1 00:00:06,040 --> 00:00:08,720 Episod ini melibatkan isu bunuh diri serta temanya. 2 00:00:08,720 --> 00:00:09,920 Pertimbangan digalakkan. 3 00:00:11,000 --> 00:00:13,760 SEBELUM INI... 4 00:00:14,520 --> 00:00:15,720 Déjà vu. 5 00:00:17,280 --> 00:00:19,680 Khabarnya ia ibarat litar pintas di dalam otak. 6 00:00:19,680 --> 00:00:21,480 Ya, Tuhan! 7 00:00:21,480 --> 00:00:25,520 Perasaan awak terhadap sesuatu bermain di pusat memori awak. 8 00:00:25,520 --> 00:00:28,040 Membuat awak rasa seperti pernah mengalaminya. 9 00:00:28,040 --> 00:00:31,280 Saya Lucy Chambers, dari Pusat Khidmat Kanak-kanak. Boleh masuk? 10 00:00:31,280 --> 00:00:34,120 Buka pintu ini! Saya akan pecahkannya! 11 00:00:34,680 --> 00:00:37,040 Jangan benarkan dia masuk. 12 00:00:37,040 --> 00:00:39,320 Semuanya berkait, mimpi awak... 13 00:00:39,320 --> 00:00:40,600 RUMAH INAP BRIGHTSIDE 14 00:00:40,600 --> 00:00:43,200 memori awak, semua yang berlaku dan tidak berlaku. 15 00:00:43,200 --> 00:00:44,320 DI MANA LUCY CHAMBERS 16 00:00:44,880 --> 00:00:46,280 Saya tak sepatutnya ada di sini. 17 00:00:47,240 --> 00:00:48,200 Saya juga. 18 00:00:48,200 --> 00:00:51,160 Apa istimewanya awak, Gideon? 19 00:00:51,680 --> 00:00:56,400 Saya boleh ingat lagunya. Saya juga boleh gerakkan jarumnya. 20 00:00:57,600 --> 00:00:59,760 Saya dah mati berulang kali. 21 00:01:00,720 --> 00:01:04,640 Apabila saya mula semula, saya cuma ada memori saya. 22 00:01:05,440 --> 00:01:07,920 Jadi, saya mengingati setiap perincian. 23 00:01:09,000 --> 00:01:10,880 {\an8}MILIK HOBSON - DAVE RIGBY 24 00:01:10,880 --> 00:01:13,680 Saya memahami kejahatan dunia seperti lirik lagu. 25 00:01:17,280 --> 00:01:19,760 Semua yang saya lakukan, ke mana saja saya pergi, 26 00:01:19,760 --> 00:01:22,960 saya tetap akan dijumpai setiap kali oleh detektif yang sama. 27 00:01:22,960 --> 00:01:26,440 Saya bukan ibu kamu. Saya pegawai polis. 28 00:01:26,440 --> 00:01:27,640 Awak pekak atau... 29 00:01:28,720 --> 00:01:30,000 Boleh awak bertenang? 30 00:01:30,000 --> 00:01:31,000 Bagaimana awak buat? 31 00:01:31,600 --> 00:01:32,640 Saya pun tak tahu. 32 00:01:32,640 --> 00:01:34,880 Awak kata hidup saya berbeza. Maksudnya? 33 00:01:35,600 --> 00:01:36,920 Saya boleh bantu awak ingat. 34 00:01:39,280 --> 00:01:43,400 Saya kekal hidup untuk awak. Dipenjara. Sendirian. 35 00:01:43,400 --> 00:01:45,600 Menanti untuk awak datang kembali. 36 00:01:45,600 --> 00:01:48,120 Awak beritahu saya pengalaman terburuk awak. 37 00:01:48,120 --> 00:01:51,400 Saya telah hentikannya, 30 tahun lalu. 38 00:01:53,840 --> 00:01:56,760 Kali terakhir kita berjumpa, awak minta saya buat begini. 39 00:01:58,000 --> 00:02:01,040 Kami tak sedar betapa berbezanya kehidupan awak. 40 00:02:02,200 --> 00:02:03,560 Ini bukan awak yang dahulu. 41 00:02:04,640 --> 00:02:05,880 Lucy! 42 00:02:09,040 --> 00:02:11,480 Ingatlah, Lucy. Ingatlah. 43 00:02:48,840 --> 00:02:53,240 KALA SYAITAN MENGAMUK 44 00:05:29,400 --> 00:05:30,360 Ibu? 45 00:05:40,600 --> 00:05:44,360 Lucy. Awak tahu situasinya. 46 00:05:45,800 --> 00:05:48,040 Saya tak boleh bantu jika awak tak bercakap. 47 00:05:50,680 --> 00:05:53,800 Kali pertama awak datang dulu, awak membisu selama sebulan. 48 00:05:54,640 --> 00:05:58,400 Jadi, kita buat bunga dengan kertas. Dalam keadaan senyap. 49 00:06:01,680 --> 00:06:03,800 Tetapi awak dah agak tua untuk semua itu. 50 00:06:09,360 --> 00:06:12,760 Kenapa awak lari kali ini? Awak pergi ke mana? 51 00:06:14,720 --> 00:06:15,720 Kotej ibu. 52 00:06:17,640 --> 00:06:18,640 Kenapa awak ke sana? 53 00:06:27,800 --> 00:06:29,640 Kami selalu simpan surat di dalam mangkuk. 54 00:06:30,920 --> 00:06:33,520 Bil, kad hari jadi... 55 00:06:35,960 --> 00:06:37,360 Nota bunuh diri. 56 00:06:39,360 --> 00:06:42,280 Saya tak mahu membukanya, jadi saya sorokkan dengan baik. 57 00:06:43,800 --> 00:06:45,360 Apa yang awak mahu dengar? 58 00:06:50,760 --> 00:06:54,240 Ibu tak sayang saya. Ibu tak pedulikan saya. 59 00:06:54,240 --> 00:06:55,880 Ibu tak mahu jaga saya lagi. 60 00:06:57,320 --> 00:06:58,880 Kenapa awak mahu begitu? 61 00:07:01,600 --> 00:07:02,920 Supaya saya boleh benci dia. 62 00:07:04,840 --> 00:07:06,640 Supaya tak perlu fikirkannya lagi. 63 00:07:08,240 --> 00:07:09,240 Okey. 64 00:07:10,640 --> 00:07:15,640 Jika kita mahu teruskan, kita perlu tarik nafas. Kita perlu... 65 00:07:20,760 --> 00:07:23,320 BUAT LUCY 66 00:07:29,280 --> 00:07:31,840 YANG MENYAYANGIMU, IBU 67 00:07:43,240 --> 00:07:44,880 Jahanam! 68 00:07:45,760 --> 00:07:46,760 Jahanam. 69 00:07:54,720 --> 00:07:56,760 Tak mengapa. Saya ada. 70 00:07:57,920 --> 00:08:01,880 Saya ada. Awak tak apa-apa. 71 00:08:29,360 --> 00:08:30,360 Berapa umur awak? 72 00:08:30,360 --> 00:08:32,720 - Lapan belas. - Boleh tunjuk kad pengenalan? 73 00:08:32,720 --> 00:08:33,800 Ada di dalam kereta. 74 00:08:33,920 --> 00:08:35,280 Tarikh lahir? 75 00:08:35,280 --> 00:08:37,120 5 Disember, 19... 79. 76 00:08:37,120 --> 00:08:38,480 Lambat sangat. Cuba lagi. 77 00:08:38,480 --> 00:08:40,000 - Berapa umur awak? - 18. 78 00:08:41,320 --> 00:08:43,600 - Kenapa awak tiada buah dada? - Diamlah. 79 00:08:44,480 --> 00:08:47,720 - Kalau begini, tak dapatlah beli arak. - Awak boleh buat lebih baik? 80 00:08:51,000 --> 00:08:52,040 Lihat dan belajar. 81 00:09:34,720 --> 00:09:38,480 POLIS 82 00:09:51,120 --> 00:09:53,000 Baiklah. Boleh beritahu nama awak? 83 00:09:55,360 --> 00:09:56,760 Okey. Saya mulakan dahulu. 84 00:09:59,080 --> 00:10:02,080 Saya PC Holness. Awak boleh panggil saya Nick. 85 00:10:02,760 --> 00:10:03,880 Salam kenal, Nick. 86 00:10:05,480 --> 00:10:08,120 Bagus. Awak dari Wales di bahagian mana? 87 00:10:10,000 --> 00:10:12,120 Apa yang awak buat tadi sangat bodoh. 88 00:10:12,760 --> 00:10:14,120 Mencuri bir murah begitu. 89 00:10:14,760 --> 00:10:17,000 Jika awak tak mahu bayar, 90 00:10:17,000 --> 00:10:19,440 lebih baik curi sesuatu yang lebih berbaloi. 91 00:10:21,880 --> 00:10:24,000 Beginilah, kita tak perlu pergi balai. 92 00:10:24,000 --> 00:10:26,040 Beritahu nama awak, saya hantar awak pulang, 93 00:10:26,040 --> 00:10:27,880 cakap dengan ibu bapa awak, itu saja. 94 00:10:28,000 --> 00:10:30,120 - Ibu bapa saya dah mati. - Baiklah. 95 00:10:36,360 --> 00:10:37,600 Awak pergi ke sekolah? 96 00:10:38,640 --> 00:10:41,960 - Jarang-jarang. - Ya, saya juga selalu ponteng dulu. 97 00:10:42,880 --> 00:10:44,880 Lekaslah, di mana rumah awak? 98 00:10:47,880 --> 00:10:50,520 - Baiklah. Kita ke balai. - Tidak. Jalan Percy. 99 00:10:50,520 --> 00:10:54,000 Jalan Percy. Sangat bagus. 100 00:10:54,520 --> 00:10:58,280 Ibu bapa angkat saya orang kaya. 101 00:10:59,960 --> 00:11:03,440 Ada ramai orang kaya di Jalan Percy. Adakah mereka akan marah? 102 00:11:05,840 --> 00:11:07,120 Saya mungkin dihalau. 103 00:11:08,200 --> 00:11:10,960 Saya akan pergi tempat lain. Lagi 3 bulan saya 18 tahun. 104 00:11:10,960 --> 00:11:12,880 Baiklah. Selepas itu apa? 105 00:11:12,880 --> 00:11:15,120 Sukar nak dapat kerja bagus jika ada rekod. 106 00:11:15,800 --> 00:11:17,880 Kerja yang bagus? Seperti awak? 107 00:11:17,880 --> 00:11:21,360 Lebih baik jadi polis daripada perompak. Ada juga kelebihannya. 108 00:11:22,440 --> 00:11:23,920 Bella suka pakaian seragam? 109 00:11:27,200 --> 00:11:28,760 Awak tahu nama isteri saya? 110 00:11:32,280 --> 00:11:36,440 Itu gambar dia, bukan? Saya agak di kotak itu nama dia. 111 00:11:36,440 --> 00:11:38,640 LILIN BUTIK BELLA 112 00:11:42,760 --> 00:11:46,800 Baiklah. Cukuplah bermain-main. Siapa nama awak? 113 00:11:49,920 --> 00:11:50,880 Lucy. 114 00:11:50,880 --> 00:11:52,200 Lucy apa? 115 00:11:52,200 --> 00:11:53,480 Lucy Chambers. 116 00:11:54,680 --> 00:11:57,880 Baiklah. Mata awak sangat tajam. 117 00:11:59,120 --> 00:12:01,320 Awak mampu jadi detektif yang baik. 118 00:12:07,680 --> 00:12:09,280 Kami tiada penggera keselamatan. 119 00:12:10,040 --> 00:12:12,040 Saya pernah beritahu Mike untuk beli. 120 00:12:12,040 --> 00:12:15,480 Saya ada barang kemas di atas dan... 121 00:12:15,480 --> 00:12:17,760 Semuanya agak mahal. 122 00:12:18,600 --> 00:12:20,360 Awak kata semuanya masih ada? 123 00:12:21,080 --> 00:12:22,400 Langsung tak disentuh. 124 00:12:23,040 --> 00:12:25,320 Kami rasa dia tak naik ke atas pun. 125 00:12:25,880 --> 00:12:30,240 Mungkin ada sesuatu menakutkan dia? Mungkin jiran atau posmen? 126 00:12:30,240 --> 00:12:35,400 Ya, tapi Mike tinggalkan iPad di atas meja kopi. 127 00:12:35,400 --> 00:12:38,520 Jika mereka nak mencuri, mereka patut mengambilnya, bukan? 128 00:12:38,520 --> 00:12:39,800 Saya fikir begitu juga. 129 00:12:39,800 --> 00:12:41,600 Jadi, kenapa ambil ketuhar mikro? 130 00:12:52,200 --> 00:12:53,640 Adakah dia akan kembali? 131 00:12:56,720 --> 00:12:59,720 Tidak. Jangan risau. Kami akan tangkap dia. 132 00:13:01,480 --> 00:13:02,560 Baik. Terima kasih. 133 00:13:04,000 --> 00:13:06,120 Saya baru bercakap dengan Ian, jiran sebelah. 134 00:13:07,520 --> 00:13:10,400 Katanya dia nampak sebuah van lama di tepi jalan sana. 135 00:13:10,400 --> 00:13:12,160 Sebuah Nissan berwarna merah. 136 00:13:12,160 --> 00:13:13,680 Tapi van itu sudah tiada. 137 00:13:13,680 --> 00:13:15,640 Van Nissan merah. Apa modelnya? 138 00:13:15,640 --> 00:13:16,840 Saya tak tahu. 139 00:13:17,960 --> 00:13:19,720 Joshie, awak okey? 140 00:13:21,600 --> 00:13:24,920 Dia sedikit terkejut. Dia risau jika perompak itu akan kembali. 141 00:13:25,800 --> 00:13:29,520 Dia takkan datang, betul? Ayah ada di sini. 142 00:13:31,560 --> 00:13:34,480 Sebenarnya, jika rompakan gagal, mereka selalunya kembali. 143 00:13:34,480 --> 00:13:37,680 Saya cadangkan awak beli penggera. Kunci berganda pada pintu. 144 00:13:39,120 --> 00:13:40,720 Okey, sayang. Tak mengapa. 145 00:13:42,360 --> 00:13:45,040 Saya rasa awak belum ada anak lagi, betul? 146 00:13:46,000 --> 00:13:48,560 Tak apa, sayang. Kamu dah selamat sekarang. 147 00:13:49,040 --> 00:13:52,000 Tiada sesiapa akan datang. Ayah di sini untuk lindungi kamu. 148 00:13:53,200 --> 00:13:54,720 Bukan di hadapan budak itu... 149 00:13:54,720 --> 00:13:57,560 Aduhai. Saya tak tahu kenapa awak terlalu sensitif. 150 00:13:57,560 --> 00:13:59,200 - Saya tak sensitif. - Memang ya. 151 00:13:59,200 --> 00:14:01,840 Awak seperti mereka yang cuma mahu berumah tangga. 152 00:14:01,840 --> 00:14:05,120 Dengan seekor anjing. Mesin potong rumput. Satu Citroën Berlingo. 153 00:14:05,120 --> 00:14:06,280 Seorang isteri juga. 154 00:14:06,840 --> 00:14:09,240 Isteri awak hodoh. Rabun dekat. Hidung sumbat. 155 00:14:09,240 --> 00:14:10,600 Terlalu baik untuk saya. 156 00:14:12,480 --> 00:14:13,480 Beginilah. 157 00:14:14,360 --> 00:14:16,560 Jika kita masih bujang, 45 tahun, kita kahwin. 158 00:14:16,560 --> 00:14:20,120 Tapi kita tidur berasingan. Awak juga perlu cukur jambang. 159 00:14:20,120 --> 00:14:22,200 Jambang itu seksi. Ini jambang seksi. 160 00:14:22,200 --> 00:14:24,320 Tidak. Ada keropok di dalamnya. 161 00:14:26,200 --> 00:14:28,000 Awak masih ingat kes aneh itu? 162 00:14:28,920 --> 00:14:30,880 Di Dalworthy rasanya. 163 00:14:30,880 --> 00:14:34,120 Ada orang pecah masuk dan hanya ambil singa mainan. 164 00:14:35,200 --> 00:14:36,560 Anehnya, tak lama kemudian, 165 00:14:36,560 --> 00:14:38,320 mereka tarik balik permainan itu. 166 00:14:38,960 --> 00:14:40,920 Matanya longgar. Takut tercekik. 167 00:14:43,360 --> 00:14:44,360 Apakah itu? 168 00:14:55,280 --> 00:14:56,880 Waktu aneh untuk main mercun. 169 00:14:57,840 --> 00:15:00,600 Romantiknya, Ravi. Awak buat begini untuk saya? 170 00:15:00,600 --> 00:15:04,240 Ya. Saya beri roket kepada budak-budak. Hanya untuk awak. 171 00:15:13,160 --> 00:15:14,960 - Apa? - Tiada apa-apa. 172 00:15:30,440 --> 00:15:36,080 BERAMBUSLAH, GLEN. AWAK MEMANG TERUK. 173 00:15:40,800 --> 00:15:42,920 - Nah. - Tak apa, saya belanja. 174 00:15:42,920 --> 00:15:44,400 Wanita ini selamatkan saya. 175 00:15:44,400 --> 00:15:46,600 Kalau bukan kerana dia, saya takkan ada rumah. 176 00:15:46,600 --> 00:15:47,680 Nak apa, kawan? 177 00:15:49,080 --> 00:15:51,280 Saya tangkap tuan rumah dia seludup dadah. 178 00:15:51,280 --> 00:15:53,760 Tak boleh naikkan sewa jika dalam tahanan. 179 00:15:59,400 --> 00:16:00,680 Kenapa awak minum ini? 180 00:16:01,240 --> 00:16:03,120 Tak apalah. Awak nak air soda? 181 00:16:03,120 --> 00:16:04,160 Diamlah. 182 00:16:07,040 --> 00:16:08,720 Minuman selepas ini pilihan saya. 183 00:16:18,040 --> 00:16:19,320 Awak dah semakin biasa. 184 00:16:19,320 --> 00:16:21,560 Tidak. Habislah saya esok pagi. 185 00:16:24,960 --> 00:16:26,440 Jangan toleh. 186 00:16:26,440 --> 00:16:28,800 - Apa? - Jangan toleh. 187 00:16:28,800 --> 00:16:30,640 Ada wanita cantik di bar. 188 00:16:30,640 --> 00:16:31,960 Kenapa dengan dia? 189 00:16:33,080 --> 00:16:35,200 Dia asyik lihat awak. 190 00:16:36,400 --> 00:16:37,400 Tak mungkin. 191 00:16:40,360 --> 00:16:41,360 Belikan dia minuman. 192 00:16:42,000 --> 00:16:43,560 Apa? Biarkan awak sendirian? 193 00:16:44,400 --> 00:16:45,800 Saya ada Holness. 194 00:16:50,400 --> 00:16:51,480 Bella akan bunuh dia. 195 00:16:51,960 --> 00:16:54,920 Bella akan cairkan dia dan buat dia jadi lilin. 196 00:16:54,920 --> 00:16:56,280 Lilin dengan bau alkohol. 197 00:16:56,280 --> 00:16:57,720 Awak yang perlu berkas dia. 198 00:16:57,720 --> 00:17:00,000 Bella Holness? Perlu panggil pasukan SWAT. 199 00:17:05,400 --> 00:17:07,480 - Apa? - Dia masih tengok awak. 200 00:17:13,200 --> 00:17:14,160 Pergilah. 201 00:17:18,280 --> 00:17:19,280 Baik. 202 00:17:40,080 --> 00:17:41,720 Jahanam kamu. 203 00:17:43,080 --> 00:17:45,200 Hei. Siapa yang letak benda ini di situ? 204 00:17:45,200 --> 00:17:47,440 THE KINGS - PUB 205 00:17:47,440 --> 00:17:49,920 Itu pun dia! 206 00:17:51,080 --> 00:17:54,320 Kekasih awak sedang bercakap dengan gadis lain di dalam. 207 00:17:54,440 --> 00:17:57,280 Dia bukan kekasih saya. Dia rakan saya, Nick. 208 00:17:57,760 --> 00:17:59,280 Jadi, awak merajuk di sini? 209 00:18:00,040 --> 00:18:01,760 Bukan merajuk. Saya sedang fikir. 210 00:18:03,280 --> 00:18:08,440 Suka hati awaklah. Saya nak muntah dan panggil teksi untuk pulang. 211 00:18:09,480 --> 00:18:12,160 - Kirim salam kepada Bella. - Baiklah. 212 00:18:13,400 --> 00:18:15,800 Tak tahulah jika anginnya baik atau tidak. 213 00:18:15,800 --> 00:18:18,320 Namun, manalah tahu bernasib baik. 214 00:18:20,680 --> 00:18:22,280 Selamat malam, DI Chambers. 215 00:18:24,240 --> 00:18:25,720 Selamat malam, Budak Jambu. 216 00:18:26,440 --> 00:18:28,040 Awak panggil saya Budak Jambu? 217 00:18:40,000 --> 00:18:41,080 Siapa namanya? 218 00:18:43,080 --> 00:18:45,640 Elena. Dia seorang guru sekolah. 219 00:18:46,480 --> 00:18:47,480 Bagusnya. 220 00:18:51,200 --> 00:18:52,560 Awak fikir apa, Chambers? 221 00:18:53,760 --> 00:18:55,800 Singa mainan dan ketuhar mikro. 222 00:18:56,320 --> 00:18:58,720 Pasti ada petunjuk daripada semua ini. 223 00:19:02,760 --> 00:19:05,320 - Apa? - Awak berehatlah malam ini. 224 00:19:06,440 --> 00:19:07,960 Awak terlalu banyak berfikir. 225 00:19:10,080 --> 00:19:11,320 Ini tugas saya, Ravi. 226 00:20:23,560 --> 00:20:25,880 Amanda Milton dan Margo Jackson 227 00:20:25,880 --> 00:20:29,760 kali terakhir dilihat berjalan pulang dari sekolah di sekitar Tamford 228 00:20:29,760 --> 00:20:33,280 kira-kira pukul 5.00 petang semalam. 229 00:20:34,480 --> 00:20:37,240 Punca kehilangan masih belum diketahui. 230 00:20:37,240 --> 00:20:41,320 Namun, tindakan yang telah kami ambil sangat lancar dan tegas. 231 00:20:42,040 --> 00:20:46,560 Kami bekerjasama dengan Polis Hackridge untuk membuat siasatan yang terperinci. 232 00:20:46,680 --> 00:20:51,680 Jadi, kami menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berguna, 233 00:20:51,680 --> 00:20:55,040 sila tampil untuk membantu usaha kami. 234 00:20:55,800 --> 00:20:58,480 Ayuh cari gadis-gadis ini dan bawa mereka pulang. 235 00:21:00,880 --> 00:21:02,280 BALAI POLIS HART VALLEY 236 00:21:02,280 --> 00:21:04,320 PENCARIAN AMANDA MILTON & MARGO JACKSON 237 00:21:05,560 --> 00:21:06,720 Tolonglah. 238 00:21:09,080 --> 00:21:09,920 Aduhai. 239 00:21:10,920 --> 00:21:12,640 Saya tak tahu bagaimana mereka buat. 240 00:21:15,680 --> 00:21:16,680 Apa yang awak jumpa? 241 00:21:18,800 --> 00:21:21,880 Awak ada cakap dengan Holness tentang kes Jonah Taylor? 242 00:21:22,480 --> 00:21:24,560 Saya dah cuba. Dia tak melayan saya. 243 00:21:25,800 --> 00:21:30,440 Ada rakaman kamera trafik di hujung jalan rumah Taylor. 244 00:21:30,440 --> 00:21:33,640 Ada beberapa rumah di kawasan itu. Hanya satu kenderaan asing. 245 00:21:33,640 --> 00:21:35,200 Sebuah Nissan Vanette merah. 246 00:21:35,760 --> 00:21:37,920 Ya, saya ingat. Mereka tak dapat mencarinya. 247 00:21:38,880 --> 00:21:40,000 Memang betul. 248 00:21:42,920 --> 00:21:43,920 Lihat ini. 249 00:21:46,520 --> 00:21:50,800 Ini diambil tiga hari sebelum Amanda dan Margo hilang. 250 00:21:50,800 --> 00:21:53,560 Ini dari kamera pintu, selang tiga jalan. 251 00:21:53,560 --> 00:21:55,720 Mereka selalu ikut jalan pulang yang sama. 252 00:21:59,720 --> 00:22:01,000 Beritahu saya, Ravi. 253 00:22:01,560 --> 00:22:05,680 Bukankah ini Nissan Vanette berwarna merah? 254 00:22:08,160 --> 00:22:09,320 Mungkin kebetulan saja. 255 00:22:10,680 --> 00:22:12,080 Kereta ini kereta lama. 256 00:22:12,080 --> 00:22:14,680 Ini bukan kebetulan. Awak ada rokok? 257 00:22:18,160 --> 00:22:19,720 Tak boleh merokok di bilik ini. 258 00:22:19,720 --> 00:22:20,800 Saya buka tingkap. 259 00:22:26,440 --> 00:22:27,440 DS Dhillon. 260 00:22:29,520 --> 00:22:30,560 Boleh awak ulang? 261 00:22:32,040 --> 00:22:33,040 Apa dia? 262 00:22:35,080 --> 00:22:37,320 Okey. Beritahu mereka kami akan datang. 263 00:22:38,880 --> 00:22:40,200 Mereka dah jumpa? 264 00:22:41,760 --> 00:22:42,760 Ini perkara lain. 265 00:22:50,520 --> 00:22:52,440 - Tunggu di luar. - Saya boleh tahan. 266 00:22:52,440 --> 00:22:54,240 Ini budak kecil, Ravi. 267 00:22:54,240 --> 00:22:56,520 Saya tak mahu awak hilang kawalan di sana. 268 00:22:57,560 --> 00:22:59,720 Tunggu di luar. Cuba dapatkan maklumat. 269 00:23:10,720 --> 00:23:13,480 Tuan-tuan dan puan-puan, boleh berundur sedikit? Undur. 270 00:24:14,840 --> 00:24:16,360 Suaminya ada rekod jenayah. 271 00:24:16,360 --> 00:24:18,080 Dalam percubaan kerana menyerang. 272 00:24:19,160 --> 00:24:22,480 Jiran kata dia menghentak pintu belakang sehingga dibenarkan masuk. 273 00:24:23,320 --> 00:24:26,280 - Di mana dia sekarang? - Tak tahu. Kami dah keluarkan APW. 274 00:24:28,360 --> 00:24:31,560 Jiran-jiran yang prihatin. Ada sesiapa nampak dia keluar? 275 00:25:38,520 --> 00:25:39,600 Shane? 276 00:25:43,800 --> 00:25:44,920 Awak Shane, bukan? 277 00:25:47,800 --> 00:25:51,960 Shane, saya mahu awak letakkan pisau itu. 278 00:25:54,960 --> 00:25:56,320 Saya dah dapat Fisher. 279 00:25:57,440 --> 00:25:58,800 Bilik air tingkat atas. 280 00:26:01,880 --> 00:26:02,840 Sebut sekali lagi. 281 00:26:16,760 --> 00:26:18,280 Jahanam. 282 00:26:27,600 --> 00:26:29,000 Hei! Berhenti! 283 00:26:31,520 --> 00:26:32,520 Turunkan! 284 00:27:45,880 --> 00:27:48,560 Masuk. Tundukkan kepala. 285 00:27:57,240 --> 00:28:00,000 - Biar saya lihat. - Tidak, awak akan pengsan. 286 00:28:00,680 --> 00:28:01,800 Saya beranikan diri. 287 00:28:06,600 --> 00:28:07,600 Sakitkah? 288 00:28:08,600 --> 00:28:10,120 Hanya jika saya ketawa. 289 00:28:56,080 --> 00:28:58,720 Rumah ini masih belum roboh, boleh tahan juga. 290 00:28:58,720 --> 00:29:00,320 Itu bukan dinding sokongan. 291 00:29:00,320 --> 00:29:01,560 Kita lihat nanti. 292 00:29:03,680 --> 00:29:05,320 Semuanya nampak bagus, sayang. 293 00:29:07,160 --> 00:29:09,360 Baguslah. Esok saya mulakan di loteng. 294 00:29:10,480 --> 00:29:12,120 - Awak serius? - Apa? 295 00:29:13,080 --> 00:29:14,760 Awak tak boleh duduk diam? 296 00:29:15,520 --> 00:29:17,000 Apa yang saya buat sekarang? 297 00:29:22,520 --> 00:29:23,600 Ada apa, sayang? 298 00:29:36,080 --> 00:29:37,720 Kita tiada masa untuk ini. 299 00:29:37,720 --> 00:29:39,560 Ini anak lelaki seseorang. 300 00:29:39,560 --> 00:29:42,000 Mungkin ada baiknya kita dapat jumpa dia. 301 00:29:43,880 --> 00:29:45,400 Tiada orang laporkan dia? 302 00:29:46,120 --> 00:29:47,120 Belum lagi. 303 00:29:49,120 --> 00:29:50,160 Okey. 304 00:29:59,640 --> 00:30:01,600 Awak patut tukar warna emas. 305 00:30:15,440 --> 00:30:16,440 Marilah. 306 00:30:18,760 --> 00:30:19,920 Dia ada di atas. 307 00:30:38,320 --> 00:30:39,360 Helo, adik. 308 00:30:43,480 --> 00:30:45,560 Nama saya Ravi. Siapa nama awak? 309 00:30:47,160 --> 00:30:48,160 Isaac. 310 00:30:49,480 --> 00:30:50,480 Selamat berkenalan. 311 00:30:57,600 --> 00:30:58,600 Ini rakan saya, Lucy. 312 00:30:59,840 --> 00:31:01,520 Kami akan bantu bawa awak pulang. 313 00:31:02,160 --> 00:31:03,960 Dia fikir ini rumahnya. 314 00:31:06,280 --> 00:31:09,040 Isaac, siapa nama ibu awak? 315 00:31:09,640 --> 00:31:10,640 Lucy. 316 00:31:11,320 --> 00:31:12,800 Awak tahu nama keduanya? 317 00:31:13,360 --> 00:31:14,680 Chambers. 318 00:31:18,880 --> 00:31:20,880 Awak tahu ibu awak di mana? 319 00:31:25,840 --> 00:31:27,640 Bukan, sayang. Saya bukan ibu awak. 320 00:31:29,920 --> 00:31:31,360 Bukan. 321 00:31:31,360 --> 00:31:33,200 Kami perlu cari dia kerana ibu awak 322 00:31:33,200 --> 00:31:34,920 tentu sangat risaukan awak. 323 00:31:35,880 --> 00:31:36,920 Awak ibu saya. 324 00:31:38,040 --> 00:31:39,880 Saya bukan ibu awak. 325 00:31:43,960 --> 00:31:49,880 Mungkin kami serupa. Rambutnya sama seperti saya? 326 00:31:50,440 --> 00:31:51,760 Lain. 327 00:31:52,320 --> 00:31:53,640 Lain bagaimana? 328 00:31:57,200 --> 00:32:00,040 Jangan sedih, sayang. 329 00:32:01,200 --> 00:32:02,440 Tak mengapa. 330 00:32:02,920 --> 00:32:04,720 Menangislah jika sakit. 331 00:32:05,280 --> 00:32:07,400 Kadangkala menangis boleh meredakan. 332 00:32:10,600 --> 00:32:12,760 - Apa kita nak buat? - Entahlah. 333 00:32:12,760 --> 00:32:14,360 Tentu ada orang yang cari dia. 334 00:32:14,360 --> 00:32:16,280 Tak mungkin dia muncul begitu saja. 335 00:32:17,040 --> 00:32:18,880 Kita hubungi Pusat Khidmat Kanak-kanak. 336 00:32:19,600 --> 00:32:21,520 Cari tempat tinggal untuk dia. 337 00:32:21,520 --> 00:32:26,680 Tidak. Isaac, awak perlu tunggu di sini. 338 00:32:31,840 --> 00:32:34,160 Tidak, kami akan bawa dia ke balai. 339 00:32:34,160 --> 00:32:36,360 Ya. Bagus juga. Berapa lama? 340 00:32:37,800 --> 00:32:39,160 Sebab kami bukan pengasuh. 341 00:32:40,160 --> 00:32:41,880 Maaf, siapa nama awak? 342 00:32:43,200 --> 00:32:45,320 Tidak, jangan letak telefon. Jangan... 343 00:32:47,200 --> 00:32:49,960 - Saya suka Pusat Khidmat Kanak-kanak. - Sangat membantu. 344 00:32:49,960 --> 00:32:51,640 Rob Shaw. Ingat nama itu. 345 00:32:51,640 --> 00:32:52,720 Bedebah. 346 00:32:54,640 --> 00:32:56,000 Maaf. 347 00:33:01,200 --> 00:33:04,720 Saya tak tahu apa nak buat nanti. Dia tak nak lepaskan saya. 348 00:33:05,680 --> 00:33:08,080 - Awak rasa apa yang terjadi? - Entahlah. 349 00:33:12,680 --> 00:33:14,320 Aneh juga tiada orang laporkan. 350 00:33:17,120 --> 00:33:18,720 Awak rasa ada orang tinggalkan dia? 351 00:33:19,480 --> 00:33:22,240 Tidak. Siapa yang tergamak buat begitu? 352 00:33:22,240 --> 00:33:24,040 Orang yang tak boleh tahan lagi. 353 00:33:25,200 --> 00:33:28,480 Mereka tinggalkan dia dengan keluarga lain. Mungkin juga. 354 00:33:33,720 --> 00:33:37,200 - Awak okey? - Ya. Tangan saya dah kebas. 355 00:33:37,200 --> 00:33:38,720 Tolonglah, sayang. Tukar tangan. 356 00:33:45,480 --> 00:33:46,520 Aneh betul hari ini. 357 00:33:49,480 --> 00:33:51,080 Awak perlu belok kiri nanti. 358 00:33:53,880 --> 00:33:55,120 DI Chambers. 359 00:33:56,680 --> 00:33:57,680 Apa? 360 00:33:58,720 --> 00:33:59,680 Apa dia? 361 00:34:00,240 --> 00:34:01,920 - Awak perlu patah balik. - Apa? 362 00:34:01,920 --> 00:34:03,000 Patah balik sajalah. 363 00:34:04,920 --> 00:34:10,400 POLIS HART VALLEY 364 00:34:12,880 --> 00:34:16,160 Tunggu di sini. Saya akan cari orang untuk bawa budak ini ke balai. 365 00:34:18,200 --> 00:34:19,200 Adakah itu mereka? 366 00:34:20,640 --> 00:34:21,640 Kunci pintu. 367 00:34:23,840 --> 00:34:25,280 Hei. Tak mengapa. 368 00:34:26,760 --> 00:34:29,400 Dia akan kembali. Awak tak apa-apa. 369 00:34:38,160 --> 00:34:40,560 Apa kata kita dengar lagu? 370 00:34:41,440 --> 00:34:42,560 Awak mahu? 371 00:34:51,440 --> 00:34:52,440 Dia takkan lama. 372 00:35:40,800 --> 00:35:43,640 Nampak seperti cuba ditenggelamkan, tapi ikatan terbuka. 373 00:35:46,480 --> 00:35:49,080 Ada kedai umpan di sana. 374 00:35:49,080 --> 00:35:51,760 Pemiliknya kata dia nampak van di sini sebelum ini. 375 00:35:53,040 --> 00:35:54,640 Van jenis apa? 376 00:35:54,640 --> 00:35:57,640 Warna merah. Tak tahu jenamanya. Mungkin tiada kaitan. 377 00:36:00,120 --> 00:36:01,160 Semuanya berkait. 378 00:36:04,640 --> 00:36:05,640 Isaac! 379 00:36:46,760 --> 00:36:47,760 Isaac? 380 00:37:17,040 --> 00:37:19,360 {\an8}FLURANE CECAIR UNTUK DISEDUT 381 00:37:25,120 --> 00:37:27,920 Saya toleh sekejap saja. Tiba-tiba dia hilang. 382 00:37:27,920 --> 00:37:29,560 Dia takkan hilang begitu saja. 383 00:37:30,520 --> 00:37:32,680 Tiada tempat untuk sembunyi. Saya dah periksa. 384 00:37:33,400 --> 00:37:36,000 - Di dalam sana pula? - Pintunya berkunci. 385 00:37:37,400 --> 00:37:38,360 Jadi? 386 00:38:11,760 --> 00:38:12,760 Boleh saya bantu? 387 00:38:12,760 --> 00:38:16,280 STAF POLIS 388 00:38:30,440 --> 00:38:32,160 Ada apa-apa yang awak nak tambah? 389 00:38:37,480 --> 00:38:39,640 Mungkin membantu jika awak ulang semula. 390 00:38:39,760 --> 00:38:42,160 Untuk menjelaskan keadaan. 391 00:38:45,400 --> 00:38:46,400 Tiada. 392 00:38:49,000 --> 00:38:50,000 Baiklah. 393 00:38:51,080 --> 00:38:55,680 Soal siasat bersama Harold Slade dihentikan pada pukul 5.32 petang. 394 00:39:08,680 --> 00:39:09,920 Awak rasa masuk akal? 395 00:39:10,480 --> 00:39:12,040 Saya baru tiba. Beritahu saya. 396 00:39:12,040 --> 00:39:16,280 Dia tak mahu sakiti mereka. Dia cuma mahu simpan mereka. 397 00:39:18,520 --> 00:39:20,080 Maaf. Sam Boyd. 398 00:39:20,080 --> 00:39:22,360 DC Boyd baru pindah dari balai Metropolitan. 399 00:39:23,480 --> 00:39:25,360 Apa maksud dia mahu simpan mereka? 400 00:39:26,120 --> 00:39:28,680 Katanya ia tak bersifat seksual. 401 00:39:29,200 --> 00:39:32,160 Bukan seksual? Kunci pintu itu ada di dalam peti besinya 402 00:39:32,280 --> 00:39:34,960 kami juga jumpa video lucah kanak-kanak pada komputernya. 403 00:39:34,960 --> 00:39:36,600 Apa dia buat dengan mereka? 404 00:39:36,600 --> 00:39:38,160 Menurutnya, tiada apa-apa. 405 00:39:39,160 --> 00:39:40,480 Bagaimana mereka mati? 406 00:39:40,480 --> 00:39:42,480 Dia peminat tegar Tchaikovsky, 407 00:39:42,480 --> 00:39:45,960 isterinya buat kejutan hadiah percutian ke Prague. Tonton Swan Lake. 408 00:39:46,520 --> 00:39:47,680 Kemaskan begnya. 409 00:39:48,800 --> 00:39:50,600 Mereka tak bawa anak-anak. 410 00:39:51,920 --> 00:39:53,640 Ditinggalkan tanpa makanan atau air. 411 00:39:54,520 --> 00:39:56,440 Jadi, apabila mereka pulang... 412 00:39:57,400 --> 00:40:03,400 Kami ikuti perkembangan dengan koroner, teorinya ialah mereka mati kehausan. 413 00:40:05,320 --> 00:40:06,320 Aduhai... 414 00:40:08,320 --> 00:40:12,880 Dia patut bunuh diri saja. Kenapa dia serahkan diri? 415 00:40:13,680 --> 00:40:17,160 Dia diugut. Ada orang nampak dia cuba untuk melupuskan mayat. 416 00:40:17,280 --> 00:40:19,400 Orang itu halang dan acu pisau ke lehernya. 417 00:40:19,400 --> 00:40:25,480 Kita mencari lelaki Kaukasia. Tinggi, kurus, loghat Scotland, beruban. 418 00:40:25,480 --> 00:40:27,160 Telapuk terbelah. Tanduk besar. 419 00:40:28,280 --> 00:40:30,920 Slade kata dia Iblis, nak bawa dia ke Neraka. 420 00:40:30,920 --> 00:40:33,200 Lelaki itu kata dia boleh lihat masa hadapan. 421 00:40:33,320 --> 00:40:36,000 Dia tahu waktu dan tempat gadis-gadis itu akan dijumpai. 422 00:40:36,000 --> 00:40:37,520 Iblis yang paksa dia buat? 423 00:40:37,520 --> 00:40:39,960 Tidak. Iblis itu yang paksa dia mengaku. 424 00:40:40,480 --> 00:40:45,560 Maaf, awak ada kaitkan Vanette berwarna merah dengan penculikan itu. 425 00:40:46,760 --> 00:40:51,400 Baiklah. Sebenarnya, dia sebut dengan spesifik. 426 00:40:51,400 --> 00:40:53,200 Itu tak bermakna dia siuman. 427 00:40:53,320 --> 00:40:54,760 Lelaki itu gila. 428 00:40:54,760 --> 00:40:59,080 Saya tahu, tapi... Apa pun, tak mungkin ini kebetulan. 429 00:41:02,760 --> 00:41:04,560 Cuba teka Iblis itu guna kereta apa? 430 00:41:33,640 --> 00:41:34,880 Namanya Aiden Stenner. 431 00:41:36,160 --> 00:41:39,200 Ditikam berulang kali. Mati di tempat kejadian. 432 00:41:40,360 --> 00:41:42,000 Mereka sertai kumpulan gengster... 433 00:41:44,480 --> 00:41:46,160 Memang tunggu masa saja. 434 00:41:49,920 --> 00:41:51,880 - Awak tak apa-apa? - Ya, saya okey. 435 00:41:51,880 --> 00:41:54,360 - Awak mahu keluar sekejap? - Tidak. 436 00:41:54,360 --> 00:41:55,880 Ini bukan serangan samseng. 437 00:41:56,680 --> 00:41:57,680 Bagaimana awak tahu? 438 00:41:57,800 --> 00:42:01,600 Saksi menyatakan ada lelaki kurus dalam lingkungan 50 atau 60-an. 439 00:42:01,600 --> 00:42:03,800 Rambut putih, loghat Scotland. 440 00:42:03,800 --> 00:42:06,040 Mereka tak pernah nampak dia di sini sebelum ini. 441 00:42:08,160 --> 00:42:09,640 Ambil kenyataan mereka. 442 00:42:09,760 --> 00:42:11,640 Saya mahu lakaran suspek itu. 443 00:42:11,640 --> 00:42:14,360 Keluarkan APW dan periksa rakaman CCTV 444 00:42:14,360 --> 00:42:17,760 di semua bangunan bertentangan dan setiap lampu isyarat berdekatan. 445 00:42:17,760 --> 00:42:19,800 Kita takkan dapat peluang begini. 446 00:42:26,960 --> 00:42:28,160 {\an8}"SAYA AKAN TERUS MENCARI" 447 00:42:28,280 --> 00:42:29,480 {\an8}Slade kata dia Iblis. 448 00:42:29,480 --> 00:42:30,920 {\an8}"DIA MASIH HIDUP" KATA SAKSI 449 00:42:30,920 --> 00:42:32,840 {\an8}Ada rakaman kamera trafik di rumah Taylor. 450 00:42:32,840 --> 00:42:36,160 Ada beberapa rumah di kawasan itu, tapi hanya satu kenderaan asing. 451 00:42:37,440 --> 00:42:38,520 Nissan Vanette merah. 452 00:42:39,000 --> 00:42:40,560 Ya, saya ingat. Tak dapat cari. 453 00:42:41,120 --> 00:42:42,160 Semuanya berkait. 454 00:42:42,160 --> 00:42:43,680 Tak mungkin ini kebetulan. 455 00:42:43,800 --> 00:42:47,560 Bukankah ini Nissan Vanette berwarna merah? 456 00:42:47,560 --> 00:42:49,600 Telapuk terbelah. Tanduk besar. 457 00:42:49,600 --> 00:42:55,160 Kita mencari lelaki Kaukasia. Tinggi, kurus, loghat Scotland, beruban. 458 00:42:55,280 --> 00:42:57,000 Cuba teka Iblis guna kereta apa? 459 00:43:01,400 --> 00:43:04,760 Kami jumpa pelbagai kes lama yang boleh dikaitkan 460 00:43:04,760 --> 00:43:07,600 dengan penculikan Jonah Taylor 12 tahun lalu. 461 00:43:07,600 --> 00:43:12,440 Penampakan Nissan Vanette merah yang tak pernah dijejak sehingga kini. 462 00:43:12,440 --> 00:43:16,640 Kami dah buat semakan silang penampakan kenderaan itu dengan pencarian ANPR. 463 00:43:16,760 --> 00:43:20,920 Nampaknya ia selalu hilang sekitar tempat yang sama. Thornham Green. 464 00:43:20,920 --> 00:43:23,320 Kebanyakannya ladang. Jalan satu lorong. 465 00:43:23,320 --> 00:43:27,880 Dron pengawasan kami tak dapat kesan. Tapi kami dapat jumpa ini. 466 00:43:28,760 --> 00:43:30,800 Dahulunya ia rumah percutian. 467 00:43:30,800 --> 00:43:33,280 Pemiliknya sudah lama mati, tiada sesiapa tuntut. 468 00:43:33,280 --> 00:43:34,680 Sepatutnya ia kosong. 469 00:43:36,200 --> 00:43:39,000 Imbasan termal menunjukkan sebaliknya. 470 00:43:40,440 --> 00:43:44,600 Teori saya, ini tempat persembunyian suspek kita. 471 00:43:45,280 --> 00:43:47,560 Dia seorang yang berakal pintar. 472 00:43:48,680 --> 00:43:50,160 Mungkin juga bersenjata. 473 00:43:51,520 --> 00:43:55,520 TFC akan beri taklimat kepada pegawai bersenjata tentang perinciannya. 474 00:43:55,520 --> 00:43:58,520 Kita akan pergi waktu malam. Dengan senyap. 475 00:43:58,520 --> 00:44:02,200 Buat sekatan jalan. Jangan biar dia tahu. 476 00:44:05,320 --> 00:44:07,320 30 saat menuju sasaran. 477 00:44:09,360 --> 00:44:11,320 Kami percaya suspek masih berada di situ. 478 00:44:14,360 --> 00:44:16,000 Teruskan masuk ke sebelah kiri. 479 00:44:33,280 --> 00:44:34,480 Kosong! 480 00:44:34,480 --> 00:44:36,040 Mohon bantuan perubatan. 481 00:44:36,040 --> 00:44:39,280 Semua kosong! Suspek tiada di sini! 482 00:44:39,280 --> 00:44:41,760 Semua unit masuk. Panggil bantuan udara. 483 00:44:41,760 --> 00:44:42,760 Maklumat diterima. 484 00:45:07,680 --> 00:45:12,880 Budak perempuan, empat tahun, tenat selepas diserang anjing 485 00:45:19,240 --> 00:45:21,320 Sierra-Oscar-empat-tiga, pusat kawalan. 486 00:45:27,040 --> 00:45:28,320 Dapat kesan suspek? 487 00:45:49,640 --> 00:45:50,960 Tak guna. 488 00:45:55,720 --> 00:45:59,240 Sierra-Oscar-empat-tiga, ke pusat kawalan. Ini DS Dhillon... 489 00:46:07,440 --> 00:46:08,440 Tolong berhenti. 490 00:46:15,080 --> 00:46:16,200 Saya kata, berhenti! 491 00:46:17,120 --> 00:46:18,360 Itu awakkah, Dhillon? 492 00:46:23,880 --> 00:46:26,080 Awak pasti mahu buat begini sekali lagi? 493 00:46:27,640 --> 00:46:30,400 Saya boleh suruh awak beredar, tapi awak takkan buat. 494 00:46:32,400 --> 00:46:34,560 Berhenti! Angkat tangan. 495 00:46:35,480 --> 00:46:37,960 Awak tak boleh kalahkan saya. Saya tahu gerak-geri awak. 496 00:46:39,440 --> 00:46:42,480 - Biarkan saya pergi. - Saya tak boleh buat begitu. 497 00:46:44,160 --> 00:46:47,600 Baiklah. Mari kita selesaikan. 498 00:46:47,600 --> 00:46:49,000 Jangan datang dekat. 499 00:46:50,840 --> 00:46:52,000 Saya kata berhenti! 500 00:47:25,960 --> 00:47:28,920 Dia berjalan kaki. Jejaknya pergi ke semua arah. 501 00:47:30,640 --> 00:47:31,640 Ini ialah petrol. 502 00:47:33,320 --> 00:47:36,480 - Ada apa, cik? - Kereta ini gunakan diesel. 503 00:47:37,880 --> 00:47:39,320 Begitu juga dengan penjana. 504 00:47:40,920 --> 00:47:42,800 Maksudnya dia ada kenderaan lain. 505 00:47:44,240 --> 00:47:46,080 Ada satu set jejak tayar saja. 506 00:47:47,280 --> 00:47:49,320 Jadi, dia lari tanpa kenderaan. 507 00:47:51,480 --> 00:47:53,600 Kenderaan simpanan berhampiran jalan utama. 508 00:47:55,840 --> 00:47:57,520 Beri saya peta kawasan ini. 509 00:48:18,920 --> 00:48:20,520 - Masuk! - Masuk! 510 00:48:20,520 --> 00:48:21,880 - Ayuh bergerak! - Bergerak! 511 00:48:21,880 --> 00:48:22,960 Angkat tangan! 512 00:48:48,360 --> 00:48:49,640 DI Chambers, masuk! 513 00:48:52,120 --> 00:48:53,120 Teruskan. 514 00:48:54,000 --> 00:48:55,000 Ada seorang cedera. 515 00:49:17,840 --> 00:49:20,280 - Dia boleh dengar? - Saya tak pasti. 516 00:49:24,080 --> 00:49:26,960 Semuanya dah berakhir. Rehatlah. Okey? 517 00:49:29,880 --> 00:49:30,880 Kita dah dapat dia. 518 00:49:34,920 --> 00:49:36,320 Kita dah dapat tangkap dia. 519 00:49:50,640 --> 00:49:51,640 Saya belum makan. 520 00:49:54,000 --> 00:49:55,000 Bagus. 521 00:49:56,440 --> 00:49:59,440 Ini DI Lucy Chambers dari Balai Polis Hart Valley. 522 00:49:59,440 --> 00:50:02,760 Hari ini ialah 11 November. Sekarang pukul 9.42 malam. 523 00:50:02,760 --> 00:50:06,000 Boleh sebutkan nama penuh awak untuk membantu rakaman ini? 524 00:50:06,000 --> 00:50:07,280 Gideon Shepherd. 525 00:50:07,880 --> 00:50:09,440 En. Shepherd, awak ditahan 526 00:50:09,440 --> 00:50:12,880 atas pembunuhan Aiden Stenner dan Connor Larson. 527 00:50:13,680 --> 00:50:14,680 Itu saja? 528 00:50:21,880 --> 00:50:24,480 Berapa ramai yang telah awak bunuh, En. Shepherd? 529 00:50:26,480 --> 00:50:27,480 Lebih ramai. 530 00:50:30,080 --> 00:50:33,840 Awak tahu sudah berapa banyak kali kita buat begini, DI Chambers? 531 00:50:33,840 --> 00:50:37,040 - Apa maksud awak? - Kewujudan itu ibarat roda. Berputar. 532 00:50:37,040 --> 00:50:41,800 Dalam setiap kitaran, kita berdua duduk di bilik ini. 533 00:50:41,800 --> 00:50:45,080 Awak tanya saya soalan. Saya beritahu perkara sebenar. 534 00:50:45,840 --> 00:50:49,120 Saya juga beritahu apa yang akan berlaku jika awak tak percaya. 535 00:50:52,560 --> 00:50:54,480 Apa yang akan berlaku, En. Shepherd? 536 00:50:56,880 --> 00:50:59,240 - Awak dah baca nota saya. - Saya dah cuba. 537 00:51:00,560 --> 00:51:02,160 Awak perlu perbaiki tulisan. 538 00:51:02,160 --> 00:51:04,160 Awak selalu cakap begitu, detektif. 539 00:51:05,400 --> 00:51:08,320 Apa yang akan berlaku, En. Shepherd? 540 00:51:12,600 --> 00:51:14,240 Tujuh belas orang mati. 541 00:51:16,080 --> 00:51:17,160 Sebelas kanak-kanak. 542 00:51:18,240 --> 00:51:20,880 Saya tak boleh hentikannya. Tapi awak boleh. 543 00:51:25,040 --> 00:51:27,320 - Apa yang awak dah buat? - Bukan saya. 544 00:51:28,480 --> 00:51:30,360 Saya bukan seperti yang awak sangka. 545 00:51:31,720 --> 00:51:34,600 Awak pandang saya dan nampak jelmaan Iblis. 546 00:51:34,600 --> 00:51:36,160 Iblis sebenar ada di luar sana. 547 00:51:37,480 --> 00:51:38,960 Menanti di sebalik bayang. 548 00:51:40,520 --> 00:51:42,280 Membuat kejahatan tanpa kita sedar. 549 00:51:43,600 --> 00:51:46,440 Saya tahu apa yang dia mampu buat. Awak juga akan lihat. 550 00:51:47,400 --> 00:51:51,080 Tahun depan. 17 kematian. 11 kanak-kanak. 551 00:51:56,640 --> 00:51:57,800 En. Shepherd, saya akan 552 00:51:57,800 --> 00:52:00,760 hantar awak ke penilaian psikologi. 553 00:52:03,160 --> 00:52:07,840 Saya masuk penjara. Saya bunuh diri, kita mula semula. 554 00:52:10,040 --> 00:52:12,160 Akhirnya kita tetap di sini. Setiap kali. 555 00:52:14,720 --> 00:52:16,240 Saya tak boleh kalahkan awak, Lucy. 556 00:52:21,400 --> 00:52:23,400 Jadi, saya mahu awak sertai saya. 557 00:52:26,040 --> 00:52:27,320 Sertai awak? 558 00:52:27,920 --> 00:52:32,360 Saya terus hidup. Sekali ini saja, saya akan terus hidup. 559 00:52:33,240 --> 00:52:35,320 Saya akan masuk penjara dan tunggu. 560 00:52:38,160 --> 00:52:40,800 Apabila awak dah bersedia, awak tahu saya di mana. 561 00:52:42,440 --> 00:52:46,400 Itu saja yang saya boleh katakan setakat ini. 562 00:52:50,280 --> 00:52:52,600 Jika awak diamkan diri, itu takkan membantu. 563 00:52:54,800 --> 00:52:56,000 Tiada komen. 564 00:53:13,360 --> 00:53:16,280 - DI Chambers. - Cik, ini DC Boyd. 565 00:53:16,280 --> 00:53:17,440 Teruskan, Boyd. 566 00:53:17,440 --> 00:53:19,440 Saya sedang periksa log CID. 567 00:53:19,440 --> 00:53:22,040 Panggilan kecemasan masuk dalam lima minit lepas. 568 00:53:22,040 --> 00:53:23,800 Kebakaran di 7 Sycamore Drive. 569 00:53:26,960 --> 00:53:29,160 - Kenapa awak beritahu saya? - Saya... 570 00:53:30,280 --> 00:53:32,480 Cik pernah pergi ke sana bulan lepas. 571 00:53:32,480 --> 00:53:36,600 Itu rumah di mana mereka jumpa Isaac. 572 00:54:16,160 --> 00:54:17,160 Detektif Chambers? 573 00:54:18,880 --> 00:54:20,480 Dapat keluarkan semua orang? 574 00:54:21,440 --> 00:54:24,160 Nampaknya begitu. Si ibu sedang dirawat kerana melecur. 575 00:54:33,960 --> 00:54:35,480 Ada apa-apa masalah, cik? 576 00:54:40,840 --> 00:54:42,280 Cuma perasaan saya saja. 577 00:54:45,280 --> 00:54:46,280 Déjà vu. 578 00:55:48,720 --> 00:55:49,720 Isaac? 579 00:55:59,800 --> 00:56:00,880 Isaac, awak di dalam? 580 00:56:08,080 --> 00:56:11,720 Ini Lucy. Lucy Chambers. 581 00:56:11,720 --> 00:56:14,560 Boleh awak keluar, Isaac? Kita tak boleh berada di sini. 582 00:56:15,840 --> 00:56:17,600 Ayah buat saya sejuk. 583 00:56:20,280 --> 00:56:21,760 Awak tak perlu takut. 584 00:56:23,680 --> 00:56:24,760 Saya tak boleh hentikan. 585 00:56:25,680 --> 00:56:26,680 Hentikan apa? 586 00:56:27,160 --> 00:56:28,160 Kebakaran itu. 587 00:56:30,120 --> 00:56:32,880 Sayang, awak tak perlu padamkan api itu. 588 00:56:32,880 --> 00:56:35,360 Semua orang okey. Bomba sedang padamkan api. 589 00:56:36,040 --> 00:56:37,160 Dia ikut saya ke sini. 590 00:56:38,800 --> 00:56:39,800 Apa maksud awak? 591 00:56:44,560 --> 00:56:45,560 Isaac? 592 00:57:38,200 --> 00:57:39,320 Sekarang pukul berapa? 593 00:57:40,640 --> 00:57:41,640 Dah lewat. 594 00:57:42,960 --> 00:57:44,200 Mereka benarkan awak masuk? 595 00:57:45,920 --> 00:57:48,880 Kelebihan kerja ini. Saya kata mahu cakap dengan rakan saya. 596 00:57:49,800 --> 00:57:52,400 -"Urusan mustahak polis." - Beruntungnya saya. 597 00:57:55,360 --> 00:57:56,600 Ya, saya bohong. 598 00:57:58,400 --> 00:58:01,360 Saya cuma mahu bersama seseorang. 599 00:58:05,040 --> 00:58:06,280 Awak okey? 600 00:58:15,280 --> 00:58:16,320 Tidak. 601 00:58:18,600 --> 00:58:21,040 Saya rasa seperti dah naik gila. 602 00:58:22,640 --> 00:58:25,760 Saya juga. Kita boleh jadi gila bersama. 603 00:58:28,280 --> 00:58:29,520 Saya mahu begitu. 604 00:58:32,800 --> 00:58:34,120 Sakitkah? 605 00:58:35,520 --> 00:58:36,920 Tak sakit sangat. 606 00:58:39,320 --> 00:58:40,320 Bagus. 607 00:59:37,200 --> 00:59:42,760 Saya tahu saya gila kerana datang ke sini. 608 00:59:46,000 --> 00:59:47,800 Tapi mungkin ini peluang terakhir saya. 609 00:59:49,680 --> 00:59:51,320 Saya kesuntukan masa. 610 00:59:51,320 --> 00:59:52,400 Tidak. 611 00:59:53,160 --> 00:59:55,400 Kita ada banyak masa, detektif. 612 00:59:56,920 --> 00:59:58,920 Awak akan kembali ke hidup ini, seperti saya. 613 01:00:00,680 --> 01:00:02,240 Seperti yang selalu kita lalui. 614 01:00:02,800 --> 01:00:05,360 Cuma kali ini, kita pastikan ia berbeza. 615 01:00:06,640 --> 01:00:08,200 Adakah perubahannya besar? 616 01:00:09,160 --> 01:00:10,320 Saya tak pasti. 617 01:00:11,160 --> 01:00:13,600 Seekor rama-rama buka sayap dan mencipta ribut. 618 01:00:14,720 --> 01:00:18,120 Saya boleh selamatkan ibu awak. Selepas itu, kita perlu reda saja. 619 01:00:18,960 --> 01:00:23,400 Awak akan dibangunkan, dan ingat tentang perbualan ini. 620 01:00:24,600 --> 01:00:26,000 Jika kita buat begini... 621 01:00:28,000 --> 01:00:31,400 jika awak halang ibu saya daripada membunuh diri... 622 01:00:34,120 --> 01:00:35,480 saya akan hilang segalanya. 623 01:00:35,480 --> 01:00:38,040 Hilang atau tidak, jalan hidup awak akan berbeza. 624 01:00:44,640 --> 01:00:45,720 Saya akan lupa dia. 625 01:00:45,720 --> 01:00:47,800 Itu memang perjalanan hidup awak. 626 01:00:47,800 --> 01:00:51,040 Tapi jika awak sedar, kita boleh selamatkan mereka semua. 627 01:01:00,640 --> 01:01:02,560 - Saya tak patut datang. - Memang patut. 628 01:01:03,280 --> 01:01:04,280 Lucy. 629 01:01:06,880 --> 01:01:11,680 Awak tahu kes ini. Semua butirannya tersemat di jiwa awak. Saya tahu. 630 01:01:11,680 --> 01:01:15,720 Bukan hanya Rigby. Yang lain juga. Sekolah itu. Taman permainan itu. 631 01:01:16,680 --> 01:01:18,320 Cepat habiskan! 632 01:01:18,880 --> 01:01:20,400 Kita perlu halang dia, Lucy. 633 01:01:22,040 --> 01:01:23,320 Saya perlukan awak. 634 01:01:27,480 --> 01:01:28,480 Okey. 635 01:01:33,560 --> 01:01:34,560 Okey. 636 01:01:53,120 --> 01:01:54,480 Awak tak apa-apa? 637 01:01:54,480 --> 01:01:56,280 BILIK MELAWAT 638 01:01:57,400 --> 01:02:00,160 Tak mengapa. Sesiapa, tolong! 639 01:02:01,080 --> 01:02:03,040 - Apa yang tak kena? - Hubungi ambulans! 640 01:02:04,520 --> 01:02:08,440 Semuanya okey. Awak akan okey. 641 01:02:30,720 --> 01:02:31,680 Ravi? 642 01:02:32,480 --> 01:02:35,000 Saya ada di sini. Awak nak apa-apa? 643 01:02:38,560 --> 01:02:40,080 Jangan lepaskan tangan saya. 644 01:02:49,840 --> 01:02:51,560 Saya cuma perlukan awak. 645 01:02:53,960 --> 01:02:56,080 Awak tahu, bukan? 646 01:02:58,640 --> 01:03:02,680 Jangan begitu, Chambers. Saya rasa awak cuma melebih-lebih. 647 01:03:14,160 --> 01:03:16,120 Awak buat saya sangat bahagia. 648 01:03:23,800 --> 01:03:25,440 Kita akan berjumpa lagi. 649 01:03:28,160 --> 01:03:29,440 Saya janji. 650 01:03:32,160 --> 01:03:33,480 Saya akan cari awak. 651 01:03:38,080 --> 01:03:39,640 Saya cintakan awak, Lucy Chambers. 652 01:03:52,960 --> 01:03:54,080 Ravi? 653 01:03:54,640 --> 01:03:55,640 Saya ada di sini. 654 01:04:01,680 --> 01:04:03,560 Saya boleh dengar muzik. 655 01:04:48,440 --> 01:04:49,560 Jika kita buat begini... 656 01:04:50,480 --> 01:04:51,600 saya hilang segalanya. 657 01:04:51,600 --> 01:04:54,240 Hilang atau tidak, jalan hidup awak akan berbeza. 658 01:05:02,880 --> 01:05:04,480 Mimpi tak boleh cederakan kita, Lucy. 659 01:05:07,120 --> 01:05:08,160 Tidak lagi. 660 01:05:18,280 --> 01:05:19,200 Masih tiada apa-apa? 661 01:05:20,280 --> 01:05:25,080 Dia tak pernah menangis, ketawa, atau naik angin. Dia cuma... 662 01:05:41,960 --> 01:05:42,920 Isaac! 663 01:06:05,080 --> 01:06:06,080 Isaac! 664 01:06:21,160 --> 01:06:23,000 Beri laluan. 665 01:06:50,120 --> 01:06:52,480 3.33 pagi 666 01:06:58,280 --> 01:07:00,440 - Jangan cuba bercakap. - Isaac? 667 01:07:00,440 --> 01:07:02,280 - Dia okey. - Di mana dia? 668 01:07:02,280 --> 01:07:05,040 - Dia okey. Dia sedang dijaga. - Dia dapat keluar? 669 01:07:05,040 --> 01:07:06,840 Dia dapat keluar. Jiran awak jumpa dia. 670 01:07:10,760 --> 01:07:13,520 - Ravi ada di sini? - Ravi? 671 01:07:13,520 --> 01:07:17,360 Ravi Dhillon. Suami saya. 672 01:07:19,280 --> 01:07:22,120 Lucy, awak ingat apa yang berlaku? 673 01:07:25,560 --> 01:07:26,840 Saya dah ingat. 674 01:07:29,760 --> 01:07:31,400 Saya dah ingat segalanya. 675 01:08:24,720 --> 01:08:26,720 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi 676 01:08:26,720 --> 01:08:28,800 {\an8}Penyelia Kreatif Aireen Zainal