1 00:01:20,831 --> 00:01:22,875 Hai. Selamat pagi, Danny. Tidur lena? 2 00:01:24,543 --> 00:01:26,879 Entahlah. Tak lena. Mungkin. 3 00:01:27,713 --> 00:01:28,714 Kenapa? 4 00:01:31,175 --> 00:01:32,718 Awak pernah cuba tidur dalam penjara? 5 00:01:37,014 --> 00:01:38,098 Awak tengok gerhana? 6 00:01:38,682 --> 00:01:40,726 Tidak. Nampak cahaya saja. Tapi agak pelik. 7 00:01:41,393 --> 00:01:45,230 Menurut Carl Jung, gerhana menandakan kelahiran semula. 8 00:01:45,230 --> 00:01:46,440 Siapa dia? 9 00:01:46,440 --> 00:01:49,026 Ahli psikiatri. Tak pernah dengar? Dia agak terkenal. 10 00:01:49,776 --> 00:01:50,777 Tidak. 11 00:01:53,030 --> 00:01:54,239 Awak okey? 12 00:01:55,115 --> 00:01:58,827 - Awak nampak gementar. - Ya. Mungkin. 13 00:02:00,537 --> 00:02:03,040 Saya memang agak gementar hari ini. 14 00:02:03,040 --> 00:02:06,960 Sebab itu awak cemerkap? Biasanya awak tak begitu. 15 00:02:08,586 --> 00:02:10,297 Awak sangat peka. 16 00:02:12,549 --> 00:02:14,134 Kenapa awak gementar? 17 00:02:15,427 --> 00:02:16,637 Saya nak tanya satu soalan. 18 00:02:18,597 --> 00:02:20,057 Kenapa awak di sini? 19 00:02:22,017 --> 00:02:23,018 Apa maksud awak? 20 00:02:23,018 --> 00:02:24,186 Dengan saya di sini. 21 00:02:26,313 --> 00:02:28,941 Disebabkan kejadian di Rockefeller Center. 22 00:02:29,900 --> 00:02:31,401 Tapi kenapa kita bercakap tentangnya? 23 00:02:31,985 --> 00:02:34,071 Awak tolong persiapkan saya berdepan perbicaraan. 24 00:02:34,613 --> 00:02:40,160 Walaupun bukan saya tembak, saya bersubahat jika jenayah dilakukan. 25 00:02:43,038 --> 00:02:46,583 Minggu lepas kita cakap tentang awak dan Jack pergi ke London. 26 00:02:47,918 --> 00:02:49,837 Awak tahu Jack datang jumpa saya? 27 00:02:53,006 --> 00:02:55,133 Tidak. Tak mungkin. Dia di London. 28 00:02:56,093 --> 00:02:57,094 Ini milik Jack? 29 00:03:09,231 --> 00:03:10,315 Dalam buku panduan saya. 30 00:03:11,817 --> 00:03:14,111 Awak dapat nombor telefonnya dalam buku itu. Begitu awak jumpa dia? 31 00:03:14,611 --> 00:03:15,737 Saya dah koyakkannya. 32 00:03:16,238 --> 00:03:19,032 Polis cantumkan semula? Bagaimana awak dapat? 33 00:03:19,032 --> 00:03:24,538 Danny. Minda awak amat hebat dalam memberi rasional. 34 00:03:24,538 --> 00:03:27,040 Dalam mewujudkan naratif pada masa sebenar. 35 00:03:28,000 --> 00:03:31,670 Dalam menjelaskan hal tidak logik. Sejak dulu awak miliki kebolehan itu. 36 00:03:32,421 --> 00:03:35,132 Saya beritahu Jack, saya mahu awak lebih memahami 37 00:03:35,132 --> 00:03:36,300 tujuan perjumpaan kita. 38 00:03:36,800 --> 00:03:40,721 Dia tak setuju, tapi saya pujuk dia sebab dia mahu yang terbaik untuk awak. 39 00:03:41,221 --> 00:03:43,891 Saya pun sama. Awak percaya? 40 00:03:46,560 --> 00:03:48,937 - Awak percayakan saya? - Apa maksud awak? 41 00:03:48,937 --> 00:03:50,272 Soalan saya mudah saja. 42 00:03:51,064 --> 00:03:52,065 Tidak, tak mudah. 43 00:03:53,650 --> 00:03:54,818 Okey. Saya faham. 44 00:03:59,364 --> 00:04:02,576 Awak perasan saya gementar. 45 00:04:03,869 --> 00:04:08,123 Sebab ada beberapa perkara berlaku di Rockefeller Center 46 00:04:08,123 --> 00:04:09,541 yang kita belum bincangkan lagi 47 00:04:09,541 --> 00:04:13,879 dan saya risau apabila dibincangkan, awak akan resah. 48 00:04:15,964 --> 00:04:18,257 Saya betul-betul tak faham maksud awak. 49 00:04:20,928 --> 00:04:21,928 Saya tahu. 50 00:04:24,515 --> 00:04:25,682 Saya nak tunjukkan sesuatu. 51 00:04:33,232 --> 00:04:34,233 Itu rakaman apa? 52 00:04:34,900 --> 00:04:39,446 Biasanya, saya takkan buat secepat ini, tapi perbicaraan semakin hampir. 53 00:04:42,533 --> 00:04:43,534 Itu rakaman apa? 54 00:04:43,534 --> 00:04:45,661 Saya rasa kita patut tonton bersama-sama. Okey? 55 00:04:45,661 --> 00:04:47,371 Saya tak tahu apa awak buat. Saya nak pergi. 56 00:04:47,371 --> 00:04:49,581 Maaf, kita tiada banyak masa, Danny. 57 00:04:57,631 --> 00:05:00,259 Kedai barang kemas di seberang jalan ada kamera baharu. 58 00:05:00,259 --> 00:05:02,302 Mereka baru jumpa rakaman ini. 59 00:05:03,011 --> 00:05:04,012 Ini salinan. 60 00:05:05,514 --> 00:05:06,890 Rakaman asal dijadikan bukti. 61 00:05:13,522 --> 00:05:14,982 Awak sunting rakaman ini. 62 00:05:16,316 --> 00:05:17,609 Tidak. 63 00:05:20,195 --> 00:05:21,196 Ini satu helah. 64 00:05:22,698 --> 00:05:23,699 Ia bukan helah. 65 00:05:24,408 --> 00:05:27,995 Saya rasa dalam hati awak pun, awak tahu. 66 00:05:36,837 --> 00:05:39,548 Cuma awak saja di Rockefeller Center. 67 00:05:41,258 --> 00:05:42,593 Awak saja. 68 00:05:43,719 --> 00:05:45,345 Awak yang tembak, Danny. 69 00:05:46,847 --> 00:05:50,350 Bukan Ariana. Awak. 70 00:05:53,270 --> 00:05:56,231 Selama ini, memang sentiasa awak. 71 00:06:05,657 --> 00:06:06,658 Tidur. 72 00:06:09,077 --> 00:06:10,078 Silap besar, cik. 73 00:06:12,789 --> 00:06:14,208 Awak buat silap besar. 74 00:06:16,001 --> 00:06:17,002 Yitzhak? 75 00:07:39,126 --> 00:07:41,128 {\an8}DIINSPIRASIKAN DARIPADA BUKU THE MINDS OF BILLY MILLIGAN 76 00:07:41,128 --> 00:07:42,212 {\an8}KARYA DANIEL KEYES 77 00:11:02,496 --> 00:11:03,956 Okey, dengar sini. 78 00:11:19,346 --> 00:11:20,681 Saya kata, "Jangan gelabah." 79 00:11:21,181 --> 00:11:22,224 Saya bukan minta izin. 80 00:11:22,224 --> 00:11:25,602 Mengarut betul. Awak perlu benarkan saya masuk. 81 00:11:25,602 --> 00:11:27,271 Saya tak takut pengawal. 82 00:11:28,814 --> 00:11:31,149 Semua orang suruh awak jangan ganggu dia. 83 00:11:33,569 --> 00:11:35,445 Awak buat kesilapan besar. 84 00:11:35,445 --> 00:11:39,575 Kenapa awak burukkan keadaan? Saya tak nak dengar cakap awak! 85 00:11:39,575 --> 00:11:43,912 Aduhai, bodohnya saya! Saya tak patut dengar cakap dia. 86 00:11:43,912 --> 00:11:45,622 Biar saya keluar. Saya boleh uruskan dia. 87 00:11:45,622 --> 00:11:48,500 - Jangan. Nanti dia panggil pengawal. - Teruk kalau begitu. 88 00:11:48,500 --> 00:11:50,210 Mike, kalau awak tak kisah... 89 00:11:52,421 --> 00:11:56,842 Awak dengar? Budak itu okey. Dia selamat. 90 00:11:56,842 --> 00:11:59,469 - Awak tak patut berada di sini. - Danny. 91 00:12:01,138 --> 00:12:04,057 Betul cakap dia, nak. 92 00:12:04,057 --> 00:12:06,310 Awak tak patut berada di sini. 93 00:12:06,894 --> 00:12:08,729 Setidaknya, bukan begini. 94 00:12:10,898 --> 00:12:12,441 Apa yang sedang berlaku, Jack? 95 00:12:12,441 --> 00:12:14,902 Jangan hantar dia. Dia takkan bertahan. 96 00:12:41,720 --> 00:12:44,765 - Apa itu? - Bagaimana boleh jadi begitu? 97 00:12:44,765 --> 00:12:46,058 Sebenarnya, tak patut jadi begitu. 98 00:12:46,058 --> 00:12:47,851 Awak buat saya marah. Dengar tak? 99 00:12:50,020 --> 00:12:51,813 Yitzhak, apa awak buat? 100 00:12:51,813 --> 00:12:52,898 ...buat saya marah! 101 00:12:52,898 --> 00:12:55,150 - Saya boleh. - Ya, baguslah. 102 00:12:55,150 --> 00:12:57,361 Biar penagih ubah nasib kita sebab sebelum ini 103 00:12:57,361 --> 00:12:58,278 memang berjalan lancar. 104 00:12:58,278 --> 00:12:59,905 - Diamlah, Jack. Saya tak khayal. - Tidak. 105 00:12:59,905 --> 00:13:03,408 - Mike. - Tidak. Saya tak boleh buat sekarang. 106 00:13:04,117 --> 00:13:05,118 Yitzhak. 107 00:13:05,118 --> 00:13:06,495 Berhenti. 108 00:13:06,495 --> 00:13:08,580 Kalau Yitzhak cederakan dia, habislah. 109 00:13:08,580 --> 00:13:10,541 Yitzhak takkan sentuh dia. Dia lembut hati dengan wanita dan budak. 110 00:13:10,541 --> 00:13:12,417 - Bagaimana dengan pengawal? - Apa kata awak gantikan dia 111 00:13:12,417 --> 00:13:14,419 - kalau awak yakin sangat? - Sebab saya perlu fikir! 112 00:13:14,419 --> 00:13:16,839 Saya tak main-main. Awak banyak menipu. 113 00:13:16,839 --> 00:13:18,298 Biar saya keluar. 114 00:13:18,298 --> 00:13:20,592 Kalau dia cederakan sesiapa, kita akan diasingkan. 115 00:13:20,592 --> 00:13:23,387 Saya dah kata akan jadi begini semasa awak mula jual dadah. 116 00:13:23,387 --> 00:13:24,847 Jadi, ini salah saya? 117 00:13:24,847 --> 00:13:27,474 Bagaimana nak sara hidup, hipokrit? 118 00:13:27,474 --> 00:13:30,561 Saya kata kita akan dipenjarakan. Tengoklah sekarang! 119 00:13:30,561 --> 00:13:32,646 Pengawal ada di situ, Danny. 120 00:13:33,480 --> 00:13:36,233 - Ayuh. Cepatlah. - Saya tak takut mereka. 121 00:13:36,859 --> 00:13:38,110 Saya tak peduli! 122 00:13:39,027 --> 00:13:40,445 Oh, Tuhan, Mike! 123 00:13:43,240 --> 00:13:48,370 - Berhenti. Kamu akan burukkan keadaan. - Fikirkan Danny. Cepat. Mike. 124 00:13:56,587 --> 00:13:57,713 Kita okey, betul? 125 00:13:57,713 --> 00:14:00,340 Danny, itu awak? 126 00:14:02,050 --> 00:14:03,760 Ya, kita okey, cik adik. Kita okey. 127 00:14:08,098 --> 00:14:11,852 - Kita okey. Tak apa. - Saya cuba tolong awak. 128 00:14:11,852 --> 00:14:13,562 - Ayuh. - Perlahan-lahan, budak. 129 00:14:13,562 --> 00:14:15,063 - Saya tahu. - Pusing. 130 00:14:15,564 --> 00:14:17,399 - Maaf. - Balik. 131 00:14:26,783 --> 00:14:28,869 Tidak. Biasa saja. Jaringkan. 132 00:14:29,745 --> 00:14:30,746 Beri kad. 133 00:14:30,746 --> 00:14:33,498 Sikit lagi. Awak perlu fokus. Cuba lagi. 134 00:14:33,498 --> 00:14:36,376 - Sekali lagi. - Jaringkan! 135 00:14:37,211 --> 00:14:38,545 Saya selalu tak ada tuah. 136 00:14:38,545 --> 00:14:41,256 Saya tak pernah bertuah. 137 00:14:41,256 --> 00:14:43,133 - Sama saja, bukan? - Sama. 138 00:14:49,056 --> 00:14:50,766 Jaga-jaga. Jangan biar dia buat jaringan! 139 00:14:56,146 --> 00:14:57,523 Bagaimana kejadian tadi boleh berlaku? 140 00:14:58,398 --> 00:15:00,025 Sebelum ini, dia tak pernah datang dalam keadaan sedar. 141 00:15:00,692 --> 00:15:04,029 - Nampaknya, sistem semakin hancur. - Sistem apa? 142 00:15:04,530 --> 00:15:06,782 - Kita. - Ayuh. Sini. 143 00:15:06,782 --> 00:15:10,911 Pusat tak boleh bertahan. Raksasa sedang menuju ke Bethlehem. 144 00:15:12,579 --> 00:15:13,580 Yeats. 145 00:15:16,542 --> 00:15:18,669 Maaf sebab hilang kawalan. 146 00:15:18,669 --> 00:15:21,129 Awak di sini bukan untuk bercakap manis. 147 00:15:21,672 --> 00:15:23,757 Kadangkala kami perlukan sikap baran awak. 148 00:15:24,550 --> 00:15:27,511 Malangnya, masalah ini tak dapat diselesaikan dengan pergaduhan. 149 00:15:28,887 --> 00:15:29,888 Ini salah saya. 150 00:15:30,722 --> 00:15:34,434 Perempuan itu pandai memujuk. Yang terbaik memang begitu. 151 00:15:34,434 --> 00:15:35,519 Apa yang terbaik? 152 00:15:35,519 --> 00:15:36,603 Penipu. 153 00:15:38,105 --> 00:15:39,356 Saya yang bersalah. 154 00:15:40,315 --> 00:15:44,069 Jadi, kita takkan benarkan dia bercakap dengan doktor itu lagi? 155 00:15:44,069 --> 00:15:46,321 Kita baru nampak bukti kukuh 156 00:15:46,321 --> 00:15:50,200 yang perhubungan itu, tidak lagi membantu. Betul? 157 00:15:51,994 --> 00:15:53,161 Perempuan itu berbahaya. 158 00:15:54,413 --> 00:15:56,748 Saya tak nampak begitu, Jack. 159 00:15:56,748 --> 00:15:59,001 Betul? Sekarang awak jadi pakar? 160 00:15:59,001 --> 00:16:01,587 Pakar tentang bahaya? Ya. 161 00:16:07,301 --> 00:16:08,552 Bila kita nak kejut dia? 162 00:16:09,511 --> 00:16:11,513 Jangan kejut dia selagi tiada rancangan. 163 00:16:15,684 --> 00:16:17,853 - Jack. - Dua puluh satu. 164 00:16:19,104 --> 00:16:20,898 Awak tahu apa jadi apabila kita disahkan 165 00:16:20,898 --> 00:16:22,774 menghidap kecelaruan psikiatri di negara ini? 166 00:16:24,484 --> 00:16:25,611 Kita akan cuba dirawat. 167 00:16:26,320 --> 00:16:28,238 Bagi perempuan itu, kita penyakit. 168 00:16:28,238 --> 00:16:31,825 Untuk rawat Danny, kita semua perlu dibuang. 169 00:16:31,825 --> 00:16:32,910 Mengarutlah. 170 00:16:34,745 --> 00:16:36,580 Kita saja yang selamatkan Danny. 171 00:16:37,748 --> 00:16:40,542 Macam saya cakap, kita perlukan rancangan. 172 00:17:37,766 --> 00:17:40,185 Ayuh. C ke dewan makan. 173 00:17:45,065 --> 00:17:49,278 Cepat! Setiap hari awak begitu, Jackson. 174 00:17:56,618 --> 00:17:58,203 Hei, awak tahu di mana saya boleh dapatkan kokain? 175 00:17:58,203 --> 00:18:00,706 Perlahankan suara. Tak guna. 176 00:18:04,042 --> 00:18:06,170 - Apa benda ini? - Jalan, Sullivan. 177 00:18:06,170 --> 00:18:08,130 - Sekejap. Ini makanan apa? - Jalan! 178 00:18:08,130 --> 00:18:09,298 - Okey. - Sekarang. 179 00:18:09,298 --> 00:18:12,634 Saya jalan. Oh, Tuhan. 180 00:18:24,521 --> 00:18:25,522 Saya ada pesanan awak. 181 00:18:28,066 --> 00:18:29,985 - Apa? - Benda yang awak minta. 182 00:18:32,196 --> 00:18:35,532 Awak kata mahu lagi. Saya dah kata, saya boleh uruskan. 183 00:18:35,532 --> 00:18:36,992 Biar betul. 184 00:18:38,452 --> 00:18:39,745 Cepatnya. 185 00:18:46,919 --> 00:18:47,836 Barang seni? 186 00:18:47,836 --> 00:18:49,963 Bukan yang asli, tapi hampir sama, bukan? 187 00:18:50,547 --> 00:18:53,050 Apa saya patut buat dengan krayon? 188 00:18:53,634 --> 00:18:55,761 Bukan masalah saya. Joloklah punggung awak. 189 00:18:55,761 --> 00:18:57,930 Saya tak nak krayon, okey? Tukar dengan saya. 190 00:18:57,930 --> 00:18:59,848 - Ambil balik. - Tiada siapa mahukannya. 191 00:18:59,848 --> 00:19:00,933 Bayar, celaka. 192 00:19:00,933 --> 00:19:02,976 Untuk krayon? Awak gila? 193 00:19:02,976 --> 00:19:05,771 Hei, tolonglah. Saya perlukan kokain. Tolong saya. Tolonglah. 194 00:19:05,771 --> 00:19:06,855 Awak permainkan saya? 195 00:19:22,746 --> 00:19:23,830 Apa khabar? 196 00:19:27,835 --> 00:19:29,002 Hei. Apa khabar? 197 00:19:43,684 --> 00:19:44,685 Hei, apa khabar? 198 00:19:45,435 --> 00:19:47,437 Siapa boleh dapatkan saya kokain? 199 00:19:47,938 --> 00:19:50,858 - Berambus. - Awaklah orangnya. Apa khabar? 200 00:19:50,858 --> 00:19:52,693 Hei, budak ini serius? 201 00:19:52,693 --> 00:19:55,070 Saya ambil apa saja. Speed. Saya cuma nak khayal. 202 00:19:55,070 --> 00:19:56,864 - Faham? - Awak tak faham bahasa Inggeris? 203 00:19:57,656 --> 00:20:00,409 - Berambus. - Apa masalah awak? 204 00:20:00,409 --> 00:20:02,619 - Awaklah, lembik. - Hei! 205 00:20:03,579 --> 00:20:05,998 Si tak guna ini tak nak bayar Marcello. 206 00:20:05,998 --> 00:20:07,791 Itu cuma salah faham. 207 00:20:10,043 --> 00:20:12,754 Jangan begini. Saya akan bayar. Gurau saja. 208 00:20:12,754 --> 00:20:14,590 Awak tak suka bergurau? 209 00:20:15,424 --> 00:20:16,675 Aduhai! 210 00:20:35,527 --> 00:20:37,321 Saya hancurkan awak, celaka. 211 00:20:44,244 --> 00:20:47,164 Macam budak-budak, bodoh dan amat tak bertanggungjawab. 212 00:20:47,164 --> 00:20:48,957 Aduhai, Jonny! Apa masalah awak? 213 00:20:49,917 --> 00:20:54,421 - Meniarap! Meniarap, semua! - Meniarap! 214 00:20:56,465 --> 00:20:58,133 Saya tak nak jaga si tak guna ini. 215 00:20:58,133 --> 00:21:00,719 Kita dalam situasi bahaya. Buat saja seperti disuruh. 216 00:21:00,719 --> 00:21:02,930 - Apa hal, Sullivan? - Meniarap! 217 00:21:02,930 --> 00:21:05,265 - Letakkan! - Letak sekarang! 218 00:21:05,265 --> 00:21:08,018 Yitzhak, biar saya uruskan, kawan lama. 219 00:21:14,733 --> 00:21:18,320 Tuan-tuan, biar saya jelaskan... 220 00:21:28,413 --> 00:21:30,415 Awak akan nampak teruk untuk pembicaraan esok. 221 00:21:48,016 --> 00:21:49,434 Bertenang, Fay Wray, ini saya. 222 00:21:49,935 --> 00:21:53,272 - Awak buat saya terkejut. - Aduhai! Awak mabuk? 223 00:21:53,772 --> 00:21:55,190 Saya langsung tak tidur. 224 00:21:55,691 --> 00:21:58,110 - Ya, awak nampak penat. - Terima kasih, Stan. Awak tak guna. 225 00:21:58,610 --> 00:22:00,404 Harapnya awak mendoakan keajaiban 226 00:22:00,404 --> 00:22:01,989 sebab kita perlukannya untuk menang. 227 00:22:01,989 --> 00:22:03,991 Awak kata jika hakim bersetuju untuk jumpa kita 228 00:22:03,991 --> 00:22:05,534 itu petanda baik. 229 00:22:05,534 --> 00:22:09,246 Tidak, saya kata bukan petanda buruk. Tiada yang baik tentang kes ini. 230 00:22:09,246 --> 00:22:11,540 Sikap negatif ini membantu klien awak? 231 00:22:11,540 --> 00:22:13,125 Ini bukan sikap, tapi kesedaran. 232 00:22:14,459 --> 00:22:18,130 Mereka akan terima diagnosis itu. Danny terlalu sakit untuk dibicarakan. 233 00:22:18,130 --> 00:22:20,340 Dia perlu dirawat di hospital. Mereka perlu tengok. 234 00:22:20,340 --> 00:22:21,758 Mereka tak perlu buat apa-apa. 235 00:22:22,384 --> 00:22:25,345 Saya faham kes ini boleh membantu kerjaya awak. 236 00:22:25,345 --> 00:22:27,055 Saya cuba tolong dia, Stan. 237 00:22:27,055 --> 00:22:31,226 Okey, saya tahu ganjaran yang awak boleh dapat. 238 00:22:31,226 --> 00:22:33,312 Untuk kes ini, ia membantu kita berdua. 239 00:22:34,354 --> 00:22:36,648 Ya, memanglah dia patut dimasukkan ke hospital. 240 00:22:36,648 --> 00:22:37,733 Siapa nak masuk penjara? 241 00:22:39,484 --> 00:22:42,404 Biasanya, pendakwa sukakan tawar-menawar. 242 00:22:44,239 --> 00:22:47,284 Jangan seronok sangat. Saya sebut "biasanya." 243 00:22:48,660 --> 00:22:50,454 Bagi kes ini, semua orang lebih mahukan 244 00:22:50,454 --> 00:22:51,830 ia dibicarakan. 245 00:22:51,830 --> 00:22:53,874 Dia sakit. 246 00:22:54,499 --> 00:22:57,085 Awak ingat mereka kisah dia sakit? Mereka macam kita, 247 00:22:57,085 --> 00:22:59,087 cuma peduli akan diri sendiri dan kerjaya mereka. 248 00:22:59,671 --> 00:23:02,716 Mereka tak suka apabila media dapat tahu 249 00:23:02,716 --> 00:23:04,593 suspek tembak Rockefeller terlepas tanpa hukuman. 250 00:23:05,093 --> 00:23:06,553 Saya tak maksudkan terlepas tanpa hukuman. 251 00:23:06,553 --> 00:23:08,597 Saya maksudkan pusat rawatan yang selamat. 252 00:23:09,097 --> 00:23:10,098 Tak pentinglah. 253 00:23:10,682 --> 00:23:14,311 Skandal melariskan akhbar. Kes ini akan jadi skandal 254 00:23:14,311 --> 00:23:15,687 kalau tidak dibicarakan. 255 00:23:16,313 --> 00:23:19,399 Jika kita kata dia hidap sesuatu yang pakar sakit jiwa fikir tak wujud, 256 00:23:19,399 --> 00:23:21,068 takkan membantu sesiapa pun. 257 00:23:21,068 --> 00:23:22,444 Jadi, kenapa awak susahkan diri? 258 00:23:23,237 --> 00:23:28,367 Walaupun mustahil, masih ada peluang. Selain itu, saya benci masuk mahkamah. 259 00:23:30,786 --> 00:23:33,455 Ada apa-apa saya patut tahu tentang perbualan kamu? 260 00:23:33,455 --> 00:23:37,334 Dia berubah sejak tonton rakaman video itu. 261 00:23:37,960 --> 00:23:38,961 Kenapa awak tunjukkan? 262 00:23:40,170 --> 00:23:43,382 Saya tak nak dia dapat tahu tentang diagnosisnya buat kali pertama 263 00:23:43,382 --> 00:23:44,466 semasa sesi prosiding. 264 00:23:45,217 --> 00:23:47,052 Reaksi terhadap hal ini susah diramal. 265 00:23:47,052 --> 00:23:48,554 Dia boleh alami katatonia. 266 00:23:48,554 --> 00:23:52,057 Dia hampir serang saya, Stan, sedangkan dia suka saya. 267 00:23:52,057 --> 00:23:56,186 Dia boleh serang hakim atau peguam tanpa sedar. 268 00:23:56,186 --> 00:23:58,480 - Awak rasa apa akan jadi? - Okey. Jadi dia tahu... 269 00:23:58,480 --> 00:24:00,691 Kini dia tahu dia bukan sekadar satu orang? 270 00:24:01,191 --> 00:24:03,151 Mungkin lebih banyak daripada satu. 271 00:24:03,151 --> 00:24:04,528 Biar betul? 272 00:24:04,528 --> 00:24:07,573 Saya mahu mulakan dengan memperkenalkan Dr. Whitman. 273 00:24:08,073 --> 00:24:10,492 Dia ahli psikiatri terkenal di dunia 274 00:24:10,492 --> 00:24:14,872 dan pengarang lima jurnal perubatan khusus dalam penyakit mental. 275 00:24:15,455 --> 00:24:17,332 Dia juga penerima 276 00:24:17,332 --> 00:24:21,044 Anugerah E.L Thorndike Persatuan Psikologi Amerika. 277 00:24:21,545 --> 00:24:23,297 Awak telah menilai defendan berkaitan 278 00:24:23,297 --> 00:24:25,841 diagnosis yang dilaporkan oleh pihak pembela? 279 00:24:26,341 --> 00:24:27,759 Tidak, Yang Arif. 280 00:24:27,759 --> 00:24:31,221 Selepas membaca laporan Dr. Goodwin, saya tak perlu baca. 281 00:24:32,181 --> 00:24:36,393 Saya tak boleh mendiagnos seseorang dengan penyakit yang tak wujud. 282 00:24:36,393 --> 00:24:37,477 Awak serius? 283 00:24:37,978 --> 00:24:39,730 Personaliti berbilang 284 00:24:39,730 --> 00:24:44,067 tidak disahkan sebagai kecelaruan emosi oleh Persatuan Psikiatri Amerika. 285 00:24:44,067 --> 00:24:46,737 - Ia tersenarai dalam ICD. - Sebagai antara bentuk histeria. 286 00:24:46,737 --> 00:24:48,113 Awak tak boleh kata ia tak wujud. 287 00:24:48,113 --> 00:24:49,907 Ia gangguan emosi, bukan kecelaruan mental... 288 00:24:49,907 --> 00:24:50,991 Cukup. 289 00:24:51,825 --> 00:24:53,076 Ini bukan perdebatan. 290 00:24:53,660 --> 00:24:56,079 Kalau awak menyampuk lagi, 291 00:24:56,079 --> 00:24:57,664 awak akan diminta keluar, doktor. 292 00:24:58,874 --> 00:24:59,875 Teruskan. 293 00:25:00,584 --> 00:25:06,340 Mengatakan seseorang tak boleh dibicarakan atas jenayah ganas kerana penyakit 294 00:25:06,340 --> 00:25:09,468 yang kebanyakan pakar perubatan 295 00:25:09,468 --> 00:25:14,139 tak mengesahkan ia wujud, pada pendapat saya, adalah mengarut. 296 00:25:14,806 --> 00:25:17,309 Maaf, tapi itulah pendapat profesional saya. 297 00:25:18,268 --> 00:25:21,021 Terima kasih, doktor. Tolong panggil defendan masuk. 298 00:25:21,021 --> 00:25:23,190 Yang Arif, kami mahu bentangkan dapatan kami. 299 00:25:23,190 --> 00:25:26,360 Kami sudah baca laporan Dr. Goodwin. Biar kami tengok sendiri, okey? 300 00:25:27,277 --> 00:25:28,278 Okey. 301 00:25:35,035 --> 00:25:36,161 Silakan duduk. 302 00:25:38,330 --> 00:25:39,331 Awak okey? 303 00:25:39,915 --> 00:25:40,958 Ya. 304 00:25:41,959 --> 00:25:42,960 Kenapa dengan muka awak? 305 00:25:45,212 --> 00:25:49,800 Danny, dengar sini, saya tahu ini mungkin menakutkan, 306 00:25:49,800 --> 00:25:53,095 tapi mereka akan bantu awak 307 00:25:53,095 --> 00:25:55,514 walaupun tak nampak begitu pada awalnya. 308 00:25:56,014 --> 00:25:58,475 Awak cuma perlu bercakap benar supaya kami boleh dapatkan 309 00:25:58,475 --> 00:26:01,103 rawatan yang awak perlukan. Okey? 310 00:26:01,103 --> 00:26:04,314 Danny, pembicaraan ini bertujuan untuk memastikan 311 00:26:04,314 --> 00:26:05,858 awak dilayan dengan adil. Faham? 312 00:26:07,943 --> 00:26:08,777 Silakan. 313 00:26:09,611 --> 00:26:13,448 Helo, Danny. Saya Patricia Richards. 314 00:26:13,448 --> 00:26:15,784 Saya pendakwa raya bagi kes awak. 315 00:26:16,702 --> 00:26:18,620 Boleh saya tanya beberapa soalan? 316 00:26:20,664 --> 00:26:22,165 Danny, awak tahu awak di mana? 317 00:26:22,833 --> 00:26:24,835 Bilik mesyuarat. Rikers Island. 318 00:26:24,835 --> 00:26:27,588 Kenapa awak dimasukkan ke sini? 319 00:26:28,172 --> 00:26:31,675 Disebabkan insiden melibatkan senjata api di Rockefeller Center. 320 00:26:32,259 --> 00:26:34,761 Awak sedar awak akan dibicarakan 321 00:26:34,761 --> 00:26:36,930 - atas insiden ini? - Ya. 322 00:26:36,930 --> 00:26:38,307 Awak tahu maksudnya? 323 00:26:39,016 --> 00:26:41,560 Juri akan tentukan saya bersalah atau tidak. 324 00:26:42,144 --> 00:26:46,106 Terima kasih, Danny. Awak bagus. Itu saja saya perlukan. 325 00:26:47,524 --> 00:26:49,693 - Giliran awak. - Stan, sekejap. 326 00:26:49,693 --> 00:26:51,278 - Ada masalah? 327 00:26:51,278 --> 00:26:53,363 - Ya. - Tidak, Yang Arif. 328 00:26:53,947 --> 00:26:55,532 Kalau begitu, sila teruskan. 329 00:26:58,452 --> 00:27:01,413 Hai, Danny. Awak Danny, bukan? 330 00:27:03,415 --> 00:27:04,499 Tolong jangan beri komen. 331 00:27:07,169 --> 00:27:09,338 Ya, encik. Saya Danny. 332 00:27:09,338 --> 00:27:12,716 Saya cuma nak tanya beberapa soalan kemudian awak boleh pergi. Okey? 333 00:27:13,717 --> 00:27:16,470 Boleh beritahu kami, awak bersama siapa di Rockefeller Center 334 00:27:16,470 --> 00:27:18,639 - pada hari insiden itu? - Bersama siapa? 335 00:27:20,974 --> 00:27:22,893 Jelas sekali ada ramai orang di sana. 336 00:27:23,810 --> 00:27:26,188 Orang ramai di kaki lima yang keluar masuk kedai. 337 00:27:26,188 --> 00:27:29,024 Betul, tapi siapa bersama awak, Danny? 338 00:27:31,026 --> 00:27:32,778 Maaf, saya tak faham soalan itu. 339 00:27:33,695 --> 00:27:35,781 Awak pergi ke Rockefeller Center bersama siapa? 340 00:27:35,781 --> 00:27:36,698 Ini bukan Danny. 341 00:27:36,698 --> 00:27:37,783 Diam. 342 00:27:38,367 --> 00:27:40,827 Tiada sesiapa. Saya sendirian. 343 00:27:41,537 --> 00:27:45,207 Tapi awak kata dalam keterangan yang awak di Rockefeller Center 344 00:27:45,207 --> 00:27:48,335 bersama orang lain. Seseorang yang bawa pistol. Awak... 345 00:27:48,335 --> 00:27:50,379 - Jangan tanya soalan pimpin, En. Camisa. - Okey. 346 00:27:50,379 --> 00:27:52,714 Sejujurnya encik, saya bersendirian dan kalau tak percaya, 347 00:27:52,714 --> 00:27:54,216 saya cadangkan awak tonton video itu. 348 00:27:54,216 --> 00:27:56,802 - Ini bukan Danny. - Tolong diam. 349 00:27:58,929 --> 00:28:00,097 Okey. 350 00:28:00,097 --> 00:28:04,184 Semasa sesi bersama Dr. Goodwin, awak ceritakan tentang rakan serumah, 351 00:28:04,184 --> 00:28:09,356 Ariana dan Yitzhak. Boleh beritahu kami tentang mereka? 352 00:28:09,356 --> 00:28:13,819 Saya dan Ariana terus serasi sebaik saja saya nampak ia 353 00:28:13,819 --> 00:28:15,612 dan Yitzhak datang dengannya. 354 00:28:15,612 --> 00:28:17,489 Tanpa disedari, kami tinggal bersama-sama. 355 00:28:17,489 --> 00:28:19,867 Bagaimana awak gambarkan mereka? 356 00:28:20,450 --> 00:28:21,952 Ariana dan Yitzhak? 357 00:28:23,620 --> 00:28:27,457 Ariana baik, tenang dan seperti kucing belang. 358 00:28:28,584 --> 00:28:30,586 Tapi lebih lembut, mungkin lebih seperti kucing Burma. 359 00:28:30,586 --> 00:28:32,421 Manakala Yitzhak pula liar. 360 00:28:32,421 --> 00:28:34,464 Jangan cari pasal dengannya. 361 00:28:34,464 --> 00:28:36,341 Danny, saya agak keliru. 362 00:28:37,050 --> 00:28:39,636 Awak tanya saya tentang Ariana dan Yitzhak. 363 00:28:41,138 --> 00:28:42,139 Kucing saya. 364 00:28:44,474 --> 00:28:46,226 Dia bukan Danny. 365 00:28:46,226 --> 00:28:49,730 Yang Arif, ini Jack, salah satu personaliti Danny. 366 00:28:49,730 --> 00:28:53,525 Saya kata, diam. Kalau awak bersuara lagi, saya akan halau awak keluar. 367 00:28:53,525 --> 00:28:55,903 Duduk, doktor. Tolonglah. 368 00:28:59,114 --> 00:29:01,283 Ada apa-apa lagi awak mahu tanya klien awak? 369 00:29:08,624 --> 00:29:09,791 Tiada, Yang Arif. Itu saja. 370 00:29:10,709 --> 00:29:13,420 - Boleh awak tunggu di luar? - Doktor. 371 00:29:14,505 --> 00:29:15,672 Terima kasih. 372 00:29:17,716 --> 00:29:20,385 Yang Arif, macam saya cakap tadi, itu bukan Danny. 373 00:29:22,095 --> 00:29:25,933 Awak heret kami ke sini untuk dengar klien awak yang waras 374 00:29:26,892 --> 00:29:28,310 menggambarkan haiwan peliharaannya. 375 00:29:28,310 --> 00:29:31,063 - Yang Arif, saya dah kata, saya tak... - Saya ada suruh awak bersuara? 376 00:29:31,563 --> 00:29:34,358 Pendakwa, bersedia untuk perbicaraan. Secepat mungkin. 377 00:29:34,358 --> 00:29:36,109 Yang Arif, tolonglah. Beri saya sedikit masa... 378 00:29:36,109 --> 00:29:38,028 Stan, kalau nak bantu klien awak, 379 00:29:38,028 --> 00:29:39,655 jangan buat saya marah lagi. 380 00:29:40,239 --> 00:29:42,491 Setiap kali awak bercakap, saya marah. 381 00:29:44,743 --> 00:29:46,078 Okey. 382 00:29:52,417 --> 00:29:54,711 Okey, begini. Dia mengaku salah, 383 00:29:54,711 --> 00:29:57,005 awak kurangkan dakwaan kepada kesalahan kecil 384 00:29:57,005 --> 00:29:59,550 dan dia dimasukkan ke hospital mental buat masa yang lama. 385 00:30:00,050 --> 00:30:00,968 Awak bergurau, ya? 386 00:30:00,968 --> 00:30:02,719 Tolonglah, Patty. Ini tawaran yang bagus. 387 00:30:02,719 --> 00:30:05,472 Buat klien awak. Majikan saya tentu marah. 388 00:30:05,472 --> 00:30:09,184 Tempatnya bukan di penjara. Okey? Dia perlukan rawatan. 389 00:30:09,184 --> 00:30:12,980 Dia lepaskan tembakan ke arah orang ramai yang tak bersenjata dan melarikan diri. 390 00:30:12,980 --> 00:30:16,066 Tapi dia ada penyakit, Patty. Awak tak nampak? 391 00:30:16,066 --> 00:30:17,526 Jadi dia patut dapat pelepasan? 392 00:30:17,526 --> 00:30:20,362 Saya rasa, hospital mental sudah memadai. 393 00:30:20,362 --> 00:30:23,365 Kita patut percayakan dia. Beri dia peluang kedua. 394 00:30:24,616 --> 00:30:26,118 Biar saya buat tawaran, Stan. 395 00:30:27,160 --> 00:30:30,289 Apabila saya siasat dia dengan amat mendalam... 396 00:30:30,831 --> 00:30:32,666 saya akan temui rekod keganasan. 397 00:30:32,666 --> 00:30:36,253 Saya akan dapat tahu entah bagaimana dia boleh terlepas daripada hukuman. 398 00:30:36,837 --> 00:30:41,884 Dia tembak orang di Midtown pada siang hari, tapi awak minta pelepasan? 399 00:30:42,593 --> 00:30:45,721 Rikers dipenuhi pemuda kulit hitam dan orang asing 400 00:30:45,721 --> 00:30:47,514 dengan jenayah lebih ringan. Mana pelepasan mereka? 401 00:30:47,514 --> 00:30:50,559 Mana tawaran untuk mereka apabila mereka perlukannya? 402 00:30:50,559 --> 00:30:52,394 Klien awak akan dipercayai 403 00:30:52,394 --> 00:30:54,980 sebab dia miliki kelebihan dalam sistem keadilan 404 00:30:54,980 --> 00:30:56,982 yang dibina untuk orang yang kelihatan macam dia, 405 00:30:57,900 --> 00:30:59,860 tapi saya takkan beri dia pelepasan. 406 00:31:00,694 --> 00:31:05,073 Jadi, tidak. Saya takkan terima tawaran awak. Dia akan dibicarakan. 407 00:31:20,339 --> 00:31:21,423 Awak ingat awak menang? 408 00:31:22,132 --> 00:31:24,176 Awak tahu keadaan di penjara persekutuan? 409 00:31:24,176 --> 00:31:26,512 Penjara di sana lebih teruk daripada di sini. 410 00:31:26,512 --> 00:31:28,514 Awak ingat Yitzhak dapat lindungi dia? 411 00:31:29,723 --> 00:31:32,351 Yitzhak masih berkongsi badan Danny yang kecil. 412 00:31:32,351 --> 00:31:34,353 Kamu masih orang yang sama. 413 00:31:34,937 --> 00:31:37,022 Awak akan terseksa di sana. 414 00:31:37,022 --> 00:31:39,483 Saya harap helah ini berbaloi buat awak, Jack. 415 00:32:04,341 --> 00:32:06,260 Jadi, apa patut kita buat sekarang? 416 00:32:07,553 --> 00:32:10,472 Kita dibicarakan dan terima hukuman macam lelaki sejati. 417 00:32:10,472 --> 00:32:12,432 Kita buat apa kita selalu lakukan. Hidup. 418 00:32:12,432 --> 00:32:14,309 Saya tak boleh bertahan keseluruhan perbicaraan. 419 00:32:14,309 --> 00:32:16,854 - Saya boleh. - Tak boleh. 420 00:32:16,854 --> 00:32:20,232 Bagaimana dengan kata-katanya tentang keadaan di penjara? 421 00:32:20,232 --> 00:32:22,651 Dia tak tahu kemampuan kita. 422 00:32:24,236 --> 00:32:26,530 - Mungkin betul kata perempuan itu. - Tentang apa? 423 00:32:27,739 --> 00:32:28,866 Mungkin kita masalahnya. 424 00:32:29,992 --> 00:32:32,119 Mungkin Danny perlu berdikari. 425 00:32:32,119 --> 00:32:33,745 Apa maksud awak? 426 00:32:34,705 --> 00:32:38,417 Dia perlukan kita untuk hidup, tapi mungkin tidak lagi. 427 00:32:40,127 --> 00:32:41,837 Apa? Dia tak perlukan kita lagi? 428 00:32:43,505 --> 00:32:45,716 Jack, awak selalu kata, "hadapi akibatnya," bukan? 429 00:32:47,176 --> 00:32:50,554 - Ya. - Mungkin dah tiba masa Danny hadapinya. 430 00:32:53,932 --> 00:32:56,476 Mengarutlah. Danny perlukan kita. 431 00:32:56,476 --> 00:32:57,728 Mungkin betul katanya. 432 00:33:01,565 --> 00:33:04,610 Awak sedar apa awak katakan, kawan lama? 433 00:33:05,986 --> 00:33:06,987 Ya. 434 00:33:07,863 --> 00:33:11,658 Kita akan mati? 435 00:33:13,452 --> 00:33:15,579 Teruk sangatkah untuk buat pengorbanan ini? 436 00:33:16,079 --> 00:33:17,748 Awak biar betul? 437 00:33:17,748 --> 00:33:19,833 Untuk kali ini saja, Jonny, tolong diam. 438 00:33:25,923 --> 00:33:27,007 Hebat, bukan? 439 00:33:27,758 --> 00:33:29,259 Apabila amat menyayangi seseorang. 440 00:33:30,469 --> 00:33:33,263 Bagi melindungi mereka sepenuhnya, kita sanggup buat apa saja. 441 00:33:35,891 --> 00:33:36,892 Sanggup mati demi mereka. 442 00:33:44,816 --> 00:33:45,817 Atau membunuh demi mereka. 443 00:33:48,654 --> 00:33:52,074 Maaf, kawan lama. Dia tak boleh hidup tanpa kita. 444 00:34:23,522 --> 00:34:24,648 Hai, Danny. 445 00:34:25,315 --> 00:34:28,860 Ari. Saya amat risau akan awak. 446 00:34:29,862 --> 00:34:31,362 Seronok dapat jumpa awak, Danny. 447 00:34:31,362 --> 00:34:32,822 Mereka asyik tanya awak pergi mana 448 00:34:32,822 --> 00:34:34,491 dan mereka fikir saya sakiti awak. 449 00:34:36,159 --> 00:34:37,995 Saya okey. Semuanya okey. 450 00:34:37,995 --> 00:34:41,415 Tidak, semua tak okey. Saya dalam masalah besar, Ari. 451 00:34:42,833 --> 00:34:45,168 Jangan risau. Kita akan selesaikannya. 452 00:34:49,797 --> 00:34:50,882 Ya, okey. 453 00:35:00,267 --> 00:35:01,727 Kita di mana? 454 00:35:04,813 --> 00:35:07,566 Awak orang paling penting dalam hidup saya. Awak tahu? 455 00:35:08,775 --> 00:35:09,818 Awak buat saya takut. 456 00:35:10,819 --> 00:35:14,114 Kita ada keserasian, betul? 457 00:35:16,200 --> 00:35:17,201 Ya. Betul. 458 00:35:17,743 --> 00:35:22,497 Keserasian itu terjalin sebab saya hidup untuk awak, Danny. 459 00:35:23,874 --> 00:35:27,419 Sebab saya ialah awak, Danny. Kami semua ialah awak. 460 00:35:41,141 --> 00:35:44,978 Saya bersendirian di Rockefeller Center. Awak tiada dengan saya. 461 00:35:45,729 --> 00:35:50,734 Saya ada dengan awak, dalam minda dan hati awak. 462 00:35:52,319 --> 00:35:53,570 Tapi awak tinggalkan saya. 463 00:35:53,570 --> 00:35:56,281 Saya tak pernah dan takkan tinggalkan awak. 464 00:35:56,823 --> 00:35:58,867 Kami semua tak mahu tinggalkan awak, nak. 465 00:35:59,535 --> 00:36:01,203 Kami di sini untuk bantu awak. 466 00:36:02,246 --> 00:36:03,330 Itulah tugas kami. 467 00:36:10,254 --> 00:36:12,214 Awak tak boleh tidur kali ini, Danny. 468 00:36:12,214 --> 00:36:13,423 Kita saling memerlukan. 469 00:36:14,842 --> 00:36:16,927 - Untuk apa? - Untuk hidup. 470 00:36:19,346 --> 00:36:21,515 Saya rasa kosong apabila awak tidur. 471 00:36:24,226 --> 00:36:27,396 Kadangkala saya selinap masuk tanpa disedari untuk bermimpi dengan awak. 472 00:36:32,025 --> 00:36:35,821 Kami datang apabila awak perlukan bantuan, terlalu sunyi atau ketakutan. 473 00:36:38,991 --> 00:36:40,742 Saya datang untuk hilangkan kesunyian awak. 474 00:36:49,042 --> 00:36:51,879 Awak rasa amat sakit apabila rapat dengan orang lain. 475 00:36:52,629 --> 00:36:55,257 Terlalu menyakitkan. Ketika itulah saya muncul. 476 00:36:56,842 --> 00:36:58,760 - Selama ini awak tahu? - Apa? 477 00:37:00,262 --> 00:37:01,305 Awak tak wujud. 478 00:37:02,389 --> 00:37:04,933 Tidak. Biasanya tidak. 479 00:37:06,268 --> 00:37:09,771 Hanya apabila kita di sini. Macam sekarang. 480 00:37:15,360 --> 00:37:16,612 Ada orang lain macam saya? 481 00:37:17,821 --> 00:37:19,781 Tidak, Dan. Awak istimewa. 482 00:37:29,041 --> 00:37:31,710 Awak cipta kami semua. 483 00:37:34,463 --> 00:37:35,631 Siapa mereka? 484 00:37:37,132 --> 00:37:38,133 Mereka ialah awak. 485 00:37:38,675 --> 00:37:42,012 Sebelum ini mereka ada peranan masing-masing. Kini tidak lagi. 486 00:37:43,972 --> 00:37:45,682 Jack gelar mereka "tidak diingini." 487 00:37:49,895 --> 00:37:50,896 Yitzhak. 488 00:37:52,314 --> 00:37:54,274 Jack selalunya bertindak di belakang tabir, 489 00:37:54,274 --> 00:37:59,154 tapi jika keadaan mula jadi tak terkawal, dia akan selesaikan. 490 00:38:01,365 --> 00:38:02,366 Betul. 491 00:38:03,200 --> 00:38:06,119 Kejadian berkaitan Marlin dan Adam dalam bangsal ini 492 00:38:07,788 --> 00:38:11,250 buatkan awak mahu mati, Danny. Awak ingat? 493 00:38:12,543 --> 00:38:13,544 Tapi awak tak mati. 494 00:38:15,379 --> 00:38:20,300 Awak hancur seperti kaca yang berkecai. 495 00:38:20,300 --> 00:38:22,344 Semuanya awak dan terpisah. 496 00:38:24,763 --> 00:38:29,101 Malaikat pelindung di sini untuk bantu awak hidup. 497 00:38:31,144 --> 00:38:32,813 Kenapa baru sekarang awak beritahu saya? 498 00:38:33,438 --> 00:38:34,940 Ada sesuatu berubah. 499 00:38:34,940 --> 00:38:37,901 Danny, awak datang ke sini dalam keadaan sedar. 500 00:38:39,027 --> 00:38:40,904 Hal itu tak pernah dan tak patut terjadi. 501 00:38:41,822 --> 00:38:46,243 Perempuan itu mahu jauhkan kami daripada awak. Dia mahu musnahkan kami. 502 00:38:47,160 --> 00:38:51,164 - Rya. - Dia fikir kami satu penyakit. 503 00:38:52,040 --> 00:38:54,209 Dia mahu hantar awak ke satu tempat yang akan beri awak ubat 504 00:38:54,209 --> 00:38:56,128 dan rawatan untuk bunuh kami. 505 00:38:56,128 --> 00:38:57,671 Kami takkan dapat bantu awak. 506 00:38:58,422 --> 00:39:00,465 Mereka tak faham keperluan awak, tapi kami faham. 507 00:39:01,216 --> 00:39:02,551 Kami perlukan bantuan awak. 508 00:39:02,551 --> 00:39:06,430 Saya risau jika kami semua mati... 509 00:39:08,891 --> 00:39:09,892 awak pun mati. 510 00:39:12,519 --> 00:39:13,854 Apa awak mahu saya buat? 511 00:39:13,854 --> 00:39:17,608 Awak perlu singkirkan dia. 512 00:39:18,734 --> 00:39:22,154 Awak yang perlu lakukannya kerana kini dia sedar siapa kami. 513 00:39:23,739 --> 00:39:26,283 Beritahu dia, awak tak mahu dia uruskan kes awak. 514 00:39:26,283 --> 00:39:30,120 Awak tak boleh dan takkan mengaku tak waras. 515 00:39:30,120 --> 00:39:31,622 Tapi saya akan dipenjarakan. 516 00:39:31,622 --> 00:39:33,290 Hukuman itu tak berat pun. 517 00:39:33,290 --> 00:39:35,542 Lagipun, tiada siapa yang cedera teruk, bukan? 518 00:39:36,335 --> 00:39:40,255 Saya betul-betul perlukan bantuan awak, Danny. Kami semua perlukan. 519 00:39:43,342 --> 00:39:47,012 Awak tahu apa perlu dibuat, nak. Awak tahu awak yang patut lakukannya. 520 00:39:59,525 --> 00:40:00,526 Bagus. 521 00:40:39,857 --> 00:40:43,902 Saya faham saya tak penting bagi awak, Jack 522 00:40:44,653 --> 00:40:48,407 dan ya, saya mengaku semua ini demi kebaikan diri saya. 523 00:40:48,407 --> 00:40:53,996 Okey. Tapi saya tak boleh terima awak perbodohkan saya 524 00:40:53,996 --> 00:40:57,791 sedangkan selama ini saya cuba tolong awak. 525 00:41:01,211 --> 00:41:04,673 Saya tahu awak boleh dengar saya, Danny. 526 00:41:04,673 --> 00:41:08,510 Kalau awak mahu lawan walaupun sikit, awak boleh. 527 00:41:10,596 --> 00:41:12,931 Tapi amat jelas awak mahu dipenjarakan, 528 00:41:13,599 --> 00:41:17,060 jika tidak, awak takkan tunjukkan lakonan hebat awak semalam. 529 00:41:18,228 --> 00:41:19,229 Suka hati awaklah. 530 00:41:20,230 --> 00:41:23,483 Saya risikokan seluruh kerjaya saya demi hal merepek ini. 531 00:41:28,405 --> 00:41:30,115 Kenapalah saya datang? 532 00:41:30,616 --> 00:41:31,450 Tolong. 533 00:41:39,166 --> 00:41:41,293 Ada banyak suara dalam kepala saya. 534 00:41:45,756 --> 00:41:47,633 Ada orang lain di dalam saya. 535 00:41:55,599 --> 00:41:57,392 Saya merayu. 536 00:42:02,439 --> 00:42:05,442 Bantu saya. Tolonglah. 537 00:42:10,614 --> 00:42:11,615 Saya ada. 538 00:42:19,039 --> 00:42:22,000 JIKA ANDA ATAU KENALAN ANDA PERLUKAN BANTUAN, 539 00:42:22,000 --> 00:42:24,002 LAYARI APPLE.COM/HERETOHELP 540 00:43:13,719 --> 00:43:15,721 Terjemahan sari kata oleh Hamizah