1 00:00:08,696 --> 00:00:11,365 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:01:12,635 --> 00:01:16,222 DENGAN KERJASAMA NETFLIX 3 00:01:45,334 --> 00:01:46,168 GAMESOME 4 00:01:46,252 --> 00:01:49,505 Kita tak boleh campurkan apa saja makhluk khayalan. 5 00:01:50,005 --> 00:01:51,841 Semuanya mestilah masuk akal. 6 00:01:52,383 --> 00:01:53,968 Hukum imaginasikah? 7 00:01:54,552 --> 00:01:56,720 Impian ada hukum impian. 8 00:01:56,804 --> 00:01:59,598 Dunia lain ada hukum masing-masing. 9 00:02:00,182 --> 00:02:02,476 Hukum yang mengatakan tak ada hukum pula? 10 00:02:03,060 --> 00:02:05,354 Apa saja boleh berlaku, bukan? 11 00:02:05,938 --> 00:02:07,022 Yang mana satu ini? 12 00:02:24,498 --> 00:02:26,625 Kita kembali! 13 00:02:27,877 --> 00:02:32,756 Yang jauh, dengar betul-betul. Yang dekat, tengok betul-betul. 14 00:02:32,840 --> 00:02:36,093 Saya tak akan terlalu berani perkenalkan robot ini. 15 00:02:37,720 --> 00:02:40,598 Tapi jika ingin tahu, saya akan perkenalkan. 16 00:02:41,182 --> 00:02:43,851 Badan keluli, otak elektronik. 17 00:02:43,934 --> 00:02:46,979 Budak menangis akan diam, budak diam akan menangis. 18 00:02:47,062 --> 00:02:50,107 Inilah dia Jet Jaguar! 19 00:02:50,691 --> 00:02:52,610 Akhirnya kita bertemu. 20 00:02:54,904 --> 00:02:58,574 Yun, lari! Bawa budak itu sekali! 21 00:02:58,657 --> 00:03:02,036 Mari bertarung secara adil… 22 00:03:04,455 --> 00:03:08,250 Saya belum habis cakap lagi! Tunggulah saya habis! 23 00:03:08,334 --> 00:03:10,085 Tunggu! 24 00:03:12,922 --> 00:03:13,839 Bodoh! 25 00:03:14,715 --> 00:03:16,967 Apa? 26 00:03:17,801 --> 00:03:18,719 Tak guna. 27 00:03:18,802 --> 00:03:21,972 Sakitlah! 28 00:03:22,765 --> 00:03:26,018 "Gundik, betapa kejamnya dikau." 29 00:03:28,395 --> 00:03:29,229 Tangan saya! 30 00:03:31,649 --> 00:03:36,695 Awak boleh carik-carik badan saya, tercabut kepala pun saya takkan berhenti! 31 00:03:57,549 --> 00:03:59,677 Kurang ajar! 32 00:04:01,387 --> 00:04:03,347 Jet Jaguar kesayangan saya… 33 00:04:03,430 --> 00:04:09,353 "Kuhulurkan tangan dan kuterima kaki sotong gurita!" 34 00:04:18,779 --> 00:04:20,030 Aduh! 35 00:04:20,114 --> 00:04:22,908 Oh, Tuhan. Lindungilah saya! 36 00:04:22,992 --> 00:04:26,620 Harap-harap ini cuma mimpi! Saya akan berubah jadi baik! 37 00:04:39,133 --> 00:04:40,009 Yun? 38 00:04:43,470 --> 00:04:46,015 Beri kepada saya! Awak tak tahu buat! 39 00:04:47,683 --> 00:04:49,601 MAIN DENGAN JET JAGUAR 40 00:04:49,685 --> 00:04:51,395 Apa ini? 41 00:04:51,478 --> 00:04:54,481 Saya terpaksa. Beri sini, saya akan tukar tetapannya. 42 00:04:59,695 --> 00:05:01,030 Lekaslah! 43 00:05:02,656 --> 00:05:03,490 MULA SEMULA 44 00:05:03,574 --> 00:05:05,034 SAAT SEHINGGA MULA SEMULA 45 00:05:08,537 --> 00:05:10,914 - Cepat! - 70 saat lagi sebelum mula semula. 46 00:05:11,582 --> 00:05:13,000 SAAT SEHINGGA MULA SEMULA 47 00:05:32,895 --> 00:05:34,646 Habislah. Sekarang macam mana? 48 00:05:34,730 --> 00:05:36,899 Ada 40 saat lagi. Saya akan lengahkannya. 49 00:05:36,982 --> 00:05:37,900 Itu mustahil. 50 00:05:59,922 --> 00:06:02,591 Rasanya saya tak boleh bertahan 20 saat… 51 00:06:19,024 --> 00:06:20,025 Bos! 52 00:06:38,877 --> 00:06:40,796 Kita sempat juga. 53 00:06:40,879 --> 00:06:43,757 Ayuh, Jet Jaguar! Kerjakan burung itu! 54 00:06:54,643 --> 00:06:55,811 Ia terbang? 55 00:07:02,860 --> 00:07:03,944 Apa itu? 56 00:07:05,195 --> 00:07:07,114 Burung? Besarnya. 57 00:07:07,739 --> 00:07:10,617 Mungkin sesuatu untuk festival? Macam bukan. 58 00:07:11,994 --> 00:07:12,870 Pterosaur? 59 00:07:17,416 --> 00:07:20,502 Pengecut, turun ke sini! 60 00:07:29,720 --> 00:07:30,929 Suara ini… 61 00:07:59,791 --> 00:08:02,794 Panasnya. Hati-hati. Nanti melecur. 62 00:08:02,878 --> 00:08:05,130 Lebih baik jangan sentuh. 63 00:08:05,214 --> 00:08:06,465 Dah matikah? 64 00:08:06,548 --> 00:08:07,466 Panas? 65 00:08:17,351 --> 00:08:19,269 POLIS WILAYAH CHIBA 66 00:08:23,732 --> 00:08:24,733 Saya nak tengok. 67 00:08:25,400 --> 00:08:26,318 Sekejap saja. 68 00:08:26,401 --> 00:08:27,736 Hei! 69 00:08:28,237 --> 00:08:31,031 Maafkan saya. Tumpang lalu. 70 00:08:31,532 --> 00:08:33,659 Saya tak apa-apalah. 71 00:08:33,742 --> 00:08:35,536 Saya tak cedera. 72 00:08:35,619 --> 00:08:37,538 Awak nak bawa saya ke mana? 73 00:08:37,621 --> 00:08:40,249 Awak dengar tak? Awak tahu tak saya siapa? 74 00:08:40,332 --> 00:08:41,166 Yun! 75 00:08:41,250 --> 00:08:42,417 Tak boleh masuk. 76 00:08:43,460 --> 00:08:44,461 Kami satu syarikat. 77 00:08:46,964 --> 00:08:47,798 Yun! 78 00:08:49,007 --> 00:08:49,925 Kenapa dengan bos? 79 00:08:50,008 --> 00:08:54,429 Dia patah beberapa tulang rusuk, tapi mereka kata dia tak apa-apa. 80 00:08:57,599 --> 00:08:59,268 DILARANG MASUK 81 00:08:59,351 --> 00:09:00,769 Apa bendanya itu? 82 00:09:01,270 --> 00:09:02,229 Apa pendapat awak? 83 00:09:14,741 --> 00:09:15,951 Maaf. Tumpang lalu. 84 00:09:27,504 --> 00:09:31,925 Makhluk misteri yang muncul tiba-tiba di sebuah festival tempatan… 85 00:09:32,009 --> 00:09:36,221 Adakah ia dinosaur bersayap terakhir? Atau ada lagi yang lain? 86 00:09:36,722 --> 00:09:39,433 Ia menyerupai Quetzalcoatlus. 87 00:09:39,516 --> 00:09:41,935 Adakah ia benar-benar dinosaur? 88 00:09:42,019 --> 00:09:43,937 - Ia disangka fosil… - Mungkin haiwan peliharaan terlepas. 89 00:09:44,021 --> 00:09:45,939 Kawan-kawan saya tak sempat lari. 90 00:09:46,023 --> 00:09:47,941 Ia terbang tiba-tiba, berlaku sekelip mata… 91 00:09:48,025 --> 00:09:49,943 Dari mana datangnya? 92 00:09:50,027 --> 00:09:51,945 Kemudian tiba-tiba mati? 93 00:09:52,029 --> 00:09:53,572 Mungkin kerana kejutan… 94 00:09:53,655 --> 00:09:55,657 Mereka tak dapat tangkap hidup-hidup? 95 00:09:55,741 --> 00:09:58,452 Kalau masih hidup, ia akan jadi spesimen yang penting. 96 00:09:58,535 --> 00:10:01,204 Kalau boleh, saya nak ia ditangkap hidup-hidup. 97 00:10:01,288 --> 00:10:04,958 Bukti penting dimusnahkan oleh amatur bukanlah perkara baru. 98 00:10:05,042 --> 00:10:09,963 Operator itu adalah seorang juruelektrik dan pereka robot tempatan… 99 00:10:10,047 --> 00:10:12,007 Dia selamatkan kanak-kanak. 100 00:10:12,090 --> 00:10:15,093 Dia mempertahankan dirikah? Dia pemilik senjata itu, bukan? 101 00:10:15,177 --> 00:10:16,970 Sepatutnya dia tunggu polis. 102 00:10:17,054 --> 00:10:21,975 Kami berada di depan Otaki Factory. Kilang ini ditutup rapat… 103 00:10:22,559 --> 00:10:26,229 Program diagnostik kendiri menunjukkan ada 1,345 pincang tugas. 104 00:10:26,313 --> 00:10:28,357 Bingkai utamanya herot tujuh peratus, 105 00:10:28,440 --> 00:10:30,984 dua belas biji motor terbakar dan lapan bacaan tak normal. 106 00:10:31,068 --> 00:10:35,489 Kita perlu ganti hac dan tangan kanan. Baterinya juga. 107 00:10:35,572 --> 00:10:39,409 Walaupun kerosakannya besar, tapi robot ini tahan lasak. 108 00:10:39,493 --> 00:10:40,494 Bagus betul. 109 00:10:40,577 --> 00:10:42,120 Tapi masalahnya sekarang, ini. 110 00:10:42,204 --> 00:10:48,001 Macam mana kita nak siapkan tetapan tiga biji robot ini sebelum hujung minggu? 111 00:10:48,585 --> 00:10:50,754 Tanpa bos, akan ambil masa sepuluh hari. 112 00:10:51,838 --> 00:10:53,924 Siapkan ini dulu, kemudian Jet Jaguar. 113 00:10:54,007 --> 00:10:57,386 Dia kata biarkan robot-robot itu dan bersedia untuk pertarungan seterusnya. 114 00:10:58,553 --> 00:10:59,388 Satomi. 115 00:10:59,971 --> 00:11:01,973 Macam mana keadaan bos? 116 00:11:02,057 --> 00:11:04,142 Dia sihat. Minggu depan boleh keluar. 117 00:11:04,935 --> 00:11:08,271 Tapi mungkin hospital akan halau dia lebih awal. 118 00:11:08,355 --> 00:11:10,148 Dia suruh saya tunjuk awak ini. 119 00:11:10,232 --> 00:11:11,775 Apa itu? 120 00:11:11,858 --> 00:11:14,528 Pterosaur itu adalah salah satu benda terbang ini. 121 00:11:14,611 --> 00:11:18,365 "Burung-burung itu akan kembali dengan banyak. Macam gambar ini." 122 00:11:18,448 --> 00:11:21,243 "Bukan seekor saja, nanti ia akan datang segerombolan." 123 00:11:21,326 --> 00:11:24,037 "Pastikan Jet Jaguar siap dibaiki." 124 00:11:24,121 --> 00:11:26,623 Yang dalam gambar ini macam pterosaur? 125 00:11:26,706 --> 00:11:29,835 Sama macam gambar yang ada di depan stesen untuk festival. 126 00:11:29,918 --> 00:11:30,919 "Lukisan Koshira"? 127 00:11:31,420 --> 00:11:36,299 "Lukisan Gojira." Ada kisah dongeng lama tentang raksasa malapetaka 128 00:11:36,383 --> 00:11:40,929 yang akan muncul dari laut apabila laut bertukar warna merah. 129 00:11:41,012 --> 00:11:44,015 Malapetaka? Macam nak kiamat saja. 130 00:11:44,099 --> 00:11:46,309 Laut merah? Air pasang merah? 131 00:11:46,393 --> 00:11:48,603 Yang di tengah itu ikan pauskah? 132 00:11:48,687 --> 00:11:50,689 Macam mana? Awak nak percayakah? 133 00:11:50,772 --> 00:11:53,859 Kadangkala ramalan bos betul juga. 134 00:11:54,443 --> 00:11:58,405 Tapi alat ganti Jet Jaguar akan sampai minggu depan. 135 00:11:58,488 --> 00:12:02,200 Kalau dibaiki pun, Jet Jaguar tak mampu lawan segerombolan pterosaur. 136 00:12:02,701 --> 00:12:04,619 Saya ada idea. 137 00:12:09,207 --> 00:12:11,042 Itu suara pterosaur itu? 138 00:12:11,126 --> 00:12:13,128 Dirakam oleh Jet Jaguar. 139 00:12:13,211 --> 00:12:14,379 Dengar ini pula. 140 00:12:18,550 --> 00:12:20,802 Gelombang radio yang pterosaur keluarkan? 141 00:12:20,886 --> 00:12:23,513 Bunyinya sama macam bunyi di rumah berhantu itu. 142 00:12:23,597 --> 00:12:26,099 Suaranya mengeluarkan gelombang radio. 143 00:12:26,183 --> 00:12:29,686 Papan tanda neon yang ia musnahkan keluarkan frekuensi radio. 144 00:12:29,769 --> 00:12:32,397 Ia tertarik kepada gelombang radio? 145 00:12:32,481 --> 00:12:35,192 Kalau itu cara ia berkomunikasi sesama sendiri, 146 00:12:35,275 --> 00:12:39,154 saya akan analisis yang ini untuk hasilkan isyarat untuk tarik pterosaur. 147 00:12:39,237 --> 00:12:40,405 Begitu. 148 00:12:40,489 --> 00:12:44,284 Tapi kalau pterosaur itu datang, apa kita nak buat? 149 00:12:44,367 --> 00:12:48,038 Entah. Nak main seruling dan terjun dalam laut tak? 150 00:12:48,121 --> 00:12:49,164 Mungkin bukan dinosaur… 151 00:12:49,247 --> 00:12:53,877 Kali pertama kerja di sini, dua pengarah sebelum ini tunjuk kepada saya. 152 00:12:53,960 --> 00:12:58,840 Dia kata pengarah sebelum dia pernah tunjuk kepadanya. 153 00:12:58,924 --> 00:13:01,885 Tapi bukannya dia turunkan tugas itu kepada saya. 154 00:13:03,720 --> 00:13:07,432 Kita selalu dengar, bukan? Macam kisah dongeng. 155 00:13:07,516 --> 00:13:11,311 Macam kappa yang dimumiakan tersimpan dalam tokong. 156 00:13:11,394 --> 00:13:15,482 Rangka itu ditinggalkan saja di situ? Lebih baik kita siasat, bukan? 157 00:13:15,565 --> 00:13:19,277 Sato, tugas kita mengawasi gelombang radio. 158 00:13:19,361 --> 00:13:21,404 Tak termasuk tulang dinosaur. 159 00:13:21,488 --> 00:13:25,992 Kalau orang tahu ada benda begitu dalam bangunan ini… 160 00:13:32,582 --> 00:13:35,001 Pemerhatian dibuat tiga minggu lalu… 161 00:13:35,085 --> 00:13:36,920 Kalau awak nak tahu sangat… 162 00:13:39,464 --> 00:13:41,049 "Arkib padat"? 163 00:13:41,550 --> 00:13:44,511 Kalau jumpa apa-apa, beritahu saya, ya. 164 00:13:51,810 --> 00:13:53,979 "Tahun 1970." 165 00:14:05,073 --> 00:14:08,994 Perkataan "dinosaur" bermaksud biawak yang menggerunkan… 166 00:14:09,077 --> 00:14:12,664 Badannya besar, tapi tangkas betul. Terkejut saya tengok. 167 00:14:12,747 --> 00:14:13,873 Saya sudah kembali. 168 00:14:14,457 --> 00:14:16,751 Saya temui bahan yang anda inginkan. 169 00:14:17,377 --> 00:14:19,462 Awak bekerja keras nampaknya? 170 00:14:19,546 --> 00:14:22,799 - Susahlah kalau saya dinyahpasang. - Susah? 171 00:14:22,882 --> 00:14:26,845 Karakter saya telah disambungkan kepada komputer ini. 172 00:14:26,928 --> 00:14:28,763 Walaupun awak cuma struktur data? 173 00:14:28,847 --> 00:14:32,809 Cuba anda bayangkan bagaimana jika anda bangun pagi dan jadi serangga besar? 174 00:14:32,893 --> 00:14:34,436 Gregor Samsa? 175 00:14:34,519 --> 00:14:37,689 Data anda mungkin sama, tapi bekasnya berbeza. 176 00:14:38,440 --> 00:14:39,566 Graf-graf ini… 177 00:14:39,649 --> 00:14:46,072 Saya tak jumpa data yang konsisten dari rajah 43 hingga rajah 65, 178 00:14:46,156 --> 00:14:51,578 jadi saya analisis nota dalam komputer ini tentang makhluk terbang transdimensi. 179 00:14:51,661 --> 00:14:54,122 Awak tengok nota-nota saya? 180 00:14:54,205 --> 00:14:58,460 Hasil pemerhatian anda sangat menarik. Adakah anda akan terbitkannya? 181 00:14:58,543 --> 00:15:01,671 Data itu tak teratur. Masih bersepah. 182 00:15:01,755 --> 00:15:03,089 Mari susun dan terbitkan. 183 00:15:04,299 --> 00:15:05,967 Itu pun kalau boleh disusun. 184 00:15:06,676 --> 00:15:08,637 Baiklah. 185 00:15:12,015 --> 00:15:13,850 Tiga bilion yen. 186 00:15:13,934 --> 00:15:15,101 Ya? 187 00:15:15,185 --> 00:15:21,608 Ada muzium tawarkan tiga bilion yen untuk bangkai pterosaur itu. 188 00:15:21,691 --> 00:15:26,154 Kalau itu pun tiga bilion, berapa agaknya rangka di bilik bawah tanah itu? 189 00:15:27,280 --> 00:15:30,116 - Dah lama tak nampak benda ini. - Apa itu? 190 00:15:30,200 --> 00:15:32,452 Mikrofis. Awak tak tahukah? 191 00:15:32,535 --> 00:15:35,121 Rasanya kita ada alat bacanya. 192 00:15:35,205 --> 00:15:36,373 Saya akan cari. 193 00:15:38,333 --> 00:15:40,168 Bagaimana rupanya? 194 00:15:40,835 --> 00:15:44,005 Yang itu OHP. Projektor overhed. 195 00:15:44,089 --> 00:15:47,133 Pemacu cakera 5-inci dan 8-inci. 196 00:15:47,217 --> 00:15:50,387 Yang itu pun bukan. Rupanya macam komputer sikit. 197 00:15:50,470 --> 00:15:52,847 Jumpa pun. Alat baca mikrofis. 198 00:15:53,974 --> 00:15:57,310 Sekarang ada dua yang bernilai tiga bilion. 199 00:15:58,728 --> 00:16:00,647 Satu lagi bangkai dinosaur terbang ditemui. 200 00:16:00,730 --> 00:16:03,817 Pantai ini berada 20 kilometer dari stesen… 201 00:16:03,900 --> 00:16:06,194 Tiga lagi ditemui, menjadikan empat ekor… 202 00:16:06,277 --> 00:16:08,863 Sebanyak lapan bangkai telah ditemui. 203 00:16:08,947 --> 00:16:12,867 Mungkin ada lagi dinosaur sedang terbang, menunggu masa untuk menyerang… 204 00:16:12,951 --> 00:16:16,746 Anda ingin menangkap dinosaur? Jalan-jalan di sini penuh dengan… 205 00:16:16,830 --> 00:16:18,999 Saya nak tangkap dan bela satu. 206 00:16:19,082 --> 00:16:21,751 Adakah anda perasan? Kita saksikan sekali lagi. 207 00:16:22,544 --> 00:16:27,382 Lampu-lampu jalan berkelip-kelip apabila suara dinosaur itu kedengaran. 208 00:16:27,465 --> 00:16:31,177 Ada kemungkinan dinosaur itu keluarkan gelombang elektromagnetik. 209 00:16:31,261 --> 00:16:33,888 Bolehkah organisma hidup melakukannya? 210 00:16:33,972 --> 00:16:40,061 Lapisan tisu yang anda lihat sama seperti organ elektrik pada belut elektrik. 211 00:16:40,145 --> 00:16:45,025 Tiada apa-apa ditemui dalam perut bangkai. Adakah dinosaur itu berlapar hingga mati? 212 00:16:45,108 --> 00:16:48,445 Sebenarnya, kami belum temui organ yang berfungsi sebagai perut… 213 00:16:48,528 --> 00:16:53,199 DNA pterosaur dan haiwan lain yang dikenali… 214 00:16:53,283 --> 00:16:55,952 Gen homeobox belum dapat dikesan. 215 00:16:56,036 --> 00:17:00,206 Gen homeobox adalah ciri yang ada pada kebanyakan makhluk Bumi… 216 00:17:00,290 --> 00:17:03,585 Elemen radioaktif, radon, telah dikesan pada… 217 00:17:03,668 --> 00:17:04,836 Radioaktif? 218 00:17:04,919 --> 00:17:06,755 Tiada isu kesihatan terkait… 219 00:17:06,838 --> 00:17:08,465 Makhluk baru yang belum dikenali… 220 00:17:08,548 --> 00:17:12,093 Perkataan "kaiju" bermaksud "makhluk aneh" dalam bahasa Jepun purba. 221 00:17:12,177 --> 00:17:15,930 - Jadi itu kaiju gelombang radio? - Raksasa gelombang radio, Rodan. 222 00:17:16,014 --> 00:17:18,641 Rodan, raksasa gelombang radio. 223 00:17:19,184 --> 00:17:21,728 Rodan, raksasa gelombang radio. 224 00:17:21,811 --> 00:17:23,605 - Rodan! - Rodan! 225 00:17:24,355 --> 00:17:26,483 "Raksasa gelombang radio, Rodan"? 226 00:17:34,949 --> 00:17:37,118 Reaksi kertas kajian? Kajian siapa? 227 00:17:37,202 --> 00:17:41,372 Orang bernama Profesor Li beri reaksi kepada kajian anda di Internet. 228 00:17:41,456 --> 00:17:43,875 Kertas kajian saya? 229 00:17:43,958 --> 00:17:46,461 Kenapa anda sejukkan botol kosong? 230 00:17:47,462 --> 00:17:51,257 Carian resipi kuah mi sup. Kicap, gula dan apa lagi? 231 00:17:51,341 --> 00:17:52,467 Mirin. Stok dashi. 232 00:17:52,550 --> 00:17:55,136 Dashi? Cari cara buat emping ikan tongkol. 233 00:17:55,220 --> 00:17:57,639 Paling cepat pun ambil masa setahun nak buat. 234 00:17:57,722 --> 00:17:59,307 Boleh tak saya guna sos tomato? 235 00:17:59,390 --> 00:18:03,561 Umami dalam tomato adalah asid glutamik. Umami ikan tongkol pula asid inosinik. 236 00:18:04,187 --> 00:18:07,148 Macam mana kalau saya sulingkan? Atau guna kromatografi? 237 00:18:08,942 --> 00:18:09,859 Alamak! 238 00:18:10,527 --> 00:18:12,237 Panasnya. 239 00:18:12,320 --> 00:18:13,863 Terlebih masak 60 saat. 240 00:18:13,947 --> 00:18:16,533 Awak yang lambat 60 saat. 241 00:18:18,618 --> 00:18:20,370 Kita cakap tentang apa tadi? 242 00:18:20,453 --> 00:18:24,499 Kertas kajian anda di pelayan pracetak telah mendapat reaksi. 243 00:18:25,041 --> 00:18:26,668 Kertas kajian? Kertas kajian saya? 244 00:18:26,751 --> 00:18:28,128 Ini kertas kajian itu. 245 00:18:28,753 --> 00:18:32,423 "Pengenalan kepada Biologia Phantastica. Mei Kamino." 246 00:18:32,507 --> 00:18:34,259 "Penulis bersama, Pelops II." 247 00:18:34,342 --> 00:18:35,802 Awak buat sendiri? 248 00:18:35,885 --> 00:18:40,390 Saya masukkan nama saya sekali. Lagipun, ini kajian bersama. 249 00:18:40,890 --> 00:18:46,604 "Hukum fizik diputarbalikkan oleh rosot kembali masa makhluk khayalan…" 250 00:18:46,688 --> 00:18:51,109 Ini kertas kajiankah? Atau esei sains? Apa ini? 251 00:18:51,192 --> 00:18:52,944 Apabila saya susun, ia jadi begini. 252 00:18:53,027 --> 00:18:55,572 Saya susun data anda dan terbitkan kertas kajian. 253 00:18:55,655 --> 00:19:01,077 Tak, awak susun dengan sangat bagus, tapi… 254 00:19:01,161 --> 00:19:04,539 Seramai 32 orang beri reaksi kepada tajuknya selepas 20 jam. 255 00:19:04,622 --> 00:19:08,459 Lima orang telah muat turun. Seorang hantar reaksi melalui e-mel. 256 00:19:08,543 --> 00:19:09,460 Reaksi? 257 00:19:09,544 --> 00:19:13,798 Orang bernama Profesor Li hantar e-mel tentang artikel anda. 258 00:19:13,882 --> 00:19:16,134 Dia ingin bertemu dengan anda di Tokyo. 259 00:19:16,217 --> 00:19:17,093 Siapa? 260 00:19:17,677 --> 00:19:21,723 Profesor Li, pengirim e-mel itu, mahu bertemu dengan anda. 261 00:19:22,432 --> 00:19:26,019 Kata orang, mikrofis bertahan sampai 100 tahun. 262 00:19:26,102 --> 00:19:28,479 Mungkin yang ini dah 100 tahun. 263 00:19:29,355 --> 00:19:30,648 PENENTUSAHAN SPESIMEN RADIASI GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK 264 00:19:30,732 --> 00:19:32,775 "Pejabat Pentadbiran Tsuguno Lama"? 265 00:19:33,359 --> 00:19:36,279 "Ashihara"? Macam pernah dengar. 266 00:19:36,362 --> 00:19:40,116 Michiyuki Ashihara, nama pengasas kemudahan ini. 267 00:19:40,200 --> 00:19:42,160 Yakah? Awak tahu rupanya. 268 00:19:46,873 --> 00:19:48,249 Sistem penggera? 269 00:19:48,333 --> 00:19:52,670 Nampak macam dah lama sangat dan tak ada siapa tahu apa fungsinya. 270 00:19:52,754 --> 00:19:55,632 Ia bersambung dengan mesin dalam bilik bawah tanah 271 00:19:55,715 --> 00:19:58,676 dan di situ ada rangka dinosaur besar. 272 00:19:58,760 --> 00:20:01,471 Dinosaur? Apa yang awak cakapkan ini? 273 00:20:01,554 --> 00:20:03,264 Tak, maksud saya… 274 00:20:03,806 --> 00:20:05,683 - Sato. - Ya? 275 00:20:06,267 --> 00:20:08,269 Sediakan laporan bertulis untuk saya. 276 00:20:13,524 --> 00:20:15,818 Rangka dinosaur besar di bilik bawah tanah? 277 00:20:15,902 --> 00:20:17,570 Kenapa dengan dia? 278 00:20:17,654 --> 00:20:19,822 KONSORTIUM SHIVA PERSIDANGAN ARKETIP 279 00:20:22,408 --> 00:20:26,120 Profesor Li, pakar kimia pengkomputeran. 280 00:20:26,204 --> 00:20:30,208 "Kajian ke atas molekul baru melalui simulasi komputer." 281 00:20:30,291 --> 00:20:32,710 Hampir sama macam kajian awak, bukan? 282 00:20:32,794 --> 00:20:36,214 Profesor Li mengkaji molekul untuk dunia sebenar. 283 00:20:36,297 --> 00:20:41,678 "Keringanan, sifat tahan lasak, ketegaran, kelenturan, keganjilan." 284 00:20:41,761 --> 00:20:44,347 Dia temui pelbagai molekul baru, 285 00:20:44,430 --> 00:20:46,724 tapi belum berjaya mensintesiskan apa-apa. 286 00:20:46,808 --> 00:20:48,101 "SHIVA"? 287 00:20:48,184 --> 00:20:52,730 Menurut ini, dia adalah ahli dalam konsortium SHIVA. sekarang. 288 00:20:58,569 --> 00:21:02,240 Tengok! Dilengkapi dengan antena Rodan khas. 289 00:21:02,323 --> 00:21:06,536 Ini Gyro Canopy Tandem 2, atau singkatannya Gyro Z. 290 00:21:07,036 --> 00:21:09,372 Singkatan apa? 291 00:21:10,373 --> 00:21:11,624 Bos. 292 00:21:11,708 --> 00:21:15,378 Hai, nampaknya awak dah bersedia. 293 00:21:15,461 --> 00:21:17,505 Dah keluar hospital? 294 00:21:17,588 --> 00:21:21,134 Bodoh! Takkanlah saya nak terbaring saja? 295 00:21:23,886 --> 00:21:30,143 Semalam kita dapat banyak ikan laut dalam, tapi hari ini seekor pun tak ada. 296 00:21:30,727 --> 00:21:32,895 Daripada cari ikan yang tak ada… 297 00:21:32,979 --> 00:21:35,148 Lebih baik jual pau Rodan. 298 00:21:35,231 --> 00:21:36,733 Awak nampak tak? 299 00:21:37,817 --> 00:21:38,651 Yang itu apa? 300 00:21:51,456 --> 00:21:52,582 Itu… 301 00:21:52,665 --> 00:21:54,083 Rodan. 302 00:21:54,959 --> 00:21:56,461 Alamak, habislah. 303 00:23:42,859 --> 00:23:47,864 Terjemahan sari kata oleh Ajmal Najiyah