1 00:00:06,027 --> 00:00:07,945 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:22,209 --> 00:00:23,044 Ya? 3 00:00:23,127 --> 00:00:25,296 Adakah orang di jalanan mengganggu… 4 00:00:25,379 --> 00:00:26,213 Ya. 5 00:00:30,217 --> 00:00:33,220 Jika orang berhenti di tengah-tengah kesesakan jalan 6 00:00:33,304 --> 00:00:35,389 dan melihat peta mereka atau… 7 00:00:38,809 --> 00:00:41,687 Malangnya, saya takkan cukup masa untuk menjawab. 8 00:00:42,146 --> 00:00:44,648 Orang di jalanan ganggu saya? Memang betul. 9 00:00:44,732 --> 00:00:45,816 Inilah sebabnya. 10 00:00:45,900 --> 00:00:49,570 Saya rasa saya patut tulis manifesto. Saya pernah jadi penulis. 11 00:00:51,322 --> 00:00:53,532 Judulnya ialah, 12 00:00:53,616 --> 00:00:56,702 dan ini ialah nasihat kepada orang yang disebut tadi, 13 00:00:56,786 --> 00:00:58,162 Pretend It's a City. 14 00:00:59,080 --> 00:01:01,082 Okey? Pretend It's a City. 15 00:01:01,165 --> 00:01:05,377 Saya tak boleh berhenti sekejap atau berdiri di mana-mana sambil merokok 16 00:01:05,461 --> 00:01:08,172 tanpa sepuluh orang terus datang bertanya arah. 17 00:01:08,255 --> 00:01:10,674 Saya terkejut dan selalu fikir, "Betul? 18 00:01:10,758 --> 00:01:12,510 Saya nampak mesra bagi awak?" 19 00:01:30,402 --> 00:01:32,947 Ada banyak benda di atas jalan New York. 20 00:01:33,823 --> 00:01:38,160 Ada banyak lintasan pejalan kaki. Cuma saya saja yang mematuhinya. 21 00:01:38,244 --> 00:01:40,621 Saya selalu jerit pada kereta, "Awak di lintasan!" 22 00:01:41,539 --> 00:01:43,541 Awak tahu, macamlah mereka peduli. 23 00:01:46,377 --> 00:01:50,131 Ada grafiti di atas jalan. Ada iklan di atas jalan. 24 00:01:52,091 --> 00:01:55,261 Tapi ada banyak tempat di New York 25 00:01:55,344 --> 00:01:57,972 yang diletakkan plak di atas jalan. 26 00:01:58,055 --> 00:02:00,975 Ia sesuatu yang saya amat sukai 27 00:02:01,058 --> 00:02:05,396 kerana ia bererti mereka berharap seseorang akan melihatnya. 28 00:02:05,896 --> 00:02:08,941 Saya rasa mereka tak fikir, "Cuma Fran yang tengok. 29 00:02:09,650 --> 00:02:11,694 Orang lain melihat telefon. 30 00:02:11,777 --> 00:02:15,573 Fran saja, tapi ia berbaloi. Mari letak plak ini untuknya." 31 00:02:15,656 --> 00:02:20,077 HARTA ESTET HESS YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN UNTUK KEGUNAAN AWAM 32 00:02:23,497 --> 00:02:26,625 Dekat perpustakaan, ada plak berbeza untuk penulis. 33 00:02:26,709 --> 00:02:29,336 JALAN PERPUSTAKAAN MERAIKAN SASTERA TERHEBAT DUNIA 34 00:02:29,420 --> 00:02:31,964 Kemudian ada petikan daripada penulis. 35 00:02:32,756 --> 00:02:37,469 Saya rasa agak optimistik untuk fikir bahawa orang akan baca petikannya. 36 00:02:43,392 --> 00:02:46,729 UCAPAN AWAM OLEH FRAN LEBOWITZ! 37 00:02:46,812 --> 00:02:48,564 Ya? Di belakang. 38 00:02:48,647 --> 00:02:51,650 Hai, Fran. Saya tak pernah dengar tentang awak. 39 00:02:51,734 --> 00:02:53,819 Itu cara yang baik untuk mula. 40 00:02:59,742 --> 00:03:01,952 - Ya? - Boleh gambarkan gaya hidup awak? 41 00:03:02,661 --> 00:03:04,246 Gambarkan gaya hidup saya? 42 00:03:04,330 --> 00:03:06,707 Saya jamin, saya tak sebut "gaya hidup". 43 00:03:10,044 --> 00:03:10,878 Tahniah. 44 00:03:10,961 --> 00:03:12,963 Begitulah gambaran saya. 45 00:03:20,679 --> 00:03:22,431 Kenapa awak di New York? 46 00:03:22,514 --> 00:03:24,850 Orang tanya, "Kenapa masih di sini?" 47 00:03:24,934 --> 00:03:27,102 Mana lagi awak mahu cadangkan? 48 00:03:27,895 --> 00:03:30,147 Okey, begini ceritanya. 49 00:03:30,231 --> 00:03:33,692 Jika saya boleh fikirkan tempat lain, saya akan ke sana. 50 00:03:37,154 --> 00:03:39,657 - Okey. Bagaimana? Inilah dia. - Boleh. 51 00:03:39,740 --> 00:03:41,283 Baiklah. Mari kita mula. 52 00:03:44,703 --> 00:03:46,288 - Itu dia. - Alamak. Maaf. 53 00:03:46,372 --> 00:03:50,292 Awak ingat saya kata, jangan benarkan rakaman dalam kereta atau apartmen awak. 54 00:03:50,376 --> 00:03:54,505 Awak beritahu saya selepas saya merungut mereka rosakkan kereta saya. 55 00:04:31,792 --> 00:04:34,128 Adakah rungutan mengubah apa-apa? 56 00:04:34,211 --> 00:04:36,171 - Maksud awak, ia membantu? - Ya. 57 00:04:37,298 --> 00:04:41,677 Jika saya merungut tentang sesuatu, adakah perkara itu akan berubah? 58 00:04:41,760 --> 00:04:42,594 Ya. 59 00:04:42,678 --> 00:04:45,764 Setakat ini tidak. Tapi saya masih muda. 60 00:04:46,348 --> 00:04:48,684 Saya jumpa pakar psikiatri di parti 61 00:04:48,767 --> 00:04:51,395 dan saya kata kepadanya, 62 00:04:52,813 --> 00:04:55,482 "Tiada kerja lain lebih bosan daripada kerja awak." 63 00:04:55,566 --> 00:04:58,235 Dia kata, "Awak tak tahu 64 00:04:58,944 --> 00:05:02,406 perasaannya untuk ke sekolah selama 14 tahun 65 00:05:02,489 --> 00:05:05,492 dan dengar rungutan seharian tentang bunyi bising. 66 00:05:07,202 --> 00:05:10,497 Itulah rasanya menjadi pakar psikiatri di New York. 67 00:05:10,581 --> 00:05:14,626 Di tempat lain, orang merungut tentang ibu dan suami mereka. 68 00:05:14,710 --> 00:05:18,172 Di New York, bunyi bising. Mereka masuk. Bayar $500. 69 00:05:18,255 --> 00:05:20,257 Mereka merungut tentang bising. 70 00:05:20,341 --> 00:05:22,926 New York tak pernah membosankan. 71 00:05:23,010 --> 00:05:26,305 Dalam erti kata lain, jika saya sedang menunggu sesuatu, 72 00:05:26,388 --> 00:05:28,432 contohnya kereta api bawah tanah, 73 00:05:28,515 --> 00:05:33,145 atau jika saya duduk dalam kereta api dan menunggu ia bergerak, 74 00:05:34,605 --> 00:05:36,065 orang melihat telefon. 75 00:05:36,148 --> 00:05:39,318 Beberapa orang membaca, tapi bukan saya. 76 00:05:39,401 --> 00:05:43,322 Saya duduk di sana dan hanya memerhatikan orang lain. 77 00:05:43,906 --> 00:05:48,994 Kebanyakan masanya, ia menarik. Amat menarik. 78 00:05:49,078 --> 00:05:50,871 Awak nampak ini di New York. 79 00:05:50,954 --> 00:05:55,626 Orang bukan saja berjalan dan hantar mesej atau berdiri di tengah jalan saya. 80 00:05:56,835 --> 00:06:01,048 Tapi awak nampak orang buat sesuatu yang tak pernah saya fikirkan. 81 00:06:01,131 --> 00:06:04,009 Saya tiada telefon dan tak pernah hantar mesej, 82 00:06:04,093 --> 00:06:07,304 tapi saya yakin jika saya ada telefon dan hantar mesej, 83 00:06:07,388 --> 00:06:09,890 saya takkan buat begini semasa berjalan. 84 00:06:09,973 --> 00:06:11,308 Beberapa bulan lalu… 85 00:06:11,392 --> 00:06:15,729 Saya tak selalu melihatnya, tapi ia menonjol di fikiran saya. 86 00:06:16,730 --> 00:06:19,566 Saya nampak budak berbasikal di Lebuh Ketujuh. 87 00:06:20,567 --> 00:06:22,569 Hantar mesej dengan satu tangan, 88 00:06:22,653 --> 00:06:24,780 makan pizza dengan tangan satu lagi, 89 00:06:24,863 --> 00:06:27,491 dan mengawal basikal dengan sikunya. 90 00:06:27,574 --> 00:06:28,992 Dia gunakan sikunya. 91 00:06:29,076 --> 00:06:31,078 Pastinya, dia hampir langgar saya. 92 00:06:31,161 --> 00:06:33,622 Dia tak sedar, itu sebabnya saya perasan. 93 00:06:33,705 --> 00:06:37,876 Saya terfikir, "Saya seorang yang setiap hari percaya, 94 00:06:37,960 --> 00:06:41,004 kemungkinan besar saya akan mati ketika melintas." 95 00:06:41,088 --> 00:06:44,341 Orang ini percaya tiada apa-apa akan jadi kepadanya." 96 00:06:44,425 --> 00:06:47,553 Jika ketepikan mesej dan piza itu, saya tetap tak… 97 00:06:47,636 --> 00:06:50,305 Siku yang mengawal basikal itu juga. 98 00:06:50,389 --> 00:06:54,059 Jika saya berbasikal tanpa pegang apa-apa dan tangan di hendal, 99 00:06:54,143 --> 00:06:57,187 saya takkan berbasikal di Lebuh Ketujuh. Saya tahu berbasikal. 100 00:06:57,271 --> 00:06:58,772 Saya takkan buat begitu. 101 00:06:58,856 --> 00:07:03,902 Ia mengejutkan saya kerana setiap hari, berpuluh ribu orang 102 00:07:03,986 --> 00:07:07,531 tak terbunuh di jalanan New York. Saya tak tahu sebabnya. 103 00:07:07,614 --> 00:07:10,784 Ia menakjubkan kerana ada berjuta-juta orang. 104 00:07:11,618 --> 00:07:14,037 Saya saja yang melihat arah tuju saya. 105 00:07:14,538 --> 00:07:18,709 Saya saja di seluruh bandar yang memerhatikan arah saya. 106 00:07:18,792 --> 00:07:20,919 Salah satu perkara terburuk… 107 00:07:21,003 --> 00:07:22,796 Ada banyak perkara yang buruk, 108 00:07:22,880 --> 00:07:27,134 tapi salah satu perkara terburuk ialah orang New York lupa cara berjalan. 109 00:07:27,676 --> 00:07:30,304 Perkara paling hebat di New York dahulu ialah 110 00:07:30,387 --> 00:07:33,015 ya, ada ramai orang teruk di jalanan, 111 00:07:33,098 --> 00:07:35,934 tapi setiap orang di jalanan tahu, 112 00:07:36,518 --> 00:07:39,354 jika awak berjalan menuju ke arah orang lain, 113 00:07:39,438 --> 00:07:41,857 awak ke tepi sikit, mereka ke tepi sikit. 114 00:07:41,940 --> 00:07:45,652 Itu sebabnya semua orang masih hidup di penghujung hari. 115 00:07:50,491 --> 00:07:53,076 Sekarang, orang tak buat begitu. 116 00:07:53,952 --> 00:07:55,537 Sekarang, saya buat… 117 00:07:55,621 --> 00:07:58,916 Mereka tak buat kerana sama ada mereka guna telefon 118 00:07:58,999 --> 00:08:01,793 atau mereka mementingkan diri sendiri. 119 00:08:02,294 --> 00:08:06,590 Kadangkala, saya langgar orang kerana mereka tak beri perhatian. 120 00:08:06,673 --> 00:08:09,510 Saya fikir, "Biar saja dia langgar saya." 121 00:08:09,593 --> 00:08:11,136 Mereka mendongak marah, 122 00:08:11,220 --> 00:08:14,765 saya kata, "Orang lain di lobi hotel. Bukankah menakjubkan?" 123 00:08:15,224 --> 00:08:16,767 Macam itulah… 124 00:08:16,850 --> 00:08:22,147 Itu sebabnya saya kata, anggap ia bandar yang ada orang lain. 125 00:08:22,231 --> 00:08:26,401 Anggap ia bandar yang ada orang selain daripada pelancong. 126 00:08:26,902 --> 00:08:30,572 Orang yang perlu ke sesuatu tempat. 127 00:08:30,656 --> 00:08:34,368 Ke janji temu, agar mereka boleh taja semua tempat pelancongan. 128 00:08:42,376 --> 00:08:45,379 Times Square ialah kawasan paling teruk di dunia. 129 00:08:45,462 --> 00:08:47,548 Awak jarang pergi ke Times Square. 130 00:08:47,631 --> 00:08:51,343 Awak ke Times Square selalunya untuk menonton teater. 131 00:08:51,426 --> 00:08:55,389 Awak fikir, "Saya perlu menonton teater di Times Square, 132 00:08:55,472 --> 00:08:59,142 jadi saya akan cuba sampai di teater 133 00:08:59,226 --> 00:09:02,187 tanpa bertengkar dengan 75 orang." 134 00:09:02,271 --> 00:09:04,439 Kadangkala saya akan fikir, 135 00:09:04,523 --> 00:09:08,986 apa caranya untuk ke Times Square tanpa perlu jalan lama di sana 136 00:09:09,069 --> 00:09:12,322 walaupun terpaksa berjalan mengelilinginya. 137 00:09:12,406 --> 00:09:16,493 "Bagaimana jika saya guna Jalan Ke-125 dan jalan ke bawah? 138 00:09:16,577 --> 00:09:20,372 Saya boleh mengelaknya. Itu jauh, tapi ia berbaloi." 139 00:09:28,171 --> 00:09:31,800 Pembukaan Phantom of the Opera merupakan majlis amal AIDS. 140 00:09:32,467 --> 00:09:37,598 Saya jadi ahli jawatankuasanya, tapi saya tak ingat tugasnya. 141 00:09:38,098 --> 00:09:43,770 Saya dapat tiket pembukaan itu, jadi saya jemput ibu saya untuk pergi. 142 00:09:44,271 --> 00:09:47,190 Kami dapat tempat duduk yang hebat. 143 00:09:47,274 --> 00:09:50,027 Orang fikir ia hebat. Di tengah barisan depan. 144 00:09:50,110 --> 00:09:52,779 Saya suka tempat duduk hujung di belakang 145 00:09:52,863 --> 00:09:54,573 supaya mudah keluar. 146 00:09:54,656 --> 00:09:58,535 Jadi apabila saya masuk teater, saya cari jalan nak keluar. 147 00:09:58,619 --> 00:10:02,456 Tentu saya satu-satunya orang di New York 148 00:10:02,539 --> 00:10:06,376 yang tak baca tentang hal ini kerana ia sangat penting. 149 00:10:06,460 --> 00:10:08,712 Ketika candelier jatuh dari siling 150 00:10:08,795 --> 00:10:12,341 saya sangka ia jatuh ke atas kami dan saya menjerit. 151 00:10:12,424 --> 00:10:16,762 Jika Internet wujud ketika itu, pasti awak boleh melihatnya. 152 00:10:16,845 --> 00:10:20,140 - Fran, awak tak tengok filemnya? - Tak. Saya fikir… 153 00:10:20,223 --> 00:10:21,767 Ia betul-betul di atas. 154 00:10:21,850 --> 00:10:24,519 Tentu sekali, ibu saya tahu. 155 00:10:24,603 --> 00:10:28,315 Ibu saya kata, "Budak ini selalu buat masalah. Sampai sekarang." 156 00:10:28,398 --> 00:10:31,318 Saya buat bising, kerana ia jatuh begini. 157 00:10:31,401 --> 00:10:33,028 Saya sangka ia jatuh. 158 00:10:35,155 --> 00:10:37,991 Itu yang saya ingat tentang Phantom of the Opera, 159 00:10:38,075 --> 00:10:40,994 selain memikirkan betapa teruknya ia. 160 00:10:41,078 --> 00:10:43,580 Awak tahu, "Teruk betul teater ini." 161 00:10:43,664 --> 00:10:48,377 Inilah benda yang saya benci. Ia seperti Evita. 162 00:10:48,460 --> 00:10:51,922 Robert Stigwood mengadakan acara. 163 00:10:52,464 --> 00:10:55,008 Dia penerbit Evita. 164 00:10:55,092 --> 00:11:00,514 Dia jemput beberapa orang, lebih kurang 25 orang 165 00:11:00,597 --> 00:11:05,852 ke Hotel Plaza yang ada teater kecil dulu, bukan macam sekarang. 166 00:11:05,936 --> 00:11:07,396 Saya pergi menontonnya, 167 00:11:07,979 --> 00:11:11,525 dan kemudian, Sigwood tanya pendapat saya dan saya cakap, 168 00:11:11,608 --> 00:11:12,818 "Awak gila? 169 00:11:13,527 --> 00:11:15,737 Muzikal tentang Eva Perón? 170 00:11:16,238 --> 00:11:18,699 Orang di New York akan ketawakan awak!" 171 00:11:18,782 --> 00:11:19,700 Jangan buat!" 172 00:11:20,409 --> 00:11:21,576 Saya kata begitu. 173 00:11:21,660 --> 00:11:24,913 Inilah sebabnya saya tak boleh buat duit dalam teater. 174 00:11:24,996 --> 00:11:28,667 Jika kita fikir tentang muzikal Eva Perón, 175 00:11:28,750 --> 00:11:31,670 saya sangat betul. 176 00:11:31,753 --> 00:11:36,133 Saya menontonnya pada satu malam dengan dua lelaki dari Argentina 177 00:11:36,216 --> 00:11:40,679 dan mereka ketawa begitu kuat hingga kami hampir diusir keluar. 178 00:11:41,680 --> 00:11:45,016 Saya rasa Evita tak dimainkan lagi. Tapi ia lama bermain. 179 00:11:45,100 --> 00:11:49,020 Saya pasti setiap kali saya nampak Stigwood selepas itu, saya kata, 180 00:11:50,272 --> 00:11:52,065 "Saya tetap rasa saya betul." 181 00:11:52,149 --> 00:11:54,484 Untungnya satu juta dolar seminit. 182 00:11:55,485 --> 00:11:57,904 Awak selalu pandang rendah kepada orang? 183 00:11:57,988 --> 00:12:01,074 Pandang rendah? Maksud awak, adakah saya angkuh? 184 00:12:01,158 --> 00:12:04,119 Ada beberapa keangkuhan yang saya rasa buruk. 185 00:12:04,202 --> 00:12:07,330 Tentu sekali, saya tiada keangkuhan itu. Okey? 186 00:12:07,414 --> 00:12:10,542 Keangkuhan yang saya miliki tiada kaitan dengan, 187 00:12:10,625 --> 00:12:14,379 "Siapa ayah awak? Awak ke sekolah mana? Membesar di mana?" 188 00:12:14,463 --> 00:12:18,049 Ia berkaitan dengan, "Awak setuju dengan saya?" 189 00:12:18,842 --> 00:12:21,970 Itulah kaitannya. Atau, "Awak fikir begitu? Tak." 190 00:12:22,053 --> 00:12:25,557 Walaupun saya tahu orang selalu rasa… 191 00:12:25,640 --> 00:12:29,060 Bukan menyampah, itu terlalu ringan. Marah terhadap saya. 192 00:12:29,144 --> 00:12:31,730 Ia mengejutkan saya kerana saya tak kisah. 193 00:12:32,230 --> 00:12:35,192 Siapa saya? Saya buat keputusan untuk awak? 194 00:12:35,275 --> 00:12:37,068 Saya tak berkuasa di sini. 195 00:12:37,152 --> 00:12:40,113 Saya faham orang marah apabila saya kata, 196 00:12:40,197 --> 00:12:44,701 "Buat begini," atau "Ini patut berlaku," jika orang fikir saya boleh ubah ia. 197 00:12:44,785 --> 00:12:47,496 Jika saya boleh mengubahnya, saya takkan marah. 198 00:12:47,996 --> 00:12:53,418 Saya marah kerana saya tiada kuasa, tapi saya ada banyak pendapat. 199 00:12:57,214 --> 00:13:00,258 Kereta api bawah tanah teruk, dan ia berbahaya. 200 00:13:01,051 --> 00:13:03,011 Awak ditolak. Awak diasak. 201 00:13:03,094 --> 00:13:07,390 Kadangkala, awak dirompak dalam kereta api bawah pada siang hari. 202 00:13:11,353 --> 00:13:16,066 Saya masih ingat ketika pengangkutan awam menjadi kebanggaan New York. 203 00:13:16,149 --> 00:13:17,484 Apa yang berlaku? 204 00:13:18,443 --> 00:13:22,280 Adakah New York lebih baik atau teruk berbanding waktu awak tiba? 205 00:13:23,073 --> 00:13:26,701 Pada tahun 70-an, awak selalu dengar betapa teruknya New York. 206 00:13:26,785 --> 00:13:31,164 New York akan muflis. Saya tak tahu ia sedang berlaku. 207 00:13:31,248 --> 00:13:34,876 Awak seronok. Nampak tikus, bangku berkecai di taman, grafiti. 208 00:13:34,960 --> 00:13:37,170 - Itulah New York! - "Seronoknya." 209 00:13:37,254 --> 00:13:38,171 Sebabnya ialah… 210 00:13:38,255 --> 00:13:41,842 "Saya mabuk. Saya nak naik bas itu. Tak kisah ada grafiti." 211 00:13:41,925 --> 00:13:44,970 Itu rupanya ketika awak tiba, jadi itulah New York. 212 00:13:45,053 --> 00:13:49,266 Orang tiba sekarang dan fikir, "New York, kerusi lipat di Times Square." 213 00:13:49,349 --> 00:13:50,767 Apabila ia dikeluarkan, 214 00:13:50,851 --> 00:13:55,313 orang akan fikir, "Mana kerusi lipat? Itulah New York sebenar." 215 00:14:00,026 --> 00:14:04,865 Awak rasa mereka masih akan ada Kafe Times Square di tengah jalan? 216 00:14:04,948 --> 00:14:08,034 - Saya tak pasti jika awak tahu, Marty. - Tak. 217 00:14:08,118 --> 00:14:10,078 Saya tak keluar dari Jalan Ke-57. 218 00:14:10,161 --> 00:14:15,083 Baiklah, 24 jam setiap hari hinggalah sekarang, 219 00:14:15,166 --> 00:14:19,462 mereka menurap semula simen yang ada di sana. 220 00:14:19,546 --> 00:14:22,841 Ya, pulau pembahagi di tengah-tengah Times Square. 221 00:14:22,924 --> 00:14:25,760 Akhirnya, sebelum dia dibuang pejabat, 222 00:14:25,844 --> 00:14:31,725 saya nampak Bloomberg kata, "Kini, ia kekal!" 223 00:14:32,642 --> 00:14:35,270 Saya fikir, "Kekal? Bodohnya awak." 224 00:14:35,353 --> 00:14:40,233 Apa yang kekal di New York? Betulkah? Kekal! Ia takkan kekal. 225 00:14:40,317 --> 00:14:43,987 Namun, itulah hari saya dapat tahu. Berapa harganya? $40 juta. 226 00:14:44,613 --> 00:14:47,741 $40 juta. Bukan Bloomberg yang bayar pun. 227 00:14:47,824 --> 00:14:51,369 Okey? $40 juta, wang pembayar cukai. 228 00:14:51,453 --> 00:14:56,791 $40 juta untuk itu. Okey? Sebabnya ramai orang New York kata, 229 00:14:56,875 --> 00:14:59,878 "Tak cukup tempat untuk baring di Times Square." 230 00:14:59,961 --> 00:15:02,380 Ya, mereka bencikannya. 231 00:15:02,464 --> 00:15:04,674 - "Tak tahan!" - Ya. 232 00:15:04,758 --> 00:15:07,260 "Kami akan pergi. Kami dah tak tahan lagi." 233 00:15:10,347 --> 00:15:14,809 Jadi jalan-jalan dipenuhi dengan 234 00:15:14,893 --> 00:15:18,104 pasu pokok yang buruk. Saya tak pasti namanya. 235 00:15:18,188 --> 00:15:21,566 Pokok palsu atau mungkin pokok betul. Saya pun tak tahu. 236 00:15:21,650 --> 00:15:25,654 Pokok betul, pokok palsu, entahlah. Kenapa ada pokok di Times Square? 237 00:15:27,155 --> 00:15:30,492 Bukan Times Square saja. The Bowery. Di seluruh bandar. 238 00:15:30,575 --> 00:15:34,955 Ia di merata-rata tempat. Pokok, kerusi lipat, hiasan. 239 00:15:35,038 --> 00:15:37,374 Nampak macam apartmen nenek saya. 240 00:15:41,086 --> 00:15:44,464 Awak pun tercari-cari gambar cucunya dan… 241 00:15:46,007 --> 00:15:47,968 piring kecil berisi gula-gula. 242 00:15:49,636 --> 00:15:52,138 Apabila orang New York tahu tentang potongan belanjawan, 243 00:15:52,222 --> 00:15:55,183 mereka mahu tahu jika Bandar New York akan hancur. 244 00:15:55,266 --> 00:15:58,853 - Bolehkah kita kata… - New York takkan hancur. 245 00:15:58,937 --> 00:16:02,315 Bolehkah kita kata kerajaan New York akan kurang efisien, 246 00:16:02,399 --> 00:16:07,696 jalan lebih kotor, rakyat kurang selamat daripada kebakaran dan jenayah? 247 00:16:07,779 --> 00:16:12,450 Saya kata Bandar New York takkan musnah. Bandar New York akan kekal. 248 00:16:13,118 --> 00:16:15,495 Ia masih bandar paling hebat di dunia 249 00:16:15,578 --> 00:16:18,164 dan selepas ini pun, ia tetap memberikan 250 00:16:18,248 --> 00:16:23,461 lebih banyak perkhidmatan kepada rakyatnya berbanding bandar lain di seluruh dunia. 251 00:16:24,129 --> 00:16:26,965 Saya nak jadi Datuk Bandar New York, 252 00:16:27,048 --> 00:16:29,676 tapi keburukan menjadi datuk bandar New York 253 00:16:29,759 --> 00:16:31,511 ialah ia tugas yang sukar. 254 00:16:31,594 --> 00:16:34,639 Ia tugas kedua paling sukar di negara ini. 255 00:16:34,723 --> 00:16:36,307 Ia bermula pada awal pagi. 256 00:16:36,391 --> 00:16:39,769 Ia patut dibahagi dua, saya akan jadi datuk bandar malam. 257 00:16:41,312 --> 00:16:42,605 Saya menawarkan diri. 258 00:16:42,689 --> 00:16:45,525 Orang lain jadi datuk bandar siang. Saya waktu malam. 259 00:16:46,276 --> 00:16:50,071 Saya mula pada pukul empat petang, saya kerja sepanjang malam. 260 00:16:50,155 --> 00:16:53,950 Di New York, banyak perkara berlaku pada lewat malam. 261 00:16:54,576 --> 00:16:57,287 Apa awak akan ubah tentang New York waktu malam 262 00:16:57,370 --> 00:16:59,622 semasa datuk bandar siang tidur? 263 00:16:59,706 --> 00:17:01,791 Perkara pertama saya akan ubah 264 00:17:01,875 --> 00:17:04,085 ialah sistem kereta api bawah tanah. 265 00:17:04,586 --> 00:17:07,797 Ini perkara pertama saya akan ubah tentang New York. 266 00:17:07,881 --> 00:17:11,718 Beberapa minggu lalu, saya pasang stesen radio saya, Berita WNS. 267 00:17:11,801 --> 00:17:15,680 Ada berita tentang kereta api L iaitu kereta api dari Brooklyn. 268 00:17:15,764 --> 00:17:20,560 "Kereta api L ditutup hari ini kerana ada bau busuk dalam kereta api L." 269 00:17:20,643 --> 00:17:21,644 Sepanjang hari. 270 00:17:21,728 --> 00:17:24,314 Setiap sepuluh minit, mereka asyik kata, 271 00:17:24,397 --> 00:17:27,025 "Ada bau busuk di kereta api L. Ia ditutup." 272 00:17:27,108 --> 00:17:31,404 Saya terfikir, "Kereta api bawah tanah ditutup kerana bau busuk?" 273 00:17:32,572 --> 00:17:34,991 Apakah maksudnya? Okey? 274 00:17:35,075 --> 00:17:39,162 Macam mana ia lebih teruk daripada baunya yang biasa? 275 00:17:39,245 --> 00:17:41,790 Apakah maksudnya? Mereka tak tahu puncanya. 276 00:17:41,873 --> 00:17:46,169 Saya terfikir, "Siapa perasan?" Dalam erti kata lain, kereta api busuk. 277 00:17:46,669 --> 00:17:51,091 Ada orang kata, "Awak tahu, bau kereta api lebih teruk daripada biasa"? 278 00:17:51,174 --> 00:17:55,970 Mereka berlagak seperti sebelum ini, baunya macam wisteria di perkampungan Alp. 279 00:17:56,054 --> 00:18:00,391 Sepanjang hari, "Kami tak jumpa punca bau ini." 280 00:18:00,475 --> 00:18:03,478 Hari semakin berlalu, sudah lima jam ia ditutup. 281 00:18:03,561 --> 00:18:08,358 Mereka turun untuk uji dan cakap, "Baunya tak seteruk sebelum ini." 282 00:18:08,441 --> 00:18:10,944 Sudah tentulah. Dah lima jam ia kosong. 283 00:18:11,027 --> 00:18:15,156 Biar saya beritahu punca bau busuk dalam kereta api L. Penumpangnya! 284 00:18:15,240 --> 00:18:20,411 Okey? Akhirnya, mereka turun dan kata ada minyak motor bocor. 285 00:18:20,495 --> 00:18:25,041 Ada komen di berita juga tentang ujian yang mereka jalankan 286 00:18:25,125 --> 00:18:27,127 bahawa ia tak berbahaya. 287 00:18:27,210 --> 00:18:29,546 Tak. Mereka bau minyak motor bagus. 288 00:18:29,629 --> 00:18:32,882 Ia seperti selepas 11 September, satu jam kemudian, 289 00:18:32,966 --> 00:18:36,719 apabila Christine Whitman iaitu ketua EPA waktu itu 290 00:18:36,803 --> 00:18:40,557 pergi ke sana dan dia kata, "Ini okey. Udara ini okey." 291 00:18:40,640 --> 00:18:43,434 Saya ingat saya cakap, "Bagaimana udaranya okey? 292 00:18:43,518 --> 00:18:44,978 Itu satu penipuan." 293 00:18:45,061 --> 00:18:46,229 Itu bukan… 294 00:18:46,312 --> 00:18:50,024 George Bush ialah presiden, jadi kita dah biasa dengan penipuan, 295 00:18:50,108 --> 00:18:52,110 tapi saya kata, "Itu mustahil." 296 00:18:52,193 --> 00:18:57,824 Awak boleh bau debu yang orang sebut itu sejauh 80 blok. 297 00:18:57,907 --> 00:19:00,743 Awak tahu? Tapi dia kata udaranya okey. 298 00:19:00,827 --> 00:19:05,039 Sekarang, beribu-ribu orang menghidap barah 299 00:19:05,123 --> 00:19:08,084 kerana pertama sekali, ia bukannya debu, 300 00:19:08,793 --> 00:19:11,421 dan ia tak okey. 301 00:19:13,798 --> 00:19:18,469 - Seronok melihat bandar tenang… - Ia tenang kerana tiada orang. 302 00:19:20,305 --> 00:19:23,391 Bandar New York senyap begini? Ada sesuatu berlaku. 303 00:19:24,267 --> 00:19:27,562 Saya ingat betapa sunyinya bandar ini pada 11 September. 304 00:19:27,645 --> 00:19:30,940 Maksud saya, jika awak tak tinggal di sana. 305 00:19:31,566 --> 00:19:34,027 Selain itu, Bandar New York hanya senyap… 306 00:19:34,110 --> 00:19:36,779 Saya tinggal di Midtown. Ia tak pernah senyap. 307 00:19:36,863 --> 00:19:39,741 Ia ketika mereka umumkan keputusan OJ Simpson. 308 00:19:39,824 --> 00:19:42,577 Seluruh bandar sedang menonton televisyen, 309 00:19:42,660 --> 00:19:45,413 dan seluruh bandar senyap sunyi… 310 00:19:47,248 --> 00:19:48,958 hingga keputusan diumumkan. 311 00:19:49,918 --> 00:19:51,336 Apa benda lain awak nak? 312 00:19:51,419 --> 00:19:54,881 Saya mahu ada sut getah Godzilla yang kami nak buat. 313 00:19:57,050 --> 00:20:00,220 Ishirō Honda! Kita akan pijak seluruh bandar. 314 00:20:00,303 --> 00:20:02,055 Baik, awak berjalan-jalan… 315 00:20:02,138 --> 00:20:06,100 Itu Sungai Hudson? Itu Sungai Timur. Jadi jika apa-apa langgar awak… 316 00:20:06,184 --> 00:20:10,730 Saya lebih risau jika saya langgar, bukan benda lain langgar saya. 317 00:20:11,606 --> 00:20:15,693 Ada perbezaan antara model ini berbanding New York sekarang? 318 00:20:15,777 --> 00:20:16,861 Ada apa-apa… 319 00:20:16,945 --> 00:20:19,697 Semasa saya tiba di sini tak lama dahulu, 320 00:20:19,781 --> 00:20:22,200 saya cari bangunan kediaman saya. 321 00:20:22,283 --> 00:20:23,952 Ketika ia dibina, 322 00:20:24,035 --> 00:20:26,788 bangunan kediaman saya ialah tiga gudang 323 00:20:26,871 --> 00:20:30,250 yang dijadikan apartmen dan saya berjaya menjumpainya. 324 00:20:31,292 --> 00:20:34,963 Awak rasa apa yang awak selalu rasa. Saya patut beli sepuluh. 325 00:20:36,589 --> 00:20:40,301 Saya pujuk anak kawan saya untuk pindah balik ke New York dari LA. 326 00:20:40,385 --> 00:20:43,346 Dia kata, "Saya nak pindah semula, tapi tak mampu." 327 00:20:43,429 --> 00:20:44,973 Saya kata, "Pindah balik. 328 00:20:45,056 --> 00:20:48,142 Percayalah. Tiada siapa mampu tinggal di New York." 329 00:20:48,226 --> 00:20:52,188 Tiada siapa mampu tinggal di New York. Namun, ada lapan juta orang. 330 00:20:54,399 --> 00:20:56,734 Macam mana kami buat? Kami tak tahu! 331 00:20:58,361 --> 00:20:59,737 Ia misteri bagi kami. 332 00:21:02,991 --> 00:21:04,242 Kami tak tahu. 333 00:21:05,368 --> 00:21:08,871 Itulah masalahnya. Kami tak tahu, namun kami masih di sini. 334 00:21:09,831 --> 00:21:13,376 Jadi awak boleh pindah tanpa tahu cara untuk hidup di sini 335 00:21:13,459 --> 00:21:16,796 dan awak akan buat apa-apa saja untuk tinggal di sini. 336 00:21:17,380 --> 00:21:18,756 Ia semudah itu. 337 00:21:19,632 --> 00:21:20,466 Okey. 338 00:21:21,509 --> 00:21:25,930 Apabila meninggalkan New York atau jika tinggal di tempat lain sebentar, 339 00:21:26,014 --> 00:21:28,683 awak sedar betapa mudahnya hidupan harian. 340 00:21:28,766 --> 00:21:33,229 Pada mulanya, awak pindah ke apartmen, awak fikir, 341 00:21:34,689 --> 00:21:36,858 "Mana kedai dobi? Boleh saya cari?" 342 00:21:36,941 --> 00:21:39,944 Kadangkala tak pernah jumpa. Kadangkala tak ada! 343 00:21:40,028 --> 00:21:41,446 Kadangkala awak pergi… 344 00:21:41,529 --> 00:21:44,991 Saya tahu saya hanya perlu bergaduh tiga bulan lagi, 345 00:21:45,074 --> 00:21:47,452 saya tak boleh masuk ke sini lagi. 346 00:21:47,535 --> 00:21:49,829 Kemudian awak fikir, di tempat lain, 347 00:21:49,912 --> 00:21:53,833 orang cuma ambil cucian mereka dan pergi ke kedai dobi. 348 00:21:53,916 --> 00:21:56,044 Ia cuma tugasan kecil. 349 00:21:56,794 --> 00:22:00,757 Tapi semuanya di New York sentiasa berterusan. 350 00:22:00,840 --> 00:22:03,760 Semuanya di New York adalah satu operasi. 351 00:22:03,843 --> 00:22:05,428 Ia masalah luar biasa. 352 00:22:05,511 --> 00:22:09,849 Jadi awak sedar betapa sukarnya untuk tinggal di New York 353 00:22:09,932 --> 00:22:13,061 hingga apabila ditanya, "Kenapa tinggal di New York?" 354 00:22:13,144 --> 00:22:14,771 awak tak boleh jawab, 355 00:22:14,854 --> 00:22:19,317 tapi awak pandang hina terhadap orang yang tak berani tinggal di sini. 356 00:22:19,817 --> 00:22:22,820 "Awak tinggal di tempat yang semuanya mudah, 357 00:22:22,904 --> 00:22:25,073 orang melayan awak dengan baik, 358 00:22:25,156 --> 00:22:27,575 tiada sesiapa cuba menipu awak. 359 00:22:27,658 --> 00:22:29,577 Itu kehidupan dewasa bagi awak?" 360 00:22:30,870 --> 00:22:34,832 Saya terkejut kerana ramai orang yang berusia 20-an sekarang 361 00:22:35,333 --> 00:22:37,001 datang kepada saya dan kata, 362 00:22:37,085 --> 00:22:41,506 "Fran, saya mahu tinggal di New York pada tahun 70-an. Nampak seronok." 363 00:22:41,589 --> 00:22:43,466 Saya tahu dengan pasti. 364 00:22:43,549 --> 00:22:47,387 Pada usia 20-an, saya tak menemui orang lebih tua dan kata, 365 00:22:47,470 --> 00:22:52,433 "Saya nak tinggal di New York pada tahun 30-an." Tak pernah. Jadi… 366 00:22:52,517 --> 00:22:54,811 Mereka tahu saya di sini ketika itu, 367 00:22:55,812 --> 00:22:57,230 saya jadi seperti saksi. 368 00:22:57,313 --> 00:23:01,818 Jika awak meminati Perang Saudara dan nampak Abraham Lincoln, 369 00:23:01,901 --> 00:23:04,445 awak fikir, "Dia ada. Biar saya tanya." 370 00:23:05,696 --> 00:23:08,116 Jika anda tiada tempahan, tunggu di luar. 371 00:23:09,117 --> 00:23:13,955 Kami akan menyanyi tentang budak lelaki di New York. 372 00:23:16,999 --> 00:23:20,670 Bagi kebanyakan orang yang taraf kewangannya seperti saya, 373 00:23:20,753 --> 00:23:23,840 pemanasan ialah isu besar. Kami selalu bincangkannya. 374 00:23:23,923 --> 00:23:26,884 Saya akan pergi ke kelab Max's untuk bertemu orang. 375 00:23:26,968 --> 00:23:29,429 Tapi saya tanya, "Ada sistem pemanasan?" 376 00:23:29,971 --> 00:23:32,890 Saya anggap itu sesuatu yang amat menggoda. 377 00:23:32,974 --> 00:23:35,768 Tiba-tiba, dia bertukar menjadi Brigitte Bardot. 378 00:23:35,852 --> 00:23:38,396 "Ada sistem pemanasan? Mari kita pergi." 379 00:24:01,794 --> 00:24:05,506 New York Dolls hebat dan tak ramai yang menonton mereka. 380 00:24:05,590 --> 00:24:08,092 Mereka menyanyi di Pusat Seni Mercer yang tiba-tiba… 381 00:24:10,136 --> 00:24:12,472 telah roboh. Begitulah keadaan New York. 382 00:24:12,555 --> 00:24:16,601 Kami selalu ke Pusat Seni Mercer untuk melihat Dolls dan orang lain 383 00:24:16,684 --> 00:24:17,810 tapi terutamanya Dolls. 384 00:24:18,352 --> 00:24:21,105 Kemudian, suatu hari, ia tiba-tiba roboh. 385 00:24:22,148 --> 00:24:25,526 Bangunan itu runtuh. Itulah tahap pengabaiannya. 386 00:24:25,610 --> 00:24:28,279 Apabila orang kata, "Pusat Seni Mercer roboh," 387 00:24:28,362 --> 00:24:31,240 tiada orang kata, "Apa?" Mereka kata, "Ia roboh." 388 00:24:31,324 --> 00:24:34,202 Tiga bangunan roboh pada tahun itu. 389 00:24:34,744 --> 00:24:38,414 - Ia roboh kerana ia tidak dijaga. - Tidak dijaga, ya. 390 00:24:38,498 --> 00:24:41,209 Itu perkara biasa. Saya tak pernah terfikir. 391 00:24:41,292 --> 00:24:44,795 Banyak yang saya fikir, tapi bukannya New York semakin baik. 392 00:24:44,879 --> 00:24:47,798 New York hebat, itu sebabnya saya datang! 393 00:24:47,882 --> 00:24:49,884 Saya tak datang kerana ia bersih. 394 00:24:50,635 --> 00:24:53,012 Tempat asal saya bersih. Saya tak fikir, 395 00:24:53,095 --> 00:24:55,097 "Saya nak ke New York. Ia bersih." 396 00:24:55,181 --> 00:24:57,266 Saya tak datang kerana ia selamat. 397 00:24:57,350 --> 00:25:00,269 Tempat asal saya selamat. Saya tak datang kerana ia bahaya. 398 00:25:00,353 --> 00:25:04,023 Saya tak gembira berada dalam bahaya, tapi saya biasakan diri. 399 00:25:04,106 --> 00:25:06,609 Saya ada semua tabiat daripada tahun 70-an. 400 00:25:06,692 --> 00:25:08,486 Contohnya, saya dalam kereta api, 401 00:25:08,569 --> 00:25:11,239 nampak orang tinggalkan beg di sebelah mereka. 402 00:25:11,322 --> 00:25:14,283 Saya fikir, "Awak gila?" Saya pun mahu mencurinya. 403 00:25:14,867 --> 00:25:21,123 Tak kira apa-apa pun yang saya pegang, mungkin pensel. 404 00:25:21,207 --> 00:25:24,377 Saya genggam. "Awak tak dapat ambil pensel ini." 405 00:25:25,503 --> 00:25:28,756 Saya takkan tinggalkan apa-apa di sebelah saya. Takkan! 406 00:25:29,674 --> 00:25:33,135 Bukan kerana saya takut orang fikir ia bom, 407 00:25:33,219 --> 00:25:36,055 tapi seseorang akan mengambilnya! Sudah tentu. 408 00:25:36,138 --> 00:25:37,473 Itulah yang berlaku. 409 00:25:37,557 --> 00:25:40,768 Pada tahun 1971 atau sekitar waktu itu, 410 00:25:40,851 --> 00:25:44,689 ada orang pecahkan cermin depan kereta saya 411 00:25:44,772 --> 00:25:47,400 yang saya masih miliki dari sekolah menengah. 412 00:25:47,858 --> 00:25:50,528 Dia ambil dari papan pemuka 413 00:25:50,611 --> 00:25:54,115 sebiji epal dan sepaket rokok yang ada di atas papan pemuka. 414 00:25:54,740 --> 00:25:57,118 Sepaket rokok berharga 50 sen dahulu. 415 00:25:58,077 --> 00:26:00,121 Sebiji epal, sepuluh sen. 416 00:26:01,581 --> 00:26:03,374 Saya panggil polis. 417 00:26:03,457 --> 00:26:06,836 Saya panggil mereka kerana mereka meronda dan saya kata, 418 00:26:06,919 --> 00:26:11,465 "Ada orang pecahkan cermin dan curi barang dari papan pemuka saya." 419 00:26:11,549 --> 00:26:13,384 Polis tanya, "Apa yang dicuri?" 420 00:26:13,467 --> 00:26:16,053 Saya jawab, "Epal dan sepaket rokok." 421 00:26:16,137 --> 00:26:18,264 Dia kata, "Apa yang awak jangkakan? 422 00:26:22,435 --> 00:26:26,272 Jika awak tinggalkan barang berharga di tempat yang boleh dilihat, 423 00:26:26,355 --> 00:26:30,151 tentulah mereka pecahkan cermin awak! Siapa yang tak pecahkan? 424 00:26:30,234 --> 00:26:31,611 Awak bodoh?" 425 00:26:37,074 --> 00:26:39,869 Dia betul, jadi saya tak bertengkar dengannya. 426 00:26:40,870 --> 00:26:43,080 Saya sedar, "Ya, apa awak jangkakan?" 427 00:26:43,706 --> 00:26:46,459 Ada tajuk utama berita yang menyebut, 428 00:26:47,335 --> 00:26:50,212 "Presiden kepada New York: Pergi jahanam." 429 00:26:50,296 --> 00:26:52,256 Ya. "Ford kepada New York: Pergi mati." 430 00:26:52,882 --> 00:26:54,216 Sekarang, siapa mati? 431 00:27:50,564 --> 00:27:53,984 Saya juga rasa, walaupun New York tak seperti dulu, 432 00:27:54,068 --> 00:27:57,029 mereka takkan benarkan saya tinggal di tempat lain. 433 00:27:58,364 --> 00:28:02,034 Mereka akan bermesyuarat, tubuhkan majlis perbandaran 434 00:28:02,118 --> 00:28:06,580 dan beritahu saya, "Awak perlu pergi. Awak tak boleh tinggal di sini." 435 00:28:06,664 --> 00:28:10,710 - Saya dibuat begitu. - "Maaf. Masa untuk awak pergi." 436 00:28:59,925 --> 00:29:02,219 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman