1 00:00:06,043 --> 00:00:09,001 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:12,126 --> 00:00:14,126 Ayah saya tentu sudah jangka semua ini. 3 00:00:14,209 --> 00:00:17,751 Selemene juga. Kenapalah saya buta selama ini? 4 00:00:17,834 --> 00:00:19,543 Awak patut buat benda-benda hebat. 5 00:00:20,126 --> 00:00:22,001 Sudah bertahun saya tak serbu istana. 6 00:00:22,084 --> 00:00:25,126 Saya tak pernah. Tapi saya teringin nak serbu istana. 7 00:00:25,209 --> 00:00:28,043 Istana saya pernah diserbu. Tak begitu seronok pun. 8 00:00:29,626 --> 00:00:32,001 Tidak, ini tanggungjawab saya. 9 00:00:32,084 --> 00:00:33,876 Pergi ke kampung-kampung. 10 00:00:33,959 --> 00:00:36,334 - Bebaskan orang-orang kita. - Jadi awak? 11 00:00:36,418 --> 00:00:40,126 Saya ada perhitungan untuk dibuat. Saya memang patut buat benda hebat. 12 00:00:40,209 --> 00:00:43,501 Pengalaman terbaru mempersiapkan saya untuk hadapi bencana. 13 00:00:43,584 --> 00:00:46,293 Selepas selesai, saya akan bawa satu bala tentera. 14 00:00:46,376 --> 00:00:49,876 Semasa awak mula-mula datang dulu, awak nampak macam budak lembik. 15 00:00:49,959 --> 00:00:52,584 Saya tak faham kenapa dewi begitu meyakini awak. 16 00:00:52,668 --> 00:00:54,626 Sekarang baru saya faham. 17 00:00:54,709 --> 00:00:57,626 Saya berbesar hati memanggil awak Puteri. 18 00:01:57,293 --> 00:02:00,709 BAB TUJUH DETIK UNGU 19 00:02:25,876 --> 00:02:28,959 {\an8}- Saya rasa inilah yang awak cari. - Benar. 20 00:02:29,043 --> 00:02:31,959 {\an8}- Setelah sekian lama. - Terlalu lama. 21 00:02:45,626 --> 00:02:46,543 Tak ada apa pun. 22 00:02:47,793 --> 00:02:50,751 Saya tak rasa apa-apa. Ini batu palsu. 23 00:02:53,501 --> 00:02:56,751 Mungkin ia bukan batu palsu. Mungkin semuanya penipuan. 24 00:02:56,834 --> 00:02:59,876 Shabarra tak ada kuasa pun. Semua orang nampak. 25 00:02:59,959 --> 00:03:02,001 Patutnya semua orang nampak sekarang. 26 00:03:02,084 --> 00:03:04,918 Begitu juga Zal sebelum dia. Bagaimana mahu bunuh seorang dewa? 27 00:03:05,001 --> 00:03:06,084 Seorang dewa sebenar? 28 00:03:06,168 --> 00:03:08,459 Slyrak tentu tahu. Dia tentu dah beri amaran. 29 00:03:09,209 --> 00:03:11,709 Berbulan-bulan awak cuba memahami Slyrak. 30 00:03:11,793 --> 00:03:14,043 Tapi hanya satu mimpi dengan batu biru mana entah 31 00:03:14,126 --> 00:03:15,876 sudah buat semuanya jelas? 32 00:03:15,959 --> 00:03:19,793 Mungkin dia hanya serkap jarang dan berpaut kepada kemungkinan itu. 33 00:03:19,876 --> 00:03:21,376 Kini apa yang diharap tak terjadi 34 00:03:21,459 --> 00:03:25,376 dan awak sudah bingung dengan keadaan yang tak diramal ini. 35 00:03:28,459 --> 00:03:30,168 Ada sesuatu yang hilang. 36 00:03:33,126 --> 00:03:36,001 Awak perlu cari Davion. Dia patut tahu tentang Lina. 37 00:03:36,084 --> 00:03:38,459 Dia patut tahu muslihat sebenar dia. 38 00:03:38,543 --> 00:03:41,293 Ya. Baik. Sudah tentu. 39 00:03:41,376 --> 00:03:45,168 Awak mengiakannya tiga kali. Nampak sangat awak tak setuju. 40 00:03:45,251 --> 00:03:46,834 Mana ada saya tak setuju? 41 00:03:46,918 --> 00:03:50,918 - Jadi awak rasa waswas? - Tidak. Sudah tentu tidak. 42 00:03:51,001 --> 00:03:55,418 Tapi, awak tak rasa kita terburu-buru buat keputusan? 43 00:03:55,501 --> 00:03:56,959 Hakikat tak boleh diubah. 44 00:03:57,043 --> 00:03:59,543 Tidak langsung. Saya tahu. 45 00:03:59,626 --> 00:04:03,168 - Tapi… Adakah itu kebenarannya? - Saya percaya apa Luna lihat. 46 00:04:03,251 --> 00:04:06,501 Saya tak kenal Luna tapi saya pernah jumpa Lina. 47 00:04:06,584 --> 00:04:08,959 Luna, Lina, macam tak ada nama lain. 48 00:04:09,043 --> 00:04:11,084 Kalau betul pun dia ada di sana masa itu, 49 00:04:11,168 --> 00:04:14,459 kerja dia memang memburu pembunuh upahan. Dululah. 50 00:04:14,543 --> 00:04:18,126 Sebab itu dia bakar satu negara dan lari dari tempat kejadian. 51 00:04:18,209 --> 00:04:20,168 Davion baru jatuhkan Kaisar dari langit 52 00:04:20,251 --> 00:04:22,043 dan sibuk hancurkan Pengawal Praetoria. 53 00:04:22,126 --> 00:04:23,709 Entah kenapa awak bela dia. 54 00:04:23,793 --> 00:04:27,418 Saya bukan bela Lina. Saya bela Davion. 55 00:04:27,501 --> 00:04:30,584 Davion tahu hati budi orang. Mereka macam ada satu hubungan. 56 00:04:30,668 --> 00:04:32,459 Kalau betul Lina sanggup buat begitu, 57 00:04:32,543 --> 00:04:35,793 Davion tentu tahu. Dia takkan libatkan diri dengan Lina. 58 00:04:35,876 --> 00:04:38,751 Tapi, biar saya cakap dengan dia juga. 59 00:04:41,543 --> 00:04:45,001 Tolak penipuan dia. 60 00:04:45,084 --> 00:04:47,334 Tolak dia. 61 00:04:54,251 --> 00:04:57,376 Kalau awak bawa Davion pulang, semua ini tentu takkan terjadi. 62 00:04:57,459 --> 00:05:01,459 Awak tipu saya. Awak pergunakan saya. Saya percaya awak. 63 00:05:01,543 --> 00:05:05,376 Semua orang buat pilihan. Sama ada bijak atau tidak saja. 64 00:05:05,459 --> 00:05:08,501 Tapi awak belajar sesuatu yang penting. 65 00:05:08,584 --> 00:05:10,626 Orang akan hampakan awak. 66 00:05:11,584 --> 00:05:13,793 Saya boleh perbetulkan kesilapan kita. 67 00:05:13,876 --> 00:05:15,918 Selemene ada di sini, di menara ini. 68 00:05:16,001 --> 00:05:18,168 Tanpa kuasa. Saya sudah pastikan itu. 69 00:05:18,251 --> 00:05:22,418 Saya hanya mahu awak tuntut hak awak sendiri. 70 00:05:22,501 --> 00:05:24,168 Hak saya sendiri? 71 00:05:24,251 --> 00:05:27,126 Awak mesti ambil kesaktian dia. 72 00:05:27,209 --> 00:05:29,959 Awak Mene. Dewi Bulan. 73 00:05:30,043 --> 00:05:31,168 Dilahirkan semula. 74 00:05:33,709 --> 00:05:35,293 Awak buat muka itu lagi. 75 00:05:35,376 --> 00:05:39,543 Saya tak rindukannya langsung. Saya cuma mahu jalani hidup saja. 76 00:05:39,626 --> 00:05:42,376 Awak tak ada di sini. Saya hanya mahu cari jalan keluar. 77 00:05:42,459 --> 00:05:44,334 Peluang untuk ubah nasib. 78 00:05:44,418 --> 00:05:47,376 Mungkin saya salah percaturan. Mungkin saya terlalu yakin. 79 00:05:47,459 --> 00:05:50,043 Tapi nak saya buat apa? Saya tak boleh pergi sekarang. 80 00:05:50,126 --> 00:05:52,168 Tidak. Saya bukan dikuasai ego saya. 81 00:05:53,251 --> 00:05:55,418 Dia cuba nak bunuh saya! 82 00:05:55,501 --> 00:05:58,084 Itu tak boleh dimaafkan. Saya tak boleh biar dia menang. 83 00:06:00,668 --> 00:06:03,293 Betul kata awak. Saya dah cakap macam Davion. 84 00:06:05,418 --> 00:06:09,918 Pembunuh upahan itu dah hilang. Satu-satunya saksi kita lari dari penjara. 85 00:06:10,001 --> 00:06:14,293 - Seorang lagi pula musuh negara. - Tak kisahlah. Cakap mereka benar. 86 00:06:14,376 --> 00:06:17,501 Dia mahu saya dibunuh demi keuntungan politik dia sendiri. 87 00:06:17,584 --> 00:06:18,959 Saya percaya awak. 88 00:06:19,043 --> 00:06:23,584 Tapi walaupun Senat sendiri percaya, mereka takkan hukum Penghangus mereka. 89 00:06:25,084 --> 00:06:28,793 Minta maaf, si mentari. Awak tak boleh buat apa-apa. 90 00:06:29,834 --> 00:06:33,626 Tapi mungkin saya boleh bantu. 91 00:06:36,543 --> 00:06:38,376 Mungkin sebab waktu? 92 00:06:38,459 --> 00:06:40,959 Subuh tak boleh. Mungkin kalau tengah hari? 93 00:06:41,043 --> 00:06:44,501 - Saya memang berharap ia asli. - Simpan sajalah. 94 00:06:44,584 --> 00:06:47,084 Mata sebenar tentu ada di luar sana. Saya mesti cari. 95 00:06:47,168 --> 00:06:49,459 - Saya dah cuba beritahu awak. - Untuk serah kalah? 96 00:06:49,543 --> 00:06:50,793 Untuk hadapi kenyataan. 97 00:06:50,876 --> 00:06:52,793 Kenyataan? Di tempat ini? 98 00:06:52,876 --> 00:06:55,793 Tak ada benda yang nyata di sini. Semua orang menipu. 99 00:06:55,876 --> 00:06:59,001 Semua orang tunggu peluang. Awak sendiri suruh saya menipu. 100 00:06:59,668 --> 00:07:03,418 Apa awak beritahu rakyat? Lina, saya bunuh orang. 101 00:07:03,501 --> 00:07:04,834 Saya cetuskan perang. 102 00:07:04,918 --> 00:07:08,376 Awak dan yang lain seolah-olah tak mahu mengakui saya buat semua itu. 103 00:07:08,459 --> 00:07:09,668 Sebab itu bukan diri awak. 104 00:07:09,751 --> 00:07:12,626 Batu ini palsu. Mirana takkan bercakap dengan saya, 105 00:07:12,709 --> 00:07:14,543 seluruh dunia ini akan kiamat. 106 00:07:14,626 --> 00:07:16,001 - Kemudian… - Davion. 107 00:07:16,084 --> 00:07:18,668 Puncanya bukan awak. Puncanya saya. 108 00:07:18,751 --> 00:07:23,334 Awak saja satu-satunya orang yang saya percaya dalam kemelut ini. 109 00:07:23,418 --> 00:07:25,084 Saya ingat dia akan turun takhta. 110 00:07:25,168 --> 00:07:27,209 - Siapa? - Shabarra. 111 00:07:27,293 --> 00:07:29,209 Setelah puteri awak dibunuh, 112 00:07:29,293 --> 00:07:31,918 saya ingat tembelang Shabarra akan terbongkar. 113 00:07:32,001 --> 00:07:34,293 Dia tak layak. Saya ingat dia akan turun takhta. 114 00:07:34,376 --> 00:07:36,209 Senat patut paksa dia turun takhta. 115 00:07:36,293 --> 00:07:39,418 Susah sikit nak buat begitu sebab saya dah bunuh dia. 116 00:07:39,501 --> 00:07:41,959 {\an8}Awak masih tak faham lagi. 117 00:07:42,043 --> 00:07:44,334 {\an8}Saya yang upah pembunuh untuk bunuh Mirana. 118 00:07:44,418 --> 00:07:48,209 Jangan mengarut. Saya tentu akan tahu. Saya tentu akan dapat rasakannya. 119 00:07:48,293 --> 00:07:52,543 Permata Pekedai. Janji kerahsiaan. Awak takkan tahu langsung. 120 00:07:53,876 --> 00:07:54,834 Jangan kata begini. 121 00:07:54,918 --> 00:07:56,501 Saya perlu juga. 122 00:07:56,584 --> 00:07:59,793 Selama ini saya hidup seorang. Tiba-tiba awak muncul. 123 00:08:00,918 --> 00:08:02,626 Saya ingat saya dah rancang. Saya… 124 00:08:02,709 --> 00:08:05,293 Saya ingat itu sudah bijak. Saya ingat boleh hadapinya. 125 00:08:05,376 --> 00:08:06,834 {\an8}Saya boleh hadapi banyak benda. 126 00:08:06,918 --> 00:08:10,084 {\an8}Malah kalau awak bongkarkan kepada dunia pun, saya boleh hadapinya. 127 00:08:10,168 --> 00:08:12,668 {\an8}Tapi kalau saya tipu awak, saya akan rasa seorang lagi. 128 00:08:12,751 --> 00:08:14,084 {\an8}Saya tak boleh hadapi itu. 129 00:08:15,209 --> 00:08:18,751 {\an8}Selama ini, saya paling takut 130 00:08:18,834 --> 00:08:22,543 {\an8}Terrorblade bawa kiamat ke dunia ini. 131 00:08:22,626 --> 00:08:25,293 {\an8}Rupa-rupanya dunia sudah pun kiamat. 132 00:08:40,209 --> 00:08:41,293 Davion. 133 00:08:42,126 --> 00:08:44,376 Saya perlu beritahu awak sesuatu. 134 00:08:44,459 --> 00:08:47,168 Saya tak pasti jika ini benar tapi awak perlu tahu juga. 135 00:08:47,251 --> 00:08:49,793 Ini tentang… Hei. 136 00:08:49,876 --> 00:08:51,418 Awak nampak pucat. 137 00:08:51,501 --> 00:08:55,126 {\an8}Lina yang upah pembunuh itu. Dia dah beritahu segalanya. 138 00:08:55,209 --> 00:08:59,709 Baguslah, awak dah tahu. Sekurang-kurangnya dia jujur. 139 00:08:59,793 --> 00:09:01,876 Tolong tinggalkan kami. 140 00:09:07,876 --> 00:09:11,084 Saya begitu bodoh. Saya minta maaf. 141 00:09:20,418 --> 00:09:23,668 Kepercayaan boleh berubah. Amanah boleh dimungkiri. 142 00:09:23,751 --> 00:09:26,043 Hanya keyakinan yang kekal. 143 00:09:26,126 --> 00:09:30,501 Selama seribu tahun, kaum Coriel'Tauvi yang terusir hidup dalam kegelapan. 144 00:09:30,584 --> 00:09:33,751 Mene sudah tiada. Telah dibunuh. 145 00:09:33,834 --> 00:09:37,501 Tapi umatnya masih menyembah dia. Masih menyayangi dia. 146 00:09:38,543 --> 00:09:43,126 Mereka berdoa di kuil-kuil kuasa gelap bagi memperingati dewi itu. 147 00:09:43,209 --> 00:09:45,376 Tapi cinta itu amat ajaib. 148 00:09:45,459 --> 00:09:48,709 Ia pujaan teragung. Suatu penyembahan. 149 00:09:48,793 --> 00:09:51,126 Walaupun tiada apa-apa untuk disembah. 150 00:09:51,209 --> 00:09:55,584 Cinta kepada dewi kita mula bertunas dalam kesaktian yang dicuri Selemene. 151 00:09:56,626 --> 00:09:59,959 Lama-kelamaan, ia mula dizahirkan. 152 00:10:00,043 --> 00:10:02,168 Ia menjadi sekujur jasad. 153 00:10:02,251 --> 00:10:05,376 Satu ciptaan daripada kepercayaan yang dianuti ramai. 154 00:10:05,459 --> 00:10:07,793 Yang diperlukan. Yang disayangi. 155 00:10:07,876 --> 00:10:12,584 Ia menjadi seorang bayi. Ia menjadi awak. 156 00:10:12,668 --> 00:10:16,418 - Saya hanya… ada kebolehan saja. - Itu kebolehan dewi itu sendiri. 157 00:10:16,501 --> 00:10:19,001 Walaupun lemah, ia masih miliknya. 158 00:10:19,084 --> 00:10:22,168 - Sejak bila awak percaya ini? - Sejak awak boleh nampak menara saya. 159 00:10:22,251 --> 00:10:25,251 Awak patut beritahu masa itu. Awak rahsiakannya saja. 160 00:10:25,334 --> 00:10:29,334 Awak tentu takkan percaya. Awak tentu takkan terima. 161 00:10:29,418 --> 00:10:30,834 Tapi kaum kita perlukan awak. 162 00:10:30,918 --> 00:10:34,251 Coriel'Tauvi sudah naik gila kerana berang. 163 00:10:34,334 --> 00:10:40,584 Awak pun nampak. Mereka tunggu awak. Kalau mereka boleh sembah awak, 164 00:10:40,668 --> 00:10:44,251 itu akan memberikan mereka kekuatan untuk bertarung di mana-mana saja 165 00:10:44,334 --> 00:10:47,209 asalkan bulan menyinarkan cahayanya di dunia sempit mereka. 166 00:10:47,293 --> 00:10:51,334 Saya cuba halang mereka. Saya rayu mereka. Keluarga saya sendiri. 167 00:10:51,418 --> 00:10:53,834 Semua itu tak bermakna kepada mereka sekarang. 168 00:10:53,918 --> 00:10:57,918 Satu-satunya suara yang mereka akan dengar ialah suara dewi mereka. 169 00:10:58,001 --> 00:11:00,251 Saya pun tak mahu jadi sampai begini. 170 00:11:01,251 --> 00:11:03,334 Awak sebenarnya jiwa yang suci. 171 00:11:03,418 --> 00:11:05,918 - Tapi awak mesti bunuh Selemene. - Saya tak boleh. 172 00:11:06,001 --> 00:11:09,001 Jadi lihatlah kaum kita sendiri sembelih nyawa-nyawa tak bersalah. 173 00:11:09,084 --> 00:11:12,293 - Itu pilihan awak. - Tapi kuasa awak tak boleh bunuh dewa. 174 00:11:14,084 --> 00:11:17,459 Sudah tentu boleh. Saya pernah lakukannya. 175 00:11:18,376 --> 00:11:20,751 Saya hidup berpandukan prinsip. 176 00:11:20,834 --> 00:11:24,543 Tapi sejak semua ini bermula, prinsip saya sudah terbang entah ke mana. 177 00:11:24,626 --> 00:11:28,376 Tapi setiap kali saya melanggarnya, saya fikir, saya terpaksa sebab perlu. 178 00:11:28,459 --> 00:11:30,209 Saya tak tahu apa akibatnya. 179 00:11:30,293 --> 00:11:33,376 Sekarang semuanya sudah tunggang terbalik. 180 00:11:33,459 --> 00:11:36,001 Awak tak pernah lari daripada pergaduhan. 181 00:11:36,084 --> 00:11:39,626 Tapi awak tak semestinya perlu sengaja cari gaduh juga. 182 00:11:39,709 --> 00:11:42,543 - Itulah yang Kaden cakap. - Awak jumpa Kaden? 183 00:11:42,626 --> 00:11:45,459 Panjang ceritanya. Tapi saya patut dengar cakap dia. 184 00:11:45,543 --> 00:11:47,959 Kalaulah saya boleh cakap begitu dengan awak juga. 185 00:11:49,084 --> 00:11:51,418 Tengoklah kita berdua sekarang. 186 00:11:51,501 --> 00:11:52,751 Sekarang tak ada apa-apa. 187 00:11:52,834 --> 00:11:55,584 Takhta tak ada, Mata tak ada, apa pun tak ada. 188 00:11:55,668 --> 00:11:57,751 Mata itu tentu asli. 189 00:11:57,834 --> 00:12:01,293 Kuasa ayah saya asli. Saya melihatnya, saya rasakannya. 190 00:12:01,376 --> 00:12:04,293 Mungkin ia digantikan. Oleh seseorang yang boleh mendekatinya. 191 00:12:04,376 --> 00:12:07,084 Seseorang yang membenarkan ayah saudara awak naik takhta 192 00:12:07,168 --> 00:12:09,001 tapi tidak mahu dia berkuasa sepenuhnya. 193 00:12:09,084 --> 00:12:11,334 Sekadar boneka di dalam istana. 194 00:12:11,418 --> 00:12:15,209 Kalau ada pun peluang untuk itu, hanya ada satu masa saja. 195 00:12:18,293 --> 00:12:19,501 Kita mahu ke mana? 196 00:12:22,084 --> 00:12:23,543 Untuk mencari saksi. 197 00:12:33,501 --> 00:12:35,668 - Asar? - Tuan puteri? 198 00:12:37,001 --> 00:12:38,543 - Ya! - Bagus! 199 00:12:38,626 --> 00:12:41,709 Itu tak boleh dikira! Kita lawan balik! 200 00:12:42,834 --> 00:12:47,251 Maafkan kelakuan saya, tuanku. Saya minum arak banyak tadi. 201 00:12:47,334 --> 00:12:51,334 Tidak, saya minta maaf kerana mengganggu awak, kapten. 202 00:12:51,418 --> 00:12:54,376 Saya mahu tanya awak sesuatu. 203 00:13:05,418 --> 00:13:08,459 Badannya kecil saja tapi dia begitu kuat. 204 00:13:08,543 --> 00:13:12,126 Cuba tanya dia makan apa. Mungkin awak boleh cuba juga. 205 00:13:12,209 --> 00:13:14,084 Saya masih ingat lagi malam itu. 206 00:13:14,168 --> 00:13:18,293 Keadaan cemas. Rakyat huru-hara. Semuanya terbakar. 207 00:13:18,376 --> 00:13:21,168 Kemudian, askar Shabarra menceroboh masuk istana. 208 00:13:21,251 --> 00:13:25,459 Wizurai datang jumpa saya. Dia arahkan saya untuk selamatkan awak. 209 00:13:25,543 --> 00:13:28,668 Pada masa itulah saya tahu kami sudah kalah. 210 00:13:28,751 --> 00:13:31,084 Saya tak dapat selamatkan mak ayah awak 211 00:13:31,168 --> 00:13:34,959 tapi saya sanggup gadaikan nyawa untuk menyelamatkan awak. 212 00:13:35,043 --> 00:13:38,293 Awak tak salah, Asar. Saya tak salahkan awak. 213 00:13:38,376 --> 00:13:41,918 Tapi saya mahu tahu bagaimana ayah saya meninggal? 214 00:13:42,001 --> 00:13:44,751 Saya tak tahu. Betul. 215 00:13:44,834 --> 00:13:47,793 Saya hanya ingat satu bunyi. Bunyi yang sangat dahsyat. 216 00:13:47,876 --> 00:13:50,793 - Sedia! - Bunyi dengung. Dinding pun bergetar. 217 00:13:50,876 --> 00:13:55,501 Saya… Lantai istana. Tulang dan gigi saya terketar-ketar. 218 00:13:55,584 --> 00:14:00,251 Dunia seakan-akan terhenti. Saya tak boleh bergerak. 219 00:14:00,334 --> 00:14:04,126 Pada masa itulah saya tahu Kaisar sudah mangkat. 220 00:14:04,209 --> 00:14:06,793 Mata itu. Ia dilarikan keluar istana? 221 00:14:06,876 --> 00:14:10,334 - Tidak. Hanya Kaisar boleh memegangnya. - Tentu ada orang bawa lari. 222 00:14:10,418 --> 00:14:13,043 - Mereka ganti dengan batu palsu. - Mustahil! 223 00:14:13,126 --> 00:14:16,334 Tapi itulah yang terjadi. Siapa yang mengambilnya? 224 00:14:16,418 --> 00:14:18,709 Siapa yang boleh ada dekat dengannya selain Kaisar? 225 00:14:18,793 --> 00:14:21,876 Wizurai Kashurra? Pegawai Istana Ekur? 226 00:14:21,959 --> 00:14:24,918 Mungkin salah seorang Legatus? Tapi pengawalnya tentu tahu. 227 00:14:25,001 --> 00:14:26,709 Tiada siapa yang berani. 228 00:14:28,626 --> 00:14:31,501 Malam Asar larikan saya keluar Imperium, 229 00:14:31,584 --> 00:14:33,584 itu malam paling buruk dalam hidup saya. 230 00:14:33,668 --> 00:14:34,876 Saya tak boleh bayangkan. 231 00:14:34,959 --> 00:14:38,876 Awak tak perlu bayangkan. Awak dah lalui. Awak pun kehilangan macam saya. 232 00:14:38,959 --> 00:14:42,126 Tapi kita masih kehilangan benda baru. 233 00:14:42,209 --> 00:14:43,834 Menemui benda baru juga. 234 00:14:43,918 --> 00:14:45,334 Kashurra tentu tahu. 235 00:14:45,418 --> 00:14:49,418 Saya rasa dia tahu Shabarra raja palsu. Saya rasa dia tahu sebabnya. 236 00:14:49,501 --> 00:14:51,959 Dia hanya melihat saja semasa saya serang Shabarra. 237 00:14:52,043 --> 00:14:53,584 Dia yang reka cerita palsu itu. 238 00:14:53,668 --> 00:14:56,001 Dia buat itu kerana setia kepada keluarga awak. 239 00:14:56,084 --> 00:15:00,043 Kalau betul dia ada Mata itu, kita mesti desak dia serahkannya. 240 00:15:00,126 --> 00:15:04,334 Awak yang mesti desak dia. Dia hanya dengar cakap awak seorang. 241 00:15:25,543 --> 00:15:30,501 Awaklah orangnya. Selemene. Dewi Bulan Suram. 242 00:15:30,584 --> 00:15:34,709 Dewi tanpa penyembah. Tidak disayangi. 243 00:15:34,793 --> 00:15:37,668 Hanya sebahagian daripada koleksinya. 244 00:15:38,543 --> 00:15:40,251 Awak pencuri itu. 245 00:15:40,959 --> 00:15:45,376 - Yang curi teratai saya. - Saya cuma mahu bawa kaum saya pulang. 246 00:15:45,459 --> 00:15:47,584 Ke tempat yang awak rampas seribu tahun lalu. 247 00:15:48,168 --> 00:15:53,418 Coriel'Tauvi yang tolak berkat saya. Mereka enggan menyembah saya. 248 00:15:53,501 --> 00:15:56,501 Bukan saya yang usir mereka dari Hutan Malam Perak. 249 00:15:56,584 --> 00:15:58,584 Mereka yang pergi dengan rela hati. 250 00:15:58,668 --> 00:16:02,918 Hanya orang yang tinggal yang terima saya sebagai dewi mereka. 251 00:16:03,001 --> 00:16:06,334 Kami hidup dengan aman. Saya tak kacau hidup awak semua. 252 00:16:06,418 --> 00:16:08,876 Itu bukan macam dalam cerita kami. 253 00:16:08,959 --> 00:16:11,793 Sebab itu hanya cerita awak. 254 00:16:11,876 --> 00:16:13,668 Jadi cerita kami hanya penipuan? 255 00:16:14,626 --> 00:16:16,543 Semua cerita adalah penipuan. 256 00:16:18,209 --> 00:16:21,168 Aneh. Saya rasa macam saya kenal awak. 257 00:16:21,251 --> 00:16:23,918 Daripada dalam lukisan. Daripada tugu-tugu. 258 00:16:24,001 --> 00:16:26,334 Nukilan dia. Dulu ini bilik dia. 259 00:16:28,876 --> 00:16:30,293 Ya, dulu. 260 00:16:30,376 --> 00:16:32,959 Lama dahulu. 261 00:16:33,043 --> 00:16:34,751 Mari dekat, si pencuri. 262 00:16:35,459 --> 00:16:37,543 Saya mahu tengok awak lebih dekat. 263 00:16:39,209 --> 00:16:43,834 Cakap, apa lagi awak mahu curi daripada saya? 264 00:16:46,001 --> 00:16:47,418 Saya tak nak apa-apa daripada awak. 265 00:16:49,293 --> 00:16:51,709 - Ikut saya. - Kita mahu ke mana? 266 00:16:52,834 --> 00:16:53,959 Jumpa Filomena. 267 00:17:03,293 --> 00:17:04,543 Anak saya. 268 00:17:05,918 --> 00:17:06,834 Dia sayangkan saya. 269 00:17:25,626 --> 00:17:27,168 Jangan! 270 00:17:34,584 --> 00:17:39,751 Terima kasih, wahai Coedwen kecil. Awak sudah berjasa. 271 00:17:39,834 --> 00:17:42,543 Saya takkan lupakan awak. 272 00:17:47,543 --> 00:17:51,376 Awak tak tahu awak sudah binasakan dunia. 273 00:17:59,001 --> 00:18:00,334 Wizurai. 274 00:18:00,418 --> 00:18:03,334 Agak terlewat kalau mahu ceroboh masuk macam ini. 275 00:18:03,418 --> 00:18:06,376 Keluar. Semua keluar. 276 00:18:06,459 --> 00:18:07,918 Kami belum selesai lagi. 277 00:18:15,001 --> 00:18:17,834 Sejak dulu saya memang tak yakin dengan awak, Lina. 278 00:18:17,918 --> 00:18:20,334 Awak dikurniakan kuasa yang hebat 279 00:18:20,418 --> 00:18:23,418 tapi ia buat awak senang berang dan terlalu mengikut perasaan. 280 00:18:23,501 --> 00:18:26,918 Tidak boleh diharap. Ciri pemimpin yang tidak bagus. 281 00:18:27,001 --> 00:18:29,543 Awak terlalu mudah lupa diri. 282 00:18:29,626 --> 00:18:31,959 Awak pula melampaui batasan. 283 00:18:32,043 --> 00:18:35,084 {\an8}Imperium ini ibarat jentera. 284 00:18:35,168 --> 00:18:38,793 {\an8}Setiap roda, setiap gerigi mesti lakukan tugasnya dengan lancar. 285 00:18:38,876 --> 00:18:43,001 Termasuklah Kaisar, yang juga hanya sekadar satu lagi gerigi roda 286 00:18:43,084 --> 00:18:45,418 dan bukan jentera itu sendiri. 287 00:18:45,501 --> 00:18:51,293 Pemerintah yang bagus akan tahu itu. Sebab itu kerajaannya berjalan lancar. 288 00:18:51,376 --> 00:18:55,209 Pemerintah yang tak bagus akan tersepit celah-celah gerigi. 289 00:18:55,293 --> 00:18:58,209 Jentera itu akan hancurkan mereka. 290 00:18:58,293 --> 00:19:01,376 Itulah penyakit yang membusuk dalam Imperium selama ini. 291 00:19:01,459 --> 00:19:06,084 Saya akan hancurkan jentera bodoh itu dan bina benda baru! Yang lebih baik! 292 00:19:06,168 --> 00:19:07,709 Setiap pemerintah mesti fikir itu. 293 00:19:07,793 --> 00:19:10,418 Sebelum ini, saya masih mahu berikan awak peluang. 294 00:19:10,501 --> 00:19:13,793 Bantu awak mentadbir. Tapi awak buat satu kesilapan besar. 295 00:19:13,876 --> 00:19:16,334 Awak cuba bunuh si mentari saya. 296 00:19:19,334 --> 00:19:20,626 {\an8}Bintang Fajar… 297 00:19:42,293 --> 00:19:44,001 Apa… Awak ini apa? 298 00:19:44,084 --> 00:19:45,376 {\an8}Maut. 299 00:19:48,876 --> 00:19:50,793 Dia nampak sunyi. 300 00:19:50,876 --> 00:19:51,876 Nampak sedih. 301 00:19:51,959 --> 00:19:54,376 Apabila saatnya tiba, saya tak sampai hati. 302 00:19:54,459 --> 00:19:56,918 Dia tak layak dikasihani. 303 00:19:57,001 --> 00:19:59,834 Siapa yang layak? Lagipun, itu yang awak mahu, bukan? 304 00:19:59,918 --> 00:20:04,043 Awak kata keluarga saya akan dengar saya dan hidup aman jika saya memohon mereka. 305 00:20:04,126 --> 00:20:06,584 Tapi mereka hanya patuh jika saya menumpahkan darah. 306 00:20:06,668 --> 00:20:07,668 Tidak. 307 00:20:07,751 --> 00:20:10,626 {\an8}- Mesti ada cara lain. - Tak ada cara lain lagi! 308 00:20:10,709 --> 00:20:13,334 Saya cuba cari bahagia tapi hidup kami sudah pun bahagia. 309 00:20:13,418 --> 00:20:15,793 Mungkin Selemene memang patut jadi dewi bulan. 310 00:20:15,876 --> 00:20:18,209 Mungkin keadaan akan kembali seperti sedia kala. 311 00:20:19,293 --> 00:20:23,043 Tiada apa akan kembali seperti sedia kala. 312 00:20:31,209 --> 00:20:35,959 Tuan yang Terutama ada urusan penting. Dipersilakan masuk dan tunggu di dalam. 313 00:20:38,793 --> 00:20:40,293 Banyaknya timbunan harta. 314 00:20:41,334 --> 00:20:43,918 Kami memanggilnya koleksi. 315 00:20:44,001 --> 00:20:46,834 Kalau saya curi relik paling suci dalam Imperium, 316 00:20:46,918 --> 00:20:48,209 saya akan simpan di sini. 317 00:20:56,501 --> 00:20:59,751 - Awak rasa itu? - Betullah. Rasa aneh. 318 00:20:59,834 --> 00:21:02,209 Macam pernah jadi sebelum ini. 319 00:21:02,293 --> 00:21:05,293 {\an8}Seolah-olah rasa mahu jatuh. 320 00:21:05,376 --> 00:21:07,251 Entah, tak rasa apa-apa pun. 321 00:21:07,334 --> 00:21:10,293 - Saya rasa ragu-ragu. - Jadi betullah ia ada dalam sana? 322 00:21:10,376 --> 00:21:13,043 Bagaimana boleh saya bantu, Puteri? 323 00:21:13,126 --> 00:21:16,543 Beri kami Mata itu sekarang. Mata yang sebenar. 324 00:21:16,626 --> 00:21:18,584 Maaf, saya tak faham. 325 00:21:18,668 --> 00:21:21,376 Batu dalam bilik takhta itu bukan Mata sebenar. 326 00:21:21,459 --> 00:21:23,834 Saya tak peduli hal politik awak. 327 00:21:23,918 --> 00:21:26,126 Awak patut beritahu saya. Ini takkan terjadi. 328 00:21:26,209 --> 00:21:30,001 Kami percaya mungkin awak mengambilnya pada malam mak ayah saya dibunuh. 329 00:21:30,084 --> 00:21:31,543 Tapi untuk melindunginya, 330 00:21:31,626 --> 00:21:34,418 agar ia tak jatuh ke dalam tangan bapa saudara saya. 331 00:21:34,501 --> 00:21:36,918 Tapi kami perlukannya sekarang. 332 00:21:37,001 --> 00:21:41,001 Saya janji, Mata yang sebenar ada dalam istana ini. 333 00:21:41,084 --> 00:21:43,084 - Saya tak curi apa-apa. - Ia tak berkesan. 334 00:21:43,168 --> 00:21:46,168 Ia tak berkesan untuk Shabarra mahu pun untuk saya. 335 00:21:46,251 --> 00:21:47,168 Ia memang berkesan. 336 00:21:47,251 --> 00:21:50,084 Cuma ia bukan seperti yang awak percaya. 337 00:21:50,168 --> 00:21:51,626 Jadi beritahulah kami. 338 00:21:51,709 --> 00:21:56,459 Mata itu bukan memberikan kuasa, ia hanya mengiktiraf kuasa yang ada. 339 00:21:56,543 --> 00:22:02,168 Sejak dulu lagi, ia hanya menanti pewaris sebenar takhta itu. 340 00:22:02,251 --> 00:22:04,668 Ia menanti awak, si mentariku. 341 00:22:04,751 --> 00:22:06,084 Jadi awak tak curi Mata itu. 342 00:22:06,168 --> 00:22:08,084 Tiada siapa boleh curi Mata itu. 343 00:22:10,584 --> 00:22:12,834 Baik. Biar kami cakap dengan Lina pula. 344 00:22:12,918 --> 00:22:14,126 Lina tak boleh bantu awak. 345 00:22:14,209 --> 00:22:17,043 Walau apa pun yang dia buat, dia tahu ini cukup penting. 346 00:22:17,126 --> 00:22:19,626 Ini bukan urusan dia lagi. 347 00:22:19,709 --> 00:22:22,834 Saya dah kata saya boleh buat macam-macam, si mentari. 348 00:22:22,918 --> 00:22:24,793 Saya telah lakukannya. 349 00:22:24,876 --> 00:22:27,043 "Lakukan"? Lakukan apa? 350 00:22:28,084 --> 00:22:29,543 Penghangus… 351 00:22:32,543 --> 00:22:34,209 melampaui batasan. 352 00:22:34,293 --> 00:22:36,584 Awak bunuh dia. 353 00:22:36,668 --> 00:22:38,209 Tak mungkin. 354 00:22:38,293 --> 00:22:40,626 Tiada siapa ada kuasa sehebat Lina. Walau pun saya. 355 00:22:40,709 --> 00:22:45,501 Dunia ini ada kuasa lain selain daripada yang diketahui naga. 356 00:22:47,334 --> 00:22:48,959 Kita mesti pergi! 357 00:22:49,793 --> 00:22:53,001 Lina berkongsi roh bara. 358 00:22:53,084 --> 00:22:56,959 Dia sebahagian daripada saya. Kelahiran api. 359 00:22:57,043 --> 00:22:58,376 Davion, jangan! 360 00:22:58,459 --> 00:23:02,084 Darah awak akan memadamkan api kemarahan saya. 361 00:23:02,168 --> 00:23:06,709 {\an8}Nyawa awak akan diragut sebagai balasan kerana meragut nyawa dia. 362 00:23:44,584 --> 00:23:48,751 Letakkan senjata awak. Saya takkan sesekali mengapa-apakan awak… 363 00:23:49,793 --> 00:23:51,834 si mentariku sayang. 364 00:24:02,376 --> 00:24:03,793 - Askar-askar ini… - Kapten. 365 00:24:04,709 --> 00:24:05,918 Ada sesuatu terjadi. 366 00:24:08,918 --> 00:24:10,668 Saya dapat rasa dia. 367 00:24:12,126 --> 00:24:13,668 Dewi. 368 00:24:16,876 --> 00:24:18,501 BERDASARKAN PERMAINAN VIDEO DOTA 2 KELUARAN VALVE 369 00:24:53,793 --> 00:24:56,793 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela Badrina