1 00:00:35,807 --> 00:00:40,228 Hari ini, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik. 2 00:00:40,311 --> 00:00:44,148 Saya keluarkan arahan eksekutif "duduk rumah, jaga diri". 3 00:00:44,232 --> 00:00:46,693 …mengarahkan hampir kesemua rakyat 4 00:00:46,776 --> 00:00:49,445 untuk duduk di rumah saja. 5 00:00:49,529 --> 00:00:53,283 Mulai petang ini, saya perlu berikan arahan yang sangat mudah. 6 00:00:53,366 --> 00:00:55,285 Anda perlu duduk di rumah. 7 00:00:57,579 --> 00:01:02,375 Mac 2020. Virus membawa maut melanda seluruh dunia. 8 00:01:02,458 --> 00:01:05,003 DUDUK DI RUMAH JIKA BOLEH 9 00:01:05,086 --> 00:01:08,840 Dalam masa semalaman, kehidupan kita terhenti. 10 00:01:14,554 --> 00:01:16,222 Sepanjang masa itu, 11 00:01:17,557 --> 00:01:22,604 dunia alam semula jadi mula alami perubahan mengagumkan. 12 00:01:25,940 --> 00:01:27,567 Udara lebih bersih. 13 00:01:29,944 --> 00:01:31,571 Air lebih bersih. 14 00:01:33,156 --> 00:01:38,995 Haiwan juga mula berkembang biak berbanding berdekad lalu. 15 00:01:41,915 --> 00:01:46,628 Penggambaran di serata lima benua sejak permulaan sekatan pergerakan... 16 00:01:48,713 --> 00:01:52,175 merakamkan tindak balas alam semula jadi yang luar biasa. 17 00:02:01,142 --> 00:02:04,854 Contohnya, gergasi laut berkomunikasi dengan anaknya menggunakan cara baharu... 18 00:02:08,941 --> 00:02:13,696 Serta cheetah yang mengubah peluang untuk hidup demi anak-anaknya... 19 00:02:14,364 --> 00:02:17,450 Inilah masa terbaik untuk ia menjadi ibu. 20 00:02:18,451 --> 00:02:24,040 Serta penguin terancam yang dapat membiak dengan banyak. 21 00:02:26,960 --> 00:02:32,173 Inilah peluang unik untuk melihat kehidupan dan dunia hidupan liar 22 00:02:32,799 --> 00:02:37,220 serta melihat perubahan yang terjadi tanpa gangguan manusia. 23 00:02:37,971 --> 00:02:41,599 Ia eksperimen global secara besar-besaran. 24 00:02:43,184 --> 00:02:47,480 Inilah The Year Earth Changed. 25 00:03:00,243 --> 00:03:04,372 DICERITAKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 26 00:03:05,915 --> 00:03:11,504 Beberapa jam dalam sekatan pergerakan, kesunyiannya dirasai. 27 00:03:14,257 --> 00:03:19,220 Dengan pencemaran bunyi lalu lintas global berkurang sehingga 70%, 28 00:03:19,304 --> 00:03:22,473 terdapat bunyi baharu yang didengari... 29 00:03:25,602 --> 00:03:27,020 kicauan burung. 30 00:03:31,524 --> 00:03:33,568 SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT 31 00:03:33,651 --> 00:03:35,278 POPULASI METROPOLITAN 4.7 JUTA 32 00:03:35,361 --> 00:03:37,447 Burung pipit berjambul putih ini 33 00:03:37,530 --> 00:03:41,367 biasakan diri dengan kesunyian dengan melakukan sesuatu yang mengagumkan. 34 00:03:43,661 --> 00:03:46,497 Memandangkan sarangnya berhampiran Jambatan Golden Gate, 35 00:03:46,581 --> 00:03:50,501 selama ini, kicauannya ditenggelami bunyi kenderaan. 36 00:03:52,503 --> 00:03:57,383 Namun kini, lalu lintas di San Francisco berada pada tahap terendah sejak 1950-an, 37 00:03:58,635 --> 00:04:04,265 penyelidik kagum mendengar nada baharu panggilan mengawan burung ini... 38 00:04:06,809 --> 00:04:11,898 Terdapat harapan burung pipit akan miliki musim membiak terbaik buat masa lama. 39 00:04:17,569 --> 00:04:20,573 Bukan pencemaran bunyi saja yang berkurang. 40 00:04:22,325 --> 00:04:28,331 Kepantasan pengurangan pencemaran udara di seluruh dunia juga amat mengejutkan. 41 00:04:30,250 --> 00:04:31,459 Dalam masa beberapa hari, 42 00:04:31,543 --> 00:04:36,965 Los Angeles mencatatkan kualiti udara terbaik sejak 40 tahun. 43 00:04:39,133 --> 00:04:44,264 Di serata China, paras pencemaran udara berkurang separuh. 44 00:04:46,266 --> 00:04:52,146 Serta di India, yang selama ini mengalami pencemaran paling teruk di dunia... 45 00:04:53,606 --> 00:04:56,234 tapi 12 hari selepas sekatan pergerakan... 46 00:04:56,734 --> 00:04:59,237 JALANDHAR - INDIA, POPULASI SATU JUTA 47 00:04:59,320 --> 00:05:01,531 ...pemandangan indah mula kelihatan. 48 00:05:01,614 --> 00:05:04,492 Ketika itu, kami sedang bersarapan di meja, 49 00:05:04,576 --> 00:05:06,703 dan tiba-tiba, bapa saya meluru masuk. 50 00:05:06,786 --> 00:05:10,081 Dia kata, "Mari naik ke atas. Kita boleh nampak gunung-ganang." 51 00:05:10,164 --> 00:05:12,542 Jurugambar amatur, Anshul 52 00:05:12,625 --> 00:05:15,879 naik ke atas untuk melihat keterujaan yang diceritakan. 53 00:05:16,838 --> 00:05:19,257 Orang ramai berdiri di atas bumbung dan berkata, 54 00:05:19,340 --> 00:05:21,843 "Wah. Gunung." 55 00:05:21,926 --> 00:05:24,554 Saya berhenti dan saya nampak. 56 00:05:27,348 --> 00:05:30,476 Langit cerah dan buat kali pertama dalam hidup, 57 00:05:30,560 --> 00:05:32,145 kami dapat lihat Banjaran Himalaya. 58 00:05:33,062 --> 00:05:35,231 Sejauh 200 kilometer dari situ, 59 00:05:35,315 --> 00:05:38,067 banjaran gunung tertinggi di dunia, 60 00:05:38,151 --> 00:05:41,863 yang terlindung di sebalik asbut selama 30 tahun, 61 00:05:41,946 --> 00:05:43,489 tiba-tiba jelas kelihatan. 62 00:05:44,490 --> 00:05:45,909 Saya terkejut. 63 00:05:45,992 --> 00:05:49,746 Selama ini, Banjaran Himalaya terlindung di sebalik pencemaran. 64 00:05:51,956 --> 00:05:56,544 Gambar Anshul yang paparkan detik ini menjadi tular di seluruh dunia. 65 00:05:57,629 --> 00:05:59,297 Ia jelas menunjukkan 66 00:05:59,380 --> 00:06:04,886 tanpa kegiatan manusia, Bumi dapat bernafas semula. 67 00:06:10,516 --> 00:06:13,853 Sekatan pergerakan berlanjutan selama berminggu-minggu. 68 00:06:13,937 --> 00:06:16,064 EMPAT MINGGU 69 00:06:16,147 --> 00:06:20,193 Larangan perjalanan semakin membataskan pergerakan kita. 70 00:06:21,152 --> 00:06:24,489 Percutian yang telah anda rancang perlu dibatalkan. 71 00:06:24,572 --> 00:06:27,367 Bilangan penumpang dan tempahan telah berkurang. 72 00:06:27,450 --> 00:06:29,577 Perjalanan udara berkurang secara mendadak. 73 00:06:29,661 --> 00:06:32,747 Ia berkurang kira-kira 90 peratus di seluruh dunia. 74 00:06:33,540 --> 00:06:35,208 April 2020, 75 00:06:35,291 --> 00:06:40,547 mencatatkan pengurangan pelancong antarabangsa sebanyak 114 juta 76 00:06:40,630 --> 00:06:42,799 berbanding pada bulan yang sama tahun lalu. 77 00:06:44,592 --> 00:06:50,848 Di Sepanyol, jumlah pengunjung berkurang daripada lebih tujuh juta kepada sifar. 78 00:06:53,685 --> 00:06:55,687 FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT POPULASI 22 JUTA 79 00:06:55,770 --> 00:07:00,567 Di Florida, pantai yang biasanya sesak dengan para pengunjung yang bercuti... 80 00:07:01,526 --> 00:07:03,152 menjadi lengang. 81 00:07:06,406 --> 00:07:11,077 Mungkinkah ini peluang bagi satu hidupan laut yang terancam 82 00:07:11,160 --> 00:07:12,954 untuk menambahkan bilangannya? 83 00:07:21,087 --> 00:07:24,632 Penyu laut betina kembali setiap dua hingga tiga tahun 84 00:07:24,716 --> 00:07:27,760 ke pantai tempat ia menetas 85 00:07:27,844 --> 00:07:29,679 untuk bertelur. 86 00:07:32,098 --> 00:07:36,519 Di seluruh dunia, bilangan penyu semakin berkurang, 87 00:07:36,603 --> 00:07:41,149 sebahagian sebabnya ialah ia tak mahu bertelur di pantai yang sentiasa sesak. 88 00:07:46,112 --> 00:07:47,322 Namun tahun ini... 89 00:07:48,781 --> 00:07:49,991 adalah berbeza. 90 00:07:53,161 --> 00:07:56,539 Jurukamera kami, yang bekerjasama dengan para penyelidik tempatan, 91 00:07:56,623 --> 00:07:59,959 bernasib baik dapat membuat penggambaran di Pantai Juno... 92 00:08:01,211 --> 00:08:05,840 iaitu di tapak bertelur penyu tempayan yang terpadat di dunia. 93 00:08:10,887 --> 00:08:12,847 Memandangkan musim bertelur telah bermula, 94 00:08:14,599 --> 00:08:18,102 penyu betina ini dapat bertelur dengan tenang 95 00:08:18,937 --> 00:08:21,773 buat kali pertama dalam hidupnya. 96 00:08:38,039 --> 00:08:40,041 Beberapa minggu berikutnya, 97 00:08:40,123 --> 00:08:42,418 beratus-ratus penyu betina turut berbuat begitu. 98 00:08:47,715 --> 00:08:50,593 Selama ini, gangguan manusia dikatakan 99 00:08:50,677 --> 00:08:53,680 menjadi masalah terbesar bagi penyu yang mahu bertelur. 100 00:08:56,307 --> 00:09:00,395 Namun, inilah kali pertama para saintis dapat mengkaji dengan tepat 101 00:09:00,478 --> 00:09:02,480 kesan masalah itu. 102 00:09:08,027 --> 00:09:11,281 Setiap pagi, sepasukan para penyelidik 103 00:09:11,364 --> 00:09:14,993 mengira bilangan jejak penyu yang membawa ke sarangnya. 104 00:09:18,371 --> 00:09:20,206 Sejak 10 tahun lalu, 105 00:09:20,290 --> 00:09:23,459 purata penyu tempayan yang berjaya bertelur 106 00:09:23,543 --> 00:09:26,671 telah berkurang kepada hanya 40 peratus. 107 00:09:27,422 --> 00:09:31,885 Adakah ia akan meningkat memandangkan pantai sudah lengang? 108 00:09:32,635 --> 00:09:34,804 Apabila pantai ditutup buat pengunjung, 109 00:09:34,888 --> 00:09:38,433 bilangannya bertambah sehingga 61% dan ia jumlah tertinggi pernah dicatatkan. 110 00:09:38,516 --> 00:09:39,976 DR. JUSTIN PERRAULT - PENYELIDIK PENYU 111 00:09:41,728 --> 00:09:44,397 Ia perbaikan yang luar biasa. 112 00:09:51,446 --> 00:09:56,159 Pertambahan sarang bermakna terdapat 100 ekor atau lebih anak penyu, 113 00:09:56,242 --> 00:10:00,788 dan kesemuanya berpotensi menjadi penyu dewasa yang akan bertelur. 114 00:10:03,166 --> 00:10:06,586 Memandangkan pantai ditutup, penyu dapat meneruskan 115 00:10:06,669 --> 00:10:09,130 kebiasaan yang telah dilakukan selama berjuta tahun 116 00:10:09,964 --> 00:10:13,635 dengan lebih selamat berbanding ketika kehadiran manusia. 117 00:10:42,247 --> 00:10:44,499 Enam ribu kilometer dari situ, 118 00:10:44,582 --> 00:10:46,376 di pantai barat Amerika... 119 00:10:49,921 --> 00:10:54,801 kesunyian baharu di dalam air menawarkan satu peluang 120 00:10:55,718 --> 00:10:57,845 buat si gergasi lautan. 121 00:11:00,014 --> 00:11:02,016 ALASKA TENGGARA - AMERIKA SYARIKAT 122 00:11:02,100 --> 00:11:03,601 PENGUNJUNG TAHUNAN 1.3 JUTA 123 00:11:03,685 --> 00:11:07,355 Setiap tahun, lebih 10,000 ekor paus kelasa 124 00:11:07,438 --> 00:11:08,731 berhijrah dari Hawaii... 125 00:11:10,817 --> 00:11:14,654 ke teluk-teluk di Alaska ini untuk mencari makanan. 126 00:11:23,204 --> 00:11:25,790 Kebiasaannya, ia perlu berkongsi laut ini 127 00:11:25,874 --> 00:11:29,711 dengan kapal-kapal yang membawa berjuta pengunjung dalam setahun. 128 00:11:36,301 --> 00:11:39,387 Namun kini, memandangkan kesemua pelayaran dibatalkan... 129 00:11:40,305 --> 00:11:45,184 keadaan di dalam laut adalah 25 kali ganda lebih sunyi. 130 00:11:46,853 --> 00:11:51,858 Dalam kesunyian ini, para saintis menggunakan mikrofon dalam air 131 00:11:51,941 --> 00:11:54,402 dan merakam perubahan mengagumkan. 132 00:11:55,153 --> 00:11:58,448 Paus kelasa lebih kerap berkomunikasi sesama sendiri... 133 00:12:00,658 --> 00:12:02,827 serta mempunyai cara komunikasi baharu. 134 00:12:04,746 --> 00:12:07,165 Amat menyeronokkan dan juga menyentuh hati... 135 00:12:07,248 --> 00:12:08,833 CHRISTINE GABRIELE - PENYELIDIK PAUS 136 00:12:08,917 --> 00:12:11,336 ...apabila mendengar paus-paus ini saling berkomunikasi. 137 00:12:12,003 --> 00:12:14,672 Seekor paus berkomunikasi, diikuti pasangan ibu dan anaknya. 138 00:12:14,756 --> 00:12:16,591 Saya tak pernah dengar sebelum ini. 139 00:12:18,134 --> 00:12:21,095 Bayangkan, kita cuba berbual dengan kawan-kawan 140 00:12:21,179 --> 00:12:22,513 di sebuah bar yang sesak. 141 00:12:22,597 --> 00:12:25,183 Ia amat sukar. Kita takkan cakap banyak dan jika bercakap, kita perlu jerit. 142 00:12:25,266 --> 00:12:26,267 DR. SUZIE TEERLINK - PENYELIDIK PAUS 143 00:12:26,351 --> 00:12:29,020 Namun, jika kita berada di kedai kopi yang cantik dan sunyi 144 00:12:29,103 --> 00:12:30,772 serta tidak terlalu bising, 145 00:12:30,855 --> 00:12:34,901 kita boleh berbual dengan lebih mendalam dan menyeluruh. 146 00:12:38,863 --> 00:12:41,741 Namun, terdapat sesuatu yang lebih mengejutkan. 147 00:12:45,203 --> 00:12:50,291 Kini, paus dapat berkomunikasi dari jarak jauh tanpa gangguan. 148 00:12:50,875 --> 00:12:55,088 Beberapa ekor ibu paus seperti yang ini, meninggalkan anaknya sendirian. 149 00:12:55,922 --> 00:12:58,424 Ia jarang dapat dilihat. 150 00:13:01,844 --> 00:13:03,846 Kini, ia boleh pergi mencari makanan, 151 00:13:03,930 --> 00:13:09,185 dengan mengetahui ia dapat mendengar panggilan anaknya jika ia diperlukan. 152 00:13:15,567 --> 00:13:18,862 Ibu paus yang menyusukan anak memerlukan banyak makanan, 153 00:13:20,113 --> 00:13:24,117 dan cara terbaik adalah dengan mencari makanan bersama paus dewasa lain. 154 00:13:30,164 --> 00:13:32,292 Paus kelasa menyelam lebih dalam... 155 00:13:34,460 --> 00:13:37,005 menghasilkan gelembung buih bulat... 156 00:13:39,173 --> 00:13:42,051 dan mengepung ikan ke dalam satu kumpulan... 157 00:13:44,846 --> 00:13:47,807 sebelum memakan beribu-ribu ekor ikan itu. 158 00:13:53,354 --> 00:13:56,566 Inilah antara pemandangan alam semula jadi yang terhebat. 159 00:14:10,038 --> 00:14:12,207 Dengan keyakinan disebabkan kesunyian ini, 160 00:14:12,290 --> 00:14:17,045 ibu paus kelasa dapat bekerjasama sebegini dengan lebih kerap. 161 00:14:18,046 --> 00:14:20,423 Tahun ini, paus tak perlu berkongsi lautan dengan sesiapa. 162 00:14:20,506 --> 00:14:24,135 Ia melakukan apa saja sesuka hatinya, di mana-mana saja, pada bila-bila masa. 163 00:14:24,802 --> 00:14:26,304 Pada tahun-tahun sebelum ini, 164 00:14:26,387 --> 00:14:30,391 cuma tujuh peratus anak paus kelasa berjaya hidup sehingga dewasa. 165 00:14:31,559 --> 00:14:35,730 Namun musim ini, ada kemungkinan lebih banyak anak paus dapat hidup lama. 166 00:14:37,857 --> 00:14:40,985 Saya harap, setelah paus melalui banyak kesukaran beberapa tahun ini... 167 00:14:41,069 --> 00:14:42,320 JANET NEILSON - PENYELIDIK PAUS 168 00:14:42,403 --> 00:14:45,782 ...pandemik ini telah berikan tuah yang amat diperlukan kepada paus-paus. 169 00:14:49,369 --> 00:14:54,582 Perubahan pencemaran bunyi dalam air bukan berlaku di Alaska saja. 170 00:14:57,085 --> 00:15:02,924 Pergerakan kapal berkurang 17% sejak tiga bulan pertama sekatan pergerakan, 171 00:15:03,716 --> 00:15:07,136 dan memperbaiki kehidupan haiwan-haiwan di laut. 172 00:15:07,220 --> 00:15:10,181 TELUK HAURAKI - NEW ZEALAND 173 00:15:11,474 --> 00:15:13,560 Dolfin di New Zealand 174 00:15:13,643 --> 00:15:16,271 dapat berkomunikasi sejauh tiga kali ganda jaraknya. 175 00:15:20,024 --> 00:15:21,359 LAUT SALISH - KANADA 176 00:15:21,442 --> 00:15:26,573 Penyelidik di Vancouver catatkan empat kali ganda pengurangan bunyi kapal 177 00:15:27,240 --> 00:15:30,285 yang membolehkan paus pembunuh menggunakan sonar 178 00:15:30,368 --> 00:15:33,037 dengan lebih berkesan untuk memburu mangsa. 179 00:15:48,428 --> 00:15:51,222 Sudah tiga bulan pandemik berlaku. 180 00:15:51,306 --> 00:15:52,473 TIGA BULAN 181 00:15:52,557 --> 00:15:57,353 Di Amerika Syarikat, hampir separuh tenaga pekerja bekerja dari rumah. 182 00:15:57,437 --> 00:16:01,065 Di seluruh dunia, suku perniagaan ditutup. 183 00:16:03,026 --> 00:16:06,946 Bar, restoran dan kafe masih ditutup. 184 00:16:07,906 --> 00:16:12,535 Setelah berbincang, perniagaan runcit akan ditutup. 185 00:16:13,620 --> 00:16:17,332 Kini, ia seperti terabai. Tiada sesiapa di sini. 186 00:16:18,416 --> 00:16:20,752 Di serata bandar utama di dunia, 187 00:16:20,835 --> 00:16:25,006 jumlah pengunjung berkurang lebih 90 peratus. 188 00:16:27,217 --> 00:16:29,552 Memandangkan pusat-pusat urban hampir lengang... 189 00:16:29,636 --> 00:16:31,471 munculnya pemandangan menakjubkan 190 00:16:31,554 --> 00:16:35,391 iaitu haiwan yang mengambil kesempatan memasuki bandar. 191 00:16:37,060 --> 00:16:39,062 SAINT LUCIA - AFRIKA SELATAN 192 00:16:39,145 --> 00:16:42,190 Seekor badak air mengunjungi stesen minyak. 193 00:16:47,529 --> 00:16:50,240 Jakal yang berseronok di taman tempatan. 194 00:16:54,911 --> 00:16:58,122 Serta seekor puma yang merayau di kaki lima. 195 00:17:06,089 --> 00:17:10,217 Namun, satu haiwan menyesuaikan diri dengan suasana lengang di bandar-bandar 196 00:17:10,301 --> 00:17:12,678 dengan sangat bijak. 197 00:17:16,890 --> 00:17:19,226 NARA - JEPUN 198 00:17:19,310 --> 00:17:22,105 PENGUNJUNG TAHUNAN 13 JUTA 199 00:17:25,274 --> 00:17:29,612 Bandar Nara telah menjadi habitat sekumpulan rusa sika 200 00:17:29,696 --> 00:17:32,866 sejak sekurang-kurangnya 1,300 tahun. 201 00:17:36,244 --> 00:17:39,080 Kebanyakan padang rumput yang menjadi sumber makanannya 202 00:17:39,163 --> 00:17:41,833 telah digantikan dengan bangunan-bangunan. 203 00:17:41,916 --> 00:17:45,461 Namun, haiwan yang biasanya pemalu ini telah menemui penyelesaian. 204 00:17:48,756 --> 00:17:55,388 Rusa pergi ke kuil-kuil Nara yang menerima 13 juta pengunjung setiap tahun... 205 00:17:56,973 --> 00:17:59,976 dan mendapati dengan menunjukkan rasa hormat... 206 00:18:02,103 --> 00:18:03,938 ia akan dapat ganjaran yang enak. 207 00:18:08,484 --> 00:18:13,031 Biskut bran beras telah menjadi sumber makanan penting buatnya. 208 00:18:22,999 --> 00:18:25,543 Namun, pandemik ini telah mengubah segalanya. 209 00:18:32,175 --> 00:18:35,720 Makanan kesukaan rusa-rusa ini telah lesap dalam masa semalaman. 210 00:18:41,017 --> 00:18:44,229 Tiada manusia bermaksud tiada biskut. 211 00:18:53,154 --> 00:18:56,699 Terdapat kerisauan yang rusa akan kebuluran. 212 00:18:56,783 --> 00:19:00,995 Namun, sebahagian rusa yang lebih dewasa seperti ada rancangan. 213 00:19:06,125 --> 00:19:10,046 Ia membawa rusa-rusa lain keluar dari kawasan kuil. 214 00:19:10,547 --> 00:19:12,966 Ia kelihatan seperti tahu ke mana patut dituju. 215 00:19:21,182 --> 00:19:23,810 Rusa-rusa ini menuju ke jalan utama... 216 00:19:26,145 --> 00:19:29,357 memasuki hutan konkrit bandar ini. 217 00:19:40,910 --> 00:19:44,664 Namun, di mana ia boleh dapatkan makanan di kawasan urban yang berselerak ini? 218 00:19:52,755 --> 00:19:55,174 Setelah berjalan sejauh 2.5 kilometer... 219 00:19:57,010 --> 00:19:59,012 rusa-rusa ini berhenti. 220 00:20:04,475 --> 00:20:09,480 Sebelum ini, kawasan tak berpenghuni ini adalah sebahagian padang ragutnya. 221 00:20:10,607 --> 00:20:12,734 Ajaibnya, rusa dewasa 222 00:20:12,817 --> 00:20:16,613 masih mengingatinya sebagai tempat mendapatkan sumber makanannya. 223 00:20:23,828 --> 00:20:26,289 Kawasan ini membekalkan segalanya yang diperlukan: 224 00:20:26,873 --> 00:20:30,460 rumput, daun-daun dan herba segar. 225 00:20:35,173 --> 00:20:36,591 Selama beberapa minggu berikutnya, 226 00:20:36,674 --> 00:20:42,013 rusa-rusa ini meragut rumput di bahagian kecil tanah yang masih wujud. 227 00:20:44,307 --> 00:20:48,228 Terdapat satu lagi kelebihan akibat ketiadaan manusia. 228 00:20:50,271 --> 00:20:55,610 Para saintis mendapati makanan baharu ini bukan saja buatkan rusa bertambah sihat... 229 00:20:57,695 --> 00:21:01,699 malah, kekurangan pengunjung juga mengurangkan pembuangan sampah plastik, 230 00:21:02,367 --> 00:21:04,077 yang boleh membunuh rusa. 231 00:21:09,749 --> 00:21:13,294 Walaupun kelihatan seperti haiwan dapat kelebihan dengan kehadiran manusia... 232 00:21:16,130 --> 00:21:19,759 dalam sesetengah keadaan, hidupnya lebih senang tanpa manusia. 233 00:21:30,979 --> 00:21:33,106 Sudah empat bulan sekatan pergerakan dan setiap kali kita berundur... 234 00:21:33,189 --> 00:21:35,149 BUENOS AIRES - ARGENTINA POPULASI 15.2 JUTA 235 00:21:35,233 --> 00:21:39,654 ...ruang yang ditinggalkan memberikan peluang baharu kepada hidupan liar. 236 00:21:46,786 --> 00:21:48,246 Di Argentina… 237 00:21:49,289 --> 00:21:51,583 capybara yang biasanya pemalu 238 00:21:51,666 --> 00:21:55,545 muncul di taman-taman cantik di pinggir bandar mewah... 239 00:21:57,338 --> 00:22:00,842 yang dibina di atas tanah lembap miliknya. 240 00:22:04,053 --> 00:22:08,850 Tiada apa dapat menghalangnya menikmati hak miliknya suatu masa lalu. 241 00:22:27,493 --> 00:22:28,703 Maksud saya... 242 00:22:30,413 --> 00:22:31,748 hampir tiada apa. 243 00:22:39,255 --> 00:22:44,802 Semakin lama ketiadaan manusia, haiwan jadi semakin berani. 244 00:22:46,387 --> 00:22:50,016 Apabila musim safari di Afrika dibatalkan... 245 00:22:50,975 --> 00:22:52,518 MPUMALANGA - AFRIKA SELATAN PENGUNJUNG TAHUNAN 4.2 JUTA 246 00:22:52,602 --> 00:22:55,438 ...seekor pemburu yang menggerunkan, mula mengubah keadaan. 247 00:22:58,107 --> 00:23:01,027 Rumah penginapan mewah ini tak berpenghuni. 248 00:23:02,862 --> 00:23:07,575 Namun tak lama kemudian, tetamu baharu mula mendaftar masuk. 249 00:23:14,832 --> 00:23:18,086 Monyet vervet bersantai di tepi kolam. 250 00:23:24,133 --> 00:23:26,636 Sementara impala dan antelop nyala 251 00:23:27,428 --> 00:23:30,014 melayan diri memakan tumbuhan yang tersedia. 252 00:23:34,060 --> 00:23:36,145 Tidak jauh dari situ... 253 00:23:38,189 --> 00:23:42,610 ada seekor harimau bintang jantan dewasa. 254 00:23:49,784 --> 00:23:54,706 Kemunculan pemburu yang biasanya nokturnal ini pada waktu siang 255 00:23:54,789 --> 00:23:57,083 adalah sangat mengejutkan. 256 00:23:57,166 --> 00:23:59,919 Terutamanya, bagi kru penggambaran kami. 257 00:24:00,545 --> 00:24:02,213 Jangan bergerak, semua. 258 00:24:41,377 --> 00:24:42,962 RUSSELL MACLAUGHLIN - JURUKAMERA HIDUPAN LIAR 259 00:24:43,046 --> 00:24:46,216 Saya pernah alami saat mendebarkan dalam hidup, tapi tadi paling mendebarkan. 260 00:24:50,720 --> 00:24:52,138 Di serata Afrika, 261 00:24:52,222 --> 00:24:56,559 harimau bintang telah kehilangan lebih 60% kawasannya disebabkan manusia, 262 00:24:57,143 --> 00:24:59,896 dan hal ini semakin menyukarkan pemburuan. 263 00:25:02,524 --> 00:25:05,109 Namun memandangkan tiada manusia di sini, 264 00:25:05,693 --> 00:25:08,446 harimau bintang ini menemui peluang, 265 00:25:09,155 --> 00:25:13,201 dan melakukan perubahan kelakuan yang menakjubkan. 266 00:25:17,080 --> 00:25:19,916 Ia mula memburu pada waktu siang. 267 00:25:29,842 --> 00:25:32,178 Ia memerlukan beberapa percubaan... 268 00:25:35,265 --> 00:25:36,933 tapi tak lama kemudian... 269 00:25:38,476 --> 00:25:40,478 strategi baharunya... 270 00:25:41,062 --> 00:25:42,272 membawa hasil. 271 00:25:49,821 --> 00:25:51,614 Bilangan harimau bintang di Afrika 272 00:25:51,698 --> 00:25:55,618 telah berkurangan lebih 30 peratus sejak 25 tahun lalu. 273 00:25:56,578 --> 00:26:02,292 Namun disebabkan banyak sumber makanan akibat sekatan pergerakan, 274 00:26:02,375 --> 00:26:04,377 harimau bintang ini semakin berkembang biak. 275 00:26:05,044 --> 00:26:08,715 Tempat ini telah menjadi rumah persinggahannya. Syurga peribadinya. 276 00:26:24,856 --> 00:26:27,942 Enam bulan sejak pandemik berlaku. 277 00:26:28,026 --> 00:26:29,986 ENAM BULAN 278 00:26:30,069 --> 00:26:35,283 Menjelang September, lebih 40 negara masih mengekalkan sekatan pergerakan, 279 00:26:37,243 --> 00:26:41,414 mengehadkan aktiviti lebih tiga bilion orang. 280 00:26:42,332 --> 00:26:43,666 Perhimpunan besar-besaran, 281 00:26:43,750 --> 00:26:49,505 termasuklah acara sukan, konsert dan festival secara langsung, 282 00:26:49,589 --> 00:26:54,594 takkan dapat diadakan selagi kita belum memiliki rawatan terbaik seperti vaksin. 283 00:26:56,429 --> 00:26:59,182 Sementara kita sesuaikan diri dengan kebiasaan baharu, 284 00:27:00,016 --> 00:27:03,228 pemulihan alam semula jadi bersambung. 285 00:27:04,938 --> 00:27:06,189 SUNGAI GANGES - INDIA 286 00:27:06,272 --> 00:27:08,483 Di India, Sungai Ganges 287 00:27:08,566 --> 00:27:12,695 menunjukkan peningkatan paras oksigen sebanyak 80 peratus. 288 00:27:15,198 --> 00:27:16,407 LAUTAN ATLANTIK - MAGHRIBI 289 00:27:16,491 --> 00:27:18,868 Di Lautan Atlantik di Afrika, 290 00:27:19,369 --> 00:27:25,291 kadar kebersihan airnya berubah drastik daripada teruk kepada bagus. 291 00:27:29,921 --> 00:27:34,384 Sekatan pergerakan telah berlanjutan buat masa yang cukup lama 292 00:27:34,467 --> 00:27:37,387 sehingga keseluruhan generasi haiwan yang baharu mendapat faedahnya. 293 00:27:37,470 --> 00:27:39,013 CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN 294 00:27:39,097 --> 00:27:40,098 POPULASI 4.7 JUTA 295 00:27:40,181 --> 00:27:42,600 Di laut di Afrika Selatan, 296 00:27:42,684 --> 00:27:47,021 sesetengah ibu bapa baharu sedang memulakan perjalanan waktu paginya. 297 00:27:53,570 --> 00:27:56,406 Penguin Afrika. 298 00:28:05,582 --> 00:28:09,043 Ia hidup di samping manusia. 299 00:28:26,561 --> 00:28:28,521 Ketika musim membiak, 300 00:28:28,605 --> 00:28:32,442 setiap pagi, penguin-penguin akan ke laut untuk menangkap ikan. 301 00:28:39,991 --> 00:28:42,410 Anak-anaknya miliki selera yang tinggi. 302 00:28:43,786 --> 00:28:48,708 Ia perlu makan kira-kira 15 peratus daripada berat badannya setiap hari. 303 00:28:51,544 --> 00:28:55,340 Mujurlah, penguin Afrika ialah pemburu yang sangat hebat... 304 00:28:56,174 --> 00:28:58,593 dan dapat menyelam sehingga ke kedalaman 80 meter 305 00:28:59,427 --> 00:29:03,097 untuk memakan banyak ikan dan krustasia. 306 00:29:09,354 --> 00:29:13,399 Namun, satu masalah ialah membawa makanan kepada anaknya. 307 00:29:18,696 --> 00:29:22,534 Tahun-tahun sebelum ini, pantai-pantai ini sesak dengan manusia. 308 00:29:23,660 --> 00:29:26,538 Apabila penguin sudah balik menangkap ikan... 309 00:29:27,247 --> 00:29:29,499 ia dapati laluannya terhalang. 310 00:29:30,833 --> 00:29:34,420 Jadi, kebanyakan penguin menunggu di tepi pantai sehingga senja... 311 00:29:36,548 --> 00:29:38,508 setelah pengunjung beredar. 312 00:29:47,809 --> 00:29:51,855 Namun tahun ini, pantai ini lengang. 313 00:29:59,779 --> 00:30:02,448 Penguin meninggalkan rutin lamanya 314 00:30:02,532 --> 00:30:06,411 dan kini ia balik setelah cuma beberapa jam di lautan 315 00:30:07,370 --> 00:30:10,164 membawa banyak ikan di dalam perut untuk anak-anaknya. 316 00:30:16,921 --> 00:30:22,552 Memandangkan waktu siang masih panjang, ia boleh kembali semula ke laut. 317 00:30:28,474 --> 00:30:33,605 Kini, anak-anak penguin diberi makan sebanyak dua atau tiga kali sehari. 318 00:30:36,441 --> 00:30:39,360 Ia bukan saja menjadi lebih sihat dan semakin cepat membesar, 319 00:30:39,444 --> 00:30:44,991 malah kebanyakan keluarga seperti yang ini berjaya membesarkan kembar. 320 00:30:46,951 --> 00:30:49,120 Ada lagi berita baik. 321 00:30:49,204 --> 00:30:50,705 Beberapa minggu berikutnya, 322 00:30:50,788 --> 00:30:56,169 sesetengah ibu bapa berjaya membesarkan kumpulan kedua anak-anak penguin, 323 00:30:56,711 --> 00:31:00,215 dan peristiwa ini kali pertama berlaku di sini sejak berdekad lalu. 324 00:31:03,593 --> 00:31:06,930 Selama bertahun-tahun, kita sangka penguin dan manusia di sini 325 00:31:07,013 --> 00:31:08,932 hidup dalam harmoni. 326 00:31:12,727 --> 00:31:17,190 Namun sebenarnya, kita menyukarkan hidup penguin. 327 00:31:21,569 --> 00:31:24,447 Memandangkan bilangan penguin di Afrika Selatan 328 00:31:24,531 --> 00:31:28,618 telah berkurang hampir 70 peratus sejak 30 tahun lalu... 329 00:31:30,620 --> 00:31:33,039 ia memerlukan pertolongan kita. 330 00:31:42,090 --> 00:31:46,427 Bukan haiwan yang tinggal di bandar saja yang berkembang biak. 331 00:31:48,096 --> 00:31:51,516 Kini, kesan sekatan pergerakan tahun ini 332 00:31:51,599 --> 00:31:55,144 turut dirasai di tempat paling lapang di dunia. 333 00:31:55,228 --> 00:31:57,438 MAASAI MARA - KENYA PENGUNJUNG TAHUNAN 300,000+ 334 00:31:57,522 --> 00:32:01,317 Ia mengubah kebolehan seekor kucing besar dalam melindungi anaknya. 335 00:32:04,529 --> 00:32:05,780 Cheetah. 336 00:32:11,035 --> 00:32:13,872 Pelari pecut paling laju di dunia. 337 00:32:30,221 --> 00:32:31,681 Namun, ia mempunyai kelemahan. 338 00:32:31,764 --> 00:32:37,020 Bentuk badannya yang kurus tak dapat tandingi kekuatan pemangsa lain, 339 00:32:38,980 --> 00:32:41,441 seperti singa dan dubuk. 340 00:32:46,154 --> 00:32:48,656 Ia tak kisah mencuri makanan cheetah 341 00:32:49,407 --> 00:32:51,743 dan tidak teragak-agak membunuh anak cheetah. 342 00:33:02,754 --> 00:33:05,465 Cheetah cuba tak menarik perhatian. 343 00:33:08,176 --> 00:33:10,178 Namun, dengan dua ekor anak yang perlukan makanan, 344 00:33:10,970 --> 00:33:15,016 si ibu ini perlu memburu setiap dua atau tiga hari. 345 00:33:31,741 --> 00:33:33,034 Sementara ia memburu, 346 00:33:33,117 --> 00:33:37,080 anak-anaknya yang berusia enam bulan bersembunyi di sebalik rumput panjang. 347 00:33:40,166 --> 00:33:45,880 Namun, sebaik saja si ibu mendapat tangkapan, ia berdepan dilema. 348 00:33:50,802 --> 00:33:53,179 Ia berada sejauh beratus meter daripada anak-anaknya, 349 00:33:53,638 --> 00:33:56,349 dengan bangkai yang terlalu besar untuk diheret. 350 00:33:58,268 --> 00:34:02,480 Jika bangkai ditinggalkan, haiwan lain akan mencurinya. 351 00:34:05,984 --> 00:34:09,487 Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan bunyi ciapan lembut... 352 00:34:10,655 --> 00:34:12,407 untuk menyuruh anak-anaknya menyertainya. 353 00:34:15,200 --> 00:34:16,410 Ia perlu berhati-hati. 354 00:34:17,120 --> 00:34:19,497 Jika ia memanggil terlalu kuat atau kerap, 355 00:34:19,581 --> 00:34:23,167 musuh-musuh akan tahu yang anak-anaknya tidak dilindungi. 356 00:34:26,504 --> 00:34:28,590 Pada saat inilah 357 00:34:28,673 --> 00:34:32,135 cheetah ini merasai kepayahan didengari. 358 00:34:36,305 --> 00:34:38,725 Bertahun-tahun sebelum sekatan pergerakan, 359 00:34:38,807 --> 00:34:42,687 menyaksikan cheetah memburu merupakan aktiviti utama 360 00:34:42,769 --> 00:34:44,772 bagi pelancong di Maasai Mara. 361 00:34:45,606 --> 00:34:49,986 Namun, pengunjung yang mengepung si ibu yang baru memburu mencetuskan masalah. 362 00:34:51,863 --> 00:34:54,115 Keadaan terlalu bising. Kenderaan keluar dan masuk. 363 00:34:54,199 --> 00:34:55,408 SALIM MANDELA - PENYELIDIK CHEETAH 364 00:34:55,992 --> 00:34:59,370 Pemandu pelancong bercakap melalui radio, pengunjung bercakap sesama sendiri. 365 00:35:00,914 --> 00:35:02,957 Bunyi bising menenggelamkan bunyi 366 00:35:03,041 --> 00:35:05,418 si ibu cheetah yang memanggil anak-anaknya. 367 00:35:06,085 --> 00:35:07,837 Bunyi bising 368 00:35:07,921 --> 00:35:12,342 menenggelamkan bunyi semula jadi yang cheetah gunakan untuk hidup. 369 00:35:15,720 --> 00:35:20,683 Apabila terpaksa ulang panggilan, ia boleh menarik musuh. 370 00:35:30,610 --> 00:35:32,195 Namun tahun ini... 371 00:35:32,278 --> 00:35:36,241 si ibu ini tidak berdepan gangguan manusia. 372 00:35:41,538 --> 00:35:45,041 Selepas beberapa panggilan saja merentasi savana yang lengang... 373 00:35:49,087 --> 00:35:50,964 anak-anaknya dapat mendengarnya... 374 00:35:57,303 --> 00:35:59,222 dan menyertai si ibu. 375 00:36:03,685 --> 00:36:06,354 Kami dapati, si ibu kurang membuat bunyi panggilan. 376 00:36:06,437 --> 00:36:09,774 Selepas sekali atau dua kali, anak-anaknya akan segera membalas. 377 00:36:12,235 --> 00:36:13,945 Tanpa kehadiran manusia, 378 00:36:14,028 --> 00:36:17,407 para penyelidik mendapati kehidupan anak-anak cheetah bertambah baik. 379 00:36:19,868 --> 00:36:23,746 Sebelum COVID, cuma seekor antara tiga ekor anak cheetah yang hidup. 380 00:36:23,830 --> 00:36:25,832 Namun kebelakangan ini, kami dapati 381 00:36:25,915 --> 00:36:28,042 lebih banyak anak cheetah dapat hidup melebihi tiga bulan, 382 00:36:28,126 --> 00:36:29,836 dan ia membuatkan kami yakin 383 00:36:29,919 --> 00:36:33,047 yang kali ini, lebih banyak anak cheetah akan dapat hidup lama 384 00:36:33,131 --> 00:36:34,799 dan bilangan cheetah akan bertambah. 385 00:36:37,760 --> 00:36:41,973 Dengan hanya sekitar 7,000 cheetah dewasa yang masih ada di Afrika... 386 00:36:43,975 --> 00:36:45,852 setiap anak cheetah adalah berharga. 387 00:37:05,330 --> 00:37:08,416 Memandangkan tahun ini amat mencabar buat kita... 388 00:37:08,499 --> 00:37:09,834 TAMAN NEGARA BWINDI - UGANDA 389 00:37:09,918 --> 00:37:11,586 ...lebih banyak haiwan yang paling terancam 390 00:37:11,669 --> 00:37:15,506 menikmati peluangnya untuk hidup lama yang semakin bertambah. 391 00:37:20,553 --> 00:37:23,556 Memandangkan kurang gangguan pada tahun 2020, 392 00:37:23,640 --> 00:37:24,933 gorila gunung di sini 393 00:37:25,016 --> 00:37:28,686 dapat lahirkan anak dua kali ganda lebih banyak daripada biasa. 394 00:37:34,609 --> 00:37:36,444 Di pantai selatan England... 395 00:37:36,528 --> 00:37:42,700 ...bilangan kuda laut berduri semakin banyak berbanding 10 tahun lalu 396 00:37:43,201 --> 00:37:48,623 kerana rumpai laut tumbuh semula setelah hancur disebabkan kapal. 397 00:37:54,045 --> 00:37:58,716 Di Kenya, tiada badak sumbu yang dibunuh demi tanduknya 398 00:37:59,384 --> 00:38:02,720 buat kali pertama sejak tahun 1999. 399 00:38:11,437 --> 00:38:14,107 Sudah setahun sejak sekatan pergerakan bermula. 400 00:38:14,190 --> 00:38:15,358 DUA BELAS BULAN 401 00:38:15,441 --> 00:38:20,238 Pada tahun itu, kebanyakan kita temui ketenangan dalam dunia semula jadi. 402 00:38:20,947 --> 00:38:25,869 Pada tahun itu, dunia alami perubahan menakjubkan. 403 00:38:29,080 --> 00:38:32,208 Paras pembebasan karbon dioksida global tahunan 404 00:38:32,292 --> 00:38:35,044 telah berkurang sebanyak lebih enam peratus, 405 00:38:35,128 --> 00:38:37,589 penurunan terbanyak yang pernah dicatatkan. 406 00:38:39,507 --> 00:38:43,845 Terdapat juga perubahan ketara di sebalik permukaan Bumi. 407 00:38:44,846 --> 00:38:48,641 Pengurangan getaran daripada aktiviti pelancongan dan industri 408 00:38:48,725 --> 00:38:53,479 telah mencatatkan sejarah dari segi ketenangan di bawah tanah. 409 00:38:57,817 --> 00:39:00,737 Namun, kesan sekatan pergerakan ini takkan kekal selamanya. 410 00:39:02,238 --> 00:39:05,658 Apakah yang dapat kita pelajari 411 00:39:05,742 --> 00:39:09,495 dalam memastikan kita dapat hidup harmoni dengan alam semula jadi? 412 00:39:14,417 --> 00:39:17,921 Di India, sesetengah pihak telah pun menyahut peluang 413 00:39:18,004 --> 00:39:19,714 untuk hidup lebih harmoni 414 00:39:19,797 --> 00:39:24,177 bersama-sama antara haiwan terkuat yang belum terancam. 415 00:39:27,680 --> 00:39:32,185 ASSAM - INDIA, POPULASI 36 JUTA 416 00:39:33,603 --> 00:39:35,647 Seekor gajah Asia dewasa 417 00:39:35,730 --> 00:39:40,401 perlukan 150 kilogram makanan setiap hari. 418 00:39:41,611 --> 00:39:45,031 Namun, dengan hanya lima peratus habitat semula jadinya yang masih tinggal, 419 00:39:45,615 --> 00:39:48,993 serta hutan-hutan yang telah dijadikan tanah ladang... 420 00:39:49,077 --> 00:39:53,706 gajah di sini sering merosakkan tanaman untuk terus hidup. 421 00:40:06,010 --> 00:40:10,056 Jadi, para petani cuba melindungi tanaman mereka. 422 00:40:11,474 --> 00:40:17,397 Namun, mereka masih kerugian lebih separuh tuaian yang menjadi sumber rezeki mereka. 423 00:40:30,159 --> 00:40:32,078 Kami habiskan masa sepanjang malam 424 00:40:32,161 --> 00:40:33,913 menghalau gajah-gajah ke hutan. 425 00:40:33,997 --> 00:40:35,582 Namun, ia tetap kembali... 426 00:40:35,665 --> 00:40:39,627 ...dan kami perlu menghalaunya berulang kali. 427 00:40:53,766 --> 00:40:57,061 Bukan sawah padi saja yang terjejas. 428 00:41:00,064 --> 00:41:03,651 Gajah turut mencari makanan di kampung-kampung 429 00:41:03,735 --> 00:41:06,362 dan ada penduduk kampung yang dipijak. 430 00:41:11,075 --> 00:41:12,076 Di serata negara ini, 431 00:41:12,160 --> 00:41:15,830 kira-kira 400 orang penduduk dan 100 ekor gajah 432 00:41:15,914 --> 00:41:18,917 terbunuh dalam konflik ini setiap tahun. 433 00:41:25,840 --> 00:41:28,885 Namun, terdapat satu komuniti yang mencuba pendekatan baharu 434 00:41:28,968 --> 00:41:30,678 bagi menyelesaikan masalah ini. 435 00:41:31,262 --> 00:41:34,432 Para pekerja di bandar yang kembali ke kampung kerana sekatan pergerakan 436 00:41:35,016 --> 00:41:37,310 dapat memberikan bantuan yang diperlukan 437 00:41:37,393 --> 00:41:41,648 dalam projek yang diketuai oleh sebuah badan pemuliharaan tempatan. 438 00:41:43,274 --> 00:41:45,151 Kami ada peluang terbaik ketika sekatan pergerakan... 439 00:41:45,235 --> 00:41:46,236 MEGHNA HAZARIKA - PENYOKONG PEMULIHARAAN 440 00:41:46,319 --> 00:41:50,031 ...iaitu menanam tanaman untuk gajah liar. 441 00:41:51,824 --> 00:41:54,911 Di sepanjang pinggir hutan, mereka wujudkan zon penimbal 442 00:41:54,994 --> 00:42:00,041 iaitu padi dan rumput liar yang cepat tumbuh untuk gajah makan. 443 00:42:02,835 --> 00:42:07,423 Lebih 500 penduduk datang untuk membantu. 444 00:42:07,507 --> 00:42:08,550 DULU BORA - PENYOKONG PEMULIHARAAN 445 00:42:09,300 --> 00:42:11,052 Hanya dalam masa beberapa bulan, 446 00:42:11,135 --> 00:42:17,350 mereka ubah hampir 400 ekar atau 1.6 kilometer persegi tanah mereka. 447 00:42:19,394 --> 00:42:22,480 Kini, mereka tak menghalau gajah, 448 00:42:22,564 --> 00:42:25,400 sebaliknya mereka adakan upacara untuk mengalukan kedatangannya. 449 00:42:34,367 --> 00:42:36,619 Tanaman sudah boleh dituai. 450 00:42:38,246 --> 00:42:41,875 Namun, adakah gajah akan makan rumput yang ditanam untuknya... 451 00:42:43,918 --> 00:42:46,671 atau adakah ia akan merosakkan sawah para petani? 452 00:42:51,551 --> 00:42:53,553 Ketika penduduk kampung pulang ke rumah... 453 00:42:54,971 --> 00:42:58,558 ada sesuatu bergerak-gerak di pinggir hutan. 454 00:43:06,733 --> 00:43:11,946 Seekor demi seekor gajah muncul dari sebalik pokok-pokok. 455 00:43:14,949 --> 00:43:16,284 Ibu gajah. 456 00:43:17,785 --> 00:43:19,287 Anak-anak gajah. 457 00:43:19,370 --> 00:43:24,375 Seluruh keluarga yang terdiri daripada 26 ekor gajah yang kelaparan. 458 00:43:26,711 --> 00:43:28,379 Namun, sejauh mana ia akan merayau? 459 00:43:33,760 --> 00:43:36,596 Ia tidak merayau jauh dari pinggir hutan... 460 00:43:38,097 --> 00:43:42,936 dan memilih hanya untuk makan tumbuhan yang ditanam untuknya. 461 00:43:46,147 --> 00:43:48,816 Sebelum ini, kami akan halau gajah-gajah. 462 00:43:48,900 --> 00:43:50,902 Namun sekarang, keadaan berubah. 463 00:43:50,985 --> 00:43:54,280 Seronok rasanya. Kami gembira. 464 00:43:59,202 --> 00:44:01,788 Musim menuai semakin berkembang... 465 00:44:01,871 --> 00:44:06,459 dan gajah-gajah tidak lagi menceroboh sawah padi para petani 466 00:44:07,085 --> 00:44:09,003 dan kampung-kampung. 467 00:44:12,507 --> 00:44:14,634 Jika kita sayangkan gajah 468 00:44:14,717 --> 00:44:17,595 maka, gajah juga akan sayang kita. 469 00:44:21,224 --> 00:44:22,976 Zon penimbal yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan 470 00:44:23,059 --> 00:44:25,186 memberikan penyelesaian jangka panjang 471 00:44:25,270 --> 00:44:27,480 terhadap konflik lama. 472 00:44:29,941 --> 00:44:32,026 Selain itu, perkampungan jiran 473 00:44:32,110 --> 00:44:36,865 telah berbincang dengan badan pemuliharaan tempatan untuk gunakan cara yang sama. 474 00:44:50,295 --> 00:44:53,047 Apabila dikenang semula tahun lalu... 475 00:44:53,131 --> 00:44:56,551 yang amat sukar buat kebanyakan daripada kita... 476 00:44:56,634 --> 00:45:01,222 apakah yang dapat kita pelajari untuk menjamin masa depan alam semula jadi... 477 00:45:01,306 --> 00:45:02,932 dan juga dunia kita? 478 00:45:05,643 --> 00:45:09,022 Kita perlu fikirkan cara kita boleh hidup bersama-sama. 479 00:45:10,106 --> 00:45:14,235 Kita mula sedar kita boleh berkongsi ruang dengan hidupan liar. 480 00:45:14,903 --> 00:45:16,529 Tidak mensia-siakan peluang 481 00:45:16,613 --> 00:45:19,365 dan kita akan lakukan hal yang sama apabila kembali ke bandar. 482 00:45:21,284 --> 00:45:25,205 Kepantasan dan kepelbagaian tindak balas alam semula jadi... 483 00:45:25,288 --> 00:45:29,042 membuktikan yang perubahan kecil dalam hidup kita... 484 00:45:29,125 --> 00:45:33,671 dapat berikan perbezaan besar buat hidupan liar di seluruh dunia. 485 00:45:37,508 --> 00:45:41,179 Mungkin penutupan kecil boleh dilakukan setiap musim panas. 486 00:45:41,262 --> 00:45:44,098 Penutupan pantai pada waktu malam. Tak perlu ditutup pada waktu siang. 487 00:45:44,182 --> 00:45:47,060 Inilah perubahan kecil yang boleh dilakukan 488 00:45:47,143 --> 00:45:50,438 untuk memastikan manusia dan hidupan liar sama-sama terjaga. 489 00:45:51,648 --> 00:45:54,567 Kami tahu jika kami minta kapal kurangkan kelajuan, 490 00:45:54,651 --> 00:45:58,363 atau kapal bergerak secara berkumpulan, ia dapat mengurangkan pencemaran 491 00:45:58,446 --> 00:46:01,449 dan melindungi bunyi dalam air serta paus. 492 00:46:02,325 --> 00:46:05,078 Kami memberikan cadangan kepada pihak berkuasa taman negara 493 00:46:05,161 --> 00:46:10,458 untuk merangka tatasusila buat pelancong dan pemandu pelancong 494 00:46:10,542 --> 00:46:13,002 yang dapat menjamin kelangsungan hidup semua haiwan ini. 495 00:46:14,087 --> 00:46:18,424 Tahun luar biasa ini, tahun Bumi berubah, 496 00:46:19,008 --> 00:46:22,762 bukan saja menunjukkan yang kita boleh membantu hidupan liar berkembang biak, 497 00:46:23,555 --> 00:46:25,682 malah jika kita memilih untuk berbuat begitu, 498 00:46:26,266 --> 00:46:30,186 kita juga dapat mengubah tahap kesihatan planet ini buat semua. 499 00:46:31,396 --> 00:46:33,565 Saya tahu sekarang masa yang penting 500 00:46:33,648 --> 00:46:37,986 untuk kita membantu kurangkan pencemaran walaupun dengan cara yang kecil. 501 00:46:38,736 --> 00:46:42,323 Kita tidak terpisah jauh daripada alam semula jadi... 502 00:46:44,117 --> 00:46:48,746 sebaliknya, hidup kita saling berkait 503 00:46:48,830 --> 00:46:51,332 dalam cara yang mendalam dan mengejutkan. 504 00:46:53,376 --> 00:46:55,837 Jika kita mahu berkembang maju pada masa depan, 505 00:46:55,920 --> 00:46:58,923 inilah masanya 506 00:46:59,757 --> 00:47:02,594 untuk memikirkan cara berkongsi planet kita... 507 00:47:04,512 --> 00:47:06,890 dengan semua hidupan di Bumi. 508 00:48:11,538 --> 00:48:13,540 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah