1 00:00:06,043 --> 00:00:11,763 BAB 7 ~ MARY CELESTE 2 00:00:27,043 --> 00:00:30,163 LAUREN, AWAK DIKENANG SEMUA YANG BERTUAH KENALI AWAK 3 00:00:40,443 --> 00:00:41,363 Awak dah sedia? 4 00:01:00,003 --> 00:01:00,883 Apa itu? 5 00:01:02,883 --> 00:01:06,683 Ia tradisi Rusia lama. 6 00:01:06,763 --> 00:01:09,283 Apabila seseorang meninggal dunia, 7 00:01:12,403 --> 00:01:16,243 awak balut ini bersama jasadnya agar roh tenang bersemadi. 8 00:01:21,843 --> 00:01:24,163 Sayang tak dapat balut pada Lauren. 9 00:01:31,323 --> 00:01:34,883 Saya suka bahasa Rusia, ia sangat dramatik. 10 00:01:35,483 --> 00:01:37,363 - Diam. - Diam. 11 00:01:38,923 --> 00:01:41,563 Tak lama lagi, awak boleh baca semua ini. 12 00:01:41,643 --> 00:01:43,483 Saya tak pasti tentang itu. 13 00:01:43,563 --> 00:01:45,363 Saya pasti awak dah boleh. 14 00:01:46,323 --> 00:01:48,083 Apa maksud perkataan ini? 15 00:01:48,923 --> 00:01:51,563 - Belajar. - Belajar. 16 00:01:53,403 --> 00:01:57,323 Saya takkan sempat habis belajar kalau awak asyik ganggu saya. 17 00:01:58,843 --> 00:02:00,883 Boleh saya melawat awak di Moscow? 18 00:02:01,643 --> 00:02:03,323 Kenapa saya nak ke Moscow? 19 00:02:03,403 --> 00:02:07,683 Untuk sertai Balet Kebangsaan dan menjadi Anna Pavlova seterusnya. 20 00:02:08,843 --> 00:02:11,883 Janji awak takkan jadi Anna Karenina seterusnya. 21 00:02:14,123 --> 00:02:15,163 Baiklah. 22 00:02:32,003 --> 00:02:33,243 Boleh saya pinjam? 23 00:02:33,723 --> 00:02:34,603 Boleh. 24 00:02:50,563 --> 00:02:54,763 Sekarang roh Lauren akan sentiasa dilindungi. 25 00:04:01,043 --> 00:04:02,723 Sayangku Maddie, 26 00:04:03,283 --> 00:04:06,123 saya tahu ini saat paling teruk dalam hidup awak. 27 00:04:06,883 --> 00:04:11,363 Apabila ibu saya mati, saya fikir saya tak dapat bangun untuk teruskan hidup. 28 00:04:12,283 --> 00:04:14,963 Ayah saya kekuatan saya untuk hidup. 29 00:04:15,683 --> 00:04:21,963 Saya tak dapat bayangkan betapa sakitnya kehilangan kedua ibu bapa awak. 30 00:04:22,923 --> 00:04:26,763 Tapi saya cuma nak awak tahu yang awak masih boleh teruskan hidup, 31 00:04:27,683 --> 00:04:29,483 walaupun ia seakan mustahil 32 00:04:30,003 --> 00:04:32,443 kerana ada orang lain yang perlukan awak. 33 00:04:34,403 --> 00:04:36,003 Saya perlukan awak, Maddie. 34 00:04:37,723 --> 00:04:41,163 Puisi ini membantu saya, jadi saya serahkan ia kepada awak. 35 00:04:41,243 --> 00:04:42,403 KEMATIAN BUKANLAH APA-APA 36 00:04:44,243 --> 00:04:47,003 Saya percaya setiap perkara ada tempatnya. 37 00:04:47,843 --> 00:04:50,923 Sebab itu saya nak tubuhkan kelab selam. 38 00:04:51,003 --> 00:04:53,043 Tempat untuk kita jadi diri kita. 39 00:04:58,363 --> 00:04:59,443 Wah. 40 00:04:59,523 --> 00:05:01,363 Di lautan, kita bebas. 41 00:05:02,483 --> 00:05:04,523 Hebat, bukan? Apa pendapat awak? 42 00:05:04,603 --> 00:05:05,763 Sempurna. 43 00:05:05,843 --> 00:05:08,123 - Anna, tengok ini. - Mari tengok. 44 00:05:52,843 --> 00:05:56,483 KAMI AKAN SENTIASA SAYANGI AWAK, LAUREN 45 00:06:06,883 --> 00:06:08,283 Kamu okey? 46 00:06:08,363 --> 00:06:09,563 Skirt ini gatal. 47 00:06:12,963 --> 00:06:14,283 Kamu tak perlu datang. 48 00:06:15,003 --> 00:06:17,243 Kalau nak duduk di rumah, tak mengapa. 49 00:06:17,323 --> 00:06:19,363 Saya patut datang juga. 50 00:06:23,643 --> 00:06:26,363 Tiada siapa tahu apa yang berlaku kepada dia, 51 00:06:26,883 --> 00:06:28,483 jadi kenapa ada peringatan? 52 00:06:30,403 --> 00:06:32,563 Untuk mereka ucap selamat tinggal. 53 00:06:38,563 --> 00:06:41,243 Mungkin kamu nak cakap sesuatu kepada Lauren. 54 00:06:55,563 --> 00:07:00,483 SAYA HARAP SAYA DAPAT KENALI AWAK. KAMI TAKKAN PUTUS ASA! 55 00:07:16,683 --> 00:07:18,243 Tak nak letak apa-apa? 56 00:07:19,443 --> 00:07:21,603 Saya tak pasti apa yang betul. 57 00:07:26,403 --> 00:07:27,363 Ada apa? 58 00:07:30,563 --> 00:07:31,403 Saya rasa… 59 00:07:33,603 --> 00:07:35,803 Saya rasa kita patut putus sementara. 60 00:07:40,163 --> 00:07:43,923 Saya tak nak kecewakan awak. Cuma kita bukan jadi… 61 00:07:44,003 --> 00:07:44,963 Tak apa. 62 00:07:45,683 --> 00:07:48,163 Ya, hubungan kita macam tak serius. 63 00:07:49,243 --> 00:07:50,083 Tidak. 64 00:07:50,163 --> 00:07:52,083 Nak tunggu sehingga musim panas? 65 00:07:54,283 --> 00:07:56,763 Mungkin kita akan jatuh cinta lagi. 66 00:08:02,883 --> 00:08:03,843 Awak okey? 67 00:08:04,443 --> 00:08:05,403 Ya. 68 00:08:08,243 --> 00:08:09,403 Saya rindu dia. 69 00:08:12,603 --> 00:08:13,603 Kita semua rindu. 70 00:08:21,403 --> 00:08:27,083 SELAMAT JALAN, LAUREN 71 00:08:52,123 --> 00:08:53,363 Tak siap lagi? 72 00:08:54,483 --> 00:08:56,043 Saya tak nak pergi. 73 00:08:59,043 --> 00:09:00,603 Awak kena pergi. 74 00:09:03,163 --> 00:09:04,923 Janganlah degil. 75 00:09:05,003 --> 00:09:06,123 Kenapa? 76 00:09:07,083 --> 00:09:10,403 Perlukah pergi majlis peringatan untuk orang masih hidup? 77 00:09:12,363 --> 00:09:16,883 Saya tahu ini bukan hitam dan putih, dan itu menyulitkan keadaan. 78 00:09:17,923 --> 00:09:22,643 Tapi kakak tahu, jika awak tak pergi hari ini, awak akan menyesal. 79 00:09:28,763 --> 00:09:31,163 Kakak pasti kawan awak perlukan awak. 80 00:09:50,123 --> 00:09:52,203 - Sedia? - Ya. 81 00:09:52,883 --> 00:09:56,643 Dah tiba masanya saya tengok muka ikan kecil ini secara dekat. 82 00:09:58,923 --> 00:10:02,843 Macam mana kalau ada masalah di bawah sana? 83 00:10:03,963 --> 00:10:07,843 Sama juga kalau ada masalah di sini. Kita saling membantu. 84 00:10:23,483 --> 00:10:25,243 Saya suka foto itu. 85 00:10:27,723 --> 00:10:30,123 Takkan awak terpedaya dengan semua ini? 86 00:10:30,203 --> 00:10:32,963 Saya rasa ia bagus. Renee buat dengan baik. 87 00:10:33,723 --> 00:10:37,123 Alahai, Maddie, takkanlah awak pun sama. 88 00:10:37,683 --> 00:10:39,003 Stevie. 89 00:10:39,843 --> 00:10:42,003 Saya nak percaya Lauren masih hidup. 90 00:10:43,763 --> 00:10:45,923 Tapi mereka dah jumpa jaket dia. 91 00:11:14,403 --> 00:11:17,563 Kita di sini untuk memperingati Lauren Rose, 92 00:11:18,803 --> 00:11:21,683 anak gadis dan sahabat kesayangan kita. 93 00:11:23,243 --> 00:11:25,683 "Perlukan sekampung untuk besarkan anak". 94 00:11:25,763 --> 00:11:29,883 Kita berkumpul sebagai masyarakat untuk berkabung. 95 00:11:31,483 --> 00:11:33,803 Kesedihan ialah harga kasih sayang, 96 00:11:34,923 --> 00:11:38,003 namun apabila orang tersayang terlalu muda pergi… 97 00:11:39,043 --> 00:11:40,163 Mengarut. 98 00:11:40,243 --> 00:11:42,243 …harga itu mungkin terlalu tinggi. 99 00:11:42,803 --> 00:11:46,763 Saya jemput kamu semua melihat pokok peringatan ini, 100 00:11:47,403 --> 00:11:49,083 penuh kenangan indah, 101 00:11:49,163 --> 00:11:52,523 peringatan bahawa Lauren masih bersama kita. 102 00:11:52,603 --> 00:11:56,603 Kawan Lauren, Stephanie, mahu memberi penghormatan kepadanya. 103 00:11:58,763 --> 00:12:01,043 Lauren bijak. 104 00:12:02,843 --> 00:12:04,043 Lauren berkebolehan. 105 00:12:04,763 --> 00:12:06,203 Dia seorang yang teliti. 106 00:12:07,923 --> 00:12:09,563 Saya tak teliti orangnya. 107 00:12:09,643 --> 00:12:13,443 Saya cenderung ikut kepala sendiri, berbekal cuma kecekalan diri. 108 00:12:14,403 --> 00:12:16,323 Tapi Lauren orang yang teliti. 109 00:12:17,043 --> 00:12:19,403 Dia takkan buat keputusan terburu-buru. 110 00:12:20,403 --> 00:12:23,643 Harapan boleh melemaskan. 111 00:12:25,683 --> 00:12:30,883 Kadangkala lebih mudah berputus asa, kerana harapan itu menyakitkan. 112 00:12:31,403 --> 00:12:34,723 Adakah kita akan putus asa hanya kerana ia lebih mudah? 113 00:12:35,723 --> 00:12:39,443 Saya merayu kepada kamu semua. 114 00:12:40,123 --> 00:12:44,123 Ya, saya seperti remaja meroyan, tapi adakah kita akan duduk di sini 115 00:12:44,203 --> 00:12:46,603 sementara dia tunggu kita selamatkannya? 116 00:12:46,683 --> 00:12:49,403 - Kita perlu pergi. - Ketua? 117 00:12:54,643 --> 00:12:58,003 Kehilangan Lauren tiba-tiba sememangnya mengejutkan kita. 118 00:12:59,003 --> 00:13:03,243 Saya faham kita kadangkala terbawa-bawa dengan emosi. 119 00:13:03,323 --> 00:13:07,283 Tapi ia satu kemalangan yang tragik. 120 00:13:08,963 --> 00:13:12,283 Kawan Lauren, Madeline, akan bacakan puisinya untuk kita. 121 00:13:23,163 --> 00:13:25,843 Kematian bukanlah apa-apa 122 00:13:27,443 --> 00:13:30,283 Aku cuma dipindahkan ke ruang sebelah 123 00:13:31,723 --> 00:13:32,683 Aku adalah aku 124 00:13:33,643 --> 00:13:35,763 Kau adalah kau 125 00:13:36,443 --> 00:13:40,203 Walau apa pun kita bersama Saling bersama antara satu sama lain 126 00:13:41,123 --> 00:13:42,563 Kita tetap bersama 127 00:13:43,883 --> 00:13:46,283 Panggil aku dengan nama yang kau kenali 128 00:13:46,363 --> 00:13:50,123 Berbicara bersamaku dengan cara mudah Cara yang kau biasa guna 129 00:13:50,203 --> 00:13:52,483 Gunakan nada suara yang sama 130 00:13:52,563 --> 00:13:56,043 Tanpa ditenggelamkan Dek kesedihan dan kesayuan 131 00:13:59,683 --> 00:14:01,563 Ketawalah seperti biasa 132 00:14:01,643 --> 00:14:03,883 Dengan jenaka kita nikmati bersama 133 00:14:06,003 --> 00:14:10,123 Bermain, senyum, fikirkan aku, doakan aku 134 00:14:10,203 --> 00:14:14,443 Biar namaku terpahat di tempatnya 135 00:14:14,523 --> 00:14:18,483 Biar namaku diungkap Tanpa kesan dan jejak bayang-bayang 136 00:14:19,083 --> 00:14:20,683 Itulah erti kehidupan 137 00:14:29,443 --> 00:14:30,763 Takkan dia pakai itu. 138 00:14:32,123 --> 00:14:36,403 Kenapa perlu aku hilang di ingatan Hanya kerana aku sudah tak dilihat? 139 00:14:36,483 --> 00:14:39,603 Aku menunggumu pada setiap detik 140 00:14:40,443 --> 00:14:42,123 Di tempat yang cukup dekat 141 00:14:42,883 --> 00:14:44,723 Tidak jauh darimu 142 00:14:45,963 --> 00:14:46,843 Semuanya baik 143 00:14:54,563 --> 00:14:55,443 Maddie. 144 00:14:57,203 --> 00:14:59,363 - Maddie. - Indah puisinya, Madeline. 145 00:15:00,043 --> 00:15:03,203 Untuk yang nak sertai kami di laut, silakan. 146 00:15:03,283 --> 00:15:04,763 Terima kasih semua. 147 00:15:06,123 --> 00:15:07,003 Maddie. 148 00:15:07,523 --> 00:15:08,723 Maddie. 149 00:15:10,123 --> 00:15:12,643 - Kamu buat dengan baik. - Terima kasih. 150 00:15:12,723 --> 00:15:14,923 Stevie, mari sini. Saya nak beritahu sesuatu. 151 00:15:15,003 --> 00:15:17,283 Jumpa nanti? Kawan saya perlukan saya. 152 00:15:17,363 --> 00:15:18,283 Baiklah. 153 00:15:22,283 --> 00:15:25,883 Anna, kita jumpa di rumah kelab. Saya ada hal penting. 154 00:15:25,963 --> 00:15:27,283 - Sekejap lagi. - Ayuh. 155 00:15:27,363 --> 00:15:30,043 Anna, ibu awak nak jumpa kita waktu makan. 156 00:15:30,123 --> 00:15:32,043 Awak sajalah makan dengan dia. 157 00:15:32,123 --> 00:15:33,043 Anna. 158 00:15:33,963 --> 00:15:34,803 Mana adab? 159 00:15:34,883 --> 00:15:37,843 Saya penat dengan adab. 160 00:15:37,923 --> 00:15:41,523 Saya sangat letih kerana tak dapat luahkan perasaan saya. 161 00:15:41,603 --> 00:15:46,483 Brad, saya rasa saya tak boleh teruskan rancangan ini lagi. 162 00:15:46,563 --> 00:15:48,003 Rancangan apa? 163 00:15:48,083 --> 00:15:49,283 Rancangan awak. 164 00:15:49,363 --> 00:15:53,003 Awak nak kahwin, ada anak dan berumah pagar putih, tapi… 165 00:15:54,683 --> 00:15:56,843 - Saya tak boleh. - Apa masalahnya? 166 00:15:56,923 --> 00:16:00,003 Bukan, tapi saya tak mahu jadi seperti Anna Karenina. 167 00:16:00,083 --> 00:16:01,283 Siapa Anna Karenina? 168 00:16:01,843 --> 00:16:04,203 Seseorang yang sangat tak bahagia. 169 00:16:06,403 --> 00:16:10,323 Sekejap, awak putus dengan saya di majlis peringatan? 170 00:16:15,003 --> 00:16:16,563 Moleknya perangai, bukan? 171 00:16:19,283 --> 00:16:20,923 Kirim salam maaf untuk mak. 172 00:17:25,763 --> 00:17:29,683 Dah agak. Saya cakap dia masih hidup, semua orang fikir saya gila. 173 00:17:29,763 --> 00:17:31,043 tapi saya betul! 174 00:17:31,723 --> 00:17:33,723 Awak nampak dia pakai jaket itu? 175 00:17:34,883 --> 00:17:36,163 Saya tak pasti. 176 00:17:37,483 --> 00:17:41,763 Telefon saya. Ada di dalam bot. Kamu pergi dulu. 177 00:17:42,963 --> 00:17:47,443 Saya rasa dia pakai, tapi dah banyak kali saya nampak dia pakai jaket itu. 178 00:17:47,523 --> 00:17:50,563 Ada di dalam bot. Kamu pergi dulu. 179 00:17:52,843 --> 00:17:56,363 - Dia tak pakai hari itu. - Mungkin ada dalam beg galasnya? 180 00:17:57,403 --> 00:17:58,963 Dia tak bawa beg itu. 181 00:17:59,923 --> 00:18:02,683 Izzie nampak jaket itu di biliknya. Betul tak? 182 00:18:02,763 --> 00:18:05,203 Saya 98% pasti ada di bawah katilnya. 183 00:18:05,283 --> 00:18:06,203 - Ya. - Okey. 184 00:18:06,283 --> 00:18:08,643 Jika begitu, selepas dia hilang, 185 00:18:08,723 --> 00:18:11,763 mereka jumpa di dalam air, maknanya ada orang letak di situ. 186 00:18:12,283 --> 00:18:13,803 Kenapa letak jaket? 187 00:18:14,443 --> 00:18:17,123 Mereka mahu kita fikir dia hilang di laut. 188 00:18:17,203 --> 00:18:20,523 Nampak? Seseorang mahu kita fikir yang Lauren dah tiada. 189 00:18:20,603 --> 00:18:23,603 Tapi saya tahu yang Lauren masih hidup. 190 00:19:30,683 --> 00:19:32,163 Saya sangka awak di sini. 191 00:21:02,883 --> 00:21:03,883 Maaf, saya… 192 00:21:14,883 --> 00:21:15,883 Apa yang berlaku? 193 00:21:16,643 --> 00:21:17,963 Kami jumpa begini. 194 00:21:18,043 --> 00:21:20,683 Ada orang tahu kita di majlis peringatan. 195 00:21:22,563 --> 00:21:23,883 Mereka ambil apa-apa? 196 00:21:23,963 --> 00:21:25,923 Tak, tiada apa yang hilang. 197 00:21:26,643 --> 00:21:28,083 Semuanya ada di sini. 198 00:21:28,723 --> 00:21:30,363 Jadi apa yang mereka cari? 199 00:21:37,363 --> 00:21:38,563 Sejuknya. 200 00:21:39,123 --> 00:21:41,243 Izzie, bukan awak nak cakap sesuatu? 201 00:21:41,323 --> 00:21:45,643 Ya, saya nampak jaket di bilik Lauren semasa ketua hampir tangkap kita. 202 00:21:45,723 --> 00:21:49,123 Ada orang curi, koyak dan biar ia ditemukan di dalam air. 203 00:21:51,003 --> 00:21:53,003 - Ada orang jumpa dia. - Ya. 204 00:21:53,083 --> 00:21:55,283 - Dia masih hidup. - Dia dah mati. 205 00:21:55,363 --> 00:21:57,403 Apa? Tidak. Tidak. 206 00:21:57,483 --> 00:21:59,963 Kenapa mereka buat seolah-olah dia hanyut? 207 00:22:00,043 --> 00:22:01,083 - Tak. - Dia mati. 208 00:22:01,163 --> 00:22:04,043 Dia tak mati. Dia tak ambil jaketnya. 209 00:22:04,123 --> 00:22:05,323 Dia dah mati. 210 00:22:05,403 --> 00:22:06,763 Dia tak mati. Baguslah. 211 00:22:06,843 --> 00:22:09,763 Kenapa mereka buat seolah-olah jaket dia hanyut? 212 00:22:09,843 --> 00:22:11,683 - Mereka ambil jaket dia, jadi… - Korang. 213 00:22:11,763 --> 00:22:13,123 Kali terakhir kita jumpa… 214 00:22:13,203 --> 00:22:14,043 Korang! 215 00:22:15,923 --> 00:22:17,403 Salah satu permata Rusia! 216 00:22:19,043 --> 00:22:20,003 - Apa? - Apa? 217 00:22:21,363 --> 00:22:22,723 Apa yang Lauren jumpa. 218 00:22:26,963 --> 00:22:28,763 - Mana kerongsang itu? - Mana? 219 00:22:30,203 --> 00:22:32,963 Ada orang pecah masuk dan curi. 220 00:23:42,123 --> 00:23:47,123 Terjemahan sari kata oleh Jentayu