1 00:00:15,098 --> 00:00:18,101 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:01:14,908 --> 00:01:17,702 Saya ada di sini juga waktu itu. 3 00:01:26,002 --> 00:01:27,378 ARTIFAK RUANG KELABU SAMAR 4 00:01:27,462 --> 00:01:29,255 Berapa dalam mata wang Korea? 5 00:01:29,339 --> 00:01:30,840 1.5 bilion won? 6 00:01:50,944 --> 00:01:55,573 Dalam dunia ini wujud ruang yang bukan hitam atau putih, tapi kelabu. 7 00:01:56,825 --> 00:01:59,327 Asalnya bukan kelabu. 8 00:02:00,078 --> 00:02:02,664 Warna samar antara hitam dan juga putih. 9 00:02:28,815 --> 00:02:33,319 EPISOD 3 RUANG KELABU SAMAR 10 00:02:57,927 --> 00:03:00,513 Berikut adalah keputusan ahli lembaga pengarah. 11 00:03:02,682 --> 00:03:05,143 Jawatan ketua eksekutif Hyowon yang baru… 12 00:03:11,608 --> 00:03:15,778 akan disandang oleh pengarah Hotel Hyowon, En. Han Jin-ho. 13 00:03:32,253 --> 00:03:33,421 Baiklah. 14 00:03:44,974 --> 00:03:49,145 Itu keputusan lembaga pengarah, jadi kita patut hormati keputusan mereka. 15 00:03:50,188 --> 00:03:53,733 Apa kata kita jemput mereka makan malam di sini? 16 00:03:54,651 --> 00:03:57,987 Itu cuma jawatan sementara bagi menggantikan ayah. 17 00:03:58,655 --> 00:04:00,406 Tak perlu perbesarkan hal ini. 18 00:04:03,701 --> 00:04:05,119 Seo-hyun, tahniah. 19 00:04:05,870 --> 00:04:06,746 Terima kasih. 20 00:04:09,165 --> 00:04:10,124 Mak juga. 21 00:04:10,208 --> 00:04:12,001 Apa jua keputusannya, mak tak kisah. 22 00:04:12,877 --> 00:04:15,630 Tapi memang munasabah untuk Jin-ho, selaku anak sulung 23 00:04:15,713 --> 00:04:17,840 untuk memegang jawatan itu. 24 00:04:42,699 --> 00:04:43,700 Puan. 25 00:04:44,951 --> 00:04:45,827 Ya? 26 00:04:53,209 --> 00:04:55,878 Minumlah. Ini teh jasmin. 27 00:04:58,673 --> 00:04:59,674 Terima kasih. 28 00:05:02,844 --> 00:05:06,014 Teh jasmin bagus untuk bantu tenangkan diri. 29 00:05:07,181 --> 00:05:09,434 Bukankah puan susah hati kerana Tuan Han Ji-yong 30 00:05:09,517 --> 00:05:11,019 tak dilantik sebagai pengganti? 31 00:05:14,647 --> 00:05:16,566 Kenapa awak fikir saya susah hati? 32 00:05:17,734 --> 00:05:21,321 Macam mana awak begitu arif tentang hal ehwal keluarga ini? 33 00:05:21,404 --> 00:05:23,031 Untuk kestabilan emosi Ha-joon, 34 00:05:23,114 --> 00:05:26,367 saya sentiasa buat carian semua hal yang berkaitan dengan Hyowon. 35 00:05:26,909 --> 00:05:28,661 Saya percaya itu juga tugas saya. 36 00:05:31,748 --> 00:05:32,832 Baiklah. 37 00:05:34,167 --> 00:05:35,710 Saya takkan berpura-pura. 38 00:05:36,669 --> 00:05:38,087 Saya agak sedih. 39 00:05:39,630 --> 00:05:41,466 Saya tahu dia bukan orang yang tamak. 40 00:05:43,217 --> 00:05:45,928 Puan percaya puan tahu segalanya tentang suami puan? 41 00:05:46,012 --> 00:05:49,390 Tentulah. Setidaknya dia tak boleh berahsia dengan saya. 42 00:05:51,017 --> 00:05:53,269 Saya tahu semua sejarah dan beban dia. 43 00:05:53,352 --> 00:05:56,856 Puan tak fikir pengetahuan puan itu setakat yang dia benarkan saja? 44 00:05:59,358 --> 00:06:00,443 Apa maksud awak? 45 00:06:02,361 --> 00:06:03,404 Tak ada apa. 46 00:06:04,572 --> 00:06:06,532 Saya bercakap berdasarkan pengalaman. 47 00:06:07,784 --> 00:06:09,577 Yang nampak di mata bukanlah segalanya. 48 00:06:14,123 --> 00:06:15,124 Betul. 49 00:06:16,959 --> 00:06:18,753 Ia bukan segalanya. 50 00:06:34,685 --> 00:06:35,728 Helo? 51 00:06:38,439 --> 00:06:39,357 Makan tengah hari? 52 00:06:40,733 --> 00:06:41,943 Siap sedialah. 53 00:06:42,026 --> 00:06:43,528 Banyak yang perlu awak jelaskan. 54 00:06:57,375 --> 00:07:01,003 Kenapa lembaga pengarah tak pilih Ji-yong? 55 00:07:02,004 --> 00:07:05,049 Katanya itu permintaan Pengarah Han sendiri. 56 00:07:05,633 --> 00:07:07,885 Dia minta mereka lantik Pengarah Han Jin-ho. 57 00:07:08,886 --> 00:07:12,557 Tepat sekali. Kenapa dia buat permintaan begitu? 58 00:07:17,937 --> 00:07:19,188 Awak boleh keluar. 59 00:07:19,772 --> 00:07:21,566 Periksa tiket untuk Pameran Basel. 60 00:07:21,649 --> 00:07:24,610 Maklumkan juga kepada mereka jumlah kehadiran kita. 61 00:07:24,694 --> 00:07:25,778 Baiklah. 62 00:07:50,511 --> 00:07:51,345 Ambillah. 63 00:07:56,767 --> 00:07:59,562 CEK SATU JUTA WON 64 00:08:02,315 --> 00:08:03,900 Duit ini untuk apa, puan? 65 00:08:03,983 --> 00:08:07,987 Jika awak temui sesuatu di bilik bacaan Pengerusi Han, bilik bacaan suami saya 66 00:08:08,070 --> 00:08:10,281 dan bilik tidur mak mentua saya, 67 00:08:11,449 --> 00:08:13,242 saya nak awak laporkan kepada saya. 68 00:08:16,829 --> 00:08:18,664 Begitu juga dengan bilik Soo-hyuk. 69 00:08:22,460 --> 00:08:25,796 Jika awak lakukan dengan baik, awak akan terima bonus. 70 00:08:30,718 --> 00:08:31,719 Mari bekerjasama. 71 00:08:35,640 --> 00:08:36,557 Awak boleh keluar. 72 00:08:57,495 --> 00:08:59,539 CEK SATU JUTA WON 73 00:09:05,711 --> 00:09:09,966 - Ke marilah, kau yang selalu ke mari - Ke marilah, kau yang selalu ke mari 74 00:09:10,049 --> 00:09:10,967 Ke marilah 75 00:09:11,050 --> 00:09:14,679 - Aku selalu menunggumu - Aku selalu menunggumu 76 00:09:17,431 --> 00:09:19,016 - Ke marilah - Ke marilah 77 00:09:19,100 --> 00:09:24,105 - Aku mahu jadi bunga di hatimu - Aku mahu jadi bunga di hatimu 78 00:09:24,188 --> 00:09:25,940 - Sebarkan kasih - Sebarkan kasih 79 00:09:26,023 --> 00:09:28,359 Cukup. Setakat ini saja. 80 00:09:28,442 --> 00:09:30,152 - Selamat jalan. - Ya. 81 00:09:30,236 --> 00:09:31,946 Saya gembira. 82 00:09:33,781 --> 00:09:36,367 No-deok. 83 00:09:36,450 --> 00:09:37,660 Pamerkan ekor kamu. 84 00:09:38,828 --> 00:09:40,746 Kembangkan sayap kamu. 85 00:09:41,872 --> 00:09:43,666 Tunjuklah ekor kamu! 86 00:09:44,250 --> 00:09:46,210 Degil betul. Tunjukkan ekor kamu! 87 00:09:46,752 --> 00:09:48,588 Tunjukkan ekor kamu! 88 00:09:48,671 --> 00:09:52,925 Puan, bertenang. Puan tak boleh meninggi suara di luar. 89 00:09:53,009 --> 00:09:56,512 Kalau ia enggan pamerkan ekornya, 90 00:09:56,596 --> 00:09:59,265 tak guna dipanggil merak. Elok panggil ayam saja. 91 00:10:01,601 --> 00:10:03,269 Kawal pekerja dengan baik. 92 00:10:03,352 --> 00:10:05,521 Jangan sampai kejadian sama berulang lagi 93 00:10:05,605 --> 00:10:08,274 dan pastikan mereka takkan buat hal. 94 00:10:08,357 --> 00:10:09,400 Awak faham? 95 00:10:09,900 --> 00:10:11,402 Baik, puan. 96 00:10:13,821 --> 00:10:15,781 Bawakan saya roti. 97 00:10:15,865 --> 00:10:17,199 Baik, puan. 98 00:10:29,837 --> 00:10:30,838 Mari. 99 00:10:37,386 --> 00:10:39,180 - Ketua Joo. - Ya, puan? 100 00:10:39,263 --> 00:10:41,974 Tunjukkan saya artikel di Internet. 101 00:10:42,058 --> 00:10:45,227 Artikel tentang pelantikan Jin-ho sebagai pengerusi sementara. 102 00:10:45,895 --> 00:10:48,439 Saya tak ada telefon. 103 00:10:49,482 --> 00:10:50,483 Kenapa? 104 00:10:50,566 --> 00:10:53,069 Kami dilarang bawa telefon ketika bertugas. 105 00:10:53,152 --> 00:10:54,070 Apa? 106 00:10:56,697 --> 00:11:00,660 Puan boleh guna alat ini untuk panggil pembantu rumah. 107 00:11:00,743 --> 00:11:03,537 Puan boleh tekan butang satu hingga lima. 108 00:11:03,621 --> 00:11:05,915 Butang untuk pembantu rumah… 109 00:11:05,998 --> 00:11:07,291 Oh, Tuhan. 110 00:11:09,710 --> 00:11:12,672 Ini sistem baru? Bagusnya! 111 00:11:12,755 --> 00:11:14,215 Aduhai. 112 00:11:18,344 --> 00:11:21,514 Rakaman pengarah Bakeri Hyowon, Cik Han Jin-hee 113 00:11:21,597 --> 00:11:24,392 melempar roti terhadap pekerja-pekerjanya 114 00:11:24,475 --> 00:11:26,644 telah menggemparkan seluruh negara. 115 00:11:26,727 --> 00:11:31,190 Berdasarkan rakaman ini, Cik Han bukan saja memarahi pekerjanya 116 00:11:31,273 --> 00:11:35,403 namun turut dilihat menumbuk dada salah seorang pekerjanya. 117 00:11:35,486 --> 00:11:37,738 Cik Han turut menepek krim terhadap mangsa 118 00:11:37,822 --> 00:11:39,657 - dan dilihat mengamuk - Hei! 119 00:11:39,740 --> 00:11:41,617 sambil melemparkan kata-kata kesat. 120 00:11:41,700 --> 00:11:44,412 - Sambil melepaskan kemarahan - Tak guna! 121 00:11:44,495 --> 00:11:46,122 - dan hambur kata-kata kesat… - Hei! 122 00:11:57,216 --> 00:11:58,217 Awak tahu… 123 00:12:00,094 --> 00:12:01,846 betapa saya sayangkan Ha-joon? 124 00:12:03,431 --> 00:12:04,265 Tentulah tahu. 125 00:12:05,724 --> 00:12:06,934 Awak sayang Ha-joon? 126 00:12:08,185 --> 00:12:09,478 Apa maksud awak? 127 00:12:09,562 --> 00:12:12,773 Saya tanya sebab saya tak pasti jika awak benar-benar sayang dia. 128 00:12:14,358 --> 00:12:15,609 Apa maksud awak? 129 00:12:15,693 --> 00:12:18,863 Kenapa awak bertolak ansur dan biar Jin-ho sandang jawatan itu? 130 00:12:21,323 --> 00:12:23,284 Beri saya alasan yang munasabah. 131 00:12:23,367 --> 00:12:25,327 Mungkin saya akan faham tindakan awak. 132 00:12:33,586 --> 00:12:35,629 Peluang Ha-joon sebagai pewaris nipis. 133 00:12:36,213 --> 00:12:37,173 Ha-joon… 134 00:12:38,340 --> 00:12:39,633 sama seperti saya. 135 00:12:40,468 --> 00:12:42,094 - Ji-yong… - Dia bukan anak awak. 136 00:12:44,638 --> 00:12:45,848 Dengar dulu. 137 00:12:46,724 --> 00:12:48,350 Ha-joon anak luar nikah. 138 00:12:49,518 --> 00:12:52,813 Mungkin rahsia buat media, tapi lembaga pengarah syarikat tahu. 139 00:12:52,897 --> 00:12:53,814 Ia bukan rahsia. 140 00:12:55,107 --> 00:12:58,068 Jika saya sandang jawatan itu, Ha-joon akan jadi perhatian 141 00:12:58,152 --> 00:13:00,196 dan masalah pasti akan timbul. 142 00:13:02,198 --> 00:13:03,949 Ia akan jejaskan dia. 143 00:13:06,869 --> 00:13:08,537 Saya tak nak Ha-joon lalui… 144 00:13:10,873 --> 00:13:11,832 perkara yang sama. 145 00:13:15,586 --> 00:13:17,129 Kita tak tahu sejauh mana 146 00:13:18,172 --> 00:13:20,007 impian yang akan dimilikinya. 147 00:13:20,966 --> 00:13:23,385 Menolak peluang yang datang 148 00:13:23,469 --> 00:13:26,096 jauh bezanya dengan peluang yang dinafikan. 149 00:13:26,180 --> 00:13:28,474 Saya nak anak kita miliki segalanya. 150 00:13:28,557 --> 00:13:30,351 Bukan awak yang idamkan kedudukan itu? 151 00:13:33,312 --> 00:13:34,939 - Maaf. Maksud saya… - Awak rasa 152 00:13:35,439 --> 00:13:38,067 saya gunakan anak kita demi ketamakan saya? 153 00:13:39,318 --> 00:13:41,862 Saya tak sangka akan dengar semua ini daripada awak. 154 00:13:41,946 --> 00:13:43,781 Awak tahu apa saya buat untuk dia? 155 00:13:50,371 --> 00:13:51,789 Susyi ini hanyir. 156 00:13:53,332 --> 00:13:54,416 Saya tak berselera. 157 00:14:01,799 --> 00:14:02,967 Lagi satu, Ha-joon… 158 00:14:05,052 --> 00:14:06,262 anak saya. 159 00:14:26,240 --> 00:14:27,491 Semua memang melampau. 160 00:15:17,124 --> 00:15:18,792 Seperti yang puan inginkan, 161 00:15:18,876 --> 00:15:21,712 Han Jin-ho dah dilantik sebagai ketua eksekutif. 162 00:15:46,946 --> 00:15:48,280 Apa awak buat di sini? 163 00:15:48,364 --> 00:15:49,698 Puan dah pulang? 164 00:15:50,783 --> 00:15:52,826 Saya tak jumpa buku-buku Ha-joon. 165 00:15:53,369 --> 00:15:55,412 Saya ingat mungkin dia bawa ke sini. 166 00:15:59,792 --> 00:16:01,669 MAK 167 00:16:03,420 --> 00:16:06,757 Saya sangat sibuk hari ini. Pastikan Ha-joon tak ke Cadenza. 168 00:16:07,341 --> 00:16:08,175 Baiklah. 169 00:16:13,263 --> 00:16:15,975 - Helo? - Mak dah suruh kamu uruskan hal ini. 170 00:16:16,058 --> 00:16:19,645 Hal sekecil ini pun kamu gagal uruskan. Ini namanya bintang? 171 00:16:19,728 --> 00:16:21,021 Saya akan ke sana. 172 00:16:21,814 --> 00:16:24,441 Eloklah kita jumpa. Mak akan rasa lebih lega. 173 00:16:39,623 --> 00:16:41,458 Cuba kamu jelaskan. 174 00:16:41,542 --> 00:16:44,503 Mak beri kamu pengecualian daripada peraturan menantu Hyowon 175 00:16:44,586 --> 00:16:46,922 dan benarkan kamu jumpa wartawan. 176 00:16:47,006 --> 00:16:49,383 Kamu patut halang hal ini daripada terdedah! 177 00:16:49,466 --> 00:16:51,927 Saya dah beritahu hal ini di luar kawalan saya. 178 00:16:52,011 --> 00:16:54,888 Kamu yang benarkan mereka siarkan artikel itu! 179 00:16:54,972 --> 00:16:58,183 Kamu dah hilang akalkah? 180 00:16:58,684 --> 00:17:00,102 Kenapa diam saja? 181 00:17:00,185 --> 00:17:02,813 Nak sangat tengok mak mengamuk? 182 00:17:02,896 --> 00:17:06,817 Pertukaran yang mereka cadangkan terlalu bernilai buat saya. 183 00:17:07,401 --> 00:17:09,361 Apa permintaan mereka? Cakaplah. 184 00:17:10,195 --> 00:17:11,947 Kenapa tak setuju saja? 185 00:17:12,948 --> 00:17:15,242 Apa? Tentang kamu dan Ji-yong? 186 00:17:16,076 --> 00:17:18,162 Atau hal lain? 187 00:17:18,662 --> 00:17:20,873 Kamu tak pernah teragak-agak untuk buka mulut, 188 00:17:20,956 --> 00:17:23,667 tapi kenapa sekarang diam saja? 189 00:17:24,251 --> 00:17:26,879 Kenapa? Mereka tanya sejarah cinta kamu? 190 00:17:27,379 --> 00:17:29,298 Kamu patut dedahkan saja. 191 00:17:29,381 --> 00:17:32,342 Seorang bekas pelakon tak mungkin ada rasa malu. 192 00:17:34,595 --> 00:17:38,891 Jin-ho baru saja dilantik sebagai pengarah eksekutif. Ini waktu penting! 193 00:17:38,974 --> 00:17:43,353 Macam mana jika isu ini jejaskan dia? Kamu tak fikirkah? 194 00:17:43,937 --> 00:17:47,066 Saya tak fikir mak akan faham, jadi eloklah saya berdiam diri. 195 00:17:49,651 --> 00:17:52,154 - Mak boleh marah saya. - Mak takkan faham? 196 00:17:52,863 --> 00:17:53,989 Apa maksud kamu? 197 00:17:54,073 --> 00:17:55,532 Cakaplah! Mak faham! 198 00:17:55,616 --> 00:17:57,701 Cakaplah! Mak suruh kamu cakap! 199 00:17:57,785 --> 00:17:59,953 Walaupun tiada siapa yang faham, 200 00:18:00,037 --> 00:18:01,872 namun Seo Hi-soo 201 00:18:01,955 --> 00:18:04,166 sanggup buat apa saja 202 00:18:04,249 --> 00:18:06,668 demi melindungi Ha-joon. 203 00:18:11,673 --> 00:18:13,008 - Itu dia! - Itu dia! 204 00:18:13,092 --> 00:18:15,636 - Benarkah? - Boleh tolong ulas? 205 00:18:15,719 --> 00:18:17,221 Sila komen! 206 00:18:17,304 --> 00:18:19,098 Sila komen! 207 00:18:19,181 --> 00:18:20,599 Saya minta maaf. 208 00:18:20,682 --> 00:18:22,976 Beginikah cara awak uruskan syarikat? 209 00:18:23,060 --> 00:18:24,394 Boleh ulas sikit? 210 00:18:24,478 --> 00:18:26,230 Ada komen tentang kes ini? 211 00:18:26,313 --> 00:18:28,857 Bakeri Hyowon diboikot. Sebarang komen? 212 00:18:28,941 --> 00:18:31,819 Orang ramai amat marah. Awak kesali perbuatan awak? 213 00:18:31,902 --> 00:18:33,487 Ada komen untuk mangsa? 214 00:18:33,570 --> 00:18:36,115 Saya benar-benar kesal dengan perbuatan saya. 215 00:18:36,198 --> 00:18:37,699 - Sila beri laluan. - Maksudnya? 216 00:18:37,783 --> 00:18:39,868 - Sila beri laluan. - Ke tepi. 217 00:18:39,952 --> 00:18:41,912 Apa pendapat awak tentang isu boikot itu? 218 00:18:41,995 --> 00:18:44,581 - Sila komen. - Beri pendapat. 219 00:18:44,665 --> 00:18:46,208 Sila komen! 220 00:18:46,291 --> 00:18:48,085 Apa pendapat awak? 221 00:18:48,168 --> 00:18:49,586 - Beri komen. - Cik! 222 00:18:49,670 --> 00:18:52,464 Apa syarat yang mereka kenakan terhadap Hi-soo? 223 00:18:52,548 --> 00:18:54,466 Mereka gunakan Ha-joon. 224 00:18:55,968 --> 00:18:58,428 Mereka ingin siarkan artikel tentang Ha-joon. 225 00:18:59,471 --> 00:19:02,391 Nampaknya Pn. Seo memilih untuk melindungi Ha-joon 226 00:19:02,474 --> 00:19:04,434 dan membiarkan isu ini didedahkan. 227 00:19:05,394 --> 00:19:06,645 Aduhai, Seo Hi-soo. 228 00:19:08,063 --> 00:19:09,690 Kami terlalu jauh berbeza. 229 00:19:11,275 --> 00:19:12,276 Baiklah. 230 00:19:13,569 --> 00:19:14,987 PENGARAH JUNG SEO-HYUN 231 00:19:15,070 --> 00:19:17,906 Cik Jung, ada masalah. 232 00:19:24,621 --> 00:19:26,081 Maafkan kami. 233 00:19:26,790 --> 00:19:29,042 Dah lama kami tak habiskan masa di luar. 234 00:19:29,877 --> 00:19:32,671 Nampaknya dia fikir itu kerusi biasa. 235 00:19:32,754 --> 00:19:34,464 Kami dah tampal amaran di sini. 236 00:19:35,090 --> 00:19:36,633 Nampaknya dia tak perasan. 237 00:19:40,179 --> 00:19:43,974 Awak tak nampak amaran itu atau awak sengaja? 238 00:19:44,057 --> 00:19:45,851 Amaran itu tak benarkan saya sentuh. 239 00:19:46,476 --> 00:19:48,812 Saya tak tahu maksudnya tak boleh duduk juga. 240 00:19:49,396 --> 00:19:51,231 Walaupun tak boleh sentuh, 241 00:19:51,315 --> 00:19:53,108 tapi boleh duduk? 242 00:19:53,192 --> 00:19:55,819 Ya. Saya fikir 243 00:19:55,903 --> 00:19:58,739 kalau saya duduk, kerusi itu akan hasilkan bunyi. 244 00:20:02,826 --> 00:20:06,747 Aduhai, maafkan kami. Kami patut jelaskan dengan lebih baik. 245 00:20:07,748 --> 00:20:09,249 Karya ini bernilai 200 juta won. 246 00:20:09,333 --> 00:20:13,253 Tapi cik tak nak ambil sebarang tindakan? 247 00:20:13,337 --> 00:20:14,755 Ini kesilapan kita. 248 00:20:15,756 --> 00:20:18,383 Saya harap puan dan anak seronok di sini. 249 00:20:21,011 --> 00:20:22,304 Terima kasih. 250 00:20:22,971 --> 00:20:24,181 Terima kasih. 251 00:20:25,390 --> 00:20:28,477 Susun atur semula dan hantar ia ke Muzium S.H. 252 00:20:28,560 --> 00:20:32,189 Ia boleh digunakan sebagai kerusi khas di kafe di sana. 253 00:20:34,107 --> 00:20:37,027 Ia sesuai dengan objektif kompleks multibudaya, bukan? 254 00:20:38,070 --> 00:20:40,197 Buat bayaran kepada artis terbabit. 255 00:20:40,280 --> 00:20:42,491 Bayaran atas nama Muzium S.H. 256 00:20:44,826 --> 00:20:47,412 Encik, pandang sini. 257 00:20:47,496 --> 00:20:50,499 Ya, senyum lebar. 258 00:20:50,582 --> 00:20:52,376 Bagus, kacaknya. 259 00:20:52,459 --> 00:20:54,002 Baiklah, encik. 260 00:20:54,086 --> 00:20:56,797 Kita cuba dari sisi lain pula. 261 00:20:56,880 --> 00:20:59,716 Pandang sini. Senyum. 262 00:21:06,848 --> 00:21:08,141 Selamat menjamu selera. 263 00:21:08,225 --> 00:21:09,393 - Awak juga. - Ya. 264 00:21:09,476 --> 00:21:11,520 - Boleh kami duduk di sini? - Silakan. 265 00:21:11,603 --> 00:21:13,772 - Selamat menjamu selera. - Makanlah. 266 00:21:16,400 --> 00:21:17,943 - Selamat menjamu selera. - Ya. 267 00:21:18,026 --> 00:21:18,986 Makanlah. 268 00:21:28,787 --> 00:21:30,497 - Itu dia! - Itu dia! 269 00:21:31,832 --> 00:21:34,126 Adakah mangsa akan terima ganti rugi? 270 00:21:34,209 --> 00:21:35,919 Sila beri komen. 271 00:21:36,003 --> 00:21:38,297 Bagaimana awak akan bayar ganti rugi? 272 00:21:38,380 --> 00:21:40,048 Bakeri awak diboikot. 273 00:21:40,132 --> 00:21:41,842 Awak akan bayar pampasan? 274 00:21:41,925 --> 00:21:43,343 - Ke tepi! - Sila beri laluan. 275 00:21:43,427 --> 00:21:45,262 - Ada ganti rugi? - Macam mana? 276 00:21:45,345 --> 00:21:47,222 - Beri laluan! - Sila komen. 277 00:21:47,306 --> 00:21:48,265 - Cik! - Cik! 278 00:21:48,348 --> 00:21:51,685 - Awak akan bayar ganti rugi? - Dia dah keluar. 279 00:21:52,936 --> 00:21:54,604 Maaf! 280 00:21:57,899 --> 00:22:01,403 Maaf, saya nak lalu! 281 00:22:05,282 --> 00:22:08,285 Maaf! Beri laluan! 282 00:22:08,827 --> 00:22:10,620 Beri laluan! 283 00:22:11,413 --> 00:22:13,957 Maaf! Sila ke tepi! 284 00:22:22,090 --> 00:22:24,051 Kereta ini bergoyang-goyang! 285 00:22:24,843 --> 00:22:25,927 Aduhai. 286 00:22:29,222 --> 00:22:30,390 Jangan ikut! 287 00:22:37,064 --> 00:22:38,899 Aduhai, kasihannya. 288 00:22:39,816 --> 00:22:41,109 Mak dah pesan. 289 00:22:42,235 --> 00:22:44,279 Jaga kelakuan kamu. 290 00:22:44,780 --> 00:22:47,824 Manusia perlu tahu bersabar. 291 00:22:48,867 --> 00:22:50,994 Siapa yang ajar saya jadi begini? 292 00:22:53,080 --> 00:22:54,247 Mak ajar? 293 00:22:54,331 --> 00:22:57,334 Mak tak tahu? Mak menjengkelkan. 294 00:22:58,043 --> 00:22:59,377 Mak tak tahu? 295 00:23:00,003 --> 00:23:02,297 Berani kamu cakap begitu? 296 00:23:02,798 --> 00:23:04,591 Kamu tak boleh cakap begitu! 297 00:23:04,674 --> 00:23:06,384 Mak masih berselera untuk makan roti? 298 00:23:06,968 --> 00:23:09,054 - Sebab itulah saya begini. - Cik Yang di sini. 299 00:23:09,137 --> 00:23:10,680 Mak tahu gelaran saya? 300 00:23:10,764 --> 00:23:13,058 Yang Soon-hye Kecil! 301 00:23:13,558 --> 00:23:15,894 Siapa yang ajar saya lempar barang? 302 00:23:15,977 --> 00:23:17,938 Berani kamu meninggi suara? 303 00:23:18,021 --> 00:23:20,148 Mak yang ajar saya sejak saya kecil! 304 00:23:20,232 --> 00:23:21,149 Sudah! 305 00:23:21,733 --> 00:23:23,819 Cukuplah! Nak satu dunia tahu? 306 00:23:26,363 --> 00:23:29,074 Dia kata mak menjengkelkan. 307 00:23:29,157 --> 00:23:31,785 - Budak bertuah. - Semua ini salah dia. 308 00:23:32,327 --> 00:23:34,079 Awak dah jumpa Hi-soo? 309 00:23:34,746 --> 00:23:35,997 Kenapa dia buat begitu? 310 00:23:36,581 --> 00:23:39,292 Sejak awal dia memang ada masalah dengan saya. 311 00:23:39,376 --> 00:23:40,669 Tak guna! 312 00:23:41,878 --> 00:23:43,964 Tentu dia gembira lihat saya begini. 313 00:23:44,047 --> 00:23:45,132 Itu tak benar. 314 00:23:45,215 --> 00:23:47,259 - Jadi, kenapa? - Kenapa? 315 00:23:49,678 --> 00:23:51,555 Inilah reaksi Cik Jung. 316 00:23:52,055 --> 00:23:55,183 Dia tak menyebelahi atau cuba memahami Seo Hi-soo. 317 00:23:55,851 --> 00:23:58,436 Kerana dia tak mahu terlibat dalam sebarang perbalahan. 318 00:23:59,312 --> 00:24:01,815 Begitulah pendiriannya pada waktu itu. 319 00:24:03,024 --> 00:24:06,319 Apa pun, jangan timbulkan kekecohan dan pergi balik. 320 00:24:07,154 --> 00:24:08,071 Jin-hee. 321 00:24:08,155 --> 00:24:10,657 Saya dah pesan jangan datang ke sini lagi. 322 00:24:11,408 --> 00:24:12,784 Jangan datang buat seketika. 323 00:24:13,952 --> 00:24:15,036 Apa ini? 324 00:24:17,622 --> 00:24:20,709 Apa patut saya buat? 325 00:24:28,175 --> 00:24:29,593 Ha-joon dah pulang. 326 00:24:34,139 --> 00:24:35,182 Kamu dah pulang. 327 00:24:40,729 --> 00:24:41,771 Ha-joon. 328 00:24:42,439 --> 00:24:44,357 Mak sangat penat hari ini. 329 00:24:45,692 --> 00:24:46,860 Berilah mak tenaga. 330 00:24:52,741 --> 00:24:53,658 Ha-joon. 331 00:24:56,786 --> 00:24:58,330 Apabila dia ingin bersendirian, 332 00:24:58,413 --> 00:25:00,332 eloklah puan beri dia ruang. 333 00:25:28,318 --> 00:25:30,195 Okey. 334 00:25:42,540 --> 00:25:44,084 LOTERI 500 JUTA WON 335 00:25:53,510 --> 00:25:55,595 TERKINI 336 00:25:59,224 --> 00:26:05,438 SUZY CHOI: ARTIS REVOLUSI BAGI KARYA EROPAH BARAT, DARIPADA 'THE RAINBOW' 337 00:26:24,124 --> 00:26:25,583 Saya nak beli sebuah lukisan. 338 00:26:25,667 --> 00:26:27,544 Jangan guna nama saya atau galeri. 339 00:26:28,420 --> 00:26:30,088 Guna nama awak. 340 00:26:30,672 --> 00:26:31,923 Hadiah untuk awak. 341 00:26:34,175 --> 00:26:36,469 Tak lama lagi harga lukisan ini akan melonjak. 342 00:26:39,931 --> 00:26:41,808 Saya akan hantar pautannya. 343 00:28:22,659 --> 00:28:23,743 Dah tidur? 344 00:28:43,388 --> 00:28:45,515 Apa awak buat di sini lewat begini? 345 00:28:46,558 --> 00:28:47,559 Saya tak boleh tidur. 346 00:28:50,395 --> 00:28:52,814 Saya tak boleh bantu awak. 347 00:28:53,982 --> 00:28:55,358 Nak keluar ambil angin? 348 00:28:56,443 --> 00:28:58,445 Ya, tinggalkan saja di sana. 349 00:29:09,414 --> 00:29:10,457 Kita 350 00:29:11,374 --> 00:29:13,543 tak boleh dilihat bersama? 351 00:29:13,626 --> 00:29:14,627 Ya. 352 00:29:15,211 --> 00:29:18,506 Masalah besar jika saya dibuang kerja 353 00:29:18,590 --> 00:29:20,008 dan tak ada gaji. 354 00:29:20,759 --> 00:29:23,052 Saya yakin awak takkan faham. 355 00:29:27,307 --> 00:29:28,391 Keluar sekejap. 356 00:29:31,311 --> 00:29:32,479 Baiklah. 357 00:30:00,882 --> 00:30:02,091 Tengok ini. 358 00:30:03,843 --> 00:30:04,761 Besarnya. 359 00:30:33,122 --> 00:30:34,958 Nampaknya awak masih marah. 360 00:30:36,793 --> 00:30:38,211 Tengok pun tahu. 361 00:30:38,294 --> 00:30:40,255 Ha-joon berkelakuan pelik. 362 00:30:41,965 --> 00:30:43,132 Apa maksud awak? 363 00:30:44,759 --> 00:30:48,513 Ada sesuatu mengganggu dia, tapi dia tak nak beritahu saya. 364 00:30:49,848 --> 00:30:52,308 Dia tak pernah berahsia dengan saya. 365 00:30:52,392 --> 00:30:54,519 Jangan risau. Cik Kang ada. 366 00:30:55,770 --> 00:30:56,896 Apa maksud awak? 367 00:30:57,647 --> 00:30:59,315 Tak perlu risau sebab ada tutor? 368 00:30:59,899 --> 00:31:01,276 Maksud saya, dia pakar. 369 00:31:01,359 --> 00:31:03,444 Tugas tutor bukan untuk besarkan anak-anak. 370 00:31:03,528 --> 00:31:05,572 Mereka cuma pembantu ibu bapa. 371 00:31:05,655 --> 00:31:06,990 Awak nak lepas tangan? 372 00:31:07,073 --> 00:31:10,410 Kata-kata awak itu betul. Saya cuma rasa Cik Kang boleh dipercayai. 373 00:31:11,911 --> 00:31:14,455 Apa yang buat awak fikir begitu? 374 00:31:16,082 --> 00:31:17,834 Saya cuma rasa… 375 00:31:19,502 --> 00:31:21,170 dia ikhlas ingin bantu Ha-joon. 376 00:31:23,172 --> 00:31:24,716 Masih terlalu awal. 377 00:31:25,425 --> 00:31:28,011 Pada pandangan saya, dia agak melebih. 378 00:31:28,595 --> 00:31:30,680 Saya rasa dia melebih daripada saya. 379 00:31:32,015 --> 00:31:35,101 - Apa pun… - Fikirlah demi Ha-joon. 380 00:31:37,020 --> 00:31:39,188 Fikir apa yang baik untuk Ha-joon. 381 00:33:41,978 --> 00:33:43,104 Terkejut saya! 382 00:33:44,063 --> 00:33:45,398 Awak buat apa? 383 00:33:45,898 --> 00:33:47,567 Kenapa awak masih berjaga? 384 00:33:48,401 --> 00:33:50,069 Saya mandi sebab tak dapat tidur. 385 00:33:50,153 --> 00:33:51,279 Tengok itu. 386 00:33:57,118 --> 00:33:58,703 Kita pilih tutor yang bagus. 387 00:37:05,640 --> 00:37:07,850 Maksud awak mereka tidur bersama? 388 00:37:07,934 --> 00:37:11,520 Ya, puan. Dia ke bilik Yu-yeon sekitar jam 11:00 malam 389 00:37:11,604 --> 00:37:14,607 dan kembali ke bilik dia pada subuh esoknya. 390 00:37:18,402 --> 00:37:19,445 Saya faham. 391 00:37:21,364 --> 00:37:22,406 Tunggu. 392 00:37:24,700 --> 00:37:27,036 Macam mana awak tahu tentang 393 00:37:27,578 --> 00:37:30,289 rakaman video dan audio sulit yang dibuat 394 00:37:31,040 --> 00:37:32,208 oleh Ketua Joo? 395 00:37:35,127 --> 00:37:36,462 Awak boleh beritahu saya. 396 00:37:37,296 --> 00:37:40,216 Saya ternampak Ketua Joo menonton salah sebuah rakamannya. 397 00:37:44,136 --> 00:37:47,723 Apa rakaman yang ditontonnya? 398 00:37:48,975 --> 00:37:50,226 Saya tak tahu kandungannya. 399 00:37:50,309 --> 00:37:52,728 Saya cuma kenal latar belakang kediaman ini. 400 00:37:56,440 --> 00:37:57,942 Baiklah. Awak boleh keluar. 401 00:38:21,716 --> 00:38:23,884 Saya takkan makan roti krim lagi! 402 00:38:23,968 --> 00:38:25,386 Bawa pencuci mulut lain. 403 00:38:26,387 --> 00:38:27,430 Cef Jung! 404 00:38:28,472 --> 00:38:29,974 Cef Jung! 405 00:38:48,200 --> 00:38:50,077 Tak ada apa yang awak nak laporkan? 406 00:39:01,422 --> 00:39:02,506 Tak ada, puan. 407 00:39:04,508 --> 00:39:05,885 Awak pasti? 408 00:39:09,055 --> 00:39:10,222 Ya. 409 00:39:10,306 --> 00:39:13,726 Di rumah ini awak perlu tanggung sendiri perbuatan awak. 410 00:39:58,646 --> 00:39:59,688 Nah. 411 00:40:02,191 --> 00:40:03,776 Saya boleh ambil sendiri. 412 00:40:04,360 --> 00:40:05,611 Mak pernah pesan. 413 00:40:06,404 --> 00:40:08,823 Saya perlu makan sendiri apabila dah mula bersekolah. 414 00:40:09,407 --> 00:40:11,075 Makanlah lauk yang mak ambilkan. 415 00:40:11,158 --> 00:40:12,743 Mak makanlah. 416 00:40:16,622 --> 00:40:18,165 Ha-joon, 417 00:40:18,249 --> 00:40:19,959 ada sesuatu yang tak kena? 418 00:40:24,505 --> 00:40:25,464 Saya tak nak makan. 419 00:40:25,548 --> 00:40:28,300 Kenapa ini? Kamu tak boleh berlapar pada pagi hari. 420 00:40:28,384 --> 00:40:29,343 Tak sedap. 421 00:40:47,903 --> 00:40:49,989 Biar saya hantar dia. 422 00:40:50,072 --> 00:40:52,158 Saya rasa Ha-joon pasti tak nak. 423 00:40:52,658 --> 00:40:54,702 Biar saya hantar dia. 424 00:40:58,873 --> 00:40:59,915 Ha-joon, jom. 425 00:41:07,590 --> 00:41:09,925 Ini CD Woo Won-jae, penyanyi kegemaran kamu. 426 00:41:13,053 --> 00:41:14,930 Susah payah mak dapatkan autograf dia. 427 00:41:29,737 --> 00:41:32,364 - Helo. Tolong tengokkan anak saya. - Ya. 428 00:41:32,448 --> 00:41:34,492 - Belajar bersungguh-sungguh. - Okey, mak. 429 00:41:34,575 --> 00:41:36,368 - Jumpa lagi. - Ya. 430 00:41:42,082 --> 00:41:43,125 En. Kim, tunggu. 431 00:42:00,434 --> 00:42:02,228 Hei, awak bawa autograf mak awak? 432 00:42:02,311 --> 00:42:04,897 Mak saya nak autograf Seo Hi-soo. 433 00:42:05,731 --> 00:42:08,692 Kenapa? Dia tak beri sebab dia bukan mak kandung awak? 434 00:42:09,527 --> 00:42:11,862 Cakaplah. Hei. 435 00:42:11,946 --> 00:42:14,240 Bawa autograf mak awak esok. 436 00:42:14,323 --> 00:42:16,575 - Ha-joon! - Mak dia! 437 00:42:28,504 --> 00:42:30,506 Kenapa kamu tak beritahu mak? 438 00:42:31,423 --> 00:42:33,008 Kita dah janji takkan berahsia. 439 00:42:33,842 --> 00:42:35,302 Macam mana saya nak beritahu? 440 00:42:37,012 --> 00:42:38,347 Saya nak cakap apa? 441 00:42:39,056 --> 00:42:40,683 Saya takut 442 00:42:41,684 --> 00:42:45,521 kalau saya beritahu mak, mak bukan lagi mak saya. 443 00:42:46,939 --> 00:42:48,566 Itu tak mungkin. 444 00:42:49,149 --> 00:42:51,569 Mak ibu kamu dan satu-satunya ibu kamu. 445 00:42:52,069 --> 00:42:53,779 Mak ibu kamu yang sebenar. 446 00:42:56,323 --> 00:42:57,283 Jom. 447 00:42:58,909 --> 00:43:02,079 Mak akan hantar kamu ke kelas. 448 00:43:24,560 --> 00:43:26,812 Ji-won kata dia tak jemput Ha-joon 449 00:43:26,895 --> 00:43:31,358 ke parti hari jadinya sebab dia tiada ibu kandung. 450 00:43:40,200 --> 00:43:41,327 Soo-young. 451 00:43:41,410 --> 00:43:43,996 Saya akan berjumpa dengan ibu-ibu pelajar kelas Ha-joon. 452 00:43:45,039 --> 00:43:46,457 Tolong jemput Ha-joon. 453 00:43:50,419 --> 00:43:52,630 - Helo. - Cik Seo dah sampai. 454 00:43:52,713 --> 00:43:54,089 - Helo. - Helo. 455 00:44:08,437 --> 00:44:09,271 Oh, Tuhan. 456 00:44:09,355 --> 00:44:11,190 - Puan kenal saya? - Tentulah. 457 00:44:11,273 --> 00:44:12,941 Pelakon Seo Hi-soo. 458 00:44:13,025 --> 00:44:14,610 Itu diri saya yang lama. 459 00:44:15,152 --> 00:44:16,570 Saya ibu Ha-joon. 460 00:44:16,654 --> 00:44:20,157 Beritahu ibu Ji-won, ibu Ha-joon datang untuk tandatangan autograf. 461 00:44:33,170 --> 00:44:36,382 Kenapa awak nampak takut seperti nampak hantu? 462 00:44:37,883 --> 00:44:40,844 Ji-won cakap begini pada anak saya… 463 00:44:41,929 --> 00:44:44,473 Katanya ibu kandung Ha-joon dah meninggal dunia. 464 00:44:44,556 --> 00:44:47,184 Kenapa Ji-won cakap perkara yang begitu biadab? 465 00:44:47,267 --> 00:44:49,645 Apa maksud awak anak saya biadab? 466 00:44:49,728 --> 00:44:51,605 Memang benar ibu Ha-joon dah mati. 467 00:44:51,689 --> 00:44:52,856 Patutlah. 468 00:44:53,691 --> 00:44:55,067 Ibu dia yang biadab. 469 00:44:56,110 --> 00:44:58,362 Awak tak sedar apa kesan perbuatan awak? 470 00:44:58,445 --> 00:45:01,907 Saya bukan mengadakan cerita. Apa masalahnya? 471 00:45:01,990 --> 00:45:04,410 Awak nak lihat apa yang akan berlaku? 472 00:45:06,120 --> 00:45:07,579 Awak boleh serang saya. 473 00:45:07,663 --> 00:45:09,915 Saya bekas pelakon, jadi saya dah biasa dicemuh. 474 00:45:09,998 --> 00:45:14,336 Tapi kali ini awak bukan serang Seo Hi-soo, tapi ibu Ha-joon. 475 00:45:14,420 --> 00:45:16,296 Jadi saya sangat berang. 476 00:45:18,090 --> 00:45:20,175 Awak nak rasa dihalau dari negara ini? 477 00:45:20,259 --> 00:45:22,052 Nak saya laporkan kes buli ini? 478 00:45:22,678 --> 00:45:24,430 Anak awak baru masuk sekolah rendah. 479 00:45:24,513 --> 00:45:27,182 Awak nak dia digelar sebagai pembuli seumur hidupnya? 480 00:45:29,226 --> 00:45:31,520 Awak fikir ibu kandung saja boleh digelar ibu? 481 00:45:31,603 --> 00:45:34,189 Lihat cara awak didik anak dan awak gelar diri awak ibu? 482 00:45:35,732 --> 00:45:38,527 Suruh dia minta maaf kepada Ha-joon dengan segera. 483 00:45:39,111 --> 00:45:42,656 Supaya Ha-joon akan maafkan dia. 484 00:45:43,365 --> 00:45:47,202 Kerana saya didik dia untuk jadi seorang pemaaf. 485 00:45:49,746 --> 00:45:51,123 Masa awak terhad. 486 00:45:51,206 --> 00:45:53,709 Saya tak suka anak saya merana walau sedetik. 487 00:46:01,425 --> 00:46:03,093 Kami tak dapat hadir ke parti awak. 488 00:46:03,635 --> 00:46:05,721 Kami terpaksa pulang ke rumah mentua. Maaf. 489 00:46:05,804 --> 00:46:09,349 Maaf, tapi kami ada urusan kecemasan. 490 00:46:09,433 --> 00:46:11,310 Saya terlupa kami perlu ke klinik gigi. 491 00:46:11,894 --> 00:46:13,103 Maaf. 492 00:46:13,187 --> 00:46:15,397 Nampaknya awak terpaksa batalkan 493 00:46:15,481 --> 00:46:17,232 parti hari jadi Ji-won. 494 00:46:17,733 --> 00:46:19,109 Mereka tak dapat datang. 495 00:46:20,486 --> 00:46:23,822 Mereka diberi tiket VIP untuk ke Hyowon World pada hari itu. 496 00:46:24,323 --> 00:46:25,699 Kecuali Ji-won. 497 00:46:28,744 --> 00:46:31,955 Jika dia minta maaf, awak tak perlu batalkan parti itu. 498 00:47:48,240 --> 00:47:49,116 Ha-joon! 499 00:48:10,220 --> 00:48:11,430 Ha-joon! 500 00:48:12,097 --> 00:48:13,557 Bertahan! 501 00:48:14,391 --> 00:48:15,350 Pegang kuat-kuat! 502 00:48:17,936 --> 00:48:18,854 Ha-joon! 503 00:48:19,605 --> 00:48:20,606 Bertahan! 504 00:48:32,826 --> 00:48:34,536 Ha-joon! 505 00:48:44,630 --> 00:48:45,964 Ha-joon. 506 00:48:46,965 --> 00:48:48,342 Ha-joon, awak okey? 507 00:48:51,470 --> 00:48:53,180 Awak okey sekarang. 508 00:49:06,985 --> 00:49:07,944 Ha-joon. 509 00:49:09,029 --> 00:49:11,073 Macam mana dengan kelas menunggang? Okey? 510 00:49:12,032 --> 00:49:13,075 Okey. 511 00:49:15,827 --> 00:49:16,662 Semua okey. 512 00:49:20,290 --> 00:49:22,417 Ha-joon ada bakat menunggang. 513 00:49:24,711 --> 00:49:26,004 Pergilah berehat. 514 00:49:26,088 --> 00:49:27,047 Baiklah. 515 00:49:31,968 --> 00:49:32,844 Puan. 516 00:49:33,970 --> 00:49:36,431 Ada orientasi kem bahasa Inggeris. Boleh puan ke sana? 517 00:49:37,724 --> 00:49:39,851 Emosinya nampak terganggu hari ini. 518 00:49:40,477 --> 00:49:41,687 Saya akan temani dia. 519 00:49:41,770 --> 00:49:43,855 Apa maksud awak? 520 00:49:44,648 --> 00:49:46,858 Dia patut ditemani ibunya. 521 00:49:47,484 --> 00:49:48,944 Saya tak fikir ia membantu. 522 00:49:49,027 --> 00:49:50,487 Apa awak cakap? 523 00:49:51,321 --> 00:49:53,824 Ini kepakaran saya. 524 00:49:55,492 --> 00:49:57,202 Kita perlu berbincang. 525 00:50:12,592 --> 00:50:13,552 Apa awak buat ini? 526 00:50:15,011 --> 00:50:18,265 Saya dah dengar tentang kejadian di sekolah. 527 00:50:18,890 --> 00:50:19,725 Cik Kang. 528 00:50:20,642 --> 00:50:23,395 Saya hargai niat baik awak terhadap anak saya. 529 00:50:24,312 --> 00:50:25,355 Terima kasih. 530 00:50:26,064 --> 00:50:28,859 Tapi saya tak pasti jika saya yang sensitif atau salah faham. 531 00:50:30,527 --> 00:50:31,695 Awak melampaui batas. 532 00:50:32,487 --> 00:50:33,739 Jangan melampaui batas. 533 00:50:33,822 --> 00:50:36,825 Awak melampaui batas peranan saya sebagai seorang ibu. 534 00:50:38,118 --> 00:50:39,369 Dia terluka. 535 00:50:40,912 --> 00:50:41,747 Siapa? 536 00:50:42,873 --> 00:50:45,167 - Ha-joon? - Ya. 537 00:50:46,918 --> 00:50:49,838 - Kenapa awak fikir begitu? - Puan boleh buat apa saja, 538 00:50:50,964 --> 00:50:52,716 tapi tetap bukan ibu kandungnya. 539 00:50:56,887 --> 00:51:00,223 Beginilah. Saya tak tahu apa yang awak dengar… 540 00:51:00,724 --> 00:51:02,184 Ia tak boleh dirahsiakan. 541 00:51:02,267 --> 00:51:05,145 - Cik Kang! - Perkahwinan berusia enam tahun, 542 00:51:05,228 --> 00:51:06,605 anak berusia lapan tahun. 543 00:51:07,647 --> 00:51:09,399 Takkan tiada yang sedar tentang ini? 544 00:51:10,108 --> 00:51:12,736 Saya tak peduli tentang dunia. Yang penting, Ha-joon. 545 00:51:12,819 --> 00:51:15,822 Saya takkan akui hal ini dengan mulut saya sendiri. 546 00:51:15,906 --> 00:51:19,743 Sebaik saja saya akui perkara ini, Ha-joon akan terluka. 547 00:51:19,826 --> 00:51:21,828 Benarkah ini untuk kebaikan dia? 548 00:51:23,622 --> 00:51:25,373 Awak nak dia tahu ibu kandungnya… 549 00:51:27,083 --> 00:51:28,126 dah mati? 550 00:51:28,210 --> 00:51:29,795 Macam mana jika dia masih hidup? 551 00:51:32,672 --> 00:51:33,924 Apa maksud awak? 552 00:51:36,009 --> 00:51:37,052 Maafkan saya. 553 00:51:38,136 --> 00:51:39,304 Saya cuma… 554 00:51:39,387 --> 00:51:41,264 Sayalah ibunya yang sebenar. 555 00:51:42,516 --> 00:51:44,434 Ibu kandungnya mungkin dah meninggal dunia, 556 00:51:44,518 --> 00:51:46,144 tapi selagi saya bergelar ibunya, 557 00:51:47,103 --> 00:51:48,396 saya akan lindungi dia. 558 00:51:49,648 --> 00:51:51,608 Orang boleh kata apa saja. Dia anak saya. 559 00:51:52,400 --> 00:51:56,112 Jika dia merana, jantung saya sakit bagai tusuk pisau. 560 00:51:56,196 --> 00:51:57,364 Adakah puan… 561 00:51:59,115 --> 00:52:01,368 benar-benar sayangkan Ha-joon? 562 00:52:01,451 --> 00:52:02,410 Tentulah. 563 00:52:03,161 --> 00:52:05,580 Saya sanggup buat apa saja untuk dia. 564 00:52:05,664 --> 00:52:08,083 Saya sanggup tanggung semua tohmahan yang dilemparkan. 565 00:52:08,166 --> 00:52:09,584 Jadi saya minta. 566 00:52:11,336 --> 00:52:15,090 Tolong rahsiakan pengetahuan awak daripada Ha-joon. 567 00:52:17,300 --> 00:52:18,385 Terima kasih. 568 00:52:21,680 --> 00:52:23,098 Kalau begitu, saya akan 569 00:52:24,182 --> 00:52:25,684 hadiri orientasi itu. 570 00:52:55,589 --> 00:52:56,506 Ada sesuatu? 571 00:52:57,799 --> 00:52:58,884 Ya. 572 00:53:05,640 --> 00:53:09,102 Saya tak boleh terima duit ini. Maafkan saya. 573 00:53:15,525 --> 00:53:18,278 Awak akan perlukan wang itu. 574 00:53:35,128 --> 00:53:36,713 Beritahu Pn. Yang 575 00:53:37,797 --> 00:53:39,549 sepertimana yang awak beritahu saya. 576 00:53:40,967 --> 00:53:41,885 Baiklah. 577 00:53:45,555 --> 00:53:49,100 Tiada seorang pun yang ingin terlibat dalam pertumpahan darah. 578 00:53:49,976 --> 00:53:51,978 Ketika itu mereka tak sedar 579 00:53:52,062 --> 00:53:55,982 akan pertumpahan darah yang melibatkan mereka semua. 580 00:54:27,138 --> 00:54:28,139 Ha-joon. 581 00:54:29,349 --> 00:54:33,311 Apa kata kita pesan ayam goreng dan rahsiakan daripada yang lain? 582 00:54:35,230 --> 00:54:37,232 Kamu cakap kamu nak makan ayam goreng. 583 00:54:37,857 --> 00:54:41,194 Mak akan tewaskan pengawal yang tegas dan bawa ayam goreng kamu. 584 00:54:41,820 --> 00:54:44,239 Tak naklah. Jangan buat begitu. 585 00:54:49,369 --> 00:54:50,328 Ha-joon. 586 00:54:52,163 --> 00:54:53,498 Kamu masih nak bersendirian? 587 00:54:59,713 --> 00:55:01,715 Tapi jangan terlalu lama, okey? 588 00:55:16,396 --> 00:55:17,981 Awak nak dia tahu ibu kandungnya… 589 00:55:19,232 --> 00:55:20,400 dah mati? 590 00:55:20,942 --> 00:55:22,360 Jika dia masih hidup? 591 00:55:43,548 --> 00:55:45,133 Betulkah tak sakit? 592 00:55:45,967 --> 00:55:48,178 Ya, tak sakit pun. 593 00:55:50,388 --> 00:55:51,973 Yang penting awak okey. 594 00:55:53,391 --> 00:55:54,267 Itu dah mencukupi. 595 00:55:55,435 --> 00:55:56,895 Cik bukan mak saya. 596 00:55:57,937 --> 00:55:59,355 Kenapa buat seperti mak? 597 00:56:03,693 --> 00:56:04,986 Terima kasih. 598 00:56:12,869 --> 00:56:14,037 Ha-joon. 599 00:56:14,621 --> 00:56:17,874 Kejadian hari ini rahsia kita berdua saja, okey? 600 00:56:18,917 --> 00:56:20,794 Rahsiakan daripada mak juga? 601 00:56:22,045 --> 00:56:25,673 Mak awak pasti akan sedih jika dia tahu awak terjatuh. 602 00:56:28,134 --> 00:56:29,094 Baiklah. 603 00:57:25,024 --> 00:57:27,026 Kenapa biar saya sandang jawatan itu? 604 00:57:29,320 --> 00:57:30,697 Awak boleh berterus terang. 605 00:57:32,365 --> 00:57:33,992 Itulah yang sepatutnya. 606 00:57:35,785 --> 00:57:38,163 Kita perlu sedar kedudukan kita, 607 00:57:38,246 --> 00:57:39,914 barulah dunia ini aman. 608 00:57:48,006 --> 00:57:49,382 Sekarang, itu tempat awak. 609 00:57:52,260 --> 00:57:53,219 "Sekarang"? 610 00:57:54,596 --> 00:57:57,056 Awak akan ambil tempat itu kemudian? 611 00:57:58,099 --> 00:58:00,018 Awak yang berkuasa untuk tentukan? 612 00:58:01,895 --> 00:58:02,854 Awak bijak, 613 00:58:02,937 --> 00:58:05,732 tapi awak tak boleh kawal segalanya. 614 00:58:06,816 --> 00:58:08,109 Jangan bongkak. 615 00:58:18,495 --> 00:58:19,454 Tak guna. 616 00:58:29,589 --> 00:58:30,673 Helo. 617 00:58:40,767 --> 00:58:42,060 Awak gusar. 618 00:58:42,143 --> 00:58:43,603 Nampak sangat. 619 00:58:46,856 --> 00:58:48,441 Tahu saja saya ada masalah. 620 00:58:48,525 --> 00:58:49,901 Apa yang berlaku? 621 00:58:51,444 --> 00:58:52,779 Ha-joon. 622 00:58:55,031 --> 00:58:56,574 Kebelakangan ini dia agak pelik. 623 00:58:59,160 --> 00:59:02,413 Ha-joon memang segalanya buat awak. 624 00:59:11,339 --> 00:59:12,257 Saya perkenalkan. 625 00:59:12,757 --> 00:59:15,802 Ini Rahib Emma dari Rumah Kebajikan Daoom. 626 00:59:17,178 --> 00:59:20,348 Ini pula tutor Ha-joon, Cik Kang Ja-kyeong. 627 00:59:20,431 --> 00:59:22,058 Begitu. 628 00:59:23,059 --> 00:59:25,478 - Helo. - Helo. 629 00:59:26,354 --> 00:59:29,107 Sila beri tunjuk ajar kepada Ha-joon. 630 00:59:29,899 --> 00:59:31,276 Saya akan buat yang terbaik. 631 00:59:33,945 --> 00:59:35,905 Cik Kang, awak boleh berehat. 632 00:59:36,531 --> 00:59:38,491 Saya akan jaga Ha-joon buat sementara waktu. 633 00:59:38,575 --> 00:59:39,951 Berehatlah beberapa hari. 634 00:59:41,828 --> 00:59:43,454 Kebelakangan ini Ha-joon sensitif. 635 00:59:44,122 --> 00:59:45,456 Saya tak perlukan cuti. 636 00:59:49,127 --> 00:59:50,503 Baiklah. 637 01:00:01,639 --> 01:00:02,724 Cik. 638 01:00:04,559 --> 01:00:08,354 Kami hargai bantuan cik, tapi cik boleh hadiri pertemuan di sini 639 01:00:08,438 --> 01:00:11,065 dan datang melawat yayasan kami. 640 01:00:11,149 --> 01:00:12,734 Saya tak berminat. 641 01:00:22,535 --> 01:00:25,496 KEPADA HA-JOON WOO WON-JAE 642 01:00:30,960 --> 01:00:32,003 Ha-joon. 643 01:00:34,297 --> 01:00:38,593 Apabila angin awak tak baik, usah dengar lagu muram begini. 644 01:00:39,802 --> 01:00:40,637 Baiklah. 645 01:01:20,927 --> 01:01:23,388 Ini simbol tuah. 646 01:01:24,806 --> 01:01:28,685 Jika ia bersama awak, awak takkan didatangi nasib malang. 647 01:01:29,977 --> 01:01:32,730 Ini hadiah yang saya terima daripada seseorang. 648 01:01:34,649 --> 01:01:37,402 Tak sangka ia akan kembali kepada awak. 649 01:01:40,613 --> 01:01:41,698 Awak nak simpan? 650 01:01:52,333 --> 01:01:53,710 Ha-joon. 651 01:01:54,711 --> 01:01:58,673 Siapa nama budak yang buli awak di sekolah? 652 01:02:23,990 --> 01:02:24,991 Ibu Ji-won? 653 01:02:25,575 --> 01:02:26,868 Ya. Siapa awak? 654 01:02:31,748 --> 01:02:32,790 Perempuan gila… 655 01:03:03,529 --> 01:03:07,909 Mungkin itu beza karya seni dan perabot. Kerusi biasa diangkat seorang saja. 656 01:03:09,494 --> 01:03:11,329 Karya seni pula perlukan tiga orang. 657 01:03:11,913 --> 01:03:14,499 Cik Jung, ini. 658 01:03:19,921 --> 01:03:21,714 NOBLESSE OBLIGE 659 01:03:21,798 --> 01:03:26,427 PENGARAH JUNG SEO-HYUN MOHON MAAF KERANA BERI AMARAN TAK JELAS 660 01:03:28,346 --> 01:03:29,931 Bukan itu niat saya. 661 01:03:31,265 --> 01:03:33,726 Adakah isu ini akan redakan isu Jin-hee? 662 01:03:34,936 --> 01:03:36,020 Atau saya… 663 01:03:37,688 --> 01:03:39,607 akan dituduh sengaja alih perhatian? 664 01:03:53,830 --> 01:03:54,956 Saya bermalam di luar. 665 01:03:56,499 --> 01:03:58,251 Baiklah. Selamat jalan. 666 01:03:59,836 --> 01:04:02,713 Sepanjang ketiadaan saya, jika awak tak boleh tidur, 667 01:04:03,381 --> 01:04:06,008 - tidurlah di bilik saya. - Tak. Itu takkan berlaku. 668 01:04:07,969 --> 01:04:09,428 Jaga diri. 669 01:04:09,512 --> 01:04:11,556 Jaga makan dan berehat secukupnya. 670 01:04:13,975 --> 01:04:14,976 Maaf. 671 01:04:17,019 --> 01:04:18,646 Kita bukan kawan. 672 01:04:18,729 --> 01:04:20,606 Saya tak pernah ajak awak berkawan. 673 01:04:34,829 --> 01:04:35,788 Baiklah. 674 01:04:44,338 --> 01:04:45,590 Awak jumpa ibu Ji-won? 675 01:04:46,841 --> 01:04:48,092 Kenapa? 676 01:04:49,260 --> 01:04:51,554 Itu urusan saya, bukan awak. 677 01:04:51,637 --> 01:04:52,930 Saya dah beri amaran. 678 01:04:55,099 --> 01:04:56,142 Puan patut… 679 01:04:59,604 --> 01:05:00,771 buat dengan betul. 680 01:05:02,064 --> 01:05:02,982 Apa? 681 01:05:03,065 --> 01:05:04,817 Benarkah puan sayang Ha-joon? 682 01:05:05,735 --> 01:05:08,279 Perasaan puan terhadap Ha-joon tak datang dari hati, 683 01:05:08,362 --> 01:05:09,780 sebab itu puan masih rasional. 684 01:05:09,864 --> 01:05:11,490 Ibu sebenar pasti akan hilang akal. 685 01:05:13,075 --> 01:05:14,285 Apa maksud awak? 686 01:05:14,368 --> 01:05:15,578 Ibu sebenar… 687 01:05:16,829 --> 01:05:18,998 tak mungkin boleh bertindak rasional. 688 01:05:22,001 --> 01:05:23,502 Awak ada anak? 689 01:05:26,213 --> 01:05:28,507 Gaya awak ini seperti awak pernah lahirkan anak. 690 01:05:31,594 --> 01:05:34,764 Saya bertindak rasional? Saya hampir malu dengan tindakan saya. 691 01:05:35,389 --> 01:05:38,935 Awak cuma tutor anak saya. Apa hak awak untuk buat begini? 692 01:05:39,018 --> 01:05:40,895 Dulu pun perangai awak begini? 693 01:05:40,978 --> 01:05:43,439 Awak tahu betapa seriusnya masalah ini? 694 01:05:43,522 --> 01:05:45,399 Tolong sedar diri dan jaga batas awak! 695 01:05:47,234 --> 01:05:50,738 Awak cuma orang yang kami upah. 696 01:05:54,909 --> 01:05:57,036 Saya patut pertimbangkan semula. 697 01:05:58,079 --> 01:05:59,038 Apa maksud puan? 698 01:05:59,121 --> 01:06:01,415 Sama ada awak boleh terus berada di sini. 699 01:06:05,878 --> 01:06:06,879 Saya minta maaf. 700 01:06:09,423 --> 01:06:10,800 Kita tengok… 701 01:06:11,550 --> 01:06:13,344 sama ada awak benar-benar kesal 702 01:06:13,427 --> 01:06:15,471 atau sekadar cakap kosong saja. 703 01:06:38,911 --> 01:06:44,750 Penghuni kediaman Hyowon beransur-ansur menjadi kelabu. 704 01:06:46,627 --> 01:06:49,338 Hitam mulai bercampur putih. 705 01:06:50,089 --> 01:06:52,717 Putih bertukar menjadi hitam. 706 01:06:54,010 --> 01:06:57,638 Ya. Tanpa mereka sedari… 707 01:07:07,106 --> 01:07:09,400 SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT KANG YOUNG-MIN DARI 1S1T 708 01:07:26,125 --> 01:07:28,753 Lebih baik biarkan dia. 709 01:07:28,836 --> 01:07:30,463 Itu untuk kebaikan Yu-yeon juga. 710 01:07:30,546 --> 01:07:34,258 Saya akan hantarkan dokumen. Periksa sebaik mungkin. 711 01:07:34,341 --> 01:07:36,385 Berikan maklumat paling peribadi. 712 01:07:36,469 --> 01:07:38,262 Mak buat begitu? 713 01:07:38,345 --> 01:07:41,307 Ada sesuatu yang tak kena dengan Kang Ja-kyeong. 714 01:07:41,390 --> 01:07:44,602 Kenapa tutor biasa boleh jadi sampai begitu? 715 01:07:44,685 --> 01:07:46,937 Saya masih ingat renungannya. 716 01:07:47,021 --> 01:07:49,940 Rasanya saya dah buat Cik Seo marah. 717 01:07:50,024 --> 01:07:53,069 Cik Kang, saya pecat awak. 718 01:07:53,152 --> 01:07:58,157 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali