1 00:00:31,250 --> 00:00:32,125 Lara! 2 00:00:46,083 --> 00:00:46,916 Jonah. 3 00:00:47,500 --> 00:00:48,416 Jonah! 4 00:01:43,208 --> 00:01:45,750 BERDASARKAN FRANCAIS PERMAINAN VIDEO "TOMB RAIDER" 5 00:01:57,250 --> 00:01:58,083 Jonah. 6 00:02:02,375 --> 00:02:03,208 Jonah! 7 00:02:07,875 --> 00:02:09,041 Jonah. 8 00:02:21,583 --> 00:02:22,875 Tidak. 9 00:02:23,375 --> 00:02:25,916 Tidak, Jonah! Tolonglah, jangan! 10 00:03:11,958 --> 00:03:13,166 Kau nampak penat. 11 00:03:13,666 --> 00:03:16,541 Makam memang tak menyeronokkan apabila kosong. 12 00:03:17,041 --> 00:03:17,875 Betul tak? 13 00:03:19,083 --> 00:03:22,166 Kau dah menemuinya. Di mana Batu Bencana itu? 14 00:03:22,750 --> 00:03:25,625 - Batu Bencana? - Batu delima itu. Di mana? 15 00:03:26,583 --> 00:03:28,041 Disebabkan kau, 16 00:03:29,250 --> 00:03:31,958 kawan aku dah mati. 17 00:03:33,125 --> 00:03:34,750 Tak, Cik Croft. 18 00:03:34,833 --> 00:03:36,791 Kawan kau mati kerana kau. 19 00:03:37,416 --> 00:03:40,416 Orang macam kita tak patut ada teman. 20 00:03:41,041 --> 00:03:43,500 Itu pengajaran untuk kau hari ini. 21 00:03:51,375 --> 00:03:53,208 Kau nak sangat batu delima ini? 22 00:03:53,708 --> 00:03:54,833 Pergilah tangkap. 23 00:03:55,583 --> 00:03:56,416 Tidak! 24 00:04:05,791 --> 00:04:08,750 Masuk! Teruk kau semua kena dengan aku! 25 00:04:09,333 --> 00:04:10,333 Kau memang lemah. 26 00:04:13,083 --> 00:04:13,916 Apa cerita? 27 00:04:15,750 --> 00:04:18,125 - Zip… - LC, apa masalah kau? 28 00:04:18,208 --> 00:04:22,125 Kau menghilang selepas kejadian pelik. Kau tak angkat telefon. 29 00:04:22,208 --> 00:04:24,541 Abby tanya aku tentang lokasi Jonah. 30 00:04:24,625 --> 00:04:25,666 Jonah dah mati. 31 00:04:30,500 --> 00:04:31,416 Ya Tuhan. 32 00:04:32,500 --> 00:04:33,708 Aku bersimpati. 33 00:04:35,791 --> 00:04:36,666 Baliklah. 34 00:04:37,416 --> 00:04:39,291 Lara, baliklah. 35 00:04:39,791 --> 00:04:42,583 Tak. Aku perlu siasat semua ini. 36 00:04:43,125 --> 00:04:44,958 Kenapa batu-batu itu penting? 37 00:04:45,583 --> 00:04:48,125 Aku kena selesaikan urusan aku di sini. 38 00:04:49,541 --> 00:04:52,708 Lara, tak salah untuk bersedih. 39 00:04:57,416 --> 00:05:01,375 Item nombor 033061. 40 00:05:01,458 --> 00:05:03,833 Ada di manor. Hantar guna saluran biasa. 41 00:05:03,916 --> 00:05:06,875 - Aku akan ambil di Beijing. - Lara, jangan letak… 42 00:05:30,125 --> 00:05:32,750 Hai, Sam. Ini aku. 43 00:05:33,583 --> 00:05:34,791 Aku tak tahu kenapa… 44 00:05:35,458 --> 00:05:37,750 Aku tak tahu nak mengadu dengan siapa. 45 00:05:39,875 --> 00:05:40,875 Maaf. 46 00:05:45,416 --> 00:05:48,333 - Aku dah larang kau datang. - Kau bukan mak aku. 47 00:05:49,000 --> 00:05:51,125 Hei! Aku nak tolong. 48 00:05:51,875 --> 00:05:53,666 Bukan kau saja yang bersedih. 49 00:05:54,166 --> 00:05:56,666 Aku takkan rasa kemesraan sebegitu lagi. 50 00:05:57,250 --> 00:05:59,958 Kau tahulah, cara dia mendengar kita bercerita. 51 00:06:00,041 --> 00:06:03,291 Macam dia tak tergesa-gesa untuk teruskan hidupnya. 52 00:06:03,791 --> 00:06:06,833 Hidupnya macam untuk dengar tentang kita saja. 53 00:06:08,333 --> 00:06:09,416 Itu yang aku suka. 54 00:06:31,625 --> 00:06:34,041 Bagaimana kami boleh bantu cik? 55 00:06:34,125 --> 00:06:36,041 Saya kawan Alexandria. 56 00:06:38,458 --> 00:06:40,833 Baiklah. Ikut saya. 57 00:06:41,583 --> 00:06:43,000 Siapa Alexandria? 58 00:06:43,083 --> 00:06:47,000 - Bukan "siapa", tapi "apa". - Aku tak suka apabila kau bermisteri. 59 00:06:47,083 --> 00:06:49,166 Meremang bulu roma aku dibuatnya. 60 00:07:06,416 --> 00:07:08,708 Ini Perpustakaan cawangan Beijing. 61 00:07:08,791 --> 00:07:12,291 Persatuan antarabangsa yang memulihkan artifak, membaikinya, 62 00:07:12,375 --> 00:07:14,916 mengembalikannya ke tempat asal jika dicuri. 63 00:07:15,500 --> 00:07:17,083 Siapa yang curi artifak? 64 00:07:18,833 --> 00:07:20,916 Oh, baiklah. 65 00:07:28,166 --> 00:07:29,458 Cik Puan Croft. 66 00:07:29,541 --> 00:07:30,375 Eva. 67 00:07:31,083 --> 00:07:34,583 Saya taklah gembira jumpa awak. Jika awak nak curi sesuatu, 68 00:07:34,666 --> 00:07:37,666 saya jamin, keselamatan kami lebih baik kali ini. 69 00:07:45,291 --> 00:07:46,666 Pedang Ketuhanan. 70 00:07:47,166 --> 00:07:49,000 - Ayah saya jumpa… - Dia curi. 71 00:07:50,541 --> 00:07:53,166 Awak nak pulangkannya kerana tergerak hati? 72 00:07:53,250 --> 00:07:55,333 Saya nak tahu tentang Batu Bencana. 73 00:07:56,583 --> 00:07:58,000 Bapa borek, anak rintik. 74 00:07:58,541 --> 00:08:02,291 Mengejar mitos macamlah ada emas di penghujungnya. 75 00:08:07,083 --> 00:08:08,291 Ikut saya. 76 00:08:11,416 --> 00:08:16,458 Batu Bencana ialah antara legenda tertua di China. 77 00:08:19,875 --> 00:08:24,333 Sebelum adanya kehidupan, wujud huru-hara dan ketenteraman. 78 00:08:25,541 --> 00:08:27,083 Kedua-dua asyik bertembung 79 00:08:27,583 --> 00:08:32,458 hinggalah Dewi Nu'wa menjinakkannya di puncak Gunung Kunlun. 80 00:08:33,666 --> 00:08:37,583 Dengan keseimbangan yang terhasil, dunia telah tercipta. 81 00:08:37,666 --> 00:08:39,625 Kita telah tercipta. 82 00:08:39,708 --> 00:08:45,666 Namun, tak lama kemudian, manusia menjadi tamak, ganas dan kejam. 83 00:08:46,916 --> 00:08:49,875 Lalu, neraca huru-hara menjadi lebih berat. 84 00:08:51,041 --> 00:08:52,875 Kita hampir musnah kerananya. 85 00:08:54,791 --> 00:08:56,416 Untuk menyelamatkan dunia, 86 00:08:56,916 --> 00:09:00,416 Nu'wa telah mengurung empat kejahatan terbesar manusia, 87 00:09:00,500 --> 00:09:01,750 atau bencana, 88 00:09:01,833 --> 00:09:06,041 iaitu kuasa, amarah, ketamakan dan pengkhianatan, 89 00:09:06,708 --> 00:09:08,666 dan menyimpan lebihannya 90 00:09:08,750 --> 00:09:11,916 di dalam empat batu permata yang diambil dari langit. 91 00:09:12,958 --> 00:09:17,666 Nu'wa kemudiannya memisahkan setiap Batu Bencana jauh ke sudut dunia 92 00:09:18,166 --> 00:09:22,333 agar tiada manusia dapat mencari dan membebaskan kuasanya lagi. 93 00:09:24,333 --> 00:09:26,000 Disebabkan Nu'wa, 94 00:09:26,541 --> 00:09:30,041 dunia kekal seimbang. 95 00:09:32,333 --> 00:09:33,416 Wah! 96 00:09:33,500 --> 00:09:37,583 Saya dapat bayangkannya dengan jelas. Awak memang pandai bercerita! 97 00:09:37,666 --> 00:09:40,333 Apa berlaku jika Batu Bencana ditemui semula? 98 00:09:40,416 --> 00:09:42,625 Batu Bencana tak wujud. 99 00:09:43,125 --> 00:09:46,791 - Itu cuma mitos penciptaan. - Apa akan jadi menurut mitos itu? 100 00:09:47,833 --> 00:09:52,375 Jika batu-batu itu digabungkan semula, bencana akan memberatkan neraca semula, 101 00:09:52,458 --> 00:09:55,250 dan dunia akan kembali huru-hara. 102 00:09:55,750 --> 00:09:57,750 Huru-hara yang macam mana? 103 00:09:58,541 --> 00:10:00,416 Kebakaran, ribut dan perang. 104 00:10:01,083 --> 00:10:03,416 Penamat segala perkara. 105 00:10:06,041 --> 00:10:09,875 Kenapa dunia tak boleh berakhir dengan kek cawan dan unikorn? 106 00:10:16,750 --> 00:10:17,791 Jumpa apa-apa? 107 00:10:22,833 --> 00:10:25,250 Pisau belati ini milik askar upahan elit Turki. 108 00:10:25,958 --> 00:10:29,166 Selepas kejatuhan Dinasti Tang, askar upahan terbaik pulang ke Istanbul 109 00:10:29,250 --> 00:10:31,333 dan akhirnya menjadi Pasukan Abadi. 110 00:10:31,416 --> 00:10:33,833 Mereka macam pasukan SEAL untuk Empayar Byzantine. 111 00:10:36,041 --> 00:10:40,250 Semak silang dengan peristiwa pelik, bencana dan jenayah luar biasa. 112 00:10:41,500 --> 00:10:44,750 Ada sesuatu yang menarik. Nama keluarga yang sama… 113 00:10:48,791 --> 00:10:51,750 Nama keluarga sama asyik muncul dalam rekod jenayah 114 00:10:51,833 --> 00:10:54,000 sejak abad ke-11. 115 00:10:54,083 --> 00:10:57,791 - Khabar angin kata keluarga itu disumpah. - Jenayah apa? 116 00:10:57,875 --> 00:10:59,750 Pelbagai jenis jenayah. 117 00:10:59,833 --> 00:11:04,541 Kes terakhir, ketua keluarga itu bunuh ketiga-tiga anak lelakinya pada 1978. 118 00:11:04,625 --> 00:11:06,083 Sebelum dihukum mati, 119 00:11:06,166 --> 00:11:08,958 dia kata isterinya ahli sihir yang buat dia lakukannya 120 00:11:09,041 --> 00:11:10,833 menggunakan permata ajaib. 121 00:11:13,291 --> 00:11:15,125 Aku tahu. Aku buat kau kagum. 122 00:11:20,041 --> 00:11:21,125 Di mana budak itu? 123 00:11:21,208 --> 00:11:22,916 Begini… 124 00:11:23,625 --> 00:11:24,833 Itulah masalahnya. 125 00:11:26,375 --> 00:11:29,000 Budak itu ialah Elvan Kaya. 126 00:11:29,083 --> 00:11:31,500 Panglima terkenal. Panglima wanita? 127 00:11:32,375 --> 00:11:33,833 Dia mengetuai perang. 128 00:11:33,916 --> 00:11:34,791 Dia gengster. 129 00:11:52,291 --> 00:11:56,166 Kenapa orang kaya suka harimau? Kau mesti ada seekor waktu kecil. 130 00:11:56,875 --> 00:11:57,708 DIHANTAR 131 00:11:57,791 --> 00:12:00,958 - Aku perlu masa untuk susun skemanya. - Berapa lama? 132 00:12:01,041 --> 00:12:02,250 Lama jugalah. 133 00:12:02,333 --> 00:12:04,708 Aku tak dapat beritahu dengan jelas. 134 00:12:04,791 --> 00:12:07,166 Nikmati bandar itu. Pergi bersantai. 135 00:12:07,250 --> 00:12:08,625 Apa? Zip? 136 00:12:09,500 --> 00:12:10,333 Zip! 137 00:12:22,458 --> 00:12:24,166 - Jonah! - Lara! 138 00:12:24,250 --> 00:12:25,083 Jonah! 139 00:12:47,500 --> 00:12:49,958 Hubungan kita tak bermula dengan baik. 140 00:12:50,458 --> 00:12:53,833 Sebab kau curi barang aku atau sebab kau cuba bunuh aku? 141 00:12:54,541 --> 00:12:55,458 Cuba bunuh kau. 142 00:12:55,958 --> 00:12:58,416 Perbuatan mencuri itu perlu dilakukan. 143 00:12:59,375 --> 00:13:00,291 Siapa kau? 144 00:13:00,833 --> 00:13:03,375 Kenapa kau kumpul Batu Bencana? 145 00:13:06,041 --> 00:13:08,458 Nama aku Charles Devereaux, 146 00:13:08,541 --> 00:13:11,041 dan aku ialah kau. 147 00:13:11,916 --> 00:13:13,916 Jangan nak mengarutlah. 148 00:13:16,083 --> 00:13:20,083 Triniti ialah persatuan rahsia yang memanipulasi dunia untuk wang. 149 00:13:20,166 --> 00:13:22,958 Mereka bunuh ayah kau kerana dia jadi penghalang 150 00:13:23,041 --> 00:13:24,250 waktu kau kecil. 151 00:13:25,250 --> 00:13:26,958 Kau tak tahu apa-apa tentang… 152 00:13:27,041 --> 00:13:29,458 Waktu aku 12 tahun, ayah aku dibunuh di Paris 153 00:13:29,541 --> 00:13:32,875 oleh persatuan rahsia yang menggelar diri mereka Cahaya. 154 00:13:37,166 --> 00:13:38,916 - Aku bersimpati. - Yakah? 155 00:13:39,583 --> 00:13:41,916 Kasihan. Aku mengharapkan kau marah. 156 00:13:42,666 --> 00:13:45,208 Batu itu takkan bantu kau. 157 00:13:45,291 --> 00:13:47,708 Ia membebaskan kejahatan manusia, bukan memulihkannya. 158 00:13:47,791 --> 00:13:51,375 Batu itu ialah kuasa. Kuasa itu sendiri taklah jahat. 159 00:13:51,875 --> 00:13:56,208 Kuasa boleh melahirkan pemimpin, memberikan inspirasi, menumpaskan fasis. 160 00:13:56,833 --> 00:13:59,166 Jadi, kau wira yang disalah erti? 161 00:13:59,250 --> 00:14:01,500 Walaupun kau menyindir, memang betul. 162 00:14:02,291 --> 00:14:04,416 Cahaya ialah komplot jahat purba 163 00:14:04,500 --> 00:14:07,416 yang lebih banyak rangkaian dan lebih berbahaya daripada Triniti. 164 00:14:07,500 --> 00:14:08,875 Bagaimana pula? 165 00:14:08,958 --> 00:14:12,000 Cahaya pernah jadi kuasa terbesar di dunia Barat. 166 00:14:12,083 --> 00:14:16,000 Semestinya, ada pihak tak suka. Jadi, mereka diburu dan dihapuskan. 167 00:14:16,083 --> 00:14:18,291 Namun, aku jamin, mereka masih wujud. 168 00:14:18,375 --> 00:14:22,625 Selama berabad-abad, mereka belajar daripada kesilapan dan ingin kembali. 169 00:14:23,125 --> 00:14:24,458 Untuk apa? 170 00:14:24,541 --> 00:14:27,125 Jika kau pernah diburu seperti anjing, 171 00:14:28,125 --> 00:14:29,916 apa kau benar-benar mahukan? 172 00:14:31,291 --> 00:14:32,958 Aku tak nak ia berlaku lagi. 173 00:14:35,125 --> 00:14:36,083 Tepat sekali. 174 00:14:37,166 --> 00:14:39,041 Mereka kumpul kuasa dalam diam. 175 00:14:39,125 --> 00:14:42,375 Mereka takkan berhenti hingga tiada pihak buru mereka. 176 00:14:42,458 --> 00:14:43,500 Kecuali aku. 177 00:14:44,375 --> 00:14:47,250 Aku tak perlu berbulan atau bertahun macam kau. 178 00:14:47,333 --> 00:14:49,041 Cukup sekadar hujung minggu. 179 00:14:51,083 --> 00:14:54,666 Banyak kau boleh buat terhadap Triniti dengan kuasa sebegitu. 180 00:14:57,958 --> 00:14:59,916 Kita sama, Cik Croft. 181 00:15:00,666 --> 00:15:04,583 Sesuatu yang menggerunkan telah rampas segala-galanya daripada kita 182 00:15:04,666 --> 00:15:06,916 hinggakan kita tak daya menghalangnya. 183 00:15:07,750 --> 00:15:10,833 Namun, kita tetap berusaha menghalangnya. 184 00:15:10,916 --> 00:15:13,791 Tabah menghadapi segala dugaan. 185 00:15:14,916 --> 00:15:16,416 Kita selesa melakukannya, 186 00:15:17,541 --> 00:15:21,208 kerana itu bermakna kita tak sendirian di dunia ini. 187 00:15:25,791 --> 00:15:27,541 Namun, jika mitos itu benar, 188 00:15:28,333 --> 00:15:31,041 kau akan musnahkan semua orang dalam usaha kau. 189 00:15:32,708 --> 00:15:35,875 Berapa ramai kau dah musnahkan dalam usaha kau? 190 00:15:42,000 --> 00:15:46,083 Tak kira kita sependapat atau tak, jangan halang aku, Cik Croft. 191 00:16:02,416 --> 00:16:06,583 Hei, LC. Aku rasa aku dah tahu tempat Kaya simpan Batu Delima itu. 192 00:16:07,333 --> 00:16:08,625 Kau pasti tak suka. 193 00:16:08,708 --> 00:16:10,916 Pernahkah aku suka? Aku akan ke sana. 194 00:17:09,958 --> 00:17:10,833 Dah selamat. 195 00:17:33,500 --> 00:17:34,333 Tunggu. 196 00:18:23,916 --> 00:18:26,083 Hebat juga kau tadi. 197 00:18:26,166 --> 00:18:29,416 Aku kena sertai yoga jika nak buat gerakan itu lagi. 198 00:18:48,708 --> 00:18:50,375 Kau nampak para di depan? 199 00:18:50,458 --> 00:18:53,500 Dari sana, kau boleh terus ke bilik tidur Kaya. 200 00:18:54,083 --> 00:18:56,500 Ada tanda magnetik yang kuat dari sana. 201 00:19:15,125 --> 00:19:16,541 Kanan kedua. Jaga-jaga. 202 00:19:20,958 --> 00:19:25,916 Gerak hati dan kepakaran aku memberitahu itu peti keselamatan gred tinggi. 203 00:19:27,875 --> 00:19:29,666 Oh, kau nak buka begitu saja? 204 00:19:30,250 --> 00:19:33,791 Kita tiada masa nak berlengah. 205 00:19:40,500 --> 00:19:42,208 Awak nak saya buat apa? 206 00:19:45,708 --> 00:19:47,625 Awak tak rasa pelikkah? 207 00:19:47,708 --> 00:19:49,416 Salji pada musim panas? 208 00:19:49,916 --> 00:19:52,541 Perubahan iklim. Bukan masalah saya. 209 00:20:06,125 --> 00:20:07,583 Dia memakainya. 210 00:20:12,666 --> 00:20:14,125 Kita perlu rancangan baru. 211 00:20:26,875 --> 00:20:27,916 Aku ada idea. 212 00:20:28,708 --> 00:20:29,791 Idea yang baik? 213 00:20:44,750 --> 00:20:47,541 Bahri, ambil senapang penenang! 214 00:20:47,625 --> 00:20:50,666 Alayna, jika kau bunuh harimau itu, aku bunuh kau. 215 00:20:51,166 --> 00:20:52,583 Di mana kusanya? 216 00:21:12,750 --> 00:21:15,041 Pencuri! Tangkap dia! 217 00:21:15,125 --> 00:21:16,875 Dah dapat! Keluar ikut mana? 218 00:21:17,500 --> 00:21:19,166 Kiri. Naik tangga. 219 00:21:37,458 --> 00:21:39,000 Lara, apa kau buat? 220 00:22:32,041 --> 00:22:32,958 Tak mengapa. 221 00:23:11,666 --> 00:23:12,750 Berhenti. 222 00:23:13,333 --> 00:23:14,166 Berhenti. 223 00:23:17,083 --> 00:23:20,708 Benda itu membawa kegelapan. 224 00:23:22,958 --> 00:23:25,416 Jauhkannya daripada aku. Pergi! 225 00:23:29,458 --> 00:23:31,833 Benda itu akan sumpah kau. Dengar tak? 226 00:23:32,875 --> 00:23:35,166 Benda itu akan sumpah kau! 227 00:24:07,000 --> 00:24:07,833 Zip! 228 00:24:14,666 --> 00:24:15,500 Jonah! 229 00:24:20,250 --> 00:24:21,375 Ambil kotak itu. 230 00:24:28,375 --> 00:24:29,208 Jonah. 231 00:25:48,291 --> 00:25:52,208 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi