1 00:00:06,006 --> 00:00:11,928 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:44,479 --> 00:01:46,439 Sebelum saya mula berkarya, saya tak tahu 3 00:01:47,273 --> 00:01:49,901 banyak benda yang perlu dipelajari. 4 00:01:51,027 --> 00:01:53,738 Apa pun, belajar saja tak cukup. 5 00:01:55,031 --> 00:01:58,076 Ia juga memerlukan banyak stamina. 6 00:01:58,785 --> 00:02:02,705 PERMULAAN PEPERIKSAAN KEDUA 7 00:02:03,748 --> 00:02:06,042 Mata saya pedih sangat. Saya tak boleh buka mata. 8 00:02:06,543 --> 00:02:08,419 Rasa gatal-gatal pun teruk juga. 9 00:02:09,295 --> 00:02:12,882 Aduhai, saya dah mula rasa sejuk. 10 00:02:13,842 --> 00:02:14,843 Biar betul? 11 00:02:15,468 --> 00:02:17,637 Adakah ini pengakhiran bagi saya? 12 00:02:23,226 --> 00:02:24,185 Yaguchi? 13 00:02:27,814 --> 00:02:29,399 Mori? 14 00:02:29,482 --> 00:02:30,316 Apa? 15 00:02:30,817 --> 00:02:33,611 Awak pun ambil peperiksaan ini? 16 00:02:33,695 --> 00:02:34,737 Tak guna. 17 00:02:34,821 --> 00:02:36,990 Saya nampak agak teruk sekarang. 18 00:02:37,574 --> 00:02:39,492 Hei, awak tak apa-apa? 19 00:02:39,576 --> 00:02:42,036 - Klinik sekolah… - Tak apa. 20 00:02:42,120 --> 00:02:43,496 Tak teruk sangat pun. 21 00:02:44,080 --> 00:02:48,251 Maaf, boleh saya pinjam bahu… 22 00:02:49,002 --> 00:02:50,128 Apa? 23 00:02:50,962 --> 00:02:52,463 Yotasuke. 24 00:02:56,843 --> 00:02:57,927 Awak tak apa-apa? 25 00:02:58,011 --> 00:03:00,388 Ya, saya tak apa-apa. 26 00:03:00,471 --> 00:03:02,974 Mari pergi ke klinik sekolah kalau awak sakit. 27 00:03:03,057 --> 00:03:04,475 Saya boleh bawa beg awak. 28 00:03:06,978 --> 00:03:08,146 Awak boleh bangun? 29 00:03:09,606 --> 00:03:11,482 Mari kita naik dulu. 30 00:03:19,407 --> 00:03:22,327 Kalau awak dah tak tahan, pergi saja ke klinik sekolah. 31 00:03:22,410 --> 00:03:23,411 Jumpa lagi. 32 00:03:26,331 --> 00:03:28,875 Kenapa dia nak sangat tolong awak? 33 00:03:30,084 --> 00:03:31,878 Jadi kita di bilik yang sama. 34 00:03:32,378 --> 00:03:36,049 Saya rasa sangat tertekan sebab berada dalam bilik yang sama dengan awak. 35 00:03:37,508 --> 00:03:39,802 Maaf kerana menyusahkan. 36 00:03:39,886 --> 00:03:42,555 Saya akan minta maaf pada Kuwana nanti. 37 00:03:43,139 --> 00:03:44,766 Bilik sudah dibuka sekarang. 38 00:03:45,391 --> 00:03:46,517 Katanya dah boleh masuk. 39 00:04:05,912 --> 00:04:06,871 Ini… 40 00:04:08,998 --> 00:04:10,667 Saya akan agihkan kertas tugasan. 41 00:04:11,167 --> 00:04:14,087 LUKIS APA SAJA DALAM BILIK INI DENGAN KOMBINASI MODEL 42 00:04:14,754 --> 00:04:17,173 Seperti yang dijangka, tugasannya ialah melukis model. 43 00:04:18,299 --> 00:04:19,217 Bertenang. 44 00:04:22,178 --> 00:04:23,680 Baiklah. Boleh mulakan. 45 00:04:25,265 --> 00:04:27,725 Hari pertama peperiksaan kedua TUA. 46 00:04:29,227 --> 00:04:30,311 Subjeknya… 47 00:04:36,150 --> 00:04:37,402 ialah model bogel. 48 00:04:41,197 --> 00:04:43,574 Cikgu Oba, lama tak jumpa. 49 00:04:43,658 --> 00:04:45,368 Kami datang untuk ambil barang kami. 50 00:04:45,451 --> 00:04:47,495 Hei, lama tak jumpa. 51 00:04:47,578 --> 00:04:50,248 Semua barang ini berat. Betul awak boleh angkat? 52 00:04:50,331 --> 00:04:52,041 - Saya akan ambil kereta. - Saya ikut. 53 00:04:52,125 --> 00:04:53,251 Saya akan angkat. 54 00:04:55,044 --> 00:04:57,380 Peperiksaan kedua hari ini, bukan? 55 00:04:57,463 --> 00:05:00,216 Cemburunya saya. Kalaulah saya pun boleh ambil juga. 56 00:05:00,800 --> 00:05:04,012 Cikgu rasa apa tugasannya kali ini? 57 00:05:06,597 --> 00:05:09,142 Sama ada figura plaster atau model bogel. 58 00:05:09,225 --> 00:05:10,518 Kenapa? 59 00:05:10,601 --> 00:05:14,397 Tugasan pertama ialah potret diri. Sangat jelas. 60 00:05:14,480 --> 00:05:15,815 Begitu. 61 00:05:17,692 --> 00:05:20,653 Malangnya, Okada akan pergi ke Joshibi 62 00:05:20,737 --> 00:05:23,072 sementara saya berada di TAI tahun ini. 63 00:05:23,740 --> 00:05:28,036 Harapnya Yaguchi dan yang lain akan berusaha untuk kita… Aduh! 64 00:05:28,119 --> 00:05:29,162 Kenapa pukul saya? 65 00:05:29,746 --> 00:05:33,041 Bertanggungjawablah atas hasil kerja awak sendiri. 66 00:05:34,292 --> 00:05:36,502 Ini kali ketiga Sakuraba ambil peperiksaan. 67 00:05:36,586 --> 00:05:37,420 Apa? 68 00:05:37,503 --> 00:05:41,591 Dia pakai uniform luar untuk jimatkan duit. 69 00:05:42,091 --> 00:05:43,676 Apa awak akan buat tahun ini? 70 00:05:44,469 --> 00:05:47,138 Saya akan bekerja separuh tahun untuk kumpul duit 71 00:05:47,805 --> 00:05:50,808 dan masuk TAI pada musim sejuk dan sebelum peperiksaan. 72 00:05:50,892 --> 00:05:52,935 Itulah rancangan saya. 73 00:05:53,978 --> 00:05:56,939 Saya dah tekad yang ini tahun terakhir saya menduduki peperiksaan. 74 00:05:57,523 --> 00:05:59,192 Tapi awak sangat bagus. 75 00:06:00,526 --> 00:06:04,072 Awak nak ke kedai buku yang ambil awak kerja sepenuh masa? 76 00:06:05,406 --> 00:06:07,617 Baiklah. Semoga berjaya. 77 00:06:07,700 --> 00:06:09,410 Datanglah melawat bila-bila saja. 78 00:06:09,494 --> 00:06:11,996 Saya akan pinjamkan kuda-kuda secara rahsia pada awak. 79 00:06:19,962 --> 00:06:23,299 Peperiksaan itu memenatkan fizikal setiap calon. 80 00:06:24,425 --> 00:06:30,223 Kesusahan untuk calon yang perlu risau tentang wang sangat besar. 81 00:06:31,182 --> 00:06:32,975 Walaupun tak penat dari segi mental, 82 00:06:33,059 --> 00:06:35,478 ada pelajar yang rebah secara fizikal dulu. 83 00:06:36,729 --> 00:06:37,980 Selama tiga hari… 84 00:06:38,564 --> 00:06:40,024 Hanya untuk tiga hari… 85 00:06:41,067 --> 00:06:42,235 Bertahanlah. 86 00:06:55,915 --> 00:06:57,208 Model bogel. 87 00:06:58,084 --> 00:07:00,294 Tapi tugasan ini… 88 00:07:02,296 --> 00:07:04,340 Apabila saya fikir balik, 89 00:07:04,841 --> 00:07:07,635 agak bertuah untuk saya dapat tugasan ini. 90 00:07:08,845 --> 00:07:11,305 Ini kali pertama saya lukis model bogel, 91 00:07:11,389 --> 00:07:15,143 tapi kebelakangan ini, saya banyak berfikir tentang kebogelan. 92 00:07:15,852 --> 00:07:18,521 Saya ingatkan yang melukis model bogel 93 00:07:18,604 --> 00:07:21,232 tentu akan menimbulkan masalah. 94 00:07:22,316 --> 00:07:25,945 Tapi apabila lihat dia sebagai subjek, saya boleh biasakan diri. 95 00:07:28,739 --> 00:07:29,740 Kebogelan… 96 00:07:30,450 --> 00:07:31,742 Ya, kebogelan. 97 00:07:33,119 --> 00:07:34,829 Untuk lihat diri awak tanpa pakaian 98 00:07:34,912 --> 00:07:36,789 dan tunjukkannya kepada orang, 99 00:07:36,873 --> 00:07:39,041 itu bermakna awak terima diri awak yang sebenar. 100 00:07:39,584 --> 00:07:42,044 Kedua-dua bahagian yang cantik dan buruk. 101 00:07:43,379 --> 00:07:45,298 Memang betul tapi, 102 00:07:45,381 --> 00:07:48,176 melukis badan saya dan orang lain yang berbogel 103 00:07:48,259 --> 00:07:50,261 adalah dua perkara berbeza. 104 00:07:53,890 --> 00:07:55,057 Aduh. 105 00:07:55,141 --> 00:07:57,560 Sudah mula bau minyak. 106 00:08:05,776 --> 00:08:06,736 Bertenang. 107 00:08:07,653 --> 00:08:09,906 Potret diri sendiri semasa peperiksaan pertama 108 00:08:09,989 --> 00:08:12,950 meminta calon peperiksaan untuk mentafsirkan diri mereka. 109 00:08:13,659 --> 00:08:15,870 Maknanya tugasan ini 110 00:08:15,953 --> 00:08:17,622 menyoal calon-calon peperiksaan 111 00:08:17,705 --> 00:08:21,667 tentang estetik, nilai, falsafah dan segalanya berkaitan mereka. 112 00:08:23,377 --> 00:08:27,173 Aduhai, saya tak boleh berfikir dengan waras. 113 00:08:28,174 --> 00:08:32,428 Boleh tak saya tafsirkan kebogelan sebagai sifat sebenar seseorang? 114 00:08:32,929 --> 00:08:35,097 Ambil masa untuk minyak kering, 115 00:08:35,181 --> 00:08:37,850 jadi saya patut mula dengan cat alas. 116 00:08:38,935 --> 00:08:41,187 Sekarang pukul berapa? 117 00:08:42,021 --> 00:08:42,897 Tak guna. 118 00:08:43,397 --> 00:08:45,399 Saya tak boleh buka mata. 119 00:08:51,948 --> 00:08:52,990 Tak guna. 120 00:08:53,491 --> 00:08:54,450 Saya tertidur. 121 00:08:55,701 --> 00:08:56,994 Mengarut betul! 122 00:08:58,746 --> 00:09:01,624 Tapi sakit kepala saya dah berkurang. 123 00:09:02,875 --> 00:09:04,961 Tiga jam lagi termasuk waktu rehat. 124 00:09:05,962 --> 00:09:07,964 Saya memang dah biasa untuk mula 125 00:09:09,298 --> 00:09:10,675 lebih lambat daripada orang lain. 126 00:09:14,220 --> 00:09:15,471 Dua jam lagi. 127 00:09:17,306 --> 00:09:18,516 Tinggal satu jam lagi. 128 00:09:20,226 --> 00:09:21,519 Tinggal 30 minit lagi. 129 00:09:22,937 --> 00:09:24,188 Tinggal lima minit lagi. 130 00:09:30,486 --> 00:09:32,655 Hari pertama berakhir. 131 00:09:33,489 --> 00:09:35,950 Sila letak beg anda di dalam lokar. 132 00:09:37,743 --> 00:09:38,995 INSTITUT SENI TOKYO 133 00:09:39,078 --> 00:09:40,913 Yakah? Begitu rupanya. 134 00:09:40,997 --> 00:09:42,915 Jumpa nanti. 135 00:09:46,711 --> 00:09:48,212 Saya penat. 136 00:09:48,754 --> 00:09:50,673 Kerja yang bagus, kamu berdua. 137 00:09:51,173 --> 00:09:55,428 Baiklah. Boleh awak buat semula kerja awak di sini? 138 00:09:55,511 --> 00:09:57,346 Mari kita bincang. 139 00:09:57,430 --> 00:09:58,472 Cepatnya. 140 00:10:03,436 --> 00:10:04,812 Model bogel, ya? 141 00:10:04,895 --> 00:10:07,440 Saya buat ikut cara saya seperti biasa. 142 00:10:08,024 --> 00:10:10,901 Saya juga rakam pergerakan model. 143 00:10:12,361 --> 00:10:14,572 Masukkan saja elemen itu 144 00:10:14,655 --> 00:10:15,906 dan berseronok dengannya. 145 00:10:16,407 --> 00:10:19,660 Saya mempertimbangkan gaya bogel sejarah seni 146 00:10:19,744 --> 00:10:22,079 untuk menjayakan tugasan ini. 147 00:10:23,039 --> 00:10:26,709 Cuma jangan nampakkan pergerakannya terlalu kaku dan berseronoklah. 148 00:10:26,792 --> 00:10:28,919 Itu saja untuk hari ini. Jumpa lagi. 149 00:10:29,003 --> 00:10:30,046 Cepatnya. 150 00:10:32,298 --> 00:10:33,132 Cikgu Oba. 151 00:10:33,215 --> 00:10:35,968 Yaguchi tak datang, bukan? 152 00:10:36,052 --> 00:10:38,804 Jangan risau. Dia dah telefon saya. 153 00:10:38,888 --> 00:10:41,557 Fokus saja pada diri awak buat masa sekarang. 154 00:10:44,018 --> 00:10:45,353 Tak guna. 155 00:10:45,895 --> 00:10:48,105 Saya dah pulih sedikit. 156 00:10:48,189 --> 00:10:51,317 Tapi apabila saya guna mata dan otak saya untuk buat seni, 157 00:10:51,400 --> 00:10:53,986 sakit saya kembali dengan cepat. 158 00:10:55,821 --> 00:10:56,906 Yakkun? 159 00:10:57,573 --> 00:11:00,409 Cikgu sekolah persediaan kamu telefon. 160 00:11:03,663 --> 00:11:05,164 Hei, Yaguchi. 161 00:11:05,247 --> 00:11:06,999 Awak okey? 162 00:11:07,083 --> 00:11:10,336 Mata saya sakit sangat. 163 00:11:10,419 --> 00:11:11,837 Kepala saya juga. 164 00:11:11,921 --> 00:11:13,506 Saya juga rasa gatal-gatal… 165 00:11:13,589 --> 00:11:15,633 Kelakarnya. 166 00:11:15,716 --> 00:11:17,885 Kenapa tiba-tiba saja? 167 00:11:17,968 --> 00:11:19,887 Sebab inilah masanya. 168 00:11:19,970 --> 00:11:23,182 Mata awak letih dan ini mungkin simptom tekanan. 169 00:11:23,265 --> 00:11:25,643 Tapi terlalu banyak kerosakan pada hari pertama. 170 00:11:25,726 --> 00:11:27,686 Yaguchi cuma siswazah baru. 171 00:11:27,770 --> 00:11:28,938 Dia mungkin tak berjaya… 172 00:11:29,021 --> 00:11:29,897 Cikgu Oba. 173 00:11:29,980 --> 00:11:34,318 Tema saya ialah kebogelan sebagai sikap sebenar seseorang. 174 00:11:34,402 --> 00:11:36,654 Tapi itu masih tak cukup, bukan? 175 00:11:39,490 --> 00:11:41,659 - Aduh! - Yaguchi. 176 00:11:41,742 --> 00:11:43,994 Awak tak putus asa langsung! 177 00:11:44,078 --> 00:11:45,913 Kuatnya dia cakap. 178 00:11:46,497 --> 00:11:50,418 Itu boleh jadi tema yang biasa. 179 00:11:50,501 --> 00:11:54,505 Boleh awak hantar apa yang awak lukis ke e-mel saya? 180 00:11:55,756 --> 00:11:57,341 E-MEL BARU DARIPADA YATORA YAGUCHI 181 00:11:58,759 --> 00:12:01,178 Komposisinya bagus seperti yang dijangka. 182 00:12:01,262 --> 00:12:03,764 Tapi memang betul temanya biasa. 183 00:12:03,848 --> 00:12:06,559 Pening kepala saya dibuatnya. 184 00:12:07,643 --> 00:12:08,561 Yaguchi. 185 00:12:10,146 --> 00:12:12,815 Awak nak cuba gunakan kelebihan? 186 00:12:13,399 --> 00:12:15,317 Kelebihan? 187 00:12:16,652 --> 00:12:19,071 IBUPROFEN PENYEJUK BADAN 188 00:12:20,531 --> 00:12:22,408 Jadi ini kelebihan yang dia maksudkan. 189 00:12:26,787 --> 00:12:27,788 Yakkun. 190 00:12:28,330 --> 00:12:29,415 Kamu okey? 191 00:12:29,498 --> 00:12:31,834 Saya rasa lebih baik. 192 00:12:31,917 --> 00:12:34,753 Mak harap mak yang jatuh sakit, 193 00:12:35,337 --> 00:12:37,715 tapi kamu perlu atasinya. 194 00:12:38,632 --> 00:12:40,843 Cuma jangan terlalu paksa diri kamu. 195 00:12:40,926 --> 00:12:42,136 Saya tak apa-apa. 196 00:12:42,219 --> 00:12:43,304 Jumpa nanti. 197 00:12:46,432 --> 00:12:48,350 UNIVERSITI SENI TOKYO KAWASAN PEPERIKSAAN 198 00:12:50,686 --> 00:12:52,480 Selamat pagi, Yotasuke. 199 00:12:53,439 --> 00:12:54,648 Selamat pagi. 200 00:12:55,691 --> 00:12:58,235 - Awak tak apa-apa? - Saya tak apa-apa. 201 00:12:58,319 --> 00:12:59,862 Sebaliknya, saya rasa segar. 202 00:12:59,945 --> 00:13:01,363 Begitu. 203 00:13:02,156 --> 00:13:05,075 Saya cuma pilih komposisi dan buat cat alas semalam. 204 00:13:05,576 --> 00:13:08,662 Bagi saya, peperiksaan kedua bermula hari ini. 205 00:13:10,206 --> 00:13:13,042 Ada tiga unsur utama dalam satu karya seni. 206 00:13:13,125 --> 00:13:15,878 Iaitu tema, komposisi, dan penggambaran. 207 00:13:16,712 --> 00:13:19,048 Setakat ini saya hanya siapkan komposisi. 208 00:13:20,216 --> 00:13:23,260 Peperiksaan kedua ambil masa tiga hari dengan lima jam setiap hari. 209 00:13:23,344 --> 00:13:26,680 Saya dah bazirkan hari pertama, jadi saya cuma ada sepuluh jam lagi. 210 00:13:27,223 --> 00:13:30,392 Saya perlu tetapkan tema sebelum saya duduk. 211 00:13:30,476 --> 00:13:32,061 Yaguchi, lengan awak. 212 00:13:33,646 --> 00:13:36,148 Saya lakukannya tanpa sedar. 213 00:13:38,484 --> 00:13:40,027 Dua hari saja lagi. 214 00:13:43,948 --> 00:13:45,366 Selepas semua ini selesai, 215 00:13:45,449 --> 00:13:47,368 saya akan main Pokémon di rumah dan tidur. 216 00:13:50,746 --> 00:13:53,249 Jadi awak patut paksa diri awak hari ini. 217 00:13:55,209 --> 00:13:56,752 Bilik sudah dibuka sekarang. 218 00:14:08,264 --> 00:14:10,808 Mentafsirkan kebogelan sebagai sikap sebenar seseorang. 219 00:14:10,891 --> 00:14:13,143 Itu tema yang biasa. 220 00:14:15,896 --> 00:14:17,147 Bagi awak, 221 00:14:17,231 --> 00:14:19,024 apakah maksud sikap sebenar? 222 00:14:19,525 --> 00:14:20,401 Cikgu Oba. 223 00:14:20,985 --> 00:14:22,570 Ia mungkin terlalu biasa, 224 00:14:22,653 --> 00:14:25,823 tapi kalau kita terlalu berusaha, ia akan ambil masa yang lama. 225 00:14:25,906 --> 00:14:28,576 Saya dah pun mula lambat daripada yang lain. 226 00:14:29,201 --> 00:14:31,120 Jadi itu kelebihan awak. 227 00:14:31,912 --> 00:14:34,832 Orang lain dah mula mewarna, bukan? 228 00:14:34,915 --> 00:14:37,960 Maknanya awak boleh nampak jawapan mereka. 229 00:14:38,794 --> 00:14:40,671 Bertenang dulu sebelum awak mula mewarna 230 00:14:40,754 --> 00:14:41,922 dan lihat sekeliling. 231 00:14:43,799 --> 00:14:48,220 Kalau begitu, belum terlambat untuk fikirkan tema. 232 00:14:51,807 --> 00:14:54,727 Apa? Tunggu. 233 00:14:56,812 --> 00:14:59,732 Mereka tak buat banyak seperti yang saya sangka pun. 234 00:15:01,567 --> 00:15:03,485 Buku lakaran… 235 00:15:04,278 --> 00:15:06,488 Apabila difikirkan balik, memang jelas dan nyata. 236 00:15:07,072 --> 00:15:10,826 Pada hari pertama, orang buat lakaran tema dalam buku lakaran 237 00:15:10,910 --> 00:15:14,121 dan buat cat alas untuk keringkan lukisan cat minyak. 238 00:15:15,581 --> 00:15:18,709 Saya tak nampak sebarang idea yang bernas. 239 00:15:20,461 --> 00:15:23,213 Tak, mesti ada seseorang 240 00:15:24,214 --> 00:15:26,133 yang hampir siapkan kerja mereka. 241 00:15:30,346 --> 00:15:32,431 Dah lama saya tak jumpa Yotasuke, 242 00:15:32,514 --> 00:15:34,892 tapi dia sangat luar biasa. 243 00:15:35,684 --> 00:15:36,769 Tapi, 244 00:15:37,353 --> 00:15:38,938 saya dan si genius ini 245 00:15:39,021 --> 00:15:41,065 berjaya ke peperiksaan kedua. 246 00:15:43,359 --> 00:15:44,860 Ambil tempat awak. 247 00:15:45,861 --> 00:15:47,237 Baiklah, mula. 248 00:15:47,863 --> 00:15:49,281 Dah bermula. 249 00:15:50,866 --> 00:15:54,745 Saya nak teruskan dengan turutan tema, komposisi dan penggambaran, 250 00:15:55,245 --> 00:15:57,915 tapi saya akan ambil risiko kerana masa suntuk. 251 00:16:00,250 --> 00:16:03,754 Jadi saya tiada pilihan selain tetapkan tema sambil melukis. 252 00:16:05,047 --> 00:16:09,385 Setakat ini, temanya ialah "kebogelan mewakili sikap sebenar." 253 00:16:09,468 --> 00:16:11,553 Fokus utamanya, sudah tentulah kebogelan. 254 00:16:12,680 --> 00:16:16,684 Saya nak kebogelan menjadi perkara paling saya suka dalam karya ini. 255 00:16:17,768 --> 00:16:20,270 Jadi bagaimana saya nak buat ia nampak menarik? 256 00:16:21,397 --> 00:16:24,775 Dalam ujian pertama, saya habiskan masa untuk tingkatkan intensiti. 257 00:16:25,275 --> 00:16:28,696 Dengan intensiti yang cukup, hasil seninya jadi menarik. 258 00:16:29,780 --> 00:16:30,739 Sebaliknya, 259 00:16:30,823 --> 00:16:33,283 tanpa intensiti, lukisan itu tiada daya penarik. 260 00:16:34,284 --> 00:16:35,119 Tapi, 261 00:16:35,202 --> 00:16:37,496 saya masih belum mula melakar di buku saya. 262 00:16:37,579 --> 00:16:39,540 Saya ada masa tak untuk siapkannya? 263 00:16:41,417 --> 00:16:43,127 Apabila saya tengok betul-betul, 264 00:16:43,210 --> 00:16:45,587 kulit model ini sangat cantik. 265 00:16:46,296 --> 00:16:48,340 Apabila saya lihat badan saya yang berbogel, 266 00:16:48,424 --> 00:16:51,051 ia nampak sangat menyedihkan macam pemadam yang nipis. 267 00:16:52,052 --> 00:16:53,721 Kulit semua orang… 268 00:16:55,556 --> 00:16:57,558 Ditambah dengan cat untuk hasilkan intensiti. 269 00:16:57,641 --> 00:17:00,310 Tapi saya tak ada masa untuk tambah begitu. 270 00:17:00,394 --> 00:17:01,353 Kalau begitu, 271 00:17:11,071 --> 00:17:13,198 saya akan serlahkan kebogelan dengan kurangkan warna. 272 00:17:14,199 --> 00:17:16,618 Kaedah ini boleh menjimatkan banyak masa. 273 00:17:17,369 --> 00:17:18,370 Lagi pula, 274 00:17:18,954 --> 00:17:22,416 menggunakan cara ini untuk tunjukkan kulit kanvas, 275 00:17:22,499 --> 00:17:25,377 saya juga boleh menzahirkan "kebogelan mewakili sikap sebenar". 276 00:17:26,211 --> 00:17:29,465 Jika saya mahu kanvas nampak macam kulit manusia, 277 00:17:29,548 --> 00:17:32,968 saya perlu hasilkan pusam dan dinding rata di sekelilingnya. 278 00:17:34,219 --> 00:17:37,473 Saya akan tingkatkan intensiti untuk bahagian depan kulit model. 279 00:17:38,432 --> 00:17:42,644 Tambah varnis damar untuk jadikannya bersinar dan hasilkan karya seni hebat. 280 00:17:43,687 --> 00:17:46,607 Nanti, saya perlu hasilkan bahagian selain daripada badan model 281 00:17:47,357 --> 00:17:49,943 untuk menjelaskan tema saya. 282 00:17:51,153 --> 00:17:52,821 Sekarang waktu makan tengah hari. 283 00:17:58,494 --> 00:18:00,537 Akhirnya, masa rehat. 284 00:18:05,375 --> 00:18:07,044 Bekal makanan awak besar. 285 00:18:07,795 --> 00:18:10,255 - Awak rupanya. - Saya tak perasan yang 286 00:18:10,339 --> 00:18:12,049 kita di tingkat yang sama. 287 00:18:12,716 --> 00:18:13,801 Awak dah jumpa Yaguchi? 288 00:18:13,884 --> 00:18:16,720 Saya jumpa dia pagi tadi, tapi saya tak bercakap dengan dia. 289 00:18:17,262 --> 00:18:18,889 Lebih baik begitu. 290 00:18:18,972 --> 00:18:21,391 Saya pun tak rasa nak bercakap semasa peperiksaan. 291 00:18:21,892 --> 00:18:23,310 Menakutkan. 292 00:18:23,894 --> 00:18:26,188 Awak terlalu relaks, Hashida. 293 00:18:26,730 --> 00:18:28,398 Terutamanya untuk hari kedua. 294 00:18:28,899 --> 00:18:32,778 Dalam masa tiga hari peperiksaan kedua, selalunya orang akan mula 295 00:18:32,861 --> 00:18:34,863 buat komposisi pada hari pertama, 296 00:18:34,947 --> 00:18:38,325 melukis betul-betul pada hari kedua dan selesaikan pada hari ketiga. 297 00:18:38,909 --> 00:18:42,412 Awak boleh tebus masa yang hilang pada hari pertama, 298 00:18:42,996 --> 00:18:47,459 tapi jika awak guna cara yang perlukan cat kering pada hari terakhir, 299 00:18:47,543 --> 00:18:50,587 ada kemungkinan untuk buat kesilapan yang tak boleh dibetulkan. 300 00:18:51,672 --> 00:18:53,674 Hari kedua sangat penting. 301 00:18:53,757 --> 00:18:56,927 Yaguchi tak guna hari pertama sebaiknya, situasi dia agak teruk. 302 00:18:57,427 --> 00:18:59,763 Awak risau tentang Yatora. 303 00:19:00,472 --> 00:19:01,932 Akhirnya, 304 00:19:02,015 --> 00:19:04,810 kalau dia tak bersemangat semasa peperiksaan, itu salah dia. 305 00:19:05,310 --> 00:19:08,689 Kejayaan saya tiada kaitan dengan kegagalan dia. 306 00:19:09,731 --> 00:19:10,858 Tapi, 307 00:19:10,941 --> 00:19:13,443 saya faham sangat kesakitan untuk menghasilkan seni, 308 00:19:13,944 --> 00:19:16,613 jadi saya tak pernah berharap dia gagal. 309 00:19:22,911 --> 00:19:24,454 Kekoknya. 310 00:19:24,538 --> 00:19:27,249 Tapi saya rasa saya tak patut bercakap dengan dia. 311 00:19:31,837 --> 00:19:34,006 Yotasuke! Minum teh! 312 00:19:35,090 --> 00:19:36,508 Awak tak bawa air? 313 00:19:43,891 --> 00:19:46,018 - Terima kasih. - Awak tak apa-apa? 314 00:19:49,354 --> 00:19:51,773 Oh, ya. 315 00:19:52,983 --> 00:19:56,153 Kenapa saya tersilap antara Yotasuke dan Mori masa itu? 316 00:19:56,862 --> 00:19:59,531 Kening? Rambut belah tengah? 317 00:19:59,615 --> 00:20:01,074 Atau mata mereka besar? 318 00:20:01,158 --> 00:20:02,284 Apa? 319 00:20:02,367 --> 00:20:05,287 Tak ada apa-apa. Saya fikir masa makan dah nak habis. 320 00:20:05,370 --> 00:20:06,205 Betul. 321 00:20:08,040 --> 00:20:09,875 Saya rindu Mori. 322 00:20:10,876 --> 00:20:13,378 Saya tak jumpa dia sejak dia tamat pengajian. 323 00:20:14,379 --> 00:20:17,341 Dia sentiasa membuat seni tentang doa. 324 00:20:17,925 --> 00:20:20,302 Tugasan ini mesti mudah bagi dia. 325 00:20:20,385 --> 00:20:23,055 Dia akan kaitkannya dengan doa. 326 00:20:23,639 --> 00:20:25,474 Jika ia berwarna biru bagi awak, 327 00:20:25,557 --> 00:20:29,061 biarlah biru warnanya, sama ada ia epal atau arnab. 328 00:20:31,188 --> 00:20:36,026 Keupayaan untuk kita hias diri daripada kehodohan apabila kita berbogel 329 00:20:36,109 --> 00:20:38,070 sangat menarik, bukan? 330 00:20:42,908 --> 00:20:46,536 Mungkin ia berbeza daripada apa yang Cikgu Oba maksudkan, 331 00:20:46,620 --> 00:20:48,914 tapi saya tak melihat sekeliling dengan betul. 332 00:20:49,998 --> 00:20:53,335 Tanpa melihat yang lain, saya menganggap 333 00:20:53,418 --> 00:20:56,463 yang sikap sebenar saya sama dengan orang lain. 334 00:20:58,006 --> 00:21:00,884 Saya tak suka berbogel atau pakaian macam Ryuji. 335 00:21:01,927 --> 00:21:04,846 Saya tak boleh melukis berkaitan doa seperti Mori. 336 00:21:06,098 --> 00:21:08,725 Badan berbogel saya sangat menyedihkan macam pemadam nipis. 337 00:21:09,434 --> 00:21:10,435 Saya pun menyedihkan. 338 00:21:10,519 --> 00:21:13,939 Saya takut bercakap dengan orang kalau saya tak sediakan sebab. 339 00:21:15,274 --> 00:21:17,109 Jawapannya ada dari awal lagi. 340 00:21:17,818 --> 00:21:20,946 Kebogelan sangat menyedihkan dan tak boleh diharap bagi saya. 341 00:21:21,822 --> 00:21:25,784 Memakai baju ialah tindakan bersalah untuk cuba sembunyikan kebogelan saya. 342 00:21:26,702 --> 00:21:29,871 Lukisan ini macam dunia saya yang dilihat dari mata saya. 343 00:21:30,956 --> 00:21:32,708 Kenapa saya baru sedar? 344 00:21:32,791 --> 00:21:35,252 Bukankah dah jelas? 345 00:21:35,335 --> 00:21:37,337 Tak ada beza pun dengan potret diri sendiri. 346 00:21:37,421 --> 00:21:39,381 Ini jawapan yang sangat menyedihkan. 347 00:21:40,007 --> 00:21:41,466 Tapi tak apa. 348 00:21:42,592 --> 00:21:45,012 Tak apakah? Betulkah? 349 00:21:45,804 --> 00:21:46,972 Karya yang sangat biasa? 350 00:21:47,639 --> 00:21:49,766 Tolonglah. Ini peperiksaan kedua TUA. 351 00:21:50,559 --> 00:21:53,854 Kalau saya tak boleh tonjolkan diri lebih daripada peperiksaan pertama, 352 00:21:53,937 --> 00:21:56,815 Saya tak akan dipilih sebagai salah seorang daripada 55 finalis. 353 00:21:56,898 --> 00:21:58,025 Saya tahu saya takkan dapat. 354 00:21:59,067 --> 00:22:00,027 Jadi… 355 00:22:06,116 --> 00:22:07,534 TURPENTIN 356 00:23:37,958 --> 00:23:42,963 Terjemahan sari kata oleh Azzahra Ghani