1 00:00:06,006 --> 00:00:11,928 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:43,686 --> 00:01:45,772 Awak fikir saya boleh 3 00:01:46,397 --> 00:01:47,941 masuk ke sekolah seni? 4 00:01:51,778 --> 00:01:52,779 Entahlah. 5 00:01:53,655 --> 00:01:56,991 Tapi apabila pelajar rajin buat benda yang mereka suka, 6 00:01:57,075 --> 00:01:58,701 mereka tak boleh dihentikan. 7 00:02:02,288 --> 00:02:03,373 BILIK GURU 8 00:02:03,456 --> 00:02:05,834 Awak tahu sebab saya panggil awak ke sini, bukan? 9 00:02:05,917 --> 00:02:07,961 Saya pun tak pasti. 10 00:02:08,044 --> 00:02:09,671 Sudahlah. 11 00:02:09,754 --> 00:02:11,965 Berhenti mengarut. 12 00:02:12,590 --> 00:02:15,135 Awak budak yang bijak. Membazir saja. 13 00:02:15,218 --> 00:02:16,469 Saya serius. 14 00:02:16,553 --> 00:02:18,972 Saya nak masuk ke sekolah seni. 15 00:02:19,055 --> 00:02:21,975 Tapi memandangkan saya tak kaya, TUA saja pilihan saya. 16 00:02:24,060 --> 00:02:25,854 Sejak bila awak minat seni? 17 00:02:26,563 --> 00:02:28,231 Saya sertai kelab seni. 18 00:02:30,775 --> 00:02:33,361 Awak belum tunjuk kepada ibu bapa awak, bukan? 19 00:02:34,320 --> 00:02:35,613 Saya dah agak. 20 00:02:36,197 --> 00:02:39,117 Awak perlu yakinkan ibu bapa awak dulu. 21 00:02:39,701 --> 00:02:41,703 Kita tak mampu ke sekolah swasta. 22 00:02:43,454 --> 00:02:44,956 Yaguchi. 23 00:02:45,957 --> 00:02:47,458 Boleh kita mulakan? 24 00:02:50,461 --> 00:02:53,006 Saya Yatora Yaguchi, pelajar tahun dua. 25 00:02:53,089 --> 00:02:54,382 Selamat berkenalan. 26 00:02:56,718 --> 00:03:00,430 Tiada siapa beritahu saya yang budak jahat akan melepak di sini. 27 00:03:00,513 --> 00:03:02,140 Teruknya. 28 00:03:02,223 --> 00:03:05,184 Saya betul-betul nak belajar tentang seni. 29 00:03:05,268 --> 00:03:07,520 Harap kita boleh berbaik. 30 00:03:07,604 --> 00:03:09,981 Tunggu. Dia mungkin baik. 31 00:03:10,064 --> 00:03:11,858 Bukankah dia bijak? 32 00:03:12,859 --> 00:03:16,321 Memandangkan cuti musim panas akan bermula minggu depan, 33 00:03:16,404 --> 00:03:19,657 saya dah sediakan rancangan khas untuk pelajar tahun pertama dan kedua. 34 00:03:22,994 --> 00:03:26,039 Ikut rancangan ini dan kemahiran awak pasti akan bertambah baik. 35 00:03:26,122 --> 00:03:27,790 Tak banyak, bukan? 36 00:03:28,541 --> 00:03:30,084 Jadi itu dikira tak banyak? 37 00:03:30,168 --> 00:03:31,544 Banyaklah! 38 00:03:32,420 --> 00:03:36,507 Guna tiga atau lebih subjek berbeza bagi lukisan alam benda dan cat air. 39 00:03:36,591 --> 00:03:38,843 Tak lebih lima jam setiap keping. 40 00:03:38,927 --> 00:03:41,304 Tolong ikut peraturan ini. 41 00:03:41,888 --> 00:03:45,975 Awak boleh tampal atau lukis apa saja awak suka dalam buku skrap. 42 00:03:46,059 --> 00:03:47,435 Buat saja apa awak nak. 43 00:03:49,270 --> 00:03:52,941 Simpan diari bergambar dalam telefon awak. 44 00:03:53,024 --> 00:03:55,693 Pastikan komposisinya betul. 45 00:03:55,777 --> 00:03:58,321 Cetak dan hantarkannya. 46 00:03:58,905 --> 00:04:01,032 Akhir sekali, buat satu karya seni. 47 00:04:01,115 --> 00:04:04,410 Ia boleh dalam saiz apa pun dan menggunakan pelbagai bahan. 48 00:04:04,494 --> 00:04:07,538 3D atau 2D, video atau manga, apa saja. 49 00:04:07,622 --> 00:04:11,334 Cuba untuk berseronok sebanyak mungkin sepanjang proses ini. 50 00:04:12,043 --> 00:04:14,545 Jadi mari hasilkan lukisan alam benda hari ini. 51 00:04:14,629 --> 00:04:17,090 Kita akan buat sesi mengulas nanti. 52 00:04:17,173 --> 00:04:18,758 Sesi mengulas? 53 00:04:18,841 --> 00:04:21,427 Dia akan ulas hasil kerja kita satu demi satu. 54 00:04:21,511 --> 00:04:23,096 Takutnya. 55 00:04:27,183 --> 00:04:30,061 Situasi ini saja nampak profesional. 56 00:04:30,770 --> 00:04:33,648 Orang lain juga nampak hebat. 57 00:04:35,316 --> 00:04:36,567 Yaguchi. 58 00:04:36,651 --> 00:04:40,113 Nampaknya awak tak ada bekalan. Saya akan pinjamkan awak sedikit. 59 00:04:40,196 --> 00:04:41,823 Terima kasih. 60 00:04:48,037 --> 00:04:49,497 Ini bukan gurauan. 61 00:04:49,580 --> 00:04:52,125 Ada sebab grafitnya panjang. 62 00:04:52,208 --> 00:04:56,504 Awak boleh tunjuk ekspresi berbeza dengan memegang pensel cara berbeza. 63 00:04:58,047 --> 00:04:58,881 Cikgu Saeki. 64 00:04:59,590 --> 00:05:04,387 Dah lama saya fikirkan ini. Perlukah kami buat lukisan alam benda? 65 00:05:04,971 --> 00:05:07,307 Ada ramai artis yang mahir dalam Internet 66 00:05:07,390 --> 00:05:09,851 yang tak pernah buat lukisan alam benda. 67 00:05:11,853 --> 00:05:15,648 Begitu. Biar saya berterus terang. 68 00:05:16,232 --> 00:05:19,027 Seni awak boleh diperbaiki walaupun tanpa lukisan alam benda. 69 00:05:20,737 --> 00:05:23,698 Tapi ini satu pendekatan yang semua orang boleh buat 70 00:05:23,781 --> 00:05:27,410 dan berkembang dengan cepat dalam semua cara latihan. 71 00:05:28,077 --> 00:05:32,123 Ia seperti mempelajari formula yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. 72 00:05:32,206 --> 00:05:35,168 Kemahiran pemerhatian dan teknikal awak akan bertambah baik. 73 00:05:46,888 --> 00:05:48,931 Ada sesuatu yang tak kena. 74 00:05:49,015 --> 00:05:51,434 Saya melukisnya seperti yang saya lihat. Tapi… 75 00:05:59,484 --> 00:06:01,152 Dia terlalu fokus. 76 00:06:01,235 --> 00:06:02,445 Takutnya. 77 00:06:10,453 --> 00:06:12,830 Ya. Awak buat dengan baik, Yaguchi. 78 00:06:12,914 --> 00:06:15,833 Komposisi keseluruhannya bagus. 79 00:06:17,335 --> 00:06:19,337 - Yaguchi? - Ya. 80 00:06:19,420 --> 00:06:21,255 Mori memang pandai melukis, 81 00:06:21,339 --> 00:06:23,925 tapi mari tumpukan perhatian buat masa sekarang. 82 00:06:24,008 --> 00:06:25,843 Maafkan saya. 83 00:06:26,928 --> 00:06:28,596 Apabila melukis bentuk, 84 00:06:28,679 --> 00:06:33,017 guna pensel untuk ukur saiz, sudut dan jarak antara dua objek. 85 00:06:33,101 --> 00:06:36,354 Jadi itulah tujuannya di sebalik gaya pelukis. 86 00:06:36,854 --> 00:06:39,482 Selepas bentuk siap, tambahkan bayang. 87 00:06:39,565 --> 00:06:42,276 Arah cahaya sangat penting. 88 00:06:42,985 --> 00:06:45,530 Lihat bayang-bayang sebagai permukaan besar. 89 00:06:47,615 --> 00:06:51,285 Seterusnya, lukis corak, tekstur dan warna. 90 00:06:51,911 --> 00:06:54,455 Orang selalunya membongkok ketika melukis, 91 00:06:54,539 --> 00:06:56,791 jadi berdiri dan periksa dari semasa ke semasa. 92 00:06:59,377 --> 00:07:04,799 Lihat betul-betul di tempat paling dekat, jauh, cerah dan gelap. 93 00:07:04,882 --> 00:07:08,177 Lukis label dan corak dengan terperinci. 94 00:07:10,388 --> 00:07:12,640 Apabila melukis bahagian melengkung, 95 00:07:12,723 --> 00:07:15,309 awak boleh cerahkan warna dan garisan 96 00:07:15,393 --> 00:07:18,062 untuk buat ia nampak lebih tiga dimensi. 97 00:07:23,901 --> 00:07:24,944 Dia sangat bagus. 98 00:07:25,570 --> 00:07:27,155 Saya harap saya boleh jadi sebagus dia. 99 00:07:32,410 --> 00:07:33,953 Tak guna! Ini buat saya marah! 100 00:07:34,036 --> 00:07:35,371 Dia menjaga hati. 101 00:07:37,165 --> 00:07:39,250 Label dan coraknya kasar. 102 00:07:39,333 --> 00:07:42,336 Rasa macam awak tak serius. 103 00:07:42,420 --> 00:07:45,089 Saya rasa awak boleh buat dengan lebih baik, Mori. 104 00:07:46,340 --> 00:07:47,800 Yaguchi, giliran awak pula. 105 00:07:48,968 --> 00:07:52,013 Awak beri perhatian kepada arah cahaya. 106 00:07:52,096 --> 00:07:53,848 Teruskan usaha awak. 107 00:07:56,100 --> 00:07:57,810 Walaupun saya yang paling teruk… 108 00:07:58,519 --> 00:08:00,646 Bukan, disebabkan saya yang paling teruk. 109 00:08:01,814 --> 00:08:06,110 Saya seorang saja mendapat layanan istimewa sejak mula. 110 00:08:11,574 --> 00:08:13,326 Saya penat. 111 00:08:15,328 --> 00:08:18,164 Belakang saya sakit sangat. 112 00:08:18,831 --> 00:08:21,334 Bahu saya, mata saya juga… 113 00:08:26,339 --> 00:08:29,008 Yakkun, kamu ada pakaian kotor… 114 00:08:32,595 --> 00:08:35,181 Kamu akan selesema nanti. 115 00:08:37,099 --> 00:08:39,018 TAHUN KEDUA TINJAUAN PEMILIHAN KERJAYA 116 00:08:43,105 --> 00:08:44,524 UNIVERSITI SENI TOKYO 117 00:08:45,775 --> 00:08:46,817 Kenapa? 118 00:08:51,322 --> 00:08:52,740 Selamat pagi. 119 00:08:53,741 --> 00:08:55,159 Apa? 120 00:08:55,743 --> 00:08:58,412 Saya tak sangka awak akan datang semasa cuti musim panas. 121 00:08:58,496 --> 00:09:01,040 Saya dengar kelab dibuka dua kali seminggu. 122 00:09:01,541 --> 00:09:03,918 Saya melepak dengan kawan-kawan saya di malam hari. 123 00:09:04,001 --> 00:09:06,295 Tapi awak juga datang untuk melukis di sekolah. 124 00:09:06,379 --> 00:09:09,173 Dia sertai kelab seni ini saja dah cukup buat saya terkejut. 125 00:09:09,799 --> 00:09:14,262 Ketika itu, apabila saya puji hasil kerjanya, dia nampak gembira. 126 00:09:14,345 --> 00:09:16,389 Jadi saya jemput dia untuk membantu di kelab. 127 00:09:17,390 --> 00:09:19,058 Bercita-cita untuk ke sekolah seni? 128 00:09:19,141 --> 00:09:21,310 Tak sangka awak begitu bersemangat. 129 00:09:21,394 --> 00:09:22,478 Apa? 130 00:09:24,146 --> 00:09:25,940 Awak pasang telinga… 131 00:09:26,023 --> 00:09:27,441 Jangan salah faham. 132 00:09:27,525 --> 00:09:29,110 Saya yang sampai dulu. 133 00:09:29,193 --> 00:09:32,405 - Awak… - Apa kata awak melukis dengan kami, Yuka? 134 00:09:32,488 --> 00:09:34,073 Baiklah. 135 00:09:37,785 --> 00:09:39,412 Sebelum saya mula melukis, 136 00:09:39,495 --> 00:09:45,251 saya ingatkan menghasilkan seni adalah satu keajaiban buat orang terpilih. 137 00:09:46,669 --> 00:09:48,588 Tapi nampaknya bukan begitu. 138 00:09:49,630 --> 00:09:52,842 Memandangkan saya dah mula melukis, pemandangan yang saya selalu lihat 139 00:09:52,925 --> 00:09:54,969 nampak lebih jelas berbanding sebelum ini. 140 00:09:55,678 --> 00:09:56,596 Saya ingatkan saya dah tahu, 141 00:09:57,179 --> 00:09:59,765 tapi rasanya saya tak tahu apa-apa sehinggalah sekarang. 142 00:10:03,311 --> 00:10:06,939 Hebat. Adakah disebabkan saya belajar cara guna berus dengan betul? 143 00:10:07,440 --> 00:10:09,358 Bagusnya. 144 00:10:09,859 --> 00:10:11,736 Otak saya giat berfikir. 145 00:10:11,819 --> 00:10:14,989 Tangan saya bergerak ke tempat yang betul dengan sendiri. 146 00:10:17,950 --> 00:10:20,161 Saya perlu beritahu ibu bapa saya nanti. 147 00:10:21,329 --> 00:10:23,748 Tapi macam mana saya nak pujuk mereka? 148 00:10:29,086 --> 00:10:30,338 Yakkun. 149 00:10:48,314 --> 00:10:49,649 Cantiknya. 150 00:10:53,527 --> 00:10:54,737 Jadi dia serius. 151 00:10:58,074 --> 00:11:00,493 Tahun ini, orang yang selesaikan semua tugas ialah 152 00:11:00,576 --> 00:11:02,995 Yuka, Umino 153 00:11:03,079 --> 00:11:04,080 dan Yaguchi. 154 00:11:04,580 --> 00:11:07,500 Semua orang buat karya seni. 155 00:11:07,583 --> 00:11:10,252 Ya. Bagus. 156 00:11:10,836 --> 00:11:12,922 Susah nak tentukan daripada lukisan alam benda, 157 00:11:13,005 --> 00:11:16,759 tapi personaliti mereka menyerlah dalam karya seni dan buku skrap. 158 00:11:16,842 --> 00:11:22,014 Kalau bandingkan gambar begini, semua orang ada sudut pandangan berbeza. 159 00:11:22,765 --> 00:11:25,768 Buku skrap Umino adalah tentang hobinya. 160 00:11:26,352 --> 00:11:28,521 Yuka menghiasnya. 161 00:11:28,604 --> 00:11:30,648 Shirota, awak buat kostum? 162 00:11:30,731 --> 00:11:32,024 Hebatnya. 163 00:11:32,108 --> 00:11:33,317 Apa pun… 164 00:11:33,859 --> 00:11:37,071 Yaguchi buat 30 lukisan alam benda. Biar betul? 165 00:11:37,655 --> 00:11:39,782 Hampir satu lukisan setiap hari. 166 00:11:40,908 --> 00:11:42,785 Banyak perubahan boleh dilihat. 167 00:11:42,868 --> 00:11:45,788 Budak jahat itu berpotensi besar. 168 00:11:45,871 --> 00:11:47,665 Yakah? 169 00:11:47,748 --> 00:11:49,542 Baguslah. 170 00:11:50,918 --> 00:11:52,461 Dia langsung tak gelap. 171 00:11:53,838 --> 00:11:57,049 Oh ya, Mori, awak pergi sekolah persediaan musim panas ini? 172 00:11:57,133 --> 00:11:59,218 - Ya. - Jadi macam mana? 173 00:11:59,301 --> 00:12:02,012 Saya rasa awak yang terbaik dalam kelas ini. 174 00:12:02,096 --> 00:12:04,056 - Itu tak benar. - Apa? 175 00:12:04,640 --> 00:12:07,143 Di sekolah persediaan, saya di tempat kelima dari bawah. 176 00:12:11,939 --> 00:12:14,233 Ada yang bukan pelajar baru di sekolah persediaan. 177 00:12:14,817 --> 00:12:17,445 Pelajar baru bertambah sehingga hari peperiksaan, 178 00:12:17,528 --> 00:12:19,321 jadi jangan risau sangat. 179 00:12:19,905 --> 00:12:23,951 Mori, awak dapat perakuan untuk MAU dalam tiga bulan lagi. 180 00:12:24,034 --> 00:12:27,413 Mari kita fokus dalam menghasilkan karya seni untuk portfolio awak. 181 00:12:27,496 --> 00:12:28,330 Baiklah. 182 00:12:28,914 --> 00:12:30,458 Sekarang, mari kita kemas. 183 00:12:34,128 --> 00:12:35,921 Mori sangat bagus. 184 00:12:36,922 --> 00:12:40,634 Saya belum cukup bagus dalam kalangan ahli kelab seni ini pun. 185 00:12:41,844 --> 00:12:44,555 Jadi apa tahap saya sekarang? 186 00:12:46,474 --> 00:12:48,225 Jangan fikir bukan-bukan. 187 00:12:49,685 --> 00:12:53,689 Saya patut berbangga dengan kerja dan kemajuan saya. 188 00:12:59,195 --> 00:13:00,321 Sangat suram. 189 00:13:00,404 --> 00:13:02,364 Kenapa dengan hari ini? 190 00:13:02,448 --> 00:13:04,116 Awak tahu, 191 00:13:04,200 --> 00:13:08,412 keputusan perakuan Mori untuk MAU… 192 00:13:08,496 --> 00:13:11,749 Ia sepatutnya diumumkan sekitar tengah hari. 193 00:13:12,500 --> 00:13:15,461 Saya faham Yuka sedih sebab dia rapat dengan Mori, 194 00:13:15,544 --> 00:13:17,129 tapi kenapa awak juga, Yaguchi? 195 00:13:18,214 --> 00:13:20,341 Saya juga risau tentang Mori, 196 00:13:20,883 --> 00:13:24,094 tapi saya hilang semangat untuk buat lukisan alam benda kebelakangan ini. 197 00:13:24,803 --> 00:13:26,972 Mungkin disebabkan 198 00:13:27,056 --> 00:13:30,726 awak hanya dapat gambaran kabur untuk peperiksaan kemasukan ke TUA. 199 00:13:31,477 --> 00:13:33,771 Apa kata awak pergi ke sekolah persediaan? 200 00:13:36,232 --> 00:13:40,778 Awak rasa saya tak boleh lulus peperiksaan dengan hanya berlatih lukisan alam benda? 201 00:13:40,861 --> 00:13:43,155 Sudah tentu lukisan alam benda penting. 202 00:13:43,739 --> 00:13:47,993 Tapi kebanyakan pelajar seni di Timur Jepun masuk sekolah persediaan. 203 00:13:48,077 --> 00:13:50,412 Tak salah mencuba. 204 00:13:51,038 --> 00:13:52,414 Saya nak pergi. 205 00:13:52,498 --> 00:13:56,919 Malah, nenek saya suruh saya pergi. Saya memohon untuk Seni Jepun. 206 00:13:57,002 --> 00:13:58,671 INSTITUT SENI TOKYO PERMOHONAN RYUJI AYUKAWA 207 00:13:58,754 --> 00:13:59,922 Awak pula, Yaguchi? 208 00:14:00,506 --> 00:14:04,426 Saya nak pergi, tapi belum pilih jurusan saya lagi. 209 00:14:05,010 --> 00:14:07,429 Saya juga terpaksa beritahu mak kalau saya pergi. 210 00:14:11,016 --> 00:14:13,686 Maaf sebab lambat, Cikgu Saeki. 211 00:14:15,145 --> 00:14:19,024 Keputusan diumumkan sekitar tengah hari, tapi mak saya 212 00:14:20,025 --> 00:14:22,194 berkeras mahu makan susyi untuk meraikannya. 213 00:14:23,070 --> 00:14:24,905 - Tahniah. - Baiklah! 214 00:14:24,989 --> 00:14:27,324 - Hebat! - Saya dah agak. 215 00:14:27,408 --> 00:14:28,951 - Tahniah, Mori. - Mori. 216 00:14:29,660 --> 00:14:31,203 Tahniah. 217 00:14:31,787 --> 00:14:34,123 Yuka, awak banyak tolong saya. 218 00:14:34,206 --> 00:14:35,457 Terima kasih banyak. 219 00:14:38,544 --> 00:14:40,963 Dia lulus. 220 00:14:41,547 --> 00:14:42,548 Mori. 221 00:14:42,631 --> 00:14:43,757 Tahniah. 222 00:14:46,093 --> 00:14:47,720 Terima kasih, Yaguchi. 223 00:14:50,806 --> 00:14:51,724 Cikgu Saeki. 224 00:14:51,807 --> 00:14:53,100 Ya? 225 00:14:53,183 --> 00:14:55,394 Saya mahu pilih Jurusan Cat Minyak juga. 226 00:14:57,229 --> 00:14:59,690 Suruh ibu bapa awak tandatangan kali ini. 227 00:15:03,235 --> 00:15:05,613 Apa? Awak belum beritahu ibu bapa awak? 228 00:15:05,696 --> 00:15:08,866 Saya dah beritahu. Tapi… 229 00:15:08,949 --> 00:15:10,200 Tapi Yakkun, 230 00:15:10,284 --> 00:15:12,620 kamu tak boleh cari duit dengan melukis. 231 00:15:12,703 --> 00:15:17,374 Kemudian dia beri saya risalah untuk pusat kebudayaan. 232 00:15:17,458 --> 00:15:19,501 Itu akan buat awak hilang keyakinan. 233 00:15:20,961 --> 00:15:23,255 Tapi saya masih perlu yakinkan mereka. 234 00:15:27,134 --> 00:15:28,052 Mak. 235 00:15:28,135 --> 00:15:31,764 TUA bukan universiti yang bagus bagi mak? 236 00:15:32,598 --> 00:15:34,099 Yakkun. 237 00:15:34,183 --> 00:15:36,769 Kenapa kamu nak sangat masuk ke TUA? 238 00:15:47,363 --> 00:15:48,489 Yaguchi. 239 00:15:49,949 --> 00:15:53,619 Saya ingatkan tiada kelas yang gunakan bilik seni. 240 00:15:59,959 --> 00:16:01,043 Kenapa awak datang? 241 00:16:01,710 --> 00:16:04,505 Saya bawa balik barang-barang saya sedikit demi sedikit. 242 00:16:06,382 --> 00:16:08,050 Begitu. 243 00:16:08,133 --> 00:16:10,010 Disebabkan awak diterima masuk ke MUA, 244 00:16:10,094 --> 00:16:12,638 awak dikira tamat pengajian. 245 00:16:12,721 --> 00:16:13,722 Ya. 246 00:16:15,265 --> 00:16:16,725 Awak akan dirindui. 247 00:16:17,810 --> 00:16:20,980 Tapi saya juga agak teruja. 248 00:16:21,063 --> 00:16:25,275 Memandangkan saya akan jadi pelajar kolej, saya boleh fokus pada seni sepenuhnya. 249 00:16:26,276 --> 00:16:28,570 Tapi saya akan rindukan saat ini. 250 00:16:29,196 --> 00:16:33,534 Oh ya, adakah ibu bapa awak membantah rancangan kerjaya awak? 251 00:16:34,076 --> 00:16:38,205 Tak, saya memang minat seni sejak kecil lagi. 252 00:16:39,164 --> 00:16:41,083 Kalaulah saya boleh jadi sebagus awak. 253 00:16:41,166 --> 00:16:43,252 - Apa? - Tak ada apa-apa. 254 00:16:45,254 --> 00:16:46,839 Begini, Yaguchi. 255 00:16:47,423 --> 00:16:48,924 Saya nak minta tolong awak. 256 00:16:54,680 --> 00:16:57,099 Kenapa dia nak lukisan saya? 257 00:16:57,683 --> 00:17:01,812 Saya sangat gembira dapat hadiah daripada pelajar tahun kedua yang comel. 258 00:17:01,895 --> 00:17:03,981 Tolong jangan beri tekanan kepada saya. 259 00:17:04,898 --> 00:17:07,359 Saya suka lukisan awak. 260 00:17:08,694 --> 00:17:11,363 Saya minta maaf sebab tukar lukisan awak dengan saya. 261 00:17:11,447 --> 00:17:12,740 Jangan cakap begitu. 262 00:17:13,323 --> 00:17:15,701 Kalau bukan kerana awak, 263 00:17:15,784 --> 00:17:17,911 saya takkan mula melukis. 264 00:17:17,995 --> 00:17:18,954 Yakah? 265 00:17:19,038 --> 00:17:22,124 Saya sangat sukakan lukisan awak. 266 00:17:24,460 --> 00:17:25,461 Baguslah. 267 00:17:27,087 --> 00:17:28,005 Oh ya, 268 00:17:28,088 --> 00:17:31,633 kita mula bercakap di bilik seni musim bunga lepas, bukan? 269 00:17:35,471 --> 00:17:36,388 Waktu itu, 270 00:17:36,472 --> 00:17:40,392 saya tak boleh bayangkan yang awak mahu masuk ke sekolah seni. 271 00:17:40,476 --> 00:17:42,102 Awak nampak macam budak nakal 272 00:17:42,186 --> 00:17:44,146 dan pandai berpura-pura senyum. 273 00:17:44,772 --> 00:17:45,939 Sejujurnya, 274 00:17:46,023 --> 00:17:48,233 saya ingatkan awak tak ikhlas pada mulanya. 275 00:17:48,317 --> 00:17:52,404 Tapi sebenarnya awak bekerja keras. 276 00:17:53,322 --> 00:17:56,158 Tidak, saya… 277 00:17:56,742 --> 00:17:59,953 Saya? Saya cuma lukis apa yang saya suka. 278 00:18:00,579 --> 00:18:04,041 Sebab itulah saya cuba guna lukisan saya untuk perakuan itu. 279 00:18:04,708 --> 00:18:07,002 Saya rasa ia sesuai dengan saya. 280 00:18:07,503 --> 00:18:11,673 Sebaliknya, saya tak rasa saya boleh lulus peperiksaan kemasukan umum. 281 00:18:12,841 --> 00:18:14,426 Tapi saya 282 00:18:15,010 --> 00:18:16,595 yakin dengan awak. 283 00:18:21,892 --> 00:18:25,062 Yaguchi, awak tahu asal usul lukisan? 284 00:18:25,896 --> 00:18:28,565 Ada banyak teori, tapi salah satunya adalah doa. 285 00:18:29,358 --> 00:18:30,526 Oleh itu, 286 00:18:30,609 --> 00:18:32,694 apabila saya hasilkan seni, saya berdoa 287 00:18:32,778 --> 00:18:34,404 supaya orang yang menerimanya 288 00:18:34,488 --> 00:18:36,573 akan mengikut arah yang betul. 289 00:18:37,491 --> 00:18:40,410 Nike ialah dewi pertarungan, kebijaksanaan dan kemenangan. 290 00:18:40,911 --> 00:18:43,497 Saya doakan kejayaan awak. 291 00:18:45,666 --> 00:18:46,583 Mori. 292 00:18:48,502 --> 00:18:50,420 Awak berikan saya keberanian. 293 00:18:50,504 --> 00:18:51,839 Terima kasih. 294 00:18:52,840 --> 00:18:55,843 Adakah akhirnya saya berkelakuan seperti seorang senior? 295 00:18:55,926 --> 00:18:56,844 Ya. 296 00:18:58,887 --> 00:19:03,433 Mori, lukisan saya untuk awak, boleh tunggu sampai majlis tamat belajar? 297 00:19:04,017 --> 00:19:04,935 Apa? 298 00:19:07,688 --> 00:19:09,857 Apa ini? Kamu lukis mak? 299 00:19:09,940 --> 00:19:10,858 Ya. 300 00:19:11,483 --> 00:19:15,070 Ia buat mak gembira, tapi bukankah kita patut bincang tentang universiti? 301 00:19:15,154 --> 00:19:16,238 Betul. 302 00:19:16,822 --> 00:19:20,242 Tapi saya lukis kerana saya tak tahu macam mana nak cakap. 303 00:19:21,702 --> 00:19:23,036 Seni menggambarkan sesuatu 304 00:19:23,120 --> 00:19:25,330 yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata. 305 00:19:25,831 --> 00:19:29,251 Saya sedar ada banyak perkara menarik dan idea 306 00:19:29,334 --> 00:19:30,335 dalam dunia ini. 307 00:19:31,461 --> 00:19:35,841 Apabila melihatnya, mak akan tahu. Apabila melukisnya, mak akan memahaminya. 308 00:19:36,842 --> 00:19:39,511 Pada mulanya, saya nak lukis potret mak, 309 00:19:39,595 --> 00:19:42,014 seperti kanak-kanak selalu buat pada Hari Ibu. 310 00:19:42,598 --> 00:19:45,017 Tapi apabila saya melukis, saya sedar satu perkara. 311 00:19:46,351 --> 00:19:47,519 Tangan mak. 312 00:19:47,603 --> 00:19:50,022 Kuku mak rosak akibat membasuh pinggan di dalam air panas 313 00:19:51,190 --> 00:19:54,776 dan otot mak timbul tanpa sedar akibat mengangkat barang-barang berat. 314 00:19:55,861 --> 00:19:57,613 Semasa saya melukisnya, 315 00:19:57,696 --> 00:19:59,781 saya teringat banyak perkara. 316 00:20:00,824 --> 00:20:04,369 Mak masak daging atau ikan ikut giliran untuk kami setiap hari. 317 00:20:04,912 --> 00:20:08,624 Mak selalu dapat hidangan yang nampak paling teruk. 318 00:20:09,124 --> 00:20:13,587 Saya sedar yang mak hanya fikirkan tentang keluarga saja. 319 00:20:14,630 --> 00:20:18,675 Kalau saya tak lukisnya, saya takkan perasan. 320 00:20:19,343 --> 00:20:20,385 Maafkan saya. 321 00:20:21,470 --> 00:20:23,764 Maaf sebab saya bukan anak yang baik. 322 00:20:23,847 --> 00:20:24,932 Saya minta maaf. 323 00:20:26,725 --> 00:20:27,601 Tapi 324 00:20:28,143 --> 00:20:29,353 saya nak sangat masuk TUA. 325 00:20:29,978 --> 00:20:31,688 Mungkin saya tak berbakat. 326 00:20:32,481 --> 00:20:37,194 Tapi sekarang, saya nak pertaruhkan semuanya dalam seni. 327 00:20:37,861 --> 00:20:41,114 Saya nak jadi lebih baik dan menghayati dunia ini. 328 00:20:41,990 --> 00:20:43,283 Untuk itu, 329 00:20:43,367 --> 00:20:44,952 saya perlukan bantuan mak. 330 00:20:49,539 --> 00:20:51,625 Daripada mak risaukan saya, 331 00:20:52,209 --> 00:20:54,836 saya harap mak boleh percayakan saya. 332 00:20:55,712 --> 00:20:57,965 Terima kasih kerana bergantung kepada mak. 333 00:21:00,050 --> 00:21:03,095 Terima kasih kerana lukiskan ini untuk mak. 334 00:21:03,804 --> 00:21:06,723 MAJLIS TAMAT BELAJAR 335 00:21:19,569 --> 00:21:20,445 Mori. 336 00:21:20,529 --> 00:21:21,738 Yamamoto. 337 00:21:21,822 --> 00:21:24,241 - Tahniah kerana tamat pengajian. - Tahniah kerana tamat pengajian. 338 00:21:25,075 --> 00:21:26,618 - Terima kasih. - Terima kasih. 339 00:21:27,411 --> 00:21:29,121 Jambangan bunga yang besar. 340 00:21:29,204 --> 00:21:30,330 Hebatnya. 341 00:21:30,414 --> 00:21:34,710 Dengan bunga sebanyak ini, bolehlah tajamkan kemahiran melukis bunga. 342 00:21:34,793 --> 00:21:37,879 Tidak, mari taburkannya di dalam tab mandi dan ambil gambar. 343 00:21:37,963 --> 00:21:40,132 Hentikan dengan sindiran kelab seni. 344 00:21:40,716 --> 00:21:43,552 Kami akan buat fanzine selepas ujian. 345 00:21:43,635 --> 00:21:45,012 Maksud awak, penerbitan bersama. 346 00:21:45,095 --> 00:21:47,347 Saya nak lukis petinju wanita cantik. 347 00:21:47,431 --> 00:21:48,890 - Awak memang sukakannya. - Mori. 348 00:21:49,474 --> 00:21:51,810 Sila buat yang terbaik di universiti. 349 00:21:55,731 --> 00:21:56,898 Jangan salah faham… 350 00:21:57,733 --> 00:21:59,276 Dia terus buka. 351 00:22:00,110 --> 00:22:01,361 Ini gambar saya. 352 00:22:01,445 --> 00:22:04,656 Saya tak pasti jika saya lukis dengan baik. 353 00:22:04,740 --> 00:22:05,866 Jangan risau. 354 00:22:06,533 --> 00:22:07,576 Terima kasih. 355 00:22:09,119 --> 00:22:10,370 Saya amat menghargainya. 356 00:22:10,954 --> 00:22:12,456 Mori. 357 00:22:15,876 --> 00:22:17,127 Cikgu Saeki. 358 00:22:17,210 --> 00:22:19,254 Mari ambil gambar dengan kami. 359 00:22:20,714 --> 00:22:22,215 Baiklah. 360 00:23:49,553 --> 00:23:50,720 INSTITUT SENI TOKYO 361 00:23:56,059 --> 00:23:56,893 PENYAMBUT TETAMU 362 00:23:56,977 --> 00:23:58,979 Terjemahan sari kata oleh Ajmal Najiyah