1 00:00:40,916 --> 00:00:42,751 "Pan troglodytes." 2 00:00:53,929 --> 00:00:56,014 En. Jin dah jumpa kayu yang ia suka. 3 00:00:57,432 --> 00:01:00,519 - Masa? - 10:22 dan 34 saat. 4 00:01:01,061 --> 00:01:03,604 Sekejap, 35, 36... 5 00:01:03,605 --> 00:01:04,690 10:22 dah okey. 6 00:01:06,275 --> 00:01:08,693 - Kenapa awak berikannya nama? - Sebab Jane Goodall berikannya nama. 7 00:01:08,694 --> 00:01:11,529 Dia orang pertama yang kaji Pan troglodytes di kawasan liar. 8 00:01:11,530 --> 00:01:13,573 Nama saintifik cimpanzi? 9 00:01:13,574 --> 00:01:15,199 Ya. Dia selalu menamakan haiwan 10 00:01:15,200 --> 00:01:18,286 sebab dia tahu setiap satu daripadanya ada personaliti tersendiri. 11 00:01:18,287 --> 00:01:20,247 Kenapa awak namakannya En. Jin? 12 00:01:23,750 --> 00:01:24,835 Itulah sebabnya. 13 00:01:25,586 --> 00:01:26,587 Lihat. 14 00:01:27,171 --> 00:01:28,589 EN. JIN 15 00:01:29,590 --> 00:01:32,383 Saya "chimpan-faham" maksud awak. 16 00:01:32,384 --> 00:01:34,970 En. Jin memang suka ketuk siling guna penyapunya. 17 00:01:39,600 --> 00:01:41,726 - Apa yang ia sedang buat? - Buat lembing. 18 00:01:41,727 --> 00:01:43,979 Apa? Cimpanzi buat lembing? 19 00:01:44,563 --> 00:01:46,856 Lembing, span. Banyak jenis alatan. 20 00:01:46,857 --> 00:01:48,107 Awak bergurau. 21 00:01:48,108 --> 00:01:51,402 Tak. Jane Goodall orang pertama yang dapat tahu ia buat alatan. 22 00:01:51,403 --> 00:01:54,071 Ia mengubah semua pengetahuan kita tentang cimpanzi dan manusia. 23 00:01:54,072 --> 00:01:54,989 Bagaimana? 24 00:01:54,990 --> 00:01:57,992 Sebab jika cimpanzi buat alatan dan senjatanya sendiri... 25 00:01:57,993 --> 00:01:59,911 Maksudnya ia menyerupai kita? 26 00:01:59,912 --> 00:02:02,164 Atau kita yang menyerupainya. 27 00:02:03,207 --> 00:02:05,249 Apa nama cimpanzi yang Jane Goodall jumpa? 28 00:02:05,250 --> 00:02:06,793 Salah seekor bernama Greybeard. 29 00:02:08,628 --> 00:02:10,171 Macam Greybeard kita? 30 00:02:10,172 --> 00:02:13,884 Ya, kecuali nama penuhnya David Greybeard. 31 00:02:15,260 --> 00:02:18,096 Awak dengar Greybeard? Ia ada nama kita berdua. 32 00:02:20,766 --> 00:02:24,143 Ia cimpanzi pertama yang dia nampak gunakan rumput untuk mengumpan anai-anai. 33 00:02:24,144 --> 00:02:26,729 Ia makan anai-anai? Menjijikkan. 34 00:02:26,730 --> 00:02:29,274 Pepijat, buah-buahan, daging. Ia makan makanan sama macam manusia. 35 00:02:29,858 --> 00:02:31,651 - Manusia makan pepijat? - Sesetengah manusia. 36 00:02:31,652 --> 00:02:33,820 Kita memang serupa. 37 00:02:38,992 --> 00:02:40,952 Terlalu comel. 38 00:02:40,953 --> 00:02:42,788 Ingat, kita hanya memerhati. 39 00:02:48,085 --> 00:02:49,586 Saya fikir awak cakap tak boleh sentuh. 40 00:02:50,170 --> 00:02:51,170 Betul cakap awak. 41 00:02:51,171 --> 00:02:54,257 Cimpanzi terancam kerana kita menebang hutannya, 42 00:02:54,258 --> 00:02:57,009 memburunya dan tanpa sengaja sebarkan penyakit manusia kepadanya. 43 00:02:57,010 --> 00:02:58,762 Ia juga sakit macam kita? 44 00:03:03,934 --> 00:03:07,354 Saya rasa ia nak bermain dengan awak. Pasti ia fikir awak keluarganya. 45 00:03:17,155 --> 00:03:18,739 - Jane? - Tak mengapa. 46 00:03:18,740 --> 00:03:20,575 Cimpanzi ada ketua jantan. 47 00:03:20,576 --> 00:03:22,910 En. Jin mungkin mahu tunjukkan kepada kita yang ia ketua. 48 00:03:22,911 --> 00:03:24,288 Atau mengumpul senjata. 49 00:03:25,789 --> 00:03:28,166 - Apa yang awak buat? - Buat lembing. 50 00:03:32,212 --> 00:03:34,255 Saya tak jangkakannya. 51 00:03:34,256 --> 00:03:35,340 Saya pun sama. 52 00:03:37,801 --> 00:03:39,802 Ia masih cuba tunjukkan yang ia ketua? 53 00:03:39,803 --> 00:03:42,431 Saya tak pasti. Saya tak pernah lihat sesuatu seperti ini. 54 00:03:51,857 --> 00:03:54,902 - Apa bunyi itu? - Hanya ada satu cara untuk tahu. 55 00:04:14,796 --> 00:04:16,005 Apa yang sedang berlaku? 56 00:04:16,923 --> 00:04:18,884 - Kita yang buat. - Kita buat apa? 57 00:04:19,676 --> 00:04:22,637 Tebang hutan tempat cimpanzi dan banyak haiwan lain tinggal. 58 00:04:22,638 --> 00:04:25,848 - Kita tak boleh tanam semula? - Tak sepantas kita menebangnya. 59 00:04:25,849 --> 00:04:27,850 - Teruknya. - Saya tahu. 60 00:04:27,851 --> 00:04:29,852 Baju dah siap. Tolong mak bawa ia naik. 61 00:04:29,853 --> 00:04:33,648 Tapi, mak, banyak perkara tentang cimpanzi yang belum diketahui. 62 00:04:33,649 --> 00:04:35,858 Kami baru nampak En. Jin campak batu ke arah pokok. 63 00:04:35,859 --> 00:04:37,360 En. Jin dari tingkat bawah? 64 00:04:37,361 --> 00:04:39,196 Tak. En. Jin si cimpanzi. 65 00:04:39,780 --> 00:04:42,866 - Kenapa ia campak batu? - Tepat sekali dan itulah misi baru kami. 66 00:04:43,951 --> 00:04:46,702 Misi kamu perlu tunggu sehingga kita selesai mengemas. 67 00:04:46,703 --> 00:04:48,872 - Tapi, mak... - Kamu dah lihat bilik kamu? 68 00:04:49,581 --> 00:04:51,375 Kamu boleh walkie David selepas siap. 69 00:04:54,795 --> 00:04:57,923 Hai, En. Jin. Kami baru bercakap tentang awak. 70 00:04:58,715 --> 00:05:01,634 - Saya nak turun. - Awak boleh naik, kemudian turun. 71 00:05:01,635 --> 00:05:05,096 Saya akan guna tangga saja. Saya boleh bersenam. 72 00:05:05,097 --> 00:05:07,015 Saya pun sama. Saya akan temankan awak. 73 00:05:07,724 --> 00:05:10,227 Kemudian terus naik dan bersihkan bilik saya. 74 00:05:11,687 --> 00:05:12,688 Bagus. 75 00:05:13,981 --> 00:05:16,108 Boleh tolong bawa? Ia agak berat. 76 00:05:18,402 --> 00:05:20,319 Awak nak tahu sebab kami bercakap tentang awak? 77 00:05:20,320 --> 00:05:22,196 - Tak nak. - Awak sangat kelakar. 78 00:05:22,197 --> 00:05:25,324 Saya namakan cimpanzi sempena nama awak sebab ia suka angkat kayunya, 79 00:05:25,325 --> 00:05:28,703 macam awak ketuk siling dengan penyapu apabila awak nak suruh kami diam. 80 00:05:28,704 --> 00:05:30,288 Saya cuba kurangkan buat begitu. 81 00:05:30,289 --> 00:05:33,291 Tapi kemudian kami nampak En. Jin si cimpanzi campak batu ke pokok. 82 00:05:33,292 --> 00:05:35,334 Awak rasa kenapa ia buat begitu? 83 00:05:35,335 --> 00:05:37,212 Mungkin ia suka bunyinya. 84 00:05:37,713 --> 00:05:40,215 Teori yang menarik. Ada idea lain? 85 00:05:41,175 --> 00:05:44,260 Mungkin untuk bersukan? Macam main bola tampar atau tenis? 86 00:05:44,261 --> 00:05:46,429 Cimpanzi suka bermain bersama-sama. 87 00:05:46,430 --> 00:05:48,890 Atau mungkin itu cara ia menanda kawasannya. 88 00:05:48,891 --> 00:05:51,226 Satu lagi idea hebat. Awak semakin bagus. 89 00:05:52,019 --> 00:05:54,688 Hei, bercakap tentang cimpanzi, di mana cimpanzi awak? 90 00:05:55,647 --> 00:05:57,482 - Greybeard. - Apa... 91 00:06:06,992 --> 00:06:08,243 Greybeard! 92 00:06:09,912 --> 00:06:11,455 Greybeard, awak di mana? 93 00:06:14,875 --> 00:06:16,418 Jane kepada David. Kecemasan. 94 00:06:19,671 --> 00:06:22,508 - David di sini. Kenapa? - Greybeard hilang. 95 00:06:29,306 --> 00:06:32,808 - Hei, Noah. Maaf ayah lewat. - Tak mengapa, ayah. Sedia untuk bertolak? 96 00:06:32,809 --> 00:06:34,269 En. Jin! 97 00:06:34,811 --> 00:06:35,811 Mungkin tidak. 98 00:06:35,812 --> 00:06:37,980 Saya tak jumpa. Ia pasti sesat. 99 00:06:37,981 --> 00:06:39,399 Saya pasti ia akan muncul nanti. 100 00:06:39,900 --> 00:06:41,359 - Siapa? - Greybeard. 101 00:06:41,360 --> 00:06:43,236 Awak ada nampak cimpanzi merayau-rayau? 102 00:06:43,237 --> 00:06:46,030 Setinggi ini, ia ada warna kelabu yang agak comel di sini. 103 00:06:46,031 --> 00:06:48,324 - Itulah sebab ia dapat namanya. - Apa? 104 00:06:48,325 --> 00:06:51,410 - Janggut kelabu. - Di mana kali terakhir nampak ia, Jane? 105 00:06:51,411 --> 00:06:54,997 - Lorong belakang, tapi ia tiada di sana. - Terus cari. Saya pasti awak akan jumpa. 106 00:06:54,998 --> 00:06:56,165 Jika saya tak jumpa? 107 00:06:56,166 --> 00:06:57,626 Ia salah satu kawan baik saya. 108 00:06:58,210 --> 00:07:00,212 Saya seorang lagi kawan baiknya. 109 00:07:00,963 --> 00:07:02,672 Saya adiknya. 110 00:07:02,673 --> 00:07:04,090 Saya anak lelakinya. 111 00:07:04,091 --> 00:07:05,466 Hai. 112 00:07:05,467 --> 00:07:07,386 Kami akan mencari dari atas, Jane. 113 00:07:08,637 --> 00:07:10,639 Jangan risau, Jane. Kita akan temuinya. 114 00:07:12,182 --> 00:07:14,142 Bagaimana jika awak periksa lorong belakang sekali lagi? 115 00:07:18,230 --> 00:07:19,439 Kanak-kanak yang kelakar. 116 00:07:32,578 --> 00:07:34,121 Greybeard, itu awak? 117 00:07:37,457 --> 00:07:38,792 Saya datang, Greybeard. 118 00:07:44,965 --> 00:07:46,091 En. Jin? 119 00:07:46,884 --> 00:07:47,968 Greybeard. 120 00:07:49,094 --> 00:07:51,596 Sekejap, kata jiran kita En. Jin itu betul? 121 00:07:51,597 --> 00:07:54,515 Cimpanzi campak batu untuk tandakan kawasan, 122 00:07:54,516 --> 00:07:57,936 atau bina laluan untuk diikuti atau ia hanya suka bunyinya? 123 00:08:01,982 --> 00:08:05,527 Alamak, awak terperangkap pada jerat. Biar saya bantu. 124 00:08:09,156 --> 00:08:11,491 Jangan risau, Greybeard. Saya akan lepaskannya. 125 00:08:12,117 --> 00:08:13,118 Sedikit saja lagi. 126 00:08:16,455 --> 00:08:17,789 Itu dia, dah bebas! 127 00:08:26,632 --> 00:08:27,633 Greybeard? 128 00:08:36,225 --> 00:08:37,558 Greybeard. 129 00:08:38,894 --> 00:08:40,145 Dah jumpa. 130 00:08:45,025 --> 00:08:48,861 Hei. Agak comot dengan daun, tapi rasanya ia okey. 131 00:08:48,862 --> 00:08:50,197 Terima kasih, En. Jin. 132 00:08:50,948 --> 00:08:51,949 David kepada Jane. 133 00:08:52,866 --> 00:08:53,699 Jane di sini. 134 00:08:53,700 --> 00:08:56,202 Saya tak jumpa Greybeard, tapi jumpa ibu awak. 135 00:08:56,203 --> 00:08:58,121 Dia sangat marah. 136 00:08:58,872 --> 00:09:00,624 Terlalu marah. 137 00:09:02,709 --> 00:09:06,337 - Awak mungkin patut naik. - Terima kasih sekali lagi sebab temuinya. 138 00:09:06,338 --> 00:09:07,506 Gembira saya dapat bantu. 139 00:09:15,597 --> 00:09:16,890 Greybeard? 140 00:09:19,268 --> 00:09:20,269 Greybeard. 141 00:09:22,354 --> 00:09:23,564 Kenapa awak tak menjelma? 142 00:09:24,606 --> 00:09:29,194 Okey, saya tak rasa ia munasabah, tapi ibu awak semakin marah. 143 00:09:29,695 --> 00:09:33,115 David, suruh Jane balik sekarang. 144 00:09:34,658 --> 00:09:36,326 Ibu awak suruh awak balik. 145 00:09:36,869 --> 00:09:38,078 Sekarang. 146 00:09:46,837 --> 00:09:48,212 Kamu ke mana? 147 00:09:48,213 --> 00:09:51,717 Kenapa En. Jin yang hantar pakaian yang sepatutnya kamu bawa naik? 148 00:09:52,634 --> 00:09:54,595 Jane, jawab. 149 00:09:55,804 --> 00:09:56,805 Maaf, mak. 150 00:09:58,015 --> 00:10:01,475 Sayang. Mari sini. 151 00:10:01,476 --> 00:10:03,061 Kenapa? 152 00:10:04,688 --> 00:10:06,814 Greybeard jumpa cimpanzi lain, 153 00:10:06,815 --> 00:10:08,941 dan ada anak cimpanzi, 154 00:10:08,942 --> 00:10:11,486 dan En. Jin terperangkap pada jerat dan... 155 00:10:12,321 --> 00:10:15,199 rasanya Greybeard dah tak nak jadi kawan saya lagi. 156 00:10:15,699 --> 00:10:17,034 En. Jin dalam masalah? 157 00:10:17,951 --> 00:10:19,161 Cimpanzi itu. 158 00:10:21,038 --> 00:10:23,373 Okey. Ayuh, mari duduk. 159 00:10:28,670 --> 00:10:30,464 Tarik nafas panjang. 160 00:10:34,092 --> 00:10:35,344 Ceritakan sekali lagi. 161 00:10:37,387 --> 00:10:39,722 Greybeard jumpa cimpanzi lain 162 00:10:39,723 --> 00:10:42,767 dan lihat rumahnya ditebang. 163 00:10:42,768 --> 00:10:45,937 Salah seekor terperangkap pada jerat dan saya bebaskannya, 164 00:10:45,938 --> 00:10:48,440 tapi kemudian Greybeard tinggalkan saya. 165 00:10:49,525 --> 00:10:51,734 Rasanya sebab ia nampak 166 00:10:51,735 --> 00:10:55,656 cara manusia menjadi ancaman kepada cimpanzi. 167 00:10:58,200 --> 00:11:01,370 - Tapi ia ada di sini. - Tapi ia tak hidup. 168 00:11:03,580 --> 00:11:07,750 Okey, Jane, mak pasti Greybeard tahu banyak yang kamu buat untuknya... 169 00:11:07,751 --> 00:11:10,211 Tapi cimpanzi tiada masa, mak. 170 00:11:10,212 --> 00:11:12,213 Dalam masa beberapa tahun lagi, ia akan pupus 171 00:11:12,214 --> 00:11:15,132 dan terlalu banyak yang kita perlu ketahui tentangnya. 172 00:11:15,133 --> 00:11:16,634 Contohnya? 173 00:11:16,635 --> 00:11:19,888 Contohnya sebab ia campak batu pada pokok atau gunakan alatan. 174 00:11:20,973 --> 00:11:24,226 Tiada haiwan lain di dunia yang buat begitu selain daripada manusia. 175 00:11:24,810 --> 00:11:27,646 Cimpanzi dan manusia begitu serupa, 176 00:11:28,605 --> 00:11:30,607 jadi kenapa kita mengancamnya, mak? 177 00:11:36,613 --> 00:11:37,906 Jane... 178 00:11:38,907 --> 00:11:40,242 Mak tak tahu. 179 00:11:41,910 --> 00:11:43,286 Tapi apa yang mak tahu 180 00:11:43,287 --> 00:11:47,916 kamu buat apa-apa saja yang boleh untuk buat perubahan. 181 00:11:50,836 --> 00:11:53,880 Apa Jane Goodall cakap? "Hanya jika kita faham, kita boleh"... 182 00:11:53,881 --> 00:11:57,217 Tapi kita takkan faham jika cimpanzi dah pupus. 183 00:12:30,209 --> 00:12:31,418 Saya sedang mengemas. 184 00:12:32,961 --> 00:12:34,171 Saya akan okey, mak. 185 00:12:40,093 --> 00:12:41,261 David? 186 00:12:45,265 --> 00:12:47,850 Apa yang awak buat dengan semua bahan kajian cimpanzi kita? 187 00:12:47,851 --> 00:12:49,061 Saya nak menyimpannya. 188 00:12:49,686 --> 00:12:51,979 - Sebab? - Sebab tiada gunanya, David. 189 00:12:51,980 --> 00:12:54,106 Setiap tahun, semakin banyak haiwan yang pupus, 190 00:12:54,107 --> 00:12:56,485 dan tak cukup orang nak buat sesuatu tentangnya. 191 00:12:57,277 --> 00:13:00,197 Tapi bagaimana dengan Jane Goodall dan orang lain yang kita jumpa? 192 00:13:00,781 --> 00:13:02,282 Mereka buat sesuatu. 193 00:13:03,033 --> 00:13:04,826 Ia masih tak cukup. 194 00:13:07,120 --> 00:13:08,705 Saya pasti ada petikan. 195 00:13:10,290 --> 00:13:11,500 Tiada harapan. 196 00:13:13,168 --> 00:13:14,169 Greybeard dah tiada. 197 00:13:19,967 --> 00:13:21,176 Ia takkan buat begitu. 198 00:13:21,927 --> 00:13:22,927 Betul. 199 00:13:22,928 --> 00:13:25,430 Rasanya ia dah tak nak berkawan lagi. 200 00:13:28,725 --> 00:13:31,979 Mungkin awak boleh bayangkan orang lain yang dapat bantu kita? 201 00:13:32,479 --> 00:13:34,106 Saya cuma nak Greybeard semula. 202 00:13:34,773 --> 00:13:37,568 Mungkin seseorang yang banyak pengetahuan tentang cimpanzi? 203 00:13:38,151 --> 00:13:39,361 Contohnya? 204 00:13:48,829 --> 00:13:51,831 - Tutup mata awak dan... - Saya tahu caranya. 205 00:13:51,832 --> 00:13:53,458 Jadi, tutuplah mata awak. 206 00:13:57,087 --> 00:13:58,130 Kemudian bayangkan. 207 00:14:07,639 --> 00:14:10,100 Itu cara cimpanzi ucap helo. 208 00:14:15,397 --> 00:14:17,065 Sangat bagus, David. 209 00:14:18,358 --> 00:14:19,818 Dia tahu nama saya. 210 00:14:21,028 --> 00:14:22,905 Helo, Jane. 211 00:14:24,156 --> 00:14:25,741 Menggericau, Jane. Menggericau. 212 00:14:31,079 --> 00:14:33,080 Bunyinya tak begitu gembira. 213 00:14:33,081 --> 00:14:37,668 Cimpanzi tak sentiasa berbunyi gembira, sama macam manusia. 214 00:14:37,669 --> 00:14:39,587 Ia boleh rasa marah, 215 00:14:39,588 --> 00:14:41,422 ia boleh rasa takut 216 00:14:41,423 --> 00:14:43,759 dan ia juga boleh rasa sedih. 217 00:14:44,593 --> 00:14:45,802 Sama macam awak, Jane. 218 00:14:46,428 --> 00:14:49,263 Jane sedih sebab Greybeard tak nak jadi kawannya lagi. 219 00:14:49,264 --> 00:14:51,682 Saya kenal seekor Greybeard dulu. 220 00:14:51,683 --> 00:14:54,852 David Greybeard, cimpanzi kesayangan saya. 221 00:14:54,853 --> 00:14:58,190 Saya tahu. Ia cimpanzi pertama yang awak nampak guna alatan. 222 00:15:02,486 --> 00:15:07,448 David Greybeard cimpanzi pertama yang percayakan saya. 223 00:15:07,449 --> 00:15:09,242 Apabila ia mula percayakan saya, 224 00:15:09,243 --> 00:15:12,412 cimpanzi lain yang begitu takut, 225 00:15:12,913 --> 00:15:16,457 rasanya ia fikir, "Dia tak menakutkan." 226 00:15:16,458 --> 00:15:19,669 Saya dapat kenal setiap cimpanzi. 227 00:15:19,670 --> 00:15:21,462 Greybeard saya pun percayakan saya, 228 00:15:21,463 --> 00:15:25,050 tapi ia nampak perbuatan buruk manusia dan saya tak boleh menghalangnya. 229 00:15:26,552 --> 00:15:28,804 Pasti rasa tak berdaya, bukan? 230 00:15:30,055 --> 00:15:32,391 Ya. Awak pun pernah rasa tak berdaya? 231 00:15:33,851 --> 00:15:37,770 Saya rasa semua orang yang fikir tentang apa yang kita buat di Bumi 232 00:15:37,771 --> 00:15:39,272 kadangkala rasa tak berdaya. 233 00:15:39,273 --> 00:15:42,942 Tapi apabila awak rasa tak berdaya, 234 00:15:42,943 --> 00:15:45,612 fikir tentang semua perkara yang memberi harapan. 235 00:15:46,947 --> 00:15:47,947 Contohnya? 236 00:15:47,948 --> 00:15:51,868 Lebih ramai orang semakin sedar tentang masalah yang kita cipta, 237 00:15:51,869 --> 00:15:54,871 seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti. 238 00:15:54,872 --> 00:15:58,499 Sementara para saintis cuba mencari penyelesaian inovatif 239 00:15:58,500 --> 00:16:01,252 untuk cuba dan memulihkan kerosakan yang manusia dah buat, 240 00:16:01,253 --> 00:16:06,299 orang muda macam kamu fikir tentang apa yang boleh jadikan dunia lebih baik. 241 00:16:06,300 --> 00:16:08,302 Itu berikan saya harapan. 242 00:16:11,221 --> 00:16:14,850 Dengan setiap satu langkah, kita semakin hampir menyelamatkan dunia. 243 00:16:15,767 --> 00:16:18,186 Bunyinya macam kata-kata Jane Goodall. 244 00:16:18,187 --> 00:16:21,106 Sebenarnya, saya rasa itu kata-kata Jane Garcia. 245 00:16:25,903 --> 00:16:28,070 Jadi, fikirkan perkara yang perlu dibuat, 246 00:16:28,071 --> 00:16:31,782 bersedia dan laksanakannya. 247 00:16:31,783 --> 00:16:36,162 {\an8}Jadi, saya rasa kamu layak berada di papan wira ini 248 00:16:36,163 --> 00:16:38,290 {\an8}untuk semua yang kamu dah buat. 249 00:16:43,462 --> 00:16:45,422 Bagaimana cimpanzi ucap terima kasih? 250 00:16:45,923 --> 00:16:48,466 Kadangkala ia rapikan satu sama lain. 251 00:16:48,467 --> 00:16:50,176 Boleh kami sikat rambut awak? 252 00:16:50,177 --> 00:16:52,345 Tak perlulah. 253 00:16:52,346 --> 00:16:54,096 Terima kasih, Dr. Goodall. 254 00:16:54,097 --> 00:16:57,309 Boleh panggil saya Dr. Jane, jika kamu nak. Kamu berdua. 255 00:16:58,227 --> 00:17:02,605 Banyak yang perlu dibuat untuk jadikan dunia ini lebih baik sekarang 256 00:17:02,606 --> 00:17:03,981 sebelum terlambat. 257 00:17:03,982 --> 00:17:07,569 Jadi, pergilah dan bantu selamatkan planet kita. 258 00:17:16,244 --> 00:17:17,663 Terima kasih, Dr. Jane. 259 00:17:19,998 --> 00:17:21,499 Kamu nak ke mana? 260 00:17:21,500 --> 00:17:24,085 Mak, saya janji akan kemas bilik nanti, tapi, sekarang... 261 00:17:24,086 --> 00:17:25,877 Kamu tak tunggu mak habis bercakap. 262 00:17:25,878 --> 00:17:30,717 Kamu nak ke mana tanpa Greybeard? 263 00:17:31,844 --> 00:17:33,428 Mak dah bersihkan kotoran padanya. 264 00:17:36,974 --> 00:17:37,932 David? 265 00:17:37,933 --> 00:17:39,935 Ini cara cimpanzi berterima kasih. 266 00:17:40,686 --> 00:17:42,311 Mungkin ia patut minta izin dahulu. 267 00:17:42,312 --> 00:17:45,607 Boleh kami menyikat rambut mak untuk berterima kasih sebab bersihkan Greybeard? 268 00:17:47,609 --> 00:17:48,819 Ya. 269 00:17:52,573 --> 00:17:55,325 Ya, peliknya. Pergilah. 270 00:18:09,923 --> 00:18:11,424 - Arah sini. - Bagaimana awak tahu? 271 00:18:11,425 --> 00:18:14,177 Saya tak pasti, tapi rasanya ia buat tanda begini macam peta 272 00:18:14,178 --> 00:18:17,305 - supaya tahu arahnya. - X menandakan Greybeard. 273 00:18:17,306 --> 00:18:18,640 Mari berharap begitu. 274 00:18:21,268 --> 00:18:23,187 En. Jin. Saya terlalu bising? 275 00:18:23,729 --> 00:18:25,688 Kenapa semua orang tanya begitu? 276 00:18:25,689 --> 00:18:28,191 Tak. Saya cuma nak periksa keadaan Jane. 277 00:18:28,192 --> 00:18:30,359 Dia nampak sedih tadi. 278 00:18:30,360 --> 00:18:31,903 Baiknya. 279 00:18:31,904 --> 00:18:33,154 Memang betul. 280 00:18:33,155 --> 00:18:36,074 Ini kali pertama saya nampak dia tak berdaya. 281 00:18:36,867 --> 00:18:38,994 Ya. Saya faham perasaannya. 282 00:18:40,204 --> 00:18:41,455 Boleh saya bercakap dengan dia? 283 00:18:42,080 --> 00:18:45,082 Dia meneroka dengan David, tapi saya boleh mesej selepas dia balik. 284 00:18:45,083 --> 00:18:46,334 Tak mengapa. 285 00:18:46,335 --> 00:18:48,462 Saya mungkin akan terserempak dengannya. Jumpa lagi. 286 00:18:49,171 --> 00:18:50,172 Jumpa lagi. 287 00:18:57,930 --> 00:19:01,974 Lihat, anak cimpanzi itu belajar cara campak batu ke pokok daripada Greybeard. 288 00:19:01,975 --> 00:19:03,060 Tapi kenapa? 289 00:19:03,894 --> 00:19:05,144 Saya masih tak tahu. 290 00:19:05,145 --> 00:19:08,272 Mungkin untuk tanda laluan atau ia hanya suka bunyinya, 291 00:19:08,273 --> 00:19:10,983 atau mungkin ia untuk sebab yang kita masih tak tahu. 292 00:19:10,984 --> 00:19:13,319 Sebab itulah ia penting untuk selamatkan haiwan. 293 00:19:13,320 --> 00:19:15,572 Masih terlalu banyak kita perlu belajar tentangnya. 294 00:19:28,961 --> 00:19:32,129 Saya tahu manusia buat banyak benda teruk kepada cimpanzi, Greybeard. 295 00:19:32,130 --> 00:19:34,674 Tapi sama macam anak cimpanzi yang belajar perkara baru daripada awak, 296 00:19:34,675 --> 00:19:36,385 manusia boleh belajar perkara baru daripada kita. 297 00:19:37,970 --> 00:19:41,264 Kita boleh ajar mereka yang kita hanya ada satu dunia, satu rumah. 298 00:19:41,265 --> 00:19:43,517 Kita perlu bekerjasama untuk melindunginya. 299 00:19:47,855 --> 00:19:51,023 Saya tahu kadangkala kita rasa putus asa, tapi kita perlu cuba. 300 00:19:51,024 --> 00:19:52,776 Saya takkan berhenti mencuba. 301 00:19:55,404 --> 00:19:56,405 Saya pun sama. 302 00:20:06,123 --> 00:20:07,082 Terima kasih juga. 303 00:20:16,800 --> 00:20:17,801 En. Jin? 304 00:20:18,385 --> 00:20:19,552 Di mana David? 305 00:20:19,553 --> 00:20:22,973 Kami dah selesaikan misi, tapi saya masih perlu kemas bilik. 306 00:20:24,057 --> 00:20:26,101 - Awak rasa lebih lega? - Ya. 307 00:20:28,061 --> 00:20:31,898 Rasanya begitu. Cuma kadangkala saya risau apa yang saya buat tak cukup. 308 00:20:31,899 --> 00:20:33,192 Awak bergurau, bukan? 309 00:20:35,694 --> 00:20:36,820 Bangun. 310 00:20:38,238 --> 00:20:39,239 Ikut saya. 311 00:20:40,824 --> 00:20:44,411 Tanpa awak, kita takkan mengitar semula bateri. 312 00:20:46,622 --> 00:20:49,625 Takkan ada kupu-kupu di depan pangsapuri En. Patel. 313 00:20:52,211 --> 00:20:53,085 SELAMATKAN SINGA 314 00:20:53,086 --> 00:20:55,923 Kita takkan cuba selamatkan haiwan di seluruh dunia. 315 00:20:59,343 --> 00:21:01,970 Kita juga takkan ada rumah kelawar. 316 00:21:02,804 --> 00:21:05,182 - Ingatkan sekali lagi sebab... - Ia makan serangga. 317 00:21:05,682 --> 00:21:06,683 Betul. 318 00:21:07,643 --> 00:21:09,686 Kita takkan tahu apa yang masuk dalam setiap tong sampah. 319 00:21:10,479 --> 00:21:11,855 Ayuh. 320 00:21:16,777 --> 00:21:19,153 Semua ini takkan berlaku tanpa awak. 321 00:21:19,154 --> 00:21:23,742 - David dan ramai orang lain. - Betul, tapi awak beri kami inspirasi. 322 00:21:26,328 --> 00:21:28,955 Boleh awak tandatangan petisyen untuk bantu cimpanzi yang terancam? 323 00:21:28,956 --> 00:21:30,832 - Sudah tentu. - Dermakan sedikit duit juga? 324 00:21:31,959 --> 00:21:33,752 - Berapa? - Jane? 325 00:21:34,711 --> 00:21:37,798 Kemas bilik, kemudian kamu boleh selamatkan dunia. 326 00:21:38,924 --> 00:21:39,925 Saya perlu pergi. 327 00:21:54,064 --> 00:21:56,984 Ayuh, Greybeard. Kita perlu selamatkan dunia. 328 00:22:01,905 --> 00:22:03,991 "Bantu selamatkan cimpanzi." 329 00:22:06,159 --> 00:22:08,369 - Jane. - Saya sedang mengemas. 330 00:22:08,370 --> 00:22:11,039 Bukan itu yang mak nak tunjuk. Mari sini. 331 00:22:17,337 --> 00:22:18,671 Video ini dari mana? 332 00:22:18,672 --> 00:22:20,840 - Chimp Eden. - Chimp Eden? 333 00:22:20,841 --> 00:22:22,800 Salah satu santuari cimpanzi Dr. Jane 334 00:22:22,801 --> 00:22:25,052 tempat mereka jaga cimpanzi yang diselamatkan? 335 00:22:25,053 --> 00:22:26,972 Ya, dan cuba teka? 336 00:22:29,600 --> 00:22:32,185 Mak fikir kamu mungkin perlukan dorongan, jadi, mak cari kenalan 337 00:22:32,186 --> 00:22:34,228 dan dapatkan panggilan untuk kamu dengan Jana Swart. 338 00:22:34,229 --> 00:22:36,731 - Dia bekerja di Chimp Eden. - Saya kenal dia. 339 00:22:36,732 --> 00:22:38,733 Wah, ini sangat hebat! Terima kasih, mak. 340 00:22:38,734 --> 00:22:39,943 Berseronoklah. 341 00:22:41,987 --> 00:22:45,323 - Hai. Kamu pasti Jane dan David. - Hai, Jana. 342 00:22:45,324 --> 00:22:47,408 Saya ada banyak soalan untuk awak. 343 00:22:47,409 --> 00:22:50,328 Adakah cimpanzi di Chimp Eden dibebaskan semula ke hutan? 344 00:22:50,329 --> 00:22:53,497 Tak, ia perlu belajar cara untuk hidup di habitat semula jadinya, 345 00:22:53,498 --> 00:22:55,249 yang ia belajar daripada ibunya. 346 00:22:55,250 --> 00:22:59,462 Tapi disebabkan pemburuan dan pembasmian hutan, banyak yang kehilangan ibu 347 00:22:59,463 --> 00:23:01,964 dan ia akan berakhir di sarkas atau dijadikan haiwan peliharaan. 348 00:23:01,965 --> 00:23:03,341 Itu tak bagus untuk cimpanzi. 349 00:23:03,342 --> 00:23:04,550 Menyedihkan. 350 00:23:04,551 --> 00:23:07,094 Sebab itu sangat penting untuk ada santuari 351 00:23:07,095 --> 00:23:10,224 di mana semua cimpanzi yang terselamat boleh diberikan kehidupan lebih bagus. 352 00:23:13,143 --> 00:23:14,143 Apa itu? 353 00:23:14,144 --> 00:23:16,187 Pasti cimpanzi itu nampak Stany. 354 00:23:16,188 --> 00:23:18,440 Sekejap. Stany, Penjinak Cimpanzi itu? 355 00:23:19,816 --> 00:23:22,527 Dia bekerja di Chimp Eden, dan dia pakar cimpanzi. 356 00:23:22,528 --> 00:23:24,446 Jane pakar tentang pakar. 357 00:23:25,614 --> 00:23:27,657 Sebenarnya saya ada kejutan untuk kamu berdua. 358 00:23:27,658 --> 00:23:29,076 Kamu perlu lihat ini. 359 00:23:32,871 --> 00:23:34,581 Dia beri cimpanzi makan. 360 00:23:36,291 --> 00:23:37,250 Hai, semua. 361 00:23:37,251 --> 00:23:38,584 Ia nampak sangat gembira. 362 00:23:38,585 --> 00:23:40,169 Hai, Jane. Hai, David. 363 00:23:40,170 --> 00:23:42,339 - Hai, Stany. - Hai, Stany. 364 00:23:42,965 --> 00:23:45,049 Hei, ke mana semua cimpanzi pergi? 365 00:23:45,050 --> 00:23:47,802 Ia mungkin keluar mencari lebih banyak makanan. 366 00:23:47,803 --> 00:23:50,972 Kami bergantung kepada Stany untuk beritahu apa yang ia fikir dan rasa 367 00:23:50,973 --> 00:23:52,765 supaya kami boleh menjaganya dengan baik. 368 00:23:52,766 --> 00:23:55,184 Sebab itulah awak Penjinak Cimpanzi. 369 00:23:55,185 --> 00:23:56,644 Ya. 370 00:23:56,645 --> 00:23:58,104 Bagaimana awak dapat nama panggilan itu? 371 00:23:58,105 --> 00:24:01,107 Dr. Jane Goodall, dia beri nama itu kepada saya. 372 00:24:01,108 --> 00:24:03,776 Dr. Jane berikannya kepada awak? Itu sangat hebat. 373 00:24:03,777 --> 00:24:06,153 Dah berapa lama awak bekerja dengan cimpanzi, Stany? 374 00:24:06,154 --> 00:24:08,197 Hampir separuh hidup saya. 375 00:24:08,198 --> 00:24:11,450 Ini saya yang sedang menjaga anak cimpanzi. 376 00:24:11,451 --> 00:24:12,535 Ini Poco. 377 00:24:12,536 --> 00:24:16,330 Ini pula saya yang sedang mengajar orang tempatan cara hidup dengan cimpanzi. 378 00:24:16,331 --> 00:24:18,499 Pasti awak dah bantu banyak cimpanzi. 379 00:24:18,500 --> 00:24:21,627 Ia macam keluarga saya dan banyak yang ia dah ajar saya. 380 00:24:21,628 --> 00:24:22,753 Contohnya? 381 00:24:22,754 --> 00:24:24,839 Memaafkan dan harapan. 382 00:24:24,840 --> 00:24:26,549 Bagaimana ia ajar awak tentang harapan? 383 00:24:26,550 --> 00:24:29,468 Apabila cimpanzi datang ke santuari, 384 00:24:29,469 --> 00:24:32,597 ia sangat sakit dan ketakutan. 385 00:24:32,598 --> 00:24:35,391 Selepas dijaga dengan baik, 386 00:24:35,392 --> 00:24:37,935 ia jadi sihat dan tak putus asa. 387 00:24:37,936 --> 00:24:40,062 Itu yang beri saya harapan. 388 00:24:40,063 --> 00:24:41,397 Apa yang kami boleh bantu? 389 00:24:41,398 --> 00:24:46,319 Penting untuk berkongsi dengan kawan-kawan dan keluarga 390 00:24:46,320 --> 00:24:50,948 perkara yang awak pelajari tentang cimpanzi yang genetiknya sama dengan kita. 391 00:24:50,949 --> 00:24:53,951 Ya. Tak kira di mana awak tinggal, awak boleh bantu haiwan liar 392 00:24:53,952 --> 00:24:58,372 dengan membeli produk lestari yang tak musnahkan rumah hutannya. 393 00:24:58,373 --> 00:25:01,375 Ia kurangkan kerosakan terhadap planet dalam proses pembuatannya. 394 00:25:01,376 --> 00:25:04,670 Cimpanzi dan haiwan lain perlukan hutan untuk hidup. 395 00:25:04,671 --> 00:25:07,673 Serta ingat yang setiap haiwan yang wujud di dunia ini 396 00:25:07,674 --> 00:25:08,966 bukan untuk hiburan kita. 397 00:25:08,967 --> 00:25:11,010 Seluruh dunia perlu tahu itu. 398 00:25:11,011 --> 00:25:13,055 - Saya akan beritahu semua. - Saya pun sama. 399 00:25:13,931 --> 00:25:15,598 Bagaimana cimpanzi ucap selamat tinggal? 400 00:25:15,599 --> 00:25:19,895 Cimpanzi gunakan panggilan terakhir ini untuk ucap selamat tinggal. 401 00:25:31,657 --> 00:25:34,450 Selamat tinggal, Jana, Stany. 402 00:25:34,451 --> 00:25:36,620 Selamat tinggal, cimpanzi. 403 00:25:37,412 --> 00:25:40,332 - Mak, terima kasih banyak untuk itu. - Ya, terima kasih, ibu Jane. 404 00:25:40,916 --> 00:25:42,458 Mak harap Greybeard pun sukakannya. 405 00:25:42,459 --> 00:25:43,961 Ia memang sukakannya. 406 00:25:45,254 --> 00:25:47,588 Bilik ini takkan bersih sendiri. 407 00:25:47,589 --> 00:25:48,548 Selamat tinggal, David. 408 00:25:48,549 --> 00:25:50,384 - Selamat tinggal. - Selamat tinggal, David. 409 00:25:52,928 --> 00:25:54,888 Mak fikir kamu mungkin perlukan ini. 410 00:25:56,056 --> 00:25:57,057 Terima kasih, mak. 411 00:26:00,394 --> 00:26:03,146 Ambillah. Awak tampal Stany dan saya tampal Jana. 412 00:26:59,161 --> 00:27:01,163 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid