1 00:00:06,354 --> 00:00:09,771 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,854 --> 00:00:10,771 Putera Wilhelm? 3 00:00:16,521 --> 00:00:19,354 Kereta dah sampai. Kita perlu pergi segera. 4 00:00:34,854 --> 00:00:36,812 Boleh saya ambil gambar? 5 00:01:00,354 --> 00:01:02,521 PUTERA BONGSU TAK MUDAH DIBULI! 6 00:01:05,937 --> 00:01:06,979 TENGOK VIDEO! 7 00:01:16,729 --> 00:01:17,604 Helo? 8 00:01:19,021 --> 00:01:19,854 Helo? 9 00:01:20,354 --> 00:01:21,312 - Apa? - Nah. 10 00:01:24,604 --> 00:01:27,437 - Apa ini? - Ucapan kekesalan awak kepada negara. 11 00:01:27,521 --> 00:01:29,562 - Biar betul! - Ya, saya serius. 12 00:01:31,521 --> 00:01:32,562 Tak nak. 13 00:01:32,646 --> 00:01:34,812 Ratu nak awak ucapkannya sendiri. 14 00:01:34,896 --> 00:01:38,062 "Oleh sebab itulah saya dan ibu bapa saya memutuskan 15 00:01:38,146 --> 00:01:40,812 untuk mendaftar di Sekolah Asrama Hillerska." 16 00:01:41,312 --> 00:01:44,312 - Ya. - Tapi saya belum bincang dengan mereka. 17 00:01:44,396 --> 00:01:46,979 Saya bersimpati, tapi ia sudah diputuskan. 18 00:01:47,062 --> 00:01:48,437 Biar betul? Bila? 19 00:01:48,521 --> 00:01:50,271 Semua kawan saya ada di sini. 20 00:01:50,854 --> 00:01:55,646 Jadi saya tak boleh bersuara? Saya tak nak belajar di sekolah berasrama! 21 00:01:57,896 --> 00:01:59,396 Kamu dah baca ucapan itu? 22 00:01:59,479 --> 00:02:01,979 Orang akan tahu saya tak ikhlas, ayah. 23 00:02:02,062 --> 00:02:05,062 Kamu perlu menunjukkan kewajaran. 24 00:02:05,146 --> 00:02:06,479 Wajar macam mana? 25 00:02:07,354 --> 00:02:10,271 - Kita tak nak wartawan asyik bertanya. - Tak. 26 00:02:10,771 --> 00:02:13,979 - Mari mak lihat. - Saya tak nak ke sekolah asrama itu. 27 00:02:14,062 --> 00:02:15,896 - Dah diputuskan. - Bukan oleh saya! 28 00:02:15,979 --> 00:02:17,312 Diam saja. 29 00:02:20,479 --> 00:02:23,937 Saya nak pilih tempat tinggal sendiri, nak hidup normal. 30 00:02:24,021 --> 00:02:26,729 Jika tak boleh lindungi kamu dalam situasi ini, 31 00:02:26,812 --> 00:02:29,354 kami perlu pastikan ia takkan berlaku lagi. 32 00:02:29,854 --> 00:02:33,354 Hillerska bantu sediakan rutin dan kawan-kawan yang sesuai. 33 00:02:34,312 --> 00:02:35,479 Jangan gigit kuku! 34 00:02:40,771 --> 00:02:42,729 Keturunan kita belajar di situ. 35 00:02:42,812 --> 00:02:46,146 Silap kami benarkan kamu pilih sekolah lain. 36 00:02:47,312 --> 00:02:52,104 Walaupun Erik putera mahkota, kamu tetap ada tanggungjawab. 37 00:02:54,521 --> 00:02:59,896 Ingat, jadi putera bukan hukuman, tapi keistimewaan. 38 00:03:01,479 --> 00:03:03,104 Boleh tolong tukar tempat? 39 00:03:09,979 --> 00:03:11,187 Pasangkan mikrofon. 40 00:03:32,312 --> 00:03:34,437 Boleh mulakan apabila dah bersedia. 41 00:03:44,271 --> 00:03:45,271 Sebenarnya… 42 00:03:46,312 --> 00:03:47,146 Saya… 43 00:03:53,896 --> 00:03:54,812 Saya nak… 44 00:04:03,187 --> 00:04:05,562 Saya nak mulakan dengan mengatakan 45 00:04:05,646 --> 00:04:10,396 keluarga saya sangat kecewa akan saya… 46 00:04:11,812 --> 00:04:13,646 terutamanya saya. 47 00:04:17,646 --> 00:04:20,271 Tahun ini sangat sukar bagi saya. 48 00:04:21,979 --> 00:04:25,437 Sejak pengesahan saya… 49 00:04:26,979 --> 00:04:31,979 pada musim panas lepas, saya diberi tanggungjawab rasmi sebagai putera. 50 00:04:36,437 --> 00:04:38,729 Ia menambah tekanan kepada saya… 51 00:04:40,104 --> 00:04:43,646 yang menyebabkan saya bertindak semberono. 52 00:04:48,979 --> 00:04:51,521 Saya minta maaf atas tindakan saya… 53 00:04:53,062 --> 00:04:57,604 dan beri jaminan ia takkan berlaku lagi. 54 00:05:00,187 --> 00:05:03,812 Saya juga mahu umumkan bahawa saya, bersama ibu bapa saya, 55 00:05:03,896 --> 00:05:09,354 telah memutuskan yang saya akan berpindah ke Sekolah Asrama Hillerska. 56 00:05:11,687 --> 00:05:13,896 Saya akan sambung pendidikan di sana. 57 00:06:21,271 --> 00:06:23,354 Putera Mahkota, gembira jumpa lagi. 58 00:06:23,437 --> 00:06:26,104 - Saya pun, Anette. - Saya maksudkannya. 59 00:06:26,187 --> 00:06:28,187 - Selamat datang. - Terima kasih. 60 00:06:28,271 --> 00:06:29,729 Gembira jumpa awak. 61 00:06:29,812 --> 00:06:32,937 Wilhelm, lama tak jumpa. Lebam dah tak nampak. 62 00:06:33,521 --> 00:06:34,521 Alexander. 63 00:06:35,104 --> 00:06:38,562 Alexander Bragé, anak Ulf Bragé, pemilik Pelaburan Bragé. 64 00:06:39,729 --> 00:06:42,979 - Adab. Sapa mereka. - Helo. Erik, selamat berkenalan. 65 00:06:43,062 --> 00:06:44,687 - Wilhelm. - Alexander. 66 00:06:45,187 --> 00:06:46,854 - Diri tegak. - Selamat berkenalan. 67 00:06:47,937 --> 00:06:49,896 - Pasti awak ada beg. - Ya. 68 00:06:51,771 --> 00:06:54,479 - Mari masuk. - Sudah tentu. 69 00:06:54,979 --> 00:06:57,646 - Seronok dapat kembali. - Seronok jumpa awak! 70 00:06:57,729 --> 00:07:00,396 - Saya rindu sekolah ini. - Tak mengejutkan. 71 00:07:01,229 --> 00:07:04,062 - Biar saya angkat. - Tak mengapa, saya bawakan. 72 00:07:04,146 --> 00:07:08,687 Boleh kita ambil gambar putera dan saudara-maranya bawa beg masuk? 73 00:07:08,771 --> 00:07:09,604 Bagus. 74 00:07:12,479 --> 00:07:14,937 - Kawan. - Biar saya bawakan. 75 00:07:15,521 --> 00:07:17,562 - Tak mengapa. - Biar dia bawakan. 76 00:07:18,062 --> 00:07:18,896 Saya nak bawa. 77 00:07:19,729 --> 00:07:21,354 - Tak mengapa. - Wilhelm… 78 00:07:22,687 --> 00:07:25,146 Boleh awak luaskan bingkai? 79 00:07:25,229 --> 00:07:26,062 Wilhem! 80 00:07:29,937 --> 00:07:31,271 - Siap! - Terima kasih. 81 00:07:38,562 --> 00:07:39,396 En. Englund. 82 00:07:40,812 --> 00:07:42,479 Anna, warden asrama perempuan. 83 00:07:43,187 --> 00:07:44,729 Göran, warden asrama lelaki. 84 00:07:44,812 --> 00:07:48,021 Boleh ambil gambar putera berjabat dengan pengetua? 85 00:07:54,812 --> 00:07:57,229 - Boleh kamu berdua tukar tempat? - Okey. 86 00:08:03,479 --> 00:08:07,604 Gambar terakhir, sebelum koir sekolah alu-alukan putera di gereja. 87 00:08:26,479 --> 00:08:27,354 Hai. 88 00:08:42,354 --> 00:08:43,312 Awak kenal dia? 89 00:08:45,146 --> 00:08:47,479 Kami pernah hadiri tadika yang sama. 90 00:08:48,396 --> 00:08:50,354 Dia anak Poppe Ehrencrona, bukan? 91 00:08:50,937 --> 00:08:54,771 Ya. Felice Ehrencrona. Saya akan mengahwini dia. 92 00:08:55,312 --> 00:08:57,229 Kena hentikan amalan seks bebas. 93 00:08:58,312 --> 00:09:02,521 Solusinya, letakkan asas ketika mereka masih tak yakin untuk membantah. 94 00:09:04,521 --> 00:09:06,312 Felice ialah bangsawan moden. 95 00:09:11,562 --> 00:09:14,646 Apa jadi kepada bangsa itu? 96 00:09:14,729 --> 00:09:18,354 Generasi yang sesat 97 00:09:19,146 --> 00:09:21,812 Bukankah hidup sepatutnya lebih daripada ini? 98 00:09:21,896 --> 00:09:24,354 Maaf, boleh nyanyi kuat sikit? 99 00:09:27,021 --> 00:09:29,937 Lepaskan tanganku, ia pasti longlai ke tanah 100 00:09:30,021 --> 00:09:34,687 Jika kau tak beriku peluang untuk buang sikap buruk 101 00:09:35,562 --> 00:09:37,854 Aku tak minta apa-apa daripadamu 102 00:09:38,937 --> 00:09:41,271 Meskipun penghargaan 103 00:09:41,354 --> 00:09:45,021 Sebab perlu jadi bodoh untuk kekal waras 104 00:09:45,521 --> 00:09:49,604 Perlu jadi bodoh untuk kekal waras 105 00:09:49,687 --> 00:09:53,187 Perlu jadi bodoh untuk kekal waras 106 00:09:54,729 --> 00:09:58,146 Setiap pagi aku nampak dia menuruni bas 107 00:09:58,229 --> 00:10:02,521 Bayangan itu takkan hilang Seperti gambar berbilang warna 108 00:10:02,604 --> 00:10:05,937 Melekat di fikiran, buatku waras 109 00:10:06,021 --> 00:10:09,937 Selama beberapa tahun, menghilangkan rasa takutku 110 00:10:10,021 --> 00:10:13,979 Daripada menjadi seperti yang lain Menjadi ibu yang tak bahagia 111 00:10:14,062 --> 00:10:16,562 Serta ayah kepada anak yang tak gembira 112 00:10:16,646 --> 00:10:19,771 Kenapa begitu? Sebab mereka terlupa bermain… 113 00:10:20,854 --> 00:10:22,771 - Lari dalam kiraan tiga. - Apa? 114 00:10:23,312 --> 00:10:26,104 Satu, dua, tiga! 115 00:10:26,187 --> 00:10:27,021 Hei… 116 00:10:28,771 --> 00:10:29,979 Jumpa di kereta! 117 00:10:34,062 --> 00:10:37,396 Kamu tak fikir asrama akan diperiksa sebelum putera sampai? 118 00:10:37,479 --> 00:10:41,229 Tak boleh bawa masuk apa-apa. Sekuriti buat staf takut. 119 00:10:41,312 --> 00:10:44,312 Saya perlukan surat doktor untuk bawa ubat saya. 120 00:10:44,396 --> 00:10:48,187 Tak guna! Saya janji dengan Erik untuk jaga Wille. 121 00:10:48,271 --> 00:10:50,896 Saya nak beri dia majlis inisiasi terhebat. 122 00:10:51,396 --> 00:10:55,479 Nak bakal raja ingat kamu sebagai legenda dekad ini, 123 00:10:55,562 --> 00:10:59,771 atau sebagai tak boleh diharap, walau untuk menganjurkan majlis kecil? 124 00:11:05,146 --> 00:11:06,896 Pelajar bukan asrama pula? 125 00:11:09,312 --> 00:11:10,146 Sedap suara. 126 00:11:11,812 --> 00:11:13,854 Dia mesti kenal pembuat arak haram. 127 00:11:14,354 --> 00:11:17,896 Ingat dia cakap apa kepada kita minggu pertama? "Apa khabar?" 128 00:11:17,979 --> 00:11:18,854 Loya saya! 129 00:11:18,937 --> 00:11:22,812 Macamlah kita setaraf dengan dia. Jijik! 130 00:11:28,729 --> 00:11:33,021 Cemburunya saya. Saya perlu berkongsi bilik hingga tahun tiga. 131 00:11:35,812 --> 00:11:37,604 Saya takkan tahan tiga tahun di sini. 132 00:11:41,771 --> 00:11:44,729 Ikut pelajar tahun pertama dan dengar cakap pelajar tahun ketiga. 133 00:11:45,312 --> 00:11:48,687 Maksud awak ikut cakap August? Dia amat menjengkelkan. 134 00:11:48,771 --> 00:11:51,687 August kerabat kita. Anggaplah dia abang. 135 00:11:51,771 --> 00:11:55,396 Siapa boleh hidup begini selama tiga tahun? 136 00:11:55,479 --> 00:11:59,354 Ini bukan untuk awak saja. Tindakan awak cerminkan keluarga kita. 137 00:11:59,437 --> 00:12:00,937 Bertimbang rasa sikit. 138 00:12:01,437 --> 00:12:04,271 Bukannya susah sangat. Pastikan kehadiran saja. 139 00:12:16,021 --> 00:12:17,271 Jumpa tak lama lagi. 140 00:12:18,771 --> 00:12:21,729 - Perlukah awak pergi? - Saya perlu pergi sekarang. 141 00:12:21,812 --> 00:12:24,854 - Kenapa? Jangan tinggalkan saya. - Tapi… 142 00:12:24,937 --> 00:12:26,896 Serius, saya perlu pergi. 143 00:12:28,854 --> 00:12:32,521 - Berhenti. - Cukuplah. Cukup. 144 00:12:32,604 --> 00:12:35,312 Okey, Wilhelm. Cukuplah. Saya perlu pergi. 145 00:12:36,062 --> 00:12:39,396 Lebih cepat awak suaikan diri, lebih mudah hidup awak. 146 00:12:44,729 --> 00:12:46,271 Kirim salam mak dan ayah. 147 00:13:01,521 --> 00:13:04,021 Hei, budak sosialis! Tunggu! 148 00:13:04,104 --> 00:13:04,937 Simon. 149 00:13:05,479 --> 00:13:07,687 - Apa? - Nama saya Simon. 150 00:13:08,646 --> 00:13:12,771 - Simon? August. Selamat berkenalan. - Adakah ini satu usikan? 151 00:13:13,521 --> 00:13:16,062 Tak, cuma nak sapa. Kita belum berkenalan. 152 00:13:17,021 --> 00:13:19,562 Sudah lebih sebulan saya di sini, tapi ya… 153 00:13:20,771 --> 00:13:24,104 Nak minta tolong. Kenal sesiapa yang boleh bekalkan arak? 154 00:13:24,812 --> 00:13:27,021 Pasti awak kenal beberapa pembekal. 155 00:13:27,104 --> 00:13:28,479 Pembekal saya tiada. 156 00:13:28,562 --> 00:13:30,479 Bagaimana kamu dapatkan arak? 157 00:13:30,562 --> 00:13:34,604 - Awak fikir kami semua pengedar? - Ia untuk parti inisiasi Wilhelm. 158 00:13:34,687 --> 00:13:38,729 Jika awak boleh perkenalkan seseorang yang nak jual arak kepada kami… 159 00:13:39,729 --> 00:13:43,271 saya boleh beri pengecualian dan jemput awak ke parti itu. 160 00:13:43,354 --> 00:13:45,771 Tak ramai pelajar tahun pertama dijemput. 161 00:13:46,271 --> 00:13:48,937 Orang macam awak di parti seperti itu… 162 00:13:50,354 --> 00:13:51,646 tentu seronok, bukan? 163 00:13:56,562 --> 00:13:58,271 Boleh tolong atau tidak? 164 00:14:00,312 --> 00:14:03,187 Ayuh. Lembut sikit. 165 00:14:03,937 --> 00:14:06,229 Kamu semua buat ia gementar. 166 00:14:06,312 --> 00:14:10,479 Jika begitu, jangan sertai latihan ini. Sara, boleh tolong Felice? 167 00:14:14,396 --> 00:14:15,729 Bagus. 168 00:14:15,812 --> 00:14:16,812 Mari. 169 00:14:16,937 --> 00:14:18,479 Ke depan. 170 00:14:19,896 --> 00:14:20,937 Okey. 171 00:14:21,021 --> 00:14:22,146 Ya. Bertenang. 172 00:14:23,812 --> 00:14:24,646 Begitulah. 173 00:14:25,687 --> 00:14:27,062 Ke depan. 174 00:14:27,146 --> 00:14:30,062 Stella! Separa berhenti sebelum meligas. 175 00:14:33,187 --> 00:14:34,021 Hati-hati! 176 00:14:35,062 --> 00:14:37,812 Bagus. Syabas. Perlahan-lahan. 177 00:14:40,021 --> 00:14:41,062 Bagus. 178 00:14:41,146 --> 00:14:42,729 Duduk tegak, semua. 179 00:14:43,771 --> 00:14:45,896 Bahu turun. 180 00:14:56,271 --> 00:14:57,146 Hai. 181 00:15:09,271 --> 00:15:11,354 Saya boleh rapikan kuda sendiri. 182 00:15:12,354 --> 00:15:14,312 Tiada masalah. Saya suka buat. 183 00:15:19,812 --> 00:15:21,896 Nak saya bersihkan tapak kakinya? 184 00:15:21,979 --> 00:15:25,896 Saya pasti ia sangat kotor selepas lima minit di dewan menunggang. 185 00:15:28,312 --> 00:15:29,562 Saya kata tak perlu. 186 00:15:34,312 --> 00:15:35,146 Sara? 187 00:15:35,979 --> 00:15:37,146 Dah nak siap. 188 00:15:37,646 --> 00:15:38,646 Awak boleh pergi. 189 00:15:46,646 --> 00:15:49,896 Nak saya tunggangnya sebelum atau selepas sekolah? 190 00:15:49,979 --> 00:15:51,104 Pergi sajalah. 191 00:15:54,146 --> 00:15:55,021 Jumpa lagi. 192 00:16:05,021 --> 00:16:06,771 Dia tak patut biadap kepada awak. 193 00:16:07,937 --> 00:16:09,187 Dia bukan marah saya. 194 00:16:10,437 --> 00:16:11,437 Itu tak penting. 195 00:16:13,521 --> 00:16:14,562 Saya tak kisah. 196 00:16:14,646 --> 00:16:18,021 Dia benarkan saya tunggang dan jaga kuda sepuas hati. 197 00:16:18,104 --> 00:16:20,646 Saya tak nak awak dilayan dengan teruk lagi. 198 00:16:21,854 --> 00:16:25,521 Lebih baik daripada Marieberg. Tiada sesiapa buli saya di sini. 199 00:16:26,021 --> 00:16:29,271 Saya takkan ulangi gred sebab sekolah menakutkan saya. 200 00:16:30,437 --> 00:16:33,104 Janji untuk beritahu saya jika ada masalah. 201 00:16:33,604 --> 00:16:35,312 Saya dah biasa tak popular. 202 00:16:36,062 --> 00:16:38,937 Berhenti sekolah jika awak nak. Saya boleh jaga diri. 203 00:16:54,896 --> 00:16:56,396 Simme! Apa khabar? 204 00:16:56,479 --> 00:16:58,896 Perlukah awak pakai uniform setiap hari? 205 00:16:58,979 --> 00:17:02,479 Tak, hanya kerana Putera Wilhelm mula sekolah hari ini. 206 00:17:02,562 --> 00:17:05,812 Oh, Putera Wilhelm. Tuanku! 207 00:17:06,437 --> 00:17:09,104 - Adakah dia semalang rupanya? - Tak tahu. 208 00:17:09,187 --> 00:17:12,354 - Dah tengok gif pergaduhan itu? - Tak. 209 00:17:12,437 --> 00:17:14,729 SAYA TAK PILIH KEHIDUPAN SAMSENG 210 00:17:14,812 --> 00:17:17,021 KEHIDUPAN SAMSENG PILIH SAYA 211 00:17:17,104 --> 00:17:18,312 Hebat. 212 00:17:44,146 --> 00:17:48,396 Tak masuk akal! Yuran asrama 20,000 dolar setahun, 213 00:17:48,479 --> 00:17:50,729 tapi airnya menyejuk terlalu cepat. 214 00:17:51,396 --> 00:17:54,271 Nasib baik tak perlu berkongsi macam orang lain. 215 00:17:54,354 --> 00:17:56,354 Awak rasa putera kongsi bilik air? 216 00:17:58,437 --> 00:18:01,687 Awak rasa zakar anak raja berbeza daripada orang biasa? 217 00:18:01,771 --> 00:18:04,437 - Maddie! - Bukan saya yang tonton pornografi. 218 00:18:04,521 --> 00:18:05,729 Saya pun tak. 219 00:18:10,479 --> 00:18:13,646 Oh, Tuhan, Felice! Berhentilah menghendap dia. 220 00:18:14,812 --> 00:18:17,062 Kenapa awak begitu taasub dengan dia? 221 00:18:17,729 --> 00:18:20,396 Awak tak perlukan dia. Keluarga awak kaya. 222 00:18:20,479 --> 00:18:21,646 Dia kerabat diraja. 223 00:18:21,729 --> 00:18:25,396 Jika begitu, kenapa tak rapati August saja? 224 00:18:25,479 --> 00:18:28,646 Nampak sangat dia suka awak. Mereka sepupu, bukan? 225 00:18:29,271 --> 00:18:33,062 Bukan. Saudara dua pupu. Pertama, saya perlu bertindak strategik. 226 00:18:33,146 --> 00:18:37,396 Saya harus bersekolah tiga tahun lagi dan tak mahu dilabel jalang. 227 00:18:38,062 --> 00:18:43,021 Kedua, August bukan sebahagian daripada keluarga diraja seperti Wilhelm. 228 00:18:44,021 --> 00:18:47,187 Walaupun dia ada pertalian darah dengan mereka. 229 00:18:48,146 --> 00:18:49,062 Saya tak faham. 230 00:18:49,562 --> 00:18:53,021 Anak-anak August takkan jadi putera dan puteri. 231 00:18:55,812 --> 00:18:56,646 Baiklah. 232 00:18:58,729 --> 00:19:01,104 - Tak nak makan malam? - Tak lapar. 233 00:19:02,687 --> 00:19:04,229 Okey, jumpa nanti. 234 00:19:11,479 --> 00:19:14,604 HARI MENYERONOKKAN DI KANDANG KUDA 235 00:19:15,729 --> 00:19:17,021 OH, TUHAN. COMELNYA? 236 00:19:17,104 --> 00:19:18,229 MENANGIS! 237 00:19:19,271 --> 00:19:20,479 RELA MATI DEMI AWAK 238 00:19:20,562 --> 00:19:22,229 GADIS KUDA IBU YANG COMEL 239 00:19:22,312 --> 00:19:24,687 FELICE! KEHIDUPAN IDAMAN! 240 00:19:24,771 --> 00:19:27,187 - Garpu di sebelah kiri. - Okey. 241 00:19:27,271 --> 00:19:28,604 - Ada sos tomato? - Ya. 242 00:19:28,687 --> 00:19:31,812 - Bilah itu perlu menghadap pinggan. - Macam ini? 243 00:19:31,896 --> 00:19:32,729 Tepat sekali. 244 00:19:35,354 --> 00:19:37,521 Nah. Saya sangat lapar. 245 00:19:38,521 --> 00:19:39,479 Nak air? 246 00:19:41,479 --> 00:19:45,604 - Apa khabar mak awak, Ayub? - Dia baik dan kirim salam. 247 00:19:45,687 --> 00:19:47,062 Bagaimana kerja? 248 00:19:47,646 --> 00:19:50,187 Baik-baik saja. Bagaimana keadaan sekolah? 249 00:19:51,104 --> 00:19:52,396 Baik. 250 00:19:54,146 --> 00:19:55,062 Hentikannya. 251 00:19:55,646 --> 00:19:57,187 - Apa? - Awak makan bising. 252 00:19:58,521 --> 00:20:00,229 Mak terlupa napkin. 253 00:20:00,312 --> 00:20:02,312 Hentikan! Menjijikkan! 254 00:20:02,396 --> 00:20:03,729 Tolonglah, Simon. 255 00:20:05,354 --> 00:20:08,979 Mak, boleh duduk tegak? Mari kita duduk dengan beradab. 256 00:20:11,521 --> 00:20:14,687 - Nak sos tomato? - Ya, okey. 257 00:20:14,771 --> 00:20:16,479 Hei, ia menitis. 258 00:20:16,562 --> 00:20:19,729 - Bagaimana keadaan di kandang kuda? - Baik. Seronok. 259 00:20:20,312 --> 00:20:24,229 Bagaimana dengan gadis-gadis itu? Kamu ada kawan baru? 260 00:20:24,312 --> 00:20:27,437 - Ada lelaki juga. - Sudah tentu. 261 00:20:28,312 --> 00:20:31,229 Tidak. Tak ada kawan baru. 262 00:20:31,854 --> 00:20:35,646 Baru teringat. Saya perlukan seluar penunggang kuda baru. 263 00:20:35,729 --> 00:20:39,187 Bagaimana dengan yang kita beli itu? 264 00:20:39,812 --> 00:20:41,187 Dah nak koyak. 265 00:20:42,271 --> 00:20:45,187 Biasalah barang murah. Tak tahan lama. 266 00:20:46,812 --> 00:20:50,104 Tak munasabah beli pakaian mahal 267 00:20:50,187 --> 00:20:52,437 hanya untuk kagumkan orang di sekolah. 268 00:20:52,521 --> 00:20:56,271 Bukan itu soalnya. Ia dah lusuh. Tak boleh guna. 269 00:20:56,354 --> 00:20:58,271 Kenapa angkuh sangat? 270 00:20:58,354 --> 00:21:01,062 - Bukan itu maksud mak. - Diamlah, Simon. 271 00:21:01,146 --> 00:21:04,771 Hal begitu lebih penting di Marieberg daripada di Hillerska. 272 00:21:04,854 --> 00:21:07,979 - Tapi pelajarnya lebih pelbagai. - Apa kaitannya? 273 00:21:08,812 --> 00:21:11,604 Pelbagai tapi tiada gunanya dan takkan berjaya. 274 00:21:11,687 --> 00:21:13,354 Biar betul? Bertenanglah! 275 00:21:14,354 --> 00:21:17,437 Jangan membebel. Saya nak ke sekolah dengan tenang. 276 00:21:17,521 --> 00:21:20,062 Saya tak perlukan kawan. Faham? 277 00:21:34,437 --> 00:21:35,896 Kami dijemput ke parti. 278 00:21:37,271 --> 00:21:38,646 - Betulkah? - Ya. 279 00:21:39,146 --> 00:21:41,854 Anjuran sekolah? 280 00:21:42,396 --> 00:21:44,104 Bukan, pelajar tahun ketiga. 281 00:21:44,812 --> 00:21:48,104 - Pelajar tahun pertama lain tak dijemput. - Bagusnya. 282 00:21:50,396 --> 00:21:53,479 - Keadaan lebih baik daripada dia kata? - Ya. 283 00:22:05,187 --> 00:22:07,604 Esok upacara inisiasi putera. 284 00:22:07,687 --> 00:22:08,812 Pasti hebat. 285 00:22:08,896 --> 00:22:11,562 - Siapa akan datang? - Diam! Dia datang. 286 00:22:12,229 --> 00:22:13,062 Hai. 287 00:22:13,687 --> 00:22:17,354 - Boleh duduk dengan kamu? - Maaf, tahun pertama duduk di sana. 288 00:22:18,187 --> 00:22:19,021 Okey. 289 00:22:24,812 --> 00:22:26,146 - Hai. - Hai. 290 00:22:26,729 --> 00:22:29,312 Macam mana peraturan makan? 291 00:22:30,646 --> 00:22:33,729 Kita sedang tunggu warden. 292 00:22:33,812 --> 00:22:37,771 Makanan akan disajikan kepada pelajar tahun ketiga, kedua dan kita. 293 00:22:37,854 --> 00:22:39,396 Selepas makan malam pula? 294 00:22:40,021 --> 00:22:42,062 Kita perlu siapkan kerja sekolah. 295 00:22:42,146 --> 00:22:47,062 Selepas itu kita bebas untuk bermain atau bersenam. 296 00:22:47,146 --> 00:22:49,271 Biasanya membosankan. 297 00:22:49,354 --> 00:22:51,479 Ya, ia sangat membosankan. 298 00:22:51,562 --> 00:22:53,562 Bunyinya agak menarik bagi saya. 299 00:22:54,146 --> 00:22:56,937 - Ya. - Seronok lepak-lepak. 300 00:22:58,312 --> 00:22:59,146 Saya bergurau. 301 00:23:00,521 --> 00:23:02,104 Ya, kami pun. 302 00:23:02,187 --> 00:23:04,396 Awak dibenarkan ada pendapat sendiri. 303 00:23:10,896 --> 00:23:12,146 Selamat malam, semua. 304 00:23:12,729 --> 00:23:14,562 Selamat petang, warden. 305 00:23:15,146 --> 00:23:20,437 Seperti kamu perasan, kita ada rakan serumah baru di Forest Ridge House. 306 00:23:20,521 --> 00:23:25,479 Mari kita pastikan putera rasa dialu-alukan. 307 00:23:32,437 --> 00:23:35,021 Ya Tuhan, rahmati makanan kami 308 00:23:35,104 --> 00:23:37,771 atas nama Jesus Christ, amen. 309 00:23:38,312 --> 00:23:39,812 - Amen. - Amen. 310 00:23:42,937 --> 00:23:46,562 Adakah Micke yang dapatkan arak untuk parti pertengahan musim panas? 311 00:23:47,437 --> 00:23:48,271 Ya. 312 00:23:49,021 --> 00:23:49,854 Maaf, kawan. 313 00:23:50,562 --> 00:23:53,396 Saya boleh tanya saudara Stoffe, tapi dia ke Magaluf. 314 00:23:54,521 --> 00:23:55,521 Kenapa tanya? 315 00:23:56,729 --> 00:23:58,187 Cuma… 316 00:24:00,104 --> 00:24:03,896 Ada senior tanya jika boleh dapatkan arak untuk parti inisiasi. 317 00:24:04,854 --> 00:24:06,646 Parti yang awak dijemput? 318 00:24:06,729 --> 00:24:10,812 Bukan dijemput, tapi jika dapat arak, saya mungkin boleh bawa Sara. 319 00:24:11,312 --> 00:24:12,896 Dia perlu berseronok. 320 00:24:13,646 --> 00:24:15,854 Okey, tapi jangan rapati Micke. 321 00:24:15,937 --> 00:24:19,979 Awak selalu nampak murung selepas jumpa ayah awak. 322 00:24:35,312 --> 00:24:38,187 WILHELM: MAK, TOLONGLAH, BENARKAN SAYA BALIK. 323 00:24:39,729 --> 00:24:42,396 MAK: KAMU AKAN DAPAT SESUAIKAN DIRI NANTI 324 00:25:08,896 --> 00:25:11,479 - Selamat pagi. Dah 7:10 pagi. - Terima kasih. 325 00:25:11,562 --> 00:25:12,396 Terima kasih. 326 00:25:17,479 --> 00:25:21,271 Jadi kamu bersetuju bahawa pembunuhan adalah paling teruk, 327 00:25:21,354 --> 00:25:24,187 diikuti pencabulan kanak-kanak dan perogolan. 328 00:25:24,271 --> 00:25:28,479 Pengelakan cukai dan penipuan kebajikan. Dua isu kurang sensitif. 329 00:25:28,562 --> 00:25:29,687 Apa pendapat kamu? 330 00:25:30,771 --> 00:25:31,604 Walter? 331 00:25:31,687 --> 00:25:34,646 Pengelakan cukai, tanda orang itu ada banyak wang. 332 00:25:34,729 --> 00:25:39,354 Mereka telah menyumbang kepada masyarakat, wujudkan pekerjaan dan lain-lain. 333 00:25:39,437 --> 00:25:41,187 Okey. Stella? 334 00:25:41,812 --> 00:25:46,021 Penipu kebajikan tak menyumbang. Mereka ambil saja, itu lebih teruk. 335 00:25:46,104 --> 00:25:46,937 Henry? 336 00:25:47,021 --> 00:25:52,271 Jika cukai lebih rendah, syarikat tak perlu berpindah ke luar negara. 337 00:25:52,354 --> 00:25:55,729 Contohnya harta tanah ayah saya. Susah membiayainya 338 00:25:55,812 --> 00:25:57,271 disebabkan cukai tinggi. 339 00:25:59,479 --> 00:26:02,479 Simon, awak nak berkongsi pendapat? 340 00:26:02,562 --> 00:26:04,062 Ini soalan yang pelik. 341 00:26:04,146 --> 00:26:07,187 Kenapa "mengelak" cukai tapi "penipuan" kebajikan? 342 00:26:07,271 --> 00:26:10,812 Jadi orang kaya boleh menipu, tapi orang miskin tak boleh? 343 00:26:10,896 --> 00:26:14,271 Ia tak digelar "kebajikan" bagi si kaya, tapi "potongan". 344 00:26:14,354 --> 00:26:17,396 Awak tahu jumlah subsidi ayah awak terima setiap tahun? 345 00:26:17,479 --> 00:26:20,104 - Apa kerja ayah awak? - Jaga bahasa kamu! 346 00:26:22,521 --> 00:26:25,896 Kini kita semua tahu siapa penerima kebajikan terbesar. 347 00:26:25,979 --> 00:26:26,896 Simon! 348 00:26:31,479 --> 00:26:33,771 Kamu lari macam perempuan tua! 349 00:26:36,812 --> 00:26:37,687 Cepat lagi! 350 00:27:07,146 --> 00:27:09,604 Saya tak tahu awak ahli Forest Ridge. 351 00:27:10,104 --> 00:27:11,271 Memang bukan. 352 00:27:12,271 --> 00:27:15,979 - Tapi makan dengan kami? - Kami tetap perlu duduk untuk makan. 353 00:27:20,812 --> 00:27:23,521 Saya rasa kita belum berkenalan. Saya Wilhelm. 354 00:27:24,646 --> 00:27:25,479 Simon. 355 00:27:27,437 --> 00:27:30,354 Saya suka pendapat awak tadi, Simon. 356 00:27:31,479 --> 00:27:32,562 Tepat sekali. 357 00:27:34,562 --> 00:27:35,437 Okey. 358 00:27:37,229 --> 00:27:38,479 Kenapa tak sokong di kelas? 359 00:27:42,146 --> 00:27:42,979 Saya tak… 360 00:27:46,479 --> 00:27:48,271 Saya tak boleh sentuh isu politik. 361 00:27:49,812 --> 00:27:52,396 Wille? Boleh awak sertai kami? 362 00:27:55,729 --> 00:27:56,604 Jumpa lagi. 363 00:28:03,062 --> 00:28:03,979 Hai. 364 00:28:04,271 --> 00:28:06,896 - Boleh duduk sini? - Tidak. Nils, bangun. 365 00:28:08,021 --> 00:28:10,521 Pengecualian hari ini. Boleh duduk dengan kami. 366 00:28:11,187 --> 00:28:12,437 Meja orang dewasa. 367 00:28:16,229 --> 00:28:18,896 Terpaksa selamatkan awak daripada situasi itu. 368 00:28:26,937 --> 00:28:29,271 Bawa dia ke Istana sebelum parti. 369 00:28:29,354 --> 00:28:31,896 Kita perlu bersendirian dengannya semasa angkat sumpah. 370 00:28:31,979 --> 00:28:35,187 Seluruh residen akan berada di majlis inisiasi. 371 00:28:39,312 --> 00:28:40,812 Maaf, boleh kita… 372 00:28:42,271 --> 00:28:43,271 Boleh cakap? 373 00:28:47,104 --> 00:28:50,521 Pergi dulu. Saya akan menyusul. 374 00:28:57,437 --> 00:29:01,312 Saya akan dapatkan arak jika awak jemput saya dan kembar saya ke parti. 375 00:29:02,104 --> 00:29:02,937 Betulkah? 376 00:29:04,271 --> 00:29:07,896 Okey. Hebat. Harap kami takkan buta akibat arak awak. 377 00:29:08,687 --> 00:29:11,479 Gurau saja. Hebat. 378 00:29:12,937 --> 00:29:14,479 Awak sosialis yang baik. 379 00:29:14,979 --> 00:29:15,896 Budak baik. 380 00:29:16,729 --> 00:29:20,187 Pastikan kamu periksa mesej. Saya akan hubungi awak. Okey? 381 00:29:21,979 --> 00:29:22,979 Bagus. 382 00:29:46,312 --> 00:29:47,146 Simme? 383 00:29:48,062 --> 00:29:48,896 Hai. 384 00:29:51,312 --> 00:29:52,312 Boleh saya masuk? 385 00:29:53,354 --> 00:29:54,604 Ya! Masuklah. 386 00:29:56,146 --> 00:29:56,979 Masuklah. 387 00:30:05,937 --> 00:30:07,437 Kamu dari sekolah? 388 00:30:11,312 --> 00:30:12,187 Bagus. 389 00:30:13,396 --> 00:30:15,271 Maaf, rumah bersepah. 390 00:30:17,687 --> 00:30:21,062 Ayah tak sangka akan terima tetamu kehormat. 391 00:30:21,687 --> 00:30:22,521 Duduk. 392 00:30:24,771 --> 00:30:27,104 - Bagaimana keadaan? - Mereka baik. 393 00:30:27,187 --> 00:30:29,604 - Apa khabar mak kamu dan Sara? - Okey. 394 00:30:29,687 --> 00:30:30,937 Kamu nak kopi? 395 00:30:32,271 --> 00:30:33,479 Ayah apa khabar? 396 00:30:34,312 --> 00:30:36,896 Lebih baik, ayah ada ubat baru. 397 00:30:37,604 --> 00:30:40,021 Bagaimana keadaan Sara dan mak kamu? 398 00:30:43,312 --> 00:30:44,562 Gembira jumpa kamu. 399 00:30:53,271 --> 00:30:54,771 Kamu suka sekolah baru? 400 00:30:56,437 --> 00:30:57,271 Ya. 401 00:30:59,562 --> 00:31:01,729 Saya nak minta tolong ayah. 402 00:31:02,937 --> 00:31:03,771 Okey? 403 00:31:04,854 --> 00:31:06,521 Saya tahu ayah jual arak. 404 00:31:08,854 --> 00:31:09,937 Semua orang tahu. 405 00:31:12,479 --> 00:31:14,396 Saya perlukannya untuk parti. 406 00:31:18,562 --> 00:31:19,687 Bukan untuk saya. 407 00:31:21,562 --> 00:31:22,854 Saya tak minum. 408 00:31:30,104 --> 00:31:33,521 Ayah masih ingat perasaan cuba kagumkan seorang gadis. 409 00:31:34,396 --> 00:31:36,687 - Saya gay, ayah. - Ya, maaf. 410 00:31:38,896 --> 00:31:39,979 Tukar jejaka. 411 00:31:46,771 --> 00:31:48,937 Gasaklah. Ayah akan tolong kamu. 412 00:31:49,021 --> 00:31:49,937 Okey? 413 00:31:53,729 --> 00:31:56,354 Tapi jangan beritahu sesiapa saya datang. 414 00:31:58,771 --> 00:31:59,896 Lebih baik begini. 415 00:32:02,062 --> 00:32:02,896 Okey. 416 00:32:04,687 --> 00:32:05,521 Ayah faham. 417 00:33:22,437 --> 00:33:24,021 - Ulang cakap saya. - Apa? 418 00:33:26,229 --> 00:33:27,604 Saya bersumpah… 419 00:33:29,687 --> 00:33:34,187 untuk menghormati tradisi kebanggaan Forest Ridge House. 420 00:33:36,062 --> 00:33:39,312 Saya bersumpah untuk menghormati tradisi kebanggaan Forest Ridge House. 421 00:33:39,937 --> 00:33:43,937 - Sekali bersaudara… - …selama-lamanya bersaudara. 422 00:33:53,646 --> 00:33:55,896 Tahniah kerana berjaya lalui inisiasi. 423 00:33:56,437 --> 00:33:58,812 Selamat datang ke Istana. 424 00:33:59,396 --> 00:34:04,271 Maaf atas kekasaran. Awak mesti tak nak layanan istimewa. 425 00:34:05,396 --> 00:34:08,729 - Budak-budak perempuan akan datang nanti. - Okey. 426 00:34:08,812 --> 00:34:09,646 Pergi salin. 427 00:34:15,812 --> 00:34:20,187 Satu saja kesilapan awak pada malam itu. Lepak dengan salah orang. 428 00:34:20,271 --> 00:34:23,521 Saya faham, awak nak rasa normal, 429 00:34:23,604 --> 00:34:27,521 belajar di sekolah biasa, jumpa gadis dan hadiri parti biasa. 430 00:34:27,604 --> 00:34:28,979 Bagaimana akhirnya? 431 00:34:29,062 --> 00:34:32,396 Orang biasa takkan terima awak dalam kalangan mereka. 432 00:34:32,937 --> 00:34:34,229 Di sini, awak setara. 433 00:34:35,271 --> 00:34:37,979 Bunuh orang pun, tiada sesiapa akan buka mulut. 434 00:34:38,604 --> 00:34:40,271 - Takkanlah! - Sumpah. 435 00:34:44,146 --> 00:34:45,937 Siapa nak jadi orang biasa? 436 00:34:52,312 --> 00:34:53,146 Apa? 437 00:34:53,771 --> 00:34:55,271 Siapa jemput mereka? 438 00:34:56,437 --> 00:34:57,271 Saya. 439 00:34:58,354 --> 00:35:00,396 Untuk kenali tingkah laku musuh. 440 00:35:10,812 --> 00:35:13,229 Bagaimana Kapal Diraja Vasa karam? Minum! 441 00:36:06,937 --> 00:36:08,729 - Perlukan bantuan? - Tak. 442 00:36:08,812 --> 00:36:12,687 - Jangan beritahu sesiapa. - Kenapa pula nak beritahu? 443 00:36:13,312 --> 00:36:14,604 Ia menjijikkan. 444 00:36:21,562 --> 00:36:24,354 Awak agak istimewa. 445 00:36:24,854 --> 00:36:26,937 Saya hidap Asperger. Pernah dengar? 446 00:36:27,437 --> 00:36:32,396 Saya juga ada ADHD, tak begitu istimewa, agak biasa. 447 00:36:32,479 --> 00:36:35,187 Rambut saya, adakah ia keriting? 448 00:36:36,312 --> 00:36:37,271 Ya. 449 00:36:37,354 --> 00:36:39,771 Awak tahu berapa lama untuk luruskannya? 450 00:36:39,854 --> 00:36:40,729 Mari. 451 00:36:43,146 --> 00:36:45,562 - Kenapa awak luruskannya? - Terpaksa. 452 00:36:45,646 --> 00:36:48,229 Tak perlu pun. Awak memang dah cantik. 453 00:36:48,312 --> 00:36:49,396 Awak cantik. 454 00:36:51,021 --> 00:36:52,271 Ayuh. 455 00:36:53,771 --> 00:36:55,562 Kita kena ambil angin. 456 00:36:58,021 --> 00:36:58,979 Nak saya tolong? 457 00:37:06,562 --> 00:37:07,562 Hai! 458 00:37:08,437 --> 00:37:09,271 Hai. 459 00:37:10,271 --> 00:37:11,104 Apa khabar? 460 00:37:13,854 --> 00:37:14,687 Bagus. 461 00:37:18,979 --> 00:37:20,062 Saya kena pergi. 462 00:37:32,562 --> 00:37:34,062 Hei, tunggu. 463 00:37:35,187 --> 00:37:37,146 Saya memang nak keluar. 464 00:37:37,229 --> 00:37:39,437 Nak sertai saya? 465 00:37:44,354 --> 00:37:45,312 Ayuh. 466 00:37:49,229 --> 00:37:50,312 Itu kembar saya. 467 00:37:52,187 --> 00:37:56,229 - Dia berkawan dengan Felice? - Saya tak rasa begitu. 468 00:37:57,271 --> 00:38:00,854 Perlu jadi bodoh untuk kekal waras 469 00:38:02,146 --> 00:38:05,437 Perlu jadi bodoh untuk kekal waras 470 00:38:07,354 --> 00:38:10,771 Perlu jadi bodoh untuk kekal waras 471 00:38:11,312 --> 00:38:12,562 Apa lirik seterusnya? 472 00:38:13,229 --> 00:38:17,687 Setiap pagi aku nampak dia menuruni bas 473 00:38:17,771 --> 00:38:19,771 Bayangan itu tak pernah… 474 00:38:25,312 --> 00:38:26,396 Apa pendapat awak? 475 00:38:27,146 --> 00:38:29,187 - Tentang apa? - Nyanyian saya. 476 00:38:34,312 --> 00:38:35,562 Bagus. 477 00:38:37,604 --> 00:38:42,354 Saya dengar setiap perbezaan suara. Seolah-olah setiap orang di atas pentas, 478 00:38:42,437 --> 00:38:44,562 semua orang di sebelah awak, 479 00:38:45,979 --> 00:38:49,021 tenggelam dalam suara mereka sendiri, 480 00:38:49,104 --> 00:38:50,562 dalam muzik itu. 481 00:38:51,812 --> 00:38:53,687 - Faham maksud saya? - Ya. 482 00:38:54,187 --> 00:38:56,187 Kemudian, awak menyanyi… 483 00:38:56,854 --> 00:39:00,354 Suara awak yang paling kuat. 484 00:39:01,062 --> 00:39:03,354 Saya boleh rasa yang awak… 485 00:39:06,229 --> 00:39:08,062 menyanyi dengan sepenuh jiwa. 486 00:39:15,229 --> 00:39:16,479 Awak gembira di sini? 487 00:39:22,521 --> 00:39:23,771 Awak gembira di sini? 488 00:39:31,604 --> 00:39:32,437 Ya. 489 00:39:38,479 --> 00:39:39,312 Bagus. 490 00:39:40,771 --> 00:39:41,604 Wille! 491 00:39:42,896 --> 00:39:44,979 - Alamak! Tunduk. - Wille! 492 00:39:45,062 --> 00:39:47,396 - Saya tak nak cakap dengannya. - Wille! 493 00:39:47,896 --> 00:39:50,479 - Tunduk! Muka awak bercahaya. - Wille! 494 00:39:52,104 --> 00:39:52,979 Wille! 495 00:39:53,646 --> 00:39:56,229 Mungkin dia sedang berasmara. 496 00:39:56,729 --> 00:39:59,146 Berasmara? Dia tinggalkan parti dengan seseorang? 497 00:40:00,354 --> 00:40:03,104 - Dia pergi dengan Felice? - Diam. 498 00:40:03,187 --> 00:40:05,979 - Tapi kita satu kumpulan. - Wille! 499 00:40:06,062 --> 00:40:08,146 - Wille… - Jangan buat begitu. 500 00:40:08,229 --> 00:40:09,646 - Wille! - Wille. 501 00:40:11,979 --> 00:40:13,104 Saya cakap, diam! 502 00:40:43,854 --> 00:40:46,854 Terjemahan sari kata oleh FO