1 00:00:12,887 --> 00:00:16,558 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:25,817 --> 00:00:29,529 Dalam hidup ini, kita sering mencari jawapan. 3 00:00:31,322 --> 00:00:33,074 Dari mana asal usul kita? 4 00:00:33,950 --> 00:00:35,744 Di manakah tempat kita? 5 00:00:38,872 --> 00:00:41,041 Namun soalan terpenting, 6 00:00:41,833 --> 00:00:43,293 kenapa kita di sini? 7 00:00:45,170 --> 00:00:46,546 Okey, bawa ia ke bawah. 8 00:00:47,922 --> 00:00:49,299 Sikit lagi. 9 00:00:55,346 --> 00:00:56,473 Hati-hati. 10 00:01:07,067 --> 00:01:08,568 Saya jumpa sesuatu. 11 00:01:09,444 --> 00:01:10,278 Tunjukkannya. 12 00:01:14,574 --> 00:01:17,243 Ya Tuhan, tengoklah benda itu. 13 00:01:18,703 --> 00:01:19,579 Bungkuskannya. 14 00:01:20,288 --> 00:01:23,625 Bagi sesetengah orang, jawapan ditemukan dengan mudah. 15 00:01:25,418 --> 00:01:27,378 KEPADA: MAKMAL FORT SMITH ESSEX COLORADO 16 00:01:31,883 --> 00:01:34,886 FORT SMITH PENYELIDIKAN SAINTIFIK 17 00:01:52,320 --> 00:01:57,575 Bagi orang lain, mereka harus pergi hingga ke hujung dunia untuk mencarinya. 18 00:02:05,166 --> 00:02:10,797 FORT SMITH PENYELIDIKAN SAINTIFIK 19 00:03:46,684 --> 00:03:51,356 Musim selesema tiba awal di negeri-negeri Barat Tengah dan merebak dengan cepat. 20 00:03:54,817 --> 00:03:57,820 Mengarutlah. Ini arahan siapa? Sabarlah. 21 00:03:59,197 --> 00:04:03,826 - Okey. Saya faham. Teruskan. - Ini masih jabatan saya. Ini… 22 00:04:03,910 --> 00:04:05,578 - Encik! - Saya tak beri kebenaran. 23 00:04:05,662 --> 00:04:06,621 KAWASAN LARANGAN 24 00:04:06,704 --> 00:04:07,580 Sabar, Birdie. 25 00:04:07,664 --> 00:04:09,749 Mereka tak boleh buat begini, Judy. 26 00:04:09,832 --> 00:04:10,959 Jangan biar ia berlaku. 27 00:04:15,922 --> 00:04:17,090 Jangan biar ia berlaku. 28 00:04:18,132 --> 00:04:20,051 Encik? Hei! Mari sini! 29 00:04:21,219 --> 00:04:25,473 Sekarang musim bunga di Essex, tapi kenapa ia begitu sejuk? 30 00:04:25,556 --> 00:04:27,225 Seterusnya, perubahan iklim… 31 00:04:27,308 --> 00:04:30,687 - Dua gelas kecil Weller. - Kami tak jual Weller. 32 00:04:30,770 --> 00:04:33,940 Okey, bagi saya apa saja wiski yang ada. 33 00:04:34,023 --> 00:04:34,899 Baik. 34 00:04:41,823 --> 00:04:43,616 Jangan risau. Saya tak tengok. 35 00:04:48,371 --> 00:04:49,330 Saya… 36 00:04:50,123 --> 00:04:53,543 Saya minta maaf tentang kejadian di dewan tadi. 37 00:04:53,626 --> 00:04:55,211 Saya nampak awak marah. 38 00:04:55,962 --> 00:04:57,505 Lupakan saja kejadian itu. 39 00:04:57,588 --> 00:05:01,092 Saya selalu nampak awak di dalam bangunan itu. 40 00:05:01,175 --> 00:05:04,971 Saya bukan nak menakutkan awak tapi awak selalu nampak gembira. 41 00:05:05,888 --> 00:05:09,142 Apabila awak kata begitu, bunyinya memang menakutkan. 42 00:05:11,728 --> 00:05:13,521 Hari ini teruk. Malang sekali. 43 00:05:14,981 --> 00:05:15,815 Maaf. 44 00:05:19,152 --> 00:05:23,323 Kadangkala awak perlu abaikan saja dan tunggu hari esok. 45 00:05:25,616 --> 00:05:26,826 Maaf. 46 00:05:26,909 --> 00:05:29,454 Saya tak pandai berbual. 47 00:05:29,537 --> 00:05:31,497 Itu lirik lagu "Truckin'". 48 00:05:32,206 --> 00:05:33,082 Ya. 49 00:05:33,666 --> 00:05:35,084 Awak peminat mereka? 50 00:05:35,168 --> 00:05:38,504 Saya dengar lagu Jerry semasa kecil. Ibu bapa saya peminatnya. 51 00:05:38,588 --> 00:05:41,799 Saya cuba tonton semua konsert mereka di Red Rocks. 52 00:05:41,883 --> 00:05:43,259 Ya, saya juga. 53 00:05:46,179 --> 00:05:47,764 Okey, lagu kegemaran. 54 00:05:47,847 --> 00:05:48,931 Satu, dua, tiga. 55 00:05:49,015 --> 00:05:50,600 - "Friend of the Devil." - "Ripple." 56 00:05:51,225 --> 00:05:52,101 Bagus. 57 00:05:52,643 --> 00:05:55,813 - Pilihan awak mudah diduga. - Awak pun sama. Aduhai. 58 00:06:03,946 --> 00:06:04,781 Baiklah. 59 00:06:07,825 --> 00:06:08,659 Saya Richard. 60 00:06:08,743 --> 00:06:09,577 Birdie. 61 00:06:20,296 --> 00:06:21,381 Nak lagi? 62 00:06:23,591 --> 00:06:24,509 Dua gelas lagi. 63 00:06:25,885 --> 00:06:26,719 Untuk Jerry. 64 00:06:29,722 --> 00:06:32,683 BAR SAL 65 00:06:32,767 --> 00:06:33,601 Ya! 66 00:06:35,937 --> 00:06:36,771 Ya. 67 00:06:46,447 --> 00:06:49,700 Gertrude? Ibu bapa awak benci awak sampai begitu sekali? 68 00:06:49,784 --> 00:06:53,496 Ibu saya jumpa nama itu dalam buku nama bayi yang tersohor kini. 69 00:06:53,579 --> 00:06:54,914 Buku tahun 1908? 70 00:06:54,997 --> 00:06:56,082 - Ya. - Aduhai. 71 00:06:56,666 --> 00:06:58,459 Tapi bagaimana ia jadi Birdie? 72 00:06:58,543 --> 00:07:02,922 Ibu saya panggil saya anak burungnya dan nama itu melekat. 73 00:07:03,589 --> 00:07:05,383 Ahli genetik bernama Gertrude. 74 00:07:06,384 --> 00:07:08,010 Saya nak jadi pemuzik 75 00:07:08,094 --> 00:07:12,181 tapi virologi ialah pilihan kedua terbaik. 76 00:07:13,099 --> 00:07:15,143 Apa cita-cita awak semasa kecil? 77 00:07:15,226 --> 00:07:16,894 Saya nak jadi daun. 78 00:07:17,603 --> 00:07:19,188 - Tak mungkin. - Ya. 79 00:07:19,272 --> 00:07:22,191 Semasa pembentangan dalam kelas gred ketiga, 80 00:07:22,275 --> 00:07:24,026 saya pakai baju warna hijau. 81 00:07:24,110 --> 00:07:26,529 Comelnya. Apa yang berlaku? 82 00:07:26,612 --> 00:07:28,948 Maksud awak, kenapa saya tak jadi daun? 83 00:07:29,031 --> 00:07:31,909 - Ya, betul. - Saya pun masih mencari sebabnya. 84 00:07:35,121 --> 00:07:36,122 Jadi… 85 00:07:36,998 --> 00:07:38,499 Boleh saya tanya sesuatu? 86 00:07:39,917 --> 00:07:41,961 Ayam-ayam itu untuk apa? 87 00:07:42,628 --> 00:07:46,090 Ia sebahagian daripada projek saya. 88 00:07:47,175 --> 00:07:49,343 Projek yang saya buat dulu. 89 00:07:50,261 --> 00:07:51,179 Awak dipecat? 90 00:07:51,262 --> 00:07:52,430 Dipindahkan, 91 00:07:53,097 --> 00:07:56,559 tapi ia lebih kurang macam dipecat. 92 00:07:56,642 --> 00:07:58,436 Sebab itu awak datang ke sini. 93 00:07:58,519 --> 00:07:59,687 Ke bar ini, ya. 94 00:07:59,770 --> 00:08:01,939 - Sebab itu awak ke sini. - Ya, tapi… 95 00:08:03,191 --> 00:08:06,569 Saya habiskan setahun untuk projek ini. 96 00:08:06,652 --> 00:08:10,281 Sebahagian hidup saya terasa seperti sudah lenyap. 97 00:08:11,824 --> 00:08:16,662 Saya pasti ia projek terbaik saya. 98 00:08:17,246 --> 00:08:18,164 Yakah? 99 00:08:19,207 --> 00:08:20,583 Projek itu tentang apa? 100 00:08:22,793 --> 00:08:23,669 Ia… 101 00:08:24,962 --> 00:08:25,880 rumit. 102 00:08:28,382 --> 00:08:30,676 Awak rasa saya takkan faham kerana saya lap lantai? 103 00:08:30,760 --> 00:08:33,137 Tidak, bukan itu sebabnya. 104 00:08:33,221 --> 00:08:34,639 - Saya bergurau. - Okey. 105 00:08:36,307 --> 00:08:37,391 Baiklah. 106 00:08:37,475 --> 00:08:39,727 Apa yang awak tahu tentang mikrob? 107 00:08:41,687 --> 00:08:43,606 Saya cuma tahu 108 00:08:43,689 --> 00:08:45,858 bakteria, virus dan kulat. 109 00:08:46,526 --> 00:08:48,236 - Mengagumkan. - Terima kasih. 110 00:08:48,319 --> 00:08:50,738 Jadi, awak mungkin tahu 111 00:08:50,821 --> 00:08:54,033 yang sesetengahnya buat kita sakit 112 00:08:54,116 --> 00:08:57,828 dan sesetengahnya buat kita sihat. 113 00:08:59,830 --> 00:09:01,707 Itulah sumber vaksin. 114 00:09:03,459 --> 00:09:08,589 Saya cari mikrob yang belum pernah direkodkan di seluruh dunia 115 00:09:10,132 --> 00:09:11,092 dan, 116 00:09:12,134 --> 00:09:13,511 kami mungkin dah menjumpainya. 117 00:09:14,011 --> 00:09:16,180 Biar betul! Di mana? 118 00:09:16,264 --> 00:09:18,891 Saya tak boleh beritahu. Ia rahsia. 119 00:09:18,975 --> 00:09:19,934 Alaska? 120 00:09:21,727 --> 00:09:25,273 - Alaska? Saya betul, bukan? - Saya tak boleh cakap. 121 00:09:25,356 --> 00:09:29,151 - Ekspedisi tahun lepas. - Saya tak boleh sahkan atau nafikan. 122 00:09:29,235 --> 00:09:31,070 - Awak tak perlu cakap. - Tidak. 123 00:09:31,153 --> 00:09:33,155 Saya tahu ia di Alaska. 124 00:09:33,239 --> 00:09:36,242 Okey, jadi awak uji vaksin pada ayam? 125 00:09:36,325 --> 00:09:38,369 Tak, kami perlukan telurnya. 126 00:09:38,452 --> 00:09:40,705 Jadi kami suntik telur dengan mikrob. 127 00:09:40,788 --> 00:09:42,206 Ia kebanyakannya virus. 128 00:09:42,290 --> 00:09:46,586 Kemudian, jika kami berjaya eram telur yang menjadi, 129 00:09:46,669 --> 00:09:48,671 kami boleh hasilkan vaksin. 130 00:09:48,754 --> 00:09:51,090 Dengannya, kami selamatkan ramai orang. 131 00:09:51,674 --> 00:09:54,385 Apa jadi jika awak suntik telur yang salah? 132 00:09:57,138 --> 00:09:58,472 Dunia akan kiamat. 133 00:10:01,934 --> 00:10:02,977 Pesanan terakhir. 134 00:10:09,609 --> 00:10:16,574 BAR SAL BUKA 135 00:10:20,036 --> 00:10:21,954 Boleh saya teman awak ke kereta? 136 00:10:22,496 --> 00:10:25,124 Saya jalan kaki ke sini. Rumah saya tak jauh. 137 00:10:25,791 --> 00:10:28,252 Okey. Saya boleh berjalan dengan awak. 138 00:10:29,378 --> 00:10:31,505 Supaya awak selamat sampai di rumah. 139 00:10:32,089 --> 00:10:33,174 Yalah. 140 00:10:33,257 --> 00:10:36,135 Supaya saya selamat sampai di rumah. Okey. 141 00:10:51,817 --> 00:10:58,783 BAR SAL 142 00:11:03,788 --> 00:11:05,790 Saya sendiri pun tak sangka… 143 00:11:07,375 --> 00:11:10,127 - Tapi saya dah jemu makan benda ini. - Biar saya makan. 144 00:11:11,337 --> 00:11:14,048 Kalau awak makan lagi, gigi awak akan tercabut. 145 00:11:14,131 --> 00:11:17,677 - Berapa ketul awak dah makan? - Satu, dua, tiga. 146 00:11:17,760 --> 00:11:20,930 - Maksimum enam ketul saja. - Cuba tangkap saya dulu. 147 00:11:21,013 --> 00:11:22,181 Saya setuju. 148 00:11:22,264 --> 00:11:24,058 Dia selalu kalahkan awak. 149 00:11:24,141 --> 00:11:25,601 Saya biar dia menang. 150 00:11:25,685 --> 00:11:26,977 Yalah. 151 00:11:28,437 --> 00:11:30,648 Tentu ada makanan di rumah mak saya. 152 00:11:32,066 --> 00:11:37,321 Saya tahu saya tak patut tanya, tapi adakah kita dah dekat? 153 00:11:37,405 --> 00:11:42,118 Mengikut peta ini, Goss Grove terletak sekitar satu setengah kilometer ke utara. 154 00:11:42,201 --> 00:11:44,203 Ya! Berapa jaraknya? 155 00:11:44,286 --> 00:11:45,705 Kira-kira 2,000 langkah. 156 00:11:46,580 --> 00:11:51,711 Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan… 157 00:11:51,794 --> 00:11:55,631 - Dia ingat ibunya nak bagi dia makan. - Perlahankan suara awak. 158 00:11:59,677 --> 00:12:01,137 Apa rancangannya, Abang Besar? 159 00:12:02,012 --> 00:12:03,639 Saya tak tahu, gadis kecil. 160 00:12:04,640 --> 00:12:06,726 Apa jadi lepas jumpa rumah ibunya 161 00:12:06,809 --> 00:12:08,936 dan dia dah mati atau bukan itu saja? 162 00:12:09,520 --> 00:12:11,564 Kita boleh hadapi kekecewaan 163 00:12:11,647 --> 00:12:13,858 tapi Gus sangat… 164 00:12:15,776 --> 00:12:16,652 Gus. 165 00:12:17,862 --> 00:12:18,863 Betul cakap awak. 166 00:12:19,697 --> 00:12:20,531 Apa awak kata? 167 00:12:21,615 --> 00:12:22,450 Apa? 168 00:12:23,743 --> 00:12:25,745 Saya rasa awak kata saya betul. 169 00:12:27,371 --> 00:12:29,832 Dia patut ikut awak selepas ini selesai. 170 00:12:30,875 --> 00:12:33,419 Awak kata awak nak sertai penyelamat hibrid. 171 00:12:34,879 --> 00:12:37,006 Selamatkanlah dia. 172 00:12:37,089 --> 00:12:39,425 Cadangan itu mungkin kurang baik. 173 00:12:39,508 --> 00:12:40,843 Ia cadangan hebat. 174 00:12:41,469 --> 00:12:43,179 - Awak suka dia, bukan? - Ya. 175 00:12:43,262 --> 00:12:45,765 - Dia pun suka awak. - Ia tak semudah itu. 176 00:12:46,599 --> 00:12:47,516 Cuma… 177 00:12:50,227 --> 00:12:52,188 Awak bukan nak pergi ke sana, ya? 178 00:12:52,813 --> 00:12:53,731 Saya dah agak. 179 00:12:54,607 --> 00:12:56,317 Orang-orang itu wujudkah? 180 00:12:56,984 --> 00:12:57,902 Rasanya. 181 00:12:59,570 --> 00:13:01,322 Saya ingat nak cari mereka. 182 00:13:02,198 --> 00:13:04,325 Pernahkah awak bercakap benar? 183 00:13:05,409 --> 00:13:06,869 Saya benci orang dewasa. 184 00:13:08,788 --> 00:13:12,833 Sebenarnya saya tiada destinasi dan kamu perlu naik kereta api, jadi… 185 00:13:15,002 --> 00:13:16,295 Sekarang, bagaimana? 186 00:13:16,378 --> 00:13:18,756 Entahlah. Saya ingat awak ada rancangan. 187 00:13:19,507 --> 00:13:20,674 Saya akan beritahu dia 188 00:13:21,550 --> 00:13:23,052 dengan lemah lembut. 189 00:13:23,844 --> 00:13:24,845 Awak kasar. 190 00:13:26,263 --> 00:13:27,389 Hei, kawan-kawan! 191 00:13:27,473 --> 00:13:28,390 BAR SAL 192 00:13:28,474 --> 00:13:29,433 Tengoklah! 193 00:13:33,395 --> 00:13:35,523 Ada asap keluar dari serombong itu. 194 00:13:36,232 --> 00:13:37,525 Itu mustahil. 195 00:13:38,234 --> 00:13:39,360 - Tidak. - Bukan? 196 00:13:48,869 --> 00:13:50,871 Buruj Orion muncul malam ini. 197 00:13:50,955 --> 00:13:52,248 Pemburu. 198 00:13:52,331 --> 00:13:53,457 Mriga. 199 00:13:53,958 --> 00:13:54,917 Mana awak tahu? 200 00:13:55,000 --> 00:13:57,086 Dua setengah tahun Pengajian Timur. 201 00:13:57,169 --> 00:13:58,045 Setengah? 202 00:13:58,128 --> 00:14:00,297 Ya, saya selalu kerja separuh jalan. 203 00:14:02,049 --> 00:14:03,384 Ia bermakna rusa. 204 00:14:10,933 --> 00:14:11,851 Apa? 205 00:14:12,518 --> 00:14:13,477 Tak ada apa-apa. 206 00:14:14,478 --> 00:14:15,396 Ini rumah saya. 207 00:14:18,440 --> 00:14:22,570 Awak nak minum coklat panas? 208 00:14:23,237 --> 00:14:24,446 Coklat panas? 209 00:14:25,781 --> 00:14:26,657 Boleh juga. 210 00:14:27,533 --> 00:14:30,077 Saya suka makanan manis. Jangan beritahu sesiapa. 211 00:14:40,337 --> 00:14:41,297 Nak marshmallow? 212 00:14:42,923 --> 00:14:43,757 Ini bila? 213 00:14:46,093 --> 00:14:47,678 Bertahun-tahun yang lalu. 214 00:14:48,429 --> 00:14:49,680 Awak nampak hebat. 215 00:14:53,517 --> 00:14:54,977 Awak minat Mark Twain? 216 00:14:55,769 --> 00:14:57,271 Ia ada nilai sentimental. 217 00:14:57,354 --> 00:15:00,357 Ayah saya selalu baca sampai saya boleh hafal. 218 00:15:00,441 --> 00:15:02,067 Suami saya suka buku itu. 219 00:15:03,152 --> 00:15:04,486 Awak dah bersuami? 220 00:15:04,987 --> 00:15:05,863 Dulu. 221 00:15:06,697 --> 00:15:07,781 Awak bercerai? 222 00:15:07,865 --> 00:15:09,033 Saya balu. 223 00:15:09,116 --> 00:15:11,577 Ya Tuhan, maafkan saya. Saya tak berniat… 224 00:15:11,660 --> 00:15:12,786 Tak apa. 225 00:15:13,370 --> 00:15:16,707 Maksud saya, saya tak terasa kerana dia dah lama tiada. 226 00:15:16,790 --> 00:15:18,626 - Semasa saya mengajar. - Okey. 227 00:15:19,168 --> 00:15:20,044 Maafkan saya. 228 00:15:21,587 --> 00:15:23,130 Apa yang berlaku? 229 00:15:23,213 --> 00:15:27,301 HPS. Hanya satu peratus manusia menghidapnya. 230 00:15:28,260 --> 00:15:31,347 Sebab itu saya berhenti mengajar dan kerja di makmal. 231 00:15:31,430 --> 00:15:35,100 Saya mungkin boleh selamatkan dia dan pesakit lain. Ambillah. 232 00:15:36,185 --> 00:15:37,561 Awak nak duduk? 233 00:15:37,645 --> 00:15:38,479 Ya. 234 00:15:43,984 --> 00:15:45,486 Apa yang awak lukis? 235 00:15:46,403 --> 00:15:49,406 Awak khusyuk melukis di bar tadi. 236 00:15:50,699 --> 00:15:51,533 Entahlah. 237 00:15:52,034 --> 00:15:55,829 Saya lukis beberapa watak kecil, kadangkala sampai lupa dunia. 238 00:15:55,913 --> 00:15:59,041 Saya suka cipta dunia khayalan. 239 00:15:59,708 --> 00:16:02,461 Dalam hidup lain, saya mungkin pelukis buku kanak-kanak. 240 00:16:02,544 --> 00:16:04,421 Bagaimana dengan hidup ini? 241 00:16:06,006 --> 00:16:07,675 Itu bukan takdir saya. 242 00:16:08,550 --> 00:16:10,803 Lagipun, saya tak pandai reka cerita. 243 00:16:12,262 --> 00:16:14,765 Semua orang ada kisah yang menarik. 244 00:16:14,848 --> 00:16:18,727 - Mungkin awak belum menemuinya. - Ya, suatu hari nanti. 245 00:16:19,520 --> 00:16:23,357 Saya tak merancang untuk bekerja di makmal untuk tempoh yang lama 246 00:16:23,440 --> 00:16:25,985 tapi ia tanggung perbelanjaan hidup saya 247 00:16:26,068 --> 00:16:29,530 dan rupa-rupanya saya pandai membaiki kerosakan. 248 00:16:32,533 --> 00:16:34,410 Sedapnya coklat panas awak. 249 00:16:35,035 --> 00:16:36,996 Ia sains, bukan karya seni. 250 00:16:37,663 --> 00:16:38,497 Ya. 251 00:16:46,964 --> 00:16:47,798 Awak ada… 252 00:16:48,549 --> 00:16:50,592 Maaf. Susu. 253 00:16:53,929 --> 00:16:56,223 Duduklah rapat sikit, kalau awak nak. 254 00:16:56,306 --> 00:16:58,559 - Apa? - Awak boleh duduk lebih rapat. 255 00:16:59,184 --> 00:17:00,019 Baiklah. 256 00:17:12,448 --> 00:17:14,199 Saya… Maafkan saya. 257 00:17:14,283 --> 00:17:15,117 Ya. 258 00:17:22,207 --> 00:17:24,668 - Saya kena jawab telefon. - Sudah tentu. 259 00:17:24,752 --> 00:17:26,003 Maafkan saya. 260 00:17:26,086 --> 00:17:28,088 Hei. Semuanya okey? 261 00:17:29,214 --> 00:17:30,049 Apa? 262 00:17:30,132 --> 00:17:31,216 Di mana? 263 00:17:32,301 --> 00:17:35,304 Okey. Ya. Saya datang sekarang. 264 00:17:37,514 --> 00:17:38,515 Semuanya okey? 265 00:17:38,599 --> 00:17:43,062 Tak. Pihak tentera ambil alih makmal dan rampas segalanya. 266 00:17:43,145 --> 00:17:44,354 - Bila? - Sekarang. 267 00:17:44,938 --> 00:17:46,940 Nampaknya ia masalah teruk. 268 00:17:47,024 --> 00:17:48,525 Ya, sangat teruk. 269 00:17:48,609 --> 00:17:53,363 Judy dah sorok projek saya di dalam almari tapi saya perlu ke makmal segera. 270 00:17:53,447 --> 00:17:55,574 Okey. Birdie, sekarang jam dua pagi. 271 00:17:55,657 --> 00:17:58,577 Aduhai. Kunci saya dirampas. Saya tak boleh masuk. 272 00:18:00,162 --> 00:18:03,665 Teruknya. Ya Tuhan. 273 00:18:03,749 --> 00:18:05,292 Apa saya nak buat? 274 00:18:08,962 --> 00:18:09,963 Ini membantu? 275 00:18:12,216 --> 00:18:14,593 - Awak tak perlu buat begitu. - Apa pula? 276 00:18:14,676 --> 00:18:18,347 Malam ini pengalaman paling seronok dalam hidup saya. 277 00:18:19,598 --> 00:18:20,933 Jom, saya hantar awak. 278 00:18:22,768 --> 00:18:23,602 Okey. 279 00:18:25,062 --> 00:18:26,105 Inilah rumahnya! 280 00:18:28,273 --> 00:18:29,399 Ada orang di rumah. 281 00:18:30,275 --> 00:18:31,151 Berapa orang? 282 00:18:31,819 --> 00:18:32,653 Satu saja. 283 00:18:35,531 --> 00:18:36,865 - Hei. - Tunggu, Gus. 284 00:18:36,949 --> 00:18:37,783 Gus. 285 00:18:37,866 --> 00:18:39,660 Saya dah kata dia di rumah. 286 00:18:39,743 --> 00:18:40,661 - Tunggu. - Gus. 287 00:18:41,286 --> 00:18:42,162 Helo? 288 00:18:43,789 --> 00:18:44,623 Helo? 289 00:18:44,706 --> 00:18:48,168 Gus, awak tak boleh terjah rumah orang dan… 290 00:18:48,252 --> 00:18:49,128 - Helo? - Gus. 291 00:18:50,254 --> 00:18:51,088 Pergi! 292 00:18:51,922 --> 00:18:52,756 Mak? 293 00:18:53,549 --> 00:18:55,008 Ini saya. Buka pintu. 294 00:18:56,510 --> 00:18:57,928 Tinggalkan beranda saya. 295 00:18:58,011 --> 00:18:59,221 Hei, cik. 296 00:18:59,721 --> 00:19:02,391 Cik, kami bukan mahu mencederakan cik. 297 00:19:04,643 --> 00:19:07,312 Nama cik bukan Birdie? 298 00:19:09,857 --> 00:19:10,983 Apa kamu kata? 299 00:19:11,942 --> 00:19:13,443 Birdie. Dia mak saya. 300 00:19:22,703 --> 00:19:23,537 Gus? 301 00:19:26,081 --> 00:19:26,957 Kamu… 302 00:19:33,547 --> 00:19:35,215 Kamu masih hidup. 303 00:19:41,763 --> 00:19:45,058 POLIS PERONDA COLORADO 304 00:19:53,984 --> 00:19:57,029 Saya tak faham kenapa tentera nak tutup tempat ini? 305 00:19:57,738 --> 00:19:59,698 Ingat lagi ketika saya kata dunia kiamat? 306 00:20:00,324 --> 00:20:01,283 Nanti dulu. 307 00:20:01,783 --> 00:20:03,535 Apa sebenarnya kerja awak? 308 00:20:03,619 --> 00:20:04,703 Tengoklah nanti. 309 00:20:13,045 --> 00:20:16,965 - Saya harap kamu suka wain beri biru. - Sejak bila cik tinggal di sini, cik… 310 00:20:17,049 --> 00:20:19,009 Sejak semuanya berlaku. 311 00:20:20,677 --> 00:20:21,511 Saya Judy. 312 00:20:22,429 --> 00:20:24,223 Bagaimana awak kenal Birdie? 313 00:20:24,890 --> 00:20:26,391 Kami kerja bersama. 314 00:20:27,434 --> 00:20:28,560 Pada satu hari, 315 00:20:30,145 --> 00:20:31,396 dia selamatkan saya. 316 00:20:34,858 --> 00:20:38,403 Saya datang ke sini untuk jenguk dia semasa wabak itu mula merebak. 317 00:20:38,987 --> 00:20:42,491 Ada orang tengah selongkar rumah ini, saya cuba halang tapi… 318 00:20:44,701 --> 00:20:46,119 Mereka ingat saya dah mati. 319 00:20:46,703 --> 00:20:47,621 Orang Terakhir? 320 00:20:47,704 --> 00:20:49,248 Mereka belum wujud lagi. 321 00:20:49,873 --> 00:20:51,250 Ia pihak tentera. 322 00:20:52,834 --> 00:20:54,419 Ibu kamu yang jumpa saya. 323 00:20:54,503 --> 00:20:56,505 Dia jaga saya sampai sembuh. 324 00:20:57,631 --> 00:20:59,341 Saya tinggal bersamanya. 325 00:20:59,925 --> 00:21:01,510 Jadi, dia doktor? 326 00:21:01,593 --> 00:21:02,719 Tak juga. 327 00:21:07,266 --> 00:21:10,852 Dia tak tinggal di sini lagi, bukan? 328 00:21:16,692 --> 00:21:17,776 Ya, malangnya. 329 00:21:21,613 --> 00:21:23,448 Ke mana Birdie pergi? 330 00:21:23,532 --> 00:21:24,908 Saya tak tahu. 331 00:21:26,118 --> 00:21:29,413 Pada suatu malam, dia kemas beg dan pergi cari kamu. 332 00:21:30,664 --> 00:21:32,499 Saya dah larang dia, 333 00:21:33,792 --> 00:21:35,168 tapi dia berdegil. 334 00:21:36,128 --> 00:21:37,796 Sepuluh tahun dah berlalu. 335 00:21:39,381 --> 00:21:41,550 Saya tinggal di sini sejak hari itu. 336 00:21:55,981 --> 00:21:57,274 Fort Smith. 337 00:21:58,358 --> 00:21:59,192 Apa? 338 00:21:59,276 --> 00:22:00,610 Bekas bunga itu. 339 00:22:00,694 --> 00:22:02,654 Ia bertulis "Makmal Fort Smith". 340 00:22:08,452 --> 00:22:10,495 - Macam abah punya! - Apa itu abah? 341 00:22:10,579 --> 00:22:11,830 Itu gelaran ayahnya. 342 00:22:11,913 --> 00:22:13,498 Apa itu Makmal Fort Smith? 343 00:22:13,582 --> 00:22:14,875 Ia tempat kerja kami. 344 00:22:14,958 --> 00:22:16,543 Dia ahli sains. 345 00:22:17,210 --> 00:22:19,588 Jadi, itu bermakna abah juga ahli sains. 346 00:22:23,216 --> 00:22:24,384 Richard Fox. 347 00:22:24,468 --> 00:22:26,094 Cik kenal abah saya? 348 00:22:49,534 --> 00:22:50,410 Terima kasih. 349 00:22:52,412 --> 00:22:53,455 Ini kunci apa? 350 00:22:53,538 --> 00:22:54,873 Kunci loteng. 351 00:22:54,956 --> 00:22:56,500 Birdie minta saya simpan 352 00:22:56,583 --> 00:23:00,629 kalau-kalau ada orang minta tapi dia tentu nak kamu melihatnya. 353 00:23:01,755 --> 00:23:02,589 Jom kita naik! 354 00:23:05,008 --> 00:23:06,343 Aduhai. 355 00:23:07,886 --> 00:23:10,680 Hei, awak pernah dengar nama Fort Smith? 356 00:23:10,764 --> 00:23:12,891 Saya juga nak tanya awak soalan itu. 357 00:23:12,974 --> 00:23:15,143 Ia ditutup semasa virus merebak. 358 00:23:15,227 --> 00:23:17,687 Orang kata virus itu bermula di sana. 359 00:23:17,771 --> 00:23:19,481 Hei, kalian nak ikut tak? 360 00:23:20,107 --> 00:23:20,982 Ya. 361 00:23:24,152 --> 00:23:25,070 Ikut sini. 362 00:23:51,555 --> 00:23:52,973 Oh, tidak. 363 00:24:09,739 --> 00:24:10,615 Mari sini. 364 00:24:15,287 --> 00:24:18,415 Filem seram selalu bermula begini. 365 00:24:23,253 --> 00:24:26,381 Saya tak sangka malam ini akan jadi begini. 366 00:24:26,465 --> 00:24:29,342 Tak pernah pecah masuk makmal semasa janji temu? 367 00:24:29,426 --> 00:24:31,428 Jadi ini janji temu? 368 00:24:31,511 --> 00:24:32,512 Kunci. 369 00:24:44,649 --> 00:24:46,151 Bau mak macam buah pic. 370 00:24:47,944 --> 00:24:49,070 Ini bau ubat gegat. 371 00:24:55,869 --> 00:24:59,581 Hei. Ada awak rasa yang Judy tak ceritakan segala-galanya? 372 00:25:00,207 --> 00:25:01,291 Memang pun. 373 00:25:05,837 --> 00:25:07,047 Mungkin ini masanya. 374 00:25:07,589 --> 00:25:08,548 Ya. 375 00:25:10,550 --> 00:25:11,635 Ini dia! 376 00:25:12,260 --> 00:25:15,055 Abang Jepp, siapa lelaki tua di sebelahnya ini? 377 00:25:15,138 --> 00:25:16,348 Dia mungkin ayahnya. 378 00:25:17,015 --> 00:25:18,850 Jadi… 379 00:25:18,934 --> 00:25:20,268 Dia datuk awak. 380 00:25:20,352 --> 00:25:23,438 Datuk saya? Abang Jepp, saya ada datuk! 381 00:25:23,522 --> 00:25:24,814 Ya, baguslah. 382 00:25:30,946 --> 00:25:31,947 Kita perlu berbincang. 383 00:25:32,822 --> 00:25:36,368 Saya dengar perbualan abang dan saya tahu apa abang nak kata. 384 00:25:36,952 --> 00:25:38,995 Abang rasa semua ini sia-sia, 385 00:25:39,079 --> 00:25:40,372 tapi abang silap. 386 00:25:40,455 --> 00:25:42,165 Kita dah sampai ke sini. 387 00:25:42,832 --> 00:25:45,460 Kita berdiri di rumah mak saya. 388 00:25:46,253 --> 00:25:49,631 Abang ingat kita takkan sampai ke sini. Mengaku sajalah. 389 00:25:52,175 --> 00:25:57,097 Memang abang dah banyak berputus asa, tapi saya tak perlu buat begitu. 390 00:25:58,265 --> 00:25:59,474 Kita semua pun sama. 391 00:26:15,282 --> 00:26:16,116 Jepp? 392 00:26:18,034 --> 00:26:20,120 Awak mungkin perlu lihat benda ini. 393 00:26:23,832 --> 00:26:25,250 Apa benda ini? 394 00:26:25,333 --> 00:26:27,127 Ingat lagi tentang mikrob itu? 395 00:26:27,794 --> 00:26:28,795 Ya. 396 00:26:30,839 --> 00:26:32,716 Kami cipta satu keajaiban… 397 00:26:34,968 --> 00:26:36,261 dan inilah hasilnya. 398 00:26:39,973 --> 00:26:41,308 Apa… 399 00:26:42,642 --> 00:26:45,353 Ya Tuhan. 400 00:26:46,605 --> 00:26:47,689 Hai sayang. 401 00:26:55,780 --> 00:26:56,698 Dia suka awak. 402 00:27:00,535 --> 00:27:01,661 Dia apa sebenarnya? 403 00:27:06,791 --> 00:27:08,585 G-U-S. Itu ejaan nama saya. 404 00:27:11,671 --> 00:27:15,008 "Siri Unit Genetik 1?" 405 00:27:15,884 --> 00:27:16,801 Apa maknanya? 406 00:27:17,469 --> 00:27:19,596 Ia mungkin tak penting. 407 00:27:20,388 --> 00:27:22,223 Tapi apa maknanya? 408 00:27:23,058 --> 00:27:24,476 Apa itu unit genetik? 409 00:27:25,393 --> 00:27:28,438 Ia nampak macam projek yang ibu awak usahakan. 410 00:27:30,732 --> 00:27:32,484 Apa maksud "projek"? 411 00:27:38,448 --> 00:27:39,282 Apa benda itu? 412 00:27:46,581 --> 00:27:48,291 Itu saya, bukan? 413 00:27:49,834 --> 00:27:51,086 Mungkin juga, adik. 414 00:27:52,087 --> 00:27:55,048 Siapa orang yang bersama Birdie ini? Mana abah? 415 00:28:02,097 --> 00:28:05,058 Kenapa ada tiub pada badan saya? Saya sakitkah? 416 00:28:05,975 --> 00:28:07,143 Hai. 417 00:28:07,727 --> 00:28:08,937 Selamat pagi, Gus. 418 00:28:10,939 --> 00:28:12,440 Gus, ini Richard. 419 00:28:12,524 --> 00:28:13,900 Hei, Gus. 420 00:28:15,402 --> 00:28:16,778 Apa khabar, sayang? 421 00:28:23,243 --> 00:28:26,579 - Okey! Buka pintu! - Kita perlu bawa dia keluar. 422 00:28:26,663 --> 00:28:28,915 - Mereka ada di luar. - Awak tak faham. 423 00:28:28,998 --> 00:28:32,627 Jika mereka ambil dia, mereka akan bedah untuk mengkajinya. 424 00:28:32,711 --> 00:28:33,586 Sabar, sayang. 425 00:28:33,670 --> 00:28:36,047 Saya akan lengahkan mereka, okey? 426 00:28:36,131 --> 00:28:37,340 Apa maksud awak? 427 00:28:37,424 --> 00:28:38,717 Saya ada rancangan. 428 00:28:40,844 --> 00:28:41,678 Bertenang. 429 00:29:02,741 --> 00:29:03,616 Hei, awak! 430 00:29:05,618 --> 00:29:07,912 Ya, awak. Apa awak buat? 431 00:29:07,996 --> 00:29:11,875 Awak rasa? Saya memvakum. Banyak bintil serat melekat pada karpet. 432 00:29:13,918 --> 00:29:17,172 Ini kawasan larangan. Awak perlu keluar sekarang. 433 00:29:17,255 --> 00:29:22,761 Ya, tapi lebih baik jika awak tak berjalan di tempat saya mengemas. 434 00:29:22,844 --> 00:29:24,971 Saya tak mahu vakum sekali lagi. 435 00:29:25,054 --> 00:29:28,558 Semua kakitangan tak penting perlu keluar sekarang. 436 00:29:28,641 --> 00:29:31,561 Okey. Jika begitu, awak beritahulah penyelia saya. 437 00:29:31,644 --> 00:29:32,979 Siapa lelaki ini? 438 00:29:33,646 --> 00:29:35,315 Richard. Saya Richard Fox. 439 00:29:37,442 --> 00:29:38,359 Pergi sekarang. 440 00:29:44,032 --> 00:29:45,074 Mana abah? 441 00:29:46,618 --> 00:29:49,078 - Mana abah? - Gus? Dengar sini baik-baik. 442 00:29:49,162 --> 00:29:52,540 - Tak, saya perlu cari abah! - Gus. Dengar cakap Bear. 443 00:29:52,624 --> 00:29:55,335 Saya tak pernah beritahu yang saya anak angkat. 444 00:29:55,418 --> 00:29:56,961 Awak tahu apa maknanya? 445 00:29:57,796 --> 00:29:59,964 Maknanya ibu bapa kita palsu. 446 00:30:00,048 --> 00:30:03,760 Tak. Maknanya mereka sama seperti ibu bapa kandung saya… 447 00:30:03,843 --> 00:30:05,637 Jangan guna perkataan canggih. 448 00:30:05,720 --> 00:30:07,764 Maknanya ibu bapanya tak dapat dia 449 00:30:07,847 --> 00:30:10,099 macam ibu bapa anak-anak lain. 450 00:30:10,767 --> 00:30:11,935 Apa maksud abang? 451 00:30:15,814 --> 00:30:17,816 Mereka masih ibu bapa saya, bukan? 452 00:30:21,611 --> 00:30:22,695 Bukan? 453 00:30:22,779 --> 00:30:25,114 Jangan risau, sayang. 454 00:30:25,198 --> 00:30:29,869 Semuanya akan selamat. 455 00:30:30,537 --> 00:30:33,289 Kami akan lindungi kamu. 456 00:30:33,915 --> 00:30:35,542 Saya dan lelaki baik tadi. 457 00:30:38,711 --> 00:30:40,046 Kamu akan sentiasa… 458 00:30:41,923 --> 00:30:42,799 selamat. 459 00:30:50,515 --> 00:30:51,432 Ikut arah ini. 460 00:30:54,352 --> 00:30:55,812 Ayuh! Ini arahnya. 461 00:30:57,689 --> 00:30:58,690 Saya perlu kembali. 462 00:31:00,108 --> 00:31:00,984 Awak dah gila? 463 00:31:01,067 --> 00:31:02,735 Tidak, awak perlu bawa Gus. 464 00:31:02,819 --> 00:31:04,821 - Awak bawalah Gus sekarang. - Apa? 465 00:31:04,904 --> 00:31:08,116 Tak apa. Saya perlu kembali dan ambil semua kajian saya 466 00:31:08,199 --> 00:31:09,701 dan bakar makmal ini 467 00:31:09,784 --> 00:31:12,745 kerana jika kajian kami jatuh ke tangan yang salah, 468 00:31:12,829 --> 00:31:14,581 jutaan orang akan mati. 469 00:31:16,207 --> 00:31:19,127 - Bawa Gus pergi sekarang. - Kita baru berkenalan. 470 00:31:19,210 --> 00:31:22,171 Awak nampak baik tapi saya tak boleh buat begini. 471 00:31:22,255 --> 00:31:23,381 Saya bukan sesiapa. 472 00:31:23,464 --> 00:31:27,719 Betul, jadi mereka takkan cari awak dan awak boleh lindungi Gus. 473 00:31:27,802 --> 00:31:29,846 - Ya Tuhan. - Faham? Lindungi dia. 474 00:31:35,184 --> 00:31:38,897 Tak apa. Kamu akan selamat. Okey. 475 00:31:45,278 --> 00:31:46,905 Saya tak tahu jaga bayi. 476 00:31:47,488 --> 00:31:49,908 Saya pun tak tahu selamatkan dunia. 477 00:31:57,123 --> 00:31:58,041 Saya akan cari awak. 478 00:32:10,345 --> 00:32:11,179 Cakaplah! 479 00:32:11,262 --> 00:32:15,058 Jangan tanya soalan kalau kamu tak mahu tahu jawapannya. 480 00:32:17,560 --> 00:32:18,394 Cakaplah. 481 00:32:23,942 --> 00:32:26,527 Nampaknya mungkin ahli sains inilah 482 00:32:27,737 --> 00:32:30,073 yang hasilkan kamu. 483 00:32:34,535 --> 00:32:37,705 Tapi ia tak mengubah apa-apa. 484 00:32:40,208 --> 00:32:41,542 Tidak. 485 00:32:42,418 --> 00:32:43,878 Ia mengubah segalanya. 486 00:32:45,421 --> 00:32:49,717 - Patutlah abah tak cerita tentang dia. - Mungkin dia cuba lindungi awak. 487 00:32:50,301 --> 00:32:52,220 Jika ahli sains yang cipta saya, 488 00:32:53,262 --> 00:32:55,264 bermakna saya tiada mak, bukan? 489 00:32:56,766 --> 00:32:57,850 Atau ayah. 490 00:32:57,934 --> 00:33:00,311 Kita belum tahu kisah sepenuhnya. 491 00:33:00,395 --> 00:33:04,065 Tapi dia yang besarkan dan pastikan kamu selamat. 492 00:33:04,148 --> 00:33:08,486 - Tak ramai akan buat begitu. Percayalah. - Dia tipu tentang segalanya. 493 00:33:09,070 --> 00:33:10,613 Sudahlah. Jom ambil angin. 494 00:33:10,697 --> 00:33:13,032 Tidak! Saya tak nak dengar cakap abang. 495 00:33:13,116 --> 00:33:14,742 - Abang pun bukan ayah saya. - Gus. 496 00:33:21,833 --> 00:33:25,128 Masuk ke dalam semula. 497 00:34:08,087 --> 00:34:10,298 …sebelum amaran kecemasan dibuat… 498 00:34:10,381 --> 00:34:12,884 Ini pesanan pusat operasi kecemasan negeri. 499 00:34:12,967 --> 00:34:17,013 Strain H5G9 ialah virus paling berbahaya dalam hidup kita. 500 00:34:17,096 --> 00:34:18,723 Mereka dipanggil hibrid. 501 00:34:18,806 --> 00:34:19,932 Tiada siapa selamat 502 00:34:20,016 --> 00:34:23,436 kerana operasi penangkapan pertama hibrid sudah dimulakan dan satu lagi… 503 00:34:37,617 --> 00:34:38,743 Hei. 504 00:34:38,826 --> 00:34:40,161 Hei, jangan risau. 505 00:34:40,661 --> 00:34:42,038 Tak apa, sayang. 506 00:34:42,580 --> 00:34:44,665 Ya. 507 00:34:48,169 --> 00:34:49,837 Ya, kamu tak apa-apa. 508 00:34:49,921 --> 00:34:52,256 Hei. Kamu tak apa-apa. 509 00:34:53,049 --> 00:34:55,051 Saya akan lindungi kamu. Ya. 510 00:35:11,651 --> 00:35:14,529 Apabila jawapan yang anda cari selama ini 511 00:35:14,612 --> 00:35:16,197 akhirnya ditemukan, 512 00:35:16,948 --> 00:35:18,491 begitu jugalah tujuan hidup anda. 513 00:35:18,574 --> 00:35:20,243 Okey, kamu mungkin suka cerita ini. 514 00:35:20,743 --> 00:35:25,206 Suatu masa dahulu, ada seorang budak nakal bernama Tom Sawyer. 515 00:35:25,706 --> 00:35:29,585 Dia selalu buat hal dan suka berdepan dengan bahaya. 516 00:35:30,753 --> 00:35:32,171 Tengoklah. 517 00:35:39,846 --> 00:35:41,556 Namun kadangkala… 518 00:35:42,181 --> 00:35:46,018 Kadangkala kebenaran menyakitkan. 519 00:35:47,562 --> 00:35:52,942 Kadangkala pula, jawapannya lebih membingungkan. 520 00:37:25,534 --> 00:37:28,079 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin