1 00:00:06,006 --> 00:00:09,968 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:01:45,605 --> 00:01:46,606 Apa? 3 00:01:47,107 --> 00:01:48,274 Duduk bersama? 4 00:01:48,358 --> 00:01:49,359 Ya. 5 00:01:49,859 --> 00:01:54,781 Encik Oliva tinggal bersama kekasihnya di penjara ini. 6 00:01:55,615 --> 00:01:58,409 Jadi dia bukan saja hidup selesa dalam penjara, 7 00:01:58,952 --> 00:02:01,788 tapi dapat bersama teman wanita dia pula? 8 00:02:02,413 --> 00:02:04,207 Kalau itu hukuman penjara dia, 9 00:02:04,290 --> 00:02:07,293 macam mana dia mahu insaf? Atau bertaubat? 10 00:02:07,377 --> 00:02:09,921 Insaf? Bertaubat? 11 00:02:10,505 --> 00:02:14,300 Rasanya kata-kata itu tak wujud dalam kamus hidup dia. 12 00:02:15,051 --> 00:02:16,261 Cantik sangatkah? 13 00:02:16,761 --> 00:02:19,013 Itulah masalahnya. 14 00:02:19,973 --> 00:02:22,267 Tiada siapa pernah nampak dia. 15 00:02:23,268 --> 00:02:25,228 Awak pasti dia betul-betul wujud? 16 00:02:25,311 --> 00:02:29,816 Sudah bertahun-tahun kami dengar tentang dia. 17 00:02:30,441 --> 00:02:33,945 Tapi hanya dari mulut Encik Oliva sendiri. 18 00:02:34,779 --> 00:02:37,073 Tapi kalau dia sudah angau begitu, 19 00:02:37,657 --> 00:02:39,576 kekasih dia pasti jelita. 20 00:02:39,659 --> 00:02:44,038 Itu pun hanya Tanpa Belenggu… Maksud saya, hanya Encik Oliva 21 00:02:44,122 --> 00:02:45,582 yang cakap dia cantik. 22 00:02:49,335 --> 00:02:50,336 Dia temberang. 23 00:03:01,681 --> 00:03:05,977 Maria, hati saya begitu meruntun sedih. 24 00:03:06,561 --> 00:03:11,107 Tidak ada kata yang selayaknya di atas muka bumi ini. 25 00:03:18,615 --> 00:03:21,117 Tidak ada kata yang cukup bermakna 26 00:03:22,452 --> 00:03:27,874 untuk meluahkan betapa saya begitu mencintai awak. 27 00:03:28,458 --> 00:03:29,876 Namun begitu, 28 00:03:29,959 --> 00:03:32,879 apa lagi yang saya mampu tuturkan 29 00:03:33,463 --> 00:03:36,174 untuk menggambarkan perasaan yang memenuhi dada 30 00:03:36,257 --> 00:03:40,887 dan menguasai seluruh jasad saya sampai sebegini rupa? 31 00:03:42,096 --> 00:03:46,684 Sekadar ayat "Saya cintakan awak" seakan-akan tidak memadai. 32 00:03:47,560 --> 00:03:50,730 Jadi dengan hati yang membara dengan penuh rasa cinta, 33 00:03:50,813 --> 00:03:52,148 saya ke sini hari ini. 34 00:03:55,735 --> 00:03:58,613 Lebih daripada sekadar cinta. 35 00:04:06,579 --> 00:04:11,292 Maria? Apa khabar awak hari ini, sayang? 36 00:04:12,126 --> 00:04:15,296 Mungkin dia reka cerita kononnya dia ada teman wanita 37 00:04:15,380 --> 00:04:19,676 untuk menekankan betapa besarnya pengaruh dia di penjara ini. 38 00:04:20,218 --> 00:04:24,055 Untuk menguatkan reputasi dia sebagai banduan Tanpa Belenggu. 39 00:04:24,138 --> 00:04:26,432 Terus terang, 40 00:04:26,516 --> 00:04:29,227 kami pun syak begitu juga. 41 00:04:29,852 --> 00:04:32,939 Tapi kalau desas-desus tentang itu tersebar di sini, 42 00:04:33,523 --> 00:04:36,442 semua 4,000 banduan di sini akan dicekik mati. 43 00:04:37,902 --> 00:04:39,070 Tengoklah nanti. 44 00:04:41,781 --> 00:04:43,700 Apabila fajar tiba buat kali kedua, 45 00:04:44,325 --> 00:04:46,953 dia akan jadi banduan biasa macam kita. 46 00:04:48,162 --> 00:04:51,708 Banduan hina tanpa kekuatan dan tanpa teman wanita. 47 00:04:54,168 --> 00:04:56,754 Kent, tolong pegangkan ini. 48 00:04:58,464 --> 00:05:00,842 Beri kepada saya di dataran esok. 49 00:05:03,678 --> 00:05:05,471 Jangan sesekali buka itu. 50 00:05:06,347 --> 00:05:10,059 Hujan, angin, ombak dan guruh akan terhambur keluar sana. 51 00:05:19,819 --> 00:05:21,404 Aduh, pedih. 52 00:05:24,198 --> 00:05:26,117 Kenapa ini, intan payung? 53 00:05:26,200 --> 00:05:29,871 Saya sudah datang pada masa yang awak minta 54 00:05:29,954 --> 00:05:32,957 dan saya bawa bunga mawar yang awak suka. 55 00:05:41,132 --> 00:05:43,885 Awak tak boleh diharap! 56 00:05:44,552 --> 00:05:46,888 Awak jantan tak guna! 57 00:05:47,597 --> 00:05:49,891 Awak lelaki dayus! 58 00:05:50,516 --> 00:05:52,101 Awak makan macam babi! 59 00:05:52,602 --> 00:05:53,895 Awak zalim! 60 00:05:53,978 --> 00:05:55,897 Awak perasan lebih! 61 00:05:55,980 --> 00:05:58,900 Jantan tak kenang budi! Tak guna hidup! Gatal! 62 00:05:58,983 --> 00:06:00,902 Sampah! Bangang! 63 00:06:04,906 --> 00:06:07,909 Maria, dah habis cakap? 64 00:06:28,596 --> 00:06:32,266 Marilah. Janganlah marah-marah, sayang. 65 00:06:38,231 --> 00:06:39,690 Awak lelaki bodoh! 66 00:06:41,401 --> 00:06:43,444 Memang saya bodoh tapi saya bahagia. 67 00:06:44,529 --> 00:06:46,697 Sebab awak ada di sisi saya. 68 00:06:50,410 --> 00:06:51,702 Sayang! 69 00:06:53,287 --> 00:06:54,372 Nanti! 70 00:06:55,039 --> 00:06:56,707 Nanti! Nanti dulu, nanti! 71 00:06:58,543 --> 00:07:00,461 "Sayang"! 72 00:07:01,295 --> 00:07:02,964 "Sayang"! 73 00:07:03,589 --> 00:07:05,633 Panggilan itu terlalu hebat! 74 00:07:05,716 --> 00:07:08,678 Saya tak layak dipanggil itu oleh awak! 75 00:07:09,303 --> 00:07:10,555 Saya sayang awak. 76 00:07:12,974 --> 00:07:14,225 Maria! 77 00:07:15,059 --> 00:07:17,645 Awak begitu jelita! 78 00:07:18,312 --> 00:07:20,940 Saya nak tunjuk kepada semua orang esok! 79 00:07:21,023 --> 00:07:25,236 Saya nak tunjuk betapa jelitanya awak! 80 00:07:25,319 --> 00:07:27,238 Ini bukan sekadar cinta! 81 00:07:27,822 --> 00:07:29,282 Maria! 82 00:07:42,462 --> 00:07:43,379 Apa? 83 00:07:43,463 --> 00:07:46,591 Awak asyik buat begitu sejak malam tadi. 84 00:07:46,674 --> 00:07:49,135 Awak dengar apa sebenarnya? 85 00:07:49,218 --> 00:07:53,639 Awak ada sebut tentang hujan, angin, 86 00:07:53,723 --> 00:07:56,267 ombak dan guruh… 87 00:07:57,977 --> 00:08:00,646 Kami nak tahu apa ada dalam sana sebenarnya? 88 00:08:03,107 --> 00:08:04,150 Keberanian. 89 00:08:22,418 --> 00:08:25,171 Keberanian? 90 00:08:26,589 --> 00:08:29,884 Betul. Di dalam ini ada keberanian. 91 00:08:33,012 --> 00:08:35,556 Masa itu, pagi selepas taufan ganas. 92 00:08:36,057 --> 00:08:38,267 Hari saya patut bertolak ke Amerika. 93 00:09:00,081 --> 00:09:02,083 Awak kumpulkannya di sana? 94 00:09:03,459 --> 00:09:05,419 Sepanjang malam tadi, 95 00:09:06,128 --> 00:09:07,630 di tempat berbahaya itu? 96 00:09:11,467 --> 00:09:15,179 Mereka kata awak orang paling lemah di pulau ini. 97 00:09:17,515 --> 00:09:18,641 Terima kasih. 98 00:09:21,018 --> 00:09:23,145 Awak sebenarnya orang paling berani. 99 00:09:34,991 --> 00:09:36,742 Ada sesuatu yang tak kena. 100 00:09:37,577 --> 00:09:41,289 Walaupun ia penjara yang mengurung 4,000 banduan, 101 00:09:41,372 --> 00:09:43,874 hari ini tidak ada seorang pengawal pun. 102 00:09:45,334 --> 00:09:49,046 Seolah-olah pada hari itu, seorang banduan pun tak wujud. 103 00:10:04,520 --> 00:10:05,938 Sudah mahu mula. 104 00:10:07,148 --> 00:10:08,858 Awak rasa siapa akan menang? 105 00:10:09,400 --> 00:10:10,818 Oliva. 106 00:10:10,901 --> 00:10:13,070 Saya rasa yang seorang lagi. 107 00:10:17,366 --> 00:10:21,120 Dengar kata Encik Oliva akan bawa teman wanita dia. 108 00:10:21,203 --> 00:10:23,497 Apa? Dia ada teman wanita? 109 00:10:23,581 --> 00:10:26,709 Siapa tahu? Kita tengok sajalah nanti. 110 00:10:26,792 --> 00:10:27,668 TANPA AMARAN 111 00:10:27,752 --> 00:10:30,463 Banduan dilarang berbual di kawasan umum 112 00:10:31,213 --> 00:10:35,176 tetapi hari ini mereka dibiarkan bersembang rancak. 113 00:10:35,801 --> 00:10:36,844 Hanya kerana… 114 00:10:38,054 --> 00:10:39,472 Itu dia! 115 00:10:40,056 --> 00:10:41,474 Dia datang! 116 00:10:42,308 --> 00:10:44,352 Tiada siapa akan lari hari ini. 117 00:10:49,065 --> 00:10:50,066 Nombor Dua! 118 00:10:50,149 --> 00:10:51,317 Tuan Presiden! 119 00:10:51,400 --> 00:10:52,985 Bodoh! Tak payah kecoh! 120 00:10:53,903 --> 00:10:56,656 Lanun yang terbaik! 121 00:11:21,597 --> 00:11:24,266 Ini amat menyeronokkan, bukan? 122 00:11:24,350 --> 00:11:26,852 Saya cakap betul. 123 00:11:26,936 --> 00:11:30,022 Walaupun ada banduan mahu cuba lari sekarang, 124 00:11:30,856 --> 00:11:33,776 saya tetap takkan berganjak dari sini! 125 00:11:35,444 --> 00:11:37,780 Saya akan abaikan itu. 126 00:11:40,866 --> 00:11:42,326 Itu dia! 127 00:11:42,410 --> 00:11:43,285 Oliva! 128 00:11:47,873 --> 00:11:48,708 Apa? 129 00:11:48,791 --> 00:11:49,959 Apa itu? 130 00:11:54,588 --> 00:11:56,382 Dia bawa apa? 131 00:11:57,383 --> 00:11:58,676 Warden! 132 00:11:58,759 --> 00:12:01,387 Mustahil! Dia buat juga! 133 00:12:02,388 --> 00:12:03,556 Dia bawa kekasihnya 134 00:12:04,640 --> 00:12:05,516 atas katil! 135 00:12:05,599 --> 00:12:08,060 Katil bersaiz besar pula! 136 00:12:08,644 --> 00:12:09,937 Kekasihnya atas sana! 137 00:12:10,020 --> 00:12:11,981 Yang dikatakan jelita itu! 138 00:12:12,064 --> 00:12:13,566 Saya tak sangka betul! 139 00:12:14,150 --> 00:12:17,069 - Apa rupanya? Nampak tak? - Tak nampak apa pun! 140 00:12:17,653 --> 00:12:18,821 Cepat tunjukkan! 141 00:12:38,007 --> 00:12:38,841 Itu… 142 00:12:40,050 --> 00:12:40,926 Itulah… 143 00:12:42,011 --> 00:12:43,137 Kekasihnya? 144 00:12:49,310 --> 00:12:51,812 Cepat mulakan. 145 00:12:53,105 --> 00:12:55,149 Kekasih yang disebut-sebut, Maria. 146 00:12:55,775 --> 00:12:57,026 Sesudah melihat dia, 147 00:12:57,109 --> 00:13:02,364 hanya satu benda yang terlintas di fikiran semua 4,000 banduan di penjara itu. 148 00:13:03,282 --> 00:13:04,700 Jika ditanya kemudian, 149 00:13:04,784 --> 00:13:09,830 bagaimana mereka mahu menggambarkan Maria kepada orang lain? 150 00:13:10,456 --> 00:13:12,666 Memang ada satu ciri yang jelas. 151 00:13:13,501 --> 00:13:17,463 Tapi perkataan "gemuk" pun tak memadai untuk gambarkannya. 152 00:13:19,965 --> 00:13:22,134 Apa tengok-tengok? 153 00:13:22,718 --> 00:13:24,386 Mereka bukan pandang awak. 154 00:13:24,470 --> 00:13:26,889 Mereka mengagumi awak, Maria! 155 00:13:27,473 --> 00:13:29,642 Mengagumi kecantikan awak! 156 00:13:34,730 --> 00:13:36,816 Jangan cakap merepek! 157 00:13:36,899 --> 00:13:39,401 Apa yang cantik sangat dengan saya? 158 00:13:43,781 --> 00:13:46,492 Awak cantik dari kepala sampai ke kaki! 159 00:13:46,575 --> 00:13:48,536 Tiada siapa berani nafikannya. 160 00:13:49,161 --> 00:13:53,791 Semua 4,000 banduan di sini boleh lihat kecantikan awak. 161 00:13:55,251 --> 00:13:57,670 Betul tak, semua? 162 00:14:48,679 --> 00:14:50,306 Tuksedo dia masih tercegat! 163 00:14:50,389 --> 00:14:52,474 Macam riang-riang bersalin kulit! 164 00:14:52,558 --> 00:14:54,184 Serius? 165 00:14:54,268 --> 00:14:55,686 Itulah dia Oliva. 166 00:14:55,769 --> 00:14:56,979 Memang tak terlawan! 167 00:14:57,563 --> 00:14:59,189 Pergi dulu, Maria. 168 00:14:59,273 --> 00:15:02,735 Saya akan buktikan betapa kuatnya kekasih awak. 169 00:15:11,076 --> 00:15:13,203 Teman wanita awak memang cantik. 170 00:15:13,287 --> 00:15:15,247 Awak mesti tak nak kalah, ya? 171 00:15:15,831 --> 00:15:17,666 Maaf, Guevaru. 172 00:15:17,750 --> 00:15:21,754 Terima kasih juga sebab sudi dibelasah oleh saya! 173 00:15:23,589 --> 00:15:27,009 Lain orang, lain benda yang beri semangat untuk berlawan. 174 00:15:27,593 --> 00:15:29,011 Balang itu! 175 00:15:29,678 --> 00:15:30,888 Ini pula untuk saya. 176 00:15:31,847 --> 00:15:33,515 Dia buka! 177 00:16:05,714 --> 00:16:06,799 Cukup. 178 00:16:08,008 --> 00:16:09,301 Kita mula. 179 00:16:22,147 --> 00:16:26,151 Encik Oliva, boleh tolong pegang bucu kain pengikat kepala ini? 180 00:16:27,778 --> 00:16:29,613 Main Lepas Kalah, ya? 181 00:16:29,697 --> 00:16:33,075 Teringat pula, dulu saya selalu main semasa kecil. 182 00:16:34,451 --> 00:16:35,953 Lepas Kalah. 183 00:16:36,036 --> 00:16:39,289 Peraturan yang mula-mula diamalkan pada kurun ke-16 184 00:16:39,373 --> 00:16:41,583 bagi perang tanding bangsawan Eropah. 185 00:16:42,668 --> 00:16:47,089 Petarung akan memegang dua bucu berbeza sapu tangan yang sama 186 00:16:47,172 --> 00:16:48,674 sambil berbalas pukulan. 187 00:16:49,341 --> 00:16:51,176 Syaratnya mudah sahaja. 188 00:16:52,720 --> 00:16:54,346 Siapa lepas, dia kalah. 189 00:16:55,180 --> 00:16:56,515 Tambahan lagi, 190 00:16:56,598 --> 00:17:00,853 orang yang terlepas bucu itu bukan saja dianggap kalah 191 00:17:00,936 --> 00:17:02,146 tapi jatuh air muka juga. 192 00:17:02,229 --> 00:17:04,481 Permainan ringkas tanpa belas kasihan. 193 00:17:05,899 --> 00:17:10,070 Apabila mereka menggenggam bucu sapu tangan itu dengan erat, 194 00:17:10,154 --> 00:17:13,490 itu melambangkan tekad mereka mempertahankan maruah. 195 00:17:14,950 --> 00:17:18,328 Syarat permainan ini ringkas dan amat wajar juga. 196 00:17:19,455 --> 00:17:21,623 Jadi, J. Guevaru. 197 00:17:21,707 --> 00:17:27,880 awak dilatih oleh datuk awak, pakar ninjutsu jurus Mugakure. 198 00:17:27,963 --> 00:17:30,758 Awak memang suka menyibuk, Tanpa Belenggu? 199 00:17:30,841 --> 00:17:34,762 Awak mula berlatih buat dirian kepala dengan kelima-lima jari 200 00:17:34,845 --> 00:17:37,222 dan akhirnya dengan guna ibu jari saja. 201 00:17:37,306 --> 00:17:40,017 Jari-jemari awak tentu sangat kuat. 202 00:17:40,100 --> 00:17:44,897 Pada saya, awak pilih permainan ini sebab awak yakin jari awak kuat. 203 00:17:44,980 --> 00:17:46,273 Betul atau tidak? 204 00:17:46,857 --> 00:17:48,442 Kalau awak tak berani, 205 00:17:48,525 --> 00:17:50,486 kita boleh tukar permainan. 206 00:17:50,569 --> 00:17:54,281 Tapi setahu saya, jari-jemari awak tak kurang hebat juga. 207 00:17:57,618 --> 00:18:00,329 Orang pulau saya pun pernah dengar kisahnya. 208 00:18:01,371 --> 00:18:02,956 Lipat empat duit syiling, 209 00:18:03,749 --> 00:18:05,751 penyekkan tin bir penuh, 210 00:18:06,251 --> 00:18:10,923 mengangkat kapak yang masih terlekat pada tunggul. 211 00:18:11,924 --> 00:18:14,676 membengkok pancang landasan kereta api… 212 00:18:15,886 --> 00:18:18,013 Okey, sudah. 213 00:18:18,097 --> 00:18:21,058 Awak memang suka menyibuk, Nombor Dua? 214 00:18:21,683 --> 00:18:23,811 Maknanya awak tak perlu rendah diri. 215 00:18:23,894 --> 00:18:26,814 Maknanya awak takkan beri saya peluang. 216 00:18:38,951 --> 00:18:41,578 Jadi kita sudah mula sekarang, budak? 217 00:18:41,662 --> 00:18:45,082 Ya, kita sudah mula. 218 00:19:09,857 --> 00:19:10,858 Saya tahu. 219 00:19:12,442 --> 00:19:15,988 Petarung terkuat di Amerika takkan dapat ditumbangkan 220 00:19:16,071 --> 00:19:18,365 oleh tumbukan-tumbukan saya ini. 221 00:19:20,951 --> 00:19:22,870 Tapi dia tak perlu tumbang pun. 222 00:19:23,537 --> 00:19:25,497 Kena dagu terus. 223 00:19:27,499 --> 00:19:30,878 Dia tak perlu tumbang. Cukuplah kalau dia sekadar lupa. 224 00:19:31,461 --> 00:19:33,255 Lupakan kain ini. 225 00:19:33,338 --> 00:19:34,631 Lupakan bucunya. 226 00:19:35,424 --> 00:19:39,386 Lupa dia sedang menggenggamnya. 227 00:19:49,479 --> 00:19:50,647 Tengok! 228 00:19:51,315 --> 00:19:54,902 Badan gergasi Oliva ditampung kain pengikat kepala itu saja! 229 00:19:55,027 --> 00:19:56,153 Dan… 230 00:19:56,236 --> 00:19:59,656 Guevaru pegang dengan kedua-dua belah tangan 231 00:19:59,740 --> 00:20:01,241 tapi tengok Oliva pegang! 232 00:20:07,915 --> 00:20:10,667 Budak. Awak ubah cara pegangan awak? 233 00:20:10,751 --> 00:20:13,921 Kalau awak genggam dengan kedua-dua belah tangan, 234 00:20:14,504 --> 00:20:15,923 tak nampak hebat, bukan? 235 00:20:17,257 --> 00:20:21,929 Orang bangsawan yang cipta permainan ini tentu akan kesal tengok awak sekarang. 236 00:20:22,012 --> 00:20:26,516 Kalau begitu, saya akan ikut awak dan ubah pegangan saya juga. 237 00:20:27,017 --> 00:20:30,646 Awak tak sengaja pegang macam itu. 238 00:20:30,729 --> 00:20:32,898 Jadi saya tak boleh pegang begini. 239 00:20:33,398 --> 00:20:37,319 Oleh itu, saya akan pegang macam ini. 240 00:20:37,402 --> 00:20:38,528 Macam mana? 241 00:20:44,117 --> 00:20:45,327 Jari kelengkeng? 242 00:20:45,911 --> 00:20:48,080 Begitu yakin dengan kekuatan jarinya? 243 00:20:48,163 --> 00:20:49,456 Mengarut! 244 00:20:49,539 --> 00:20:51,333 Kalau kena angin, habislah! 245 00:20:51,917 --> 00:20:53,335 Mungkin ini strategi? 246 00:20:53,919 --> 00:20:56,463 Setahu saya, bangsawan zaman dahulu 247 00:20:56,546 --> 00:20:59,341 pegang cawan dan lunjurkan kelengkeng mereka. 248 00:21:00,133 --> 00:21:02,594 Sekali imbas, mungkin ia nampak biasa 249 00:21:02,678 --> 00:21:05,847 tapi sebenarnya ada sebab mereka lunjurkan kelengkeng. 250 00:21:06,640 --> 00:21:12,104 Mereka mahu berjimat cermat dengan rempah yang amat berharga pada zaman itu. 251 00:21:13,730 --> 00:21:16,441 Adab memerlukan mereka mencubit rempah begini. 252 00:21:19,653 --> 00:21:22,114 Jika jari kelengkeng mereka basah, 253 00:21:22,948 --> 00:21:25,701 rempah akan banyak melekat pada jari itu. 254 00:21:26,827 --> 00:21:30,205 Jadi mereka cipta amalan itu sebagai adab di meja makan. 255 00:21:31,331 --> 00:21:34,042 Awak faham, Encik Guevaru? 256 00:21:34,126 --> 00:21:37,546 Sikap rendah diri. Awak tentu cukup masak dengan itu. 257 00:21:38,463 --> 00:21:41,883 Darah Jepun yang turut mengalir dalam tubuh awak sekarang 258 00:21:41,967 --> 00:21:46,555 menggesa awak untuk merendah diri, mengikut adat Negara Matahari Terbit itu. 259 00:21:47,222 --> 00:21:51,768 Jadi sampai bila awak nak berdegil menggenggam sapu tangan itu begitu? 260 00:21:52,352 --> 00:21:54,146 Ingat, perlu rendah diri. 261 00:21:54,229 --> 00:21:57,649 Awak mesti jaga air muka awak. 262 00:23:48,969 --> 00:23:51,179 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela