1 00:00:18,393 --> 00:00:19,728 Malam. 2 00:00:24,399 --> 00:00:30,364 Dunia berbayang yang menyembunyikan lebih daripada separuh haiwan planet kita. 3 00:00:33,617 --> 00:00:38,747 Sehingga sekarang, kamera hanya berikan selayang pandang kehidupan haiwan ini. 4 00:00:41,792 --> 00:00:44,878 Tapi dengan teknologi yang lebih maju, 5 00:00:44,962 --> 00:00:49,800 kita boleh melihat malam dengan sangat jelas. 6 00:00:56,557 --> 00:01:00,811 Kamera yang beratus kali lebih sensitif berbanding mata manusia... 7 00:01:04,105 --> 00:01:06,942 sekarang kita boleh merakam keindahan malam... 8 00:01:09,361 --> 00:01:10,487 dengan warna. 9 00:01:15,325 --> 00:01:17,202 Pandangan darat yang asing. 10 00:01:20,247 --> 00:01:24,877 Makhluk aneh yang menjadi aktif apabila malam. 11 00:01:27,713 --> 00:01:30,215 Sikap yang tak pernah dilihat. 12 00:01:37,306 --> 00:01:40,767 Sekarang kita boleh melihat kehidupan haiwan 13 00:01:41,643 --> 00:01:44,104 di hutan sebenar bumi yang terakhir. 14 00:01:46,565 --> 00:01:47,566 Waktu malam. 15 00:02:11,632 --> 00:02:16,887 Hari mula petang di pulau tropika Indonesia. 16 00:02:20,182 --> 00:02:22,226 DIKISAHKAN OLEH TOM HIDDLESTON 17 00:02:22,309 --> 00:02:24,686 Tersorok di sebalik ombak... 18 00:02:26,605 --> 00:02:31,610 terdapat beberapa dunia bawah laut paling bersih di dunia. 19 00:02:39,868 --> 00:02:41,078 Terumbu karang... 20 00:02:47,042 --> 00:02:50,087 harta karun kehidupan lautan. 21 00:02:53,507 --> 00:02:58,637 Di seluruh dunia, ia merangkumi kurang daripada satu peratus dasar lautan... 22 00:03:01,265 --> 00:03:05,519 tapi menyokong kehidupan melebihi satu pertiga hidupan laut. 23 00:03:14,403 --> 00:03:18,073 Terumbu adalah bandar bawah lautan yang sibuk... 24 00:03:20,742 --> 00:03:24,538 dengan makhluk pelbagai bentuk dan saiz yang sibuk makan. 25 00:03:29,543 --> 00:03:33,046 Ikan bayan Humphead, jentolak terumbu, 26 00:03:33,130 --> 00:03:35,674 mengunyah batu karang dengan paruh seperti burung, 27 00:03:41,972 --> 00:03:45,809 manakala penyu sisik mengunyah span yang lebih lembut 28 00:03:45,893 --> 00:03:48,228 yang tumbuh di atas batu karang yang keras. 29 00:03:59,072 --> 00:04:04,620 Bagi yang bijak, makanan boleh didapati di kawasan paling tak disangka. 30 00:04:08,332 --> 00:04:12,503 Wrasse pencuci kecil menawarkan perkhidmatan peribadi. 31 00:04:13,504 --> 00:04:18,175 Ia mengunyah makanan yang melekat dalam mulut jirannya. 32 00:04:29,603 --> 00:04:32,314 Petang adalah masa sibuk di terumbu, 33 00:04:33,065 --> 00:04:37,569 penghuninya menggunakan sepenuhnya cahaya semasa ia masih ada. 34 00:04:50,082 --> 00:04:52,376 Tapi dunia yang sibuk ini... 35 00:04:54,211 --> 00:04:55,796 akan berubah. 36 00:05:05,722 --> 00:05:08,600 Sebab ada bahagian lain di terumbu karang ini... 37 00:05:11,520 --> 00:05:16,233 yang hanya muncul apabila matahari terbenam. 38 00:05:28,871 --> 00:05:31,081 Dengan teknik rakaman terkini... 39 00:05:33,250 --> 00:05:36,086 kita boleh melihat ke dalam dunia tersorok ini... 40 00:05:37,504 --> 00:05:44,511 dan menyaksikan drama dunia terumbu karang pada waktu malam. 41 00:05:58,942 --> 00:06:04,531 Apabila malam tiba, ikan kecil berkumpul demi keselamatan bersama. 42 00:06:08,785 --> 00:06:13,874 Permulaan malam adalah masa paling berbahaya di terumbu. 43 00:06:20,547 --> 00:06:21,757 Ikan cornet. 44 00:06:22,591 --> 00:06:26,595 Sepanjang semeter dan mempunyai muncung seperti senapang. 45 00:06:28,639 --> 00:06:31,350 Jaguh tembak nokturnal terumbu. 46 00:06:37,064 --> 00:06:40,234 Dengan mata yang besar dan sensitif kepada cahaya... 47 00:06:42,236 --> 00:06:45,072 ia berbaris menghala ke sekawan ikan... 48 00:06:50,160 --> 00:06:54,456 dan menyerang dengan ketepatan membunuh. 49 00:07:05,133 --> 00:07:09,763 Ia memerangkap mangsanya dengan mulut seperti picagari. 50 00:07:15,769 --> 00:07:19,398 Kemudian menyerang ikan satu demi satu. 51 00:07:32,703 --> 00:07:34,621 Semasa ia menelan ganjarannya... 52 00:07:35,497 --> 00:07:37,082 apa yang masih tinggal untuk ditangkap... 53 00:07:39,710 --> 00:07:42,087 adalah kepulan sisik. 54 00:07:48,385 --> 00:07:52,973 Tapi bukan ikan cornet saja pemburu di dalam gelap. 55 00:07:58,061 --> 00:08:01,899 Penghuni terumbu menyorok jauh dalam rekahan dan krevis... 56 00:08:02,941 --> 00:08:07,779 sebab pemangsa yang lebih besar dan lebih bahaya sudah muncul. 57 00:08:09,865 --> 00:08:14,244 Setiap satunya menghendap terumbu malam dengan cara tersendiri. 58 00:08:32,596 --> 00:08:39,144 Jerung terumbu Trianodon obesus akan makan ikan yang ada terlalu lama atas terumbu. 59 00:08:42,481 --> 00:08:44,816 Ia tak bersendirian. 60 00:08:48,612 --> 00:08:53,534 Ikan pari, mimpi ngeri setiap ikan kecil. 61 00:08:56,036 --> 00:09:03,001 Bagi mangsanya, keadaan malam hampir gelap gelita. 62 00:09:05,629 --> 00:09:07,673 Mangsanya tak nampak ia datang. 63 00:09:10,717 --> 00:09:12,177 Tapi kamera kami mendedahkan... 64 00:09:13,512 --> 00:09:15,514 cara ia menghendap di terumbu. 65 00:09:17,933 --> 00:09:20,686 Ia menggunakan reseptor elektrik... 66 00:09:21,728 --> 00:09:26,149 bukan pandangan mata, untuk mengesan pergerakan ikan dalam batu karang... 67 00:09:28,735 --> 00:09:31,280 atau ketam yang tertimbus dalam pasir. 68 00:09:36,368 --> 00:09:40,873 Sirip selebar dua meter memerangkap mangsa di dasar laut. 69 00:09:47,754 --> 00:09:52,217 Menolak pasir dan mendedahkan mangsa... 70 00:09:59,850 --> 00:10:02,186 sebelum mulutnya seperti vakum... 71 00:10:07,524 --> 00:10:08,734 menelan semua mangsa. 72 00:10:28,420 --> 00:10:30,839 Dengan adanya begitu banyak pemangsa pada waktu malam... 73 00:10:34,551 --> 00:10:36,428 lebih baik terus menyorok. 74 00:10:48,690 --> 00:10:50,359 Tapi walaupun bahaya... 75 00:10:52,569 --> 00:10:58,283 seekor ikan kecil berwarna-warni akan meninggalkan keselamatan terumbu. 76 00:11:02,829 --> 00:11:04,373 Bebaji batik. 77 00:11:07,876 --> 00:11:09,127 Ikan jantan ini... 78 00:11:09,837 --> 00:11:12,464 sedang mencari pasangan. 79 00:11:15,926 --> 00:11:21,932 Malam ini, ia harap dapat memikat sehingga lapan betina kurang daripada sejam. 80 00:11:25,394 --> 00:11:31,316 Tapi untuk mencarinya, ia perlu bergerak dengan sangat berhati-hati. 81 00:11:43,662 --> 00:11:46,164 Melalui kegelapan, ia mengintai... 82 00:11:47,791 --> 00:11:49,001 seekor betina... 83 00:11:50,252 --> 00:11:55,507 sedang makan kopepod kecil seperti udang. 84 00:11:58,927 --> 00:12:01,722 Tapi ia memilih pasangan... 85 00:12:04,600 --> 00:12:07,603 seperti ia memilih makanannya. 86 00:12:17,154 --> 00:12:21,575 Bagi menarik perhatiannya, jantan ini perlu melebarkan siripnya... 87 00:12:23,327 --> 00:12:28,457 supaya kelihatan sebesar mungkin dan menarik perhatian. 88 00:12:36,048 --> 00:12:37,883 Ikan betina kagum. 89 00:12:48,477 --> 00:12:54,149 Tapi untuk mengawan, sekarang masa untuk tindakan lebih berani... 90 00:12:56,151 --> 00:12:59,404 dan menggunakan kegelapan sebagai kelebihannya. 91 00:13:05,202 --> 00:13:08,413 Adanya ikan yang akan makan telur yang tersorok di sebalik batu karang... 92 00:13:14,378 --> 00:13:18,340 pasangan baru ini pergi ke atas terumbu... 93 00:13:20,050 --> 00:13:23,971 untuk mengawan dengan tarian memikat yang menarik. 94 00:13:40,529 --> 00:13:42,656 Apabila pertunjukan malam itu tamat... 95 00:13:43,866 --> 00:13:46,660 pasangan itu kembali ke batu karang yang selamat... 96 00:13:49,913 --> 00:13:51,623 tapi tidak lama. 97 00:13:55,252 --> 00:13:58,172 Perlu mencari sebanyak tujuh ikan betina lagi... 98 00:14:00,215 --> 00:14:04,469 Kasanova ini melalui kegelapan dengan berani 99 00:14:04,553 --> 00:14:07,931 untuk mencari pasangan tarian seterusnya. 100 00:14:20,569 --> 00:14:22,070 Semasa malam berterusan... 101 00:14:23,113 --> 00:14:27,284 kegelapan memulakan salah satu keajaiban tersorok alam paling menakjubkan... 102 00:14:33,207 --> 00:14:38,545 acara yang akan memberi perubahan ajaib kepada terumbu itu. 103 00:14:43,050 --> 00:14:48,639 Dari dalam lautan, sekumpulan besar haiwan kecil muncul... 104 00:14:51,391 --> 00:14:54,311 seolah-olah dari dunia makhluk asing. 105 00:14:58,857 --> 00:15:03,111 Ia perpindahan terhebat makhluk di dunia 106 00:15:03,987 --> 00:15:07,491 dan ia berlaku setiap malam dalam lautan. 107 00:15:11,036 --> 00:15:14,665 Lebih sebilion tan hidupan plankton 108 00:15:14,748 --> 00:15:19,169 naik dari dasar lautan untuk makan di permukaan air. 109 00:15:28,762 --> 00:15:32,558 Makhluk ini, ada di antaranya yang hanya sebesar beras... 110 00:15:34,059 --> 00:15:36,728 adalah nadi bagi lautan. 111 00:15:42,067 --> 00:15:45,946 Dengan bentuk bijak cahaya samar-samar dan pendorongan... 112 00:15:49,867 --> 00:15:54,079 ia menangkap secebis makanan yang terapung dalam gelap. 113 00:16:16,143 --> 00:16:20,105 Sesetengah makhluk hidup sepenuhnya dalam dunia tersorok ini. 114 00:16:23,609 --> 00:16:26,612 Sesetengah yang lain, seperti larva undang mentadak ini, 115 00:16:27,196 --> 00:16:31,450 hanya meluangkan bahagian pertama hidupnya dalam persekitaran asing ini 116 00:16:32,034 --> 00:16:35,621 dan akan kembali ke terumbu apabila ia sudah besar. 117 00:16:58,519 --> 00:17:00,812 Peningkatan hidupan ini... 118 00:17:01,522 --> 00:17:07,277 sekarang menyebabkan terumbu karang melalui satu perubahan ajaib. 119 00:17:13,367 --> 00:17:16,994 Batu pegun itu kelihatan seperti hidup. 120 00:17:43,522 --> 00:17:49,695 Terumbu karang terdiri daripada banyak koloni haiwan kecil. 121 00:17:51,446 --> 00:17:54,992 Pada waktu siang, terumbu menyerap tenaga daripada matahari. 122 00:17:58,036 --> 00:17:59,246 Tapi pada waktu malam... 123 00:18:01,999 --> 00:18:06,044 haiwan-haiwan ini menyebarkan sesungutnya untuk menjadi pemburu... 124 00:18:07,713 --> 00:18:10,841 dunia nokturnal mikroskopik. 125 00:18:18,515 --> 00:18:20,851 Bagi haiwan kecil yang terapung... 126 00:18:22,769 --> 00:18:29,776 di taman berwarna-warni ini yang bertukar menjadi berjuta mulut membunuh. 127 00:18:52,591 --> 00:18:57,471 Hidangan waktu malam memberi batu karang nutriennya 128 00:18:57,554 --> 00:18:59,681 yang penting untuk terumbu itu membesar. 129 00:19:03,602 --> 00:19:08,440 Seperti kita tahu, semasa terumbu karang bergelut dengan peningkatan suhu lautan, 130 00:19:09,024 --> 00:19:13,779 pemakanan waktu malam ini menjadi lebih penting untuk ia terus hidup. 131 00:19:33,924 --> 00:19:39,555 Tapi bukan karang kecil saja bergantung kepada kedatangan plankton di waktu malam. 132 00:19:43,058 --> 00:19:48,939 Ada makhluk yang jauh lebih besar berkumpul untuk hidangan akhir malam ini. 133 00:19:53,735 --> 00:19:59,783 Ikan pari manta, berenang dengan sirip sehingga empat meter lebar. 134 00:20:02,661 --> 00:20:04,204 Walaupun selalunya bersendirian... 135 00:20:05,747 --> 00:20:10,294 ada tempat di lautan tropika yang mempunyai sangat banyak plankton, 136 00:20:10,377 --> 00:20:12,921 ikan pari manta datang bersama-sama untuk makan. 137 00:20:18,302 --> 00:20:22,556 Apa yang sangat mengagumkan, gergasi seberat satu tan ini 138 00:20:23,056 --> 00:20:29,188 mendapat tenaga daripada plankton kecil yang naik ke laut pada waktu malam. 139 00:20:37,487 --> 00:20:42,534 Dengan sirip seperti tanduk, ia memasukkan plankton ke dalam mulutnya yang terbuka... 140 00:20:48,457 --> 00:20:50,918 dan menapis keluar cebisan makanan itu. 141 00:21:01,261 --> 00:21:03,347 Pada waktu malam paling gelap... 142 00:21:04,473 --> 00:21:09,853 ia mendedahkan kepakarannya memakan kekayaan malam. 143 00:21:35,796 --> 00:21:38,715 Dengan berpusing berkali-kali... 144 00:21:39,591 --> 00:21:42,886 ia menyasarkan kumpulan plankton paling padat... 145 00:21:44,429 --> 00:21:46,932 yang kemudian dimakannya. 146 00:22:17,629 --> 00:22:22,759 Kita tahu ikan pari manta mempunyai otak paling besar bagi ikan. 147 00:22:24,761 --> 00:22:29,308 Tapi bagaimana ia bergerak jauh untuk mencari makanan 148 00:22:29,391 --> 00:22:34,479 dalam lautan gelap yang luas ini masih menjadi satu misteri. 149 00:22:42,821 --> 00:22:47,534 Ia antara rahsia yang masih belum ditemui... 150 00:22:48,118 --> 00:22:50,579 dalam lautan pada waktu malam. 151 00:23:10,432 --> 00:23:13,894 DIRAKAM DALAM KEGELAPAN 152 00:23:15,312 --> 00:23:19,149 Bagi merakam kejadian waktu malam di terumbu karang, 153 00:23:19,233 --> 00:23:24,071 pasukan Earth at Night merakam di antara kawasan perairan tropika paling bersih. 154 00:23:28,951 --> 00:23:31,119 Bagi jurukamera David Reichert, 155 00:23:31,203 --> 00:23:36,124 cabaran terbesar adalah merakam pemangsa di terumbu yang memburu pada waktu malam. 156 00:23:38,544 --> 00:23:43,006 Jerung dan pemangsa lain boleh menjadi lebih aktif pada waktu malam... 157 00:23:45,843 --> 00:23:49,304 tapi ia juga sukar didekati dengan selamat. 158 00:23:53,183 --> 00:23:55,394 Merakam pada waktu malam adalah sebuah dunia baru. 159 00:23:59,898 --> 00:24:02,693 Kami tak tahu apa yang akan keluar dari kegelapan. 160 00:24:04,278 --> 00:24:05,279 DAVID REICHERT JURUKAMERA 161 00:24:05,362 --> 00:24:06,947 Kami akan tahu nanti. Kami akan terjun ke dalam. 162 00:24:17,875 --> 00:24:21,628 David perlu merancang untuk menyelam semasa bulan penuh, 163 00:24:21,712 --> 00:24:24,381 apabila arus kuat menolak makanan ke dalam terumbu... 164 00:24:25,215 --> 00:24:27,968 dan boleh membuat pemangsa lebih aktif. 165 00:24:32,139 --> 00:24:34,474 Tapi ia menyebabkan masalah besar. 166 00:24:34,975 --> 00:24:38,437 Permukaan kepada penyelam. Bagaimana arusnya? 167 00:24:40,105 --> 00:24:43,192 Tak bagus. Arus terlalu kuat. 168 00:24:44,818 --> 00:24:47,321 Kami akan menaiki bot. Kami sedang naik. 169 00:24:51,658 --> 00:24:53,952 Arus sangat kuat di sana sekarang, 170 00:24:54,036 --> 00:24:57,789 menjadi sukar untuk kekal di satu tempat. 171 00:24:57,873 --> 00:24:59,249 Tadi sangat teruk. 172 00:25:00,667 --> 00:25:01,752 Ya... 173 00:25:03,212 --> 00:25:05,297 Ada lebih banyak aksi, lebih banyak perkara untuk dirakam, 174 00:25:05,380 --> 00:25:07,132 lebih banyak kehidupan apabila arus meningkat... 175 00:25:07,216 --> 00:25:08,800 Masih terlalu kuat. 176 00:25:08,884 --> 00:25:11,512 Tapi kami berusaha untuk berada di sana. 177 00:25:11,595 --> 00:25:13,055 Itulah permainan kami. 178 00:25:16,683 --> 00:25:22,397 Beberapa malam seterusnya, arus akan tenang selepas bulan tak penuh. 179 00:25:24,691 --> 00:25:29,613 Tapi walaupun lebih mudah untuk menyelam, terumbu itu kosong. 180 00:25:32,533 --> 00:25:33,534 Ya. 181 00:25:33,617 --> 00:25:38,205 Ya, arus berhenti dan kemudian rasanya... 182 00:25:38,288 --> 00:25:39,706 Ya, semua sudah pulang. 183 00:25:39,790 --> 00:25:41,250 - Ya. - Ya. 184 00:25:42,626 --> 00:25:45,379 Semasa pasukan mencari keadaan yang sesuai... 185 00:25:45,462 --> 00:25:48,340 mereka mendapat tahu mereka ada jangka masa yang pendek... 186 00:25:49,383 --> 00:25:52,177 apabila air berkurangan di antara arus. 187 00:26:00,602 --> 00:26:02,104 Sukar untuk merakam begitu, 188 00:26:02,187 --> 00:26:06,483 sebab mungkin matahari terbenam pada pukul 6 petang, 189 00:26:06,567 --> 00:26:11,363 tapi sebaik saja kami terlepas masa itu, tiba-tiba sudah pukul 4 pagi. 190 00:26:11,446 --> 00:26:12,906 Jadi kami ada jadual yang teruk 191 00:26:12,990 --> 00:26:18,161 yang kami perlu tunggu sepanjang malam untuk menyelam selama 40 minit. 192 00:26:20,581 --> 00:26:21,832 Berikan saya secawan teh. 193 00:26:24,960 --> 00:26:27,921 Dengan ketahanan dan tidak tidur beberapa malam... 194 00:26:28,964 --> 00:26:32,009 David dan pasukannya mula berjaya merakam 195 00:26:32,092 --> 00:26:35,220 sikap baru yang mereka cari. 196 00:26:36,263 --> 00:26:39,766 Saya tak pernah lihat ikan cornet menyerang begitu. 197 00:26:40,642 --> 00:26:42,728 Kita takkan berjaya sepenuhnya, tapi saya rasa kami berjaya dapatkannya. 198 00:26:47,316 --> 00:26:51,403 Setiap pemangsa ada cara tersendiri menghedap mangsanya. 199 00:26:53,447 --> 00:26:58,285 Belut moray meneroka ke dalam terumbu untuk memburu. 200 00:26:58,368 --> 00:27:00,954 Belut itu memburu di atas terumbu. 201 00:27:02,372 --> 00:27:05,459 Ia masuk ke dalam lubang kecil. 202 00:27:13,050 --> 00:27:14,843 Sudah tentu ada ikan kecil di dalamnya 203 00:27:14,927 --> 00:27:16,053 dan belut itu masuk ke dalam. 204 00:27:17,221 --> 00:27:18,305 Itulah dia. 205 00:27:23,101 --> 00:27:24,353 Kemudian... 206 00:27:28,398 --> 00:27:31,693 Dapat! Betul-betul depan kamera dan lubang itu. Itu bagus. 207 00:27:36,490 --> 00:27:38,992 Ada banyak perkara berlaku di terumbu ini. 208 00:27:39,952 --> 00:27:43,288 Kita mula melihat komuniti yang sangat pelbagai di sana 209 00:27:43,372 --> 00:27:45,999 yang menjadi aktif pada waktu malam. 210 00:27:50,295 --> 00:27:54,091 Kru berjaya merakam pandangan baru yang unik 211 00:27:54,174 --> 00:27:57,678 dalam dunia bawah air yang ajaib ini. 212 00:28:42,055 --> 00:28:44,057 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman