1 00:00:06,006 --> 00:00:07,966 SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:10,802 --> 00:00:12,762 Saya sangat bencikan wang. 3 00:00:12,846 --> 00:00:18,226 Masalahnya berkaitan ini, 4 00:00:18,309 --> 00:00:20,399 adalah saya suka harta. 5 00:00:20,478 --> 00:00:23,728 Jadi, saya benci wang, tapi suka harta, bukan? 6 00:00:23,815 --> 00:00:27,685 Saya benci wang, tapi suka perabot. Saya benci wang, tapi suka kereta. 7 00:00:27,777 --> 00:00:29,397 Saya benci wang, tapi suka pakaian. 8 00:00:29,487 --> 00:00:32,277 Benci wang tak apa kalau awak juga benci harta, 9 00:00:32,365 --> 00:00:34,695 sebab awak macam Dalai Lama, betul? 10 00:00:50,133 --> 00:00:53,393 SEMPADAN HAK MILIK 140 BROADWAY KEBENARAN MELINTAS BOLEH DIBATALKAN 11 00:01:13,323 --> 00:01:15,283 - Hai, Fran. - Hei, macam mana? 12 00:01:15,366 --> 00:01:17,236 Kami sedia untuk awak duduk. 13 00:01:28,046 --> 00:01:32,586 Apa nasihat kepada diri awak sebagai gadis 20-an ke New York sekarang? 14 00:01:32,675 --> 00:01:33,545 Bawa wang. 15 00:01:34,719 --> 00:01:35,599 Okey? 16 00:01:37,263 --> 00:01:39,223 Bawa wang. Itu nasihat saya. 17 00:01:39,307 --> 00:01:42,977 Nasihat kepada orang yang datang, awak tak perlu wang sebanyak itu. 18 00:01:48,233 --> 00:01:49,073 Ini dia. 19 00:01:50,193 --> 00:01:51,113 - Okey. - Ya… 20 00:01:51,611 --> 00:01:55,821 Saya tak nak cakap apa-apa, tapi gelas ini semakin tak sama. 21 00:01:55,907 --> 00:01:58,577 Saya minum kopi ini, ia semakin kurang dan… 22 00:01:59,244 --> 00:02:00,794 Jadi, kita perlu buat semula. 23 00:02:03,039 --> 00:02:04,919 PAPAN ANGGARAN 24 00:02:04,999 --> 00:02:08,839 Memang benar wanita sebaya saya, semasa kami kecil, 25 00:02:08,920 --> 00:02:12,130 tak dibesarkan dengan idea yang kami perlu fikir tentang wang. 26 00:02:12,215 --> 00:02:16,545 Jadi, saya percaya jika saya lelaki, 27 00:02:16,636 --> 00:02:22,726 saya takkan ada perangai yang malas ini tentang wang. 28 00:02:22,809 --> 00:02:24,559 Saya takkan dibenarkan, 29 00:02:24,644 --> 00:02:28,364 sebab ayah saya akan menjerit, "Awak gila? Awak tak fahamkah? " 30 00:02:28,439 --> 00:02:30,899 Tapi orang selalu kata kepada saya, 31 00:02:30,984 --> 00:02:33,534 "Ibu bapa nak awak jadi penulis?" Tak. 32 00:02:33,611 --> 00:02:35,701 "Mereka cuba halang awak?" Tak. 33 00:02:35,780 --> 00:02:39,620 "Yakah? Mereka nak awak jadi apa?" Isteri. Mereka nak saya jadi isteri. 34 00:02:39,701 --> 00:02:42,621 Mereka anggap saya akan jadi isteri. Mereka nak saya jadi isteri. 35 00:02:42,704 --> 00:02:44,624 Jadi, mereka tak pernah beritahu 36 00:02:44,706 --> 00:02:49,876 atau ajar saya apa-apa selain daripada cara jadi isteri. 37 00:02:49,961 --> 00:02:52,421 Awak boleh lihat ia tak berhasil untuk mereka. 38 00:02:52,505 --> 00:02:55,335 Tapi saya rasa, 39 00:02:55,425 --> 00:02:59,345 ia bukannya baik sebagai gadis kecil di era 50-an, 40 00:02:59,429 --> 00:03:01,389 tapi apa yang baiknya 41 00:03:01,472 --> 00:03:05,232 adalah mereka tak terlalu beri perhatian kepada awak. 42 00:03:05,310 --> 00:03:10,060 Saya ingat dengan jelas kawan baik saya, 43 00:03:11,065 --> 00:03:15,105 yang masih rapat, dan tinggal berdekatan saya, 44 00:03:15,195 --> 00:03:18,655 saya di rumahnya ketika ayahnya telefon dan kata gajinya naik, 45 00:03:18,740 --> 00:03:21,580 semua orang teruja, dan ibunya buatkan kek. 46 00:03:21,659 --> 00:03:23,119 Saya tak faham. 47 00:03:23,203 --> 00:03:25,833 Saya pulang dan tanya mak, "Apa itu gaji naik?" 48 00:03:25,914 --> 00:03:30,134 Dia kata, "Apabila awak dapat lebih wang setiap minggu." 49 00:03:30,627 --> 00:03:34,667 Saya kata, "Gaji si polan naik, dan sekarang dia dapat…" 50 00:03:35,423 --> 00:03:40,013 Saya ingat jumlahnya. $300 seminggu. Ia lebih daripada gaji ayah saya. 51 00:03:40,094 --> 00:03:42,184 Saya teringat kembali. 52 00:03:43,598 --> 00:03:46,848 Saya kata, "Berapa gaji ayah?" Ibu tampar saya. 53 00:03:48,186 --> 00:03:52,106 Dia sangat… "Jangan tanya tentang wang. 54 00:03:52,190 --> 00:03:57,610 Ia biadab dan jangan sesekali tanya sesiapa berapa gaji mereka." 55 00:03:57,695 --> 00:04:01,405 Saya tak pernah cakap tentang wang lagi. Jadi, saya tiada apa-apa. 56 00:04:01,491 --> 00:04:04,661 Saya pernah ke pejabat akauntan saya, 57 00:04:04,744 --> 00:04:09,174 dia pandang saya dan kata, "Biar saya jelaskan awak sesuatu. 58 00:04:09,249 --> 00:04:11,919 Beritahu saya tentang wang. Saya akauntan awak. " 59 00:04:12,418 --> 00:04:15,758 Sebab saya asyik kata "Saya tak patut beritahu awak." 60 00:04:16,339 --> 00:04:18,419 Dia akan tanya, "Berapa pendapatan awak?" 61 00:04:18,508 --> 00:04:21,798 Saya kata, "Saya tak nak bincangkan dengan awak." 62 00:04:22,303 --> 00:04:26,473 "Siapa awak?" Sekarang, orang asyik bercakap tentang wang. 63 00:04:26,557 --> 00:04:29,097 Tapi saya juga selalu cakap, 64 00:04:29,185 --> 00:04:31,555 jika saya tahu gaji seseorang 65 00:04:31,646 --> 00:04:34,606 atau kos pangsapuri mereka, sebab mereka beritahu, 66 00:04:34,691 --> 00:04:37,401 yang mana orang selalu buat. Saya takkan tanya. 67 00:04:37,485 --> 00:04:41,445 Tapi orang bercakap tentang wang sepanjang masa, 68 00:04:41,531 --> 00:04:46,451 seolah-olah ia topik perbualan yang menarik, sebenarnya tidak. 69 00:04:48,955 --> 00:04:54,375 Saya dikenakan cukai 74%, betul? 70 00:04:54,877 --> 00:04:56,627 Saya nak tunjukkan bakinya. 71 00:04:57,964 --> 00:05:00,724 - Apa saya akan buat adalah haram. - Ia haram. 72 00:05:00,800 --> 00:05:05,970 Saya tak kisah kalau dipenjarakan. Setidaknya saya dapat berdiet. 73 00:05:06,055 --> 00:05:07,765 Tengok, ini apa yang saya tinggal. 74 00:05:09,183 --> 00:05:12,983 Saya akan berhenti pada 74%. 75 00:05:14,105 --> 00:05:16,065 Awak jangan main-main 76 00:05:16,607 --> 00:05:18,527 sebab ini bukan untuk orang miskin. 77 00:05:18,609 --> 00:05:21,569 Ini untuk nuklear dan semua… 78 00:05:21,654 --> 00:05:23,614 Awak sedar awak dah buat ramai marah. 79 00:05:23,698 --> 00:05:25,868 Dengar, ini wang saya. Saya tak peduli. 80 00:05:25,950 --> 00:05:28,950 Semasa kali pertama ke New York, ayah saya beri $200. 81 00:05:29,037 --> 00:05:30,827 Jumlah terbanyak pernah saya ada. 82 00:05:30,913 --> 00:05:33,623 Saya terfikir, "$200, dah cukup untuk hidup." 83 00:05:34,167 --> 00:05:36,127 Awak tahu. 84 00:05:36,210 --> 00:05:38,090 Saya pernah memandu teksi. 85 00:05:38,171 --> 00:05:41,051 Saya pemandu untuk orang. 86 00:05:41,758 --> 00:05:44,258 Saya tukang cuci. Saya penjaja. 87 00:05:44,802 --> 00:05:48,352 Saya jual tali pinggang di jalanan. Saya akan dapatkan 88 00:05:49,432 --> 00:05:53,692 The Village Voice. Saya bekerja lima ke enam hari seminggu. 89 00:05:53,770 --> 00:05:55,360 Saya tak pernah bekerja pada Rabu, 90 00:05:55,480 --> 00:05:58,190 sebab Rabu ialah hari The Village Voice keluar. 91 00:05:58,483 --> 00:06:01,493 Saya akan ke Sheridan Square dan dapatkan The Village Voice, 92 00:06:01,569 --> 00:06:04,909 dan The Village Voice… sebenarnya semua akhbar ada. 93 00:06:04,989 --> 00:06:07,239 Tapi di situlah semua iklan kerja kosong ada. 94 00:06:07,325 --> 00:06:08,655 Saya sentiasa fikir… 95 00:06:09,160 --> 00:06:11,080 Sebab saya sentiasa benci kerja saya. 96 00:06:11,162 --> 00:06:15,752 Jadi, saya fikir, "Minggu depan, saya akan cari kerja yang saya tak benci." 97 00:06:16,709 --> 00:06:20,379 Pada suatu ketika, saya sedar, "Fran, awak tak suka bekerja." 98 00:06:20,463 --> 00:06:25,433 Bukan sebab… Ia kerja yang teruk, ya. Sesiapa pun rasa begitu, 99 00:06:25,510 --> 00:06:28,100 tapi sebenarnya,  saya tak suka bekerja… 100 00:06:28,179 --> 00:06:32,639 Saya suka baring atas sofa dan membaca, tapi ia bukan kerjaya. 101 00:06:32,725 --> 00:06:37,935 Tiada siapa akan bayar awak, Kalau tak, ini dah jadi rumah saya. Jadi… 102 00:06:39,649 --> 00:06:44,199 Saya juga mengelak semua kerja kawan saya, 103 00:06:44,278 --> 00:06:45,858 iaitu pelayan. 104 00:06:45,947 --> 00:06:49,527 Semua gadis bekerja yang saya kenal… Ada juga yang tak. 105 00:06:49,617 --> 00:06:51,787 Mereka pelayan dan… 106 00:06:52,578 --> 00:06:54,368 semua, 100% begitu. 107 00:06:54,455 --> 00:06:59,665 Kawan saya akan tanya, "Kenapa awak cuci pangsapuri dan bukan… 108 00:06:59,752 --> 00:07:03,712 Marilah kerja di tempat saya. Gaji awak lebih tinggi. 109 00:07:03,798 --> 00:07:07,758 Ia kurang mengerahkan tenaga juga. 110 00:07:07,844 --> 00:07:13,894 Awak tahu, saya akan kata begini. 111 00:07:13,975 --> 00:07:18,265 Orang yang upah pelayan adalah lelaki. Okey? Pengurus adalah lelaki. 112 00:07:18,354 --> 00:07:20,904 Awak takkan dapat syif sebagai pelayan di restoran 113 00:07:20,982 --> 00:07:22,862 tanpa tidur dengan pengurus, okey? 114 00:07:22,942 --> 00:07:26,532 Itulah sebabnya. Bukan soal cinta atau janji temu. 115 00:07:26,612 --> 00:07:29,912 Ia bukan soal menggoda atau tidak. 116 00:07:29,991 --> 00:07:34,621 Ia tentang… Contohnya, bagi Fran, sebagai gadis, ia hanya bekerja. 117 00:07:34,704 --> 00:07:37,374 Itulah cara awak dapat kerja sebagai pelayan. 118 00:07:37,457 --> 00:07:41,917 Ada restoran yang orang nak bekerja di mana pengurusnya homoseksual. 119 00:07:42,003 --> 00:07:44,843 Dia homoseksual! Semua orang agak… 120 00:07:46,007 --> 00:07:49,257 Mestilah, dia cari pelayan lelaki dan mereka juga perlu tidur dengannya. 121 00:07:49,343 --> 00:07:50,643 Jadi… Awak tahu? 122 00:07:51,429 --> 00:07:54,849 Semua orang rasa kos hidup di New York pernah rendah, betul? 123 00:07:54,932 --> 00:07:58,392 Ia sentiasa lebih mahal daripada tempat lain. 124 00:07:58,478 --> 00:07:59,598 Jika saya cakap, 125 00:07:59,687 --> 00:08:03,067 "Ini pangsapuri saya  di West Fourth Street pada 1970. 126 00:08:03,149 --> 00:08:05,609 Ia $121,78 sebulan," 127 00:08:05,693 --> 00:08:08,243 orang kata, "Mengarut! " 128 00:08:08,321 --> 00:08:10,361 Ia mahal! 129 00:08:10,448 --> 00:08:12,988 Banyak kawan saya tinggal di East Village. 130 00:08:13,075 --> 00:08:16,785 Mereka akan kata, "Awak gila habiskan wang untuk satu bilik. 131 00:08:16,871 --> 00:08:19,621 Jika awak tinggal di kejiranan saya di Avenue C, 132 00:08:19,707 --> 00:08:21,457 awak boleh dapat empat bilik." 133 00:08:21,542 --> 00:08:23,922 Saya akan kata, "Ya, tapi saya tak dirogol." 134 00:08:24,712 --> 00:08:28,302 Okey? Saya selalu rasa berbaloi. 135 00:08:28,382 --> 00:08:30,802 - Ia berbaloi. - Awak tahu? 136 00:08:30,885 --> 00:08:33,675 Saya tak boros, tapi awak perlu bayar yang penting. 137 00:08:33,763 --> 00:08:37,683 Jadi, ia terlalu mahal. Pangsapuri itu teruk. 138 00:08:37,767 --> 00:08:39,847 Ia terlalu mahal, tapi lebih selamat. 139 00:08:39,936 --> 00:08:44,936 Cek besar pertama yang saya dapat, saya tiada akaun bank. 140 00:08:45,024 --> 00:08:49,364 Cek ini, berjumlah $100,000. Saya tak tahu nak buat apa. 141 00:08:50,029 --> 00:08:52,109 Saya memang… Saya buat ini dengan cek. 142 00:08:52,198 --> 00:08:57,408 Saya ambil cek itu, lebih kurang $100, 143 00:08:57,954 --> 00:09:00,584 kemudian saya akan ke delikatesen, 144 00:09:01,165 --> 00:09:02,875 saya akan tanya pekerja, 145 00:09:02,959 --> 00:09:07,169 "Boleh buatkan sandwic daging panggang dengan jumlah cek ini?" 146 00:09:07,255 --> 00:09:08,295 Mereka terima. 147 00:09:08,381 --> 00:09:11,841 Jadi, saya bayangkan akan bertanya di delikatesen, 148 00:09:11,926 --> 00:09:14,796 "Berikan sandwic dengan nilai ini." Saya tak tahu nak buat apa. 149 00:09:15,304 --> 00:09:19,064 Sebenarnya, saya takut dengan cek ini. 150 00:09:19,850 --> 00:09:22,770 Saya tak tahu nilai wang ini, 151 00:09:22,853 --> 00:09:26,113 kecuali ia nampak sejumlah yang banyak. 152 00:09:26,190 --> 00:09:30,030 Jadi, kali pertama dapat gaji, saya agak takut. 153 00:09:30,528 --> 00:09:32,448 Saya agak takut. 154 00:09:32,530 --> 00:09:36,950 Ia sesuatu yang menakjubkan bagi saya, tapi ia juga… 155 00:09:37,034 --> 00:09:41,004 Saya tak pernah teruja disebabkan wang dalam hidup. 156 00:09:41,497 --> 00:09:43,077 Ia tak… Saya tak rasa… 157 00:09:43,165 --> 00:09:46,165 Saya tak rasa begitu disebabkan wang. 158 00:09:46,252 --> 00:09:49,212 Antara sifat untuk dapat banyak wang adalah sukakan wang. 159 00:09:49,880 --> 00:09:53,220 Sangat sukakannya. 160 00:09:53,301 --> 00:09:56,511 Saya selalu sebut ada dua jenis orang di dunia ini. 161 00:09:56,596 --> 00:09:59,516 Orang yang rasa wang boleh cukup 162 00:09:59,599 --> 00:10:01,179 dan orang yang ada wang. 163 00:10:02,143 --> 00:10:03,393 Semudah itu saja. 164 00:10:03,477 --> 00:10:06,557 Ya, bagi saya, wang boleh cukup. 165 00:10:06,647 --> 00:10:08,857 Saya pernah ada wang yang cukup. 166 00:10:08,941 --> 00:10:12,451 Bagi saya, wang yang cukup bermaksud boleh bayar semuanya. 167 00:10:13,362 --> 00:10:14,822 Saya cuba dapatkan gadai janji, 168 00:10:14,905 --> 00:10:19,075 dan bercakap dengan broker di Merrill Lynch, 169 00:10:19,160 --> 00:10:21,830 yang melihat butiran saya sewaktu dalam telefon, 170 00:10:21,912 --> 00:10:26,752 dan dia kata, "Boleh saya tanya awak?" Saya kata, "Boleh awak tanya saya? 171 00:10:26,834 --> 00:10:29,674 Awak lihat penyata cukai saya selama lima minit. 172 00:10:29,754 --> 00:10:32,514 Awak sedang lihat hal peribadi. Awak tahu? 173 00:10:32,590 --> 00:10:34,840 Awak lebih tahu tentang saya daripada saya. 174 00:10:34,925 --> 00:10:36,715 Ya, awak boleh tanya saya." 175 00:10:36,802 --> 00:10:39,182 Dia tanya, "Kenapa pendapatan awak tak menentu?" 176 00:10:39,764 --> 00:10:42,984 Saya jawab, "Saya penulis." Dia kata, "Penulis?" 177 00:10:45,478 --> 00:10:47,398 Sebab itulah penulis tak dapat gadai janji. 178 00:11:07,124 --> 00:11:10,714 Ada pangsapuri bernilai $20 juta di New York atau lebih. 179 00:11:10,795 --> 00:11:11,915 Tak selalunya benar. 180 00:11:12,004 --> 00:11:15,684 Jika difikirkan, bagaimana pangsapuri berharga $20 juta? 181 00:11:15,758 --> 00:11:17,088 Apa maksudnya? 182 00:11:17,760 --> 00:11:20,470 Apa maksudnya pangsapuri berharga $20 juta? 183 00:11:20,554 --> 00:11:22,144 Nilai itu mengarut! 184 00:11:22,223 --> 00:11:25,023 Jumlah ini mengarut tapi orang dah biasa dengannya. 185 00:11:25,101 --> 00:11:28,271 Saya sangka, selepas setahun meninjau pangsapuri, 186 00:11:28,354 --> 00:11:33,484 ketika harga naik setiap jam… Okey? 187 00:11:33,567 --> 00:11:37,817 Pertama, harganya mengarut. Awak akan lihat pangsapuri pada Isnin. 188 00:11:38,322 --> 00:11:41,952 Awak akan lihat pangsapuri sama pada Rabu. Harganya lebih $50,000. 189 00:11:42,034 --> 00:11:45,664 Saya kata, "Saya lihat pangsapuri ini pada Isnin. Kenapa lebih $50,000?" 190 00:11:45,746 --> 00:11:48,246 "Pasaran meningkat. Elok beli sekarang." 191 00:11:48,749 --> 00:11:51,539 "Saya tak suka." "Tak bermakna awak tak patut beli." 192 00:11:51,627 --> 00:11:55,417 Awak tahu, di antara beberapa pangsapuri, 193 00:11:55,506 --> 00:11:59,046 ejen hartanah akan kata, "Kenapa awak nak pangsapuri besar?" 194 00:11:59,135 --> 00:12:01,505 Mereka akan kata, "Awak selalu berhibur?" 195 00:12:01,595 --> 00:12:04,885 Ini tanggapan pertama. "Awak mesti anjur banyak parti." 196 00:12:05,391 --> 00:12:09,481 Saya akan kata, "Tak. Saya paling jarang anjurkan parti. 197 00:12:10,521 --> 00:12:13,941 Betul. Ayatollah Khomeini anjurkan lebih banyak parti. 198 00:12:14,024 --> 00:12:18,204 Jadi, saya tak berhibur. Bukan saja tak banyak. Tak pernah." 199 00:12:18,279 --> 00:12:23,279 Jadi, "Kenapa nak semua bilik ini?" "Saya ada 10,000 buku." 200 00:12:24,493 --> 00:12:27,043 Selepas beberapa pangsapuri, 201 00:12:28,038 --> 00:12:31,078 apabila saya asyik kata, "Ini terlalu mahal," 202 00:12:31,625 --> 00:12:35,295 mereka kata, "Awak tak mampu pangsapuri yang muat untuk buku awak," 203 00:12:35,379 --> 00:12:36,339 dan saya dah tahu. 204 00:12:36,839 --> 00:12:39,089 Saya tahu sebelum telefon mereka. Mereka tak tahu. 205 00:12:39,175 --> 00:12:41,425 Mereka ambil masa untuk sedar, tapi saya dah tahu. 206 00:12:41,510 --> 00:12:45,600 Selepas melihat 100 pangsapuri, 207 00:12:46,182 --> 00:12:49,602 saya rasa dah cukup menderita, 208 00:12:49,685 --> 00:12:50,845 "Beri saya pangsapuri." 209 00:12:50,936 --> 00:12:51,896 Saya beli pangsapuri 210 00:12:51,979 --> 00:12:55,069 lebih kurang tiga kali ganda harga mampu saya. 211 00:12:55,149 --> 00:12:56,779 Saya nak menang loteri. 212 00:12:57,276 --> 00:13:00,066 Sebenarnya, ketika ini, saya perlu menang loteri. 213 00:13:00,154 --> 00:13:04,664 Maksud saya, ia dah melebihi kehendak, 214 00:13:04,742 --> 00:13:08,082 dan saya memang perlukan. 215 00:13:08,162 --> 00:13:10,792 Awak pergi ke tempat itu dan isi borangnya? 216 00:13:11,874 --> 00:13:14,594 Saya bermain loteri setiap minggu, 217 00:13:14,668 --> 00:13:19,758 dan sekali, beberapa tahun lalu, saya menang loteri $1,200. 218 00:13:20,549 --> 00:13:21,379 Betul? 219 00:13:21,467 --> 00:13:24,257 Jika awak menang lebih $600, awak perlu ke pejabat loto, 220 00:13:24,345 --> 00:13:25,755 yang mana ketika saya menang, 221 00:13:25,846 --> 00:13:31,436 berdekatan kasino besar lain, Bursa Saham New York. 222 00:13:32,770 --> 00:13:35,690 Jadi, saya ke pejabat loto, 223 00:13:35,773 --> 00:13:39,653 dan berbaris, bersama pemenang loto lain. 224 00:13:39,735 --> 00:13:46,115 Lelaki di depan saya ke kaunter dan berikan tiketnya, 225 00:13:46,200 --> 00:13:49,080 dan wanita di kaunter itu berkata, 226 00:13:49,161 --> 00:13:53,331 "Baiklah tuan, kami akan hantar cek dalam masa dua minggu." 227 00:13:53,415 --> 00:13:55,665 Lelaki itu berkata, "Tak, saya nak sekarang." 228 00:13:56,585 --> 00:13:59,375 Dia kata, "Tak, kami akan hantar dalam masa dua minggu." 229 00:13:59,463 --> 00:14:02,803 Dia kata, "Saya tak nak awak hantar. Berikan saya sekarang. " 230 00:14:02,883 --> 00:14:07,143 Dia kata, "Bukan itu caranya, awak akan dapat cek lagi dua minggu." 231 00:14:07,221 --> 00:14:10,811 Dia kata, "Awak tak faham. Saya perlukan wang ini sekarang." 232 00:14:10,891 --> 00:14:14,271 Dia kata, "Awak tak faham. Awak takkan dapat sekarang. Seterusnya." 233 00:14:14,353 --> 00:14:18,483 Dia kata, "Awak tak faham. Saya perlukan wang ini untuk bayar sewa. 234 00:14:19,316 --> 00:14:20,436 Apa saya nak buat?" 235 00:14:20,943 --> 00:14:25,363 Dia kata, "Apa saja yang awak buat jika tak menang loteri." 236 00:14:29,034 --> 00:14:31,664 - Sekarang saya lelaki ini. - Ya. 237 00:14:31,745 --> 00:14:33,455 Jadi, saya perlu menang loteri. 238 00:14:33,998 --> 00:14:37,588 Jika saya tanya diri, "Berapa awak nak bayar pangsapuri ini?" 239 00:14:37,668 --> 00:14:40,878 Saya akan beritahu awak sepertiga bayaran pangsapuri ini. 240 00:14:40,963 --> 00:14:43,633 Orang terus tanya, "Bila harga akan turun?" 241 00:14:43,716 --> 00:14:47,756 Saya kekal jawab, "Tunggu. Tunggu saya habis bayar pangsapuri ini." 242 00:14:48,679 --> 00:14:53,429 Okey? Kemudian saya selesai bayar, dan harganya mula menurun. 243 00:14:53,517 --> 00:14:56,647 Saya pembawa keputusan hartanah yang teruk. 244 00:14:58,647 --> 00:15:01,187 Saya ialah Lebowitz yang beli mahal, jual murah. 245 00:15:02,026 --> 00:15:04,776 Jadi, maksud saya, ada satu… 246 00:15:04,862 --> 00:15:09,032 Sejujurnya, saya satu-satunya orang yang tinggal di New York 247 00:15:09,116 --> 00:15:12,036 yang tak pernah buat keputusan hartanah yang tepat. 248 00:15:13,454 --> 00:15:14,504 Tak pernah sekali. 249 00:15:14,580 --> 00:15:19,710 Satu-satunya penenang saya adalah dengan mengingatkan saya 250 00:15:19,793 --> 00:15:23,093 yang saya tak ke New York ketika 18 tahun bagi menceburi bidang hartanah. 251 00:15:23,172 --> 00:15:25,342 Saya dah buktikan yang saya takkan menceburinya. 252 00:15:25,424 --> 00:15:29,264 Ada orang muda beritahu saya tahun lepas, "Saya tak faham. 253 00:15:29,345 --> 00:15:32,595 Orang sebaya awak jumpa pangsapuri mereka bertahun lalu. Mereka bayar…" 254 00:15:32,681 --> 00:15:34,521 Saya kata, "Ya, semua kecuali saya." 255 00:15:34,600 --> 00:15:37,190 - Awak dah lama di 57th Street. - Lama. 256 00:15:37,269 --> 00:15:40,769 Pangsapuri itu… Saya memilikinya lama dulu, dan ia… 257 00:15:40,856 --> 00:15:42,606 - Saya tinggal di sana selama… - Di… 258 00:15:42,691 --> 00:15:44,991 The Osborne.  Saya 26 tahun tinggal di sana. 259 00:15:45,069 --> 00:15:50,069 Semasa muda, sekitar 21 tahun, saya ke parti di bangunan itu. 260 00:15:51,158 --> 00:15:54,328 Saya tak pernah masuk dan tak pernah dengar. 261 00:15:54,411 --> 00:15:56,001 Saya kagum dengan pangsapuri itu. 262 00:15:56,080 --> 00:15:58,460 Oh ya, pangsapuri yang saya ke parti itu 263 00:15:58,540 --> 00:16:01,380 salah satu pangsapuri dalam bangunan macam itu. 264 00:16:01,460 --> 00:16:04,300 Pangsapuri saya tak macam itu. Ia sangat… 265 00:16:04,797 --> 00:16:07,257 Ia menakjubkan. 266 00:16:07,758 --> 00:16:11,508 Bangunan abad ke-19 yang indah. Pangsapuri tertua di New York. 267 00:16:11,595 --> 00:16:15,515 Saya terfikir, "Saya nak tinggal di tempat begini." 268 00:16:15,599 --> 00:16:18,269 Ia mimpi ngeri tinggal di sana. Masalah yang berulang. 269 00:16:18,352 --> 00:16:20,732 Bangunan itu teruk sebab dah lama. 270 00:16:20,813 --> 00:16:24,903 Sentiasa ada pembinaan. Masalah besar yang berulang. 271 00:16:24,984 --> 00:16:26,654 Saya tak pernah pindah, 272 00:16:26,735 --> 00:16:29,735 sebab saya takkan ada pangsapuri yang cantik lagi. 273 00:16:29,822 --> 00:16:32,952 Akhirnya, suatu hari, saya kata kepada diri, 274 00:16:33,033 --> 00:16:38,873 "Fran, awak macam isteri yang dipukul suami, 275 00:16:38,956 --> 00:16:42,126 dan kawannya asyik kata,  'Tinggalkan dia. Dia pukul awak,' 276 00:16:42,209 --> 00:16:44,129 dan dia jawab, 'Tapi dia kacak.' 277 00:16:44,211 --> 00:16:47,551 Mereka kata, "Tapi dia pukul awak,' dan dia kata," Tapi dia kacak." 278 00:16:47,631 --> 00:16:50,301 Akhirnya saya sedar ini samalah dengan pangsapuri saya! 279 00:16:50,384 --> 00:16:53,054 Saya yang asyik kata, "Dia pukul saya, tapi dia kacak!" 280 00:16:53,137 --> 00:16:55,427 Akhirnya saya sedar, "Dia pukul awak. Pergi." 281 00:16:55,931 --> 00:17:01,651 Jadi, saya faham bahawa ketamakan saya untuk pangsapuri 282 00:17:01,729 --> 00:17:04,819 dan perabot dan sebagainya sangat kuat 283 00:17:04,898 --> 00:17:10,988 yang walaupun saya risau akan buat ini, 284 00:17:11,947 --> 00:17:16,037 saya kurang risau daripada gembira kerana memiliki pangsapuri ini. 285 00:17:18,746 --> 00:17:22,996 Inilah yang buat saya paling rasa macam orang Amerika dalam hidup. 286 00:17:23,500 --> 00:17:25,750 Saya rasa dah sertai rakan-rakan Amerka 287 00:17:25,836 --> 00:17:30,716 yang berada dalam hutang psikotik tanpa sebab. 288 00:17:30,799 --> 00:17:34,639 Maksudnya, saya tak boleh kata, "Apa saya nak buat? Anak saya sakit." 289 00:17:34,720 --> 00:17:37,720 Semua orang bersimpati dengan itu. Tapi ini pula? 290 00:17:37,806 --> 00:17:41,516 "Kenapa saya tak patut ada pangsapuri 20 juta kaki persegi? Betul? 291 00:17:41,602 --> 00:17:44,652 Saya penat tak dapat ini!" Itulah yang sebenarnya. 292 00:17:54,323 --> 00:17:56,203 Angan-angan awak saja. 293 00:17:56,867 --> 00:17:57,697 Memanglah. 294 00:18:01,371 --> 00:18:03,921 Apakah sifat warga contoh New York? 295 00:18:03,999 --> 00:18:05,499 Awak perlu menentang perkara 296 00:18:05,584 --> 00:18:10,384 yang disarankan oleh orang yang menguruskan New York, 297 00:18:10,464 --> 00:18:13,094 sebab awak perlu faham kenapa mereka sarankan. 298 00:18:13,175 --> 00:18:17,345 Mereka sarankan supaya… wang mengalir ke bandar. 299 00:18:17,429 --> 00:18:21,599 Wang mengalir ke bandar ke siapa? 300 00:18:21,683 --> 00:18:24,523 Ia tak ke saya atau awak. 301 00:18:24,603 --> 00:18:26,653 Sebab kita tak miliki semua ini. 302 00:18:27,231 --> 00:18:29,151 Ada tempoh,  saya rasa pada era 80-an, 303 00:18:29,233 --> 00:18:31,363 di mana mereka cuba robohkan Lever House 304 00:18:31,443 --> 00:18:33,953 dan saya berada di restoran bersama Jerry Robbins, 305 00:18:34,029 --> 00:18:38,949 dan seseorang datang ke meja kami dan minta tandatangan petisyen. 306 00:18:39,034 --> 00:18:42,374 "Boleh tandatangan petisyen ini untuk halang Lever House dirobohkan?" 307 00:18:42,454 --> 00:18:45,374 Jadi, saya dan Jerry tandatangan. Lelaki itu pergi. 308 00:18:45,457 --> 00:18:48,377 Jerry pandang saya dan kata, "Saya pasti dah tandatangan petisyen 309 00:18:48,460 --> 00:18:50,380 untuk halang mereka bina Lever House." 310 00:18:51,255 --> 00:18:53,545 Bagi saya, itulah kisah New York. 311 00:19:08,147 --> 00:19:11,727 Saya pasti ketika mereka bina Lever House di Park Avenue selepas perang, 312 00:19:11,817 --> 00:19:15,947 masih banyak rumah di Park Avenue, dan mereka robohkan semuanya. 313 00:19:32,379 --> 00:19:34,549 Apa yang hebat tentang Grand Cental Station, 314 00:19:34,631 --> 00:19:38,761 sebab ia cantik, adalah hanya ada seorang pembina. 315 00:19:39,428 --> 00:19:43,268 Nasib baik dia seseorang yang pandai membina bangunan. 316 00:19:43,348 --> 00:19:48,768 Sebab, bangunan sebesar itu takkan hanya ada seorang pembina. 317 00:19:48,854 --> 00:19:50,524 Takkan hanya ada satu daya kepekaan. 318 00:19:50,606 --> 00:19:53,106 Itu wang dia yang dicurahkan untuk itu. 319 00:19:58,322 --> 00:20:02,202 Bangunan Chrysler menakjubkan sebab butiran dan keindahannya. 320 00:20:02,284 --> 00:20:05,254 Pada masa ini, saya rasa ia untuk dijual. 321 00:20:05,746 --> 00:20:07,246 Bukannya saya nak beli. 322 00:20:07,998 --> 00:20:10,878 Bagi saya, ia sesuai untuk seorang penghuni. 323 00:20:17,716 --> 00:20:19,376 Pencakar langit direka di sini. 324 00:20:19,885 --> 00:20:24,095 Satu dunia kagum dengan pencakar langit kita. 325 00:20:24,181 --> 00:20:25,521 Bangunan Empire State. 326 00:20:25,599 --> 00:20:28,439 Semua orang suka Bangunan Empire State. 327 00:20:29,019 --> 00:20:31,979 Ada juga yang cemburukan Bangunan Empire State. 328 00:20:32,856 --> 00:20:35,856 Di sebahagian tempat di dunia, 329 00:20:35,943 --> 00:20:38,453 macam di negara Teluk, 330 00:20:38,528 --> 00:20:44,908 mereka bina bangunan tinggi yang teruk di tengah padang pasir, 331 00:20:44,993 --> 00:20:48,003 dan kita tiru mereka! 332 00:20:48,914 --> 00:20:51,544 Sekarang 57th Street nampak… 333 00:20:52,042 --> 00:20:56,382 Ia tak nampak macam negara Teluk, tapi, bangunan itu. 334 00:20:56,463 --> 00:21:01,263 Saya tak percaya ada sebab estetik yang mendalam 335 00:21:01,343 --> 00:21:03,393 kenapa bangunan tinggi tak boleh cantik. 336 00:21:03,470 --> 00:21:06,350 New York secara amnya bukan bandar raya yang indah. 337 00:21:06,431 --> 00:21:10,191 Ia bukan Paris. Ia bukan Florence. 338 00:21:10,269 --> 00:21:16,649 Tapi sekarang ia bandar raya yang… 339 00:21:17,150 --> 00:21:20,320 Setidaknya ia asli, dalam erti kata lain. 340 00:21:20,404 --> 00:21:25,414 Sekarang, 57th Street nampak sama macam di negara Teluk, 341 00:21:25,492 --> 00:21:27,452 kecuali ia tempat sebenar. 342 00:21:27,536 --> 00:21:28,576 Ia 57th Street. 343 00:21:35,419 --> 00:21:38,379 Ia mengingatkan saya pakaian Ralph Lauren. 344 00:21:38,964 --> 00:21:40,384 Sewaktu Ralph Lauren bermula, 345 00:21:40,465 --> 00:21:44,585 dia cuma tiru pakaian Brooks Brothers. 346 00:21:45,846 --> 00:21:49,096 Pembeli pakaian Brooks Brothers hanyalah orang tertentu. 347 00:21:49,182 --> 00:21:50,812 Mereka ialah WASP. 348 00:21:50,892 --> 00:21:53,402 Dan Fran, tapi pada dasarnya WASP. 349 00:21:53,478 --> 00:21:56,398 Ketika Ralph Lauren mula buat pakaiannya, 350 00:21:56,481 --> 00:22:00,491 dia tiru pakaian ini, tapi ada sedikit perbezaan. 351 00:22:00,569 --> 00:22:01,899 Baju Brooks Brothers, 352 00:22:01,987 --> 00:22:05,067 sebelum mereka rosakkan bahagian baju bertahun lalu, 353 00:22:05,157 --> 00:22:07,487 baju Brooks Brothers tak sesuai dengan sesiapa. 354 00:22:07,576 --> 00:22:10,076 Ia tak padan dengan saya atau sesiapa saja. 355 00:22:10,162 --> 00:22:12,292 Mereka tak nak pakaian mereka padan. 356 00:22:12,789 --> 00:22:15,039 Baju yang padan, ia untuk orang lain. 357 00:22:15,125 --> 00:22:16,835 Ada sesuatu yang agak… 358 00:22:19,004 --> 00:22:21,014 hebat tentang pakaian yang sesuai. 359 00:22:21,089 --> 00:22:23,469 Ralph Lauren, bukan sebahagian daripada mereka, 360 00:22:23,550 --> 00:22:26,140 tak sedar pakaian tak sepatutnya padan, 361 00:22:26,219 --> 00:22:32,599 maksud saya ia lebih kepada pakaian yang orang bukan WASP pakai. 362 00:22:33,518 --> 00:22:37,608 Bagi saya, apa yang hebat adalah, setelah sekian lama, 363 00:22:37,689 --> 00:22:40,479 orang WASP yang selalu pakai pakaian Brooks Brothers 364 00:22:40,567 --> 00:22:42,317 mula beli pakaian Ralph Lauren. 365 00:22:42,819 --> 00:22:46,279 Orang sebenar yang dia tiru 366 00:22:46,365 --> 00:22:49,235 sedang membelinya, walaupun tahu ia bukan pakaian sebenar. 367 00:22:49,326 --> 00:22:53,706 Saya tak tahu kenapa mereka buat begini. Saya bukan WASP itu atau ini. 368 00:22:53,789 --> 00:22:55,789 Bagi saya, ini mengejutkan. 369 00:22:55,874 --> 00:22:58,794 Bagi saya, ini sama dengan 370 00:22:58,877 --> 00:23:02,207 pencakar langit yang ditiru oleh Dubai, 371 00:23:02,297 --> 00:23:03,837 dan kita meniru mereka semula. 372 00:23:10,764 --> 00:23:15,144 Saya lahir pada penghujung 1950, saya lebih muda dari yang awak fikir. 373 00:23:15,811 --> 00:23:20,231 Saya selalu rasa bertuah. Terutamanya bagi penulis. 374 00:23:20,315 --> 00:23:22,815 Ada banyak perkara buruk pada era 50-an. 375 00:23:22,901 --> 00:23:25,491 Ada perkara buruk pada era 50-an dan 60-an. 376 00:23:25,570 --> 00:23:32,330 Tapi ia beri saya pandangan pada separuh akhir abad ke-20, 377 00:23:32,411 --> 00:23:34,251 yang saya selalu rasa bertuah, 378 00:23:34,329 --> 00:23:37,169 walaupun cuma memerhati dengan sukanya saja. 379 00:23:37,666 --> 00:23:40,206 Maksud saya, saya suka melihatnya. 380 00:23:40,293 --> 00:23:44,463 Maksud saya, ada perkara yang saya tak jangka akan bertambah baik. 381 00:23:45,507 --> 00:23:47,967 Ia takkan berlaku kepada saya. Okey? 382 00:23:48,051 --> 00:23:52,061 Pada era 70-an, hak homoseksual mula disebut. Ia nampak mengarut. 383 00:23:52,139 --> 00:23:54,889 Mengarut. Orang muda sekarang kerap menghargai saya. 384 00:23:55,392 --> 00:23:57,812 "Saya tahu awak aktivis hak homoseksual yang hebat." 385 00:23:57,894 --> 00:24:00,774 Saya bukan aktivis hak homoseksual. Saya selalu beritahu mereka. 386 00:24:00,856 --> 00:24:03,646 Saya kata, "Taklah." Pertama, saya tak pernah jadi aktivis. 387 00:24:03,733 --> 00:24:06,533 Kedua… Bukan yang awak panggil aktivis. 388 00:24:06,611 --> 00:24:08,821 Saya tak korbankan diri, percayalah. 389 00:24:09,322 --> 00:24:11,322 Tapi saya juga tak sangka ia berhasil. 390 00:24:11,408 --> 00:24:14,868 Ia macam pergerakan Me Too. Saya tak sangka langsung. 391 00:24:14,953 --> 00:24:16,083 Sungguh. 392 00:24:16,163 --> 00:24:20,503 Menjadi wanita sama sejak azali, sehingga lapan bulan lalu. 393 00:24:22,169 --> 00:24:25,879 Okey? Jadi, ia sama saja. 394 00:24:25,964 --> 00:24:30,394 Awak boleh bercakap dengan sesiapa, mana-mana wanita, yang tak… 395 00:24:31,011 --> 00:24:35,521 Maksud saya, walaupun berumur 18 tahun, ia dah berubah, betul? 396 00:24:35,599 --> 00:24:37,729 Sebab ia berubah ketika awak 12 tahun! 397 00:24:38,310 --> 00:24:40,770 Orang kata, "Awak tak rasa akan ada reaksi?" 398 00:24:40,854 --> 00:24:42,194 Apa maksud awak "akan ada"? 399 00:24:43,190 --> 00:24:47,150 Ya, sudah tentu ada reaksi. Ya, semestinya. 400 00:24:47,235 --> 00:24:50,405 "Awak tak rasa wanita ini menipu?" 401 00:24:50,489 --> 00:24:54,369 Perasaan saya tentang ini adalah saya percaya setiap wanita. 402 00:24:54,451 --> 00:24:55,871 Buktikan yang dia menipu. 403 00:24:56,620 --> 00:24:59,330 Saya pasti ada yang menipu. Saya positif. 404 00:24:59,414 --> 00:25:04,094 Tapi awak perlu buktikan sebab saya pernah muda. Okey? 405 00:25:04,169 --> 00:25:08,629 Sesiapa yang dulunya gadis, wanita muda, tahu apa ini. 406 00:25:08,715 --> 00:25:10,255 Macam yang saya cakap sebelum ini. 407 00:25:10,342 --> 00:25:12,932 Awak tak dapat syif sebagai pelayan di restoran. 408 00:25:13,011 --> 00:25:14,551 Itulah maksudnya. Okey? 409 00:25:14,638 --> 00:25:19,138 Jadi, saya percaya wanita ini. 410 00:25:19,226 --> 00:25:22,766 Ramai lelaki yang tertangkap, terutamanya pada awalnya, 411 00:25:22,854 --> 00:25:24,364 saya kenal mereka semua! 412 00:25:25,065 --> 00:25:26,645 Secara peribadi, saya kenal mereka. 413 00:25:26,733 --> 00:25:28,823 Saya tahu sejuta cerita tentang mereka, 414 00:25:28,902 --> 00:25:31,742 tapi bukan cerita yang mereka tertangkap. 415 00:25:31,821 --> 00:25:36,951 Macam kisah lelaki dituduh rogol dan berlaku ganas. Saya tak pernah dengar. 416 00:25:37,035 --> 00:25:40,905 Itu bukan kisah yang awak dengar, seperti… 417 00:25:40,997 --> 00:25:45,667 Sebab lelaki dungu pun tak bercakap gah tentang itu, 418 00:25:45,752 --> 00:25:49,172 sebab mereka pun tahu ia jenayah, okey? 419 00:25:49,256 --> 00:25:52,426 Ada perbezaan antara jenayah dan urusan filem. 420 00:25:52,926 --> 00:25:55,176 Okey? Awak boleh kata, "Ini urusan filem. 421 00:25:55,262 --> 00:25:56,972 Macam biasalah urusan filem!" 422 00:25:57,055 --> 00:26:01,345 Perasaan saya tentang ini adalah, "Awak tak perlu jadi bintang filem." 423 00:26:02,435 --> 00:26:05,605 Kalau nak jadi bintang filem atau pelayan di restoran itu, 424 00:26:05,689 --> 00:26:06,859 awak perlu buat begitu. 425 00:26:06,940 --> 00:26:09,780 Mujurlah, saya tak nak jadi bintang filem. 426 00:26:10,777 --> 00:26:12,987 Jadi, saya percaya cerita tentang lelaki 427 00:26:13,071 --> 00:26:17,581 dan wanita yang nak jadi bintang filem sampai mereka sanggup begitu. 428 00:26:17,659 --> 00:26:21,959 Itu tak sama macam rogol. Ia salah dan teruk. Okey? 429 00:26:22,038 --> 00:26:24,168 Jika ia urusan filem, itu satu hal, 430 00:26:24,249 --> 00:26:26,249 tapi jika awak kemaskan katil di hotel 431 00:26:28,169 --> 00:26:29,299 dengan gaji $6 sejam, 432 00:26:30,547 --> 00:26:33,087 dan orang yang bertanggungjawab ke atas… 433 00:26:33,174 --> 00:26:36,474 Bukan saja hidup awak, tapi hakikat yang awak mungkin tiada permit kerja. 434 00:26:36,553 --> 00:26:39,473 Orang itu umpama tukang cuci di tingkat itu. 435 00:26:41,016 --> 00:26:42,766 Itulah masalahnya. 436 00:26:42,851 --> 00:26:44,771 Bukannya siapa bintang filem atau tidak, 437 00:26:44,853 --> 00:26:46,483 siapa model atau tidak. 438 00:26:47,147 --> 00:26:50,687 Maksud saya, ia salah. Memang salah. 439 00:26:50,775 --> 00:26:54,065 Jika kita tak mulakan, tiada yang beri perhatian. 440 00:26:54,154 --> 00:26:57,284 Orang beri perhatian sebab mereka bintang filem. 441 00:26:57,365 --> 00:27:01,325 Orang tak beri perhatian kepada pengemas katil di hotel. 442 00:27:01,411 --> 00:27:04,411 Semestinya ada berjuta wanita dalam pekerjaan itu, 443 00:27:04,497 --> 00:27:07,037 dan pada dasarnya, mereka tebusan, awak tahu? 444 00:27:07,792 --> 00:27:11,382 Awak tak perlu jadi bintang filem, tapi awak perlu cari rezeki, betul? 445 00:27:11,463 --> 00:27:13,053 Itulah maksudnya. 446 00:27:25,060 --> 00:27:29,770 Sejujurnya, sepanjang tempoh bahaya pada era 70-an, 447 00:27:30,398 --> 00:27:32,688 tiada apa yang berlaku kepada saya. 448 00:27:33,360 --> 00:27:36,280 Awak tahu, sekali, saya pernah dirompak di jalanan. 449 00:27:37,030 --> 00:27:40,580 Saya dirompak di jalanan. Saya berada di Beekman Place. 450 00:27:40,659 --> 00:27:42,239 Di mana… 451 00:27:42,327 --> 00:27:44,697 Saya cuba pujuk lelaki itu, 452 00:27:45,413 --> 00:27:48,333 yang apabila difikir semula, "Itu gila." 453 00:27:48,416 --> 00:27:50,706 Saya ada banyak duit waktu itu. Tak pernah begitu. 454 00:27:50,794 --> 00:27:53,424 Saya pinjam daripada gadis yang tinggal di Beekman Place. 455 00:27:53,505 --> 00:27:54,505 Saya perlu bayar sewa. 456 00:27:54,589 --> 00:27:56,879 Saya tak pernah ada wang. Saya tiada juga sekarang. 457 00:27:57,967 --> 00:28:02,097 Saya ke pangsapuri dia. Dia beri saya untuk bayar sewa. 458 00:28:02,180 --> 00:28:06,230 Saya keluar dan budak ini halang saya dan kata, "Beri wang awak." 459 00:28:06,851 --> 00:28:09,811 Saya kata, "Saya tiada wang." "Beri wang awak!" Jadi… 460 00:28:10,939 --> 00:28:14,319 Saya tahu dia penagih dadah, jadi, saya kata, 461 00:28:14,401 --> 00:28:17,991 "Saya ada banyak duit." Saya fikir, "Kenapa beritahu dia?" 462 00:28:18,071 --> 00:28:20,161 "Saya ada banyak duit, tapi saya perlukannya." 463 00:28:20,532 --> 00:28:22,452 Saya pasti dia fikir… 464 00:28:22,534 --> 00:28:29,044 Saya rasa yang dia pilih saya sebab dia pilih Beekman Place, 465 00:28:29,124 --> 00:28:31,134 dan dia sangka saya tinggal di Beekman Place. 466 00:28:31,209 --> 00:28:32,539 Saya kata, "Sebenarnya… 467 00:28:33,253 --> 00:28:37,473 Ambillah jumlah yang cukup untuk dadah, saya perlukan bakinya" 468 00:28:37,549 --> 00:28:38,839 Dia keluarkan pisau. 469 00:28:39,551 --> 00:28:40,891 Saya beri dia wang itu. 470 00:28:41,469 --> 00:28:42,799 Awak cuba memujuknya. 471 00:28:42,887 --> 00:28:47,767 Saya cuba kekalkan sebanyak mungkin wang sebab ia bukan saya punya. 472 00:28:47,851 --> 00:28:51,401 Ketika dia keluarkan pisau, saya berhenti. Itu sajalah yang pernah berlaku.