1 00:00:06,000 --> 00:00:08,960 SEBUAH ANIME ASLI NETFLIX 2 00:01:00,625 --> 00:01:06,285 Tikus kecil, sayalah Lirrak. Ibu Segala Laut, Ibu Segala Ribut. 3 00:01:10,625 --> 00:01:13,375 Jangan berani kurung saya! 4 00:02:46,666 --> 00:02:48,786 Pengakhirannya tidak boleh dielakkan. 5 00:02:50,458 --> 00:02:56,418 Tak lama lagi, Slyrak akan ambil alih sepenuhnya dan awak akan mati. 6 00:03:04,083 --> 00:03:05,673 Kita patut teruskan perjalanan. 7 00:03:05,750 --> 00:03:06,750 KATAKANLAH 8 00:03:06,833 --> 00:03:10,633 - Itu pun kalau ini jalan yang betul. - Saya tahu jalan balik saya sendiri. 9 00:03:13,958 --> 00:03:16,458 Awak cubalah tidur dalam khemah saya. 10 00:03:17,791 --> 00:03:19,381 Awak nampak macam nak mati. 11 00:03:20,166 --> 00:03:21,826 Awak tak mahu lawan saya balik? 12 00:03:21,916 --> 00:03:26,286 "Khemah untuk tuan puteri saja, Kesateria Naga takkan sesekali…" 13 00:03:29,458 --> 00:03:31,498 - Kenapa dengan awak ini? - Saya akan mati. 14 00:03:34,750 --> 00:03:36,710 Awak cuma mabuk sajalah. 15 00:03:38,166 --> 00:03:41,496 Kemaskan barang awak, kita dah ketinggalan tiga hari. 16 00:03:45,750 --> 00:03:47,540 Aduh… 17 00:03:48,708 --> 00:03:52,878 - Pasangan kekasih bergaduh, ya? - Kami bukan kekasih. 18 00:03:52,958 --> 00:03:57,498 Tapi macam senang cari gaduh dengan dia. Kalau bukan dengan dia… 19 00:03:57,583 --> 00:03:58,883 Bukan. 20 00:03:58,958 --> 00:04:01,958 - Baiklah kalau macam itu. - Memang macam itu pun. 21 00:04:02,041 --> 00:04:03,211 Hei! 22 00:04:15,500 --> 00:04:16,920 Itu jalannya. 23 00:04:19,041 --> 00:04:23,081 - Awak macam tak suka dia saja. - Siapa kata? Saya suka dia. 24 00:04:23,166 --> 00:04:26,456 Tidak. Tak sekali pun awak cuba mengarah-arahkan dia. 25 00:04:26,541 --> 00:04:29,671 Awak tak sedar awak buat begitu. Tapi saya sedar. 26 00:04:34,250 --> 00:04:35,460 Jangan bergerak. 27 00:04:42,208 --> 00:04:44,168 Naga udara. Ia berkelompok. 28 00:04:44,250 --> 00:04:46,420 Ia abaikan kita jika ada sasaran lebih kecil. 29 00:05:00,750 --> 00:05:03,500 Ini kawasan memburu. Kita tak boleh ke mana-mana. 30 00:05:04,875 --> 00:05:06,285 Kenapa awak senyum? 31 00:05:06,375 --> 00:05:08,875 - Mana ada. Sekarang kita… - Saya nampak gigi awak. 32 00:05:09,666 --> 00:05:10,496 Awak gembira. 33 00:05:12,166 --> 00:05:15,376 Saya cuma lega akhirnya ada masalah yang saya tahu selesaikan. 34 00:05:15,458 --> 00:05:17,538 Agar kita tak jadi santapan mereka. 35 00:05:18,250 --> 00:05:22,420 Ia mengesan pergerakan mangsa. Kita mesti berlindung dan duduk diam. 36 00:05:22,500 --> 00:05:25,750 - Atau kita akan jadi macam rusa itu. - Kalau tak ada lindungan? 37 00:05:25,833 --> 00:05:26,963 Cari lindungan. 38 00:05:54,666 --> 00:05:56,916 Kamu lukis apa? 39 00:05:57,000 --> 00:05:58,960 Ayah, cantik tak? 40 00:06:00,625 --> 00:06:04,035 Kamu akan beri nama apa? Nama mempunyai kuasa. 41 00:06:04,125 --> 00:06:08,665 Saya mesti mengkajinya sebelum beri nama agar saya beri nama yang sesuai. 42 00:06:08,750 --> 00:06:12,460 Pandai. Mari, ayah nak tunjukkan sesuatu. 43 00:06:14,458 --> 00:06:15,498 Rumah kita. 44 00:06:33,458 --> 00:06:35,168 Mak… 45 00:06:35,250 --> 00:06:38,380 - Maaf. - Mungkin dia akan melawat. 46 00:06:38,458 --> 00:06:39,748 Dia takkan datang. 47 00:06:41,291 --> 00:06:44,501 Saya pun rindu dia. Ayah jangan sedih. 48 00:06:45,958 --> 00:06:47,708 Anak ayah sayang. 49 00:06:49,416 --> 00:06:54,126 - Filomena, beri ayah tengok. Sakit tak? - Sikit saja. 50 00:06:54,208 --> 00:06:55,788 Peka apabila disentuh. 51 00:06:55,875 --> 00:06:59,705 Urat timbul, lebam, ruam. Sudah berapa lama kamu kena ini? 52 00:07:01,250 --> 00:07:02,630 Sejak kita tinggalkan mak. 53 00:07:03,791 --> 00:07:07,381 Saya ingat ia akan hilang sendiri. Saya tak nak buat ayah risau. 54 00:07:09,750 --> 00:07:12,710 Kenapa? Kenapa dengan saya, ayah? 55 00:07:12,791 --> 00:07:16,041 - Saya tak apa-apa? - Sudah tentu kamu tak apa-apa. 56 00:07:16,125 --> 00:07:18,285 Kamu ada ayah. 57 00:07:31,958 --> 00:07:33,208 Kita bermalam di sini. 58 00:07:33,875 --> 00:07:35,825 Patut selamat untuk malam ini. 59 00:07:38,375 --> 00:07:43,785 - Dia bercakap dengan awak. - Fymryn? Ya, tentang kehidupan, pokok… 60 00:07:43,875 --> 00:07:46,075 Awak tahu dia ada 87 perkataan untuk "sinaran bulan"? 61 00:07:46,166 --> 00:07:49,826 - Saya tak boleh sebut satu pun. - Macam seronok saja. 62 00:07:49,916 --> 00:07:52,326 Tapi dia tak ada cakap benda lain? 63 00:07:52,875 --> 00:07:58,285 - Apa-apa tentang saya atau… - Tuan puteri cemburu, ya? 64 00:07:58,375 --> 00:08:00,575 Ngauman naga sudah buat awak pekak agaknya. 65 00:08:00,666 --> 00:08:03,916 - Saya rasa boleh saja. - Penginapan mewah dan selesa. 66 00:08:06,625 --> 00:08:09,785 - Awak cakap apa tadi? - Tak cakap apa-apa pun. 67 00:08:10,291 --> 00:08:12,131 Mereka nak buat macam perkelahan pula. 68 00:08:12,208 --> 00:08:13,578 Bersembang sampai subuh. 69 00:08:14,541 --> 00:08:15,921 Romantiknya. 70 00:08:20,375 --> 00:08:21,955 Awak senyap saja. 71 00:08:22,583 --> 00:08:24,083 Saya… 72 00:08:24,166 --> 00:08:25,876 Saya tak biasa hidup sendiri. 73 00:08:26,791 --> 00:08:28,791 Mujur malam ini awak masih boleh pilih. 74 00:08:28,875 --> 00:08:31,495 - Minta-minta dijauhkan. - Maaf, saya ingatkan… 75 00:08:31,583 --> 00:08:32,883 Kami bertiga? 76 00:08:32,958 --> 00:08:34,328 Tidak. Kami bukan… 77 00:08:34,416 --> 00:08:37,536 Betullah orang kata tentang manusia. Mereka hanya ada satu kekasih. 78 00:08:37,625 --> 00:08:40,825 - Pada satu-satu masa. Biasanyalah. - Seorang saja? 79 00:08:40,916 --> 00:08:44,576 - Orang yang sama setiap malam? - Macam mana nak layan lebih lagi? 80 00:08:44,666 --> 00:08:48,166 Kadang-kadang lebih ramai memang lebih seronok, tapi… 81 00:08:48,250 --> 00:08:49,420 Davion. 82 00:08:50,500 --> 00:08:53,750 Mesti katil akan sesak. Mesti tak selesa. 83 00:08:53,833 --> 00:08:58,173 Betul, kami lebih ramai jadi ada banyak bergaduh dan turun naiknya. 84 00:08:58,250 --> 00:09:00,670 Tapi kami sekeluarga. Kami sentiasa bersama. 85 00:09:00,750 --> 00:09:03,330 Jadi keluarga awak menunggu awak di Coedwig? 86 00:09:05,208 --> 00:09:06,328 Tak. 87 00:09:07,375 --> 00:09:08,875 Tiada siapa menunggu saya. 88 00:09:10,000 --> 00:09:12,290 Semuanya angkara Angkatan Bulan Suram. 89 00:09:12,375 --> 00:09:16,165 - Saya tumpang simpati. - Tak perlu kasihankan dia. 90 00:09:16,250 --> 00:09:19,830 - Itu salah dia. Angkara dia sendiri. - Apa? Saya tak… 91 00:09:19,916 --> 00:09:21,746 Mementingkan diri. Bodoh. 92 00:09:21,833 --> 00:09:26,543 Apa sudahnya? Kematian yang sia-sia, perang yang tidak diingini sesiapa. 93 00:09:26,625 --> 00:09:28,825 Awak datang ke Hutan Malam Perak. 94 00:09:28,916 --> 00:09:32,746 Awak curi teratai kami. Awak yang buat mereka dibunuh. 95 00:09:32,833 --> 00:09:36,503 Sekarang awak akan beritahu saya muslihat sebenar awak. 96 00:09:42,250 --> 00:09:46,130 - Panahan saya tepat pada jarak ini. - Keluarga saya dah mati. 97 00:09:46,208 --> 00:09:49,498 - Dibunuh. - Jangan bergaduh di sini. 98 00:09:49,583 --> 00:09:54,083 Saya tak kisah kalau tembus awak. Kenapa awak sorokkan identiti awak? 99 00:09:54,166 --> 00:09:58,206 - Kenapa awak tak cakap apa-apa? - Saya nak balik. 100 00:10:00,416 --> 00:10:03,786 - Tapi awak tak cakap pun yang… - Saya tak mahu dia tahu yang saya tahu. 101 00:10:03,875 --> 00:10:05,915 Kenapa dia tak mahu beritahu kita? 102 00:10:06,000 --> 00:10:08,290 Awak sengaja tak cakap. Awak pergunakan saya. 103 00:10:08,375 --> 00:10:11,495 Saya dah cuba beritahu awak. Tapi awak sibuk sangat bermesra. 104 00:10:11,583 --> 00:10:14,673 - Saya bukannya bermesra dengan… - Awak berahsia dengan saya. 105 00:10:15,291 --> 00:10:17,461 Tentu saya ada buat sesuatu sampai awak diam. 106 00:10:17,541 --> 00:10:19,001 Cakaplah apa bendanya. 107 00:10:20,958 --> 00:10:24,248 Awak tak buat apa-apa pun. Kita perlukan dia. 108 00:10:25,416 --> 00:10:28,666 Saya akan cari dia, sebelum ada anak naga yang jumpa dia. 109 00:10:33,458 --> 00:10:36,458 Fymryn, datang balik. Sini tak selamat. 110 00:10:37,166 --> 00:10:38,706 Saya tahu awak di sana. 111 00:10:38,791 --> 00:10:41,921 Mirana tak maksudkan apa yang dia cakap itu. 112 00:10:42,000 --> 00:10:46,380 Bukan semuanyalah. Tapi awak nampak betapa bahayanya anak naga itu. 113 00:10:46,458 --> 00:10:49,998 Ia akan makan awak hidup-hidup. Nanti saya akan rasa sangat bersalah. 114 00:10:50,083 --> 00:10:52,003 Tolonglah datang balik. 115 00:10:53,500 --> 00:10:55,500 Sudah terlalu ramai orang yang terkorban. 116 00:10:58,666 --> 00:11:01,246 Davion menyebelahi dia pula. Menyakitkan hati betul. 117 00:11:01,333 --> 00:11:05,333 Saya tak pernah jumpa orang lain yang begitu berani, baik hati… 118 00:11:05,416 --> 00:11:08,826 Maksud saya, selain daripada awak. Dia juga menepati janji. 119 00:11:08,916 --> 00:11:13,286 Tapi dia tak pandai menilai langsung. Bunian itu hancurkan hidup kita. 120 00:11:13,375 --> 00:11:15,825 Saya sedar saya pun tak cakap apa-apa, 121 00:11:15,916 --> 00:11:18,496 jadi saya patut dipersalahkan juga dalam hal ini, tapi… 122 00:11:20,583 --> 00:11:23,173 Betul cakap awak. Saya patut bertenang dan tidur dulu. 123 00:11:23,250 --> 00:11:26,670 Saya akan cakap dengan Davion esok pagi. Dia tentu akan faham dan dengar. 124 00:11:33,750 --> 00:11:35,500 Terima kasih, Marci. 125 00:11:36,875 --> 00:11:39,035 Kata-kata awak memang betul belaka. 126 00:11:55,333 --> 00:11:57,543 Kepada bulan Mene kami menyembah, 127 00:11:57,625 --> 00:11:59,785 semoga sinar bulan melimpahi kita semua. 128 00:11:59,875 --> 00:12:01,995 - Selamat malam. - Selamat malam, ayah. 129 00:12:15,125 --> 00:12:17,575 Ayah kata tidur. 130 00:12:17,666 --> 00:12:21,416 Bunga ini terdiri daripada dua jenis bunga yang berbeza. 131 00:12:21,500 --> 00:12:22,630 Filomena… 132 00:12:22,708 --> 00:12:25,748 Tapi ia tak tumbuh berdekatan satu sama lain pun. 133 00:12:25,833 --> 00:12:28,383 - Ini dinamakan hibrid. - Menakjubkan. 134 00:12:28,458 --> 00:12:31,168 Macam keupayaan kamu untuk menukar topik. 135 00:12:31,250 --> 00:12:32,210 Tidur. 136 00:12:35,458 --> 00:12:37,998 - Apa ini? - Pergerakan bunga itu. 137 00:12:38,083 --> 00:12:40,003 Selalunya tumbuhan ikut matahari. 138 00:12:40,583 --> 00:12:41,713 Heliotropisme. 139 00:12:42,541 --> 00:12:45,211 "Heliotropisme." 140 00:12:45,833 --> 00:12:48,883 Tapi yang ini tidak. Ia mengikut bulan. 141 00:12:50,333 --> 00:12:52,043 Hebat, bukan? 142 00:12:52,583 --> 00:12:53,883 Terlalu hebat. 143 00:12:54,583 --> 00:12:56,963 Malam ini bulan purnama. 144 00:13:05,916 --> 00:13:08,746 Penyakit itu sudah merebak ke dalam saluran darahnya. 145 00:13:08,833 --> 00:13:13,173 Herba, ilmu sihir. Rawatan kami semua tak berkesan. 146 00:13:13,250 --> 00:13:20,080 Saya sudah baca semua buku. Bertanya setiap ilmuwan dan perawan. 147 00:13:20,166 --> 00:13:22,786 Bertanya kamu semua… Tapi tiada hasil. 148 00:13:22,875 --> 00:13:27,495 Kami sudah berusaha sedaya upaya tetapi tiada penawar untuk kematian. 149 00:13:27,583 --> 00:13:30,383 - Tiada apa dapat mengubahnya. - Saya boleh ubah. 150 00:13:30,458 --> 00:13:32,288 Mungkin tanya dewa. Ibunya. 151 00:13:32,375 --> 00:13:33,875 Keluar! 152 00:13:45,291 --> 00:13:46,291 Bangun, sayang. 153 00:13:47,416 --> 00:13:50,036 Kita mahu jalan jauh. Naik gunung. 154 00:13:50,125 --> 00:13:53,625 - Untuk tengok bunga? - Untuk jumpa mak kamu. 155 00:13:58,625 --> 00:14:00,205 Kawan awak dah balik. 156 00:14:01,333 --> 00:14:03,003 Dia curi teratai itu. 157 00:14:04,083 --> 00:14:04,923 Sekali lagi. 158 00:14:08,250 --> 00:14:12,000 Dia lari ikut sini. Ini menuju kawasan naga udara. 159 00:14:12,083 --> 00:14:13,173 Menempah maut betul. 160 00:14:13,750 --> 00:14:17,420 Jangan risau. Nyawa si bunian itu liat. 161 00:14:38,791 --> 00:14:39,711 Ia dah jumpa dia. 162 00:14:53,333 --> 00:14:54,713 Tak guna. 163 00:15:32,083 --> 00:15:34,253 Saya dah kata. Nyawa dia liat. 164 00:15:36,500 --> 00:15:39,000 Pandai, dia berlindung dalam gua itu. 165 00:15:42,291 --> 00:15:43,881 Itu bukan sembarangan gua. 166 00:15:50,250 --> 00:15:51,670 Itu sarang. 167 00:16:59,833 --> 00:17:00,883 Fymryn! 168 00:17:02,583 --> 00:17:04,003 Dengar baik-baik. 169 00:17:04,083 --> 00:17:08,883 Saya boleh selamatkan kita berdua, tapi awak mesti ikut cakap saya. 170 00:17:11,083 --> 00:17:14,833 Hei! Cepat… Pergi! 171 00:17:15,625 --> 00:17:17,075 Pergi. Pergilah! 172 00:17:17,583 --> 00:17:18,503 Tak guna. 173 00:17:26,291 --> 00:17:28,581 Apa awak tunggu lagi? Tunggu dijemput? 174 00:17:28,666 --> 00:17:30,916 Gunalah kebolehan ajaib awak itu. 175 00:17:31,000 --> 00:17:34,420 - Tak boleh selagi saya pegang kotak ini. - Jadi berilah saya pegang. 176 00:17:35,833 --> 00:17:38,713 Awak sanggup mati dalam gua ini sebab bunga bodoh itu? 177 00:17:38,791 --> 00:17:40,381 Saya sanggup. 178 00:17:41,500 --> 00:17:44,210 - Kenapalah awak curi lagi? - Sebab apa yang saya dah buat… 179 00:17:44,291 --> 00:17:46,211 Ia tak boleh dipulangkan kepada Selemene. 180 00:17:46,291 --> 00:17:48,251 Nanti semuanya sia-sia saja, tak bermakna. 181 00:17:48,333 --> 00:17:49,923 Saya takkan pernah lepaskannya. 182 00:17:53,333 --> 00:17:55,713 - Jadi saya pun akan duduk sekali. - Kenapa? 183 00:17:55,791 --> 00:17:57,541 Awak takkan mati sendirian. 184 00:17:59,625 --> 00:18:03,325 Sejak saya kecil, saya ingat matlamat hidup saya adalah membunuh naga 185 00:18:03,416 --> 00:18:06,206 agar tiada kanak-kanak lain akan lihat keluarganya mati juga. 186 00:18:06,291 --> 00:18:10,711 Kemudian saya dapat tahu ia tak semudah itu. Ada raksasa dalam saya. 187 00:18:10,791 --> 00:18:12,331 Seekor naga. 188 00:18:12,416 --> 00:18:16,076 Satu hari nanti ia akan keluar dan saya takkan kembali hidup. 189 00:18:16,166 --> 00:18:19,416 Jadi kalau saya perlu mati, biarlah kematian saya ada gunanya. 190 00:18:19,500 --> 00:18:21,000 Sekarang, ia berguna bagi Mirana. 191 00:18:21,083 --> 00:18:24,963 Saya terhutang budi, tak boleh kecewakannya. 192 00:18:25,041 --> 00:18:28,541 Percayalah, kalau awak lepaskan pun, tak semestinya ia jadi tak bermakna. 193 00:18:28,625 --> 00:18:31,375 Tapi kalau awak mati sekarang, barulah ia jadi sia-sia. 194 00:18:31,458 --> 00:18:34,168 Sebab itu bermaksud awak tak belajar apa-apa pun. 195 00:18:40,250 --> 00:18:42,330 Saya tak boleh bawa awak sekali. 196 00:18:42,416 --> 00:18:46,036 Jangan risau. Saya akan buat benda gila atau benda bodoh. 197 00:18:46,125 --> 00:18:49,455 Tak apa, setakat ini kegilaan atau kebodohan selalunya berkesan. 198 00:19:16,583 --> 00:19:17,713 Marilah! 199 00:19:43,416 --> 00:19:45,706 Apa jadi dalam sana tadi? Apa jadi pada awak? 200 00:19:47,250 --> 00:19:48,580 Apa? 201 00:19:50,666 --> 00:19:54,246 Saya perlu beritahu awak sesuatu. Saya tahu saya patut cakap awal-awal. 202 00:19:54,333 --> 00:19:57,883 Tapi awak dah tanggung banyak beban. Saya tak mahu tambah lagi. 203 00:19:57,958 --> 00:19:59,578 Awak pasti akan halang saya nanti. 204 00:20:02,500 --> 00:20:05,960 Saya akan dengar. Cakap sajalah. 205 00:20:30,541 --> 00:20:32,211 Saya tahu awak di sana. 206 00:20:35,666 --> 00:20:39,416 Kami yang patut ikut awak, bukan sebaliknya. 207 00:20:39,500 --> 00:20:42,750 Naga udara memang berbahaya, tapi kaum saya lebih lagi. 208 00:20:43,541 --> 00:20:47,171 - Awak perlu pemandu arah. - Kami cari pemandu arah lain. 209 00:20:47,250 --> 00:20:49,080 Tidak, tak perlu. 210 00:20:49,166 --> 00:20:53,996 Saya tahu kamu saling tak mempercayai, tapi kamu boleh percayakan saya. 211 00:20:54,083 --> 00:20:57,833 Kita mahu ke tempat yang sama. Kita patut pergi sama-sama. 212 00:21:01,750 --> 00:21:04,880 Mungkin saya boleh tahan sikit lagi dengan awak. 213 00:21:05,958 --> 00:21:10,458 - Samalah. - Tengok? Dah kawan. Barulah bagus. 214 00:21:11,666 --> 00:21:13,956 Siapa tahu apa-apa lagu? 215 00:21:14,708 --> 00:21:17,958 Saya ada belajar satu lagu daripada naga, tapi tak sedap sangat. 216 00:21:21,833 --> 00:21:25,133 Awak tinggalkan saya. Saya terkapai-kapai. 217 00:21:25,208 --> 00:21:28,828 Filomena sakit. Tiada siapa dapat merawat dia. 218 00:21:28,916 --> 00:21:34,166 Dia perlu bantuan daripada awak. Dia perlukan mak dia. 219 00:21:34,250 --> 00:21:37,710 Awak ambil dia sebab awak enggan menyembah saya. 220 00:21:37,791 --> 00:21:41,251 Tapi sekarang awak kembali dan merayu saya selamatkan awak. 221 00:21:41,333 --> 00:21:43,423 Bukan saya, tapi dia. 222 00:21:45,666 --> 00:21:47,076 Mak… 223 00:21:47,166 --> 00:21:50,706 - Ini semua salah awak. - Saya mengaku saya ada kelemahan. 224 00:21:50,791 --> 00:21:55,171 Kita semua ada kelemahan. Saya sendiri pun sama. 225 00:21:55,875 --> 00:22:00,325 Ada benda yang awak perlu daripada saya. Ada benda saya perlu daripada awak. 226 00:22:00,416 --> 00:22:03,786 - Cakap saja. - Ketaatan. Kepercayaan. 227 00:22:05,208 --> 00:22:09,958 Melutut. Ucapkan kata-kata itu dan sembahlah saya. 228 00:22:10,041 --> 00:22:13,791 - Ini anak kandung awak. - Ini juga pilihan awak. 229 00:22:13,875 --> 00:22:18,325 Sembah saya sekarang dan dosa awak akan diampunkan. 230 00:22:22,291 --> 00:22:23,381 Saya… 231 00:22:26,166 --> 00:22:28,706 Saya milik awak, Selemene. 232 00:22:28,791 --> 00:22:32,791 - Saya akan taat dan percaya kepada awak. - Awak mencintai saya? 233 00:22:35,458 --> 00:22:36,418 Saya mencintai awak. 234 00:22:36,500 --> 00:22:40,710 Sekarang kamu pula. Ucapkan kata-kata itu. 235 00:22:40,791 --> 00:22:41,881 Tidak. 236 00:22:41,958 --> 00:22:46,708 - Filomena, cakap saja. - Saya tak nak cakap. 237 00:22:46,791 --> 00:22:50,041 Mak ialah ibu saya, bukan dewi saya. 238 00:22:50,125 --> 00:22:53,325 - Saya nak mak saya. - Cakap sajalah. 239 00:22:53,416 --> 00:22:55,916 Mak tak tahu pun tentang bunga yang tumbuh seberang gunung ini. 240 00:22:56,000 --> 00:23:00,960 - Filomena… - Saya sayang mak. Saya takkan sembah mak. 241 00:23:03,291 --> 00:23:08,331 - Saya nak mak saya. - Selemene, dia kecil lagi. 242 00:23:09,875 --> 00:23:11,705 Dia tak faham sepenuhnya lagi. 243 00:23:13,791 --> 00:23:15,631 Awak sudah dapat saya. 244 00:23:15,708 --> 00:23:17,458 Awak sudah menang. Faham? 245 00:23:17,541 --> 00:23:20,461 Sembuhkanlah dia. Awak ada kuasa. 246 00:23:20,541 --> 00:23:24,291 Tolonglah! Selemena, kembalilah! 247 00:23:24,375 --> 00:23:26,165 Kembalilah! 248 00:23:42,833 --> 00:23:44,043 Kembalilah. 249 00:23:46,375 --> 00:23:48,575 BERDASARKAN PERMAINAN VIDEO DOTA 2 KELUARAN VALVE 250 00:24:23,583 --> 00:24:28,583 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela Badrina