1 00:01:59,619 --> 00:02:02,080 Maaf sebab buat awak menunggu, Kapten. 2 00:02:03,331 --> 00:02:05,083 Awak nak saya jumpa seseorang? 3 00:02:05,750 --> 00:02:08,586 Siapa orang itu? 4 00:02:13,550 --> 00:02:16,094 Jenis orang yang awak tak pernah jumpa. 5 00:02:18,513 --> 00:02:19,347 Kapten, 6 00:02:20,098 --> 00:02:21,933 semua orang pun begitu. 7 00:02:22,433 --> 00:02:24,602 Saya biasa dengan orang jenis baru. 8 00:02:24,686 --> 00:02:26,312 Saya ada soalan untuk awak. 9 00:02:26,813 --> 00:02:29,357 Apakah haiwan terkuat dalam sejarah? 10 00:02:30,817 --> 00:02:32,152 Itu soalan seriuskah? 11 00:02:33,027 --> 00:02:35,029 Bukan Yujiro Hanma? 12 00:02:35,697 --> 00:02:38,867 Harimau Siberia? Singa? Kenapa awak tanya? 13 00:02:39,450 --> 00:02:42,996 Bukan paling kuat di bumi, tapi paling kuat dalam sejarah. 14 00:02:43,580 --> 00:02:45,874 Apa? Janganlah main-main. 15 00:02:45,957 --> 00:02:47,208 Jawab soalan saya. 16 00:02:47,292 --> 00:02:49,752 Awak maksudkan dinosaur? Mamot? 17 00:02:50,336 --> 00:02:51,671 Jawapannya dinosaur. 18 00:02:51,754 --> 00:02:53,756 Dinosaur apakah paling kuat? 19 00:02:54,883 --> 00:02:56,009 Kapten… 20 00:02:56,092 --> 00:02:57,760 Jawab soalan saya. 21 00:02:58,595 --> 00:02:59,888 T-Rex? 22 00:03:00,430 --> 00:03:02,765 Saya rasa namanya "Tyrannosaurus". 23 00:03:07,228 --> 00:03:09,272 Saya tak faham bahasa Inggeris. 24 00:03:10,356 --> 00:03:13,276 MANUSIA?! ATAU HAIWAN?! 25 00:03:15,695 --> 00:03:16,529 Siapa dia? 26 00:03:16,613 --> 00:03:19,657 Lelaki yang lebih kuat daripada T-Rex. 27 00:03:19,741 --> 00:03:22,577 Malah, lebih tepat lagi, seekor jantan. 28 00:03:28,750 --> 00:03:31,753 Itu dinosaur, bukan? 29 00:03:31,836 --> 00:03:33,171 T-Rex, betul tak? 30 00:03:33,755 --> 00:03:35,965 Mesti ia terdedah sebab dinamit tadi. 31 00:03:36,049 --> 00:03:40,678 Batu garam memang pengawet yang baik, tapi keadaannya tersangatlah elok. 32 00:03:40,762 --> 00:03:42,805 Itu pula manusia. 33 00:03:42,889 --> 00:03:45,391 Ya, betul kata awak. 34 00:03:45,475 --> 00:03:47,560 Bagaimana ini boleh berlaku? 35 00:03:47,644 --> 00:03:49,103 Pentingkah? 36 00:03:49,646 --> 00:03:51,231 Tengok saja pun dah tahu. 37 00:03:51,314 --> 00:03:54,275 Wujudkah manusia pada zaman itu? 38 00:03:54,776 --> 00:03:58,154 Tak kisahlah. Yang penting, manusia ini wujud. 39 00:03:58,238 --> 00:04:00,782 Nampak macam dia sedang menyerang T-Rex itu. 40 00:04:01,324 --> 00:04:02,200 Masalahnya, 41 00:04:02,784 --> 00:04:05,703 jika kita lihat saiznya, itu mustahil. 42 00:04:06,287 --> 00:04:09,499 Itu pasti reaksinya kerana diserang. 43 00:04:10,124 --> 00:04:13,795 Jika betul pun, dia memang berani. 44 00:04:14,295 --> 00:04:15,922 Apa kita nak buat sekarang? 45 00:04:16,005 --> 00:04:17,590 Ini penemuan yang hebat. 46 00:04:18,424 --> 00:04:20,260 Kita hubungi ibu pejabat dulu. 47 00:04:27,308 --> 00:04:31,020 Saya amat menghargai penemuan hebat ini. 48 00:04:31,104 --> 00:04:34,232 Sejujurnya, saya menggigil dibuatnya. 49 00:04:34,315 --> 00:04:35,858 Terima kasih, tuan. 50 00:04:35,942 --> 00:04:39,362 Kami pun bingung dengan penemuan ini. 51 00:04:39,445 --> 00:04:41,072 Saya faham. 52 00:04:41,155 --> 00:04:45,118 Dari dulu kita percaya manusia wujud tujuh juta tahun lalu. 53 00:04:45,201 --> 00:04:48,621 Siapa sangka manusia telah pun wujud pada zaman Jurasik. 54 00:04:49,205 --> 00:04:52,625 Namun, penemuan ini tak boleh didedahkan kepada umum. 55 00:04:53,209 --> 00:04:57,714 Ini akan menyangkal semua teori masa kini. 56 00:04:57,797 --> 00:05:00,174 Kesannya terlalu besar nanti. 57 00:05:00,258 --> 00:05:03,761 Maklumat mengenainya perlu didedahkan sikit demi sikit. 58 00:05:03,845 --> 00:05:08,224 - Kita akan hidupkan dia semula, bukan? - Jangan mengarut, Allen! 59 00:05:08,891 --> 00:05:12,312 Ini bukan macam memberikan bantuan pernafasan. 60 00:05:12,812 --> 00:05:16,524 Adakah perkara sebegitu boleh dilakukan? 61 00:05:16,607 --> 00:05:18,276 Pada tahun 2000, 62 00:05:19,402 --> 00:05:23,990 ketika berada di New Mexico, Profesor Russel Breland menemui 63 00:05:24,073 --> 00:05:29,245 titisan air kecil di dalam batu garam yang berusia 250 juta tahun. 64 00:05:29,954 --> 00:05:32,206 Setelah mengeluarkannya dengan berhati-hati, 65 00:05:32,290 --> 00:05:35,251 dia mendapati titisan air itu ialah air laut 250 juta tahun lalu. 66 00:05:35,877 --> 00:05:40,840 Selain itu, mikroorganisma di dalamnya berada dalam keadaan baik. 67 00:05:41,341 --> 00:05:43,384 Dia meletakkannya dalam persekitaran ideal 68 00:05:43,468 --> 00:05:47,263 dan menyediakan nutrisi, stimulasi dan suhu yang sesuai. 69 00:05:47,764 --> 00:05:50,183 Selepas itu, 120 hari kemudian, 70 00:05:50,725 --> 00:05:54,771 kesemua mikroorganisma itu hidup semula. 71 00:05:55,480 --> 00:05:57,648 Maksudnya, ia tak mati? 72 00:05:57,732 --> 00:06:00,526 Kita tak boleh kata ia hidup. 73 00:06:01,069 --> 00:06:03,404 Namun, ia juga tidak mati. 74 00:06:03,988 --> 00:06:10,912 Ia menunggu keadaan yang ideal selama 250 juta tahun. 75 00:06:12,205 --> 00:06:13,164 Garamlah puncanya. 76 00:06:13,831 --> 00:06:18,586 Garam kuat di dalam lapisan batu garam setebal 1,000 meter 77 00:06:18,669 --> 00:06:23,174 melindungi mikroorganisma itu daripada dimamah masa. 78 00:06:23,758 --> 00:06:28,346 Itu bermakna, dari segi teori, kita boleh hidupkan semula si Pickle ini. 79 00:06:28,429 --> 00:06:29,680 Allen! 80 00:06:29,764 --> 00:06:32,809 Menghidupkan semula sesuatu ialah kerja Tuhan. 81 00:06:32,892 --> 00:06:34,560 Jangan cakap ikut sedap mulut. 82 00:06:35,144 --> 00:06:37,063 Itu ameba. Dia pula manusia. 83 00:06:37,146 --> 00:06:40,942 Kedua-duanya berbeza macam basikal dan kapal angkasa. 84 00:06:41,025 --> 00:06:43,653 Itu perbandingan yang sesuai. 85 00:06:44,195 --> 00:06:46,948 Namun, bagaimana awak nak rapatkan jurang perbezaannya? 86 00:06:47,031 --> 00:06:49,826 Sudah tentulah dengan ini dan ini. 87 00:06:51,285 --> 00:06:56,499 Jika tidak, kapal angkasa dan basikal hanyalah sejenis kenderaan. 88 00:07:00,294 --> 00:07:02,213 Hari ini hari ke-91. 89 00:07:02,922 --> 00:07:05,967 Projek Profesor Payne menghidupkan semula Pickle. 90 00:07:06,717 --> 00:07:10,221 Banyak elektrod nadi telah dipasang pada Pickle. 91 00:07:10,805 --> 00:07:13,599 Memandangkan Pickle hidup pada zaman Jurasik, 92 00:07:13,683 --> 00:07:17,186 suhu di dalam makmal telah disesuaikan. 93 00:07:17,687 --> 00:07:18,604 Panasnya. 94 00:07:19,272 --> 00:07:22,733 Pickle direndam di dalam larutan yang menyerupai bendalir badannya. 95 00:07:23,234 --> 00:07:26,779 Alat ini pula meniru kitaran pasang surut 96 00:07:27,280 --> 00:07:30,199 dan denyut nadi ibu yang hamil. 97 00:07:30,700 --> 00:07:34,370 Namun, tiada satu pun yang buat Pickle terjaga. 98 00:07:37,874 --> 00:07:39,625 Ujian ini satu kegagalan. 99 00:07:45,423 --> 00:07:46,257 Tak sedap. 100 00:07:47,008 --> 00:07:48,634 Seronok kalau dapat makan stik. 101 00:07:52,472 --> 00:07:56,142 Saya akan jadi manusia pertama, malah, makhluk pertama… 102 00:08:03,024 --> 00:08:07,361 Saya akan jadi lelaki pertama yang makan T-Rex. 103 00:08:10,907 --> 00:08:11,741 Mustahil. 104 00:08:12,492 --> 00:08:15,536 Tisu otot T-Rex 105 00:08:15,620 --> 00:08:19,582 sepadan dengan tisu yang ditemui di dalam perutnya. 106 00:08:20,124 --> 00:08:22,793 Hanya satu saja maksudnya. 107 00:08:23,503 --> 00:08:26,797 Pickle makan T-Rex! 108 00:08:28,382 --> 00:08:32,053 Berat T-Rex itu lebih sepuluh tan. Jadi, tak salah ambil sikit. 109 00:08:32,678 --> 00:08:35,848 Saya ambil dua ratus gram saja. 110 00:08:51,948 --> 00:08:54,325 Stik Tyrannosaurus! 111 00:08:58,079 --> 00:08:59,956 Rasa macam daging lembu? 112 00:09:00,039 --> 00:09:01,707 Tak, macam daging kambing. 113 00:09:01,791 --> 00:09:05,211 Tak pun macam daging ikan paus yang saya makan di Jepun. 114 00:09:05,294 --> 00:09:10,091 Dagingnya liat sikit, tapi rasanya sedap. 115 00:09:14,178 --> 00:09:17,640 Selepas terjaga daripada tidurnya selama 200 juta tahun, 116 00:09:18,140 --> 00:09:19,809 lelaki itu duduk terpegun. 117 00:09:21,185 --> 00:09:23,980 Keadaan sekelilingnya begitu misteri di matanya. 118 00:09:24,689 --> 00:09:26,649 Wayar lurus yang berselirat. 119 00:09:27,149 --> 00:09:29,360 Dinding yang dipenuhi cahaya cerah. 120 00:09:30,319 --> 00:09:31,320 Bulatan. 121 00:09:31,404 --> 00:09:32,238 Objek lut sinar. 122 00:09:33,197 --> 00:09:34,991 Semua benda yang dilihatnya 123 00:09:35,074 --> 00:09:39,495 tidak wujud sebelum ini yang dirasakan singkat baginya. 124 00:09:54,010 --> 00:09:59,015 Dalam keadaan diselubungi misteri, hanya ada satu benda yang dikenalinya. 125 00:10:00,141 --> 00:10:00,975 Bau. 126 00:10:01,475 --> 00:10:03,436 Ya, bau sesuatu yang dia kenal. 127 00:10:04,228 --> 00:10:07,648 Bau itu datang dari arah sana. 128 00:10:21,037 --> 00:10:23,122 Dalam keadaan cemas, manusia tak berfikir. 129 00:10:23,623 --> 00:10:28,252 Banyak benda bermain di fikiran serentak. 130 00:10:29,253 --> 00:10:30,087 Pickle! 131 00:10:30,171 --> 00:10:31,005 Macam gergasi! 132 00:10:31,088 --> 00:10:33,382 Dia terjaga? Sebelum ini tak terjaga pula! 133 00:10:33,466 --> 00:10:35,301 Dia tahu saya curi daging T-Rex! 134 00:10:35,384 --> 00:10:36,677 Besarnya! 135 00:10:36,761 --> 00:10:38,262 Senjata saya cuma pisau tolak. 136 00:10:38,346 --> 00:10:39,889 Mustahil! Saya takkan menang! 137 00:10:39,972 --> 00:10:42,183 Saya akan mati walau apa pun senjata saya! 138 00:10:42,266 --> 00:10:45,853 Ada pistol di dalam laci. Bolehkah saya menang dengan pistol? 139 00:10:45,936 --> 00:10:47,146 Saya rasa tak boleh! 140 00:10:47,647 --> 00:10:48,856 Mustahil! Habislah! 141 00:10:48,939 --> 00:10:50,316 Dia akan tumbuk saya! 142 00:10:50,399 --> 00:10:54,570 Dia tak tahu apa itu pistol! Mestilah dia tahu. Dia manusia buas! 143 00:10:55,404 --> 00:10:58,949 Dia masukkan 150 gram daging ke dalam mulutnya sekali gus? 144 00:10:59,033 --> 00:11:00,743 Malah, dia tak kunyah pun. 145 00:11:02,161 --> 00:11:03,579 Dia pandang dengan niat jahat? 146 00:11:03,663 --> 00:11:05,289 Sekejap. Apa yang dia buat? 147 00:11:07,333 --> 00:11:09,293 Adakah dia fikir saya makanan? 148 00:11:09,377 --> 00:11:11,128 Dia tak anggap saya musuhnya! 149 00:11:11,796 --> 00:11:15,841 Mungkin saya tak sesuai jadi makanan. Dia tahu rasa saya tak sedap. 150 00:11:15,925 --> 00:11:18,469 Mujurlah! Namun, itu agak memalukan. 151 00:11:20,930 --> 00:11:22,723 Sebagai langkah berjaga-jaga… 152 00:11:23,516 --> 00:11:24,350 Kalau-kalau saja. 153 00:11:25,017 --> 00:11:27,103 Sebagai wakil manusia bertamadun, 154 00:11:27,687 --> 00:11:30,856 saya akan buat dia sedar satu benda. 155 00:11:31,899 --> 00:11:34,360 Sekejap. Apa yang dia buat? 156 00:11:34,443 --> 00:11:35,861 Dia mencari sesuatu? 157 00:11:37,196 --> 00:11:39,115 Alamak! 158 00:11:39,198 --> 00:11:41,117 Kenapa dia pandang saya begitu? 159 00:11:42,201 --> 00:11:45,121 Apa? Dia marah. Dia menggeram? 160 00:11:48,874 --> 00:11:50,418 Tunggu dulu! 161 00:11:50,501 --> 00:11:52,670 Ada apa? Beritahu saya. 162 00:11:52,753 --> 00:11:54,255 Apa awak nak? Ada apa? 163 00:11:55,715 --> 00:11:57,883 Berhenti! Jangan mara! 164 00:11:57,967 --> 00:12:00,177 Berhenti, Pickle! 165 00:12:00,261 --> 00:12:02,763 Ini pistol! Okey? Awak tahu tak? 166 00:12:02,847 --> 00:12:04,974 Tak mungkin dia faham. 167 00:12:05,057 --> 00:12:06,851 Patutkah saya tembak? Tembak di mana? 168 00:12:07,351 --> 00:12:08,269 Kakinya! 169 00:12:08,352 --> 00:12:09,645 Dia pasti akan takut! 170 00:12:15,067 --> 00:12:16,318 Apa? 171 00:12:24,994 --> 00:12:27,079 Pistol, hasil ciptaan tamadun, 172 00:12:27,705 --> 00:12:30,332 ditembak tiga kali ke arah susuk tubuhnya. 173 00:12:30,416 --> 00:12:33,085 Ini salah awak sendiri! 174 00:12:34,003 --> 00:12:37,131 Otot abdomen Pickle si petarung Jurasik, 175 00:12:37,757 --> 00:12:40,718 tak mampu ditembusi oleh peluru sembilan milimeter. 176 00:12:41,427 --> 00:12:43,429 Bagi Allen, yang masih terkejut, 177 00:12:43,929 --> 00:12:46,891 ini merupakan perkara yang paling memeranjatkannya. 178 00:13:01,822 --> 00:13:03,115 Biar betul? 179 00:13:03,908 --> 00:13:05,242 Kenapa saya sendirian? 180 00:13:05,326 --> 00:13:07,995 Kenapa saya sendirian di makmal pada waktu malam? 181 00:13:08,078 --> 00:13:09,997 Dah macam filem seram sains fiksyen. 182 00:13:13,167 --> 00:13:15,711 Habislah. Hidup saya berakhir di sini. 183 00:13:27,306 --> 00:13:28,891 Sekejap, adakah dia 184 00:13:29,975 --> 00:13:31,227 mahukan sesuatu? 185 00:13:32,019 --> 00:13:34,855 Yalah. Dia meminta sesuatu. 186 00:13:34,939 --> 00:13:36,148 Dia mahukan sesuatu. 187 00:13:36,649 --> 00:13:38,275 Dia nak saya buat sesuatu. 188 00:13:38,859 --> 00:13:41,278 Apa-apa pun, dia takkan bunuh… 189 00:13:51,497 --> 00:13:52,832 Saya terlupa 190 00:13:54,333 --> 00:13:55,292 yang dia 191 00:13:55,876 --> 00:13:58,045 macam haiwan buas. 192 00:14:00,381 --> 00:14:03,551 Saya boleh terbunuh walaupun dia cuma main-main. 193 00:14:04,134 --> 00:14:07,179 Apa-apa pun, saya perlu ke sana. 194 00:14:08,848 --> 00:14:10,474 Saya perlu lari ke dalam. 195 00:14:11,392 --> 00:14:14,311 Cepat. Saya kena cepat. 196 00:14:17,898 --> 00:14:19,817 Saya dah terlambat. 197 00:14:29,702 --> 00:14:31,328 Apa? 198 00:14:40,462 --> 00:14:41,422 Tunggu sekejap. 199 00:14:42,756 --> 00:14:45,843 Adakah saya baru perangkap dia? 200 00:14:48,804 --> 00:14:50,723 Kamu kurung dia? 201 00:14:51,348 --> 00:14:53,809 Saya faham tuan terkejut. 202 00:14:53,893 --> 00:14:55,686 Namun, semuanya benar. 203 00:14:56,562 --> 00:14:58,647 Pickle telah dihidupkan semula 204 00:14:58,731 --> 00:15:01,859 dan dia dikurung di dalam penyejuk beku. 205 00:15:02,484 --> 00:15:04,862 Mesti kamu juga yang panggil 206 00:15:04,945 --> 00:15:07,281 orang seramai ini. 207 00:15:07,364 --> 00:15:09,491 Ya, memang saya yang panggil. 208 00:15:09,575 --> 00:15:11,702 Apa kamu nak mereka buat? 209 00:15:11,785 --> 00:15:14,163 Tuan akan faham setelah tuan tengok dia. 210 00:15:14,246 --> 00:15:15,706 Nak faham apa? 211 00:15:15,789 --> 00:15:19,376 Tak melampau memanggil polis seramai ini. 212 00:15:20,002 --> 00:15:21,420 Bodoh betul kamu. 213 00:15:21,503 --> 00:15:25,591 Kalau dikirakan, apabila merujuk kepada pengetahuan tentang Pickle, 214 00:15:25,674 --> 00:15:28,135 saya kini lebih arif berbanding tuan. 215 00:15:28,719 --> 00:15:31,513 Peluru tak dapat menembusi tubuhnya. 216 00:15:32,431 --> 00:15:36,101 Selain itu, peluru yang dibalingnya menembusi bahu saya. 217 00:15:36,602 --> 00:15:39,396 Pembaling besbol terhebat pun tak mampu lakukannya. 218 00:15:40,147 --> 00:15:42,650 Saya tak rasa lima kereta polis dah cukup. 219 00:15:42,733 --> 00:15:45,653 Itu tak penting sekarang. 220 00:15:45,736 --> 00:15:46,779 Apa? 221 00:15:47,404 --> 00:15:48,447 Maaf mengganggu. 222 00:15:48,530 --> 00:15:52,326 Kami dah periksa pelan lantai dan dah kesan penyejuk bekunya. 223 00:15:53,202 --> 00:15:55,037 Kami akan menyerbunya sekarang, 224 00:15:55,120 --> 00:15:58,040 tapi kami mungkin takkan dapat tangkap dia hidup-hidup. 225 00:15:58,123 --> 00:16:00,584 Apa? Takkanlah sampai begitu? 226 00:16:00,668 --> 00:16:02,419 Awak takkan berjaya. 227 00:16:02,503 --> 00:16:03,337 Siapa awak? 228 00:16:03,420 --> 00:16:04,797 Saya Albert Payne. 229 00:16:05,756 --> 00:16:08,258 Dalam banyak-banyak tempat, 230 00:16:08,342 --> 00:16:11,762 tak sangka saya akan jumpa pemenang Hadiah Nobel di sini. 231 00:16:12,262 --> 00:16:15,307 - Saya… - Kita berkenalan nanti saja. 232 00:16:15,391 --> 00:16:17,685 Saya cakap begini untuk kebaikan awak. 233 00:16:17,768 --> 00:16:20,813 Minta pihak tentera datang sekarang. 234 00:16:22,439 --> 00:16:25,359 Saya bukan nak lawan cakap pemenang Hadiah Nobel, 235 00:16:25,901 --> 00:16:28,862 tapi saya diberitahu pelakunya cuma seorang. 236 00:16:28,946 --> 00:16:32,157 Dia mungkin mempunyai kekuatan dan stamina haiwan liar, 237 00:16:32,700 --> 00:16:35,327 tapi itu saja yang dimilikinya. 238 00:16:35,911 --> 00:16:38,956 Sejak bila binatang itu berubah menjadi King Kong? 239 00:16:39,456 --> 00:16:43,085 Sukar untuk saya gambarkan lelaki itu. 240 00:16:43,168 --> 00:16:48,340 Namun, King Kong memang gambaran yang sesuai. 241 00:17:02,438 --> 00:17:04,440 Hubungi ibu pejabat. 242 00:17:05,024 --> 00:17:07,026 Minta bantuan. Dua puluh orang… 243 00:17:07,526 --> 00:17:08,610 Tidak, 30 orang. 244 00:17:19,621 --> 00:17:21,665 Hubungi tentera dengan segera! 245 00:17:21,749 --> 00:17:23,208 Ini kecemasan! 246 00:17:23,292 --> 00:17:24,543 Dia dah mengamuk. 247 00:17:25,586 --> 00:17:27,296 Tujuan hidupnya, 248 00:17:27,379 --> 00:17:28,756 makanannya, 249 00:17:29,339 --> 00:17:31,341 dan maruahnya… 250 00:17:31,925 --> 00:17:35,846 Dia mengamuk kerana lawannya telah dicuri daripadanya. 251 00:17:40,893 --> 00:17:44,855 Polis memaklumkan tentera bahawa pengganas bersenjata telah memasuki 252 00:17:45,355 --> 00:17:48,108 loji pengasingan sisa nuklear. 253 00:17:49,318 --> 00:17:52,196 Pihak tentera gembira dapat dikerahkan. 254 00:17:52,946 --> 00:17:53,864 Sebabnya ialah 255 00:17:54,573 --> 00:17:58,452 ini peluang yang sesuai untuk menguji 256 00:17:58,535 --> 00:18:01,497 senjata baru yang masih dibangunkan. 257 00:18:02,581 --> 00:18:06,502 Laporan palsu awak mengenai pengganas bersenjata di tapak nuklear 258 00:18:06,585 --> 00:18:08,212 memang tak boleh dimaafkan. 259 00:18:08,712 --> 00:18:11,590 Namun, apabila saya lihat situasinya, 260 00:18:12,174 --> 00:18:16,512 dia memang mempunyai kuasa pemusnah seorang pengebom berani mati. 261 00:18:17,096 --> 00:18:19,765 Sekalipun dia setanding dengan King Kong, 262 00:18:19,848 --> 00:18:23,644 dia tak bersenjata. Kenapa tak tembak dan bunuh saja dia? 263 00:18:23,727 --> 00:18:25,979 Memang betul kata awak, 264 00:18:26,063 --> 00:18:28,899 tapi sekarang bukan masa untuk terangkan. 265 00:18:28,982 --> 00:18:31,235 Hanya satu perkara yang pasti. 266 00:18:31,735 --> 00:18:35,906 Lelaki itu khazanah kepada seluruh umat manusia. 267 00:18:37,074 --> 00:18:40,119 Orang gasar bogel itu, dari sesetengah aspek, 268 00:18:40,202 --> 00:18:44,289 lebih berharga daripada presiden mana-mana negara. 269 00:18:44,373 --> 00:18:48,043 Awak juga khazanah kepada umat manusia. 270 00:18:48,794 --> 00:18:52,631 Memandangkan awak pemenang Hadiah Nobel, saya akan tunaikan permintaan awak. 271 00:18:53,132 --> 00:18:55,551 Kami akan tangkap dia tanpa mencederakannya! 272 00:18:56,802 --> 00:18:59,680 Mesin Tempur Pelbagai Guna, MPBM, 273 00:18:59,763 --> 00:19:03,433 akan dilancarkan secara rasmi tahun depan. 274 00:19:04,101 --> 00:19:07,396 Untuk mencapai tahap ini, pengendalinya menghabiskan 2.5 tahun 275 00:19:07,479 --> 00:19:09,940 menggunakannya untuk rutin hariannya. 276 00:19:10,691 --> 00:19:13,819 Disebabkan itu, dia boleh menggunakannya untuk melakukan apa-apa saja. 277 00:19:14,695 --> 00:19:16,822 Dia mampu menundukkan singa, 278 00:19:17,489 --> 00:19:19,074 memusnahkan kenderaan tentera, 279 00:19:19,658 --> 00:19:21,577 malah mengait dengannya. 280 00:19:27,166 --> 00:19:31,295 Kenapa dia tak tinggalkan tempat itu? 281 00:19:31,378 --> 00:19:33,172 Dia sedang melindungi sesuatu. 282 00:19:33,714 --> 00:19:34,840 Melindungi apa? 283 00:19:34,923 --> 00:19:36,216 Kemungkinan besar… 284 00:19:36,300 --> 00:19:37,509 "Kemungkinan besar"? 285 00:19:38,010 --> 00:19:39,011 Mungkin… 286 00:19:39,094 --> 00:19:40,179 "Mungkin"? 287 00:19:40,262 --> 00:19:41,096 Zamannya. 288 00:19:41,930 --> 00:19:43,098 "Zaman"? 289 00:19:43,182 --> 00:19:45,100 Zaman apa, Profesor Payne? 290 00:19:45,684 --> 00:19:46,518 Begini… 291 00:19:47,186 --> 00:19:49,104 Zaman apa, profesor? 292 00:19:49,188 --> 00:19:51,815 Dia sedang mempertahankan zamannya… 293 00:19:51,899 --> 00:19:53,483 "Zamannya"? 294 00:19:55,569 --> 00:19:57,237 …daripada zaman kita. 295 00:20:06,914 --> 00:20:09,082 Dia pecahkan plat perisai dengan sekali tumbuk! 296 00:20:09,166 --> 00:20:10,334 Biar betul? 297 00:20:10,417 --> 00:20:11,460 Lehernya. 298 00:20:11,543 --> 00:20:13,337 Tak boleh tangkap hidup-hidup! 299 00:20:13,420 --> 00:20:14,713 Dia akan bunuh saya! 300 00:20:15,297 --> 00:20:16,340 Lehernya! 301 00:20:19,176 --> 00:20:20,427 Apa? 302 00:20:44,576 --> 00:20:46,370 Biar betul? 303 00:20:46,870 --> 00:20:49,414 Benda yang melawan angkatan tentera dunia, 304 00:20:49,498 --> 00:20:53,210 malah, pasukan tentera terkuat, Angkatan Tentera Amerika, 305 00:20:53,835 --> 00:20:56,463 ialah seorang manusia buas. 306 00:20:57,047 --> 00:20:59,299 Dia melawan mereka seorang diri? 307 00:21:00,300 --> 00:21:02,469 Kami guna kereta kebal terkini. 308 00:21:03,053 --> 00:21:04,721 Kami guna helikopter tentera. 309 00:21:05,430 --> 00:21:07,474 Kami guna askar bersenjata. 310 00:21:08,100 --> 00:21:09,476 Tak melampau sangatkah? 311 00:21:09,559 --> 00:21:11,979 Kapten, sasaran dah kelihatan. 312 00:21:12,062 --> 00:21:13,730 Sudah tentulah tidak. 313 00:21:14,940 --> 00:21:16,191 Berhenti. 314 00:21:23,198 --> 00:21:25,075 Sekejap lagi saya datang balik. 315 00:21:25,158 --> 00:21:26,702 Apa? Kapten! 316 00:21:27,536 --> 00:21:32,124 Kapten berasa malu semasa berjalan melintasi kemusnahan yang berlaku. 317 00:21:33,709 --> 00:21:37,713 Dia melihat betapa lemahnya senjata moden melawan orang yang kuat. 318 00:21:39,006 --> 00:21:41,008 Sebagai askar yang mahir dalam persenjataan, 319 00:21:41,591 --> 00:21:43,260 sebagai seorang lelaki, 320 00:21:43,343 --> 00:21:46,138 dan sebagai seorang jantan, 321 00:21:46,221 --> 00:21:49,057 perasaan yang melebihi rasa hormat muncul dalam dirinya. 322 00:21:53,228 --> 00:21:57,149 Buat pertama kalinya sejak Pickle terjaga, 323 00:21:57,232 --> 00:21:59,651 dia melihat pandangan mata tanpa permusuhan. 324 00:22:00,277 --> 00:22:02,154 Saya nak tahu lebih lanjut tentang awak. 325 00:22:02,821 --> 00:22:04,656 Dia tidak memahami kata-kata. 326 00:22:05,240 --> 00:22:07,909 Namun begitu, komunikasi tetap berlaku. 327 00:22:08,744 --> 00:22:09,661 Mari kita pergi 328 00:22:09,745 --> 00:22:13,415 ke tempat yang ada orang lain macam awak. 329 00:22:16,543 --> 00:22:17,544 Ke Jepun. 330 00:22:18,378 --> 00:22:21,048 Pickle akan ke Jepun. 331 00:23:48,718 --> 00:23:51,138 Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi