1 00:00:20,854 --> 00:00:23,232 HARI INI 2 00:00:25,984 --> 00:00:27,069 Tuan. 3 00:00:31,365 --> 00:00:32,658 Ada apa, Rolf? 4 00:00:32,741 --> 00:00:34,826 Anak saudara tuan sudah sampai. 5 00:00:38,121 --> 00:00:39,998 Boleh masukkan ini ke dalam kotak? 6 00:00:43,252 --> 00:00:44,962 Pak Cik Máximo! 7 00:00:45,045 --> 00:00:47,714 Hugo! Selamat kembali ke Malibu. 8 00:00:47,798 --> 00:00:49,591 Selamat hari jadi. 9 00:00:50,425 --> 00:00:52,511 Dah berminggu saya tunggu untuk ke sini. 10 00:00:52,594 --> 00:00:55,514 Jadi apa kejutan hebat pak cik rancang untuk saya tahun ini? 11 00:00:56,014 --> 00:00:58,100 Kita akan naik jet peribadi pak cik ke tempat hebat? 12 00:00:58,183 --> 00:00:59,518 Boleh saya beli kasut sniker di Shanghai? 13 00:00:59,601 --> 00:01:03,313 Kita akan melalui satu perjalanan. 14 00:01:04,690 --> 00:01:07,734 Sebab awak dah berusia 14 tahun dan dalam perjalanan menjadi dewasa, 15 00:01:08,235 --> 00:01:11,613 pak cik mahu ceritakan kisah pak cik kepada awak. 16 00:01:11,697 --> 00:01:14,283 Harta pak cik bernilai beratus juta dolar, 17 00:01:14,366 --> 00:01:16,702 tapi pak cik mahu beri saya kisah sebagai hadiah? 18 00:01:17,828 --> 00:01:19,580 Percayalah, Hugo… 19 00:01:19,663 --> 00:01:21,123 kisah yang pak cik mahu ceritakan 20 00:01:21,206 --> 00:01:24,042 lebih bernilai daripada semua duit. 21 00:01:25,210 --> 00:01:28,005 Tapi saya sudah tahu kisah pak cik dari miskin menjadi kaya. 22 00:01:28,088 --> 00:01:30,465 Pak cik membesar di kawasan miskin di Mexico, 23 00:01:30,549 --> 00:01:34,178 pelbagai kisah lagi dan sekarang pak cik pemilik 50 syarikat. 24 00:01:34,261 --> 00:01:36,346 Ya, pak cik ada banyak rumah, 25 00:01:36,847 --> 00:01:39,558 banyak kereta, butler berkulit putih. 26 00:01:39,641 --> 00:01:43,020 Seratus peratus kulit putih. Pak cik suruh dia periksa DNA. 27 00:01:43,645 --> 00:01:46,565 Tapi penting untuk awak tahu cara pak cik mencapai kejayaan. 28 00:01:47,149 --> 00:01:49,318 Awak langsung tak tahu sejarah keluarga kita. 29 00:01:50,360 --> 00:01:51,945 Awak langsung tak boleh berbahasa Sepanyol tanpa 30 00:01:52,029 --> 00:01:53,780 loghat seperti pelajar yang bercuti di Cancún. 31 00:01:53,864 --> 00:01:56,325 Bahasa Sepanyol saya sangat bagus. 32 00:01:56,408 --> 00:01:57,618 Berhenti. 33 00:01:58,869 --> 00:02:00,662 Semua sedih dengar awak kata begitu. 34 00:02:01,580 --> 00:02:04,499 Kisah ini tentang pak cik, tapi ia juga… 35 00:02:05,792 --> 00:02:08,294 Ia juga tentang tempat yang mengubah segalanya. 36 00:02:08,377 --> 00:02:10,547 Kenapa ini lebih bagus daripada Shanghai? 37 00:02:11,423 --> 00:02:13,300 Sikap yang salah. 38 00:02:14,510 --> 00:02:16,845 Mungkin ini akan membantu. 39 00:02:24,144 --> 00:02:27,898 Pak Cik Máximo, bagaimana kisah ini bermula? 40 00:02:27,981 --> 00:02:29,983 Soalan yang bagus, Hugo. 41 00:02:31,610 --> 00:02:34,905 Semuanya bermula di Acapulco. 42 00:02:37,950 --> 00:02:39,284 Semasa pak cik membesar, 43 00:02:39,368 --> 00:02:44,289 Acapulco destinasi untuk orang yang sangat kaya dan sangat terkenal. 44 00:02:44,790 --> 00:02:47,793 Elvis Presley, Liz Taylor, Cary Grant… 45 00:02:47,876 --> 00:02:49,503 Saya tak pernah dengar nama mereka. 46 00:02:49,586 --> 00:02:51,046 Diam. Pak cik sedang bercerita. 47 00:02:51,630 --> 00:02:55,133 Tempat yang menjadi tumpuan utama ialah Las Colinas. 48 00:02:56,385 --> 00:02:58,554 Resort yang paling glamor. 49 00:02:59,304 --> 00:03:03,141 Bagi pelancong, Las Colinas dan Acapulco ialah percutian indah. 50 00:03:03,225 --> 00:03:06,270 Tapi berbeza bagi orang tempatan. 51 00:03:06,353 --> 00:03:07,479 Pada usia lapan tahun, 52 00:03:07,563 --> 00:03:10,566 pak cik buat yang termampu untuk bantu keluarga kita. 53 00:03:11,066 --> 00:03:13,861 Tapi satu-satunya cara untuk ada kehidupan lebih baik 54 00:03:15,028 --> 00:03:17,698 ialah bekerja di Las Colinas. 55 00:03:19,241 --> 00:03:21,118 Sama seperti Don Pablo. 56 00:03:26,498 --> 00:03:29,209 Dulu Don Pablo Bonilla budak jalanan 57 00:03:29,293 --> 00:03:32,713 yang menggunakan karisma untuk dapatkan kerja di Las Colinas. 58 00:03:32,796 --> 00:03:34,840 Tapi bagi pak cik, dia seorang legenda. 59 00:03:35,424 --> 00:03:38,552 Pak cik masih ingat hari dia kembali ke kejiranan lamanya. 60 00:03:39,595 --> 00:03:42,389 Don Pablo! Saya mahu jadi seperti awak apabila besar. 61 00:03:43,473 --> 00:03:45,559 Hati-hati dengan permintaan awak. 62 00:03:45,642 --> 00:03:47,811 Ambillah, ini untuk awak. 63 00:03:52,691 --> 00:03:54,776 Jauhi dia. 64 00:03:54,860 --> 00:03:58,113 Mak sudah kata semua yang dia ada datang dari sarang kejahatan! 65 00:03:59,573 --> 00:04:03,160 Malam itu, pak cik naik ke bumbung bangunan kami 66 00:04:03,243 --> 00:04:07,789 dan beritahu adik yang pak cik akan bekerja di Las Colinas satu hari nanti, 67 00:04:08,582 --> 00:04:10,709 dan semua akan berubah. 68 00:04:11,960 --> 00:04:15,214 Pak cik yakin ia akan berubah. 69 00:04:19,510 --> 00:04:24,515 Masanya dah tiba, ayah. Hari pertama kerja sebenar saya. 70 00:04:25,516 --> 00:04:27,476 Ayah ada nasihat untuk saya? 71 00:04:30,020 --> 00:04:32,397 Okey, mungkin lain kali. 72 00:04:33,232 --> 00:04:36,151 Ayah akan perhatikan saya hari ini, bukan? 73 00:04:36,777 --> 00:04:38,278 Saya tak mahu peluang ini gagal. 74 00:04:38,779 --> 00:04:40,614 Bukan hanya untuk saya, tapi untuk keluarga kita. 75 00:04:43,158 --> 00:04:44,409 Abuelita awak bekerja 76 00:04:44,493 --> 00:04:46,870 membersihkan tiga rumah untuk menjaga kami. 77 00:04:47,371 --> 00:04:49,414 Tapi penglihatannya semakin kabur, 78 00:04:49,998 --> 00:04:52,376 kami tak tahu berapa lama lagi dia boleh bekerja. 79 00:04:52,459 --> 00:04:55,921 Walaupun ayah tiada untuk katanya, kami berdua sangat bangga dengan awak. 80 00:04:57,422 --> 00:05:01,468 Semua rakan sekerja di stesen bas akan sukakan awak. 81 00:05:06,139 --> 00:05:07,516 Máximo. 82 00:05:07,599 --> 00:05:09,351 Saya sayang abang! 83 00:05:09,434 --> 00:05:11,854 Saya akan sediakan makan malam untuk awak apabila awak pulang. 84 00:05:12,604 --> 00:05:15,858 Sebentar. Itu mak saya? 85 00:05:15,941 --> 00:05:18,193 Tak mungkin mak pernah bersikap begitu. 86 00:05:19,194 --> 00:05:20,487 Okey, awak betul. 87 00:05:21,154 --> 00:05:22,948 Gayanya lebih kepada… 88 00:05:23,031 --> 00:05:24,116 Máximo. 89 00:05:24,950 --> 00:05:26,410 Semoga berjaya di tempat kerja. 90 00:05:26,493 --> 00:05:29,121 Berseronoklah menjadi orang tak penting dalam kapitalisme! 91 00:05:33,876 --> 00:05:34,877 Máximo! 92 00:05:36,003 --> 00:05:37,087 Cuba teka. 93 00:05:37,171 --> 00:05:39,923 Masa yang kita tunggu seumur hidup kita dah pun tiba! 94 00:05:40,007 --> 00:05:41,633 Awak sudah hilang teruna? 95 00:05:41,717 --> 00:05:43,010 Itu berita hebat! 96 00:05:43,093 --> 00:05:44,386 Awak bersama siapa? Sepupu ketiga awak? 97 00:05:44,469 --> 00:05:46,722 Jangan kata sepupu kedua. Pelik kalau sepupu yang lebih dekat. 98 00:05:46,805 --> 00:05:49,975 Bukan. Saya tak hilang teruna. Berita ini lebih bagus! 99 00:05:50,058 --> 00:05:51,185 Mungkin sama bagus. 100 00:05:51,268 --> 00:05:53,187 Jiran saya, Tito, ada kawan, Jorge, 101 00:05:53,270 --> 00:05:54,813 yang abangnya, Miguel, 102 00:05:54,897 --> 00:05:56,815 Miguel beritahu yang kawannya, Francisco, beritahu dia 103 00:05:56,899 --> 00:05:58,734 Resort Las Colinas ada keluarkan pengumuman 104 00:05:58,817 --> 00:06:00,527 yang mereka mengambil pekerja baru! 105 00:06:00,611 --> 00:06:03,155 Saya dapatkan temu duga di sana untuk kita pagi ini! 106 00:06:04,364 --> 00:06:05,741 Itu hebat! 107 00:06:07,951 --> 00:06:08,994 Tapi saya tak boleh. 108 00:06:10,162 --> 00:06:12,581 Hari ini hari pertama saya bekerja di stesen bas. 109 00:06:13,165 --> 00:06:15,459 Tapi ini cita-cita terbesar kita! 110 00:06:16,335 --> 00:06:17,961 Bayangkan ibu awak, 111 00:06:18,670 --> 00:06:20,631 matanya sembuh sepenuhnya. 112 00:06:21,590 --> 00:06:23,759 Dia dalam rumah agam besar di tepi laut 113 00:06:24,343 --> 00:06:28,472 bukan untuk membersihkan rumah itu, tapi sebab awak belikan ia untuknya! 114 00:06:44,905 --> 00:06:45,989 Hei! 115 00:06:46,573 --> 00:06:48,367 Pintu pekerja di belakang. 116 00:06:48,450 --> 00:06:49,535 Pergi ke sana! 117 00:06:50,118 --> 00:06:51,620 Saya benci hari temu duga. 118 00:06:56,500 --> 00:06:58,043 Saya tak tahu apa nak tulis. 119 00:07:00,462 --> 00:07:01,672 Apa maksud awak, 120 00:07:01,755 --> 00:07:05,217 awak ialah "Presiden Pengiklanan bagi syarikat hiburan tengah malam"? 121 00:07:05,300 --> 00:07:06,343 Sudah tentulah! 122 00:07:06,426 --> 00:07:11,139 Apa jawatan bagi edarkan iklan untuk kelab tarian bogel terkenal di bandar ini? 123 00:07:12,349 --> 00:07:13,433 Awak menipu, Memo. 124 00:07:13,517 --> 00:07:16,520 Tak, ia dipanggil membungai. 125 00:07:16,603 --> 00:07:18,105 Kita perlu menyerlah. 126 00:07:18,188 --> 00:07:19,773 Máximo Gallardo? 127 00:07:19,857 --> 00:07:22,359 Pergi jumpa Cik Garcia. Pejabat terakhir di sebelah kiri. 128 00:07:27,114 --> 00:07:29,074 Semasa pak cik berjalan di sebelah pemohon lain, 129 00:07:29,741 --> 00:07:32,536 pak cik terfikir cara untuk jadi lebih menyerlah. 130 00:07:35,455 --> 00:07:38,667 Kemudian pak cik nampak namanya di pintu. 131 00:07:39,251 --> 00:07:41,670 Pak cik sedar pak cik takkan rugi apa-apa. 132 00:07:41,753 --> 00:07:43,046 Maaf, Don Pablo? 133 00:07:44,464 --> 00:07:45,966 Kita berbahasa Inggeris di sini. 134 00:07:46,758 --> 00:07:48,135 Nama saya Máximo. 135 00:07:48,218 --> 00:07:50,095 Saya ada temu duga di resort ini. 136 00:07:50,721 --> 00:07:52,556 Temu duga di sebelah sana. 137 00:07:53,515 --> 00:07:54,558 Saya tahu. 138 00:07:54,641 --> 00:07:58,312 Saya membesar di Jalan Arenal sama seperti awak. 139 00:07:58,395 --> 00:07:59,563 Saya masih tinggal di sana. 140 00:08:03,358 --> 00:08:04,860 - Tapi sebab saya di sini hari ini… - Tolong. 141 00:08:04,943 --> 00:08:06,403 Tutup pintu semasa keluar. 142 00:08:20,000 --> 00:08:21,710 Awak pernah beri ini kepada saya, 143 00:08:22,252 --> 00:08:25,130 saya bawanya dalam poket saya sejak itu, 144 00:08:26,089 --> 00:08:29,176 berharap dapat berjumpa awak semula suatu hari nanti. 145 00:08:34,515 --> 00:08:36,140 Sekarang saya dah jumpa, 146 00:08:36,225 --> 00:08:40,102 saya akan keluar. 147 00:08:42,523 --> 00:08:44,232 Siapa nama awak tadi? 148 00:08:45,609 --> 00:08:47,528 Máximo Gallardo Ramos, tuan. 149 00:08:48,278 --> 00:08:49,947 Beri saya borang permohonan awak. 150 00:08:55,994 --> 00:08:57,996 Kami ada lebih daripada seratus pemohon. 151 00:08:58,080 --> 00:09:01,834 Semuanya berbahasa Inggeris dan ada lebih banyak pengalaman. 152 00:09:03,961 --> 00:09:06,088 Kenapa saya perlu upah awak berbanding mereka? 153 00:09:09,508 --> 00:09:12,928 Sebab mereka datang ke sini untuk kerja. 154 00:09:13,804 --> 00:09:16,890 Saya ke sini sebab saya suka tempat ini, sama seperti awak. 155 00:09:18,976 --> 00:09:20,561 Awak bekerja di Las Colinas sejak 156 00:09:20,644 --> 00:09:23,856 ia dibuka pada 12 Mac 1949. 157 00:09:24,356 --> 00:09:25,566 Awak pernah bersama empat pemilik, 158 00:09:25,649 --> 00:09:28,110 tiga ribut taufan, dua pengubahsuaian, 159 00:09:28,610 --> 00:09:31,029 penarikan balik sengkuang besar-besaran 1972, 160 00:09:31,989 --> 00:09:33,949 dan satu serangan teruk pepijat. 161 00:09:35,742 --> 00:09:39,037 Dengarnya, awak hanya pernah ponteng kerja sehari saja. 162 00:09:40,122 --> 00:09:41,665 Susah sanggatkah 163 00:09:41,748 --> 00:09:43,542 untuk adakan pengebumian datuk pada hari Sabtu? 164 00:09:46,086 --> 00:09:49,256 Saya sudah bercita-cita untuk kerja di Las Colinas sejak berusia lapan tahun. 165 00:09:50,507 --> 00:09:52,092 Sekarang saya di sini. 166 00:09:52,885 --> 00:09:56,597 Saya hanya kekurangan peluang. 167 00:09:57,806 --> 00:10:00,684 Kalau awak beri saya peluang, saya berjanji, 168 00:10:01,602 --> 00:10:03,645 awak takkan menyesalinya. 169 00:10:08,150 --> 00:10:09,443 Mak sudah balik. 170 00:10:09,943 --> 00:10:11,361 Hai, mama. 171 00:10:11,945 --> 00:10:12,988 "Mama"? 172 00:10:13,655 --> 00:10:15,449 Awak juga membasuh pinggan? 173 00:10:16,575 --> 00:10:20,871 Máximo Gallardo Ramos, apa awak dah buat? 174 00:10:20,954 --> 00:10:24,875 Ya, Máximo, beritahu mak apa awak buat. 175 00:10:27,878 --> 00:10:29,630 Saya tak pergi kerja sebab dapat kerja lebih bagus… 176 00:10:33,926 --> 00:10:35,260 di Resort Las Colinas. 177 00:10:37,387 --> 00:10:40,641 Mak dah kata jangan sesekali dekati pusat nafsu dan dosa itu! 178 00:10:40,724 --> 00:10:43,644 Ia mengeksploitasikan pekerjanya dan budaya kita. 179 00:10:46,188 --> 00:10:49,983 Ia juga penuh dengan nafsu dan dosa. 180 00:10:52,152 --> 00:10:53,237 Apa ayah awak akan kata? 181 00:10:54,404 --> 00:10:55,989 Mungkin dia akan gembira. 182 00:10:56,823 --> 00:10:59,493 Ayah bekerja keras sebagai pemandu bas, apa yang dia dapat? 183 00:10:59,576 --> 00:11:01,662 Akhirnya dia tertidur semasa memandu dan meninggal dunia! 184 00:11:02,496 --> 00:11:06,166 Sekurang-kurangnya kerja ini beri peluang untuk saya beri kita kehidupan lebih baik. 185 00:11:06,792 --> 00:11:09,628 Akhirnya kita boleh periksa mata mak. 186 00:11:09,711 --> 00:11:10,963 Mata mak tak apa-apa. 187 00:11:12,840 --> 00:11:16,093 Minggu lepas, saya nampak mak berdoa pada salah satu patung aksi tinju saya. 188 00:11:16,927 --> 00:11:18,428 Sebab mak mahu dia menang. 189 00:11:20,806 --> 00:11:21,807 Mak… 190 00:11:23,517 --> 00:11:25,936 mak besarkan saya menjadi orang yang baik. 191 00:11:26,770 --> 00:11:29,022 Saya janji tiada apa-apa akan mengubah saya. 192 00:11:34,945 --> 00:11:37,739 Janji dengan mak awak takkan biarkan tempat itu mengubah awak. 193 00:11:40,534 --> 00:11:43,579 Awak juga akan pakai loket ayah awak supaya dia boleh lindungi awak. 194 00:11:49,751 --> 00:11:53,297 Membosankan! Saya sangka ini akan jadi lebih mengujakan. 195 00:12:01,722 --> 00:12:03,891 Saya tak percaya saya duduk di sini. 196 00:12:03,974 --> 00:12:06,018 Saya tak percaya saya duduk di mana-mana. 197 00:12:06,101 --> 00:12:07,978 Keluarga saya hanya ada satu kerusi. 198 00:12:10,522 --> 00:12:12,900 Helo, kesayangan saya. 199 00:12:12,983 --> 00:12:14,860 Selamat datang ke Resort Las Colinas 200 00:12:14,943 --> 00:12:18,864 yang terkenal dan mengejutkan. 201 00:12:19,531 --> 00:12:21,617 Saya, Diane Davies. 202 00:12:21,700 --> 00:12:23,493 Kamu mungkin ingat saya daripada… 203 00:12:23,577 --> 00:12:24,661 Saya cintakan awak. 204 00:12:25,913 --> 00:12:29,208 Watak terkenal saya dalam drama siang TV, 205 00:12:29,791 --> 00:12:32,503 video senaman saya yang merintis… 206 00:12:32,586 --> 00:12:35,672 Putarkan… 207 00:12:35,756 --> 00:12:37,883 Jenama susu kocak pengganti hidangan saya. 208 00:12:37,966 --> 00:12:39,760 Saya sudah rasa semakin kurus. 209 00:12:40,093 --> 00:12:42,930 Serta autobiografi terlaris saya. 210 00:12:43,013 --> 00:12:45,057 Saya beli tempat yang hebat ini 211 00:12:45,140 --> 00:12:49,144 sambil berfikir dua perkataan, "kecemerlangan penuh." 212 00:12:49,228 --> 00:12:50,687 Kamu sudah sampai sejauh ini 213 00:12:50,771 --> 00:12:56,068 sebab jabatan personel saya nampak potensi kamu. 214 00:12:57,486 --> 00:12:58,654 Kamu boleh bertepuk tangan sekarang. 215 00:13:01,698 --> 00:13:04,284 Pelancong antarabangsa yang paling kaya dan menarik 216 00:13:04,368 --> 00:13:08,956 datang ke sini untuk bermain. 217 00:13:12,668 --> 00:13:14,086 Disk laser tak guna. 218 00:13:14,169 --> 00:13:16,338 Helo, semua. Nama saya Chad. 219 00:13:16,421 --> 00:13:18,090 Sebagai Pengurus Besar, 220 00:13:18,173 --> 00:13:21,468 tugas saya melindungi penjenamaan Las Colinas. 221 00:13:21,969 --> 00:13:23,971 Kamu mungkin tertanya, "Apa penjenamaan itu?" 222 00:13:24,471 --> 00:13:26,890 Saya akan tunjukkan. 223 00:13:26,974 --> 00:13:28,934 Vámonos. Ayuh. 224 00:13:29,518 --> 00:13:33,230 Perkara pertama yang kita banggakan di sini ialah budi bicara, faham? 225 00:13:33,313 --> 00:13:35,274 Orang datang ke sini untuk berehat dari kehidupan mereka, 226 00:13:35,357 --> 00:13:37,401 bukan mahu kehidupan mereka berada dalam Enquirer. 227 00:13:37,901 --> 00:13:40,112 Saya boleh beritahu kamu sebab ada kesan darah 228 00:13:40,195 --> 00:13:42,948 di sana yang boleh memasukkan beberapa orang 229 00:13:43,031 --> 00:13:44,908 ke la prisión, tapi saya takkan beritahu. 230 00:13:44,992 --> 00:13:47,744 Kamu tahu kenapa? Budi bicara. 231 00:13:48,161 --> 00:13:49,580 Bagus. Mari teruskan. 232 00:13:50,330 --> 00:13:52,332 Ini lobi. 233 00:13:52,416 --> 00:13:56,253 Menarik, bukan? Kamu tahu maksud "menarik?" 234 00:13:57,462 --> 00:14:00,215 Ini ketua pelayan bar kita, Beto. 235 00:14:00,299 --> 00:14:02,968 Dia ada beribu kisah selebriti yang dia temui, 236 00:14:03,051 --> 00:14:04,720 ada beberapa yang benar. 237 00:14:04,803 --> 00:14:07,639 Kawan saya Marlon Brando buat jenaka yang sama tentang saya. 238 00:14:08,682 --> 00:14:10,100 Ini memang wujud? 239 00:14:15,647 --> 00:14:19,026 Jika ini mimpi, saya tak mahu terjaga. 240 00:14:22,863 --> 00:14:25,324 Hei! Hombre, ayuh. 241 00:14:49,806 --> 00:14:52,851 Ini tarikan utama seluruh resort ini. 242 00:14:52,935 --> 00:14:54,978 Ini tempat semua yang hebat berlaku. 243 00:14:56,647 --> 00:14:58,398 Máximo Gallardo, awak bekerja di sini. 244 00:14:59,608 --> 00:15:00,984 Memo Reyes? 245 00:15:01,068 --> 00:15:03,403 Saya. Saya juga bekerja di kolam renang? 246 00:15:03,487 --> 00:15:05,614 Sebenarnya, permohonan awak menyatakan awak 247 00:15:05,697 --> 00:15:09,326 "Ketua Pegawai Operasi organisasi pakaian antarabangsa?" 248 00:15:09,743 --> 00:15:10,786 Betul, tuan. 249 00:15:11,870 --> 00:15:14,998 Apa? Ibu saya suruh saya lipat pakaian jiran Guatemala kami. 250 00:15:15,082 --> 00:15:18,502 Tidak. Jangan sesekali berbahasa Sepanyol berhampiran penginap, hermano. 251 00:15:18,585 --> 00:15:21,004 Saya rasa seseorang dengan kelayakan seperti awak 252 00:15:21,088 --> 00:15:22,840 boleh uruskan tugasan yang ramai mahukan. 253 00:15:24,633 --> 00:15:27,845 Lihat. Saya membungai dan lihat kesannya. 254 00:15:30,597 --> 00:15:32,516 Cadar dulu, kemudian tuala. 255 00:15:35,143 --> 00:15:36,395 Cepat! 256 00:15:37,563 --> 00:15:39,857 Apa-apa saja soalan awak ada, Héctor boleh jawab semuanya. 257 00:15:39,940 --> 00:15:42,192 Dia eksport dari Argentina yang terbaik. 258 00:15:42,776 --> 00:15:45,320 - Hei. Jagakan pekerja baru, okey? - Boleh, bos. 259 00:15:45,946 --> 00:15:49,658 Saya Héctor, tapi orang panggil saya Héctor Si Pelindung. 260 00:15:49,741 --> 00:15:52,202 Saya dari Sepanyol, tapi bagi gringos, 261 00:15:52,286 --> 00:15:53,287 semuanya sama saja. 262 00:15:54,621 --> 00:15:58,333 Kita jaga semua benda dan semua orang di sini. 263 00:16:01,587 --> 00:16:02,629 Itu patut menghalaunya, puan. 264 00:16:02,713 --> 00:16:04,298 Wira saya. 265 00:16:04,381 --> 00:16:07,843 Perkara paling penting ialah menjangka keperluan semua orang. 266 00:16:07,926 --> 00:16:10,804 Kalau awak buat begitu, awak berjaya. 267 00:16:15,100 --> 00:16:16,435 Saya takkan biarkan. 268 00:16:19,021 --> 00:16:21,481 Tuhan membantu kerja saya. 269 00:16:22,608 --> 00:16:23,942 Ajar saya semuanya, tuan. 270 00:16:24,026 --> 00:16:26,069 Percayalah, amigo, saya memang mahu 271 00:16:26,153 --> 00:16:30,657 mengajar awak semua yang saya tahu dengan percuma, tapi saya tak mahu. 272 00:16:31,241 --> 00:16:33,577 Héctor, boleh tolong kami dengan pelampung ini? 273 00:16:33,660 --> 00:16:35,245 Sudah tentu. 274 00:16:36,830 --> 00:16:39,124 Semoga berjaya, papi. 275 00:16:41,168 --> 00:16:42,503 - Hai, Amy. - Héctor, saya perlu bantuan. 276 00:16:42,586 --> 00:16:44,588 - Budak-budak ini menyeksa saya. - Ya? Sekarang juga, tuan. 277 00:16:44,671 --> 00:16:45,923 Semasa melihat sekeliling, 278 00:16:46,006 --> 00:16:50,802 kata-kata ibu pak cik tentang dosa dan semua itu nampak mengarut. 279 00:16:51,553 --> 00:16:53,555 Bagi pak cik, mereka seperti pelancong biasa 280 00:16:53,639 --> 00:16:54,973 yang menikmati percutian mereka. 281 00:16:56,558 --> 00:16:58,769 WANITA 282 00:17:18,664 --> 00:17:22,584 Okey. Mungkin mereka tak senormal yang pak cik sangka. 283 00:17:31,677 --> 00:17:33,679 Pada waktu itulah pak cik nampak dia lagi. 284 00:17:35,305 --> 00:17:38,058 Kali ini dia juga nampak pak cik, Hugo. 285 00:17:39,726 --> 00:17:41,395 Awak tahu apa maksudnya? 286 00:17:43,564 --> 00:17:45,023 Maksudnya kami saling melihat. 287 00:17:47,317 --> 00:17:48,902 Pak cik perlu bercakap dengannya. 288 00:17:52,239 --> 00:17:55,534 Hai. Saya Máximo. Hari pertama bekerja hari ini. 289 00:17:55,617 --> 00:17:57,536 Hai, gembira dapat berkenalan. Saya Julia. 290 00:17:58,537 --> 00:18:00,831 Saya baru hidang daging filet mignon kepada anjing. 291 00:18:02,249 --> 00:18:03,542 Ia satu kebiasaan di sini? 292 00:18:03,625 --> 00:18:05,335 Ia lebih biasa daripada yang awak fikir. 293 00:18:05,419 --> 00:18:06,420 Awak kerja di mana? 294 00:18:06,503 --> 00:18:07,921 Sekarang saya penjaga kolam. 295 00:18:08,005 --> 00:18:10,674 Tapi tak lama lagi, saya akan jadi pengurus. 296 00:18:11,175 --> 00:18:13,844 Satu hari nanti, saya akan jadi pemilik tempat ini. 297 00:18:14,928 --> 00:18:16,597 Saya suka keyakinan awak. 298 00:18:16,680 --> 00:18:20,017 Bahasa Inggeris awak juga agak bagus. 299 00:18:20,100 --> 00:18:22,561 Terima kasih. Saya ada guru Bahasa Inggeris terbaik. 300 00:18:22,644 --> 00:18:26,815 Luke Skywalker, Indiana Jones, Danny Zuko… 301 00:18:26,899 --> 00:18:29,193 Saya juga ada guru Bahasa Inggeris yang bagus, 302 00:18:29,276 --> 00:18:33,614 Jane Austen, Emily Brontë, Virginia Woolf… 303 00:18:34,114 --> 00:18:35,616 Jangan terasa, tapi mereka 304 00:18:35,699 --> 00:18:37,117 seperti watak filem yang sangat membosankan. 305 00:18:37,701 --> 00:18:39,411 Sebenarnya mereka penulis. 306 00:18:39,494 --> 00:18:41,038 Antara penulis terhebat. 307 00:18:41,121 --> 00:18:44,583 Tapi saya juga sangat suka Grease. 308 00:18:45,083 --> 00:18:49,087 Pada waktu itu, pak cik yakin pak cik mahu bersama Julia. 309 00:18:49,171 --> 00:18:51,590 Pak cik boleh lihat daripada pandangan matanya. 310 00:18:51,673 --> 00:18:55,260 - Awak mahu cium saya, bukan? - Ya. 311 00:18:58,096 --> 00:18:59,806 Sebentar. Berhenti. 312 00:19:00,307 --> 00:19:02,476 Pak cik cium dia? Begitu saja? 313 00:19:02,559 --> 00:19:05,270 Okey, tidak. Pak cik cuma jadikan cerita lebih menarik. 314 00:19:05,354 --> 00:19:07,856 Pak cik tahu kanak-kanak mahu sesuatu menarik setiap dua minit, 315 00:19:07,940 --> 00:19:11,026 atau kamu akan mula saling menghantar emoji pic dan terung. 316 00:19:12,611 --> 00:19:14,738 Tapi pak cik rasakan hubungan. 317 00:19:15,906 --> 00:19:18,116 Selagi awak belum jadi pemilik tempat ini dan suruh saya tak bekerja, 318 00:19:18,200 --> 00:19:20,077 saya perlu kembali bekerja. 319 00:19:27,251 --> 00:19:28,627 Mahu sedikit nasihat? 320 00:19:28,710 --> 00:19:31,046 Ya. Saya mahu apa-apa saja nasihat daripada awak. 321 00:19:31,755 --> 00:19:33,465 Kalau awak mahu terus bekerja, 322 00:19:33,966 --> 00:19:36,510 jangan cuba memikat kekasih bos. 323 00:19:36,593 --> 00:19:40,138 Apa maksud awak? Siapa teman lelaki Julia? 324 00:19:43,642 --> 00:19:46,854 Lagipun, awak langsung tak berpeluang. 325 00:19:49,314 --> 00:19:50,732 Hentikan. 326 00:19:52,276 --> 00:19:53,485 Entahlah, Memo. 327 00:19:53,569 --> 00:19:55,779 Saya rasa tempat ini tak seperti saya sangkakan. 328 00:19:55,863 --> 00:19:57,281 Awak serius? 329 00:19:57,364 --> 00:19:59,283 Apa yang lebih bagus daripada sini? 330 00:20:01,159 --> 00:20:03,996 Okey, mungkin bukan di sini. 331 00:20:04,079 --> 00:20:06,832 Tapi awak dapat peluang sekali seumur hidup. 332 00:20:07,416 --> 00:20:08,542 Gunakan ia sebaiknya! 333 00:20:08,625 --> 00:20:11,378 Sebagai contohnya, nampak subang hebat ini? 334 00:20:11,461 --> 00:20:14,298 Lupe benarkan saya pilih sesuatu daripada barangan yang penginap tinggal 335 00:20:14,381 --> 00:20:17,259 sebab saya beri dia torta terkenal mak saya. 336 00:20:18,260 --> 00:20:20,637 Awak pasti tak percaya barang yang ada di sana. 337 00:20:20,721 --> 00:20:24,850 Berlian, cerut Cuba, cincin, iguana yang… 338 00:20:24,933 --> 00:20:26,768 Tapi awak pilih subang itu? 339 00:20:26,852 --> 00:20:28,353 Tepat sekali! 340 00:20:28,437 --> 00:20:30,814 Saya ambil sebaik saja melihatnya. 341 00:20:31,565 --> 00:20:33,400 Impian jadi kenyataan di sini. 342 00:20:33,984 --> 00:20:36,445 Jadi jika ada sesuatu awak tak dapat capai, 343 00:20:36,528 --> 00:20:38,280 berusaha lebih kuat. 344 00:20:40,657 --> 00:20:42,409 Nasihat yang bagus. 345 00:20:43,118 --> 00:20:45,913 Subang yang buruk, tapi nasihat yang bagus. 346 00:20:54,338 --> 00:20:57,049 Tiada apa-apa dalam kehidupan patut jadi sesukar ini. 347 00:20:57,132 --> 00:20:58,717 Maafkan saya tentang hal ini. 348 00:20:58,800 --> 00:21:00,802 Selalunya ia sudah dibuka semasa dihidang. 349 00:21:00,886 --> 00:21:02,721 Hati-hati. Jangan tercedera. 350 00:21:02,804 --> 00:21:04,556 - Saya hanya mahukan cerut. - Boleh saya tolong, Cik Davies? 351 00:21:04,640 --> 00:21:06,058 Entahlah. Awak ada bawa 352 00:21:06,141 --> 00:21:07,684 pembuka botol tambahan? 353 00:21:07,768 --> 00:21:10,270 Mereka bawa bekas ini, tapi kami tak jumpa pembuka botol. 354 00:21:13,565 --> 00:21:15,108 Dia mahu buat helah magik? 355 00:21:15,192 --> 00:21:16,985 Mungkin dia tukarnya jadi margarita. 356 00:21:21,240 --> 00:21:22,574 Syabas. 357 00:21:22,658 --> 00:21:23,784 Ia helah lama. 358 00:21:23,867 --> 00:21:24,910 Tapi hanya berhasil di Mexico. 359 00:21:24,993 --> 00:21:27,079 Nilai dolar lebih tinggi di sini. 360 00:21:29,706 --> 00:21:30,749 Itu kelakar. 361 00:21:30,832 --> 00:21:32,501 - Dia kelakar. - Dia kelakar. 362 00:21:32,584 --> 00:21:33,836 Awak pekerja baru? 363 00:21:33,919 --> 00:21:35,587 Ini hari pertama saya. 364 00:21:35,671 --> 00:21:37,297 Awak bermula dengan baik. 365 00:21:37,381 --> 00:21:40,300 Ini Héctor Si Pelindung kita yang baharu. 366 00:21:40,384 --> 00:21:41,510 Saya perkenalkan… 367 00:21:42,386 --> 00:21:43,637 Maaf, siapa nama awak? 368 00:21:44,137 --> 00:21:47,766 Saya Máximo Si… Hanya Máximo. 369 00:21:47,850 --> 00:21:50,561 Máximo Si Hanya Máximo. 370 00:21:51,520 --> 00:21:53,730 Itu gelaran yang teruk. Awak perlu baikinya. 371 00:21:53,814 --> 00:21:56,108 Ini kawan saya, pasangan Bennett. 372 00:21:56,191 --> 00:21:58,360 Mereka datang dari Schenectady. 373 00:21:58,443 --> 00:22:00,529 Boleh bawa mereka ke kabana mereka? 374 00:22:00,946 --> 00:22:04,032 - Jaga mereka dengan baik. - Terima kasih, Diane. 375 00:22:04,116 --> 00:22:05,325 Sama-sama. 376 00:22:05,409 --> 00:22:06,827 Apa-apa saja awak perlukan, Cik Davies. 377 00:22:13,208 --> 00:22:14,293 Kulit awak terbakar. 378 00:22:14,376 --> 00:22:15,419 - Saya sentiasa begini. - Saya nampak. 379 00:22:15,502 --> 00:22:16,587 Kita sudah sampai. 380 00:22:17,921 --> 00:22:19,548 Ini bagus. 381 00:22:20,048 --> 00:22:21,633 Saya suka kabana ini. 382 00:22:22,384 --> 00:22:23,510 Marilah duduk. 383 00:22:23,594 --> 00:22:25,012 Ada apa-apa lagi? 384 00:22:25,095 --> 00:22:27,306 Ya. Kami mahukan rumput. 385 00:22:27,389 --> 00:22:28,599 Baiklah. 386 00:22:29,099 --> 00:22:32,978 Awak mahu dari padang golf atau halaman depan… 387 00:22:33,061 --> 00:22:34,104 Kelakar. 388 00:22:34,188 --> 00:22:38,775 Tidak. Maksudnya, Mary Jane. Reefer. 389 00:22:38,859 --> 00:22:41,653 Acapulco Gold. Comprende? 390 00:22:41,737 --> 00:22:46,909 Begitu. Jadi kamu mahu saya dapatkan dadah? 391 00:22:47,784 --> 00:22:49,036 Ya. 392 00:22:49,119 --> 00:22:50,871 Kami ada lima hari tanpa anak-anak, 393 00:22:50,954 --> 00:22:54,124 kami mahu menjadi khayal. 394 00:22:54,208 --> 00:22:56,710 Jadi awak kena tolong kami, Máximo, 395 00:22:56,793 --> 00:22:59,129 atau kami patut minta pada Héctor? 396 00:22:59,213 --> 00:23:00,672 Awak perlukan saya, En. Bennett? 397 00:23:00,756 --> 00:23:02,341 Perlukah, Máximo? 398 00:23:07,387 --> 00:23:08,430 Tidak. 399 00:23:11,642 --> 00:23:14,353 Bila kamu perlukan bantuan perubatan ini? 400 00:23:14,436 --> 00:23:18,106 Melihat matahari terbenam di Acapulco satu pengalaman menakjubkan. 401 00:23:18,190 --> 00:23:21,652 Kami mahu berasa khayal semasa melihatnya. 402 00:23:23,278 --> 00:23:25,614 Lebih baik awak cepat, sebab kalau kami terlepas matahari terbenam, 403 00:23:26,448 --> 00:23:29,076 itu no bueno, amigo. 404 00:23:30,202 --> 00:23:31,411 Okey, saya akan kembali. 405 00:23:33,372 --> 00:23:36,875 Tiba-tiba pak cik dalam keadaan yang sukar, Hugo. 406 00:23:36,959 --> 00:23:40,587 Kalau pak cik tak tolong kawan pemilik, pak cik akan dipecat. 407 00:23:41,380 --> 00:23:45,133 Kalau pak cik ditangkap dengan dadah, pak cik akan dipecat juga. 408 00:23:46,343 --> 00:23:48,762 Pak cik perlu rancang ini dengan sangat berhati-hati. 409 00:23:51,765 --> 00:23:54,226 Hai, Beto. Saya Máximo. Saya baru bekerja di sini. 410 00:23:54,726 --> 00:23:57,980 Ada penginap minta saya dapatkan sesuatu. 411 00:23:58,063 --> 00:23:59,147 Awak mahu menu. 412 00:23:59,231 --> 00:24:00,983 Tidak, saya tak rasa ia ada dalam menu. 413 00:24:01,066 --> 00:24:04,653 Ia tumbuhan, tapi saya tak boleh sebut namanya. 414 00:24:05,946 --> 00:24:07,322 Begitu. 415 00:24:07,406 --> 00:24:09,241 - Javier! Mari sini. - Ada apa, Beto? 416 00:24:10,117 --> 00:24:12,578 Dengar, Máximo perlukan tumbuhan, 417 00:24:12,661 --> 00:24:14,204 tapi tak tahu namanya. 418 00:24:14,288 --> 00:24:16,331 Ia tumbuhan dalam bangunan atau luar bangunan? 419 00:24:16,915 --> 00:24:18,125 Saya tidak… 420 00:24:18,208 --> 00:24:22,212 Ia sejenis herba dan menenangkan kita… 421 00:24:23,046 --> 00:24:24,047 Faham. 422 00:24:24,131 --> 00:24:25,674 Juanita! Mari sini! 423 00:24:25,757 --> 00:24:27,801 Juanita suka buat teh ais yang pelbagai. 424 00:24:27,885 --> 00:24:30,637 - Awak mahu perisa bagaimana? - Tidak, ia bukan teh. 425 00:24:31,513 --> 00:24:34,141 Selalunya. Ia mungkin tidak… 426 00:24:34,892 --> 00:24:37,311 - diluluskan. - Ini susah. 427 00:24:37,394 --> 00:24:38,562 Ini memang mengelirukan. 428 00:24:38,645 --> 00:24:40,731 Okey, jadi kita semua faham, 429 00:24:40,814 --> 00:24:43,025 ia tumbuhan, tapi tak tahu jenisnya. 430 00:24:43,108 --> 00:24:45,402 Ia herba tapi bukan teh. 431 00:24:48,822 --> 00:24:49,948 - Selasih! - Taragon. 432 00:24:50,032 --> 00:24:51,283 - Ketumbar! - Mesti selasih. 433 00:24:51,366 --> 00:24:52,951 - Maaf, ia teka-teki. - Ketumbar! 434 00:24:53,035 --> 00:24:55,245 Kamu semua betul! 435 00:24:59,958 --> 00:25:01,752 Saya suka kenakan pekerja baru. 436 00:25:01,835 --> 00:25:03,170 Hei. 437 00:25:04,922 --> 00:25:07,257 Memo! Saya ada masalah. 438 00:25:07,341 --> 00:25:11,053 Saya perlukan marijuana untuk kawan Diane, atau dia akan pecat saya. 439 00:25:11,136 --> 00:25:13,055 Tapi saya tak tahu mahu dapatkan di mana. 440 00:25:13,138 --> 00:25:14,223 Apa saya patut buat? 441 00:25:14,306 --> 00:25:17,184 Mungkin Lupe ada dalam barangan yang tertinggal. 442 00:25:18,310 --> 00:25:19,811 Saya akan tunggu di sini. 443 00:25:27,819 --> 00:25:29,154 Hai, Lupe. 444 00:25:30,405 --> 00:25:33,617 Saya Máximo, kawan baik Memo. 445 00:25:34,576 --> 00:25:38,830 Awak ada marijuana dalam barangan yang tertinggal? 446 00:25:38,914 --> 00:25:40,958 Ya, ada. 447 00:25:41,708 --> 00:25:43,210 Apa awak mahu beri kepada saya untuknya? 448 00:25:43,293 --> 00:25:45,921 Pagi ini, Jorge dari akaun 449 00:25:46,004 --> 00:25:49,007 beri saya sebatang giginya untuk Rolex. 450 00:25:49,675 --> 00:25:51,218 Kenapa awak mahu giginya? 451 00:25:51,301 --> 00:25:53,554 Saya tak peduli tentang giginya. 452 00:25:53,637 --> 00:25:58,517 Saya cuma mahu tahu betapa dia mahukan barang yang saya ada. 453 00:25:58,600 --> 00:26:02,312 Saya tak ada barang berharga nak beri kepada awak. 454 00:26:02,396 --> 00:26:06,733 Saya cuma ada beberapa syiling, baucar makanan, 455 00:26:06,817 --> 00:26:08,569 loket rantai ayah saya… 456 00:26:09,820 --> 00:26:11,071 Tunjuk kepada saya. 457 00:26:14,825 --> 00:26:17,244 Betapa pentingnya rantai ini kepada awak? 458 00:26:18,954 --> 00:26:21,081 Sangat penting. Lebih daripada yang awak boleh bayangkan. 459 00:26:21,164 --> 00:26:22,291 Beri kepada saya. 460 00:26:22,374 --> 00:26:23,250 Tidak. Ini? 461 00:26:23,333 --> 00:26:24,251 Ya. 462 00:26:24,334 --> 00:26:27,796 Awak tak mahu rantai ini. Bagaimana dengan gigi? Saya tak guna yang ini. 463 00:26:27,880 --> 00:26:30,007 Tawaran saya tamat dalam kiraan tiga… 464 00:26:30,090 --> 00:26:31,884 Tolonglah, Lupe, apa-apa saja selain ini. 465 00:26:31,967 --> 00:26:33,260 Dua… 466 00:26:33,343 --> 00:26:34,636 Saya merayu. Jangan buat begini. 467 00:26:34,720 --> 00:26:35,846 Satu… 468 00:26:42,603 --> 00:26:45,022 Ambillah. Masih ada masa. 469 00:26:45,105 --> 00:26:46,565 Syabas, Máximo. 470 00:26:46,648 --> 00:26:47,858 Bagus. 471 00:26:48,442 --> 00:26:49,651 Saya harap kamu suka ia. 472 00:26:51,570 --> 00:26:53,405 Pak cik tak percaya tindakan yang pak cik buat. 473 00:26:54,907 --> 00:26:58,619 Semua yang ibu pak cik takuti berlaku pada hari pertama. 474 00:26:59,244 --> 00:27:01,705 Pak cik rasa bersalah tentang itu. 475 00:27:10,005 --> 00:27:11,215 Máximo. 476 00:27:11,882 --> 00:27:13,050 Máximo. 477 00:27:15,385 --> 00:27:16,428 Jadi? 478 00:27:17,513 --> 00:27:19,389 Bagaimana hari pertama awak? 479 00:27:20,807 --> 00:27:21,892 Tak bagus. 480 00:27:21,975 --> 00:27:23,352 Saya kena… 481 00:27:25,145 --> 00:27:26,313 buat benda tak elok. 482 00:27:26,396 --> 00:27:28,857 Awak? Tak mungkin. 483 00:27:28,941 --> 00:27:30,984 Apa "benda tak elok" awak perlu buat? 484 00:27:31,568 --> 00:27:35,072 Saya tukar loket ayah untuk dadah bagi penginap. 485 00:27:35,155 --> 00:27:36,365 Biar betul! 486 00:27:38,534 --> 00:27:41,203 Mak kata saya anak yang bermasalah? 487 00:27:41,286 --> 00:27:44,331 Saya rasa teruk, tapi saya tiada pilihan. 488 00:27:45,666 --> 00:27:48,544 Saya ada pilihan, tapi saya tak mahu dipecat. 489 00:27:49,044 --> 00:27:51,505 Sara, awak rasa saya orang jahat? 490 00:27:52,464 --> 00:27:53,966 Tidak. 491 00:27:54,049 --> 00:27:57,594 Menjengkelkan? Ya. Tapi jahat? Langsung tidak. 492 00:27:58,762 --> 00:28:00,889 Saya tahu semua yang berlaku di sana, 493 00:28:00,973 --> 00:28:03,267 awak cuma buatnya supaya kita ada kehidupan lebih baik. 494 00:28:03,350 --> 00:28:05,477 Serta mungkin beli kereta berhud. 495 00:28:05,561 --> 00:28:07,813 Ya, itu juga. 496 00:28:10,107 --> 00:28:11,108 Terima kasih. 497 00:28:12,484 --> 00:28:15,112 - Jadi dadah jenis apa? - Perbualan dah berakhir. 498 00:28:34,798 --> 00:28:36,008 Máximo. 499 00:28:37,634 --> 00:28:39,011 Semuanya okey? 500 00:28:39,553 --> 00:28:42,097 Ya. Saya cuma… 501 00:28:44,850 --> 00:28:46,727 Saya tak pasti jika saya selesa di sini. 502 00:28:49,730 --> 00:28:52,649 Rasanya saya ada idea tersendiri 503 00:28:52,733 --> 00:28:55,110 tentang keadaan bekerja di tempat begini. 504 00:28:57,529 --> 00:28:58,780 Tapi… 505 00:28:59,573 --> 00:29:00,866 Ia tak begitu. 506 00:29:02,075 --> 00:29:03,118 Saya faham. 507 00:29:04,995 --> 00:29:06,121 Bagaimana awak buatnya? 508 00:29:07,122 --> 00:29:09,166 Perkara yang awak pernah lihat 509 00:29:09,249 --> 00:29:11,251 dan menjadi sebahagian tempat ini selama bertahun-tahun. 510 00:29:12,753 --> 00:29:16,006 Saya berasa sangat bangga bekerja di resort ini. 511 00:29:17,591 --> 00:29:20,761 Ia beri saya rasa bangga dan tujuan. 512 00:29:22,221 --> 00:29:25,098 Serta duit mencukupi untuk beri isteri dan anak saya kehidupan yang lebih baik. 513 00:29:25,891 --> 00:29:28,477 Tapi sebab kesetiaan saya pada tempat ini… 514 00:29:30,854 --> 00:29:34,358 saya juga banyak berkorban lebih daripada yang saya bayangkan. 515 00:29:35,317 --> 00:29:39,780 Tapi saya masih rasa bertuah setiap hari berada di sini. 516 00:29:40,489 --> 00:29:43,700 Awak seperti sudah banyak berkorban untuk bekerja di Las Colinas. 517 00:29:44,868 --> 00:29:46,954 Semua impian ada pengorbanan. 518 00:29:48,288 --> 00:29:49,957 Saya sanggup mengambil risiko. 519 00:29:51,166 --> 00:29:52,543 Awak bagaimana? 520 00:30:01,635 --> 00:30:05,055 Terima kasih banyak untuk peluang hebat ini, Cik Davies. 521 00:30:05,138 --> 00:30:07,474 Impian saya menjadi nyata apabila dapat bekerja di sini. 522 00:30:07,558 --> 00:30:09,142 - Cuma saya tak rasa saya boleh… - Itu pun dia! 523 00:30:09,226 --> 00:30:11,186 Máximo Si Hanya Máximo. 524 00:30:11,270 --> 00:30:13,647 Rasanya saya mula suka nama itu. 525 00:30:13,730 --> 00:30:15,774 Selamat pagi, En. dan Pn. Bennett. 526 00:30:16,525 --> 00:30:19,444 Kalau kamu tak kisah, saya mahu berbual dengan Cik Davies. 527 00:30:19,820 --> 00:30:22,072 Diane, dia menakjubkan. 528 00:30:22,155 --> 00:30:23,824 Sangat berharga. 529 00:30:23,907 --> 00:30:26,827 Dia sangat rajin, komited… 530 00:30:30,163 --> 00:30:32,875 - Ini hadiah daripada kami. - Terima kasih. 531 00:30:36,253 --> 00:30:37,796 Dua ratus dolar? 532 00:30:37,880 --> 00:30:39,131 Awak berhak dapatnya. 533 00:30:39,214 --> 00:30:40,924 Betul. 534 00:30:41,008 --> 00:30:42,551 Máximo. 535 00:30:42,634 --> 00:30:44,803 Awak mahu beritahu saya sesuatu? 536 00:30:48,432 --> 00:30:51,059 Inilah masa penentu dalam kehidupan pak cik, Hugo. 537 00:30:52,186 --> 00:30:54,396 Duit atau prinsip pak cik? 538 00:30:55,147 --> 00:30:57,900 Kembali ke stesen bas atau ke tempat hebat yang tak diketahui? 539 00:30:58,942 --> 00:31:01,111 Kebenaran ibu pak cik 540 00:31:01,195 --> 00:31:03,864 atau masa depan kewangan seluruh keluarga pak cik? 541 00:31:07,451 --> 00:31:08,744 Kejutan! 542 00:31:10,037 --> 00:31:12,122 - Apa berlaku? - Apa ini? 543 00:31:12,206 --> 00:31:14,208 Mak tak perlukan cermin mata. 544 00:31:14,291 --> 00:31:16,335 Boleh mak cubanya. Demi saya. 545 00:31:24,843 --> 00:31:26,345 Apa pendapat mak? 546 00:31:27,554 --> 00:31:29,890 Rasanya mak boleh lihat semula. 547 00:31:31,517 --> 00:31:33,560 Máximo, awak sangat kacak! 548 00:31:34,269 --> 00:31:35,437 Sara! 549 00:31:36,897 --> 00:31:38,398 Kenapa pakaian awak sangat aneh? 550 00:31:38,899 --> 00:31:42,402 Hebat, Máximo. Mak boleh melihat semula. 551 00:31:43,320 --> 00:31:46,823 Máximo, cermin mata ini nampak mahal. Bagaimana awak dapatnya? 552 00:31:46,907 --> 00:31:49,451 Saya dah beritahu saya boleh dapat gaji yang bagus dengan kerja ini. 553 00:31:50,035 --> 00:31:52,079 Tapi cermin mata ini sementara saja. 554 00:31:52,162 --> 00:31:54,623 Kita masih perlu bawa mak berjumpa doktor mata. 555 00:31:54,706 --> 00:31:57,751 Máximo, sekarang mak boleh lihat terus ke mata awak, 556 00:31:57,835 --> 00:31:59,086 jujur dengan mak. 557 00:32:00,504 --> 00:32:03,048 Awak dapat duit ini… 558 00:32:04,049 --> 00:32:06,677 membuat sesuatu yang mak tak suka? 559 00:32:07,511 --> 00:32:11,557 Mak tahu saya tak boleh tipu mak. 560 00:32:14,393 --> 00:32:16,186 Langsung tak boleh. 561 00:32:17,896 --> 00:32:20,941 Begitulah perjalanan pak cik bermula. 562 00:32:21,024 --> 00:32:23,694 Sekejap. Tak mungkin itu saja kisahnya. 563 00:32:24,444 --> 00:32:25,571 Saya nak dengar lagi. 564 00:32:26,113 --> 00:32:28,490 Apa berlaku dengan Julia? 565 00:32:28,574 --> 00:32:30,325 Serta masalah mata abuelita. 566 00:32:30,826 --> 00:32:33,495 Serta kerja pak cik selepas berjaya puaskan hati Diane. 567 00:32:33,579 --> 00:32:35,914 Lihatlah budak yang sukakan hadiah pak cik. 568 00:32:38,876 --> 00:32:40,210 Mari ikut pak cik. 569 00:32:44,756 --> 00:32:46,175 Apa semua ini? 570 00:32:46,258 --> 00:32:47,342 UNIVERSITI NEW YORK JANE EYRE 571 00:32:47,426 --> 00:32:49,553 Jawapan soalan-soalan awak. 572 00:32:51,221 --> 00:32:52,598 Ambil ini. 573 00:32:55,350 --> 00:32:56,935 Tebal betul buku ini. 574 00:32:57,519 --> 00:32:59,396 Pak cik juga cakap begitu kepadanya. 575 00:32:59,479 --> 00:33:01,648 Hugo, kesayangan pak cik. 576 00:33:03,192 --> 00:33:05,944 Kehidupan selalu tidak boleh dijangka. 577 00:33:11,158 --> 00:33:13,702 Máximo. 578 00:33:16,830 --> 00:33:19,583 - Apa ini? - Ini dipanggil buku. 579 00:33:19,666 --> 00:33:21,627 Ya, saya tahu itu. 580 00:33:21,710 --> 00:33:23,253 Kenapa awak beri kepada saya? 581 00:33:23,337 --> 00:33:25,589 Saya terfikir kalau awak mahu baca salah satu karya klasik. 582 00:33:25,672 --> 00:33:28,800 Kalau awak sukakannya, kita boleh mulakan kelab buku. 583 00:33:29,801 --> 00:33:31,470 Buku klasik memang setebal ini? 584 00:33:32,054 --> 00:33:33,847 Awak bernasib baik saya tak berikan War and Peace. 585 00:33:33,931 --> 00:33:35,307 Tapi lihatlah di dalam. 586 00:33:40,270 --> 00:33:43,232 MÁXIMO - SELAMAT DATANG KE LAS COLINAS! JULIA 587 00:33:43,315 --> 00:33:44,483 Terima kasih. 588 00:33:45,442 --> 00:33:48,111 Ini sangat baik. 589 00:33:48,695 --> 00:33:50,739 Habiskan bab satu sebelum akhir minggu ini 590 00:33:50,822 --> 00:33:52,783 sebab akan ada ujian. 591 00:33:56,995 --> 00:34:00,207 Memo, bekerja di sini bagus untuk kita, bukan? 592 00:34:00,290 --> 00:34:01,500 Tentulah. 593 00:34:01,583 --> 00:34:04,837 Lupe kata semasa hari jadi saya, saya boleh basuh pakaian saya di sini. 594 00:34:04,920 --> 00:34:05,921 Dengar sini. 595 00:34:06,004 --> 00:34:08,674 Satu hari nanti, saya akan beli salah satu rumah agam di bukit, 596 00:34:08,757 --> 00:34:10,342 awak akan beli rumah agam di sebelahnya. 597 00:34:10,425 --> 00:34:14,263 Awak, saya, ibu saya, Sara, keluarga awak, 598 00:34:14,346 --> 00:34:15,764 sepupu yang awak pilih, 599 00:34:15,848 --> 00:34:18,809 dan Julia akan hidup bahagia selama-lamanya. 600 00:34:18,891 --> 00:34:21,562 Ia boleh direalisasikan. Melainkan yang melibatkan Julia, 601 00:34:21,645 --> 00:34:23,813 - tapi yang lain boleh berlaku. - Kenapa kata begitu? 602 00:34:23,897 --> 00:34:26,024 Sebab Chad? Siapa Chad sebenarnya? 603 00:34:26,608 --> 00:34:28,318 Mak! Kereta dah sampai! 604 00:34:29,194 --> 00:34:30,195 Terima kasih, Chad. 605 00:34:30,279 --> 00:34:32,364 Tolong jangan panggil mak depan penginap. 606 00:34:34,783 --> 00:34:37,411 Dia panggil Diane, mak? 607 00:34:38,745 --> 00:34:42,416 Kalau betul, tandanya kekasih gadis saya suka 608 00:34:42,498 --> 00:34:45,085 ialah anak pemilik resort. 609 00:34:45,835 --> 00:34:49,005 Itu no bueno, amigo. 610 00:34:49,672 --> 00:34:52,342 Ingat tak, kita tak patut berbahasa Sepanyol di resort? 611 00:35:56,698 --> 00:35:58,700 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman