1 00:01:47,982 --> 00:01:51,236 Pakaian saya tak sesuailah. 2 00:01:52,612 --> 00:01:55,156 Tuan Hanma, kami memang menunggu tuan. 3 00:01:55,740 --> 00:01:58,243 Kami dah sediakan bilik persendirian untuk tuan. 4 00:01:58,326 --> 00:01:59,244 Mari ikut saya. 5 00:02:09,420 --> 00:02:10,588 Pahitnya. 6 00:02:10,672 --> 00:02:15,176 Kenapa kopi espreso perlu pahit begini? 7 00:02:16,719 --> 00:02:20,682 Rasanya pahit. Sepahit perbualan selepas ini. 8 00:02:21,391 --> 00:02:23,434 Kenapa kamu tanya tentang itu? 9 00:02:25,145 --> 00:02:26,437 Ayah tanya kenapa? 10 00:02:27,063 --> 00:02:29,482 Sebab saya benar-benar nak tahu. 11 00:02:30,275 --> 00:02:31,693 Pelik sangatkah? 12 00:02:31,776 --> 00:02:34,946 Pelikkah jika saya nak tahu sebab ayah saya bunuh mak saya? 13 00:02:35,655 --> 00:02:37,448 Ini kali pertama saya tanya. 14 00:02:37,532 --> 00:02:38,533 Kenapa? 15 00:02:39,033 --> 00:02:40,952 Kenapa ayah bunuh mak? 16 00:02:43,288 --> 00:02:48,209 Ada benda yang budak hingusan macam kamu takkan faham. 17 00:02:48,793 --> 00:02:50,712 Sedar sikit diri kamu. 18 00:02:51,296 --> 00:02:53,715 Sebagai anaknya, saya berhak tahu. 19 00:03:01,806 --> 00:03:03,474 Jadi, ayah, 20 00:03:04,434 --> 00:03:06,978 apa saya perlu buat agar ayah beritahu saya? 21 00:03:10,398 --> 00:03:11,733 Jadi, ayah… 22 00:03:13,985 --> 00:03:15,236 Maaf mengganggu. 23 00:03:17,864 --> 00:03:21,534 Pengurus restoran, Mitsuo Nonaka, yang menjadi pelayan mereka, 24 00:03:21,618 --> 00:03:23,786 menceritakan semula kejadian itu. 25 00:03:24,579 --> 00:03:27,540 Saya takkan lupa apa yang saya lihat. 26 00:03:28,041 --> 00:03:30,710 Ia begitu menakutkan hinggakan saya pun tak percaya. 27 00:03:31,211 --> 00:03:33,004 Adakah saya perlu buat begini? 28 00:03:33,087 --> 00:03:35,256 Berani betul kamu. 29 00:03:35,340 --> 00:03:36,549 Atau saya perlu 30 00:03:37,926 --> 00:03:38,927 buat begini? 31 00:03:52,857 --> 00:03:54,192 Gempa bumi! 32 00:03:54,275 --> 00:03:55,276 Kuatnya! 33 00:03:57,904 --> 00:03:59,906 Ia memang luar biasa. 34 00:04:00,406 --> 00:04:04,077 Hanya mereka berdua saja yang tak bergegar. 35 00:04:21,135 --> 00:04:23,263 Baiklah, budak bedebah. 36 00:04:23,346 --> 00:04:27,558 Kamu pun tahu kamu tak sepatutnya sentuh ayah. 37 00:04:28,226 --> 00:04:29,394 Sentuh ayah? 38 00:04:32,438 --> 00:04:35,191 Janganlah begitu. Itu baru sikit. 39 00:04:36,276 --> 00:04:39,404 Saya tahu ia takkan berkesan pun. 40 00:04:40,321 --> 00:04:44,575 Bagi Si Raksasa yang hebat, teknik tachi-shime hanya satu gurauan. 41 00:04:45,868 --> 00:04:50,790 Ayah dengar kamu gelar perlawanan kita sebagai pergaduhan bapa dan anak. 42 00:04:52,709 --> 00:04:55,086 - Ayah tak nak saya buat begitu? - Bukan. 43 00:04:59,549 --> 00:05:00,842 Boleh saja begitu. 44 00:05:04,512 --> 00:05:05,346 Baki. 45 00:05:07,432 --> 00:05:09,350 Jaga sedia! 46 00:05:14,689 --> 00:05:16,357 POLIS 47 00:05:29,454 --> 00:05:32,165 Ayah lempang punggung saya! 48 00:05:35,043 --> 00:05:35,877 Baki. 49 00:05:38,254 --> 00:05:41,716 Selama empat tahun, dia ingin bersemuka dengan ayahnya. 50 00:05:43,051 --> 00:05:44,802 Namun, pemuda itu bergelut. 51 00:05:45,386 --> 00:05:46,596 Bergelut dengan apa? 52 00:05:48,431 --> 00:05:51,142 Dia mahu berundur. Dia mahu lari. 53 00:05:51,225 --> 00:05:52,643 Dia mahu lepaskan diri. 54 00:05:53,227 --> 00:05:54,896 Apabila diarahkan ayahnya, 55 00:05:54,979 --> 00:05:57,648 dia terus saja berdiri tegak. 56 00:05:58,608 --> 00:06:02,653 Apabila ayahnya menghampiri, dia tak dapat tahan diri daripada lari. 57 00:06:03,905 --> 00:06:07,784 Selepas itu, datangnya tamparan yang luar biasa. 58 00:06:09,077 --> 00:06:10,411 Semasa dia melayang… 59 00:06:11,287 --> 00:06:12,497 Melayang ke luar… 60 00:06:13,623 --> 00:06:14,916 Semasa dia lindungi dirinya, 61 00:06:16,000 --> 00:06:18,419 dia akhirnya menyedari sesuatu. 62 00:06:19,504 --> 00:06:21,005 Bapanya di tahap berbeza. 63 00:06:27,512 --> 00:06:29,514 Bukan salah kamu. 64 00:06:30,598 --> 00:06:32,433 Bukan salah kamu, tapi 65 00:06:33,309 --> 00:06:37,522 salah tangan ini yang mencekak leher ayah kamu. 66 00:06:46,280 --> 00:06:47,824 Bedebah. 67 00:06:50,660 --> 00:06:53,121 Pemuda itu sudah mula faham. 68 00:06:53,204 --> 00:06:55,331 Bapanya tak serang titik penting. 69 00:06:58,042 --> 00:06:59,585 Jadi, ini bukan pertarungan. 70 00:06:59,669 --> 00:07:01,629 Ini untuk mendisiplinkan dirinya. 71 00:07:03,548 --> 00:07:06,300 Nampaknya, kamu belum menyesali perbuatan kamu. 72 00:07:11,055 --> 00:07:12,473 Dia tak apa-apakah? 73 00:07:17,437 --> 00:07:21,566 Maaf kerana mengganggu makan malam kalian. 74 00:07:22,066 --> 00:07:25,486 Seperti kalian boleh lihat, saya sedang mendisiplinkan 75 00:07:27,071 --> 00:07:28,489 anak saya yang kurang ajar ini. 76 00:07:31,576 --> 00:07:32,493 Biar betul? 77 00:07:32,577 --> 00:07:35,580 Saya sedang mengajar dia. 78 00:07:38,666 --> 00:07:40,293 Ibu bapa dan anak. 79 00:07:40,376 --> 00:07:42,086 Ayah dan anak lelaki. 80 00:07:46,466 --> 00:07:49,343 Hubungan yang sentiasa menimbulkan konflik. 81 00:07:49,844 --> 00:07:51,929 Anak yang cuba mengatasi ayahnya. 82 00:07:52,013 --> 00:07:54,265 Ayah yang tak membenarkan dirinya diatasi. 83 00:07:55,308 --> 00:07:57,226 Memang menyeronokkan, betul tak? 84 00:07:59,437 --> 00:08:01,772 Memang menyeronokkan, betul tak? 85 00:08:02,356 --> 00:08:04,484 Memang menyeronokkan, betul tak? 86 00:08:10,198 --> 00:08:12,116 Memang menyeronokkan! 87 00:08:15,286 --> 00:08:16,579 Ada orang jatuh! 88 00:08:17,246 --> 00:08:21,167 Apa yang ayah buat ini? 89 00:08:22,001 --> 00:08:23,586 Membunuh dan bunuh diri? 90 00:08:23,669 --> 00:08:26,422 Tidak! Saya pasti dia takkan buat begitu! 91 00:08:27,840 --> 00:08:32,136 Dia takkan sesekali cuba membunuh diri. 92 00:08:32,970 --> 00:08:36,474 Baki, bersedia untuk mendarat. 93 00:08:37,767 --> 00:08:39,936 Mendarat? 94 00:08:58,204 --> 00:09:02,625 Bolehkah kita mendarat di sasaran apabila melompat dari bangunan tinggi? 95 00:09:03,626 --> 00:09:08,214 Ini yang dikatakan oleh Sarjan Master Akio Kamura, umur 53 tahun, 96 00:09:08,297 --> 00:09:11,842 daripada Unit Latihan Udara, Briged Udara, Pasukan Pertahanan Darat, 97 00:09:12,343 --> 00:09:15,846 yang telah melakukan 345 terjunan. 98 00:09:16,722 --> 00:09:19,976 Kita perlukan jarak dan ketinggian. 99 00:09:21,185 --> 00:09:26,899 Contohnya, jika postur kita betul pada ketinggian 3,000 meter, 100 00:09:27,692 --> 00:09:31,404 kita boleh bergerak kira-kira 1,000 meter dalam masa 60 saat. 101 00:09:32,196 --> 00:09:36,576 Oleh itu, jika kita berada pada ketinggian 150 meter 102 00:09:37,076 --> 00:09:42,331 dan kita nak mendarat di atas kereta, itu mungkin boleh dilakukan. 103 00:09:43,708 --> 00:09:47,044 Pernah beberapa kali saja pada masa lalu 104 00:09:47,670 --> 00:09:52,550 seseorang terselamat daripada jatuh dengan mendarat di atas kenderaan. 105 00:09:53,426 --> 00:09:54,260 Namun begitu… 106 00:09:58,764 --> 00:09:59,932 Dia masih hidup. 107 00:10:06,772 --> 00:10:09,692 Kereta mewah mungkin tak berguna, 108 00:10:10,651 --> 00:10:13,029 tapi ia kusyen yang baik pada waktu sebegini. 109 00:10:20,786 --> 00:10:24,749 Baiklah. Kita dah makan. Kita dah minum teh. 110 00:10:27,793 --> 00:10:29,337 Janganlah lembik sangat. 111 00:10:30,296 --> 00:10:33,215 Takkanlah baru begini dah tak larat? 112 00:10:36,802 --> 00:10:39,722 Tolong saya bangun. Saya tak boleh bergerak. 113 00:10:40,723 --> 00:10:41,891 Tolong saya bangun. 114 00:10:52,777 --> 00:10:55,738 Bersalam dengan tangan kiri menandakan tamatnya perhubungan. 115 00:10:56,238 --> 00:10:59,241 Namun, dia membalas kebaikan bapanya 116 00:10:59,325 --> 00:11:01,327 dengan serangan mengejut. 117 00:11:02,578 --> 00:11:04,205 Perbuatan itu memang tak adil. 118 00:11:04,288 --> 00:11:06,415 Perasaan yang bermain dalam hati si anak… 119 00:11:06,499 --> 00:11:11,504 Rasa menyesal? Rasa malu? Rasa bersalah? Rasa berjaya? 120 00:11:12,838 --> 00:11:16,842 Dia tak sempat memikirkan apa yang dia dapat dan apa yang dia rugi. 121 00:11:18,469 --> 00:11:21,263 Imej yang muncul dalam fikiran si anak ialah 122 00:11:22,473 --> 00:11:23,307 ini. 123 00:11:24,684 --> 00:11:29,480 Batu yang teramat besar yang sentiasa dihentam angin dan hujan. 124 00:11:31,565 --> 00:11:34,110 Permukaan bulatnya berkilau, 125 00:11:35,027 --> 00:11:38,447 dan diselaputi lapisan getah setebal satu sentimeter. 126 00:11:39,365 --> 00:11:43,285 Itulah yang ditampar dengan tangannya sekuat hati. 127 00:11:44,829 --> 00:11:47,623 Fikirannya dipenuhi banyak imej dalam sekelip mata. 128 00:11:48,749 --> 00:11:52,378 Imej yang teruk dan tiada harapan. 129 00:11:52,878 --> 00:11:57,633 Berani kamu, budak bedebah! 130 00:12:01,637 --> 00:12:04,807 Tangkap dia! 131 00:12:09,103 --> 00:12:10,146 Berhenti! 132 00:12:37,923 --> 00:12:42,595 Berani betul budak macam kamu elak titik penting dan tampar ayah. 133 00:12:43,304 --> 00:12:47,183 Akibat kerana berlembut dengan Yujiro… 134 00:12:52,354 --> 00:12:53,564 Buruk padahnya. 135 00:12:55,191 --> 00:12:56,525 Kamu fikir kamu mampu? 136 00:12:57,151 --> 00:12:58,611 Kamu fikir kamu berhak… 137 00:13:01,197 --> 00:13:03,115 untuk berlembut dengan ayah? 138 00:13:06,786 --> 00:13:08,496 Kamu fikir kamu berhak? 139 00:13:12,583 --> 00:13:15,127 Jawab soalan ayah! 140 00:13:20,257 --> 00:13:22,384 Sakitlah, bodoh! 141 00:13:24,887 --> 00:13:27,389 Malam ini pasti panjang. 142 00:13:27,973 --> 00:13:30,476 Memang betul, ayah. 143 00:13:30,559 --> 00:13:32,394 Saya tak perlu jawab soalan ayah. 144 00:13:33,062 --> 00:13:35,481 Ini bukan pertarungan. 145 00:13:38,984 --> 00:13:41,153 Selagi kita berdua bersemuka, 146 00:13:41,862 --> 00:13:43,906 ini pergaduhan bapa dan anak tak kira apa pun. 147 00:13:45,991 --> 00:13:48,911 Jadi, saya takkan serang titik penting. 148 00:13:48,994 --> 00:13:50,246 Putarkan badan! 149 00:13:50,788 --> 00:13:53,415 Dalam pergaduhan bapa dan anak, kita bukan nak cederakan… 150 00:13:56,085 --> 00:13:58,170 Kamu memang budak degil. 151 00:14:03,259 --> 00:14:08,138 Kami mungkin tak menyasarkan titik penting, 152 00:14:09,682 --> 00:14:12,560 dan kami mungkin tak cuba untuk mencederakan… 153 00:14:15,521 --> 00:14:18,190 tapi saya masih melawan Yujiro Hanma. 154 00:14:18,274 --> 00:14:22,486 Serangan pertama ayah saya dalam empat tahun, hampir 1,500 hari. 155 00:14:22,570 --> 00:14:25,030 Dia mungkin tak serang titik penting, tapi… 156 00:14:26,615 --> 00:14:29,577 Ketika itu, Baki rasa tak berdaya. 157 00:14:29,660 --> 00:14:32,955 Jurang antara dia dan ayahnya, Yujiro, terlalu besar. 158 00:14:43,048 --> 00:14:46,468 Sekarang juga! Dengan segera! 159 00:15:01,609 --> 00:15:05,988 Walaupun kamu bodoh, badan kamu tahu akibatnya. 160 00:15:08,741 --> 00:15:10,492 Gerakan ini dipandang rendah 161 00:15:10,576 --> 00:15:12,953 kerana ia digunakan oleh wanita dan kanak-kanak. 162 00:15:14,872 --> 00:15:16,832 Dia nak lakukannya! Gerakan itu! 163 00:15:19,627 --> 00:15:22,254 Inilah masa yang sesuai untuknya. 164 00:15:23,047 --> 00:15:27,092 Ia tak membawa maut, tapi sakitnya teramat sangat. 165 00:15:31,472 --> 00:15:32,431 Serangan Cemeti. 166 00:15:35,100 --> 00:15:38,771 Buatlah. Gerakan yang digunakan oleh wanita dan kanak-kanak. 167 00:15:39,355 --> 00:15:42,358 Bagaimana agaknya Serangan Cemeti daripada Yujiro Hanma? 168 00:15:42,858 --> 00:15:44,109 Bagaimana agaknya? 169 00:15:47,905 --> 00:15:51,867 Pukulan yang diterima Baki tak seperti yang pernah dirasainya. 170 00:15:53,118 --> 00:15:56,789 Detik yang sepatutnya digunakan untuk membalas serangan bapanya 171 00:15:56,872 --> 00:15:59,333 kini hanya boleh digunakan untuk mempersiapkan diri. 172 00:16:00,709 --> 00:16:01,710 Selepas itu… 173 00:16:02,878 --> 00:16:04,797 Aduh! 174 00:16:09,385 --> 00:16:12,805 Sakitnya! 175 00:16:12,888 --> 00:16:14,181 Sakitnya! 176 00:16:14,264 --> 00:16:16,141 Berguna juga serangan ini. 177 00:16:27,277 --> 00:16:30,197 Ini kali kedua kamu jaga sedia hari ini. 178 00:16:42,126 --> 00:16:45,045 Tubuh yang disangka telah diperkuat dan diasah… 179 00:16:47,339 --> 00:16:50,217 tak mampu menahan kesakitan yang teramat sangat. 180 00:16:51,260 --> 00:16:53,303 Rasa macam dilibas cemeti besi. 181 00:16:54,555 --> 00:16:58,058 Sasarannya ialah organ terbesar badan, iaitu kulit. 182 00:16:58,559 --> 00:17:00,728 Mustahil untuk melindunginya sepenuhnya. 183 00:17:01,311 --> 00:17:02,980 Dia terpaksa menggunakannya. 184 00:17:03,564 --> 00:17:07,234 Gerakan yang digunakan oleh wanita dan kanak-kanak yang diajar ayahnya. 185 00:17:07,317 --> 00:17:09,570 Rasakan sakitnya! 186 00:17:12,698 --> 00:17:15,701 Rasakan sakitnya! 187 00:17:15,784 --> 00:17:19,747 Rasakan sakitnya! 188 00:17:20,330 --> 00:17:23,000 Sakitnya amat pedih. 189 00:17:23,500 --> 00:17:28,714 Rasailah sakit yang buat kita lupa segala-galanya… 190 00:17:40,225 --> 00:17:42,603 Tak hairanlah pemuda itu terkejut. 191 00:17:43,395 --> 00:17:47,024 Ayahnya kelihatan seperti telah disiat kulitnya. 192 00:17:48,192 --> 00:17:49,985 Mudah saja nak faham. 193 00:17:51,153 --> 00:17:53,113 Katakan kita lempang tangan kanan kita. 194 00:17:53,614 --> 00:17:56,533 Selepas itu, kita lempang tangan kiri untuk kurangkan sakit. 195 00:17:57,868 --> 00:18:00,120 Dia menyebarkan sakit daripada Serangan Cemeti. 196 00:18:01,371 --> 00:18:03,040 Matanya tersembul. 197 00:18:03,749 --> 00:18:04,875 Giginya diketap. 198 00:18:05,876 --> 00:18:08,045 Penumbuknya digenggam sekuat hati, 199 00:18:08,545 --> 00:18:10,380 kemudian dibuka sekuat hati. 200 00:18:10,881 --> 00:18:15,803 Dia meluruskan lengannya sekuat hati, dan menegangkannya sekuat hati. 201 00:18:15,886 --> 00:18:20,307 Dia memijak sekuat hati, kemudian mengangkat kakinya sekuat hati. 202 00:18:21,266 --> 00:18:22,810 Perutnya ditarik ke dalam. 203 00:18:23,644 --> 00:18:25,312 Pinggulnya disengetkan. 204 00:18:26,063 --> 00:18:27,648 Dadanya ketat. 205 00:18:28,899 --> 00:18:30,400 Belakangnya tegang. 206 00:18:31,693 --> 00:18:35,781 Dia tak mengendurkan mana-mana bahagian badannya. 207 00:18:35,864 --> 00:18:36,865 Dengan kata lain… 208 00:18:37,366 --> 00:18:42,871 Ya, dia menegangkan setiap gentian ototnya sambil tidak bergerak. 209 00:18:44,915 --> 00:18:47,292 Sakit akibat menegangkan seluruh badannya serentak 210 00:18:47,376 --> 00:18:49,294 membuatkan sakit daripada kulitnya hilang. 211 00:18:49,962 --> 00:18:53,298 Bukan mudah dia hendak mengekalkan ekspresi neutralnya. 212 00:18:58,053 --> 00:19:02,683 Ia tak menyakitkan? Sakit itu? 213 00:19:05,269 --> 00:19:08,814 Budak mentah yang bodoh kerana tak menyasarkan titik penting. 214 00:19:09,690 --> 00:19:12,651 Tak kiralah betapa bodoh pun kamu, 215 00:19:12,734 --> 00:19:15,696 ayah pasti kamu dah faham sekarang. 216 00:19:17,281 --> 00:19:18,615 Marilah sini. 217 00:19:21,410 --> 00:19:24,121 Seranglah ayah seperti kamu nak balas dendam. 218 00:19:36,258 --> 00:19:38,135 Memang itu yang saya nak buat. 219 00:19:38,969 --> 00:19:40,679 Saya memang nak balas dendam. 220 00:19:41,388 --> 00:19:45,225 Pemuda itu membuka kekuda buat kali pertamanya malam itu. 221 00:19:46,226 --> 00:19:48,061 Daripada tangan terbuka kepada penumbuk… 222 00:19:48,562 --> 00:19:50,147 Apa maksud perubahan ini? 223 00:19:51,273 --> 00:19:53,817 Tangan ayah masih terbuka. 224 00:19:55,402 --> 00:19:57,237 Saya dah membuka kekuda. 225 00:19:58,447 --> 00:19:59,656 Tidak, bukan begitu. 226 00:20:00,157 --> 00:20:03,243 Saya membuka kekuda bukan atas kehendak sendiri. 227 00:20:04,244 --> 00:20:06,663 Saya dipaksa untuk membuka kekuda. 228 00:20:09,416 --> 00:20:10,792 Macam itulah. 229 00:20:11,293 --> 00:20:15,672 Budak hingusan macam kamu perlu serang ayah sepenuh hati. 230 00:20:16,256 --> 00:20:18,425 Baki! 231 00:20:19,760 --> 00:20:22,679 Buat yang terbaik, Baki! 232 00:20:22,763 --> 00:20:24,139 Atuk. 233 00:20:25,766 --> 00:20:27,935 Jangan risau. 234 00:20:28,018 --> 00:20:31,688 Semua penduduk berdekatan dan penginap hotel 235 00:20:31,772 --> 00:20:36,693 telah dipindahkan oleh pihak tentera. 236 00:20:37,736 --> 00:20:39,446 Semangat betul orang tua itu. 237 00:20:39,529 --> 00:20:44,952 Musnahkan Si Raksasa itu dengan bangunan ini sekali! 238 00:20:45,702 --> 00:20:47,329 Saya menghargainya. 239 00:20:47,412 --> 00:20:49,206 Tenang sikit rasanya sekarang. 240 00:20:49,790 --> 00:20:52,709 Buat masa ini, saya akan serang sepenuh hati. 241 00:21:04,554 --> 00:21:05,681 Ini tak betul. 242 00:21:06,974 --> 00:21:08,600 Hebatnya. 243 00:21:09,518 --> 00:21:13,689 Ketika lengan kiri saya diluruskan seperti tiang yang keras… 244 00:21:13,772 --> 00:21:17,693 Dia mengagak tumbukan saya tepat pada waktunya. 245 00:21:19,027 --> 00:21:20,195 Dia tahu rancangan saya. 246 00:21:20,904 --> 00:21:21,905 Hebat betul. 247 00:21:22,990 --> 00:21:25,867 Baki, itu kali terakhir. 248 00:21:26,576 --> 00:21:28,203 Dia tahu saya menipu. 249 00:21:28,704 --> 00:21:30,831 Kamu menahan diri. 250 00:21:30,914 --> 00:21:35,127 Ayah juga menahan diri kerana kamu menghina ayah. 251 00:21:35,210 --> 00:21:38,880 Saya perlu tunjukkan diri saya yang sebenar. 252 00:21:39,840 --> 00:21:41,216 Itu takkan berlaku lagi. 253 00:21:41,717 --> 00:21:45,387 Itu sudah tentu. Di hadapan saya, berdirinya 254 00:21:45,971 --> 00:21:50,392 simbol kekuatan yang telah memenangi banyak pertarungan. 255 00:21:51,435 --> 00:21:56,273 Sudah tentulah dia dapat melihat setiap sudut keupayaan saya. 256 00:21:57,232 --> 00:21:58,650 Aduhai. 257 00:22:00,861 --> 00:22:02,654 Cepatlah, Baki. 258 00:22:02,738 --> 00:22:04,990 Cukup-cukuplah. 259 00:22:05,490 --> 00:22:09,161 Tunjukkan kepada ayah kemahiran sebenar kamu. 260 00:22:10,912 --> 00:22:13,081 Marilah lawan betul-betul. 261 00:22:13,832 --> 00:22:14,916 Boleh? 262 00:23:48,760 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi