1 00:01:56,991 --> 00:01:59,702 Biasanya, saya akan sambut awak di Lapangan Terbang Haneda… 2 00:01:59,786 --> 00:02:01,121 Tak mengapa. 3 00:02:02,288 --> 00:02:04,541 Ini pangkalan tentera negara saya. 4 00:02:06,417 --> 00:02:08,837 Awal pula kita bertemu semula. 5 00:02:17,929 --> 00:02:20,473 Yujiro Hanma ialah jaguh kekuatan kasar 6 00:02:20,557 --> 00:02:24,060 yang dikatakan memiliki kekuatan melebihi angkatan tentera negara besar. 7 00:02:24,144 --> 00:02:28,565 Tak lama lagi, dia akan terlibat dalam satu insiden. 8 00:02:29,274 --> 00:02:32,569 Saya nak kita bekerjasama dalam mengatasi insiden itu. 9 00:02:33,153 --> 00:02:37,949 Polis Metropolitan Tokyo maklum tentang kewujudan Yujiro Hanma. 10 00:02:38,658 --> 00:02:43,079 Namun, Si Raksasa itu begitu kuat. Siapa yang mampu halang dia? 11 00:02:43,663 --> 00:02:44,831 Anaknya. 12 00:02:47,083 --> 00:02:52,088 Saya dah faham. Budak kuat yang culik Presiden Bosch, ya? 13 00:02:52,797 --> 00:02:54,841 Penculik dalam kejadian itu? 14 00:02:54,924 --> 00:02:57,719 Maksud awak, budak yang bawa lari presiden 15 00:02:57,802 --> 00:03:01,681 ketika presiden berada dalam kawalan keselamatan tahap lima? 16 00:03:02,182 --> 00:03:08,104 Dengan kata lain, kekuatan budak itu hampir mencapai kekuatan sebuah negara. 17 00:03:08,938 --> 00:03:13,151 Namun, ada sesuatu yang saya tak faham. 18 00:03:13,735 --> 00:03:16,946 Saya sedar kekuatan mereka setara dengan sebuah negara, 19 00:03:17,030 --> 00:03:20,200 tapi ini cuma pertarungan antara bapa dan anak, betul tak? 20 00:03:20,283 --> 00:03:23,953 Jadi, tak bolehkah kita biarkan saja mereka? 21 00:03:24,037 --> 00:03:26,873 Tak bolehkah kita biar mereka buat sesuka hati? 22 00:03:27,457 --> 00:03:28,374 Betul tak? 23 00:03:28,458 --> 00:03:29,626 Berhenti. 24 00:03:30,335 --> 00:03:32,253 Jangan kata apa-apa lagi. 25 00:03:33,338 --> 00:03:34,631 Saya nak kalian tengok ini. 26 00:03:36,382 --> 00:03:38,134 Ini pelindung saya. 27 00:03:38,218 --> 00:03:39,636 Apa bendanya itu? 28 00:03:39,719 --> 00:03:41,137 Tar. 29 00:03:41,221 --> 00:03:43,097 Maksud awak, arang batu? 30 00:03:43,598 --> 00:03:47,143 Lebih tepat lagi, serpihan arang batu. 31 00:03:47,810 --> 00:03:52,148 Saya minta Si Raksasa lakukannya, dan dia ikut cakap saya. 32 00:03:54,234 --> 00:03:56,903 Tak perlulah terkejut. 33 00:03:56,986 --> 00:03:59,656 Lagipun, saya Presiden Amerika… 34 00:04:02,242 --> 00:04:04,661 Ada permintaan lain, Tuan Presiden? 35 00:04:04,744 --> 00:04:06,663 PARTI RAKYAT DEMOKRATIK 36 00:04:07,664 --> 00:04:10,750 Tiga lelaki sasa duduk melutut. 37 00:04:11,251 --> 00:04:13,670 Tidak, lebih tepat lagi, 38 00:04:14,504 --> 00:04:17,257 tiga lelaki itu, ketiga-tiganya, 39 00:04:18,424 --> 00:04:19,926 tidak sedarkan diri. 40 00:04:20,760 --> 00:04:22,929 Wajah mereka tiada perasaan. 41 00:04:23,805 --> 00:04:25,431 Air muka mereka menunjukkan 42 00:04:26,140 --> 00:04:29,435 mereka tak sedar pun yang mereka telah pengsan. 43 00:04:30,770 --> 00:04:33,231 Yujiro Hanma pula berada di bilik ini. 44 00:04:33,815 --> 00:04:35,775 Apakah maksudnya? 45 00:04:37,568 --> 00:04:40,196 Lelaki ini tidak menyelinap masuk. 46 00:04:41,197 --> 00:04:45,702 Ketua negara yang berkumpul di situ hanya mampu terdiam melihatnya. 47 00:04:45,785 --> 00:04:50,665 Ini bermakna, pasukan keselamatan yang menjaga mereka telah ditumpaskan. 48 00:04:51,874 --> 00:04:56,087 "Saya minta Si Raksasa lakukannya, dan dia ikut cakap saya." 49 00:04:59,424 --> 00:05:00,341 Ozma. 50 00:05:00,425 --> 00:05:03,970 Awak dah salah faham. Saya cuma… 51 00:05:09,934 --> 00:05:12,103 Kehadirannya sungguh menggerunkan. 52 00:05:12,687 --> 00:05:15,857 Jadi, dialah Si Raksasa. 53 00:05:18,735 --> 00:05:21,612 - Hulurkan tangan kanan awak. - Apa? 54 00:05:39,213 --> 00:05:42,633 Ikrar yang awak buat di depan saya sambil memegang Bible… 55 00:05:45,345 --> 00:05:47,889 Saya nak awak ulang di hadapan Tuhan. 56 00:05:55,980 --> 00:05:56,898 Saya… 57 00:05:57,774 --> 00:05:59,150 Saya bersumpah 58 00:05:59,233 --> 00:06:01,486 yang Amerika Syarikat 59 00:06:01,569 --> 00:06:05,031 akan menjalinkan hubungan persahabatan dengan Yujiro Hanma. 60 00:06:05,114 --> 00:06:09,660 Kami akan menghormati awak, dan takkan masuk campur dalam hidup awak… 61 00:06:09,744 --> 00:06:11,162 Itulah bahagiannya! 62 00:06:12,747 --> 00:06:15,625 Berani betul kalian, yang tiada kaitan dengan hidup saya, 63 00:06:15,708 --> 00:06:19,003 masuk campur dalam pertarungan antara saya dan anak saya? 64 00:06:20,171 --> 00:06:23,257 Walaupun kalian sebahagian daripada kerajaan, 65 00:06:23,758 --> 00:06:28,012 kalian berkumpul dan cuba masuk campur dalam hal keluarga rakyat biasa. 66 00:06:29,263 --> 00:06:32,934 Adakah kalian cuba cari gaduh dengan keluarga saya? 67 00:06:33,017 --> 00:06:33,935 Tidak! 68 00:06:35,019 --> 00:06:38,940 Si Raksasa, izinkan saya kata sesuatu. 69 00:06:39,565 --> 00:06:42,985 "Rakyat biasa", "hal keluarga", "pertarungan antara bapa dan anak", 70 00:06:43,069 --> 00:06:46,114 semua itu huraian yang tak tepat. 71 00:06:46,197 --> 00:06:49,075 Konflik antara kalian serupa dengan konflik antara negara. 72 00:06:49,158 --> 00:06:51,702 Dengan kata lain, ia serupa dengan perang! 73 00:06:52,286 --> 00:06:54,080 Oleh sebab itu, 74 00:06:54,163 --> 00:06:58,960 kami perlu melindungi orang ramai, tanpa mengira bangsa. 75 00:07:04,507 --> 00:07:09,470 Setelah melupakan Tuhan, barulah awak cakap perkara sebenar. 76 00:07:12,056 --> 00:07:14,809 Pastikan kalian tak ganggu saya. 77 00:07:17,186 --> 00:07:19,105 LAPANGAN TERBANG NARITA, TERMINAL 1 78 00:07:29,115 --> 00:07:30,992 En. Kaiser, kenapa awak datang ke Jepun? 79 00:07:31,075 --> 00:07:34,620 Apa penganjur besar seperti awak buat di negara yang tiada kejuaraan ini? 80 00:07:36,205 --> 00:07:38,124 Saya datang untuk berlawan. 81 00:07:38,207 --> 00:07:40,877 Berlawan? Penganjur nak berlawan? 82 00:07:40,960 --> 00:07:42,211 Dengan siapa? 83 00:07:42,295 --> 00:07:44,964 Siapa yang cari gaduh dengan awak, En. Kaiser? 84 00:07:45,465 --> 00:07:47,383 GIM TINJU PUSAT 85 00:07:56,476 --> 00:07:58,686 Dah berapa lama dia buat begitu? 86 00:07:58,769 --> 00:08:01,689 Dah dua jam. Dia tak bergerak langsung. 87 00:08:01,772 --> 00:08:04,984 Dia tak lompat tali, tinju bayang, mahupun tumbuk karung tinju. 88 00:08:05,067 --> 00:08:07,403 Dia cuma menghadap dinding dengan kekuda itu. 89 00:08:07,487 --> 00:08:08,446 Bolehkah begitu? 90 00:08:08,988 --> 00:08:11,032 Sudah tentulah tidak, Pengerusi! 91 00:08:11,115 --> 00:08:15,411 Saya cuba ajar dia melalui perlawanan, tapi tiada orang boleh kalahkan dia. 92 00:08:16,496 --> 00:08:18,623 Mani tumbang dengan hanya satu tumbukan. 93 00:08:18,706 --> 00:08:21,375 Gary si heavyweight pun teruk dikerjakannya. 94 00:08:21,459 --> 00:08:24,045 Tiada sesiapa nak lawan dia. 95 00:08:24,128 --> 00:08:26,422 Tiada sesiapa di Jepun. 96 00:08:26,506 --> 00:08:28,925 Kita ada masalah besar sekarang. 97 00:08:36,933 --> 00:08:38,434 Biar betul? 98 00:08:41,229 --> 00:08:42,939 Ini cuma gim kecil. 99 00:08:43,731 --> 00:08:44,941 Apa Kaiser buat di sini? 100 00:08:56,077 --> 00:08:57,245 En. Kaiser… 101 00:08:57,328 --> 00:08:58,329 Diam! 102 00:09:00,039 --> 00:09:01,457 Cantik. 103 00:09:01,541 --> 00:09:05,294 Saya tak percaya waktu Gary si bodoh itu beritahu saya, 104 00:09:05,378 --> 00:09:06,921 tapi kini saya faham. 105 00:09:08,047 --> 00:09:09,966 Saya dah 40 tahun dalam bidang ini, 106 00:09:10,716 --> 00:09:14,971 tapi saya tak pernah tengok otot belakang badan yang sebegini. 107 00:09:15,680 --> 00:09:17,306 Nama awak Raja Laut, bukan? 108 00:09:17,390 --> 00:09:19,100 Boleh kita berbual sebentar? 109 00:09:21,561 --> 00:09:23,229 Senyaplah! 110 00:09:23,854 --> 00:09:26,232 Jika awak nak ganggu latihan, berambus. 111 00:09:29,318 --> 00:09:30,736 Cantik. 112 00:09:31,404 --> 00:09:32,738 Maafkan saya. 113 00:09:34,323 --> 00:09:38,160 Boleh saya minta tolong sesuatu? 114 00:09:38,244 --> 00:09:39,203 Satu benda saja. 115 00:09:40,246 --> 00:09:42,290 Tunjukkan kekuatan awak. 116 00:09:42,832 --> 00:09:46,586 Boleh awak tunjukkan kepada saya, dan bukannya cuba lari? 117 00:10:02,852 --> 00:10:04,353 Sebelah tangan saja? 118 00:10:04,437 --> 00:10:08,691 Adakah dia nak tumbuk karung tinju guna sarung tinju terbesar yang ada? 119 00:10:09,400 --> 00:10:10,943 Gayanya biasa-biasa saja. 120 00:10:14,363 --> 00:10:17,658 Tinju bayang? Tumbukan latihan? Pertunjukan gerakan? 121 00:10:26,208 --> 00:10:28,377 Cantik! 122 00:10:31,672 --> 00:10:33,633 Ini sajakah yang saya dapat buat? 123 00:10:34,258 --> 00:10:35,301 Ini sajakah? 124 00:10:36,385 --> 00:10:38,554 Kenapa saya pilih sarung tinju ini? 125 00:10:38,638 --> 00:10:40,389 Sarung tinju paling besar, 126 00:10:40,473 --> 00:10:41,515 paling lama, 127 00:10:42,016 --> 00:10:43,601 dan paling lusuh. 128 00:10:44,310 --> 00:10:46,812 Kenapa saya tak pilih sarung tinju baru? 129 00:10:47,396 --> 00:10:49,649 Sebab ia senang dimusnahkan. 130 00:10:49,732 --> 00:10:52,193 Sarung tinju yang dah lusuh dek peluh dan tumbukan 131 00:10:52,276 --> 00:10:53,694 mudah untuk dimusnahkan. 132 00:10:54,904 --> 00:10:55,905 Pengecutnya saya. 133 00:10:58,949 --> 00:11:03,579 Walaupun Retsu mengkritik keputusannya, 134 00:11:03,663 --> 00:11:05,414 para petinju di situ faham. 135 00:11:06,582 --> 00:11:08,834 Mereka sangat memahaminya. 136 00:11:10,211 --> 00:11:12,088 Sarung tinju tak boleh koyak. 137 00:11:12,713 --> 00:11:14,799 Walaupun digunakan sehingga lusuh, 138 00:11:15,299 --> 00:11:18,594 sarung tinju kulit asli takkan hancur. 139 00:11:18,678 --> 00:11:22,598 Cantik! 140 00:11:23,349 --> 00:11:24,225 Saya mesti 141 00:11:24,725 --> 00:11:25,851 berhenti bertinju 142 00:11:26,352 --> 00:11:27,186 hari ini juga. 143 00:11:29,230 --> 00:11:30,272 Maafkan saya. 144 00:11:30,940 --> 00:11:32,608 Tadi cuma satu helah. 145 00:11:33,109 --> 00:11:36,320 - Ia tiada kena mengena dengan kekuatan. - Tidak! 146 00:11:36,946 --> 00:11:38,447 Sesiapa pun boleh cuba. 147 00:11:39,740 --> 00:11:42,118 Ada tak yang boleh buat macam dia? 148 00:11:44,704 --> 00:11:46,747 Tumbuk sarung tinju sampai berlubang. 149 00:11:47,331 --> 00:11:51,377 Semua petinju tahu amatlah susah nak buat begitu. 150 00:11:52,461 --> 00:11:55,089 Sarung tinju ialah simbol tinju, 151 00:11:55,172 --> 00:11:57,383 tapi dia musnahkannya begitu saja. 152 00:11:59,885 --> 00:12:01,137 Perang. 153 00:12:01,971 --> 00:12:03,889 Ya. Ini bermakna perang. 154 00:12:03,973 --> 00:12:09,061 Dua lelaki memakai sarung tinju dan beradu kekuatan guna penumbuk. 155 00:12:09,603 --> 00:12:12,273 Peraturannya mudah, mendalam dan hebat. 156 00:12:12,857 --> 00:12:15,901 Peraturan Queensberry diasaskan 150 tahun lalu. 157 00:12:17,236 --> 00:12:21,115 Sejarah 150 tahun itu telah diinjak-injak. 158 00:12:21,741 --> 00:12:24,368 Diinjak-injak oleh sejarah 4,000 tahun China. 159 00:12:25,077 --> 00:12:26,412 Mengarut. Saya cuma… 160 00:12:26,495 --> 00:12:29,165 Diam, Raja Laut Retsu! 161 00:12:29,790 --> 00:12:32,293 Kita boleh buat duit berjuta-juta dolar. 162 00:12:32,376 --> 00:12:33,919 Awak tak nakkah? 163 00:12:34,003 --> 00:12:35,963 Apa maksud semua ini? Saya bukan… 164 00:12:36,046 --> 00:12:37,006 Tak lupa juga, 165 00:12:37,506 --> 00:12:40,926 ada gergasi tinju yang akan buat awak rasa nak lari. 166 00:12:43,554 --> 00:12:45,598 Pandangan mata awak dah berubah. 167 00:12:45,681 --> 00:12:49,185 Saya tahu awak seorang pahlawan. Serahkannya kepada saya. 168 00:12:49,268 --> 00:12:51,979 Sejarah 150 atau 4,000 tahun. 169 00:12:52,062 --> 00:12:55,691 Seluruh dunia pasti nak tengok perlawanan antara kedua-duanya. 170 00:12:57,568 --> 00:13:01,822 Awak akan berlawan sebagai diri awak, bukan sebagai petinju. 171 00:13:01,906 --> 00:13:05,826 Kung fu Cina dengan sejarah 4,000 tahun, 172 00:13:05,910 --> 00:13:07,703 diwakili oleh Raja Laut Retsu. 173 00:13:08,370 --> 00:13:10,706 Saya nak awak sebagai Raja Laut Retsu. 174 00:13:10,790 --> 00:13:14,710 Sudah tentulah, ini bukan pertarungan rasmi, tapi pameran. 175 00:13:15,628 --> 00:13:17,254 Saya boleh bayangkan. 176 00:13:17,338 --> 00:13:21,008 Petarung hebat yang telah banyak bertarung tunduk kepada awak. 177 00:13:21,091 --> 00:13:24,804 Namun, awak tiada tali pinggang kejuaraan. 178 00:13:25,513 --> 00:13:27,723 Walaupun tanpanya, satu dunia tahu. 179 00:13:28,516 --> 00:13:31,227 Awak ada tali pinggang yang tak dapat dilihat. 180 00:13:32,394 --> 00:13:34,230 Kenapa ia tak dapat dilihat? 181 00:13:34,897 --> 00:13:36,982 Sebab ia terlalu berkilau. 182 00:13:37,858 --> 00:13:41,612 Roda takdir hampir terhenti dan hampir diketepikan. 183 00:13:42,238 --> 00:13:44,657 Hinggalah Kaiser yang luar biasa muncul. 184 00:13:47,076 --> 00:13:48,994 Ia mula berputar semula. 185 00:13:49,078 --> 00:13:51,956 En. Retsu, saya nak awak temankan saya. 186 00:13:53,999 --> 00:13:55,376 Ke Amerika Syarikat! 187 00:13:57,127 --> 00:14:00,172 Kenapa saya kena ikut? 188 00:14:12,726 --> 00:14:15,437 Macam yang saya jangkakan, ayah. 189 00:14:20,860 --> 00:14:21,944 Bakon dan telur. 190 00:14:22,653 --> 00:14:23,946 Sup miso dengan rumpai laut. 191 00:14:24,572 --> 00:14:25,948 Ikan masin bakar. 192 00:14:26,574 --> 00:14:28,033 Selonggok kubis cincang. 193 00:14:29,034 --> 00:14:30,703 Sarapan yang mengenyangkan. 194 00:14:50,055 --> 00:14:51,265 Oh ya. 195 00:14:52,057 --> 00:14:54,768 Sup miso ini masinlah. 196 00:14:56,061 --> 00:14:58,480 Apa? Kenapa? 197 00:15:00,149 --> 00:15:01,817 Saya yang nak tahu. 198 00:15:03,068 --> 00:15:06,363 Ayah yang masak semuanya. 199 00:15:11,327 --> 00:15:14,079 Saya hargai ayah masak untuk saya, 200 00:15:14,705 --> 00:15:16,248 tapi ayah yang tanya saya. 201 00:15:18,834 --> 00:15:21,837 Tak ada cita rasa? Ini masakan keluarga. 202 00:15:22,338 --> 00:15:24,757 Ahli keluarga yang tentukan sedap atau tidak. 203 00:15:37,102 --> 00:15:38,270 Itulah dia. 204 00:15:38,854 --> 00:15:42,858 Begitulah bermulanya pertengkaran biasa antara bapa dan anak. 205 00:15:48,197 --> 00:15:49,031 Ada apa? 206 00:15:49,823 --> 00:15:51,784 Siapa yang bermalam di sini? 207 00:15:54,912 --> 00:15:58,040 Saya faham. Tengoklah di dalam sampai awak puas hati. 208 00:16:01,001 --> 00:16:02,044 Tak mengapalah. 209 00:16:05,673 --> 00:16:09,385 Jika awak begitu risaukan saya, awak patut bermalam lebih kerap. 210 00:16:11,261 --> 00:16:12,096 Baiklah. 211 00:16:20,479 --> 00:16:21,438 Ini tak bagus. 212 00:16:22,815 --> 00:16:25,526 Saya pepejal. Pepejal sepenuhnya. 213 00:16:26,694 --> 00:16:28,028 Masih ada lagi otot. 214 00:16:29,488 --> 00:16:31,156 Otot saya belum cair. 215 00:16:34,868 --> 00:16:35,786 Cairkannya. 216 00:16:37,663 --> 00:16:40,416 Cairkan otot saya. 217 00:16:44,294 --> 00:16:46,964 Wah! Lama tak jumpa. 218 00:16:47,923 --> 00:16:48,966 Tok guru. 219 00:16:51,510 --> 00:16:53,303 Maafkan saya. 220 00:16:53,804 --> 00:16:57,808 Kekuatan saya masih belum mencapai tahap awak. 221 00:16:59,727 --> 00:17:03,981 Bila saya mula belajar daripada awak, ya? 222 00:17:06,066 --> 00:17:08,485 Kebolehan fizikal awak penuh misteri. 223 00:17:09,153 --> 00:17:11,780 Dinamik awak memukau. 224 00:17:12,740 --> 00:17:16,076 Sejarah awak dipenuhi kebencian dan penolakan. 225 00:17:17,327 --> 00:17:18,495 Namun begitu, 226 00:17:19,371 --> 00:17:22,249 dalam banyak-banyak makhluk yang pantas, 227 00:17:23,042 --> 00:17:24,752 awak sangat berbeza. 228 00:17:25,252 --> 00:17:28,839 Satu-satunya makhluk yang boleh bergerak dengan kepantasan maksimum serta-merta. 229 00:17:29,339 --> 00:17:32,509 Tak perlu memecut pun. Terus kepada kelajuan maksimum. 230 00:17:33,135 --> 00:17:38,640 Kelajuannya pula, jika saiznya sama dengan manusia, 231 00:17:40,059 --> 00:17:43,520 akan mencecah 270 kilometer sejam. 232 00:17:44,146 --> 00:17:47,024 Awak sedar tak betapa hebatnya semua itu? 233 00:17:47,941 --> 00:17:52,071 Jika manusia ingin mula berlari pada kelajuan 270 kilometer sejam… 234 00:17:52,696 --> 00:17:53,530 Ya. 235 00:17:54,114 --> 00:17:55,532 Mereka perlu buat begini. 236 00:17:56,241 --> 00:17:58,035 Dengan kata lain, mereka akan mati. 237 00:17:58,869 --> 00:18:01,288 Gentian otot tak mampu capai tahap itu. 238 00:18:01,789 --> 00:18:03,540 Tahap yang tak boleh dicapai. 239 00:18:04,416 --> 00:18:05,417 Itu tak benar. 240 00:18:06,168 --> 00:18:08,504 Pada suatu hari, saya nampak bangkai awak. 241 00:18:09,004 --> 00:18:10,172 Apa? 242 00:18:10,756 --> 00:18:12,299 Itu satu petunjuk penting. 243 00:18:12,841 --> 00:18:15,427 Bukan otot. Bukan gentian. 244 00:18:16,261 --> 00:18:18,764 Isi badan awak ialah cecair putih susu. 245 00:18:19,264 --> 00:18:24,019 Kelajuan awak bukanlah ditampung oleh gentian otot yang tegap. 246 00:18:26,146 --> 00:18:27,314 Tapi cecair. 247 00:18:46,834 --> 00:18:48,919 Sudahkah saya menghampiri tahap awak? 248 00:18:52,089 --> 00:18:53,340 HOTEL PARADISE 249 00:18:54,091 --> 00:18:57,344 Awak tak cakap sepatah pun sejak tiba di Vegas. 250 00:18:57,427 --> 00:19:01,598 Raja Laut Retsu, adakah awak tak berpuas hati 251 00:19:01,682 --> 00:19:04,434 dengan suite istimewa yang saya tempah ini? 252 00:19:05,477 --> 00:19:07,479 Saya pun terfikir juga. 253 00:19:08,147 --> 00:19:12,484 Apa yang saya tak suka tentang bandar yang penuh pembaziran ini? 254 00:19:12,568 --> 00:19:14,695 Saya dah agak. Awak tak menyukainya. 255 00:19:15,404 --> 00:19:16,738 Saya dah buat kesimpulan. 256 00:19:17,239 --> 00:19:19,408 Saya rasa saya boleh teka. 257 00:19:21,076 --> 00:19:22,870 Tiada apa-apa yang nyata di bandar ini. 258 00:19:23,370 --> 00:19:25,873 Tiada satu pun benda yang boleh dipercayai. 259 00:19:26,582 --> 00:19:30,210 Kesemua binaan di gurun yang tandus ini, 260 00:19:30,711 --> 00:19:33,130 dan semangat serta usaha untuk membinanya… 261 00:19:33,881 --> 00:19:35,549 Semua itu buat saya kagum. 262 00:19:35,632 --> 00:19:36,633 Namun, 263 00:19:37,342 --> 00:19:39,136 semua benda di bandar ini palsu. 264 00:19:39,803 --> 00:19:43,891 Di mana-mana saja, kita boleh lihat pohon yang takkan dapat tumbuh di sini. 265 00:19:44,641 --> 00:19:46,393 Ada struktur seperti di bandar besar. 266 00:19:46,977 --> 00:19:48,145 Ada Patung Liberty palsu. 267 00:19:48,729 --> 00:19:50,147 Ada Menara Eiffel palsu. 268 00:19:50,731 --> 00:19:52,149 Ada Arc de Triomphe palsu. 269 00:19:52,733 --> 00:19:54,151 Ada sfinks palsu. 270 00:19:54,818 --> 00:19:56,153 Ada piramid palsu. 271 00:19:56,236 --> 00:19:59,406 Namun, semuanya palsu yang berkualiti tinggi. 272 00:19:59,990 --> 00:20:02,534 Raja Laut Retsu, jika semuanya asli, 273 00:20:02,618 --> 00:20:05,829 jika semuanya adalah yang sebenar, adakah awak akan puas hati? 274 00:20:07,497 --> 00:20:09,499 Di dunia ini, Raja Laut Retsu, 275 00:20:09,583 --> 00:20:13,086 ada banyak benda murahan yang didakwa asli. 276 00:20:13,587 --> 00:20:17,466 Malah, ada banyak sangat. 277 00:20:18,091 --> 00:20:21,470 Barang kurang bermutu yang dianggap barang asli. 278 00:20:21,553 --> 00:20:23,513 Awak mesti pernah melihatnya. 279 00:20:27,059 --> 00:20:29,019 Hei, sudahlah. 280 00:20:29,102 --> 00:20:32,522 Saya faham. Mungkin macam awak cakap, Kaiser. 281 00:20:33,023 --> 00:20:36,485 Dalam kung fu pun, ada banyak peniru. 282 00:20:37,444 --> 00:20:41,531 Gaya berlawan yang hodoh diperturunkan secara membuta tuli. 283 00:20:42,783 --> 00:20:48,789 Bandar barang palsu. Selamat datang ke Las Vegas. 284 00:20:49,289 --> 00:20:51,583 Hei, awak pasti awak nak minum? 285 00:20:52,251 --> 00:20:54,962 Jika saya minum, saya takkan masuk gelanggang. 286 00:20:55,587 --> 00:20:58,548 Jika awak minum, awak boleh tunjukkan Tinju Mabuk. 287 00:21:17,567 --> 00:21:19,403 Hebatnya. 288 00:21:19,486 --> 00:21:22,364 Dia mantan juara. Jadi, saya kenal dia. 289 00:21:22,447 --> 00:21:25,909 Namun, dia lebih hebat daripada yang saya bayangkan. 290 00:21:25,993 --> 00:21:27,077 Berapa saiznya? 291 00:21:27,160 --> 00:21:31,039 Tingginya 237 cm, beratnya 151 kilogram. 292 00:21:36,586 --> 00:21:38,171 Dia masuk ke gelanggang. 293 00:21:43,593 --> 00:21:45,595 Tuan-tuan dan puan-puan. 294 00:21:46,096 --> 00:21:52,477 Sudah 150 tahun sejak Peraturan Queensberry diasaskan. 295 00:21:52,978 --> 00:21:55,188 Kini, tinju moden berdepan krisis besar. 296 00:21:55,272 --> 00:21:57,524 Lawan yang paling kuat telah muncul. 297 00:22:02,112 --> 00:22:04,781 Sejarah kung fu yang mencecah usia 4,001 tahun 298 00:22:05,282 --> 00:22:08,035 kini disambung oleh Sang Naga, 299 00:22:08,618 --> 00:22:10,954 Raja Laut Retsu! 300 00:23:48,760 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi