1 00:00:37,746 --> 00:00:39,790 Tenangnya dapat tengok awak. 2 00:00:41,917 --> 00:00:43,585 Siapa yang cakap begitu? 3 00:00:44,253 --> 00:00:46,296 Apa maksudnya? 4 00:00:49,132 --> 00:00:51,760 Awak ingat, saya nak cakap tentang itu? 5 00:00:53,095 --> 00:00:56,306 Saya sangka, selepas fikir panjang, topik itu agak ringan. 6 00:00:58,225 --> 00:00:59,560 Awak cuba berjenaka? 7 00:01:00,894 --> 00:01:02,020 Ya. 8 00:01:04,188 --> 00:01:05,190 Danny. 9 00:01:07,109 --> 00:01:08,610 Awak tengok matahari terbenam? 10 00:01:11,989 --> 00:01:15,075 Langit berwarna-warni. 11 00:01:15,075 --> 00:01:18,036 Aduhai! Tak nampak apa-apa dari sini. 12 00:01:18,036 --> 00:01:19,454 Saya boleh bayangkan. 13 00:01:21,540 --> 00:01:23,458 Rupa-rupanya, saya pandai membayangkan. 14 00:01:24,793 --> 00:01:29,173 Danny, fokus. Biar saya bantu. 15 00:01:31,133 --> 00:01:32,843 Tak apa. Saya boleh. 16 00:01:33,760 --> 00:01:34,928 Awak tak boleh. 17 00:01:34,928 --> 00:01:38,557 Awak perlukan bantuan. Biar saya bantu. 18 00:01:41,101 --> 00:01:43,312 Sekarang saya boleh abaikan awak. 19 00:01:43,312 --> 00:01:47,649 Bagus. Mujur terapi berkesan. 20 00:01:51,278 --> 00:01:52,362 Danny, bangun. 21 00:01:53,405 --> 00:01:54,990 Danny, tolong benarkan saya masuk. 22 00:01:57,492 --> 00:01:58,493 Apa? 23 00:01:59,703 --> 00:02:00,954 Senyapnya. 24 00:02:08,920 --> 00:02:11,298 Tak pernah senyap sebelum ini. 25 00:02:18,680 --> 00:02:19,681 Danny. 26 00:02:22,392 --> 00:02:23,685 Danny, bangun. 27 00:03:54,985 --> 00:03:56,987 {\an8}DIINSPIRASIKAN DARIPADA BUKU THE MINDS OF BILLY MILLIGAN 28 00:03:56,987 --> 00:03:58,071 {\an8}KARYA DANIEL KEYES 29 00:04:32,439 --> 00:04:34,733 Letak budak dalam beg. 30 00:04:35,442 --> 00:04:37,444 Hei. Letak budak dalam beg. 31 00:04:38,237 --> 00:04:40,656 Ketatkan. Baru kita tahu bila mereka berhenti bernafas. 32 00:04:54,545 --> 00:04:56,296 Seterusnya. Sila ke depan. 33 00:04:57,422 --> 00:04:58,757 - Hei, Stan. - Hei, Russ. 34 00:04:58,757 --> 00:05:00,634 Saya cuma mahu tambah lagi. 35 00:05:02,678 --> 00:05:04,179 Awak baru dapat dua minggu lalu. 36 00:05:04,930 --> 00:05:06,265 - Jadi? - Stan. 37 00:05:08,058 --> 00:05:11,645 Saya cuma mahu selesaikan perbicaraan ini kemudian saya takkan minta lagi. Okey? 38 00:05:12,771 --> 00:05:13,856 Saya minta maaf. 39 00:05:15,941 --> 00:05:17,192 - Tolonglah, Russ. - Stan. 40 00:05:18,026 --> 00:05:20,153 Awak lama sangat. Cepatlah. 41 00:05:23,824 --> 00:05:26,118 - Awak tahu semua ini merepek? - Bukan saya yang cipta peraturan. 42 00:05:26,118 --> 00:05:28,287 Saya berkhidmat untuk negara dan datang ke sini macam pengemis... 43 00:05:28,287 --> 00:05:29,997 - Okey. Stan, saya faham. Diam! - ...tapi masih tak dapat apa-apa. 44 00:05:29,997 --> 00:05:32,499 - Ubat saya dah habis. - Bertenang. Nanti awak diusir. 45 00:05:32,499 --> 00:05:35,335 - Saya berhak dapatkannya! - Okey. Mari sini! 46 00:05:46,180 --> 00:05:48,849 Saya mahu awak jumpa doktor. Okey? 47 00:05:51,560 --> 00:05:52,561 Bertenang. 48 00:05:53,061 --> 00:05:54,062 Terima kasih. 49 00:06:41,902 --> 00:06:42,903 Ya? 50 00:06:46,323 --> 00:06:47,324 Yang Arif... 51 00:06:52,287 --> 00:06:56,083 Awak terlepas tarikh akhir hantar usul. Banyak kali tak datang kelas. 52 00:06:56,083 --> 00:06:58,001 Jadi, tak bagus untuk jawatan tetap? 53 00:06:58,585 --> 00:07:02,047 Rya, awak dah beri keterangan. Awak dah buat yang terbaik untuk budak itu. 54 00:07:02,047 --> 00:07:04,299 Sudah tiba masa awak tarik diri daripada kes ini. 55 00:07:07,594 --> 00:07:08,595 Bagus. 56 00:07:10,013 --> 00:07:12,015 Jangan biarkan emosi mengganggu kerja kita. 57 00:07:12,015 --> 00:07:14,142 - Kenapa tak boleh? - Apa? 58 00:07:14,142 --> 00:07:17,271 Bukankah emosi sebab utama kita lakukan kerja ini? 59 00:07:17,271 --> 00:07:20,190 - Rya. - Jika tidak, bukankah sepatutnya begitu? 60 00:07:22,067 --> 00:07:23,944 Saya dah lambat untuk makan malam. Kita jumpa di kelas. 61 00:07:32,244 --> 00:07:33,245 Terima kasih. 62 00:07:43,714 --> 00:07:44,715 Stan? 63 00:07:46,383 --> 00:07:47,676 Kita perlu berbincang. 64 00:07:49,261 --> 00:07:52,764 Bunuh diri ialah tindak balas biasa. Bagaimana saya boleh terlepas pandang? 65 00:07:54,683 --> 00:07:55,684 Jangan begitu. 66 00:07:56,685 --> 00:07:58,103 Dia di bawah jagaan saya, Stan. 67 00:07:59,688 --> 00:08:03,233 Ada ramai lagi orang yang sudah khianati dia. 68 00:08:03,233 --> 00:08:04,401 Jangan fikir ini salah awak. 69 00:08:04,401 --> 00:08:05,819 Awak pakar sakit jiwa? 70 00:08:07,779 --> 00:08:08,780 Saya cakap saja. 71 00:08:09,698 --> 00:08:13,410 Kalau mereka tak dengar dia terjatuh dari katil, tentu dia dah mati. 72 00:08:16,830 --> 00:08:18,999 Sekarang, kita berdoa saja dia selamat. 73 00:08:56,620 --> 00:08:57,996 {\an8}JABATAN PENJARA BANDAR RAYA NEW YORK 74 00:08:58,997 --> 00:09:00,749 Sedar? Itu saja mereka kata? 75 00:09:00,749 --> 00:09:02,584 Mereka perlu diajar untuk cakap lebih banyak. 76 00:09:02,584 --> 00:09:04,545 - Bukan itu saja. - Apa lagi? 77 00:09:04,545 --> 00:09:06,797 Dia dibenarkan kembali ke mahkamah penghujung minggu ini. 78 00:09:06,797 --> 00:09:08,924 Apa? Biar betul? 79 00:09:08,924 --> 00:09:10,133 Bagi pihak mahkamah, 80 00:09:10,133 --> 00:09:12,469 dia cuma perlu dengar dua hujah penutup dan keputusan. 81 00:09:12,469 --> 00:09:14,596 Jadi, dia cukup sihat untuk itu. 82 00:09:15,180 --> 00:09:16,557 Awak jalan laju sangat. 83 00:09:17,474 --> 00:09:19,268 - Awak jalan laju. - Kaki panjang. 84 00:09:19,852 --> 00:09:20,936 Bagaimana dengan juri? 85 00:09:21,812 --> 00:09:25,023 Hakim menggelarnya "masalah perubatan", dan itu bagus untuk kita. 86 00:09:25,023 --> 00:09:27,860 Juri cenderung anggap percubaan bunuh diri sebagai rasa bersalah. 87 00:09:27,860 --> 00:09:30,654 Manusia selalu buruk sangka terhadap orang lain. 88 00:09:30,654 --> 00:09:32,531 Betul. Tapi awak tidak, ya? 89 00:09:32,531 --> 00:09:34,575 Tidak. Awak patut jual jambatan kepada saya. 90 00:09:35,534 --> 00:09:37,286 - Tentu saya beli. - Ya. 91 00:09:38,537 --> 00:09:41,290 Danny. Hai. 92 00:09:41,290 --> 00:09:43,041 Syukurlah. 93 00:09:43,041 --> 00:09:45,586 Tengoklah. Dia nampak sihat, bukan? 94 00:09:45,586 --> 00:09:47,462 Awak okey? Bagaimana keadaan awak? 95 00:09:48,672 --> 00:09:50,215 Awak sakit? 96 00:09:50,215 --> 00:09:52,384 Awak mahu saya ambilkan apa-apa? 97 00:09:54,678 --> 00:09:55,888 Danny? 98 00:09:58,849 --> 00:10:00,434 Danny selamat. 99 00:10:01,268 --> 00:10:03,854 Tapi dia tiada di sini dan takkan datang. 100 00:10:03,854 --> 00:10:05,731 Untuk itu, awak patut salahkan diri awak. 101 00:10:05,731 --> 00:10:07,399 Tolong benarkan saya bercakap dengan dia, Jack. 102 00:10:07,399 --> 00:10:09,943 Kita semua tahu akibatnya sebelum ini. 103 00:10:10,861 --> 00:10:12,112 Awak tak adil. 104 00:10:13,530 --> 00:10:15,073 Selama ini saya cuba membantu. 105 00:10:15,073 --> 00:10:18,076 Bayangkan beberapa hari lagi, Danny dipenjarakan. 106 00:10:18,076 --> 00:10:20,746 Melihatkan keadaan sekarang, hal itu tak dapat dielakkan. 107 00:10:20,746 --> 00:10:22,456 Betul? 108 00:10:22,456 --> 00:10:25,792 Cuba tanya diri awak, bantuan siapa budak itu paling perlukan? 109 00:10:25,792 --> 00:10:27,211 Awak atau saya? 110 00:10:28,378 --> 00:10:31,507 Tidak. Kami tak perlukan bantuan awak lagi, 111 00:10:31,507 --> 00:10:34,301 jadi pergi cari budak malang lain. 112 00:10:35,594 --> 00:10:37,054 Saya akan ambil alih. 113 00:10:38,472 --> 00:10:42,351 Jururawat, saya sangat penat dan mahu berehat. 114 00:10:42,351 --> 00:10:44,228 Tapi terima kasih, kamu berdua... 115 00:10:44,228 --> 00:10:48,232 ...sebab datang melawat saya. Doktor. Peguam. 116 00:10:49,358 --> 00:10:52,528 - Kamu amat... - ...baik hati. Jumpa lagi. 117 00:10:54,404 --> 00:10:55,489 Okey. 118 00:11:09,002 --> 00:11:11,588 Awak heret saya ke dalam satu lagi masalah, Stanley. 119 00:11:13,048 --> 00:11:16,552 Laurel dan Hardy. Tak kelakar? Tidak rupanya. 120 00:11:18,262 --> 00:11:23,308 Tak salah jika masa depan kita terjejas sikit. 121 00:11:25,978 --> 00:11:27,312 Saya dah kata akan jadi begini. 122 00:11:31,275 --> 00:11:33,277 Dunia di luar sana tak sesuai untuk awak, nak. 123 00:11:35,112 --> 00:11:36,280 Tak pernah sesuai. 124 00:11:39,658 --> 00:11:40,993 Ia terlalu kejam. 125 00:11:42,160 --> 00:11:44,788 Jadi budak baik dan jangan ke mana-mana, okey? 126 00:11:46,039 --> 00:11:47,875 Jangan sampai saya tenggelamkan tempat ini. 127 00:11:49,668 --> 00:11:51,044 Faham? 128 00:12:26,079 --> 00:12:27,080 Makanlah. 129 00:12:28,624 --> 00:12:29,708 Saya tak lapar. 130 00:12:30,918 --> 00:12:35,589 Sebelum ini dia sudah mampu menghalang personaliti lainnya. 131 00:12:35,589 --> 00:12:37,466 Tentu Jack ambil alih secara paksa. 132 00:12:37,466 --> 00:12:39,259 Mungkin Danny tak nak muncul pun. 133 00:12:39,259 --> 00:12:41,094 Terutamanya setelah apa yang dia lihat. 134 00:12:42,262 --> 00:12:43,597 Apa patut kita buat, Stan? 135 00:12:45,641 --> 00:12:46,850 Kita kalah, Rya. 136 00:12:46,850 --> 00:12:48,685 Tentu ada cara. Dia... 137 00:12:49,895 --> 00:12:51,188 Tiada nota bunuh diri? 138 00:12:51,188 --> 00:12:52,606 Tiada. Tapi... 139 00:12:54,274 --> 00:12:58,320 Sekejap. Lukisan ini ditemui pada katilnya. 140 00:12:59,863 --> 00:13:01,448 - Adam. - Adam. 141 00:13:03,742 --> 00:13:07,412 Jadi, kenapa awak selalu makan Klonopin? 142 00:13:08,830 --> 00:13:09,831 Masalah ketika perang. 143 00:13:09,831 --> 00:13:11,667 "Masalah ketika perang"? 144 00:13:12,668 --> 00:13:14,711 Apa maksud awak? Boleh jelaskan? 145 00:13:17,965 --> 00:13:19,299 PTSD. 146 00:13:19,299 --> 00:13:22,052 Saya masih muda, jadi pegawai simpanan. 147 00:13:23,011 --> 00:13:25,931 Terlalu muda untuk jadi ketua dan keadaan tidak berjalan lancar. 148 00:13:26,431 --> 00:13:27,891 Apa maksud awak? Kehilangan askar? 149 00:13:27,891 --> 00:13:31,019 Ya. Saya kehilangan ramai askar. Semua itu salah saya. 150 00:13:31,019 --> 00:13:32,479 Saya tak faham. 151 00:13:32,479 --> 00:13:35,190 Saya baru cakap tadi. Saya pegawai simpanan. 152 00:13:35,190 --> 00:13:40,112 Jadi, awak sukarelawan. Kematian mereka ialah salah awak? 153 00:13:40,779 --> 00:13:42,948 - Boleh dianggap begitu. Ya. - Okey. 154 00:13:42,948 --> 00:13:46,326 Atau awak di medan perang dan masih budak. 155 00:13:46,326 --> 00:13:47,244 - Berhenti. - Betul? 156 00:13:47,244 --> 00:13:49,621 Saya ada minta awak menilai saya? 157 00:13:49,621 --> 00:13:50,706 Itulah hakikatnya, Stan. 158 00:13:50,706 --> 00:13:53,876 Orang yang disakiti ada kisah yang mereka cakap pada diri mereka. 159 00:13:53,876 --> 00:13:55,544 "Saya tak patut berjalan sendirian waktu malam." 160 00:13:55,544 --> 00:13:57,963 - "Saya tak patut pakai skirt pendek." - Ya, saya memang tak patut. 161 00:13:57,963 --> 00:14:00,757 "Saya tak patut marah." "Saya tak patut melawan." 162 00:14:00,757 --> 00:14:03,177 Kita jadikan hal buruk yang menimpa kita sebagai salah kita. 163 00:14:03,177 --> 00:14:05,762 Itu cara untuk anggap kita ada kawalan, padahal tidak, 164 00:14:05,762 --> 00:14:07,139 kerana hal buruk memang terjadi. 165 00:14:07,139 --> 00:14:10,851 Jadi, selagi kita tak terima bukan semuanya salah kita, 166 00:14:10,851 --> 00:14:12,811 kita takkan dapat pulih. 167 00:14:16,815 --> 00:14:19,109 Awak okey? Terkena strok? 168 00:14:19,109 --> 00:14:20,903 Oh, Tuhan. Itu dia. 169 00:14:22,321 --> 00:14:24,239 Mari bungkus. Saya akan jelaskan dalam perjalanan. 170 00:14:24,239 --> 00:14:27,326 - Awak bawa kereta? Dekat? - Saya ada kereta berdekatan. 171 00:14:27,326 --> 00:14:30,454 Okey. Hujan akan turun. Ayuh. Boleh bayarkan? 172 00:14:34,875 --> 00:14:36,543 Boleh berikan kotak bungkusan? 173 00:14:39,213 --> 00:14:40,797 Jadi, punca kita kalah... 174 00:14:40,797 --> 00:14:42,341 Sebenarnya, kita belum kalah. 175 00:14:43,300 --> 00:14:45,677 Ya, tapi katakan kita kalah. Kenapa? 176 00:14:45,677 --> 00:14:49,598 Sebab kita perlu tunjukkan penderaan untuk yakinkan pihak juri. 177 00:14:49,598 --> 00:14:50,849 Tapi kita buat sebaliknya. 178 00:14:50,849 --> 00:14:52,851 Ya, semuanya sebab Candy. 179 00:14:52,851 --> 00:14:55,354 Saya saksi tak kukuh sebab Danny tak tahu dia pernah didera... 180 00:14:55,354 --> 00:14:57,105 - Betul. Saya faham. - ...cuma Adam. 181 00:14:57,105 --> 00:14:59,900 Awak cuba senaraikan keterangan yang gagal? 182 00:14:59,900 --> 00:15:01,735 Mungkin kita salah pilih saksi. 183 00:15:02,986 --> 00:15:04,947 Kejadian yang menimpa Danny dan Adam, 184 00:15:04,947 --> 00:15:06,615 bukan salah Danny. 185 00:15:07,574 --> 00:15:09,034 Tapi dia tak tahu hakikat itu. 186 00:15:09,868 --> 00:15:11,036 Rasa bersalah dan malunya 187 00:15:11,036 --> 00:15:14,957 menghalangnya daripada menyedari hal sebenar yang terjadi. 188 00:15:14,957 --> 00:15:16,375 Jadi kita perlu tunjuk kepadanya. 189 00:15:17,751 --> 00:15:19,253 Itu yang Danny faham. 190 00:15:20,003 --> 00:15:21,380 Itulah kelebihannya. 191 00:15:22,214 --> 00:15:27,719 Dia akan lawan, tapi jika kita tunjukkan kebenaran, dia akan percayakan kita. 192 00:15:27,719 --> 00:15:30,931 Kemudian dia akan dapat lihat kejadian sebenar, begitu juga juri. 193 00:15:34,309 --> 00:15:36,520 - Susur keluar satu lagi. Dua kilometer. - Okey. 194 00:16:04,840 --> 00:16:06,758 JABATAN PSIKOLOGI 195 00:16:31,533 --> 00:16:32,993 Hai. Saya sangka awak ada kelas. 196 00:16:33,785 --> 00:16:35,621 - Saya dah tiada peluang. - Apa maksud awak? 197 00:16:35,621 --> 00:16:39,333 Saya beritahu dekan saya perlu cuti sehari lagi dan katanya, saya perlu buat pilihan. 198 00:16:40,709 --> 00:16:42,920 - Saya bersimpati. - Lagipun, siapa mahu jadi profesor? 199 00:16:42,920 --> 00:16:45,756 Profesor tua. Saya tak mahu jadi tua. Tiada sesiapa mahu jadi tua. 200 00:16:45,756 --> 00:16:47,424 - Betul? - Ya. 201 00:16:48,217 --> 00:16:49,718 Stan, cara ini akan berkesan? 202 00:16:50,427 --> 00:16:51,512 Awak tanya saya pula? 203 00:16:51,512 --> 00:16:52,763 Hei. 204 00:16:52,763 --> 00:16:55,098 Kebetulan saya ada di sini. Saya mahu ucap semoga berjaya. 205 00:16:55,098 --> 00:16:57,392 Jelaslah kami akan kalah apabila polis doakan kejayaan. 206 00:16:57,392 --> 00:16:58,936 Teruk macam biasa, Camisa. 207 00:16:59,895 --> 00:17:01,271 - Hei. - Hai. 208 00:17:01,271 --> 00:17:03,440 Frank pun doakan kejayaan kamu. 209 00:17:04,066 --> 00:17:05,526 - Awak tipu. - Saya tipu. 210 00:17:07,402 --> 00:17:09,363 Keadaan jarang berlaku mengikut kehendak kita. 211 00:17:10,614 --> 00:17:12,491 Awak maksudkan saya atau awak, detektif? 212 00:17:14,826 --> 00:17:17,412 Awak curahkan segalanya untuk semua perkara. Perkara ini. 213 00:17:17,412 --> 00:17:20,707 Walau apa pun terjadi, usaha itu sangat berbaloi. 214 00:17:23,752 --> 00:17:26,046 - Jaga diri. - Awak juga, Matty. 215 00:17:26,046 --> 00:17:27,130 Ya. 216 00:17:45,399 --> 00:17:47,943 - Panggil juri masuk. - Berdiri. 217 00:17:51,780 --> 00:17:52,614 Pelik. 218 00:17:52,614 --> 00:17:56,618 Saya masuk pada saat akhir walaupun sudah kalah. 219 00:17:57,452 --> 00:18:00,372 Kalaulah saya masuk lebih awal. Tentu seronok. 220 00:18:01,456 --> 00:18:02,624 Duduk. 221 00:18:10,424 --> 00:18:13,677 En. Camisa, pihak pembela sudah selesai bentangkan kes? 222 00:18:16,930 --> 00:18:18,557 Seorang saksi lagi, Yang Arif. 223 00:18:18,557 --> 00:18:20,100 Baiklah. Silakan. 224 00:18:21,768 --> 00:18:23,896 Pembela memanggil Danny Sullivan ke kandang saksi. 225 00:18:31,778 --> 00:18:32,779 Awaklah. 226 00:18:52,508 --> 00:18:54,843 Awak bersumpah akan bercakap benar, 227 00:18:54,843 --> 00:18:57,095 tidak lain daripada yang benar, demi Tuhan? 228 00:18:57,095 --> 00:18:58,180 Saya bersumpah. 229 00:19:04,895 --> 00:19:08,649 Untuk rekod, sila nyatakan nama penuh dan alamat awak. 230 00:19:10,484 --> 00:19:14,655 Daniel Sullivan, 9 Jalan Elm, Elm Ridge, New York. 231 00:19:15,989 --> 00:19:17,533 Tapi itu tak benar, bukan? 232 00:19:18,158 --> 00:19:20,744 Saya yakin itu alamat saya. 233 00:19:20,744 --> 00:19:22,287 Bukan alamat, tapi nama awak. 234 00:19:23,539 --> 00:19:24,748 Adakah awak Danny Sullivan? 235 00:19:25,666 --> 00:19:29,211 Tentulah saya Danny Sullivan. Kalau tidak, siapa lagi? 236 00:19:29,211 --> 00:19:30,712 - Bukankah nama awak Jack? - Bantahan. 237 00:19:30,712 --> 00:19:32,965 - Apa saja pembela cuba lakukan... - Yang Arif, 238 00:19:32,965 --> 00:19:35,133 Danny Sullivan berhak dianggap tidak bersalah. 239 00:19:35,133 --> 00:19:36,635 Itu hak dia dan dalam kes ini, 240 00:19:36,635 --> 00:19:40,222 sekurang-kurangnya kita perlu anggap yang itu bukan Danny. 241 00:19:43,100 --> 00:19:44,601 - Saya benarkan. - Yang Arif... 242 00:19:44,601 --> 00:19:46,019 Saya mahu bercakap dengan Danny. 243 00:19:46,603 --> 00:19:49,773 - Inilah saya, encik. Secara... - ...berdepan. 244 00:19:51,358 --> 00:19:53,819 Sementara saya di sini, saya amat hargai 245 00:19:53,819 --> 00:19:55,112 jika diberi peluang menceritakan... 246 00:19:55,112 --> 00:19:57,030 ...kisah saya, jika kamu tak kisah. 247 00:19:58,448 --> 00:20:01,243 Okey, "Danny." Silakan. 248 00:20:06,957 --> 00:20:08,292 Saya benci bapa tiri saya. 249 00:20:12,087 --> 00:20:13,088 Sebelum dia muncul, cuma ada... 250 00:20:13,088 --> 00:20:17,426 ...saya dan mak. Apabila dia ada, dia layan mak dengan teruk. 251 00:20:18,427 --> 00:20:20,554 Boleh dikatakan, dia mendera mak. 252 00:20:21,555 --> 00:20:23,807 Saya merayu mak tinggalkan dia tapi mak sangat takut. 253 00:20:24,474 --> 00:20:26,643 Mak yakin bapa tiri saya akan cari dan cederakan dia. 254 00:20:26,643 --> 00:20:28,979 Mungkin sebab itu saya tinggal berdekatan rumah. 255 00:20:30,981 --> 00:20:33,650 Penderaan tak pernah berakhir. Malah semakin teruk. 256 00:20:36,820 --> 00:20:40,282 Saya cuma mahu takutkan dia sehingga dia tinggalkan kami. 257 00:20:42,659 --> 00:20:46,872 Saya tahu perbuatan saya salah dan saya terima hukumannya. 258 00:20:50,792 --> 00:20:52,794 Yang Arif, ini saksi belot. 259 00:20:52,794 --> 00:20:54,838 Saksi belot ini klien awak. 260 00:20:54,838 --> 00:20:57,090 Macam saya kata tadi, saya tak percaya ini klien saya. 261 00:20:57,090 --> 00:20:58,383 En. Camisa, saya betul-betul... 262 00:20:58,383 --> 00:21:01,845 Saya cuma perlukan satu peluang jika Yang Arif benarkan. 263 00:21:01,845 --> 00:21:04,097 En. Camisa, awak memalukan diri sendiri. 264 00:21:04,097 --> 00:21:05,182 Ya. 265 00:21:10,020 --> 00:21:12,981 Okey. Apa-apa sajalah. 266 00:21:15,317 --> 00:21:17,110 Lelaki ini kacak, bukan? 267 00:21:17,986 --> 00:21:18,820 Ya. 268 00:21:18,820 --> 00:21:20,781 - En. Camisa... - Tolong, Yang Arif. Sekejap... 269 00:21:23,033 --> 00:21:25,827 Siapa budak lain dalam lukisan ini? 270 00:21:33,043 --> 00:21:34,044 Itu Adam. 271 00:21:34,711 --> 00:21:35,963 Siapa Adam? 272 00:21:35,963 --> 00:21:37,714 Saya tak faham perkaitannya. 273 00:21:37,714 --> 00:21:39,883 Awak tak berkuasa di sini. Awak perlu jawab soalan itu. 274 00:21:39,883 --> 00:21:42,219 Pertanyaan itu sia-sia, Yang Arif. 275 00:21:42,219 --> 00:21:44,429 - Jawab soalan tadi, Jack. - Saya takkan jawab. 276 00:21:53,188 --> 00:21:55,274 Saksi perlu jawab soalan tadi. 277 00:21:55,816 --> 00:22:00,195 - Adam ialah... - ...kembar saya. 278 00:22:00,195 --> 00:22:01,572 Kembar Danny? 279 00:22:01,572 --> 00:22:03,448 Awak pun tahu itulah maksud saya. 280 00:22:03,448 --> 00:22:04,533 Okey. 281 00:22:11,123 --> 00:22:16,044 Sekarang, awak cam gambar ini? 282 00:22:18,088 --> 00:22:20,382 Daripada dinding ruang tamu Danny, betul? 283 00:22:21,383 --> 00:22:22,885 - Ya. - Siapa dalam gambar ini? 284 00:22:26,430 --> 00:22:28,557 Itu Candy. Saya dan ibu saya. 285 00:22:28,557 --> 00:22:30,517 Gambar ini nampak pelik bagi awak? 286 00:22:30,517 --> 00:22:31,685 Saya tak faham maksud awak. 287 00:22:31,685 --> 00:22:32,978 Kenapa awak tak faham? 288 00:22:32,978 --> 00:22:35,856 Ada apa-apa yang pelik tentang gambar ini? 289 00:22:38,734 --> 00:22:39,943 Tidak. 290 00:22:40,652 --> 00:22:41,653 Tiada yang pelik. 291 00:22:46,992 --> 00:22:48,285 Di mana Adam sekarang, Danny? 292 00:22:57,628 --> 00:22:58,754 Danny? 293 00:23:02,883 --> 00:23:04,218 Jawab soalan itu, Danny. 294 00:23:07,888 --> 00:23:09,014 Dia dah mati. 295 00:23:09,848 --> 00:23:10,682 Bila? 296 00:23:12,059 --> 00:23:13,393 Semasa dia budak. 297 00:23:13,393 --> 00:23:14,561 Bukan semasa bayi? 298 00:23:15,771 --> 00:23:17,773 Tidak, semasa dia budak. 299 00:23:18,440 --> 00:23:20,567 Jadi kenapa dia tiada dalam gambar ini? 300 00:23:22,069 --> 00:23:24,112 - Atau gambar ini? - Saya tak tahu. 301 00:23:24,112 --> 00:23:25,739 - Atau yang ini? - Saya tak tahu. 302 00:23:25,739 --> 00:23:26,823 Atau... 303 00:23:26,823 --> 00:23:28,200 Jangan! 304 00:23:28,200 --> 00:23:29,743 Jangan apa? Jangan soal awak lagi? 305 00:23:29,743 --> 00:23:32,746 - Saya tak cakap dengan awak. - Atau gambar-gambar ini? 306 00:23:32,746 --> 00:23:35,999 Kenapa ada seorang budak lelaki saja dalam semua gambar ini? 307 00:23:39,253 --> 00:23:40,671 Apa jadi kepada Adam, Danny? 308 00:23:42,881 --> 00:23:44,466 - Saya tanya, apa jadi kepada Adam? - Tidak. 309 00:23:44,466 --> 00:23:46,218 Saya dah ceritakan, celaka. 310 00:23:46,218 --> 00:23:48,971 En. Sullivan, jangan guna bahasa kesat dalam mahkamah saya. 311 00:23:48,971 --> 00:23:50,722 Maaf, Yang Arif. Saya... 312 00:23:50,722 --> 00:23:53,642 Okey. Dia mati. Bagaimana? 313 00:23:55,018 --> 00:23:56,270 Saya... 314 00:23:58,146 --> 00:23:59,857 Ada kemungkinan awak tak ingat? 315 00:23:59,857 --> 00:24:02,776 Tak guna. 316 00:24:03,277 --> 00:24:04,403 Danny? 317 00:24:07,823 --> 00:24:08,657 Danny? 318 00:24:17,708 --> 00:24:19,459 Apa jadi kepada Adam, Danny? 319 00:25:10,928 --> 00:25:12,346 Hei, Dan. 320 00:25:14,014 --> 00:25:15,015 Adam. 321 00:25:19,019 --> 00:25:20,854 Apa jadi kepada Adam, Danny? 322 00:25:42,334 --> 00:25:43,752 Dia perlu pergi. 323 00:25:45,921 --> 00:25:46,922 Kenapa? 324 00:25:49,550 --> 00:25:50,801 Disebabkan perbuatannya. 325 00:25:54,304 --> 00:25:55,472 Apa Adam buat? 326 00:26:00,227 --> 00:26:03,272 Dia mahukan begitu. Dia mahu Marlin lakukannya. 327 00:26:07,818 --> 00:26:10,195 Sebab dia mahu segalanya okey. 328 00:26:13,949 --> 00:26:17,911 Sebab dia tak mahu ibu kami sendirian. 329 00:26:22,624 --> 00:26:23,959 Dia mahu Marlin... 330 00:26:27,087 --> 00:26:28,881 buat apa saja dia mahu terhadapnya. 331 00:26:34,803 --> 00:26:36,763 Dia merogolnya berulang kali. 332 00:26:42,603 --> 00:26:44,313 Tapi Adam mahu dia buat begitu. 333 00:26:50,485 --> 00:26:52,029 Jadi saya terpaksa bawa dia pergi. 334 00:26:59,203 --> 00:27:00,287 Siapa Adam, Danny? 335 00:27:12,758 --> 00:27:13,842 Abang saya. 336 00:27:15,886 --> 00:27:17,846 Tapi awak tiada abang, betul? 337 00:27:24,353 --> 00:27:25,354 Betul. 338 00:27:27,022 --> 00:27:28,190 Siapa Adam, Danny? 339 00:27:32,319 --> 00:27:33,320 Saya. 340 00:27:38,116 --> 00:27:39,326 Adam ialah saya. 341 00:27:59,763 --> 00:28:01,098 Pihak pembela selesai, Yang Arif. 342 00:28:15,612 --> 00:28:18,866 Apa perasaan awak ketika itu? 343 00:28:20,784 --> 00:28:22,244 Saya cuma ingat suasana senyap. 344 00:28:23,704 --> 00:28:25,581 Juri sudah ada keputusan? 345 00:28:26,164 --> 00:28:27,249 Sudah, Yang Arif. 346 00:28:27,249 --> 00:28:28,709 Saya tak biasa. 347 00:28:28,709 --> 00:28:32,629 Selama ini personaliti saya yang selamatkan saya. 348 00:28:39,094 --> 00:28:40,721 Defendan, sila berdiri. 349 00:28:48,187 --> 00:28:51,106 Tapi saya temui sesuatu yang dapat selamatkan saya. 350 00:28:51,106 --> 00:28:53,650 Betul? Apa dia? 351 00:28:56,570 --> 00:28:58,655 Ketua juri, boleh bacakan keputusan? 352 00:28:59,281 --> 00:29:02,367 Kami pihak juri, sebulat suara mendapati defendan, 353 00:29:02,367 --> 00:29:04,161 Daniel Sullivan, 354 00:29:05,078 --> 00:29:07,664 tidak bersalah bagi semua pertuduhan atas sebab tidak waras. 355 00:29:10,292 --> 00:29:11,668 En. Sullivan. 356 00:29:11,668 --> 00:29:13,545 Danny, boleh beri komen untuk akhbar? 357 00:29:14,171 --> 00:29:16,381 Boleh berikan komen? Apa pendapat awak... 358 00:29:17,424 --> 00:29:18,800 Begitulah, budak. 359 00:29:22,679 --> 00:29:27,643 Apabila saya berdepan masalah, Ibu Mary datang kepada saya. 360 00:29:28,477 --> 00:29:31,772 Awak diselamatkan santo? Lagu Beatles? 361 00:29:32,481 --> 00:29:33,482 Tidak. 362 00:29:41,990 --> 00:29:43,617 Awak, Rya. 363 00:29:45,494 --> 00:29:46,495 Awak selamatkan saya. 364 00:30:06,306 --> 00:30:07,599 Apa perasaan awak? 365 00:30:07,599 --> 00:30:09,893 Mahu menangis dan menjerit pada masa sama. 366 00:30:09,893 --> 00:30:12,479 Tapi sebenarnya saya sangat penat. 367 00:30:14,523 --> 00:30:16,483 Pelik apabila saya yang bertanya soalan, bukan? 368 00:30:18,277 --> 00:30:19,278 Di mana Ariana? 369 00:30:21,446 --> 00:30:23,574 Terima kasih sebab dengar cerita saya. 370 00:30:23,574 --> 00:30:24,950 Apabila fikiran terpisah, 371 00:30:25,701 --> 00:30:28,328 memang senang terlepas pandang perasaan orang lain. 372 00:30:28,328 --> 00:30:30,455 - Begitu? - Ya. 373 00:30:31,206 --> 00:30:32,499 Saya juga amat rindukan awak. 374 00:30:36,420 --> 00:30:38,589 Tapi, jujurlah, tak mungkin awak penat saja. 375 00:30:39,131 --> 00:30:41,592 Saya rasa, ia agak mengecewakan. 376 00:30:42,968 --> 00:30:45,387 Tiada ucapan kemenangan di mahkamah. 377 00:30:46,180 --> 00:30:47,681 Tiada sambutan. 378 00:30:48,515 --> 00:30:52,269 Kami tak dapatkan awak kebebasan, tapi suatu yang lebih kecil. 379 00:30:52,269 --> 00:30:53,645 Peluang. 380 00:30:54,980 --> 00:30:57,316 Kemudian, awak hilang. Awak tiba-tiba hilang. 381 00:30:58,483 --> 00:30:59,568 {\an8}HOSPITAL PSIKIATRI ST. FRANCIS 382 00:30:59,568 --> 00:31:01,612 {\an8}Mulanya, saya sukar membayangkan 383 00:31:01,612 --> 00:31:03,906 {\an8}awak di bawah jagaan ahli terapi lain. 384 00:31:04,865 --> 00:31:08,785 Tapi saya faham awak perlukan perhubungan baharu, 385 00:31:08,785 --> 00:31:12,372 mulakan terapi baharu dan pulih. 386 00:31:14,166 --> 00:31:15,167 BILIK SENI 387 00:31:15,167 --> 00:31:17,920 Tapi secara jujurnya, awalnya saya tak suka. 388 00:31:18,712 --> 00:31:19,922 Saya pun rindu awak. 389 00:31:21,381 --> 00:31:24,885 Saya akan tanya doktor baharu awak, tapi dia tak kongsikan. 390 00:31:25,594 --> 00:31:28,430 Saya sentiasa risau akan awak. 391 00:31:29,973 --> 00:31:30,974 Ini biliknya. 392 00:31:32,976 --> 00:31:34,645 Kemudian ibu awak hubungi saya. 393 00:32:02,548 --> 00:32:03,674 Hai, mak. 394 00:32:06,718 --> 00:32:07,803 Hei, Dan. 395 00:32:07,803 --> 00:32:12,266 Kenapa akhirnya awak benarkan dia jumpa awak selepas dua tahun? 396 00:32:13,433 --> 00:32:15,894 Sebab saya sedar, walau selama mana masa berlalu, 397 00:32:15,894 --> 00:32:17,604 saya takkan pernah bersedia. 398 00:32:19,439 --> 00:32:21,233 Jadi saya perlu hadapi kenyataan. 399 00:32:24,570 --> 00:32:25,612 Inilah masanya. 400 00:32:28,657 --> 00:32:32,536 Cantik. Apa itu? Bintang? 401 00:32:36,456 --> 00:32:37,541 Kunang-kunang. 402 00:32:39,418 --> 00:32:40,669 Kunang-kunang? 403 00:32:41,628 --> 00:32:42,963 Saya terfikir masa lalu. 404 00:32:45,132 --> 00:32:46,133 Cantik. 405 00:32:47,217 --> 00:32:48,552 Mereka benarkan saya melukis setiap hari. 406 00:32:48,552 --> 00:32:50,012 Katanya, menenangkan. 407 00:32:50,721 --> 00:32:52,556 Mak tahu kamu berbakat, 408 00:32:52,556 --> 00:32:55,142 tapi lukisan ini sangat mengagumkan. 409 00:32:59,104 --> 00:33:02,608 Mereka kata mahu hantar beberapa lukisan ke pameran. 410 00:33:10,407 --> 00:33:11,658 Macam pelukis sebenar, ya? 411 00:33:15,746 --> 00:33:16,747 Ya. 412 00:33:19,499 --> 00:33:20,959 Sekarang mak tinggal di Oakville. 413 00:33:21,710 --> 00:33:22,961 Di pangsapuri kecil. 414 00:33:24,379 --> 00:33:25,380 Marlin pula? 415 00:33:26,590 --> 00:33:30,761 Dia datang dalam keadaan mabuk di luar rumah mak beberapa kali seminggu. 416 00:33:30,761 --> 00:33:32,304 Polis masuk campur. 417 00:33:33,597 --> 00:33:36,517 Kemudian satu hari, dia tak datang lagi. 418 00:33:38,310 --> 00:33:40,938 Mak tak pernah jumpa atau dengar khabarnya selama lebih setahun. 419 00:33:41,688 --> 00:33:43,273 Sejak itu mak sertai banyak kaunseling. 420 00:33:50,322 --> 00:33:51,740 Setiap hari mak teringat kamu. 421 00:33:53,158 --> 00:33:54,368 Mak mahu kamu tahu. 422 00:33:58,580 --> 00:34:00,874 Mak tahu mak bukan ibu yang baik. 423 00:34:03,043 --> 00:34:04,336 Kamu pun tahu. 424 00:34:05,420 --> 00:34:06,839 Tambahan pula, mak... 425 00:34:10,884 --> 00:34:12,010 Mak kecewakan kamu... 426 00:34:14,804 --> 00:34:15,889 dengan teruk. 427 00:34:21,812 --> 00:34:22,938 Bila mak dapat tahu? 428 00:34:39,121 --> 00:34:42,416 Kamu tak ingat bapa kamu. 429 00:34:45,918 --> 00:34:46,920 Bapa kandung kamu. 430 00:34:51,800 --> 00:34:53,969 Sebenarnya, mak tak mahu ceritakan kepada kamu. 431 00:34:56,679 --> 00:34:58,640 Sebab tiada cerita baik pun. 432 00:34:59,391 --> 00:35:03,020 Mak hamil ketika berumur 16 tahun. 433 00:35:06,190 --> 00:35:07,900 Berkahwin ketika umur mak 17 tahun. 434 00:35:13,614 --> 00:35:15,199 Apabila kamu empat tahun... 435 00:35:18,410 --> 00:35:21,747 Mak dapat tahu dia... 436 00:35:27,127 --> 00:35:30,464 Jadi mak bawa kita lari daripada dia sejauh mungkin. 437 00:35:33,300 --> 00:35:35,010 Tapi apabila keseorangan... 438 00:35:37,304 --> 00:35:39,389 Mak tak mampu hadapinya. 439 00:35:40,557 --> 00:35:41,934 Jadi apabila Marlin... 440 00:35:45,187 --> 00:35:48,398 Dia nampak kuat dan bertanggungjawab. 441 00:35:49,191 --> 00:35:51,485 Seseorang yang boleh jaga kita. 442 00:35:52,069 --> 00:35:53,612 Kita perlukannya. 443 00:35:54,279 --> 00:35:55,948 Kita perlu dijaga. 444 00:35:58,951 --> 00:35:59,952 Mak perlukannya. 445 00:36:16,176 --> 00:36:21,098 Selama ini mak beritahu diri mak hal itu tak betul. 446 00:36:21,098 --> 00:36:22,808 Tak mungkin ia betul. 447 00:36:22,808 --> 00:36:26,979 Tak mungkin mak bawa seorang lagi lelaki sebegitu dalam hidup kita. 448 00:36:36,405 --> 00:36:37,573 Tapi itulah hakikatnya. 449 00:36:43,787 --> 00:36:45,038 Mak minta maaf. 450 00:36:49,251 --> 00:36:50,836 Mak biarkan kamu diperlakukan begitu. 451 00:36:52,254 --> 00:36:53,964 Jika kamu tak maafkan mak... 452 00:36:55,174 --> 00:36:57,426 Mak takkan salahkan kamu... 453 00:36:58,886 --> 00:37:02,389 sebab seorang ibu sepatutnya menjaga anak mereka. 454 00:37:03,015 --> 00:37:04,349 Tapi mak gagal. 455 00:37:07,895 --> 00:37:08,896 Mak gagal. 456 00:37:14,067 --> 00:37:17,905 Mak mahu kamu tahu, mak tahu. 457 00:37:19,114 --> 00:37:20,199 Mak tahu. 458 00:37:29,583 --> 00:37:30,584 Saya gembira mak datang. 459 00:37:39,968 --> 00:37:41,595 Mak boleh datang lagi? 460 00:37:50,562 --> 00:37:52,105 Mungkin kamu akan ubah fikiran. 461 00:37:53,774 --> 00:37:54,942 Mungkin mak akan terus minta. 462 00:37:57,194 --> 00:37:58,320 Tapi dia tidak lakukannya. 463 00:37:59,863 --> 00:38:04,284 Jika dia cuba, awak akan maafkan dia? 464 00:38:05,786 --> 00:38:06,828 Dia takkan cuba. 465 00:38:07,496 --> 00:38:08,872 Mungkin tidak. 466 00:38:08,872 --> 00:38:10,666 Kita cuba yang terbaik. 467 00:38:11,166 --> 00:38:13,293 Kadangkala, ia tak memadai. 468 00:38:17,381 --> 00:38:19,132 Orang kata, kekecewaan menyerlahkan lagi lukisan kita. 469 00:38:19,132 --> 00:38:20,467 Merepeklah. 470 00:38:21,093 --> 00:38:22,219 Saya setuju. 471 00:38:23,095 --> 00:38:25,848 Tapi apa khabar awak? Sekarang. 472 00:38:28,058 --> 00:38:29,101 Saya masih sama. 473 00:38:29,101 --> 00:38:30,227 Alamak! 474 00:38:30,227 --> 00:38:31,353 Tapi berbeza juga. 475 00:38:32,771 --> 00:38:35,023 - Kenapa tak kejut saya? - Kamu dah dewasa. 476 00:38:35,023 --> 00:38:36,692 Tiba-tiba saya jadi dewasa? 477 00:38:36,692 --> 00:38:39,778 - Ambillah. - Alamak! Tiada perisa pai epal? 478 00:38:39,778 --> 00:38:43,198 Nanti mak pergi kedai, memandangkan mak penyedia khidmat beli-belah. 479 00:38:44,116 --> 00:38:45,033 Duduk. 480 00:38:45,033 --> 00:38:48,245 Pesakit pertama kamu akan sampai lima minit lagi. Lagipun, di bawah saja. 481 00:38:48,245 --> 00:38:49,162 Sudahlah, mak. 482 00:38:49,162 --> 00:38:50,914 Kamu daftarkan diagnosis baharu dalam DMS. 483 00:38:50,914 --> 00:38:52,207 Tak boleh lambat lima minit? 484 00:38:52,207 --> 00:38:53,542 Pertama, DSM. 485 00:38:53,542 --> 00:38:55,377 Saya yakin mak tahu bukan begitu prosedurnya. 486 00:38:56,378 --> 00:38:57,796 Mak tak boleh bangga dengan anak mak? 487 00:38:57,796 --> 00:38:59,756 Mak bangga? 488 00:38:59,756 --> 00:39:00,841 Tolong hantar dia ke sekolah. 489 00:39:00,841 --> 00:39:02,885 Hei, sayang. Pergi sekolah. 490 00:39:03,510 --> 00:39:05,220 Sayang kamu. Terima kasih, mak. 491 00:39:06,597 --> 00:39:09,600 Saya bukan lagi profesor, tapi ahli terapi. 492 00:39:11,059 --> 00:39:12,186 Serta seorang ibu. 493 00:39:12,186 --> 00:39:14,229 Saya cuba yang terbaik untuk jadi berani. 494 00:39:14,980 --> 00:39:16,190 Memang mencabar. 495 00:39:18,609 --> 00:39:20,485 Terapi gabungan itu berkesan. 496 00:39:21,069 --> 00:39:23,030 Awak satukan semua personaliti awak. 497 00:39:23,780 --> 00:39:24,990 Apa perasaan awak? 498 00:39:26,617 --> 00:39:27,701 Prosesnya panjang. 499 00:39:29,161 --> 00:39:30,746 Saya cuba jadi berani. 500 00:39:30,746 --> 00:39:31,830 Awak memang berani, Dan. 501 00:39:34,208 --> 00:39:35,501 Awak memang berani. 502 00:39:36,710 --> 00:39:37,878 Mungkin. 503 00:39:40,923 --> 00:39:42,841 - Doktor. - Doktor. 504 00:39:42,841 --> 00:39:44,343 Dan, sekejap lagi waktu makan malam. 505 00:39:44,843 --> 00:39:47,304 Terima kasih sebab benarkan kami guna pejabat awak untuk berbual. 506 00:39:47,304 --> 00:39:50,265 Sama-sama. Saya berbangga dapat jumpa awak. 507 00:39:52,684 --> 00:39:53,894 Boleh teman saya keluar? 508 00:39:53,894 --> 00:39:54,978 Boleh. 509 00:39:59,274 --> 00:40:00,776 Taman ini sangat cantik. 510 00:40:01,693 --> 00:40:03,570 Ya, saya boleh nampak dari tingkap bilik. 511 00:40:06,031 --> 00:40:07,908 Semuanya berubah mengikut musim. 512 00:40:09,701 --> 00:40:12,246 Apa-apa pun, terima kasih sebab datang hari ini. 513 00:40:14,540 --> 00:40:15,916 Serta terima kasih atas segalanya. 514 00:40:28,554 --> 00:40:29,763 Masa silam ialah prolog. 515 00:40:32,558 --> 00:40:33,851 Shakespeare. Saya tahu. 516 00:40:34,977 --> 00:40:36,311 Semua personaliti itu dalam diri awak. 517 00:40:36,311 --> 00:40:40,232 Awak miliki kebijaksanaan Jack, daya tarikan Mike, keyakinan Ariana. 518 00:40:40,232 --> 00:40:41,441 Semua itu awak. 519 00:40:42,860 --> 00:40:44,027 Bukan semua. 520 00:40:47,114 --> 00:40:48,365 Apa maksud awak? 521 00:40:50,367 --> 00:40:51,702 Saya ada hutang yang belum dibayar. 522 00:40:53,787 --> 00:40:55,789 Kini giliran saya untuk jadi malaikat pelindung. 523 00:40:56,915 --> 00:40:59,626 Saya dah lambat. Harapnya kita dapat jumpa lagi, doktor. 524 00:41:00,252 --> 00:41:01,253 Saya pun, Dan. 525 00:41:48,967 --> 00:41:52,429 Apabila aku berdepan masalah 526 00:41:52,429 --> 00:41:55,057 Ibu Mary datang kepadaku 527 00:41:55,599 --> 00:41:59,728 Menuturkan kata-kata nasihat, redalah 528 00:42:01,939 --> 00:42:07,653 Ketika aku dalam kegelapan Dia berdiri di depanku 529 00:42:08,362 --> 00:42:12,533 Menuturkan kata-kata nasihat, redalah 530 00:42:13,951 --> 00:42:20,624 Redalah 531 00:42:21,708 --> 00:42:25,671 Membisikkan kata-kata nasihat, redalah 532 00:42:28,090 --> 00:42:31,051 Apabila manusia yang patah hati Yang hidup di dunia ini bersetuju 533 00:42:31,051 --> 00:42:33,846 JIKA ANDA ATAU KENALAN ANDA PERLUKAN BANTUAN, 534 00:42:33,846 --> 00:42:36,098 LAYARI APPLE.COM/HERETOHELP 535 00:42:36,098 --> 00:42:38,892 Jawapannya pasti ada, redalah 536 00:42:41,019 --> 00:42:43,939 Walaupun sudah terpisah 537 00:42:43,939 --> 00:42:47,276 Masih ada kemungkinan Mereka akan sedar 538 00:42:47,901 --> 00:42:52,364 Jawapannya pasti ada, redalah 539 00:43:28,317 --> 00:43:30,319 Terjemahan sari kata oleh Hamizah