1 00:00:07,173 --> 00:00:08,550 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:08,633 --> 00:00:10,385 #ROMANTIK 3 00:00:10,468 --> 00:00:12,012 #BERJIWABEBAS 4 00:00:12,095 --> 00:00:13,513 #WANITAPUJAAN 5 00:00:13,596 --> 00:00:15,181 #PILIH UNTUK BERSENDIRIAN 6 00:00:15,265 --> 00:00:16,725 #DAH LAMA BERCINTA 7 00:00:23,481 --> 00:00:26,651 APA KISAH CINTA ANDA? 8 00:00:35,660 --> 00:00:38,830 PAKAR PSIKIATRI KIM SEONG-U 9 00:00:39,998 --> 00:00:41,958 Adakah wujud perpisahan yang baik? 10 00:00:43,084 --> 00:00:45,336 Saya rasa ini sebuah isu yang penting. 11 00:00:45,420 --> 00:00:47,630 Perpisahan itu lebih penting daripada pertemuan. 12 00:00:47,714 --> 00:00:50,759 Perpisahan yang baik boleh membina pertemuan baru yang baik. 13 00:00:50,842 --> 00:00:54,220 Jadi barulah seseorang boleh bertemu cinta yang baru. 14 00:00:54,804 --> 00:00:57,015 Siapa yang beri jawapan mengarut itu? 15 00:00:58,558 --> 00:00:59,726 Saya ditanya. 16 00:00:59,809 --> 00:01:02,979 Jadi itulah jawapan saya sebagai seorang pakar. 17 00:01:04,856 --> 00:01:06,357 Apa itu perpisahan yang baik? 18 00:01:07,150 --> 00:01:08,777 Itulah yang saya sedang terangkan. 19 00:01:08,860 --> 00:01:11,654 Pertama. Beritahu pasangan punca kamu berpisah. 20 00:01:11,738 --> 00:01:13,823 Awak bodohkah? 21 00:01:13,907 --> 00:01:15,825 Ingat dia akan faham kalau saya beritahu? 22 00:01:15,909 --> 00:01:18,620 Kalau dia tak faham pun, awak perlu beritahu dia. 23 00:01:18,703 --> 00:01:21,247 Kedua. Bercakap secara berdepan. 24 00:01:21,331 --> 00:01:23,124 Bukan melalui pesanan atau telefon. 25 00:01:23,208 --> 00:01:25,043 Beritahu secara berdepan dengan baik. 26 00:01:25,126 --> 00:01:26,169 Kenapa awak pukul dia? 27 00:01:29,339 --> 00:01:31,800 - Sebab saya nak berpisah. - Itu saja? 28 00:01:31,883 --> 00:01:33,218 Saya rasa kita perlu beritahu 29 00:01:33,301 --> 00:01:36,179 orang yang pernah kita cintai sebab kita mahukan perpisahan. 30 00:01:36,262 --> 00:01:38,515 Awak kata asyik tertenung lubang hidung saya, 31 00:01:38,598 --> 00:01:41,392 dan rasa macam berbual dengan lubang hidung pula, bukan? 32 00:01:41,476 --> 00:01:43,436 Selepas itu, terserahlah kepada pasangan. 33 00:01:43,520 --> 00:01:46,397 "Si gadis terasa hati sebab kekasihnya kata 34 00:01:46,481 --> 00:01:48,525 dia cuma nampak lubang hidung ketika berbual." 35 00:01:50,109 --> 00:01:51,903 Kenapa jahat sangat mulut? 36 00:01:51,986 --> 00:01:54,155 Cakaplah baik-baik kalau nak berpisah. 37 00:01:54,239 --> 00:01:56,074 Saya dah cuba, 38 00:01:56,157 --> 00:01:59,160 tapi apabila saya beri alasan lain, dia tak percayakan saya. 39 00:01:59,244 --> 00:02:02,413 Tengoklah! Perpisahan yang baik tak wujud. 40 00:02:02,497 --> 00:02:05,291 Awak nak tamatkan hubungan dengan orang yang pernah dicintai. 41 00:02:05,875 --> 00:02:08,086 Orang yang meninggalkan dan ditinggalkan 42 00:02:08,169 --> 00:02:10,004 pasti akan terluka. 43 00:02:10,088 --> 00:02:11,089 Betul. 44 00:02:11,172 --> 00:02:12,674 Awak akan tetap terluka. 45 00:02:12,757 --> 00:02:15,343 Awak terpaksa teruskan hidup walaupun hati terluka. 46 00:02:36,114 --> 00:02:37,866 Saya tak dapat tidur langsung. 47 00:02:39,367 --> 00:02:40,869 Saya baring dan cuba tidur. 48 00:02:42,162 --> 00:02:44,205 Tapi saya asyik rasa marah tiba-tiba! 49 00:02:47,083 --> 00:02:48,751 Ya. Itulah dia. 50 00:02:48,835 --> 00:02:51,379 Seseorang akan rasa marah dan mahu balas dendam. 51 00:02:52,213 --> 00:02:55,049 Tidak. Tak masuk akallah kalau sampai nak balas dendam. 52 00:02:55,925 --> 00:02:57,844 Tak boleh buat apa-apa jika berpisah. 53 00:02:57,927 --> 00:02:59,888 Kita juga tak boleh elak kesakitannya. 54 00:02:59,971 --> 00:03:02,015 Tapi sebenarnya tak baguslah 55 00:03:02,098 --> 00:03:05,977 kalau nak hancurkan hidup sendiri hanya sebab satu hubungan yang gagal. 56 00:03:06,060 --> 00:03:07,186 Itu mesti Kyeong-jun. 57 00:03:07,270 --> 00:03:09,898 Suruh dia diam. Dia tak kenal pun Seon-a. 58 00:03:09,981 --> 00:03:11,608 - Bodohlah. - Apa maksud dia? 59 00:03:13,067 --> 00:03:15,278 Bukankah itu nama palsu? 60 00:03:15,361 --> 00:03:16,487 Tolonglah! 61 00:03:17,071 --> 00:03:19,157 Jangan beritahu orang kisah saya! 62 00:03:19,240 --> 00:03:22,327 Saya saja yang nampak macam lelaki tak guna sekarang ini! 63 00:03:22,869 --> 00:03:23,912 Bodohlah. 64 00:03:25,663 --> 00:03:27,749 - Itu kisah siapa? - Itu kisah Jae-won, bukan? 65 00:03:27,832 --> 00:03:29,876 Ada lagi orang yang teruk selain diakah? 66 00:03:30,460 --> 00:03:32,837 Suruh dia pergi minum dengan Jae-won. 67 00:03:32,921 --> 00:03:36,174 Saya rasa sangat terkejut selepas tahu itu bukan nama sebenarnya. 68 00:03:37,592 --> 00:03:39,177 Tapi ini… 69 00:03:39,260 --> 00:03:41,846 buatkan saya rasa macam… 70 00:03:44,265 --> 00:03:45,850 jantung saya dirobek-robek. 71 00:03:48,561 --> 00:03:50,605 Apa? Biar betul? 72 00:03:50,688 --> 00:03:51,564 Dia kawan Rin-i? 73 00:03:51,648 --> 00:03:54,359 Kalau kawan Rin-i, mesti Kyeong-jun pun kenal dia. 74 00:03:54,442 --> 00:03:58,613 Mustahil dia boleh hidup dengan tenang padahal dia ada berhampiran saya. 75 00:03:58,696 --> 00:04:00,031 Ini tak masuk akal. 76 00:04:00,114 --> 00:04:01,616 Jawab! Adakah ini masuk akal? 77 00:04:01,699 --> 00:04:03,368 Awak rasa itu masuk akal? 78 00:04:04,369 --> 00:04:06,204 Aduhai, bodohlah! 79 00:04:09,123 --> 00:04:10,083 Bencinya! 80 00:04:14,504 --> 00:04:17,257 Keluar! Jangan rakam saya, berambus! 81 00:04:25,056 --> 00:04:26,349 Kenapa tak keluar lagi? 82 00:04:27,225 --> 00:04:29,477 Keluar! Jangan rakamlah! 83 00:04:41,114 --> 00:04:42,740 Laju betul awak! 84 00:04:51,708 --> 00:04:52,792 Penatnya. 85 00:04:58,881 --> 00:05:01,175 - Jom balik, Rin-i. - Apa? 86 00:05:01,259 --> 00:05:03,177 Sejuklah di luar. Jom balik. 87 00:05:03,720 --> 00:05:05,972 Eun-o, kita buat sepuluh kali lagi saja. 88 00:05:06,597 --> 00:05:08,725 Awak selalu duduk. Jadi awak perlu bersenam. 89 00:05:09,350 --> 00:05:10,977 Ini elok untuk pinggang kita. 90 00:05:19,902 --> 00:05:23,031 {\an8}BOLEH KAMI… DEKATI AWAK? 91 00:05:23,114 --> 00:05:24,699 Saya dah suruh pergi, bukan? 92 00:05:25,491 --> 00:05:28,995 Awak masih tunggu saya di luar? Degil betullah. 93 00:05:33,166 --> 00:05:35,293 Apa yang buat saya lagi marah adalah 94 00:05:35,960 --> 00:05:36,836 ada suara lelaki. 95 00:05:43,843 --> 00:05:45,303 Dia ada lelaki lain. 96 00:05:46,429 --> 00:05:48,473 Laparlah. Jomlah balik. 97 00:05:48,556 --> 00:05:49,974 - Saya nak balik. - Jom. 98 00:05:50,600 --> 00:05:53,436 Rin-i, jomlah balik sekarang. Laparlah. 99 00:05:53,519 --> 00:05:54,395 Okey. 100 00:05:54,479 --> 00:05:56,814 Saya betul-betul laparlah! Dahlah. 101 00:05:56,898 --> 00:05:57,982 Awak nak makan apa? 102 00:05:58,066 --> 00:05:59,692 - "Fikirkanlah." - Jomlah. 103 00:05:59,776 --> 00:06:03,071 "Apakah yang telah dilaluinya selama ini?" 104 00:06:05,865 --> 00:06:06,949 Bunyi apa itu? 105 00:06:07,033 --> 00:06:09,410 - Eun-o, boleh ambilkan tak? - Jomlah balik. 106 00:06:10,244 --> 00:06:12,413 Tolong ambilkan buku saya. 107 00:06:12,497 --> 00:06:14,082 - Hei. - Ambillah sendiri. 108 00:06:14,165 --> 00:06:16,876 Saya tak dapat bangun. Tolonglah ambilkan untuk saya. 109 00:06:26,594 --> 00:06:28,721 Rasanya mereka tinggal bersama. 110 00:06:30,264 --> 00:06:32,141 Dengan saya pun sama. Mudahnya hidup dia. 111 00:06:32,225 --> 00:06:34,727 Adakah percintaan sebuah permainan? Ia satu gurauan? 112 00:06:34,811 --> 00:06:37,438 Ya, percintaan bukanlah sesuatu yang hebat pun. 113 00:06:37,522 --> 00:06:39,524 Kekasih boleh tinggal bersama, boleh berpisah. 114 00:06:39,607 --> 00:06:40,983 Tapi… 115 00:06:42,610 --> 00:06:44,695 hanya selepas segalanya dah tamat. 116 00:06:44,779 --> 00:06:48,324 Dia boleh bercinta dengan orang lain hanya selepas hubungan kami tamat. 117 00:06:50,743 --> 00:06:51,744 Dengar, Seon-a. 118 00:06:52,870 --> 00:06:57,125 Saya harap awak bujanglah. Kalau awak ada kekasih… 119 00:07:14,517 --> 00:07:16,436 Seperti biasa, saya yang kena masak. 120 00:07:16,519 --> 00:07:19,105 Taman itu bagus kerana ada alat untuk bersenam juga. 121 00:07:19,188 --> 00:07:20,857 - Tolonglah. - Kenapa? 122 00:07:20,940 --> 00:07:24,026 Kita tak perlu buat bayaran mahal untuk bersenam dan alatan juga ada. 123 00:07:24,110 --> 00:07:27,029 - Tak, Rin-i. Sejuk tadi. - Kita tak perlu pergi lagi. 124 00:07:27,113 --> 00:07:28,531 Kita pergi waktu musim bunga. 125 00:07:28,614 --> 00:07:32,201 Kita perlu berfikir secara teliti sekarang. 126 00:07:32,285 --> 00:07:36,789 Bila kita boleh daftar keahlian untuk bersenam di gim yang elok? 127 00:07:37,373 --> 00:07:38,541 Bukan dalam hidup ini. 128 00:07:38,624 --> 00:07:41,586 Saya pernah lakukan pemasaran untuk hotel. 129 00:07:41,669 --> 00:07:42,879 Teka harga keahliannya? 130 00:07:42,962 --> 00:07:45,298 Sudahlah. Saya dibayar 9,000 won sejam. 131 00:07:45,381 --> 00:07:47,425 Saya hanya perlu bersenam di taman. 132 00:07:47,508 --> 00:07:51,721 Adakah tiada seorang pun daripada kita ada masa depan yang cerah? 133 00:07:51,804 --> 00:07:55,141 Dia ada masa depan yang cerah. Teman lelakinya Choi Kyeong-jun. 134 00:07:55,975 --> 00:07:58,519 Betul. Kyeong-jun kaya. 135 00:07:59,645 --> 00:08:02,773 Sekejap. Saya sangat serius sekarang. 136 00:08:02,857 --> 00:08:04,609 Apa kaitannya dengan Kyeong-jun? 137 00:08:05,651 --> 00:08:08,738 Saya pun serius. Bukan awak nak berkahwin dengannya? 138 00:08:09,363 --> 00:08:12,825 Saya tiada rancangan untuk berkahwin dengan Kyeong-jun atau lelaki lain. 139 00:08:20,666 --> 00:08:21,792 Ya. Helo. 140 00:08:22,919 --> 00:08:24,587 Ya, saya Eun-o dari Syarikat O3. 141 00:08:24,670 --> 00:08:25,838 Ya, betul. 142 00:08:26,464 --> 00:08:29,592 Nak tengok pembentangan? Hari ini? 143 00:08:30,176 --> 00:08:32,720 - Tiba-tiba pula… - Kita dah janji tengok wayang! 144 00:08:32,803 --> 00:08:34,722 Ya, boleh. Tiada masalah. 145 00:08:34,805 --> 00:08:37,183 Syarikat O3 sentiasa bersedia untuk segalanya. 146 00:08:37,266 --> 00:08:40,436 Saya jumpa awak nanti. Terima kasih. 147 00:08:42,104 --> 00:08:43,397 Tunggu sekejap. 148 00:08:43,481 --> 00:08:45,900 Nampaknya Syarikat O3 akan mula menerima… 149 00:08:45,983 --> 00:08:47,527 Banyak kerja mulai sekarang 150 00:08:47,610 --> 00:08:49,320 Banyak kerja mulai sekarang 151 00:08:49,403 --> 00:08:50,321 Sekejap. 152 00:08:50,404 --> 00:08:54,825 Apa kata saya cantikkan kulit dulu sebelum pembentangan hari ini? 153 00:08:55,451 --> 00:08:56,410 Sekejap. 154 00:08:56,494 --> 00:08:58,162 - Lagi sekali? - Tiba-tiba saja? 155 00:08:58,246 --> 00:08:59,288 Tengoklah dia. 156 00:09:03,417 --> 00:09:06,754 Saya rasa dia mungkin dipilih untuk jadi model produk itu nanti. 157 00:09:07,630 --> 00:09:09,382 Ada iklan untuk produk itu? 158 00:09:18,432 --> 00:09:19,517 Dah minum? 159 00:09:21,769 --> 00:09:24,855 Betulkah awak tiada niat untuk berkahwin dengan Kyeong-jun? 160 00:09:24,939 --> 00:09:26,774 Awak tipu, bukan? Kyeong-jun tahu tak? 161 00:09:26,857 --> 00:09:29,402 Kami tak pernah berbincang soal perkahwinan. 162 00:09:29,485 --> 00:09:30,987 Kalau begitu, mestilah Kyeong-jun 163 00:09:31,070 --> 00:09:32,572 - anggap awak nak kahwin… - Hei. 164 00:09:32,655 --> 00:09:34,532 Perkahwinan tak penting sekarang. 165 00:09:34,615 --> 00:09:36,450 Lagi penting untuk teruskan hidup. 166 00:09:36,534 --> 00:09:38,786 Adakah awak sedang tulis novel sekarang? 167 00:09:40,121 --> 00:09:41,706 Rin-i, ambillah ini. 168 00:09:42,373 --> 00:09:44,333 Rin-i, tak perlu percayakan lelaki 169 00:09:44,417 --> 00:09:46,210 dan percayakan saya saja, okey? 170 00:09:46,294 --> 00:09:48,212 Baiklah. Saya sayangkan awak. 171 00:09:52,258 --> 00:09:54,385 Ini memang cantik. 172 00:09:54,969 --> 00:09:57,680 Tapi saya pilih yang itu. 173 00:09:58,556 --> 00:10:01,601 Perabot pertama yang awak pilih adalah yang terkenal ketika ini. 174 00:10:01,684 --> 00:10:03,019 Saya tahu. 175 00:10:03,102 --> 00:10:05,313 Tapi saya nak yang itu. 176 00:10:05,855 --> 00:10:07,231 Baiklah. 177 00:10:07,315 --> 00:10:09,942 - Boleh saya bawanya balik sekarang? - Ya, boleh. 178 00:10:25,374 --> 00:10:27,877 Saya patut belikan basikal untuk Rin-i. 179 00:10:42,850 --> 00:10:45,353 - Rin-i. - Kyeong-jun! Baguslah awak ada di sini. 180 00:10:45,936 --> 00:10:47,605 Jom kita bawa ini ke rumah Eun-o. 181 00:10:47,688 --> 00:10:50,983 Dulu saya kata yang saya perlukan laci dan jumpa ini di sini. 182 00:10:51,067 --> 00:10:52,943 Mesti cantik lepas saya betulkannya. 183 00:10:53,027 --> 00:10:55,529 - Tolong buka but kereta. - Tunggu sekejap. 184 00:11:00,951 --> 00:11:05,206 Kedai perabot yang bekerja dengan syarikat kami adakan sebuah acara 185 00:11:05,289 --> 00:11:08,292 - dan mereka berikannya kepada saya. - Betulkah? 186 00:11:08,376 --> 00:11:11,379 Jadi kita patut buang saja laci ini. 187 00:11:12,505 --> 00:11:14,048 Mahal tak laci itu? 188 00:11:21,055 --> 00:11:22,348 - Selamat sejahtera. - Ya. 189 00:11:23,015 --> 00:11:24,558 Han-gyeol, mana Kyeong-jun? 190 00:11:24,642 --> 00:11:26,560 Dia kata dia nak ke Pangyo pagi ini. 191 00:11:27,144 --> 00:11:29,688 En. Park, saya dapat bahan Syarikat O3 hari itu. 192 00:11:29,772 --> 00:11:33,150 Semua projek yang melibatkannya telah mendapat hasil yang baik. 193 00:11:33,234 --> 00:11:34,777 Patutkah kita turut membida? 194 00:11:36,612 --> 00:11:38,948 Syarikatnya kecil. Tak mengapakah? 195 00:11:39,782 --> 00:11:42,785 Di syarikat besar pun selalunya hanya seorang uruskan satu projek. 196 00:11:42,868 --> 00:11:44,328 Saya rasa ia tak jadi masalah. 197 00:11:44,412 --> 00:11:46,122 Saya cari maklumat tentang projeknya. 198 00:11:46,205 --> 00:11:48,541 Ia pernah adakan majlis pembukaan galeri kesenian. 199 00:11:49,375 --> 00:11:51,836 Dia banyak menggunakan media sosial. 200 00:11:51,919 --> 00:11:55,089 Kita pun sedang cari syarikat pemasaran yang berikan ilham yang unik. 201 00:11:55,172 --> 00:11:58,342 Apabila Kyeong-jun dah kembali, saya akan atur mesyuarat dengannya. 202 00:11:59,802 --> 00:12:02,138 - Saya akan teliti semuanya dahulu. - Baiklah. 203 00:12:04,640 --> 00:12:07,977 Ini nampak mahal, bukan? Ia nampak baru. 204 00:12:09,478 --> 00:12:10,646 - Bayar 300,000 won. - Apa? 205 00:12:11,272 --> 00:12:13,566 - Jika 100,000 won pun saya takkan beli. - Hei. 206 00:12:13,649 --> 00:12:16,026 Itu perabot import. 207 00:12:16,110 --> 00:12:18,446 - Berapa harga asalnya? - Berapa harganya? 208 00:12:19,697 --> 00:12:20,948 Dalam 1.2 juta won. 209 00:12:21,949 --> 00:12:24,410 Saya dapatnya secara percuma, 210 00:12:24,493 --> 00:12:26,162 - tapi itulah harganya. - Betulkah? 211 00:12:26,745 --> 00:12:28,247 Laci ini semahal itu? 212 00:12:29,290 --> 00:12:31,417 Hei, 300,000 won tak cukup. 213 00:12:31,500 --> 00:12:33,502 Ini barang import. Jadi 500,000 won. 214 00:12:33,586 --> 00:12:34,712 Lagilah tak nak. 215 00:12:34,795 --> 00:12:37,173 Awak tak tahu apa-apa mengenai perabot. 216 00:12:37,256 --> 00:12:39,300 Ini laci yang mahal dan elok. 217 00:12:40,676 --> 00:12:42,219 Saya takkan jual untuk harga itu. 218 00:12:43,721 --> 00:12:47,016 Rin-i, janganlah jual. Itu terlalu murah. 219 00:12:47,099 --> 00:12:48,017 Murah? 220 00:12:50,060 --> 00:12:51,228 Tengoklah ini. 221 00:12:53,189 --> 00:12:54,356 JAE-WON 222 00:12:55,816 --> 00:12:56,859 Helo, Jae-won. 223 00:12:57,943 --> 00:12:59,737 Hari ini hari saya ke Pangyo. 224 00:13:01,238 --> 00:13:03,282 SYARIKAT MAKANAN M 225 00:13:14,793 --> 00:13:16,629 Saya bukan lagi Eun-o yang dulu. 226 00:13:18,047 --> 00:13:19,590 Buat yang terbaik, Eun-o. 227 00:13:19,673 --> 00:13:22,051 Ceritakan tentang Cik Eun-o. 228 00:13:24,261 --> 00:13:26,931 Dahlah saya kena bangun awal. Awak cuma nak tanya ini saja? 229 00:13:29,350 --> 00:13:32,102 Awak selalu kata awak ke Pangyo padahal pergi jumpa Rin-i. 230 00:13:33,395 --> 00:13:36,649 Ada barang yang sampai, tapi tiada siapa di sana untuk jadi penerima. 231 00:13:36,732 --> 00:13:38,526 Jadi saya ke sana pukul 4:00 pagi tadi. 232 00:13:39,985 --> 00:13:43,948 Saya memang pergi jumpa Rin-i, tapi saya jumpanya lepas habis kerja. 233 00:13:44,657 --> 00:13:45,783 Kenapa pandang begitu? 234 00:13:45,866 --> 00:13:49,620 Nak saya bekerja hanya mengikut waktu kerja 9:00 pagi ke 5:00 petang? 235 00:13:53,499 --> 00:13:54,833 RUMAH IKUT KEHENDAK PEMBELI 236 00:13:54,917 --> 00:13:57,711 Menurut Han-gyeol, syarikat ini agak baik. 237 00:13:57,795 --> 00:13:59,797 Kita akan buat pembidaan dengannya? 238 00:14:01,423 --> 00:14:03,759 Tapi kenapa awak nak tahu mengenai Eun-o? 239 00:14:05,636 --> 00:14:07,471 Apa jadi hujung minggu lepas? 240 00:14:09,223 --> 00:14:11,684 Awak dan Rin-i belasah pelanggan kita. 241 00:14:11,767 --> 00:14:14,937 Bukankah awak patut berikan penjelasan? 242 00:14:15,604 --> 00:14:17,189 - Maafkan saya. - Jadi beritahulah. 243 00:14:18,148 --> 00:14:22,820 Jadi pelanggan kita dan Cik Lee Eun-o 244 00:14:23,988 --> 00:14:26,699 sepatutnya berkahwinkah? 245 00:14:28,784 --> 00:14:30,286 Saya jumpa Kang Min-su. 246 00:14:31,996 --> 00:14:34,915 Dia ke syarikat Kyeong-jun untuk bina rumahnya. 247 00:14:37,251 --> 00:14:38,586 Ada tanya kenapa mereka berpisah? 248 00:14:40,004 --> 00:14:41,213 Dia dah berkahwin. 249 00:14:42,214 --> 00:14:43,924 - Dengan rakan sekerjanya. - Apa? 250 00:14:44,508 --> 00:14:47,261 Gila, bukan? Anaknya dah berusia sembilan bulan. 251 00:14:52,975 --> 00:14:54,768 Ingat tak Eun-o ke Busan tahun lepas? 252 00:14:54,852 --> 00:14:57,438 Perempuan itu dah mengandung pada waktu itu. 253 00:15:00,274 --> 00:15:01,734 Dia main kayu tiga? 254 00:15:01,817 --> 00:15:03,569 - Ya. - Dia masih di Busan? 255 00:15:03,652 --> 00:15:05,487 - Jom pergi ke Busan sekarang. - Hei! 256 00:15:05,571 --> 00:15:08,407 Kyeong-jun dah belasah dia dan saya tuang air atas kepalanya. 257 00:15:08,490 --> 00:15:09,867 Duduklah. 258 00:15:13,746 --> 00:15:14,788 Itu sebabnya? 259 00:15:14,872 --> 00:15:17,583 Itu sebabnya Eun-o hilangkan diri selama tiga bulan. 260 00:15:18,334 --> 00:15:20,502 Dia suruh Eun-o ke Busan kerana katanya sunyi. 261 00:15:20,586 --> 00:15:24,214 Mereka tinggal di Busan bersama, tapi dia pindah ke Seoul kerana kerja. 262 00:15:24,298 --> 00:15:27,593 Eun-o sanggup cari kerja di Busan kerana katanya mereka akan berkahwin. 263 00:15:27,676 --> 00:15:30,137 Tapi dia tiba-tiba hilangkan diri selama tiga bulan. 264 00:15:30,721 --> 00:15:33,140 Rin-i teman ibunya di UK pada waktu itu. 265 00:15:33,724 --> 00:15:35,100 Tapi dia balik kerana Eun-o. 266 00:15:35,893 --> 00:15:37,311 Jadi dalam tempoh itu, 267 00:15:39,146 --> 00:15:40,981 dia cuba cari lelaki itu? 268 00:15:42,191 --> 00:15:43,442 Dia cuba cari, 269 00:15:44,026 --> 00:15:46,320 tapi mereka berpisah sebaik saja bertemu di Busan. 270 00:15:48,238 --> 00:15:51,492 Oh, ya. Kami cari Eun-o di hotel tempat dia bekerja. 271 00:15:52,284 --> 00:15:54,119 Kami jumpa wanita 272 00:15:55,120 --> 00:15:57,414 yang datang temu duga pada hari yang sama dengan Eun-o. 273 00:15:58,290 --> 00:16:00,918 Tawaran kerja untuk Cik Lee Eun-o di sini telah dibatalkan. 274 00:16:02,336 --> 00:16:05,297 Tapi dia datang kerja mungkin kerana tiada siapa yang beritahunya. 275 00:16:06,048 --> 00:16:09,426 Syarikat apa yang batalkan tawaran kerja kepada orang secara tiba-tiba? 276 00:16:11,053 --> 00:16:13,639 Jadi macam mana dengan kawan saya? Apa jadi kepadanya? 277 00:16:15,265 --> 00:16:18,227 Dia tak beritahu awak dia nak ke mana? 278 00:16:19,478 --> 00:16:20,896 Saya tak tahu. 279 00:16:22,272 --> 00:16:23,774 Eun-o sangat baik. 280 00:16:23,857 --> 00:16:26,110 Sepatutnya dia menjadi rakan sekerja saya. 281 00:16:26,694 --> 00:16:28,362 Tapi jangan risau. 282 00:16:29,029 --> 00:16:32,282 Mungkin dia cuma ingin pergi bercuti untuk tempoh yang lama. 283 00:16:35,077 --> 00:16:36,036 Terima kasih. 284 00:16:36,120 --> 00:16:37,663 Dia buang telefonnya. 285 00:16:37,746 --> 00:16:40,874 Puas kami fikir jika nak laporkan sebagai orang yang hilang atau tak. 286 00:16:41,500 --> 00:16:43,085 Rin-i menangis setiap hari. 287 00:16:46,171 --> 00:16:49,508 Dia tak beritahu awak dia ke mana selepas balik ke sini? 288 00:16:49,591 --> 00:16:52,094 Dia tak beritahu pun sebab dia berpisah dengan Min-su. 289 00:16:54,888 --> 00:16:56,974 Awak boleh agak apa perasaannya, bukan? 290 00:16:57,057 --> 00:16:58,517 Lelaki itu main kayu tiga. 291 00:16:58,600 --> 00:17:01,770 Tawaran kerjanya ditarik balik dan dia tiada tempat nak pergi. 292 00:17:03,439 --> 00:17:04,982 Dia banyak berubah selepas itu. 293 00:17:06,066 --> 00:17:08,652 Dia dulu sangat baik dan pendiam. 294 00:17:10,195 --> 00:17:12,156 Dia sangat baik dan pendiam? 295 00:17:12,239 --> 00:17:16,118 Adakah imej syarikat akan bertambah baik jika serahkan lampiran secara rawak? 296 00:17:16,785 --> 00:17:18,746 Kami di Syarikat O3 menawarkan penyelesaian 297 00:17:18,829 --> 00:17:21,415 yang berkesan dan efektif untuk syarikat anda. 298 00:17:21,498 --> 00:17:24,001 Saya telah sediakan beberapa poster wayang. 299 00:17:24,084 --> 00:17:27,755 Ini poster wayang terkenal yang sedang ditayangkan di Daehangno. 300 00:17:28,338 --> 00:17:29,465 Hidup Pasangan Berkahwin. 301 00:17:29,548 --> 00:17:31,842 Ia seperti akan ditayangkan untuk masa yang lama. 302 00:17:31,925 --> 00:17:34,970 Hari Terbaik untuk Berskandal, dan Keindahan Perkahwinan. 303 00:17:35,054 --> 00:17:36,138 Baiklah. 304 00:17:36,221 --> 00:17:40,267 Cuba cari perbezaan antara poster yang saya paparkan. 305 00:17:40,350 --> 00:17:41,560 AWAK MAHUKAN RAMYEON? 306 00:17:42,144 --> 00:17:46,356 Pelakon yang sedang berdiri di sini sedang pegang pek ramyeon 307 00:17:46,440 --> 00:17:49,026 dan ada tertulis Awak Mahukan Ramyeon? di sini. 308 00:17:49,109 --> 00:17:52,071 Di sini pula, dia sedang pegang minuman. 309 00:17:52,154 --> 00:17:54,782 Bagaimana? Produk anda terus mendapat perhatian, bukan? 310 00:17:55,491 --> 00:17:57,367 Bukan sahaja poster. 311 00:17:57,451 --> 00:18:02,372 Pelakon wanita juga akan pegang ramyeon ketika dia sedang berlakon. 312 00:18:02,956 --> 00:18:06,335 Kenapa? Dia sedang masak ramyeon apabila teman lelakinya sampai. 313 00:18:07,294 --> 00:18:09,630 Loceng berbunyi. "Siapa itu? 314 00:18:13,008 --> 00:18:14,968 Apa awak buat di sini sekarang? 315 00:18:15,052 --> 00:18:17,471 Awak nak berbincang? Tapi sekarang pukul 3:00 pagi! 316 00:18:18,430 --> 00:18:19,431 Ramyeon? 317 00:18:19,515 --> 00:18:21,100 Saya terjaga sebab lapar. 318 00:18:21,183 --> 00:18:24,436 Awak nak makan sekali? Ramyeon ini enak. 319 00:18:24,520 --> 00:18:25,395 Tunggu sekejap." 320 00:18:26,980 --> 00:18:28,565 HARI TERBAIK UNTUK BERSKANDAL 321 00:18:28,649 --> 00:18:30,109 "Kenapa awak ke sini? 322 00:18:30,192 --> 00:18:32,236 Apa? Awak nak berpisah? 323 00:18:33,112 --> 00:18:35,030 Patutkah awak cakap begitu sekarang? 324 00:18:35,114 --> 00:18:36,323 Apa sebabnya? 325 00:18:37,074 --> 00:18:38,700 Awak ada perempuan lain? 326 00:18:38,784 --> 00:18:40,119 Siapa? Sejak bila? 327 00:18:41,829 --> 00:18:45,040 Kalau awak di tempat saya, bolehkah awak terima situasi ini? 328 00:18:45,624 --> 00:18:47,501 Sejak bila awak tipu saya?" 329 00:18:48,001 --> 00:18:50,420 Pelakon wanita itu akan pegang ramyeon 330 00:18:50,504 --> 00:18:52,673 sepanjang babak itu ditayangkan. 331 00:18:53,257 --> 00:18:56,510 Itu idea baik, tapi apa bezanya dengan pengiklanan dalam drama? 332 00:18:57,302 --> 00:18:59,304 Ia tiada pengaruh seperti drama juga. 333 00:19:00,806 --> 00:19:04,143 Ini bukan pengiklanan utama, tapi ini pemasaran emosi. 334 00:19:04,226 --> 00:19:07,980 "Syarikat makanan yang besar menyokong projek budaya." 335 00:19:08,063 --> 00:19:10,899 Ia boleh membantu menaikkan imej syarikat sekali. 336 00:19:10,983 --> 00:19:13,777 Produk kita saja sudah mencukupi untuk buat begitu. 337 00:19:13,861 --> 00:19:15,279 Betul. 338 00:19:15,362 --> 00:19:20,284 Tapi malulah kalau ia cuma dianggap sebagai "sokongan" pada produk saja. 339 00:19:21,118 --> 00:19:22,369 Pasti awak rasa begitu. 340 00:19:23,036 --> 00:19:26,707 Kami dari Unit Pemasaran juga boleh buat begitu. 341 00:19:27,791 --> 00:19:30,335 Ya. Memang betul. 342 00:19:30,419 --> 00:19:35,090 Tapi takkanlah tak rasa malu kalau curi idea orang? 343 00:19:38,093 --> 00:19:39,303 Idea awak sangat baik. 344 00:19:39,386 --> 00:19:41,972 Reaksi sebegitu daripada mereka adalah reaksi positif. 345 00:19:42,055 --> 00:19:44,933 Saya sentiasa akan atasi jangkaan. Percayalah. 346 00:19:48,854 --> 00:19:50,689 Ada temu duga hari ini? 347 00:19:50,772 --> 00:19:52,900 Ya, kami akan pilih dua orang hari ini. 348 00:19:52,983 --> 00:19:55,944 Tapi ada terlalu ramai calon. Jadi ia dijalankan sepanjang hari. 349 00:19:57,362 --> 00:19:58,655 Awak nak kopi atau teh? 350 00:19:59,198 --> 00:20:01,533 Saya nak teh. Terima kasih. 351 00:20:10,250 --> 00:20:12,461 - Sila baca. - Terima kasih. 352 00:20:45,452 --> 00:20:46,453 Jika… 353 00:20:48,038 --> 00:20:49,873 saya tak jumpa Seon-a hari itu, 354 00:20:51,708 --> 00:20:53,418 apa yang akan terjadi kepada saya? 355 00:21:00,217 --> 00:21:02,427 Jangan rasa tertekan, ya! 356 00:21:05,013 --> 00:21:06,390 Kamu hanya perlu… 357 00:21:06,473 --> 00:21:08,058 jadi diri sendiri! 358 00:21:08,141 --> 00:21:11,228 Pasti ada orang yang akan sedar kelebihan kamu. 359 00:21:12,312 --> 00:21:14,690 - Kamu boleh! - Boleh! 360 00:21:15,315 --> 00:21:16,275 Kamu boleh! 361 00:21:20,821 --> 00:21:22,698 - Biar saya buat teh itu. - Baiklah. 362 00:21:24,199 --> 00:21:25,575 - Jae-won. - Ya? 363 00:21:25,659 --> 00:21:28,036 Saya akan berikan usul bidaan ini kepada Eun-o. 364 00:21:30,789 --> 00:21:32,207 Eun-o hebat dalam bidangnya. 365 00:21:32,958 --> 00:21:34,584 Awak pun dah tahu pengalamannya. 366 00:21:35,544 --> 00:21:36,461 Oh, ya. 367 00:21:36,545 --> 00:21:39,381 Kami akan berkhemah di bumbung esok. Nak ikut sekali? 368 00:21:39,464 --> 00:21:40,716 Awak patut datang. 369 00:21:41,800 --> 00:21:42,884 Di rumah Eun-o? 370 00:21:42,968 --> 00:21:45,929 Awak patut singgah saja seperti dulu. 371 00:21:46,013 --> 00:21:46,930 Saya tak paksa. 372 00:21:47,014 --> 00:21:49,516 Nanti, awak boleh berbincang hal kerja sekali. 373 00:21:51,727 --> 00:21:53,979 Tapi sejuk pula berkhemah ketika musim sejuk. 374 00:21:54,062 --> 00:21:57,441 Awak rasa kenapa naengmyeon dinobatkan sebagai makanan musim sejuk? 375 00:21:57,524 --> 00:21:59,651 Sebab kita makan ia ketika musim sejuk. 376 00:21:59,735 --> 00:22:01,194 Ia sama seperti itu. 377 00:22:01,737 --> 00:22:04,448 Bolehkah saya turut serta? 378 00:22:04,531 --> 00:22:05,949 Sudah tentulah. 379 00:22:06,033 --> 00:22:08,577 Lagipun, dia berkongsi ruang kerja dengan kawannya. 380 00:22:08,660 --> 00:22:11,830 Dia berkongsi dengan Geon. Kawan saya yang juga penulis novel. 381 00:22:13,206 --> 00:22:15,834 Kenapa dia berkongsi rumah dengan lelaki? 382 00:22:17,085 --> 00:22:19,004 Adakah mereka tinggal bersama? 383 00:22:20,088 --> 00:22:22,716 - Mereka bercinta? - Tak. Mereka kawan sajalah. 384 00:22:22,799 --> 00:22:24,801 - Pakai baju tebal. Sejuk nanti. - Okey. 385 00:22:26,261 --> 00:22:27,220 Kita jumpa esok. 386 00:22:45,072 --> 00:22:46,198 Dah siap. 387 00:22:51,286 --> 00:22:53,121 - Semua dah siap? - Dah hampir siap. 388 00:22:54,539 --> 00:22:55,582 Okey. 389 00:22:59,002 --> 00:23:01,254 Arang dah sedia. Jom bakar daging. 390 00:23:01,338 --> 00:23:02,464 Okey. 391 00:23:02,547 --> 00:23:04,424 - Saya bawa ini keluar. - Ini sekali. 392 00:23:06,051 --> 00:23:08,929 Kyeong-jun. Jangan beritahu Eun-o yang kita terjumpa Min-su. 393 00:23:09,012 --> 00:23:11,890 Awak ingat saya bodoh? Tak perlu nak ingatkan memori buruk. 394 00:23:11,973 --> 00:23:15,894 Dia tak nak sebut namanya kepada kita kerana hatinya sangat terluka. 395 00:23:16,686 --> 00:23:18,063 Tapi Eun-o ada cincin pasangan. 396 00:23:19,731 --> 00:23:20,899 Apa maksud awak? 397 00:23:22,984 --> 00:23:26,113 - Ada dua cincin di rantainya. - Sudahlah. 398 00:23:26,196 --> 00:23:29,574 Cincin itu bukan kerana dia masih belum lupakan Min-su, bukan? 399 00:23:30,909 --> 00:23:34,621 Mereka berpisah sebab dia curang dan hamilkan wanita lain. 400 00:23:34,704 --> 00:23:36,039 Tapi Eun-o simpan cincin? 401 00:23:36,123 --> 00:23:38,583 Cincin siapa lagi? Itu cincin pasangan. 402 00:23:39,334 --> 00:23:42,087 Takkanlah. Itu pasti bukan cincinnya dengan Min-su. 403 00:23:43,338 --> 00:23:45,841 Dia mungkin dah ada teman lelaki. 404 00:23:46,758 --> 00:23:49,094 Kenapa dia banyak rahsiakan perkara daripada kita? 405 00:23:49,177 --> 00:23:50,929 Tak. Dia dah ada teman lelaki. 406 00:23:51,012 --> 00:23:52,556 Awak tak tahu apa-apa? Siasatlah. 407 00:23:53,515 --> 00:23:54,391 Awak yang seronok? 408 00:23:54,474 --> 00:23:57,102 Dia ada teman lelaki. Awak bawa arak nanti. 409 00:23:58,562 --> 00:24:00,272 - Dia ada teman lelaki? - Ya. 410 00:24:01,398 --> 00:24:02,482 Arak. 411 00:24:03,650 --> 00:24:04,943 Okey. Arak. 412 00:24:25,797 --> 00:24:26,965 Sejuknya! 413 00:24:27,716 --> 00:24:29,718 Kenapa sejuk sangat hari ini? 414 00:24:31,428 --> 00:24:32,512 Aduhai. 415 00:24:34,181 --> 00:24:38,018 Saya patut pakai lebih banyak lapisan baju hari ini. 416 00:24:40,270 --> 00:24:42,689 Adakah pakaian saya terlalu formal? 417 00:24:45,859 --> 00:24:47,110 Okey. 418 00:24:54,326 --> 00:24:56,077 - Jom makan. - Jom makan. 419 00:24:56,161 --> 00:24:57,120 Tunggu kejap. 420 00:25:00,457 --> 00:25:01,875 Okey. 421 00:25:04,252 --> 00:25:08,506 Sebelum kita makan, biar saya terangkan mengenai arak ini. 422 00:25:08,590 --> 00:25:10,383 - Cepatlah tuang. - Jom minum. 423 00:25:10,467 --> 00:25:12,844 - Tuangkanlah. - Tidak. 424 00:25:14,346 --> 00:25:17,098 Nanti menyesal. Biar saya terangkan tentang dulu. 425 00:25:17,182 --> 00:25:21,186 Arak ini daripada campuran 1, 200 cecair yang berusia melebihi 100 tahun. 426 00:25:21,978 --> 00:25:23,688 Tahu berapa saya bayar untuk ini? 427 00:25:24,606 --> 00:25:26,316 - Ia 100,000 won. - Beli daripada siapa? 428 00:25:26,399 --> 00:25:29,903 Kedua-dua dungu inilah! 429 00:25:30,570 --> 00:25:31,947 Berapa harga asalnya? 430 00:25:32,447 --> 00:25:34,491 Rasanya satu botol bernilai tiga juta won. 431 00:25:35,909 --> 00:25:38,161 Sini. Mari sini, tak guna! 432 00:25:38,245 --> 00:25:39,537 Penipu! 433 00:25:39,621 --> 00:25:41,331 - Pulangkannya. - Hei. 434 00:25:41,414 --> 00:25:43,875 - Mana awak dapat arak mahal itu? - Serahkan. 435 00:25:46,086 --> 00:25:47,879 - Daripada sepupu saya. - Jae-won. 436 00:25:48,797 --> 00:25:51,967 Baru-baru ini, Jae-won telah ditipu oleh seorang wanita 437 00:25:52,050 --> 00:25:54,010 dan hampir menjadi kaki mabuk. 438 00:25:54,094 --> 00:25:55,929 Perempuan yang curi kameranya. 439 00:25:58,181 --> 00:25:59,599 Dia pasti sangat romantik. 440 00:25:59,683 --> 00:26:02,519 Apabila dia mabuk, dia pergi ke balai polis untuk mencarinya. 441 00:26:03,311 --> 00:26:06,356 Jadi Kyeong-jun ambil semua arak yang ada di rumahnya 442 00:26:06,439 --> 00:26:08,942 - dan jual kepada saya. - Hanya untuk 100,000 won. 443 00:26:09,484 --> 00:26:11,569 Arak di tangan saya bernilai tiga juta won. 444 00:26:12,904 --> 00:26:15,323 - Berapa harga arak yang lain? - Penipu. 445 00:26:17,450 --> 00:26:19,953 Saya tuangkan untuk awak dulu, Eun-o. 446 00:26:22,914 --> 00:26:24,082 Tak guna. 447 00:26:24,165 --> 00:26:27,127 Awak patut beritahu kami kalau arak itu mahal. 448 00:26:27,210 --> 00:26:29,587 - Awak sangat kejam. - Nak cakap saya tak guna? 449 00:26:29,671 --> 00:26:30,839 Ya, tak guna. Penipu. 450 00:26:30,922 --> 00:26:33,883 - Seterusnya, Sayangku Rin-i. Nak minum? - Sekejap. Berhenti. 451 00:26:34,467 --> 00:26:35,844 Jangan panggil dia "sayang". 452 00:26:35,927 --> 00:26:39,556 Hanya saya yang boleh panggil dia "sayang". 453 00:26:40,557 --> 00:26:42,851 Rin-i, si buah hati Kyeong-jun. Jemput minum. 454 00:26:45,312 --> 00:26:46,730 - Tertumpah! - Hati-hatilah! 455 00:26:49,274 --> 00:26:51,651 JAE-WON 456 00:26:53,028 --> 00:26:54,779 Boleh rasa tak? 457 00:26:54,863 --> 00:26:56,072 Awak ada di mana? 458 00:26:57,532 --> 00:26:59,034 Awak dah sampai? Sekejap. 459 00:27:01,786 --> 00:27:03,580 Jae-won! Kami ada di sini, naiklah. 460 00:27:03,663 --> 00:27:04,914 - Okey. - Jae-won datang? 461 00:27:05,665 --> 00:27:07,208 Saya lupa nak beritahu. 462 00:27:07,292 --> 00:27:09,044 Saya ajak dia datang. Tak apa, bukan? 463 00:27:09,627 --> 00:27:10,879 - Arak ini. - Naiklah. 464 00:27:16,426 --> 00:27:17,469 Jae-won! 465 00:27:21,681 --> 00:27:23,516 Cepatlah ke sini. Kami baru nak mula. 466 00:27:23,600 --> 00:27:26,770 Saya perkenalkan awak kepada kawan-kawan saya. 467 00:27:27,270 --> 00:27:28,730 Helo. Nama saya Kang Geon. 468 00:27:30,231 --> 00:27:32,150 - Saya Jae-won. - Selamat berkenalan. 469 00:27:32,776 --> 00:27:34,944 - Awak kacak. - Saya teringin nak jumpa awak. 470 00:27:38,281 --> 00:27:39,908 Jae-won, ini kawan saya. 471 00:27:50,710 --> 00:27:52,545 Helo. Nama saya Jae-won. 472 00:27:58,301 --> 00:27:59,552 Helo. 473 00:28:04,099 --> 00:28:06,643 Saya teringin nak kenal awak, Eun-o. 474 00:28:12,023 --> 00:28:13,900 Kenapa berjabat tangan lama sangat? 475 00:28:13,983 --> 00:28:16,027 - Beri saya apa yang awak bawa. - Nah. 476 00:28:17,404 --> 00:28:19,447 Apa? Awak tak pakai cincin lagi? 477 00:28:19,948 --> 00:28:20,782 Mana cincin awak? 478 00:28:21,282 --> 00:28:22,409 Cincin saya? 479 00:28:24,077 --> 00:28:25,453 Saya dah buang. 480 00:28:31,084 --> 00:28:32,794 Sebab semua tentangnya tak benar. 481 00:28:53,732 --> 00:28:55,275 Geon, tolong tuangkan minuman. 482 00:28:55,358 --> 00:28:57,777 Oh, ya. Ini kali pertama dia ke sini. Tunggu sekejap. 483 00:29:02,657 --> 00:29:04,409 - Duduklah, Jae-won. - Terima kasih. 484 00:29:04,492 --> 00:29:05,952 Jemput duduk. 485 00:29:09,372 --> 00:29:11,791 Awak mesti rasa sejuk. Kenapa pakai pakaian nipis? 486 00:29:12,917 --> 00:29:14,335 Saya tak sejuk. Saya okey. 487 00:29:14,419 --> 00:29:15,712 - Awak pandu ke sini? - Ya. 488 00:29:16,421 --> 00:29:17,797 Patut kena panggil pemandu. 489 00:29:19,883 --> 00:29:22,594 - Ia cantik, bukan? - Ia nampak elok. 490 00:29:25,388 --> 00:29:28,308 - Eun-o, awak okey? - Apa? 491 00:29:29,601 --> 00:29:32,562 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Shadiqah