1 00:00:36,954 --> 00:00:39,456 "Chlamyphorus truncatus." 2 00:00:45,087 --> 00:00:46,505 Greybeard, nampak apa-apa? 3 00:00:48,590 --> 00:00:51,426 Dah lama kita tunggu dan masih tiada apa-apa, Jane. 4 00:00:53,470 --> 00:00:54,680 Bukan tiada apa-apa. 5 00:00:55,264 --> 00:00:57,599 Itulah Chlamyphorus truncatus. 6 00:00:57,599 --> 00:01:00,435 Helo, Chlamyphorus "trun-cactusus." 7 00:01:01,228 --> 00:01:03,522 Atau helo, armadilo pink fairy. 8 00:01:03,522 --> 00:01:05,649 Lebih kepada, jumpa lagi armadilo pink fairy! 9 00:01:05,649 --> 00:01:07,442 Ada kereta menuju ke arahnya! 10 00:01:07,442 --> 00:01:08,694 Ke tepi! 11 00:01:14,241 --> 00:01:15,367 Mujurlah. 12 00:01:15,367 --> 00:01:16,451 Terlalu hampir. 13 00:01:17,286 --> 00:01:20,497 Lihat, armadilo pink fairy mula menggali di bawah tanah. 14 00:01:21,123 --> 00:01:22,833 Merancang laluan pintasan. 15 00:01:27,754 --> 00:01:29,965 Saya suka mesin menggali bawah tanah baru kita. 16 00:01:30,549 --> 00:01:31,758 Lihatlah semua butang ini. 17 00:01:32,259 --> 00:01:34,052 Beep, beep, boop, boop, boop. 18 00:01:34,052 --> 00:01:35,971 Beep, boop, bee-bee... Dail. 19 00:01:36,847 --> 00:01:38,182 Jangan sentuh dail, David. 20 00:01:38,182 --> 00:01:40,601 Kita mengecil untuk ikut Chlamyphorus truncatus. 21 00:01:40,601 --> 00:01:43,187 Kita tak mahu jadi besar secara tak sengaja semasa misi. 22 00:01:43,187 --> 00:01:47,816 Saya harap Chlamyphorus bersedia untuk kita. 23 00:01:47,816 --> 00:01:49,026 Awak faham? 24 00:01:49,026 --> 00:01:50,152 Ya. 25 00:01:55,824 --> 00:01:57,868 Armadilo pink fairy memang pantas. 26 00:01:57,868 --> 00:02:00,078 Ia tak nampak macam pari-pari. 27 00:02:00,078 --> 00:02:03,207 Lebih menyerupai hamster dengan susyi di belakangnya. 28 00:02:03,207 --> 00:02:07,085 Susyi itu cangkerangnya dan ia memang mirip hamster. 29 00:02:07,085 --> 00:02:10,339 Semua armadilo ada cangkerang tapi pink fairy yang paling kecil. 30 00:02:10,339 --> 00:02:11,715 Tak banyak kita tahu tentangnya. 31 00:02:11,715 --> 00:02:14,676 Ia sangat sukar ditemui dan habiskan banyak masa di bawah tanah. 32 00:02:14,676 --> 00:02:16,762 Jadi, kenapa armadilo itu di jalan? 33 00:02:17,596 --> 00:02:18,430 Soalan yang bagus. 34 00:02:18,430 --> 00:02:21,892 Mungkin ia tak boleh menggali menembusi konkrit atau mencari makanan? 35 00:02:21,892 --> 00:02:24,937 Awak tahu ia jantan sebab armadilo jantan lebih besar daripada betina? 36 00:02:24,937 --> 00:02:26,104 Satu lagi soalan yang bagus. 37 00:02:26,104 --> 00:02:28,941 Kita tak tahu. Memang tak banyak maklumat tentangnya. 38 00:02:28,941 --> 00:02:30,776 Pengimbas menunjukkan ia jantan. 39 00:02:30,776 --> 00:02:33,862 Soalan terakhir, apa sebenarnya misi kita hari ini? 40 00:02:33,862 --> 00:02:37,658 Misi kita adalah siasat jenis makanannya. 41 00:02:37,658 --> 00:02:39,368 Nampak mudah. 42 00:02:39,368 --> 00:02:41,495 Tiada apa yang mudah tentang rakan kecil ini. 43 00:02:41,495 --> 00:02:43,497 Tapi jika kita faham apa yang ia makan... 44 00:02:43,497 --> 00:02:45,666 - Kita boleh membantunya? - Betul. 45 00:02:46,875 --> 00:02:49,711 - Si kecil itu gali semua ini? - Entahlah. 46 00:02:49,711 --> 00:02:53,632 Banyak haiwan menggali tanah, membuat terowong, seperti serangga, katak, 47 00:02:53,632 --> 00:02:55,717 arnab, burung hantu, musang, penguin, wom... 48 00:02:55,717 --> 00:02:59,096 - Ada banyak? - Wombat. Betul. 49 00:02:59,096 --> 00:03:01,056 Ada dunia di bawah tanah 50 00:03:01,056 --> 00:03:03,475 yang kebanyakan orang tak pernah terfikir. 51 00:03:04,351 --> 00:03:06,019 Itu sebahagian daripada dunia itu. 52 00:03:06,603 --> 00:03:07,855 Ia datang. 53 00:03:09,106 --> 00:03:11,608 - Ia pergi. - Ia terlepas. 54 00:03:11,608 --> 00:03:13,944 David, kita perlu tambah kelajuan kita yang membosankan. 55 00:03:13,944 --> 00:03:17,406 Jane, saya tak rasa jadi lebih membosankan akan bantu kita menangkapnya. 56 00:03:17,406 --> 00:03:19,616 Boring adalah cara menarik untuk menyebut "menggali." 57 00:03:20,200 --> 00:03:22,119 Seperti guna nama saintifik haiwan... 58 00:03:22,119 --> 00:03:23,871 - Apa? - Tiada apa-apa. 59 00:03:23,871 --> 00:03:25,455 Tingkatkan kelajuan boring. 60 00:03:31,962 --> 00:03:33,172 Batu di depan! 61 00:03:34,464 --> 00:03:36,884 - Mulakan gerakan mengelak! - Apa? 62 00:03:36,884 --> 00:03:39,219 Cara menarik untuk cakap "mengelak!" 63 00:03:40,220 --> 00:03:41,430 Itu pun ia! 64 00:03:42,306 --> 00:03:43,557 Batu lagi! 65 00:03:43,557 --> 00:03:45,475 Mengelak dalam tiga, dua, satu! 66 00:03:48,020 --> 00:03:51,190 Ia terlalu pantas. Jika tak nampak ia, macam mana nak tahu apa ia makan? 67 00:03:54,860 --> 00:03:55,777 Jalan mati! 68 00:03:56,361 --> 00:03:58,071 Pilihan perkataan yang teruk, Jane! 69 00:03:58,071 --> 00:04:01,283 Pilihan perkataan yang teruk! 70 00:04:11,084 --> 00:04:12,544 Kita sangat hampir. 71 00:04:12,544 --> 00:04:15,672 Sangat hampir dilenyek macam penkek atau pai lumpur. 72 00:04:15,672 --> 00:04:17,632 Atau macam kartun yang dilenyek sangat nipis... 73 00:04:17,632 --> 00:04:18,550 Saya faham. 74 00:04:18,550 --> 00:04:20,636 Bagaimana kita nak ikut armadilo yang pantas itu? 75 00:04:20,636 --> 00:04:22,137 Atau mengelak semua batu itu? 76 00:04:22,137 --> 00:04:24,097 Mari naik dan fikir semula rancangan kita. 77 00:04:24,097 --> 00:04:27,100 Mungkin lain kali biar Greybeard yang hampir dilenyek? 78 00:04:29,394 --> 00:04:31,230 Sekejap, itu bunyi apa? 79 00:04:33,815 --> 00:04:34,816 Greybeard, panjat! 80 00:04:40,280 --> 00:04:41,532 Apa yang berlaku? 81 00:04:41,532 --> 00:04:42,741 Annisa. 82 00:04:43,867 --> 00:04:46,036 Hei, Jane. Hei, David. 83 00:04:46,036 --> 00:04:47,996 Kenapa semua pekerja ini ada di sini? 84 00:04:47,996 --> 00:04:52,793 Saya harap tak perlu beritahu kamu tapi pemilik bersama nak musnahkan taman, 85 00:04:52,793 --> 00:04:55,087 atau sekurang-kurangnya apa yang kita gelar sebagai taman. 86 00:04:55,087 --> 00:04:56,797 - Apa? - Saya tahu. 87 00:04:56,797 --> 00:05:00,259 Saya pun tak suka, tapi bangunan ini tiada peruntukan untuk bayar tukang kebun 88 00:05:00,259 --> 00:05:02,469 dan menjaganya. 89 00:05:05,055 --> 00:05:07,140 Mereka nak tebang pokok dan semuanya? 90 00:05:07,724 --> 00:05:08,892 Mereka perlu kosongkan semua 91 00:05:08,892 --> 00:05:11,395 jika nak turap tanah dengan batu-batu patio. 92 00:05:11,395 --> 00:05:13,647 Turap tanah? Tebang pokok? 93 00:05:13,647 --> 00:05:16,400 - Mereka tak boleh buat begitu. - Malangnya, boleh. 94 00:05:16,400 --> 00:05:19,945 Tapi bagaimana dengan semua tupai, burung dan rakun yang hidup di pokok? 95 00:05:19,945 --> 00:05:22,865 Bagaimana dengan serangga dan haiwan yang hidup di bawah tanah? 96 00:05:22,865 --> 00:05:24,575 Semua akan terperangkap di bawah batu. 97 00:05:24,575 --> 00:05:27,870 Taman patut dipulihkan semula, bukan dimusnahkan. 98 00:05:27,870 --> 00:05:31,290 Ia perlukan masa, duit dan orang yang nak lakukannya. 99 00:05:32,374 --> 00:05:33,917 Saya pun tak sukakannya. 100 00:05:33,917 --> 00:05:37,796 Tapi kebanyakan pemilik bersama mengundi untuk turap taman ini. 101 00:05:37,796 --> 00:05:39,089 Tiada apa kami boleh buat. 102 00:05:40,174 --> 00:05:41,258 Maaf. 103 00:05:41,925 --> 00:05:44,052 Tiada sesiapa dengar cakap kita, Jane. 104 00:05:44,052 --> 00:05:45,888 Jadi kita perlu buat mereka dengar. 105 00:05:55,189 --> 00:05:56,565 Tak sangka! 106 00:05:57,149 --> 00:05:58,400 Helo kepada kamu juga. 107 00:05:58,984 --> 00:06:00,986 Mak, saya ada berita buruk. 108 00:06:01,612 --> 00:06:02,905 Kamu buat salah? 109 00:06:03,530 --> 00:06:04,448 Belum lagi. 110 00:06:04,448 --> 00:06:07,034 Tapi kami baru dapat tahu yang bangunan nak musnahkan taman. 111 00:06:07,034 --> 00:06:10,037 Kami juga masih belum tahu jenis makanan armadilo pink fairy. 112 00:06:10,621 --> 00:06:12,039 Ia ada kaitan? 113 00:06:12,039 --> 00:06:13,790 Di alam semula jadi, semuanya berkaitan. 114 00:06:14,291 --> 00:06:16,877 Armadilo pink fairy menggali dan hidup di bawah tanah. 115 00:06:16,877 --> 00:06:19,004 Jadi, menurap taman akan mengancam serangga lain 116 00:06:19,004 --> 00:06:20,756 dan haiwan yang tinggal di bawah tanah. 117 00:06:20,756 --> 00:06:24,176 - Mak faham. Lebih kurang. - Saya tak faham. 118 00:06:24,176 --> 00:06:26,094 Siapa yang nak buat sesuatu seperti itu? 119 00:06:28,472 --> 00:06:29,306 Jane. 120 00:06:29,306 --> 00:06:31,016 Siapa nak musnahkan alam semula jadi? 121 00:06:31,016 --> 00:06:32,309 Jane. 122 00:06:32,309 --> 00:06:34,937 Saya tak dapat bayangkan sebab seseorang setuju nak tebang pokok 123 00:06:34,937 --> 00:06:36,104 dan bunuh tumbuhan. 124 00:06:36,104 --> 00:06:37,439 Ia juga hidupan. 125 00:06:37,439 --> 00:06:38,774 Jane. 126 00:06:40,317 --> 00:06:42,569 Ada sesuatu yang mak nak cakap? 127 00:06:45,781 --> 00:06:48,909 Perlukan duit untuk baiki dan menyelenggara taman lama itu, 128 00:06:48,909 --> 00:06:51,453 dan bangunan ini tak banyak peruntukan. 129 00:06:51,453 --> 00:06:53,539 Duit itu boleh digunakan untuk tujuan lain. 130 00:06:53,539 --> 00:06:55,999 Ia tanggungjawab kita untuk jaga alam sekitar. 131 00:06:55,999 --> 00:07:00,045 Ia juga tanggungjawab kita untuk jaga orang yang tinggal di bangunan ini. 132 00:07:00,045 --> 00:07:03,048 Bumbung bocor. Ada tandas yang tak dipam, 133 00:07:03,048 --> 00:07:05,884 dan pemanas asyik rosak di separuh kawasan bangunan. 134 00:07:05,884 --> 00:07:07,845 Mak undi untuk turap taman? 135 00:07:07,845 --> 00:07:10,889 Mak mengundi untuk pastikan kita masih ada pemanas musim sejuk ini. 136 00:07:10,889 --> 00:07:13,517 Mak, taman tak boleh pertahankan dirinya sendiri. 137 00:07:13,517 --> 00:07:17,104 Melainkan ia dipenuhi tumbuhan perangkap Venus yang makan serangga. 138 00:07:18,313 --> 00:07:21,733 Tapi rasanya ia tak tumbuh di kawasan ini, jadi... 139 00:07:22,901 --> 00:07:23,902 Terima kasih, David. 140 00:07:26,071 --> 00:07:28,407 Saya nak ke tandas. 141 00:07:32,536 --> 00:07:34,621 Mereka yang mengundi untuk musnahkan taman 142 00:07:34,621 --> 00:07:36,748 bukan sebab mereka tak suka alam sekitar. 143 00:07:36,748 --> 00:07:39,334 Mereka lakukannya sebab perlu buat pilihan yang sukar. 144 00:07:40,127 --> 00:07:43,380 Kita boleh ambil sedikit duit daripada semuanya 145 00:07:43,380 --> 00:07:45,549 atau buat satu pilihan utama. 146 00:07:47,384 --> 00:07:49,469 Kenapa mak rasa kamu dah tak dengar cakap mak? 147 00:07:49,469 --> 00:07:50,554 Kecil. 148 00:08:00,147 --> 00:08:03,150 David, armadilo pink fairy boleh mengelak batu di bawah tanah 149 00:08:03,150 --> 00:08:05,402 sebab ia lebih kecil daripada mesin menggali, bukan? 150 00:08:05,402 --> 00:08:06,320 Jadi? 151 00:08:06,904 --> 00:08:10,449 Jika kita nak kejar pink fairy dan mengelak semua batu itu, 152 00:08:10,449 --> 00:08:12,659 kita perlu jadi lebih kecil daripada sekarang. 153 00:08:12,659 --> 00:08:14,703 Tapi bagaimana dengan selamatkan taman? 154 00:08:16,079 --> 00:08:18,874 Saya masih tak tahu cara untuk lakukannya. 155 00:08:19,917 --> 00:08:22,211 Tapi jika kita boleh menyaingi armadilo pink fairy, 156 00:08:22,211 --> 00:08:23,337 kita boleh tahu apa yang ia makan. 157 00:08:23,337 --> 00:08:25,422 Mungkin ia akan bantu kita membantu haiwan 158 00:08:25,422 --> 00:08:26,924 yang tinggal di bawah tanah di taman. 159 00:08:28,550 --> 00:08:29,676 Apa bunyi itu? 160 00:08:32,386 --> 00:08:33,889 Kita tak boleh buang masa. 161 00:08:45,400 --> 00:08:47,236 Kita perlu mengelak batu besar itu. 162 00:08:47,236 --> 00:08:48,612 Baiklah. Sedia. 163 00:08:48,612 --> 00:08:51,281 Kita akan jadi lebih kecil daripada pink fairy. 164 00:08:57,829 --> 00:09:00,040 Lebih mudah untuk bergerak dalam tanah dengan saiz begini. 165 00:09:00,040 --> 00:09:02,584 Saya harap kita akan jumpa armadilo pink fairy segera. 166 00:09:10,968 --> 00:09:12,678 Kita baru kehilangan semua kuasa di enjin utama. 167 00:09:12,678 --> 00:09:15,097 Itu cara menarik untuk cakap "kita terkandas"? 168 00:09:15,973 --> 00:09:17,015 Kita terkandas. 169 00:09:18,308 --> 00:09:19,309 Awak dengar? 170 00:09:19,309 --> 00:09:21,728 Bunyi mencakar yang menakutkan itu? 171 00:09:21,728 --> 00:09:23,438 Ya, saya dengar. 172 00:09:23,438 --> 00:09:25,482 Awak rasa itu armadilo pink fairy? 173 00:09:26,233 --> 00:09:27,985 Masa untuk tekan butang. 174 00:09:27,985 --> 00:09:30,153 Beep, boop, beep, boop, beep... 175 00:09:31,488 --> 00:09:32,447 David, lihat. 176 00:09:34,533 --> 00:09:36,076 Ia cuma semut. 177 00:09:36,076 --> 00:09:38,370 Semut yang sangat besar. 178 00:09:38,370 --> 00:09:42,374 Tapi kita boleh uruskan seekor semut. Betul, Jane? 179 00:09:44,334 --> 00:09:46,295 Jika ada seekor semut, pasti ada banyak lagi. 180 00:09:51,008 --> 00:09:53,135 Mungkin saya buat kita jadi terlalu kecil? 181 00:10:01,977 --> 00:10:03,937 - Awak okey? - Tak sangka semut sangat kuat. 182 00:10:03,937 --> 00:10:05,814 Semut mungkin kecil, tapi ia sangat kuat. 183 00:10:05,814 --> 00:10:08,483 Ia boleh angkat lebih sepuluh kali ganda berat badan sendiri. 184 00:10:08,483 --> 00:10:11,111 Apabila ia bekerjasama, ia akan jadi lebih kuat. 185 00:10:11,111 --> 00:10:12,571 Sudah tentu. 186 00:10:12,571 --> 00:10:14,740 Memandangkan kita belum jumpa armadilo pink fairy, 187 00:10:14,740 --> 00:10:17,618 mungkin kita boleh selamatkan taman mengikut cara semut. 188 00:10:18,202 --> 00:10:19,328 Gigit pekerja? 189 00:10:19,328 --> 00:10:22,164 Tak. Ayuh. Kita perlu keluar. 190 00:10:27,294 --> 00:10:32,216 Hei, saya akan cuba tanam semula di pangsapuri saya. 191 00:10:32,216 --> 00:10:35,928 Terima kasih. Saya tahu awak cakap ramai orang nak musnahkan taman, 192 00:10:35,928 --> 00:10:37,930 tapi saya pasti ada ramai orang yang tak setuju. 193 00:10:37,930 --> 00:10:39,139 Ya, saya tak setuju. 194 00:10:39,139 --> 00:10:41,099 Jane tak setuju. Greybeard tak setuju. 195 00:10:41,975 --> 00:10:43,393 Saya harap itu mencukupi 196 00:10:43,393 --> 00:10:45,604 dan undian daripada semua patung sumbat dikira. 197 00:10:45,604 --> 00:10:48,190 Jika orang yang bersetuju tahu akibat tindakan mereka 198 00:10:48,190 --> 00:10:51,276 kepada haiwan yang tinggal di sini, saya tahu mereka akan ubah fikiran. 199 00:10:51,902 --> 00:10:52,903 Lihat. 200 00:10:53,862 --> 00:10:57,699 "Alam sekitar boleh menang jika kita beri ia peluang." 201 00:10:57,699 --> 00:10:59,034 Jane Goodall cakap begitu. 202 00:10:59,701 --> 00:11:02,454 Annisa, bagaimana kami nak beri peluang pada taman ini? 203 00:11:02,454 --> 00:11:04,540 Ya. Pasti ada sesuatu yang kami boleh buat. 204 00:11:05,582 --> 00:11:07,417 Rasanya kamu boleh cuba buat petisyen. 205 00:11:07,417 --> 00:11:10,087 Saya dah agak. Petisyen. Sudah tentu. 206 00:11:10,754 --> 00:11:11,755 Apa maksud petisyen? 207 00:11:12,714 --> 00:11:14,758 Ia permintaan untuk ubah sesuatu. 208 00:11:15,509 --> 00:11:18,262 Minta orang tandatanganinya dan lebih ramai orang tandatangan, 209 00:11:18,262 --> 00:11:19,888 lebih besar kuasanya. 210 00:11:20,472 --> 00:11:22,683 Jika kamu boleh dapatkan lebih daripada separuh tandatangan penghuni 211 00:11:22,683 --> 00:11:24,434 untuk petisyen menyelamatkan taman, 212 00:11:24,434 --> 00:11:26,395 - saya akan... - Hentikan semua ini? 213 00:11:27,312 --> 00:11:30,232 Ya, tapi bukan mudah untuk buat orang... 214 00:11:30,232 --> 00:11:31,650 Kami akan dapatkan tandatangan semua orang. 215 00:11:31,650 --> 00:11:33,193 ...ubah fikiran. 216 00:11:33,193 --> 00:11:36,113 Kita juga perlukan orang yang sanggup bantu menjaga taman ini. 217 00:11:36,113 --> 00:11:39,074 - Kita masih tiada duit untuk itu. - Kita akan cari penyelesaiannya. 218 00:11:40,909 --> 00:11:41,910 Dengan cepat. 219 00:11:51,044 --> 00:11:52,254 Hai, En. Jin. 220 00:11:52,254 --> 00:11:54,423 Boleh kami beritahu tentang petisyen taman kami? 221 00:11:54,423 --> 00:11:55,841 {\an8}SELAMATKAN TAMAN 222 00:11:56,633 --> 00:12:00,053 Jika kita bekerja keras sedikit, kita boleh selamatkan taman. 223 00:12:02,514 --> 00:12:04,349 Jangan buang air kecil di taman. 224 00:12:07,144 --> 00:12:10,439 Jadi, semua haiwan kecil yang malang itu terperangkap? 225 00:12:10,439 --> 00:12:11,356 Serangga juga. 226 00:12:11,356 --> 00:12:13,317 Saya tak begitu peduli tentang serangga. 227 00:12:13,317 --> 00:12:14,860 Kebanyakannya haiwan. 228 00:12:14,860 --> 00:12:18,030 Saya setuju jika ia untuk haiwan. Ya. 229 00:12:23,368 --> 00:12:25,037 Jangan risau. Kami tak minta awak menyanyi. 230 00:12:25,037 --> 00:12:28,373 Kami cuma nak awak tandatangan ini supaya kami boleh selamatkan taman. 231 00:12:28,373 --> 00:12:30,000 Serta armadilo pink fairy. 232 00:12:30,918 --> 00:12:32,794 Fikirkannya. Awak berada di bawah tanah, 233 00:12:32,794 --> 00:12:35,255 tak pedulikan hal orang lain dan tiba-tiba 234 00:12:35,255 --> 00:12:39,259 pasukan pembinaan mula menggali tempat awak dan rosakkan semuanya. 235 00:12:40,010 --> 00:12:41,970 "Tidak! Bantu kami!" 236 00:12:42,471 --> 00:12:44,473 Alam sekitar boleh menang jika diberi peluang. 237 00:12:44,473 --> 00:12:46,892 Wah! Saya harap saya tahu tentangnya lebih awal. 238 00:12:46,892 --> 00:12:49,311 Sudah tentu. Kami nak bantu selamatkan taman. 239 00:12:51,188 --> 00:12:53,524 - Awak suka berkebun? - Serta jadi sukarelawan? 240 00:12:55,984 --> 00:12:57,569 - Sudah tentu. Ya. - Saya... sukakannya. Ya. 241 00:13:00,531 --> 00:13:01,865 Helo, cik... 242 00:13:02,574 --> 00:13:04,576 - Garcia. - Cik Garcia. 243 00:13:04,576 --> 00:13:06,495 Nama saya Jane dan saya kumpulkan tandatangan 244 00:13:06,495 --> 00:13:08,580 untuk halang taman kita daripada dimusnahkan. 245 00:13:08,580 --> 00:13:12,125 Betulkah? Awak ada duit yang cukup untuk taman baru dan menyelenggaranya? 246 00:13:12,125 --> 00:13:14,419 Saya gembira awak tanya begitu. Kami akan bina taman semula jadi 247 00:13:14,419 --> 00:13:16,338 yang boleh diuruskan dengan mudah. 248 00:13:16,338 --> 00:13:19,550 Kita boleh biarkan rumput tumbuh dan tak perlu risau tentang rumpai. 249 00:13:19,550 --> 00:13:22,302 Kami juga ada senarai sukarelawan yang akan beri kerjasama. 250 00:13:23,220 --> 00:13:25,430 Jadi, boleh tandatangan petisyen kami? 251 00:13:27,015 --> 00:13:28,225 Sudah tentu. 252 00:13:30,102 --> 00:13:31,228 Jadi sukarelawan juga? 253 00:13:31,228 --> 00:13:32,646 Ya, tak nak. 254 00:13:34,022 --> 00:13:36,483 Tapi saya ada anak hebat yang nak membantu. 255 00:13:38,902 --> 00:13:40,487 Sekejap! Berhenti! 256 00:13:41,280 --> 00:13:42,739 Annisa, kami berjaya! 257 00:13:42,739 --> 00:13:44,157 Dapat apa? 258 00:13:44,157 --> 00:13:47,160 - Tandatangan untuk petisyen. - Kami nak kekalkan taman, 259 00:13:47,160 --> 00:13:48,996 dan sukarelawan taman akan menjaganya. 260 00:13:51,456 --> 00:13:53,500 Masih perlukan satu tandatangan. 261 00:13:58,505 --> 00:14:00,924 Selesai. Semua dah tandatangan. 262 00:14:02,092 --> 00:14:03,969 Taman ini takkan dimusnahkan. 263 00:14:05,304 --> 00:14:06,513 Biar betul. 264 00:14:07,014 --> 00:14:08,390 Kamu berjaya yakinkan En. Jin? 265 00:14:08,390 --> 00:14:10,642 Dia juga cakap dia akan bantu dengan jawatankuasa taman. 266 00:14:11,143 --> 00:14:13,729 Kami akan uruskannya, kami semua. 267 00:14:15,105 --> 00:14:16,106 Saya janji. 268 00:14:16,690 --> 00:14:17,816 Syabas. 269 00:14:19,276 --> 00:14:22,738 Saya asyik berfikir tentang semua yang hidup di bawah tanah. 270 00:14:23,405 --> 00:14:25,365 Rasanya ia perlukan rumah macam kita juga, bukan? 271 00:14:27,784 --> 00:14:30,370 Armadilo pink fairy perlukan rumah. 272 00:14:30,370 --> 00:14:32,873 Rumah yang jauh dari jalan dan pembinaan. 273 00:14:32,873 --> 00:14:35,542 Jika kita temuinya, mungkin kita boleh tahu apa yang ia makan. 274 00:14:35,542 --> 00:14:37,669 - Masa untuk sambung misi. - Ayuh. 275 00:14:47,137 --> 00:14:50,390 Jika kita nak selamat daripada semut dan cari armadilo pink fairy, 276 00:14:50,390 --> 00:14:52,434 kita perlu alirkan semula kuasa ke enjin utama. 277 00:14:52,434 --> 00:14:53,727 Baik, kapten. 278 00:14:53,727 --> 00:14:56,438 Kuasa ke enjin pada 75 peratus. 279 00:14:57,439 --> 00:15:00,609 Lapan puluh. Seratus peratus. Baiklah. 280 00:15:00,609 --> 00:15:02,319 Kita dah sedia. Mula memecut. 281 00:15:08,158 --> 00:15:09,743 Ada sesuatu di depan, Jane. 282 00:15:09,743 --> 00:15:11,161 Mara, kelajuan penuh. 283 00:15:21,797 --> 00:15:23,632 Berundur, kelajuan penuh. 284 00:15:23,632 --> 00:15:27,803 - Banyak semut. Lebih banyak semut. - Kita di tengah koloni semut. 285 00:15:29,972 --> 00:15:31,139 Berundur! 286 00:15:34,434 --> 00:15:35,936 Ada batu di belakang kita. 287 00:15:35,936 --> 00:15:37,354 Semut yang marah di depan kita. 288 00:15:40,148 --> 00:15:41,441 Kita terperangkap. 289 00:15:44,194 --> 00:15:46,029 Armadilo pink fairy. 290 00:15:50,450 --> 00:15:52,953 Ia selamatkan kita, ia pemakan semut. 291 00:15:53,954 --> 00:15:55,497 Misi tercapai. 292 00:15:55,497 --> 00:15:58,166 Awak tahu betapa sukarnya melihat sesuatu seperti ini? 293 00:15:58,166 --> 00:16:00,043 Sukar seperti melihat pari-pari sebenar? 294 00:16:01,044 --> 00:16:02,838 Mungkin tak sukar seperti itu. 295 00:16:04,423 --> 00:16:05,841 Kenapa ia berhenti? 296 00:16:05,841 --> 00:16:07,593 Sebab ia dah berada di rumahnya. 297 00:16:08,343 --> 00:16:09,511 Dengar, David. 298 00:16:09,511 --> 00:16:12,681 Tiada kereta. Tiada jalan. Tiada pembinaan. 299 00:16:12,681 --> 00:16:13,849 Tiada apa-apa. 300 00:16:13,849 --> 00:16:17,227 Tapi ia dekat dengan makanannya, semut. 301 00:16:17,227 --> 00:16:19,479 Kita dah tahu yang armadilo pink fairy 302 00:16:19,479 --> 00:16:21,815 tinggal dekat dengan makanannya. Kita boleh belajar lebih lagi tentangnya. 303 00:16:21,815 --> 00:16:24,151 - Serta lindunginya. - Betul. 304 00:16:29,323 --> 00:16:30,407 Kita patut biarkan ia tidur. 305 00:16:33,327 --> 00:16:34,536 Selamat malam. 306 00:16:43,462 --> 00:16:49,384 Saya perlu akui yang saya suka kita beri peluang kepada alam sekitar. 307 00:16:49,384 --> 00:16:51,470 Saya faham apa yang awak buat. 308 00:16:52,888 --> 00:16:54,014 Kenapa, Jane? 309 00:16:54,723 --> 00:16:56,058 Saya gembira kita selamatkan taman, 310 00:16:56,058 --> 00:16:58,227 tapi saya risau tentang armadilo pink fairy. 311 00:16:58,227 --> 00:17:02,064 Armadilo pink fairy? Saya tak pernah mendengarnya. 312 00:17:02,064 --> 00:17:03,565 Ramai yang tak pernah dengar. 313 00:17:03,565 --> 00:17:06,609 Ia armadilo hebat mirip hamster dengan susyi merah jambu di belakangnya. 314 00:17:06,609 --> 00:17:08,529 Ia makan semut dan menggali. 315 00:17:09,029 --> 00:17:10,364 Ia spesies terancam. 316 00:17:10,364 --> 00:17:12,366 Kita boleh buat perubahan dengan petisyen, 317 00:17:12,366 --> 00:17:14,451 tapi bercakap dengan orang juga membantu. 318 00:17:15,243 --> 00:17:17,954 Ia sama seperti serangga dan haiwan di bawah taman. 319 00:17:17,954 --> 00:17:21,040 Jika manusia tak bercakap tentangnya, orang takkan tahu ia perlu bantuan kita. 320 00:17:21,541 --> 00:17:22,835 Betul cakap awak, Annisa. 321 00:17:23,417 --> 00:17:25,838 David, misi armadilo pink fairy kita masih belum tamat. 322 00:17:25,838 --> 00:17:27,256 Belum tamat? 323 00:17:27,256 --> 00:17:29,299 Kami akan datang semula untuk membantu di taman, Annisa. 324 00:17:29,299 --> 00:17:30,592 Ayuh. 325 00:17:31,426 --> 00:17:32,427 Jumpa nanti. 326 00:17:32,427 --> 00:17:33,512 Jumpa nanti! 327 00:17:38,934 --> 00:17:39,977 Masuk. 328 00:17:43,105 --> 00:17:45,440 Awak tahu alam sekitar boleh menang jika diberi peluang? 329 00:17:46,400 --> 00:17:48,068 {\an8}Begitu juga armadilo pink fairy. 330 00:17:49,278 --> 00:17:51,405 Ia spesies terancam yang perlukan bantuan kita. 331 00:17:51,989 --> 00:17:53,532 Bagaimana saya boleh membantu? 332 00:17:58,745 --> 00:18:00,664 Bantu selamatkan armadilo. 333 00:18:04,001 --> 00:18:06,962 Mak, boleh benarkan David masuk? Dia lewat. 334 00:18:06,962 --> 00:18:08,046 Untuk apa? 335 00:18:08,046 --> 00:18:11,049 - Panggilan kami dengan Mariella Superina. - Siapa itu? 336 00:18:11,049 --> 00:18:12,801 Pakar armadilo pink fairy. 337 00:18:12,801 --> 00:18:15,220 Dia tinggal di Argentina dan dia sedang menghubungi kami. 338 00:18:15,220 --> 00:18:17,472 Okey, mak pergi segera. 339 00:18:18,223 --> 00:18:19,308 Hai, Mariella. 340 00:18:19,308 --> 00:18:20,392 Hai, Jane. 341 00:18:21,310 --> 00:18:22,436 Di mana David? 342 00:18:22,436 --> 00:18:24,938 Kami baru selesai beritahu para jiran tentang armadilo pink fairy. 343 00:18:26,940 --> 00:18:29,735 Maaf saya lewat. Kami ada ramai jiran. 344 00:18:30,235 --> 00:18:33,113 Kami sedar masih ramai yang tak pernah dengar tentang armadilo pink fairy 345 00:18:33,113 --> 00:18:35,115 semasa kami menjejak armadilo di bawah tanah. 346 00:18:35,115 --> 00:18:37,993 Bunyinya macam pengembaraan hebat. Kamu jumpa armadilo pink fairy? 347 00:18:37,993 --> 00:18:39,870 Ada. Ia sangat comel. 348 00:18:39,870 --> 00:18:43,498 Semut yang ia makan tak fikir begitu, tapi saya dan David sependapat. 349 00:18:43,498 --> 00:18:45,792 - Sangat comel. - Rupanya begini? 350 00:18:45,792 --> 00:18:47,294 Memang sama. 351 00:18:47,294 --> 00:18:50,005 Kenapa tak ramai orang yang tahu tentang armadilo pink fairy? 352 00:18:50,005 --> 00:18:51,381 Biar saya tunjukkan peta. 353 00:18:51,381 --> 00:18:54,468 Ia hanya tinggal di Argentina dan ia tinggal di bawah tanah, 354 00:18:54,468 --> 00:18:57,513 jadi sangat sukar untuk mencari dan mengkajinya. 355 00:18:57,513 --> 00:18:59,890 Bagaimana armadilo pink fairy dapat namanya? 356 00:18:59,890 --> 00:19:02,851 Sebab sejujurnya, rupanya tak macam pari-pari. 357 00:19:03,393 --> 00:19:04,603 Tiada sayap. 358 00:19:04,603 --> 00:19:08,815 Pink fairy berasal daripada "sesuai," bermaksud kecil atau kerdil, 359 00:19:08,815 --> 00:19:11,193 dan "pink" disebabkan cangkerangnya. 360 00:19:11,193 --> 00:19:12,402 Kenapa ia merah jambu? 361 00:19:12,402 --> 00:19:15,405 Cangkerang itu merah jambu pucat sebab ia menyedut semua darah 362 00:19:15,405 --> 00:19:18,867 ke dalam badan untuk pastikan badannya kekal hangat dan apabila sangat panas, 363 00:19:18,867 --> 00:19:22,663 ia bebaskan darah ke dalam cangkerang dan ia menjadi merah jambu pekat. 364 00:19:22,663 --> 00:19:24,039 Hebatnya. 365 00:19:24,039 --> 00:19:25,332 Kadangkala menarik. 366 00:19:26,083 --> 00:19:27,501 Faham? 367 00:19:28,794 --> 00:19:30,128 Bagaimana ia boleh rasa panas? 368 00:19:30,128 --> 00:19:32,923 Apabila ia menggali, ia berdiri dengan kaki belakang, 369 00:19:32,923 --> 00:19:35,801 dan guna hujung ekor sebagai kaki kelima 370 00:19:35,801 --> 00:19:39,304 supaya ia boleh berdiri tegak dan menggali dengan lebih kuat. 371 00:19:39,304 --> 00:19:42,140 Hebat apabila sesuatu yang sangat kecil boleh buat begitu. 372 00:19:42,140 --> 00:19:46,061 Bahagian pelindung pinggulnya juga ada peranan penting semasa ia menggali. 373 00:19:46,687 --> 00:19:47,813 Biar saya tunjukkan. 374 00:19:47,813 --> 00:19:49,273 Nampak cara ia menggali? 375 00:19:49,273 --> 00:19:53,026 Ia tolak pasir ke belakang guna pelindung pinggulnya. 376 00:19:53,026 --> 00:19:55,279 Jadi ia kosongkan ruang di depannya. 377 00:19:55,279 --> 00:19:57,531 Wah! Rasanya pinggul saya tak boleh buat begitu. 378 00:19:58,740 --> 00:19:59,992 Awak memang suka armadilo? 379 00:19:59,992 --> 00:20:02,369 Saya 18 tahun semasa kali pertama melihat armadilo 380 00:20:02,369 --> 00:20:04,496 dan saya tak tahu ia wujud. 381 00:20:04,496 --> 00:20:08,375 Tiga puluh tahun kemudian, saya masih buat kajian tentang armadilo, 382 00:20:08,375 --> 00:20:10,377 dan dedikasikan hidup kepadanya. 383 00:20:10,377 --> 00:20:12,504 Besarnya. 384 00:20:12,504 --> 00:20:13,881 Armadilo sangat hebat. 385 00:20:13,881 --> 00:20:16,383 Haiwan paling kecil dan rupa paling aneh 386 00:20:16,383 --> 00:20:17,926 patut dikaji. 387 00:20:17,926 --> 00:20:20,137 Ia sama penting dan perlukan bantuan kita 388 00:20:20,137 --> 00:20:21,763 untuk menghadapi ancamannya. 389 00:20:21,763 --> 00:20:23,974 Apa yang mengancam armadilo pink fairy? 390 00:20:23,974 --> 00:20:27,060 Pertama sekalia ditangkap dan dijadikan haiwan peliharaan. 391 00:20:27,060 --> 00:20:32,065 Perubahan iklim juga antara punca ia kehilangan habitatnya. 392 00:20:32,065 --> 00:20:35,319 Jika hujan lebat, tempat ia menggali banjir. 393 00:20:35,319 --> 00:20:36,904 Apa kami boleh buat untuk membantunya? 394 00:20:36,904 --> 00:20:39,281 Pentingkan alam sekitar dalam kehidupan harian. 395 00:20:39,281 --> 00:20:42,868 Ada banyak makhluk kecil yang hidup di sekeliling kamu 396 00:20:42,868 --> 00:20:48,081 yang mungkin kamu tak tahu tentangnya, jadi keluar, nikmati alam sekitar, 397 00:20:48,081 --> 00:20:53,545 cari makhluk kecil, perhatikannya dan berseronok. 398 00:20:53,545 --> 00:20:54,880 Jangan bawa ia pulang. 399 00:20:54,880 --> 00:20:57,341 Haiwan liar tak sepatutnya dijadikan haiwan peliharaan. 400 00:20:57,341 --> 00:20:59,468 Kami akan lakukannya. 401 00:20:59,468 --> 00:21:02,137 Sudah tentu. Saya nak ia hidup selamanya. 402 00:21:02,137 --> 00:21:05,516 Terima kasih banyak sebab terangkan tentang armadilo pink fairy, Mariella. 403 00:21:05,516 --> 00:21:06,683 Terima kasih. 404 00:21:06,683 --> 00:21:11,146 Ingat, lindungi armadilo dan biarkan ia terus menjadi haiwan liar. 405 00:21:11,730 --> 00:21:14,691 - Selamat tinggal! - Selamat tinggal, Mariella! 406 00:21:29,498 --> 00:21:31,500 Sekejap, itu semut? 407 00:21:31,500 --> 00:21:32,960 Ia dah jumpa kita! 408 00:21:32,960 --> 00:21:34,336 Cepat. Ke mesin menggali. 409 00:22:15,460 --> 00:22:17,462 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid