1 00:00:06,027 --> 00:00:07,987 SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:10,823 --> 00:00:12,783 Saya sangat bencikan wang. 3 00:00:12,867 --> 00:00:18,247 Masalahnya berkaitan ini, 4 00:00:18,330 --> 00:00:20,416 adalah saya suka harta. 5 00:00:20,499 --> 00:00:23,753 Jadi, saya benci wang, tapi suka harta, bukan? 6 00:00:23,836 --> 00:00:27,715 Saya benci wang, tapi suka perabot. Saya benci wang, tapi suka kereta. 7 00:00:27,798 --> 00:00:29,425 Saya benci wang, tapi suka pakaian. 8 00:00:29,508 --> 00:00:32,303 Benci wang tak apa kalau awak juga benci harta, 9 00:00:32,386 --> 00:00:34,722 sebab awak macam Dalai Lama, betul? 10 00:00:50,154 --> 00:00:53,407 SEMPADAN HAK MILIK 140 BROADWAY KEBENARAN MELINTAS BOLEH DIBATALKAN 11 00:01:13,344 --> 00:01:15,304 - Hai, Fran. - Hei, macam mana? 12 00:01:15,387 --> 00:01:17,264 Kami sedia untuk awak duduk. 13 00:01:28,067 --> 00:01:32,613 Apa nasihat kepada diri awak sebagai gadis 20-an ke New York sekarang? 14 00:01:32,696 --> 00:01:33,572 Bawa wang. 15 00:01:34,740 --> 00:01:35,616 Okey? 16 00:01:37,284 --> 00:01:39,245 Bawa wang. Itu nasihat saya. 17 00:01:39,328 --> 00:01:42,998 Nasihat kepada orang yang datang, awak tak perlu wang sebanyak itu. 18 00:01:48,254 --> 00:01:49,088 Ini dia. 19 00:01:50,214 --> 00:01:51,132 - Okey. - Ya… 20 00:01:51,632 --> 00:01:55,845 Saya tak nak cakap apa-apa, tapi gelas ini semakin tak sama. 21 00:01:55,928 --> 00:01:58,597 Saya minum kopi ini, ia semakin kurang dan… 22 00:01:59,265 --> 00:02:00,808 Jadi, kita perlu buat semula. 23 00:02:03,060 --> 00:02:04,937 PAPAN ANGGARAN 24 00:02:05,020 --> 00:02:08,858 Memang benar wanita sebaya saya, semasa kami kecil, 25 00:02:08,941 --> 00:02:12,153 tak dibesarkan dengan idea yang kami perlu fikir tentang wang. 26 00:02:12,236 --> 00:02:16,574 Jadi, saya percaya jika saya lelaki, 27 00:02:16,657 --> 00:02:22,746 saya takkan ada perangai yang malas ini tentang wang. 28 00:02:22,830 --> 00:02:24,582 Saya takkan dibenarkan, 29 00:02:24,665 --> 00:02:28,377 sebab ayah saya akan menjerit, "Awak gila? Awak tak fahamkah? " 30 00:02:28,460 --> 00:02:30,921 Tapi orang selalu kata kepada saya, 31 00:02:31,005 --> 00:02:33,549 "Ibu bapa nak awak jadi penulis?" Tak. 32 00:02:33,632 --> 00:02:35,718 "Mereka cuba halang awak?" Tak. 33 00:02:35,801 --> 00:02:39,638 "Yakah? Mereka nak awak jadi apa?" Isteri. Mereka nak saya jadi isteri. 34 00:02:39,722 --> 00:02:42,641 Mereka anggap saya akan jadi isteri. Mereka nak saya jadi isteri. 35 00:02:42,725 --> 00:02:44,643 Jadi, mereka tak pernah beritahu 36 00:02:44,727 --> 00:02:49,899 atau ajar saya apa-apa selain daripada cara jadi isteri. 37 00:02:49,982 --> 00:02:52,443 Awak boleh lihat ia tak berhasil untuk mereka. 38 00:02:52,526 --> 00:02:55,362 Tapi saya rasa, 39 00:02:55,446 --> 00:02:59,366 ia bukannya baik sebagai gadis kecil di era 50-an, 40 00:02:59,450 --> 00:03:01,410 tapi apa yang baiknya 41 00:03:01,493 --> 00:03:05,247 adalah mereka tak terlalu beri perhatian kepada awak. 42 00:03:05,331 --> 00:03:10,085 Saya ingat dengan jelas kawan baik saya, 43 00:03:11,086 --> 00:03:15,132 yang masih rapat, dan tinggal berdekatan saya, 44 00:03:15,216 --> 00:03:18,677 saya di rumahnya ketika ayahnya telefon dan kata gajinya naik, 45 00:03:18,761 --> 00:03:21,597 semua orang teruja, dan ibunya buatkan kek. 46 00:03:21,680 --> 00:03:23,140 Saya tak faham. 47 00:03:23,224 --> 00:03:25,851 Saya pulang dan tanya mak, "Apa itu gaji naik?" 48 00:03:25,935 --> 00:03:30,147 Dia kata, "Apabila awak dapat lebih wang setiap minggu." 49 00:03:30,648 --> 00:03:34,693 Saya kata, "Gaji si polan naik, dan sekarang dia dapat…" 50 00:03:35,444 --> 00:03:40,032 Saya ingat jumlahnya. $300 seminggu. Ia lebih daripada gaji ayah saya. 51 00:03:40,115 --> 00:03:42,201 Saya teringat kembali. 52 00:03:43,619 --> 00:03:46,872 Saya kata, "Berapa gaji ayah?" Ibu tampar saya. 53 00:03:48,207 --> 00:03:52,127 Dia sangat… "Jangan tanya tentang wang. 54 00:03:52,211 --> 00:03:57,633 Ia biadab dan jangan sesekali tanya sesiapa berapa gaji mereka." 55 00:03:57,716 --> 00:04:01,428 Saya tak pernah cakap tentang wang lagi. Jadi, saya tiada apa-apa. 56 00:04:01,512 --> 00:04:04,682 Saya pernah ke pejabat akauntan saya, 57 00:04:04,765 --> 00:04:09,186 dia pandang saya dan kata, "Biar saya jelaskan awak sesuatu. 58 00:04:09,270 --> 00:04:11,939 Beritahu saya tentang wang. Saya akauntan awak. " 59 00:04:12,439 --> 00:04:15,776 Sebab saya asyik kata "Saya tak patut beritahu awak." 60 00:04:16,360 --> 00:04:18,445 Dia akan tanya, "Berapa pendapatan awak?" 61 00:04:18,529 --> 00:04:21,824 Saya kata, "Saya tak nak bincangkan dengan awak." 62 00:04:22,324 --> 00:04:26,495 "Siapa awak?" Sekarang, orang asyik bercakap tentang wang. 63 00:04:26,578 --> 00:04:29,123 Tapi saya juga selalu cakap, 64 00:04:29,206 --> 00:04:31,583 jika saya tahu gaji seseorang 65 00:04:31,667 --> 00:04:34,628 atau kos pangsapuri mereka, sebab mereka beritahu, 66 00:04:34,712 --> 00:04:37,423 yang mana orang selalu buat. Saya takkan tanya. 67 00:04:37,506 --> 00:04:41,468 Tapi orang bercakap tentang wang sepanjang masa, 68 00:04:41,552 --> 00:04:46,473 seolah-olah ia topik perbualan yang menarik, sebenarnya tidak. 69 00:04:48,976 --> 00:04:54,398 Saya dikenakan cukai 74%, betul? 70 00:04:54,898 --> 00:04:56,650 Saya nak tunjukkan bakinya. 71 00:04:57,985 --> 00:05:00,738 - Apa saya akan buat adalah haram. - Ia haram. 72 00:05:00,821 --> 00:05:05,993 Saya tak kisah kalau dipenjarakan. Setidaknya saya dapat berdiet. 73 00:05:06,076 --> 00:05:07,786 Tengok, ini apa yang saya tinggal. 74 00:05:09,204 --> 00:05:13,000 Saya akan berhenti pada 74%. 75 00:05:14,126 --> 00:05:16,086 Awak jangan main-main 76 00:05:16,628 --> 00:05:18,547 sebab ini bukan untuk orang miskin. 77 00:05:18,630 --> 00:05:21,592 Ini untuk nuklear dan semua… 78 00:05:21,675 --> 00:05:23,635 Awak sedar awak dah buat ramai marah. 79 00:05:23,719 --> 00:05:25,888 Dengar, ini wang saya. Saya tak peduli. 80 00:05:25,971 --> 00:05:28,974 Semasa kali pertama ke New York, ayah saya beri $200. 81 00:05:29,058 --> 00:05:30,851 Jumlah terbanyak pernah saya ada. 82 00:05:30,934 --> 00:05:33,645 Saya terfikir, "$200, dah cukup untuk hidup." 83 00:05:34,188 --> 00:05:36,148 Awak tahu. 84 00:05:36,231 --> 00:05:38,108 Saya pernah memandu teksi. 85 00:05:38,192 --> 00:05:41,070 Saya pemandu untuk orang. 86 00:05:41,779 --> 00:05:44,281 Saya tukang cuci. Saya penjaja. 87 00:05:44,823 --> 00:05:48,369 Saya jual tali pinggang di jalanan. Saya akan dapatkan 88 00:05:49,453 --> 00:05:53,707 The Village Voice. Saya bekerja lima ke enam hari seminggu. 89 00:05:53,791 --> 00:05:55,376 Saya tak pernah bekerja pada Rabu, 90 00:05:55,501 --> 00:05:58,212 sebab Rabu ialah hari The Village Voice keluar. 91 00:05:58,504 --> 00:06:01,507 Saya akan ke Sheridan Square dan dapatkan The Village Voice, 92 00:06:01,590 --> 00:06:04,927 dan The Village Voice… sebenarnya semua akhbar ada. 93 00:06:05,010 --> 00:06:07,262 Tapi di situlah semua iklan kerja kosong ada. 94 00:06:07,346 --> 00:06:08,680 Saya sentiasa fikir… 95 00:06:09,181 --> 00:06:11,100 Sebab saya sentiasa benci kerja saya. 96 00:06:11,183 --> 00:06:15,771 Jadi, saya fikir, "Minggu depan, saya akan cari kerja yang saya tak benci." 97 00:06:16,730 --> 00:06:20,401 Pada suatu ketika, saya sedar, "Fran, awak tak suka bekerja." 98 00:06:20,484 --> 00:06:25,447 Bukan sebab… Ia kerja yang teruk, ya. Sesiapa pun rasa begitu, 99 00:06:25,531 --> 00:06:28,117 tapi sebenarnya,  saya tak suka bekerja… 100 00:06:28,200 --> 00:06:32,663 Saya suka baring atas sofa dan membaca, tapi ia bukan kerjaya. 101 00:06:32,746 --> 00:06:37,960 Tiada siapa akan bayar awak, Kalau tak, ini dah jadi rumah saya. Jadi… 102 00:06:39,670 --> 00:06:44,216 Saya juga mengelak semua kerja kawan saya, 103 00:06:44,299 --> 00:06:45,884 iaitu pelayan. 104 00:06:45,968 --> 00:06:49,555 Semua gadis bekerja yang saya kenal… Ada juga yang tak. 105 00:06:49,638 --> 00:06:51,807 Mereka pelayan dan… 106 00:06:52,599 --> 00:06:54,393 semua, 100% begitu. 107 00:06:54,476 --> 00:06:59,690 Kawan saya akan tanya, "Kenapa awak cuci pangsapuri dan bukan… 108 00:06:59,773 --> 00:07:03,735 Marilah kerja di tempat saya. Gaji awak lebih tinggi. 109 00:07:03,819 --> 00:07:07,781 Ia kurang mengerahkan tenaga juga. 110 00:07:07,865 --> 00:07:13,912 Awak tahu, saya akan kata begini. 111 00:07:13,996 --> 00:07:18,292 Orang yang upah pelayan adalah lelaki. Okey? Pengurus adalah lelaki. 112 00:07:18,375 --> 00:07:20,919 Awak takkan dapat syif sebagai pelayan di restoran 113 00:07:21,003 --> 00:07:22,880 tanpa tidur dengan pengurus, okey? 114 00:07:22,963 --> 00:07:26,550 Itulah sebabnya. Bukan soal cinta atau janji temu. 115 00:07:26,633 --> 00:07:29,928 Ia bukan soal menggoda atau tidak. 116 00:07:30,012 --> 00:07:34,641 Ia tentang… Contohnya, bagi Fran, sebagai gadis, ia hanya bekerja. 117 00:07:34,725 --> 00:07:37,394 Itulah cara awak dapat kerja sebagai pelayan. 118 00:07:37,478 --> 00:07:41,940 Ada restoran yang orang nak bekerja di mana pengurusnya homoseksual. 119 00:07:42,024 --> 00:07:44,860 Dia homoseksual! Semua orang agak… 120 00:07:46,028 --> 00:07:49,281 Mestilah, dia cari pelayan lelaki dan mereka juga perlu tidur dengannya. 121 00:07:49,364 --> 00:07:50,657 Jadi… Awak tahu? 122 00:07:51,450 --> 00:07:54,870 Semua orang rasa kos hidup di New York pernah rendah, betul? 123 00:07:54,953 --> 00:07:58,415 Ia sentiasa lebih mahal daripada tempat lain. 124 00:07:58,499 --> 00:07:59,625 Jika saya cakap, 125 00:07:59,708 --> 00:08:03,086 "Ini pangsapuri saya  di West Fourth Street pada 1970. 126 00:08:03,170 --> 00:08:05,631 Ia $121,78 sebulan," 127 00:08:05,714 --> 00:08:08,258 orang kata, "Mengarut! " 128 00:08:08,342 --> 00:08:10,385 Ia mahal! 129 00:08:10,469 --> 00:08:13,013 Banyak kawan saya tinggal di East Village. 130 00:08:13,096 --> 00:08:16,808 Mereka akan kata, "Awak gila habiskan wang untuk satu bilik. 131 00:08:16,892 --> 00:08:19,645 Jika awak tinggal di kejiranan saya di Avenue C, 132 00:08:19,728 --> 00:08:21,480 awak boleh dapat empat bilik." 133 00:08:21,563 --> 00:08:23,941 Saya akan kata, "Ya, tapi saya tak dirogol." 134 00:08:24,733 --> 00:08:28,320 Okey? Saya selalu rasa berbaloi. 135 00:08:28,403 --> 00:08:30,822 - Ia berbaloi. - Awak tahu? 136 00:08:30,906 --> 00:08:33,700 Saya tak boros, tapi awak perlu bayar yang penting. 137 00:08:33,784 --> 00:08:37,704 Jadi, ia terlalu mahal. Pangsapuri itu teruk. 138 00:08:37,788 --> 00:08:39,873 Ia terlalu mahal, tapi lebih selamat. 139 00:08:39,957 --> 00:08:44,962 Cek besar pertama yang saya dapat, saya tiada akaun bank. 140 00:08:45,045 --> 00:08:49,383 Cek ini, berjumlah $100,000. Saya tak tahu nak buat apa. 141 00:08:50,050 --> 00:08:52,135 Saya memang… Saya buat ini dengan cek. 142 00:08:52,219 --> 00:08:57,432 Saya ambil cek itu, lebih kurang $100, 143 00:08:57,975 --> 00:09:00,602 kemudian saya akan ke delikatesen, 144 00:09:01,186 --> 00:09:02,896 saya akan tanya pekerja, 145 00:09:02,980 --> 00:09:07,192 "Boleh buatkan sandwic daging panggang dengan jumlah cek ini?" 146 00:09:07,276 --> 00:09:08,318 Mereka terima. 147 00:09:08,402 --> 00:09:11,863 Jadi, saya bayangkan akan bertanya di delikatesen, 148 00:09:11,947 --> 00:09:14,825 "Berikan sandwic dengan nilai ini." Saya tak tahu nak buat apa. 149 00:09:15,325 --> 00:09:19,079 Sebenarnya, saya takut dengan cek ini. 150 00:09:19,871 --> 00:09:22,791 Saya tak tahu nilai wang ini, 151 00:09:22,874 --> 00:09:26,128 kecuali ia nampak sejumlah yang banyak. 152 00:09:26,211 --> 00:09:30,048 Jadi, kali pertama dapat gaji, saya agak takut. 153 00:09:30,549 --> 00:09:32,467 Saya agak takut. 154 00:09:32,551 --> 00:09:36,972 Ia sesuatu yang menakjubkan bagi saya, tapi ia juga… 155 00:09:37,055 --> 00:09:41,018 Saya tak pernah teruja disebabkan wang dalam hidup. 156 00:09:41,518 --> 00:09:43,103 Ia tak… Saya tak rasa… 157 00:09:43,186 --> 00:09:46,189 Saya tak rasa begitu disebabkan wang. 158 00:09:46,273 --> 00:09:49,234 Antara sifat untuk dapat banyak wang adalah sukakan wang. 159 00:09:49,901 --> 00:09:53,238 Sangat sukakannya. 160 00:09:53,322 --> 00:09:56,533 Saya selalu sebut ada dua jenis orang di dunia ini. 161 00:09:56,617 --> 00:09:59,536 Orang yang rasa wang boleh cukup 162 00:09:59,620 --> 00:10:01,204 dan orang yang ada wang. 163 00:10:02,164 --> 00:10:03,415 Semudah itu saja. 164 00:10:03,498 --> 00:10:06,585 Ya, bagi saya, wang boleh cukup. 165 00:10:06,668 --> 00:10:08,879 Saya pernah ada wang yang cukup. 166 00:10:08,962 --> 00:10:12,466 Bagi saya, wang yang cukup bermaksud boleh bayar semuanya. 167 00:10:13,383 --> 00:10:14,843 Saya cuba dapatkan gadai janji, 168 00:10:14,926 --> 00:10:19,097 dan bercakap dengan broker di Merrill Lynch, 169 00:10:19,181 --> 00:10:21,850 yang melihat butiran saya sewaktu dalam telefon, 170 00:10:21,933 --> 00:10:26,772 dan dia kata, "Boleh saya tanya awak?" Saya kata, "Boleh awak tanya saya? 171 00:10:26,855 --> 00:10:29,691 Awak lihat penyata cukai saya selama lima minit. 172 00:10:29,775 --> 00:10:32,527 Awak sedang lihat hal peribadi. Awak tahu? 173 00:10:32,611 --> 00:10:34,863 Awak lebih tahu tentang saya daripada saya. 174 00:10:34,946 --> 00:10:36,740 Ya, awak boleh tanya saya." 175 00:10:36,823 --> 00:10:39,201 Dia tanya, "Kenapa pendapatan awak tak menentu?" 176 00:10:39,785 --> 00:10:42,996 Saya jawab, "Saya penulis." Dia kata, "Penulis?" 177 00:10:45,499 --> 00:10:47,417 Sebab itulah penulis tak dapat gadai janji. 178 00:11:07,145 --> 00:11:10,732 Ada pangsapuri bernilai $20 juta di New York atau lebih. 179 00:11:10,816 --> 00:11:11,942 Tak selalunya benar. 180 00:11:12,025 --> 00:11:15,696 Jika difikirkan, bagaimana pangsapuri berharga $20 juta? 181 00:11:15,779 --> 00:11:17,114 Apa maksudnya? 182 00:11:17,781 --> 00:11:20,492 Apa maksudnya pangsapuri berharga $20 juta? 183 00:11:20,575 --> 00:11:22,160 Nilai itu mengarut! 184 00:11:22,244 --> 00:11:25,038 Jumlah ini mengarut tapi orang dah biasa dengannya. 185 00:11:25,122 --> 00:11:28,291 Saya sangka, selepas setahun meninjau pangsapuri, 186 00:11:28,375 --> 00:11:33,505 ketika harga naik setiap jam… Okey? 187 00:11:33,588 --> 00:11:37,843 Pertama, harganya mengarut. Awak akan lihat pangsapuri pada Isnin. 188 00:11:38,343 --> 00:11:41,972 Awak akan lihat pangsapuri sama pada Rabu. Harganya lebih $50,000. 189 00:11:42,055 --> 00:11:45,684 Saya kata, "Saya lihat pangsapuri ini pada Isnin. Kenapa lebih $50,000?" 190 00:11:45,767 --> 00:11:48,270 "Pasaran meningkat. Elok beli sekarang." 191 00:11:48,770 --> 00:11:51,565 "Saya tak suka." "Tak bermakna awak tak patut beli." 192 00:11:51,648 --> 00:11:55,444 Awak tahu, di antara beberapa pangsapuri, 193 00:11:55,527 --> 00:11:59,072 ejen hartanah akan kata, "Kenapa awak nak pangsapuri besar?" 194 00:11:59,156 --> 00:12:01,533 Mereka akan kata, "Awak selalu berhibur?" 195 00:12:01,616 --> 00:12:04,911 Ini tanggapan pertama. "Awak mesti anjur banyak parti." 196 00:12:05,412 --> 00:12:09,499 Saya akan kata, "Tak. Saya paling jarang anjurkan parti. 197 00:12:10,542 --> 00:12:13,962 Betul. Ayatollah Khomeini anjurkan lebih banyak parti. 198 00:12:14,045 --> 00:12:18,216 Jadi, saya tak berhibur. Bukan saja tak banyak. Tak pernah." 199 00:12:18,300 --> 00:12:23,305 Jadi, "Kenapa nak semua bilik ini?" "Saya ada 10,000 buku." 200 00:12:24,514 --> 00:12:27,058 Selepas beberapa pangsapuri, 201 00:12:28,059 --> 00:12:31,104 apabila saya asyik kata, "Ini terlalu mahal," 202 00:12:31,646 --> 00:12:35,317 mereka kata, "Awak tak mampu pangsapuri yang muat untuk buku awak," 203 00:12:35,400 --> 00:12:36,359 dan saya dah tahu. 204 00:12:36,860 --> 00:12:39,112 Saya tahu sebelum telefon mereka. Mereka tak tahu. 205 00:12:39,196 --> 00:12:41,448 Mereka ambil masa untuk sedar, tapi saya dah tahu. 206 00:12:41,531 --> 00:12:45,619 Selepas melihat 100 pangsapuri, 207 00:12:46,203 --> 00:12:49,623 saya rasa dah cukup menderita, 208 00:12:49,706 --> 00:12:50,874 "Beri saya pangsapuri." 209 00:12:50,957 --> 00:12:51,917 Saya beli pangsapuri 210 00:12:52,000 --> 00:12:55,086 lebih kurang tiga kali ganda harga mampu saya. 211 00:12:55,170 --> 00:12:56,797 Saya nak menang loteri. 212 00:12:57,297 --> 00:13:00,091 Sebenarnya, ketika ini, saya perlu menang loteri. 213 00:13:00,175 --> 00:13:04,679 Maksud saya, ia dah melebihi kehendak, 214 00:13:04,763 --> 00:13:08,099 dan saya memang perlukan. 215 00:13:08,183 --> 00:13:10,811 Awak pergi ke tempat itu dan isi borangnya? 216 00:13:11,895 --> 00:13:14,606 Saya bermain loteri setiap minggu, 217 00:13:14,689 --> 00:13:19,778 dan sekali, beberapa tahun lalu, saya menang loteri $1,200. 218 00:13:20,570 --> 00:13:21,404 Betul? 219 00:13:21,488 --> 00:13:24,282 Jika awak menang lebih $600, awak perlu ke pejabat loto, 220 00:13:24,366 --> 00:13:25,784 yang mana ketika saya menang, 221 00:13:25,867 --> 00:13:31,456 berdekatan kasino besar lain, Bursa Saham New York. 222 00:13:32,791 --> 00:13:35,710 Jadi, saya ke pejabat loto, 223 00:13:35,794 --> 00:13:39,673 dan berbaris, bersama pemenang loto lain. 224 00:13:39,756 --> 00:13:46,137 Lelaki di depan saya ke kaunter dan berikan tiketnya, 225 00:13:46,221 --> 00:13:49,099 dan wanita di kaunter itu berkata, 226 00:13:49,182 --> 00:13:53,353 "Baiklah tuan, kami akan hantar cek dalam masa dua minggu." 227 00:13:53,436 --> 00:13:55,689 Lelaki itu berkata, "Tak, saya nak sekarang." 228 00:13:56,606 --> 00:13:59,401 Dia kata, "Tak, kami akan hantar dalam masa dua minggu." 229 00:13:59,484 --> 00:14:02,821 Dia kata, "Saya tak nak awak hantar. Berikan saya sekarang. " 230 00:14:02,904 --> 00:14:07,158 Dia kata, "Bukan itu caranya, awak akan dapat cek lagi dua minggu." 231 00:14:07,242 --> 00:14:10,829 Dia kata, "Awak tak faham. Saya perlukan wang ini sekarang." 232 00:14:10,912 --> 00:14:14,291 Dia kata, "Awak tak faham. Awak takkan dapat sekarang. Seterusnya." 233 00:14:14,374 --> 00:14:18,503 Dia kata, "Awak tak faham. Saya perlukan wang ini untuk bayar sewa. 234 00:14:19,337 --> 00:14:20,463 Apa saya nak buat?" 235 00:14:20,964 --> 00:14:25,385 Dia kata, "Apa saja yang awak buat jika tak menang loteri." 236 00:14:29,055 --> 00:14:31,683 - Sekarang saya lelaki ini. - Ya. 237 00:14:31,766 --> 00:14:33,476 Jadi, saya perlu menang loteri. 238 00:14:34,019 --> 00:14:37,606 Jika saya tanya diri, "Berapa awak nak bayar pangsapuri ini?" 239 00:14:37,689 --> 00:14:40,901 Saya akan beritahu awak sepertiga bayaran pangsapuri ini. 240 00:14:40,984 --> 00:14:43,653 Orang terus tanya, "Bila harga akan turun?" 241 00:14:43,737 --> 00:14:47,782 Saya kekal jawab, "Tunggu. Tunggu saya habis bayar pangsapuri ini." 242 00:14:48,700 --> 00:14:53,455 Okey? Kemudian saya selesai bayar, dan harganya mula menurun. 243 00:14:53,538 --> 00:14:56,666 Saya pembawa keputusan hartanah yang teruk. 244 00:14:58,668 --> 00:15:01,212 Saya ialah Lebowitz yang beli mahal, jual murah. 245 00:15:02,047 --> 00:15:04,799 Jadi, maksud saya, ada satu… 246 00:15:04,883 --> 00:15:09,054 Sejujurnya, saya satu-satunya orang yang tinggal di New York 247 00:15:09,137 --> 00:15:12,057 yang tak pernah buat keputusan hartanah yang tepat. 248 00:15:13,475 --> 00:15:14,517 Tak pernah sekali. 249 00:15:14,601 --> 00:15:19,731 Satu-satunya penenang saya adalah dengan mengingatkan saya 250 00:15:19,814 --> 00:15:23,109 yang saya tak ke New York ketika 18 tahun bagi menceburi bidang hartanah. 251 00:15:23,193 --> 00:15:25,362 Saya dah buktikan yang saya takkan menceburinya. 252 00:15:25,445 --> 00:15:29,282 Ada orang muda beritahu saya tahun lepas, "Saya tak faham. 253 00:15:29,366 --> 00:15:32,619 Orang sebaya awak jumpa pangsapuri mereka bertahun lalu. Mereka bayar…" 254 00:15:32,702 --> 00:15:34,537 Saya kata, "Ya, semua kecuali saya." 255 00:15:34,621 --> 00:15:37,207 - Awak dah lama di 57th Street. - Lama. 256 00:15:37,290 --> 00:15:40,794 Pangsapuri itu… Saya memilikinya lama dulu, dan ia… 257 00:15:40,877 --> 00:15:42,629 - Saya tinggal di sana selama… - Di… 258 00:15:42,712 --> 00:15:45,006 The Osborne.  Saya 26 tahun tinggal di sana. 259 00:15:45,090 --> 00:15:50,095 Semasa muda, sekitar 21 tahun, saya ke parti di bangunan itu. 260 00:15:51,179 --> 00:15:54,349 Saya tak pernah masuk dan tak pernah dengar. 261 00:15:54,432 --> 00:15:56,017 Saya kagum dengan pangsapuri itu. 262 00:15:56,101 --> 00:15:58,478 Oh ya, pangsapuri yang saya ke parti itu 263 00:15:58,561 --> 00:16:01,398 salah satu pangsapuri dalam bangunan macam itu. 264 00:16:01,481 --> 00:16:04,317 Pangsapuri saya tak macam itu. Ia sangat… 265 00:16:04,818 --> 00:16:07,278 Ia menakjubkan. 266 00:16:07,779 --> 00:16:11,533 Bangunan abad ke-19 yang indah. Pangsapuri tertua di New York. 267 00:16:11,616 --> 00:16:15,537 Saya terfikir, "Saya nak tinggal di tempat begini." 268 00:16:15,620 --> 00:16:18,289 Ia mimpi ngeri tinggal di sana. Masalah yang berulang. 269 00:16:18,373 --> 00:16:20,750 Bangunan itu teruk sebab dah lama. 270 00:16:20,834 --> 00:16:24,921 Sentiasa ada pembinaan. Masalah besar yang berulang. 271 00:16:25,005 --> 00:16:26,673 Saya tak pernah pindah, 272 00:16:26,756 --> 00:16:29,759 sebab saya takkan ada pangsapuri yang cantik lagi. 273 00:16:29,843 --> 00:16:32,971 Akhirnya, suatu hari, saya kata kepada diri, 274 00:16:33,054 --> 00:16:38,893 "Fran, awak macam isteri yang dipukul suami, 275 00:16:38,977 --> 00:16:42,147 dan kawannya asyik kata,  'Tinggalkan dia. Dia pukul awak,' 276 00:16:42,230 --> 00:16:44,149 dan dia jawab, 'Tapi dia kacak.' 277 00:16:44,232 --> 00:16:47,569 Mereka kata, "Tapi dia pukul awak,' dan dia kata," Tapi dia kacak." 278 00:16:47,652 --> 00:16:50,321 Akhirnya saya sedar ini samalah dengan pangsapuri saya! 279 00:16:50,405 --> 00:16:53,074 Saya yang asyik kata, "Dia pukul saya, tapi dia kacak!" 280 00:16:53,158 --> 00:16:55,452 Akhirnya saya sedar, "Dia pukul awak. Pergi." 281 00:16:55,952 --> 00:17:01,666 Jadi, saya faham bahawa ketamakan saya untuk pangsapuri 282 00:17:01,750 --> 00:17:04,836 dan perabot dan sebagainya sangat kuat 283 00:17:04,919 --> 00:17:11,009 yang walaupun saya risau akan buat ini, 284 00:17:11,968 --> 00:17:16,056 saya kurang risau daripada gembira kerana memiliki pangsapuri ini. 285 00:17:18,767 --> 00:17:23,021 Inilah yang buat saya paling rasa macam orang Amerika dalam hidup. 286 00:17:23,521 --> 00:17:25,774 Saya rasa dah sertai rakan-rakan Amerka 287 00:17:25,857 --> 00:17:30,737 yang berada dalam hutang psikotik tanpa sebab. 288 00:17:30,820 --> 00:17:34,657 Maksudnya, saya tak boleh kata, "Apa saya nak buat? Anak saya sakit." 289 00:17:34,741 --> 00:17:37,744 Semua orang bersimpati dengan itu. Tapi ini pula? 290 00:17:37,827 --> 00:17:41,539 "Kenapa saya tak patut ada pangsapuri 20 juta kaki persegi? Betul? 291 00:17:41,623 --> 00:17:44,667 Saya penat tak dapat ini!" Itulah yang sebenarnya. 292 00:17:54,344 --> 00:17:56,221 Angan-angan awak saja. 293 00:17:56,888 --> 00:17:57,722 Memanglah. 294 00:18:01,392 --> 00:18:03,937 Apakah sifat warga contoh New York? 295 00:18:04,020 --> 00:18:05,522 Awak perlu menentang perkara 296 00:18:05,605 --> 00:18:10,401 yang disarankan oleh orang yang menguruskan New York, 297 00:18:10,485 --> 00:18:13,113 sebab awak perlu faham kenapa mereka sarankan. 298 00:18:13,196 --> 00:18:17,367 Mereka sarankan supaya… wang mengalir ke bandar. 299 00:18:17,450 --> 00:18:21,621 Wang mengalir ke bandar ke siapa? 300 00:18:21,704 --> 00:18:24,541 Ia tak ke saya atau awak. 301 00:18:24,624 --> 00:18:26,668 Sebab kita tak miliki semua ini. 302 00:18:27,252 --> 00:18:29,170 Ada tempoh,  saya rasa pada era 80-an, 303 00:18:29,254 --> 00:18:31,381 di mana mereka cuba robohkan Lever House 304 00:18:31,464 --> 00:18:33,967 dan saya berada di restoran bersama Jerry Robbins, 305 00:18:34,050 --> 00:18:38,972 dan seseorang datang ke meja kami dan minta tandatangan petisyen. 306 00:18:39,055 --> 00:18:42,392 "Boleh tandatangan petisyen ini untuk halang Lever House dirobohkan?" 307 00:18:42,475 --> 00:18:45,395 Jadi, saya dan Jerry tandatangan. Lelaki itu pergi. 308 00:18:45,478 --> 00:18:48,398 Jerry pandang saya dan kata, "Saya pasti dah tandatangan petisyen 309 00:18:48,481 --> 00:18:50,400 untuk halang mereka bina Lever House." 310 00:18:51,276 --> 00:18:53,570 Bagi saya, itulah kisah New York. 311 00:19:08,168 --> 00:19:11,754 Saya pasti ketika mereka bina Lever House di Park Avenue selepas perang, 312 00:19:11,838 --> 00:19:15,967 masih banyak rumah di Park Avenue, dan mereka robohkan semuanya. 313 00:19:32,400 --> 00:19:34,569 Apa yang hebat tentang Grand Cental Station, 314 00:19:34,652 --> 00:19:38,781 sebab ia cantik, adalah hanya ada seorang pembina. 315 00:19:39,449 --> 00:19:43,286 Nasib baik dia seseorang yang pandai membina bangunan. 316 00:19:43,369 --> 00:19:48,791 Sebab, bangunan sebesar itu takkan hanya ada seorang pembina. 317 00:19:48,875 --> 00:19:50,543 Takkan hanya ada satu daya kepekaan. 318 00:19:50,627 --> 00:19:53,129 Itu wang dia yang dicurahkan untuk itu. 319 00:19:58,343 --> 00:20:02,222 Bangunan Chrysler menakjubkan sebab butiran dan keindahannya. 320 00:20:02,305 --> 00:20:05,266 Pada masa ini, saya rasa ia untuk dijual. 321 00:20:05,767 --> 00:20:07,268 Bukannya saya nak beli. 322 00:20:08,019 --> 00:20:10,897 Bagi saya, ia sesuai untuk seorang penghuni. 323 00:20:17,737 --> 00:20:19,405 Pencakar langit direka di sini. 324 00:20:19,906 --> 00:20:24,118 Satu dunia kagum dengan pencakar langit kita. 325 00:20:24,202 --> 00:20:25,536 Bangunan Empire State. 326 00:20:25,620 --> 00:20:28,456 Semua orang suka Bangunan Empire State. 327 00:20:29,040 --> 00:20:32,001 Ada juga yang cemburukan Bangunan Empire State. 328 00:20:32,877 --> 00:20:35,880 Di sebahagian tempat di dunia, 329 00:20:35,964 --> 00:20:38,466 macam di negara Teluk, 330 00:20:38,549 --> 00:20:44,931 mereka bina bangunan tinggi yang teruk di tengah padang pasir, 331 00:20:45,014 --> 00:20:48,017 dan kita tiru mereka! 332 00:20:48,935 --> 00:20:51,562 Sekarang 57th Street nampak… 333 00:20:52,063 --> 00:20:56,401 Ia tak nampak macam negara Teluk, tapi, bangunan itu. 334 00:20:56,484 --> 00:21:01,281 Saya tak percaya ada sebab estetik yang mendalam 335 00:21:01,364 --> 00:21:03,408 kenapa bangunan tinggi tak boleh cantik. 336 00:21:03,491 --> 00:21:06,369 New York secara amnya bukan bandar raya yang indah. 337 00:21:06,452 --> 00:21:10,206 Ia bukan Paris. Ia bukan Florence. 338 00:21:10,290 --> 00:21:16,671 Tapi sekarang ia bandar raya yang… 339 00:21:17,171 --> 00:21:20,341 Setidaknya ia asli, dalam erti kata lain. 340 00:21:20,425 --> 00:21:25,430 Sekarang, 57th Street nampak sama macam di negara Teluk, 341 00:21:25,513 --> 00:21:27,473 kecuali ia tempat sebenar. 342 00:21:27,557 --> 00:21:28,599 Ia 57th Street. 343 00:21:35,440 --> 00:21:38,401 Ia mengingatkan saya pakaian Ralph Lauren. 344 00:21:38,985 --> 00:21:40,403 Sewaktu Ralph Lauren bermula, 345 00:21:40,486 --> 00:21:44,615 dia cuma tiru pakaian Brooks Brothers. 346 00:21:45,867 --> 00:21:49,120 Pembeli pakaian Brooks Brothers hanyalah orang tertentu. 347 00:21:49,203 --> 00:21:50,830 Mereka ialah WASP. 348 00:21:50,913 --> 00:21:53,416 Dan Fran, tapi pada dasarnya WASP. 349 00:21:53,499 --> 00:21:56,419 Ketika Ralph Lauren mula buat pakaiannya, 350 00:21:56,502 --> 00:22:00,506 dia tiru pakaian ini, tapi ada sedikit perbezaan. 351 00:22:00,590 --> 00:22:01,924 Baju Brooks Brothers, 352 00:22:02,008 --> 00:22:05,094 sebelum mereka rosakkan bahagian baju bertahun lalu, 353 00:22:05,178 --> 00:22:07,513 baju Brooks Brothers tak sesuai dengan sesiapa. 354 00:22:07,597 --> 00:22:10,099 Ia tak padan dengan saya atau sesiapa saja. 355 00:22:10,183 --> 00:22:12,310 Mereka tak nak pakaian mereka padan. 356 00:22:12,810 --> 00:22:15,063 Baju yang padan, ia untuk orang lain. 357 00:22:15,146 --> 00:22:16,856 Ada sesuatu yang agak… 358 00:22:19,025 --> 00:22:21,027 hebat tentang pakaian yang sesuai. 359 00:22:21,110 --> 00:22:23,488 Ralph Lauren, bukan sebahagian daripada mereka, 360 00:22:23,571 --> 00:22:26,157 tak sedar pakaian tak sepatutnya padan, 361 00:22:26,240 --> 00:22:32,622 maksud saya ia lebih kepada pakaian yang orang bukan WASP pakai. 362 00:22:33,539 --> 00:22:37,627 Bagi saya, apa yang hebat adalah, setelah sekian lama, 363 00:22:37,710 --> 00:22:40,505 orang WASP yang selalu pakai pakaian Brooks Brothers 364 00:22:40,588 --> 00:22:42,340 mula beli pakaian Ralph Lauren. 365 00:22:42,840 --> 00:22:46,302 Orang sebenar yang dia tiru 366 00:22:46,386 --> 00:22:49,263 sedang membelinya, walaupun tahu ia bukan pakaian sebenar. 367 00:22:49,347 --> 00:22:53,726 Saya tak tahu kenapa mereka buat begini. Saya bukan WASP itu atau ini. 368 00:22:53,810 --> 00:22:55,812 Bagi saya, ini mengejutkan. 369 00:22:55,895 --> 00:22:58,815 Bagi saya, ini sama dengan 370 00:22:58,898 --> 00:23:02,235 pencakar langit yang ditiru oleh Dubai, 371 00:23:02,318 --> 00:23:03,861 dan kita meniru mereka semula. 372 00:23:10,785 --> 00:23:15,164 Saya lahir pada penghujung 1950, saya lebih muda dari yang awak fikir. 373 00:23:15,832 --> 00:23:20,253 Saya selalu rasa bertuah. Terutamanya bagi penulis. 374 00:23:20,336 --> 00:23:22,839 Ada banyak perkara buruk pada era 50-an. 375 00:23:22,922 --> 00:23:25,508 Ada perkara buruk pada era 50-an dan 60-an. 376 00:23:25,591 --> 00:23:32,348 Tapi ia beri saya pandangan pada separuh akhir abad ke-20, 377 00:23:32,432 --> 00:23:34,267 yang saya selalu rasa bertuah, 378 00:23:34,350 --> 00:23:37,186 walaupun cuma memerhati dengan sukanya saja. 379 00:23:37,687 --> 00:23:40,231 Maksud saya, saya suka melihatnya. 380 00:23:40,314 --> 00:23:44,485 Maksud saya, ada perkara yang saya tak jangka akan bertambah baik. 381 00:23:45,528 --> 00:23:47,989 Ia takkan berlaku kepada saya. Okey? 382 00:23:48,072 --> 00:23:52,076 Pada era 70-an, hak homoseksual mula disebut. Ia nampak mengarut. 383 00:23:52,160 --> 00:23:54,912 Mengarut. Orang muda sekarang kerap menghargai saya. 384 00:23:55,413 --> 00:23:57,832 "Saya tahu awak aktivis hak homoseksual yang hebat." 385 00:23:57,915 --> 00:24:00,793 Saya bukan aktivis hak homoseksual. Saya selalu beritahu mereka. 386 00:24:00,877 --> 00:24:03,671 Saya kata, "Taklah." Pertama, saya tak pernah jadi aktivis. 387 00:24:03,754 --> 00:24:06,549 Kedua… Bukan yang awak panggil aktivis. 388 00:24:06,632 --> 00:24:08,843 Saya tak korbankan diri, percayalah. 389 00:24:09,343 --> 00:24:11,345 Tapi saya juga tak sangka ia berhasil. 390 00:24:11,429 --> 00:24:14,891 Ia macam pergerakan Me Too. Saya tak sangka langsung. 391 00:24:14,974 --> 00:24:16,100 Sungguh. 392 00:24:16,184 --> 00:24:20,521 Menjadi wanita sama sejak azali, sehingga lapan bulan lalu. 393 00:24:22,190 --> 00:24:25,902 Okey? Jadi, ia sama saja. 394 00:24:25,985 --> 00:24:30,406 Awak boleh bercakap dengan sesiapa, mana-mana wanita, yang tak… 395 00:24:31,032 --> 00:24:35,536 Maksud saya, walaupun berumur 18 tahun, ia dah berubah, betul? 396 00:24:35,620 --> 00:24:37,747 Sebab ia berubah ketika awak 12 tahun! 397 00:24:38,331 --> 00:24:40,791 Orang kata, "Awak tak rasa akan ada reaksi?" 398 00:24:40,875 --> 00:24:42,210 Apa maksud awak "akan ada"? 399 00:24:43,211 --> 00:24:47,173 Ya, sudah tentu ada reaksi. Ya, semestinya. 400 00:24:47,256 --> 00:24:50,426 "Awak tak rasa wanita ini menipu?" 401 00:24:50,510 --> 00:24:54,388 Perasaan saya tentang ini adalah saya percaya setiap wanita. 402 00:24:54,472 --> 00:24:55,890 Buktikan yang dia menipu. 403 00:24:56,641 --> 00:24:59,352 Saya pasti ada yang menipu. Saya positif. 404 00:24:59,435 --> 00:25:04,106 Tapi awak perlu buktikan sebab saya pernah muda. Okey? 405 00:25:04,190 --> 00:25:08,653 Sesiapa yang dulunya gadis, wanita muda, tahu apa ini. 406 00:25:08,736 --> 00:25:10,279 Macam yang saya cakap sebelum ini. 407 00:25:10,363 --> 00:25:12,949 Awak tak dapat syif sebagai pelayan di restoran. 408 00:25:13,032 --> 00:25:14,575 Itulah maksudnya. Okey? 409 00:25:14,659 --> 00:25:19,163 Jadi, saya percaya wanita ini. 410 00:25:19,247 --> 00:25:22,792 Ramai lelaki yang tertangkap, terutamanya pada awalnya, 411 00:25:22,875 --> 00:25:24,377 saya kenal mereka semua! 412 00:25:25,086 --> 00:25:26,671 Secara peribadi, saya kenal mereka. 413 00:25:26,754 --> 00:25:28,839 Saya tahu sejuta cerita tentang mereka, 414 00:25:28,923 --> 00:25:31,759 tapi bukan cerita yang mereka tertangkap. 415 00:25:31,842 --> 00:25:36,973 Macam kisah lelaki dituduh rogol dan berlaku ganas. Saya tak pernah dengar. 416 00:25:37,056 --> 00:25:40,935 Itu bukan kisah yang awak dengar, seperti… 417 00:25:41,018 --> 00:25:45,690 Sebab lelaki dungu pun tak bercakap gah tentang itu, 418 00:25:45,773 --> 00:25:49,193 sebab mereka pun tahu ia jenayah, okey? 419 00:25:49,277 --> 00:25:52,446 Ada perbezaan antara jenayah dan urusan filem. 420 00:25:52,947 --> 00:25:55,199 Okey? Awak boleh kata, "Ini urusan filem. 421 00:25:55,283 --> 00:25:56,993 Macam biasalah urusan filem!" 422 00:25:57,076 --> 00:26:01,372 Perasaan saya tentang ini adalah, "Awak tak perlu jadi bintang filem." 423 00:26:02,456 --> 00:26:05,626 Kalau nak jadi bintang filem atau pelayan di restoran itu, 424 00:26:05,710 --> 00:26:06,877 awak perlu buat begitu. 425 00:26:06,961 --> 00:26:09,797 Mujurlah, saya tak nak jadi bintang filem. 426 00:26:10,798 --> 00:26:13,009 Jadi, saya percaya cerita tentang lelaki 427 00:26:13,092 --> 00:26:17,597 dan wanita yang nak jadi bintang filem sampai mereka sanggup begitu. 428 00:26:17,680 --> 00:26:21,976 Itu tak sama macam rogol. Ia salah dan teruk. Okey? 429 00:26:22,059 --> 00:26:24,186 Jika ia urusan filem, itu satu hal, 430 00:26:24,270 --> 00:26:26,272 tapi jika awak kemaskan katil di hotel 431 00:26:28,190 --> 00:26:29,317 dengan gaji $6 sejam, 432 00:26:30,568 --> 00:26:33,112 dan orang yang bertanggungjawab ke atas… 433 00:26:33,195 --> 00:26:36,490 Bukan saja hidup awak, tapi hakikat yang awak mungkin tiada permit kerja. 434 00:26:36,574 --> 00:26:39,493 Orang itu umpama tukang cuci di tingkat itu. 435 00:26:41,037 --> 00:26:42,788 Itulah masalahnya. 436 00:26:42,872 --> 00:26:44,790 Bukannya siapa bintang filem atau tidak, 437 00:26:44,874 --> 00:26:46,500 siapa model atau tidak. 438 00:26:47,168 --> 00:26:50,713 Maksud saya, ia salah. Memang salah. 439 00:26:50,796 --> 00:26:54,091 Jika kita tak mulakan, tiada yang beri perhatian. 440 00:26:54,175 --> 00:26:57,303 Orang beri perhatian sebab mereka bintang filem. 441 00:26:57,386 --> 00:27:01,349 Orang tak beri perhatian kepada pengemas katil di hotel. 442 00:27:01,432 --> 00:27:04,435 Semestinya ada berjuta wanita dalam pekerjaan itu, 443 00:27:04,518 --> 00:27:07,063 dan pada dasarnya, mereka tebusan, awak tahu? 444 00:27:07,813 --> 00:27:11,400 Awak tak perlu jadi bintang filem, tapi awak perlu cari rezeki, betul? 445 00:27:11,484 --> 00:27:13,069 Itulah maksudnya. 446 00:27:25,081 --> 00:27:29,794 Sejujurnya, sepanjang tempoh bahaya pada era 70-an, 447 00:27:30,419 --> 00:27:32,713 tiada apa yang berlaku kepada saya. 448 00:27:33,381 --> 00:27:36,300 Awak tahu, sekali, saya pernah dirompak di jalanan. 449 00:27:37,051 --> 00:27:40,596 Saya dirompak di jalanan. Saya berada di Beekman Place. 450 00:27:40,680 --> 00:27:42,264 Di mana… 451 00:27:42,348 --> 00:27:44,725 Saya cuba pujuk lelaki itu, 452 00:27:45,434 --> 00:27:48,354 yang apabila difikir semula, "Itu gila." 453 00:27:48,437 --> 00:27:50,731 Saya ada banyak duit waktu itu. Tak pernah begitu. 454 00:27:50,815 --> 00:27:53,442 Saya pinjam daripada gadis yang tinggal di Beekman Place. 455 00:27:53,526 --> 00:27:54,527 Saya perlu bayar sewa. 456 00:27:54,610 --> 00:27:56,904 Saya tak pernah ada wang. Saya tiada juga sekarang. 457 00:27:57,988 --> 00:28:02,118 Saya ke pangsapuri dia. Dia beri saya untuk bayar sewa. 458 00:28:02,201 --> 00:28:06,247 Saya keluar dan budak ini halang saya dan kata, "Beri wang awak." 459 00:28:06,872 --> 00:28:09,834 Saya kata, "Saya tiada wang." "Beri wang awak!" Jadi… 460 00:28:10,960 --> 00:28:14,338 Saya tahu dia penagih dadah, jadi, saya kata, 461 00:28:14,422 --> 00:28:18,008 "Saya ada banyak duit." Saya fikir, "Kenapa beritahu dia?" 462 00:28:18,092 --> 00:28:20,177 "Saya ada banyak duit, tapi saya perlukannya." 463 00:28:20,553 --> 00:28:22,471 Saya pasti dia fikir… 464 00:28:22,555 --> 00:28:29,061 Saya rasa yang dia pilih saya sebab dia pilih Beekman Place, 465 00:28:29,145 --> 00:28:31,147 dan dia sangka saya tinggal di Beekman Place. 466 00:28:31,230 --> 00:28:32,565 Saya kata, "Sebenarnya… 467 00:28:33,274 --> 00:28:37,486 Ambillah jumlah yang cukup untuk dadah, saya perlukan bakinya" 468 00:28:37,570 --> 00:28:38,863 Dia keluarkan pisau. 469 00:28:39,572 --> 00:28:40,906 Saya beri dia wang itu. 470 00:28:41,490 --> 00:28:42,825 Awak cuba memujuknya. 471 00:28:42,908 --> 00:28:47,788 Saya cuba kekalkan sebanyak mungkin wang sebab ia bukan saya punya. 472 00:28:47,872 --> 00:28:51,417 Ketika dia keluarkan pisau, saya berhenti. Itu sajalah yang pernah berlaku.