1 00:00:10,094 --> 00:00:12,055 [IKLAN WELLSPRING, "DUNIA INDAH" :30.] 2 00:00:12,638 --> 00:00:14,891 Kita semua mencari sesuatu. 3 00:00:16,225 --> 00:00:17,310 Pengembaraan. 4 00:00:19,437 --> 00:00:20,313 Masyarakat. 5 00:00:22,565 --> 00:00:23,858 Hubungan. 6 00:00:25,318 --> 00:00:28,488 Kaji sejarah anda dan anda pasti kenal diri anda. 7 00:00:29,072 --> 00:00:31,699 Pesanlah kit DNA peribadi anda hari ini 8 00:00:31,783 --> 00:00:34,786 dan terima diskaun 50 peratus untuk laporan pertama. 9 00:00:35,495 --> 00:00:38,998 Hadiahi diri anda dengan maklumat tentang diri sendiri. 10 00:00:39,832 --> 00:00:43,461 Wellspring. Kisah anda bermula di sini. 11 00:00:48,424 --> 00:00:50,551 SEBUAH SIRI NETFLIX 12 00:01:41,227 --> 00:01:42,353 Aduh. 13 00:01:43,020 --> 00:01:45,022 Saya dah tinggalkan enam pesanan. 14 00:01:45,815 --> 00:01:47,900 Maaf, saya ada kerja. 15 00:01:47,984 --> 00:01:49,944 Saya cuba telefon awak balik malam tadi. 16 00:01:50,027 --> 00:01:51,362 Saya nampak ayah saya. 17 00:01:53,781 --> 00:01:54,740 Dalam video itu. 18 00:01:56,075 --> 00:01:57,577 Apa maksud awak? 19 00:01:58,327 --> 00:02:02,456 Dia ada di Visser pada 1994. 20 00:02:03,082 --> 00:02:04,083 Dia buat apa? 21 00:02:04,167 --> 00:02:05,418 Entahlah. Saya… 22 00:02:05,501 --> 00:02:07,170 Ada orang serang hendap. 23 00:02:07,962 --> 00:02:09,755 Orang Rockland datang 24 00:02:09,839 --> 00:02:12,633 dan heret Melody keluar dan dia ada di sana. 25 00:02:12,717 --> 00:02:17,138 - Saya ingat ayah awak profesor. - Ya. Profesor psikologi di NYU. 26 00:02:18,222 --> 00:02:20,850 Apa kaitan dia dengan Rockland? Dia kerja di sana? 27 00:02:21,893 --> 00:02:23,477 Entah. Mungkin tidak. 28 00:02:24,061 --> 00:02:25,605 Baiklah. Okey. 29 00:02:27,315 --> 00:02:28,858 Apa lagi yang awak nampak? 30 00:02:29,567 --> 00:02:30,568 Dia penipu. 31 00:02:30,651 --> 00:02:32,862 - Siapa? - Davenport. 32 00:02:32,945 --> 00:02:36,407 Dia kata dia tak tahu isi pita itu tapi dia tentu tahu. 33 00:02:36,490 --> 00:02:39,702 Kalau tidak, dia tentu tak tahu ayah saya terlibat. 34 00:02:39,785 --> 00:02:41,954 Mereka tak jumpa secara kebetulan. 35 00:02:42,914 --> 00:02:44,498 Ini telah dirancang. 36 00:02:44,582 --> 00:02:46,834 Baiklah. Katakanlah ia benar… 37 00:02:46,918 --> 00:02:48,252 Ia memang benar. 38 00:02:48,336 --> 00:02:50,379 Baiklah, awak ada dua pilihan. 39 00:02:50,963 --> 00:02:54,467 Awak boleh serang Davenport atau bertenang. 40 00:02:54,550 --> 00:02:56,219 Tapi jika awak marah dia, 41 00:02:56,302 --> 00:02:58,971 dia akan pecat awak, sorok wang dan pita itu 42 00:02:59,055 --> 00:03:00,932 dan awak takkan tahu perbuatan ayah awak. 43 00:03:03,309 --> 00:03:04,435 Awak masih di sana? 44 00:03:05,144 --> 00:03:07,688 Awak ingat rumah mak cik saya di Park Slope? 45 00:03:07,772 --> 00:03:10,107 - Ya, kita sambut Krismas di sana. - Ya. 46 00:03:10,191 --> 00:03:14,528 Dia di Eropah. Kunci rumahnya ada di dalam koleh Tarkovsky. 47 00:03:15,696 --> 00:03:18,157 Dia simpan semua fail lama ayah saya. 48 00:03:20,701 --> 00:03:23,871 Mungkin awak boleh siasat tentang Rockland di sana? 49 00:03:24,455 --> 00:03:25,539 Nanti saya siasat. 50 00:03:28,793 --> 00:03:30,002 Dia kenal ayah awak? 51 00:03:31,587 --> 00:03:32,546 Apa? 52 00:03:33,547 --> 00:03:35,758 Melody. Dia kenal ayah awak? 53 00:03:36,425 --> 00:03:37,426 Entahlah. 54 00:03:38,010 --> 00:03:40,346 Berjanjilah yang awak akan tidur. 55 00:03:40,429 --> 00:03:41,389 Okey. 56 00:03:59,365 --> 00:04:00,574 Saya Melody Pendras. 57 00:04:00,658 --> 00:04:02,785 Sekarang 7.24 pagi 58 00:04:02,868 --> 00:04:06,163 dan saya bersama Jessica Lewis. Dia pelajar gred sembilan 59 00:04:06,247 --> 00:04:11,294 dan dia pembantu tidak rasmi kepada semua orang di Apartmen Visser. 60 00:04:11,377 --> 00:04:15,172 Saya Jess. Nama gelaran saya Jess, bukan Jessica. 61 00:04:15,256 --> 00:04:17,842 Ini pula sisi cantik saya. 62 00:04:18,968 --> 00:04:21,804 - Apa yang awak buat? - Khidmat pelanggan. 63 00:04:23,931 --> 00:04:26,434 Apa yang awak nak beritahu saya hari itu? 64 00:04:26,517 --> 00:04:27,727 Semasa saya merakam. 65 00:04:28,436 --> 00:04:32,398 Awak kata, "Boleh saya kata…" kemudian awak berhenti. Ingat lagi? 66 00:04:32,481 --> 00:04:33,482 Tidak. 67 00:04:34,442 --> 00:04:35,484 Jess? 68 00:04:36,736 --> 00:04:37,570 Helo. 69 00:04:39,613 --> 00:04:40,990 Hei, Paderi Russo. 70 00:04:44,368 --> 00:04:47,496 Ini kawan saya, Melody. Dia baru pindah ke apartmen. 71 00:04:48,622 --> 00:04:49,832 Selamat berkenalan. 72 00:04:50,916 --> 00:04:52,460 Datanglah hari Ahad nanti. 73 00:04:52,543 --> 00:04:55,254 - Semua orang dialu-alukan. - Mungkin. 74 00:04:59,383 --> 00:05:03,095 Diakah paderi yang ibu awak suruh awak jumpa? 75 00:05:04,055 --> 00:05:05,097 Ya. 76 00:05:07,224 --> 00:05:09,018 Nah. Hidulah. 77 00:05:11,645 --> 00:05:12,938 Ya Tuhan. 78 00:05:18,361 --> 00:05:19,320 Tengoklah. 79 00:05:22,948 --> 00:05:25,242 Ini buku kegemaran saya semasa kecil. 80 00:05:25,785 --> 00:05:27,870 Mrs. Frisby and the Rats of NIMH? 81 00:05:28,829 --> 00:05:29,955 Entah. 82 00:05:38,130 --> 00:05:40,549 Saya juga buat filem. 83 00:05:42,134 --> 00:05:43,386 Filem apa? 84 00:05:44,095 --> 00:05:46,722 Entahlah. Filem puitis, agaknya. 85 00:05:50,226 --> 00:05:52,895 Mak saya tak tahu tentang kamera saya, okey? 86 00:05:54,688 --> 00:05:59,151 Hei, awak dah tanya mak awak sama ada dia nak ditemu bual minggu ini? 87 00:06:00,027 --> 00:06:01,153 Ini dia, Cik Wall. 88 00:06:02,696 --> 00:06:04,115 Awak memang baik. 89 00:06:05,324 --> 00:06:06,283 Sangat istimewa. 90 00:06:07,368 --> 00:06:09,203 Mari kita minum teh petang ini. 91 00:06:10,830 --> 00:06:15,000 Ini Melody. Dia buat projek sejarah tentang bangunan kita. 92 00:06:15,543 --> 00:06:17,503 Boleh dia temu bual cik? 93 00:06:36,105 --> 00:06:37,314 Biar saya pujuk dia. 94 00:06:40,526 --> 00:06:41,819 Terima kasih. 95 00:06:42,486 --> 00:06:44,488 Beatriz, ini Melody. Dia buat… 96 00:06:44,572 --> 00:06:47,241 Filem tentang penghuni bangunan ini. 97 00:06:47,324 --> 00:06:49,952 Masuklah. Mari kita tilik nasib. 98 00:06:55,875 --> 00:06:57,376 Beatriz Reyes. 99 00:06:57,460 --> 00:07:01,797 Saya lahir di San Juan tapi pindah ke Los Angeles pada usia 16 tahun. 100 00:07:02,798 --> 00:07:04,300 Kenapa awak tinggal di sini? 101 00:07:04,383 --> 00:07:07,219 Saya menumpang di rumah sepupu saya, Alicia. 102 00:07:07,303 --> 00:07:10,389 Tapi dia ikut tukang paip dari Boston, 103 00:07:10,473 --> 00:07:14,643 jadi saya ambil alih kontrak sewanya dan ikan itu. 104 00:07:16,770 --> 00:07:21,692 Untuk pengetahuan awak, penduduk di sini sangat pelik. 105 00:07:23,360 --> 00:07:24,904 Pelik yang bagaimana? 106 00:07:25,613 --> 00:07:27,031 Ada kelab seks. 107 00:07:28,157 --> 00:07:31,452 Mereka berjumpa di bilik serba guna pada waktu malam, 108 00:07:31,535 --> 00:07:33,370 semua orang pun tahu. 109 00:07:34,163 --> 00:07:36,248 Suara mereka jelas sampai ke sini. 110 00:07:37,249 --> 00:07:38,250 Mengerang. 111 00:07:40,044 --> 00:07:41,212 Bahagikan kad. 112 00:07:51,305 --> 00:07:52,681 Masa silam, 113 00:07:52,765 --> 00:07:53,933 masa kini, 114 00:07:55,017 --> 00:07:56,227 masa depan. 115 00:08:00,523 --> 00:08:01,357 Kesedihan. 116 00:08:02,274 --> 00:08:03,609 Penderitaan. 117 00:08:07,363 --> 00:08:09,031 Awak menderita semasa kecil. 118 00:08:16,121 --> 00:08:17,831 Ada sesuatu yang tersembunyi. 119 00:08:19,542 --> 00:08:22,628 Sesuatu yang membawa awak ke sini. 120 00:08:26,632 --> 00:08:27,716 Bukan cahaya ini. 121 00:08:32,972 --> 00:08:34,056 Tapi seseorang. 122 00:08:35,474 --> 00:08:36,725 Dialah sebabnya. 123 00:08:41,522 --> 00:08:45,442 Saya mencari seorang sejarawan. Namanya Julia Bennett. 124 00:08:47,570 --> 00:08:51,073 Dia buat penemuan hebat sekitar 1970-an dan tiba-tiba, 125 00:08:51,699 --> 00:08:53,701 dia hilang begitu saja. 126 00:08:55,911 --> 00:08:58,414 Alamat terakhirnya adalah di bangunan ini, 127 00:08:59,039 --> 00:09:01,750 jadi saya harap ada penghuninya yang ingat dia. 128 00:09:03,335 --> 00:09:06,964 Ada seorang pemilik wanita di tingkat empat. 129 00:09:07,840 --> 00:09:08,716 4G. 130 00:09:09,883 --> 00:09:15,889 Dah bertahun-tahun orang tak nampak dia, tapi peti suratnya dipenuhi surat. 131 00:09:17,683 --> 00:09:19,518 Nak lihat masa depan? 132 00:09:41,290 --> 00:09:42,583 Jangan percaya bulat-bulat. 133 00:09:43,876 --> 00:09:45,919 Kematian ada banyak makna. 134 00:10:01,977 --> 00:10:03,604 Awak boleh didenda $2,000. 135 00:10:05,773 --> 00:10:07,900 - Saya cuma… - Saya bergurau saja. 136 00:10:07,983 --> 00:10:09,526 Saya bukan polis surat. 137 00:10:10,069 --> 00:10:11,236 Saya tak tipu. 138 00:10:12,029 --> 00:10:12,946 Samuel. 139 00:10:13,030 --> 00:10:14,156 Melody. 140 00:10:14,740 --> 00:10:16,742 Ada apa-apa yang awak nak curi? 141 00:10:16,825 --> 00:10:18,285 Tidak, saya cuma… 142 00:10:18,369 --> 00:10:21,330 Anak saudara saya beri saya kunci induk tiruan 143 00:10:21,413 --> 00:10:24,833 yang dibeli dari muzium pengintip. Pinjamlah jika terdesak. 144 00:10:28,379 --> 00:10:29,880 Tak, saya akan 145 00:10:31,173 --> 00:10:32,883 pergi sekarang. 146 00:10:33,467 --> 00:10:35,302 Selamat berkenalan. 147 00:10:35,386 --> 00:10:36,261 Maaf. 148 00:10:36,804 --> 00:10:38,472 Tunggu, awak suka muzik? 149 00:10:40,140 --> 00:10:44,061 Saya selalu nampak awak dengan fon kepala di bangunan ini. 150 00:10:44,144 --> 00:10:47,272 Ya, saya suka muzik. 151 00:10:47,356 --> 00:10:52,986 Awak selalu dengar muzik opera? 152 00:10:54,780 --> 00:10:57,449 Saya suka Liz Phair, Beastie Boys. 153 00:10:59,243 --> 00:11:01,787 - Saya tak dengar muzik Puccini. - Okey. 154 00:11:01,870 --> 00:11:04,373 Tapi awak nak tengok pertunjukan malam ini? 155 00:11:05,082 --> 00:11:06,709 Kawan saya, Tamara, 156 00:11:06,792 --> 00:11:13,048 akan mementaskan bahagian pertama pertunjukan operanya dan… 157 00:11:14,258 --> 00:11:16,510 Ia agak kurang bagus 158 00:11:16,593 --> 00:11:19,847 dan saya nak dapatkan penonton. 159 00:11:20,597 --> 00:11:22,558 Ya, boleh juga. 160 00:11:23,434 --> 00:11:24,518 Saya boleh datang. 161 00:11:24,601 --> 00:11:27,104 Pukul 9 malam di Sanktuari. 162 00:11:27,187 --> 00:11:31,650 Ia bangunan di lebuh kelapan yang dulunya sebuah gereja. 163 00:11:32,317 --> 00:11:35,279 Awak amat membantu 164 00:11:35,362 --> 00:11:37,322 dan saya akan belanja awak minum. 165 00:11:41,285 --> 00:11:42,745 Okey. 166 00:11:44,538 --> 00:11:46,206 Bagaimana dengan baju ini? 167 00:12:00,763 --> 00:12:02,389 Ia nampak keterlaluan pula. 168 00:12:02,473 --> 00:12:05,309 Hai, ini telefon Melody. Sila tinggalkan pesanan. 169 00:12:06,143 --> 00:12:08,437 Melody, ini Dr. Turner. 170 00:12:08,520 --> 00:12:11,648 Saya tak tahu sama ada awak terima pesanan saya, tapi… 171 00:12:12,274 --> 00:12:13,984 Saya tanya rakan sebilik awak 172 00:12:14,067 --> 00:12:16,153 dan dia berikan nombor ini. 173 00:12:16,236 --> 00:12:18,322 Aduhai, Anabelle, awak teruk betul. 174 00:12:18,405 --> 00:12:22,993 Saya tahu sesi kita tak berakhir dengan baik… 175 00:12:26,371 --> 00:12:29,541 Tapi kita dah buat banyak kemajuan, 176 00:12:29,625 --> 00:12:31,502 dan saya nak tahu keadaan awak sekarang. 177 00:12:31,585 --> 00:12:34,671 Okey? Hubungilah saya. Waktu pejabat saya masih sama. 178 00:12:44,681 --> 00:12:46,225 Pesanan dipadam. 179 00:14:06,722 --> 00:14:07,681 Ya. 180 00:14:08,599 --> 00:14:09,474 Okey. 181 00:14:15,397 --> 00:14:17,316 Ini Mark Higgins dari Isyarat Misteri. 182 00:14:17,399 --> 00:14:21,320 Sila tinggalkan pesanan dan saya akan hubungi awak semula. 183 00:14:21,403 --> 00:14:22,738 Ya, ini saya. 184 00:14:24,197 --> 00:14:25,657 Dia kenal ayah saya. 185 00:14:25,741 --> 00:14:28,118 Melody. Dia pesakit ayah saya di NYU. 186 00:14:28,201 --> 00:14:30,662 Jadi, apabila awak di rumah mak cik saya, 187 00:14:30,746 --> 00:14:33,749 boleh awak periksa fail pesakit 188 00:14:35,083 --> 00:14:36,710 dan cuba cari failnya? 189 00:14:36,793 --> 00:14:39,338 Semua fail itu sulit, 190 00:14:39,421 --> 00:14:41,924 bukan bahan untuk audio siar awak. 191 00:14:50,682 --> 00:14:51,558 Hei! 192 00:14:53,602 --> 00:14:54,686 Hei! 193 00:15:21,838 --> 00:15:23,256 Ini pejabat En. Davenport. 194 00:15:23,340 --> 00:15:25,258 Dia ada tak? Saya nak cakap dengannya. 195 00:15:25,342 --> 00:15:26,635 Encik siapa? 196 00:15:26,718 --> 00:15:28,720 Dan. Turner. 197 00:15:28,804 --> 00:15:32,557 Maaf, En. Davenport di lapangan. Boleh saya ambil pesanan? 198 00:15:32,641 --> 00:15:35,310 "Di lapangan?" Apa maksudnya? 199 00:15:36,311 --> 00:15:38,981 - Boleh saya ambil pesanan? - Tak, ia penting. 200 00:15:41,191 --> 00:15:42,693 Itukah pesanannya? 201 00:15:42,776 --> 00:15:43,944 Tidak, ia… 202 00:15:45,487 --> 00:15:49,032 Saya nak tahu jika ada orang lain di kawasan ini selain saya. 203 00:15:51,535 --> 00:15:53,161 Adakah encik rasa tertekan? 204 00:15:53,870 --> 00:15:57,249 Jika encik rasa tertekan, kami boleh hantar pakar. 205 00:15:57,332 --> 00:15:59,418 Saya tiada masalah tekanan. 206 00:16:00,335 --> 00:16:02,045 Saya cuma tanya satu soalan. 207 00:16:02,879 --> 00:16:03,714 Okey. 208 00:16:04,214 --> 00:16:05,549 Suruh dia telefon saya balik. 209 00:16:19,479 --> 00:16:20,439 Bagus. 210 00:16:22,357 --> 00:16:23,859 Bagaimana kalau LMG 211 00:16:24,818 --> 00:16:27,529 sebuah syarikat mainan berpapan yang besar? 212 00:16:29,656 --> 00:16:33,493 Mungkin kita sebahagian daripada ujian beta mainan berpapan? 213 00:16:34,161 --> 00:16:35,704 Contohnya, Visser? 214 00:16:40,042 --> 00:16:42,961 Baik pulih pita, maju enam kotak ke depan. 215 00:16:44,087 --> 00:16:46,965 Jumpa pembunuh bersiri yang berjaket merah, 216 00:16:49,092 --> 00:16:51,887 masuk penjara, tak dapat kutip 100,000 dolar. 217 00:16:58,685 --> 00:16:59,686 Biar betul. 218 00:17:07,444 --> 00:17:09,946 Ini sesuatu yang awak mungkin suka, Cik Ti. 219 00:17:12,032 --> 00:17:14,076 Tapi sebab apa awak di sini? 220 00:17:14,159 --> 00:17:18,288 Tikus besar itu halau saya, tapi saya perlu jumpa Nicodemus. 221 00:17:18,371 --> 00:17:20,957 Pungguk itu suruh saya jumpa Nicodemus. 222 00:17:21,041 --> 00:17:23,168 Ya, mungkin awak patut… 223 00:17:24,419 --> 00:17:26,129 "Pungguk yang suruh?" 224 00:17:27,631 --> 00:17:30,133 Pungguk mana? Apa maksud awak? 225 00:17:30,217 --> 00:17:33,095 Saya pergi jumpa Pungguk Agung. 226 00:17:33,178 --> 00:17:36,306 Pungguk? Awak kata awak nampak… 227 00:17:41,144 --> 00:17:42,062 Ayah? 228 00:19:27,626 --> 00:19:28,501 Siapa di luar? 229 00:19:55,028 --> 00:19:56,738 Penyeksaan dan pembunuhan. 230 00:19:57,614 --> 00:19:59,241 Ia gabungan yang menarik. 231 00:20:02,661 --> 00:20:06,873 Saya akan masuk dan cuba bertahan. 232 00:20:07,457 --> 00:20:08,416 Bagus. 233 00:20:09,626 --> 00:20:10,502 Okey. 234 00:20:26,351 --> 00:20:27,978 Hai, Tamara. 235 00:20:29,271 --> 00:20:31,898 Hei. Apa khabar? 236 00:20:31,982 --> 00:20:33,441 Samuel jemput saya. 237 00:20:47,706 --> 00:20:51,376 Hei, boleh beri saya bir? Budweiser? 238 00:20:53,628 --> 00:20:54,921 Awak bawa kamera. 239 00:22:02,781 --> 00:22:03,823 Awak tak apa-apa? 240 00:22:04,824 --> 00:22:05,867 Ya, saya cuma… 241 00:22:07,035 --> 00:22:08,995 Jom pergi ke tempat lebih sunyi. 242 00:22:16,961 --> 00:22:19,339 Awak tak nak lihat penghujungnya? 243 00:22:19,422 --> 00:22:21,925 Tak apa, kita dah cukup membantu. 244 00:22:22,008 --> 00:22:24,844 Lagipun, muziknya tak sesuai dengan awak. 245 00:22:26,179 --> 00:22:28,014 - Ada dua lagi tekaan. - Okey. 246 00:22:28,098 --> 00:22:29,140 Bagaimana dengan 247 00:22:30,809 --> 00:22:34,521 arkeologi nautika Scandinavia awal? 248 00:22:34,604 --> 00:22:36,106 Ia betul-betul wujud? 249 00:22:36,189 --> 00:22:38,775 Ya, benda seperti Viking dan lain-lain. 250 00:22:38,858 --> 00:22:40,485 Jadi, ia hampir betul. 251 00:22:41,569 --> 00:22:44,656 Pengajian Renaissance dan Zaman Pertengahan. 252 00:22:48,159 --> 00:22:49,702 Awak pensyarah Columbia? 253 00:22:49,786 --> 00:22:54,249 Ya, tapi ia bukan lantikan tetap, jadi saya juga buat kerja terjemahan. 254 00:22:54,332 --> 00:22:56,709 Kebanyakannya puisi bahasa Itali, Jerman dan… 255 00:22:56,793 --> 00:23:01,047 Kerana kerja terjemahan puisi itulah awak mampu tinggal di emper. 256 00:23:01,131 --> 00:23:04,926 Ia cuma tingkat paling atas. Tolonglah jangan panggil ia emper. 257 00:23:06,177 --> 00:23:08,680 Ceritalah tentang kamera ini. 258 00:23:08,763 --> 00:23:10,432 Namanya Constance. 259 00:23:10,515 --> 00:23:12,767 - Ia kamera Sony. - Okey. 260 00:23:12,851 --> 00:23:15,103 Mak saya hadiahkannya semasa tamat belajar. 261 00:23:17,230 --> 00:23:19,065 Cara saya pegang tak betul, ya? 262 00:23:19,732 --> 00:23:24,612 Saya rasa dia berharap saya akan ikut jejak langkahnya. 263 00:23:25,238 --> 00:23:26,322 Dia pembuat filem? 264 00:23:27,323 --> 00:23:29,826 Kebanyakannya rancangan dokumentari. 265 00:23:30,535 --> 00:23:34,539 Dia buat beberapa iklan American Express 266 00:23:34,622 --> 00:23:36,666 untuk tampung kos pengajian saya. 267 00:23:38,126 --> 00:23:39,627 Dia mati dua tahun lepas. 268 00:23:41,212 --> 00:23:42,589 Saya amat bersimpati. 269 00:23:47,594 --> 00:23:54,058 Saya temu bual seorang penyewa hari ini dan dia kata ada kelab seks rahsia 270 00:23:54,142 --> 00:23:56,519 yang diadakan di bilik serba guna. 271 00:23:56,603 --> 00:24:00,440 - Ya? Mesti Beatriz yang beritahu. - Saya berharap ia benar. 272 00:24:01,441 --> 00:24:04,319 Mungkin dia maksudkan Persatuan Sejarah Visser. 273 00:24:04,861 --> 00:24:06,905 Persatuan itu wujud? 274 00:24:06,988 --> 00:24:09,324 Ya. Dah lima tahun ia aktif. 275 00:24:10,116 --> 00:24:11,201 Awak ahlinya? 276 00:24:11,951 --> 00:24:15,371 Ya, tapi bukan "secara rasmi", 277 00:24:15,455 --> 00:24:17,790 tapi kadangkala, 278 00:24:18,541 --> 00:24:21,169 saya beri ceramah 279 00:24:21,252 --> 00:24:24,797 untuk mendapatkan biskut basi dan wain murah. 280 00:24:24,881 --> 00:24:29,093 Ceramah yang terakhir adalah tentang ilmu sihir 281 00:24:29,177 --> 00:24:32,555 yang berterusan hingga ke abad ke-20 di Manhattan bawah. 282 00:24:33,598 --> 00:24:34,557 Ia benarkah? 283 00:24:38,144 --> 00:24:41,564 Apa pun, saya pasti 284 00:24:42,106 --> 00:24:44,817 mereka akan gembira untuk bercerita 285 00:24:44,901 --> 00:24:47,820 tentang bangunan atau apa saja untuk projek awak. 286 00:24:47,904 --> 00:24:51,699 Mungkin juga ada ahlinya yang tahu sesuatu tentang sejarawan itu. 287 00:24:53,117 --> 00:24:55,161 Julia Bennett? Itu namanya, bukan? 288 00:24:57,497 --> 00:25:00,458 Saya boleh memperkenalkan awak. 289 00:25:08,675 --> 00:25:09,968 Saya hampir terlupa. 290 00:25:14,222 --> 00:25:15,390 Kunci pengintip. 291 00:25:30,655 --> 00:25:31,656 Merah atau putih? 292 00:25:33,908 --> 00:25:35,952 Untuk kita minum nanti. Saya pergi beli dulu. 293 00:25:37,036 --> 00:25:40,206 Saya tak janji saya boleh dapatkan wain vintaj hebat… 294 00:25:40,290 --> 00:25:41,499 Wiski. 295 00:25:43,334 --> 00:25:44,836 Nanti saya cuba cari. 296 00:26:09,819 --> 00:26:11,237 Apartmen itu kosong. 297 00:26:12,405 --> 00:26:14,490 Setidak-tidaknya, sejak saya lahir. 298 00:26:16,534 --> 00:26:18,786 Mana surat yang di sini pagi tadi? 299 00:26:19,871 --> 00:26:22,665 Mungkin En. Smith dah buang. Dia tak suka semak. 300 00:26:24,876 --> 00:26:26,919 Tadi ada orang cari awak, 301 00:26:27,795 --> 00:26:30,632 dia ganggu setiap apartmen dan buat kecoh. 302 00:26:31,132 --> 00:26:34,344 En. Smith nak panggil polis, jadi saya bagi dia masuk. 303 00:26:48,399 --> 00:26:50,902 - Kenapa awak datang? - Saya rindukan awak. 304 00:26:50,985 --> 00:26:52,111 Saya keseorangan. 305 00:26:52,195 --> 00:26:54,072 Saya tak sanggup berseorangan. 306 00:26:57,784 --> 00:26:58,743 Jadi, bagaimana? 307 00:26:59,786 --> 00:27:01,245 - Dia siapa? - Apa? 308 00:27:01,329 --> 00:27:02,413 Lelaki Kacak. 309 00:27:04,749 --> 00:27:06,125 Sekarang 2.03 pagi 310 00:27:06,209 --> 00:27:09,504 dan Melody Pendras berdiri di luar tingkap 311 00:27:09,587 --> 00:27:13,091 dan membiarkan seorang lelaki kacak menciumnya. 312 00:27:16,969 --> 00:27:19,555 - Pulangkannya. - Beritahu perkara sebenar. 313 00:27:19,639 --> 00:27:20,640 Ini sarang cinta? 314 00:27:20,723 --> 00:27:23,476 Awak tak berani cakap yang awak meniduri putera kacak? 315 00:27:23,559 --> 00:27:25,228 Awak tak inginkan saya lagi? 316 00:27:25,311 --> 00:27:26,938 Saya nak buat teh. 317 00:27:27,021 --> 00:27:29,607 Saya bergurau saja. 318 00:27:30,942 --> 00:27:32,443 Janganlah marah. 319 00:27:32,527 --> 00:27:34,612 Saya bawa hamper untuk awak. 320 00:27:35,196 --> 00:27:40,368 Ada gambar, snek dan magnet peti sejuk yang buruk. 321 00:27:42,662 --> 00:27:44,914 Kenapa awak beri nombor saya kepada Dr. Turner? 322 00:27:46,332 --> 00:27:47,875 Kerana dia yang minta. 323 00:27:47,959 --> 00:27:50,420 Lagipun, dia pakar terapi awak. 324 00:27:50,503 --> 00:27:52,130 Biar betul. 325 00:27:52,839 --> 00:27:55,550 Awak menidurinya dan kini hamil dengan anaknya? 326 00:27:55,633 --> 00:27:57,593 Jadi awak berpantang di sini? 327 00:27:57,677 --> 00:28:00,680 Awak cuba goda Lelaki Kacak 328 00:28:00,763 --> 00:28:03,266 supaya dia besarkan anak profesor? 329 00:28:03,349 --> 00:28:06,018 Sudahlah, Anabelle. Kenapa awak selalu… 330 00:28:09,313 --> 00:28:11,190 Saya Anabelle. Hai. 331 00:28:11,941 --> 00:28:13,359 Selamat berkenalan. 332 00:28:15,069 --> 00:28:17,822 Saya minta maaf. Dia datang tanpa diundang. 333 00:28:17,905 --> 00:28:19,365 Lagi ramai, lagi meriah. 334 00:28:21,200 --> 00:28:24,162 Boleh saya minum sekali? Mel tak ada arak. 335 00:28:26,330 --> 00:28:27,415 Macam inilah. 336 00:28:28,583 --> 00:28:31,711 Apa kata kita minum lain kali saja? 337 00:28:31,794 --> 00:28:33,296 Tunggu, saya boleh… 338 00:28:33,379 --> 00:28:34,380 Tak apa. 339 00:28:35,465 --> 00:28:36,591 Selamat malam. 340 00:28:37,884 --> 00:28:38,718 Selamat minum. 341 00:28:45,808 --> 00:28:48,603 Rahsia, rahsia, rahsia. 342 00:28:49,395 --> 00:28:52,315 Awak suka berahsia. 343 00:28:53,149 --> 00:28:57,069 Saya akan runtuhkan benteng awak dan biar semuanya terdedah. 344 00:29:14,712 --> 00:29:18,257 Saya akan runtuhkan benteng awak dan biar semuanya terdedah. 345 00:29:28,976 --> 00:29:30,478 Biar betul, Cik Ti. 346 00:29:31,395 --> 00:29:35,066 Habis bersepah tempat ini. 347 00:31:03,362 --> 00:31:04,822 Apa benda ini? 348 00:33:27,006 --> 00:33:28,591 PEMUJAAN KRISTIAN KOLEKSI LAGU PUJA 349 00:33:50,529 --> 00:33:52,948 Saya tak tahu pula awak warak, Dan. 350 00:33:59,747 --> 00:34:00,915 Tempat apakah ini? 351 00:34:06,670 --> 00:34:11,217 Keluarga saya jarang terlibat dalam kegiatan gereja. 352 00:34:11,759 --> 00:34:15,012 Kami datang pada hari Easter dan kadangkala, sehari sebelum Krismas. 353 00:34:16,806 --> 00:34:21,018 Kami memang pewaham agama tegar. 354 00:34:21,769 --> 00:34:23,395 Awak ahli kelab debat, Dan? 355 00:34:24,563 --> 00:34:25,689 Kelab debat? Tidak. 356 00:34:27,900 --> 00:34:33,239 Untuk pertandingan terakhir saya, saya pilih Jesus sebagai topik saya. 357 00:34:36,492 --> 00:34:39,245 Saya minta penonton bayangkan 358 00:34:39,328 --> 00:34:41,497 yang kematiannya satu rahmat. 359 00:34:42,164 --> 00:34:45,292 Bukan kerana dia tanggung dosa manusia, 360 00:34:45,376 --> 00:34:48,504 tapi kerana dia bawa sinar cahaya yang berbahaya. 361 00:34:50,339 --> 00:34:51,799 Dengan memadamkannya, 362 00:34:52,925 --> 00:34:56,387 dunia ini selamat daripada kejahatan. 363 00:34:57,054 --> 00:34:58,139 Jadi, maksud awak… 364 00:34:58,222 --> 00:34:59,640 Jesus ialah syaitan 365 00:35:00,391 --> 00:35:03,394 yang hampir menghapuskan seluruh umat manusia? 366 00:35:09,108 --> 00:35:11,735 Orang kata untuk menang, kita perlu buat penonton marah. 367 00:35:12,528 --> 00:35:13,654 Awak menang tak? 368 00:35:13,737 --> 00:35:15,030 Menang? Tidak. 369 00:35:16,198 --> 00:35:18,325 Menyebabkan saya disingkir? Ya. 370 00:35:18,409 --> 00:35:20,327 Tapi awak tak mengalah. 371 00:35:21,829 --> 00:35:24,123 Cakap kenapa saya tak patut pecat awak 372 00:35:24,206 --> 00:35:27,209 kerana mencerobohi kawasan terlarang? 373 00:35:27,835 --> 00:35:29,336 Awak takkan pecat saya. 374 00:35:30,588 --> 00:35:34,717 Awak bawa saya ke sini kerana ayah saya muncul dalam pita itu. 375 00:35:46,520 --> 00:35:47,605 Mari, Dan. 376 00:35:47,688 --> 00:35:50,691 Kali ini, awak dijemput. Saya nak awak datang. Ayuh. 377 00:35:52,359 --> 00:35:56,780 Awak pernah guna khidmat ujian genetik pengguna? 378 00:35:57,573 --> 00:36:00,409 Saya mulakan Wellspring pada 2006. 379 00:36:00,492 --> 00:36:04,288 Ia menguntungkan sebelum saingan bertambah. 380 00:36:05,497 --> 00:36:09,376 Saya fikir, "Baguslah kerana beri orang peluang 381 00:36:09,460 --> 00:36:12,046 untuk kenal diri sebenar mereka." 382 00:36:16,592 --> 00:36:20,846 Selepas itu, agensi penguat kuasa undang-undang 383 00:36:20,930 --> 00:36:23,224 mahukan maklumat peribadi pengguna. 384 00:36:23,766 --> 00:36:26,852 Mereka tak berhak menggunakannya sesuka hati mereka. 385 00:36:26,936 --> 00:36:30,147 Jadi saya tutup syarikat itu kerana privasi penting. 386 00:36:32,608 --> 00:36:35,986 Saya tak tahu ayah awak terlibat dalam semua ini. 387 00:36:38,155 --> 00:36:41,742 Tapi saya rasa kaitannya mungkin ada. 388 00:36:43,535 --> 00:36:45,788 Awak tentu tahu yang Melody Pendras 389 00:36:45,871 --> 00:36:49,083 pesakit ayah awak di NYU. 390 00:36:50,876 --> 00:36:54,338 Kenapa awak tak beritahu saya sebelum tawarkan saya kerja? 391 00:36:55,547 --> 00:36:58,092 Saya tak mahu buat janji kosong. 392 00:36:58,175 --> 00:37:00,010 Saya tak berhak 393 00:37:00,678 --> 00:37:01,762 beri awak harapan. 394 00:37:03,514 --> 00:37:06,183 Saya tak tahu kandungan pita ini, Dan. 395 00:37:06,267 --> 00:37:08,060 Saya tak tipu. 396 00:37:08,686 --> 00:37:10,229 Tapi saya faham jika 397 00:37:10,938 --> 00:37:13,774 semua ini terlalu berat untuk awak dan awak takut 398 00:37:14,650 --> 00:37:16,151 akan hasil siasatan awak… 399 00:37:16,235 --> 00:37:18,445 Takut akan hasil siasatan saya? 400 00:37:20,656 --> 00:37:23,534 Saya dah baca laporan itu, Dan. Saya… 401 00:37:24,618 --> 00:37:28,163 Saya tahu pihak berkuasa percaya ayah awak ada masalah mental 402 00:37:28,247 --> 00:37:30,374 dan mungkin dia yang 403 00:37:31,208 --> 00:37:32,418 mulakan kebakaran itu. 404 00:37:33,377 --> 00:37:36,171 Tidak. Ayah saya takkan… 405 00:37:37,047 --> 00:37:39,717 Ia satu kemalangan. "Puncanya gagal disahkan." 406 00:37:39,800 --> 00:37:41,010 Itu kata laporan rasminya. 407 00:37:42,136 --> 00:37:43,387 Ya. Okey. 408 00:37:44,221 --> 00:37:45,764 Sudah tentu. Maafkan saya. 409 00:37:47,224 --> 00:37:50,311 Tapi awak mungkin tak tahu yang NYU 410 00:37:50,394 --> 00:37:54,315 mulakan siasatan ke atas ayah awak tak lama sebelum kejadian itu. 411 00:37:54,398 --> 00:37:58,485 Saya jumpa notis cuti sementara ini. 412 00:37:58,569 --> 00:38:01,864 Malangnya, maklumat lanjutnya dirahsiakan. 413 00:38:02,614 --> 00:38:05,534 Universiti tak jadi menyiasatnya selepas dia mati. 414 00:38:05,617 --> 00:38:07,119 Jika perkara sebenar 415 00:38:08,370 --> 00:38:12,833 terlalu pahit untuk awak terima dan awak lebih rela pulang ke bandar… 416 00:38:16,962 --> 00:38:17,796 Tidak. 417 00:38:19,673 --> 00:38:21,925 Saya nak kerja ini siap dengan cepat. 418 00:38:22,009 --> 00:38:24,636 Saya akan beri bonus kerana mempercepatkannya 419 00:38:24,720 --> 00:38:26,138 jika awak meneruskannya. 420 00:38:31,101 --> 00:38:32,478 Ada apa-apa lagi? 421 00:38:34,897 --> 00:38:35,898 Tidak. 422 00:38:37,024 --> 00:38:38,400 Saya mahu jelaskan 423 00:38:39,360 --> 00:38:41,820 yang kawasan ini ditutup mulai sekarang. 424 00:38:42,780 --> 00:38:44,281 Ya, saya faham. 425 00:38:44,365 --> 00:38:45,366 Bagus. 426 00:38:48,410 --> 00:38:50,120 Awak tak dikurung di sini. 427 00:38:50,913 --> 00:38:56,210 Awak tiada kereta, tapi ada basikal di sini. 428 00:38:56,293 --> 00:38:59,088 Pekan terdekat terletak 23 kilometer ke selatan. 429 00:38:59,171 --> 00:39:01,256 Kopinya hebat, kalau awak berminat. 430 00:39:01,924 --> 00:39:03,092 Awak tahu bawa basikal? 431 00:39:05,177 --> 00:39:06,345 Ya, saya tahu. 432 00:39:09,223 --> 00:39:10,933 Kita berdua sama saja, bukan? 433 00:39:11,433 --> 00:39:14,895 Kami suka selesaikan teka-teki dan misteri. 434 00:39:15,562 --> 00:39:18,941 Entah-entah, kita pandai cipta mainan berpapan. 435 00:39:20,442 --> 00:39:21,860 Mungkin jika takdir berbeza. 436 00:40:06,405 --> 00:40:07,406 Awak dengar tak? 437 00:40:25,174 --> 00:40:26,967 Anabelle, bangun. 438 00:40:27,050 --> 00:40:28,469 Awak dengar tak? 439 00:41:02,294 --> 00:41:05,839 BILIK SERBA GUNA 440 00:44:42,597 --> 00:44:44,599 Semuanya mengikut rancangan saya. 441 00:44:44,683 --> 00:44:47,352 Saya profesional. Saya bukan naif. 442 00:44:48,812 --> 00:44:51,106 Percayalah cakap saya. Okey? 443 00:44:54,484 --> 00:44:55,610 Awak terlalu risau. 444 00:46:56,606 --> 00:46:58,024 Awak merayau-rayau, ya? 445 00:46:59,568 --> 00:47:02,696 Awak dan Lelaki Kacak dapat minum bersama akhirnya? 446 00:47:06,074 --> 00:47:07,284 Kenapa? 447 00:47:07,367 --> 00:47:08,827 Apa yang berlaku? 448 00:47:08,910 --> 00:47:11,621 Ada sesuatu berlaku di bangunan ini, 449 00:47:12,914 --> 00:47:14,291 sesuatu yang dahsyat. 450 00:47:15,417 --> 00:47:19,546 Penghuninya menyanyikan lagu seram dan… 451 00:47:20,338 --> 00:47:24,050 Ada satu patung… 452 00:47:26,136 --> 00:47:29,014 Okey, jom kita tinggalkan bangunan ini. 453 00:47:29,097 --> 00:47:31,266 Kita boleh pergi sekarang juga. 454 00:47:31,349 --> 00:47:32,183 Tak boleh. 455 00:47:32,809 --> 00:47:33,643 Mel. 456 00:47:35,020 --> 00:47:40,150 Awak bukannya nak jadi pembuat filem. Carilah projek lain untuk PhD awak. 457 00:47:40,233 --> 00:47:41,943 Bukan sebab itu saya di sini. 458 00:47:43,778 --> 00:47:45,113 Okey, jadi, 459 00:47:45,947 --> 00:47:47,616 kenapa awak di sini? 460 00:47:50,035 --> 00:47:51,036 Mak saya. 461 00:47:52,120 --> 00:47:54,539 Mak Cik Lila tentu mahu awak gembira. 462 00:47:54,623 --> 00:47:57,876 - Dia tentu nak awak buat pilihan sendiri… - Bukan Lila. 463 00:47:58,543 --> 00:47:59,878 Tapi ibu kandung saya. 464 00:48:02,213 --> 00:48:03,089 Apa? 465 00:48:04,591 --> 00:48:08,386 Tapi saya ingat awak tak tahu dia siapa atau… 466 00:48:08,470 --> 00:48:10,388 St. Joseph hantar surat ini. 467 00:48:12,766 --> 00:48:14,434 Seorang wanita tanya tentang saya. 468 00:48:15,560 --> 00:48:17,187 Namanya Julia Bennett. 469 00:48:18,521 --> 00:48:20,941 Alamatnya di bangunan ini. 470 00:48:23,860 --> 00:48:26,947 Mel, menurut surat ini, dia tak nak ada apa-apa… 471 00:48:27,030 --> 00:48:28,031 Saya tahu. 472 00:48:29,407 --> 00:48:31,493 Jadi, apa yang awak buat? 473 00:48:31,576 --> 00:48:34,162 Jika dia kata dia tak nak jumpa awak atau… 474 00:48:34,245 --> 00:48:35,747 Dia tinggalkan saya begitu saja. 475 00:48:36,247 --> 00:48:38,792 Tanpa nama, keluarga 476 00:48:39,626 --> 00:48:40,835 atau hari jadi. 477 00:48:41,336 --> 00:48:44,506 Seluruh hidup saya palsu. Ia satu penipuan. 478 00:48:45,966 --> 00:48:48,093 Masalah ini sangat rumit. 479 00:48:50,428 --> 00:48:51,429 Saya tahu. 480 00:48:52,931 --> 00:48:55,266 Tapi ia buat saya sengsara. 481 00:48:56,267 --> 00:48:57,352 Saya cuma… 482 00:48:58,812 --> 00:49:02,774 Jika ada kemungkinan yang dia di sini, maka, saya perlu mencarinya. 483 00:49:05,694 --> 00:49:07,988 Tak kisahlah jika dia enggan berjumpa. 484 00:49:09,781 --> 00:49:11,574 Saya perlu tahu diri saya yang sebenar. 485 00:49:13,660 --> 00:49:14,703 Okey. 486 00:49:15,578 --> 00:49:17,747 Baiklah. Kita akan tinggal di sini. 487 00:49:19,624 --> 00:49:20,917 Kita akan cari dia. 488 00:49:21,001 --> 00:49:22,085 Okey? 489 00:49:22,794 --> 00:49:24,295 Saya pun suka masalah rumit. 490 00:49:31,678 --> 00:49:32,679 Jangan jawab. 491 00:49:35,181 --> 00:49:36,266 Siapa di luar? 492 00:50:09,174 --> 00:50:10,508 Tiada sesiapa pun. 493 00:50:19,851 --> 00:50:21,019 Hei… 494 00:51:13,947 --> 00:51:15,865 Kakak awak mainkan lagu ini. 495 00:51:15,949 --> 00:51:18,827 Saya ingat ia lagu rekaannya, tapi… 496 00:51:18,910 --> 00:51:22,747 Maksud awak, ini lagu tema kultus seks Persatuan Sejarah Visser. 497 00:51:22,831 --> 00:51:25,917 Ia betul-betul macam lagu itu. 498 00:51:26,000 --> 00:51:29,420 Mungkin ia lagu rakyat zaman dulu-dulu, dari Balkan atau Romania? 499 00:51:37,804 --> 00:51:38,638 "Ke-le-go." 500 00:51:38,721 --> 00:51:42,684 Mungkin ejaan itu salah, tapi perkataan itu saja yang saya dengar. 501 00:51:42,767 --> 00:51:44,227 Seramnya. 502 00:51:45,436 --> 00:51:46,938 Nanti saya cuba siasat. 503 00:51:49,274 --> 00:51:53,486 Awak patut selongkar stor itu sekali lagi. Entah apa lagi ada di sana. 504 00:51:53,570 --> 00:51:56,364 Tidak, seluruh kawasan diawasi. 505 00:51:56,447 --> 00:51:59,742 Saya berani jamin ada kamera di setiap bilik. 506 00:51:59,826 --> 00:52:01,494 - Betulkah? - Ya. 507 00:52:01,578 --> 00:52:03,663 Awak bawa barang yang saya minta? 508 00:52:05,123 --> 00:52:05,999 Terima kasih. 509 00:52:09,460 --> 00:52:12,005 Maklumat LMG apa lagi yang awak jumpa? 510 00:52:12,881 --> 00:52:18,052 Syarikat Pengurusan Legasi Global lebih kurang macam bongkah ais 511 00:52:18,136 --> 00:52:21,723 atau patung Matryoshka, kedua-dua analogi pun sesuai. 512 00:52:21,806 --> 00:52:24,934 Ayah saya langgan semua pangkalan data penyelidikan korporat 513 00:52:25,018 --> 00:52:27,854 dan saya pasti ada lagi maklumat yang disembunyi. 514 00:52:27,937 --> 00:52:28,813 Harta tanah? 515 00:52:28,897 --> 00:52:30,732 Harta tanah, pertahanan, media, 516 00:52:30,815 --> 00:52:34,444 bioteknologi, malah, syarikat pembuatan batu permata sintetik. 517 00:52:34,527 --> 00:52:37,697 Saya tak jumpa Wellspring. Jadi, ia mungkin terbitan syarikat lain. 518 00:52:37,780 --> 00:52:38,698 Okey. 519 00:52:39,782 --> 00:52:42,577 Awak jumpa fail berkaitan di rumah mak cik saya? 520 00:52:42,660 --> 00:52:46,080 Saya tak jumpa rekod pesakit Melody Pendras, tapi… 521 00:52:47,248 --> 00:52:49,959 Awak tahu yang ayah awak rakam sesi pesakitnya? 522 00:52:50,877 --> 00:52:53,796 Saya ambil semua pita yang bertanda "M. Pendras". 523 00:52:59,052 --> 00:53:00,428 Awak dengar pita ini? 524 00:53:02,055 --> 00:53:03,556 Awak kata pita ini sulit. 525 00:53:08,144 --> 00:53:11,231 Bolehkah Melody buat aduan terhadap ayah awak? 526 00:53:11,314 --> 00:53:13,775 - Mungkinkah mereka ada hubungan? - Tidak. 527 00:53:17,528 --> 00:53:18,529 Mungkin. 528 00:53:19,906 --> 00:53:20,907 Saya tak tahu. 529 00:53:27,705 --> 00:53:30,708 Tapi sesuatu tentu dah berlaku. Dia marah ayah saya. 530 00:53:30,792 --> 00:53:33,378 Entah kenapa. Mungkin sesuatu semasa sesi… 531 00:53:33,461 --> 00:53:35,713 Atau awak boleh tanya dia sendiri. 532 00:53:39,092 --> 00:53:40,134 Apa? 533 00:53:41,970 --> 00:53:45,348 Rupa-rupanya Melody Pendras tak mati dalam kebakaran itu. 534 00:53:45,431 --> 00:53:48,101 Dia masih hidup dan tinggal di Pittsburgh, 535 00:53:48,893 --> 00:53:50,770 jadi dia mungkin tahu tentang ayah awak. 536 00:53:52,188 --> 00:53:53,898 Awak tanyalah dia sendiri. 537 00:55:22,445 --> 00:55:25,365 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin