1 00:00:06,027 --> 00:00:07,987 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,657 --> 00:00:15,661 Ada budak lelaki di seberang jalan yang ibunya begitu malas hinggakan 3 00:00:16,704 --> 00:00:18,873 dia makan aiskrim untuk sarapan. 4 00:00:19,373 --> 00:00:23,461 Saya akan ke rumahnya untuk ke sekolah dan dia akan duduk di kaunter. 5 00:00:23,544 --> 00:00:28,424 Jika saya duduk di kaunter begitu, saya tentu akan dihantar ke penjara. 6 00:00:28,507 --> 00:00:34,096 Maksud saya, pada pandangan saya suasana di rumahnya begitu bebas. 7 00:00:34,180 --> 00:00:36,182 Ada kanak-kanak duduk di kaunter. 8 00:00:36,265 --> 00:00:39,018 Pernah sekali, bukan saja dia makan aiskrim… 9 00:00:39,101 --> 00:00:42,563 Waktunya ialah tujuh pagi. Dia makan, bukan dengan sudu. 10 00:00:42,646 --> 00:00:45,357 Dia makan dari bekas, ia tak dibenarkan di rumah saya. 11 00:00:45,441 --> 00:00:46,484 Dia guna pretzel! 12 00:00:48,611 --> 00:00:51,697 Saya fikir, "Saya tak percaya mereka hidup begini." 13 00:00:55,409 --> 00:00:58,621 Kita berdua berbincang di belakang pentas. Boleh kita… 14 00:00:58,704 --> 00:01:00,372 - Merokok. - Boleh kita merokok? 15 00:01:00,456 --> 00:01:01,957 - Di pentas. - Tak boleh. 16 00:01:02,041 --> 00:01:04,335 Tak boleh, ia menyalahi undang-undang. 17 00:01:34,323 --> 00:01:35,157 Ini dia. 18 00:01:36,408 --> 00:01:38,577 Okey. Apa pendapat awak? Inilah dia. 19 00:01:38,661 --> 00:01:40,037 - Baik. - Ya, mari buat. 20 00:01:41,372 --> 00:01:42,331 Maafkan saya? 21 00:01:42,414 --> 00:01:44,166 Tak mahu penyembur rambut. 22 00:01:44,250 --> 00:01:45,584 - Tak boleh. - Ya. 23 00:01:45,668 --> 00:01:47,419 Sekarang pun sukar bernafas. 24 00:01:47,503 --> 00:01:50,214 Lebih baik hisap paip ekzos saja. 25 00:01:53,050 --> 00:01:56,220 Saya cuma mahu paru-paru saya rosak akibat merokok. 26 00:01:58,722 --> 00:02:00,975 Awak ada pendapat tentang falsafah 27 00:02:01,058 --> 00:02:04,687 bahawa aerobik dan bersenam dapat memanjangkan hayat awak? 28 00:02:05,563 --> 00:02:10,067 Saya rasa, saya tak ada falsafah tentangnya. 29 00:02:10,151 --> 00:02:14,280 Tak ramai orang yang bersenam ketika saya kecil. 30 00:02:15,406 --> 00:02:18,659 Orang dahulu tak bersenam kerana mereka perlu bersenam. 31 00:02:18,742 --> 00:02:21,162 Orang lebih aktif dahulu, sudah pasti. 32 00:02:21,245 --> 00:02:22,705 Terutamanya kanak-kanak. 33 00:02:22,788 --> 00:02:26,167 Kami tak dibenarkan berada di dalam rumah pun, okey? 34 00:02:26,250 --> 00:02:30,671 Itu bukan pelik bagi keluarga saya. Jadi, "Keluar!" 35 00:02:31,630 --> 00:02:33,632 Awak tahu? "Keluar saja!" 36 00:02:33,716 --> 00:02:37,011 Bukan kerana mereka fikir kami patut ambil udara segar. 37 00:02:37,094 --> 00:02:40,472 Mereka fikir, "Kami tak nak lihat kamu. Keluar dari rumah. 38 00:02:40,556 --> 00:02:43,267 Kami tiada masa untuk menjaga kamu. 39 00:02:43,350 --> 00:02:45,519 Kami tak berminat. Keluar sekarang." 40 00:02:45,603 --> 00:02:48,814 Jadi kami keluar dari rumah, berlari-lari dan bermain. 41 00:02:48,898 --> 00:02:52,818 Orang juga kurang makan dahulu. Itu satu lagi perkara. 42 00:02:52,902 --> 00:02:55,112 Mereka terpaksa masak sendiri. 43 00:02:55,196 --> 00:02:57,990 Makanan segera tak wujud dahulu. 44 00:02:58,073 --> 00:03:03,746 Lagipun, orang dahulu tak tahu makanan ini tak bagus untuk kita. 45 00:03:03,829 --> 00:03:08,083 Saya rasa ia lebih memburukkan jika kita tahu ia tak bagus untuk kita. 46 00:03:08,167 --> 00:03:10,502 Namun begitu, ibu bapa saya… 47 00:03:12,046 --> 00:03:15,299 Mereka rakyat Amerika generasi pertama 48 00:03:15,382 --> 00:03:17,509 dan bagi mereka, "Makanan, bagus." 49 00:03:18,594 --> 00:03:20,763 Awak tahu? Bukan, "Makanan, buruk." 50 00:03:20,846 --> 00:03:23,891 Awak tahu? "Daging, bagus. Mentega, bagus." 51 00:03:25,100 --> 00:03:29,104 Makanan yang tak bagus ialah gula-gula. Tapi tak bagus untuk gigi. 52 00:03:30,231 --> 00:03:33,442 Saya tak ingat orang selalu bercakap tentang kesihatan. 53 00:03:33,525 --> 00:03:36,362 Orang risau tentang perkara seperti polio. 54 00:03:36,445 --> 00:03:37,821 Itu masalah besar. 55 00:03:37,905 --> 00:03:40,950 Hinggalah vaksin polio dicipta semasa saya kecil 56 00:03:41,033 --> 00:03:42,785 dan itu perkara paling hebat. 57 00:03:42,868 --> 00:03:46,538 Semasa saya kecil dan semasa awak kecil, iaitu sebelum… 58 00:03:46,622 --> 00:03:47,957 Saya lebih muda, ya? 59 00:03:48,040 --> 00:03:49,833 - Baiklah. - Jauh lebih muda. 60 00:03:50,417 --> 00:03:54,463 Kanak-kanak hidup dalam kepulan asap. 61 00:03:55,089 --> 00:03:57,841 Okey? Di rumah saya, tiada siapa… 62 00:03:57,925 --> 00:04:00,970 Maksud saya, ibu saya tak pernah buka tingkap 63 00:04:02,638 --> 00:04:07,184 kerana dia tak mahu udara luar masuk ke dalam rumah. 64 00:04:09,061 --> 00:04:11,855 Tak dapat lihat apa-apa pun. 65 00:04:12,523 --> 00:04:14,191 Ini pada tahun 50-an. 66 00:04:14,275 --> 00:04:18,279 Jika menaiki kereta, kami tak dibenarkan buka tingkap kereta. 67 00:04:18,362 --> 00:04:20,906 Ayah saya hisap paip. Mak saya hisap rokok. 68 00:04:20,990 --> 00:04:25,035 Kami pun duduk saja semasa kecil. Kini, kita ada langkah keselamatan. 69 00:04:25,119 --> 00:04:28,706 Banyak peraturan. Tali pinggang kanak-kanak macam helmet. 70 00:04:28,789 --> 00:04:32,459 Kanak-kanak nampak macam angkasawan, diikat di belakang kereta. 71 00:04:37,131 --> 00:04:38,882 Semasa kita kecil… 72 00:04:40,259 --> 00:04:42,803 - Ya. - …kereta tiada tali pinggang keledar. 73 00:04:43,262 --> 00:04:44,596 Di mana kita duduk? 74 00:04:44,680 --> 00:04:47,641 Di atas riba ibu yang merokok di kerusi depan. 75 00:04:50,060 --> 00:04:53,772 Saya ketagih rokok. Ia ketagihan, saya tahu ertinya. 76 00:04:53,856 --> 00:04:58,277 Bijakkah menghisap rokok? Ia bodoh! Saya tahu. Okey? 77 00:04:58,360 --> 00:05:01,447 Orang selalu marah saya dan saya sentiasa kata, 78 00:05:01,947 --> 00:05:04,116 "Merokok tak baik. Ya, saya dengar." 79 00:05:04,199 --> 00:05:09,663 Memang ada perkara yang kita tak sedar, contohnya tak bagus makan banyak stik. 80 00:05:09,747 --> 00:05:13,250 Maksud saya, saya faham sebabnya orang tak sedar. 81 00:05:13,334 --> 00:05:16,545 Terutamanya generasi yang kurang dapat makan daging. 82 00:05:16,628 --> 00:05:17,629 Tapi, awak tahu… 83 00:05:19,798 --> 00:05:21,633 bernafas asap ke dalam peparu, 84 00:05:22,134 --> 00:05:25,888 kenapa tiada siapa fikir, "Ini mungkin bukan idea yang terbaik"? 85 00:05:25,971 --> 00:05:27,431 Namun, orang tak sedar. 86 00:05:27,514 --> 00:05:31,477 Ya. Mereka buat awak percaya bahawa ada rokok yang selamat. 87 00:05:31,560 --> 00:05:32,853 Ya, rokok selamat. 88 00:05:32,936 --> 00:05:35,606 Ya. Saya ingat pakar pediatrik semasa kecil. 89 00:05:35,689 --> 00:05:37,733 Saya ingat masuk ke pejabatnya. 90 00:05:37,816 --> 00:05:42,029 Ada bekas abu rokok besar di atas meja doktor dan dia akan merokok. 91 00:05:42,112 --> 00:05:45,324 Doktor akan beri suntikan dan awak dapat gula-gula. 92 00:05:45,407 --> 00:05:46,241 Ya. 93 00:05:46,325 --> 00:05:49,453 Sebagai budak berusia enam tahun, saya takkan tahu 94 00:05:49,536 --> 00:05:51,914 merokok atau gula-gula buruk untuk kita 95 00:05:51,997 --> 00:05:55,042 kerana itu yang mereka beri selepas awak disuntik. 96 00:05:56,126 --> 00:06:00,756 Jika saya tak merokok pada usia 12 tahun, pastinya saya tak merokok sekarang. 97 00:06:00,839 --> 00:06:04,134 Tapi saya tahu erti ketagih terhadap sesuatu 98 00:06:04,218 --> 00:06:10,516 dan saya pasti tiada orang yang mahu ketagih terhadap sesuatu. 99 00:06:16,647 --> 00:06:19,608 Sesuai benar mesin ini dinamakan "Mesin Rama-rama". 100 00:06:19,691 --> 00:06:23,487 Gadis itu di peringkat kepompong, namun kerana beban di bawah, 101 00:06:23,570 --> 00:06:27,533 sayapnya semakin sukar diangkat, sama seperti rama-rama biasa. 102 00:06:29,952 --> 00:06:34,748 Tabiat buruk membunuh. Saya pernah lihat. Tapi tabiat baik tak menyelamatkan. 103 00:06:34,832 --> 00:06:38,585 Awak boleh ada tabiat yang amat baik, dan kemudian… 104 00:06:38,669 --> 00:06:42,089 Saya ada seorang kawan, tapi saya takkan sebut namanya. 105 00:06:42,172 --> 00:06:45,092 Dia salah seorang kawan dalam lingkungan usia saya 106 00:06:45,175 --> 00:06:46,802 yang tak merokok dan minum. 107 00:06:46,885 --> 00:06:49,388 Dia selalu marah saya kerana melakukannya. 108 00:06:49,471 --> 00:06:52,391 Seumur hidupnya, dia makan brokoli dan asparagus, 109 00:06:52,474 --> 00:06:54,017 dia minum air dan berlari 110 00:06:54,101 --> 00:06:56,562 dan mati akibat barah otak pada usia awal 50-an. 111 00:06:56,645 --> 00:07:00,816 Ibu saya pula baru meninggal dunia dan usianya hampir 92 tahun. 112 00:07:00,899 --> 00:07:04,111 Jadi gaya hidupnya itu tak membunuhnya. 113 00:07:04,194 --> 00:07:07,406 Jika saya mati esok, tiada siapa akan kata, "Dia muda." 114 00:07:07,906 --> 00:07:09,867 Saya terlalu tua untuk mati muda. 115 00:07:09,950 --> 00:07:13,912 Jika saya mati merokok, orang akan kata, "Apa yang awak jangka?" 116 00:07:13,996 --> 00:07:17,833 Mereka sudah pun menyampah kerana saya masih hidup. Saya tahu. 117 00:07:17,916 --> 00:07:21,962 Tapi kini, kita ada sesuatu yang saya tak boleh terima. 118 00:07:22,045 --> 00:07:23,464 - Apa? - Kesejahteraan. 119 00:07:23,547 --> 00:07:25,966 - Ya. - Okey? Kesejahteraan. 120 00:07:26,049 --> 00:07:28,719 Ia ada di dalam setiap akhbar dan majalah. 121 00:07:28,802 --> 00:07:32,639 Ada spa dan macam-macam lagi untuk kesejahteraan diri. 122 00:07:32,723 --> 00:07:36,018 Kami tak pernah ada kesejahteraan. Saya fikir, "Apa itu?" 123 00:07:36,101 --> 00:07:37,895 Ia seperti kesihatan tambahan. 124 00:07:38,854 --> 00:07:42,649 Bagi saya, kesejahteraan ialah ketamakan. 125 00:07:42,733 --> 00:07:46,320 Sihat saja tak cukup untuk saya. Saya perlu sejahtera. 126 00:07:46,987 --> 00:07:48,780 Ini sesuatu yang boleh dibeli. 127 00:07:49,364 --> 00:07:52,201 Okey? Ini kesejahteraan. Awak perlu membelinya. 128 00:07:52,284 --> 00:07:55,162 Ada makanan istimewa untuk kesejahteraan 129 00:07:55,245 --> 00:07:59,041 seperti biji-bijian, teh dan lain-lain. Saya pun tak tahu. 130 00:07:59,124 --> 00:08:03,003 Air, minuman buah dan jus. Awak tahu, semua benda ini. 131 00:08:03,086 --> 00:08:07,299 Saya tak mahu benda yang orang cari daripada kesejahteraan. 132 00:08:07,799 --> 00:08:09,092 Tak, terima kasih. 133 00:08:09,176 --> 00:08:10,844 Okey? Tak, terima kasih. 134 00:08:10,928 --> 00:08:12,054 Saya tak mahu… 135 00:08:13,055 --> 00:08:15,682 Saya tahu meditasi sebahagian daripada yoga. 136 00:08:15,766 --> 00:08:19,645 Kira-kira satu pertiga orang di New York City ada tikar yoga. 137 00:08:20,229 --> 00:08:23,565 Itu saja akan membuatkan saya menjauhi yoga. Itu saja. 138 00:08:23,649 --> 00:08:29,947 Membawa tikar kecil yang digulung ke merata-rata tempat. 139 00:08:30,030 --> 00:08:33,784 New York dahulunya lebih bergaya daripada itu. 140 00:08:33,867 --> 00:08:36,662 Saya tak suka lihat orang dengan tikar ini. 141 00:08:36,745 --> 00:08:37,829 Teruk betul. 142 00:08:37,913 --> 00:08:40,749 Kali terakhir saya ada tikar, saya di tadika. 143 00:08:41,416 --> 00:08:44,419 Kami bawa tikar ke sekolah untuk tidur di lantai. 144 00:08:44,503 --> 00:08:47,839 Saya rasa idea kesejahteraan ini datang dari California. 145 00:08:49,132 --> 00:08:52,761 Contohnya dari Lembah Silikon di San Francisco. 146 00:08:52,844 --> 00:08:56,056 Orang teknologi ini amat mementingkan kesihatan mereka, 147 00:08:56,139 --> 00:08:57,474 tapi bukan hidup awak. 148 00:08:58,642 --> 00:09:02,104 Mereka orang yang sangat kaya. 149 00:09:03,647 --> 00:09:06,608 Mereka cuba sedaya upaya untuk hidup selamanya. 150 00:09:07,442 --> 00:09:09,778 Ini sangat penting bagi mereka. 151 00:09:09,861 --> 00:09:14,408 Saya pasti mereka ada makanan istimewa, senaman dan macam-macam lagi. 152 00:09:14,491 --> 00:09:16,618 Mereka juga fikir dunia akan kiamat. 153 00:09:16,702 --> 00:09:20,122 Awak perlu ada udara dan air sendiri. 154 00:09:20,205 --> 00:09:24,960 Jika ada bencana besar, saya tak mahu jadi orang terakhir yang masih hidup. 155 00:09:25,043 --> 00:09:26,837 Kenapa nak jadi orang itu? 156 00:09:26,920 --> 00:09:28,880 Saya tak faham mereka yang mahu. 157 00:09:28,964 --> 00:09:35,137 Semasa saya kecil, saya sangat risau tentang perang nuklear. 158 00:09:35,220 --> 00:09:39,224 Saya betul-betul mahu hidup kerana saya tujuh tahun. 159 00:09:39,933 --> 00:09:43,312 Sekarang saya bukan tujuh tahun, jadi saya tak mahu mati 160 00:09:43,395 --> 00:09:45,939 tapi jika saya mati, ia bukan suatu tragedi. 161 00:09:46,023 --> 00:09:48,650 Saya bukan tujuh tahun. Saya tak mahu hidup 162 00:09:48,734 --> 00:09:51,903 dengan orang yang simpan pelbagai jenis benih. 163 00:09:51,987 --> 00:09:54,781 Saya tak mahu habiskan masa dengan orang begini. 164 00:09:54,865 --> 00:09:57,117 Saya tak mahu bersama mereka sekarang 165 00:09:57,200 --> 00:10:00,746 apabila ada benda lain untuk dibuat dan semuanya masih utuh. 166 00:10:00,829 --> 00:10:02,748 Apatah lagi nanti? 167 00:10:02,831 --> 00:10:06,376 Ada seekor penyu, Bert namanya 168 00:10:06,460 --> 00:10:09,713 Bert penyu yang sangat peka 169 00:10:09,796 --> 00:10:12,716 Apabila bahaya menghampiri Bert tak pernah cedera 170 00:10:12,799 --> 00:10:15,969 Bert tahu tindakan sepatutnya 171 00:10:16,053 --> 00:10:16,928 Bert tunduk 172 00:10:17,638 --> 00:10:18,930 Dan lindungi diri 173 00:10:19,556 --> 00:10:22,809 Ingat langkahnya, kawan-kawan. Beritahu saya kuat-kuat. 174 00:10:22,893 --> 00:10:25,520 Apa patut dibuat jika nampak pancaran cahaya? 175 00:10:25,604 --> 00:10:28,607 Tunduk dan lindungi diri! 176 00:10:29,358 --> 00:10:32,653 Saya tak tahu benda yang kanak-kanak dibenarkan beli. 177 00:10:32,736 --> 00:10:36,239 Saya belikan gula-gula untuk budak lelaki pada Hari Kekasih. 178 00:10:36,323 --> 00:10:38,575 Reaksi ibu bapanya seperti saya beri pistol. 179 00:10:39,117 --> 00:10:42,454 Saya tanya, "Dia boleh makan gula-gula?" 180 00:10:42,537 --> 00:10:43,538 "Tidak." 181 00:10:44,039 --> 00:10:45,916 Saya dah beri kepada budak itu 182 00:10:45,999 --> 00:10:50,087 yang tak percaya ia sedang berlaku terhadapnya. 183 00:10:50,170 --> 00:10:52,964 "Ini kegemaran saya!" katanya sebelum dia buka. 184 00:10:53,674 --> 00:10:54,800 Kecil saja. 185 00:10:54,883 --> 00:10:59,513 Saya nak beli kotak besar, tapi saya rasa mereka akan marah. 186 00:10:59,596 --> 00:11:03,016 Kemudian, ibu kepada anak ini tanya saya, 187 00:11:03,100 --> 00:11:05,811 "Awak dibenarkan makan gula-gula semasa kecil?" 188 00:11:05,894 --> 00:11:10,107 Dia lebih tua daripada anaknya, tapi masih lebih muda daripada saya. 189 00:11:10,190 --> 00:11:11,566 Saya kata, "Ya." 190 00:11:11,650 --> 00:11:14,069 "Mereka tak tahu ia tak baik untuk awak?" 191 00:11:14,695 --> 00:11:17,072 Saya kata, "Mereka fikir ia merosakkan gigi." 192 00:11:17,155 --> 00:11:18,699 Gula-gula merosakkan gigi. 193 00:11:18,782 --> 00:11:22,411 Saya kata, "Mereka tak fikir semua perkara 194 00:11:22,494 --> 00:11:25,122 yang tak dapat dipastikan ini adalah tidak bagus." 195 00:11:25,205 --> 00:11:28,041 Maksud saya, mereka tak begitu… 196 00:11:28,667 --> 00:11:30,794 Mereka tak mementingkan kesihatan. 197 00:11:30,877 --> 00:11:34,297 Mereka bawa jumpa doktor dan tak benarkan makan gula-gula. 198 00:11:34,381 --> 00:11:35,882 Ayah saya selalu marah 199 00:11:35,966 --> 00:11:39,928 kerana gigi saya banyak berlubang dan rawatannya mahal. Awak tahu? 200 00:11:40,011 --> 00:11:44,015 Mereka kata, "Ya, kamu kena makan kacang panjang." 201 00:11:44,099 --> 00:11:47,436 Namun begitu, mereka tak begitu obses tentangnya. 202 00:11:47,519 --> 00:11:50,439 Kanak-kanak sekarang tak dididik dengan tegas. 203 00:11:50,522 --> 00:11:54,943 Mereka cuma dihalang daripada benda-benda kerana ia tak bagus untuk mereka. 204 00:11:55,402 --> 00:11:59,156 Atau alam sekitar. Mereka akan cakap jika ia buruk untuk alam sekitar. 205 00:11:59,239 --> 00:12:03,535 Ada budak dahulu, kini dia seorang wanita dan memiliki anak. 206 00:12:03,618 --> 00:12:06,204 Dia tinggal di San Francisco. 207 00:12:06,288 --> 00:12:10,917 Ketika dia berusia tiga tahun, kini dia mungkin berusia 33 tahun, 208 00:12:11,001 --> 00:12:13,420 dia cakap sesuatu. Saya meluat dan kata, 209 00:12:13,503 --> 00:12:14,921 "Awak cuma budak kecil." 210 00:12:15,380 --> 00:12:18,884 Orang cakap begitu 400 kali sehari kepada saya ketika kecil. 211 00:12:18,967 --> 00:12:22,512 Dia kata, "Saya wanita." Dia berusia tiga tahun. 212 00:12:22,596 --> 00:12:24,181 Saya kata, "Awak bukan wanita. 213 00:12:25,140 --> 00:12:26,266 Awak bukan wanita." 214 00:12:26,349 --> 00:12:30,520 Kini, tak boleh cakap begitu. Jika dia kata, "Saya wanita," dia wanita. 215 00:12:30,604 --> 00:12:34,357 Awak mungkin budak tiga tahun, lelaki 70 tahun atau zirafah, 216 00:12:34,441 --> 00:12:35,734 awak wanita. 217 00:12:36,318 --> 00:12:40,197 Awak pernah menjalani terapi, sesi bantu diri atau apa-apa lagi? 218 00:12:40,280 --> 00:12:43,325 Tak. Saya pernah ke sesi bantu diri, ia berhasil. 219 00:12:43,825 --> 00:12:47,954 Mana-mana tempat untuk orang yang sama masalahnya mendapatkan bantuan? 220 00:12:48,038 --> 00:12:50,749 Malangnya, tiada orang mengalami masalah sama. 221 00:12:50,832 --> 00:12:52,501 Saya tak ada kumpulan. 222 00:12:52,584 --> 00:12:55,003 Masalah utama saya ialah… 223 00:12:55,086 --> 00:12:58,507 Saya ada dua aktiviti utama. Merokok dan membalas dendam. 224 00:12:59,674 --> 00:13:01,301 - Tak perlu kumpulan. - Tak. 225 00:13:01,384 --> 00:13:04,346 Saya balas dendam sendiri. Adakala saya guna telefon. 226 00:13:05,472 --> 00:13:07,390 Jadi bagi awak, merokok ialah… 227 00:13:07,474 --> 00:13:09,226 - Itu hobi saya. - Hebatnya. 228 00:13:09,309 --> 00:13:10,769 Boleh jadi kerja saya. 229 00:13:11,812 --> 00:13:14,856 Dalam era ini, merokok buruk untuk awak. 230 00:13:14,940 --> 00:13:16,483 Sudah 30 tahun begitu. 231 00:13:16,566 --> 00:13:20,070 Ganja bagus untuk awak. Kini, ganja bagus untuk awak. 232 00:13:20,654 --> 00:13:21,905 Ganja dahulu… 233 00:13:22,489 --> 00:13:26,952 Apabila saya kata "dahulu", ia berdasarkan ingatan budak sembilan tahun! 234 00:13:27,035 --> 00:13:28,203 Lupakan saya. 235 00:13:28,286 --> 00:13:34,584 Ia dahulu ialah benda amat buruk yang akan membawa kepada kemusnahan. 236 00:13:35,460 --> 00:13:36,878 Kini, ia benda bagus. 237 00:13:36,962 --> 00:13:40,215 - Ia kuratif. - Ia benda yang hebat. 238 00:13:40,298 --> 00:13:42,467 Mereka letak dalam jelly bean! 239 00:13:43,718 --> 00:13:47,931 Ada orang pernah tunjuk, "Tengoklah. Ia seperti jelly bean." 240 00:13:48,014 --> 00:13:49,850 Gummy bear atau apa-apa pun. 241 00:13:49,933 --> 00:13:53,979 Ya, ia lolipop. Ini makanan yang kanak-kanak makan. 242 00:13:55,021 --> 00:13:59,109 Kanak-kanak tak boleh makan lolipop tapi ibunya ada lolipop ganja. 243 00:13:59,192 --> 00:14:01,319 Ada ganja di dalamnya. 244 00:14:01,403 --> 00:14:03,905 Saya hisap ganja semasa saya muda. 245 00:14:03,989 --> 00:14:06,324 Saya tak begitu menyukainya. 246 00:14:06,408 --> 00:14:09,578 Saya tak suka baunya. Sekarang orang tak menghisapnya. 247 00:14:09,661 --> 00:14:13,290 Mereka menghisapnya, tapi mereka juga makan gula-gulanya. 248 00:14:13,373 --> 00:14:17,711 Saya rasa seperti, itu bukan perasaan yang saya cari 249 00:14:17,794 --> 00:14:22,132 iaitu perasaan kegembiraan yang ringan. 250 00:14:22,215 --> 00:14:26,219 Okey? Itu bukan untuk saya. Saya tak mahu kegembiraan ringan. 251 00:14:26,303 --> 00:14:28,471 Jika ada sesiapa mahu tahu, 252 00:14:28,555 --> 00:14:33,143 saya ada kawan dalam lingkungan usia saya, malah lebih tua 253 00:14:33,226 --> 00:14:38,607 yang menghisap ganja setiap hari selama 50 tahun. 254 00:14:39,232 --> 00:14:41,985 Mereka bukan orang yang bijak. Okey? 255 00:14:42,068 --> 00:14:47,240 Biar saya jamin, ia memberi kesan keseluruhan. Okey? 256 00:14:47,324 --> 00:14:49,534 Saya kenal mereka semasa mereka mula. 257 00:14:49,618 --> 00:14:53,496 Mereka bukannya orang yang berbahaya, 258 00:14:53,580 --> 00:14:57,083 tapi mereka bukan orang yang awak akan jumpa lagi. 259 00:14:57,167 --> 00:15:00,754 Kadangkala saya fikir, "Apa terjadi kepada dia?" 260 00:15:00,837 --> 00:15:01,880 Baru saya sedar. 261 00:15:01,963 --> 00:15:05,050 Saya cakap kepada orang, "Saya tanya dia sesuatu. 262 00:15:05,133 --> 00:15:07,969 Jawapannya tak jelas. Apa terjadi kepadanya?" 263 00:15:08,053 --> 00:15:09,888 Dia jawab, "Dia kaki ganja!" 264 00:15:09,971 --> 00:15:11,181 Ya, saya terlupa. 265 00:15:11,264 --> 00:15:13,058 Jika saya berkuasa, saya kata, 266 00:15:13,141 --> 00:15:16,144 "Orang suka ganja. Ia seronok. Biarlah. Saya tak kisah!" 267 00:15:17,020 --> 00:15:18,980 - Awak nak rehat? - Boleh. 268 00:15:19,064 --> 00:15:20,357 - Awak okey? - Ya. 269 00:15:20,440 --> 00:15:23,568 - Awak nak ambil masa… - Ya. Saya nak merokok. 270 00:15:29,574 --> 00:15:34,663 Ketika saya kecil, budak perempuan bermain jacks, tingting dan lompat tali. 271 00:15:34,746 --> 00:15:36,373 Tentu mereka tak main lagi. 272 00:15:42,045 --> 00:15:43,505 Satu, dua, tiga, empat. 273 00:15:43,588 --> 00:15:46,716 Tapi ia bermakna, jika wanita memerintah dunia, 274 00:15:46,800 --> 00:15:50,762 apabila mereka menjadi dewasa, mereka jadi pemain jacks profesional. 275 00:15:50,845 --> 00:15:51,721 Ia seperti… 276 00:15:51,805 --> 00:15:54,599 Jika awak cakap jacks atau tingting, 277 00:15:54,683 --> 00:15:57,602 ia nampak bodoh kepada lelaki, tapi ia sama! 278 00:15:57,686 --> 00:15:59,646 Ia permainan! Ini permainan. 279 00:15:59,729 --> 00:16:02,482 Bola sepak ialah permainan. Ia permainan. 280 00:16:02,565 --> 00:16:07,904 Reggie Miller sedang rancak bercakap dengan Spike Lee, 281 00:16:07,988 --> 00:16:11,408 iaitu peminat setia Knicks yang duduk di tepi gelanggang. 282 00:16:11,491 --> 00:16:13,827 Saya rasa Spike memberinya semangat. 283 00:16:13,910 --> 00:16:16,496 Spike merayu kepada pengadil, Dan Crawford. 284 00:16:16,579 --> 00:16:19,332 Saya rasa Spike tak sedar dia bukan pemain. 285 00:16:19,416 --> 00:16:21,209 Bagaimana dengan Spike Lee? 286 00:16:21,292 --> 00:16:22,127 Siapa itu? 287 00:16:23,044 --> 00:16:25,630 Kita jumpa Jumaat nanti. Semoga berjaya. 288 00:16:27,173 --> 00:16:28,216 Awak suka sukan? 289 00:16:28,299 --> 00:16:32,470 Saya tak suka sukan. Malah, saya perlu kata saya benci sukan. 290 00:16:32,554 --> 00:16:35,432 - Awak benci sukan. Biar saya tanya. - Ya? 291 00:16:35,515 --> 00:16:37,934 Kobe atau LeBron? 292 00:16:39,936 --> 00:16:42,230 Satu- satunya sebab saya kenal mereka 293 00:16:42,897 --> 00:16:45,358 ialah kerana kawan baik saya suka sukan. 294 00:16:45,442 --> 00:16:48,153 Jika tidak, saya tak kenal mana-mana satu pun. 295 00:16:48,236 --> 00:16:50,822 Tapi saya tak suka sesiapa antara mereka. 296 00:16:50,905 --> 00:16:53,241 - New York Giants atau Jets? - Tak suka. 297 00:16:53,324 --> 00:16:56,077 - Saya tak suka sukan. - Rangers, Islanders atau Devils? 298 00:16:56,161 --> 00:16:59,205 Percayalah apabila saya kata saya benci sukan. 299 00:16:59,873 --> 00:17:02,375 Jadi, apa awak buat pada hari Superbowl? 300 00:17:02,959 --> 00:17:06,421 Ia hari yang bagus untuk pergi ke restoran. Okey? 301 00:17:08,923 --> 00:17:12,260 Tempat seperti teater persembahan New York City Ballet, 302 00:17:12,343 --> 00:17:16,806 panggung opera, atau tempat yang dahulu dipanggil Dewan Filharmonik, 303 00:17:16,890 --> 00:17:20,643 tempat-tempat ini penting bagi bandar walaupun awak tak pergi. 304 00:17:21,144 --> 00:17:23,271 Ada pendapat sekarang bahawa 305 00:17:24,147 --> 00:17:26,983 ia perlu disokong oleh orang yang menggunakannya. 306 00:17:27,067 --> 00:17:29,903 Tiada pendapat begini tentang stadium bola sepak. 307 00:17:29,986 --> 00:17:34,908 Saya jamin, jika awak dengar saya berada di stadium bola sepak, 308 00:17:34,991 --> 00:17:39,079 mereka mengacukan pistol di kepala saya dan memaksa saya ke sana. 309 00:17:39,162 --> 00:17:41,039 Jika tidak, saya takkan pergi. 310 00:17:41,122 --> 00:17:45,960 Stadium bola sepak dibayar oleh orang yang tinggal di bandar 311 00:17:46,044 --> 00:17:50,381 melalui potongan cukai yang besar. "Ya, kami akan beri duit kerana kami…" 312 00:17:50,465 --> 00:17:53,718 Mereka kata, "Kita tak mahu pasukan bola?" Bukan saya. 313 00:17:54,135 --> 00:17:57,889 Saya tak nak pasukan bola. Di sekolah menengah pun saya tak nak. 314 00:17:57,972 --> 00:18:00,892 Sekarang pun tak nak. Saya tak nak bayar untuknya. 315 00:18:00,975 --> 00:18:02,519 Tak, saya tak nak bayar. 316 00:18:02,602 --> 00:18:04,270 Kenapa awak benci sukan? 317 00:18:04,354 --> 00:18:09,025 Bagi saya, ia sesuatu yang lebih sesuai 318 00:18:09,109 --> 00:18:11,402 untuk budak tujuh tahun. 319 00:18:11,486 --> 00:18:12,403 Tunggu sekejap! 320 00:18:12,487 --> 00:18:13,488 Faham? 321 00:18:13,571 --> 00:18:15,657 Jadi jika awak orang dewasa, 322 00:18:15,740 --> 00:18:19,744 tak perlulah awak cat muka, pakai jersi dan semua itu. 323 00:18:19,828 --> 00:18:22,956 - Cat muka. Sangat menawan. - Saya tak cat muka. 324 00:18:23,039 --> 00:18:24,499 Ini mengejutkan saya. 325 00:18:24,582 --> 00:18:28,378 Awak nampak mereka di jalanan. Mereka menjerit, "Kita menang!" 326 00:18:28,461 --> 00:18:31,673 Saya selalu fikir, "Siapa kita? Mereka yang menang. 327 00:18:31,756 --> 00:18:34,175 Awak baring atas sofa, minum bir." Okey? 328 00:18:34,259 --> 00:18:38,429 Tapi itu yang bagus tentang sukan. Awak mengaitkan diri dengan pasukan. 329 00:18:38,513 --> 00:18:40,723 Ya, tapi ia perniagaan. 330 00:18:40,807 --> 00:18:45,228 Awak tak nampak orang di jalanan jerit, "Hore! Coke menang! Pepsi kalah!" 331 00:18:45,854 --> 00:18:48,648 Saya nak tahu cara mereka mempengaruhi awak. 332 00:18:49,149 --> 00:18:50,150 - Awak benci sukan! - Ya. 333 00:18:50,233 --> 00:18:54,279 Punca sukan menjadi begitu penting ialah kerana lelaki berkuasa. 334 00:18:54,362 --> 00:18:55,655 Okey, itu sebabnya. 335 00:18:55,738 --> 00:18:58,158 - Jadi… - Lelaki berkuasa di dunia. Jadi… 336 00:18:58,241 --> 00:19:00,451 Benar, mereka suka sukan. 337 00:19:00,535 --> 00:19:02,787 Jika wanita memerintah dunia, 338 00:19:02,871 --> 00:19:05,206 awak fikir ada tingting profesional? 339 00:19:05,290 --> 00:19:09,127 Saya pernah cakap di jamuan yang dihadiri ramai artis lelaki, 340 00:19:09,210 --> 00:19:12,547 semuanya artis terkenal yang berbincang tentang besbol. 341 00:19:12,630 --> 00:19:14,299 "Saya tak faham sesuatu. 342 00:19:14,382 --> 00:19:20,013 Ketika kecil, adakah semua lelaki di dunia fikir 343 00:19:20,096 --> 00:19:22,432 mereka akan jadi pemain besbol profesional?" 344 00:19:22,515 --> 00:19:25,643 Lelaki ini jawab, "Semua lelaki yang saya mahu fikir begitu." 345 00:19:25,727 --> 00:19:27,437 Awak dari era yang berbeza. 346 00:19:27,520 --> 00:19:29,606 Hari ini, wanita mahu bersukan, 347 00:19:29,689 --> 00:19:33,151 dan wanita bermain pelbagai sukan, mereka mahu bermain. 348 00:19:33,234 --> 00:19:36,196 Saya tahu. Nasib baik saya bukan budak lagi. 349 00:19:36,279 --> 00:19:39,407 Semasa saya bersekolah, budak perempuan tak main bola. 350 00:19:39,490 --> 00:19:42,869 Perempuan tak perlu bersukan, itu bagusnya jadi perempuan. 351 00:19:42,952 --> 00:19:47,081 - Sekarang pula… - Bukannya perlu, mereka nak main. 352 00:19:47,165 --> 00:19:49,542 Ya, tapi kami tak main. Okey? 353 00:19:49,626 --> 00:19:52,795 - Kami tak mahu dan tak perlu. - Dunia dah berkembang. 354 00:19:52,879 --> 00:19:53,963 Ya, dari segi itu. 355 00:19:54,047 --> 00:19:57,842 Saya mahu ramai wanita di Kongres berbanding bermain bola sepak. 356 00:20:23,576 --> 00:20:26,537 PASUKAN WANITA AMERIKA SYARIKAT, JUARA PIALA DUNIA FIFA WANITA 357 00:20:30,333 --> 00:20:34,420 Banyak perkara yang orang buat, terutamanya sekarang ketika bercuti 358 00:20:34,504 --> 00:20:37,757 ialah perkara yang banduan perang dahulu dipaksa buat. 359 00:20:38,341 --> 00:20:41,511 Saya selalu baca di bahagian pelacongan The Times, 360 00:20:41,594 --> 00:20:46,766 "Ini percutian untuk anda mendaki gunung sambil diikat dengan orang lain. 361 00:20:46,849 --> 00:20:50,103 Anda di puncak gunung. Dari sana, anda boleh terjun." 362 00:20:50,186 --> 00:20:53,022 Percutian ini berharga 15 ribu seorang. 363 00:20:53,106 --> 00:20:56,901 Saya terfikir, bagi saya, ia seperti Perarakan Maut Bataan. 364 00:20:56,985 --> 00:21:00,238 Di penghujung perarakan itu, adakah orang akan cakap, 365 00:21:00,321 --> 00:21:03,658 "Awak perlu bayar 15 ribu untuk pengalaman hebat itu"? 366 00:21:03,741 --> 00:21:06,244 Saya fikir, "Kenapa orang buat semua ini?" 367 00:21:06,327 --> 00:21:08,913 Orang mahu mencabar diri mereka. 368 00:21:08,997 --> 00:21:13,001 Orang selalu cakap begitu. "Saya mahu mencabar diri." 369 00:21:13,084 --> 00:21:14,711 Cabaran ini semuanya palsu. 370 00:21:14,794 --> 00:21:18,965 Mendaki gunung ialah cabaran palsu. Awak tak perlu daki gunung. 371 00:21:19,048 --> 00:21:22,635 Banyak perkara yang perlu orang buat tapi mereka tak buat 372 00:21:22,719 --> 00:21:25,763 kerana mereka takut, ia sukar atau mereka tak mahir. 373 00:21:25,847 --> 00:21:27,098 Itu barulah cabaran. 374 00:21:27,181 --> 00:21:30,810 Cabaran ialah sesuatu yang perlu dibuat. Bukan direka. 375 00:21:30,893 --> 00:21:35,189 Orang suka buat perkara yang dipanggil "perkara ekstrem". 376 00:21:35,273 --> 00:21:38,401 Ramai orang turut serta. "Saya nak cabar diri." 377 00:21:38,484 --> 00:21:42,447 Saya selalu fikir, "Bagaimanakah kehidupan awak?" 378 00:21:42,947 --> 00:21:45,158 Kehidupan sebenar pun dah mencabar. 379 00:21:45,241 --> 00:21:50,621 Biar saya beritahu. Jika saya boleh pergi ke kedai dobi tanpa perlu bertengkar, 380 00:21:50,705 --> 00:21:54,083 berjaya bawa baju saya ke sana dan mengutipnya semula 381 00:21:54,167 --> 00:21:57,545 tanpa mereka jerit, "Saya akan saman awak!" 382 00:21:58,087 --> 00:22:01,174 atau seseorang mengugut saya, itu pun sudah mencabar. 383 00:22:01,257 --> 00:22:05,678 Saya selalu fikir, "Betul?" Hidup dah cukup mencabar bagi saya. 384 00:22:05,762 --> 00:22:11,100 Saya tak perlu cari cabaran lain yang hebat-hebat belaka. 385 00:22:11,184 --> 00:22:13,686 Saya sangat takut cedera secara fizikal. 386 00:22:13,770 --> 00:22:15,646 Sejak dahulu lagi. 387 00:22:15,730 --> 00:22:20,818 Jadi saya elak aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan kecederaan 388 00:22:20,902 --> 00:22:24,447 iaitu aktiviti yang memerlukan topi keledar. Okey? 389 00:22:26,407 --> 00:22:31,037 Budak-budak lelaki itu mendirikan khemah dan sedang bersedia untuk memancing. 390 00:22:32,580 --> 00:22:36,125 Menaiki bot, memancing, berenang dan pelbagai jenis sukan air 391 00:22:36,209 --> 00:22:37,835 disediakan kepada pekhemah. 392 00:22:37,919 --> 00:22:41,881 Setidaknya di sini, tempat isteri bukan sekadar di rumah. 393 00:22:44,175 --> 00:22:46,469 Ada tempat bernama Tasik Powell. 394 00:22:46,552 --> 00:22:48,471 Ia besar. Ia tasik buatan. 395 00:22:48,554 --> 00:22:52,100 Tasik itu diisi jutaan ikan agar orang boleh memancing. 396 00:22:52,183 --> 00:22:56,270 Ramai orang pergi ke sana untuk mengalami alam semula jadi. 397 00:22:56,354 --> 00:22:59,357 Saya pun pergi dan tinggal di bot seorang lelaki. 398 00:22:59,440 --> 00:23:02,235 Untuk memancing di sana, awak perlu ada lesen. 399 00:23:02,318 --> 00:23:04,362 Awak perlu ke kedai besar ini. 400 00:23:04,445 --> 00:23:07,949 Untuk dapatkan lesen memancing, saya perlu tunjuk lesen memandu. 401 00:23:08,032 --> 00:23:12,495 Jadi wanita ini yang pada mulanya nampak seperti wanita biasa 402 00:23:12,578 --> 00:23:14,539 meminta lesen memandu saya. 403 00:23:14,622 --> 00:23:17,917 Pada masa itu, lesen pemandu New York tak ada gambar. 404 00:23:18,418 --> 00:23:22,004 Di Barat sudah ada, tapi lesen kami belum ada gambar. 405 00:23:22,088 --> 00:23:26,050 Saya pun beri lesen saya. Dia melihatnya. Dia pandang saya dan kata, 406 00:23:26,843 --> 00:23:30,680 "Kenapa? Orang Yahudi di New York tak ada lesen bergambar?" 407 00:23:31,556 --> 00:23:32,807 Saya sangat terkejut. 408 00:23:33,391 --> 00:23:34,475 Saya kata, "Tak." 409 00:23:34,559 --> 00:23:37,019 Dia kata, "Kenapa?" Saya kata, "Kami boleh baca." 410 00:23:39,313 --> 00:23:42,316 Saya ingat saat itu dengan jelas. 411 00:23:42,400 --> 00:23:45,987 Kini kita ada gambar, tapi tak perlu kerana kita boleh baca. 412 00:23:47,405 --> 00:23:50,992 Enam pelari pecut terpantas dunia sedang bersiap sedia. 413 00:23:51,784 --> 00:23:53,286 Owens, Amerika. 414 00:23:53,786 --> 00:23:55,288 Borchmeyer, Jerman. 415 00:23:56,205 --> 00:23:57,915 Metcalfe dari Amerika. 416 00:24:01,502 --> 00:24:02,837 Owens mendahului! 417 00:24:02,920 --> 00:24:06,632 Strandberg dan Borchmeyer bertarung. Osendarp mencabar Wykoff. 418 00:24:06,716 --> 00:24:10,219 Metcalfe mendekati, tapi Owens menang dengan 10.3 saat. 419 00:24:11,846 --> 00:24:14,223 Olimpik tahun 1936. 420 00:24:14,307 --> 00:24:21,147 Jesse Owens memenangi beberapa pingat emas dan Hitler enggan menjabat… 421 00:24:22,732 --> 00:24:23,566 tangannya. 422 00:24:23,649 --> 00:24:26,777 Bagi kaum Afrika Amerika di negara ini, 423 00:24:27,945 --> 00:24:33,242 banyak kemajuan yang kami buat di negara ini adalah melalui sukan dahulu. 424 00:24:33,326 --> 00:24:38,664 Contohnya Jack Johnson, Joe Louis, Jackie Robinson dan Muhammad Ali. 425 00:24:39,248 --> 00:24:42,877 Dunia ini takkan jadi begini jika tiada Muhammad Ali. 426 00:24:42,960 --> 00:24:47,798 Maksud saya, sumbangannya bukanlah sekadar tinju. 427 00:24:47,882 --> 00:24:51,552 Betul. Saya suka Muhammad Ali. Saya pergi ke perlawanannya. 428 00:24:51,636 --> 00:24:53,554 Awak pergi ke perlawanan tinju! 429 00:24:54,931 --> 00:24:56,682 - Tapi… - Perlawanan mana? 430 00:24:56,766 --> 00:24:58,476 - Perlawanan Frazier pertama? - Ya. 431 00:24:58,559 --> 00:25:00,394 - Tapi bukan… - Tunggu sebentar! 432 00:25:00,895 --> 00:25:04,482 Perlawanan Ali-Frazier pertama? Perlawanan terhebat dalam sejarah? 433 00:25:04,565 --> 00:25:06,108 Awak benci sukan? 434 00:25:06,192 --> 00:25:07,985 - Ya. - Mengarutlah! 435 00:25:08,069 --> 00:25:09,487 Tapi saya suka Muhammad Ali. 436 00:25:09,570 --> 00:25:12,323 Frank Sinatra bergambar di tepi gelanggang itu? 437 00:25:12,406 --> 00:25:14,158 Awak pergi? Kenapa? 438 00:25:14,242 --> 00:25:17,578 Saya pergi dengan seorang gadis yang kenal Frank Sinatra. 439 00:25:17,662 --> 00:25:20,540 Dia kenal dengan mesra. Sinatra beri dia tiket. 440 00:25:20,623 --> 00:25:23,125 Gadis itu membantunya mengambil gambar? 441 00:25:23,209 --> 00:25:25,294 Dia tak membantu ketika itu. 442 00:25:27,880 --> 00:25:30,967 Tapi dia selalu bantu Sinatra. Dia beri saya tiket. 443 00:25:31,050 --> 00:25:33,386 Saya nak pergi. Saya suka Muhammad Ali. 444 00:25:33,469 --> 00:25:36,889 Tunggu. Awak suka Muhammad Ali, tapi dia orang sukan? 445 00:25:36,973 --> 00:25:39,350 Saya suka dia sebagai tokoh politik. 446 00:25:39,433 --> 00:25:43,479 Ya, tapi gelaran juara dunia itu yang memberi dia platform… 447 00:25:43,563 --> 00:25:47,441 Betul, tapi itu masalah dia. Begitulah cara dia mencapainya. 448 00:25:47,525 --> 00:25:49,527 Bagaimana dia dapat platform itu? 449 00:25:49,610 --> 00:25:52,530 Tak mungkin. Nasib baik dia petinju yang bagus. 450 00:25:52,613 --> 00:25:54,156 Bagus? Dia hebat. 451 00:25:54,240 --> 00:25:55,533 Saya percaya. 452 00:25:55,616 --> 00:25:59,704 Saya duduk begini dan seorang lelaki di belakang saya menjerit, 453 00:25:59,787 --> 00:26:02,415 "Tukar tempat! Awak tak layak duduk di situ!" 454 00:26:02,498 --> 00:26:05,459 Awak benci sukan, tapi awak ke perlawanan terhebat 455 00:26:05,543 --> 00:26:08,045 dalam sejarah sukan dan dapat tempat duduk hebat. 456 00:26:08,129 --> 00:26:10,548 Ya. Tapi pakaiannya pun cantik. 457 00:26:11,090 --> 00:26:13,050 - Semua orang bergaya. - Semua. 458 00:26:13,134 --> 00:26:16,596 Bagi saya, lebih baik daripada pertunjukan fesyen sekarang. 459 00:26:16,679 --> 00:26:20,725 Ia acara fesyen dan budaya yang hebat. 460 00:26:20,808 --> 00:26:22,602 Malangnya, ada pergaduhan. 461 00:26:24,770 --> 00:26:25,730 Ada orang tanya, 462 00:26:25,813 --> 00:26:28,524 "Kenapa awak pergi?" Saya pergi untuk fesyen. 463 00:26:29,108 --> 00:26:32,903 Budaya bapa ayam masih terkenal di New York ketika itu. 464 00:26:32,987 --> 00:26:35,740 Ramai bapa ayam di jalan. Ada kereta bapa ayam. 465 00:26:35,823 --> 00:26:37,825 Pakaian mereka amat menghairankan. 466 00:26:37,908 --> 00:26:41,621 Bapa ayam memakai topi besar bersama 12 gadis di belakang. 467 00:26:41,704 --> 00:26:42,913 Sekarang tak boleh. 468 00:26:42,997 --> 00:26:46,083 Saya tak kata ia bagus, tapi ia menarik. 469 00:26:46,167 --> 00:26:50,880 Tapi saya amat suka Muhammad Ali sebagai tokoh, tapi saya benci tinju. 470 00:26:50,963 --> 00:26:53,507 Saya benci. Saya tak percaya ia dibenarkan. 471 00:26:53,591 --> 00:26:57,386 Saya selalu bertengkar dengan orang tentang ini. 472 00:26:57,470 --> 00:27:00,264 Walaupun perlawanan Ali yang tak banyak tumbukan 473 00:27:00,348 --> 00:27:04,477 kerana dia begitu lincah. Tapi saya tak percaya ia dibenarkan. 474 00:27:04,560 --> 00:27:06,812 Saya tak percaya kita dibenarkan 475 00:27:06,896 --> 00:27:10,274 melihat manusia saling bertumbuk sebagai sukan. 476 00:27:10,358 --> 00:27:13,069 Saya tahu orang suka. Saya tahu saya akan… 477 00:27:13,152 --> 00:27:16,113 Tapi awak tahu apa yang diharamkan? Sabung ayam. 478 00:27:16,197 --> 00:27:20,284 Sabung ayam ialah dua ekor ayam berlawan. Kita makan ayam! 479 00:27:20,368 --> 00:27:23,037 Saya makan ayam. Saya tahu ada yang tak makan. 480 00:27:23,120 --> 00:27:27,500 Kita makan ayam, tapi ayam tak boleh berlawan kerana ia kejam. 481 00:27:38,511 --> 00:27:41,472 Saya enggan pergi ke jamuan untuk Leni Riefenstahl. 482 00:27:41,555 --> 00:27:44,725 Apabila Leni Riefenstahl menerbitkan buku berjudul… 483 00:27:44,809 --> 00:27:46,352 - Nuba. - Nubia. 484 00:27:46,435 --> 00:27:47,978 - Nuba? - Nuba. 485 00:27:48,062 --> 00:27:50,648 Lelaki yang saya kenali, kini dia dah mati, 486 00:27:50,731 --> 00:27:53,150 mengadakan jamuan yang kecil untuknya. 487 00:27:53,234 --> 00:27:56,278 Ia untuk 12 orang dan lebih ramai mahu pergi. 488 00:27:56,362 --> 00:27:57,488 Saya enggan pergi. 489 00:27:57,571 --> 00:27:59,323 Dia kata, "Tak mahu pergi?" 490 00:27:59,407 --> 00:28:02,952 "Saya takkan ke jamuan Leni Riefenstahl. Jangan mengarut." 491 00:28:03,035 --> 00:28:07,289 Dia kata, "Fran, awak perlu akui, dia artis yang hebat." 492 00:28:07,373 --> 00:28:09,083 Saya kata, "Saya tak peduli." 493 00:28:09,166 --> 00:28:11,585 Kini saya tak ingat judulnya. Tentang Olimpik. 494 00:28:11,669 --> 00:28:12,670 Olympia, ia bagus. 495 00:28:12,753 --> 00:28:15,965 Filem itu dimainkan di bar S&M, di belakang bar. 496 00:28:16,048 --> 00:28:17,675 Ia dimainkan tanpa bunyi. 497 00:28:17,758 --> 00:28:21,512 Dia ada ramai peminat di New York yang tertumpu pada seseorang. 498 00:28:21,595 --> 00:28:26,559 Lelaki ini kata, "Bukankah filemnya hebat? Dia pembikin filem yang hebat." 499 00:28:26,642 --> 00:28:27,476 Saya jawab, "Ya." 500 00:28:27,560 --> 00:28:31,856 Saya kata, "Menggunakan bakatnya untuk filem ini, itu lebih teruk! 501 00:28:31,939 --> 00:28:33,816 Lebih baik jika dia teruk." 502 00:28:35,443 --> 00:28:37,695 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman