1 00:00:05,943 --> 00:00:08,070 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:12,533 --> 00:00:16,787 Jika saya tahu perkara yang saya tahu semasa saya kecil, 3 00:00:18,205 --> 00:00:19,874 saya takkan buat silap. 4 00:00:19,957 --> 00:00:23,210 Tapi masalahnya, kita terus buat silap. 5 00:00:23,294 --> 00:00:26,088 Kita tak berhenti buat kesilapan. 6 00:00:26,172 --> 00:00:30,051 Kita terus buat silap dan kurang alasan, 7 00:00:30,134 --> 00:00:34,597 kerana jarang kita dapat peluang semasa dewasa untuk buat kesilapan baharu. 8 00:00:34,680 --> 00:00:37,933 Daripada, "Saya tak sangka saya buat kesilapan ini lagi. 9 00:00:38,017 --> 00:00:40,978 Saya tahu tak boleh silap. Kali pertama, tak tahu." 10 00:00:41,062 --> 00:00:42,897 Jadi, kita biarkan. 11 00:00:42,980 --> 00:00:46,942 Kemudian kita fikir, "Ini kali ke-16 saya buat kesilapan yang sama." 12 00:00:47,026 --> 00:00:51,739 Itu benar-benar kesilapan berulang. Kesilapan yang sama berkali-kali, 13 00:00:51,822 --> 00:00:55,451 ia membuktikan bahawa kita tak bagus dalam hal itu. 14 00:01:02,249 --> 00:01:03,084 Ya? 15 00:01:03,167 --> 00:01:06,462 Adakah kiamat buat awak risau? 16 00:01:06,962 --> 00:01:09,757 Tak. Saya tak semuda itu. Jika berlaku kiamat… 17 00:01:09,840 --> 00:01:11,675 Anda tahu, ia seperti… 18 00:01:12,551 --> 00:01:15,429 Saya mungkin hidup lagi empat tahun. 19 00:01:18,265 --> 00:01:21,852 Jika saya tahu akan berlaku kiamat, setahun lagi. 20 00:01:52,091 --> 00:01:54,009 Ramai tak orang berpidato umum? 21 00:01:54,510 --> 00:01:55,678 - Tak. - Tak. 22 00:01:58,848 --> 00:02:00,141 Sekarang ramai. 23 00:02:00,224 --> 00:02:02,893 Saya tak sangka dah 9, 10 tahun berlalu. 24 00:02:02,977 --> 00:02:04,478 Saya pusing dan 10 tahun. 25 00:02:04,562 --> 00:02:06,522 Awak bukan tiba-tiba pusing. 26 00:02:06,605 --> 00:02:09,066 Tak. Tapi setiap kali pusing, pasti jadi. 27 00:02:09,150 --> 00:02:10,901 Kita sedang buat rakaman? 28 00:02:10,985 --> 00:02:13,487 - Ya. - Ya, kami teruskan merakam. 29 00:02:13,571 --> 00:02:17,199 - Saya tak tahu. Bila kita mula? - Semasa benda itu pecah. 30 00:02:17,283 --> 00:02:21,328 Ketika mereka berbual dan kami turun. Kami sedang rakam semuanya. 31 00:02:22,663 --> 00:02:24,623 Awak patut beritahu saya! 32 00:02:29,003 --> 00:02:31,922 - Awak rasa bersalah kerana seronok? - Tak kerana 33 00:02:32,006 --> 00:02:34,300 rasa seronok tak buat saya bersalah. 34 00:02:34,383 --> 00:02:37,887 Saya tak sangka ada ungkapan "rasa bersalah kerana seronok". 35 00:02:37,970 --> 00:02:40,556 Kecuali awak seronok membunuh orang. 36 00:02:40,639 --> 00:02:45,895 Tapi maksud saya… Keseronokan saya tak berbahaya, 37 00:02:45,978 --> 00:02:51,817 maksud saya, tiada siapa mati. Okey? Tiada siapa dicabul. 38 00:02:51,901 --> 00:02:55,404 Saya fikir, "Tak, saya tak rasa bersalah kerana berseronok." 39 00:02:56,155 --> 00:03:00,159 Kita hidup dalam dunia yang orang tak rasa bersalah membunuh orang, 40 00:03:00,242 --> 00:03:05,164 orang tak rasa bersalah kerana letak bayi di dalam kurungan di sempadan, 41 00:03:05,247 --> 00:03:09,376 orang tak rasa bersalah pun, tapi saya rasa bersalah sebab apa? 42 00:03:09,460 --> 00:03:13,255 Sebab makan dua mangkuk spageti? Sebab baca misteri? 43 00:03:13,339 --> 00:03:17,718 Ada orang, rasa bersalah mereka selalunya ialah bentuk keseronokan 44 00:03:17,801 --> 00:03:20,763 yang bukan seni tinggi. 45 00:03:20,846 --> 00:03:25,893 Jik anda kata, "Saya suka baca buku You're A Wolf." 46 00:03:25,976 --> 00:03:29,480 Itu rasa bersalah sebab seronok. Seronok, tak rasa bersalah. 47 00:03:29,563 --> 00:03:34,944 Keseronokan bagi saya, terutama semakin saya tua, 48 00:03:35,027 --> 00:03:38,072 semakin saya fikir, "Apa saja keseronokan, silakan. 49 00:03:38,948 --> 00:03:40,282 Teruskan, berseronok." 50 00:03:40,366 --> 00:03:43,619 Maksud saya, itulah perasaan saya. 51 00:03:43,702 --> 00:03:47,373 Saya memang suka berseronok. Saya rasa orang patut berseronok 52 00:03:47,456 --> 00:03:51,001 asalkan ia bukan sesuatu yang memusnahkan orang lain. 53 00:03:51,543 --> 00:03:55,714 Jika saya tanya, "Kenapa awak buat begitu?" 54 00:03:55,798 --> 00:03:58,926 Jika mereka jawab, "Seronok." Itu jawapan yang bagus. 55 00:03:59,301 --> 00:04:03,973 Jawapan tak bagus ialah, "Awak tak tahu, awak tak nampak kepentingannya." 56 00:04:04,056 --> 00:04:08,018 Itu jawapan tak baik. Jawapan yang baik ialah "seronok". 57 00:04:14,191 --> 00:04:17,736 Saya suka parti. Ini perkara yang anda takkan pernah dengar. 58 00:04:17,820 --> 00:04:21,115 Semua orang benci parti terutamanya semasa di parti. 59 00:04:22,658 --> 00:04:27,037 Saya tak suka majlis dansa, tapi seseorang kena hadir. 60 00:04:27,121 --> 00:04:30,374 Orang selalu kata tentang saya ketika saya ada di situ. 61 00:04:30,457 --> 00:04:33,085 "Fran suka parti," seperti ia perkara pelik. 62 00:04:33,168 --> 00:04:35,170 "Awak kenal Fran, dia suka parti." 63 00:04:35,254 --> 00:04:38,048 Saya suka parti kerana parti sepatutnya seronok. 64 00:04:38,132 --> 00:04:40,968 Seperti filem semasa saya kecil. Filem itu bagus. 65 00:04:41,051 --> 00:04:43,137 Gula-gula sedap. Parti seronok. 66 00:04:43,220 --> 00:04:45,764 Tiada apa yang tak kena dengan parti. 67 00:04:53,355 --> 00:04:58,110 THE LEOPARD ARAHAN L. VISCONTI 68 00:05:01,155 --> 00:05:06,827 Kali terakhir saya tonton The Leopard, versi baik pulih ialah di Ziegfeld. 69 00:05:06,910 --> 00:05:12,124 Semasa saya menontonnya di Ziegfeld, saya, jika bukan satu-satunya, 70 00:05:12,207 --> 00:05:15,586 ialah salah seorang bukan pengarah filem yang ada di situ. 71 00:05:15,669 --> 00:05:19,214 Saya tengok keliling dan seperti  saya tengok Richard Pryor. 72 00:05:19,298 --> 00:05:22,926 Semasa saya tengok Richard Pryor, semua di situ ialah pelawak. 73 00:05:23,010 --> 00:05:26,221 Saya tonton The Leopard, semua di situ ialah pengarah. 74 00:05:26,430 --> 00:05:27,598 Awak suka wayang? 75 00:05:28,098 --> 00:05:29,433 Saya suka wayang. 76 00:05:29,516 --> 00:05:33,145 Awak pergi ke panggung wayang atau tonton DVD di rumah? 77 00:05:33,228 --> 00:05:36,899 Seperti yang saya beritahu, saya tak ke panggung wayang 78 00:05:36,982 --> 00:05:39,193 kerana tak tahan dengan kawan saya. 79 00:05:40,944 --> 00:05:43,238 - Bercakap di skrin? - Ya, bercakap. 80 00:05:43,322 --> 00:05:48,869 Bertelefon, bercakap, makan malam tiga jenis stik. 81 00:05:48,952 --> 00:05:51,497 Saya ada pemain DVD yang orang beri. 82 00:05:51,580 --> 00:05:53,957 - Tak dipasang dengan televisyen? - Tak. 83 00:05:54,041 --> 00:05:56,335 - En. Scorsese yang beri. - Baiklah. 84 00:05:56,418 --> 00:05:59,797 Ia TV kecil yang anda boleh tonton di sofa, 85 00:05:59,880 --> 00:06:01,590 tapi leceh sikit. 86 00:06:05,427 --> 00:06:08,263 - Bagaimana kamu kenal? - Bagaimana kami kenal? 87 00:06:08,347 --> 00:06:10,265 - Awak nak beritahu? - Kita tahu? 88 00:06:10,349 --> 00:06:11,183 - Tak. - Tak. 89 00:06:13,185 --> 00:06:18,190 Orang selalu tanya cara saya kenal Marty dan saya tak tahu. 90 00:06:18,816 --> 00:06:21,026 Saya anggap saya jumpa dia di parti. 91 00:06:21,110 --> 00:06:24,196 Kenapa saya fikir begitu? Saya hadiri banyak parti. 92 00:06:24,279 --> 00:06:26,281 Parti hari jadi ke-50 John Waters? 93 00:06:26,365 --> 00:06:28,867 - Kita dah kenal. - Kita kenal sebelum itu. 94 00:06:28,951 --> 00:06:33,080 Saya tahu saya dah lama kenal Marty sebelum saya cukup mengenali dia 95 00:06:33,163 --> 00:06:36,250 kerana saya lebih kerap ke parti berbanding Marty, 96 00:06:36,333 --> 00:06:41,088 sebab itulah Marty buat banyak filem dan saya tak banyak tulis buku dan… 97 00:06:43,048 --> 00:06:48,095 Tapi saya tahu, setiap kali saya nampak Marty di parti, 98 00:06:48,178 --> 00:06:50,597 kami akan luangkan masa berbual. 99 00:06:51,849 --> 00:06:55,227 Saya berjaga sepanjang malam kerana saya minum kopi. 100 00:06:55,310 --> 00:06:57,855 Filem yang saya pernah tanya awak 101 00:06:57,938 --> 00:07:01,608 berjudul Penny Arcade ditayangkan pada tengah malam. 102 00:07:01,692 --> 00:07:02,734 Penny Serenade. 103 00:07:02,818 --> 00:07:05,863 - Ya, Penny Serenade. Pernah tonton? - Tak pernah. 104 00:07:05,946 --> 00:07:10,617 Tiada filem Cary Grant yang Cary Grant tak menjadi dirinya. 105 00:07:11,535 --> 00:07:13,036 Namun, pada masa itu, 106 00:07:13,120 --> 00:07:16,832 dia cuba berlakon untuk keluar daripada persona Cary Grant. 107 00:07:16,915 --> 00:07:21,378 Dia hanya dapat satu pencalonan Oscar untuk None but the Lonely Heart. 108 00:07:21,462 --> 00:07:24,381 Tapi dalam acara lain, itu cubaan. George Stevens. 109 00:07:24,465 --> 00:07:25,382 George Stevens. 110 00:07:25,466 --> 00:07:29,178 Saya pernah nampak dia. Saya berjalan di Madison Avenue. 111 00:07:29,803 --> 00:07:32,431 Ketika itu pada tahun 80-an. Dia dah tua. 112 00:07:32,514 --> 00:07:36,810 Saya perasan semasa saya berjalan, orang berhenti. 113 00:07:36,894 --> 00:07:41,231 Berjalan menuju ke Madison Avenue ialah Cary Grant 114 00:07:41,315 --> 00:07:45,152 yang memakai sut linen putih dengan rambut putihnya 115 00:07:45,235 --> 00:07:46,820 dan dia seperti bersinar. 116 00:07:47,529 --> 00:07:49,907 Dia cuma… Saya terfikir, "Teruknya." 117 00:07:50,991 --> 00:07:51,825 Maksud saya… 118 00:07:52,409 --> 00:07:53,243 Okey. 119 00:07:55,621 --> 00:07:56,705 Mulakan. 120 00:07:56,788 --> 00:07:59,791 Semasa saya kecil, penyaman udara bukan benda biasa, 121 00:07:59,875 --> 00:08:01,877 tapi ia biasa di panggung wayang. 122 00:08:01,960 --> 00:08:06,006 Malah, panggung wayang ada sepanduk di luar, 123 00:08:06,089 --> 00:08:09,301 bersama huruf yang kelihatan seperti kiub ais 124 00:08:09,384 --> 00:08:14,264 dan tertera, "udara sejuk" atau "di dalam nyaman". 125 00:08:14,348 --> 00:08:18,852 Kadang kala orang akan kata, "Panasnya. Mari kita menonton wayang." 126 00:08:18,936 --> 00:08:21,021 Itulah sebabnya anda tonton wayang. 127 00:08:21,104 --> 00:08:26,360 Jadi, saya suka menonton wayang tapi saya tak boleh katakan… 128 00:08:26,443 --> 00:08:29,780 Sebenarnya, saya boleh katakan bahawa saya tak menilai. 129 00:08:29,863 --> 00:08:32,866 Saya tak menilai mereka. Saya cuma fikir, "Filem!" 130 00:08:32,950 --> 00:08:34,284 Maksud saya, bagus! 131 00:08:34,368 --> 00:08:38,830 Ada tak filem di televisyen, yang anda tonton berulang kali? 132 00:08:38,914 --> 00:08:41,583 Ada banyak filem yang saya suka. 133 00:08:42,626 --> 00:08:46,964 Semasa saya kecil, ada rancangan TV bertajuk Million Dolar Movie, 134 00:08:47,047 --> 00:08:50,217 ia filem yang disiarkan setiap hari. 135 00:08:50,300 --> 00:08:52,678 Mereka siar setiap hari selama seminggu. 136 00:08:52,761 --> 00:08:56,473 Jadi saya mula menonton filem bertajuk The Boy with Green Hair. 137 00:08:56,557 --> 00:08:57,516 Ini hari Isnin. 138 00:08:58,141 --> 00:09:03,146 Tepat jam 7:30, setengah jam selepas menontonnya, saya kena tidur. 139 00:09:03,647 --> 00:09:06,692 - "Tolonglah, boleh saya… - Tak boleh, masuk tidur." 140 00:09:06,775 --> 00:09:08,318 Selama lima hari seminggu, 141 00:09:08,402 --> 00:09:10,988 saya tonton setengah jam pertama sahaja. 142 00:09:11,613 --> 00:09:15,951 Saya tanya ibu saya, "Apa salahnya saya tengok?" 143 00:09:16,034 --> 00:09:20,789 Saya dah masuk umur 40-an sebelum saya tonton penamat The Boy with Green Hair. 144 00:09:22,124 --> 00:09:27,671 Saya masuk tidur jam 7:30, sehinggalah umur saya sepuluh tahun. 145 00:09:27,754 --> 00:09:30,757 Saya tanya ibu saya, "Kenapa suruh saya tidur awal?" 146 00:09:30,841 --> 00:09:32,968 Saya salahkan ini kerana insomnia. 147 00:09:33,051 --> 00:09:36,179 Saya tak tidur ketika penat dan tak penat pukul 7:30. 148 00:09:36,263 --> 00:09:38,140 "Kenapa saya perlu tidur awal?" 149 00:09:38,223 --> 00:09:40,726 Jawapannya, "Sebenarnya, Francie, 150 00:09:40,809 --> 00:09:43,478 menjelang 7:30, mak dah tak larat layan kamu." 151 00:09:47,733 --> 00:09:48,817 Hei, atuk! 152 00:09:49,318 --> 00:09:50,152 Ya, sayang? 153 00:09:51,612 --> 00:09:53,113 Rambut saya hijau. 154 00:09:54,406 --> 00:09:58,201 Dalam tahun ini, saya naik lif dalam pangsapuri saya dan 155 00:09:58,285 --> 00:10:00,162 ada budak rambut hijau, masuk. 156 00:10:00,621 --> 00:10:02,998 Bukan macam remaja yang warnakan rambut. 157 00:10:03,081 --> 00:10:07,419 Tapi budak lelaki yang ibunya benarkan dia tonton The Boy with Green Hair, 158 00:10:07,502 --> 00:10:09,212 tapi biar dia berambut hijau. 159 00:10:09,296 --> 00:10:10,881 Dia macam budak 7 tahun. 160 00:10:10,964 --> 00:10:14,760 Saya kata, "Saya suka rambut kamu." Katanya, "Terima kasih." 161 00:10:14,843 --> 00:10:18,555 Saya tanya, "Pernah tengok filem tajuk The Boy with Green Hair?" 162 00:10:18,639 --> 00:10:20,891 Dia pandang saya dan kata, "Mana ada." 163 00:10:21,850 --> 00:10:24,936 Saya kata, "Ya, ada." Dia kata, "Mana ada." 164 00:10:25,270 --> 00:10:29,900 Saya jumpa dia tak lama kemudian dan kata, "Ada filem The Boy with Green Hair." 165 00:10:29,983 --> 00:10:31,693 Dia kata, "Saya tak percaya." 166 00:10:31,943 --> 00:10:37,824 Jadi saya kata, "Kamu ada alat canggih. Carilah. " 167 00:10:37,908 --> 00:10:39,451 Lepas itu, kami tak jumpa. 168 00:10:39,701 --> 00:10:42,329 Ini sesuatu yang saya nampak. 169 00:10:42,412 --> 00:10:46,541 Saya nampak budak kecil. Dia mungkin lebih kurang empat tahun, 170 00:10:46,625 --> 00:10:49,002 terlalu besar untuk naik kereta sorong. 171 00:10:49,086 --> 00:10:53,090 Dia pegang sesuatu, seperti telefon 172 00:10:53,173 --> 00:10:54,966 dan si ibu menolaknya. 173 00:10:55,050 --> 00:10:58,011 Ibu kandung, bukan pengasuh, sedang menolaknya. 174 00:10:58,095 --> 00:11:03,684 Dia mencari jalan dan dia kata, "Tidak, Jalan 23!" 175 00:11:05,018 --> 00:11:07,020 Saya terasa nak kata, "Maaf. 176 00:11:07,104 --> 00:11:11,191 Jika anak awak pandai cari jalan, dia terlalu tua naik kereta sorong." 177 00:11:11,817 --> 00:11:14,903 Saya tak ada bantahan kanak-kanak guna telefon. 178 00:11:14,986 --> 00:11:19,074 Kanak-kanak memang guna telefon kerana itulah kehidupan mereka. 179 00:11:19,157 --> 00:11:23,912 Saya tak rasa ia akan ubah mereka kerana mereka belum boleh diubah. 180 00:11:23,995 --> 00:11:27,374 Semasa kecil, ayah selalu kata, "Kita tiada televisyen." 181 00:11:27,457 --> 00:11:30,877 Saya tak berminat. Tak ada, tak mengapa. 182 00:11:30,961 --> 00:11:35,424 Ya, saya tiada masalah. Semudah itu. 183 00:11:35,507 --> 00:11:37,718 Bagaimana pergaulan dengan orang muda? 184 00:11:38,677 --> 00:11:39,886 Mengikut keadaan. 185 00:11:39,970 --> 00:11:44,224 Maksud saya, kanak-kanak, mungkin bukan itu maksud awak, saya suka. 186 00:11:44,307 --> 00:11:47,519 Orang selalu terkejut tentang saya suka kanak-kanak. 187 00:11:47,602 --> 00:11:50,689 Saya suka mereka kerana mereka kurang menjengkelkan. 188 00:11:50,772 --> 00:11:54,693 Orang fikir mereka paling menjengkelkan kerana mereka buat bising. 189 00:11:54,776 --> 00:12:00,031 Tapi mereka kurang menjengkelkan kerana mereka mungkin 190 00:12:00,115 --> 00:12:02,743 beritahu benda yang anda dah biasa dengar. 191 00:12:03,452 --> 00:12:08,248 Mereka belum lagi tahu tentang klise. 192 00:12:08,331 --> 00:12:11,251 Mereka lebih original daripada orang dewasa. 193 00:12:11,334 --> 00:12:13,628 Ia cepat hilang daripada mereka. 194 00:12:14,504 --> 00:12:18,175 Jadi mereka tak tahu perkara yang berlaku, jadi mereka reka, 195 00:12:18,258 --> 00:12:20,093 atau mereka tanya soalan. 196 00:12:20,177 --> 00:12:24,973 Mereka tak cuba meyakinkan anda yang mereka tahu benda yang mereka tak tahu. 197 00:12:26,016 --> 00:12:29,019 Saya rasa mereka sangat menarik. 198 00:12:29,102 --> 00:12:31,605 Kalau anda maksudkan orang muda awal 20-an, 199 00:12:31,688 --> 00:12:34,274 saya tak pernah fikir tentangnya. 200 00:12:34,357 --> 00:12:36,985 Walaupun semasa saya muda, saya tak terfikir. 201 00:12:37,068 --> 00:12:39,905 Ada budak jumpa saya di luar restoran, 202 00:12:39,988 --> 00:12:43,116 katanya, "Jika awak nak tahu pemikiran orang milenia, 203 00:12:43,200 --> 00:12:45,202 ini e-mel saya, awak boleh e-mel." 204 00:12:45,285 --> 00:12:47,871 Saya tanya, "Kenapa saya nak tahu?" 205 00:12:47,954 --> 00:12:50,081 Katanya, "Ramai orang buat." 206 00:12:50,165 --> 00:12:53,293 Saya kata, "Orang cuba jual barang. Saya tidak. 207 00:12:53,376 --> 00:12:58,590 Kalau awak ada syarikat jual pakaian, saya nak tahu apa yang awak fikirkan. 208 00:12:58,673 --> 00:13:04,054 Tapi kenapa di kalangan berjuta orang umur 20 tahun, awak jadi orang itu? 209 00:13:04,137 --> 00:13:06,223 Awak budak 20 tahun yang dilantik?" 210 00:13:06,306 --> 00:13:10,560 Tak banyak kelebihan menjadi tua, tapi ada satu. 211 00:13:10,644 --> 00:13:14,773 Apabila anda baca kita akan kehabisan air pada tahun 2050, 212 00:13:14,856 --> 00:13:16,566 anda akan fikir, "Alamak!" 213 00:13:16,650 --> 00:13:19,277 Kemudian anda terfikir, "2050? Aku dah mati." 214 00:13:20,779 --> 00:13:22,697 Biar orang lain risau! 215 00:13:24,950 --> 00:13:29,037 Saya tak tahu mereka buat kepada awak, iaitu anak awak sendiri. 216 00:13:29,120 --> 00:13:31,581 Saya tak maksudkan budak, tapi remaja. 217 00:13:31,665 --> 00:13:36,044 Tapi orang yang seusia begitu, umur anak awak dan yang lebih tua, 218 00:13:36,127 --> 00:13:40,674 selalu nak tahu pendapat saya tentang apa mereka patut buat dalam hidup. 219 00:13:41,299 --> 00:13:45,011 Saya selalu fikir, "Pertama, aku tak peduli apa kau buat." 220 00:13:46,513 --> 00:13:49,516 Mereka dah biasa menjadi tumpuan perhatian ibu bapa. 221 00:13:49,599 --> 00:13:52,853 Sesiapa yang mereka nampak tua, "Mereka boleh bantu." 222 00:13:53,770 --> 00:13:56,064 Tapi dengan saya, mereka silap kerana… 223 00:13:58,108 --> 00:14:01,486 Mereka selalu nak tahu mereka patut jadi artis apa? 224 00:14:01,570 --> 00:14:05,866 Mereka selalu tanya, "Adakah saya patut jadi penulis atau pembuat filem?" 225 00:14:05,949 --> 00:14:08,994 Saya terfikir, "Jika aku sebaya kau aku cari air. 226 00:14:10,120 --> 00:14:13,498 Kau patut jadi apa saja gelaran untuk orang yang cari air 227 00:14:13,582 --> 00:14:15,125 kerana jelas sekali, 228 00:14:15,208 --> 00:14:18,628 aku tak tahu sebab air habis, tapi kami minum semua." 229 00:14:18,712 --> 00:14:21,464 Ia seperti, "Kami tak tinggalkan untuk awak." 230 00:14:32,017 --> 00:14:34,060 Kita berjumpa jam sembilan 231 00:14:34,644 --> 00:14:36,646 Kita berjumpa jam lapan 232 00:14:36,730 --> 00:14:38,440 Aku datang tepat pada masa 233 00:14:39,065 --> 00:14:41,026 Tak, kau lewat 234 00:14:41,735 --> 00:14:46,698 Ya, aku ingat 235 00:14:48,742 --> 00:14:51,328 - Kita berjumpa jam 9 - Kita berjumpa jam 8 236 00:14:51,411 --> 00:14:54,164 - Aku datang tepat pada masa - Tak, kau lewat 237 00:14:54,247 --> 00:14:58,418 Ya, aku ingat 238 00:14:59,961 --> 00:15:01,838 Sistem menaip paparan Xerox 239 00:15:01,922 --> 00:15:05,175 membolehkan anda mencipta dan mengubah maklumat di skrin 240 00:15:05,258 --> 00:15:07,135 sebelum dicetak di atas kertas 241 00:15:07,218 --> 00:15:10,555 dan ia akan ingat semuanya walaupun anda lupa. 242 00:15:10,639 --> 00:15:15,602 Ya, aku ingat 243 00:15:16,645 --> 00:15:17,520 Kirim mesej, 244 00:15:17,604 --> 00:15:20,732 rangkaian sosial, e-mel, panggilan telefon, bagaimana? 245 00:15:20,815 --> 00:15:23,735 Awak jenis kirim mesej atau bertelefon? 246 00:15:23,818 --> 00:15:25,111 Semua pun bukan. 247 00:15:25,195 --> 00:15:29,449 - Semua bukan? - Saya tiada komputer, tiada iPhone, 248 00:15:29,532 --> 00:15:31,326 telefon bimbit, iPad. 249 00:15:31,409 --> 00:15:33,244 - Tiada? - Ada telefon biasa. 250 00:15:33,828 --> 00:15:36,289 Saya ada alamat. Itu dah cukup! 251 00:15:36,998 --> 00:15:40,043 Semasa mereka cipta komputer, 252 00:15:40,126 --> 00:15:42,379 saya maksudkan komputer di rumah. 253 00:15:43,922 --> 00:15:48,802 Ia dipanggil pemproses kata. Kawan saya ada satu. Katanya, "Awak perlu lihat ini." 254 00:15:48,885 --> 00:15:51,221 Saya ke rumahnya, dia tunjuk benda ini. 255 00:15:51,304 --> 00:15:53,932 Apa yang saya nampak ketika itu 256 00:15:54,015 --> 00:15:56,267 ialah mesin taip jenis laju. 257 00:15:56,351 --> 00:16:00,313 Tapi saya tak ada mesin taip. Saya tak pernah ada mesin lama. 258 00:16:00,397 --> 00:16:01,982 Saya tulis guna pen biasa. 259 00:16:02,065 --> 00:16:04,734 Saya fikir, "Aku tak nak. Ini mesin taip laju. 260 00:16:04,818 --> 00:16:07,320 Aku tiada mesin taip, aku tak reti menaip. 261 00:16:07,404 --> 00:16:09,364 Jadi, aku takkan beli." 262 00:16:09,447 --> 00:16:11,074 Sudah tentu, tak tahu… 263 00:16:11,157 --> 00:16:14,411 Tak sangka satu dunia akan tergila-gilakan mesin ini. 264 00:16:15,036 --> 00:16:18,331 Tergila-gila sedikit demi sedikit. Saya tak perasan. 265 00:16:18,415 --> 00:16:21,584 Sekarang satu dunia menggunakannya dan orang kata, 266 00:16:21,668 --> 00:16:24,796 "Sekarang awak tak tahu tentangnya." 267 00:16:24,879 --> 00:16:28,383 Tapi itu salah kerana orang selalu beritahu saya tentangnya. 268 00:16:28,466 --> 00:16:31,094 Saya tahu. Saya tahu sebanyak yang saya mahu. 269 00:16:31,177 --> 00:16:36,307 Saya tahu lebih daripada saya mahu. Bagi saya, ia seperti keluarga Kardashian. 270 00:16:36,391 --> 00:16:40,311 Saya tak pernah jumpa keluarga Kardashian tapi tahu tentang mereka. 271 00:16:40,395 --> 00:16:42,480 Itu perasaan saya tentang Internet. 272 00:16:42,564 --> 00:16:46,609 Saya tahu dalam banyak segi, ia ada kaitan dengan Kardashian. 273 00:16:50,989 --> 00:16:53,158 Semua saya tahu tentang Internet 274 00:16:53,241 --> 00:16:56,077 sama ada orang beritahu atau tunjuk kepada saya, 275 00:16:56,161 --> 00:16:57,787 kerana orang selalu begini, 276 00:16:57,871 --> 00:17:01,291 "Kasihan Fran, dia tak reti cari. Biar saya tunjuk, Fran." 277 00:17:01,374 --> 00:17:05,003 Mereka ini, saya tak kenal. Jadi saya suka tengok mereka 278 00:17:05,086 --> 00:17:06,421 mendekati saya begini. 279 00:17:06,504 --> 00:17:09,758 Minggu lepas, 2 orang berbeza, lebih muda daripada saya, 280 00:17:09,841 --> 00:17:12,844 tapi seorang tak berapa muda dan seorang lebih muda, 281 00:17:12,927 --> 00:17:15,472 seorang menerangkan tentang Instagram, 282 00:17:16,222 --> 00:17:18,641 seorang lagi menerangkan tentang Twitter. 283 00:17:18,725 --> 00:17:21,019 Ia buat saya marah sehingga saya kata, 284 00:17:21,102 --> 00:17:23,146 "Biar saya jelaskan kepada awak. 285 00:17:23,229 --> 00:17:26,483 Saya tak ada benda ini kerana saya tak tahu kegunaannya. 286 00:17:26,983 --> 00:17:31,112 Saya tiada benda ini kerana tahu kegunaannya. Sebab itu saya tak ada." 287 00:17:31,196 --> 00:17:35,033 Baru-baru ini saya berada di parti makan malam dan ada orang… 288 00:17:35,116 --> 00:17:38,203 Ada peniaga seni di sana. Sebenarnya, itu majlis dia. 289 00:17:38,286 --> 00:17:42,791 Menurutnya, orang membeli seni di Internet dan itu mengarut 290 00:17:42,874 --> 00:17:46,377 kerana mereka tiada pengalaman seni jika beli dari Internet. 291 00:17:46,461 --> 00:17:50,090 Ia bukan pengalaman seni sebenar. Saya kata, "Itu bagi awak. 292 00:17:50,173 --> 00:17:54,344 Bagi orang itu, itulah pengalaman mereka. Itu yang mereka ambil kisah." 293 00:17:54,427 --> 00:17:56,554 Ini orang baharu. Mereka lain. 294 00:17:56,638 --> 00:17:59,641 Mereka gelar kawan bagi orang yang mereka tak kenal, 295 00:17:59,724 --> 00:18:02,644 Katanya, "Mereka bukan kawan." Bagi mereka, kawan. 296 00:18:02,727 --> 00:18:06,773 Maksud saya, kita ada skandal seks besar dengan Anthony Weiner. 297 00:18:06,856 --> 00:18:11,319 Tiada seks. Dia kehilangan kerjaya dalam skandal seks. 298 00:18:11,402 --> 00:18:14,197 - Dia tak berasmara pun. - Dia tak bersetubuh. 299 00:18:14,280 --> 00:18:16,032 Bagi saya, itu mengagumkan. 300 00:18:16,116 --> 00:18:19,327 Jika awak akan kehilangan kerjaya… 301 00:18:19,410 --> 00:18:22,539 Paling kurang dalam skandal seks, anda bersetubuh. 302 00:18:22,622 --> 00:18:24,582 Ya, betul! 303 00:18:24,666 --> 00:18:27,919 Jadi, skandal seks tanpa seks, persahabatan tanpa kawan, 304 00:18:28,002 --> 00:18:29,337 seni yang tak dilihat. 305 00:18:29,420 --> 00:18:32,757 Secara asasnya, ini orang yang berbeza. 306 00:18:32,841 --> 00:18:38,304 Adik perempuan saya berusia dua tahun, nak masuk tiga, dia ada iPad 307 00:18:38,388 --> 00:18:39,806 dan dia selalu guna. 308 00:18:39,889 --> 00:18:41,641 Saya sendiri tak ada iPad. 309 00:18:41,724 --> 00:18:45,603 Anda rasa ini akan rampas cara dia berinteraksi dengan orang lain? 310 00:18:45,687 --> 00:18:48,648 Anda rasa ini membayangkan generasi akan datang? 311 00:18:48,731 --> 00:18:51,526 Adik perempuannya yang berusia 2 tahun ada iPad, 312 00:18:51,609 --> 00:18:53,236 dan dia sendiri tiada iPad. 313 00:18:53,319 --> 00:18:55,989 - Ibu bapa awak lebih sayang dia. - Saya tahu. 314 00:18:57,699 --> 00:18:59,993 Saya tak risau tentang budak dua tahun 315 00:19:00,076 --> 00:19:03,621 kerana saya tak perlu berurusan dengan mereka. 316 00:19:03,705 --> 00:19:06,791 Saya lebih risau orang yang berumur 22 tahun. Okey? 317 00:19:06,875 --> 00:19:11,421 Jadi, ya. Dia pasti berbeza. Betul. Tapi mungkin tak jadi lebih teruk. 318 00:19:11,504 --> 00:19:16,217 Dia mungkin lebih bagus. Kita tak tahu. Mungkin ini akan buat mereka lebih bagus. 319 00:19:16,301 --> 00:19:20,763 Ia akan buat mereka lebih bagus dalam dunia iPad kerana begitulah dunia. 320 00:19:20,847 --> 00:19:21,848 Saya percaya 321 00:19:21,931 --> 00:19:26,144 kita hanya boleh memahami orang yang hidup sezaman kita. 322 00:19:26,686 --> 00:19:29,856 Kita takkan faham orang yang bukan zaman kita 323 00:19:29,939 --> 00:19:32,901 supaya kita boleh… 324 00:19:33,401 --> 00:19:35,820 Saya faham orang sebaya saya. 325 00:19:35,904 --> 00:19:37,780 Hanya dengan melihat mereka. 326 00:19:37,864 --> 00:19:41,409 Apabila saya sebut umur, dalam lingkungan 10 tahun umur saya, 327 00:19:41,492 --> 00:19:46,372 saya tahu maksud pakaian mereka, apa mereka fikir maksud pakaian mereka. 328 00:19:46,456 --> 00:19:50,126 Saya tahu maksud mereka apabila mereka beritahu muzik kegemaran 329 00:19:50,210 --> 00:19:51,878 atau buku yang mereka suka. 330 00:19:51,961 --> 00:19:54,255 Tapi saya tak arif tentang orang muda. 331 00:19:54,339 --> 00:19:57,884 Perkara tentang orang muda ialah mereka semua nampak muda. 332 00:19:58,176 --> 00:20:03,014 Itu cara yang mengarut untuk mengkategorikan seseorang. 333 00:20:18,488 --> 00:20:23,243 THE BEAR ARAHAN JJ ANNAUD 334 00:20:28,790 --> 00:20:30,959 Semasa kecil, saya selalu mengembara. 335 00:20:31,042 --> 00:20:33,586 Saya lebih seronok ketika itu. 336 00:20:33,670 --> 00:20:35,463 Saya pernah ke Alaska 337 00:20:35,546 --> 00:20:39,300 dan kami ke Taman Negara Glacier. 338 00:20:40,051 --> 00:20:45,765 Jadi saya upah lelaki bernama Bruce, dia pemandu memburu beruang 339 00:20:45,848 --> 00:20:49,102 atau jika anda nak kembara jalan kaki dan tengok beruang 340 00:20:49,185 --> 00:20:52,772 anda boleh upah Bruce dan tak perlu bunuh beruang. 341 00:20:52,855 --> 00:20:56,985 Jadi, kami mula mengembara berjalan kaki. Kami berlapan. 342 00:20:57,068 --> 00:21:01,281 Saya mungkin yang paling tidak cergas 343 00:21:01,364 --> 00:21:04,575 tapi bukan kumpulan paling kuat di atas muka bumi. 344 00:21:04,659 --> 00:21:09,414 Bruce kumpulkan kami dan menerangkan tentang beruang. 345 00:21:09,998 --> 00:21:13,418 Katanya, "Jika nampak beruang, jangan lari 346 00:21:14,794 --> 00:21:17,839 kerana beruang boleh berlari 60 batu sejam. 347 00:21:17,922 --> 00:21:19,841 Beruang lagi laju daripada awak. 348 00:21:20,174 --> 00:21:24,137 Beruang akan tangkap dan makan awak, jadi jangan lari. 349 00:21:24,929 --> 00:21:26,681 Tunggu di situ, 350 00:21:27,432 --> 00:21:29,142 berdiri di atas jari kaki, 351 00:21:29,225 --> 00:21:31,936 angkat tangan di udara dan menyanyi." 352 00:21:33,604 --> 00:21:37,317 Nyanyian adalah untuk buat beruang berfikir, "Apa ini?" 353 00:21:37,942 --> 00:21:41,279 Ini tiada kaitan sama ada awak pandai nyanyi atau tak. 354 00:21:41,362 --> 00:21:45,491 Kemudian beruang akan pergi," kata Bruce. 355 00:21:46,200 --> 00:21:47,827 Jadi saya kata, "Bruce, 356 00:21:48,453 --> 00:21:52,749 biar saya yakinkan awak. Kalau saya nampak beruang, saya akan lari 357 00:21:53,333 --> 00:21:55,626 kerana saya takkan tenang. 358 00:21:55,710 --> 00:21:57,670 Kita perlukan disiplin yang kuat, 359 00:21:57,754 --> 00:22:00,715 ternampak beruang, tercegat di situ dan menyanyi! 360 00:22:00,798 --> 00:22:05,720 Ini bukan saya. Saya akan panik dan lari." Dia kata, "Beruang akan serang awak." 361 00:22:06,304 --> 00:22:10,391 Bruce ada pistol gergasi dalam sarung pistol. Saya serius. 362 00:22:10,475 --> 00:22:13,936 Pistol besar macam sarung pistol dan kami mula berjalan. 363 00:22:14,020 --> 00:22:15,813 Pada musim itu, 364 00:22:15,897 --> 00:22:21,235 ikan salmon berenang mengikut arah tertentu 365 00:22:21,319 --> 00:22:23,821 - dan beruang makan salmon. - Betul. 366 00:22:23,905 --> 00:22:27,450 Anak-anak sungai penuh dengan salmon yang dicarik-carik. 367 00:22:27,992 --> 00:22:29,702 Dari satu segi, 368 00:22:29,786 --> 00:22:34,040 ia agak luar biasa, seperti kafe Russ & Daughter alam semula jadi. 369 00:22:34,123 --> 00:22:39,379 Dari segi lain, beruang macam manusia. 370 00:22:39,462 --> 00:22:43,424 Apabila banyak lebihan, beruang kata, "Aku nak bahagian ini." 371 00:22:43,508 --> 00:22:46,636 Ikan dicarik-carik. Maka, "Ini? Aku tak suka." 372 00:22:46,719 --> 00:22:47,637 Seperti… 373 00:22:47,720 --> 00:22:51,015 "Entahlah. Aku tak nak itu. Kau nak itu? Aku tak nak." 374 00:22:51,099 --> 00:22:53,643 Ada beratus-ratus salmon yang dicarik-carik. 375 00:22:53,726 --> 00:22:56,771 Semuanya menggerunkan, tapi pada tahap tertentu, 376 00:22:56,854 --> 00:22:59,982 saya asyik kata, "Awak ada nampak beruang, Bruce? 377 00:23:00,066 --> 00:23:03,277 Bruce, salmon ini dicarik-carik oleh beruang." 378 00:23:03,986 --> 00:23:06,781 Saya dalam keadaan histeria, sangat risau. 379 00:23:06,864 --> 00:23:09,200 Jadi saya berpaut pada Bruce. 380 00:23:09,992 --> 00:23:13,871 Tangan saya pegang bahunya. Tangan sebelah lagi peluk pinggangnya. 381 00:23:13,955 --> 00:23:16,165 Dia berhenti, saya berhenti. "Bruce!" 382 00:23:16,249 --> 00:23:19,961 Jika dia jauh 2 kaki, saya jerit, "Bruce! Awak di mana?" 383 00:23:20,044 --> 00:23:22,171 Kemudian Bruce kata, "Fran…" 384 00:23:23,131 --> 00:23:25,091 Dia agak jengkel dengan saya. 385 00:23:25,174 --> 00:23:28,261 Dia kata, "Fran, saya perlu beritahu awak sesuatu." 386 00:23:28,845 --> 00:23:31,597 Saya fikir, "Alamak, dia nak kata ada beruang." 387 00:23:31,681 --> 00:23:34,225 "Fran, saya nak beritahu. Saya dah kahwin." 388 00:23:35,977 --> 00:23:39,272 Saya tanya, "Apa?" "Saya dah kahwin. Saya nak awak tahu." 389 00:23:39,355 --> 00:23:44,360 Saya kata, "Saya berpaut pada awak bukan sebab saya suka awak. 390 00:23:44,444 --> 00:23:46,154 Tapi sebab awak ada pistol. 391 00:23:46,737 --> 00:23:49,115 Saya rasa, jika kita ternampak beruang, 392 00:23:49,198 --> 00:23:52,702 awak takkan tercegat dan menyanyi, awak tembak beruang itu. 393 00:23:52,785 --> 00:23:54,912 Itu yang saya nak jika ada beruang." 394 00:23:55,496 --> 00:23:58,875 Saya tak nak kematian saya membuat orang lain terhibur. 395 00:23:58,958 --> 00:24:02,253 Saya tahu jika saya dibaham oleh beruang, 396 00:24:02,336 --> 00:24:06,007 orang tak fikir, "Dahsyatnya". 397 00:24:06,090 --> 00:24:09,427 Orang fikir, "Bukankah kelakar? Fran kena baham! 398 00:24:09,510 --> 00:24:11,387 Dibaham beruang pula!" 399 00:24:11,471 --> 00:24:15,558 Saya terfikir, "Aku tak mahu kematian aku melucukan." 400 00:24:15,641 --> 00:24:17,185 Ya, kelakar. 401 00:24:17,268 --> 00:24:22,148 Jika saya bukan Fran, saya pun fikir itu lucu. 402 00:24:22,231 --> 00:24:24,025 Tapi saya tak nak mati begitu. 403 00:24:24,650 --> 00:24:27,737 Entah apa awak tanya tadi, tapi itulah kisah beruang. 404 00:24:38,456 --> 00:24:40,541 Tiada sesiapa pun 405 00:24:41,542 --> 00:24:44,086 tahu mereka akan jadi hodoh, okey? 406 00:24:44,170 --> 00:24:46,422 Ini takkan berlaku selagi tak hodoh. 407 00:24:47,089 --> 00:24:52,261 Jika saya jumpa orang yang dah lama saya tak jumpa, 408 00:24:52,345 --> 00:24:54,764 saya terfikir, "Apa jadi dengan kau?" 409 00:24:56,057 --> 00:24:59,352 Saya sedar mereka fikir perkara yang sama tentang saya. 410 00:25:00,102 --> 00:25:04,232 Saya tak fikir tentang saya kerana saya cermin diri setiap hari. 411 00:25:04,315 --> 00:25:06,609 Walaupun sekejap. Maksud saya… 412 00:25:06,692 --> 00:25:09,779 Saya jumpa kepingan gambar untuk Vogue. 413 00:25:10,613 --> 00:25:14,617 Saya ada menulis. Saya hantar balik kepada Anna Wintour dan tulis, 414 00:25:14,700 --> 00:25:17,995 "Anna, gambar-gambar ini teruk. Kita kena ambil semula." 415 00:25:18,079 --> 00:25:22,458 Saya terfikir, "Jika aku bangun hari ini dan kelihatan begini, seronoknya!" 416 00:25:24,126 --> 00:25:26,462 Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad.