1 00:00:06,089 --> 00:00:11,720 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 2 00:01:03,897 --> 00:01:05,148 Selamat malam. 3 00:01:06,066 --> 00:01:07,108 Selamat malam. 4 00:01:08,401 --> 00:01:09,986 Sila berikan kot anda. 5 00:01:10,070 --> 00:01:11,404 Terima kasih. 6 00:03:07,020 --> 00:03:09,355 Selamat malam. Mahu minum apa? 7 00:03:10,106 --> 00:03:12,901 Beri saya tequila. Don Julio Añejo. 8 00:03:13,401 --> 00:03:14,903 Dua. Buat dua syot. 9 00:03:14,986 --> 00:03:17,196 Dua syot? Baiklah. 10 00:03:51,397 --> 00:03:53,233 Terima kasih kerana menunggu. 11 00:03:53,733 --> 00:03:54,734 Beri satu kepada dia. 12 00:03:57,362 --> 00:03:58,446 Baiklah. 13 00:04:03,368 --> 00:04:04,535 En. Shinoda. 14 00:04:06,871 --> 00:04:08,498 Daripada wanita di sana. 15 00:04:33,815 --> 00:04:35,441 - Satu lagi. - Boleh. 16 00:04:42,031 --> 00:04:44,075 Awak selalu pikat lelaki macam ini? 17 00:04:49,998 --> 00:04:51,958 Cara ini lebih mudah. 18 00:04:57,380 --> 00:04:59,382 Awak pun nampak sunyi. 19 00:05:01,342 --> 00:05:02,510 Yakah? 20 00:05:04,762 --> 00:05:06,472 Lebih daripada orang lain di sini. 21 00:05:09,851 --> 00:05:11,144 Menarik. 22 00:05:19,861 --> 00:05:20,862 Awak tak suka? 23 00:05:33,082 --> 00:05:34,459 Saya bukannya tak suka 24 00:05:35,376 --> 00:05:36,627 perempuan macam awak. 25 00:06:14,749 --> 00:06:16,125 Awak mahu pergi mana-mana? 26 00:06:17,752 --> 00:06:19,128 Mungkin… 27 00:06:19,879 --> 00:06:21,464 ke rumah awak. 28 00:06:23,299 --> 00:06:24,467 Pergi Hyatt. 29 00:06:26,427 --> 00:06:27,762 Baik saya balik saja. 30 00:06:29,555 --> 00:06:31,182 Kenapa nak ke rumah saya? 31 00:06:33,726 --> 00:06:35,103 Saya rasa seronok 32 00:06:36,270 --> 00:06:38,856 bersetubuh di rumah yang dikemas oleh isteri orang lain. 33 00:06:42,110 --> 00:06:43,611 Baiklah kalau begitu. 34 00:07:09,846 --> 00:07:12,181 Berapa awak dapat setiap bulan? 35 00:07:14,725 --> 00:07:16,018 Saya bukan buat untuk duit. 36 00:08:30,259 --> 00:08:31,511 Awak nak saya buat apa? 37 00:08:50,112 --> 00:08:51,864 Beri saya isteri awak. 38 00:08:57,036 --> 00:08:59,080 Isteri awak yang dalam gambar itu, bukan? 39 00:09:01,582 --> 00:09:03,209 Dia sangat comel. 40 00:09:07,713 --> 00:09:09,549 Awak memang aneh, ya? 41 00:09:10,925 --> 00:09:12,301 Saya sukakannya. 42 00:09:41,872 --> 00:09:43,332 Apa yang awak buat ini? 43 00:10:45,728 --> 00:10:47,188 HARI SEBELUMNYA 44 00:10:47,271 --> 00:10:48,481 PEMBEDAHAN KOSMETIK TOKYO 45 00:10:55,196 --> 00:10:56,864 Puan rasa okey? 46 00:10:57,365 --> 00:10:58,240 Saya okey. 47 00:10:58,324 --> 00:11:00,743 Saya akan buat sebelah lagi. 48 00:11:00,826 --> 00:11:02,703 Tak sakit. Relaks, ya? 49 00:11:13,631 --> 00:11:15,466 Ia mungkin sakit dalam tiga hari lagi, 50 00:11:15,549 --> 00:11:17,510 tapi cuba jangan sentuh. 51 00:11:18,469 --> 00:11:20,221 Pastikan kawasan luka bersih, 52 00:11:20,304 --> 00:11:22,640 makan dengan cukup dan berehat secukupnya. 53 00:11:27,144 --> 00:11:28,854 Adakah saya dah nampak lebih comel? 54 00:11:30,856 --> 00:11:33,317 Nanti puan akan dapat kelopak berlapis yang diidamkan. 55 00:11:34,819 --> 00:11:37,571 - Terima kasih, doktor. - Jaga diri. 56 00:11:40,366 --> 00:11:41,659 Sudah habis doa? 57 00:11:41,742 --> 00:11:43,953 - Mari pergi. - Baik. 58 00:11:44,620 --> 00:11:48,040 - Okey. - Tukar, sekarang giliran datuk. 59 00:11:48,124 --> 00:11:50,584 - Mari, ayah. - Hati-hati tangga. 60 00:11:53,129 --> 00:11:55,548 - Di sini. - Ambil ini, Kazuto, Sora. 61 00:11:56,882 --> 00:11:59,218 Pegang. Hati-hati, panas. 62 00:12:05,975 --> 00:12:07,977 - Terima kasih. - Mari sini. 63 00:12:10,354 --> 00:12:12,189 Pacak di sini. 64 00:12:15,025 --> 00:12:17,653 Terima kasih. Sekejap. 65 00:12:20,156 --> 00:12:22,450 - Letak tangan macam ini. - Macam ini. 66 00:12:25,703 --> 00:12:27,079 Dapat anak lelaki lagi? 67 00:12:27,163 --> 00:12:31,167 Ya. Sekarang pun dah bising. Selepas ini jadi enam orang! 68 00:12:31,250 --> 00:12:32,168 Diamlah. 69 00:12:33,085 --> 00:12:37,923 Rei. Kamu pun patut kahwin cepat dan beri ayah timang cucu lagi! 70 00:12:39,633 --> 00:12:41,051 Kamu ada suka sesiapa? 71 00:12:41,135 --> 00:12:42,011 Ada, rasanya. 72 00:12:44,638 --> 00:12:46,682 - Cik Nagasawa, ya? - Ya. 73 00:12:46,765 --> 00:12:48,142 SELAMAT HARI JADI KE-34, MIKA 74 00:12:48,225 --> 00:12:49,393 Cik berkenan tak? 75 00:12:51,061 --> 00:12:51,979 Ya. 76 00:12:53,439 --> 00:12:55,399 Saya nak yang ini juga. 77 00:12:55,483 --> 00:12:56,942 - Saya akan masukkan. - Ya. 78 00:13:21,467 --> 00:13:22,635 Saya dah balik! 79 00:13:33,521 --> 00:13:35,147 Dia minum lagi. 80 00:13:40,528 --> 00:13:41,987 Bahaya macam ini. 81 00:14:00,589 --> 00:14:01,674 Awak dah balik! 82 00:14:01,757 --> 00:14:05,302 Aduh, awak minum dalam tab mandi lagi. 83 00:14:05,386 --> 00:14:07,846 Bahaya kalau tekanan darah awak turun. 84 00:14:08,556 --> 00:14:10,641 Doktorku sayang, dengar sini. 85 00:14:11,225 --> 00:14:15,062 Benda inilah yang jadi penguat semangat selepas saya pulang dari tempat kerja. 86 00:14:16,689 --> 00:14:17,648 Jadi… 87 00:14:18,315 --> 00:14:21,318 Saya akan buat pengecualian. 88 00:14:21,402 --> 00:14:24,446 - Saya akan tuangkan segelas lagi. - Bagus! 89 00:14:26,073 --> 00:14:27,700 Alamak, maaf. 90 00:14:27,783 --> 00:14:31,954 Lebih seronok lagi kalau si puteri ini mandi sekali bersama saya. 91 00:14:32,037 --> 00:14:33,706 Apa? 92 00:14:37,167 --> 00:14:38,752 Selamat hari jadi. 93 00:14:40,588 --> 00:14:41,839 Cium lagi. 94 00:14:48,679 --> 00:14:52,099 Hei! Teruklah awak ini. Bahaya! 95 00:14:52,182 --> 00:14:53,934 Jangan buat lagi. 96 00:15:05,863 --> 00:15:07,114 Saya jawab dulu. 97 00:15:08,449 --> 00:15:11,493 Habis baju saya basah. 98 00:15:11,577 --> 00:15:13,704 Teruk betul. 99 00:15:18,584 --> 00:15:19,668 Okey. 100 00:15:24,214 --> 00:15:25,049 Helo? 101 00:15:26,175 --> 00:15:27,426 Ini saya, Shinoda. 102 00:15:28,594 --> 00:15:30,638 Apa? Helo? 103 00:15:32,514 --> 00:15:33,641 Ini saya, Tsujimura. 104 00:15:34,600 --> 00:15:35,684 Tsujimura? 105 00:15:37,478 --> 00:15:38,646 Tsujimura… 106 00:15:41,357 --> 00:15:42,566 Lama tak dengar khabar. 107 00:15:44,985 --> 00:15:47,571 Ya. Dah lama juga. 108 00:15:49,281 --> 00:15:50,532 Awak apa khabar? 109 00:15:53,911 --> 00:15:55,037 Sihat. 110 00:15:57,247 --> 00:15:58,123 Sebenarnya… 111 00:15:59,249 --> 00:16:01,293 Kalau tak mahu, tak apalah, tapi… 112 00:16:03,504 --> 00:16:05,005 Boleh kita jumpa sekarang? 113 00:16:07,383 --> 00:16:09,218 Cepatlah datang balik. 114 00:16:10,970 --> 00:16:13,097 Maaf. Nampaknya tak boleh. 115 00:16:16,892 --> 00:16:17,851 Saya akan datang. 116 00:18:09,046 --> 00:18:11,465 - Dah lama tak jumpa. - Lama tak jumpa. 117 00:18:16,011 --> 00:18:18,514 Tengoklah bilik ini. Cantiknya. 118 00:18:21,225 --> 00:18:22,351 Ya. 119 00:18:27,314 --> 00:18:29,108 Awak tak berubah langsung. 120 00:18:30,150 --> 00:18:31,485 - Yakah? - Ya. 121 00:18:36,115 --> 00:18:37,407 Rasanya 122 00:18:37,491 --> 00:18:39,284 sudah sepuluh tahun kita tak jumpa. 123 00:18:41,453 --> 00:18:42,454 Yalah. 124 00:18:52,673 --> 00:18:54,842 Apa khabar suami awak? Dia sihat? 125 00:18:56,176 --> 00:18:57,136 Ya. 126 00:18:57,761 --> 00:18:58,720 Sihat. 127 00:19:12,025 --> 00:19:13,902 Ini duit tiga juta yen yang saya pinjam. 128 00:19:15,821 --> 00:19:17,447 Tak sampai lima tahun pun. 129 00:19:19,741 --> 00:19:23,245 10 TAHUN LALU 130 00:19:27,833 --> 00:19:29,710 Apa suami awak kata tentang hal ini? 131 00:19:31,044 --> 00:19:33,547 Dia kata, "Maaf kalau isteri saya menyusahkan awak." 132 00:19:33,630 --> 00:19:34,965 Dia kirim salam. 133 00:19:37,301 --> 00:19:38,635 Dia baik orangnya. 134 00:19:56,486 --> 00:19:59,072 Baguslah. Semoga berbahagia. 135 00:20:06,038 --> 00:20:07,206 Kita bayar asing. 136 00:20:23,263 --> 00:20:26,642 Kalau awak ada masalah lagi nanti 137 00:20:27,559 --> 00:20:31,021 dan suami awak tak boleh bantu, 138 00:20:31,104 --> 00:20:32,522 beritahu saya saja. 139 00:20:36,235 --> 00:20:37,653 Kita takkan jumpa lagi. 140 00:21:05,555 --> 00:21:08,392 Saya sayangkan awak. 141 00:21:12,646 --> 00:21:13,480 Bohong. 142 00:21:49,683 --> 00:21:50,934 Awak pula? 143 00:21:53,937 --> 00:21:55,981 Awak masih sayangkan saya? 144 00:23:24,820 --> 00:23:26,613 Awak fikir saya akan hidup bahagia 145 00:23:29,116 --> 00:23:30,784 dengan duit setakat itu? 146 00:23:36,081 --> 00:23:37,207 Suami awak yang buatkah? 147 00:23:46,174 --> 00:23:47,884 Maaf. Awak tak apa-apa? 148 00:23:49,511 --> 00:23:50,846 Saya sayangkan awak. 149 00:23:52,848 --> 00:23:55,267 Kenapa ini? Tak mengapa. 150 00:23:55,350 --> 00:23:57,269 Tengok saya. Pandang sini. 151 00:24:08,321 --> 00:24:11,366 - Sakit. - Maaf! 152 00:24:22,878 --> 00:24:26,047 Maaf. Awak baliklah. 153 00:24:27,132 --> 00:24:28,133 Apa? 154 00:24:28,800 --> 00:24:30,135 Tak nak! 155 00:24:31,094 --> 00:24:32,429 Saya takkan balik! 156 00:24:35,724 --> 00:24:37,559 Saya dah tak sanggup lagi… 157 00:24:39,519 --> 00:24:41,104 Macam mana boleh jadi begini? 158 00:24:57,162 --> 00:24:58,371 Awak pergi ke mana? 159 00:24:58,455 --> 00:25:01,249 - Dari tadi saya tunggu awak balik. - Maaf. 160 00:25:01,917 --> 00:25:03,835 - Awak keluar dengan siapa? Cakap! - Maaf. 161 00:25:03,919 --> 00:25:06,796 Awak keluar dengan siapa? Cakap! 162 00:25:06,880 --> 00:25:09,341 Siapa? Beritahu saya! 163 00:25:09,424 --> 00:25:11,885 Cakap! Awak keluar dengan siapa tadi? 164 00:25:19,059 --> 00:25:22,145 Kalau suami saya tak mati, saya akan mati. 165 00:25:26,775 --> 00:25:29,486 Kalau sampai awak yang mati, baik suami awak mati! 166 00:25:40,247 --> 00:25:41,164 Kalau begitu… 167 00:25:45,460 --> 00:25:46,920 boleh awak tolong bunuh dia? 168 00:26:10,443 --> 00:26:11,319 Ya? 169 00:26:13,571 --> 00:26:14,906 Dah selesai. 170 00:26:17,075 --> 00:26:18,451 Semuanya dah selesai. 171 00:26:21,830 --> 00:26:24,916 Saya dah tinggalkan kesan cap jari dan pastikan saya dirakam kamera. 172 00:26:25,834 --> 00:26:26,960 Apa awak cakap? 173 00:26:30,422 --> 00:26:33,967 Apabila awak tiba di rumah, polis akan cari saya. 174 00:26:35,427 --> 00:26:36,720 Nanti dulu. 175 00:26:40,807 --> 00:26:44,811 Polis takkan siasat lebih lanjut kalau mereka dah tahu siapa pelakunya. 176 00:26:46,229 --> 00:26:48,815 Mereka tak perlu tahu yang awak yang hasut saya bunuh dia. 177 00:26:54,696 --> 00:26:56,114 Awak berada di mana? 178 00:26:59,576 --> 00:27:00,452 Hei! 179 00:29:01,698 --> 00:29:02,741 Masuk. 180 00:29:05,493 --> 00:29:06,411 Cepat. 181 00:29:55,293 --> 00:29:56,544 Kita mahu ke mana? 182 00:29:58,171 --> 00:29:59,756 Ke mana-mana saja. 183 00:30:11,100 --> 00:30:14,145 Tiada siapa akan pukul atau terajang awak lagi! 184 00:30:50,306 --> 00:30:51,516 Hei! 185 00:31:53,828 --> 00:31:56,205 Maaf, boleh saya guna tandas? 186 00:32:00,335 --> 00:32:02,545 Maaf, saya tak nak awak lihat semua ini. 187 00:32:11,512 --> 00:32:13,389 Jadi dia sudah mati? 188 00:32:21,731 --> 00:32:23,483 Dia dah mati dan saya yang bunuh dia. 189 00:32:28,905 --> 00:32:31,783 Saya juga hilang dara pada usia 29 tahun. 190 00:33:03,982 --> 00:33:04,857 Hei. 191 00:33:05,441 --> 00:33:06,359 Boleh saya masuk? 192 00:34:01,330 --> 00:34:02,498 Kenapa ini? 193 00:34:07,879 --> 00:34:09,964 Saya hampir terbunuh. 194 00:34:20,892 --> 00:34:22,935 Kalau awak berdua saling berbunuhan, 195 00:34:23,519 --> 00:34:25,271 semuanya akan berakhir di sana. 196 00:34:52,173 --> 00:34:53,216 Betul cakap awak. 197 00:34:56,761 --> 00:34:57,887 Saya minta maaf. 198 00:35:02,475 --> 00:35:03,643 Marahlah saya. 199 00:35:18,866 --> 00:35:20,743 Mereka akan gelarkan saya apa? 200 00:35:23,412 --> 00:35:25,790 Perosak rumah tangga yang cemburukan isteri si suami 201 00:35:30,169 --> 00:35:33,714 atau lesbian bodoh yang cemburu dengan suami kepada cinta hatinya? 202 00:35:59,073 --> 00:36:01,659 Awak senyum semasa awak menipu. 203 00:36:08,749 --> 00:36:11,127 Awak sangat comel ketika senyum. 204 00:36:24,724 --> 00:36:26,601 Seluruh hidup saya sudah musnah 205 00:36:28,936 --> 00:36:32,398 hanya dengan satu senyuman awak! 206 00:36:55,546 --> 00:36:58,049 - Terima kasih. - Terima kasih. 207 00:37:03,596 --> 00:37:04,764 Di sana. 208 00:37:04,847 --> 00:37:07,016 Selepas kami menyoal jiran mereka, 209 00:37:07,099 --> 00:37:09,143 kami dapat tahu pada jam 10:40 malam semalam, 210 00:37:09,227 --> 00:37:11,687 mereka terdengar bunyi benda berderai 211 00:37:11,771 --> 00:37:14,565 dan ada orang jatuh jadi mereka hubungi pengawal keselamatan. 212 00:37:14,649 --> 00:37:15,483 Begitu rupanya. 213 00:37:15,566 --> 00:37:16,400 Baiklah. 214 00:37:16,484 --> 00:37:18,861 - Boleh masuk sekejap, tuan? - Silakan. 215 00:37:21,489 --> 00:37:23,574 Dia tersungkur dan mati di sini. 216 00:37:23,658 --> 00:37:26,285 Nampak teruk betul. 217 00:37:26,369 --> 00:37:27,578 Memang teruk. 218 00:39:09,221 --> 00:39:12,475 Mula-mula saya ingat lebih mudah kalau guna gasolin. 219 00:39:12,558 --> 00:39:14,101 Bakar rumah itu terus. 220 00:39:15,561 --> 00:39:16,812 Kenapa awak tak buat? 221 00:39:18,439 --> 00:39:21,192 Sebab saya fikir awak nak tinggal dekat mana nanti. 222 00:39:23,235 --> 00:39:25,654 Saya tak pernah itu rumah saya pun. 223 00:39:28,532 --> 00:39:30,368 Saya dipukul tanpa sebab 224 00:39:30,451 --> 00:39:32,411 oleh ayah saya, kemudian suami saya pula. 225 00:40:07,947 --> 00:40:10,366 Dia jadi kaki botol sampai diserang angin ahmar. 226 00:40:10,449 --> 00:40:12,368 Sudah bertahun-tahun dia koma begini. 227 00:40:15,663 --> 00:40:17,790 Saya nak biar jantan tak guna ini mati, 228 00:40:17,873 --> 00:40:20,126 tapi dia hanya hidup untuk menjaga aib suami saya. 229 00:40:27,675 --> 00:40:29,301 Semuanya berakhir hari ini. 230 00:40:33,180 --> 00:40:34,473 Saya lapar. 231 00:40:34,557 --> 00:40:36,183 Saya tak makan sejak semalam. 232 00:40:46,485 --> 00:40:47,945 Selamat tinggal, ayah. 233 00:41:06,213 --> 00:41:07,840 Saya tak bawa duit sangat. 234 00:41:10,509 --> 00:41:13,429 Selamat datang. Sila nyatakan pesanan melalui mikrofon. 235 00:41:14,180 --> 00:41:16,599 Saya ingat nak serah diri kepada polis. 236 00:41:17,558 --> 00:41:20,519 Beri burger teriyaki dan air gas. 237 00:41:20,603 --> 00:41:22,313 Saya pun tak bawa banyak. 238 00:41:22,396 --> 00:41:23,647 Baik, teriyaki dan air gas. 239 00:41:23,731 --> 00:41:24,982 Beri satu burger keju. 240 00:41:25,065 --> 00:41:26,358 Baik. 241 00:41:26,442 --> 00:41:28,360 Saya sepatutnya baru balik dari luar negeri 242 00:41:28,444 --> 00:41:30,946 dan kononnya ternampak suami saya dibunuh perompak. 243 00:41:33,407 --> 00:41:34,658 Terima kasih untuk pesanan. 244 00:41:34,742 --> 00:41:36,577 Jika tiada tambahan lagi, 245 00:41:36,660 --> 00:41:38,579 - sila pandu ke depan. - Baik. 246 00:41:43,083 --> 00:41:44,376 Selamat datang. 247 00:41:44,460 --> 00:41:47,546 Sila buat pembayaran dahulu. Jumlahnya 1,080 yen. 248 00:41:48,839 --> 00:41:49,965 Terima kasih. 249 00:41:51,091 --> 00:41:52,968 - Ini dia. - 2,000 yen. 250 00:41:53,594 --> 00:41:54,720 Nak tanya. 251 00:41:54,803 --> 00:41:56,347 - Ya? - Boleh beri kentang goreng? 252 00:41:56,430 --> 00:41:57,848 Sudah tentu boleh. 253 00:42:16,700 --> 00:42:18,410 Saya tak nak tarik perhatian sangat. 254 00:42:19,828 --> 00:42:21,830 Mungkin kita patut lemaskan diri? 255 00:42:21,914 --> 00:42:25,000 - Tidak, saya tak nak! - Kenapa? 256 00:42:25,084 --> 00:42:26,710 Nanti mayat kita mengembung, 257 00:42:26,794 --> 00:42:28,796 jadi berlendir dan dimakan serangga. 258 00:42:28,879 --> 00:42:31,006 - Betulkah? - Saya tak nak mati macam itu. 259 00:42:38,013 --> 00:42:41,308 - Letupkan diri dengan minyak tanah? - Minyak tanah tak meletuplah. 260 00:42:41,392 --> 00:42:42,851 - Betulkah? - Ya! 261 00:42:42,935 --> 00:42:44,144 Betulkah? 262 00:42:45,062 --> 00:42:46,564 - Saya peliklah. - Apa? 263 00:42:46,647 --> 00:42:50,109 Saya bunuh orang untuk selamatkan awak tapi sekarang awak nak bunuh diri? 264 00:42:51,277 --> 00:42:52,444 Cuba fikir… 265 00:42:53,571 --> 00:42:56,282 Kalau saya hidup pun, apa gunanya? 266 00:43:04,248 --> 00:43:05,374 Awak buat apa? 267 00:43:11,046 --> 00:43:11,964 Pilih satu. 268 00:43:14,049 --> 00:43:14,967 Saya pilih B. 269 00:43:15,050 --> 00:43:16,260 - B? - Ya. 270 00:43:24,727 --> 00:43:25,894 - Awak dapat ini. - Okey. 271 00:43:27,521 --> 00:43:28,355 Tengok! 272 00:43:28,439 --> 00:43:29,273 JALAN MATI 273 00:43:33,360 --> 00:43:34,778 Apalah awak ini. 274 00:43:37,906 --> 00:43:38,907 - Hei. - Apa? 275 00:43:38,991 --> 00:43:40,367 Kita nak buat apa selepas ini? 276 00:43:42,828 --> 00:43:43,912 - Hei. - Ya? 277 00:43:43,996 --> 00:43:45,748 Kita pergi ke rumah mak ayah awak. 278 00:43:45,831 --> 00:43:47,249 Kenapa? 279 00:43:47,333 --> 00:43:50,586 Saya dah jumpa suami awak, saya dah tengok rumah awak. 280 00:43:51,086 --> 00:43:52,463 Saya juga dah jumpa ayah awak. 281 00:43:53,380 --> 00:43:55,382 Saya nak mengenali awak lebih rapat. 282 00:44:40,969 --> 00:44:42,513 Minta izin. 283 00:45:11,708 --> 00:45:13,001 Dah puas hati? 284 00:45:24,263 --> 00:45:26,265 Saya tinggal di sini sampai umur 18 tahun. 285 00:45:28,058 --> 00:45:31,770 Mak saya lari ikut lelaki lain dan saya tak jumpa dia lagi. 286 00:45:33,480 --> 00:45:35,399 Selepas mak saya lari, 287 00:45:35,482 --> 00:45:37,860 saya pula jadi karung tinju ayah saya, ganti tempat mak saya. 288 00:45:41,738 --> 00:45:45,325 Betul awak kata dulu. Saya terpaksa gadaikan tubuh untuk hidup. 289 00:45:47,661 --> 00:45:51,665 Sebab itu saya pilih orang yang boleh beli saya dengan harga tertinggi 290 00:45:51,748 --> 00:45:54,209 ketika diri saya masih bernilai. 291 00:46:01,091 --> 00:46:03,594 Saya sedar berapa nilai hidup saya. 292 00:46:04,887 --> 00:46:09,850 Saya dah bazirkan tuah, rezeki dan maruah saya selama 29 tahun. 293 00:46:10,976 --> 00:46:12,853 Sekarang saya hanya ada awak. 294 00:46:15,522 --> 00:46:16,773 Kejam betul dunia ini. 295 00:46:18,192 --> 00:46:19,276 Betul cakap awak. 296 00:46:21,987 --> 00:46:23,614 Awak tak marah saya kata begitu? 297 00:46:25,282 --> 00:46:28,994 Sebenarnya saya rasa bangga dengan awak. 298 00:46:30,537 --> 00:46:32,498 Penatlah dengan awak ini. 299 00:46:41,006 --> 00:46:42,424 Saya keluar merokok sekejap. 300 00:47:04,279 --> 00:47:06,698 JOHAN LARIAN BERPAGAR 100 METER NANAE TSUJIMURA 301 00:47:11,870 --> 00:47:12,704 Sedia! 302 00:47:22,839 --> 00:47:23,757 Sedia! 303 00:47:41,066 --> 00:47:42,192 14.5 saat! 304 00:47:42,276 --> 00:47:44,736 - Bagus! - Pecah rekod peribadi awak, Tsujimura! 305 00:47:44,820 --> 00:47:46,822 - Ya! - Bagus! 306 00:47:46,905 --> 00:47:48,907 - Ini kali pertama awak dapat 14 saat? - Ya! 307 00:47:48,991 --> 00:47:51,952 Awak lari laju betul, saya tak dapat kejar! 308 00:47:52,035 --> 00:47:55,163 - Awak rasa saya boleh buat? - Mestilah! 309 00:47:55,247 --> 00:47:57,749 - Awak mesti boleh! - Terima kasih! 310 00:47:58,667 --> 00:48:00,002 Hebatnya! 311 00:48:16,727 --> 00:48:18,395 Tadi pun dia tengok lagi. 312 00:48:18,478 --> 00:48:22,482 Saya dengar dia lesbian, awak jaga-jaga sikit. 313 00:48:22,566 --> 00:48:25,736 Dia nampak baik. Lesbian bukannya bahaya atau apa pun. 314 00:48:25,819 --> 00:48:29,364 Apa, awak kata dia bahaya? 315 00:48:30,365 --> 00:48:33,577 - Mari kita makan aiskrim. - Mari. 316 00:48:56,516 --> 00:48:57,476 Kenapa ini? 317 00:49:07,653 --> 00:49:09,821 Coklat ini mesti mahal! 318 00:49:09,905 --> 00:49:13,575 Awak boleh beli benda ini dengan duit saku awak saja? 319 00:49:18,246 --> 00:49:19,206 Saya nak teh. 320 00:49:21,416 --> 00:49:22,334 Baik. 321 00:49:23,251 --> 00:49:24,211 Sekejap. 322 00:49:31,259 --> 00:49:32,886 Entah-entah duit saku awak 323 00:49:33,720 --> 00:49:36,390 lebih banyak daripada gaji saya. 324 00:49:54,825 --> 00:49:56,535 - Ambil ini. - Terima kasih. 325 00:50:05,001 --> 00:50:07,087 Kalaulah saya jadi cinta hati awak. 326 00:50:08,296 --> 00:50:09,256 Apa? 327 00:50:28,525 --> 00:50:29,443 Hei. 328 00:50:31,570 --> 00:50:32,654 Mari kita bercium. 329 00:50:33,363 --> 00:50:35,157 Tak nak, ini ciuman pertama saya. 330 00:50:37,534 --> 00:50:38,493 Hei! 331 00:50:39,244 --> 00:50:40,328 Awak ini… 332 00:50:42,581 --> 00:50:43,999 Marilah sini. 333 00:50:44,875 --> 00:50:46,001 Awak nak ke mana? 334 00:50:46,501 --> 00:50:47,377 Bilik air. 335 00:51:06,438 --> 00:51:09,232 Saya dah kata lupakan saja perempuan itu. 336 00:51:12,444 --> 00:51:14,112 Lambat-laun, 337 00:51:15,030 --> 00:51:17,157 dia akan cari juga lelaki untuk… Awak tahulah. 338 00:51:23,705 --> 00:51:24,790 Betul cakap awak. 339 00:51:33,757 --> 00:51:37,594 - Pukul berapa kita mula esok? - Rasanya jam 8:00 pagi. 340 00:51:37,677 --> 00:51:38,929 Baiklah. 341 00:51:41,723 --> 00:51:42,599 Hei. 342 00:51:47,938 --> 00:51:50,398 - Saya pergi dulu. - Baik. 343 00:51:53,819 --> 00:51:54,986 Awak tak balik lagi? 344 00:51:55,529 --> 00:51:58,156 Hari ini saya ada kelas tambahan. 345 00:51:58,240 --> 00:51:59,533 Nak jalan balik bersama? 346 00:52:00,575 --> 00:52:01,409 Boleh. 347 00:52:10,877 --> 00:52:13,046 Awak memang rajin berlatih. 348 00:52:13,672 --> 00:52:16,091 Sasaran saya adalah tempat ketiga teratas semasa sukan antara sekolah. 349 00:52:16,174 --> 00:52:18,802 Hebatnya! Bukankah awak baru mula sejak masuk ke sini? 350 00:52:19,344 --> 00:52:21,388 Ya. Saya agak tertekan! 351 00:52:22,264 --> 00:52:23,557 Awak mesti boleh buat. 352 00:52:24,975 --> 00:52:26,017 Terima kasih. 353 00:52:36,403 --> 00:52:39,447 - Saya nak beli pepaku kasut. - Baik, jumpa lagi. 354 00:53:36,129 --> 00:53:37,631 Tunggu sekejap. 355 00:53:37,714 --> 00:53:39,424 Hei, tunggu! 356 00:53:43,345 --> 00:53:44,512 Nanti! 357 00:53:45,013 --> 00:53:46,389 Hei, tunggu! 358 00:53:46,473 --> 00:53:47,849 Berhenti! 359 00:53:49,809 --> 00:53:51,853 Saya kata berhenti! 360 00:53:52,479 --> 00:53:54,439 Mari sini! 361 00:53:54,522 --> 00:53:55,899 - Berhenti! - Jangan lari! 362 00:53:56,483 --> 00:53:57,776 - Hei! - Tunggu! 363 00:53:58,318 --> 00:54:01,321 - Hei! - Saya kata tunggu! 364 00:54:01,404 --> 00:54:02,989 Berhenti! 365 00:54:03,073 --> 00:54:05,241 Jangan lari! 366 00:54:07,160 --> 00:54:09,621 - Sakitnya. - Ke tepi. 367 00:54:09,704 --> 00:54:11,831 - Beri saya tengok beg awak! - Tunggu! 368 00:54:11,915 --> 00:54:13,583 Dia curi kasut, betul tak? 369 00:54:13,667 --> 00:54:15,710 - Dapat pun. - Biar saya bayar! 370 00:54:15,794 --> 00:54:18,546 Tak, kami akan serahkan dia kepada polis. 371 00:54:18,630 --> 00:54:19,798 Semua ini cukup, bukan? 372 00:54:20,340 --> 00:54:21,257 Apa? 373 00:54:21,967 --> 00:54:23,468 - Mari pergi. - Bukan… 374 00:54:25,679 --> 00:54:28,640 Masalahnya bukan duit sekarang. Hei. 375 00:54:30,767 --> 00:54:31,685 Tunggu! 376 00:55:14,185 --> 00:55:15,770 Saya dengar awak berhenti sekolah. 377 00:55:17,230 --> 00:55:20,650 Saya dapat masuk sekolah ini pun sebab biasiswa sukan. 378 00:55:22,694 --> 00:55:24,904 Awak tak boleh sambung selepas kaki awak sembuh? 379 00:55:26,448 --> 00:55:28,825 Saya tak boleh beli kasut pepaku sebab saya miskin 380 00:55:28,908 --> 00:55:31,703 dan saya tak boleh jalani pemulihan yang sepatutnya. 381 00:55:31,786 --> 00:55:33,121 Jadi inilah hasilnya. 382 00:55:38,668 --> 00:55:40,253 Memalukan betul. 383 00:55:40,336 --> 00:55:42,589 Anak orang kaya macam awak tengok saya macam itu. 384 00:55:49,262 --> 00:55:52,640 Saya amat yakin dengan kebolehan berlari dan mencuri saya. 385 00:55:58,229 --> 00:56:00,398 Sekarang awak nak buat apa? 386 00:56:01,149 --> 00:56:04,611 Entah. Pergi tinggal di tempat yang awak takkan pergi. 387 00:56:07,864 --> 00:56:08,990 Sudah-sudahlah. 388 00:56:25,882 --> 00:56:26,925 Kalau macam itu, 389 00:56:27,467 --> 00:56:30,011 biar saya tanggung biaya persekolahan awak sampai habis. 390 00:56:32,847 --> 00:56:34,808 Berapa yuran sekolah kita? 391 00:56:34,891 --> 00:56:37,102 Dua juta yen? Atau tiga juta yen? 392 00:56:38,686 --> 00:56:41,022 Kalau awak nak gadaikan tubuh kepada lelaki, 393 00:56:41,106 --> 00:56:43,024 awak boleh jual diri kepada saya saja. 394 00:56:48,363 --> 00:56:50,240 Kita tukar cermin mata lusuh ini sekali. 395 00:56:53,118 --> 00:56:54,410 Awak ingat awak siapa? 396 00:56:56,621 --> 00:56:57,789 Saya anak orang kaya. 397 00:57:00,625 --> 00:57:01,668 Apa yang awak nak? 398 00:57:04,254 --> 00:57:05,213 Lima tahun. 399 00:57:07,674 --> 00:57:08,883 Saya tunggu lima tahun. 400 00:57:10,343 --> 00:57:12,220 Kalau awak tak dapat bayar dalam tempoh itu, 401 00:57:13,388 --> 00:57:14,597 biar saya meniduri awak. 402 00:57:33,116 --> 00:57:34,367 Awak tak sukakah? 403 00:57:34,451 --> 00:57:36,077 Awak rasa perkara itu kotor, bukan? 404 00:57:38,997 --> 00:57:41,791 Kalau awak tak nak meniduri perempuan, 405 00:57:41,875 --> 00:57:45,503 awak mesti bekerja di syarikat bagus dan berkahwin dengan lelaki kaya. 406 00:58:16,826 --> 00:58:18,036 Tak guna! 407 00:58:18,119 --> 00:58:21,539 "Kesalahan memandu melebihi had laju. Jelaskan kompaun tiga ribu dolar." 408 00:58:22,165 --> 00:58:24,876 Ini kali pertama saya disaman. 409 00:58:31,049 --> 00:58:32,425 Saya dah telefon polis. 410 00:58:35,094 --> 00:58:36,721 Saya nak mulakan hidup baru. 411 00:58:37,889 --> 00:58:39,849 Awak nak bertanggungjawab, bukan? 412 00:58:41,684 --> 00:58:44,187 - Awak seriuskah? - Ya. 413 00:58:45,313 --> 00:58:46,272 Selamatkan saya. 414 00:59:20,682 --> 00:59:23,059 Setidaknya berilah saya bersetubuh dengan awak dulu. 415 00:59:27,397 --> 00:59:29,274 Nak buat sekarang pun dah tak sempat! 416 01:00:31,919 --> 01:00:34,172 Maaf kerana lama menunggu. Susyi Kamegame. 417 01:00:37,342 --> 01:00:38,801 Harganya 6,000 yen. 418 01:00:47,352 --> 01:00:48,227 Sebenarnya, 419 01:00:49,604 --> 01:00:52,649 saya mahu tengok reaksi awak kalau saya betul-betul telefon polis. 420 01:00:55,693 --> 01:00:56,903 Saya risau. 421 01:00:57,862 --> 01:00:59,947 Awak macam tak kisah saya buat apa-apa pun. 422 01:01:26,307 --> 01:01:27,225 Minta maaf. 423 01:01:31,896 --> 01:01:33,189 Mesti awak sakit. 424 01:01:45,243 --> 01:01:47,995 Saya ingat nak beritahu polis yang saya paksa awak ikut saya. 425 01:01:48,955 --> 01:01:50,331 Itu yang saya mahu cakap. 426 01:01:52,375 --> 01:01:54,544 Mereka tak patut lihat kita minum dengan gembira 427 01:01:55,253 --> 01:01:57,046 jadi saya mahu awak takut dengan saya. 428 01:01:59,549 --> 01:02:00,967 Namun begitu… 429 01:02:03,052 --> 01:02:04,846 Selepas saya pukul awak, 430 01:02:04,929 --> 01:02:06,806 saya nampak betapa takutnya awak. 431 01:02:13,563 --> 01:02:16,274 Saya tak patut langsung buat begitu. 432 01:02:24,490 --> 01:02:25,700 Saya minta maaf. 433 01:02:39,630 --> 01:02:41,215 Kita tamatkan di sini saja. 434 01:02:51,225 --> 01:02:52,769 Kita tak boleh lari lagi. 435 01:03:09,660 --> 01:03:11,287 Kenapa kita makan susyi? 436 01:03:13,539 --> 01:03:14,957 Ini makanan terakhir kita. 437 01:03:16,793 --> 01:03:19,003 Saya tak makan ikan mentah. 438 01:03:19,921 --> 01:03:22,673 - Betulkah? - Bukanlah. 439 01:03:22,757 --> 01:03:26,135 Nampak kolot saja jadikan susyi sebagai makanan terakhir. 440 01:03:28,346 --> 01:03:30,431 Minta maaflah. 441 01:03:30,515 --> 01:03:33,476 Makanan kolot begini yang istimewa bagi orang miskin macam saya. 442 01:03:43,194 --> 01:03:44,445 Maaf. 443 01:03:50,701 --> 01:03:52,411 Saya akan serah diri esok. 444 01:04:28,573 --> 01:04:31,284 Kita belum makan makanan terakhir kita lagi! 445 01:04:31,367 --> 01:04:33,369 Kamu berdua! Berhenti! 446 01:04:33,452 --> 01:04:34,495 Berhenti! 447 01:04:45,089 --> 01:04:46,090 Jangan lari! 448 01:04:52,388 --> 01:04:54,140 - Apa? - Cepat naik! 449 01:04:54,223 --> 01:04:55,892 Hei! 450 01:04:55,975 --> 01:04:58,853 - Minta maaf! - Tunggu! 451 01:04:59,395 --> 01:05:00,855 Berhenti! 452 01:05:05,902 --> 01:05:07,904 PC107 melaporkan. 453 01:05:08,487 --> 01:05:11,699 Saya sedang mengejar dua individu yang mencurigakan! 454 01:05:11,782 --> 01:05:13,117 PC107 melaporkan! 455 01:06:14,220 --> 01:06:15,554 Mak? 456 01:06:16,180 --> 01:06:17,598 Kenapa mak datang? 457 01:06:17,682 --> 01:06:20,309 Sudah tengah hari pun kamu tidur lagi? 458 01:06:20,393 --> 01:06:21,978 Kamu ponteng, ya? 459 01:06:22,061 --> 01:06:23,604 Kenapa mak datang? 460 01:06:24,397 --> 01:06:26,649 Kebetulan mak ada hal dekat sini. 461 01:06:26,732 --> 01:06:29,110 Mak ada mesej kamu, bukan? 462 01:06:34,991 --> 01:06:36,367 Oh, ya. 463 01:06:36,450 --> 01:06:39,328 Ayah kamu pergi buat pemeriksaan jantung. 464 01:06:40,413 --> 01:06:42,999 Bayarannya dalam 80,000 yen, 465 01:06:43,082 --> 01:06:47,086 tapi rupanya dia sihat saja. 466 01:06:48,004 --> 01:06:50,131 Tak apalah, janji dia sihat. 467 01:06:50,881 --> 01:06:53,092 Boleh jadi doktor itu yang tak betul. 468 01:07:00,433 --> 01:07:02,101 Apa khabar teman wanita kamu? 469 01:07:03,561 --> 01:07:04,895 Dia tiada di rumah hari ini? 470 01:07:08,524 --> 01:07:09,734 Maaf. 471 01:07:09,817 --> 01:07:11,485 Tentang dia… 472 01:07:13,237 --> 01:07:14,530 Dia… 473 01:07:15,614 --> 01:07:17,575 Saya rasa dia dah pergi. 474 01:07:20,161 --> 01:07:21,620 Kamu pasti? 475 01:07:24,915 --> 01:07:27,877 Kamu tahu, mak ini 476 01:07:27,960 --> 01:07:29,837 memang tak suka dengan dia. 477 01:07:32,048 --> 01:07:36,135 Sudahlah dia tak kenalkan kamu dengan mak ayah dia. 478 01:07:39,221 --> 01:07:41,307 Dia kata mak ayah dia mesti marah 479 01:07:41,390 --> 01:07:43,225 kalau mereka tahu anak mereka lesbian. 480 01:07:44,518 --> 01:07:45,519 Jadi… 481 01:07:46,771 --> 01:07:49,231 dia tak mahu derhaka kalau dia beritahu mereka. 482 01:07:53,194 --> 01:07:57,656 Apa? Dia memperbodohkan kamu saja. Sebenarnya dia takut nak cakap. 483 01:08:08,375 --> 01:08:09,335 Mak ingat lagi 484 01:08:09,960 --> 01:08:12,004 semasa kamu bawa dia jumpa mak dan ayah. 485 01:08:13,547 --> 01:08:16,092 Kamu kumpulkan keberanian kamu 486 01:08:16,175 --> 01:08:17,551 dan kenalkan dia kepada kami. 487 01:08:19,428 --> 01:08:22,848 Mak begitu gembira. 488 01:08:24,558 --> 01:08:28,729 Namun sekarang dia buat macam semua ini tak bermakna pun. 489 01:08:48,541 --> 01:08:50,209 - Biar saya tuangkan. - Terima kasih. 490 01:08:53,629 --> 01:08:54,505 Mak. 491 01:08:56,966 --> 01:08:58,050 Saya minta maaf. 492 01:09:00,344 --> 01:09:01,554 Kenapa pula? 493 01:09:06,475 --> 01:09:08,644 Saya dah 34 tahun 494 01:09:10,604 --> 01:09:11,897 tapi saya masih macam ini. 495 01:09:17,027 --> 01:09:19,196 Saya tak dapat beri mak cucu lagi. 496 01:09:23,117 --> 01:09:24,660 Apa kamu cakap ini? 497 01:09:25,202 --> 01:09:27,538 Dah besar pun masih sama lagi. 498 01:09:28,622 --> 01:09:30,291 Kamu masih cengeng 499 01:09:30,374 --> 01:09:32,209 macam budak manja lagi. 500 01:09:47,099 --> 01:09:49,393 Kamu memang nampak dah berusia sikit. 501 01:09:51,937 --> 01:09:54,481 Tepi mata kamu pun dah mula berkedut. 502 01:10:21,300 --> 01:10:24,011 - Hei! - Kenapa? 503 01:10:24,720 --> 01:10:26,555 - Alamak! - Tunggu… 504 01:10:26,639 --> 01:10:28,098 Apa? 505 01:10:28,182 --> 01:10:29,558 Sekejap. 506 01:10:43,113 --> 01:10:44,114 Tak boleh. 507 01:10:45,282 --> 01:10:47,326 - Minyak habis. - Biar betul? 508 01:10:47,409 --> 01:10:51,747 KAFETERIA HIROSATO 509 01:10:52,706 --> 01:10:53,582 Silakan masuk. 510 01:10:55,459 --> 01:10:56,877 Selamat datang. 511 01:10:56,961 --> 01:10:58,045 Dua orang saja. 512 01:10:58,963 --> 01:11:00,339 - Silakan. - Baik. 513 01:11:16,647 --> 01:11:19,608 Kali pertama saya rasa bir sesedap ini! 514 01:11:45,342 --> 01:11:46,969 - Sedapnya! - Sedap, bukan? 515 01:11:57,521 --> 01:11:59,106 Memang sedap, bukan? 516 01:12:07,364 --> 01:12:10,367 Ini kali pertama saya tengok awak buat muka macam itu. 517 01:12:28,761 --> 01:12:30,054 Saya ke bilik air sekejap. 518 01:12:38,020 --> 01:12:39,271 PEMBUNUHAN AHLI PERNIAGAAN 519 01:12:39,355 --> 01:12:41,732 RAHSIA GELAP PASANGAN SOSIALIT KEGILAAN CINTA PELACUR 520 01:12:59,124 --> 01:13:01,502 Awak berdua nampak seronok saja. 521 01:13:03,087 --> 01:13:04,838 Maaf kalau kami bising. 522 01:13:05,881 --> 01:13:09,718 Kasut awak tercicir, ya? 523 01:13:10,844 --> 01:13:11,887 Ya. 524 01:13:13,097 --> 01:13:14,348 Awak okey tak? 525 01:13:15,891 --> 01:13:17,059 Tak perlu risaukan kami. 526 01:13:29,488 --> 01:13:32,199 Bagaimana kami nak membalas budi awak? 527 01:13:32,282 --> 01:13:36,036 Nampak sangat awak ada masalah. Takkan saya nak biarkan saja. 528 01:13:39,206 --> 01:13:41,458 Awak berdua datang dari mana? Tokyo? 529 01:13:42,167 --> 01:13:44,128 Tak nampak macam orang sini. 530 01:13:44,211 --> 01:13:46,380 Tak nampak macam pelancong pun. 531 01:13:46,463 --> 01:13:47,965 Awak ke sini untuk cari kerjakah? 532 01:13:49,383 --> 01:13:51,510 Kami melarikan diri sebab kami dah bunuh orang. 533 01:13:53,429 --> 01:13:56,473 Awak dah tengok muka kami jadi kami mesti bunuh awak juga. 534 01:14:06,608 --> 01:14:08,861 Saya tinggal di Tokyo sampai tahun lepas. 535 01:14:09,862 --> 01:14:11,947 Syarikat saya muflis jadi saya balik ke sini. 536 01:14:12,030 --> 01:14:14,116 Bosan betul di sini. 537 01:14:14,700 --> 01:14:16,869 Saya duduk berpeluk tubuh saja. 538 01:14:18,662 --> 01:14:22,458 Syarikat saya dah gulung tikar, hutang keliling pinggang… 539 01:14:23,208 --> 01:14:25,586 Saya sampai naik tangan dengan anak dan isteri saya. 540 01:14:26,378 --> 01:14:29,715 Saya terima perintah sekatan jadi saya tak boleh jumpa mereka lagi. 541 01:14:35,345 --> 01:14:39,641 Isteri saya nampak macam awak. Ada iras-iras. 542 01:14:42,144 --> 01:14:43,770 Sebab itu saya bantu awak. 543 01:15:01,038 --> 01:15:03,165 Terima kasih kerana membantu. 544 01:15:15,219 --> 01:15:18,430 Kita patut suruh dia bawa kita jauh sikit lagi. 545 01:15:18,514 --> 01:15:21,391 Tak apalah, asalkan ada bumbung tempat berteduh. 546 01:15:28,941 --> 01:15:30,275 Saya nak tidur sekejap. 547 01:16:58,697 --> 01:17:00,824 Saya dah agak awak berdua masih di sini. 548 01:17:05,704 --> 01:17:08,707 Betulkah awak bunuh orang? 549 01:17:13,337 --> 01:17:15,005 Takutnya muka awak. 550 01:17:17,799 --> 01:17:19,676 Saya nak ajak awak minum sekali. 551 01:17:29,227 --> 01:17:31,063 Awak nak lari ke mana? 552 01:17:32,105 --> 01:17:33,231 Tak tahu. 553 01:17:34,399 --> 01:17:36,109 Entah apa nak dibuat selepas ini. 554 01:17:37,486 --> 01:17:39,571 Awak nak lari daripada kenyataan? 555 01:17:39,655 --> 01:17:40,947 Berapa umur awak, cik adik? 556 01:17:43,283 --> 01:17:44,368 Saya 23 tahun. 557 01:17:46,244 --> 01:17:47,996 Biar betul? 558 01:17:48,080 --> 01:17:50,040 Awak nampak macam lebih matang! 559 01:17:51,166 --> 01:17:52,751 Betul kata awak. 560 01:17:53,460 --> 01:17:54,795 Umur saya 29 tahun. 561 01:17:59,633 --> 01:18:00,967 Rambut awak cantik. 562 01:18:13,355 --> 01:18:14,898 Awak suka begini, bukan? 563 01:19:11,246 --> 01:19:12,748 Boleh saya masuk terus? 564 01:19:15,167 --> 01:19:17,669 Saya tahu awak mesti memahami saya. 565 01:20:34,871 --> 01:20:35,914 Hei. 566 01:20:43,046 --> 01:20:44,256 Ambil ini. 567 01:20:49,219 --> 01:20:51,429 Saya tak tahu apa masalah awak, 568 01:20:52,347 --> 01:20:53,348 tapi ambillah ini. 569 01:22:34,240 --> 01:22:35,283 Helo? 570 01:22:43,416 --> 01:22:44,250 Rei? 571 01:22:52,550 --> 01:22:53,677 Itu awak, ya? 572 01:22:59,432 --> 01:23:00,725 Awak… 573 01:23:03,436 --> 01:23:05,188 Awak tak apa-apa? 574 01:23:09,150 --> 01:23:10,527 Minta maaf. 575 01:23:14,656 --> 01:23:16,032 Awak… 576 01:23:18,034 --> 01:23:20,203 Awak takkan balik, ya? 577 01:23:24,582 --> 01:23:25,667 Maaf. 578 01:23:27,669 --> 01:23:30,338 Jangan minta maaf semudah itu saja. 579 01:23:35,010 --> 01:23:36,511 Saya… 580 01:23:39,639 --> 01:23:41,975 Saya tak tahu pun… 581 01:23:43,518 --> 01:23:44,894 apa awak buat selama ini. 582 01:23:49,274 --> 01:23:51,026 Awak tak telefon. 583 01:23:54,988 --> 01:23:56,364 Malah saya tak tahu pun 584 01:23:58,616 --> 01:24:00,368 di mana awak sekarang. 585 01:24:08,752 --> 01:24:09,919 Saya tahu… 586 01:24:15,717 --> 01:24:19,888 Mungkin saya bercakap seorang diri… 587 01:24:23,850 --> 01:24:25,268 tapi hakikatnya… 588 01:24:30,482 --> 01:24:32,150 apabila saya sedar 589 01:24:33,318 --> 01:24:34,903 saya hanya sukakan perempuan… 590 01:24:38,073 --> 01:24:41,242 sejak saya kecil lagi… 591 01:24:44,287 --> 01:24:46,915 Ia buat saya rasa risau, macam orang lain juga. 592 01:24:57,801 --> 01:24:59,594 Namun selepas keluar dengan awak… 593 01:25:05,809 --> 01:25:07,811 Untuk kali pertama dalam hidup saya… 594 01:25:13,483 --> 01:25:15,610 saya gembira… 595 01:25:17,612 --> 01:25:19,030 sebab saya dilahirkan 596 01:25:20,198 --> 01:25:21,825 sebagai seorang lesbian. 597 01:25:36,881 --> 01:25:38,133 Sekarang… 598 01:25:47,350 --> 01:25:51,062 awak bersama cinta hati awak, bukan? 599 01:26:14,544 --> 01:26:16,087 Baguslah kalau begitu. 600 01:26:27,015 --> 01:26:28,641 Selamat tinggal. 601 01:27:48,012 --> 01:27:48,972 Hei. 602 01:27:51,391 --> 01:27:52,642 Awak nak buat apa? 603 01:28:00,817 --> 01:28:02,485 Kita boleh mati bersama. 604 01:28:04,070 --> 01:28:05,780 Atau kita boleh pergi balai. 605 01:28:33,850 --> 01:28:35,560 Saya nak mandi. 606 01:28:38,646 --> 01:28:40,315 Saya nak tidur atas tilam. 607 01:29:08,259 --> 01:29:09,427 Kita berdua… 608 01:29:10,345 --> 01:29:12,764 Kawan bukan, kekasih pun bukan. 609 01:29:16,225 --> 01:29:21,397 Namun, saya tak kisah melepak dengan awak dalam masa singkat yang kita ada. 610 01:30:55,074 --> 01:30:56,409 Awak rupanya, Cik Nagasawa? 611 01:30:57,118 --> 01:30:59,912 Kawasan di sini kebelakangan ini agak berbahaya. 612 01:30:59,996 --> 01:31:01,664 Jangan buat begitu lagi. 613 01:31:01,747 --> 01:31:05,459 Maaf kerana menyusahkan awak. Kunci saya hilang. 614 01:31:15,178 --> 01:31:17,555 Awak memang anak orang kaya, ya? 615 01:31:18,681 --> 01:31:20,266 Ini rumah ayah saya. 616 01:31:25,897 --> 01:31:28,482 - Sedapnya! - Ya. 617 01:31:30,234 --> 01:31:31,569 Awak tak tahu masak langsung? 618 01:31:31,652 --> 01:31:34,447 Asalkan ada duit, kita boleh makan macam-macam makanan sedap. 619 01:31:36,908 --> 01:31:38,868 Mesti ada orang masak untuk awak, bukan? 620 01:31:41,787 --> 01:31:42,997 Betul. 621 01:31:56,886 --> 01:31:58,346 Dulu mak saya 622 01:31:59,222 --> 01:32:02,016 tak nak terima yang saya lesbian sampai ke akhir hayatnya. 623 01:32:03,517 --> 01:32:06,812 Jadi saya minta kawan lelaki saya berlakon sebagai teman lelaki saya. 624 01:32:08,356 --> 01:32:12,443 Lepas itu mak saya cakap, "Baguslah kamu tak ada penyakit homoseksual lagi." 625 01:32:17,031 --> 01:32:19,033 Tak lama selepas itu, dia meninggal. 626 01:32:24,288 --> 01:32:26,958 Saya tak mahu disisihkan macam itu lagi. 627 01:32:27,041 --> 01:32:29,210 Saya tak kisah kalau mereka tak faham saya. 628 01:32:32,338 --> 01:32:35,466 Kalau saya boleh belajar menerimanya, saya boleh hidup dengan tenang. 629 01:32:39,345 --> 01:32:40,888 Namun apabila saya tengok awak, 630 01:32:41,389 --> 01:32:44,350 perasaan saya terhadap awak semasa zaman sekolah kembali menderu. 631 01:32:47,979 --> 01:32:52,316 Saya sentiasa berharap saya boleh berada di sisi awak. 632 01:32:52,400 --> 01:32:54,110 Saya teringat balik semua itu. 633 01:33:30,354 --> 01:33:33,274 MUNGKIN ISTERINYA TURUT DIBUNUH 634 01:33:33,357 --> 01:33:34,984 SEMOGA DIA DAPAT DIKENAL PASTI SEGERA 635 01:33:35,067 --> 01:33:37,069 BEKAS PELAJAR SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN REIWA 636 01:33:46,620 --> 01:33:48,247 Saya nak nasi goreng organ dalaman. 637 01:33:48,331 --> 01:33:50,833 - Saya mahu nasi goreng daging. - Terima kasih. 638 01:33:57,590 --> 01:34:00,176 Minta maaf, boleh saya ganggu sebentar? 639 01:34:03,012 --> 01:34:04,930 Kami mahu tanya sesuatu. 640 01:34:48,265 --> 01:34:49,975 Kenapa abang datang? 641 01:34:51,394 --> 01:34:53,813 Pengawal keselamatan hubungi abang. 642 01:34:53,896 --> 01:34:56,899 Dia ingat ada pencuri, tapi rupanya kamu. 643 01:35:01,320 --> 01:35:02,822 Orang buruan dalam berita itu 644 01:35:03,656 --> 01:35:05,366 bukan kamu, bukan? 645 01:35:09,787 --> 01:35:10,621 Apa? 646 01:35:11,330 --> 01:35:13,916 Tak mungkin. Apa… 647 01:35:15,042 --> 01:35:15,960 Biar betul? 648 01:35:23,259 --> 01:35:24,510 Perempuan itu… 649 01:35:26,095 --> 01:35:27,805 Dia isteri lelaki itu, bukan? 650 01:35:30,683 --> 01:35:31,892 Minta maaf. 651 01:35:33,978 --> 01:35:36,856 Apa kamu dah buat sebenarnya? 652 01:35:59,670 --> 01:36:01,422 Maaflah kami perlu berjaga-jaga. 653 01:36:02,339 --> 01:36:06,218 Susah nanti kalau kamu cuba melarikan diri. 654 01:36:06,886 --> 01:36:07,761 Saya faham. 655 01:36:10,264 --> 01:36:13,767 Saya kakak ipar Rei. 656 01:36:15,394 --> 01:36:19,023 Kamu berdua bercinta, ya? 657 01:36:20,608 --> 01:36:23,819 Tidak, bukan macam itu. 658 01:36:26,322 --> 01:36:29,992 Jadi kenapa kamu berdua lari bersama? 659 01:38:07,548 --> 01:38:09,675 Kenapa kamu buat begini? 660 01:38:13,470 --> 01:38:16,056 Awak anggap wanita berkaca mata itu sebagai apa? 661 01:38:23,897 --> 01:38:25,983 Dia bukan kekasih kamu yang lama itu. 662 01:38:28,944 --> 01:38:29,945 Abang tahukah? 663 01:38:31,447 --> 01:38:34,033 Sudah lama abang syak. 664 01:38:40,748 --> 01:38:42,583 Kamu ada perasaan pada dia? 665 01:38:48,464 --> 01:38:51,717 Jawablah. Kalau kamu tak cakap, abang pun tak boleh faham. 666 01:39:02,645 --> 01:39:04,730 Sekarang kamu boleh buat seperkara saja. 667 01:39:06,315 --> 01:39:09,234 Menyerah diri dan tebus kesalahan kamu. 668 01:39:10,402 --> 01:39:12,154 Jangan buat jenayah lagi. 669 01:39:25,918 --> 01:39:27,211 Saya tahu. 670 01:39:29,213 --> 01:39:31,298 Saya akan pergi pagi esok. 671 01:39:32,091 --> 01:39:33,300 Pergi sekarang. 672 01:39:37,054 --> 01:39:39,139 Lebih awal lebih bagus, daripada tak pergi langsung. 673 01:39:39,848 --> 01:39:41,392 Tunjukkan yang kamu amat menyesal. 674 01:39:44,228 --> 01:39:45,396 Selepas itu… 675 01:39:47,398 --> 01:39:49,358 baliklah, daripada tak balik langsung. 676 01:39:53,570 --> 01:39:56,240 Rumah ini sentiasa menanti kamu. 677 01:40:23,100 --> 01:40:24,601 Awak nak buat apa? 678 01:40:29,606 --> 01:40:31,692 Saya ingat mahu terjun bunuh diri. 679 01:40:41,034 --> 01:40:42,077 Maaf. 680 01:40:43,787 --> 01:40:45,205 Rahsia kita dah terbongkar. 681 01:41:03,015 --> 01:41:06,018 Abang saya akan bawa saya ke balai polis sekarang. 682 01:41:10,439 --> 01:41:14,526 Saya akan beritahu mereka saya culik dan paksa awak ikut saya. 683 01:41:18,739 --> 01:41:20,908 Abang awak pun setuju? 684 01:41:22,326 --> 01:41:23,327 Ya. 685 01:41:27,706 --> 01:41:30,209 Saya dah buat dia faham. 686 01:41:33,003 --> 01:41:34,963 Ketika kita berdua saja, kita boleh lari, 687 01:41:35,047 --> 01:41:37,090 tapi selepas keluarga awak tiba, awak buat begini. 688 01:41:38,300 --> 01:41:39,176 Apa? 689 01:41:40,719 --> 01:41:42,346 Buatlah sesuka hati awak. 690 01:41:43,013 --> 01:41:44,932 Saya ini cuma orang asing. 691 01:41:45,015 --> 01:41:47,559 - Kenapa awak marah pula? - Mana ada. 692 01:41:47,643 --> 01:41:49,436 Saya cuma tak nak berbual dengan awak. 693 01:41:50,771 --> 01:41:53,524 Pergilah jumpa polis dengan abang awak. Saya tak peduli. 694 01:42:02,574 --> 01:42:03,659 Maaf. 695 01:42:07,079 --> 01:42:08,247 Begitu rupanya. 696 01:42:10,290 --> 01:42:11,583 Awak rasa sunyikah? 697 01:42:17,256 --> 01:42:18,590 Hei! Jaga-jaga sikit! 698 01:42:18,674 --> 01:42:21,510 Benci betul apabila awak buat-buat tak faham! 699 01:42:21,593 --> 01:42:22,719 Awak bukan budak lagi! 700 01:42:22,803 --> 01:42:24,388 - Jangan nak buat perangai! - Diam! 701 01:42:24,471 --> 01:42:26,765 Hei, apa kamu berdua buat ini? 702 01:42:26,849 --> 01:42:28,058 Bertenang! 703 01:42:28,141 --> 01:42:29,768 Menyedihkan betul awak ini! 704 01:42:29,852 --> 01:42:31,770 Awak kasihan dengan saya? 705 01:42:31,854 --> 01:42:34,439 Abang saya baru tanya tadi. 706 01:42:34,523 --> 01:42:38,569 Dia kata, "Kamu anggap dia sebagai apa?" Masa itu, baru saya tersedar. 707 01:42:38,652 --> 01:42:40,696 Awak seorang yang menyedihkan! 708 01:42:41,446 --> 01:42:45,576 Awak tak dapat cari jalan untuk lari daripada suami awak jadi awak… 709 01:42:45,659 --> 01:42:49,997 Siapa suruh awak pergi bunuh dia betul-betul? 710 01:42:51,206 --> 01:42:52,749 Perempuan tak guna! 711 01:42:52,833 --> 01:42:54,710 Memang betul! 712 01:42:54,793 --> 01:42:56,628 Cuba tengok! 713 01:42:56,712 --> 01:42:59,298 Awak memang menyedihkan! 714 01:42:59,381 --> 01:43:00,507 Diam! 715 01:43:00,591 --> 01:43:02,551 Diam! Saya kata diam! 716 01:43:17,524 --> 01:43:18,609 Dengar sini. 717 01:43:19,902 --> 01:43:21,945 Selepas kamu dah menebus kesalahan kamu, 718 01:43:22,029 --> 01:43:23,572 carilah lelaki yang baik-baik 719 01:43:23,655 --> 01:43:26,033 dan cuba bina keluarga dan ada anak. 720 01:43:26,116 --> 01:43:27,326 Abang, berhenti! 721 01:43:27,409 --> 01:43:30,037 Apabila awak jadi ibu, baru kamu faham sesetengah perkara. 722 01:43:30,120 --> 01:43:30,996 Abang! 723 01:43:31,079 --> 01:43:32,080 Masa itu 724 01:43:32,706 --> 01:43:34,666 baru awak akan faham 725 01:43:35,500 --> 01:43:38,503 betapa bahagianya jika mempunyai keluarga. 726 01:43:39,838 --> 01:43:40,923 Boleh tak? 727 01:44:04,696 --> 01:44:05,781 Saya faham. 728 01:44:17,167 --> 01:44:19,503 Saya akan serah diri bersama dia. 729 01:44:26,760 --> 01:44:29,930 Saya pergi bilik air untuk cuci darah dulu. 730 01:44:30,847 --> 01:44:31,848 Hei! 731 01:44:39,189 --> 01:44:40,482 Saya sudah sedar. 732 01:44:41,274 --> 01:44:43,652 Darjat kita berdua berbeza. 733 01:44:45,779 --> 01:44:48,281 Saya tak patut ajak awak masuk kereta. 734 01:44:52,119 --> 01:44:53,787 Habis kenapa awak berhenti? 735 01:44:55,789 --> 01:44:56,873 Kasihan. 736 01:44:58,375 --> 01:45:00,460 Ingatkan awak ada saya seorang saja… 737 01:45:01,920 --> 01:45:04,131 memandang awak ialah lesbian bodoh dan pembunuh. 738 01:45:10,262 --> 01:45:11,263 Begitu rupanya. 739 01:45:14,516 --> 01:45:17,185 Saya ingat awak nak lari dengan saya. 740 01:45:17,269 --> 01:45:18,520 Saya begitu gembira. 741 01:45:22,983 --> 01:45:24,609 Saya ingat nak bunuh diri, 742 01:45:26,820 --> 01:45:28,697 tapi saya akan cuba tebus kesalahan ini 743 01:45:30,615 --> 01:45:32,743 dengan memberi kenyataan di mahkamah. 744 01:45:36,204 --> 01:45:37,289 Selepas itu apa? 745 01:45:39,916 --> 01:45:42,586 Saya akan hidup di satu tempat yang awak takkan pergi. 746 01:46:07,319 --> 01:46:09,029 Kita bergerak setengah jam lagi. 747 01:46:10,072 --> 01:46:11,406 Tunggu sini. 748 01:47:10,006 --> 01:47:11,508 Kita bayar asing. 749 01:47:26,022 --> 01:47:27,440 Bukankah ini… 750 01:47:28,191 --> 01:47:29,067 Siapa suruh tengok? 751 01:47:32,320 --> 01:47:34,906 - Awak masih simpan lagi? - Ia cuma terselit. 752 01:47:37,159 --> 01:47:39,452 - Selama sepuluh tahun? - Yalah. 753 01:47:42,998 --> 01:47:45,375 Hei, mari kita pergi. 754 01:47:45,876 --> 01:47:46,751 Apa? 755 01:47:48,587 --> 01:47:49,629 Mari kita lari. 756 01:47:50,714 --> 01:47:51,715 Mustahil. 757 01:47:52,340 --> 01:47:54,176 Kita tak boleh lari selamanya. 758 01:47:54,259 --> 01:47:55,719 Apa yang awak fikir sebenarnya? 759 01:48:02,642 --> 01:48:04,644 Saya hanya fikir awak sangat comel. 760 01:48:22,287 --> 01:48:23,413 Awak memang bodoh, ya? 761 01:48:25,665 --> 01:48:26,791 Ya. 762 01:48:28,168 --> 01:48:31,338 Saya dah kunci pintu, saya nak panaskan enjin dulu. 763 01:48:31,421 --> 01:48:33,465 - Okey. Saya keluar sekejap lagi. - Ya. 764 01:48:46,311 --> 01:48:47,312 Mari. 765 01:48:47,938 --> 01:48:48,772 Baik. 766 01:48:54,778 --> 01:48:56,529 Sedia, lompat! 767 01:49:00,867 --> 01:49:01,993 - Mari! - Ya! 768 01:49:11,753 --> 01:49:13,588 Saya minta tolong kali ini saja. 769 01:49:13,672 --> 01:49:16,049 Jangan cakap apa-apa dan berikan kereta kepada kami. 770 01:49:16,716 --> 01:49:17,801 Sudahlah. 771 01:49:18,677 --> 01:49:21,388 Tak ada gunanya kalau benda ini berlarutan. 772 01:49:21,972 --> 01:49:23,098 Tolonglah! 773 01:49:35,485 --> 01:49:37,946 Awak fikir kenapa saya sampai sanggup membunuh? 774 01:49:44,202 --> 01:49:46,162 Saya takkan ganggu hidup awak lagi. 775 01:49:54,879 --> 01:49:55,839 Adakah awak bersedia 776 01:49:57,507 --> 01:49:58,717 untuk berdepan apa saja? 777 01:50:10,729 --> 01:50:12,856 Kalau ini pertemuan yang terakhir, ambil ini. 778 01:50:13,857 --> 01:50:14,983 Pergi. Cepat. 779 01:50:26,536 --> 01:50:27,871 Hei! 780 01:50:27,954 --> 01:50:30,332 - Abang! Saya sayang abang! - Hei! 781 01:50:31,416 --> 01:50:33,043 Lepaskan saya! 782 01:50:36,838 --> 01:50:38,089 Rei! 783 01:50:47,640 --> 01:50:49,225 Kenapa awak biar mereka pergi? 784 01:50:50,602 --> 01:50:52,520 Awak tahu mereka boleh mati nanti? 785 01:50:54,272 --> 01:50:55,690 Rei nampak macam 786 01:50:56,274 --> 01:51:00,070 - dia tak kisah kalau mati. - Habis kenapa awak biarkan dia? 787 01:51:03,615 --> 01:51:06,326 Kalau dia hidup pun, tak semestinya dia akan baik-baik saja. 788 01:51:07,202 --> 01:51:08,078 Sudah tentulah. 789 01:51:09,079 --> 01:51:10,538 Mereka boleh mulakan hidup baru. 790 01:51:12,040 --> 01:51:13,208 Sayang. 791 01:51:14,209 --> 01:51:16,419 Awak tak tahu 792 01:51:16,503 --> 01:51:18,880 - kenapa dia bunuh lelaki itu? - Tak. 793 01:51:19,964 --> 01:51:21,633 Saya pun tak tahu sebenarnya. 794 01:51:23,885 --> 01:51:26,888 Jika difikirkan semula, 795 01:51:28,598 --> 01:51:31,726 selagi mereka berdua faham perbuatan mereka, tak apalah. 796 01:51:33,186 --> 01:51:34,813 Apa maksud awak? 797 01:51:37,440 --> 01:51:38,358 Sayang. 798 01:51:39,275 --> 01:51:42,362 Awak sanggup membunuh demi siapa? 799 01:51:43,154 --> 01:51:45,198 Saya takkan sesekali bunuh sesiapa. 800 01:51:45,281 --> 01:51:48,451 - Kalau awak tak ada pilihan? - Kenapa awak cakap benda macam ini? 801 01:51:49,577 --> 01:51:51,579 Kalau saya boleh pujuk dia tadi… 802 01:51:52,956 --> 01:51:56,418 Dia dah nekad dengan keputusannya. 803 01:51:57,168 --> 01:51:58,628 Dia dah pertimbangkan segalanya. 804 01:52:02,465 --> 01:52:03,341 Kenapa? 805 01:52:07,137 --> 01:52:09,514 Dengar sini. 806 01:52:10,974 --> 01:52:14,185 Saya sanggup membunuh. 807 01:52:15,228 --> 01:52:16,813 Sesiapa pun takkan halang saya 808 01:52:17,772 --> 01:52:20,191 kalau demi awak atau anak-anak kita. 809 01:52:25,405 --> 01:52:27,490 Awak tak mahu tanya saya sebabnya? 810 01:53:03,818 --> 01:53:07,322 Saya ingat awak dah cukup bodoh tapi rupanya saya pun bodoh sekali. 811 01:53:08,781 --> 01:53:09,741 Yalah. 812 01:53:11,618 --> 01:53:14,412 Kita berdua memang bodoh. 813 01:53:14,496 --> 01:53:17,081 - Ya! - Memang bodoh! 814 01:53:17,165 --> 01:53:18,249 Ya! 815 01:53:43,816 --> 01:53:47,070 Ketika kita bayar asing, itu kali pertama saya rasa setaraf dengan awak. 816 01:53:50,865 --> 01:53:52,200 Semuanya berakhir hari ini. 817 01:54:15,098 --> 01:54:16,140 Mari kita pergi. 818 01:54:17,684 --> 01:54:18,935 Pergi mana? 819 01:54:20,645 --> 01:54:22,564 Ke mana saja asalkan kita sendirian. 820 01:54:27,360 --> 01:54:29,404 Ia begitu mengujakan, bukan? 821 01:54:31,614 --> 01:54:35,368 Lagu seterusnya adalah permintaan… 822 01:54:35,451 --> 01:54:37,120 Ini lagu dulu-dulu! 823 01:54:37,203 --> 01:54:38,746 Ini lagu "CHE.R.RY" nyanyian YUI! 824 01:54:45,169 --> 01:54:46,921 Keberanian 825 01:54:49,966 --> 01:54:52,093 Aku tak tahu guna emotikon 826 01:54:52,176 --> 01:54:56,472 Namun jantungku berdebar laju Apabila menerimanya daripadamu 827 01:54:57,056 --> 01:55:01,477 Jangan terlalu cepat membalas mesej 828 01:55:01,561 --> 01:55:05,815 Itulah nasihat orang selalu 829 01:55:05,899 --> 01:55:10,820 Namun aku tak sanggup bermain tarik tali 830 01:55:10,904 --> 01:55:13,740 Kerana aku sukakan kamu 831 01:55:16,075 --> 01:55:20,455 Aku dah jatuh cinta 832 01:55:20,538 --> 01:55:23,333 Kau mungkin tidak menyedarinya 833 01:55:23,416 --> 01:55:29,005 Kukatakan "CHE.R.RY" kepada langit malam 834 01:55:29,088 --> 01:55:32,842 Sedang aku membalas mesej daripadamu 835 01:55:42,518 --> 01:55:45,021 Kuntuman bunga sakura mekar 836 01:55:45,104 --> 01:55:49,108 Sambil aku merenung dari jendela kamarku 837 01:56:29,649 --> 01:56:30,858 Hei. 838 01:56:32,694 --> 01:56:34,988 Kalau saya serah diri, 839 01:56:35,071 --> 01:56:37,073 awak mahu bunuh diri, betul tak? 840 01:56:40,535 --> 01:56:42,787 Saya ingat mahu hantar awak balik. 841 01:56:43,538 --> 01:56:45,665 Ke pangkuan keluarga awak. 842 01:56:52,964 --> 01:56:54,716 Sebab itu saya tinggalkan mereka. 843 01:57:04,058 --> 01:57:06,978 Lesbian bodoh yang juga pembunuh macam saya ini 844 01:57:07,895 --> 01:57:09,564 tiada tempat lain untuk dituju. 845 01:57:12,942 --> 01:57:14,527 Saya cuma ada awak seorang. 846 01:58:47,870 --> 01:58:50,957 Untungnya kalau jadi lelaki. 847 01:58:51,040 --> 01:58:52,792 Mereka ada benda untuk dimasukkan ke dalam wanita. 848 01:58:53,543 --> 01:58:55,044 Jari saya tak dapat puaskan awak. 849 01:59:13,020 --> 01:59:15,106 Sekali saja cukuplah. 850 01:59:15,189 --> 01:59:17,400 Saya hanya mahu mendakap gadis yang saya sayangi 851 01:59:17,483 --> 01:59:19,110 dan bersetubuh dengan dia. 852 02:01:09,136 --> 02:01:11,847 Awak boleh bunuh saya tak? 853 02:01:26,404 --> 02:01:27,780 Ya. 854 02:01:37,039 --> 02:01:38,791 Namun kalau saya bunuh awak, 855 02:01:40,418 --> 02:01:43,337 apa akan jadi kepada saya selepas awak tiada? 856 02:02:17,413 --> 02:02:20,833 Saya tak sanggup hidup tanpa awak! 857 02:02:24,837 --> 02:02:26,464 Lebih baik saya mati! 858 02:02:46,525 --> 02:02:49,945 Saya dah pernah membunuh sekali, tak ada bezanya kalau saya buat lagi. 859 02:02:52,698 --> 02:02:54,658 Saya boleh bunuh awak jika awak nak tapi… 860 02:03:46,961 --> 02:03:48,254 Jangan. 861 02:04:00,474 --> 02:04:02,017 Saya segan. 862 02:04:05,980 --> 02:04:06,981 Nak saya berhentikah? 863 02:04:08,441 --> 02:04:09,650 Jangan. 864 02:04:37,011 --> 02:04:38,554 Awaklah gadis yang saya cintai. 865 02:05:04,663 --> 02:05:07,833 Saya rasa nak mati! 866 02:06:02,012 --> 02:06:03,556 Dengar sini. 867 02:06:06,183 --> 02:06:08,519 Saya memang tak nak hidup lagi pun. 868 02:06:09,979 --> 02:06:11,480 Saya memang nak bunuh diri. 869 02:06:17,611 --> 02:06:18,529 Kalau… 870 02:06:20,155 --> 02:06:24,410 Kalau awak tak boleh hidup tanpa saya, 871 02:06:27,621 --> 02:06:29,707 baik saya bunuh awak. 872 02:06:44,805 --> 02:06:47,975 Awak ada kata-kata terakhir sebelum saya tamatkan? 873 02:06:56,525 --> 02:06:57,776 Saya… 874 02:07:01,280 --> 02:07:06,035 Saya bukan membunuh untuk bersetubuh dengan orang yang saya cintai. 875 02:07:13,500 --> 02:07:15,336 Saya bersetubuh dengan 876 02:07:16,879 --> 02:07:18,797 seseorang yang saya cintai 877 02:07:20,716 --> 02:07:22,885 sampai saya sanggup membunuh. 878 02:07:27,348 --> 02:07:29,266 Pastikan awak tak salah faham. 879 02:08:06,011 --> 02:08:07,429 Ada orang tak? 880 02:08:07,513 --> 02:08:09,682 - Duduklah. - Terima kasih. 881 02:08:14,561 --> 02:08:16,313 Semua orang sudah ada? 882 02:08:16,397 --> 02:08:18,982 Pemerhatian adalah teknik penting bagi lakaran kasar. 883 02:08:19,066 --> 02:08:20,484 Sila mula. 884 02:08:36,834 --> 02:08:37,751 Nama awak. 885 02:08:38,544 --> 02:08:39,378 Apa? 886 02:08:40,129 --> 02:08:41,755 Siapa nama awak? 887 02:08:41,839 --> 02:08:43,507 Kita tak pernah berbual sebelum ini. 888 02:08:44,842 --> 02:08:45,968 Tsujimura. 889 02:08:46,802 --> 02:08:48,053 Nanae Tsujimura. 890 02:08:52,558 --> 02:08:54,101 Saya Rei Nagasawa. 891 02:09:14,955 --> 02:09:16,123 Nak tanya… 892 02:09:17,541 --> 02:09:18,500 Ya? 893 02:09:18,584 --> 02:09:20,627 Ada apa-apa jadi dengan awak? 894 02:09:21,462 --> 02:09:22,838 Kenapa awak kata begitu? 895 02:09:23,839 --> 02:09:25,466 Awak macam muram. 896 02:09:27,468 --> 02:09:28,802 Tak ada apa-apa terjadi. 897 02:09:28,886 --> 02:09:31,805 Kalau tak ada, boleh tak awak senyum? 898 02:09:33,390 --> 02:09:36,977 Saya tak suka lukis muka orang yang sedih. 899 02:09:38,812 --> 02:09:39,980 Baik. 900 02:10:24,900 --> 02:10:26,652 - Hei. - Ya? 901 02:10:26,735 --> 02:10:29,321 Awak ingat kali pertama kita berjumpa? 902 02:10:29,404 --> 02:10:31,114 Masa itu kelas seni. 903 02:10:31,198 --> 02:10:33,450 Ingat. 904 02:10:34,868 --> 02:10:37,704 Awak tiba-tiba suruh saya senyum. 905 02:10:37,788 --> 02:10:40,541 Macam pelik pun ada. 906 02:10:46,463 --> 02:10:49,842 Saya tak boleh lupa betapa muramnya muka awak. 907 02:10:51,969 --> 02:10:55,597 Apabila awak paksa diri untuk senyum, rasa kasihan pun ada, 908 02:10:57,266 --> 02:10:58,642 tapi awak comel juga. 909 02:10:59,768 --> 02:11:02,229 Awak yang paksa saya senyum! 910 02:11:05,566 --> 02:11:07,609 Kenapa hari itu awak muram? 911 02:11:16,368 --> 02:11:18,370 Hari itu mak saya tinggalkan kami. 912 02:11:20,372 --> 02:11:22,249 Pada hari itu keluarga kami berpecah. 913 02:11:28,797 --> 02:11:31,300 Gambar saya yang awak lukis itu… 914 02:11:33,385 --> 02:11:36,513 Saya terfikir, alangkah hebatnya kalau saya ada keluarga 915 02:11:36,597 --> 02:11:38,599 yang boleh buat saya senyum begitu. 916 02:12:39,284 --> 02:12:40,702 Sekejap. 917 02:12:40,786 --> 02:12:42,037 Bangun. 918 02:12:46,249 --> 02:12:48,001 Ambil ini. 919 02:13:07,646 --> 02:13:08,772 Bangun sikit. 920 02:13:11,775 --> 02:13:13,402 Awak nak pergi mana? 921 02:13:13,986 --> 02:13:15,278 Pergi buang air. 922 02:13:45,183 --> 02:13:51,690 Kukatakan "CHE.R.RY" kepada langit malam 923 02:13:51,773 --> 02:13:56,028 Sedang aku membalas mesej daripadamu 924 02:13:58,572 --> 02:14:05,579 Aku lebih suka buah yang meranum perlahan 925 02:14:08,832 --> 02:14:14,296 Aku ingin mendekatimu dengan kata-kata mesra dahulu 926 02:14:14,379 --> 02:14:19,968 Jangan terlalu cepat membalas mesej 927 02:14:20,052 --> 02:14:25,307 Itulah nasihat orang selalu 928 02:14:25,390 --> 02:14:30,854 Namun aku tak sanggup bermain tarik tali 929 02:14:30,937 --> 02:14:34,316 Kerana aku sukakan kamu 930 02:14:37,360 --> 02:14:40,113 Aku dah jatuh cinta 931 02:14:40,197 --> 02:14:45,410 Mungkin kau tidak menyedarinya 932 02:14:45,494 --> 02:14:52,501 Kukatakan "CHE.R.RY" pada langit malam 933 02:14:53,418 --> 02:14:57,089 Sedang aku membalas mesej daripadamu 934 02:15:44,886 --> 02:15:46,513 Helo. 935 02:16:24,759 --> 02:16:26,303 Mulai sekarang… 936 02:16:28,722 --> 02:16:30,140 Sama ada kawan… 937 02:16:31,641 --> 02:16:32,851 Atau kekasih… 938 02:16:35,103 --> 02:16:36,938 Itu semua terlalu rumit. 939 02:16:40,650 --> 02:16:42,527 Apa kata kita jadi keluarga saja? 940 02:16:44,362 --> 02:16:45,405 Apa? 941 02:16:50,327 --> 02:16:53,038 Kenapa? Apa masalahnya? 942 02:16:54,581 --> 02:16:55,498 Tak ada apa. 943 02:16:57,209 --> 02:16:58,668 Saya nak pergi beli makanan. 944 02:17:09,638 --> 02:17:10,513 Okey. 945 02:17:45,715 --> 02:17:47,676 Cik Nanae Shinoda? 946 02:17:51,721 --> 02:17:52,889 Rei! 947 02:18:04,901 --> 02:18:06,152 Cik Nagasawa? 948 02:18:09,990 --> 02:18:10,949 Ya. 949 02:18:11,908 --> 02:18:13,702 Sila ikut kami ke balai. 950 02:18:19,874 --> 02:18:20,834 Jalan. 951 02:18:23,837 --> 02:18:24,879 Rei… 952 02:18:25,630 --> 02:18:27,549 Rei! 953 02:18:33,596 --> 02:18:35,223 Saya akan tunggu awak! 954 02:19:13,303 --> 02:19:15,889 NANAE TSUJIMURA REI NAGASAWA 955 02:22:14,275 --> 02:22:19,280 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela