1 00:01:15,040 --> 00:01:17,280 KEDAI PERMAINAN RIGBY 2 00:02:21,800 --> 00:02:25,080 Tujuh belas orang mati. Sebelas kanak-kanak. 3 00:02:26,040 --> 00:02:27,440 Iblis sebenar ada di luar sana. 4 00:02:28,880 --> 00:02:30,280 Menanti di sebalik bayang. 5 00:02:31,960 --> 00:02:34,000 Membuat kejahatan tanpa kita sedari. 6 00:02:34,560 --> 00:02:38,159 Saya tak tahu wajahnya, tapi saya tahu apa yang dia mampu buat. Awak juga begitu. 7 00:02:38,160 --> 00:02:40,400 Tahun depan, 17 kematian. 8 00:02:42,720 --> 00:02:44,000 Saya jumpa di pencetak. 9 00:02:45,040 --> 00:02:46,040 Terima kasih. 10 00:02:53,040 --> 00:02:54,039 Awak balik rumah? 11 00:02:54,040 --> 00:02:55,439 Apa gunanya? 12 00:02:55,440 --> 00:02:57,920 Ravi masih menjalani latihan di Leeds. 13 00:02:59,360 --> 00:03:00,360 Awak dapat tidur? 14 00:03:02,520 --> 00:03:03,520 Tak pasti. 15 00:03:06,040 --> 00:03:08,000 Kami dah kenal pasti semua mangsa. 16 00:03:09,680 --> 00:03:12,320 Tiada yang sepadan. Pengebom itu terlepas. 17 00:03:13,760 --> 00:03:15,599 Kami masih periksa rakaman CCTV. 18 00:03:15,600 --> 00:03:17,520 - Ada jumpa petunjuk? - Belum lagi. 19 00:03:18,160 --> 00:03:20,240 Cuma ada pantulan saja. Lihat di sini. 20 00:03:20,960 --> 00:03:24,840 Lihat di bucu gambar ini, baju hud kuning. Tetapi... 21 00:03:26,560 --> 00:03:28,000 Tak nampak dengan jelas. 22 00:03:29,840 --> 00:03:32,959 Jika dia rancang perkara ini, dia pasti tahu kedudukan kamera. 23 00:03:32,960 --> 00:03:35,239 Dia takkan dapat elak semuanya. 24 00:03:35,240 --> 00:03:36,320 Kita akan jumpa dia. 25 00:03:37,480 --> 00:03:39,680 Tidak. Saya rasa tak boleh. 26 00:03:41,560 --> 00:03:44,960 Itu semangat yang saya mahu. Duduk dan kasihan kepada diri sendiri. 27 00:03:45,520 --> 00:03:47,440 Shepherd itu gila orangnya. 28 00:03:48,160 --> 00:03:49,600 Sama seperti pelaku ini. 29 00:03:50,080 --> 00:03:51,719 Dia tahu perkara buruk akan berlaku, 30 00:03:51,720 --> 00:03:53,759 saya juga tahu perkara buruk akan berlaku, 31 00:03:53,760 --> 00:03:56,160 kerana perkara buruk memang selalu berlaku! 32 00:03:58,520 --> 00:04:04,520 Perkara buruk berlaku setiap hari di dunia ini. 33 00:04:13,000 --> 00:04:14,520 Dia juga telah salah kira. 34 00:04:18,600 --> 00:04:20,440 Dia kata 17 orang akan mati. 35 00:04:21,720 --> 00:04:23,360 Saya dah semak, ada 16 saja. 36 00:04:29,560 --> 00:04:30,560 Apa? 37 00:04:35,480 --> 00:04:37,360 Kelly Watson, dia... 38 00:04:41,240 --> 00:04:42,920 Dia hamil sembilan bulan. 39 00:04:48,800 --> 00:04:50,439 Beginilah... 40 00:04:50,440 --> 00:04:51,920 - Tidak, tentu ini... - Okey. 41 00:04:52,040 --> 00:04:54,040 - Ini kebetulan. - Okey, Nick! 42 00:05:02,480 --> 00:05:04,559 Dah berapa kali awak tengok video itu? 43 00:05:04,560 --> 00:05:06,000 Saya sedang dengar lagu. 44 00:05:07,440 --> 00:05:08,520 Tentulah. 45 00:05:09,880 --> 00:05:10,880 Saya tersilap. 46 00:05:12,800 --> 00:05:15,120 Kewujudan itu ibarat roda. Berputar. 47 00:05:15,760 --> 00:05:19,879 Dalam setiap kitaran, kita berdua duduk di bilik ini. 48 00:05:19,880 --> 00:05:23,200 Awak tanya saya soalan. Saya beritahu perkara sebenar. 49 00:05:23,800 --> 00:05:27,160 Saya juga beritahu apa yang akan berlaku jika awak tak percaya. 50 00:06:02,280 --> 00:06:06,680 KALA SYAITAN MENGAMUK 51 00:06:14,360 --> 00:06:17,440 Sudah hampir setahun, dia masih mimpi tentang kebakaran itu. 52 00:06:18,240 --> 00:06:21,360 Saya sangka mimpi itu akan berhenti, tapi ia semakin teruk. 53 00:06:22,920 --> 00:06:27,680 Saya cuma harap ada cara untuk buat dia lupakannya. 54 00:06:29,560 --> 00:06:31,039 Saya tak mahir tentang mimpi. 55 00:06:31,040 --> 00:06:34,240 Kadangkala mimpi itu serabut dan mengelirukan. 56 00:06:35,040 --> 00:06:37,200 Namun, ada tema yang sama. 57 00:06:39,080 --> 00:06:40,840 Bila kali terakhir Isaac jumpa bapanya? 58 00:06:42,280 --> 00:06:43,440 Malam itu kali terakhir. 59 00:06:45,120 --> 00:06:46,760 - Lucy, saya rasa... - Tidak. 60 00:06:47,240 --> 00:06:49,080 Dia takkan jumpa Mike lagi. 61 00:06:51,920 --> 00:06:53,760 - Dengan pengawasan... - Dia tinggal Isaac! 62 00:06:58,480 --> 00:07:02,560 Dia tutup pintu dan biarkan Isaac dalam kebakaran. 63 00:07:03,800 --> 00:07:06,879 Jika ada bukti, dia pasti dipenjarakan, tapi saya tiada bukti. 64 00:07:06,880 --> 00:07:08,359 Awak masih tak percaya. 65 00:07:08,360 --> 00:07:11,599 - Mimpi itu berulang... - Berdasarkan memori! 66 00:07:11,600 --> 00:07:13,320 Ya, memori yang traumatik. 67 00:07:13,880 --> 00:07:16,880 Bercelaru. Bercampur dengan imaginasi. 68 00:07:20,040 --> 00:07:22,120 Bagaimana jika itu bukan imaginasi dia? 69 00:07:22,680 --> 00:07:24,479 Secara teorinya. 70 00:07:24,480 --> 00:07:29,000 Bagaimana jika dia benar-benar mengalami semua perkara mengarut itu? 71 00:07:30,680 --> 00:07:34,600 Bagaimana awak nak rawat dia, bantu dia terima kenyataan? 72 00:07:37,840 --> 00:07:40,120 Saya tak faham maksud awak. 73 00:07:43,560 --> 00:07:45,080 Tak mengapalah. 74 00:07:49,920 --> 00:07:52,000 Saya cuma tak mahu dia ketakutan lagi. 75 00:07:53,560 --> 00:07:56,040 Kalaulah saya boleh padamkan rasa itu. 76 00:07:57,320 --> 00:07:58,320 Ya. 77 00:07:58,800 --> 00:08:02,880 Lucy, saya nak tanya, bolehkah kita adakan sesi untuk kita berdua saja? 78 00:08:03,520 --> 00:08:06,279 Bukan pada setiap masa, 79 00:08:06,280 --> 00:08:09,960 tapi kadangkala, saya rasa kelakuannya dipengaruhi oleh tindakan awak. 80 00:08:15,560 --> 00:08:16,560 Lucy? 81 00:08:19,600 --> 00:08:22,079 Ya. Tentulah. 82 00:08:22,080 --> 00:08:23,560 Saya akan pertimbangkannya. 83 00:08:24,360 --> 00:08:25,360 Terima kasih. 84 00:09:04,640 --> 00:09:05,640 Apa pendapat kamu? 85 00:09:06,960 --> 00:09:07,960 Saya tak nampak. 86 00:09:19,040 --> 00:09:20,040 Ambil ini. 87 00:09:23,040 --> 00:09:24,040 Cuba genggam. 88 00:09:28,040 --> 00:09:29,040 Rasa lebih baik? 89 00:09:38,160 --> 00:09:40,600 Marilah. Ibu ada barang untuk bilik kamu. 90 00:10:07,120 --> 00:10:08,120 Lima. 91 00:10:10,480 --> 00:10:11,640 Lima belas. 92 00:10:20,880 --> 00:10:21,960 Tak mengapa. 93 00:10:22,520 --> 00:10:23,960 Itu hanya bunyi rumah ini. 94 00:10:24,760 --> 00:10:28,760 Rumah baru memang begitu. Ia menyesuaikan diri, sama seperti kita. 95 00:10:30,960 --> 00:10:31,960 Isaac. 96 00:10:33,760 --> 00:10:37,080 Tiada hantu di sini. Ibu janji. 97 00:10:38,960 --> 00:10:40,120 Ada apa? 98 00:10:41,280 --> 00:10:43,440 Meredith kata hantu tidak wujud. 99 00:10:45,040 --> 00:10:46,040 Tapi memang ada. 100 00:10:48,480 --> 00:10:50,720 Ada hantu di belakangnya sewaktu dia kata begitu. 101 00:10:52,840 --> 00:10:54,880 Bila? Sewaktu kamu bermain di rumahnya? 102 00:10:58,680 --> 00:11:00,200 Sayang. 103 00:11:01,800 --> 00:11:03,000 Rumah ini berbeza. 104 00:11:04,640 --> 00:11:09,319 Tiada sesiapa pernah tinggal di rumah ini. 105 00:11:09,320 --> 00:11:13,839 Hanya untuk kita. Untuk hayat ini saja. Okey? 106 00:11:13,840 --> 00:11:15,000 Untuk kitaran ini. 107 00:11:16,480 --> 00:11:18,120 Saya tak patut berada di sini. 108 00:11:19,800 --> 00:11:21,520 Tiada apa yang "patut" berlaku. 109 00:11:23,320 --> 00:11:26,000 Kita ada di sini kerana itu pilihan kita. 110 00:11:28,560 --> 00:11:32,080 Sama juga seperti ibu yang memilih kamu. 111 00:11:40,760 --> 00:11:45,560 Sekarang ibu pilih untuk menang permainan ini. 112 00:13:02,160 --> 00:13:03,320 Saudara! 113 00:13:04,000 --> 00:13:05,160 Nak pergi ke mana? 114 00:13:09,480 --> 00:13:10,799 Pakaian awak seperti pedo. 115 00:13:10,800 --> 00:13:12,679 - Hei, tangkap! - Hei. 116 00:13:12,680 --> 00:13:16,000 Beri kami wang, atau kami lapor polis kerana awak seorang pedo. 117 00:13:16,600 --> 00:13:19,160 Saya tak mahu cederakan kamu, jadi pergilah... 118 00:13:19,720 --> 00:13:20,799 Jahanam. 119 00:13:20,800 --> 00:13:22,960 Ambil telefon dia. Cepat. 120 00:13:24,960 --> 00:13:26,199 Keparat! 121 00:13:26,200 --> 00:13:27,920 Hei, awas! 122 00:14:15,480 --> 00:14:19,520 Dhillon, awak dengar tak? Dhillon! 123 00:14:20,920 --> 00:14:21,919 Maaf. 124 00:14:21,920 --> 00:14:23,400 Jangan pengsan. 125 00:14:24,760 --> 00:14:26,679 Aduhai! 126 00:14:26,680 --> 00:14:28,520 Beritahu perkara yang perlu saja. 127 00:14:29,000 --> 00:14:31,159 Mangsa dipukul sebanyak tiga kali. 128 00:14:31,160 --> 00:14:33,679 Retakan tempurung kepala di sini, sini dan sini. 129 00:14:33,680 --> 00:14:35,359 Hentakan ini menyebabkan pendarahan. 130 00:14:35,360 --> 00:14:38,479 Punca kematiannya ialah hematoma intrakranial. 131 00:14:38,480 --> 00:14:39,639 Bukan serta-merta. 132 00:14:39,640 --> 00:14:41,559 Sebab itu dia masih boleh berjalan. 133 00:14:41,560 --> 00:14:43,319 - Darah banyak keluar. - Di dalam. 134 00:14:43,320 --> 00:14:45,879 Pendarahan berlaku di antara otak dan tengkorak. 135 00:14:45,880 --> 00:14:46,960 Aduhai. 136 00:14:48,080 --> 00:14:49,080 Ada apa-apa lagi? 137 00:14:49,640 --> 00:14:50,679 Tiada yang relevan. 138 00:14:50,680 --> 00:14:52,519 Kematian akibat trauma di kepala. 139 00:14:52,520 --> 00:14:53,959 Awak boleh dakwa si pelaku. 140 00:14:53,960 --> 00:14:55,119 Baiklah. 141 00:14:55,120 --> 00:14:56,400 Jangan biar dia terlepas. 142 00:14:57,080 --> 00:14:59,680 Kelakarnya. Carilah lawak baru, Gibson. 143 00:15:07,760 --> 00:15:09,079 DI Dhillon. 144 00:15:09,080 --> 00:15:12,480 Ravi. Ini Sam. Sam Boyd. 145 00:15:13,320 --> 00:15:16,159 Boyd... Hai, maaflah, ini telefon baru. 146 00:15:16,160 --> 00:15:17,879 Saya belum simpan nombor awak. 147 00:15:17,880 --> 00:15:20,319 Maaf kerana telefon tiba-tiba. 148 00:15:20,320 --> 00:15:22,760 Tiada masalah. Awak mahu saya beri perakuan? 149 00:15:23,840 --> 00:15:25,720 Saya perlu bantuan. Sangat mustahak. 150 00:15:26,720 --> 00:15:29,640 Awak mungkin akan tolak, tapi saya akan terus mencuba. 151 00:15:30,360 --> 00:15:31,360 Awak memang begitu. 152 00:15:34,440 --> 00:15:37,960 Gideon Shepherd dilihat berada di Taman Hackridge malam tadi. 153 00:15:38,760 --> 00:15:40,480 Hatby mahu seorang DI di lapangan. 154 00:15:41,400 --> 00:15:43,439 Ada ramai lagi DI di tempat awak. 155 00:15:43,440 --> 00:15:47,640 Detektif terbaik yang saya kenal berpindah ke Sheffield, dia pakar kes ini. 156 00:15:48,800 --> 00:15:51,640 Kes ini hampir buat saya dipecat. Sebab itu saya pindah. 157 00:15:52,320 --> 00:15:55,080 Kami dah minta izin daripada DCI awak. 158 00:15:56,200 --> 00:15:57,599 Saya bukan orangnya, Sam. 159 00:15:57,600 --> 00:16:01,079 Kenapa? Awak tak mahu tangkap dia? 160 00:16:01,080 --> 00:16:02,160 Sejujurnya? 161 00:16:03,280 --> 00:16:04,280 Saya pun tak pasti. 162 00:16:05,280 --> 00:16:08,120 Ravi, dia ada di luar sana. 163 00:16:09,240 --> 00:16:10,240 Dia semakin hampir. 164 00:16:11,240 --> 00:16:13,520 Mungkin dia sedang merancang sesuatu. 165 00:16:15,600 --> 00:16:16,680 Ya, tentulah. 166 00:16:17,600 --> 00:16:19,920 Jadi, bantulah saya. Tolonglah. 167 00:16:21,000 --> 00:16:23,680 Saya mahu awak saja. Awak yang paling mengenali dia. 168 00:16:26,000 --> 00:16:27,320 Itu tak benar. 169 00:16:31,840 --> 00:16:35,359 Orang awam disarankan untuk tidak mendekati suspek ini, 170 00:16:35,360 --> 00:16:38,200 dan hubungi pihak polis jika ada sebarang maklumat. 171 00:16:39,000 --> 00:16:42,279 Ini kali pertama Gideon Shepherd dilihat 172 00:16:42,280 --> 00:16:45,439 sejak terlepas dari tahanan polis kira-kira 11 bulan lalu, 173 00:16:45,440 --> 00:16:49,360 setelah mencederakan dua pegawai polis. Dia dikehendaki... 174 00:16:54,200 --> 00:16:55,320 Tak guna. 175 00:17:48,760 --> 00:17:54,560 SUBARU IMPREZA BIRU - DICURI 176 00:18:00,200 --> 00:18:01,440 Saya kata jangan datang. 177 00:18:04,480 --> 00:18:06,440 Awak tak angkat telefon. 178 00:18:08,240 --> 00:18:09,880 Jika ada orang ekori awak... 179 00:18:10,800 --> 00:18:12,680 Muka saya tak terpampang di akhbar. 180 00:18:14,000 --> 00:18:15,200 Awak cederakan orang. 181 00:18:16,400 --> 00:18:17,639 Saya tiada pilihan. 182 00:18:17,640 --> 00:18:19,520 - Mereka budak-budak. - Remaja. 183 00:18:21,040 --> 00:18:23,160 Mereka ramai. Saya terpaksa buat begitu. 184 00:18:24,440 --> 00:18:26,040 Mereka sedang mencari awak. 185 00:18:27,320 --> 00:18:29,280 Memang begitu sejak umur saya 9 tahun. 186 00:18:30,040 --> 00:18:31,879 Beribu hayat sebelum ini. Sama saja. 187 00:18:31,880 --> 00:18:34,640 Tak sama. Awak tak tahu apa akan berlaku selepas ini. 188 00:18:36,320 --> 00:18:37,320 Saya ada idea. 189 00:18:39,560 --> 00:18:42,080 Ada orang yang menjijikkan di luar sana. 190 00:18:42,200 --> 00:18:43,719 {\an8}BAJU HUD KUNING - BEG HITAM 191 00:18:43,720 --> 00:18:46,240 Jika berselisih di jalanan pun saya takkan tahu. 192 00:18:47,200 --> 00:18:50,080 Dia boleh buat apa-apa saja kepada sesiapa yang dia mahu. 193 00:18:51,560 --> 00:18:52,560 Dia takkan buat. 194 00:18:53,480 --> 00:18:54,760 Kita tahu perbuatannya. 195 00:18:56,280 --> 00:18:57,480 Kita tahu masa dia buat. 196 00:18:59,320 --> 00:19:01,200 Kita cuma perlu lihat wajahnya. 197 00:21:18,320 --> 00:21:20,880 Jangan merokok di situ. Nanti langsir akan berbau. 198 00:21:38,440 --> 00:21:40,080 Awak takkan suka apa saya nak kata. 199 00:21:40,960 --> 00:21:42,080 Janganlah cakap. 200 00:21:43,560 --> 00:21:45,080 Awak perlu ambil cuti rehat. 201 00:21:47,560 --> 00:21:50,200 Tahun lepas, dengan Shepherd dan Slade. 202 00:21:50,720 --> 00:21:52,120 Kini dengan pengeboman pula. 203 00:21:54,240 --> 00:21:55,840 Saya bimbang awak terkesan. 204 00:21:57,280 --> 00:21:58,360 Saya bimbang... 205 00:22:00,080 --> 00:22:01,080 Apa? 206 00:22:02,160 --> 00:22:05,320 Kadangkala, jasad awak di sini, jiwa awak di tempat lain. 207 00:22:07,720 --> 00:22:08,840 Saya rindukan awak. 208 00:22:12,120 --> 00:22:13,720 Memang pentingkan diri, tapi saya... 209 00:22:15,240 --> 00:22:17,800 - Tak apalah. Abaikan saja. - Tak mengapa. 210 00:22:19,720 --> 00:22:20,840 Betul cakap awak. 211 00:22:22,720 --> 00:22:23,720 Betulkah? 212 00:22:25,120 --> 00:22:26,560 Hidup ini cuma sekali. 213 00:22:28,440 --> 00:22:29,920 Saya juga rindukan awak. 214 00:22:34,000 --> 00:22:35,560 Kita boleh pergi bercuti. 215 00:22:36,240 --> 00:22:39,640 Di tempat cuacanya panas, dan terlalu mahal. 216 00:22:41,960 --> 00:22:43,440 Saya tak mahu bercuti. 217 00:22:48,480 --> 00:22:49,920 Saya nak cuba dapat anak. 218 00:23:04,720 --> 00:23:06,000 {\an8}HAMIL II TIDAK HAMIL I 219 00:24:52,080 --> 00:24:54,520 Saya tak nak ambil pil awak. 220 00:25:12,680 --> 00:25:14,080 Dia selalu di sini. 221 00:25:15,560 --> 00:25:18,120 Dia cuma duduk di bucu katil. 222 00:25:27,400 --> 00:25:28,880 Jangan pandang saya begitu. 223 00:25:30,080 --> 00:25:31,480 Jangan pandang saya begitu! 224 00:25:31,960 --> 00:25:33,240 Jangan pandang saya! 225 00:25:38,280 --> 00:25:40,200 Doktor Ellis jumpa dia pagi tadi. 226 00:25:41,280 --> 00:25:42,680 Tak dapat pujuk dia tidur. 227 00:25:45,240 --> 00:25:47,720 - Mak? - Semalam dia baik saja. 228 00:25:48,680 --> 00:25:50,080 Kami tak pasti apa yang terjadi. 229 00:25:52,040 --> 00:25:53,679 Mak, mari kita... 230 00:25:53,680 --> 00:25:55,680 Mari saya bawa mak duduk. Marilah. 231 00:25:56,760 --> 00:25:57,760 Baiklah. 232 00:25:58,640 --> 00:25:59,640 Baiklah, duduk. 233 00:26:05,240 --> 00:26:07,880 Mak? Pandang saya. 234 00:26:12,160 --> 00:26:14,519 Di mana Doktor Ellis sekarang? 235 00:26:14,520 --> 00:26:15,960 Dia bersama pesakit lain. 236 00:26:17,560 --> 00:26:18,560 Tentulah. 237 00:26:20,440 --> 00:26:22,480 Apa yang berubah? Awak beri mak apa? 238 00:26:23,240 --> 00:26:26,520 Dos yang sama. Mungkin daya toleransinya meningkat. 239 00:26:27,520 --> 00:26:29,160 Kita perlu cari kaedah lain. 240 00:26:30,120 --> 00:26:31,120 Di mana gambar itu? 241 00:26:32,680 --> 00:26:36,280 Doktor Ellis mahu lihat sama ada dia merenung gambar itu ataupun... 242 00:26:37,400 --> 00:26:38,840 hanya termenung. 243 00:26:41,360 --> 00:26:43,600 Boleh awak tolong letak semula? 244 00:26:53,400 --> 00:26:54,400 Mak? 245 00:26:58,040 --> 00:27:00,160 Beritahu saya apa yang berlaku. 246 00:27:03,120 --> 00:27:04,440 Apa yang tak kena? 247 00:27:08,400 --> 00:27:09,800 - Mak! - Beri dia masa. 248 00:27:10,640 --> 00:27:11,879 Saya dah beri dia masa. 249 00:27:11,880 --> 00:27:14,000 Dia semakin teruk. Mungkin tempat ini. 250 00:27:14,720 --> 00:27:16,960 - Ini tempat terbaik untuk dia. - Begitukah? 251 00:27:17,800 --> 00:27:19,120 Dia perlu penjagaan pakar. 252 00:27:20,560 --> 00:27:22,359 Jika awak nak jumpa Doktor Ellis... 253 00:27:22,360 --> 00:27:24,439 Mereka semua tak tahu apa masalahnya. 254 00:27:24,440 --> 00:27:26,640 Awak semua tak mahu dengar cakap saya! 255 00:27:30,360 --> 00:27:31,480 Maaf. Saya cuma... 256 00:27:35,720 --> 00:27:37,680 Boleh biar kami bersendirian? 257 00:27:52,520 --> 00:27:53,680 Mak di mana? 258 00:27:56,200 --> 00:27:57,520 Mak pergi ke mana? 259 00:27:59,640 --> 00:28:02,160 Saya takkan biar mak pergi lagi. Mak faham? 260 00:28:03,640 --> 00:28:05,200 Mak harus kembali. 261 00:28:10,200 --> 00:28:12,160 Mak harus pulang. 262 00:28:41,160 --> 00:28:42,160 DI Dhillon. 263 00:28:43,480 --> 00:28:44,760 DS Boyd. 264 00:28:46,000 --> 00:28:47,000 Terima kasih, datang. 265 00:28:47,920 --> 00:28:50,399 - Sementara saja. - Saya faham. 266 00:28:50,400 --> 00:28:53,599 Jika saya perlukan pengasuh, saya dah ada orang untuk dibuli. 267 00:28:53,600 --> 00:28:55,600 Awak patut minta naik pangkat. 268 00:28:56,440 --> 00:28:59,720 Awak perlu tanya isteri saya dulu. Anak saya juga. 269 00:29:00,280 --> 00:29:01,880 Lagipun, DI perlu kerja hari Ahad. 270 00:29:02,960 --> 00:29:04,280 Awak masih menyanyi koir? 271 00:29:05,760 --> 00:29:07,760 Masih teruk, tapi penuh perasaan. 272 00:29:10,560 --> 00:29:12,840 Saya dah kemaskan meja untuk awak. 273 00:29:15,080 --> 00:29:17,080 Saya nak ambil pas. Kita terus keluar. 274 00:29:18,400 --> 00:29:20,480 Apa? Awak tak mahu tegur sesiapa? 275 00:29:21,280 --> 00:29:22,720 Mereka tak salahkan awak, Ravi. 276 00:29:29,320 --> 00:29:32,040 Untuk Shepherd atau Nick? 277 00:29:34,680 --> 00:29:36,200 Ini bukan jejak kasih, Sam. 278 00:29:37,920 --> 00:29:39,639 Ya. Saya cuma cakap saja. 279 00:29:39,640 --> 00:29:40,840 Terima kasih. 280 00:29:41,560 --> 00:29:44,640 Kalau awak tak kisah, saya cuma mahu selesaikan kes ini. 281 00:29:46,040 --> 00:29:47,160 Ya, keputusan awak. 282 00:29:49,160 --> 00:29:50,400 Jadi, awak nak mula di mana? 283 00:29:53,800 --> 00:29:57,600 Baiklah, kamera ini milik sekolah, jadi kamu perlu berhati-hati dengannya. 284 00:29:58,680 --> 00:30:00,760 Jason Williams, kamu dengar tak? 285 00:30:01,920 --> 00:30:02,919 Tidak. 286 00:30:02,920 --> 00:30:05,399 Kamu akan bawa kamera ini pulang ke rumah. 287 00:30:05,400 --> 00:30:09,839 Ini bermaksud kamu bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kamera ini. 288 00:30:09,840 --> 00:30:11,480 Martin, kamu pun sama. 289 00:30:12,400 --> 00:30:15,000 Johnny, tolong jangan buat begitu. 290 00:30:15,680 --> 00:30:19,040 Kita bukan mahu ambil gambar sendiri atau kawan-kawan. 291 00:30:20,200 --> 00:30:24,440 Boleh berikan perhatian? Ini untuk kamu juga, Isaac Chambers. 292 00:30:27,240 --> 00:30:28,240 Terima kasih. 293 00:30:30,280 --> 00:30:32,239 MENERUSI LENSA MANUSIA 294 00:30:32,240 --> 00:30:35,120 Saya mahu kamu ambil gambar alam semula jadi. 295 00:30:35,920 --> 00:30:40,680 Seperti haiwan, pokok, sungai, pantai. 296 00:30:41,480 --> 00:30:43,799 Tapi bukan alam semula jadi sahaja. 297 00:30:43,800 --> 00:30:45,759 - Dengar... - Kita akan fikir tentang... 298 00:30:45,760 --> 00:30:47,839 ...kamu semua sudah buat dengan baik. 299 00:30:47,840 --> 00:30:50,279 - Apakah jenis efek ini? - Banyak idea yang bagus. 300 00:30:50,280 --> 00:30:52,839 - Positif atau negatif? - Simon, tumpukan perhatian. 301 00:30:52,840 --> 00:30:55,559 - Saya takkan ulang. - Bertanggungjawab atau tidak? 302 00:30:55,560 --> 00:30:59,600 - Saya mahu bercakap dengan... - Kamu boleh berfikir tentang sisa sampah. 303 00:31:00,520 --> 00:31:02,120 Jason, letakkan benda itu! 304 00:31:04,880 --> 00:31:07,240 Isaac, apa yang cikgu cakap tadi? 305 00:31:08,480 --> 00:31:09,920 "Apa yang cikgu cakap tadi?" 306 00:31:12,200 --> 00:31:13,800 Adakah itu lucu? 307 00:31:18,840 --> 00:31:19,840 Apa yang tak kena? 308 00:31:21,120 --> 00:31:22,440 Kamu okey? 309 00:31:32,760 --> 00:31:34,640 Tak mengapa. Kamera tak rosak. 310 00:31:35,760 --> 00:31:36,840 Tolong diam! 311 00:31:46,040 --> 00:31:47,359 Kami tak mahu takutkan sesiapa. 312 00:31:47,360 --> 00:31:48,839 Cuma langkah berjaga-jaga. 313 00:31:48,840 --> 00:31:51,480 Namun, kita tak boleh mengetepikan kebetulan ini. 314 00:31:52,360 --> 00:31:55,879 Shepherd ada berdekatan. Mungkin dia sedang merancang sesuatu. 315 00:31:55,880 --> 00:31:58,360 Ada murid yang melalui taman itu untuk ke sekolah. 316 00:31:58,960 --> 00:32:01,199 Kita mahu ibu bapa cakna tentang risikonya, 317 00:32:01,200 --> 00:32:03,319 tanpa membuat mereka panik. 318 00:32:03,320 --> 00:32:05,319 Sudah tentu. Saya... 319 00:32:05,320 --> 00:32:06,640 Maaf, cikgu. 320 00:32:07,560 --> 00:32:12,040 Maafkan saya, saya terlupa nama awak. 321 00:32:12,600 --> 00:32:14,640 DI Dhillon. Ravi. 322 00:32:15,320 --> 00:32:16,320 Semuanya okey? 323 00:32:19,360 --> 00:32:22,519 - Maaf. DS Boyd. - Cik Rogers. 324 00:32:22,520 --> 00:32:25,039 Elena. Guru Isaac. 325 00:32:25,040 --> 00:32:26,239 Baguslah. 326 00:32:26,240 --> 00:32:30,079 Jika awak ada nampak sesuatu yang mencurigakan, hubungi kami. 327 00:32:30,080 --> 00:32:32,320 Terus ke telefon bimbit. Jangan telefon pejabat. 328 00:32:33,440 --> 00:32:34,440 Terima kasih. 329 00:34:52,760 --> 00:34:56,599 "Ini untuk kamu, kata anjing baik itu. Terima kasih, kata Thomas. 330 00:34:56,600 --> 00:34:58,440 "Saya tak perlu bersedih lagi. 331 00:34:59,000 --> 00:35:01,439 "Selagi saya ada ini, saya akan ingat tentang awak 332 00:35:01,440 --> 00:35:03,560 "dan saya takkan rasa sunyi lagi." 333 00:35:50,360 --> 00:35:51,640 Awak buat apa di sini, Lucy? 334 00:35:52,360 --> 00:35:53,360 Beli bekalan makanan. 335 00:35:56,520 --> 00:35:57,640 Apakah ini? 336 00:35:58,520 --> 00:36:00,040 Pain au chocolat. 337 00:36:00,960 --> 00:36:03,200 Mustahil awak tak pernah makan pain au chocolat. 338 00:36:03,320 --> 00:36:06,039 - Tak pernah. - Rasanya sangat sedap. 339 00:36:06,040 --> 00:36:07,320 Untuk sarapan pagi. 340 00:36:08,360 --> 00:36:09,880 Siapa makan coklat untuk sarapan? 341 00:36:10,440 --> 00:36:11,600 Hidup ini hanya sekali. 342 00:36:13,120 --> 00:36:14,119 Itu tak benar. 343 00:36:14,120 --> 00:36:15,680 Tak mengapa. Bukan untuk awak. 344 00:36:17,920 --> 00:36:18,920 Jadi, untuk siapa? 345 00:36:22,480 --> 00:36:23,480 Lucy? 346 00:36:26,640 --> 00:36:27,680 Mak di dalam kereta. 347 00:36:30,920 --> 00:36:34,039 Tidak. Awak tak boleh buat begini. 348 00:36:34,040 --> 00:36:36,919 Dia kenal rumah ini. Kami ada banyak memori di sini. 349 00:36:36,920 --> 00:36:38,559 Dia hanya boleh cari di sini. 350 00:36:38,560 --> 00:36:41,599 - Awak tak berfikir dengan waras. - Memang pun. 351 00:36:41,600 --> 00:36:44,559 Jika tak buat sesuatu sekarang, dia akan hilang selamanya. 352 00:36:44,560 --> 00:36:46,320 Selamanya tidak wujud. 353 00:36:47,680 --> 00:36:49,040 Dia akan kembali. 354 00:36:50,080 --> 00:36:51,600 Sama seperti awak dan saya. 355 00:36:52,520 --> 00:36:54,120 Sama juga dengan semua orang. 356 00:36:54,640 --> 00:36:57,840 Begitulah kitarannya ibarat roda. 357 00:37:00,160 --> 00:37:04,039 Saya dah cuba selamatkan dia, cuba untuk beri dia kehidupan. 358 00:37:04,040 --> 00:37:05,880 Tapi jasadnya menolak. 359 00:37:06,880 --> 00:37:08,360 Awak tak boleh buat apa-apa. 360 00:37:09,520 --> 00:37:11,360 - Awak tak tahu. - Saya tahu segalanya. 361 00:37:13,360 --> 00:37:15,800 Minda saya berusia ribuan tahun. 362 00:37:17,160 --> 00:37:20,160 Ada dua kehidupan dalam kepala awak. Saya ada beratus. 363 00:37:21,160 --> 00:37:24,319 Saya pernah terbakar, lemas, berdarah sampai mati. 364 00:37:24,320 --> 00:37:26,120 Saya pernah hidup, pernah ketawa. 365 00:37:29,000 --> 00:37:29,999 Saya tak boleh bantu. 366 00:37:30,000 --> 00:37:31,559 Saya tak minta bantuan awak. 367 00:37:31,560 --> 00:37:34,399 Saya akan datang setiap hari. Beri dia makanan, mandikan dia. 368 00:37:34,400 --> 00:37:36,479 - Tidak. - Awak takkan sedar kehadiran dia. 369 00:37:36,480 --> 00:37:37,960 Tidak, saya dah beritahu. 370 00:37:38,600 --> 00:37:41,160 Jauhkan diri daripada saya. Awak sangka awak selamat. 371 00:37:42,080 --> 00:37:43,280 Awak tak selamat. 372 00:37:43,840 --> 00:37:46,120 Awak ingat awak kenal saya. Tetapi tidak. 373 00:37:47,120 --> 00:37:48,280 Saya bunuh orang. 374 00:37:50,560 --> 00:37:53,439 Awak bunuh orang yang menyakiti orang lain. 375 00:37:53,440 --> 00:37:56,160 Saya bunuh orang yang halang saya. 376 00:38:01,440 --> 00:38:02,800 Dia takkan halang awak. 377 00:38:16,600 --> 00:38:17,600 Maafkan saya. 378 00:38:19,080 --> 00:38:20,079 Helo. 379 00:38:20,080 --> 00:38:22,960 DI Dhillon, kita pernah jumpa tahun lepas. 380 00:38:23,840 --> 00:38:24,839 Yakah? 381 00:38:24,840 --> 00:38:26,640 Tentang kes Gideon Shepherd. 382 00:38:27,640 --> 00:38:28,640 Betul. 383 00:38:29,160 --> 00:38:30,839 Ini DS Boyd. 384 00:38:30,840 --> 00:38:33,160 Kami nak jumpa bos awak, kalau tak keberatan. 385 00:38:33,280 --> 00:38:35,560 Ya, tunggu di sini. Saya periksa jika dia lapang. 386 00:38:38,440 --> 00:38:40,559 Tidak, dia sudah lama berhenti. 387 00:38:40,560 --> 00:38:43,320 - Awak masih hubungi dia? - Kadang-kadang. 388 00:38:43,880 --> 00:38:47,399 Dia serahkan notis selepas semua yang terjadi. 389 00:38:47,400 --> 00:38:49,319 Dia bekerja di mana sekarang? 390 00:38:49,320 --> 00:38:50,640 Tak bekerja. 391 00:38:51,960 --> 00:38:53,360 Setakat yang kami tahu. 392 00:38:54,640 --> 00:38:56,439 Bagaimana dia dapat wang? 393 00:38:56,440 --> 00:38:58,959 Dia dapat pampasan insurans sewaktu rumahnya terbakar. 394 00:38:58,960 --> 00:39:00,879 Dia ceraikan suaminya, dapat wang. 395 00:39:00,880 --> 00:39:02,880 Dia juga berjudi. 396 00:39:03,760 --> 00:39:05,799 Saya nampak dia di pusat pertaruhan. 397 00:39:05,800 --> 00:39:06,840 Lumba kuda? 398 00:39:07,760 --> 00:39:11,079 Perlawanan akhir Wimbledon. Dia menang wang tunai yang banyak. 399 00:39:11,080 --> 00:39:14,840 Pertaruhan tenis tak begitu lumayan, jadi tentu pertaruhannya banyak. 400 00:39:15,680 --> 00:39:18,000 Nampaknya dia bertuah kali ini. 401 00:39:18,640 --> 00:39:21,119 Mereka sukar dijangka musim ini, bukan? 402 00:39:21,120 --> 00:39:22,160 RAGBI SUPER MINGGU 2 403 00:39:22,280 --> 00:39:25,319 Setiap perlawanan sukar diduga, jadi bersedia untuk kejutan. 404 00:39:25,320 --> 00:39:26,560 Betul cakap awak. 405 00:39:26,840 --> 00:39:30,160 Mereka menang semula selepas cabaran di awal musim. 406 00:39:30,280 --> 00:39:32,839 Lima minggu sebelum ini agak sukar bagi mereka. 407 00:39:32,840 --> 00:39:34,959 Dua perlawanan lepas mengejutkan saya. 408 00:39:34,960 --> 00:39:36,879 Mereka bertemu pihak lawan yang sukar. 409 00:39:36,880 --> 00:39:39,040 Jurulatih baru telah buktikan dirinya... 410 00:39:48,520 --> 00:39:49,559 Ravi. 411 00:39:49,560 --> 00:39:50,640 Hai. 412 00:39:52,040 --> 00:39:54,559 - Awak buat apa di sini? - Saya dah kembali. 413 00:39:54,560 --> 00:39:56,599 Mungkin kita boleh bersembang. 414 00:39:56,600 --> 00:39:58,400 Tapi saya tak ada nombor awak. 415 00:40:01,960 --> 00:40:03,280 Bagaimana awak jumpa kami? 416 00:40:04,560 --> 00:40:05,640 Saya seorang detektif. 417 00:40:09,640 --> 00:40:13,400 - Jika masa ini tak sesuai, saya boleh... - Tidak. Gembira dapat jumpa awak. 418 00:40:17,640 --> 00:40:19,960 Helo, Isaac. Lama tak jumpa. 419 00:40:28,280 --> 00:40:29,760 Hei! Awak masih ingat! 420 00:40:31,280 --> 00:40:33,920 Isaac, kamu nak tukar pakaian? 421 00:40:34,480 --> 00:40:35,480 Budak yang baik. 422 00:40:38,960 --> 00:40:40,640 Ini tempat yang pelik, Chambers. 423 00:40:42,000 --> 00:40:43,280 Ya. Sebenarnya... 424 00:40:44,880 --> 00:40:46,519 Saya tak bayar lesen TV. 425 00:40:46,520 --> 00:40:49,040 Harap-harap mereka tak jumpa saya di sini. 426 00:40:50,080 --> 00:40:51,880 Saya akan simpan rahsia awak. 427 00:40:54,000 --> 00:40:55,200 Awak nak masuk? 428 00:40:58,520 --> 00:41:01,320 Awak nak bir? Atau awak sedang bertugas? 429 00:41:01,920 --> 00:41:02,920 Lebih kuranglah. 430 00:41:04,640 --> 00:41:05,640 "Lebih kurang." 431 00:41:06,440 --> 00:41:08,520 Awak kembali untuk dia? Saya tengok berita. 432 00:41:10,160 --> 00:41:11,280 Saya sangka dah selesai. 433 00:41:12,400 --> 00:41:17,520 Saya dengar dia cakap tentang pisau cukur dan mula semula, 434 00:41:18,320 --> 00:41:20,080 - mungkin dia... - Kelar tangannya? 435 00:41:21,960 --> 00:41:23,560 Maaf. 436 00:41:26,520 --> 00:41:28,080 Berapa lama awak ada di sini? 437 00:41:28,960 --> 00:41:30,120 Selama mana yang perlu. 438 00:41:31,840 --> 00:41:33,080 Saya jumpa guru Isaac. 439 00:41:33,640 --> 00:41:35,800 Mereka ambil serius perkara ini. 440 00:41:37,880 --> 00:41:40,360 Sudah setahun dia tak ganggu kami. 441 00:41:41,320 --> 00:41:42,640 Dia raksasa yang jahat. 442 00:41:43,280 --> 00:41:44,480 Dia taasub dengan awak. 443 00:41:45,760 --> 00:41:48,079 Dia dikesan di taman di belakang sekolah Isaac. 444 00:41:48,080 --> 00:41:49,280 Awak tak risau? 445 00:41:50,800 --> 00:41:52,080 Patutkah saya risau? 446 00:41:53,320 --> 00:41:56,359 Dia tak pernah sakiti saya, tak pernah mengancam saya. 447 00:41:56,360 --> 00:41:59,160 Dia pukul saya separuh mati. Jadi... 448 00:42:04,600 --> 00:42:05,600 Saya... 449 00:42:07,440 --> 00:42:08,840 Saya ada perenjat dalam kereta. 450 00:42:12,840 --> 00:42:13,960 Adakah itu dibenarkan? 451 00:42:15,600 --> 00:42:16,600 Tak juga. 452 00:42:25,120 --> 00:42:27,760 Saya cuba lawat awak di hospital. 453 00:42:30,280 --> 00:42:31,280 Cuba? 454 00:42:32,280 --> 00:42:33,840 Bos saya kata itu idea buruk. 455 00:42:34,840 --> 00:42:36,160 Saya takut hilang kerjaya. 456 00:42:42,280 --> 00:42:46,880 Saya ada hubungi awak selepas itu, tapi awak dah tukar nombor. 457 00:42:48,800 --> 00:42:51,399 Turun taraf. Detoks digital. 458 00:42:51,400 --> 00:42:52,560 Bijak. 459 00:42:53,600 --> 00:42:55,560 Bukan, itulah isunya. 460 00:42:58,400 --> 00:42:59,759 Makanlah di sini malam ini. 461 00:42:59,760 --> 00:43:01,639 Saya buat cassoulet. 462 00:43:01,640 --> 00:43:03,200 Atau kaserol, apa bezanya? 463 00:43:03,320 --> 00:43:06,039 Apa beza antara cassoulet dengan kaserol? 464 00:43:06,040 --> 00:43:08,320 Saya, entahlah... Ia sejenis stu. 465 00:43:09,800 --> 00:43:10,799 Saya tak mahu menyibuk. 466 00:43:10,800 --> 00:43:12,320 Tak apa, saya masak banyak. 467 00:43:14,200 --> 00:43:17,159 Lagipun, jika awak risaukan kami, 468 00:43:17,160 --> 00:43:19,879 lebih baik awak tunggu sebentar di sini. 469 00:43:19,880 --> 00:43:21,359 Pastikan kami selamat. 470 00:43:21,360 --> 00:43:22,959 Awak tak perlu saya untuk selamat. 471 00:43:22,960 --> 00:43:24,120 Saya perlukan awak. 472 00:43:27,640 --> 00:43:31,160 Seperti yang awak kata, ada orang jahat di luar sana. 473 00:43:35,960 --> 00:43:39,000 Awak tak perlu makan semua. Mungkin saya beri terlalu banyak. 474 00:43:39,560 --> 00:43:42,240 - Mustahil. Makanan ini enak. - Ya. 475 00:43:42,920 --> 00:43:44,319 Untung dapat masakan sebenar. 476 00:43:44,320 --> 00:43:46,239 Selalunya kami beli Captain Birdseye. 477 00:43:46,240 --> 00:43:49,200 Ataupun Kolonel Sanders jika saya terlalu sibuk. 478 00:43:50,480 --> 00:43:52,640 Saya minat lelaki berjambang. 479 00:43:58,920 --> 00:44:01,000 Isaac lebih suka jejari ikan, betul tak? 480 00:44:02,960 --> 00:44:05,000 Nampaknya awak tak suka kubis Brussels. 481 00:44:07,200 --> 00:44:10,920 Ini rahsianya. Ia lebih sedap jika dipanggang. 482 00:44:11,880 --> 00:44:13,600 Jika direbus, ia kurang menarik. 483 00:44:14,200 --> 00:44:16,879 Awak tak perlu makan jika tak menarik. 484 00:44:16,880 --> 00:44:20,559 Memang saya tak makan. Saya letak ke dalam poket sewaktu awak tak nampak. 485 00:44:20,560 --> 00:44:21,919 Melampau betul. 486 00:44:21,920 --> 00:44:23,999 Disebabkan itu, awak perlu cuci semua. 487 00:44:24,000 --> 00:44:25,919 - Saya memang nak bantu. - Betulkah? 488 00:44:25,920 --> 00:44:29,000 - Ya, kerana saya sopan orangnya. - Ya. 489 00:44:39,920 --> 00:44:41,040 Baiklah. 490 00:44:42,960 --> 00:44:45,039 Terima kasih. 491 00:44:45,040 --> 00:44:46,440 Awak dah bersedia? 492 00:44:52,680 --> 00:44:54,320 Kamu dah cukup hangat? 493 00:44:57,160 --> 00:44:59,000 Mahu baca buku Narnia? 494 00:45:00,400 --> 00:45:01,680 Saya letih. 495 00:45:03,200 --> 00:45:07,920 Ibu akan letak Mickey Besi di sini. 496 00:45:08,760 --> 00:45:11,080 - Dia akan halang mimpi ngeri kamu. - Okey. 497 00:45:12,280 --> 00:45:13,360 Tidurlah, sayang. 498 00:45:14,200 --> 00:45:15,480 Ibu gembira. 499 00:45:16,960 --> 00:45:17,960 Yakah? 500 00:45:20,280 --> 00:45:21,320 Kenapa kamu kata begitu? 501 00:45:21,960 --> 00:45:23,280 Dia buat ibu tersenyum. 502 00:45:24,760 --> 00:45:26,000 Ibu juga buat dia tersenyum. 503 00:45:27,040 --> 00:45:28,240 Jadi, ibu patut cium dia. 504 00:45:29,160 --> 00:45:31,599 Kita tak boleh cium orang sesuka hati. 505 00:45:31,600 --> 00:45:34,200 Lebih baik ibu cium kamu. Mari sini. 506 00:45:37,560 --> 00:45:40,440 - Selamat malam. - Selamat malam. 507 00:46:06,600 --> 00:46:08,800 HEROTAN 508 00:46:28,680 --> 00:46:30,279 Awak buat apa? 509 00:46:30,280 --> 00:46:33,559 - Maaf. Saya tak sengaja. - Itu hal peribadi. 510 00:46:33,560 --> 00:46:35,120 Saya tahu. Saya tak patut buka. 511 00:46:37,720 --> 00:46:39,000 Tapi saya dah buat. 512 00:46:44,320 --> 00:46:45,720 - Lucy. - Apa? 513 00:46:47,120 --> 00:46:48,439 Ini cuma diari mimpi saya. 514 00:46:48,440 --> 00:46:53,400 Pakar terapi Isaac yang suruh saya buat. 515 00:46:56,480 --> 00:46:57,680 Diari mimpi? 516 00:47:04,000 --> 00:47:05,000 Okey. 517 00:47:08,520 --> 00:47:09,520 Okey. 518 00:47:12,000 --> 00:47:13,240 Lucy, jika ada apa-apa... 519 00:47:17,840 --> 00:47:18,840 Maaf. 520 00:48:08,480 --> 00:48:10,279 - Hei! - Selamat pagi. 521 00:48:10,280 --> 00:48:14,040 - Sekarang pukul 8.30. - Maaf, saya terlajak tidur. 522 00:48:14,600 --> 00:48:15,640 Di mana? 523 00:48:19,560 --> 00:48:22,200 Awak pergi jumpa Lucy Chambers? 524 00:48:23,800 --> 00:48:25,600 Hari dah lewat. Saya tidur di sofa. 525 00:48:27,600 --> 00:48:29,600 Tunggu lima minit. Saya pergi bersiap. 526 00:48:31,840 --> 00:48:32,840 {\an8}Ravi. 527 00:48:35,720 --> 00:48:37,200 Saya dah lihat pita rakaman. 528 00:48:38,240 --> 00:48:40,560 Gideon Shepherd dah pengaruhi dia. 529 00:48:41,760 --> 00:48:43,680 - Saya tahu awak tak nampak. - Saya nampak. 530 00:48:48,520 --> 00:48:50,000 Saya mahu awak periksa nama. 531 00:48:53,760 --> 00:48:55,000 Evelyn Wiseman. 532 00:48:56,440 --> 00:48:57,960 Lihat jika ada kaitan. 533 00:48:58,520 --> 00:48:59,680 Evelyn Wiseman. 534 00:49:01,760 --> 00:49:03,160 Awak dapat daripada dia? 535 00:49:04,880 --> 00:49:06,040 Tunggu lima minit. 536 00:51:26,760 --> 00:51:28,759 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nasbi Azmi 537 00:51:28,760 --> 00:51:30,840 {\an8}Penyelia Kreatif Aireen Zainal