664 --> 00:19:50,793 Dia benar-benar percaya bahawa perang itu takkan lama, 335 00:19:50,877 --> 00:19:54,255 dan dalam masa sebulan, rejim itu akan musnah. 336 00:19:55,381 --> 00:19:57,383 Peperangan Saddam Hussein dan Iraq 337 00:19:57,467 --> 00:20:01,679 kini berlarutan bukan selama tiga hari, tetapi sepuluh bulan. 338 00:20:02,180 --> 00:20:05,934 Terdapat banyak rungutan dalam kalangan menteri. 339 00:20:06,017 --> 00:20:07,602 "Ini jalan mati. 340 00:20:08,186 --> 00:20:10,563 Bagaimana ia akan berakhir?" 341 00:20:11,773 --> 00:20:14,984 Jadi, sebelum sekutunya yang resah mendapat idea buruk, 342 00:20:15,526 --> 00:20:19,280 Saddam memutuskan untuk mengubah sikap mereka. 343 00:20:19,364 --> 00:20:20,740 Mari kembali ke istana, 344 00:20:20,823 --> 00:20:24,702 tempat para menteri Saddam tunggu berjam-jam dalam ketakutan. 345 00:20:24,786 --> 00:20:27,121 Akhirnya, Saddam tiba. 346 00:20:28,039 --> 00:20:31,042 Dia bercakap merapu selama 30 minit. 347 00:20:31,626 --> 00:20:34,379 Mereka pernah lihat keganasan ketua mereka, 348 00:20:34,462 --> 00:20:36,047 jadi mereka pun bersedia. 349 00:20:38,675 --> 00:20:43,680 Sebaliknya, Saddam jemput mereka ke makan malam mewah. 350 00:20:45,598 --> 00:20:48,393 Dia beri mereka seribu dolar seorang 351 00:20:48,476 --> 00:20:50,561 lalu mereka dihantar pulang. 352 00:20:51,646 --> 00:20:53,356 Namun, mesej itu jelas. 353 00:20:54,023 --> 00:20:56,818 Selepas ini, mereka mungkin tidak bernasib baik. 354 00:21:00,154 --> 00:21:04,742 Begitulah cara dia menimbulkan ketakutan dan menunjukkan kuasanya. 355 00:21:04,826 --> 00:21:07,662 Dia menggunakan manipulasi psikologi. 356 00:21:08,288 --> 00:21:11,374 Dia ingin memastikan ketakutan sentiasa dirasai. 357 00:21:11,457 --> 00:21:14,335 Dia melakukannya dengan sengaja. 358 00:21:15,044 --> 00:21:18,339 Pada masa sukar, ketakutan sajalah menjadi senjata anda. 359 00:21:18,423 --> 00:21:21,551 Perang Iran-Iraq berlarutan selama lapan tahun. 360 00:21:22,927 --> 00:21:25,054 Dia kehilangan ramai askar. 361 00:21:25,138 --> 00:21:26,306 Pada penghujungnya, 362 00:21:26,389 --> 00:21:31,394 Khomeini lebih popular dan lebih kuat di mata dunia. 363 00:21:31,477 --> 00:21:33,021 Mengecewakan sungguh. 364 00:21:33,104 --> 00:21:36,607 Apabila rancangan jahat anda menjadi bencana untuk negara, 365 00:21:36,691 --> 00:21:40,570 pemerintahan anda pasti menghadapi ancaman lebih besar. 366 00:21:41,571 --> 00:21:44,282 Ada kalanya dari tempat yang tidak dijangka. 367 00:21:44,365 --> 00:21:48,578 Masa untuk tunjukkan kesanggupan anda untuk mengekalkan kuasa anda. 368 00:21:48,661 --> 00:21:52,332 TAKTIK SESIAPA PUN BOLEH DIBUNUH 369 00:21:53,750 --> 00:21:57,754 Hidup sebagai penzalim memerlukan keputusan yang sukar. 370 00:21:57,837 --> 00:22:00,757 Anda tidak boleh biarkan emosi anda menghalang, 371 00:22:01,341 --> 00:22:03,009 walaupun itu saudara anda. 372 00:22:03,092 --> 00:22:05,386 Saddam tidak bertolak ansur 373 00:22:05,470 --> 00:22:10,141 terhadap apa-apa pemberontakan atau pengkhianatan 374 00:22:10,224 --> 00:22:11,851 daripada keluarga sendiri. 375 00:22:12,769 --> 00:22:16,022 Dia takkan teragak-agak untuk menahan, menangkap, 376 00:22:16,105 --> 00:22:18,691 menghukum dan menyeksa. Apa-apa yang perlu. 377 00:22:18,775 --> 00:22:22,737 Sukarkah untuk mengharapkan sokongan keluarga anda tak kira apa pun? 378 00:22:23,321 --> 00:22:24,447 Tentulah tidak. 379 00:22:28,034 --> 00:22:31,496 Selepas dikalahkan oleh pakatan dalam Perang Teluk pertama, 380 00:22:31,579 --> 00:22:34,248 Saddam perlu menegaskan semula kuasanya. 381 00:22:34,874 --> 00:22:38,002 Walaupun jika perlu membunuh orang yang tersayang. 382 00:22:38,086 --> 00:22:41,255 Dua orang anak perempuan Saddam telah mengahwini 383 00:22:41,339 --> 00:22:45,635 Hussein Kamel dan adiknya, Saddam Kamel. 384 00:22:45,718 --> 00:22:48,846 Mereka semua dua pupu dan tiga pupu. 385 00:22:48,930 --> 00:22:51,557 Saddam melantik si abang, Hussein Kamel, 386 00:22:51,641 --> 00:22:54,268 untuk mengetuai program senjata nuklear Iraq. 387 00:22:54,769 --> 00:22:58,606 Saddam amat tertawan dengannya. 388 00:22:58,689 --> 00:23:03,611 Saddam fikir, "Ini pemuda yang hebat, 389 00:23:03,694 --> 00:23:08,241 yang mungkin akan jadi pengganti saya." 390 00:23:08,324 --> 00:23:12,036 Hakikat itu tidak boleh diterima oleh anak lelaki sulung Saddam 391 00:23:12,120 --> 00:23:15,289 yang memiliki sifat psikopat, Uday. 392 00:23:15,373 --> 00:23:20,211 Uday amat kejam dan sadis. 393 00:23:20,294 --> 00:23:22,880 Dia mencemburui Hussein Kamel. 394 00:23:22,964 --> 00:23:25,341 Hussein Kamel mula sedar 395 00:23:25,425 --> 00:23:31,597 bahawa Uday akan menjadikan keadaan lebih sukar baginya. 396 00:23:31,681 --> 00:23:34,725 Lambat-laun, dia akan membunuhnya. 397 00:23:36,769 --> 00:23:38,729 Jadi, pada satu malam yang gelap, 398 00:23:38,813 --> 00:23:41,899 mereka lari ke Jordan bersama isteri dan anak-anak. 399 00:23:41,983 --> 00:23:45,778 Mendengar berita itu, Saddam menjadi amat marah. 400 00:23:45,862 --> 00:23:50,074 Terutamanya apabila mengetahui bahawa Hussein Kamel meminta perlindungan 401 00:23:50,158 --> 00:23:54,120 dan memaklumkan ejen CIA tentang program senjata kimia Iraq. 402 00:23:54,871 --> 00:23:57,415 Namun, Saddam tahu cara untuk membalas. 403 00:23:59,709 --> 00:24:01,502 Dia telefon anak-anaknya 404 00:24:01,586 --> 00:24:05,673 dan bersumpah suami-suami mereka akan dimaafkan jika mereka pulang. 405 00:24:05,756 --> 00:24:09,677 Tentunya dia meyakinkan kerana mereka semua kembali ke Baghdad. 406 00:24:10,303 --> 00:24:14,390 Namun, Saddam tidak menyambut mereka dengan tangan terbuka. 407 00:24:15,475 --> 00:24:18,227 Dia memaksa anak-anaknya bercerai. 408 00:24:18,311 --> 00:24:20,438 Beberapa hari kemudian, kerajaan Saddam 409 00:24:20,521 --> 00:24:22,732 mendakwa adik-beradik itu mati ditembak 410 00:24:22,815 --> 00:24:25,443 oleh saudara-mara di estet keluarga. 411 00:24:25,526 --> 00:24:28,112 Namun, orang lain menceritakan sebaliknya. 412 00:24:28,196 --> 00:24:32,408 Saddam menghantar skuad bunuh yang diketuai anak-anaknya, Uday dan Qusay 413 00:24:32,492 --> 00:24:34,494 untuk membunuh adik-beradik itu. 414 00:24:37,455 --> 00:24:40,583 Apa yang anda jangka? Setiap tindakan ada balasannya. 415 00:24:41,626 --> 00:24:44,545 Hukuman selepas itu jauh lebih dramatik. 416 00:24:45,213 --> 00:24:46,964 Mereka ambil mayat-mayat itu, 417 00:24:47,048 --> 00:24:49,175 sangkut pada kereta 418 00:24:49,258 --> 00:24:54,639 dan memandu kereta sambil mengheret mayat menantu Saddam 419 00:24:54,722 --> 00:24:56,390 ke seluruh bandar. 420 00:24:57,099 --> 00:25:00,061 Seluruh negara rasa terkejut. 421 00:25:00,144 --> 00:25:04,148 "Saya boleh buat begini walaupun terhadap menantu saya 422 00:25:04,732 --> 00:25:06,150 jika mereka ingkar." 423 00:25:07,026 --> 00:25:08,694 Zalim? Ya. 424 00:25:09,529 --> 00:25:12,073 Namun, itulah cara Saddam mengawal lawannya 425 00:25:12,156 --> 00:25:15,201 sehingga hari terakhir pemerintahan. 426 00:25:16,786 --> 00:25:19,163 Tiada apa-apa yang kekal selamanya. 427 00:25:20,373 --> 00:25:22,041 Namun, untuk bertahan selama ini, 428 00:25:23,501 --> 00:25:25,378 anda perlu menangani ancaman 429 00:25:25,461 --> 00:25:27,547 lebih mencabar daripada pesaing 430 00:25:27,630 --> 00:25:31,384 kerana ia berpunca daripada rakyat anda sendiri. 431 00:25:32,218 --> 00:25:33,094 Jangan takut. 432 00:25:33,803 --> 00:25:35,680 Buku panduan ini ada helah 433 00:25:35,763 --> 00:25:38,641 untuk mengawal rakyat anda yang resah. 434 00:25:38,724 --> 00:25:40,560 Namun, caranya tidak baik. 435 00:25:40,643 --> 00:25:42,603 Hentian seterusnya, Uganda. 436 00:25:42,687 --> 00:25:46,691 Kita bertemu lelaki yang memahiri seni keganasan agar kekal berkuasa. 437 00:25:46,774 --> 00:25:49,235 Anda bersedia untuk mencontohinya? 438 00:25:49,318 --> 00:25:50,820 Bagaimana dengan mereka? 439 00:25:50,903 --> 00:25:54,115 Saya rasa mereka akan rasa seperti duduk di atas api. 440 00:25:54,198 --> 00:25:56,200 - Apa tuan nak buat? - Lihat nanti. 441 00:26:25,354 --> 00:26:28,190 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman