1 00:00:07,884 --> 00:00:10,053 Biar betul? 2 00:00:12,347 --> 00:00:14,724 Harriet, jaga perangai awak. 3 00:00:14,808 --> 00:00:17,310 Ia sangat ungu. 4 00:00:17,811 --> 00:00:21,314 Saya lebih sanggup makan rumput berbanding membeli kot, 5 00:00:21,398 --> 00:00:24,568 tapi ibu kata sama ada kot baru atau saya tiada kot. 6 00:00:24,651 --> 00:00:27,028 Sebab saya sangat tak suka kesejukan… 7 00:00:27,112 --> 00:00:28,822 Jadi begitulah. 8 00:00:28,905 --> 00:00:30,448 Saya nampak seperti plum. 9 00:00:31,157 --> 00:00:33,159 Tidak. Plum manis. 10 00:00:33,994 --> 00:00:35,078 Cuba yang seterusnya. 11 00:00:38,456 --> 00:00:39,624 Alamak! 12 00:00:52,095 --> 00:00:53,763 Zip dungu! 13 00:00:55,974 --> 00:00:57,809 Semuanya okey di dalam sana? 14 00:00:57,893 --> 00:00:59,227 Cuba awak tanya dia. 15 00:00:59,311 --> 00:01:01,104 Lepaskan saya, kot. 16 00:01:03,773 --> 00:01:06,109 Tak mengapalah. 17 00:01:09,821 --> 00:01:13,158 Ia buat saya sesak nafas. 18 00:01:13,241 --> 00:01:14,743 Mungkin saya boleh tolong. 19 00:01:18,330 --> 00:01:22,334 Masa depan kot saya nampak suram sebelum saya nampaknya. 20 00:01:22,959 --> 00:01:28,965 Warna, biru kelasi. Gaya, peacoat. Saiz, medium kanak-kanak. 21 00:01:29,049 --> 00:01:30,675 Ia sempurna! 22 00:01:31,176 --> 00:01:33,470 Tapi saya tak tahu ia akan bawa saya 23 00:01:33,553 --> 00:01:36,681 ke rahsia sulit, ais krim banana split yang licik 24 00:01:36,765 --> 00:01:40,602 dan pertandingan merenung untuk lihat siapa akan kelip mata dulu, 25 00:01:40,685 --> 00:01:43,313 kebebasan atau kezaliman. 26 00:01:43,897 --> 00:01:46,566 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 27 00:01:46,650 --> 00:01:48,318 Kita mahu jadi 28 00:01:49,444 --> 00:01:52,280 Aku akan jadi sesiapa yang aku mahu 29 00:01:52,364 --> 00:01:54,032 Autonomiku 30 00:01:54,115 --> 00:01:56,910 Tidak, aku takkan potong rambutku 31 00:01:56,993 --> 00:01:59,537 Aku akan pakai apa-apa saja 32 00:01:59,621 --> 00:02:05,627 Aku suka apabila menjadi diri sendiri 33 00:02:05,710 --> 00:02:08,254 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 34 00:02:08,337 --> 00:02:11,174 Kita tak mahu diberi arahan 35 00:02:11,258 --> 00:02:12,259 "Undian Kot" 36 00:02:14,427 --> 00:02:15,387 BERDASARKAN BUKU OLEH LOUISE FITZHUGH 37 00:02:18,139 --> 00:02:20,517 Sebelum bermula dengan kot baru, 38 00:02:20,600 --> 00:02:22,269 saya mahu perkenalkan kot lama. 39 00:02:24,521 --> 00:02:28,650 Saya temui lencana ini di kereta api 6 dan guna untuk tutup lubang rama-rama. 40 00:02:28,733 --> 00:02:30,777 Saya pernah sesat di Central Park. 41 00:02:30,860 --> 00:02:33,321 Di sini rupanya rasa mencucuk itu. 42 00:02:33,405 --> 00:02:36,616 Kebanyakan kotoran dari kemalangan berkaitan mustard 43 00:02:36,700 --> 00:02:39,119 semasa basikal saya langgar penjual hot dog. 44 00:02:40,036 --> 00:02:44,541 Kami ada banyak pengalaman bersama dan saya rasa bersalah untuk tukarnya. 45 00:02:46,710 --> 00:02:49,921 Saya takkan lupakan awak, kot. Jangan pandang. 46 00:02:54,801 --> 00:02:58,471 - Bagaimana? - Saya masih tak yakin ia gaya saya. 47 00:02:59,556 --> 00:03:01,141 Berikannya masa. 48 00:03:03,101 --> 00:03:05,020 Selamat tinggal, kawan. 49 00:03:08,899 --> 00:03:12,694 Kot lama saya akan buat banyak bunyi libasan 50 00:03:12,777 --> 00:03:15,530 apabila saya berlari laju atau tiba-tiba bergerak, 51 00:03:16,948 --> 00:03:19,868 Kot ini sunyi seperti bayang-bayang. 52 00:03:21,786 --> 00:03:24,831 Jika saya angkat kolarnya, saya rasa seperti Jack London, 53 00:03:24,915 --> 00:03:27,792 penulis hebat yang anda patut baca 54 00:03:27,876 --> 00:03:31,004 yang pergi mengembara ke Great White North. 55 00:03:33,965 --> 00:03:39,137 Saya beritahu diri jika saya boleh buat kapten kapal tunda bunyikan honnya, 56 00:03:39,221 --> 00:03:42,641 jadi peacoat ini kot yang sesuai untuk saya. 57 00:03:55,278 --> 00:03:58,615 Saya sudah sukakan kot saya semasa sampai ke sekolah 58 00:03:58,698 --> 00:04:02,118 seperti kita sukakan lagu sempurna, buku hebat 59 00:04:02,202 --> 00:04:05,330 atau sandwic tomato roti putih yang dipotong pepenjuru. 60 00:04:05,914 --> 00:04:06,957 Kemudian, seperti biasa, 61 00:04:07,040 --> 00:04:10,043 Marion Hawthorne rosakkan semuanya. 62 00:04:22,639 --> 00:04:25,892 Tolong cakap kot itu bukan buatan Smithers of London. 63 00:04:26,977 --> 00:04:28,979 "Smithers of London." 64 00:04:29,062 --> 00:04:31,106 Smithers of London 65 00:04:31,189 --> 00:04:33,441 Awak kena bukanya. Sekarang. 66 00:04:35,193 --> 00:04:38,738 Kenapa awak tak pakai kot lain? Awak ada 5,000 kot bukan? 67 00:04:38,822 --> 00:04:40,657 Saya hanya ada kot ini. 68 00:04:41,658 --> 00:04:44,327 Harriet, saya sedang tolong awak. 69 00:04:44,411 --> 00:04:47,497 Kalau awak pakainya, orang akan ingat awak peniru. 70 00:04:47,581 --> 00:04:51,042 Bagaimana saya jadi peniru jika saya tak tahu kot awak sama? 71 00:04:51,126 --> 00:04:53,879 Awak tahu saya akan pakai kot yang begini. 72 00:04:54,546 --> 00:04:57,132 Awak berpura-pura tak suka saya, Harriet, 73 00:04:57,215 --> 00:04:59,384 tapi saya tahu rahsia sulit awak. 74 00:04:59,926 --> 00:05:01,428 Awak mahu menjadi saya. 75 00:05:02,888 --> 00:05:08,852 Saya beli kot ini sebab ia sangat menunjukkan… 76 00:05:08,935 --> 00:05:10,312 Diri saya. 77 00:05:10,395 --> 00:05:11,646 Diri saya! 78 00:05:11,730 --> 00:05:15,191 Kalau awak begitu yakin, apa kata kita buat undian? 79 00:05:15,775 --> 00:05:19,654 - Undian? - Kot itu gaya awak atau gaya saya? 80 00:05:19,738 --> 00:05:21,573 Biar kelas yang tentukannya? 81 00:05:21,656 --> 00:05:23,867 Pemenang boleh pakai kot ini. 82 00:05:23,950 --> 00:05:27,621 Ini idea tak masuk akal, kita berdua pakai kot ini. 83 00:05:28,747 --> 00:05:30,290 Supaya awak boleh jadi saya? 84 00:05:30,373 --> 00:05:31,791 Saya bukan… 85 00:05:31,875 --> 00:05:34,669 Mungkin awak yang mahu jadi saya? 86 00:05:37,005 --> 00:05:41,259 Saya pasti awak mahu jadi saya! 87 00:05:41,343 --> 00:05:42,802 Awaklah peniru. 88 00:05:45,889 --> 00:05:48,767 Undian kot? Kenapa awak setuju? 89 00:05:48,850 --> 00:05:50,268 Apa saya patut buat? 90 00:05:50,352 --> 00:05:53,438 Marion asyik cakap saya cuba jadi sepertinya. 91 00:05:53,521 --> 00:05:54,606 Saya boleh menang. 92 00:05:54,689 --> 00:05:57,275 Tapi awak tak pernah kalahkan Marion. 93 00:05:57,359 --> 00:05:59,444 Saya tahu. 94 00:05:59,527 --> 00:06:03,114 Ia akan menjadi pertandingan kepopularan yang mengarut. 95 00:06:03,740 --> 00:06:05,450 Ya, untuk Marion. 96 00:06:05,533 --> 00:06:10,038 Tapi saya akan buktikan yang saya hanya meniru 97 00:06:10,121 --> 00:06:12,582 Harriet M. Welsch. 98 00:06:13,166 --> 00:06:15,252 Berambuslah. Merpati dungu. 99 00:06:15,794 --> 00:06:17,921 Harriet, dengan kemunculan undian kot, 100 00:06:18,004 --> 00:06:21,758 ada respons apabila Marion Hawthorne berkata awak peniru? 101 00:06:21,841 --> 00:06:23,009 Apa? 102 00:06:23,093 --> 00:06:27,138 Orang kata meniru sejenis pujian paling ikhlas. 103 00:06:27,222 --> 00:06:28,932 Tapi dengan Harriet, 104 00:06:29,015 --> 00:06:32,352 saya lebih gembira kalau dia berhenti menjadi seperti saya 105 00:06:32,435 --> 00:06:34,813 dan mula cuba menjadi diri sendiri. 106 00:06:35,480 --> 00:06:36,690 Ada soalan? 107 00:06:39,276 --> 00:06:40,485 Maaf. 108 00:06:40,569 --> 00:06:42,237 Kami sedang baikinya. Maaf. 109 00:06:43,572 --> 00:06:47,659 Marion, boleh beritahu kenapa awak kata kot itu gaya awak? 110 00:06:50,495 --> 00:06:52,289 Perlu kata apa lagi? 111 00:06:52,372 --> 00:06:55,375 Jadi kenapa kot itu gaya awak? 112 00:06:55,458 --> 00:06:58,670 Ia gaya sebab ia ada poket rahsia untuk buku nota saya. 113 00:06:58,753 --> 00:07:00,672 Ia juga ada poket sisi yang dalam, 114 00:07:00,755 --> 00:07:03,717 sesuai untuk simpan barang rawak saya temui di jalan. 115 00:07:04,801 --> 00:07:06,845 Ia seperti muzium poket kot. 116 00:07:07,429 --> 00:07:12,100 Saya hanya ada satu kot, Marion, sebab satu kot saja ada gaya saya. 117 00:07:12,183 --> 00:07:14,311 Berapa banyak kot awak ada? 118 00:07:14,394 --> 00:07:15,604 Satu. 119 00:07:16,271 --> 00:07:18,982 - Satu? - Saya buang yang lain. 120 00:07:19,065 --> 00:07:21,693 Ini kot Smithers of London, Harriet. 121 00:07:21,776 --> 00:07:23,278 Smithers of London 122 00:07:23,361 --> 00:07:25,363 Pencarian saya dah berakhir. 123 00:07:26,239 --> 00:07:30,076 - Sangat hebat! - Ya, betul. 124 00:07:33,079 --> 00:07:35,624 "Pencarian saya dah berakhir." 125 00:07:36,166 --> 00:07:38,209 Dia mesti ada beratus kot. 126 00:07:38,293 --> 00:07:41,213 Betul. Kita cuma perlukan bukti. 127 00:07:41,838 --> 00:07:46,718 Hei, Harriet. Saya dan Pinky mahu beritahu yang kami akan undi awak. 128 00:07:46,801 --> 00:07:50,013 Kami bosan Marion selalu layan kami seperti budak dungu. 129 00:07:50,096 --> 00:07:51,264 Itu bukan salah kami. 130 00:07:51,348 --> 00:07:53,558 Ia di luar kawalan kami. 131 00:07:53,642 --> 00:07:55,143 Terima kasih untuk undian kamu. 132 00:07:55,227 --> 00:07:57,020 - Harriet! - Beritahu semua. 133 00:07:57,103 --> 00:07:58,104 Hei. 134 00:08:04,819 --> 00:08:06,780 Saya dah bahagikan gred enam 135 00:08:06,863 --> 00:08:08,907 untuk tahu cara mereka mengundi. 136 00:08:08,990 --> 00:08:13,161 Sport terangkan penyokong Marion ada dua kumpulan. 137 00:08:13,245 --> 00:08:16,081 Orang yang mahu menjadi seperti Marion Hawthorne. 138 00:08:16,164 --> 00:08:19,417 Saya bukan mahu jadi seperti Marion. 139 00:08:19,501 --> 00:08:21,711 Dia Marion dan saya diri saya… 140 00:08:22,212 --> 00:08:24,798 Okey, saya mahu jadi seperti Marion. 141 00:08:26,758 --> 00:08:28,885 Saya pun nak jadi seperti Marion. 142 00:08:29,719 --> 00:08:33,390 Satu lagi kumpulan yang takutkan Marion Hawthorne. 143 00:08:33,472 --> 00:08:37,060 Saya memang takutkan dia, tapi tak seteruk mereka. 144 00:08:40,813 --> 00:08:44,109 Di sini, kita ada pengundi yang mungkin undi awak. 145 00:08:44,192 --> 00:08:47,571 Ada pelajar baru yang tak tahu apa-apa. 146 00:08:47,654 --> 00:08:49,030 Maaf, apa berlaku? 147 00:08:49,114 --> 00:08:51,491 Serta orang yang tak peduli 148 00:08:51,575 --> 00:08:53,952 sebab undian kot itu mengarut. 149 00:08:54,035 --> 00:08:58,248 Kot hanya untuk pakai. Pakai apabila sejuk untuk rasa hangat. Itu saja. 150 00:08:58,331 --> 00:09:01,334 Akhir sekali, pelajar yang tiada apa-apa. 151 00:09:01,418 --> 00:09:02,627 Terima saja. 152 00:09:05,005 --> 00:09:06,590 Bagaimana dengan Beth Ellen? 153 00:09:06,673 --> 00:09:08,174 Dia selalu nampak sedih. 154 00:09:08,258 --> 00:09:11,636 - Kita boleh buat dia sokong kita. - Ya, itu pasti bagus. 155 00:09:11,720 --> 00:09:14,264 Dia mesti tahu jumlah sebenar kot Marion. 156 00:09:14,347 --> 00:09:16,600 Malangnya dia sentiasa bersama Marion dan Rachel. 157 00:09:17,684 --> 00:09:20,186 Bukan semasa pendidikan jasmani. 158 00:09:26,484 --> 00:09:31,406 Saya tak suka panjat tali, tapi saya suka bunyikan loceng. 159 00:09:31,489 --> 00:09:34,075 Ia agak mengarut, tapi saya pun suka. 160 00:09:34,159 --> 00:09:37,579 Tapi undian kot ini lebih mengarut, bukan? 161 00:09:40,957 --> 00:09:43,251 Beth Ellen, tolong saya. 162 00:09:43,335 --> 00:09:44,336 Tak boleh. 163 00:09:49,090 --> 00:09:50,342 Awak buat apa? 164 00:09:50,425 --> 00:09:53,220 Berapa banyak kot Marion ada? 165 00:09:54,095 --> 00:09:57,349 Welsch! Panjat seorang demi seorang! 166 00:09:57,432 --> 00:09:58,975 Saya akan turun! 167 00:09:59,893 --> 00:10:03,355 Dia kata dia hanya ada satu, tapi saya tahu dia tipu! 168 00:10:03,438 --> 00:10:06,483 Tak boleh, dia akan tahu saya beritahu. 169 00:10:06,566 --> 00:10:09,653 Awak tak perlu katakannya. Saya akan sebut nombor. 170 00:10:09,736 --> 00:10:12,280 Kalau lebih daripada itu, bunyikan loceng. 171 00:10:12,364 --> 00:10:14,074 Lebih daripada sepuluh kot? 172 00:10:19,871 --> 00:10:21,414 Lebih daripada 20 kot? 173 00:10:25,377 --> 00:10:26,378 Welsch! 174 00:10:26,461 --> 00:10:27,462 Okey! 175 00:10:28,713 --> 00:10:30,799 Terima kasih banyak, Beth Ellen. 176 00:10:31,967 --> 00:10:33,009 Melecet. 177 00:10:34,511 --> 00:10:37,931 Ini berita penting, Bill. Marion menipu. 178 00:10:38,640 --> 00:10:41,518 Sumber saya kata dia ada sekurang-kurangnya 20 kot. 179 00:10:41,601 --> 00:10:43,979 Maaf, Harriet. Saya wartawan. 180 00:10:44,062 --> 00:10:46,856 Saya perlukan lebih banyak bukti berbanding dua bunyi loceng. 181 00:10:48,650 --> 00:10:52,988 Hanya ada satu cara untuk dapat bukti jika Bill Kilroy mahukan ia. 182 00:10:53,697 --> 00:10:55,532 Tapi adakah risiko itu berbaloi? 183 00:11:13,842 --> 00:11:17,387 Kalau Marion nampak saya, dia pasti beritahu ibu bapa saya. 184 00:11:18,513 --> 00:11:23,101 Mereka akan denda saya atau halau saya ke menara seperti Rapunzel. 185 00:11:31,484 --> 00:11:33,278 Tapi mungkin itu tak penting. 186 00:11:33,361 --> 00:11:37,115 Jika kita cukup bertuah untuk temui kot sesuai dengan kita, 187 00:11:37,699 --> 00:11:40,535 mungkin kita perlu berfikir dan bertanya diri sendiri, 188 00:11:40,619 --> 00:11:42,913 "Apa Jack London akan buat?" 189 00:11:42,996 --> 00:11:45,373 Senyap seperti bayang-bayang. 190 00:12:14,444 --> 00:12:15,695 Itu buktinya. 191 00:12:15,779 --> 00:12:17,530 Perlukan sudut lebih baik. 192 00:12:23,203 --> 00:12:24,204 Sedikit lagi. 193 00:12:27,415 --> 00:12:29,751 Sedikit saja lagi. 194 00:12:44,057 --> 00:12:46,726 Misi saya telah gagal teruk. 195 00:12:48,645 --> 00:12:50,981 Tapi melihat renungan tajam Marion 196 00:12:51,064 --> 00:12:53,692 ingatkan saya kepada cara dia melayan Pinky Whitehead 197 00:12:53,775 --> 00:12:55,527 dan Budak Lelaki dengan Stoking Ungu. 198 00:12:55,610 --> 00:13:00,156 Ia buat saya berfikir, bagaimana jika undian kot ini bukan hanya tentang saya? 199 00:13:02,075 --> 00:13:03,577 Sudah lewat, Harriet. 200 00:13:04,160 --> 00:13:06,204 Saya sedang berfikir. 201 00:13:06,288 --> 00:13:10,417 Awak boleh fikirkannya tanpa duduk atas katil dan pakai kot baru yang mahal… 202 00:13:11,167 --> 00:13:12,586 dan sudah koyak. 203 00:13:13,086 --> 00:13:17,007 Saya berjanji kepada ibu bapa awak yang awak akan jaga kot ini. 204 00:13:17,674 --> 00:13:19,885 Ia bukan koyak, ia kisah. 205 00:13:19,968 --> 00:13:21,052 Kisah? 206 00:13:21,136 --> 00:13:26,224 Kisah saya buat dunia jadi selamat untuk Pinky, Budak Lelaki dengan Stoking Ungu 207 00:13:26,308 --> 00:13:30,145 dan sesiapa yang dah bosan dibuli oleh Marion Hawthorne. 208 00:13:33,899 --> 00:13:35,901 Saya perlu buat sesuatu. 209 00:13:37,944 --> 00:13:39,529 Beritahu saya penamatnya. 210 00:13:42,282 --> 00:13:44,534 Kami akan beritahu. Betul, kot? 211 00:13:50,582 --> 00:13:52,751 Selamat hari Selasa, Sekolah Gregory. 212 00:13:52,834 --> 00:13:56,796 Masa untuk pengumuman pagi. Cuaca hari ini sejuk 213 00:13:56,880 --> 00:13:59,716 dan mungkin ada sedikit salji tengah hari ini. 214 00:13:59,799 --> 00:14:02,260 Makanan tengah hari panas hari ini… 215 00:14:02,344 --> 00:14:04,429 Sebentar, mana senarai itu? 216 00:14:04,512 --> 00:14:06,223 Ya. Roti daging cincang. 217 00:14:07,641 --> 00:14:11,728 Petikan inspirasi hari ini dari Christopher Robin karya A. A. Milne… 218 00:14:14,648 --> 00:14:17,567 yang berkata, "Anda lebih berani… 219 00:14:17,651 --> 00:14:18,652 SELAMAT DATANG 220 00:14:18,735 --> 00:14:20,111 …lebih kuat 221 00:14:20,904 --> 00:14:24,324 dan lebih pintar berbanding yang anda fikirkan." 222 00:14:26,076 --> 00:14:27,869 Awak tak boleh berada di sini. 223 00:14:27,953 --> 00:14:29,579 Ini satu kecemasan. 224 00:14:30,789 --> 00:14:34,417 Helo, Sekolah Gregory. Saya Harriet M. Welsch 225 00:14:34,501 --> 00:14:37,295 dengan pengumuman istimewa untuk gred enam. 226 00:14:37,379 --> 00:14:43,343 Undian esok bukan hanya tentang siapa boleh pakai kot itu, saya atau Marion. 227 00:14:43,426 --> 00:14:45,762 Ia juga tentang kebebasan. 228 00:14:45,845 --> 00:14:49,099 Kebebasan daripada layanan teruk Marion. 229 00:14:49,182 --> 00:14:55,272 Tapi bersama-sama, kita boleh tunjukkan dia penghormatan kita layak dapat. 230 00:14:55,355 --> 00:14:56,856 Kebebasan! 231 00:14:56,940 --> 00:15:00,068 Peacoat ini tentang saya, tapi untuk kamu juga. 232 00:15:00,652 --> 00:15:05,115 Kita lakukannya bersama-sama dan untuk satu perkara, 233 00:15:05,198 --> 00:15:06,324 kebebasan. 234 00:15:19,838 --> 00:15:22,382 Harriet, hebat betul apabila awak kata… 235 00:15:24,217 --> 00:15:26,052 Saya takkan berdiam! 236 00:15:28,471 --> 00:15:30,181 Okey, saya akan diam. Maaf. 237 00:15:30,765 --> 00:15:33,018 - Awak bebaskan saya. - Apa? 238 00:15:33,101 --> 00:15:36,229 Saya dah tak takut. Saya akan katakan dengan kuat. 239 00:15:36,813 --> 00:15:38,273 Marion menjengkelkan! 240 00:15:40,025 --> 00:15:41,985 Sebab dia suka abang saya, Phillip. 241 00:15:42,068 --> 00:15:46,031 Dia pelajar gred tujuh di St. Albans. Marion selalu ganggu saya tentangnya. 242 00:15:46,114 --> 00:15:49,367 "Dia ada kekasih? Bila hari jadinya? Boleh saya datang rumah?" 243 00:15:50,160 --> 00:15:51,494 Dia hanya gunakan saya. 244 00:15:53,622 --> 00:15:54,789 Kebebasan! 245 00:15:57,375 --> 00:15:58,793 Kebebasan! 246 00:15:59,628 --> 00:16:02,339 Inilah masanya. Ia dah berlaku. 247 00:16:04,966 --> 00:16:06,760 Hai, Harriet. Hai, Carrie. 248 00:16:06,843 --> 00:16:10,347 Saya sedang kira undian itu. Rasanya kita ada peluang esok. 249 00:16:10,430 --> 00:16:11,473 Lihatlah. 250 00:16:12,057 --> 00:16:13,308 Hebat. 251 00:16:14,184 --> 00:16:15,518 Janie, lihatlah ini. 252 00:16:15,602 --> 00:16:17,354 Untuk apa? Ia dah berakhir. 253 00:16:18,063 --> 00:16:19,981 Tidak, kami seri. Lihat. 254 00:16:20,065 --> 00:16:22,067 Saya baru terima ini. 255 00:16:22,150 --> 00:16:23,026 PARTI MARION 256 00:16:23,109 --> 00:16:25,570 Teka siapa adakan parti selepas sekolah 257 00:16:25,654 --> 00:16:27,155 untuk semua gred enam? 258 00:16:27,239 --> 00:16:30,700 Dia cuba rasuah semua orang. Ia takkan berjaya. 259 00:16:31,534 --> 00:16:34,204 Ini parti "buat ais krim banana split sendiri." 260 00:16:34,287 --> 00:16:36,498 Pengundi saya tahu ia rasuah. 261 00:16:36,998 --> 00:16:39,751 Ada bar hias atas tanpa had. 262 00:16:41,670 --> 00:16:45,173 Saya tahu Marion akan minta saya jemput abang saya. 263 00:16:45,257 --> 00:16:48,426 Saya akan cakap, "Tidak. Harriet bebaskan saya." 264 00:16:51,263 --> 00:16:53,682 Tidak. Carrie, awak perlu pergi. 265 00:16:54,266 --> 00:16:56,017 Awak perlu jemput Phillip. 266 00:16:56,685 --> 00:17:00,188 Saya akan jadikan dia senjata rahsia saya. 267 00:17:00,272 --> 00:17:01,606 Dia akan pergi. 268 00:17:08,862 --> 00:17:10,282 Helo, semua. 269 00:17:10,364 --> 00:17:12,324 Helo, Pn. Hawthorne. 270 00:17:12,409 --> 00:17:15,035 Masuklah. Biar mak cik simpan kot kamu. 271 00:17:16,329 --> 00:17:18,247 Simpan di mana? 272 00:17:25,005 --> 00:17:29,301 Harriet M. Welsch. Saya tak sangka kamu datang. 273 00:17:29,384 --> 00:17:32,387 Tak boleh tolak bar hias atas tanpa had. 274 00:17:33,221 --> 00:17:34,431 Sudah tentulah tidak. 275 00:17:45,442 --> 00:17:47,027 Hai, Harriet. 276 00:17:50,780 --> 00:17:52,490 Aduhai! Dia di sini. 277 00:17:53,658 --> 00:17:54,659 Hai, Phillip. 278 00:17:55,535 --> 00:17:57,037 Awak berjaya ajak dia. 279 00:17:57,120 --> 00:17:58,872 Saya cakap dia boleh makan ais krim saya. 280 00:17:59,664 --> 00:18:00,874 Saya akan pergi. 281 00:18:02,167 --> 00:18:04,169 Biar saya bawa awak ke bar ais krim. 282 00:18:14,346 --> 00:18:15,847 Cepumas. 283 00:18:16,348 --> 00:18:20,644 Awak mahukan bukti, Bill Kilroy? Saya akan beri awak bukti. 284 00:18:21,561 --> 00:18:23,730 Carrie cakap awak minat muzik, 285 00:18:23,813 --> 00:18:26,566 jadi saya mahu tunjuk peti lagu saya. 286 00:18:27,234 --> 00:18:29,903 Saya menanginya di pertandingan bakat seluruh bandar. 287 00:18:30,904 --> 00:18:32,405 Awak menang banyak pertandingan. 288 00:18:32,489 --> 00:18:35,742 Berenang, memanah, gimnastik. 289 00:18:35,825 --> 00:18:37,035 Mengeja? 290 00:18:37,619 --> 00:18:39,955 Saya menang dengan perkataan "onomatopia." 291 00:18:41,039 --> 00:18:45,669 Saya boleh ejanya. O-N-O-M-A-T-P… 292 00:18:45,752 --> 00:18:47,837 Tidak, I… Sebentar, E-I… 293 00:18:51,424 --> 00:18:52,676 Pada waktu itu, 294 00:18:52,759 --> 00:18:55,262 kebenaran menyedarkan saya. 295 00:18:55,345 --> 00:18:58,682 Saya takkan sesekali kalahkan Marion dalam apa-apa pun, 296 00:18:58,765 --> 00:19:01,685 sehingga akhirnya. 297 00:19:01,768 --> 00:19:04,521 Sesetengah orang dilahirkan sempurna. 298 00:19:05,063 --> 00:19:08,858 Ada yang lahir menjadi penakut, menyorok di sebalik almari, 299 00:19:08,942 --> 00:19:11,861 cuba ambil gambar beberapa kot. 300 00:19:21,037 --> 00:19:24,499 Ia surat cinta Marion untuk Phillip. 301 00:19:24,583 --> 00:19:27,752 Saya tersedar saya ambil kot Marion semasa tinggalkan parti. 302 00:19:27,836 --> 00:19:29,462 Saya tak sengaja, 303 00:19:29,546 --> 00:19:32,799 tapi ia boleh mengubah sejarah. 304 00:19:33,466 --> 00:19:37,095 Saya perlu buat beberapa pertemuan rahsia. 305 00:19:39,723 --> 00:19:40,724 Hei. 306 00:19:42,976 --> 00:19:46,354 Maaf. Kedua-duanya diletak sekali. Saya terambil kot awak. 307 00:19:51,693 --> 00:19:53,153 Awak cari ini? 308 00:19:55,739 --> 00:19:56,907 Pulangkan. 309 00:19:57,824 --> 00:19:58,950 Boleh. 310 00:19:59,034 --> 00:20:01,995 Atau saya boleh tunjuk kepada, entahlah, 311 00:20:02,078 --> 00:20:03,371 Phillip? 312 00:20:04,623 --> 00:20:07,083 Tolonglah, jangan. Saya akan buat yang awak mahu. 313 00:20:07,167 --> 00:20:09,711 Saya akan tarik diri daripada undian kot. Awak menang. 314 00:20:09,794 --> 00:20:13,006 Selepas helah kotor awak dengan parti ais krim itu, 315 00:20:13,089 --> 00:20:15,008 saya patut terbitkan dalam akhbar sekolah. 316 00:20:21,014 --> 00:20:22,641 Tapi saya bukan awak. 317 00:20:24,476 --> 00:20:26,353 Semoga berjaya dengan undian kot hari ini. 318 00:20:27,395 --> 00:20:29,481 Betulkah? Tapi saya sangka… 319 00:20:29,564 --> 00:20:31,024 Saya mahu menang dengan adil. 320 00:20:38,156 --> 00:20:41,201 Akhirnya, beza undian kot itu sangat besar. 321 00:20:44,412 --> 00:20:46,998 Bar hias atas tanpa had sentiasa kalahkan kebebasan. 322 00:20:49,626 --> 00:20:52,128 Tapi masih ada beberapa kejayaan kecil. 323 00:21:01,096 --> 00:21:02,305 Kebebasan! 324 00:21:03,473 --> 00:21:04,766 Kebebasan. 325 00:21:04,849 --> 00:21:06,560 DELIKATESEN BUKA 326 00:21:06,643 --> 00:21:07,852 Hei, tunggu. 327 00:21:08,853 --> 00:21:10,063 Apa? 328 00:21:10,146 --> 00:21:14,609 Maaf sebab cakap awak peniru. 329 00:21:14,693 --> 00:21:17,195 Tiada sesiapa seperti awak, Harriet M. Welsch, 330 00:21:17,279 --> 00:21:19,447 dan takkan ada lagi. 331 00:21:20,323 --> 00:21:21,533 Terima kasih. 332 00:21:21,616 --> 00:21:24,494 Saya mahu kata yang seseorang akan kalahkan awak, 333 00:21:24,578 --> 00:21:26,204 saya harap saya orangnya. 334 00:21:28,206 --> 00:21:29,207 Teruskan berharap. 335 00:21:34,087 --> 00:21:35,797 Saya ada berfikir, 336 00:21:35,881 --> 00:21:38,592 kita berdua boleh pakai kot ini. 337 00:21:38,675 --> 00:21:40,886 Rasanya Smithers of London tak kisah. 338 00:21:40,969 --> 00:21:42,387 Smithers of London 339 00:21:45,849 --> 00:21:46,933 Betul? 340 00:21:48,143 --> 00:21:52,355 Buat sesaat, saya terfikir mungkin satu era baru akan bermula. 341 00:21:52,439 --> 00:21:55,358 Era "Harriet dan Marion tak berkawan, 342 00:21:55,442 --> 00:21:57,694 tapi masih lagi berbaik secara janggal." 343 00:22:00,322 --> 00:22:02,115 Tapi di sekolah esoknya, 344 00:22:02,198 --> 00:22:06,453 saya berasa agak lega melihat Marion tetap sama. 345 00:22:10,206 --> 00:22:11,333 Mana peacoat awak? 346 00:22:11,416 --> 00:22:14,502 Ia bukan gaya saya. Bukan seperti kot ini. 347 00:22:14,586 --> 00:22:17,005 Ini dari Paris. Sangat bergaya, bukan? 348 00:22:17,672 --> 00:22:21,134 Kot awak memang gaya awak. Saya baru perasan. 349 00:22:21,218 --> 00:22:24,137 Ia koyak, kotor, hilang satu butang. 350 00:22:24,221 --> 00:22:26,014 Ia tidak kemas. 351 00:22:26,598 --> 00:22:30,560 Kot saya bukan tidak kemas. Ia satu kisah. 352 00:22:30,644 --> 00:22:34,064 Saya tak sabar melihat tempat baru ia akan bawa saya 353 00:22:34,147 --> 00:22:36,733 dan perkara baru yang saya boleh tulis. 354 00:22:38,860 --> 00:22:41,529 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 355 00:22:41,613 --> 00:22:43,281 Kita mahu jadi 356 00:22:44,407 --> 00:22:46,952 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 357 00:22:47,035 --> 00:22:52,540 Kita tak mahu diberi arahan 358 00:22:54,709 --> 00:23:00,382 Aku cuba yang terbaik untuk buat baik Di kejirananku 359 00:23:00,465 --> 00:23:02,926 Aku tersenyum lebar 360 00:23:03,009 --> 00:23:06,221 Dan aku berusaha beritahu kebenaran 361 00:23:06,304 --> 00:23:08,807 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 362 00:23:08,890 --> 00:23:10,725 Kita mahu jadi 363 00:23:11,601 --> 00:23:14,354 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 364 00:23:14,437 --> 00:23:17,190 Kita tak mahu diberi arahan 365 00:23:17,274 --> 00:23:19,776 Aku akan jadi sesiapa yang aku mahu 366 00:23:19,859 --> 00:23:21,778 Autonomiku 367 00:23:22,487 --> 00:23:25,282 Aku mahu jadi Kau mahu jadi 368 00:23:25,365 --> 00:23:27,284 Kita mahu jadi 369 00:23:27,367 --> 00:23:30,120 Tidak, aku takkan potong rambutku 370 00:23:30,203 --> 00:23:32,789 Aku akan pakai apa-apa saja 371 00:23:32,872 --> 00:23:38,461 Aku suka apabila menjadi diri sendiri 372 00:23:38,545 --> 00:23:41,381 Aku tak mahu jadi Kau tak mahu jadi 373 00:23:41,464 --> 00:23:46,177 Kita tak mahu diberi arahan 374 00:23:46,261 --> 00:23:48,179 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman