1 00:00:16,891 --> 00:00:19,352 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:32,449 --> 00:00:35,577 Pada mulanya, Kehancuran Besar berlaku perlahan-lahan. 3 00:00:36,578 --> 00:00:39,831 Namun begitu, keretakannya sudah lama terbentuk. 4 00:00:41,791 --> 00:00:43,710 Tak apakah jika buat begitu? 5 00:00:45,336 --> 00:00:46,463 Kenapa tak boleh? 6 00:00:47,756 --> 00:00:50,759 Saya pasti kita tak patut buat begitu. 7 00:00:51,760 --> 00:00:52,677 Menurut siapa? 8 00:00:53,636 --> 00:00:55,764 - Semua orang. - Kita berada di luar. 9 00:00:56,389 --> 00:00:58,641 Kita dah sepuluh kali menyahjangkit hari ini. 10 00:00:58,725 --> 00:01:02,228 Kita selamat. Jangan takut. Mereka memang nak awak takut. 11 00:01:03,605 --> 00:01:05,899 - Siapa? - Kerajaan. 12 00:01:06,566 --> 00:01:10,070 Geng antikerajaan. Syarikat farmasi besar. Sesiapa saja. 13 00:01:10,153 --> 00:01:14,449 Benda ini 1,000 kali lebih berbahaya daripada virus itu. 14 00:01:14,532 --> 00:01:16,284 Awak tahu kandungannya? 15 00:01:17,452 --> 00:01:18,286 Tidak. 16 00:01:18,787 --> 00:01:19,704 Tepat sekali. 17 00:01:21,664 --> 00:01:23,625 Awak tahu kandungan benda itu? 18 00:01:24,209 --> 00:01:25,460 Bukalah mata awak. 19 00:01:25,543 --> 00:01:28,046 Boleh tak awak pakai topeng awak semula? 20 00:01:28,129 --> 00:01:29,255 Itu protokolnya. 21 00:01:32,592 --> 00:01:33,468 Hei! 22 00:01:35,887 --> 00:01:38,723 - Sudah, beri kepada saya! - Tidak! Jangan! 23 00:01:46,106 --> 00:01:46,940 Lepaskan saya! 24 00:01:47,023 --> 00:01:49,067 Awak dah berubah, Greg. 25 00:01:49,150 --> 00:01:50,902 - Awak marah-marah. - Awak dah berubah. 26 00:01:55,657 --> 00:01:57,450 Hei, maafkan saya. Awak okey? 27 00:01:57,534 --> 00:02:00,954 Awak tak nampak saya? Sut saya kuning gila! 28 00:02:01,037 --> 00:02:03,790 Maaf, hospital dah penuh. Tolong pusing balik. 29 00:02:03,873 --> 00:02:07,377 - Kalau sakit, duduklah di rumah. - Kami tak sakit tapi dia akan bersalin! 30 00:02:11,131 --> 00:02:13,049 Tumpang lalu. Tolonglah. 31 00:02:14,175 --> 00:02:16,010 Tarik nafas. Kita buat bersama. 32 00:02:16,094 --> 00:02:17,095 Ke tepi! 33 00:02:18,596 --> 00:02:20,140 Tunggu. 34 00:02:20,223 --> 00:02:23,601 - Kami sudah penuh. - Benarkan kami pergi ke wad bersalin. 35 00:02:24,727 --> 00:02:27,355 - Maaf, saya tak boleh benarkan. - Tolonglah. 36 00:02:34,070 --> 00:02:34,904 Tingkat lapan. 37 00:02:36,823 --> 00:02:38,700 Meja kedua, awak boleh masuk lebih cepat. 38 00:02:38,783 --> 00:02:40,451 Terima kasih. 39 00:02:41,703 --> 00:02:42,537 Ya Tuhan. 40 00:02:43,163 --> 00:02:43,997 Tak apa. 41 00:02:45,957 --> 00:02:47,041 Tak apa, sayang. 42 00:02:50,753 --> 00:02:51,713 Kita boleh buat. 43 00:02:54,674 --> 00:02:57,802 Saya tahu semua katil penuh tapi kami tiada pilihan… 44 00:02:57,886 --> 00:03:00,013 - Bagaimana encik masuk? - Saya tiada cara lain. 45 00:03:00,096 --> 00:03:04,267 - Encik tak patut berada di sini. - Tolonglah. Kami tiada tempat lain. 46 00:03:09,480 --> 00:03:11,441 Okey. Kami boleh uruskan dia. 47 00:03:12,025 --> 00:03:13,818 - Okey. - Encik tunggu di sini. 48 00:03:13,902 --> 00:03:14,986 Tak boleh naik. 49 00:03:15,069 --> 00:03:16,487 Saya perlu menemaninya. 50 00:03:16,571 --> 00:03:19,407 - Ini perintah kerajaan. - Tommy, biar saya naik. 51 00:03:19,991 --> 00:03:21,659 Usah pedulikan perintah itu. 52 00:03:22,327 --> 00:03:23,786 Sayang, ini dunia nyata. 53 00:03:23,870 --> 00:03:26,581 Matlamat tak boleh dicapai dengan merempuh segalanya. 54 00:03:27,332 --> 00:03:29,125 Saya ingat sebab itu awak kahwini saya. 55 00:03:32,003 --> 00:03:33,421 Saya boleh buat sendiri. 56 00:03:39,302 --> 00:03:41,095 - Apa jadi jika… - Mengarutlah. 57 00:03:42,096 --> 00:03:43,806 Ia takkan menimpa kita. 58 00:03:45,016 --> 00:03:46,392 Sayang pasti? 59 00:03:46,476 --> 00:03:48,811 Kuatkan semangat untuk saya. 60 00:03:49,312 --> 00:03:50,897 Boleh awak buat begitu? 61 00:03:57,612 --> 00:03:59,030 - Duduklah. - Baiklah. 62 00:03:59,113 --> 00:03:59,989 Tak apa. 63 00:04:02,784 --> 00:04:03,618 Hei, sayang. 64 00:04:06,663 --> 00:04:08,790 BILIK MENUNGGU 65 00:04:14,629 --> 00:04:17,507 KEKALKAN JARAK SELAMAT 66 00:04:18,466 --> 00:04:21,594 Banyak bantahan antihibrid dibuat di kawasan kita. 67 00:04:21,678 --> 00:04:24,305 Kita akan melihatkannya secara langsung. 68 00:04:24,889 --> 00:04:28,559 Walaupun jumlah kes H5G9 mencanak naik, 69 00:04:28,643 --> 00:04:32,522 peningkatan kes bayi hibrid telah menarik perhatian negara. 70 00:04:32,605 --> 00:04:35,400 Perkara yang sepatutnya menyatukan kita 71 00:04:36,234 --> 00:04:38,695 kini makin memisahkan kita. 72 00:04:38,778 --> 00:04:39,988 HAPUS HAIWAN PEROSAK 73 00:04:40,071 --> 00:04:41,114 Kita rasa takut. 74 00:04:42,615 --> 00:04:44,617 Kita rasa terasing. 75 00:04:47,578 --> 00:04:48,413 Gus! 76 00:04:49,914 --> 00:04:51,708 Gus, tolonglah. Mari sini! 77 00:04:51,791 --> 00:04:53,209 Dia juga tiada di depan. 78 00:04:53,293 --> 00:04:56,212 Saya dah cari dia di hutan. Ia berbelit-belit. 79 00:04:56,963 --> 00:04:58,506 Sesat saya dibuatnya. 80 00:04:58,589 --> 00:05:00,008 Bayangkan perasaannya. 81 00:05:00,508 --> 00:05:03,469 Semua yang dia tahu hanyalah satu penipuan besar. 82 00:05:03,553 --> 00:05:06,472 Entahlah. Mungkin kita tak patut bawa dia ke sini. 83 00:05:06,556 --> 00:05:08,182 Tidak, tindakan kita betul. 84 00:05:08,266 --> 00:05:11,436 Lagi teruk kalau dia tak tahu. Ia akan sentiasa menghantuinya. 85 00:05:12,729 --> 00:05:14,522 Awak tahu tak? 86 00:05:14,605 --> 00:05:15,440 Tidak. 87 00:05:16,316 --> 00:05:18,776 Saya tak sangka dia bayi tabung uji. 88 00:05:19,986 --> 00:05:22,238 Awak nampak tarikh pada gambar itu? 89 00:05:24,449 --> 00:05:26,617 Gus dilahirkan sebelum hibrid lain. 90 00:05:27,410 --> 00:05:28,453 Ya, saya perasan. 91 00:05:30,955 --> 00:05:33,041 - Bagaimana jika… - Jangan teruskan. 92 00:05:35,293 --> 00:05:37,211 Bagaimana jika Gus yang pertama? 93 00:05:38,880 --> 00:05:40,423 Kenapa mereka buat begitu? 94 00:05:41,007 --> 00:05:44,052 Kenapa mereka hasilkan bayi rusa di makmal? 95 00:05:45,345 --> 00:05:46,596 Untuk uji keupayaan mereka. 96 00:05:48,181 --> 00:05:50,058 Apa pun, ia tak ubah apa-apa. 97 00:05:55,772 --> 00:05:57,190 Ia dah ubah, bukan? 98 00:05:59,233 --> 00:06:03,863 Selama ini, saya fikir hibrid ialah hasil keajaiban alam semula jadi. 99 00:06:06,824 --> 00:06:09,619 Malah saya tubuhkan pasukan tentera yang fikir begitu. 100 00:06:20,588 --> 00:06:22,673 Setidak-tidaknya awak percaya sesuatu. 101 00:06:25,343 --> 00:06:27,720 Tunggu di sini. Cari benda yang berguna. 102 00:06:27,804 --> 00:06:29,222 Saya akan menjejaki Gus. 103 00:06:30,139 --> 00:06:31,516 Saya nak ikut awak. 104 00:06:31,599 --> 00:06:34,143 Seseorang perlu tunggu dia kembali. 105 00:06:37,355 --> 00:06:38,231 Baiklah. 106 00:06:39,982 --> 00:06:43,277 Cakap dengan lemah lembut, jika tidak, saya belasah awak. 107 00:06:53,663 --> 00:06:54,914 Buku bodoh! 108 00:06:58,960 --> 00:07:00,378 Lastik bodoh. 109 00:07:02,463 --> 00:07:03,965 Anjing bodoh. 110 00:07:06,551 --> 00:07:08,094 Beg bodoh. 111 00:08:02,315 --> 00:08:06,027 SUAKA 112 00:08:11,365 --> 00:08:13,326 UNTUK ANDA MAKANAN - PERLINDUNGAN 113 00:08:49,362 --> 00:08:50,196 Berhenti. 114 00:08:53,032 --> 00:08:54,075 Jangan bising. 115 00:10:05,146 --> 00:10:06,439 Ujian. 116 00:10:06,522 --> 00:10:09,108 Helo dan selamat malam. 117 00:10:10,443 --> 00:10:13,404 Saya mahu hubungi tuan rumah ini. 118 00:10:19,994 --> 00:10:20,828 Ya, saya. 119 00:10:25,207 --> 00:10:26,667 Aimee Eden. 120 00:10:27,585 --> 00:10:29,712 Pemungut haiwan kacukan. 121 00:10:31,255 --> 00:10:34,634 Saya dah lama mengikuti usaha awak di sini. 122 00:10:35,217 --> 00:10:37,637 Awak tahu saya siapa? 123 00:10:39,805 --> 00:10:41,182 Bahlul yang berkereta kebal? 124 00:10:44,352 --> 00:10:46,646 Sayalah orang yang akan beri awak 125 00:10:46,729 --> 00:10:50,524 satu bab pendek dalam buku sejarah suatu hari nanti, Cik Eden. 126 00:10:50,608 --> 00:10:54,528 Kesudahan bab itu pula bergantung sepenuhnya pada awak. 127 00:10:57,239 --> 00:11:00,576 Awak pernah dengar nama "Laika"? 128 00:11:01,786 --> 00:11:03,871 Laika anjing yang bertuah. 129 00:11:05,081 --> 00:11:07,750 Ia juga anjing kacukan terbiar di Moscow. 130 00:11:07,833 --> 00:11:14,382 Kerajaan Soviet hantar Laika ke angkasa lepas atas nama sains. 131 00:11:14,465 --> 00:11:15,633 Laika tak kembali. 132 00:11:15,716 --> 00:11:16,842 Kasihan. 133 00:11:17,551 --> 00:11:19,637 Namun jika bukan kerana Laika, 134 00:11:19,720 --> 00:11:23,099 manusia tak mungkin akan sampai ke angkasa lepas. 135 00:11:24,767 --> 00:11:28,979 Awak dah kumpul beberapa haiwan seperti Laika di zoo kecil awak, bukan? 136 00:11:29,063 --> 00:11:30,773 Tolong berhenti bercakap. 137 00:11:31,982 --> 00:11:34,276 Tak kira apa yang awak mahu saya buat, 138 00:11:34,360 --> 00:11:35,611 jawapannya tidak. 139 00:11:37,988 --> 00:11:40,116 Mungkin penerangan saya tak jelas. 140 00:11:40,199 --> 00:11:42,118 Saya dan kawan-kawan saya takkan beredar. 141 00:11:42,201 --> 00:11:46,205 Ada saya kata yang saya bawa kawan-kawan saya? 142 00:11:46,872 --> 00:11:49,667 Kami mahu buat dua perkara terhadap makhluk itu, 143 00:11:50,418 --> 00:11:53,254 menghapus dan menguji. 144 00:11:53,337 --> 00:11:58,092 Masalahnya, jika kami hapuskan mereka dengan baik, 145 00:11:58,175 --> 00:12:03,723 jumlah mereka yang boleh diuji tak mencukupi. 146 00:12:03,806 --> 00:12:05,224 Sebab itulah awak diperlukan. 147 00:12:08,728 --> 00:12:10,354 Biar saya jelaskan. 148 00:12:12,148 --> 00:12:13,899 Berambus. 149 00:12:16,235 --> 00:12:18,654 Siapa nama awak, encik tentera? 150 00:12:22,992 --> 00:12:24,326 Douglas Abbot, 151 00:12:25,286 --> 00:12:27,037 tapi panggil saya Jeneral. 152 00:12:28,038 --> 00:12:29,540 Awak dinosaur, Abbot. 153 00:12:30,249 --> 00:12:31,709 Awak dah pupus, 154 00:12:32,293 --> 00:12:34,295 awak cuma tak nak mengaku. 155 00:12:36,797 --> 00:12:40,217 Zaman kegemilangan manusia belum tiba, percayalah. 156 00:12:40,718 --> 00:12:41,594 Tidak. 157 00:12:42,178 --> 00:12:44,472 Sekarang zaman kanak-kanak itu 158 00:12:44,555 --> 00:12:47,475 dan kita harus beri laluan kepada mereka. 159 00:12:50,478 --> 00:12:51,854 Mereka mutan, 160 00:12:51,937 --> 00:12:54,565 makhluk perosak yang menyusahkan. 161 00:12:54,648 --> 00:12:57,318 Mungkin alam semula jadi memperdayakan kita, 162 00:12:57,401 --> 00:13:00,488 tapi mereka memang penting bagi kewujudan kita. 163 00:13:00,571 --> 00:13:02,698 Sebab itu kami datang ke sini. 164 00:13:04,116 --> 00:13:04,992 Tidak. 165 00:13:06,660 --> 00:13:08,287 Mereka lebih baik daripada kita. 166 00:13:09,538 --> 00:13:10,956 Daripada awak atau saya. 167 00:13:12,792 --> 00:13:14,752 Mereka memiliki sifat baik kita. 168 00:13:15,753 --> 00:13:17,713 Tanpa masalah kita. 169 00:13:21,592 --> 00:13:23,385 Alam tak mahu kita lagi. 170 00:13:25,221 --> 00:13:29,016 Kita tak beri sebab yang baik untuk ia terus mengekalkan kita. 171 00:13:40,069 --> 00:13:42,112 Awak rindukan bunga api, Abbot? 172 00:13:43,531 --> 00:13:44,448 Mestilah. 173 00:13:46,408 --> 00:13:47,743 Nikmatilah ia, bahlul. 174 00:13:59,004 --> 00:13:59,839 Pergi! 175 00:14:00,756 --> 00:14:02,049 Cepat. 176 00:14:33,831 --> 00:14:35,416 Tangkap dia! 177 00:14:43,465 --> 00:14:45,968 SELAMAT PUPUS! 178 00:14:59,857 --> 00:15:01,108 Buru dia. 179 00:15:01,734 --> 00:15:03,402 Buat dia menyesal. 180 00:15:03,485 --> 00:15:04,653 Baik, tuan. 181 00:15:04,737 --> 00:15:06,739 Kamu berdua. Ikut saya. Ayuh. 182 00:15:44,568 --> 00:15:46,612 Tunggu di sini sampai mak datang. 183 00:15:46,695 --> 00:15:50,282 Terrence, tunggu Henry di terowong. Dia sangat perlahan. 184 00:15:51,158 --> 00:15:52,451 Jangan berpecah. 185 00:15:52,534 --> 00:15:54,203 Takut. 186 00:15:55,788 --> 00:15:57,998 Saya takut juga. 187 00:15:58,540 --> 00:16:02,503 Suaka ialah rumah kita tapi yang penting kita selamat. 188 00:16:03,295 --> 00:16:05,130 Dia akan tiba bila-bila masa. 189 00:16:10,302 --> 00:16:12,763 Dia janji dia akan datang. 190 00:16:12,846 --> 00:16:14,348 Saya percayakan dia. 191 00:16:17,977 --> 00:16:18,811 Bagus. 192 00:16:22,064 --> 00:16:22,898 Bobby? 193 00:16:24,858 --> 00:16:25,901 Bobby… 194 00:16:27,069 --> 00:16:28,654 Bobby? 195 00:16:30,197 --> 00:16:31,782 Bobby. 196 00:16:32,866 --> 00:16:34,284 Bobby, tidak. 197 00:16:44,378 --> 00:16:46,714 - Apa benda itu? - Hibrid juga. 198 00:16:46,797 --> 00:16:47,631 Tangkap cepat. 199 00:16:52,386 --> 00:16:54,179 - Baiklah. Ayuh. - Tidak! 200 00:16:54,263 --> 00:16:55,597 Bertenang. Mari. 201 00:16:56,223 --> 00:16:59,184 - Nak letak di mana? - Letak dalam sangkar. 202 00:17:11,488 --> 00:17:12,448 Ini cubaan baik. 203 00:17:20,330 --> 00:17:23,459 Semua pegawai perubatan diminta merawat. 204 00:17:32,259 --> 00:17:33,260 Kita di mana? 205 00:17:34,011 --> 00:17:37,097 Selamat datang ke rumah baru kamu. Jalan baik-baik. 206 00:17:38,474 --> 00:17:39,641 Ayuh. 207 00:17:41,518 --> 00:17:43,020 Baguslah. 208 00:17:49,109 --> 00:17:49,943 Rani? 209 00:17:53,822 --> 00:17:54,656 Rani? 210 00:18:11,590 --> 00:18:12,424 Rani? 211 00:18:12,925 --> 00:18:13,759 Rani. 212 00:18:16,386 --> 00:18:17,971 Rani, saya di sini. Rani! 213 00:18:18,472 --> 00:18:19,723 Dia tak dengar. 214 00:18:28,732 --> 00:18:30,818 Dia juga tak nampak awak. 215 00:18:30,901 --> 00:18:32,820 Kami asingkan dia daripada kita, 216 00:18:34,154 --> 00:18:37,866 dan yang lebih penting lagi, dia diasingkan daripada kita. 217 00:18:40,786 --> 00:18:42,746 Saya dah kata dia tak berjangkit. 218 00:18:42,830 --> 00:18:43,914 Ya, saya tahu. 219 00:18:45,666 --> 00:18:51,797 Tapi bukan semua orang faham keadaannya yang unik itu. 220 00:18:55,092 --> 00:18:58,804 Lagipun, kita tahu betapa cepatnya virus ini menyesuaikan diri. 221 00:18:59,805 --> 00:19:00,848 Bukan begitu? 222 00:19:03,851 --> 00:19:04,977 Selamat datang! 223 00:19:06,145 --> 00:19:10,566 Ketahuilah bahawa awak boleh dapat segala yang awak mahukan di sini. 224 00:19:11,483 --> 00:19:13,443 Haiwan kacukan apa saja. 225 00:19:14,987 --> 00:19:17,072 Jika awak perlu sesuatu, petik jari 226 00:19:17,156 --> 00:19:19,658 dan kami akan mendapatkannya untuk awak. 227 00:19:20,909 --> 00:19:22,161 Saya nak isteri saya. 228 00:19:23,996 --> 00:19:27,166 Awak tak perlu mendorong saya, binatang! 229 00:19:37,217 --> 00:19:38,260 Awak dah selesai? 230 00:19:44,349 --> 00:19:45,559 Sudahlah, Singh. 231 00:19:47,769 --> 00:19:50,647 Gelombang baru wabak ini akan muncul. 232 00:19:52,024 --> 00:19:56,445 Ramalan Dr. Bell dan orang saya di bahagian pesisir mengesahkannya. 233 00:19:56,945 --> 00:19:59,406 Kita tunggu masa saja, jadi… 234 00:20:08,207 --> 00:20:10,375 Saya tak mahu penawar sembarangan, 235 00:20:11,710 --> 00:20:13,337 tapi satu-satunya penawar. 236 00:20:15,297 --> 00:20:17,007 Saya juga mahu semuanya. 237 00:20:22,012 --> 00:20:25,515 Saya tak berani jamin saya boleh menghasilkannya. 238 00:20:26,141 --> 00:20:27,392 Saya tahu. 239 00:20:27,476 --> 00:20:30,479 Awak tipu saya untuk selamatkan diri awak. 240 00:20:38,612 --> 00:20:41,031 Cari penawar dengan dos yang mencukupi 241 00:20:41,114 --> 00:20:43,825 untuk saya tentukan orang yang hidup dan mati. 242 00:20:48,163 --> 00:20:54,336 Kemudian baru burung kesayangan awak akan dibebaskan dari sangkarnya. 243 00:21:01,301 --> 00:21:02,803 Setuju? 244 00:21:21,738 --> 00:21:22,698 Wendy? 245 00:21:34,668 --> 00:21:35,502 Wendy? 246 00:21:44,052 --> 00:21:46,221 LIAR 247 00:22:16,001 --> 00:22:16,835 Hei, Gus! 248 00:22:17,794 --> 00:22:19,796 Adik. Sudahlah. Jom balik. 249 00:22:25,594 --> 00:22:26,678 En. Jepperd? 250 00:22:27,596 --> 00:22:28,722 En. Jepperd? 251 00:22:31,850 --> 00:22:33,101 Semuanya okey? 252 00:22:33,185 --> 00:22:34,144 Dia bayi lelaki. 253 00:22:37,856 --> 00:22:39,232 Adakah dia manusia? 254 00:22:40,192 --> 00:22:42,569 Dia dan ibunya sihat dan sedang berehat. 255 00:22:43,153 --> 00:22:43,987 Tahniah. 256 00:22:47,741 --> 00:22:49,201 Adakah dia manusia? 257 00:22:50,243 --> 00:22:51,787 Encik nak jumpa dia? 258 00:22:55,707 --> 00:22:58,460 Isteri encik sedang menjalani ujian akhir, 259 00:22:58,543 --> 00:23:00,504 kemudian dia boleh sertai kalian. 260 00:23:03,840 --> 00:23:04,925 Usah terburu-buru. 261 00:24:40,187 --> 00:24:41,480 Jenis apa? 262 00:24:43,607 --> 00:24:45,066 Anak encik jenis apa? 263 00:24:47,152 --> 00:24:48,528 Saya tak tahu. 264 00:24:49,571 --> 00:24:51,281 Jenis itulah. 265 00:24:57,579 --> 00:24:59,664 Saya mungkin tak mampu hadapinya. 266 00:25:01,708 --> 00:25:02,542 Hei. 267 00:25:03,585 --> 00:25:04,419 Hei! 268 00:25:06,922 --> 00:25:09,424 Encik pasti mampu menghadapinya, 269 00:25:10,467 --> 00:25:12,177 apatah lagi untuk orang tersayang. 270 00:25:18,517 --> 00:25:19,434 Semoga berjaya. 271 00:25:31,196 --> 00:25:36,326 WAD BERSALIN 8 - RADIOLOGI 6 GINEKOLOGI 4 - KHIDMAT SOKONGAN 2 272 00:25:51,841 --> 00:25:53,552 SIRI UNIT GENETIK 1 273 00:26:35,051 --> 00:26:37,554 Dah lama juga mereka keluar. 274 00:26:38,888 --> 00:26:40,974 Saya akan pasang lampu beranda ini. 275 00:26:42,350 --> 00:26:44,185 Apa yang berlaku di Fort Smith? 276 00:26:44,686 --> 00:26:46,354 Ia dah lama berlalu. 277 00:26:48,231 --> 00:26:49,899 Kenapa mereka hasilkan Gus? 278 00:26:53,153 --> 00:26:54,613 Bagaimanakah caranya? 279 00:26:58,658 --> 00:27:00,535 Birdie yang hasilkan Gus, 280 00:27:01,244 --> 00:27:04,831 tapi Fort Smith bukan saja kaji Gus. 281 00:27:04,914 --> 00:27:06,041 Saya tahu. 282 00:27:06,666 --> 00:27:08,585 Ia juga kaji virus itu, bukan? 283 00:27:09,252 --> 00:27:10,670 Apa gunanya sekarang? 284 00:27:12,088 --> 00:27:15,675 Apa kaitan virus itu dengan budak seperti Gus? 285 00:27:21,514 --> 00:27:22,724 Dia pernah kata 286 00:27:22,807 --> 00:27:25,226 kedua-duanya berbeza tapi saling berkait, 287 00:27:26,561 --> 00:27:29,105 tapi dia tak jelaskan lebih lanjut. 288 00:27:29,773 --> 00:27:33,485 Jadi kenapa cik melindungi kerjanya selama ini? 289 00:27:33,568 --> 00:27:35,487 Kerana dia kawan karib saya. 290 00:27:37,280 --> 00:27:38,823 Kami bagaikan bersaudara, 291 00:27:42,327 --> 00:27:43,495 bagaikan adik saya. 292 00:27:44,954 --> 00:27:46,331 Selepas dia pergi… 293 00:27:48,416 --> 00:27:50,418 Saya tiada tempat untuk dituju. 294 00:27:53,505 --> 00:27:56,800 Boleh awak bayangkan keadaannya? 295 00:27:57,467 --> 00:27:58,426 Ya. 296 00:28:00,178 --> 00:28:02,097 Saya faham sangat keadaannya. 297 00:28:09,312 --> 00:28:10,689 Saya tak mahu pulang. 298 00:28:35,422 --> 00:28:38,049 TEMPAT SELAMAT UNTUK HIBRID KAMI MELINDUNGIMU 299 00:28:45,682 --> 00:28:46,516 Hei. 300 00:28:47,684 --> 00:28:48,935 Jangan tinggalkannya. 301 00:28:52,272 --> 00:28:55,358 Kalau ia hilang, kamu akan menyesal seumur hidup. 302 00:28:57,444 --> 00:28:59,279 Abang patahkan patung emas abang. 303 00:29:00,280 --> 00:29:01,948 Lihatlah diri saya sekarang. 304 00:29:05,034 --> 00:29:09,372 Saya tentu akan simpan Anjing. Itu saja kenangan kamu dengan ayah kamu. 305 00:29:10,039 --> 00:29:10,874 Ayah apa? 306 00:29:12,167 --> 00:29:13,168 Saya tiada ayah. 307 00:29:15,628 --> 00:29:16,921 Saya tiada sesiapa. 308 00:29:18,923 --> 00:29:20,008 Saya cuma seorang. 309 00:29:25,346 --> 00:29:27,515 Saya tak patut melepasi pagar. 310 00:29:28,057 --> 00:29:30,185 Saya sepatutnya tinggal di hutan 311 00:29:30,810 --> 00:29:32,645 dan semua ini takkan berlaku. 312 00:29:33,730 --> 00:29:34,606 Semua apa? 313 00:29:38,318 --> 00:29:39,152 Semuanya. 314 00:29:41,196 --> 00:29:44,073 Semuanya bodoh. Semua orang nak bunuh saya. 315 00:29:44,657 --> 00:29:46,075 Semua orang bohong. 316 00:29:48,703 --> 00:29:50,246 Dia dah buat yang terbaik. 317 00:29:52,040 --> 00:29:54,584 Jadi kenapa tak cerita saja perkara sebenar? 318 00:29:54,667 --> 00:29:55,835 Berterus terang 319 00:29:57,253 --> 00:29:58,922 adakalanya amat sukar. 320 00:30:00,006 --> 00:30:04,135 Selepas kita lihat barang di loteng itu, maka memang betullah cakapnya. 321 00:30:05,136 --> 00:30:06,387 Kamu istimewa. 322 00:30:07,180 --> 00:30:10,475 Saya tak mahu jadi istimewa. Saya nak jadi budak biasa. 323 00:30:11,059 --> 00:30:12,852 Saya mahu bersama hibrid lain. 324 00:30:12,936 --> 00:30:14,479 Abang kata mereka wujud. 325 00:30:18,483 --> 00:30:20,193 Saya akan pergi ke Suaka 326 00:30:21,361 --> 00:30:23,530 kerana saya dah muak dianggap pelik. 327 00:30:24,531 --> 00:30:26,658 Kalau ada budak lain macam saya, 328 00:30:28,117 --> 00:30:29,035 saya nak jumpa dia. 329 00:30:30,537 --> 00:30:32,330 Saya nak lihat keadaan mereka. 330 00:30:36,543 --> 00:30:37,377 Sebenarnya, 331 00:30:38,211 --> 00:30:40,547 semasa dunia musnah dulu… 332 00:30:42,882 --> 00:30:44,259 saya ada seorang bayi. 333 00:30:48,346 --> 00:30:49,430 Dia seperti kamu. 334 00:30:53,101 --> 00:30:54,185 Semasa melihatnya, 335 00:30:55,311 --> 00:30:57,188 saya tak tahu apa nak buat. 336 00:30:58,690 --> 00:31:00,233 Saya tak tahu jenisnya. 337 00:31:00,316 --> 00:31:03,570 Pada masa itu, semua orang buntu. 338 00:31:06,406 --> 00:31:09,367 Yalah, bagaimana saya nak jaga bayi yang… 339 00:31:10,577 --> 00:31:12,495 Saya juga rasa seperti nak lari. 340 00:31:15,665 --> 00:31:18,167 - Apa yang berlaku? - Saya fikir semula. 341 00:31:19,669 --> 00:31:21,880 Rupa-rupanya saya cuma takut. 342 00:31:23,131 --> 00:31:24,757 Bukan takut kepadanya, 343 00:31:27,093 --> 00:31:28,595 tapi kepada diri sendiri. 344 00:31:34,517 --> 00:31:36,477 Mungkin ketakutan itu sebenarnya… 345 00:31:39,022 --> 00:31:39,981 perasaan sayang. 346 00:31:40,732 --> 00:31:42,567 Saya betul-betul buntu, 347 00:31:46,613 --> 00:31:47,989 tapi dia perlukan saya. 348 00:31:51,910 --> 00:31:53,328 Jadi saya berhenti berlari. 349 00:31:55,330 --> 00:31:56,414 Saya patah balik 350 00:31:58,875 --> 00:32:00,209 untuk mendapatkannya. 351 00:32:00,293 --> 00:32:01,127 WAD BERSALIN 8 352 00:32:01,711 --> 00:32:02,837 Dia dan ibunya… 353 00:32:08,468 --> 00:32:09,802 tapi mereka dah tiada. 354 00:32:13,431 --> 00:32:14,974 Ada orang bawa mereka pergi 355 00:32:17,435 --> 00:32:19,145 dan kami tak berjumpa lagi. 356 00:32:26,277 --> 00:32:28,404 Saya sakiti ramai orang, adik. 357 00:32:31,532 --> 00:32:33,326 Biasanya dengan sengaja. 358 00:32:36,287 --> 00:32:38,373 Namun kadangkala, saya tak sengaja. 359 00:32:39,874 --> 00:32:43,044 Kadangkala saya buat keputusan yang salah. 360 00:32:46,089 --> 00:32:47,215 Tapi yang pasti, 361 00:32:49,509 --> 00:32:51,594 kamu antara keputusan terbaik saya. 362 00:33:01,980 --> 00:33:04,065 Saya tak mahu kehilangan kamu juga. 363 00:33:08,945 --> 00:33:10,279 Jom balik dengan saya. 364 00:33:12,073 --> 00:33:13,157 Dan pergi ke mana? 365 00:33:13,866 --> 00:33:15,076 Ke mana-mana saja. 366 00:33:16,285 --> 00:33:17,662 Apa kita patut buat? 367 00:33:18,663 --> 00:33:22,000 Apa saja kita nak buat. Saya boleh ajar kamu benda baru. 368 00:33:22,083 --> 00:33:24,502 Kamu boleh ajar saya… Apa permainan itu? 369 00:33:24,585 --> 00:33:25,461 Hantar bola? 370 00:33:25,545 --> 00:33:26,921 Ya, permainan itu. 371 00:33:27,588 --> 00:33:28,881 Kita perlukan bola. 372 00:33:29,757 --> 00:33:31,259 Kita boleh cari bola. 373 00:33:32,093 --> 00:33:34,137 Kamu boleh tunjuk cara buat sirap. 374 00:33:35,013 --> 00:33:36,222 Kita perlukan pokok mapel. 375 00:33:36,305 --> 00:33:37,348 Kita boleh cari. 376 00:33:38,766 --> 00:33:42,061 - Kita perlu banyak pokok mapel. - Nanti kita cari hutan. 377 00:33:44,397 --> 00:33:45,773 Kita tinggal di sana. 378 00:33:47,900 --> 00:33:48,901 Bersama-sama? 379 00:33:51,612 --> 00:33:53,156 Kamu rasa kenapa saya di sini? 380 00:33:54,198 --> 00:33:55,199 Boleh Bear ikut kita? 381 00:33:56,451 --> 00:33:58,453 Saya perlu fikir dulu. 382 00:34:02,623 --> 00:34:05,585 Apa kita nak beritahu Suaka apabila mereka tiba? 383 00:34:08,546 --> 00:34:09,547 Apa maksud kamu? 384 00:34:10,298 --> 00:34:11,299 Jangan marah, 385 00:34:11,382 --> 00:34:15,595 tapi saya hubungi mereka dan mereka kata mereka dalam perjalanan. 386 00:34:17,930 --> 00:34:19,432 Tengok, saya baiki radio. 387 00:34:26,898 --> 00:34:28,941 Abang Besar! Ada bunyi kuat! 388 00:34:30,526 --> 00:34:31,486 Abang Besar? 389 00:34:33,780 --> 00:34:34,697 Abang Besar? 390 00:34:35,740 --> 00:34:36,866 Abang Besar! 391 00:34:36,949 --> 00:34:39,660 Abang Besar, bangun! Mereka dah sampai! 392 00:34:39,744 --> 00:34:42,830 Abang Besar! Bangunlah! 393 00:35:14,237 --> 00:35:15,279 Dia orang kita. 394 00:35:16,656 --> 00:35:17,490 Pembelot. 395 00:35:19,951 --> 00:35:22,036 Dia memalukan umat manusia. 396 00:35:31,587 --> 00:35:32,672 Cepat jalan! 397 00:35:58,072 --> 00:36:01,033 Hibrid baru sudah tiba. Bersedia untuk menerimanya. 398 00:36:24,765 --> 00:36:26,642 Nah, maklumat hibrid ini. 399 00:36:38,112 --> 00:36:39,071 Hei, adik kecil. 400 00:36:40,198 --> 00:36:41,282 Awak okey? 401 00:36:42,658 --> 00:36:44,327 Sekejap saja lagi. 402 00:36:45,119 --> 00:36:45,953 Johnny! 403 00:36:46,537 --> 00:36:47,371 Ya? 404 00:36:47,455 --> 00:36:50,875 - Saya suruh awak bersihkan rumah anjing. - Maaf, bos. 405 00:37:10,102 --> 00:37:11,520 Mulakan dengan yang ini. 406 00:37:12,063 --> 00:37:13,314 Lima minit lagi. 407 00:37:18,069 --> 00:37:22,573 Jangan biar mereka tahu awak boleh bercakap. 408 00:37:34,961 --> 00:37:36,712 Apa yang saya akan buat 409 00:37:37,588 --> 00:37:40,383 bertentangan dengan pendirian saya, 410 00:37:42,093 --> 00:37:43,594 tapi saya buat demi dia. 411 00:37:46,681 --> 00:37:48,891 Masa kami semakin suntuk. 412 00:38:03,948 --> 00:38:05,074 Ya Tuhan. 413 00:38:09,912 --> 00:38:13,624 Mereka memang menakjubkan. 414 00:38:17,003 --> 00:38:18,129 Ia… 415 00:38:19,505 --> 00:38:21,215 lebih tua daripada yang lain 416 00:38:22,383 --> 00:38:23,801 dan menyerupai manusia. 417 00:38:26,971 --> 00:38:27,847 Ia… 418 00:38:35,938 --> 00:38:36,772 Itu? 419 00:38:55,499 --> 00:38:56,375 Terima kasih. 420 00:39:05,301 --> 00:39:06,510 Abbot panggil awak. 421 00:39:09,055 --> 00:39:10,389 Semua alat dah sedia, 422 00:39:10,473 --> 00:39:13,601 dah diasah dan disusun seperti yang awak nak. 423 00:39:15,853 --> 00:39:18,647 - Di mana awak jumpa yang ini? - Ia baru tiba. 424 00:39:20,149 --> 00:39:21,567 Ada orang hubungi kami. 425 00:39:24,653 --> 00:39:25,529 Awak… 426 00:39:26,781 --> 00:39:28,449 Awak percaya perkara karut? 427 00:39:28,532 --> 00:39:32,078 Percayalah. Awak tentu tak mahu buat dia menunggu. 428 00:39:34,413 --> 00:39:39,001 Semasa saya tamat belajar perubatan, Rani beri saya patung 429 00:39:39,085 --> 00:39:41,837 dewi ilmu sebagai hadiah. 430 00:39:43,464 --> 00:39:46,050 Awak tahu ia menjelma sebagai haiwan apa? 431 00:39:46,133 --> 00:39:46,967 Rusa? 432 00:39:48,010 --> 00:39:49,011 Rusa merah. 433 00:39:52,306 --> 00:39:55,101 Bawa pesakit lain. Saya perlu lebih masa dengan yang ini. 434 00:39:55,184 --> 00:39:56,894 - Dia tentu marah. - Johnny. 435 00:40:00,064 --> 00:40:02,608 Itu nama awak, bukan? 436 00:40:08,406 --> 00:40:11,409 Dia takkan tahu kerana awak takkan beritahu dia. 437 00:40:14,328 --> 00:40:16,288 - Ada nampak mereka? - Belum lagi. 438 00:40:16,789 --> 00:40:18,290 Saya sepatutnya ikut dia. 439 00:40:18,916 --> 00:40:21,043 Dia tentu rasa takut di luar sana. 440 00:40:30,719 --> 00:40:32,638 Kamu bertiga serasi bersama. 441 00:40:33,722 --> 00:40:36,767 Ya, betul. Itu pun kalau saya jumpa mereka semula. 442 00:40:36,851 --> 00:40:38,352 Siapa nama awak, sayang? 443 00:40:39,687 --> 00:40:40,604 Saya dah cakap. 444 00:40:41,730 --> 00:40:42,565 Bear. 445 00:40:43,190 --> 00:40:44,358 Saya tahu. 446 00:40:45,192 --> 00:40:48,279 Ibu bapa penyayang takkan namakan anak mereka Bear. 447 00:40:49,280 --> 00:40:51,699 Siapa nama sebenar awak? 448 00:40:52,408 --> 00:40:55,286 Saya tahu kami tiba-tiba muncul dalam hidup cik, 449 00:40:55,369 --> 00:40:57,705 tapi saya bukan nak berkawan. 450 00:41:00,624 --> 00:41:02,543 Berapa umur awak ketika itu? 451 00:41:06,213 --> 00:41:07,256 Enam tahun. 452 00:41:08,257 --> 00:41:09,925 Saya ingat-ingat lupa, jadi… 453 00:41:13,345 --> 00:41:14,597 Keluarga awak pula? 454 00:41:17,099 --> 00:41:20,728 Ibu bapa angkat saya dibunuh dengan kejam oleh Orang Terakhir. 455 00:41:25,357 --> 00:41:27,860 Saya bersimpati. Lupakan perbualan ini. 456 00:41:31,697 --> 00:41:32,573 Tidak, ia… 457 00:41:34,992 --> 00:41:35,826 Tak apa. 458 00:41:43,626 --> 00:41:45,628 Sebenarnya, mereka tak dibunuh. 459 00:41:47,087 --> 00:41:49,673 Mereka mati seperti orang lain. 460 00:41:50,633 --> 00:41:51,467 Mereka sakit. 461 00:41:54,011 --> 00:41:55,429 Mereka ada anak kecil. 462 00:41:58,182 --> 00:41:59,266 Adik saya. 463 00:42:01,560 --> 00:42:02,811 Dia hibrid. 464 00:42:06,524 --> 00:42:10,486 Orang bawa dia pergi dan saya tak mampu halang mereka. 465 00:42:16,367 --> 00:42:17,493 Ke mana awak pergi? 466 00:42:25,751 --> 00:42:26,835 Saya bersendirian… 467 00:42:28,837 --> 00:42:30,005 begitu lama. 468 00:42:32,716 --> 00:42:34,218 Saya jauhi manusia. 469 00:42:36,178 --> 00:42:38,597 Saya cuba cari adik saya, 470 00:42:39,265 --> 00:42:40,432 tapi saya gagal. 471 00:42:45,437 --> 00:42:46,647 Jadi saya putus asa. 472 00:42:53,487 --> 00:42:54,989 Saya benci orang dewasa. 473 00:42:59,159 --> 00:43:01,412 Kemudian saya jumpa orang seperti saya 474 00:43:02,788 --> 00:43:05,124 yang melalui pengalaman yang sama. 475 00:43:06,750 --> 00:43:08,043 Saya gelar dia Tiger. 476 00:43:09,128 --> 00:43:10,337 Dia gelar saya Bear. 477 00:43:13,007 --> 00:43:15,134 Kami bina keluarga untuk budak-budak macam kami 478 00:43:19,763 --> 00:43:21,390 tapi dia khianati saya 479 00:43:24,018 --> 00:43:25,728 dan saya bersendirian semula. 480 00:43:25,811 --> 00:43:28,105 BERUANG JAHITAN TANGAN HAI, SAYA HOBSON 481 00:43:32,484 --> 00:43:33,611 Nama saya Becky. 482 00:43:36,030 --> 00:43:37,197 Rebecca Walker. 483 00:43:39,575 --> 00:43:42,286 Tapi ibu bapa saya panggil saya Becky Bear. 484 00:43:50,628 --> 00:43:53,339 Jangan lupakan adik awak, Becky. 485 00:43:53,922 --> 00:43:56,925 Jika Gus boleh kembali ke sini setelah sekian lama, 486 00:43:57,926 --> 00:44:01,805 mungkin awak dapat mencarinya kalau awak cuba sedaya upaya. 487 00:44:08,354 --> 00:44:09,980 SEDANG DIHIDUPKAN… 488 00:44:10,064 --> 00:44:10,898 Biar betul! 489 00:45:52,958 --> 00:45:57,379 Budak itu sudah lupa kepentingan bersembunyi dari dunia luar. 490 00:45:58,964 --> 00:46:01,008 Namun pagar ini berbeza. 491 00:46:03,469 --> 00:46:06,096 Kali ini, dia bukan benar-benar bersendirian. 492 00:46:07,181 --> 00:46:09,767 KITA 493 00:46:39,379 --> 00:46:40,506 Sedia, Dr. Singh? 494 00:46:46,595 --> 00:46:47,513 Sedia. 495 00:47:02,986 --> 00:47:06,114 MEMANGGIL 496 00:47:33,892 --> 00:47:36,728 Kadangkala, segala yang kita sangka sudah tiada… 497 00:47:40,065 --> 00:47:42,818 ada di depan mata. 498 00:47:47,531 --> 00:47:52,035 Apabila segalanya musnah, barulah kita kenal diri kita yang sebenar. 499 00:48:05,757 --> 00:48:06,758 Hati-hati. 500 00:48:09,469 --> 00:48:10,304 Siapa awak? 501 00:48:11,513 --> 00:48:12,764 Tidurlah dulu. 502 00:48:13,473 --> 00:48:14,349 Pulihkan diri awak. 503 00:48:15,309 --> 00:48:17,561 Esok kita bawa anak-anak kita pulang. 504 00:48:22,691 --> 00:48:24,818 Skuad bersedia di lau burung, tuan. 505 00:48:24,902 --> 00:48:29,573 Ada dua kargo mencurigakan menuju ke pagar penghadang di… 506 00:48:30,157 --> 00:48:33,118 Jika kita dapat atasi ketakutan itu, 507 00:48:33,201 --> 00:48:36,288 kita akan nampak perkara yang penting bagi kita 508 00:48:38,081 --> 00:48:41,877 dan kadangkala kita dapati bahawa perkara yang memisahkan kita… 509 00:48:48,508 --> 00:48:51,178 boleh menyatukan kita. 510 00:49:44,898 --> 00:49:45,857 Hai. 511 00:49:46,525 --> 00:49:47,734 Saya Wendy. 512 00:49:49,736 --> 00:49:51,905 Hai, saya Gus. 513 00:49:51,989 --> 00:49:52,906 Gus. 514 00:50:17,389 --> 00:50:19,933 Kerana keluarga terbina atas usaha kita. 515 00:50:22,894 --> 00:50:24,104 Usaha kita semua. 516 00:50:27,315 --> 00:50:28,233 Bersama-sama. 517 00:51:17,949 --> 00:51:19,785 PANGGILAN DISAMBUNG 518 00:51:25,082 --> 00:51:25,957 Helo? 519 00:51:29,377 --> 00:51:30,337 Siapa awak? 520 00:53:01,386 --> 00:53:03,930 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin