1 00:00:07,341 --> 00:00:09,843 Bumi sangat menakjubkan, 2 00:00:10,677 --> 00:00:13,680 mudah untuk terlepas pandang sesuatu yang lebih kecil dalam kehidupan. 3 00:00:15,766 --> 00:00:17,643 Tapi lihatlah lebih dekat... 4 00:00:18,101 --> 00:00:20,562 ada sebuah dunia yang belum diterokai. 5 00:00:22,648 --> 00:00:24,983 Dunia yang wira kecil... 6 00:00:26,485 --> 00:00:27,819 dan raksasa kecil... 7 00:00:28,987 --> 00:00:31,406 perlukan kuasa besar yang menakjubkan... 8 00:00:34,618 --> 00:00:40,040 untuk membantunya menewaskan bahaya yang besar. 9 00:00:58,141 --> 00:01:01,520 Terumbu karang adalah antara tempat paling pelbagai di dunia. 10 00:01:01,603 --> 00:01:03,021 DIKISAHKAN OLEH PAUL RUDD 11 00:01:05,190 --> 00:01:09,319 Habitat bagi kawanan ikan yang banyak dan makhluk menakjubkan. 12 00:01:13,031 --> 00:01:14,241 Tapi di bawahnya... 13 00:01:14,908 --> 00:01:16,493 adalah sebuah metropolis mini... 14 00:01:19,830 --> 00:01:23,250 sibuk dengan hidupan kecil menakjubkan. 15 00:01:27,129 --> 00:01:28,964 Haiwan-haiwan ini mungkin kecil... 16 00:01:29,882 --> 00:01:32,092 tapi tugasnya penting. 17 00:01:35,387 --> 00:01:38,390 Sekarang, haiwan-haiwan ini lebih sibuk. 18 00:01:40,684 --> 00:01:44,897 Setahun sekali, terumbu menjadi pentas acara pembiakan menakjubkan... 19 00:01:45,772 --> 00:01:48,025 penting bagi memastikan masa depannya. 20 00:01:50,277 --> 00:01:53,780 Tapi bukan mudah menjadi ikan kecil di terumbu yang besar. 21 00:01:56,658 --> 00:02:03,290 Haiwan kecil perlu melepasi cabaran besar untuk pastikan kehidupan karang kekal. 22 00:02:06,668 --> 00:02:10,839 TERUMBU 23 00:02:15,511 --> 00:02:19,723 Terumbu karang sama rumit dan sibuk seperti mana-mana bandar. 24 00:02:23,227 --> 00:02:27,564 Setiap hari bermula dengan kesibukan dan kebisingan. 25 00:02:30,817 --> 00:02:36,323 Semua saling menyapa dengan muzik pagi dalam air yang membangkitkan... 26 00:02:39,576 --> 00:02:41,495 otot yang timbul... 27 00:02:43,288 --> 00:02:44,706 sentapan sepit... 28 00:02:46,083 --> 00:02:47,501 dan gigi bergelatukan. 29 00:02:53,507 --> 00:02:58,220 Hanya terumbu yang sihat dengan komuniti haiwan kecil yang subur 30 00:02:58,887 --> 00:03:00,389 menyanyi sekuat ini. 31 00:03:09,815 --> 00:03:13,193 Separuh ikan di sini bersaiz lebih kecil dari penutup botol. 32 00:03:17,447 --> 00:03:20,075 Tapi servisnya sangat dikehendaki. 33 00:03:28,834 --> 00:03:31,128 Penyu tiba di stesen pembersihan... 34 00:03:33,005 --> 00:03:34,673 untuk menggilap cangkerang. 35 00:03:49,688 --> 00:03:53,317 Ia tugas yang besar bagi blenny kecil untuk membuatnya sendirian. 36 00:03:57,988 --> 00:04:02,284 Jadi sekumpulan pakar pembersih alga membantu menggilapnya. 37 00:04:18,550 --> 00:04:21,970 Keluarga ikan badut sibuk menjaga anemone yang menjadi rumahnya. 38 00:04:25,724 --> 00:04:28,936 Tak banyak pemangsa berani memasuki sesungut yang menyengat. 39 00:04:31,438 --> 00:04:34,399 Tapi ikan badut mempunyai lapisan perlindungan mukus 40 00:04:34,483 --> 00:04:36,485 yang membolehkannya hidup di sini selamanya. 41 00:04:42,699 --> 00:04:46,578 Sebagai ganti, ia pastikan anemone bersih dan beroksigen. 42 00:04:51,792 --> 00:04:56,255 Tersorok di bawahnya, ikan badut jantan perlu menjaga 500 biji telur. 43 00:04:58,131 --> 00:05:00,843 Setiap satunya lebih kecil dari sebutir nasi. 44 00:05:05,514 --> 00:05:08,600 Jika ia menetas pada malam yang sama terumbu membiak, 45 00:05:08,684 --> 00:05:11,520 ia akan berinya peluang hidup terbaik. 46 00:05:17,609 --> 00:05:20,028 Sehingga itu, ia perlu kekal selamat. 47 00:05:21,613 --> 00:05:24,616 Ini adalah habitat paling selamat di terumbu. 48 00:05:26,785 --> 00:05:28,662 Keluarga itu takkan pergi jauh. 49 00:05:33,208 --> 00:05:36,837 Di sini, sentiasa ada ikan lebih besar. 50 00:05:43,760 --> 00:05:45,762 Ikan kerapu harimau bintang karang. 51 00:06:02,946 --> 00:06:05,949 Ikan kepala batu kecil berlindung dalam batu karang... 52 00:06:07,826 --> 00:06:09,661 jauh dari dicapai ikan kerapu. 53 00:06:12,664 --> 00:06:14,499 Tapi ikan pintar ini tak berputus asa. 54 00:06:16,001 --> 00:06:17,336 Ia baru saja memanggil... 55 00:06:18,295 --> 00:06:19,296 bantuan tambahan. 56 00:06:25,969 --> 00:06:28,847 Sotong kurita mungkin rakan subahat yang tidak disangka. 57 00:06:30,682 --> 00:06:33,393 Tapi bersama-sama, ia menjadi pasangan membunuh. 58 00:06:37,439 --> 00:06:40,359 Apabila ikan kerapu mengubah warnanya untuk menyamar... 59 00:06:41,818 --> 00:06:43,946 pemburuan bermula. 60 00:07:00,754 --> 00:07:02,965 Dua pemangsa bagi ikan kepala batu. 61 00:07:15,769 --> 00:07:17,980 Ikan kerapu mengesan tempat menyoroknya. 62 00:07:19,815 --> 00:07:21,900 Kemudian berubah warna pucat untuk menunjuknya. 63 00:07:30,075 --> 00:07:31,285 Sesungut turun. 64 00:07:32,578 --> 00:07:34,121 Ikan menjadi panik. 65 00:07:35,622 --> 00:07:37,791 Terus masuk ke dalam mulut kerapu. 66 00:07:43,338 --> 00:07:44,923 Pilihan yang teruk. 67 00:07:46,633 --> 00:07:50,679 Tak bergerak, berisiko ditangkap kurita membunuh. 68 00:07:52,347 --> 00:07:53,432 Atau lari... 69 00:07:55,017 --> 00:07:57,686 dan dimakan oleh ikan kerapu. 70 00:08:05,027 --> 00:08:06,612 Tanpa cara keluar yang selamat... 71 00:08:08,071 --> 00:08:11,283 kadangkala satu-satunya pilihan adalah melawan kembali. 72 00:08:18,957 --> 00:08:21,293 Ikan kepala batu mengerumuni ikan kurita 73 00:08:22,669 --> 00:08:24,296 dan cuba menghalaunya. 74 00:08:29,134 --> 00:08:33,013 Tapi kekecohan itu menarik perhatian ikan lebih besar. 75 00:08:41,063 --> 00:08:43,899 Ini peluang untuk ikan kecil melarikan diri. 76 00:08:50,948 --> 00:08:52,616 Semasa jerung mengelilingi... 77 00:08:55,035 --> 00:08:58,872 tiba-tiba, semuanya bertindak sendirian. 78 00:09:04,670 --> 00:09:06,088 Berakhirnya kerjasama. 79 00:09:16,640 --> 00:09:19,059 Jerung besar tak pedulikan ikan kecil. 80 00:09:22,104 --> 00:09:27,943 Tapi dengan menakutkan pemangsa lain, ia membantu haiwan kecil kembali bertugas. 81 00:09:32,865 --> 00:09:35,075 Peragut memastikan terumbu bebas daripada alga. 82 00:09:39,121 --> 00:09:41,748 Membenarkan batu karang yang membesar dengan perlahan terus hidup. 83 00:09:47,629 --> 00:09:51,675 Batu karang sebenarnya terdiri daripada koloni haiwan kecil. 84 00:09:53,468 --> 00:09:59,516 Setiap satu ada sel tumbuhan mikroskopik yang mengubah cahaya menjadi makanan 85 00:10:02,644 --> 00:10:06,648 Seluruh terumbu ini terbina dengan perikatan yang menakjubkan. 86 00:10:10,819 --> 00:10:14,198 Bersama-sama, berbilion hidupan kecil... 87 00:10:15,782 --> 00:10:18,994 mencipta struktur hidupan yang terbesar di bumi. 88 00:10:26,668 --> 00:10:28,879 Tapi bandar batu karang ini mudah rosak. 89 00:10:32,090 --> 00:10:34,301 Mudah rosak akibat lautan yang menghangat... 90 00:10:35,969 --> 00:10:37,179 pencemaran... 91 00:10:38,222 --> 00:10:39,348 perikanan berlebihan... 92 00:10:40,516 --> 00:10:42,601 dan pencerobohan. 93 00:10:46,396 --> 00:10:48,690 Beratus kaki bertiub merangkak. 94 00:10:52,444 --> 00:10:54,655 Bersenjatakan duri beracun. 95 00:11:02,788 --> 00:11:03,997 Raksasa... 96 00:11:04,915 --> 00:11:06,124 pemakan batu karang... 97 00:11:07,084 --> 00:11:09,503 tapak sulaiman Acanthaster planci. 98 00:11:13,632 --> 00:11:16,927 Ia boleh makan beratus batu karang setiap tahun. 99 00:11:20,722 --> 00:11:22,933 Bukan hanya seekor. 100 00:11:24,101 --> 00:11:26,103 Ada sekumpulan tapak sulaiman... 101 00:11:27,479 --> 00:11:30,607 memusnahkan sebahagian besar rumah semua makhluk kecil. 102 00:11:38,866 --> 00:11:41,285 Tapi tidak menyedari ancaman yang datang ke arahnya, 103 00:11:42,703 --> 00:11:47,332 penghuni terumbu sibuk, bersedia untuk membiak. 104 00:11:48,750 --> 00:11:50,377 Serta mencari makanan. 105 00:11:55,966 --> 00:11:59,178 Mata yang paling rumit dalam dunia haiwan. 106 00:12:00,596 --> 00:12:03,807 Dengan empat kali ganda lebih banyak saraf penerima sebagai manusia, 107 00:12:05,142 --> 00:12:10,147 udang mantis merak melihat dunia dalam cara yang berbeza. 108 00:12:14,026 --> 00:12:19,740 Ia kecil daripada tiub ubat gigi, tapi bukan tak berupaya mempertahankan diri. 109 00:12:22,743 --> 00:12:28,790 Ia mempunyai tumbukan yang setanding tembakan peluru 9 milimeter. 110 00:12:30,626 --> 00:12:33,629 Begitu pantas, air menjadi wap. 111 00:12:39,176 --> 00:12:41,512 Ia juga boleh menyebabkan kilauan cahaya. 112 00:12:50,854 --> 00:12:53,982 Tapi udang mantis yang lengkap bersenjata juga perlukan tempat selamat. 113 00:12:58,445 --> 00:13:01,448 Lubangnya yang akan menjadi tempat asuhan. 114 00:13:03,700 --> 00:13:05,327 Selepas pengubahsuaian selesai. 115 00:13:12,543 --> 00:13:14,378 Ia sudah ada pelawat jantan... 116 00:13:16,213 --> 00:13:17,464 yang mencari pasangan. 117 00:13:18,799 --> 00:13:20,801 Atau cuba mencuri rumahnya. 118 00:13:27,766 --> 00:13:28,809 Apa pun... 119 00:13:30,602 --> 00:13:33,856 tumbukan pantasnya jelas menunjukkan... 120 00:13:37,276 --> 00:13:39,403 ia belum sedia untuk tetamu. 121 00:13:44,616 --> 00:13:47,786 Tapi ini tempat berbahaya jika tidak terlindung. 122 00:14:01,341 --> 00:14:02,801 Pemangsa rakus. 123 00:14:08,599 --> 00:14:09,933 Sebesar saiz... 124 00:14:12,227 --> 00:14:13,228 cawan teh. 125 00:14:16,690 --> 00:14:18,525 Sotong katak kerdil. 126 00:14:19,484 --> 00:14:23,322 Jika ia mahu mencapai saiz pembiakan, ia perlu menjadi lebih besar. 127 00:14:24,364 --> 00:14:26,658 Tandanya banyak makan. 128 00:14:29,494 --> 00:14:32,331 Tapi ia sendiri sasaran yang mudah diserang. 129 00:14:34,750 --> 00:14:39,421 Jadi caranya adalah memburu tanpa diburu. 130 00:14:42,174 --> 00:14:47,012 Pakar penyamaran ini boleh mengubah warna dan tekstur kulitnya... 131 00:14:48,764 --> 00:14:50,182 untuk mengakali pemangsa... 132 00:14:51,308 --> 00:14:52,476 dan mangsa. 133 00:15:02,611 --> 00:15:06,156 Ia akan hidup kurang dari setahun, jadi ia perlu membesar cepat, 134 00:15:07,241 --> 00:15:09,576 makan apa saja yang bergerak. 135 00:15:14,790 --> 00:15:17,376 Melambaikan lengannya untuk menangkap plankton sebagai makanan... 136 00:15:19,920 --> 00:15:24,174 ketam Lybia sebesar butang seperti tidak sedari ancamannya. 137 00:15:33,475 --> 00:15:34,893 Kesilapan yang menyakitkan. 138 00:15:38,772 --> 00:15:42,568 Ketam ini memegang anemone penyengat mini pada sepitnya. 139 00:15:44,278 --> 00:15:47,322 Renjatan kecil untuk menangkis serangan pemangsa. 140 00:15:51,493 --> 00:15:53,161 Ia sangat efektif, 141 00:15:53,245 --> 00:15:56,456 musuh akan buat apa saja untuk dapatkannya. 142 00:16:05,048 --> 00:16:07,092 Ia pergelutan yang sangat lembut. 143 00:16:10,387 --> 00:16:13,015 Ketam tak mahu merosakkan anemone itu. 144 00:16:17,978 --> 00:16:23,192 Selepas mengunci lawannya, musuh ini berhati-hati mengeluarkan hadiah. 145 00:16:32,326 --> 00:16:34,161 Selepas mempunyai seekor satu, 146 00:16:34,244 --> 00:16:39,166 kedua-dua ketam akan bahagikannya supaya sarung tangan menyengat tumbuh sepasang. 147 00:16:45,005 --> 00:16:48,467 Anemone menawarkan perlindungan kepada semua jenis haiwan kecil. 148 00:16:52,137 --> 00:16:54,139 Udang anemone kecil yang boleh dilihat tembus. 149 00:16:56,141 --> 00:16:58,101 Bersekedudukan bersama ikan badut. 150 00:17:01,772 --> 00:17:03,982 Ia mungkin hanya sebesar saiz klip kertas... 151 00:17:06,443 --> 00:17:10,280 tapi ia cukup berani untuk berurusan dengan ikan besar di terumbu. 152 00:17:19,289 --> 00:17:22,917 Udang itu menawarkan servisnya dengan berayun. 153 00:17:26,880 --> 00:17:29,007 Jika pelanggannya adalah pemangsa... 154 00:17:31,552 --> 00:17:35,264 ia pastikan pembentangan jualannya sangat jelas... 155 00:17:35,347 --> 00:17:36,974 dengan bertepuk. 156 00:17:53,824 --> 00:17:55,951 Apabila ia pasti keadaan selamat, 157 00:17:56,869 --> 00:17:58,829 seekor udang kecil memulakan tugasnya. 158 00:18:00,539 --> 00:18:02,416 Menggelupas kulit mati... 159 00:18:03,667 --> 00:18:05,294 membuang parasit... 160 00:18:06,086 --> 00:18:07,796 dan membersihkan insang. 161 00:18:16,763 --> 00:18:20,934 Ia juga berani membersihkan rahang bagi kebersihan pergigian. 162 00:18:26,899 --> 00:18:30,277 Perkhidmatan kesihatan disediakan oleh pembersih kecil 163 00:18:30,360 --> 00:18:33,864 penting bagi memastikan ikan besar dalam keadaan terbaik. 164 00:18:39,953 --> 00:18:44,833 Persiapan membiak sedang berlangsung di seluruh kawasan terumbu. 165 00:18:50,756 --> 00:18:53,634 Udang mantis hampir selesai membina tempat asuhannya. 166 00:18:57,638 --> 00:19:01,683 Ia mengangkat tiga kilogram serpihan untuk pastikan ia selamat. 167 00:19:06,480 --> 00:19:12,194 Mengosongkan laluan kecemasannya, supaya sukar dicari musuhnya. 168 00:19:15,155 --> 00:19:20,452 Hasil binaannya sangat luas, haiwan lain juga tinggal di sini. 169 00:19:25,249 --> 00:19:29,086 Tapi ia ada seekor jiran yang memberi masalah. 170 00:19:34,091 --> 00:19:35,384 Ikan ketarap. 171 00:19:36,468 --> 00:19:39,096 Antara beberapa ikan yang tahu menggunakan alatan. 172 00:19:41,807 --> 00:19:44,935 Ia ada andas sendiri untuk memecahkan kepah. 173 00:19:53,068 --> 00:19:55,404 Ia tak mungkin makan udang mantis. 174 00:19:58,156 --> 00:20:01,827 Tapi cara makannya yang pecah dan ambil boleh merosakkan rumah udang mantis. 175 00:20:05,581 --> 00:20:09,418 Ia mengalihkan longgokan batu kasar yang banyak untuk mencari makanan. 176 00:20:20,971 --> 00:20:22,306 Ia dapat apa yang ia mahukan. 177 00:20:24,641 --> 00:20:28,520 Tapi sekarang, pembinaan tempat asuhan udang mantis sudah lambat. 178 00:20:32,900 --> 00:20:37,487 Semasa siang semakin berakhir, terumbu menjadi semakin sibuk. 179 00:20:43,702 --> 00:20:46,121 Telur ikan badut semakin hampir untuk menetas. 180 00:20:52,920 --> 00:20:55,130 Sekawan ikan wrasse pembersih sedang bekerja keras. 181 00:20:58,258 --> 00:21:00,177 Hanya sepanjang jari, 182 00:21:00,260 --> 00:21:03,555 ia mudah dikenal pasti dengan jalur hitam dan birunya. 183 00:21:17,569 --> 00:21:21,156 Tapi bukan semua yang sama seperti kelihatan. 184 00:21:27,162 --> 00:21:28,580 Plagiotremus rhinorhynchos. 185 00:21:32,626 --> 00:21:36,547 Penyamar ini mengubah warnanya untuk meniru wrasse pembersih 186 00:21:36,630 --> 00:21:38,841 dan menyelinap dalam sekawan ikan itu tanpa disedari. 187 00:21:44,972 --> 00:21:46,515 Tapi ia bukan datang untuk membersih. 188 00:21:54,439 --> 00:21:57,985 Mencakar taringnya pada kulit ikan yang tidak mengesyakinya... 189 00:22:01,154 --> 00:22:03,574 ia mencuri sisik sebagai makanannya. 190 00:22:13,750 --> 00:22:16,003 Sebelum mangsanya tahu apa yang berlaku, 191 00:22:17,004 --> 00:22:19,506 penipu licik ini hilang... 192 00:22:20,924 --> 00:22:22,176 kembali ke sarangnya. 193 00:22:25,554 --> 00:22:29,975 Bertindak secara rahsia membantu banyak haiwan kecil hidup di terumbu yang besar. 194 00:22:34,605 --> 00:22:37,941 Itulah cara sotong katak kerdil dapat terus hidup... 195 00:22:39,318 --> 00:22:40,777 dan terus makan. 196 00:22:47,868 --> 00:22:50,537 Ia membesar dengan setiap buruan yang berjaya. 197 00:22:58,712 --> 00:23:00,714 Sotong katak betina ini kelihatan kagum. 198 00:23:01,381 --> 00:23:05,219 Kali ini, makanan bukan keutamaannya. 199 00:23:13,685 --> 00:23:16,522 Udang mantis sedang membaiki rumahnya. 200 00:23:21,527 --> 00:23:22,778 Membersihkan sepah. 201 00:23:24,905 --> 00:23:27,032 Pastikan semua di tempatnya. 202 00:23:29,785 --> 00:23:31,954 Menambahkan beberapa sentuhan terakhir. 203 00:23:43,715 --> 00:23:47,511 Akhirnya, ia sudah sedia untuk menerima tetamu. 204 00:24:00,816 --> 00:24:04,069 Semasa terumbu sudah sedia untuk acara tahunan yang paling penting, 205 00:24:04,945 --> 00:24:06,864 pembunuh batu karang tiba. 206 00:24:15,497 --> 00:24:17,916 Tapak sulaiman Acanthaster planci yang tak begitu banyak. 207 00:24:26,216 --> 00:24:30,429 Mengeluarkan perutnya, ia menghadam tisu hidup batu karang. 208 00:24:33,682 --> 00:24:36,602 Meninggalkan hanya rangka putih. 209 00:24:49,114 --> 00:24:52,409 Tiada apa yang penghuni terumbu boleh lakukan 210 00:24:52,492 --> 00:24:57,706 untuk hentikan tapak sulaiman daripada membaham semua batu karang di laluannya. 211 00:25:08,675 --> 00:25:12,638 Rumah ketam kecil ini berada dalam menu seterusnya. 212 00:25:22,564 --> 00:25:24,775 Tak kira betapa kuat ia cuba... 213 00:25:26,777 --> 00:25:29,613 badan tapak sulaiman hampir tak boleh ditembusi. 214 00:25:34,284 --> 00:25:36,745 Tapi dasar lembut durinya yang sensitif... 215 00:25:38,580 --> 00:25:40,249 adalah kelemahannya. 216 00:25:44,253 --> 00:25:46,213 Masa untuk seekor ketam kecil... 217 00:25:47,339 --> 00:25:49,007 menjatuhkan seekor raksasa. 218 00:26:09,736 --> 00:26:13,407 Tidak berbaloi kesakitan beradu dengan ketam pengawal. 219 00:26:24,418 --> 00:26:27,045 Komuniti makhluk kecil yang pelbagai... 220 00:26:28,088 --> 00:26:29,756 semua menjalankan tugasnya... 221 00:26:31,216 --> 00:26:37,431 memastikan terumbu karang sihat dan lebih mudah pulih dengan ancaman yang ia hadapi. 222 00:26:44,938 --> 00:26:48,942 Kawasan bandar hidup ini yang rosak juga boleh hidup semula. 223 00:26:55,032 --> 00:26:56,825 Sekali setahun 224 00:26:56,909 --> 00:27:00,913 arus dan suhu sempurna bersesuaian. 225 00:27:08,795 --> 00:27:10,380 Malam inilah malamnya... 226 00:27:11,715 --> 00:27:14,801 apabila terumbu sendiri mula membiak. 227 00:27:22,017 --> 00:27:26,480 Berkas kecil, hanya sebesar lada biji. 228 00:27:28,440 --> 00:27:33,654 Semua bahan untuk membuat anak batu karang dalam satu pakej. 229 00:27:37,241 --> 00:27:39,034 Batu karang sedang membiak. 230 00:27:42,746 --> 00:27:45,541 Banyak haiwan kecil lain di terumbu juga sedang membiak. 231 00:27:48,335 --> 00:27:50,921 Sotong katak kerdil telah mendapat pasangan. 232 00:27:56,093 --> 00:27:59,972 Sekarang sotong betina memasukkan telur dengan selamat ke dalam batu karang. 233 00:28:03,934 --> 00:28:06,103 Udang mantis juga mempunyai telur. 234 00:28:07,229 --> 00:28:08,480 Dua puluh ribu biji. 235 00:28:16,238 --> 00:28:18,740 Selepas pembersihan oleh ayah sekali lagi... 236 00:28:21,493 --> 00:28:25,038 beratus larva ikan badut dilepaskan. 237 00:28:35,215 --> 00:28:39,386 Bertelur bersama memastikan sebanyak mungkin hidupan baru 238 00:28:40,429 --> 00:28:42,764 dibawa dengan selamat oleh arus. 239 00:28:52,107 --> 00:28:55,152 Tak lama kemudian, keajaiban kecil membesar. 240 00:29:00,908 --> 00:29:03,035 Lebih kecil daripada sebiji kacang, 241 00:29:03,118 --> 00:29:07,497 anak tetasan sotong katak baru memulakan pengembaraan lautannya. 242 00:29:13,795 --> 00:29:19,468 Mungkin yang paling penting, planula batu karang bersaiz satu milimeter. 243 00:29:25,265 --> 00:29:27,351 Tertarik dengan bunyi terumbu... 244 00:29:36,193 --> 00:29:39,738 cebisan kecil yang akan membesar menjadi batu karang yang hebat. 245 00:29:41,865 --> 00:29:46,745 Serta membantu membina masa depan semua penghuni bandar batu karang ini. 246 00:30:29,913 --> 00:30:31,915 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman