1 00:00:06,006 --> 00:00:09,968 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:01:44,979 --> 00:01:48,399 Jadi awak nak bertarung dengan dia, Encik Oliva? 3 00:01:49,150 --> 00:01:53,404 Kenapa awak ingat saya nak bertarung dengan dia pula? 4 00:01:54,405 --> 00:01:58,118 Tiada siapa persoalkan kemampuan awak 5 00:01:58,743 --> 00:02:03,581 tapi apabila Baki selamba keluar dari pintu penjara tempoh hari… 6 00:02:04,249 --> 00:02:07,377 Semua banduan sudah tak senang duduk. 7 00:02:09,462 --> 00:02:11,840 Hanya sebab dia nak bersiar-siar? 8 00:02:11,923 --> 00:02:14,843 Saya tak nak cakap begini, tapi… 9 00:02:20,265 --> 00:02:21,349 Cakap sajalah. 10 00:02:25,019 --> 00:02:30,859 Apabila Baki keluar, itu lain daripada semasa awak atau Guevaru keluar. 11 00:02:30,942 --> 00:02:35,113 Awak dan Guevaru keluar dari penjara sebab awak berdua cukup ditakuti. 12 00:02:35,196 --> 00:02:38,491 Tapi sebaliknya Baki pula… 13 00:02:40,952 --> 00:02:44,372 Maksud awak, Baki sebenarnya jauh lebih kuat daripada kami? 14 00:02:44,455 --> 00:02:49,169 Bukan. Bukan, saya tak kata begitu. 15 00:02:49,252 --> 00:02:51,880 Itu hanya apa orang kata saja. 16 00:02:51,963 --> 00:02:54,007 Perlukah saya tunjuk sendiri? 17 00:02:54,090 --> 00:02:56,885 Bagaimana saya keluar dari pintu penjara? 18 00:02:56,968 --> 00:02:59,888 Sebab itulah saya tak nak cakap tadi! 19 00:02:59,971 --> 00:03:05,185 Kalau awak nak keluar dari sini, tentera marin pun tak dapat halang awak! 20 00:03:08,229 --> 00:03:14,402 Saya dengar presiden negara ini cukup minat dengan seni bela diri. 21 00:03:15,153 --> 00:03:17,906 Beri jemputan kepada dia. 22 00:03:17,989 --> 00:03:20,658 Adakan sidang akhbar. 23 00:03:23,244 --> 00:03:25,663 Penjara Negeri Arizona ini 24 00:03:25,747 --> 00:03:30,752 bakal menyiarkan acara sukan paling hebat untuk tontonan seluruh dunia. 25 00:03:30,835 --> 00:03:31,669 Begitu. 26 00:03:31,753 --> 00:03:37,300 Biscuit Oliva, seorang legenda, lelaki paling kuat di Amerika 27 00:03:37,383 --> 00:03:42,847 akan bersemuka dengan Baki Hanma, budak paling kuat dalam sejarah. 28 00:03:45,516 --> 00:03:47,852 Kita jual hak siaran ke stesen TV 29 00:03:48,353 --> 00:03:51,439 dan siarkannya di seluruh Amerika. 30 00:03:51,522 --> 00:03:53,441 Hebat! 31 00:03:54,192 --> 00:03:58,446 Itu akan jauh lebih menguntungkan penjara 32 00:03:58,529 --> 00:04:01,574 daripada sekadar memaksa banduan korek jalan. 33 00:04:01,658 --> 00:04:03,451 Hebat! 34 00:04:09,123 --> 00:04:10,583 Saya cemburu. 35 00:04:12,543 --> 00:04:13,586 Dengan siapa? 36 00:04:15,922 --> 00:04:21,469 Dulu kejelitaan awak boleh buat sesiapa pun pandang tak berkelip. 37 00:04:22,220 --> 00:04:26,975 Selepas awak sakit dan terpaksa makan banyak ubat, 38 00:04:27,058 --> 00:04:29,310 awak jadi macam sekarang. 39 00:04:30,311 --> 00:04:35,858 Awak hilang kejelitaan awak, kebanggaan setiap wanita dalam hidup. 40 00:04:36,985 --> 00:04:38,486 Tapi tengoklah awak. 41 00:04:39,112 --> 00:04:40,989 Awak tetap cekal. 42 00:04:41,614 --> 00:04:44,242 Masih angkuh macam dulu. 43 00:04:44,826 --> 00:04:47,495 Masih kuat melawan macam dulu. 44 00:04:47,578 --> 00:04:50,248 Pada saya, masih jelita macam dulu. 45 00:04:50,832 --> 00:04:55,253 Awak masih teruskan hidup tanpa mengubah apa-apa pun. 46 00:04:55,336 --> 00:04:57,505 Saya masih tak malu macam dulu. 47 00:04:57,588 --> 00:04:59,549 Awak mungkin… 48 00:05:00,174 --> 00:05:01,259 Mari sini. 49 00:05:01,843 --> 00:05:05,972 masih akan kekal cekal walaupun satu dunia meminggirkan awak… 50 00:05:06,055 --> 00:05:08,016 Marilah sini. 51 00:05:08,599 --> 00:05:11,853 Saya rasa macam saya tak layak… 52 00:05:12,353 --> 00:05:15,523 Awak nak biar saya minta sampai tiga kali? 53 00:05:19,736 --> 00:05:23,865 Sayang, saya pun rasa macam nak menyerah begitu saja. 54 00:05:42,342 --> 00:05:44,510 Saya akan beri apa yang awak mahu. 55 00:05:45,887 --> 00:05:47,221 Dalam dua minggu. 56 00:05:47,930 --> 00:05:50,933 Seluruh Amerika akan tahu nama awak. 57 00:05:51,017 --> 00:05:54,395 Awak tak faham lagi, Encik Belenggu. 58 00:05:55,021 --> 00:05:57,648 Awak dah nyanyuk, Encik Belenggu? 59 00:05:58,358 --> 00:06:02,820 Awak anggap saya dah dibelenggu, ya? 60 00:06:03,404 --> 00:06:06,449 Saya cuma nak lawan awak. 61 00:06:07,033 --> 00:06:08,951 Saya tak perlu dua minggu pun. 62 00:06:09,827 --> 00:06:11,037 Apa maksud awak? 63 00:06:12,538 --> 00:06:14,207 Saya serius. 64 00:06:16,125 --> 00:06:21,214 Sama ada awak atau saya buka langkah dulu. Baru kita mula. 65 00:06:21,839 --> 00:06:23,716 Kita bergaduh saat itu juga. 66 00:06:23,800 --> 00:06:27,220 Jadi awak nak bergaduh di sini sekarang? 67 00:06:27,804 --> 00:06:30,473 Awak bukan petinju sejati. 68 00:06:31,265 --> 00:06:34,435 Pertarungan ini hanya antara awak dan saya. 69 00:06:35,103 --> 00:06:37,480 Orang lain tak perlu tengok pun. 70 00:06:38,064 --> 00:06:39,732 Awak tak sedar lagi? 71 00:06:39,816 --> 00:06:44,278 Sekarang kedua-dua ibu jari awak sedang digari. 72 00:06:44,362 --> 00:06:47,740 Awak ingat awak boleh lawan saya begitu? 73 00:06:47,824 --> 00:06:50,993 Saya yang cabar awak bergaduh dulu. Lagipun… 74 00:06:57,834 --> 00:07:00,336 Saya bukannya dibelenggu macam awak. 75 00:07:01,754 --> 00:07:05,007 Jadi itu anggapan awak tentang saya? 76 00:07:05,091 --> 00:07:08,261 Ya, awak dibelenggu dengan penuh hina. 77 00:07:08,344 --> 00:07:10,263 Bukan itu maksud saya. 78 00:07:10,346 --> 00:07:15,184 Awak anggap saya boleh dikalahkan walaupun tanpa kedua-dua tangan awak? 79 00:07:22,108 --> 00:07:24,152 Awak tak faham lagi, Encik Oliva? 80 00:07:24,235 --> 00:07:27,280 Awak tak patut risaukan anggapan saya tentang awak. 81 00:07:29,782 --> 00:07:33,286 Maaflah sebab tadi. Sekarang saya baru faham. 82 00:07:40,418 --> 00:07:41,461 Bos! 83 00:07:42,462 --> 00:07:44,547 Saya salah. 84 00:07:45,298 --> 00:07:47,550 Perlawanan bermula sekarang. 85 00:07:49,635 --> 00:07:52,138 Awak memang anak si Raksasa. 86 00:07:52,889 --> 00:07:56,559 Begitu bersungguh-sungguh mahu berlawan. 87 00:07:57,393 --> 00:07:59,103 Saya salah. 88 00:07:59,896 --> 00:08:01,689 Betul cakap awak. 89 00:08:01,772 --> 00:08:04,066 Saya bukan petinju sejati. 90 00:08:06,152 --> 00:08:07,320 Maafkan saya. 91 00:08:14,035 --> 00:08:15,328 Maaf buat awak menunggu. 92 00:08:17,413 --> 00:08:19,832 Kalau awak dah sedar, 93 00:08:20,458 --> 00:08:23,336 saya tak bolehlah berlawan begini. 94 00:08:29,425 --> 00:08:32,386 Begitu. Jadi awak rasa kurang kekangan. 95 00:08:32,970 --> 00:08:35,348 Tapi itu takkan dapat membantu awak. 96 00:08:35,431 --> 00:08:36,724 Bisinglah. 97 00:08:40,937 --> 00:08:42,355 Begitu. 98 00:08:42,980 --> 00:08:47,068 Darah dari tubuh mengalir ke lengan melalui arteri dalam 99 00:08:47,151 --> 00:08:50,363 dan mengalir balik ke tubuh melalui vena luar. 100 00:08:51,072 --> 00:08:55,952 Sebab itu kalau tangan kita cedera, kita mesti sekat arteri dalam kita 101 00:08:56,035 --> 00:08:59,372 dengan mengepit sesuatu di ketiak bagi menghentikan pendarahan. 102 00:09:00,206 --> 00:09:03,125 Otot belakang awak amat pejal, Baki, 103 00:09:03,209 --> 00:09:08,673 sehingga ia sendiri boleh menyekat arteri tanpa perlu mengepit apa-apa di ketiak. 104 00:09:09,966 --> 00:09:14,470 Apabila awak kepitkan ketiak, aliran darah ke arteri terus disekat. 105 00:09:14,554 --> 00:09:17,431 Darah dari lengan mengalir dalam tubuh. 106 00:09:18,474 --> 00:09:23,938 Apabila tiada darah, lengan dan tangan akan mengempis sehinggalah… 107 00:09:26,983 --> 00:09:28,109 Maaf buat awak tunggu. 108 00:09:28,693 --> 00:09:29,777 Apa? 109 00:09:29,860 --> 00:09:31,404 Awak berpengetahuan juga. 110 00:09:31,988 --> 00:09:33,739 Sekarang kita berdua bebas. 111 00:09:34,615 --> 00:09:37,910 Awak dan juga saya. 112 00:09:38,536 --> 00:09:41,789 Ada dinding yang pecah antara kita, tapi… 113 00:09:42,540 --> 00:09:43,541 Betul. 114 00:09:44,208 --> 00:09:47,670 Tapi kita berdua dah masuk ruang masing-masing. 115 00:09:56,512 --> 00:09:57,680 Beratnya. 116 00:09:59,181 --> 00:10:01,517 Ya, bagus. 117 00:10:02,101 --> 00:10:03,686 Itu sangat bagus, Baki! 118 00:10:04,312 --> 00:10:07,940 Tumbukan awak masih tepat ke sasaran dalam ruang sesempit ini. 119 00:10:08,816 --> 00:10:12,194 Tak sangka awak boleh buat pukulan sepadu ini. 120 00:10:12,987 --> 00:10:14,363 Saya dah makin seronok. 121 00:10:14,905 --> 00:10:15,948 Macam mana, Baki? 122 00:10:16,032 --> 00:10:17,867 Apa kata awak datang ke sini? 123 00:10:24,290 --> 00:10:27,835 Rich Cox, 33 tahun. Orang Amerika. 124 00:10:27,918 --> 00:10:29,712 Dipenjarakan selama 18 tahun. 125 00:10:29,795 --> 00:10:32,214 Dia tersekat di dinding. 126 00:10:33,341 --> 00:10:35,217 Tak. Baki yang tersekat. 127 00:10:35,801 --> 00:10:36,719 Selepas itu… 128 00:10:38,971 --> 00:10:41,807 Dia ditarik merempuh dinding itu. 129 00:10:43,017 --> 00:10:45,102 Apa jadi dengan dinding itu? 130 00:10:45,811 --> 00:10:47,271 Tiba-tiba dah tak ada! 131 00:10:47,897 --> 00:10:50,066 Dah jadi macam satu bilik! 132 00:10:51,734 --> 00:10:53,736 Kemudian Encik Oliva kata… 133 00:10:54,320 --> 00:10:56,238 Ke tepi, Cox. 134 00:10:57,198 --> 00:10:58,741 Mestilah saya ke tepi! 135 00:10:58,824 --> 00:11:00,743 Lepas itu, memang tak sangka. 136 00:11:03,537 --> 00:11:06,248 Dia pegang kaki dan tangannya begini. 137 00:11:06,832 --> 00:11:08,501 Dia campak ke lantaikah? 138 00:11:09,418 --> 00:11:11,128 Tak, bukan begitu. 139 00:11:13,214 --> 00:11:16,092 Dia buat macam ini. Nampak tak? 140 00:11:16,175 --> 00:11:17,718 Dia libas-libas Baki. 141 00:11:17,802 --> 00:11:19,345 Libas macam tuala! 142 00:11:20,888 --> 00:11:23,391 Masalahnya itu manusia! Dia libas manusia! 143 00:11:25,226 --> 00:11:27,561 Entah berapa kali dia libas. 144 00:11:27,645 --> 00:11:30,022 Entah macam mana perasaan dia. 145 00:11:31,148 --> 00:11:34,777 Kekuatan mereka ibarat langit dengan bumi. 146 00:11:36,112 --> 00:11:37,279 Selepas itu? 147 00:11:37,363 --> 00:11:38,572 Dia lepaskan Baki. 148 00:11:38,656 --> 00:11:40,783 Dia memang buat Baki macam tuala. 149 00:11:41,909 --> 00:11:44,620 Apa? Apa jadi lepas itu? Entah. 150 00:11:45,121 --> 00:11:46,038 Mana saya tahu? 151 00:11:50,960 --> 00:11:52,586 Dia dah masuk sel sebelah! 152 00:11:52,670 --> 00:11:55,089 Bukan, lebih jauh daripada itu! 153 00:12:01,470 --> 00:12:05,683 Saksi kedua, Edward Bacara. Orang Amerika. 154 00:12:05,766 --> 00:12:08,394 Usia 29 tahun. Dipenjarakan lapan tahun. 155 00:12:08,978 --> 00:12:11,439 Dia digelar Encik Tanpa Belenggu 156 00:12:11,522 --> 00:12:14,734 tapi saya ingatkan gelaran itu ada maksud tersirat. 157 00:12:14,817 --> 00:12:19,989 Ingatkan itu ada kaitan dengan peraturan atau undang-undang. 158 00:12:20,573 --> 00:12:23,993 Saya ingatkan dia bebas buat apa saja tanpa ikut peraturan. 159 00:12:24,702 --> 00:12:26,704 Semua orang sangka begitu, bukan? 160 00:12:26,787 --> 00:12:28,998 Itu saja dah cukup hebat. 161 00:12:30,583 --> 00:12:32,084 Rupanya bukan itu. 162 00:12:32,168 --> 00:12:35,796 Rupanya ia bukan maksud tersirat. 163 00:12:35,880 --> 00:12:39,008 Kalau sesiapa nampak kejadian itu, mereka pasti faham. 164 00:12:40,176 --> 00:12:43,512 Dia memang tak boleh dibelenggu apa-apa. 165 00:12:49,685 --> 00:12:53,939 Dia tembus dinding tiga sel kurungan sendirian… 166 00:12:54,023 --> 00:12:58,027 Bukan, empat sel. Kemudian dia rempuh dinding besi. 167 00:12:58,611 --> 00:13:02,114 Memang tak ada apa-apa yang boleh membelenggu dia. 168 00:13:04,617 --> 00:13:07,036 Biar saya pula cerita seterusnya. 169 00:13:07,787 --> 00:13:12,666 Bob McCarthy. Usia 27 tahun. Orang Amerika. Pengawal penjara. 170 00:13:13,334 --> 00:13:16,796 Ya, lepas itu, dia tunggu Baki bangun. 171 00:13:18,047 --> 00:13:20,508 Riak wajah dia begitu tenang, 172 00:13:20,591 --> 00:13:23,260 seolah-olah dia bukan sedang berlawan. 173 00:13:24,011 --> 00:13:25,304 Ketika itulah ia berlaku. 174 00:13:26,138 --> 00:13:30,476 Sambil bangun, Baki sempat lepaskan tendangan ke arah betis dia. 175 00:13:31,352 --> 00:13:34,146 Dia terhempas atas konkrit dari tingkat tiga, 176 00:13:34,230 --> 00:13:36,732 tapi masih boleh melawan, itu saja dah cukup hebat. 177 00:13:36,816 --> 00:13:39,860 Tapi Encik Oliva dapat tangkap dengan mudah. 178 00:13:42,029 --> 00:13:44,573 Tubuhnya besar tapi dia amat lincah. 179 00:13:46,826 --> 00:13:49,745 Baki cuba tendang dengan kaki sebelah lagi. 180 00:13:50,454 --> 00:13:53,791 Tapi Encik Oliva nampak macam pembawa obor Olimpik. 181 00:13:53,874 --> 00:13:57,253 Dengan bersahaja, dia beri isyarat agar kami… 182 00:13:58,420 --> 00:14:00,756 menjauhkan diri. 183 00:14:03,592 --> 00:14:06,887 Saya macam tak percaya telinga saya sendiri. 184 00:14:12,059 --> 00:14:14,144 Kali pertama saya dengar bunyi itu. 185 00:14:17,147 --> 00:14:20,734 Baki Hanma dihempas atas lantai macam kita cop kertas. 186 00:14:20,818 --> 00:14:25,698 Apabila kami ukur lubang itu kemudian, ia sedalam 30 sentimeter. 187 00:14:28,576 --> 00:14:30,160 Apa Oliva fikir masa itu? 188 00:14:30,744 --> 00:14:32,955 Entahlah, saya pun tak tahu. 189 00:14:33,038 --> 00:14:37,209 Dia memang susah untuk difahami, walaupun oleh kami. 190 00:14:42,381 --> 00:14:43,674 Saya tersentak. 191 00:14:46,510 --> 00:14:49,638 Dia hanya memusingkan tubuhnya saja, 192 00:14:49,722 --> 00:14:52,182 dan hebatnya, dia masih boleh bergerak! 193 00:14:59,315 --> 00:15:01,191 Puasnya. 194 00:15:01,901 --> 00:15:06,739 Kuasa penuh lelaki terkuat di Amerika, Biscuit Oliva. 195 00:15:11,869 --> 00:15:15,956 Perasaan ini, rasa meremang ini… 196 00:15:17,833 --> 00:15:19,793 sama macam lima tahun lepas. 197 00:15:20,419 --> 00:15:26,842 Perasaan yang saya rasakan semasa melawan ayah saya, Yujiro Hanma. 198 00:15:27,593 --> 00:15:32,848 Perbezaan antara kekuatan yang tidak tercapai dek akal. 199 00:15:35,517 --> 00:15:37,311 Jadi terkenang pula. 200 00:15:38,437 --> 00:15:40,356 Ya, itu pun dia. 201 00:15:40,940 --> 00:15:43,233 Sekarang ia akan mula. 202 00:15:46,195 --> 00:15:51,200 Apa? Saya sedang mencair? 203 00:15:52,451 --> 00:15:53,702 Menjadi cecair. 204 00:15:54,286 --> 00:15:55,579 Menjadi likat. 205 00:15:56,288 --> 00:15:58,707 Kemudian cair. 206 00:15:59,750 --> 00:16:01,710 Macam air. 207 00:16:02,586 --> 00:16:05,714 Tidak, lebih cair daripada air. 208 00:16:05,798 --> 00:16:10,678 Lebih cair daripada air, lalu mengalir, 209 00:16:10,761 --> 00:16:14,014 sehingga ke segenap pelosok tempat ini. 210 00:16:16,684 --> 00:16:19,979 Betul! Baki tiba-tiba meloncat! 211 00:16:20,896 --> 00:16:22,815 Tidak, dia bukan meloncat. 212 00:16:22,898 --> 00:16:24,984 Bukan semudah itu. 213 00:16:28,904 --> 00:16:33,158 Saya mula-mula sedar tentang perubahan yang terjadi itu 214 00:16:34,451 --> 00:16:35,494 apabila tengok lantai. 215 00:16:36,954 --> 00:16:39,415 Simen tempat dia baring tadi, 216 00:16:39,498 --> 00:16:41,500 tempat yang kena belakang dia, 217 00:16:42,167 --> 00:16:46,505 ada kesan peluh Baki yang menyerupai bentuk muka! 218 00:16:49,091 --> 00:16:52,886 Saya pernah dengar tentang itu tapi itu kali pertama saya lihat. 219 00:16:53,470 --> 00:16:55,973 Ia hanya wujud dalam seni bela diri Jepun. 220 00:16:56,557 --> 00:17:00,811 Tapi akhirnya ia menjadi rahsia purba. Latihan Otot Padu. 221 00:17:02,104 --> 00:17:06,525 Latihan itu memang akan membuat otot membentuk sehingga menyerupai wajah. 222 00:17:07,443 --> 00:17:11,447 Yang lebih hebat lagi, apabila melihat Baki berdiri begitu, 223 00:17:11,530 --> 00:17:13,657 dia buat saya teringatkan orang lain 224 00:17:14,700 --> 00:17:17,536 iaitu pemain pedang paling mahir di dunia, 225 00:17:18,120 --> 00:17:21,665 nama yang tak perlu diperkenalkan lagi, Musashi Miyamoto. 226 00:17:24,501 --> 00:17:26,879 Kata orang, kemahiran fizikal Musashi Miyamoto 227 00:17:26,962 --> 00:17:31,258 jauh melebihi atlet moden pemegang pingat emas sekalipun. 228 00:17:31,759 --> 00:17:34,720 Dia ahli bela diri yang amat menakjubkan 229 00:17:34,803 --> 00:17:38,766 tapi Baki Hanma, remaja berusia 18 tahun, ingatkan saya tentang dia. 230 00:17:39,767 --> 00:17:41,810 Apa akan jadi sekarang? 231 00:17:41,894 --> 00:17:43,687 Awak lambat, Baki. 232 00:17:44,271 --> 00:17:47,816 Tak sopan biar orang lebih tua menunggu. 233 00:17:48,942 --> 00:17:50,402 Saya suka begini. 234 00:17:51,403 --> 00:17:52,905 Boleh kita mula? 235 00:17:53,822 --> 00:17:56,075 Saya terus terbayangkannya. 236 00:17:57,910 --> 00:17:59,703 Saya pernah tengok dalam filem Jepun. 237 00:18:04,750 --> 00:18:06,752 Takdir ditentukan sekelip mata. 238 00:18:06,835 --> 00:18:09,546 Kesudahan yang amat berat sebelah. 239 00:18:10,547 --> 00:18:14,843 Encik Oliva sedar akan perubahan anak muda itu. 240 00:18:15,427 --> 00:18:18,347 Cantik, Baki. 241 00:18:18,430 --> 00:18:23,018 Nampaknya saya berjaya mencetuskan itu. 242 00:18:24,603 --> 00:18:28,524 Hei, helah murahan takkan berkesan ke atas saya. 243 00:18:31,985 --> 00:18:33,278 Bersedialah! 244 00:18:40,452 --> 00:18:42,871 Saya berani sumpah atas nama Tuhan. 245 00:18:43,705 --> 00:18:47,376 Saya tak kelip mata walau sekali pun! 246 00:18:49,002 --> 00:18:52,172 Saya rasa saya nampak Encik Oliva bergerak ke depan. 247 00:18:52,714 --> 00:18:57,010 Saya betul-betul nampak dia berganjak sedikit ke depan. 248 00:18:57,094 --> 00:19:01,515 Tapi tahu-tahu saja, dia sudah tunduk mencium lantai. 249 00:19:02,099 --> 00:19:04,101 Bagi orang Barat macam kami, 250 00:19:04,184 --> 00:19:07,229 ia begitu pantas sampai mata kami tak dapat menangkapnya. 251 00:19:07,312 --> 00:19:10,023 Tapi kami bernasib baik. 252 00:19:10,107 --> 00:19:14,278 Ada sesuatu yang telah merakam segalanya. 253 00:19:16,780 --> 00:19:19,533 Sedia? Saya akan mula mainkannya sekarang. 254 00:19:20,492 --> 00:19:22,494 Sekarang mereka belum bergerak. 255 00:19:23,328 --> 00:19:26,623 Baki mula bergerak. Oliva masih tak bergerak. 256 00:19:27,749 --> 00:19:28,625 Dia pukul! 257 00:19:29,668 --> 00:19:36,383 Rakaman selepas ini menunjukkan Oliva sudah pun pengsan pada waktu itu. 258 00:19:37,801 --> 00:19:41,597 Pada saat ini, baru mata kami melihat apa yang terjadi. 259 00:19:41,680 --> 00:19:44,308 Semua ini berlaku dalam masa satu saat saja. 260 00:19:47,394 --> 00:19:48,228 Tapi… 261 00:19:49,396 --> 00:19:51,982 Oliva macam tak buat apa-apa pun. 262 00:19:52,065 --> 00:19:52,900 Betul. 263 00:19:52,983 --> 00:19:56,069 Macam itu saja awak cakap? Tolonglah. 264 00:19:56,862 --> 00:20:00,324 Mesti ada penjelasan. Kenapa dia tak lawan? 265 00:20:00,949 --> 00:20:03,577 Sebab Encik Oliva tak sedarkan diri. 266 00:20:04,912 --> 00:20:06,747 Awak gurau atau apa? 267 00:20:06,830 --> 00:20:09,750 Maksud awak, Encik Oliva tak sedarkan diri? 268 00:20:10,500 --> 00:20:13,086 Awak sendiri nampak dia sedang berdiri. 269 00:20:13,170 --> 00:20:15,589 Dia sedia untuk berlawan. 270 00:20:16,173 --> 00:20:18,842 Itu memang betul. Tapi… 271 00:20:20,093 --> 00:20:22,221 Begitu rupanya. 272 00:20:22,304 --> 00:20:26,558 Budak hingusan itu mengalami pertumbuhan luar biasa. 273 00:20:27,059 --> 00:20:29,478 Tak hairanlah, sebab dia Hanma. 274 00:20:30,229 --> 00:20:32,481 Saya dah tahu dia memang luar biasa. 275 00:20:35,567 --> 00:20:38,528 Tor Nørretranders menulis buku bertajuk 276 00:20:39,279 --> 00:20:43,492 Ilusi Pengguna: Memahami Kesedaran dalam Sekelip Mata. 277 00:20:44,785 --> 00:20:49,039 Dalam buku itu, Nørretranders menulis, 278 00:20:50,707 --> 00:20:55,629 Kesedaran kita sebenarnya lambat sebanyak 0.5 saat. 279 00:20:56,380 --> 00:20:58,632 Apabila seseorang bergerak, 280 00:20:58,715 --> 00:21:04,137 isyarat untuk itu sebenarnya dihantar ke otak 0.5 saat sebelum itu. 281 00:21:04,763 --> 00:21:07,224 Bayangkan pisau meluru ke arah anda. 282 00:21:07,766 --> 00:21:09,017 Isyarat dihantar! 283 00:21:09,851 --> 00:21:13,522 Tapi otak hanya akan sedar 0.5 saat kemudian. 284 00:21:13,605 --> 00:21:17,359 Sekarang baru otak akan kata "Bahaya! Elak!" 285 00:21:17,985 --> 00:21:18,986 Baru elak. 286 00:21:20,028 --> 00:21:24,116 Pendek kata, beza masa 0.5 saat antara isyarat dihantar dan diterima 287 00:21:24,199 --> 00:21:27,911 adalah masa tubuh tidak sedarkan diri. 288 00:21:28,495 --> 00:21:30,914 Apa saja boleh jadi pada masa itu. 289 00:21:31,498 --> 00:21:33,667 Tempoh masa hanya sekelip mata 290 00:21:33,750 --> 00:21:36,503 dan awak berjaya mempergunakannya. 291 00:21:37,754 --> 00:21:41,091 Sudah macam-macam pertarungan awak hadapi. 292 00:21:41,633 --> 00:21:44,553 Awak tak boleh leka walau satu saat pun. 293 00:21:44,636 --> 00:21:48,056 Ditambah dengan darah Hanma yang mengalir dalam tubuh awak. 294 00:21:48,724 --> 00:21:52,311 Semua itu beri awak kelebihan sebanyak 0.5 saat. 295 00:21:53,353 --> 00:21:58,525 Itu memang sesuatu yang sukar ditemui dalam mana-mana sukan moden 296 00:21:58,608 --> 00:22:00,736 kecuali dalam seni bela diri Jepun. 297 00:22:00,819 --> 00:22:03,572 Benar, itu memang amat luar biasa. 298 00:22:04,489 --> 00:22:06,575 Tapi saya tak hairan pun. 299 00:22:06,658 --> 00:22:12,080 Sebab saya ada ini! 300 00:22:16,585 --> 00:22:18,253 Apa itu? 301 00:23:49,052 --> 00:23:51,179 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela