1 00:01:44,813 --> 00:01:47,357 Awak mungkin yang terkuat di Amerika, 2 00:01:48,525 --> 00:01:51,277 tapi awak banduan, kawan. 3 00:01:51,903 --> 00:01:54,781 Awak diberikan terlalu banyak kelonggaran. 4 00:01:55,365 --> 00:01:58,868 Ini cuma satu per lima daripada apa yang saya ada. 5 00:02:00,203 --> 00:02:02,789 Dikurniakan otot yang luar biasa banyak. 6 00:02:03,414 --> 00:02:07,794 Koleksi buku macam di perpustakaan. Harta awak masih sebanyak dulu. 7 00:02:10,296 --> 00:02:13,299 Bagi saya, itu tanda tak yakin dengan diri sendiri. 8 00:02:14,676 --> 00:02:20,890 Saya dengar anak awak, Baki, telah bertarung dengan lelaki purba itu. 9 00:02:21,891 --> 00:02:24,310 Apa pendapat awak tentang keputusannya? 10 00:02:24,394 --> 00:02:30,066 Seseorang yang dilahirkan lemah berjaya buat si gagah berundur 11 00:02:30,150 --> 00:02:34,571 dan akhirnya memaksa si gagah menggunakan senjata, iaitu seni bela diri. 12 00:02:34,654 --> 00:02:37,657 Maknanya, si lemah telah menang. 13 00:02:38,867 --> 00:02:40,076 Sungguh kotor. 14 00:02:42,871 --> 00:02:44,205 Sungguh menjijikkan. 15 00:02:44,706 --> 00:02:46,332 Sungguh keruh. 16 00:02:46,916 --> 00:02:48,334 Sungguh semberono. 17 00:02:49,002 --> 00:02:49,836 Emosi. 18 00:02:49,919 --> 00:02:51,004 Usaha. 19 00:02:51,087 --> 00:02:52,046 Ketekunan. 20 00:02:52,130 --> 00:02:56,342 Perkara sebegitu sering kali mencemarkan pertarungan yang suci. 21 00:02:57,677 --> 00:03:01,681 Ia merumitkan matlamat yang dikejar iaitu kemenangan. 22 00:03:04,726 --> 00:03:07,353 Kalau bertumbuk, pasti saya yang kalah. 23 00:03:09,647 --> 00:03:12,066 Ketika pertarungan berlaku, 24 00:03:12,150 --> 00:03:16,321 sesiapa yang kepalanya berada lebih tinggi di atas aras laut, 25 00:03:16,905 --> 00:03:18,323 dialah pemenangnya! 26 00:03:20,200 --> 00:03:23,077 Ketika ini, kepala Biscuit Oliva 27 00:03:23,161 --> 00:03:26,623 berada pada ketinggian 1,105.8 meter di atas aras laut, 28 00:03:26,706 --> 00:03:28,625 manakala kepala Yujiro Hanma 29 00:03:28,708 --> 00:03:31,920 berada pada ketinggian 1,106.3 meter di atas aras laut. 30 00:03:32,545 --> 00:03:35,924 Saya dah agak ini akan berlaku. 31 00:03:39,928 --> 00:03:42,347 Tuan nampak sihat. 32 00:03:42,430 --> 00:03:43,306 SEMANGAT TAK LUNTUR 33 00:03:43,389 --> 00:03:45,350 Gembira saya melihatnya. 34 00:03:45,934 --> 00:03:47,852 Tak perlulah formal sangat. 35 00:03:47,936 --> 00:03:49,854 Biar saya tengok muka awak. 36 00:03:50,939 --> 00:03:53,358 PERDANA MENTERI 37 00:03:53,441 --> 00:03:56,069 Awak baru saja dilantik jadi perdana menteri. 38 00:03:56,152 --> 00:03:58,363 Mesti banyak benda awak kena uruskan. 39 00:03:59,155 --> 00:04:02,867 Tanggungjawabnya berat. Ada kalanya, saya rasa menyesal. 40 00:04:07,997 --> 00:04:10,124 - Jadi, sekarang… - Ya? 41 00:04:10,792 --> 00:04:16,005 Berapa kilogram awak perlukan untuk meringankan beban awak? 42 00:04:16,673 --> 00:04:18,633 Kilogram? 43 00:04:19,217 --> 00:04:21,135 Naif betul. 44 00:04:21,928 --> 00:04:24,597 Saya cakap tentang duitlah. 45 00:04:25,723 --> 00:04:29,727 Saya tak kira dalam yen, tapi dalam kilogram. 46 00:04:30,228 --> 00:04:32,647 Dalam kilogram? 47 00:04:36,234 --> 00:04:38,653 10,000 YEN 48 00:04:39,237 --> 00:04:41,239 Saya dah sediakan 300 kilogram. 49 00:04:41,322 --> 00:04:44,659 Apabila ditukar kepada yen, jumlahnya lebih tiga bilion. 50 00:04:45,243 --> 00:04:47,662 Bawalah balik dengan trak. 51 00:04:50,748 --> 00:04:54,544 Perdana Menteri, saya anggap awak lelaki sejati. 52 00:04:54,627 --> 00:04:56,921 Jadi, saya nak minta tolong. 53 00:04:59,048 --> 00:05:00,425 Saya sedia membantu. 54 00:05:00,508 --> 00:05:02,927 KEMENTERIAN PENDIDIKAN AGENSI HAL EHWAL KEBUDAYAAN 55 00:05:03,511 --> 00:05:04,887 Memang susah nak faham. 56 00:05:04,971 --> 00:05:08,516 Ini cuma pertarungan antara bapa dan anak, 57 00:05:08,599 --> 00:05:10,685 tapi dia mahu kebenaran negara ini? 58 00:05:11,269 --> 00:05:12,103 MENTERI PERTAHANAN 59 00:05:12,186 --> 00:05:16,524 Memandangkan jawatan saya memerlukan saya untuk tahu hal ini, 60 00:05:16,607 --> 00:05:18,401 Menteri Pertahanan sebelum ini 61 00:05:18,484 --> 00:05:21,195 telah memaklumkan kepada saya mengenai kewujudan lelaki itu. 62 00:05:21,279 --> 00:05:22,989 "Memerlukan awak untuk tahu"? 63 00:05:23,072 --> 00:05:26,284 Maksudnya, awak kenal Yujiro Hanma? 64 00:05:27,076 --> 00:05:29,203 Siapa sebenarnya lelaki itu? 65 00:05:30,747 --> 00:05:34,709 Saya pun susah nak terangkan. 66 00:05:35,418 --> 00:05:38,046 Anggap saja dia sangat berkuasa. 67 00:05:38,755 --> 00:05:41,424 Kekuatannya luar biasa. 68 00:05:41,507 --> 00:05:43,343 Kekuatannya luar biasa? 69 00:05:43,426 --> 00:05:44,886 Kekuatan kasarnya. 70 00:05:44,969 --> 00:05:46,971 Dengan kata lain, kekuatan fizikalnya. 71 00:05:48,556 --> 00:05:51,476 Inikah yang awak maksudkan dengan kekuatan kasar? 72 00:05:51,559 --> 00:05:54,312 Ya, kekuatan kasar itulah yang saya maksudkan. 73 00:05:55,646 --> 00:05:59,484 Makin tak masuk akal pula. Jepun ada undang-undang, tahu tak? 74 00:06:00,151 --> 00:06:02,445 Tak kiralah betapa kuat pun dia, 75 00:06:02,528 --> 00:06:05,948 semuanya akan berakhir apabila polis campur tangan. 76 00:06:06,032 --> 00:06:07,700 Tak, ia takkan berakhir. 77 00:06:08,493 --> 00:06:09,577 Apa maksud awak? 78 00:06:10,912 --> 00:06:14,165 Perdana Menteri daripada beberapa pentadbiran lepas 79 00:06:14,248 --> 00:06:17,168 telah diserang oleh Yujiro Hanma di kediaman rasminya. 80 00:06:17,251 --> 00:06:18,836 Di kediaman rasminya? 81 00:06:18,920 --> 00:06:22,006 Di mana pengawal keselamatan? Dia menyelinap masukkah? 82 00:06:22,090 --> 00:06:26,010 Dia beritahu awal-awal yang dia nak menyerang. 83 00:06:26,094 --> 00:06:30,515 Jadi, tak kurang 100 polis rusuhan dikerahkan. 84 00:06:31,182 --> 00:06:32,767 Baiklah. Selepas itu? 85 00:06:33,601 --> 00:06:36,604 Dia melepasi mereka dengan mudah. 86 00:06:37,105 --> 00:06:40,024 Jangan mengarut! Ilmu apa yang dia guna? 87 00:06:40,608 --> 00:06:43,027 Awak pun tahu tentang ini, Menteri Pendidikan? 88 00:06:43,111 --> 00:06:43,945 MENTERI PENDIDIKAN 89 00:06:44,028 --> 00:06:46,030 Saya cuma dengar khabar angin. 90 00:06:46,114 --> 00:06:49,367 Perdana Menteri itu mengarahkan insiden itu didiamkan 91 00:06:49,450 --> 00:06:51,160 untuk menjaga ketenteraman. 92 00:06:51,244 --> 00:06:52,745 Menjaga ketenteraman? 93 00:06:52,829 --> 00:06:54,038 - Tuan. - Ya? 94 00:06:54,705 --> 00:06:56,749 Kekuatan kasar seorang lelaki 95 00:06:56,833 --> 00:07:00,044 berjaya menyerang orang penting negara ini. 96 00:07:00,670 --> 00:07:05,550 Sebagai ketua sistem pendidikan kita, saya nak dengar pendapat awak. 97 00:07:06,384 --> 00:07:08,553 Ia sangat tak boleh diterima. 98 00:07:09,637 --> 00:07:14,559 Ia boleh memberikan pengaruh buruk kepada para belia. 99 00:07:15,268 --> 00:07:16,352 Saya faham. 100 00:07:16,853 --> 00:07:19,647 Ia boleh buat orang menyanjung keganasan. 101 00:07:20,148 --> 00:07:23,568 Cumanya, Menteri Pertahanan, 102 00:07:23,651 --> 00:07:28,072 bukankah negara kita ada senjata, iaitu kekuatan kasar paling berkuasa? 103 00:07:28,906 --> 00:07:32,452 Tuan Perdana Menteri, biar saya beri penerangan mudah 104 00:07:32,535 --> 00:07:36,080 agar tuan faham tentang Yujiro Hanma. 105 00:07:38,666 --> 00:07:43,087 Amerika Syarikat dan Yujiro Hanma telah menjalinkan… 106 00:07:43,713 --> 00:07:46,507 Perjanjian persahabatan? 107 00:07:54,098 --> 00:07:55,349 Inilah orangnya. 108 00:07:56,017 --> 00:08:01,689 Ini imej terkini Yujiro Hanma, atau Si Raksasa, yang saya ada. 109 00:08:02,190 --> 00:08:04,525 SETIAUSAHA AGUNG PARTI RAKYAT DEMOKRATIK 110 00:08:04,609 --> 00:08:07,612 Imej lelaki terkuat di Bumi ini diambil tahun lepas. 111 00:08:07,695 --> 00:08:11,574 Lain macam betul wajahnya. Macam syaitan. 112 00:08:11,657 --> 00:08:13,367 Bukan macam syaitan, 113 00:08:13,951 --> 00:08:16,120 tapi memang syaitan pun. 114 00:08:18,164 --> 00:08:20,833 Awak peminat diakah? 115 00:08:22,210 --> 00:08:26,380 Nampaknya tuan tak faham. Jadi, biar saya terangkan. 116 00:08:27,006 --> 00:08:31,886 Yujiro Hanma ialah satu-satunya jaguh di dunia dalam kekuatan kasar. 117 00:08:32,553 --> 00:08:34,055 Kekuatan kasar? 118 00:08:34,555 --> 00:08:37,892 Dia boleh buat apa-apa saja berlaku dengan sebelah tangannya. 119 00:08:38,476 --> 00:08:40,895 Dia cita-cita semua lelaki. 120 00:08:41,646 --> 00:08:43,814 Memang benar kata Menteri Pertahanan 121 00:08:43,898 --> 00:08:47,985 tentang perjanjian persahabatan antara dia dan Amerika Syarikat. 122 00:08:48,069 --> 00:08:50,905 Bagaimana pula dengan penembak hendap? 123 00:08:51,489 --> 00:08:55,409 Jika ditembak dari jarak jauh, dia boleh dibunuh, bukan? 124 00:08:55,993 --> 00:08:56,994 Itu mustahil. 125 00:08:57,495 --> 00:08:59,038 Disebabkan perjanjian itu, 126 00:08:59,121 --> 00:09:01,958 Amerika akan jadi musuh kita jika kita bunuh dia. 127 00:09:02,041 --> 00:09:06,420 Kalau begitu, pihak Amerika boleh bunuh dia dengan penembak hendap. 128 00:09:06,504 --> 00:09:07,964 Itu juga takkan berlaku. 129 00:09:08,047 --> 00:09:11,717 Sebabnya, seluruh dunia mahu berganding bahu dengan Si Raksasa. 130 00:09:13,010 --> 00:09:14,470 - Tuan Perdana Menteri. - Ya? 131 00:09:14,554 --> 00:09:18,933 Ketika ini, Yujiro Hanma ialah senjata paling berkuasa di dunia. 132 00:09:19,016 --> 00:09:21,435 Kita perlu jadikan dia sekutu kita 133 00:09:21,519 --> 00:09:24,397 agar kita dapat mengatasi negara besar lain. 134 00:09:24,480 --> 00:09:26,315 Memandangkan dia begitu penting, 135 00:09:26,399 --> 00:09:29,902 tiada orang mahupun negara yang akan cuba bunuh dia. 136 00:09:30,486 --> 00:09:34,156 Tadi tuan ada tanya sama ada saya peminat Si Raksasa. 137 00:09:34,240 --> 00:09:35,408 Nampak macam ya. 138 00:09:35,992 --> 00:09:37,910 Tak kiralah ahli parlimen, 139 00:09:37,994 --> 00:09:43,916 pelukis komik, pemain piano, pemuzik rock, atau askar, 140 00:09:44,000 --> 00:09:47,920 jika mereka dilahirkan dengan kekuatan kasar Yujiro, 141 00:09:48,504 --> 00:09:51,424 mereka pasti akan guna kekuatan itu untuk capai impian mereka. 142 00:09:51,507 --> 00:09:54,385 Mereka pasti akan pilih jalan Si Raksasa. 143 00:09:54,969 --> 00:09:57,930 Maksudnya, semua orang, termasuklah ahli politik macam kita, 144 00:09:58,014 --> 00:10:01,934 menggunakan pekerjaan kita sebagai ganti bagi kekuatan kasar? 145 00:10:02,893 --> 00:10:06,897 Itu sebab dia satu-satunya jaguh dalam kekuatan kasar di dunia. 146 00:10:11,777 --> 00:10:18,200 Saya ulang. Di sini, kamu takkan diajar untuk memperbaik peribadi kamu, 147 00:10:18,784 --> 00:10:21,704 mahupun mempertahankan diri daripada keganasan. 148 00:10:22,288 --> 00:10:27,793 Keganasan atau tekniklah yang digunakan di medan perang. 149 00:10:28,419 --> 00:10:30,713 Oleh itu, tiada istilah "main kotor". 150 00:10:30,796 --> 00:10:34,925 Dengan kata lain, jika kamu boleh main kotor, lakukannya. 151 00:10:35,718 --> 00:10:37,970 Saya dah baca tentang latar belakang kamu. 152 00:10:38,679 --> 00:10:39,555 Mark, bangun. 153 00:10:43,059 --> 00:10:45,603 Kamu dah lama jadi petarung Muay Thai. 154 00:10:45,686 --> 00:10:50,483 Kamu juga petarung seni bela diri campuran dan pernah bertinju secara profesional. 155 00:10:52,151 --> 00:10:55,488 Ini satu arahan. Bunuh saya dalam pertarungan bebas. 156 00:10:58,199 --> 00:10:59,241 Baik, tuan. 157 00:11:15,675 --> 00:11:17,510 Howard, giliran kamu. 158 00:11:18,886 --> 00:11:22,139 Petarung judo, Howard. Dicucuk matanya. 159 00:11:23,224 --> 00:11:26,769 Petinju, Richard. Dihumban melebihi paras kepala. 160 00:11:27,770 --> 00:11:31,399 Ahli gusti, Schmidt. Dipukul sampai pengsan. 161 00:11:32,525 --> 00:11:36,153 Petarung kobujutsu gaya lama, Takahashi. Diikat ketat. 162 00:11:37,238 --> 00:11:40,491 Seni bela diri orang awam dan medan perang tak sama. 163 00:11:40,991 --> 00:11:44,412 Saya pasti kamu semua yang benak ini dah faham serba sikit. 164 00:11:44,995 --> 00:11:46,789 Jangan takut main kotor. 165 00:11:46,872 --> 00:11:49,417 Itulah gaya ortodoks dalam pertarungan medan perang. 166 00:11:49,500 --> 00:11:50,334 Itu saja. 167 00:11:52,002 --> 00:11:52,962 Bersurai! 168 00:11:53,045 --> 00:11:54,004 Baik, tuan! 169 00:12:06,100 --> 00:12:07,059 Sahabatku. 170 00:12:07,935 --> 00:12:10,062 Saya dah buat awak menunggu lama. 171 00:12:15,151 --> 00:12:17,153 Akhirnya, saya sudah… 172 00:12:19,697 --> 00:12:21,323 bersedia. 173 00:12:22,533 --> 00:12:27,163 Sekarang, saya yakin saya takkan hampakan awak. 174 00:12:28,164 --> 00:12:30,583 Untuk hari ini, untuk malam ini… 175 00:12:31,208 --> 00:12:32,585 Saya dah lama menunggu. 176 00:12:33,169 --> 00:12:34,587 Awak tunggu sajalah, 177 00:12:36,172 --> 00:12:38,758 wahai sahabatku, Yujiro Hanma. 178 00:12:40,176 --> 00:12:45,014 Kita takkan jadi yang terkuat dengan berusaha. Kita dilahirkan begitu. 179 00:12:45,097 --> 00:12:49,769 Jika kita mencari atau mengejarnya, maksudnya kita tidak memilikinya. 180 00:12:50,352 --> 00:12:54,774 Strydum, jika awak nak kekalkan hubungan kita, 181 00:12:54,857 --> 00:12:57,359 awak mesti cuba bunuh saya setahun sekali. 182 00:12:58,360 --> 00:13:02,364 Ancam nyawa saya, tak kiralah secara adil atau tidak. 183 00:13:02,865 --> 00:13:04,533 Guna pisau pun boleh. 184 00:13:04,617 --> 00:13:06,368 Guna pistol pun boleh. 185 00:13:06,452 --> 00:13:08,120 Guna letupan pun boleh. 186 00:13:08,204 --> 00:13:09,872 Guna senjata nuklear pun boleh. 187 00:13:11,540 --> 00:13:14,251 Curahkan seluruh jiwa dan raga untuk tugas itu. 188 00:13:14,752 --> 00:13:17,338 Simpan keazaman untuk tamatkan riwayat saya. 189 00:13:18,464 --> 00:13:21,675 Jika awak nak dikenali sebagai kenalan Yujiro Hanma, 190 00:13:22,468 --> 00:13:25,387 jika awak nak dikatakan rapat dengan Si Raksasa, 191 00:13:26,555 --> 00:13:29,141 itu saja cara untuk awak mencapainya. 192 00:13:30,059 --> 00:13:33,687 Strydum, aturkan rancangan untuk membunuh saya. 193 00:13:34,730 --> 00:13:35,564 Hei. 194 00:13:44,073 --> 00:13:45,324 Yujiro, 195 00:13:46,033 --> 00:13:47,243 kali ini… 196 00:13:55,918 --> 00:13:58,838 Kali ini apa? 197 00:13:58,921 --> 00:14:01,966 Tak apa. Tak perlu beritahu saya. 198 00:14:03,425 --> 00:14:05,845 Tahun lepas, awak kata "sekali dalam seabad". 199 00:14:05,928 --> 00:14:08,347 Dua tahun lepas, awak kata "tiada tandingan". 200 00:14:08,430 --> 00:14:10,850 Sebelum itu, awak kata "yang terhebat pernah…" 201 00:14:12,142 --> 00:14:15,604 Macam ayat iklan wain pula. 202 00:14:25,447 --> 00:14:29,368 Strydum, awak dah mungkir janji. 203 00:14:31,579 --> 00:14:34,874 Awak berdepan dengan saya tanpa harapan untuk menang. 204 00:14:35,916 --> 00:14:36,876 Tidak. 205 00:14:36,959 --> 00:14:39,879 Penumbuk yang saya dah letakkan serbuk letupan. 206 00:14:40,462 --> 00:14:42,882 But yang saya dah letakkan serbuk letupan. 207 00:14:42,965 --> 00:14:45,885 Kalaulah saya dapat serang dia sekali saja. 208 00:14:47,970 --> 00:14:50,472 Walaupun awak Si Raksasa, awak lahir sebagai manusia. 209 00:14:50,556 --> 00:14:53,893 Awak tak patut salah tafsir tentang saya, Yujiro Hanma. 210 00:15:06,405 --> 00:15:09,742 Apa maksud awak dengan "salah tafsir"? 211 00:15:11,076 --> 00:15:15,831 Si Raksasa, awak memang dah salah faham. 212 00:15:16,874 --> 00:15:18,834 Saya belum mengalah. 213 00:15:19,335 --> 00:15:20,419 Saya… 214 00:15:21,670 --> 00:15:23,589 Baru saja mengalah. 215 00:15:23,672 --> 00:15:24,924 Aduh! 216 00:15:34,350 --> 00:15:35,309 Saya menunggu. 217 00:15:36,310 --> 00:15:37,311 Saya terus menunggu. 218 00:15:38,479 --> 00:15:41,231 Di sebalik bilik malap, di dinding, 219 00:15:42,024 --> 00:15:45,819 tempat ia tak sepatutnya wujud, saya menunggu detik ia muncul. 220 00:15:46,820 --> 00:15:48,238 Tanpa bergerak seinci pun. 221 00:15:49,531 --> 00:15:50,741 Saya bermandi peluh. 222 00:15:52,409 --> 00:15:53,243 Dah muncul! 223 00:15:54,244 --> 00:15:56,246 Nampak tak? 224 00:15:56,997 --> 00:15:57,831 Dah muncul! 225 00:16:05,965 --> 00:16:07,257 Ini tak bagus. 226 00:16:07,341 --> 00:16:09,593 Ini tak bagus. Perlu lebih lagi. 227 00:16:14,974 --> 00:16:18,060 Lebih kuat, lebih pantas, 228 00:16:18,143 --> 00:16:21,355 lebih menakutkan, lebih licik. 229 00:16:22,439 --> 00:16:24,775 Ini tak cukup bagus! 230 00:16:35,869 --> 00:16:37,830 - Apa? Gempa bumi? - Pasang TV. 231 00:16:37,913 --> 00:16:39,790 - Kuatnya! - Gegaran tahap tiga? 232 00:16:59,101 --> 00:17:02,312 Lebih hebat daripada yang saya bayangkan. 233 00:17:02,396 --> 00:17:04,565 Apa? 234 00:17:05,149 --> 00:17:06,567 Tak perlulah terkejut. 235 00:17:07,192 --> 00:17:10,571 Saya cuma tanya, ada tak awak buat pemeriksaan kesihatan? 236 00:17:11,155 --> 00:17:12,906 Pemeriksaan kesihatan? 237 00:17:14,158 --> 00:17:18,579 Yujiro, awak bimbangkan kesihatan saya? 238 00:17:19,163 --> 00:17:22,082 Jangan mengarut. Saya cuma nak ajak bersembang. 239 00:17:27,171 --> 00:17:29,590 Baik sungguh awak. 240 00:17:29,673 --> 00:17:33,719 Tak kiralah anak awak, kerajaan, mahupun tentera, 241 00:17:33,802 --> 00:17:37,097 awak layan semuanya sama saja. 242 00:17:37,181 --> 00:17:39,767 Jika ada sesiapa menghalang awak, 243 00:17:39,850 --> 00:17:44,605 tak kiralah bayi mahupun tentera, awak takkan bagi muka kepada mereka. 244 00:17:44,688 --> 00:17:46,190 Saya faham. Sudahlah. 245 00:17:46,690 --> 00:17:48,776 Itu sebabnya awak "Si Raksasa"! 246 00:17:48,859 --> 00:17:51,361 Itulah diri awak. Betul tak, Yujiro Hanma? 247 00:17:52,988 --> 00:17:58,035 Namun, tiba-tiba pula awak risaukan kesihatan orang tua ini. 248 00:18:02,664 --> 00:18:06,460 Yujiro, awak dah nyanyukkah? 249 00:18:07,961 --> 00:18:08,879 Orang tua… 250 00:18:09,379 --> 00:18:10,881 Mengecewakan betul. 251 00:18:11,715 --> 00:18:13,092 Cukuplah. 252 00:18:14,468 --> 00:18:16,512 Awak rosakkan angin saya, Yujiro. 253 00:18:18,722 --> 00:18:19,973 Awak tak dengarkah? 254 00:18:20,474 --> 00:18:23,102 Sudah tentulah saya dengar, bodoh! 255 00:18:23,185 --> 00:18:26,897 Awak tak sedarkah apa yang awak baru cakap. 256 00:18:27,481 --> 00:18:30,567 Yujiro Hanma tanya tentang kesihatan saya? 257 00:18:49,753 --> 00:18:51,463 Saya dah beri amaran tadi. 258 00:18:56,510 --> 00:18:57,636 Panggil doktor. 259 00:18:58,762 --> 00:19:00,681 Tuan Yang Mulia! 260 00:19:02,808 --> 00:19:04,268 Tuah atau nasib malang? 261 00:19:05,269 --> 00:19:08,355 Lelaki yang begitu mahir dalam pertarungan ini, 262 00:19:08,438 --> 00:19:13,193 tanpa disedarinya, telah memperoleh kuasa istimewa. 263 00:19:14,444 --> 00:19:17,156 Kebolehan untuk mengesan kelemahan orang yang dilihatnya. 264 00:19:17,739 --> 00:19:22,953 Daripada sel kanser yang teramat kecil kepada gigi berlubang yang tak disedari. 265 00:19:23,954 --> 00:19:28,083 Dia melihat kesemua kelemahan ini sebagai titik sensitif. 266 00:19:29,209 --> 00:19:31,461 Dia pernah melawan penumbuk yang padu. 267 00:19:32,296 --> 00:19:34,798 Dia pernah melawan pedang yang tajam. 268 00:19:35,883 --> 00:19:38,051 Dia pernah melawan peluru yang laju. 269 00:19:39,052 --> 00:19:41,013 Dia pernah melawan senjata moden. 270 00:19:42,097 --> 00:19:45,434 Dia menghancurkan dan mengatasi semuanya. 271 00:19:45,976 --> 00:19:49,104 Dia memusnahkan, menghina dan mengetawakan kesemuanya. 272 00:19:49,646 --> 00:19:53,400 Tak pernah sekalipun dia gagal sebagai jaguh kekuatan kasar. 273 00:19:55,110 --> 00:19:59,448 Lebih daripada stetoskop yang dihasilkan dengan teliti… 274 00:20:00,240 --> 00:20:02,284 Lebih daripada mesin x-ray berprestasi tinggi… 275 00:20:03,035 --> 00:20:07,789 Lebih daripada pakar bedah berpengalaman, atau pakar perubatan timur berkebolehan… 276 00:20:07,873 --> 00:20:09,374 Lelaki ini telah dilengkapi 277 00:20:09,458 --> 00:20:12,961 dengan kebolehan untuk mengesan kelemahan melebihi semuanya. 278 00:20:13,545 --> 00:20:15,255 Ini tuah atau nasib malang? 279 00:20:17,966 --> 00:20:19,927 GIM TINJU PUSAT 280 00:20:27,351 --> 00:20:28,185 Ya? 281 00:20:31,563 --> 00:20:33,690 - Datang nak tengok gim? - Tak. 282 00:20:34,733 --> 00:20:36,693 Saya nak minta kebenaran untuk sertai gim. 283 00:20:36,777 --> 00:20:39,905 Apa? Kebenaran? 284 00:20:40,614 --> 00:20:43,450 Awak cuma perlu bayar yuran pendaftaran saja. 285 00:20:44,576 --> 00:20:45,953 Cumanya, awak… 286 00:20:46,536 --> 00:20:50,040 Nampaknya, ketiadaan kaki saya merisaukan awak. 287 00:20:50,123 --> 00:20:54,461 Jika awak cuma nak bersenam, itu tiada masalah. 288 00:20:54,544 --> 00:20:58,215 Sebenarnya, saya nak berlatih jadi peninju. 289 00:20:59,925 --> 00:21:02,928 Tak bolehlah, saudara. Lagi-lagi dengan kaki begitu. 290 00:21:03,011 --> 00:21:04,221 Susahkan sesiapakah? 291 00:21:04,930 --> 00:21:09,977 Siapa yang akan susah kerana saya tiada sebelah kaki? 292 00:21:12,562 --> 00:21:14,815 Tanggalkan kasut awak dan masuk. 293 00:21:14,898 --> 00:21:16,483 Saya menghargainya. 294 00:21:19,069 --> 00:21:20,904 Pukul benda ini. 295 00:21:20,988 --> 00:21:21,989 Pukul? 296 00:21:22,614 --> 00:21:24,992 Maksud saya, tumbuk sekuat hati. 297 00:21:25,575 --> 00:21:28,745 Dia nak saya tumbuk benda rapuh ini sekuat hati? 298 00:21:30,622 --> 00:21:33,292 Sekejap. Karung gantinya ada? 299 00:21:33,375 --> 00:21:35,752 Apa? Aduhai awak ini. 300 00:21:35,836 --> 00:21:38,505 Jika awak dapat pecahkan karung ini, 301 00:21:38,588 --> 00:21:41,008 saya sendiri akan jadi jurulatih awak. 302 00:21:41,758 --> 00:21:42,592 Baiklah. 303 00:21:43,093 --> 00:21:46,346 Jangan lupa janji awak nanti. 304 00:21:47,848 --> 00:21:51,601 Saya yakin saya boleh sertai gim ini tanpa memusnahkannya. 305 00:21:52,102 --> 00:21:53,270 Namun, saya tetap akan 306 00:21:54,938 --> 00:21:55,772 tunjukkan! 307 00:22:08,618 --> 00:22:10,537 Apa? 308 00:22:11,413 --> 00:22:14,124 Jurulatih, daftarkan saya. 309 00:22:16,126 --> 00:22:17,377 Hebatnya dia. 310 00:23:48,718 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi