1 00:00:21,063 --> 00:00:25,025 Hidangan yang enak. 2 00:00:25,108 --> 00:00:26,652 Sampaikan pujian saya kepada cef. 3 00:00:27,778 --> 00:00:29,112 Awak yang masak. 4 00:00:29,196 --> 00:00:30,405 Saya tahu. 5 00:00:30,489 --> 00:00:31,949 Saya puji diri sendiri. 6 00:00:33,992 --> 00:00:35,494 Apa kita akan buat sekarang? 7 00:00:36,078 --> 00:00:40,249 Sekarang, awak akan tolong pak cik selesaikan susun suai gambar itu. 8 00:00:41,291 --> 00:00:44,211 Terlalu banyak kepingan untuk lelaki yang tinggal bersendirian. 9 00:00:44,753 --> 00:00:45,838 Terima kasih, Rolf. 10 00:00:46,547 --> 00:00:52,010 Pak cik memang takkan pergi ke upacara memperingati Don Pablo? 11 00:00:52,553 --> 00:00:55,514 Tapi dia mentor pak cik. 12 00:00:55,597 --> 00:01:00,894 Pak cik akan rasa janggal bertemu beberapa orang di sana. 13 00:01:00,978 --> 00:01:03,272 Pak cik cakap tentang Julia lagi? 14 00:01:03,355 --> 00:01:04,565 Apa maksud awak, "lagi"? 15 00:01:04,647 --> 00:01:06,817 Pak cik terlalu fikirkan dia. 16 00:01:06,900 --> 00:01:08,068 Pak cik asyik cakap… 17 00:01:08,151 --> 00:01:12,573 "Kisah ini tentang keluarga kita dan sebuah resort." 18 00:01:13,073 --> 00:01:14,366 Tapi semuanya tentang dia. 19 00:01:14,449 --> 00:01:16,743 Pak cik patut sambung cerita pak cik. 20 00:01:16,827 --> 00:01:19,663 Supaya awak akan faham ia bukan hanya tentang Julia. 21 00:01:20,455 --> 00:01:22,291 Sebagai contoh, bahagian seterusnya. 22 00:01:25,210 --> 00:01:29,423 Okey, bahagian seterusnya tentang Julia. Tapi ia bagus. 23 00:01:30,841 --> 00:01:34,720 Resort sedang bersedia untuk parti Malam Tahun Baru besar-besaran. 24 00:01:35,512 --> 00:01:37,890 Tapi kami dapat satu petang untuk berehat. 25 00:01:37,973 --> 00:01:40,893 …berikan penginap kita yang terbaik. 26 00:01:40,976 --> 00:01:41,977 Satu notis terakhir 27 00:01:42,060 --> 00:01:45,731 tentang makan malam Krismas atau posada untuk pekerja esok. 28 00:01:45,814 --> 00:01:49,902 Saya tahu secara tradisinya, ia acara tahunan 29 00:01:49,985 --> 00:01:54,114 di mana semua pekerja boleh bawa seorang tetamu untuk makan malam bersama. 30 00:01:54,198 --> 00:01:55,574 Tahun ini… 31 00:01:58,660 --> 00:02:00,454 kita akan teruskan tradisi itu. 32 00:02:03,290 --> 00:02:04,333 Ya! 33 00:02:04,917 --> 00:02:06,752 Kenapa tepuk tangan untuk sesuatu yang kita selalu dapat? 34 00:02:06,835 --> 00:02:09,630 - Entahlah, tapi dia bagus. - Ya. 35 00:02:09,713 --> 00:02:12,716 Kita semua dah bekerja keras tahun ini. 36 00:02:12,799 --> 00:02:16,136 Esok saya akan beri kamu penghargaan yang terbaik. 37 00:02:16,220 --> 00:02:17,554 Duit. 38 00:02:17,638 --> 00:02:18,972 Masa bersama-sama. 39 00:02:19,056 --> 00:02:22,601 Serta, saya tahu ini yang kamu harapkan. 40 00:02:22,684 --> 00:02:24,186 - Duit. - Ya. 41 00:02:24,269 --> 00:02:26,480 Saya akan menyanyikan lagu Krismas untuk kamu. 42 00:02:26,563 --> 00:02:29,816 Jumpa di sana, sayang. 43 00:02:31,151 --> 00:02:32,569 Chad, awak ingat untuk… 44 00:02:35,864 --> 00:02:38,283 Chad, mari balik. 45 00:02:50,671 --> 00:02:52,381 - Hei! - Hai. 46 00:02:52,464 --> 00:02:54,675 Itu menakjubkan! 47 00:02:54,758 --> 00:02:56,009 Saya pasti pakai gaun itu. 48 00:02:56,093 --> 00:02:57,469 Terima kasih. 49 00:02:57,553 --> 00:02:59,555 Saya mahu pastikan saya buat Diane kagum esok. 50 00:02:59,638 --> 00:03:01,306 - Betul. Perjumpaan yang penting. - Ya. 51 00:03:01,390 --> 00:03:03,308 - Awak gemuruh? - Ya. Cuma… 52 00:03:03,392 --> 00:03:06,353 Susah nak percaya dia mungkin letakkan pakaian saya di kedai resort. 53 00:03:06,854 --> 00:03:07,980 Semuanya sebab Chad. 54 00:03:08,063 --> 00:03:11,900 Dia memang hebat sebab tempah gaun daripada salah satu rekaan saya, bukan? 55 00:03:12,401 --> 00:03:15,279 Sangat hebat. Chad, lelaki hebat. 56 00:03:15,362 --> 00:03:17,281 Dia juga buatkan label khas. 57 00:03:17,364 --> 00:03:20,450 Ia buat saya rasa gaun itu layak berada di kedai. 58 00:03:20,951 --> 00:03:22,536 Tunggu sebentar. 59 00:03:22,619 --> 00:03:23,912 Kenapa pak cik terus biarkan Chad 60 00:03:23,996 --> 00:03:26,290 terima pujian untuk gaun yang pak cik tempah? 61 00:03:26,373 --> 00:03:27,624 Pak cik tolong dia menang. 62 00:03:27,708 --> 00:03:30,085 Hei. Bertenang, Hugo. 63 00:03:30,669 --> 00:03:32,421 Bahagian ini tentang Julia 64 00:03:32,504 --> 00:03:37,885 dan sedikit demi sedikit, dia mula fahami kebenarannya. 65 00:03:38,468 --> 00:03:42,639 Seolah-olah dia sedang menyusun suai gambar. 66 00:03:42,723 --> 00:03:44,308 Aduhai! Sebab itu kita susun suai gambar? 67 00:03:44,391 --> 00:03:46,185 Aduhai! Klise. 68 00:03:46,268 --> 00:03:47,603 - Tidak. - Ini metafora yang indah. 69 00:03:47,686 --> 00:03:49,354 - Tidak. - Teruskan dengar. 70 00:03:49,438 --> 00:03:51,732 Saya harap awak lebih berjaya dengan Diane 71 00:03:51,815 --> 00:03:53,901 berbanding Grace Poole memerhati Bertha. 72 00:03:53,984 --> 00:03:57,446 Máximo, awak baca Jane Eyre? Awak sudah sampai mana? 73 00:03:58,655 --> 00:04:01,700 Saya di bab dia sudah jumpa lelaki yang patut bersamanya, 74 00:04:02,201 --> 00:04:03,952 tapi sekarang, dia bersama lelaki lain. 75 00:04:07,289 --> 00:04:11,752 Menyusun suai gambar. 76 00:04:13,837 --> 00:04:15,631 Sebentar. Tempatnya bukan di situ. 77 00:04:24,264 --> 00:04:26,141 Rosa, ini kumpulan seterusnya! 78 00:04:29,186 --> 00:04:31,855 Hai. Boleh saya tolong? 79 00:04:31,939 --> 00:04:34,399 Saya diambil bekerja untuk masa yang sibuk. 80 00:04:34,983 --> 00:04:36,693 Betulkah? Peliknya. 81 00:04:36,777 --> 00:04:37,736 Kenapa? 82 00:04:37,819 --> 00:04:41,323 Selalunya orang cantik ditempatkan di kawasan kolam atau bar 83 00:04:41,406 --> 00:04:42,908 supaya tetamu boleh nampak mereka. 84 00:04:43,492 --> 00:04:44,910 Awak fikir saya cantik? 85 00:04:45,661 --> 00:04:49,164 Tidak, maksud saya… 86 00:04:49,248 --> 00:04:51,124 Biar saya tunjuk kawasan sini. 87 00:04:51,208 --> 00:04:52,417 Okey. 88 00:04:52,501 --> 00:04:54,753 Ini mesin basuh 89 00:04:54,837 --> 00:04:56,505 dan ada lebih banyak mesin basuh. 90 00:04:56,588 --> 00:04:59,049 Itu saja yang ada. 91 00:04:59,132 --> 00:05:00,467 Comelnya. 92 00:05:04,388 --> 00:05:06,640 Saya mungkin terlalu berterus-terang, 93 00:05:07,349 --> 00:05:09,309 tapi awak mahu jadi pasangan saya untuk makan malam esok? 94 00:05:09,893 --> 00:05:11,937 Seronoknya. Saya mahu. 95 00:05:13,480 --> 00:05:15,566 Tapi saya belum tahu nama awak. 96 00:05:15,649 --> 00:05:19,152 Ya. Maaf. Saya Memo. 97 00:05:19,236 --> 00:05:20,904 Saya Lorena. Gembira bertemu awak. 98 00:05:21,947 --> 00:05:24,366 Apa saya patut tahu tentang bekerja di bilik dobi? 99 00:05:24,449 --> 00:05:27,703 Satu-satunya nasihat saya lebih kepada amaran. 100 00:05:27,786 --> 00:05:30,706 Bos di sini teruk. 101 00:05:30,789 --> 00:05:34,793 Bayangkan raksasa dari mimpi ngeri terburuk kanak-kanak. 102 00:05:34,877 --> 00:05:36,920 Mahu tahu nama panggilan saya berinya? 103 00:05:37,004 --> 00:05:38,380 - Mak Cik Lupe! - Bukan. 104 00:05:38,463 --> 00:05:40,841 Ia lebih teruk daripada itu, tapi sebab… 105 00:05:43,594 --> 00:05:45,429 Kenapa awak berbual dengan anak saudara saya? 106 00:05:46,763 --> 00:05:49,266 Memo ajak saya pergi ke posada bersama dia esok. 107 00:05:49,349 --> 00:05:50,350 Baik betul, bukan? 108 00:05:51,101 --> 00:05:52,144 Sangat baik. 109 00:05:53,270 --> 00:05:55,063 - Pergi selesaikan kertas kerja awak. - Okey. 110 00:05:55,147 --> 00:05:56,356 Saya akan kembali. 111 00:05:58,734 --> 00:06:01,904 Saya pun patut panggil awak Mak Cik Lupe atau… 112 00:06:03,614 --> 00:06:05,449 Sakitkan hatinya… 113 00:06:05,532 --> 00:06:07,993 - saya akan potong alat sulit awak. - Okey. 114 00:06:30,807 --> 00:06:31,892 Gabriela. 115 00:06:31,975 --> 00:06:33,519 Sebentar. 116 00:06:34,186 --> 00:06:35,395 Siapa Gabriela? 117 00:06:35,479 --> 00:06:37,189 Ia teman wanita mak semasa remaja. 118 00:06:37,272 --> 00:06:39,816 Dia gadis pertama mak cium. 119 00:06:39,900 --> 00:06:41,693 Nama dia Roberta. 120 00:06:43,445 --> 00:06:45,781 Saya panggil dia Gabriela selama ini. 121 00:06:45,864 --> 00:06:46,782 Roberta. 122 00:06:48,116 --> 00:06:49,701 Apa yang berlaku? 123 00:06:49,785 --> 00:06:51,495 Saya sudah agak awak beri pengaruh buruk. 124 00:06:52,538 --> 00:06:54,581 Kamu berdua asyik menyelinap, 125 00:06:54,665 --> 00:06:56,041 entah apa kamu berdua buat. 126 00:06:56,124 --> 00:06:57,125 Mak dengar khabar angin. 127 00:06:57,209 --> 00:06:59,670 Jiran bercakap, tapi mak tak mahu percaya. 128 00:06:59,753 --> 00:07:02,548 Sekarang mak tahu dan tak mahu lihat kamu berdua bersama lagi. 129 00:07:02,631 --> 00:07:04,550 Mak, sebentar. 130 00:07:04,633 --> 00:07:08,011 Ini salah saya. Saya sorokkan sesuatu daripada mak. 131 00:07:10,472 --> 00:07:11,890 Beberapa minggu lalu, 132 00:07:11,974 --> 00:07:13,600 saya dan Roberta mula bercinta. 133 00:07:14,810 --> 00:07:17,020 Sara tolong dia curi keluar dari rumah untuk saya. 134 00:07:18,897 --> 00:07:19,898 Maafkan saya. 135 00:07:25,487 --> 00:07:27,823 - Roberta! - Pn. Nora. 136 00:07:27,906 --> 00:07:30,701 Bagusnya. 137 00:07:30,784 --> 00:07:33,453 Dia anak kesayangan saya. 138 00:07:33,537 --> 00:07:36,748 Teman wanita anak saya berhak keluar dari pintu depan. Ya. 139 00:07:38,125 --> 00:07:39,126 Selamat tinggal, Roberta. 140 00:07:39,209 --> 00:07:40,210 Selamat tinggal. 141 00:07:40,878 --> 00:07:43,380 Anak mak bercinta dengan kawan baik adiknya. 142 00:07:44,214 --> 00:07:45,215 Apa pendapat mak? 143 00:07:45,299 --> 00:07:46,675 Kami pasangan yang comel, bukan? 144 00:07:50,596 --> 00:07:51,763 Mak berfikir… 145 00:07:53,891 --> 00:07:58,270 kenapa Roberta cuba curi keluar dari bilik Sara 146 00:07:58,353 --> 00:08:01,064 kalau bilik awak lebih dekat dengan pintu depan? 147 00:08:03,734 --> 00:08:05,027 Pintu depan. 148 00:08:05,777 --> 00:08:06,987 Dungunya saya. 149 00:08:07,070 --> 00:08:09,865 Tak sangka saya lupa tentang itu. 150 00:08:18,123 --> 00:08:19,750 Apa saya patut buat sekarang? 151 00:08:19,833 --> 00:08:22,002 Mak semakin sangsi. 152 00:08:22,085 --> 00:08:23,212 Hampir-hampir betul tadi. 153 00:08:23,295 --> 00:08:26,256 Sebab jiran penyibuk, saya tak boleh luangkan masa dengan Roberta. 154 00:08:26,340 --> 00:08:29,718 Saya takut apa mak akan buat kalau dia nampak kami bersama lagi. 155 00:08:30,219 --> 00:08:32,888 Saya harap saya boleh ubah keadaan untuk awak, Sarape. 156 00:08:33,514 --> 00:08:34,806 Tapi saya tak tahu caranya. 157 00:08:39,645 --> 00:08:41,897 Tapi saya boleh beri kamu satu petang bersama. 158 00:08:43,106 --> 00:08:46,610 Satu petang di tempat awak dan Roberta tak perlu risau tentang mak. 159 00:08:47,194 --> 00:08:48,237 Apa maksud awak? 160 00:08:49,112 --> 00:08:52,115 Kamu berdua boleh ke posada di tempat kerja saya malam esok. 161 00:08:52,199 --> 00:08:54,910 Kamu boleh berbual, menari dan berehat. 162 00:08:55,410 --> 00:08:57,079 Saya akan pura-pura Roberta pasangan saya 163 00:08:57,162 --> 00:08:59,039 dan awak pura-pura Memo pasangan awak. 164 00:08:59,122 --> 00:09:01,792 Biar betul. Itu bagus. 165 00:09:02,543 --> 00:09:05,921 - Tapi bagaimana kalau Memo ada pasangan? - Itu kelakar. 166 00:09:06,004 --> 00:09:08,674 Saya pasti tahu kalau Memo ada pasangan untuk makan malam itu. 167 00:09:10,050 --> 00:09:11,802 Ya, kelakar. 168 00:09:11,885 --> 00:09:16,056 Tapi saya ada pasangan. Lorena. Dia baru di sini. 169 00:09:16,557 --> 00:09:18,225 Serius? 170 00:09:18,308 --> 00:09:21,895 Okey, awak boleh tinggalkan adik saya sebaik saja sampai ke majlis itu. 171 00:09:21,979 --> 00:09:24,898 Saya cuma mahu awak yakinkan ibu saya yang awak akan bawa Sara. 172 00:09:26,400 --> 00:09:29,486 Sara tak kisah? Saya tak mahu buat dia sedih. 173 00:09:29,570 --> 00:09:31,530 Saya tahu dia meminati saya. 174 00:09:33,282 --> 00:09:34,616 Dia takkan apa-apa. 175 00:09:34,700 --> 00:09:36,952 Percayalah. Saya juga buat begitu dengan Roberta. 176 00:09:37,035 --> 00:09:41,373 Saya tak boleh terangkannya, tapi ini sangat penting. 177 00:09:42,624 --> 00:09:43,917 Baiklah. 178 00:09:44,001 --> 00:09:47,462 - Asalkan saya boleh tinggalkan dia. - Tinggalkan siapa? 179 00:09:48,547 --> 00:09:53,302 Tinggalkan gadis lain yang dekati saya. Sebab saya akan bersama awak, Lolo. 180 00:10:01,476 --> 00:10:02,477 Seperti awak boleh nampak 181 00:10:02,561 --> 00:10:05,606 rekaan saya sesuai untuk pantai dan di kelab. 182 00:10:05,689 --> 00:10:07,149 Serta pada harga yang berpatutan. 183 00:10:07,232 --> 00:10:09,526 Penginap awak mesti mahu menyokong produk tempatan 184 00:10:09,610 --> 00:10:13,238 tanpa berkorban kualiti dan gaya yang mereka berhak dapat. 185 00:10:13,739 --> 00:10:15,866 Awak tahu awak ingatkan saya kepada siapa? 186 00:10:16,992 --> 00:10:20,120 Ximena, wanita di meja depan yang awak selalu tertukar dengan saya? 187 00:10:20,704 --> 00:10:21,997 Ya. 188 00:10:22,080 --> 00:10:23,373 Serta saya. 189 00:10:24,458 --> 00:10:27,294 Semasa saya di usia awak, saya bercita-cita tinggi seperti awak. 190 00:10:27,878 --> 00:10:30,464 Itu bagus, bukan? 191 00:10:30,547 --> 00:10:32,841 Sayang, itu menakjubkan. 192 00:10:33,592 --> 00:10:34,718 Begini. 193 00:10:34,801 --> 00:10:39,056 Mari cuba beberapa helai gaun di kedai sebagai percubaan? 194 00:10:39,139 --> 00:10:42,434 Jika ia terjual, kita akan bincang untuk jual jenama awak. 195 00:10:44,144 --> 00:10:46,563 Ya Tuhan. Diane, terima kasih banyak. 196 00:10:46,647 --> 00:10:48,273 Berapa cepat awak boleh siapkan 12 helai? 197 00:10:48,357 --> 00:10:51,652 Saya akan bincang dengan tukang jahit saya dan tanya Chad tentang tukang jahitnya. 198 00:10:52,528 --> 00:10:54,279 Chad tiada tukang jahit. 199 00:10:56,114 --> 00:10:57,741 Chad tempah gaun ini untuk saya. 200 00:10:58,325 --> 00:11:02,371 Dari mana saja Chad dapatnya, saya pasti itu bukan idea dia. 201 00:11:07,459 --> 00:11:08,585 Berseronoklah. 202 00:11:10,087 --> 00:11:11,380 - Hei, Máximo. - Hei, Ximena. 203 00:11:11,463 --> 00:11:12,631 Saya perlu balik cepat 204 00:11:12,714 --> 00:11:14,758 dan ambil adik saya untuk makan malam, 205 00:11:14,842 --> 00:11:16,343 tapi lokar sedang dibersihkan. 206 00:11:16,426 --> 00:11:18,846 - Boleh saya tinggal beg di sini sebentar? - Ya. 207 00:11:18,929 --> 00:11:20,013 Saya akan ambil malam ini. 208 00:11:25,394 --> 00:11:26,478 Terima kasih. 209 00:11:26,562 --> 00:11:27,563 Jumpa lagi. 210 00:11:29,314 --> 00:11:32,401 Saya cintakan awak, Máximo Gallardo. 211 00:11:32,901 --> 00:11:34,736 Betul? Dia cakap begitu? 212 00:11:34,820 --> 00:11:36,321 Mungkin juga. 213 00:11:45,038 --> 00:11:47,875 Saya tak percaya saya akan jual gaun saya di kedai. 214 00:11:47,958 --> 00:11:49,585 Saya teruja untuk awak. 215 00:11:49,668 --> 00:11:51,503 Bukan senang nak kagumkan ibu saya. 216 00:11:52,004 --> 00:11:54,214 Saya tak tahu caranya. Saya tak pernah buat dia kagum. 217 00:11:56,967 --> 00:11:59,928 Selain itu, di mana awak tempah gaun ini? 218 00:12:00,012 --> 00:12:01,555 Saya perlukan bantuan untuk buat gaun ini. 219 00:12:01,638 --> 00:12:04,349 Saya tempahnya di… 220 00:12:06,059 --> 00:12:08,395 Saya dah lupa. 221 00:12:08,896 --> 00:12:11,315 Saya kena jumpa ibu saya di makan malam. 222 00:12:11,815 --> 00:12:13,859 Saya akan jumpa awak di sana. 223 00:12:14,193 --> 00:12:15,360 - Minta diri. - Okey, 224 00:12:15,444 --> 00:12:18,322 pak cik tahu orang jarang bercakap sendiri dengan kuat, 225 00:12:18,405 --> 00:12:21,033 tapi pak cik fikir pada waktu ini, 226 00:12:21,116 --> 00:12:22,409 Julia berkata pada diri sendiri… 227 00:12:23,035 --> 00:12:26,663 Gaun ini idea siapa kalau bukan idea Chad? 228 00:12:27,664 --> 00:12:30,834 Ini seperti susun suai gambar. 229 00:12:32,211 --> 00:12:34,338 Ya, itu metafora yang indah. 230 00:12:50,979 --> 00:12:52,648 Hei, bagaimana rupa saya? 231 00:12:52,731 --> 00:12:54,274 Semua kakak awak tukang jahit, 232 00:12:54,358 --> 00:12:56,235 tapi tiada siapa boleh baiki kemeja awak? 233 00:12:56,318 --> 00:12:58,987 Mereka hanya buat gaun. 234 00:12:59,571 --> 00:13:01,698 Awak akan suruh cef masakkan awak kerusi? 235 00:13:03,492 --> 00:13:05,536 Saya akan beritahu Sara berita buruk. 236 00:13:07,246 --> 00:13:08,705 Hei, boleh kita cakap sekejap? 237 00:13:08,789 --> 00:13:09,873 - Ya. - Terima kasih. 238 00:13:11,750 --> 00:13:12,751 Sara, 239 00:13:14,002 --> 00:13:17,297 saya tak suka buat awak sedih. 240 00:13:17,381 --> 00:13:19,925 Saya tahu abang awak sudah cakap, tapi… 241 00:13:20,926 --> 00:13:21,969 saya dah jumpa seseorang. 242 00:13:22,052 --> 00:13:25,097 Syif dia di bilik dobi akan berakhir 243 00:13:25,180 --> 00:13:27,140 - dan dia akan ke sini dalam sejam… - Okey. 244 00:13:33,480 --> 00:13:35,107 Adik awak sangat kuat. 245 00:13:47,536 --> 00:13:48,537 Pablo? 246 00:13:49,496 --> 00:13:50,497 Nora. 247 00:13:51,290 --> 00:13:53,125 Saya harap saya tak mengganggu. 248 00:13:53,208 --> 00:13:54,459 Tidak. 249 00:13:54,543 --> 00:13:57,921 Saya cuma bersedia untuk perjalanan esok. 250 00:13:58,547 --> 00:14:01,675 Kali terakhir saya ke Bandar Mexico ialah semasa paus melawat pada 1979. 251 00:14:01,758 --> 00:14:03,260 Sebab itu saya ke sini. 252 00:14:05,220 --> 00:14:09,558 Saya mahu berterima kasih sebab beritahu tentang cucu saya. 253 00:14:09,641 --> 00:14:11,268 Saya sangat terkejut. 254 00:14:12,102 --> 00:14:14,855 Saya ada hadiah untuk dia dan surat untuk anak saya. 255 00:14:15,606 --> 00:14:17,816 Saya tak patut minta tolong, 256 00:14:17,900 --> 00:14:18,901 tapi kalau awak ada masa 257 00:14:18,984 --> 00:14:21,862 semasa di Bandar Mexico untuk pembedahan mata awak, 258 00:14:21,945 --> 00:14:24,114 boleh hantarkan kepada mereka? 259 00:14:25,782 --> 00:14:29,828 Ia anak patung beruang dengan jaket merah. 260 00:14:31,205 --> 00:14:33,165 Víctor ada yang sama. 261 00:14:33,248 --> 00:14:34,374 Ya, saya ingat. 262 00:14:34,958 --> 00:14:36,126 Bagusnya. 263 00:14:37,127 --> 00:14:38,337 Saya akan cuba, Pablo. 264 00:14:40,881 --> 00:14:42,716 Saya juga mahu awak tahu 265 00:14:43,425 --> 00:14:46,678 saya menyesal tindakan saya selama ini. 266 00:14:48,138 --> 00:14:50,140 Saya sudah sakiti ramai orang, 267 00:14:50,641 --> 00:14:52,100 termasuk awak. 268 00:14:53,810 --> 00:14:55,771 Maafkan saya. 269 00:14:59,566 --> 00:15:00,984 Awak sebabkan masalah besar. 270 00:15:02,694 --> 00:15:05,489 Tapi saya tak fikir ia salah awak seorang, Pablo. 271 00:15:05,572 --> 00:15:08,200 Ia salah hotel itu juga. Ia mengubah orang. 272 00:15:09,034 --> 00:15:10,118 Awak pun tahu. 273 00:15:11,370 --> 00:15:14,039 Sebab itu saya takut Máximo bekerja di sana. 274 00:15:14,831 --> 00:15:15,832 Saya faham. 275 00:15:16,333 --> 00:15:18,377 Tapi ia juga ada pekerja yang bagus 276 00:15:19,169 --> 00:15:21,296 dan rajin seperti anak awak. 277 00:15:22,589 --> 00:15:24,508 Kalau awak kenal tempat itu, 278 00:15:24,591 --> 00:15:27,261 kalau awak luangkan lebih banyak masa di sana, 279 00:15:28,178 --> 00:15:29,763 awak akan nampaknya lebih jelas. 280 00:15:32,057 --> 00:15:33,934 Kalaulah boleh. 281 00:15:34,017 --> 00:15:36,103 Tapi saya rabun. 282 00:15:39,106 --> 00:15:41,358 - Hai, Xime. - Hai, Julia. 283 00:15:41,441 --> 00:15:44,486 - Awak nampak hebat. - Terima kasih. 284 00:15:45,946 --> 00:15:47,823 Okey, mana gincu saya? 285 00:16:01,295 --> 00:16:02,462 Gaun saya? 286 00:16:10,470 --> 00:16:13,682 MÁXIMO - SELAMAT DATANG KE LAS COLINAS! JULIA 287 00:16:15,893 --> 00:16:16,894 Máximo. 288 00:16:17,811 --> 00:16:20,814 Apabila Julia tahu kebenaran tentang gaun itu, 289 00:16:20,898 --> 00:16:24,234 dia mula berfikir tentang bahagian seterusnya. 290 00:16:25,277 --> 00:16:27,196 Dia patut bersama siapa? 291 00:16:27,946 --> 00:16:28,947 Chad… 292 00:16:31,992 --> 00:16:32,993 Atau pak cik? 293 00:16:49,051 --> 00:16:51,011 Saya suka gaun awak. 294 00:16:51,094 --> 00:16:52,471 Terima kasih. Saya reka sendiri. 295 00:16:52,554 --> 00:16:53,847 Awak buatnya? 296 00:16:53,931 --> 00:16:55,390 Tak. Kekasih saya tempahnya untuk saya. 297 00:16:57,100 --> 00:16:58,185 Sebenarnya, bukan. 298 00:16:58,852 --> 00:17:01,605 Saya baru sedar yang orang lain tempahnya untuk saya. 299 00:17:02,105 --> 00:17:06,276 Seorang kawan yang kadangkala rasa seperti lebih daripada kawan. 300 00:17:07,653 --> 00:17:09,780 Tapi jangan salah faham. 301 00:17:09,863 --> 00:17:11,990 Kekasih saya hebat. Walaupun dia bukan… 302 00:17:12,074 --> 00:17:15,827 bukan lelaki yang akan buat perkara begini. 303 00:17:15,911 --> 00:17:21,750 Tapi kawan saya selalu buat begini. 304 00:17:22,416 --> 00:17:25,420 Tak guna, saya sangat keliru! 305 00:17:25,503 --> 00:17:28,799 Sebab itu saya seperti wanita gila beritahu semua ini kepada orang asing. 306 00:17:29,383 --> 00:17:30,592 Jangan risau. 307 00:17:30,676 --> 00:17:33,554 Nasihat terbaik selalunya didapati dari tandas wanita. 308 00:17:33,637 --> 00:17:34,847 Betul. 309 00:17:34,930 --> 00:17:36,765 Saya faham perasaan awak. 310 00:17:36,849 --> 00:17:38,725 Saya juga keliru baru-baru ini, 311 00:17:38,809 --> 00:17:41,937 sebab saya tak tahu jika saya boleh jadi lebih daripada kawan dengan seseorang. 312 00:17:42,646 --> 00:17:43,897 Tapi saya ikut kata hati saya 313 00:17:43,981 --> 00:17:46,567 dan sekarang saya dengan pasangan terbaik saya. 314 00:17:46,650 --> 00:17:48,443 Saya gembira. 315 00:17:48,527 --> 00:17:50,362 Jadi ikut naluri awak. 316 00:17:52,573 --> 00:17:54,867 Awak terbaik. Terima kasih. 317 00:17:54,950 --> 00:17:56,201 Gabriela. 318 00:17:56,285 --> 00:17:57,244 Roberta. 319 00:17:57,995 --> 00:17:59,162 Roberta. 320 00:17:59,246 --> 00:18:00,247 - Julia. - Ya. 321 00:18:04,376 --> 00:18:05,502 Okey. 322 00:18:17,598 --> 00:18:21,560 - Máximo, boleh kita berbual? - Ya. Ada apa? 323 00:18:21,643 --> 00:18:22,644 Tak mungkin. 324 00:18:22,728 --> 00:18:24,646 Don Pablo di sini dengan ibu saya? 325 00:18:24,730 --> 00:18:26,773 Betulkah? Saya nak jumpa dia. 326 00:18:26,857 --> 00:18:27,858 Tak, awak tak faham. 327 00:18:27,941 --> 00:18:30,194 Ada masalah jika dia di sini. Masalah besar. 328 00:18:30,277 --> 00:18:32,779 Kita berbual nanti, okey? 329 00:18:34,198 --> 00:18:37,159 Pak cik tak boleh biarkan ibu pak cik nampak Sara dan Roberta. 330 00:18:37,242 --> 00:18:38,827 Mak. Apa mak buat di sini? 331 00:18:38,911 --> 00:18:40,746 Ingat waktu awak bawa mak ke sini sebelum ini? 332 00:18:40,829 --> 00:18:42,539 Mak jumpa kawan lama mak, Pablo. 333 00:18:42,623 --> 00:18:43,749 Dia jemput mak. 334 00:18:43,832 --> 00:18:44,833 Don Pablo? 335 00:18:45,459 --> 00:18:46,752 Don Pablo kawan mak? 336 00:18:46,835 --> 00:18:48,879 Kenapa tak beritahu mak kenal bos saya? 337 00:18:48,962 --> 00:18:51,089 Kalau awak beritahu mak nama bos awak Pablo… 338 00:18:51,173 --> 00:18:52,925 - Don Pablo. - …mak pasti beritahu awak. 339 00:18:53,008 --> 00:18:54,718 Tapi awak tak pernah beritahu mak apa-apa tentang kerja awak, 340 00:18:54,801 --> 00:18:57,137 awak keluar awal pagi dan balik lewat malam 341 00:18:57,221 --> 00:18:58,222 berbau arak. 342 00:18:58,305 --> 00:19:00,474 Saya dah cakap itu bau klorin. 343 00:19:03,769 --> 00:19:04,978 Apa-apa pun. 344 00:19:05,062 --> 00:19:07,272 Dia jemput mak ke makan malam ini. Itu saja. 345 00:19:08,524 --> 00:19:10,526 Biar saya ambilkan minuman. Tunggu sini. 346 00:19:14,154 --> 00:19:15,239 Beto, boleh beri minuman punch? 347 00:19:15,322 --> 00:19:16,532 Apa kita nak buat? 348 00:19:16,615 --> 00:19:18,951 Teruklah. Mak akan sedar Roberta di sini dan… 349 00:19:19,034 --> 00:19:21,495 Jangan risau. Saya janji saya takkan tinggalkan awak. 350 00:19:22,871 --> 00:19:24,039 Memo. 351 00:19:24,623 --> 00:19:27,709 Ibu saya di sini, awak perlu menyamar jadi pasangan Sara. 352 00:19:28,418 --> 00:19:29,545 Baiklah. 353 00:19:29,628 --> 00:19:33,841 Tapi sekejap saja sebab syif Lorena akan berakhir dalam 40 minit. 354 00:19:33,924 --> 00:19:36,343 Saya akan pastikan ibu saya balik sebelum itu. 355 00:19:36,426 --> 00:19:37,427 Jalan berpegangan tangan. 356 00:19:38,846 --> 00:19:40,347 Terima kasih. 357 00:19:42,266 --> 00:19:44,893 Sebenarnya saya risaukan godaan di tempat ini. 358 00:19:44,977 --> 00:19:46,103 Ini minuman mak. 359 00:19:46,728 --> 00:19:47,729 Terima kasih. 360 00:19:47,813 --> 00:19:50,858 Kamu berdua berbual. 361 00:19:50,941 --> 00:19:52,067 Itu hebat dan aneh. 362 00:19:52,150 --> 00:19:54,444 Ya, kami baru berkenalan. 363 00:19:54,528 --> 00:19:56,238 Dia baik. 364 00:19:56,989 --> 00:19:58,657 Mak baru tanya Julia, 365 00:19:58,740 --> 00:20:02,870 awak rasa ada orang yang baik dan rajin di hotel ini? 366 00:20:03,871 --> 00:20:04,955 Rasanya ada. 367 00:20:07,457 --> 00:20:10,169 - Roberta. - Hai, Nora. 368 00:20:10,252 --> 00:20:12,087 Roberta. Ini Julia. 369 00:20:12,171 --> 00:20:14,548 Helo. Kami baru berjumpa tadi. 370 00:20:14,631 --> 00:20:18,010 Roberta kekasih Máximo. Mereka comel, bukan? 371 00:20:22,055 --> 00:20:23,807 Bagaimana jika kita semua duduk bersama untuk makan malam? 372 00:20:25,976 --> 00:20:27,936 Ya. Ayuh, sayang. Mari. 373 00:20:28,020 --> 00:20:29,271 - Ya, silakan. - Ayuh. 374 00:20:30,105 --> 00:20:31,106 Silakan. 375 00:20:32,608 --> 00:20:36,904 Apa saya patut buat? Saya dalam janji temu palsu depan wanita saya suka. 376 00:20:36,987 --> 00:20:37,988 Ini teruk. 377 00:20:38,071 --> 00:20:39,823 Tak, ini bagus. 378 00:20:39,907 --> 00:20:44,828 Saya perasan kakak saya selalu menolak lelaki yang ajak mereka berjanji temu. 379 00:20:45,329 --> 00:20:47,497 Tapi sebaik saja lelaki itu ada kekasih? 380 00:20:47,581 --> 00:20:48,832 Mereka tiba-tiba sedar 381 00:20:48,916 --> 00:20:51,084 yang mereka cintai lelaki itu selama ini. 382 00:20:51,793 --> 00:20:54,838 Tunjukkan Julia apa yang dia terlepas dan awak akan nampak kesannya. 383 00:20:57,716 --> 00:20:59,426 Awak memang banyak tahu tentang wanita. 384 00:20:59,927 --> 00:21:02,262 Keyakinan itu penting. 385 00:21:03,597 --> 00:21:06,391 Lorena! Apa awak buat di sini? 386 00:21:06,475 --> 00:21:08,227 Saya dan Mak Cik Lupe habis awal. 387 00:21:08,310 --> 00:21:09,520 Kenapa dengan kemeja awak? 388 00:21:10,103 --> 00:21:12,648 Ini posada, bukan pertunjukan aneka ragam. 389 00:21:13,815 --> 00:21:14,858 Máximo. Memo. 390 00:21:14,942 --> 00:21:16,944 Kenapa tak ajak kawan-kawan kamu duduk dengan kita? 391 00:21:17,027 --> 00:21:18,987 Pergilah. Kami akan ke sana nanti. 392 00:21:19,071 --> 00:21:20,197 Kami akan pergi sekarang. Ya. 393 00:21:21,073 --> 00:21:23,283 Teruklah, Máximo, apa saya patut buat? 394 00:21:23,367 --> 00:21:26,203 Saya dalam janji temu palsu depan wanita saya suka. 395 00:21:26,286 --> 00:21:28,163 - Tapi tadi awak cakap… - Hei, jangan. 396 00:21:28,247 --> 00:21:30,332 Jangan berani guna ayat saya pada saya. 397 00:21:32,417 --> 00:21:34,211 Kenapa mak tak boleh baca jenaka ini? Mak rasa ia kelakar. 398 00:21:34,294 --> 00:21:35,462 Entahlah, ia agak… 399 00:21:36,380 --> 00:21:37,381 - Provokatif? - …menjelikkan. 400 00:21:37,965 --> 00:21:40,884 Ia pasti dikagumi dalam Carson. Kamu dapatkan muzik lembaran lagu mak? 401 00:21:40,968 --> 00:21:41,969 Tak guna. 402 00:21:43,303 --> 00:21:45,556 Teruk. Bagaimana kumpulan mariachi mahu tahu apa perlu dimainkan? 403 00:21:45,639 --> 00:21:47,933 - Tak guna! - Awak lupa kumpulan mariachi? 404 00:21:48,016 --> 00:21:50,978 - Maaf. Saya agak… - Terganggu. Seperti biasa. 405 00:21:51,061 --> 00:21:52,813 Jumpa mak di pejabat mak. 406 00:21:59,987 --> 00:22:03,448 Ibu pak cik berada di situ buat semuanya jadi lebih rumit. 407 00:22:04,825 --> 00:22:09,371 Semasa pak cik fikirkan cara beritahu Julia yang Roberta bukan kekasih pak cik, 408 00:22:10,038 --> 00:22:13,834 Memo fikirkan cara untuk berada di dua janji temu sekali gus. 409 00:22:14,877 --> 00:22:19,339 Lihatlah betapa gemuruhnya Memo. Mereka pasangan yang comel, bukan? 410 00:22:21,425 --> 00:22:22,593 Mereka comel. 411 00:22:24,261 --> 00:22:26,889 Memo, sayang, dekat lagi supaya saya boleh ambil gambar. 412 00:22:33,770 --> 00:22:36,190 Layan dia dengan baik, okey? 413 00:22:49,661 --> 00:22:51,663 Sudah berapa lama kamu bercinta? 414 00:22:51,747 --> 00:22:54,166 - Berapa lama? Beberapa minggu? - Entahlah. 415 00:22:54,249 --> 00:22:55,250 Bagus. 416 00:23:00,130 --> 00:23:03,217 Kadangkala kita boleh berkawan sangat lama dan tiba-tiba, 417 00:23:03,717 --> 00:23:07,804 - ia menjadi jelas. - Ya. 418 00:23:07,888 --> 00:23:10,766 Kami menonton filem dan bercium buat pertama kali pada malam itu, 419 00:23:12,434 --> 00:23:14,186 itu masa terbaik dalam kehidupan saya. 420 00:23:15,437 --> 00:23:16,980 Saya pandai bercium. 421 00:23:19,191 --> 00:23:20,317 Saya juga. 422 00:23:26,198 --> 00:23:29,368 Okey. Saya jumpa satu mariachi. Atau satu "mariacho"? 423 00:23:29,451 --> 00:23:32,079 Setahun lagi hampir berakhir dan mak masih tak faham, Chad. 424 00:23:32,579 --> 00:23:33,664 Awak bekerja sambil lewa. 425 00:23:33,747 --> 00:23:36,041 Awak luangkan masa terluang dengan kekasih awak. 426 00:23:36,542 --> 00:23:37,543 Apa awak mahu dalam kehidupan? 427 00:23:37,626 --> 00:23:40,045 Mak ibu awak, tapi mak langsung tak tahu. 428 00:23:40,128 --> 00:23:43,131 Saya pun tak tahu. Saya masih fikirkannya. 429 00:23:43,715 --> 00:23:47,219 Bukan senang memuaskan hati Diane Davies. 430 00:23:49,221 --> 00:23:51,557 Betul. Mak pasti itu tak mudah. 431 00:23:53,642 --> 00:23:55,310 Apa lagi yang tak mudah? 432 00:23:57,062 --> 00:24:00,357 Dipanggil pelakon tak berjaya semasa lebih muda daripada kamu sekarang. 433 00:24:01,149 --> 00:24:04,987 Membesarkan anak sendirian semasa tabloid mengejek mak 434 00:24:05,070 --> 00:24:07,614 sebab berdiam tentang siapa ayah awak 435 00:24:07,698 --> 00:24:09,992 sebab mak tahu itu yang terbaik untuk awak. 436 00:24:12,119 --> 00:24:15,080 Mak bermula dari bawah dan berusaha untuk sampai ke tahap ini. 437 00:24:16,456 --> 00:24:20,252 Awak bermula dari atas, tapi awak tak ke mana-mana. 438 00:24:21,837 --> 00:24:25,215 Jadi mak tanya sekali lagi. Apa awak mahu dalam kehidupan awak? 439 00:24:28,552 --> 00:24:30,971 Rasanya saya mahu mak bangga dengan saya. 440 00:24:34,224 --> 00:24:36,018 Kita perlu menyanyi karol Krismas. 441 00:24:41,440 --> 00:24:44,860 Saya minta diri. Gembira bertemu kamu semua. 442 00:24:44,943 --> 00:24:46,528 Gembira bertemu awak, Julia. 443 00:24:46,612 --> 00:24:48,822 Seronok dapat tahu ada orang yang baik bekerja di hotel ini. 444 00:24:48,906 --> 00:24:49,907 Awak betul, Pablo. 445 00:24:49,990 --> 00:24:51,450 Don Pablo. 446 00:24:51,533 --> 00:24:52,618 Saya suka gaun awak. 447 00:24:53,202 --> 00:24:54,286 Terima kasih. 448 00:24:54,912 --> 00:24:56,538 Seseorang yang sangat istimewa tempahnya untuk saya. 449 00:24:58,916 --> 00:25:01,418 - Jumpa lagi. Berseronoklah. - Gadis yang baik. 450 00:25:02,419 --> 00:25:04,671 - Saya yang tempah gaun itu untuk dia. - Apa? 451 00:25:04,755 --> 00:25:06,173 Tak ramai yang tahu. 452 00:25:06,256 --> 00:25:07,925 Julia tahu awak yang tempah? 453 00:25:08,008 --> 00:25:10,219 Sudah tentu tidak, tapi mungkin satu hari nanti dia tahu. 454 00:25:10,302 --> 00:25:12,054 Dia tahu. Dia beritahu saya tadi. 455 00:25:12,846 --> 00:25:13,847 Julia tahu awak yang tempah. 456 00:25:13,931 --> 00:25:15,516 - Dia suka awak. - Apa? 457 00:25:18,727 --> 00:25:21,021 - Pergi bercakap dengan dia. - Tak. Saya tak boleh tinggalkan kamu. 458 00:25:21,104 --> 00:25:22,105 Jika ada masalah berlaku… 459 00:25:22,189 --> 00:25:24,608 Sila duduk, semua. 460 00:25:24,691 --> 00:25:26,693 - Pergi. - Tidak. Saya takkan tinggalkan awak. 461 00:25:28,487 --> 00:25:30,572 Kamu berdua sangat sepadan. 462 00:25:30,656 --> 00:25:34,826 Selamat datang ke posada kita! 463 00:25:38,539 --> 00:25:40,624 Ya, mungkin ia agak menjelikkan. 464 00:25:42,334 --> 00:25:45,254 Terima kasih, semua, untuk setahun lagi yang hebat. 465 00:25:45,337 --> 00:25:48,590 Terima kasih yang istimewa untuk anak saya, Chad. 466 00:25:49,424 --> 00:25:53,762 Chad, sayang. Boleh naik ke sini dan menyanyi dengan mak tahun ini? 467 00:26:08,652 --> 00:26:10,070 Saya minta diri sebentar. 468 00:26:12,531 --> 00:26:14,116 Semua orang tak gembira. 469 00:26:14,616 --> 00:26:16,785 Kami semua terperangkap di meja itu. 470 00:26:16,869 --> 00:26:20,122 Kami tak dapat bersama orang yang kami mahu. 471 00:26:21,540 --> 00:26:22,541 Kemudian… 472 00:26:23,750 --> 00:26:25,169 apa berlaku seterusnya 473 00:26:26,670 --> 00:26:28,964 ialah sesuatu yang mengejutkan semua orang. 474 00:26:31,925 --> 00:26:33,468 Apa Lupe buat? 475 00:26:33,552 --> 00:26:34,553 Dia pergi mana? 476 00:27:17,888 --> 00:27:19,223 Awak boleh nampak? 477 00:27:19,306 --> 00:27:21,350 Tak boleh. Dia menyanyi sangat merdu. 478 00:27:54,883 --> 00:27:57,719 Kami takkan apa-apa. Terima kasih. 479 00:28:36,758 --> 00:28:37,926 Máximo. 480 00:28:39,428 --> 00:28:40,679 Bagaimana awak tahu saya di sini? 481 00:28:41,180 --> 00:28:43,056 Sebab kita ada hubungan. 482 00:28:44,516 --> 00:28:46,977 Saya dah cari awak di tujuh tempat lain. 483 00:28:48,687 --> 00:28:51,481 - Hei, tentang Roberta… - Biar saya… 484 00:28:51,982 --> 00:28:54,401 Saya berbual dengan dia tadi. Dia baik. Saya sangat gembira untuk awak. 485 00:28:55,068 --> 00:28:56,278 Dia kekasih orang lain. 486 00:28:56,987 --> 00:28:58,155 Saya cuma tolong dia. 487 00:28:58,697 --> 00:29:00,824 Saya hanya mahu bersama awak saja. 488 00:29:15,923 --> 00:29:17,257 Kenapa? 489 00:29:17,966 --> 00:29:20,594 Awak betul. Awak pandai bercium. 490 00:30:53,729 --> 00:30:55,731 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman