1 00:00:06,068 --> 00:00:10,865 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:14,994 --> 00:00:16,537 Kuasa mutlak. 3 00:00:19,540 --> 00:00:21,876 Mengakulah. Anda tahu anda mahukannya. 4 00:00:23,127 --> 00:00:25,129 Anda cuma tidak tahu caranya. 5 00:00:25,713 --> 00:00:26,672 Saya tahu. 6 00:00:27,631 --> 00:00:29,216 Ada buku panduan. 7 00:00:29,842 --> 00:00:33,095 Siri taktik yang digunakan oleh penzalim paling terkenal 8 00:00:33,179 --> 00:00:35,389 untuk mencapai kuasa tidak terhingga. 9 00:00:36,348 --> 00:00:39,310 Setiap seorang dengan caranya yang tersendiri. 10 00:00:40,394 --> 00:00:42,146 MERAMPAS KUASA 11 00:00:43,064 --> 00:00:45,024 MENUMPASKAN PESAINGMU 12 00:00:46,400 --> 00:00:48,360 MEMERINTAH DENGAN ZALIM 13 00:00:48,444 --> 00:00:49,987 MENGAWAL KEBENARAN 14 00:00:51,572 --> 00:00:53,324 MENCIPTA MASYARAKAT BAHARU 15 00:00:53,783 --> 00:00:56,243 Namun, ada satu masalah. 16 00:00:57,828 --> 00:01:00,998 Laluan ini melibatkan pilihan yang tidak menyenangkan. 17 00:01:02,416 --> 00:01:04,877 Namun, siapa kata memerintah itu mudah? 18 00:01:06,045 --> 00:01:07,505 Mahu lihat kandungannya? 19 00:01:14,303 --> 00:01:18,015 Apabila saya sebut perkataan "penzalim", apa yang difikirkan? 20 00:01:18,099 --> 00:01:19,975 PEMERINTAH ZALIM DAN MENINDAS 21 00:01:20,059 --> 00:01:21,519 Tidak. Terlalu mudah. 22 00:01:23,395 --> 00:01:26,524 Kezaliman ialah kerajaan untuk orang yang mahu hasil. 23 00:01:28,651 --> 00:01:31,612 Sejarah manusia menunjukkan kebebasan bukan norma. 24 00:01:31,695 --> 00:01:33,447 Kita suka diperintah. 25 00:01:36,408 --> 00:01:41,205 Apabila hidup dalam masa yang sukar, ada tarikannya apabila seseorang muncul, 26 00:01:41,288 --> 00:01:45,751 menemui detik mereka dan kata, "Saya seorang boleh selesaikan semuanya." 27 00:01:46,335 --> 00:01:49,880 Itulah yang dibuat oleh penzalim paling hebat dalam sejarah, 28 00:01:49,964 --> 00:01:53,300 mengubah masyarakat mereka dari atas ke bawah. 29 00:01:53,968 --> 00:01:56,220 Dengan mengikut setiap langkah mereka, 30 00:01:56,303 --> 00:01:57,888 anda juga boleh! 31 00:01:57,972 --> 00:01:59,640 Ada panduan untuk kezaliman. 32 00:02:00,224 --> 00:02:04,019 Untuk menjadi penzalim, anda perlu ikut langkah-langkah itu. 33 00:02:04,603 --> 00:02:05,646 Itu saja. 34 00:02:07,022 --> 00:02:10,734 Sebelum anda boleh buat apa-apa, anda perlu menonjolkan diri 35 00:02:10,818 --> 00:02:12,945 dan menyambar kuasa. 36 00:02:13,028 --> 00:02:15,698 Di situlah bermulanya kisah kita, 37 00:02:15,781 --> 00:02:17,616 artis landskap tidak berjaya 38 00:02:17,700 --> 00:02:21,912 yang mencipta semula dirinya menjadi lelaki paling berkuasa di dunia. 39 00:02:26,167 --> 00:02:28,210 Ini dia. Adolf Hitler. 40 00:02:28,294 --> 00:02:31,589 Hanya sebulan selepas menjadi pemerintah mutlak Jerman. 41 00:02:33,382 --> 00:02:38,387 Jadi, bagaimana sebenarnya Adolf Hitler menjadi Adolf Hitler? 42 00:02:41,015 --> 00:02:44,435 Apa yang anda boleh pelajari daripadanya untuk berkuasa? 43 00:02:46,228 --> 00:02:48,355 *LUKISAN OLEH ADOLF HITLER 44 00:02:48,439 --> 00:02:51,734 Hitler dalam usia 20-an ialah artis yang kecewa, pokai, 45 00:02:51,817 --> 00:02:54,320 tiada kawan dan tidak berjaya. 46 00:02:55,279 --> 00:02:57,239 Ada seseorang bertemu Hitler 47 00:02:57,323 --> 00:03:00,409 dan dia kata, "Saya rasa dia tidak mengagumkan. 48 00:03:00,492 --> 00:03:03,954 Dia sangat kurus. Tangannya berpeluh ketika bersalaman." 49 00:03:04,038 --> 00:03:07,499 Bagaimana lelaki ini akhirnya dapat karisma yang menawan 50 00:03:07,583 --> 00:03:11,545 di serata negara Eropah yang begitu besar pada abad ke-20? 51 00:03:12,796 --> 00:03:14,548 Sebenarnya, ia amat mudah. 52 00:03:14,632 --> 00:03:16,175 Jika anda mahu memerintah, 53 00:03:16,258 --> 00:03:18,802 anda perlu percaya anda boleh memerintah. 54 00:03:20,262 --> 00:03:23,807 TAKTIK YAKIN TERHADAP DIRI SENDIRI 55 00:03:24,558 --> 00:03:26,685 Penzalim lazimnya memiliki 56 00:03:26,769 --> 00:03:30,689 keyakinan megalomania terhadap kebolehan mereka sendiri. 57 00:03:30,773 --> 00:03:32,274 Mereka perlu memilikinya. 58 00:03:33,108 --> 00:03:35,736 Mereka anggap diri mereka sebagai pembebas. 59 00:03:36,403 --> 00:03:38,447 Mereka selalunya yakin 60 00:03:38,530 --> 00:03:40,658 mereka saja boleh selamatkan dunia 61 00:03:40,741 --> 00:03:42,826 dan menjadikannya lebih baik. 62 00:03:43,577 --> 00:03:45,829 Dalam kata lain, mereka istimewa. 63 00:03:46,372 --> 00:03:49,875 Seperti yang anda lihat, bukan Hitler saja yang rasa begitu. 64 00:03:49,959 --> 00:03:51,293 Tayangkan filem. 65 00:03:53,420 --> 00:03:57,049 Menurut legenda Korea Utara, pada saat kelahiran Kim Jong-Il, 66 00:03:57,132 --> 00:03:59,677 bintang baharu menyinari langit, 67 00:04:00,261 --> 00:04:03,847 pelangi berganda muncul dan musim sejuk menjadi musim bunga. 68 00:04:05,641 --> 00:04:08,978 Saddam Hussein mendakwa bahawa dia dipilih oleh Tuhan 69 00:04:09,061 --> 00:04:10,813 sebagai pemerintah abadi Iraq 70 00:04:10,896 --> 00:04:15,693 dan beberapa kejadian dia mengelak maut dijadikan sebagai bukti pelantikan Tuhan. 71 00:04:15,776 --> 00:04:18,570 Diktator Haiti, François Duvalier pula mendakwa 72 00:04:18,654 --> 00:04:21,282 bahawa dia merupakan makhluk abadi 73 00:04:21,365 --> 00:04:25,869 dan memiliki kuasa voodoo yang menyebabkan pembunuhan JFK. 74 00:04:26,620 --> 00:04:28,289 Siapa yang menyangkal? 75 00:04:29,164 --> 00:04:32,835 Namun, di mana anda boleh cari sumber kepercayaan rohani anda? 76 00:04:37,006 --> 00:04:40,801 Hitler mendakwa dia menemuinya di tempat yang tidak dijangka. 77 00:04:42,970 --> 00:04:45,848 Parit berendam darah semasa Perang Dunia Pertama. 78 00:04:49,101 --> 00:04:52,896 Satu hari semasa bertugas, dia terdengar suara aneh dengan mesej. 79 00:04:54,898 --> 00:04:56,275 "Bergerak." 80 00:05:02,698 --> 00:05:05,993 Beberapa rakan seperjuangannya terbunuh serta-merta, 81 00:05:06,076 --> 00:05:09,621 tetapi Hitler selamat tanpa sebarang kesan. 82 00:05:12,249 --> 00:05:14,418 Apabila perang hampir tamat, 83 00:05:14,501 --> 00:05:18,589 Hitler dan unitnya menjadi mangsa gas mustard di Pertempuran Ypres. 84 00:05:26,347 --> 00:05:31,310 Semasa pulih di hospital berdekatan, paderi memberi berita buruk kepada Hitler. 85 00:05:31,393 --> 00:05:33,187 Perang Dunia Satu sudah tamat. 86 00:05:33,771 --> 00:05:35,397 Jerman menyerah kalah. 87 00:05:36,774 --> 00:05:39,151 Dia terkejut hingga hilang penglihatan. 88 00:05:39,735 --> 00:05:42,446 Kes kebutaan histeria. 89 00:05:43,781 --> 00:05:46,075 Kemudian daripada kedukaannya, 90 00:05:46,158 --> 00:05:49,370 muncul wawasan agung untuk masa depan negaranya. 91 00:05:52,289 --> 00:05:55,626 Dari saat ini, Hitler tidak meragui matlamat istimewanya. 92 00:05:56,502 --> 00:05:58,420 Hitler pernah berkata, 93 00:05:58,504 --> 00:06:02,883 "Saya berjalan dengan kepastian diri seperti bermimpi ke arah takdir saya." 94 00:06:04,635 --> 00:06:09,014 Sebaik saja dia ada misi untuk Jerman, dia bertindak secara automatik. 95 00:06:09,098 --> 00:06:12,476 Tiada apa-apa yang mengganggunya daripada matlamat itu. 96 00:06:13,018 --> 00:06:16,939 Itulah keyakinan yang diperlukan oleh bakal penzalim untuk mara. 97 00:06:18,399 --> 00:06:20,901 Namun, ada juga yang guna istilah berbeza. 98 00:06:21,568 --> 00:06:26,532 Orang yang berpotensi menjadi diktator selalunya sangat narsisistik. 99 00:06:26,615 --> 00:06:30,953 Mereka percaya diri mereka amat penting di dunia ini 100 00:06:31,036 --> 00:06:34,415 dan semuanya mesti berlaku mengikut kehendak mereka. 101 00:06:34,498 --> 00:06:37,543 Ini sangat berbeza berbanding orang biasa. 102 00:06:37,626 --> 00:06:39,920 Mungkin itu bukan sesuatu yang buruk. 103 00:06:42,256 --> 00:06:44,675 Namun, sebelum mencapai takdir anda, 104 00:06:44,758 --> 00:06:47,761 anda perlu mengatasi beberapa cabaran besar. 105 00:06:47,845 --> 00:06:50,639 Pertama sekali, anda belum ada pengikut. 106 00:06:51,807 --> 00:06:54,184 Untuk melancarkan kebangkitan kuasa, 107 00:06:54,268 --> 00:06:57,146 anda perlukan mesej yang menyentuh jiwa manusia 108 00:06:57,229 --> 00:06:59,940 dan ada satu cara yang akan menjaminnya. 109 00:07:00,441 --> 00:07:03,152 TAKTIK BANGKITKAN KEMARAHAN 110 00:07:04,445 --> 00:07:08,991 Dalam dunia sempurna, masyarakat tak perlu dibimbing tegas oleh penzalim, 111 00:07:09,074 --> 00:07:11,785 tetapi lihat sekeliling anda. Orang marah 112 00:07:13,245 --> 00:07:15,414 dan cari seseorang untuk disalahkan. 113 00:07:17,416 --> 00:07:19,168 Kau raksasa pengganas! 114 00:07:19,251 --> 00:07:22,838 Kebijaksanaannya ialah memahami sifat dendam 115 00:07:22,921 --> 00:07:24,256 yang sudah pun wujud… 116 00:07:26,800 --> 00:07:29,553 dan mempersembahkan diri sebagai penyelesaian 117 00:07:29,636 --> 00:07:32,264 untuk balas dendam terhadap orang yang dibenci. 118 00:07:34,808 --> 00:07:37,728 Mahu perhatian rakyat? Buku panduan itu jelas. 119 00:07:38,353 --> 00:07:40,856 Tunjuk bahawa musuh mereka juga musuh anda… 120 00:07:40,939 --> 00:07:42,191 INTELEKTUAL 121 00:07:43,233 --> 00:07:45,569 …dan anda yang akan menumpaskan mereka. 122 00:07:45,652 --> 00:07:46,987 LIBERAL 123 00:07:47,738 --> 00:07:48,739 Seperti mereka. 124 00:07:50,824 --> 00:07:53,911 Sejak muda lagi, bakal ketua Libya, Muammar Gaddafi 125 00:07:53,994 --> 00:07:56,914 memberi ucapan bersemangat menentang monarki Barat 126 00:07:56,997 --> 00:07:58,248 yang dipanggil korup 127 00:07:58,332 --> 00:08:02,127 dan dianggap wira apabila memenangi rampasan kuasa. 128 00:08:03,086 --> 00:08:07,299 Bapa Korea Utara, Kim Il-Sung, dikenali apabila mengingatkan rakyat 129 00:08:07,382 --> 00:08:09,635 tentang penghinaan yang mereka alami 130 00:08:09,718 --> 00:08:12,429 semasa pendudukan tentera Jepun. 131 00:08:13,514 --> 00:08:17,809 Apabila Idi Amin bangkit, dia memfokuskan kemarahan Uganda 132 00:08:17,893 --> 00:08:20,854 terhadap bekas pemerintah kolonial mereka, Britain. 133 00:08:20,938 --> 00:08:26,443 Kita lihat mereka digulingkan di Uganda, bahawa imperialisme Britain sudah tamat. 134 00:08:30,781 --> 00:08:34,576 Selepas Perang Dunia Pertama, Jerman mengalami hiperinflasi, 135 00:08:35,619 --> 00:08:37,162 kadar pengangguran tinggi 136 00:08:37,246 --> 00:08:40,749 dan orang perlukan wang yang banyak hanya untuk sebuku roti. 137 00:08:42,876 --> 00:08:47,714 Dalam kalangan rakyat Jerman yang hampa ialah Adolf Hitler yang berusia 30 tahun, 138 00:08:47,798 --> 00:08:51,218 yang bakal mengambil langkah untuk mendapatkan kuasa. 139 00:08:54,555 --> 00:08:56,265 Munich, 1919. 140 00:08:57,307 --> 00:09:00,852 Adolf Hitler ialah artis menganggur yang tidak memiliki wang 141 00:09:01,895 --> 00:09:05,148 tetapi memiliki pendapat tentang semua yang tidak kena 142 00:09:06,149 --> 00:09:07,401 dan orang yang salah. 143 00:09:09,570 --> 00:09:12,698 Hitler dapat kerja sebagai pegawai perisikan tentera. 144 00:09:14,324 --> 00:09:16,827 Tugas pertamanya ialah perhatikan pertemuan 145 00:09:16,910 --> 00:09:20,872 kumpulan sayap kanan anti-Yahudi iaitu Parti Pekerja Jerman. 146 00:09:21,999 --> 00:09:24,167 Bos Hitler mahu dia mengintip, 147 00:09:24,251 --> 00:09:26,587 memerhati dan laporkan ke ibu pejabat. 148 00:09:28,505 --> 00:09:31,925 Namun, mengikut arahan bukanlah kemahiran Hitler. 149 00:09:36,763 --> 00:09:40,559 Kemarahan dan kekecewaan yang lama dipendam telah diluahkan. 150 00:09:42,185 --> 00:09:45,105 Dia merungut tentang konspirasi pimpinan Yahudi 151 00:09:45,188 --> 00:09:47,441 yang menghalang kemajuan orang Jerman. 152 00:09:50,569 --> 00:09:53,780 Sebelum kita teruskan, biar lelaki ini memberitahu anda 153 00:09:53,864 --> 00:09:55,949 tentang teori konspirasi Hitler. 154 00:09:56,033 --> 00:09:57,784 Pada dasarnya, Hitler kata, 155 00:09:57,868 --> 00:10:01,204 pembiaya Wall Street dan komunis di Moscow 156 00:10:01,288 --> 00:10:05,417 adalah sebahagian daripada rancangan Yahudi. 157 00:10:06,251 --> 00:10:09,588 Ia tak masuk akal, tapi Hitler meyakinkan orang Jerman. 158 00:10:10,881 --> 00:10:14,217 Masuk akal atau tidak, kata-kata Hitler memainkan emosi. 159 00:10:14,301 --> 00:10:15,594 Kini ahli parti, 160 00:10:15,677 --> 00:10:18,764 Hitler obses untuk menyempurnakan persembahannya. 161 00:10:18,847 --> 00:10:22,225 Kandungan ucapannya penuh dengan kebencian. 162 00:10:24,061 --> 00:10:26,438 Menghapuskan orang Yahudi di Jerman, 163 00:10:27,022 --> 00:10:30,192 dendamnya kerana Jerman telah dimalukan. 164 00:10:30,275 --> 00:10:33,278 Jerman perlu bangkit semula demi maruah negara. 165 00:10:34,196 --> 00:10:36,907 Tak lama kemudian, Hitler dinamakan ketua parti 166 00:10:36,990 --> 00:10:38,575 yang diberi nama baharu. 167 00:10:38,659 --> 00:10:41,703 Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman 168 00:10:41,787 --> 00:10:44,748 yang dikenali sebagai "Nazi". 169 00:10:45,457 --> 00:10:48,293 Hitler kini ada ruang untuk meluahkan kemarahan 170 00:10:48,377 --> 00:10:51,922 dan pengikut setia yang mendengar setiap katanya. 171 00:10:52,923 --> 00:10:56,510 Bagi orang Jerman, dia menyatakan pendapat hati mereka 172 00:10:56,593 --> 00:10:58,553 yang tidak dapat mereka luahkan. 173 00:11:00,430 --> 00:11:02,349 Kenapa ia begitu berkesan? 174 00:11:03,225 --> 00:11:06,978 Anda beri mereka kebenaran untuk menjadi diri yang sebenar. 175 00:11:08,397 --> 00:11:11,858 Rasa tidak puas hati menyatukan orang ramai 176 00:11:11,942 --> 00:11:16,863 dan rasanya sangat bagus kerana anda ada perpaduan 177 00:11:16,947 --> 00:11:18,824 serta ketua yang kuat 178 00:11:18,907 --> 00:11:22,619 untuk memimpin anda menentang minoriti 179 00:11:22,703 --> 00:11:25,288 atau ancaman dari luar itu. 180 00:11:26,289 --> 00:11:28,917 Sukar untuk percaya bahawa orang begitu mudah 181 00:11:29,000 --> 00:11:31,002 menyalahkan orang lain, bukan? 182 00:11:31,086 --> 00:11:33,588 PROPAGANDA YAHUDI BELI DARI KEDAI JERMAN! 183 00:11:33,672 --> 00:11:37,008 Jangan buat-buat seperti orang Jerman pada tahun 20-an 184 00:11:37,092 --> 00:11:40,387 adalah lebih teruk berbanding kita hari ini. 185 00:11:40,470 --> 00:11:42,973 Jika anda benar-benar rasa 186 00:11:43,056 --> 00:11:44,808 ada musuh di dalam negara, 187 00:11:44,891 --> 00:11:47,936 anda tentu mahu ahli politik buat sesuatu. 188 00:11:48,520 --> 00:11:51,523 Mudah untuk kita sekadar melihat 189 00:11:51,606 --> 00:11:54,401 dan kata, "Saya takkan sesekali 190 00:11:54,484 --> 00:11:57,529 makan kata-kata manis oleh penzalim seperti Hitler." 191 00:11:59,531 --> 00:12:00,907 Pasti anda terpengaruh. 192 00:12:01,742 --> 00:12:03,952 Namun, untuk mencapai kuasa mutlak, 193 00:12:04,035 --> 00:12:06,580 ia bukan sekadar mesej yang menarik. 194 00:12:06,663 --> 00:12:08,832 Utusan itu juga perlu meyakinkan. 195 00:12:09,916 --> 00:12:11,710 Buku panduan akan ajar anda. 196 00:12:11,793 --> 00:12:14,546 TAKTIK JADI PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT 197 00:12:18,091 --> 00:12:21,595 Sebagai penzalim, wajah anda akan mewakili negara anda. 198 00:12:21,678 --> 00:12:23,430 Cara menampilkan wajah itu 199 00:12:23,513 --> 00:12:25,182 akan bergantung pada anda. 200 00:12:26,308 --> 00:12:30,645 Namun, pada peringkat awal ini, buku panduan memberikan nasihat khusus 201 00:12:30,729 --> 00:12:32,063 tentang imej anda. 202 00:12:34,065 --> 00:12:36,151 Tunjukkan anda sama seperti mereka. 203 00:12:39,196 --> 00:12:40,238 Perlukan contoh? 204 00:12:42,407 --> 00:12:44,326 Diktator Itali, Benito Mussolini 205 00:12:44,409 --> 00:12:48,205 dengan bangga menggelar dirinya sebagai "pemimpin berjiwa rakyat" 206 00:12:48,288 --> 00:12:53,418 dan selalu menceritakan asal-usulnya sebagai anak tukang besi dari pekan kecil. 207 00:12:54,127 --> 00:12:55,670 Pada awal pemerintahannya, 208 00:12:55,754 --> 00:12:59,466 Idi Amin memandu sendiri Jeep tanpa bumbung di Uganda 209 00:12:59,549 --> 00:13:04,179 dan terkenal kerana selalu bermain akordion di majlis umum. 210 00:13:05,222 --> 00:13:08,850 Muammar Gaddafi pula berpegang teguh pada budaya Bedouin 211 00:13:08,934 --> 00:13:12,729 dengan memakai jubah etniknya serta berkhemah ketika mengembara. 212 00:13:15,816 --> 00:13:18,985 Siapa lagi yang layak merealisasikan impian negara 213 00:13:19,069 --> 00:13:21,613 berbanding seseorang yang memahami rakyat 214 00:13:21,696 --> 00:13:23,990 dan memiliki impian yang sama? 215 00:13:24,074 --> 00:13:26,868 Inilah tanda-tanda penzalim berjaya 216 00:13:26,952 --> 00:13:32,791 yang mencapai asimilasi antara diri mereka dan rakyat. 217 00:13:33,291 --> 00:13:37,128 Mereka tampil dan berkata, "Saya ialah awak. Awak ialah saya. 218 00:13:37,212 --> 00:13:39,422 Kita satu organisma kolektif." 219 00:13:39,506 --> 00:13:42,717 Hitler selalu cakap begini dalam ucapannya. 220 00:13:43,301 --> 00:13:47,472 Saya hanya berminat dalam hal ehwal rakyat Jerman. 221 00:13:47,556 --> 00:13:51,184 Saya milik mereka. Saya serahkan diri kepada rakyat Jerman. 222 00:13:51,768 --> 00:13:55,272 Apabila anda mempersembahkan diri sebagai "pemimpin rakyat", 223 00:13:55,355 --> 00:13:58,400 perkara kecil yang memberi banyak perbezaan. 224 00:13:58,483 --> 00:14:01,027 Hitler tidak berpakaian mewah. 225 00:14:01,778 --> 00:14:03,697 Dia selalu berpakaian seragam. 226 00:14:04,322 --> 00:14:07,534 Hakikat bahawa dia beraksi dalam Perang Dunia Pertama 227 00:14:07,617 --> 00:14:10,203 dan mempercayai perang membentuk kelelakian, 228 00:14:11,079 --> 00:14:13,456 anda sedar akan kepentingannya 229 00:14:13,540 --> 00:14:16,626 untuk memenangi hati rakyat dan mengukuhkan sokongan. 230 00:14:18,003 --> 00:14:19,880 Jadi, bagaimana dengan 231 00:14:20,755 --> 00:14:22,382 misai itu? 232 00:14:23,842 --> 00:14:26,177 Misainya berubah bentuk 233 00:14:26,261 --> 00:14:30,932 daripada misai panjang yang dilihat dalam Perang Dunia Pertama 234 00:14:31,016 --> 00:14:32,434 dalam imej awal Hitler. 235 00:14:33,351 --> 00:14:35,729 Sesuatu membuatnya mengubah rupa. 236 00:14:37,022 --> 00:14:40,525 Satu teori ialah dia memotong misai besar ala Kaiser Wilhelm 237 00:14:40,609 --> 00:14:43,320 semasa perang agar ia muat dalam topeng gas. 238 00:14:44,029 --> 00:14:48,450 Teori lain ialah dia guna pisau cukur untuk meniru wira Jerman kontemporari, 239 00:14:48,533 --> 00:14:49,784 Hans Koeppen. 240 00:14:50,410 --> 00:14:54,122 Mungkin Hitler tak terfikir misainya akan menjadi lambang abadi. 241 00:14:54,205 --> 00:14:56,207 Kadangkala, bakal penzalim 242 00:14:57,542 --> 00:14:58,919 cuma bernasib baik. 243 00:15:00,378 --> 00:15:03,840 Ia akhirnya menjadi misai berus gigi klasik 244 00:15:03,924 --> 00:15:07,886 yang digunakan oleh lelaki kelas rendah dan sederhana 245 00:15:08,720 --> 00:15:10,013 di seluruh Eropah. 246 00:15:10,096 --> 00:15:13,767 Hitler sebenarnya tunjukkan, "Saya dari latar belakang begini." 247 00:15:14,768 --> 00:15:18,396 Setelah anda kukuhkan hubungan anda dengan rakyat jelata, 248 00:15:18,480 --> 00:15:21,858 anda mungkin rasa takdir memihak kepada anda, 249 00:15:21,942 --> 00:15:23,401 tetapi jangan gopoh. 250 00:15:25,028 --> 00:15:26,404 Untuk mencipta sejarah, 251 00:15:26,488 --> 00:15:29,491 anda perlu tarik perhatian pada tahap yang mendalam. 252 00:15:30,158 --> 00:15:31,826 Fikiran separa sedar mereka. 253 00:15:31,910 --> 00:15:34,746 TAKTIK PENJENAMAAN GERAKAN 254 00:15:37,165 --> 00:15:39,626 14 TAHUN SEBELUM HITLER MENJADI DIKTATOR 255 00:15:40,251 --> 00:15:42,671 Dari dewan-dewan bir pada tahun 1920-an, 256 00:15:43,505 --> 00:15:46,633 parti Nazi semakin berkembang, 257 00:15:46,716 --> 00:15:50,679 tetapi ada banyak parti sayap kanan 258 00:15:50,762 --> 00:15:52,263 yang merebut kuasa. 259 00:15:53,223 --> 00:15:56,851 Seperti mana-mana produk, untuk membezakan perjuangan anda, 260 00:15:56,935 --> 00:15:58,937 anda perlukan strategi pemasaran. 261 00:15:59,020 --> 00:16:03,233 Ada 192,000 botol yang berbaris di sini setiap hari. 262 00:16:04,067 --> 00:16:07,153 Hitler secara semula jadinya pandai mengiklan. 263 00:16:07,737 --> 00:16:10,115 Mesin itu seolah-olah memberi nyawa, 264 00:16:11,574 --> 00:16:14,160 mengubahnya menjadi simbol diri kita, 265 00:16:14,244 --> 00:16:18,331 beratur untuk masa depan, digerak oleh kuasa di luar kawalan kita, 266 00:16:18,415 --> 00:16:21,626 bersedia untuk pergi ke destinasi yang tidak diketahui. 267 00:16:23,336 --> 00:16:25,296 Hitler tahu kuasa imej itu. 268 00:16:26,840 --> 00:16:29,426 Dia sedar akan kuasa penjenamaan. 269 00:16:29,509 --> 00:16:31,553 Bukan saja perlu ada orangnya, 270 00:16:32,387 --> 00:16:35,640 tapi anda juga perlu ada ikonografi untuk mengiringinya. 271 00:16:37,308 --> 00:16:40,103 Bercakap tentang simbol, anda perlu akui, 272 00:16:40,186 --> 00:16:42,147 simbol ini agak berkuasa. 273 00:16:45,442 --> 00:16:48,528 Boleh dikatakan tiada jenama yang lebih terkenal 274 00:16:48,611 --> 00:16:51,614 daripada swastika dalam bulatan putih di bendera merah. 275 00:16:52,907 --> 00:16:57,996 Ia masih menjadi ikon paling berkuasa yang pernah wujud di planet ini. 276 00:17:01,207 --> 00:17:03,668 Walaupun simbol akan menambat perhatian, 277 00:17:03,752 --> 00:17:05,628 pasukan anda yang berkuasa 278 00:17:05,712 --> 00:17:08,381 dan mereka perlu digayakan demi kejayaan anda. 279 00:17:08,465 --> 00:17:09,924 *DIREKA OLEH HUGO BOSS 280 00:17:12,052 --> 00:17:15,889 Hitler melaksanakannya melalui kemeja tentera berwarna perang. 281 00:17:19,684 --> 00:17:22,562 Kejayaan mendapatkan pakaian seragam itu 282 00:17:22,645 --> 00:17:26,232 dan menyertai gerakan yang lebih penting daripada diri anda, 283 00:17:26,316 --> 00:17:29,611 ia amat bermakna dalam pemikiran rakyat Jerman. 284 00:17:29,694 --> 00:17:33,073 Pakaian seragam itu membawa erti pengorbanan, kewajipan, 285 00:17:33,156 --> 00:17:34,991 ketaatan dan kesetiaan. 286 00:17:36,201 --> 00:17:37,160 Dalam kata lain, 287 00:17:37,243 --> 00:17:40,663 memakai pakaian seragam bererti anda ahli pasukan itu. 288 00:17:42,457 --> 00:17:44,793 Siapa yang tak mahu sertai pasukan itu? 289 00:17:44,876 --> 00:17:48,588 Keakuran adalah salah satu matlamat 290 00:17:48,671 --> 00:17:50,423 yang penzalim ingin capai. 291 00:17:52,300 --> 00:17:54,552 Sebabnya mereka kadangkala berjaya, 292 00:17:55,345 --> 00:17:59,349 walaupun mengejutkan, ialah mereka boleh yakinkan pengikut 293 00:17:59,432 --> 00:18:02,310 bahawa ia bukannya keakuran, 294 00:18:02,393 --> 00:18:03,728 tetapi perpaduan. 295 00:18:12,987 --> 00:18:15,406 Dengan penjenamaan dan penyatuan gerakan, 296 00:18:15,490 --> 00:18:18,201 ia akan menjadi mustahil untuk diendahkan. 297 00:18:22,872 --> 00:18:25,083 Hitler menarik orang ramai 298 00:18:25,166 --> 00:18:27,335 melalui perarakan politik sebegitu. 299 00:18:31,047 --> 00:18:36,177 Dengan swastika, askar berpakaian seragam, penggunaan obor, ucapan bersemangat, 300 00:18:36,261 --> 00:18:37,804 anda pasti tergoda. 301 00:18:37,887 --> 00:18:42,767 Kalau semuanya bersatu dan mengambil bahagian, marilah sertai. 302 00:18:44,102 --> 00:18:45,478 Seronok bunyinya. 303 00:18:45,562 --> 00:18:48,231 Namun, persembahan dan rupa yang hebat 304 00:18:48,314 --> 00:18:51,025 tidak bererti kebangkitan kuasa anda terjamin. 305 00:18:51,151 --> 00:18:54,863 Anda perlu meningkatkan tahap operasi anda. 306 00:18:54,946 --> 00:18:58,283 Pemilihan staf yang betul akan memberi perbezaan besar. 307 00:19:02,745 --> 00:19:05,832 TAKTIK BINA SKUAD ANDA 308 00:19:08,751 --> 00:19:12,422 Tiada sesiapa memerintah seorang diri. 309 00:19:13,381 --> 00:19:14,716 Bukan Idi Amin 310 00:19:14,799 --> 00:19:17,760 atau Louis ke-14 yang bertitah, "L'etat c'est moi," 311 00:19:17,844 --> 00:19:19,095 "Betalah negara." 312 00:19:19,179 --> 00:19:20,972 Orang tak memerintah sendiri. 313 00:19:21,055 --> 00:19:24,684 Apabila merampas kuasa, anda perlukan pasukan yang dipercayai 314 00:19:24,767 --> 00:19:27,604 untuk menguatkan mesej anda dan menyokong anda. 315 00:19:28,146 --> 00:19:29,230 Sebagai bukti, 316 00:19:30,857 --> 00:19:33,693 rakan tentera yang rapat dengan Muammar Gaddafi 317 00:19:33,776 --> 00:19:36,154 membantunya menggulingkan Raja Libya 318 00:19:36,237 --> 00:19:39,824 dan membentuk kerajaan yang diperintahnya lebih 40 tahun. 319 00:19:40,575 --> 00:19:43,119 Saddam Hussein bergantung pada ahli keluarga 320 00:19:43,203 --> 00:19:47,123 atau ahli puaknya sebagai sokongan utama sepanjang pemerintahannya. 321 00:19:48,249 --> 00:19:51,961 Joseph Stalin melantik penyokong dalam Jawatankuasa Pusat Soviet 322 00:19:52,045 --> 00:19:54,839 lalu membolehkannya menghapuskan pesaing 323 00:19:54,923 --> 00:19:57,133 dan merampas kawalan sepenuhnya. 324 00:19:58,092 --> 00:20:01,596 Namun, apabila anda membina pasukan untuk merampas kuasa, 325 00:20:01,679 --> 00:20:03,765 bukan semua orang layak. 326 00:20:03,848 --> 00:20:07,227 Setiap ketua memerlukan pasukan yang berbilang kemahiran 327 00:20:07,310 --> 00:20:09,812 yang boleh menjadikan visi anda kenyataan. 328 00:20:10,271 --> 00:20:14,567 Seorang penganjur yang mahir menjalankan dan mengembangkan gerakan anda. 329 00:20:15,193 --> 00:20:16,611 Seorang askar yang kejam 330 00:20:16,694 --> 00:20:20,406 yang boleh mendorong orang lain untuk menjalankan kehendak anda. 331 00:20:20,490 --> 00:20:23,618 Pembantu dipercayai untuk mengawasi jadual ketat anda 332 00:20:23,701 --> 00:20:26,579 dan merekodkan kata-kata mutiara anda, 333 00:20:27,038 --> 00:20:28,581 dan wira berpingat 334 00:20:28,665 --> 00:20:31,084 untuk mengagumkan golongan elit berwang 335 00:20:31,167 --> 00:20:33,294 kerana revolusi bukannya murah. 336 00:20:34,337 --> 00:20:38,091 Tentu sekali, anda perlu sentiasa mencari bakat baharu. 337 00:20:38,675 --> 00:20:43,179 Namun, apabila gerakan anda berkembang, mungkin ada yang mencabar kuasa anda. 338 00:20:43,263 --> 00:20:46,641 Jadi jangan lupa satu syarat yang paling penting. 339 00:20:47,642 --> 00:20:51,854 Anda mahu seseorang yang anda boleh harapkan untuk setia. 340 00:20:52,939 --> 00:20:56,067 Untuk itu, Hitler sentiasa boleh harapkan lelaki ini 341 00:20:56,150 --> 00:20:58,736 yang menjadi pengikut paling setia. 342 00:20:59,862 --> 00:21:01,197 Joseph Goebbels. 343 00:21:01,823 --> 00:21:04,075 Goebbels mengasihi Hitler. 344 00:21:05,076 --> 00:21:07,704 Dia dengar Hitler berucap di suatu acara 345 00:21:07,787 --> 00:21:12,542 dan tertawan lalu berkata, "Okey. Dialah orangnya." 346 00:21:13,710 --> 00:21:17,922 Goebbels memahami kuasa media moden, 347 00:21:18,840 --> 00:21:21,968 pawagam dan kawalan media. 348 00:21:22,051 --> 00:21:26,639 Dia juga memahami kuasa penekanan dan pengulangan mesej. 349 00:21:26,723 --> 00:21:29,475 Joseph Goebbels menjadi ketua propagandanya. 350 00:21:33,688 --> 00:21:35,064 Ya, bakat memang bagus, 351 00:21:35,148 --> 00:21:39,110 namun yang penting ialah pengikut yang selalu mengutamakan anda, 352 00:21:39,193 --> 00:21:41,321 walaupun keadaan menjadi buruk. 353 00:21:41,404 --> 00:21:45,867 Goebbels memang pengikut sejatinya. Akhirnya, di bunker pada tahun 1945, 354 00:21:45,950 --> 00:21:49,120 dia dan isterinya meracun enam anak mereka, 355 00:21:49,203 --> 00:21:50,872 kemudian meracun dirinya 356 00:21:50,955 --> 00:21:54,208 kerana dia tidak dapat bayangkan dunia tanpa Hitler. 357 00:21:57,128 --> 00:21:58,671 Itulah erti kesetiaan. 358 00:22:02,925 --> 00:22:06,804 Jika anda mengikuti buku panduan untuk merampas kuasa, 359 00:22:06,888 --> 00:22:11,267 anda telah mengenal pasti misi suci anda, menggunakan kemarahan rakyat, 360 00:22:11,351 --> 00:22:13,519 mencipta imej berjiwa rakyat 361 00:22:13,603 --> 00:22:16,939 dan menjenamakan identiti tersendiri untuk gerakan anda. 362 00:22:17,023 --> 00:22:20,526 Kini, anda memiliki pasukan tertinggi yang sedia berkhidmat. 363 00:22:20,610 --> 00:22:22,445 Namun, sebagai langkah akhir, 364 00:22:22,528 --> 00:22:25,740 anda memerlukan peluang untuk melancarkan tindakan. 365 00:22:25,823 --> 00:22:28,701 Apabila ia tiba, anda tidak boleh terlepas. 366 00:22:28,785 --> 00:22:31,662 TAKTIK PILIH MASA UNTUK BERTINDAK 367 00:22:32,663 --> 00:22:35,291 Tekanan kian meningkat untuk merebut peluang, 368 00:22:35,375 --> 00:22:37,043 jadi masanya amat penting. 369 00:22:38,002 --> 00:22:42,048 Anda perlu memiliki kesabaran tinggi sebelum anda bertindak. 370 00:22:42,131 --> 00:22:45,593 Kebolehan untuk menunggu dan bermain dalam jangka panjang. 371 00:22:45,676 --> 00:22:49,138 Percayalah. Kesabaran anda akan mendapat ganjaran. 372 00:22:49,639 --> 00:22:50,556 Saya tunjukkan. 373 00:22:52,433 --> 00:22:54,644 Semasa menjadi naib presiden Iraq, 374 00:22:54,727 --> 00:22:58,439 Saddam Hussein merekrut pasukan rahsia selama satu dekad 375 00:22:58,523 --> 00:23:01,692 sebelum menggunakannya untuk menggulingkan bosnya. 376 00:23:02,652 --> 00:23:05,738 Joseph Stalin merapati Lenin selama tujuh tahun 377 00:23:05,822 --> 00:23:09,033 sebelum bapa Rusia itu akhirnya melantik Stalin. 378 00:23:09,117 --> 00:23:10,284 Idi Amin di Uganda 379 00:23:10,368 --> 00:23:14,330 dengan sabar memasukkan ahlinya daripada puak Kakwa ke dalam tentera 380 00:23:14,414 --> 00:23:16,874 yang membantunya menumpaskan presiden. 381 00:23:17,750 --> 00:23:20,128 Hitler hampir terlepas peluangnya 382 00:23:20,211 --> 00:23:22,004 kerana bertindak terlalu awal. 383 00:23:23,798 --> 00:23:25,883 11 TAHUN SEBELUM HITLER MENJADI DIKTATOR 384 00:23:26,884 --> 00:23:28,678 Pemberontakan Kilat Dewan Bir. 385 00:23:29,637 --> 00:23:32,807 Hitler mengarahkan rampasan kuasa sebelum masanya. 386 00:23:32,890 --> 00:23:36,310 Dia telah mengetuai sekumpulan Nazi 387 00:23:36,394 --> 00:23:38,104 di jalanan Munich 388 00:23:38,187 --> 00:23:41,065 untuk merampas kuasa pemimpin politik Bavaria, 389 00:23:41,149 --> 00:23:43,651 dijadikan tebusan agar melepaskan kuasa. 390 00:23:43,734 --> 00:23:46,028 Ada banyak salah faham. 391 00:23:46,112 --> 00:23:49,991 Akhirnya mereka tinggalkan dewan bir dan ditembak oleh polis. 392 00:23:50,074 --> 00:23:51,200 Ia kesilapan besar. 393 00:23:51,826 --> 00:23:53,661 PENJARA LANDSBERG 394 00:23:54,454 --> 00:23:56,956 Hitler dihantar ke Penjara Landsberg. 395 00:23:57,039 --> 00:23:59,792 Dia dipandang rendah oleh media sedunia. 396 00:23:59,876 --> 00:24:03,045 Ada petikan dalam New York Times yang mengatakan, 397 00:24:03,129 --> 00:24:07,467 "Herr Hitler dijangka akan bersara daripada khidmat awam." 398 00:24:08,426 --> 00:24:11,929 Dia pun bersara dan tidak didengari lagi. 399 00:24:12,930 --> 00:24:17,560 TAMAT 400 00:24:17,643 --> 00:24:18,853 Oh, betul. 401 00:24:19,979 --> 00:24:23,483 Dia di sana bersama pengikut paling setia, Rudolf Hess. 402 00:24:23,566 --> 00:24:25,568 Hess yang meyakinkannya 403 00:24:25,651 --> 00:24:28,988 untuk mula mencatatkan manifestonya. 404 00:24:29,071 --> 00:24:32,575 Manifesto inilah yang akhirnya menjadi buku Mein Kampf, 405 00:24:32,658 --> 00:24:33,743 "Perjuanganku". 406 00:24:34,619 --> 00:24:36,412 Namun, mencatatkan matlamatnya 407 00:24:36,496 --> 00:24:39,123 serta dibebaskan dari penjara selepas 9 bulan 408 00:24:39,207 --> 00:24:41,959 tidak mengubah nasib Hitler serta-merta. 409 00:24:42,543 --> 00:24:44,629 Malah, keadaan semakin teruk. 410 00:24:48,174 --> 00:24:53,846 Zaman 20-an yang gilang-gemilang ialah zaman kebebasan suara dan peluang. 411 00:24:53,930 --> 00:24:56,140 Cara berpakaian, gaya hidup mereka 412 00:24:56,224 --> 00:24:58,059 dan wanita yang lebih bebas. 413 00:24:58,684 --> 00:25:00,353 Ia mengujakan! 414 00:25:01,187 --> 00:25:02,230 Tidak. 415 00:25:02,313 --> 00:25:06,025 Perkara terakhir yang penzalim mahu ialah rakyat yang gembira. 416 00:25:06,901 --> 00:25:09,153 Hitler menyepi pada tahun 1920-an. 417 00:25:09,237 --> 00:25:11,197 Berlaku pergelutan politik. 418 00:25:11,280 --> 00:25:12,198 PARTI NAZI 2.6% 419 00:25:13,282 --> 00:25:16,077 Mujurlah, zaman gilang-gemilang tidak kekal. 420 00:25:18,329 --> 00:25:22,124 Pada bulan Oktober 1929, Bursa Saham Amerika Syarikat menjunam 421 00:25:22,208 --> 00:25:25,086 diikuti oleh pasaran di serata dunia. 422 00:25:25,962 --> 00:25:30,258 Sejurus selepas Zaman Kemelesatan melanda, populariti parti Nazi melonjak. 423 00:25:34,637 --> 00:25:37,306 Sebelum Zaman Kemelesetan, tidak pernah diduga 424 00:25:37,390 --> 00:25:39,809 bahawa mereka akan menjadi parti dominan. 425 00:25:40,810 --> 00:25:47,567 Julai 1932 ialah kemuncak populariti parti Nazi dengan 37 peratus, 426 00:25:47,650 --> 00:25:50,611 jadi Hitler dilantik sebagai canselor. 427 00:25:50,778 --> 00:25:53,864 30 JANUARI 1933 HITLER DILANTIK SEBAGAI CANSELOR JERMAN 428 00:25:55,116 --> 00:25:56,534 Rampasan kuasa Hitler 429 00:25:56,617 --> 00:25:58,995 semasa menjadi canselor bukannya mutlak. 430 00:25:59,078 --> 00:26:01,998 Dia bukan ketua negara. Presiden masih di atasnya. 431 00:26:02,665 --> 00:26:07,336 Dia perlu mengambil peluang untuk menguatkan genggaman kuasanya. 432 00:26:08,170 --> 00:26:11,924 Tiada peluang lebih baik berbanding krisis yang menjelma. 433 00:26:12,550 --> 00:26:15,678 Kebakaran Reichstag membolehkan dia bertindak. 434 00:26:17,597 --> 00:26:19,432 27 FEBRUARI 1933 435 00:26:21,642 --> 00:26:25,688 Apa yang lebih teruk daripada melihat pusat kerajaan anda terbakar? 436 00:26:25,771 --> 00:26:27,732 Namun, apabila Hitler tiba, 437 00:26:27,815 --> 00:26:32,194 dia nampak tidak terkejut, tetapi seperti mendapat ilham. 438 00:26:33,195 --> 00:26:36,449 "Anda menyaksikan permulaan era baharu sejarah Jerman," 439 00:26:36,532 --> 00:26:38,075 katanya kepada wartawan. 440 00:26:38,159 --> 00:26:43,247 Dia meluru ke pejabat akhbar parti Nazi dan bekerja sehingga subuh. 441 00:26:43,831 --> 00:26:48,252 Esoknya, tajuk berita Hitler menyalahkan komunis untuk kebakaran itu. 442 00:26:49,879 --> 00:26:52,590 Ada juga teori berbeza tentang kejadian itu. 443 00:26:55,384 --> 00:27:00,389 Mereka percaya bahawa anggota Nazi memulakan kebakaran atas arahan Hitler 444 00:27:00,473 --> 00:27:03,142 bagi meraih simpati untuk perjuangan mereka. 445 00:27:05,353 --> 00:27:07,021 Mengabaikan bisikan mereka, 446 00:27:07,688 --> 00:27:12,526 Hitler mendesak menteri menandatangani dekri kecemasan yang telah ditulisnya, 447 00:27:12,610 --> 00:27:15,946 menjadikan Jerman negara polis di bawah kawalan Nazi, 448 00:27:16,530 --> 00:27:19,909 lalu membawanya kepada Presiden Paul von Hindenburg. 449 00:27:19,992 --> 00:27:22,620 Dia tidak dapat menandingi kemahuan Hitler 450 00:27:22,703 --> 00:27:25,122 atau krisis negara yang kian bergolak. 451 00:27:26,374 --> 00:27:30,461 Dekri rasmi itu memberi Hitler kuasa penuh untuk memenjarakan lawan, 452 00:27:30,544 --> 00:27:35,049 membubarkan semua parti politik melainkan Nazi dan menyekat media. 453 00:27:35,841 --> 00:27:38,636 Hitler mencari peluang 454 00:27:38,719 --> 00:27:43,474 untuk menamatkan kebebasan awam dan menumbangkan pembangkang, 455 00:27:43,557 --> 00:27:44,975 dan dia menemuinya. 456 00:27:47,478 --> 00:27:50,690 Bakal diktator memiliki intuisi untuk mengetahui 457 00:27:50,773 --> 00:27:53,609 bahawa apabila orang diugut, 458 00:27:54,151 --> 00:27:58,614 mereka mencari kepimpinan yang berwibawa 459 00:27:58,698 --> 00:28:00,574 dan menyokong lelaki yang kuat. 460 00:28:01,701 --> 00:28:05,413 Semuanya telah diatur, kini cuma menunggu masanya. 461 00:28:07,707 --> 00:28:11,127 Tujuh belas bulan kemudian, von Hindenburg meninggal dunia 462 00:28:11,752 --> 00:28:15,506 lalu Adolf Hitler menjadi canselor dan presiden Jerman, 463 00:28:15,589 --> 00:28:20,219 hanya 16 tahun selepas menyedari takdirnya dalam parit Perang Dunia Pertama, 464 00:28:21,262 --> 00:28:23,264 dan dia baru bermula. 465 00:28:27,101 --> 00:28:31,188 Bagi mereka yang bertahan sejauh ini, tahniah diucapkan! 466 00:28:31,272 --> 00:28:35,151 Anda telah membina gerakan dan merampas kuasa. 467 00:28:37,111 --> 00:28:39,572 Kini masanya untuk berita buruk. 468 00:28:39,655 --> 00:28:41,699 Anda bukan lagi di bawah. 469 00:28:43,159 --> 00:28:44,160 Anda ketua, 470 00:28:45,286 --> 00:28:48,122 itu bermakna anda akan sentiasa disasarkan. 471 00:28:48,205 --> 00:28:50,624 Jadi apa caranya untuk menyatukan kuasa 472 00:28:50,708 --> 00:28:52,835 dan mengawal lawan anda? 473 00:28:54,044 --> 00:28:57,673 Dalam perjalanan anda, biar Saddam Hussein menjawab persoalan 474 00:28:57,757 --> 00:29:01,010 dalam fikiran setiap penzalim baharu dan mudah terdedah. 475 00:29:01,927 --> 00:29:04,597 Bagaimana anda mengelak ancaman? 476 00:29:34,794 --> 00:29:36,629 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman