1 00:00:22,043 --> 00:00:24,170 "Snoopy Ketakutan." 2 00:00:29,676 --> 00:00:33,805 Filem menakutkan sebenarnya tak menakutkan sebab raksasa tak wujud. 3 00:00:36,599 --> 00:00:40,728 Dendam Lelaki Lumpur, filem yang terbaik. 4 00:00:41,479 --> 00:00:43,815 Langkah ketiga regimen kecantikan saya 5 00:00:43,898 --> 00:00:48,736 adalah menyapu pupur pembersih muka di atas skrub penggelupas mil oat. 6 00:00:49,404 --> 00:00:50,822 Sukarnya menjadi cantik. 7 00:00:53,575 --> 00:00:56,786 Kenapa awak bawa buku, Marcie? Kita akan menonton filem. 8 00:00:56,870 --> 00:01:00,206 Bacaan sebelum menonton untuk tenangkan diri, tuan. 9 00:01:00,290 --> 00:01:03,376 Tajuknya Bunyi Haiwan dan Cara Membunyikannya. 10 00:01:03,459 --> 00:01:07,881 Awak tak perlukan buku untuk ajar itu. 11 00:01:07,964 --> 00:01:09,090 Bakat semula jadi. 12 00:01:19,642 --> 00:01:22,687 75, 80, satu butang, dua... 13 00:01:25,815 --> 00:01:30,278 Snoopy, apa awak buat di sini? Awak tak suka filem menakutkan. 14 00:01:30,361 --> 00:01:33,323 Akhirnya awak tidur di katil saya lagi. 15 00:02:16,241 --> 00:02:20,286 Anjing awak merosakkan pengalaman menonton wayang saya. 16 00:02:20,370 --> 00:02:21,371 Hei, Chuck! 17 00:02:21,454 --> 00:02:23,831 Boleh suruh budak aneh itu perlahan sikit? 18 00:02:26,376 --> 00:02:27,794 Good grief. 19 00:02:30,755 --> 00:02:34,300 Seperti yang saya jangkakan, filem itu langsung tak menakutkan. 20 00:02:34,384 --> 00:02:36,886 Awak di bawah selimut awak sepanjang masa. 21 00:02:36,970 --> 00:02:39,347 Sebab itu ia dipanggil security blanket. 22 00:02:40,223 --> 00:02:41,683 Maaf, puan. 23 00:03:09,419 --> 00:03:12,422 Maaf, kargo penting sedang lalu. 24 00:03:24,225 --> 00:03:25,935 Kosmos yang tidak terbatas. 25 00:03:26,019 --> 00:03:29,105 Ia benar-benar buat kita berfikir tentang kedudukan kita di dunia. 26 00:03:34,235 --> 00:03:36,362 Sekarang masa untuk lumpur yang bagus. 27 00:03:53,463 --> 00:03:56,799 Saya tak perasan waktu jimat siang dah bermula tahun ini. 28 00:04:18,112 --> 00:04:20,990 Faham, Marcie? Itu cara serigala melolong. 29 00:04:23,201 --> 00:04:25,078 Ia perlu keluar dari dalam. 30 00:04:25,161 --> 00:04:26,579 Biar saya cuba, tuan. 31 00:04:29,123 --> 00:04:31,793 Kenapa semua bunyi haiwan awak seperti jeritan? 32 00:04:31,876 --> 00:04:35,922 Mungkin awak patut cuba yang lebih mudah. Mungkin bunyi itik? 33 00:04:37,924 --> 00:04:39,300 Bagaimana, tuan? 34 00:05:10,623 --> 00:05:12,667 Itu lebih baik. 35 00:05:25,597 --> 00:05:28,266 Pastikan itu jeritan sebab menghargai! 36 00:05:28,349 --> 00:05:32,312 Atau saya pukul awak sebab mengganggu tidur kecantikan saya! 37 00:05:55,126 --> 00:05:56,127 Saya tak faham. 38 00:05:56,211 --> 00:05:58,338 Apa yang anjing ini takutkan? 39 00:06:55,895 --> 00:06:57,981 Apa masalah awak, Snoopy? 40 00:06:58,064 --> 00:07:02,235 Saya ambil masa lama untuk dapatkan kadar tanah dan air yang betul. 41 00:07:22,213 --> 00:07:24,424 Saya dah cakap awak tak suka filem menakutkan. 42 00:07:27,343 --> 00:07:28,553 Good grief. 43 00:07:34,100 --> 00:07:36,394 "Kostum Snoopy." 44 00:08:51,511 --> 00:08:54,055 Saya benar-benar mahu mengagumkan budak perempuan berambut merah 45 00:08:54,138 --> 00:08:55,890 di majlis tari-menari Halloween hari ini. 46 00:08:55,974 --> 00:08:59,978 Jika awak mahu beri tanggapan yang bagus, lebih baik jangan pergi. 47 00:09:00,061 --> 00:09:04,190 Tapi ini mungkin peluang terbaik saya. Saya perlukan kostum yang tepat. 48 00:09:04,274 --> 00:09:06,568 Apa kostum awak tahun lepas, Charlie Brown? 49 00:09:08,903 --> 00:09:10,113 BANTUAN PSIKIATRI 5 SEN DOKTOR ADA 50 00:09:10,196 --> 00:09:11,739 Saya tak pandai guna gunting. 51 00:09:11,823 --> 00:09:14,242 Awak perlukan penasihat kostum. 52 00:09:14,325 --> 00:09:17,495 Saya boleh, tapi ia tak setanding kemahiran pakar perubatan saya. 53 00:09:17,871 --> 00:09:19,080 Sepuluh sen. 54 00:09:19,539 --> 00:09:21,875 Tapi papan tanda awak tulis lima sen. 55 00:09:21,958 --> 00:09:23,710 Dua kali ganda semasa perayaan. 56 00:10:01,956 --> 00:10:05,251 Lucy betul. Saya perlukan penasihat kostum. 57 00:10:05,835 --> 00:10:09,255 Mesti ada seseorang di sini yang pandai mereka kostum. 58 00:10:09,756 --> 00:10:10,757 Tapi siapa? 59 00:10:13,718 --> 00:10:16,346 Snoopy, awak fikir awak boleh tolong saya? 60 00:10:20,767 --> 00:10:22,602 Apa yang awak fikirkan? 61 00:10:49,963 --> 00:10:51,381 Bagaimana rupa saya? 62 00:11:06,437 --> 00:11:09,732 Mungkin sesuatu yang lebih mudah dikenali? 63 00:11:15,572 --> 00:11:18,449 Saya robot. Butang ini untuk apa? 64 00:11:27,000 --> 00:11:30,461 Mungkin sesuatu yang kurang bergoyang? 65 00:11:43,266 --> 00:11:44,851 Ini hebat, Snoopy. 66 00:11:47,103 --> 00:11:49,939 Cuma ia agak berat. 67 00:11:52,108 --> 00:11:54,527 Saya bola sepak Amerika. Hebat. 68 00:11:54,611 --> 00:11:55,612 Tangkap! 69 00:11:56,821 --> 00:11:58,364 Maaf, Chuck. 70 00:11:58,823 --> 00:12:00,909 Semua orang suka bunga. 71 00:12:00,992 --> 00:12:02,410 Syabas, kawan lama. 72 00:12:12,420 --> 00:12:15,465 Siapa sangka rama-rama sangat agresif. 73 00:12:15,548 --> 00:12:19,093 Terima kasih sebab tolong, Snoopy, tapi tiada gunanya. 74 00:12:19,177 --> 00:12:23,723 Kita takkan dapat buat kostum yang dapat buat budak perempuan berambut merah kagum. 75 00:12:27,143 --> 00:12:30,730 Ayuh, Charlie Brown. Kita akan lambat ke majlis tari menari. 76 00:12:30,813 --> 00:12:32,565 Tapi saya tiada kostum! 77 00:12:33,024 --> 00:12:35,944 - Masa dah suntuk, Charlie Brown. - Cepat, Chuck. 78 00:12:36,027 --> 00:12:37,737 Ayuh, abang. 79 00:12:40,949 --> 00:12:44,410 SELAMAT HARI HALLOWEEN 80 00:12:45,870 --> 00:12:48,581 Kostum ini agak ketat. 81 00:12:48,665 --> 00:12:50,917 Saya tak tahu bagaimana rupa saya. 82 00:12:51,000 --> 00:12:53,503 Awak nampak sangat sihat, Charlie Brown. 83 00:12:53,586 --> 00:12:56,172 Saya akan gunakan perkataan "berkhasiat." 84 00:12:56,256 --> 00:12:58,841 Saya akan gunakan perkataan "mengarut." 85 00:12:59,968 --> 00:13:01,886 Lihatlah sendiri, Charlie Brown. 86 00:13:05,014 --> 00:13:08,851 Good grief. Saya sayur. 87 00:13:08,935 --> 00:13:12,355 Ini teruk. Apa saya perlu buat sekarang? 88 00:13:12,438 --> 00:13:14,399 Saya cadangkan awak berlagak seperti lobak merah. 89 00:13:14,482 --> 00:13:18,152 Tapi bagaimana jika budak perempuan berambut merah itu tak suka lobak merah? 90 00:13:18,236 --> 00:13:21,322 Apalah. Tiada siapa suka lobak merah. 91 00:13:22,657 --> 00:13:26,744 Pasti ada beberapa orang yang suka lobak merah, Charlie Brown. 92 00:13:32,292 --> 00:13:34,002 Saya rasa awak betul, Linus. 93 00:13:34,085 --> 00:13:37,714 Saya harap saya beri tanggapan yang besar. Saya pergi dulu. 94 00:13:40,008 --> 00:13:43,219 Maaf. 95 00:13:45,471 --> 00:13:47,849 Saya... Awak... 96 00:13:52,478 --> 00:13:55,523 Itu memang satu tanggapan yang besar. 97 00:13:55,607 --> 00:13:57,400 Dungu betul. 98 00:14:02,864 --> 00:14:04,199 Kita berjaya, Snoopy. 99 00:14:07,160 --> 00:14:09,704 Saya buat budak perempuan berambut merah senyum. 100 00:14:10,205 --> 00:14:14,209 Sekurang-kurangnya, saya rasa begitu. Saya tak nampak jelas. 101 00:14:14,292 --> 00:14:16,961 Bagaimana awak tahu dia pakai kostum arnab? 102 00:14:28,097 --> 00:14:29,557 Terima kasih, kawan lama. 103 00:14:33,394 --> 00:14:37,982 Saya perlu pergi. Bukan budak perempuan berambut merah saja yang suka lobak merah. 104 00:14:48,284 --> 00:14:50,578 "Snoopy yang Licik." 105 00:14:51,496 --> 00:14:54,123 Okey, sedikit lagi. 106 00:14:56,000 --> 00:14:57,210 Ke kiri sedikit. 107 00:14:58,002 --> 00:15:01,839 Rumah kita akan jadi paling terkenal pada Halloween ini. 108 00:15:01,923 --> 00:15:04,259 Mari cuba sebelah sana sekali lagi. 109 00:15:08,846 --> 00:15:12,517 Saya tahu apa abang mahu buat, tapi saya rasa idea saya lebih baik. 110 00:15:18,773 --> 00:15:21,234 Saya tak tahu anjing menyambut Halloween. 111 00:15:21,317 --> 00:15:23,236 Anjing biasa tak menyambutnya. 112 00:15:57,312 --> 00:15:59,063 SELAMAT HARI HALLOWEEN 113 00:15:59,647 --> 00:16:01,941 Kita perlukan lebih banyak labu. 114 00:16:07,488 --> 00:16:08,907 Helah atau snek! 115 00:16:10,700 --> 00:16:11,701 Terima kasih. 116 00:16:12,911 --> 00:16:15,747 Ya, puan. Saya hakim. 117 00:16:15,830 --> 00:16:19,375 Dengan ini saya mendekri, pergi ke rumah seterusnya! 118 00:16:20,543 --> 00:16:23,546 - Saya suka kostum awak, Pigpen. - Terima kasih. 119 00:16:23,630 --> 00:16:27,133 Awak beruang apa? Beruang perang? Beruang besar? 120 00:16:27,217 --> 00:16:29,344 Sudah tentulah beruang kutub. 121 00:16:29,427 --> 00:16:31,054 Sudah tentulah. 122 00:16:31,137 --> 00:16:32,931 Jadi, ke mana seterusnya? 123 00:16:33,389 --> 00:16:35,141 Rumah itu nampak hebat. 124 00:16:35,725 --> 00:16:37,810 Rasanya itu rumah Snoopy. 125 00:16:37,894 --> 00:16:40,563 Bagaimana jika ia beri snek anjing? 126 00:16:40,647 --> 00:16:43,233 Saya sanggup ambil risiko itu. 127 00:16:46,194 --> 00:16:47,320 Helah atau snek! 128 00:17:20,478 --> 00:17:23,273 Snoopy tak berapa faham tentang Halloween, bukan? 129 00:17:23,356 --> 00:17:27,151 Apabila orang cakap, "Helah atau snek," ia patut berikan mereka snek. 130 00:17:27,235 --> 00:17:30,530 Rasanya dia lebih fokus kepada helah tahun ini. 131 00:17:39,455 --> 00:17:41,666 - Hebat, Snoopy! - Syabas! 132 00:17:42,500 --> 00:17:45,086 Jarang dapat lihat perkara begitu. 133 00:17:45,169 --> 00:17:47,255 Kualiti produksinya mengagumkan. 134 00:17:47,714 --> 00:17:52,176 Aduhai, Pegawai Marcie! Lihatlah rumah tamu Chuck. 135 00:17:52,260 --> 00:17:55,805 Snoopy mesti berikan snek yang sangat bernilai. 136 00:17:55,889 --> 00:17:57,891 Kita patut ke sana seterusnya, tuan. 137 00:17:59,058 --> 00:18:00,351 Maksud saya, kapten, tuan. 138 00:18:03,897 --> 00:18:05,148 Helah atau snek! 139 00:18:21,080 --> 00:18:22,373 Apa itu? 140 00:18:22,457 --> 00:18:25,335 Itu helah. Bukankah ia hebat, tuan? 141 00:18:25,835 --> 00:18:27,253 Saya tak rasa begitu. 142 00:18:27,337 --> 00:18:31,216 Kami mahukan snek! Peraturan Halloween menuntutnya! 143 00:18:42,602 --> 00:18:43,770 Marcie. 144 00:19:19,305 --> 00:19:21,015 Apa yang berlaku? 145 00:19:21,099 --> 00:19:24,060 Awak sepatutnya beri saya snek. Seperti ini. 146 00:19:34,654 --> 00:19:35,655 Hebat! 147 00:19:36,072 --> 00:19:38,366 Hei! Mana lolipop saya? 148 00:19:41,035 --> 00:19:43,621 - Ya, Snoopy! - Hebat! 149 00:19:44,747 --> 00:19:48,209 Mahkamah mendapati helah itu sedap. 150 00:19:49,002 --> 00:19:53,381 Cukuplah. Tiada helah lagi. Halloween ialah masa snek. 151 00:19:53,882 --> 00:19:56,426 Helah! 152 00:20:02,515 --> 00:20:03,516 Hei! 153 00:20:03,933 --> 00:20:06,644 Helah! 154 00:20:12,066 --> 00:20:14,319 Snek! 155 00:20:16,321 --> 00:20:18,656 Helah! 156 00:20:23,786 --> 00:20:24,787 Snek! 157 00:20:26,206 --> 00:20:28,750 Hei, saya sedang menonton. 158 00:20:29,500 --> 00:20:30,877 Ini mengarut! 159 00:20:30,960 --> 00:20:34,881 Apabila orang datang ke rumah dan cakap dengan sopan, "Helah atau snek," 160 00:20:34,964 --> 00:20:36,841 awak hanya patut buat satu perkara. 161 00:20:36,925 --> 00:20:38,426 Sekarang beri saya snek! 162 00:20:44,891 --> 00:20:46,434 Aduhai! 163 00:20:46,935 --> 00:20:49,062 Maaf, kapten, tuan. 164 00:20:49,145 --> 00:20:54,067 Walaupun benar kanak-kanak secara tradisi mendapat snek semasa Halloween, 165 00:20:54,150 --> 00:20:57,487 saya percaya Snoopy dah buktikan yang ia sama menyeronokkan 166 00:20:57,570 --> 00:20:59,906 apabila terima helah semasa Halloween. 167 00:20:59,989 --> 00:21:02,492 - Kami suka helah Snoopy. - Ya! 168 00:21:02,575 --> 00:21:04,077 Ya, Marcie betul. 169 00:21:05,995 --> 00:21:08,414 Apa kata mulakan tradisi Halloween yang baru? 170 00:21:08,498 --> 00:21:12,877 Apa kata kita ubah "Helah atau snek" menjadi "Helah dan snek"? 171 00:21:12,961 --> 00:21:15,129 - Idea yang bagus! - Idea yang hebat! 172 00:21:15,213 --> 00:21:17,215 Hakim Lucy meluluskan cadangan itu. 173 00:21:23,304 --> 00:21:25,098 Hei, budak. Mahu tengok satu helah? 174 00:21:34,065 --> 00:21:35,066 Helah! 175 00:21:48,830 --> 00:21:49,914 Snek! 176 00:21:49,998 --> 00:21:53,334 Mulai sekarang, keriangan Halloween menjadi berganda! 177 00:21:53,751 --> 00:21:55,545 Halloween yang terbaik. 178 00:21:55,628 --> 00:21:58,089 Saya dah agak kami akan jadi terkenal. 179 00:22:00,550 --> 00:22:01,551 BERDASARKAN KOMIK PEANUTS OLEH CHARLES M. SCHULZ 180 00:22:28,494 --> 00:22:30,496 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman