1 00:00:06,006 --> 00:00:09,968 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:01:44,104 --> 00:01:47,023 Tak guna! Apa yang lembab sangat? 3 00:01:47,107 --> 00:01:49,526 Bersiap untuk parti atau apa? 4 00:01:49,609 --> 00:01:51,319 Cepat sikit! 5 00:01:51,402 --> 00:01:53,905 Nak kena tendang atau apa? Macam siput! 6 00:01:56,783 --> 00:01:58,409 Semua banduan lapor diri! 7 00:01:58,493 --> 00:01:59,953 Sel satu, hadir! 8 00:02:00,036 --> 00:02:01,162 Sel dua, hadir! 9 00:02:01,746 --> 00:02:03,039 Sel tiga, hadir! 10 00:02:03,123 --> 00:02:04,165 Hadir! 11 00:02:04,249 --> 00:02:05,542 Hadir! 12 00:02:05,625 --> 00:02:07,168 Macam dalam tentera. 13 00:02:08,545 --> 00:02:10,922 Awak semua tak layak dipanggil manusia. 14 00:02:11,506 --> 00:02:14,259 Awak tak berhak bercakap. Dilarang berbual! 15 00:02:14,342 --> 00:02:15,969 Itu dianggap jenayah berat. 16 00:02:16,052 --> 00:02:17,929 Kami akan tembak tanpa amaran. 17 00:02:18,012 --> 00:02:20,849 Siapa suruh lahir-lahir dah jadi bodoh? 18 00:02:23,476 --> 00:02:24,435 Ini... 19 00:02:26,312 --> 00:02:29,941 sesuatu yang tak pernah dan tak patut berlaku dalam penjara. 20 00:02:31,025 --> 00:02:33,153 Awak semua tak ada kebebasan. 21 00:02:33,236 --> 00:02:34,946 Inilah hidup awak! 22 00:02:35,530 --> 00:02:37,490 Hanya satu saja cara untuk hidup. 23 00:02:38,032 --> 00:02:39,909 Terima sajalah hakikat ini! 24 00:02:46,332 --> 00:02:47,709 Faham? 25 00:02:47,792 --> 00:02:49,169 Ya, tuan! 26 00:02:49,794 --> 00:02:50,795 Biar betul? 27 00:02:51,838 --> 00:02:53,715 Dia selamba saja merokok? 28 00:02:57,802 --> 00:02:58,970 Sarapan makan apa? 29 00:02:59,846 --> 00:03:01,514 Daging khinzir dan kacang. 30 00:03:03,057 --> 00:03:05,727 Saya kata jangan berbual! 31 00:03:06,436 --> 00:03:07,729 Aduh. 32 00:03:08,354 --> 00:03:10,899 Saya tak suka daging khinzir. 33 00:03:11,441 --> 00:03:13,234 Pergi ke dewan makan! 34 00:03:14,944 --> 00:03:19,365 Semua pengawal penjara berlagak seolah-olah tak nampak Nombor Dua. 35 00:03:19,449 --> 00:03:20,783 Itulah yang peliknya. 36 00:03:22,035 --> 00:03:23,870 Dia saja dapat telur dadar. 37 00:03:23,953 --> 00:03:26,956 Ada seribu banduan dalam sini 38 00:03:27,457 --> 00:03:29,334 tapi tiada siapa yang merungut. 39 00:03:30,543 --> 00:03:31,377 Dan… 40 00:03:33,755 --> 00:03:34,881 Hei. 41 00:03:35,632 --> 00:03:37,050 Awak tukar senjata, ya? 42 00:03:42,222 --> 00:03:44,140 Dulu awak pegang revolver. 43 00:03:44,849 --> 00:03:47,518 Sekarang awak tukar pistol automatik. 44 00:03:58,238 --> 00:04:00,657 Tak boleh ada lalat di dewan makan. 45 00:04:05,912 --> 00:04:07,497 Lepaskannya di luar. 46 00:04:12,961 --> 00:04:15,546 Pencetus kejadian pada hari itu 47 00:04:16,297 --> 00:04:19,050 ialah orang yang makan depan Nombor Dua. 48 00:04:20,635 --> 00:04:22,178 Tengok Nombor Dua. 49 00:04:23,846 --> 00:04:27,558 Orang yang duduk di depan dia itu mahu mencabar dia berlawan. 50 00:04:28,559 --> 00:04:29,602 Besarnya dia. 51 00:04:30,103 --> 00:04:33,439 Dia berpengalaman dalam sukan sumo di negara awak. 52 00:04:34,148 --> 00:04:37,568 Dia masuk seni bela diri dan selepas beberapa perlawanan, 53 00:04:37,652 --> 00:04:39,570 dia terus dapat jadi juara. 54 00:04:40,196 --> 00:04:43,574 Dia mempamerkan kuasa hebatnya di luar gelanggang. 55 00:04:43,658 --> 00:04:45,576 Sehingga mengakibatkan kematian. 56 00:04:46,536 --> 00:04:49,831 Dia tak pernah kalah perlawanan di Jepun mahupun Amerika. 57 00:04:49,914 --> 00:04:53,459 Tapi itu sama saja dengan kebanyakan banduan di sini. 58 00:04:54,252 --> 00:04:55,586 Nombor Dua. 59 00:04:55,670 --> 00:04:57,588 Saya dengar itu gelaran awak. 60 00:05:04,637 --> 00:05:06,848 Kalau awak Nombor Dua, 61 00:05:06,931 --> 00:05:10,601 maknanya saya patut jadi Nombor Satu. 62 00:05:11,477 --> 00:05:12,729 Susah nak cucuk. 63 00:05:24,699 --> 00:05:26,868 Orang lain macam tak hairan saja. 64 00:05:27,535 --> 00:05:30,621 Semua orang dah tahu apa akan berlaku. 65 00:05:32,749 --> 00:05:33,583 Ini… 66 00:05:34,792 --> 00:05:35,626 Tengok? 67 00:05:36,336 --> 00:05:37,670 Nampak lembik, bukan? 68 00:05:38,713 --> 00:05:40,131 Beralun-alun. 69 00:05:40,757 --> 00:05:41,632 Hei. 70 00:05:43,217 --> 00:05:44,135 Tengok? 71 00:05:47,972 --> 00:05:49,390 Sekarang mula. 72 00:05:56,564 --> 00:05:57,398 Berhenti! 73 00:05:59,984 --> 00:06:05,156 Kalau nak hidup, guna kekuatan awak. Bukan silap mata, Nombor Dua. 74 00:06:06,657 --> 00:06:10,161 Apa yang seronok sangat kalau dapat kalahkan saya? 75 00:06:11,329 --> 00:06:14,832 Paling kurang pun, dapat berhibur dalam kurungan ini. 76 00:06:15,750 --> 00:06:20,213 Waktu makan satu-satunya masa yang dinantikan banduan di sini. 77 00:06:20,296 --> 00:06:21,923 Awak dah kacau itu. 78 00:06:22,799 --> 00:06:23,925 Itu silap besar. 79 00:06:28,888 --> 00:06:30,932 Saya akan rampas kebebasan awak. 80 00:06:31,766 --> 00:06:33,518 Saya tak sanggup tengok. 81 00:06:35,561 --> 00:06:36,687 Bagus juga begini. 82 00:06:37,313 --> 00:06:40,691 Awak beri saya pistol, jadi awak ada alasan kalau kalah. 83 00:06:49,283 --> 00:06:51,369 Pegang kuat-kuat. 84 00:06:51,869 --> 00:06:53,204 Cari titik lemah saya. 85 00:06:53,955 --> 00:06:54,956 Teruskan. 86 00:06:56,624 --> 00:06:57,959 Celaka. 87 00:07:00,795 --> 00:07:03,339 Awak ingat saya takkan tembak? 88 00:07:05,842 --> 00:07:07,260 Kasihan dia. 89 00:07:08,010 --> 00:07:11,264 Sebenarnya dia tak bebas, dia hanya mampu tarik picu. 90 00:07:11,973 --> 00:07:14,016 Itulah yang dimahukan Nombor Dua. 91 00:07:15,643 --> 00:07:17,520 Elok juga mati hari ini. 92 00:07:18,312 --> 00:07:19,605 Dia guna Kenpo? 93 00:07:19,689 --> 00:07:20,523 Tidak. 94 00:07:21,149 --> 00:07:23,401 Nombor Dua tak ikut gaya tertentu. 95 00:07:28,573 --> 00:07:30,533 Awak buat apa tadi? 96 00:07:31,159 --> 00:07:32,410 Buat apa? 97 00:07:38,124 --> 00:07:39,041 Sumo? 98 00:07:41,169 --> 00:07:42,545 Tak guna. 99 00:07:43,129 --> 00:07:45,047 Awak tumbangkan saya dengan sumo? 100 00:07:45,631 --> 00:07:48,301 Tidak, tadi bukan sumo. 101 00:07:48,384 --> 00:07:49,594 Saya tendang saja. 102 00:07:50,428 --> 00:07:51,262 Tapi… 103 00:07:52,430 --> 00:07:56,058 Saya boleh lawan sumo dengan awak kalau awak mahu. 104 00:07:58,644 --> 00:08:01,564 Pengawal, kami nak bersenam sekejap selepas makan. 105 00:08:02,231 --> 00:08:03,900 Kami akan masuk dewan sukan. 106 00:08:05,526 --> 00:08:07,195 Kita dah dapat kebenaran. 107 00:08:08,154 --> 00:08:09,572 Jom? 108 00:08:14,410 --> 00:08:17,163 Bagus, ada bulatan juga. 109 00:08:20,458 --> 00:08:22,585 Mereka nampak gelisah. 110 00:08:25,671 --> 00:08:28,841 Tak usah pedulikan mereka. Mereka nak tengok saja. 111 00:08:29,592 --> 00:08:32,762 Kejohanan Sumo Arizona, dosukoi! 112 00:08:33,930 --> 00:08:36,849 Sekejap, maknanya kita dah mula? 113 00:08:37,433 --> 00:08:39,644 Patut cakap "hakkeyoi", bukan? 114 00:08:42,230 --> 00:08:43,356 Baiklah. 115 00:08:52,073 --> 00:08:53,866 Tak boleh angkat dia? 116 00:08:54,659 --> 00:08:56,369 Awak tak dapat alihkan saya. 117 00:08:56,994 --> 00:08:59,872 Sebab awak hanya berdiri atas dua kaki awak. 118 00:09:30,736 --> 00:09:32,154 Saya nak terbalik. 119 00:09:32,780 --> 00:09:34,156 Saya akan jatuh. 120 00:09:35,241 --> 00:09:37,159 Saya mesti berdiri. 121 00:09:40,580 --> 00:09:41,664 Perlawanan tamat. 122 00:09:46,877 --> 00:09:48,421 Saya kalah? 123 00:09:48,504 --> 00:09:50,673 Saya kalah dalam sumo? 124 00:09:51,716 --> 00:09:53,634 Dia guna gerakan apa tadi? 125 00:09:53,718 --> 00:09:54,552 Dia menampar? 126 00:09:55,511 --> 00:09:58,556 Ada sesuatu dalam telinga saya… 127 00:09:59,515 --> 00:10:01,517 Ini tak boleh diterima! 128 00:10:36,427 --> 00:10:37,428 Hei. 129 00:10:37,928 --> 00:10:40,890 Apa awak buat di sini seorang diri? 130 00:10:40,973 --> 00:10:42,099 Apa? 131 00:10:42,183 --> 00:10:44,727 Awak nampak tak papan tanda itu? 132 00:10:46,437 --> 00:10:49,357 Saya patut tembak awak tanpa beri amaran. 133 00:10:49,440 --> 00:10:50,274 TANPA AMARAN 134 00:10:50,358 --> 00:10:52,860 Tapi awak orang baru, jadi saya beri muka. 135 00:10:58,949 --> 00:11:00,701 Saya dah beri amaran dulu. 136 00:11:08,042 --> 00:11:10,378 Encik Baki. 137 00:11:10,461 --> 00:11:11,754 Hilang selera, ya? 138 00:11:12,421 --> 00:11:13,339 Saya dah tahu. 139 00:11:13,881 --> 00:11:18,177 Ingatkan awak dipanggil Nombor Dua sebab awak orang yang kedua... 140 00:11:18,260 --> 00:11:19,512 tapi rupanya bukan. 141 00:11:20,221 --> 00:11:21,263 Betul. 142 00:11:21,347 --> 00:11:23,265 Saya ialah generasi kedua. 143 00:11:24,100 --> 00:11:26,727 Generasi kedua Encik Tanpa Belenggu. 144 00:11:26,811 --> 00:11:28,479 Generasi pertama masih ada. 145 00:11:29,021 --> 00:11:31,816 Zaman Oliva dah berakhir. 146 00:11:32,358 --> 00:11:34,276 Itulah keinginan semua orang. 147 00:11:34,360 --> 00:11:35,194 MATAHARI 148 00:11:35,277 --> 00:11:40,282 Tiada siapa pun suka gaya hidup dia yang mengarut itu. 149 00:11:40,950 --> 00:11:44,036 Dia gunakan kekerasan untuk dapat apa yang dia mahu. 150 00:11:44,745 --> 00:11:49,041 Padanlah, Oliva dan Bosch sama-sama orang Amerika. 151 00:11:50,042 --> 00:11:51,794 Tapi awak lain? 152 00:11:55,381 --> 00:11:58,300 Awak banyak mulut. 153 00:11:58,384 --> 00:11:59,802 Dilarang bercakap! 154 00:12:05,349 --> 00:12:06,809 Cota ini... 155 00:12:09,311 --> 00:12:11,313 - beralun-alun. - Jangan bergerak! 156 00:12:16,402 --> 00:12:17,570 Baik. 157 00:12:40,217 --> 00:12:41,719 Waktu makan! 158 00:12:55,107 --> 00:12:55,983 Diam. 159 00:13:06,243 --> 00:13:09,246 Awak hanya dapat roti dan secawan sup. 160 00:13:09,789 --> 00:13:12,208 Tak perlu garfu atau pisau pun. 161 00:13:12,708 --> 00:13:16,879 Kalau ada sudu pun, macam mana awak nak guna dalam keadaan itu? 162 00:13:18,130 --> 00:13:21,759 Ini baru hari pertama, tapi awak dah kena seteruk ini. 163 00:13:22,468 --> 00:13:23,719 Orang itu… 164 00:13:23,803 --> 00:13:25,387 Nombor Dua. 165 00:13:26,055 --> 00:13:27,389 Siapa dia sebenarnya? 166 00:13:28,599 --> 00:13:30,142 Dia seorang pemerintah. 167 00:13:31,685 --> 00:13:35,397 Untuk negara yang tidak dikenali sesiapa. 168 00:13:36,857 --> 00:13:40,402 Dulu ia hanya pulau terpinggir di luar Amerika Selatan. 169 00:13:40,486 --> 00:13:44,657 Negara kecil dengan penduduk yang tak mencecah 20,000 orang. 170 00:13:45,366 --> 00:13:47,159 Nama sebenarnya Jun Guevaru. 171 00:13:47,243 --> 00:13:50,079 Generasi ketiga pendatang Jepun berusia 21 tahun. 172 00:13:50,746 --> 00:13:52,998 Saya tak berapa tahu tulisan Kanji, 173 00:13:53,082 --> 00:13:54,792 tapi "Jun" ditulis begini. 174 00:13:57,294 --> 00:13:59,004 Aksara itu bermaksud "suci". 175 00:14:00,256 --> 00:14:03,175 Nama Inggerisnya J. Guevaru. 176 00:14:03,259 --> 00:14:09,181 Dulu dia hanya samseng jalanan yang tahu mencuri dan memeras saja. 177 00:14:09,849 --> 00:14:11,475 Itu cerita yang biasa. 178 00:14:11,559 --> 00:14:13,769 Ini bukan cerita biasa. 179 00:14:15,145 --> 00:14:17,022 Saya kata dia samseng jalanan 180 00:14:18,023 --> 00:14:19,525 tapi sebenarnya bukan di darat 181 00:14:20,276 --> 00:14:21,235 tapi di laut. 182 00:14:22,152 --> 00:14:24,154 Pendek kata, dia lanun. 183 00:14:24,238 --> 00:14:25,948 Apa? Lanun? 184 00:14:26,532 --> 00:14:28,742 Cara dia mudah saja. 185 00:14:28,826 --> 00:14:31,453 Dia akan sekat perjalanan kapal persiaran. 186 00:14:32,079 --> 00:14:33,455 Dia akan guna tali… 187 00:14:36,041 --> 00:14:39,962 untuk menceroboh kapal itu dan memeras semua orang, 188 00:14:40,588 --> 00:14:42,506 merompak duit dan barang mereka. 189 00:14:43,549 --> 00:14:45,384 Kalau setakat itu saja, 190 00:14:45,467 --> 00:14:48,971 dia hanya akan kekal sebagai Guevaru, samseng jalanan. 191 00:14:50,055 --> 00:14:53,309 Tapi segalanya berubah semasa Guevaru berusia 17 tahun. 192 00:14:56,145 --> 00:14:57,938 Guevaru melihat sendiri 193 00:14:58,522 --> 00:15:01,859 orang-orang kaya menggunakan duit dan pengaruh mereka 194 00:15:01,942 --> 00:15:04,987 untuk melayan penduduk pulau itu macam hamba. 195 00:15:05,988 --> 00:15:11,619 Di pulau itu, semuanya hidup bermuafakat tak kira tua atau muda. 196 00:15:12,161 --> 00:15:14,246 Keperluan dibahagikan sama rata 197 00:15:14,330 --> 00:15:17,082 dan mereka melalui suka duka bersama. 198 00:15:17,833 --> 00:15:19,001 Tapi sekarang? 199 00:15:19,585 --> 00:15:21,712 Hanya untuk beberapa butir beras, 200 00:15:21,795 --> 00:15:24,632 kepala mereka bukan saja dipijak, 201 00:15:25,215 --> 00:15:26,800 tapi budaya dan maruah mereka 202 00:15:26,884 --> 00:15:30,763 ditelan kapitalisme kuasa besar dengan penuh rakus. 203 00:15:32,389 --> 00:15:33,766 Pada saat itu, Guevaru 204 00:15:34,475 --> 00:15:36,769 bertekad mahu memerdekakan pulau itu. 205 00:15:38,479 --> 00:15:40,689 Sejak kecil lagi, Guevaru mendapat 206 00:15:40,773 --> 00:15:43,275 latihan seni bela diri daripada datuknya. 207 00:15:44,026 --> 00:15:46,528 Dia mengajarkannya kepada orang-orangnya. 208 00:15:47,237 --> 00:15:50,032 Dia mengharamkan penggunaan senjata. 209 00:15:50,741 --> 00:15:54,662 Dia bukan mahu menegakkan keadilan secara membabi buta. 210 00:15:54,745 --> 00:15:59,041 Guevaru ingin melaksanakan misi itu sebab dia yakin dia akan menang. 211 00:15:59,917 --> 00:16:03,003 Latihan Guevaru meningkatkan kekuatan pelatihnya. 212 00:16:05,506 --> 00:16:06,632 Melawan tangan kosong. 213 00:16:07,424 --> 00:16:08,634 Melawan senjata. 214 00:16:09,551 --> 00:16:10,761 Melawan peluru. 215 00:16:11,637 --> 00:16:12,805 Melawan peletup. 216 00:16:14,014 --> 00:16:16,308 Jumlah yang terkandas memang ramai 217 00:16:17,101 --> 00:16:20,813 tapi menurut mereka, tiada siapa yang memilih untuk berhenti. 218 00:16:21,397 --> 00:16:23,649 Setinggi itulah keyakinan mereka 219 00:16:23,732 --> 00:16:26,568 terhadap perancangan Guevaru. 220 00:16:27,486 --> 00:16:31,073 Apabila mereka sudah tidak dapat parut baru di tubuh mereka, 221 00:16:31,156 --> 00:16:34,576 bala tentera tanpa senjata pimpinan Guevaru telah lengkap. 222 00:16:35,160 --> 00:16:38,539 Kemudian Guevaru terus menyeru untuk kemerdekaan. 223 00:16:39,331 --> 00:16:43,335 Namun masa itu dia masih muda jadi dia diragui semua orang. 224 00:16:43,919 --> 00:16:48,340 Tapi ada satu orang yang paling membenci tindakannya, 225 00:16:48,424 --> 00:16:50,342 iaitu George Bosch. 226 00:16:52,344 --> 00:16:55,931 Takkan kita tak boleh buat apa-apa dengan pulau itu? 227 00:16:56,557 --> 00:16:59,560 Saya dengar ura-ura mereka nak minta merdeka. 228 00:17:00,811 --> 00:17:03,355 Pada masa itulah, kejadian itu berlaku. 229 00:17:03,439 --> 00:17:05,858 Apa kata kita kerah pesawat? 230 00:17:05,941 --> 00:17:08,277 Mungkin suruh ulang-alik beberapa kali. 231 00:17:08,360 --> 00:17:11,363 Kemudian, terbang rendah ke tanah dan bom mereka! 232 00:17:11,447 --> 00:17:14,366 Pulau sekecil itu cukup dibom sekali saja. 233 00:17:15,075 --> 00:17:17,411 Minta maaf, Tuan Presiden. 234 00:17:17,494 --> 00:17:21,373 Kita sepatutnya menghormati kemahuan mereka untuk merdeka. 235 00:17:21,999 --> 00:17:26,086 Dengan syarat pemerintah dan rakyatnya ada keinginan yang sama. 236 00:17:26,170 --> 00:17:27,379 Timbalan Setiausaha James, 237 00:17:28,088 --> 00:17:32,342 sekarang kita bukan depan kamera bercakap dengan rakyat. 238 00:17:32,426 --> 00:17:34,178 Faham-fahamlah sikit. 239 00:17:34,720 --> 00:17:39,391 Awak mahu biarkan ada pembelot Amerika Syarikat? 240 00:17:40,392 --> 00:17:41,351 Pembelot? 241 00:17:42,478 --> 00:17:44,063 Ini bukan kemerdekaan. 242 00:17:44,146 --> 00:17:48,150 Mereka hanya 20,000 orang pembelot. 243 00:17:48,776 --> 00:17:53,238 Takkan negara terhebat di dunia akan biarkan itu terjadi? 244 00:17:53,322 --> 00:17:56,408 Buat sementara ini, kita kerah tentera ke sana. 245 00:17:56,992 --> 00:17:59,953 Kononnya kita mahu redakan cubaan rampasan kuasa. 246 00:18:00,037 --> 00:18:03,916 Kita tutup mulut mereka. Kita akan kawal berita di media. 247 00:18:04,500 --> 00:18:07,669 Itulah yang saya mahu dengar, Setiausaha Ray. 248 00:18:08,295 --> 00:18:11,548 Setiausaha Pertahanan, bila tentera awak boleh bersedia? 249 00:18:12,091 --> 00:18:14,426 Jika Presiden arahkan, hari ini juga. 250 00:18:14,510 --> 00:18:18,388 Bagus! Baru orang tahu kehebatan orang kulit putih! 251 00:18:20,182 --> 00:18:21,433 Cukup. 252 00:18:22,267 --> 00:18:23,685 Jangan bergerak! 253 00:18:25,813 --> 00:18:31,693 Kalau sesiapa bergerak, leher Presiden akan dipusingkan sebanyak 360 darjah. 254 00:18:32,402 --> 00:18:36,990 Tiga pengawal itu, berdiri menghadap dinding dan angkat tangan. 255 00:18:37,783 --> 00:18:39,451 Cepat! 256 00:18:41,161 --> 00:18:42,454 Awak… 257 00:18:43,330 --> 00:18:45,082 Chamomile Lessen. 258 00:18:45,165 --> 00:18:48,961 Benar, saya anggota pengawal peribadi tuan tapi saya juga 259 00:18:49,837 --> 00:18:53,882 penduduk asal pulau kecil yang tuan seronok bincangkan tadi. 260 00:18:53,966 --> 00:18:55,717 Saya orang J. Guevaru. 261 00:18:58,971 --> 00:19:00,722 J. Guevaru? 262 00:19:00,806 --> 00:19:04,643 Permintaan kami mudah saja, kami hanya ingin merdeka. 263 00:19:05,352 --> 00:19:07,896 Kami mahu tuan duduk diam dan biarkan kami. 264 00:19:08,605 --> 00:19:11,608 Sekarang awak tak ada senjata pun. 265 00:19:11,692 --> 00:19:14,236 Awak ingat awak boleh terlepas dengan ini? 266 00:19:14,903 --> 00:19:16,989 Amerika Syarikat ada 50 negeri. 267 00:19:17,072 --> 00:19:18,824 Termasuk saya, buat masa ini 268 00:19:18,907 --> 00:19:21,618 kami ada dua orang dalam setiap negeri. 269 00:19:22,161 --> 00:19:23,745 Setiap seorang daripada kami 270 00:19:24,329 --> 00:19:27,040 boleh rampas pesawat dengan tangan kosong 271 00:19:27,124 --> 00:19:30,752 ataupun ambil alih sebuah loji nuklear. 272 00:19:31,378 --> 00:19:33,755 Sudah tentu termasuk saya juga. 273 00:19:43,891 --> 00:19:45,017 Minta maaf. 274 00:19:46,435 --> 00:19:50,522 Gelombang dingin yang degil itu akhirnya sudah reda. 275 00:19:51,190 --> 00:19:54,651 Kini baru terasa bayu perlahan berpuput lembut 276 00:19:54,735 --> 00:19:58,030 di telinga saya di sini, di California. 277 00:19:58,113 --> 00:19:59,865 Itu rumah saya! 278 00:20:00,574 --> 00:20:02,034 Hari ini, saya datang 279 00:20:02,618 --> 00:20:05,287 untuk melawat kediaman George Bosch, 280 00:20:05,370 --> 00:20:08,540 seorang budak petani berasal dari kampung Alabama. 281 00:20:08,624 --> 00:20:11,043 Apa semua ini? 282 00:20:11,710 --> 00:20:13,545 Saya masuk dulu, ya? 283 00:20:14,546 --> 00:20:16,215 Wah. 284 00:20:16,298 --> 00:20:19,801 Cik puan dan anak-anak menyambut saya dengan senyuman. 285 00:20:19,885 --> 00:20:22,054 Senyuman Amerika sejati! 286 00:20:22,638 --> 00:20:27,100 Dalam ruang tamu terlampau luas ini, sinar matahari menerjah masuk. 287 00:20:27,684 --> 00:20:30,520 Saya teringatkan Alabama dan ibu bapa saya. 288 00:20:31,396 --> 00:20:33,440 Saya hargai ibu bapa saya. 289 00:20:33,523 --> 00:20:34,942 Saya sayang keluarga saya. 290 00:20:35,484 --> 00:20:37,027 Saya sayang negara saya. 291 00:20:37,653 --> 00:20:39,655 Kita mesti sayang bangsa manusia. 292 00:20:39,738 --> 00:20:41,573 Mana pengawal? 293 00:20:42,532 --> 00:20:44,368 Adik, sayang ayah tak? 294 00:20:44,868 --> 00:20:45,827 Sayang! 295 00:20:47,204 --> 00:20:49,581 Saya pun! 296 00:20:51,917 --> 00:20:54,795 Apa pendapat anda tentang kediaman Bosch? 297 00:20:54,878 --> 00:20:57,256 Bukankah ia terlalu mewah berlebihan? 298 00:20:57,339 --> 00:21:00,342 Cuba fikir sejenak, tengok balik titik buta awak. 299 00:21:00,926 --> 00:21:03,136 Saya pasti anda akan faham nanti. 300 00:21:05,472 --> 00:21:07,057 Baik, jumpa lagi. 301 00:21:08,850 --> 00:21:10,602 Benar, ini siaran langsung. 302 00:21:11,812 --> 00:21:15,107 Kami berdiri sama tinggi dengan Amerika. 303 00:21:15,691 --> 00:21:19,861 Jika hak asasi kami tak dicerobohi, saya akan jamin keselamatan tuan. 304 00:21:21,154 --> 00:21:22,322 Sila pertimbangkan. 305 00:21:25,325 --> 00:21:26,326 Saya faham. 306 00:21:26,952 --> 00:21:28,578 Okey. 307 00:21:28,662 --> 00:21:30,372 Misi berjaya. 308 00:21:31,456 --> 00:21:34,418 Guevaru berjaya mencapai sesuatu yang mustahil. 309 00:21:34,501 --> 00:21:37,879 Mendapatkan kemerdekaan sebagai negara setara. 310 00:21:38,630 --> 00:21:43,468 Habis macam mana orang macam itu masuk penjara pula? 311 00:21:43,552 --> 00:21:44,886 Senang saja. 312 00:21:45,679 --> 00:21:47,306 Siapa yang ada di sini? 313 00:21:48,598 --> 00:21:49,641 Betul. 314 00:21:50,225 --> 00:21:53,353 Penempur nombor satu di Amerika, 315 00:21:53,437 --> 00:21:55,397 Biscuit Oliva ada di sini. 316 00:21:56,440 --> 00:22:00,319 Lelaki tanpa senjata yang sama tara dengan George Bosch. 317 00:22:00,944 --> 00:22:03,655 Oliva ialah duri dalam daging Bosch. 318 00:22:03,739 --> 00:22:07,242 Jadi dia akan halang Oliva dengan tangan kosong. 319 00:22:07,326 --> 00:22:10,078 Ini pertarungan yang menarik untuk Guevaru. 320 00:22:10,746 --> 00:22:12,664 Dia nak lawan Oliva. 321 00:22:12,748 --> 00:22:15,542 Ramai orang nak buat macam itu di sini. 322 00:22:17,294 --> 00:22:20,047 Termasuklah awak, Baki. 323 00:23:48,969 --> 00:23:51,179 Terjemahan sari kata oleh Nursyazela