1 00:00:06,174 --> 00:00:07,634 Okey. Sudah sedia? 2 00:00:10,178 --> 00:00:12,806 Ulang selepas saya. Saya, Janie Gibbs… 3 00:00:12,889 --> 00:00:14,307 Saya, Janie Gibbs… 4 00:00:14,391 --> 00:00:18,103 …berjanji untuk takkan sesekali menghadiri sekolah tarian. 5 00:00:18,186 --> 00:00:21,481 …berjanji untuk takkan sesekali menghadiri sekolah tarian. 6 00:00:22,190 --> 00:00:23,567 Saya, Harriet… 7 00:00:23,650 --> 00:00:25,402 Saya tahu. Saya yang tulis. 8 00:00:25,485 --> 00:00:30,365 Saya, Harriet M. Welsch, berjanji untuk takkan sesekali menghadiri sekolah tarian. 9 00:00:31,908 --> 00:00:33,994 Sekarang kamu boleh memeteraikannya. 10 00:00:46,882 --> 00:00:47,883 Ya. 11 00:00:49,175 --> 00:00:51,344 Saya isytiharkan angkat sumpah ini suci. 12 00:00:51,428 --> 00:00:54,222 Tidak boleh menghadiri sekolah tarian. 13 00:00:54,306 --> 00:00:57,017 Takkan sesekali! 14 00:00:58,727 --> 00:00:59,728 Kena, awak jadi! 15 00:01:00,228 --> 00:01:02,647 Bertahun lalu, saya cipta sumpah 16 00:01:02,731 --> 00:01:06,151 yang mengelakkan saya dan Janie daripada menjadi "gadis bersopan" 17 00:01:06,234 --> 00:01:08,028 seperti yang ibu kami mahukan. 18 00:01:10,572 --> 00:01:15,911 Sejak itu, ibu kami cuba semua helah yang ada supaya kami terimanya. 19 00:01:15,994 --> 00:01:17,412 Bebelan. 20 00:01:17,495 --> 00:01:18,580 Awak sudah besar, 21 00:01:18,663 --> 00:01:23,376 sebahagian daripada perkembangan indah itu ialah dengan belajar menari. 22 00:01:25,045 --> 00:01:26,546 Buat rasa bersalah. 23 00:01:26,630 --> 00:01:28,089 Jangan risaukan mak. 24 00:01:28,173 --> 00:01:30,508 Mak tak kisah menjadi satu-satunya ibu 25 00:01:30,592 --> 00:01:33,428 yang anaknya tak pandai menari di pentas tarian. 26 00:01:34,971 --> 00:01:37,432 - Rasuah. - Siapa mahu anak anjing? 27 00:01:37,515 --> 00:01:38,516 MAJALAH DUNIA ANAK ANJING 28 00:01:39,809 --> 00:01:41,561 Bekerjasama. 29 00:01:41,645 --> 00:01:43,897 Beginilah caranya sejak dulu. 30 00:01:43,980 --> 00:01:46,900 Gadis pergi ke sekolah tarian. 31 00:01:46,983 --> 00:01:48,401 Tak mahu! 32 00:01:48,485 --> 00:01:51,696 Bertahun-tahun lamanya, sumpah itu menyatukan kami. 33 00:01:51,780 --> 00:01:55,200 Kami tak perlu pakai seluar yang gatal dan kasut bertumit menyakitkan, 34 00:01:55,283 --> 00:01:59,329 tapi tahun ini ia hampir memisahkan kami. 35 00:02:00,455 --> 00:02:03,166 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 36 00:02:03,250 --> 00:02:04,960 Kita mahu jadi 37 00:02:06,002 --> 00:02:08,504 Aku akan jadi sesiapa yang aku mahu 38 00:02:08,587 --> 00:02:10,507 Autonomiku 39 00:02:10,590 --> 00:02:13,385 Tidak, aku takkan potong rambutku 40 00:02:13,468 --> 00:02:15,845 Aku akan pakai apa-apa saja 41 00:02:15,929 --> 00:02:21,935 Aku suka apabila menjadi diri sendiri 42 00:02:22,018 --> 00:02:24,771 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 43 00:02:24,854 --> 00:02:27,524 Kita tak mahu diberi arahan 44 00:02:27,607 --> 00:02:28,817 "Saya Bersumpah Untuk Tidak Menari" 45 00:02:30,860 --> 00:02:31,945 BERDASARKAN BUKU OLEH LOUISE FITZHUGH 46 00:02:32,028 --> 00:02:37,158 Ia bermula semasa saya makan sandwic mayones dengan tomato 47 00:02:37,242 --> 00:02:39,160 yang ke-2022 berturut-turut. 48 00:02:40,203 --> 00:02:42,330 Sayang. 49 00:02:46,334 --> 00:02:49,004 Ini sangat menyeronokkan. 50 00:02:50,088 --> 00:02:53,300 Harriet. Mak harap kami tak terlalu bising. 51 00:02:53,383 --> 00:02:56,344 Mak dan ayah sedang berseronok menari waltz. 52 00:02:56,428 --> 00:02:57,679 Menggembirakan betul. 53 00:02:57,762 --> 00:03:00,932 - Mahu sertai kami? - Mudah untuk pelajarinya. Cuma… 54 00:03:01,016 --> 00:03:04,728 Saya tahu rancangan mak. Buat kali ke-sejuta, 55 00:03:04,811 --> 00:03:07,856 saya sudah bersumpah takkan hadiri sekolah tarian. 56 00:03:07,939 --> 00:03:10,066 Ia bukan hanya menari. 57 00:03:10,150 --> 00:03:13,111 Ada belajar adab dan postur. 58 00:03:13,194 --> 00:03:15,864 Mak risau cara awak bergerak Harriet. 59 00:03:16,489 --> 00:03:19,075 Pantas, itulah cara saya bergerak. Pantas. 60 00:03:19,159 --> 00:03:21,786 - Serta lihat gaya berpakaian awak. - Jadi? 61 00:03:22,412 --> 00:03:25,457 Orang akan fikir mak besarkan budak selekeh. 62 00:03:28,293 --> 00:03:30,795 Sayang, ia menyeronokkan. 63 00:03:30,879 --> 00:03:33,924 Ia bukan sesuatu yang boleh dirungutkan. 64 00:03:34,007 --> 00:03:36,343 Awak tak boleh mengelak tahun ini. 65 00:03:45,268 --> 00:03:48,271 Mereka selalu fikir mereka sangat comel. 66 00:03:56,529 --> 00:03:57,697 Sekolah tarian? 67 00:03:58,907 --> 00:04:01,993 Kenapa awak anggapnya seperti satu bencana? 68 00:04:02,577 --> 00:04:05,789 Sebab saya tak suka gaun pendek, seluar ketat dan kasut. 69 00:04:05,872 --> 00:04:07,666 Ia buat saya rasa tak senonoh. 70 00:04:07,749 --> 00:04:10,168 Sabtu ialah masa penting mengintip, 71 00:04:10,252 --> 00:04:12,796 perisik takkan pergi ke sekolah tarian. 72 00:04:13,505 --> 00:04:15,006 Mereka pergi. 73 00:04:15,924 --> 00:04:18,468 Harriet, kenapa awak jadi perisik? 74 00:04:18,552 --> 00:04:19,844 Untuk menjadi penulis. 75 00:04:19,928 --> 00:04:24,099 Untuk menjadi penulis, awak perlu lihat dan tahu semuanya, 76 00:04:24,182 --> 00:04:25,850 termasuklah cara menari. 77 00:04:27,477 --> 00:04:29,020 Saya lebih sanggup jilat lantai. 78 00:04:29,896 --> 00:04:31,231 Mak berasa sangat elegan. 79 00:04:33,817 --> 00:04:38,446 Awak banyak membuang masa dan tenaga melawan ibu awak tentang sekolah tarian. 80 00:04:38,530 --> 00:04:40,949 Lebih mudah kalau awak pergi, bukan? 81 00:04:41,032 --> 00:04:45,036 Jika ia tidak sesuai, awak mungkin tak perlu ke sana lagi. 82 00:04:51,209 --> 00:04:54,212 Jadi awak mahu pergi ke sekolah tarian? 83 00:04:54,296 --> 00:04:55,797 Hanya satu kelas. 84 00:04:56,631 --> 00:04:57,632 Dengar sini. 85 00:04:58,425 --> 00:05:03,179 Kita pergi ke kelas, awak akan fikirkan idea genius untuk rosakkannya. 86 00:05:03,263 --> 00:05:05,181 Awak saintis tak waras. 87 00:05:05,265 --> 00:05:07,017 Saya saintis biasa. 88 00:05:07,976 --> 00:05:10,437 Ya. Tapi kita akan dibuang dari sana, 89 00:05:10,520 --> 00:05:13,481 hal ini akan gagal sepenuhnya 90 00:05:13,565 --> 00:05:16,651 sehingga ibu kita berputus asa tentang sekolah tarian. 91 00:05:17,319 --> 00:05:21,656 Jadi awak mahu tambahkan elemen tidak stabil, contohnya cuka, 92 00:05:21,740 --> 00:05:24,326 kepada larutan stabil, contohnya soda penaik. 93 00:05:27,621 --> 00:05:28,622 Tepat sekali. 94 00:05:30,498 --> 00:05:31,541 Tak boleh. 95 00:05:32,709 --> 00:05:33,960 Apa? Kenapa? 96 00:05:34,044 --> 00:05:38,298 Kita dah bersumpah takkan sesekali hadiri sekolah tarian. 97 00:05:39,507 --> 00:05:41,635 Ia hanya satu kelas. 98 00:05:41,718 --> 00:05:44,012 Ada balasannya kalau langgar sumpah. 99 00:05:44,095 --> 00:05:46,890 Kalau sumpah bukan untuk dilanggar, 100 00:05:46,973 --> 00:05:49,976 jadi kenapa sumpah balas wujud? 101 00:05:52,562 --> 00:05:55,774 Satu, dua, tiga. 102 00:05:55,857 --> 00:05:58,818 Mereka bersubahat. Ibu bapa saya baru cuba cara ini. 103 00:05:58,902 --> 00:06:00,820 Satu, dua, tiga. 104 00:06:00,904 --> 00:06:06,284 Harriet, baguslah awak ada. Mak cik dan pak cik sedang menari waltz. 105 00:06:06,368 --> 00:06:08,286 Kamu berdua mahu sertai kami? 106 00:06:08,370 --> 00:06:12,040 Ayuh, Janie. Sudah masanya awak belajar sedikit adab. 107 00:06:12,123 --> 00:06:15,210 Satu, dua, tiga. 108 00:06:15,293 --> 00:06:17,921 Satu, dua, tiga. 109 00:06:18,004 --> 00:06:19,673 Satu, dua, tiga. 110 00:06:19,756 --> 00:06:23,134 Baiklah, cukup. Saya akan ke sekolah tarian. 111 00:06:33,853 --> 00:06:37,691 Gatalnya. Aduh! Kenapa ia gatal? Ia dibuat daripada semut. 112 00:06:38,358 --> 00:06:39,985 Rasa seperti anjing poodle. 113 00:06:41,027 --> 00:06:42,988 Ini hari saya yang paling teruk. 114 00:06:44,531 --> 00:06:47,951 Ia akan berakhir nanti. Awak sudah sedia untuk sumpah balas? 115 00:06:59,921 --> 00:07:06,136 Tarian sekolah menghadiri sesekali takkan untuk berjanji, Welsch M. Harriet, saya. 116 00:07:06,219 --> 00:07:11,016 Tarian sekolah menghadiri sesekali takkan untuk berjanji, Gibbs Janie, saya. 117 00:07:11,892 --> 00:07:14,519 Sumpah balas pertama kita. Saya rasa pening. 118 00:07:25,739 --> 00:07:29,659 Rasa seperti pakai ladam! Siapa boleh berjalan pakai kasut ini? 119 00:07:29,743 --> 00:07:30,952 Ya. 120 00:07:32,037 --> 00:07:34,080 Siapa kata awak boleh pandang saya? 121 00:07:37,626 --> 00:07:39,044 Diam, semua! 122 00:07:41,004 --> 00:07:44,216 Saya En. Dubois, guru tarian kamu. 123 00:07:45,926 --> 00:07:46,968 Siapa nama awak? 124 00:07:47,052 --> 00:07:48,970 Harriet M. Welsch. 125 00:07:52,599 --> 00:07:54,184 Saya sukakan cabaran. 126 00:08:00,315 --> 00:08:02,442 Lembutkan bahu awak. 127 00:08:02,525 --> 00:08:04,361 Tangan awak terlalu rendah. 128 00:08:05,028 --> 00:08:07,030 Jarak kaki selebar bahu. 129 00:08:08,240 --> 00:08:09,950 Bagus, Cik Hawthorne. 130 00:08:10,033 --> 00:08:15,121 Inilah postur, dan banyak ia sampaikan tanpa kata-kata. 131 00:08:15,205 --> 00:08:18,792 Saya boleh beritahu banyak perkara dengan hanya melihat postur. 132 00:08:18,875 --> 00:08:22,587 Keyakinan, kelas, kebaikan hati, jiwa mereka… 133 00:08:22,671 --> 00:08:27,092 Lebih cepat kalau senaraikan perkara yang postur tak boleh tunjukkan. 134 00:08:27,592 --> 00:08:31,096 Cik Welsch, jangan membongkok. Awak bukan Si Bongkok Notre Dame. 135 00:08:31,763 --> 00:08:35,850 Saya terpaksa. Pinky terlalu pendek. Saya perlu membongkok. 136 00:08:42,148 --> 00:08:44,192 Sangat bagus, Cik Gibbs. 137 00:08:45,485 --> 00:08:48,363 Apa yang dia buat? Kenapa dia senyum? 138 00:08:48,446 --> 00:08:51,700 Kemudian saya sedar, ini mesti sebahagian rancangannya. 139 00:08:51,783 --> 00:08:54,411 Sudah tentu. Jadi pelajar kegemaran guru, 140 00:08:54,494 --> 00:08:57,455 dapatkan kepercayaan, kemudian musnahkannya. 141 00:08:57,539 --> 00:08:59,374 Hanya menunggu masa. 142 00:09:00,250 --> 00:09:04,296 Satu, dua, tiga. 143 00:09:04,379 --> 00:09:07,340 Masalahnya, rancangan Janie mengambil masa sangat lama. 144 00:09:07,424 --> 00:09:08,425 Janie. 145 00:09:09,801 --> 00:09:10,802 Harriet! 146 00:09:10,886 --> 00:09:13,179 - Apa? - Awak pijak jari kaki saya. 147 00:09:15,348 --> 00:09:16,349 Cik Welsch. 148 00:09:16,433 --> 00:09:18,977 Belakang saya tegak. 149 00:09:19,728 --> 00:09:23,648 Awak lebih awal daripada rentak. Ikut langkah En. Whitehead. 150 00:09:24,441 --> 00:09:25,942 Salah sarung tangan ini. 151 00:09:26,026 --> 00:09:29,988 Ia buat tangan saya berasa gatal sehingga ke kaki saya. 152 00:09:30,071 --> 00:09:31,197 Berhenti! 153 00:09:33,116 --> 00:09:35,452 Awak tak boleh buka sarung tangan. 154 00:09:35,535 --> 00:09:37,329 Tapi bagaimana rasa gatal ini? 155 00:09:37,412 --> 00:09:39,581 Ia bukan untuk keselesaan, Cik Welsch. 156 00:09:39,664 --> 00:09:44,252 Ia untuk lindungi awak daripada tangan teman awak yang berpeluh dan berkuman. 157 00:09:54,638 --> 00:09:56,556 Stoking Ungu, saya memintas. 158 00:09:57,182 --> 00:09:59,309 Saya sudah tak tahan. 159 00:10:00,727 --> 00:10:01,728 Apa rancangan awak? 160 00:10:02,395 --> 00:10:04,231 Saya tak tahu cara nak beritahu awak. 161 00:10:04,314 --> 00:10:08,401 - Jadi rancangan itu agak rumit. - Saya suka menari. 162 00:10:08,985 --> 00:10:10,695 Awak tak suka. 163 00:10:10,779 --> 00:10:12,405 Ya, saya suka. 164 00:10:12,489 --> 00:10:14,950 - Awak tak pernah suka. - Sebab tak pernah cuba. 165 00:10:15,033 --> 00:10:17,911 Cik Welsch, kembali kepada teman awak sekarang juga. 166 00:10:20,872 --> 00:10:24,376 - Ayuh, Pinky. - Saya yang mengetuai. 167 00:10:24,459 --> 00:10:26,253 Jadilah ketua. Ke sana. 168 00:10:31,299 --> 00:10:34,511 Janie. Awak betul tentang sumpah itu. Melanggarnya… 169 00:10:34,594 --> 00:10:36,304 Pusing kembali! 170 00:10:36,388 --> 00:10:40,433 …satu kesilapan besar. Saya mahu baikinya. Mungkin kita boleh cipta… 171 00:10:42,811 --> 00:10:44,479 Lihat arah awak menari. 172 00:10:44,563 --> 00:10:46,648 Tapi awak cakap jangan tengok awak. 173 00:10:48,942 --> 00:10:52,195 Sumpah balas balas. Mari buat sumpah balas balas. 174 00:10:52,279 --> 00:10:54,531 Tak. Saya gembira kita langgar sumpah. 175 00:10:54,614 --> 00:10:57,200 Jika tidak saya takkan cuba tarian. 176 00:10:57,742 --> 00:10:59,327 Tapi… Mari ke sini. 177 00:11:03,707 --> 00:11:04,708 Cik Welsch! 178 00:11:04,791 --> 00:11:09,129 Awak mengetuai, bukan mengikut seperti yang gadis patut buat. 179 00:11:09,921 --> 00:11:12,632 Apa? Hanya lelaki boleh mengetuai? Kenapa? 180 00:11:12,716 --> 00:11:17,804 Ia begini sejak dulu sebab lelaki lebih besar dan lebih kuat. 181 00:11:17,888 --> 00:11:20,557 Tapi dia lagi besar daripada saya. 182 00:11:20,640 --> 00:11:21,933 Awak akan jadi lebih besar. 183 00:11:22,017 --> 00:11:23,310 Cikgu belum jumpa ayah saya. 184 00:11:23,393 --> 00:11:26,313 Ini tak adil. Gadis pun boleh mengetuai. 185 00:11:26,396 --> 00:11:27,439 Betul, Janie? 186 00:11:30,358 --> 00:11:33,820 Okey, saya tak boleh harapkan Janie sekarang ini. 187 00:11:33,904 --> 00:11:39,075 Tapi apabila dia nampak tindakan saya, dia akan sokong saya. 188 00:11:41,161 --> 00:11:45,707 Ayuh, semua, menari dengan bebas. Tidak ada peraturan. 189 00:11:52,339 --> 00:11:55,091 Gadis boleh mengetuai, kita tak perlukan teman 190 00:11:55,175 --> 00:11:58,803 dan tak perlu melecet! 191 00:12:01,890 --> 00:12:04,017 Berhenti mengarut begini. 192 00:12:05,185 --> 00:12:10,315 Ini bukan mengarut, En. Dubois. Ini revolusi! 193 00:12:10,398 --> 00:12:14,527 Lupakan belenggu tradisi. Tunjuk perasaan kamu. 194 00:12:14,611 --> 00:12:16,988 Beth Ellen, awak tahu awak mahu. 195 00:12:19,366 --> 00:12:20,367 Pinky? 196 00:12:21,868 --> 00:12:25,914 Tangan awak tak boleh masuk situ, En. Whitehead. Pergi basuh cepat. 197 00:12:28,291 --> 00:12:29,292 Janie? 198 00:12:47,894 --> 00:12:50,188 Sport, tolong saya. 199 00:12:50,272 --> 00:12:52,190 Hai, saya sedang berlatih. 200 00:12:52,274 --> 00:12:54,693 Tapi saya perlukan penjaga sumpah. 201 00:12:56,403 --> 00:12:57,445 Sebentar. 202 00:12:59,656 --> 00:13:01,992 Jurulatih, saya perlu ke tandas. 203 00:13:02,075 --> 00:13:05,370 Hei, ayuh. Buku sumpah ada dalam lokar saya. 204 00:13:08,164 --> 00:13:10,292 Tiada. Awak kata ada di sini. 205 00:13:15,338 --> 00:13:18,049 Bahagian rahsia. Bagus. 206 00:13:20,760 --> 00:13:22,304 Okey, Sport, dengar. 207 00:13:22,387 --> 00:13:25,056 Saya buat sumpah balas dan itu satu kesilapan besar. 208 00:13:25,140 --> 00:13:28,184 - Sekarang saya perlu cari… - Sport, kembali ke sini. 209 00:13:28,268 --> 00:13:30,103 Saya perlu pergi berlatih. 210 00:13:33,481 --> 00:13:35,525 Hei, jumpa apa-apa yang membantu? 211 00:13:35,609 --> 00:13:36,610 Tidak. 212 00:13:37,777 --> 00:13:40,280 Siapa saksi semasa awak buat sumpah balas? 213 00:13:40,363 --> 00:13:43,158 Sumpah balas tak perlukan saksi, bukan? 214 00:13:43,783 --> 00:13:47,662 Ya, perlu. Muka surat 27, artikel empat, bahagian B. 215 00:13:47,746 --> 00:13:49,247 Sport, pertahanan! 216 00:13:58,590 --> 00:13:59,591 Janie. 217 00:14:00,759 --> 00:14:02,802 Sport, apa awak buat di sini? 218 00:14:02,886 --> 00:14:04,346 Kita perlu berbual. 219 00:14:05,305 --> 00:14:07,974 "Seperti angkat sumpah yang lain, sumpah balas perlu ada saksi. 220 00:14:08,058 --> 00:14:10,560 Tanpanya, ia tidak sah. Jadi…" 221 00:14:10,644 --> 00:14:13,021 Sumpah balas kita tidak sah. 222 00:14:13,104 --> 00:14:16,733 Ya. Tidak boleh sesekali ke sekolah tarian. 223 00:14:16,816 --> 00:14:19,986 - Tapi kita dah bermula. - Awak perlu cari cara untuk keluar. 224 00:14:20,070 --> 00:14:23,615 Kita masuk kembali, buat perangai aneh dan dibuang selamanya. 225 00:14:23,698 --> 00:14:26,534 Supaya sumpah itu tidak berada dalam bahaya lagi. 226 00:14:26,618 --> 00:14:31,164 Atau kita boleh buat semula sumpah balas, di sini, dengan Sport sebagai saksi. 227 00:14:31,248 --> 00:14:36,378 Tidak, jika begitu, kita mempertahankan peraturan yang gadis tak boleh jadi ketua. 228 00:14:40,382 --> 00:14:42,175 Ini yang awak mahu? 229 00:14:46,012 --> 00:14:49,099 Baiklah. Sumpah tetap satu sumpah. 230 00:14:53,228 --> 00:14:57,274 Cik Welsch, saya hargai awak berubah sikap. 231 00:14:59,985 --> 00:15:01,111 Jadi apa rancangan awak? 232 00:15:01,611 --> 00:15:03,405 Suruh Pinky ajak awak menari. 233 00:15:07,367 --> 00:15:09,077 Pinky, ajak saya menari. 234 00:15:09,995 --> 00:15:13,915 - Okey. Sebentar, ini perangkap? - Pinky! 235 00:15:13,999 --> 00:15:16,001 Boleh menari dengan saya? 236 00:15:17,085 --> 00:15:18,336 Sudah tentu. 237 00:15:20,922 --> 00:15:25,969 Dia berserah kepada keseronokan menari. Semuanya begitu. 238 00:15:28,805 --> 00:15:29,931 Sekarang apa? 239 00:15:39,274 --> 00:15:40,859 Pakainya kembali! 240 00:15:47,741 --> 00:15:48,992 Kuman. 241 00:15:51,119 --> 00:15:52,370 Kekasaran! 242 00:15:54,497 --> 00:15:56,833 Menggerunkan! 243 00:15:58,960 --> 00:16:00,921 Saya dah tahu ini perangkap. 244 00:16:02,047 --> 00:16:04,841 Kamu berdua. Pergi. 245 00:16:05,592 --> 00:16:07,969 Awak nampak mukanya? 246 00:16:09,221 --> 00:16:10,764 Hei, awak mahu minum soda? 247 00:16:10,847 --> 00:16:13,099 Saya mulakan laluan intipan pukul empat. 248 00:16:13,183 --> 00:16:15,227 Menari sangat teruk? 249 00:16:16,061 --> 00:16:19,314 Atau ia teruk sebab awak tak pandai, tapi saya pandai? 250 00:16:20,607 --> 00:16:22,651 Ada berjuta sebab ia teruk, 251 00:16:22,734 --> 00:16:25,362 tapi yang utama sebab gadis perlu ikut lelaki. 252 00:16:25,445 --> 00:16:26,863 Bagaimana awak boleh terimanya? 253 00:16:26,947 --> 00:16:28,907 Sebab saya sudah biasa. 254 00:16:28,990 --> 00:16:32,452 Awak sentiasa mengetuai dan saya sentiasa ikut. Saya sudah bosan. 255 00:16:32,535 --> 00:16:33,912 Saya tak sentiasa mengetuai. 256 00:16:33,995 --> 00:16:34,996 Ya, awak mengetuai. 257 00:16:37,666 --> 00:16:41,545 Kata budak yang tinggalkan kawan baiknya. 258 00:16:45,757 --> 00:16:48,093 Untuk buat saya lupakan hal Janie, 259 00:16:48,176 --> 00:16:51,346 saya pergi mengintip En. Withers dan 26 ekor kucingnya. 260 00:16:51,930 --> 00:16:54,683 Malangnya, fikiran saya ada idea lain. 261 00:16:55,517 --> 00:16:58,812 Kamu tahu kenapa kamu semua kawan baik saya? 262 00:16:58,895 --> 00:17:00,146 Kenapa? 263 00:17:00,230 --> 00:17:04,651 Sebab kamu sentiasa dengar cakap saya, sentiasa setia 264 00:17:04,734 --> 00:17:08,237 dan takkan sesekali pergi ke kelas tarian. 265 00:17:08,862 --> 00:17:12,617 Saya tak mahu jadi setia. Awak sentiasa mengetuai. 266 00:17:13,785 --> 00:17:14,869 Saya mahu menari. 267 00:17:15,996 --> 00:17:18,372 Kenapa kami selalu ikut cara awak? 268 00:17:18,456 --> 00:17:19,958 Ya. 269 00:17:26,590 --> 00:17:29,718 Saya tak sentiasa mengetuai, bukan? 270 00:17:29,801 --> 00:17:33,179 Saya akan ikut Janie dengan gembiranya ke mana-mana saja. 271 00:17:33,263 --> 00:17:34,764 Tapi bukan ke cenuram. 272 00:17:34,848 --> 00:17:37,851 Tarian seperti cenuram. Saya takkan ikut Janie ke sana. 273 00:17:38,560 --> 00:17:43,481 Saya takkan ikut Janie ke tarian, sama seperti ke cenuram. 274 00:17:43,565 --> 00:17:45,984 Bahasanya lebih bagus, tapi bunyinya aneh. 275 00:17:51,323 --> 00:17:52,532 Helo, Harriet. 276 00:17:52,616 --> 00:17:53,992 Boleh saya jumpa Janie? 277 00:17:54,075 --> 00:17:56,036 Dia tak mahu bercakap dengan awak. 278 00:17:56,119 --> 00:17:59,581 Mak cik tak salahkan dia, selepas tindakan kamu di kelas tarian. 279 00:18:01,791 --> 00:18:02,792 Okey. 280 00:18:05,253 --> 00:18:08,882 Pn. Gibbs tak boleh jauhkan saya dan Janie. 281 00:18:11,468 --> 00:18:13,845 Persahabatan kami dalam bahaya. 282 00:18:19,309 --> 00:18:22,145 Kami perlu selesaikannya. Saya akan terangkan sebab saya, 283 00:18:22,229 --> 00:18:25,607 beritahu dia yang mengetuai itu sukar, tapi dia boleh lakukannya. 284 00:18:33,198 --> 00:18:36,743 Dia memang bagus. 285 00:18:36,826 --> 00:18:39,621 Saya juga tak pernah nampak dia gembira begini. 286 00:18:41,581 --> 00:18:46,628 Saya tahu perkara saya perlu buat dan saya langsung tak suka. 287 00:18:47,462 --> 00:18:50,382 Satu, dua, tiga. 288 00:18:51,675 --> 00:18:56,096 - Cik Welsch? Saya ingat awak dah… - Semuanya idea saya. 289 00:18:56,179 --> 00:18:59,641 Janie tak mahu mensabotaj kelas cikgu. Saya yang paksa. 290 00:19:01,518 --> 00:19:03,311 Apa yang awak pakai? 291 00:19:04,271 --> 00:19:06,815 - Cikgu perlu terima dia semula. - Tidak. 292 00:19:06,898 --> 00:19:10,026 Tolonglah. Dia suka dan pandai menari. 293 00:19:10,110 --> 00:19:11,111 Saya cakap tidak. 294 00:19:12,237 --> 00:19:13,947 Saya akan buat apa-apa saja. 295 00:19:14,030 --> 00:19:15,282 Apa-apa saja? 296 00:19:16,866 --> 00:19:21,079 Jika kamu mahu buat perjanjian, jangan setuju dengan "apa-apa saja." 297 00:19:23,331 --> 00:19:26,126 Ia berkedut. Mula semula. 298 00:19:29,296 --> 00:19:34,009 Berita baiknya, keesokkannya, En. Dubois benarkan Janie ke kelas. 299 00:19:38,138 --> 00:19:39,139 Hei. 300 00:19:39,639 --> 00:19:40,640 Hei. 301 00:19:40,724 --> 00:19:45,270 Jadi cara saya buat En. Dubois terima awak kembali boleh tahan, bukan? 302 00:19:47,022 --> 00:19:52,819 Apa saya mahu katakan tentang hal sebelum ini, 303 00:19:52,903 --> 00:19:54,446 maafkan saya. 304 00:19:55,989 --> 00:19:57,449 Boleh berhenti berbual? 305 00:19:57,532 --> 00:20:00,035 Tangan saya semakin berkuman. 306 00:20:02,203 --> 00:20:06,082 Saya sangka minta maaf akan pulihkan keadaan. 307 00:20:06,166 --> 00:20:08,501 Tapi mungkin tak semestinya begitu. 308 00:20:10,420 --> 00:20:12,839 Akhirnya, apabila masa persembahan tarian, 309 00:20:12,923 --> 00:20:18,178 saya duduk dengan sopan sebagai penonton dan memetik kata-kata En. Dubois, 310 00:20:18,261 --> 00:20:21,848 berserah kepada keseronokan melihat Janie menari. 311 00:20:21,932 --> 00:20:24,226 Saya menyeterika sarung tangan itu. 312 00:20:25,977 --> 00:20:27,354 Kenapa? 313 00:20:27,437 --> 00:20:28,980 Mak harap awak di pentas itu. 314 00:20:33,360 --> 00:20:34,861 Sekolah tarian. 315 00:20:34,945 --> 00:20:38,531 Satu-satu yang bagus tentangnya ialah Marion bukan yang terbaik. 316 00:20:42,244 --> 00:20:43,453 Tapi Janie. 317 00:21:09,312 --> 00:21:12,148 Cik Welsch, mahu menari dengan saya? 318 00:21:12,649 --> 00:21:13,650 Apa? 319 00:21:13,733 --> 00:21:15,569 Janie, apa yang awak buat? 320 00:21:15,652 --> 00:21:17,445 Ajak Harriet menari. 321 00:21:18,029 --> 00:21:20,031 Tak boleh. Saya tak pandai menari. 322 00:21:20,115 --> 00:21:22,742 Ikut saja saya kali ini. 323 00:21:23,368 --> 00:21:25,287 Dengan gembiranya. 324 00:21:29,124 --> 00:21:31,793 Tidak! Cik Welsch, Cik Gibbs. Berhenti! 325 00:21:33,670 --> 00:21:35,755 Pn. Welsch, Pn. Gibbs! 326 00:21:36,423 --> 00:21:37,924 Sekurang-kurangnya mereka menari. 327 00:21:39,259 --> 00:21:40,552 Betul. 328 00:21:43,221 --> 00:21:45,265 Harriet, awak pijak jari kaki saya. 329 00:21:45,348 --> 00:21:46,975 Saya dah cakap saya tak pandai. 330 00:21:48,143 --> 00:21:52,856 Hei, saya ada berfikir, saya mahu buat satu lagi angkat sumpah. 331 00:21:52,939 --> 00:21:55,233 Untuk tidak buat angkat sumpah lagi? 332 00:21:55,317 --> 00:21:57,193 Tepat sekali. 333 00:22:08,955 --> 00:22:11,458 Cik Hansen! Apa yang awak buat? 334 00:22:14,127 --> 00:22:15,253 En. Whitehead! 335 00:22:16,213 --> 00:22:21,551 Tak mengapa. Teruskan menari. Cuma jangan buka sarung tangan. 336 00:22:24,346 --> 00:22:26,431 Ole Golly betul. 337 00:22:26,514 --> 00:22:30,060 Kita perlu tahu semuanya jika mahu menjadi penulis. 338 00:22:30,143 --> 00:22:33,438 Walaupun saya sebenarnya tak belajar menari, 339 00:22:33,521 --> 00:22:35,148 saya belajar sesuatu lebih baik, 340 00:22:35,232 --> 00:22:40,153 kawan baik perlu tahu waktu mengetuai dan waktu mengikuti. 341 00:23:51,391 --> 00:23:53,393 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman