1 00:00:12,366 --> 00:00:15,911 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:19,999 --> 00:00:24,003 Pemimpin hebat terbentuk di tempat yang tak disangka. 3 00:00:29,967 --> 00:00:31,552 Tengok orang jahat itu. 4 00:00:33,846 --> 00:00:34,847 Bunuh ala haiwan. 5 00:00:36,140 --> 00:00:37,349 Cepat, Pony. 6 00:00:37,892 --> 00:00:38,726 Tiger, tunggu. 7 00:00:40,227 --> 00:00:41,562 Serangan hendap! Awas! 8 00:00:42,480 --> 00:00:44,398 Rhino, Pony, Tiger tumpas. 9 00:00:44,482 --> 00:00:46,984 - Tiger! - Tiada haiwan yang tertinggal. 10 00:00:50,780 --> 00:00:53,449 Tiger, mulakan serangan ganas awak. 11 00:00:53,532 --> 00:00:54,408 Sekarang! 12 00:00:57,495 --> 00:00:58,621 Syabas. 13 00:00:58,704 --> 00:00:59,580 AMARAN 14 00:00:59,663 --> 00:01:02,625 Ada kecemasan. Hibrid dalam kesusahan. 15 00:01:02,708 --> 00:01:05,795 Ada kecemasan. Tentera Haiwan, pergi ke stesen. 16 00:01:05,878 --> 00:01:08,964 - Kamu tahu tugas kamu. - Ada kecemasan. Hibrid dalam kesusahan. 17 00:01:13,385 --> 00:01:14,970 Ada orang yang patuh 18 00:01:16,639 --> 00:01:18,974 dan ada yang bersifat seorang pemimpin. 19 00:01:42,665 --> 00:01:47,336 Bagi Gus, dia gembira kerana ada orang yang membimbingnya. 20 00:01:55,094 --> 00:01:56,720 Kami tak pernah ada bunga itu. 21 00:01:57,221 --> 00:01:58,764 Abah tentu suka bunga itu. 22 00:01:59,640 --> 00:02:03,936 - Itu bermakna wabak itu ada di sini. - Ia tak nampak berpenyakit pun. 23 00:02:04,478 --> 00:02:07,565 Bunga itu tumbuh setiap kali wabak itu muncul. 24 00:02:07,648 --> 00:02:10,109 Ia seperti satu petanda. 25 00:02:11,527 --> 00:02:13,612 Kenapa abang tak dijangkitinya? 26 00:02:13,696 --> 00:02:15,614 Saya makan banyak Wheaties. 27 00:02:17,700 --> 00:02:18,993 Entahlah, adik. 28 00:02:19,994 --> 00:02:21,912 Sesetengah orang memang bertuah. 29 00:03:12,213 --> 00:03:13,547 Kita dah sampai? 30 00:03:14,131 --> 00:03:15,090 Sikit saja lagi. 31 00:03:15,925 --> 00:03:19,136 Betulkah atau abang kata supaya saya berhenti bertanya? 32 00:03:19,637 --> 00:03:21,263 Kita betul-betul dah dekat. 33 00:03:52,836 --> 00:03:57,007 - Ini bukan Colorado. - Betul. Di sini ada barang-barang saya. 34 00:03:57,091 --> 00:04:00,052 - Tapi abang kata… - Perlu ambil beberapa barang. 35 00:04:00,135 --> 00:04:01,804 Kita boleh bermalam di sini. 36 00:04:06,850 --> 00:04:08,644 Jadi ini tempat tinggal abang? 37 00:04:08,727 --> 00:04:11,522 Saya dah cakap, saya tak ada rumah, 38 00:04:12,898 --> 00:04:14,984 tapi saya sorok barang di tempat yang sesuai. 39 00:04:15,484 --> 00:04:16,777 Ia tabiat yang baik. 40 00:04:16,860 --> 00:04:17,903 Macam tupai? 41 00:04:18,988 --> 00:04:19,822 Yalah. 42 00:04:22,449 --> 00:04:25,327 Baunya macam kulit basah dan kismis lama. 43 00:04:25,828 --> 00:04:27,830 - Benda apa? - Gula-gula abang. 44 00:04:28,872 --> 00:04:30,541 Kamu boleh hidu dari situ? 45 00:04:30,624 --> 00:04:33,460 Sebenarnya, saya boleh hidu baunya dari luar. 46 00:04:43,137 --> 00:04:44,513 Kamu lapar? 47 00:04:55,733 --> 00:04:57,234 Abang nak tinggalkan saya 48 00:04:58,485 --> 00:04:59,695 dengan keluarga itu? 49 00:05:02,323 --> 00:05:03,824 Dengar nasihat ini, adik. 50 00:05:04,908 --> 00:05:07,494 Jangan tanya soalan kalau kamu tak suka jawapannya. 51 00:05:10,247 --> 00:05:12,124 Hei, kamu tahu esok hari apa? 52 00:05:13,417 --> 00:05:14,710 Hari kereta api. 53 00:05:15,919 --> 00:05:18,714 Untuk kereta api istimewa. Kamu tahu kenapa? 54 00:05:19,506 --> 00:05:21,175 Ia menuju ke destinasi kamu. 55 00:05:21,258 --> 00:05:22,593 Colorado? 56 00:05:23,302 --> 00:05:27,264 - Ia akan ambil kita di sini? - Tak, kita perlu menaikinya di pasar. 57 00:05:27,765 --> 00:05:29,475 Tapi bagaimana caranya 58 00:05:29,558 --> 00:05:31,060 dan apa itu pasar? 59 00:05:32,061 --> 00:05:33,020 Kamu suka epal? 60 00:05:33,520 --> 00:05:34,563 Saya suka sangat. 61 00:05:35,147 --> 00:05:36,106 Karamel pula? 62 00:05:36,690 --> 00:05:40,486 - Bergantung, tapi ia apa? - Ia macam sirap, tapi lebih sedap. 63 00:05:40,569 --> 00:05:43,238 Ia dicairkan dan dititiskan ke atas epal. 64 00:05:44,073 --> 00:05:45,699 Lebih sedap daripada sirap? 65 00:05:59,671 --> 00:06:00,798 Patung lelaki emas. 66 00:06:01,382 --> 00:06:03,342 - Dia siapa? - Dia tak penting. 67 00:06:03,842 --> 00:06:06,136 Saya dapat ia kerana pandai bersukan. 68 00:06:06,220 --> 00:06:07,679 Macam main hantar bola? 69 00:06:08,514 --> 00:06:11,308 Saya tak tahu tapi kamu tentu akan beritahu. 70 00:06:11,392 --> 00:06:12,935 Saya dan abah selalu main. 71 00:06:13,018 --> 00:06:15,020 Kami berbalas lontaran sekerap mungkin 72 00:06:15,104 --> 00:06:16,605 selagi ia belum terjatuh. 73 00:06:18,190 --> 00:06:20,150 Ya, samalah macam sukan saya. 74 00:06:21,527 --> 00:06:23,028 Apa abang buat dengannya? 75 00:06:23,112 --> 00:06:26,490 Saya lihat patung itu untuk mengenang masa silam. 76 00:06:28,700 --> 00:06:30,828 Apa dah jadi kepada kepalanya? 77 00:06:32,162 --> 00:06:35,207 Ada orang gagal kawal kemarahannya. 78 00:06:36,875 --> 00:06:38,877 Saya pernah bakar Anjing. 79 00:06:38,961 --> 00:06:42,089 Entah kenapa tapi selepas itu saya rasa bersalah. 80 00:06:42,172 --> 00:06:43,006 Ya. 81 00:06:43,090 --> 00:06:44,508 Ia selalunya begitu. 82 00:06:48,554 --> 00:06:50,472 Saya nak keluar. 83 00:06:51,348 --> 00:06:54,560 Menjerit kalau kamu hidu bau orang lain. 84 00:06:55,561 --> 00:06:56,895 Selamat malam, abang. 85 00:06:57,438 --> 00:06:58,272 Hei. 86 00:07:00,732 --> 00:07:04,194 Apa nama benda yang ada titisan karamel di atas epal itu? 87 00:07:05,529 --> 00:07:06,780 Epal karamel. 88 00:07:24,673 --> 00:07:25,591 Mak. 89 00:07:33,056 --> 00:07:34,141 Apa kamu buat? 90 00:07:34,933 --> 00:07:35,893 Tidur! 91 00:08:23,398 --> 00:08:24,274 Abang Jepp? 92 00:08:26,944 --> 00:08:27,861 Abang Besar? 93 00:08:55,847 --> 00:08:56,890 Abang Jepperd? 94 00:09:08,068 --> 00:09:09,736 Abang Jepp! 95 00:09:15,951 --> 00:09:16,910 Abang Besar. 96 00:09:17,536 --> 00:09:18,996 Saya dapat mimpi ngeri. 97 00:09:19,663 --> 00:09:21,373 Kamu akan terbiasa dengannya. 98 00:09:21,915 --> 00:09:23,500 Hari ini hari apa? 99 00:09:23,584 --> 00:09:24,543 Hari kereta api. 100 00:09:24,626 --> 00:09:25,460 Apa lagi? 101 00:09:26,086 --> 00:09:28,922 - Pasar. - Bermakna ada Orang Terakhir. 102 00:09:29,006 --> 00:09:32,009 Merekalah yang cuba culik kamu di pusat pelawat itu. 103 00:09:32,884 --> 00:09:35,304 Saya dah buat samaran untuk kamu. 104 00:09:37,347 --> 00:09:39,099 Ia macam kostum. 105 00:09:40,225 --> 00:09:41,143 Untuk Halloween. 106 00:09:41,727 --> 00:09:44,771 Saya tahu. Abah buat pankek pada Hari Halloween, 107 00:09:44,855 --> 00:09:46,690 kemudian kami lastik benda. 108 00:09:48,150 --> 00:09:49,776 Abah kamu pelik betul. 109 00:09:49,860 --> 00:09:52,821 Kamu akan menyamar sebagai budak manusia 110 00:09:52,904 --> 00:09:54,990 yang menyamar sebagai budak hibrid. 111 00:09:55,073 --> 00:09:57,451 Tapi saya memang budak hibrid. 112 00:09:57,534 --> 00:10:00,871 Ya, tapi hari ini, itu rahsia kita. 113 00:10:00,954 --> 00:10:04,833 Kamu akan pura-pura jadi hibrid, walaupun kamu hibrid sebenar. 114 00:10:06,293 --> 00:10:08,920 Ada hibrid lain di pasar itu? 115 00:10:09,504 --> 00:10:11,006 Semuanya di dalam sangkar. 116 00:10:37,491 --> 00:10:41,370 Ini jurnal perubatan Dr. Aditya Singh. 117 00:10:42,371 --> 00:10:44,414 Saya buat rakaman ini untuk… 118 00:10:46,333 --> 00:10:48,251 Mungkin, generasi akan datang. 119 00:10:48,960 --> 00:10:51,838 Saya dah ambil alih tugas Dr. Bell 120 00:10:53,382 --> 00:10:56,468 dan berikut ialah pemerhatian yang saya berjaya buat. 121 00:10:57,719 --> 00:11:01,682 Kebanyakan pesakit ada penyakit biasa, selesema, lutut melecet 122 00:11:02,474 --> 00:11:04,184 dan kadangkala, patah tulang. 123 00:11:06,395 --> 00:11:10,732 Saya ingat lagi betapa saya menyukai tugas saya sebagai doktor. 124 00:11:11,983 --> 00:11:15,237 Saya suka memulihkan kehidupan pesakit. 125 00:11:16,154 --> 00:11:19,241 Namun setiap hari, saya dihantui punca saya berhenti, 126 00:11:19,741 --> 00:11:23,870 iaitu kerana kami perlu memutuskan orang yang hidup dan yang mati, 127 00:11:24,746 --> 00:11:27,833 serta ketakutan yang penawarnya takkan dapat ditemui. 128 00:11:30,961 --> 00:11:34,923 Setahu saya, hanya ada seorang pesakit yang berjaya hidup 129 00:11:35,424 --> 00:11:37,259 walaupun dijangkiti virus H5G9. 130 00:11:38,301 --> 00:11:39,302 Okey. 131 00:11:44,599 --> 00:11:45,726 Saya menggelarnya 132 00:11:47,352 --> 00:11:48,395 Jane Doe. 133 00:11:58,405 --> 00:11:59,614 Saya hanya berdoa 134 00:12:00,198 --> 00:12:02,367 saya dapat terus menghalang Cik Doe 135 00:12:02,451 --> 00:12:04,870 daripada mati seperti ramai pesakit lain. 136 00:12:09,166 --> 00:12:10,876 Kajian Dr. Bell 137 00:12:11,710 --> 00:12:14,129 amat meragukan. 138 00:12:15,630 --> 00:12:16,465 DARAH JENIS H? 139 00:12:17,466 --> 00:12:20,385 Sudah berapa lama dia mengetepikan etika? 140 00:12:23,263 --> 00:12:24,431 SEDUTAN SUMSUM TULANG 141 00:12:25,682 --> 00:12:26,516 HIBRID LEMBU 142 00:12:26,600 --> 00:12:28,810 Saya mungkin tak sewarak dulu, 143 00:12:30,604 --> 00:12:34,232 tapi saya pun tak sanggup bertindak menurut saranannya. 144 00:12:36,026 --> 00:12:39,488 Saya khuatir jika itu saja cara 145 00:12:40,405 --> 00:12:41,948 untuk selamatkan Jane Doe… 146 00:12:44,034 --> 00:12:45,494 dan mereka yang masih hidup. 147 00:13:11,102 --> 00:13:12,354 Awakkah penggantinya? 148 00:13:27,661 --> 00:13:30,372 PENERIMA: DR. BELL KANDUNGAN: BEKALAN UBAT 149 00:14:06,408 --> 00:14:07,534 Semuanya okey? 150 00:14:12,789 --> 00:14:13,999 Ya, hebat. 151 00:14:32,183 --> 00:14:34,144 Awak minum dulu tanpa saya? 152 00:14:34,728 --> 00:14:35,937 Minum untuk apa? 153 00:14:37,188 --> 00:14:40,692 Parti Doug Duncan. Kita tak boleh pergi. 154 00:14:40,775 --> 00:14:43,904 Ini Hari Mangsa Selamat. Kalau tidak, mereka marah. 155 00:14:43,987 --> 00:14:46,323 Tak boleh. Awak tak pulih sepenuhnya. 156 00:14:46,406 --> 00:14:49,451 Saya tak berjangkit. Kesan serum Bell masih ada. 157 00:14:49,534 --> 00:14:51,912 Awak ada simptomnya. Kita akan terdedah. 158 00:14:51,995 --> 00:14:55,248 - Ubat itu tak berkesan. - Kita berdua tahu sebabnya. 159 00:14:58,126 --> 00:14:59,336 Apa maksud awak? 160 00:15:01,087 --> 00:15:05,550 Saya dah cuba semua kaedah Bell, kecuali sadisme kerana saya tak sanggup. 161 00:15:05,634 --> 00:15:08,970 Walaupun mereka hibrid, mereka masih separa manusia 162 00:15:09,721 --> 00:15:11,097 dan mereka kanak-kanak! 163 00:15:28,990 --> 00:15:31,910 Awak pasti akan jumpa penyelesaian yang tak kejam. 164 00:15:45,256 --> 00:15:46,216 Kita pasti okey. 165 00:15:46,299 --> 00:15:49,386 Cakap saja saya tak nak pergi, lagipun saya tak suka. 166 00:15:49,469 --> 00:15:51,304 Hanson kata dia tak suka parti 167 00:15:52,514 --> 00:15:54,182 dan awak pun tahu akibatnya. 168 00:15:58,937 --> 00:16:00,522 Tiada siapa suka Hanson. 169 00:16:00,605 --> 00:16:01,648 Kita pasti okey. 170 00:16:01,731 --> 00:16:03,733 Kita patut ada strategi keluar. 171 00:16:03,817 --> 00:16:05,110 Perkataan rahsia. 172 00:16:05,193 --> 00:16:07,570 - Baiklah, "toyol". - Apa? 173 00:16:07,654 --> 00:16:10,031 Kalau kita sebut "toyol", kita baliklah. 174 00:16:10,115 --> 00:16:14,661 - Bagaimana nak selit ia dalam perbualan? - Sebab itulah ia pilihan yang baik. 175 00:16:17,664 --> 00:16:20,000 Baiklah. Biar saya periksa. 176 00:16:25,964 --> 00:16:31,177 Wanita paling cantik di kawasan metropolitan Rockbridge Raya. 177 00:16:32,303 --> 00:16:33,930 Manisnya mulut awak. 178 00:16:34,931 --> 00:16:35,890 Ayuh. 179 00:16:42,939 --> 00:16:43,857 Tiga… 180 00:16:43,940 --> 00:16:45,233 Dua… 181 00:16:46,401 --> 00:16:47,360 - Satu. - Satu. 182 00:16:54,784 --> 00:16:56,202 Doug, awak nampak segak. 183 00:16:56,286 --> 00:16:57,287 Terima kasih. 184 00:16:57,370 --> 00:17:00,498 Rani, gembiranya saya jumpa awak. Awak nampak hebat. 185 00:17:00,582 --> 00:17:03,376 Adi pula, seperti biasa, awak memang ada kelas. 186 00:17:03,460 --> 00:17:04,961 Baiknya awak. 187 00:17:05,045 --> 00:17:07,088 Mari. Mojito sedang menunggu. 188 00:17:08,840 --> 00:17:10,884 - Rani, Adi. - Hei! 189 00:17:13,511 --> 00:17:14,679 Sebuah filem? 190 00:17:14,763 --> 00:17:16,014 TV? 191 00:17:16,097 --> 00:17:17,432 Buku juga? Semuanya? 192 00:17:17,515 --> 00:17:19,184 Semuanya kecuali puisi epik. 193 00:17:19,267 --> 00:17:21,061 Tentu ada orang yang tahu. 194 00:17:21,144 --> 00:17:23,855 Nancie, awak macam ikan terjerat. Tumpukan perhatian. 195 00:17:23,938 --> 00:17:26,691 - Boleh awak beri petunjuk bunyi? - Okey. 196 00:17:27,484 --> 00:17:28,401 Bunyinya macam… 197 00:17:29,027 --> 00:17:30,153 Berfikir? 198 00:17:31,863 --> 00:17:33,281 - Tertanya-tanya. - Di sana? 199 00:17:33,364 --> 00:17:35,408 - Twyla? - Bunyinya macam "Twyla"? 200 00:17:35,492 --> 00:17:36,701 - "Sana?" - "Jumhur?" 201 00:17:36,785 --> 00:17:38,703 - Ia macam "jumhur". - "Jamhur?" 202 00:17:38,787 --> 00:17:40,246 "Luhur?" 203 00:17:40,330 --> 00:17:41,831 - "Kabur." - "Masyhur." 204 00:17:41,915 --> 00:17:43,208 Awak tahu erti furry? 205 00:17:43,291 --> 00:17:44,292 - Awak… - "Luhur!" 206 00:17:44,375 --> 00:17:47,170 Bunyinya saja begitu tapi itu bukan jawapannya. 207 00:17:47,253 --> 00:17:49,464 "Sahur!" Adakah jawapannya "sahur"? 208 00:17:49,547 --> 00:17:51,424 - Jawapannya Ben-Hur. - Ya! 209 00:17:51,508 --> 00:17:52,467 Mereka menang. 210 00:17:56,221 --> 00:17:58,223 - Tak pernah dengar pun. - Apa? 211 00:17:59,015 --> 00:18:01,684 Ben-Hur. Pemenang dua anugerah Filem Terbaik. 212 00:18:01,768 --> 00:18:03,269 Sekali dengan Charlton Heston. 213 00:18:03,353 --> 00:18:05,605 - Ya. - Ia terkenal. Saya tahu. 214 00:18:05,688 --> 00:18:09,692 Padahal filem dia yang saya pernah tonton cuma Planet of the Apes. 215 00:18:09,776 --> 00:18:12,570 "Beruk tak guna! Kamu bunuh Lady Liberty!" 216 00:18:12,654 --> 00:18:13,863 Dia tak kata begitu. 217 00:18:13,947 --> 00:18:15,281 Saya suka dialog itu. 218 00:18:15,365 --> 00:18:19,160 Ya, ia filem klasik. Saya dah tonton sampai sepuluh kali. 219 00:18:20,161 --> 00:18:23,498 Toyol ada tak dalam… 220 00:18:24,541 --> 00:18:25,625 dalam… 221 00:18:26,626 --> 00:18:29,254 gambar? Wayang gambar itu? 222 00:18:29,337 --> 00:18:30,797 - Toyol? - Planet of the… 223 00:18:30,880 --> 00:18:32,298 Toyol? 224 00:18:32,382 --> 00:18:34,008 - Tak pastilah… - Saya okey. 225 00:18:34,509 --> 00:18:36,219 Bertenang, okey? 226 00:18:37,428 --> 00:18:38,763 Siapa nak tambah air? 227 00:18:39,389 --> 00:18:41,474 Saya tak bercadang untuk berkahwin. 228 00:18:41,558 --> 00:18:44,394 Saya ingat saya akan mengekor saja pasangan lain. 229 00:18:45,812 --> 00:18:49,107 Tapi itu sebelum Kelly datang untuk beli cermin mata 230 00:18:49,190 --> 00:18:50,441 dan terjumpa saya. 231 00:18:51,109 --> 00:18:54,904 Tiba-tiba saja, lagu cinta dan meme comel kena dengan hidup saya. 232 00:18:56,030 --> 00:18:58,074 Kamu tahu tentang anak panah Cupid 233 00:18:58,158 --> 00:19:00,368 yang membutakan mata kita itu, bukan? 234 00:19:00,451 --> 00:19:01,411 Ia memang benar. 235 00:19:01,494 --> 00:19:03,496 Cinta itu anarkis. 236 00:19:04,622 --> 00:19:06,749 Ia perkara terindah yang saya alami. 237 00:19:10,545 --> 00:19:13,381 Tiga tahun kami bersama sebelum wabak itu muncul. 238 00:19:13,882 --> 00:19:14,966 Saya tak menyesal. 239 00:19:16,676 --> 00:19:18,219 Kelly tiada penggantinya. 240 00:19:20,471 --> 00:19:22,432 - Untuk Kelly. - Untuk Kelly. 241 00:19:27,145 --> 00:19:30,940 Kamu dah lama berkahwin tapi masih bercinta macam remaja. 242 00:19:33,526 --> 00:19:34,777 Hidup hanya seketika. 243 00:19:35,320 --> 00:19:37,197 Nikmatilah ia selagi boleh. 244 00:19:38,156 --> 00:19:41,451 Awak nak kongsi sesuatu dengan kami? 245 00:19:41,534 --> 00:19:43,411 Adi? Rani? 246 00:19:44,495 --> 00:19:45,538 Ya. 247 00:19:48,416 --> 00:19:50,585 Tamale ini sangat sedap. 248 00:19:53,046 --> 00:19:56,132 Maaf, saya tak sengaja. Saya kelam-kabut sangat. 249 00:20:03,806 --> 00:20:04,682 Doug. 250 00:20:05,391 --> 00:20:06,309 Apa? 251 00:20:06,392 --> 00:20:07,769 Tak ada apa-apa. 252 00:20:07,852 --> 00:20:09,896 Ia tersepit di pintu tadi. 253 00:20:09,979 --> 00:20:11,731 Ia tak seperti yang disangka. 254 00:20:12,607 --> 00:20:15,151 Ini isu keselamatan. Bob? Lee? 255 00:20:15,235 --> 00:20:16,236 Ayuh, Doug. 256 00:20:16,319 --> 00:20:18,404 - Awak tahu prosedurnya. - Sudahlah. 257 00:20:18,488 --> 00:20:20,073 Kawan-kawan, sudahlah. 258 00:20:20,698 --> 00:20:21,950 Kita banyak minum. 259 00:20:22,033 --> 00:20:24,953 Hari ini Hari Mangsa Selamat, jadi kita asyik teringat wabak itu. 260 00:20:25,036 --> 00:20:26,579 Ia kesilapan kecil. 261 00:20:26,663 --> 00:20:29,249 Ia sekejap saja. Singh, uji dia. 262 00:20:29,332 --> 00:20:31,125 Pengimbas saya ada di klinik. 263 00:20:31,709 --> 00:20:32,585 Tak apa. 264 00:20:32,669 --> 00:20:36,506 Sebagai kapten Rukun Tetangga, saya selalu bawa kit ujian darah. 265 00:20:47,183 --> 00:20:50,270 Adi, sudahlah. Awak pun tahu ia mengarut. 266 00:20:50,353 --> 00:20:54,899 Saya tahu. Mari kita selesaikannya supaya semua orang rasa tenang. 267 00:20:55,400 --> 00:20:56,276 Okey? 268 00:20:57,777 --> 00:20:58,736 Hulurkan tangan. 269 00:21:07,870 --> 00:21:10,707 Saya bercadang nak kejutkan tetamu dengan pai kacang pekan. 270 00:21:12,417 --> 00:21:13,293 Ya? 271 00:21:13,376 --> 00:21:14,210 Ya. 272 00:21:14,919 --> 00:21:16,879 Jangan bergerak, sikit saja lagi. 273 00:21:19,007 --> 00:21:19,841 Hei, Doug. 274 00:21:19,924 --> 00:21:20,758 Ya? 275 00:21:21,592 --> 00:21:22,969 Mana awak dapat kacang pekan? 276 00:21:24,971 --> 00:21:27,098 Kalau saya beritahu, saya perlu… 277 00:21:34,355 --> 00:21:35,356 Apa keputusannya? 278 00:21:39,652 --> 00:21:40,486 Apa? 279 00:21:41,738 --> 00:21:42,572 Tidak. 280 00:21:43,156 --> 00:21:45,783 Tidak. Tolonglah! 281 00:21:45,867 --> 00:21:48,453 Tidak, takkanlah kamu serius. Tolonglah! 282 00:21:48,536 --> 00:21:50,288 Ini tentu satu kesilapan! 283 00:21:50,955 --> 00:21:51,789 Tolonglah! 284 00:21:52,749 --> 00:21:54,417 Ia tak perlu jadi begini. 285 00:21:55,710 --> 00:21:56,586 Kawan-kawan! 286 00:21:59,297 --> 00:22:00,590 Ke mana… Tunggu! 287 00:22:01,466 --> 00:22:02,342 Tolonglah! 288 00:22:04,719 --> 00:22:06,346 Adi? Rani? 289 00:22:06,429 --> 00:22:07,305 Maaf, Doug. 290 00:22:07,388 --> 00:22:08,389 Tolonglah! 291 00:22:15,355 --> 00:22:17,482 Singh, bagaimana Doug dijangkitinya? 292 00:22:18,524 --> 00:22:20,985 Dah bertahun-tahun wabak itu tak melanda. 293 00:22:21,611 --> 00:22:23,404 Apa kata kita semua bertenang. 294 00:22:25,198 --> 00:22:26,616 Kita semua pernah melaluinya. 295 00:22:29,243 --> 00:22:31,329 Gelombang baru akan melanda, bukan? 296 00:22:33,623 --> 00:22:34,540 Saya tak pasti. 297 00:23:04,570 --> 00:23:11,327 Bertemu dan berpisah 298 00:23:11,411 --> 00:23:17,041 Adat manusia biasa 299 00:23:17,834 --> 00:23:24,090 Hilang di mata 300 00:23:24,173 --> 00:23:29,554 Tapi di hati jangan lupa 301 00:23:44,068 --> 00:23:45,945 Itulah kereta apinya, bukan? 302 00:23:46,571 --> 00:23:47,488 Ya. 303 00:23:48,614 --> 00:23:50,283 Ia memang macam ulat. 304 00:23:50,825 --> 00:23:51,909 Betul cakap Rusty. 305 00:23:53,703 --> 00:23:56,122 Mulai sekarang, kamu kena pakai topi itu. 306 00:23:56,622 --> 00:23:57,957 Saya nampak bodoh. 307 00:23:58,458 --> 00:24:01,377 Dengan topi itu, orang mungkin ingat kamu manusia. 308 00:24:03,796 --> 00:24:08,342 Helo, nama saya Gustopher Coklat Bongok Ketiga. 309 00:24:08,426 --> 00:24:09,635 Itu bukan nama kamu. 310 00:24:10,261 --> 00:24:12,763 - Ia nama manusia saya. - Cakap saja "Gus". 311 00:24:12,847 --> 00:24:13,973 Okey, Gus saja. 312 00:24:14,849 --> 00:24:18,561 Helo, saya Gus, budak lelaki biasa yang membosankan. 313 00:24:18,644 --> 00:24:21,063 Guna suara normal. Ini bukan permainan. 314 00:24:21,147 --> 00:24:24,901 Jika samaran kamu gagal, kamu takkan selamat, faham? 315 00:24:26,319 --> 00:24:27,778 Apa yang kita setujui? 316 00:24:28,321 --> 00:24:30,490 Jika orang syak saya hibrid, saya akan bercakap 317 00:24:30,573 --> 00:24:34,160 kerana hibrid tak boleh bercakap dan jangan gerakkan telinga. 318 00:24:34,243 --> 00:24:37,997 Paling penting, jangan buat perangai rusa. 319 00:24:40,249 --> 00:24:41,125 Mari, adik. 320 00:25:00,353 --> 00:25:02,104 Orang jahat! 321 00:25:02,188 --> 00:25:03,272 Bertenang, adik. 322 00:25:03,898 --> 00:25:05,441 Itu orang lain. 323 00:25:09,153 --> 00:25:10,154 Tanggalkannya. 324 00:25:16,994 --> 00:25:17,912 Periksa dia. 325 00:25:20,623 --> 00:25:21,499 Hei, encik. 326 00:25:23,334 --> 00:25:24,168 Ambillah. 327 00:25:25,044 --> 00:25:26,879 Bateri AA litium, belum luput. 328 00:25:28,839 --> 00:25:29,757 Masuk. 329 00:25:41,852 --> 00:25:43,020 Tak ada pencukur. 330 00:26:12,967 --> 00:26:14,385 Epal karamel. 331 00:26:16,429 --> 00:26:17,597 SAMPEL PERCUMA 332 00:26:20,349 --> 00:26:22,893 Hei, budak, kamu perlu bayar! 333 00:26:22,977 --> 00:26:24,186 Hei. 334 00:26:24,270 --> 00:26:25,229 Maaf. 335 00:26:25,313 --> 00:26:26,814 Kawal sikit budak itu. 336 00:26:28,441 --> 00:26:29,442 Mari, adik. 337 00:26:30,443 --> 00:26:31,777 Tolong berhenti makan. 338 00:26:33,029 --> 00:26:35,948 - Berhenti makan. - Ia tertulis "sampel percuma". 339 00:26:36,032 --> 00:26:39,285 Ia tak kata kamu boleh melahap macam di dalam hutan. 340 00:26:39,910 --> 00:26:41,704 Adakah itu tadi perangai rusa? 341 00:26:44,373 --> 00:26:45,207 Maaf. 342 00:26:46,667 --> 00:26:50,046 Adik, tunggu di sini. Saya akan beli tiket. 343 00:26:50,129 --> 00:26:51,505 Jangan ke mana-mana. 344 00:26:51,589 --> 00:26:53,007 Jangan makan benda lain 345 00:26:53,090 --> 00:26:57,303 dan jangan cakap dengan sesiapa, melainkan mereka tegur kamu dulu. 346 00:26:58,471 --> 00:27:01,432 Baik, saya faham. Jangan buat apa-apa. 347 00:27:15,780 --> 00:27:16,656 Seterusnya. 348 00:27:17,448 --> 00:27:18,741 ANCAMAN KESELAMATAN 349 00:27:18,824 --> 00:27:20,159 Satu tiket ke Colorado. 350 00:27:20,242 --> 00:27:22,203 Harganya lima token MRE. 351 00:27:22,703 --> 00:27:24,872 Biar betul. Ia tiket sehala. 352 00:27:24,955 --> 00:27:29,001 Jadi? Awak tahu kita mudah menyeberangi sempadan dengan kereta api? 353 00:27:29,085 --> 00:27:33,631 - Awak fikir kenapa saya di sini? - Kalau awak tak ada token, tolong pergi. 354 00:27:33,714 --> 00:27:34,882 Sebentar. 355 00:27:36,550 --> 00:27:37,802 Saya ada tiga token. 356 00:27:38,636 --> 00:27:42,431 Apa lagi yang awak perlukan? Bateri? Flos? Mancis? 357 00:27:44,767 --> 00:27:46,394 Cantik kasut but awak. 358 00:27:47,311 --> 00:27:49,313 - Jangan harap. - Bukan kasut itu. 359 00:27:50,731 --> 00:27:52,108 Talinya. 360 00:27:56,570 --> 00:27:58,239 Mujurlah saya ada tali lain. 361 00:28:01,367 --> 00:28:05,496 Kereta api berlepas pada jam empat petang, setengah jam dari sekarang. 362 00:28:05,579 --> 00:28:09,125 Kami tiup wisel tiga kali 15 minit sebelum bertolak, 363 00:28:09,208 --> 00:28:11,544 dan dua kali sepuluh minit selepas itu. 364 00:28:12,044 --> 00:28:13,003 Selamat jalan. 365 00:28:13,838 --> 00:28:14,672 Seterusnya. 366 00:28:40,698 --> 00:28:42,908 Berlagak macam manusia. 367 00:28:46,662 --> 00:28:51,167 KERETA API KE COLORADO 368 00:29:18,486 --> 00:29:19,612 Red Rocks. 369 00:29:55,648 --> 00:29:56,690 Hei. 370 00:29:56,774 --> 00:29:59,610 Richie ada di sini? Saya tak jumpa gerainya. 371 00:29:59,693 --> 00:30:01,695 Saya nak tambah ubat saya. 372 00:30:01,779 --> 00:30:05,533 Orang Terakhir tutup gerainya. Kononnya dia tak ikut peraturan. 373 00:30:07,409 --> 00:30:09,203 Inilah Amerika milik Abbot. 374 00:30:22,091 --> 00:30:24,176 KEBEBASAN MANUSIA HAPUSKAN HIBRID 375 00:30:33,143 --> 00:30:34,937 Lontaran awak kena kepalanya. 376 00:30:35,437 --> 00:30:37,940 Ya, lontar pada muka hibrid itu. 377 00:30:38,023 --> 00:30:39,942 Matilah hibrid itu. 378 00:30:40,526 --> 00:30:42,194 Ya, bunuh dia. 379 00:30:42,278 --> 00:30:44,780 Ya, hentam mukanya! 380 00:30:46,991 --> 00:30:48,284 Awak tengok apa? 381 00:30:54,164 --> 00:30:55,583 Kenapa dengan budak ini? 382 00:30:59,545 --> 00:31:01,964 Saya budak biasa. Saya boleh bercakap. 383 00:31:04,133 --> 00:31:05,384 Ya, saya nampak. 384 00:31:08,888 --> 00:31:09,722 Hei. 385 00:31:10,848 --> 00:31:11,724 Tarik nafas. 386 00:31:12,558 --> 00:31:13,392 Macam ini. 387 00:31:39,960 --> 00:31:41,211 Awak seorang diri? 388 00:31:42,880 --> 00:31:43,714 Ya. 389 00:31:44,548 --> 00:31:45,966 Awak mahu ikut saya? 390 00:31:49,970 --> 00:31:50,846 Lepaskan saya! 391 00:31:52,222 --> 00:31:55,225 - Abang Jepp! - Saya kata jangan cakap dengan orang. 392 00:31:56,477 --> 00:31:59,730 Saya sesat tadi dan dia cuma tolong saya. 393 00:32:00,940 --> 00:32:02,775 Saya dah beli tiket untuk kamu. 394 00:32:06,779 --> 00:32:08,906 Abang masih boleh ikut saya. 395 00:32:09,448 --> 00:32:12,159 Saya dah kata, setakat ini saja. 396 00:32:12,242 --> 00:32:13,702 Kita berpisah di sini. 397 00:32:18,207 --> 00:32:20,000 Ayuh, jom kita pergi sekarang. 398 00:32:20,876 --> 00:32:22,002 Sediakan kad pengenalan. 399 00:32:23,420 --> 00:32:24,672 Tanggalkan topi… 400 00:32:25,464 --> 00:32:26,507 Untuk kereta api. 401 00:32:28,759 --> 00:32:31,595 Baunya macam kacang, sirap mapel dan jagung. 402 00:32:31,679 --> 00:32:32,638 Bertih jagung. 403 00:32:33,263 --> 00:32:34,640 Makan dalam perjalanan. 404 00:32:35,140 --> 00:32:36,558 Perjalanan kamu jauh. 405 00:32:44,441 --> 00:32:46,694 Mereka tentu suka gula-gula abang. 406 00:32:48,445 --> 00:32:49,697 Apa kamu kata? 407 00:32:49,780 --> 00:32:50,781 Lelaki itu. 408 00:32:51,281 --> 00:32:53,325 Kotak itu penuh dengan gula-gula. 409 00:32:55,411 --> 00:32:56,787 Saya boleh hidu. 410 00:33:02,918 --> 00:33:07,506 Sebenarnya, ada satu perkara terakhir yang kita perlu buat. 411 00:33:08,757 --> 00:33:12,386 - Kereta api saya bagaimana? - Tak apa, kita takkan terlambat. 412 00:33:13,220 --> 00:33:14,096 Saya janji. 413 00:33:14,179 --> 00:33:15,514 Baiklah, jalan. 414 00:33:18,017 --> 00:33:19,727 Bukankah ini kereta api lain? 415 00:33:19,810 --> 00:33:21,061 Perlahankan suara. 416 00:33:21,145 --> 00:33:23,272 Kita tak ada banyak masa. Mari sini. 417 00:33:33,574 --> 00:33:36,076 Di mana kamu kesan bau gula-gula saya? 418 00:33:44,293 --> 00:33:45,169 Kotak ini. 419 00:33:45,836 --> 00:33:47,046 Bagus. 420 00:33:54,386 --> 00:33:56,263 Okey, kotak mana satu? 421 00:33:56,972 --> 00:33:59,224 Bau semuanya sama. 422 00:33:59,308 --> 00:34:00,809 Tutup yang lain… 423 00:34:00,893 --> 00:34:02,269 Cepat sikit, adik. 424 00:34:04,772 --> 00:34:05,856 Yang ini. Bau itu. 425 00:34:06,565 --> 00:34:08,025 - Kamu pasti? - Ya. 426 00:34:10,694 --> 00:34:11,528 Hei. 427 00:34:12,488 --> 00:34:14,114 Ini bukan tempat kamu. 428 00:34:14,198 --> 00:34:15,032 Tak apa, adik. 429 00:34:26,543 --> 00:34:27,795 Dia cuma… 430 00:34:28,545 --> 00:34:29,379 Dia dah tidur. 431 00:34:47,189 --> 00:34:48,273 Bagus. 432 00:34:48,357 --> 00:34:51,276 - Kita akan ditimpa masalah? - Diam dan ikut saya. 433 00:34:53,487 --> 00:34:54,363 Mari. 434 00:35:01,286 --> 00:35:03,997 Letak balik benda yang awak ambil tadi. 435 00:35:15,676 --> 00:35:16,885 Nanti dulu. 436 00:35:16,969 --> 00:35:18,053 Itu hibrid! 437 00:35:19,096 --> 00:35:19,930 Ayuh. 438 00:35:23,851 --> 00:35:25,561 Kawal telinga kamu. 439 00:35:25,644 --> 00:35:27,312 - Saya dah cuba! - Cuba lagi. 440 00:35:27,396 --> 00:35:30,524 Saya tak mahu kena tangkap. Kamu kena naik kereta api. 441 00:35:43,996 --> 00:35:44,830 Okey, adik. 442 00:35:45,414 --> 00:35:47,666 Colorado menunggu. Jangan berlengah. 443 00:35:47,749 --> 00:35:50,377 Naik kereta api sekarang. 444 00:35:50,460 --> 00:35:53,338 Pergi ke gerabak paling belakang 445 00:35:53,422 --> 00:35:56,175 dan jangan buat perangai rusa. 446 00:36:06,727 --> 00:36:08,395 Apa saya kena buat apabila di sana? 447 00:36:09,813 --> 00:36:12,858 Kamu Hantu Gula. Kamu boleh fikirkan sesuatu. 448 00:36:19,615 --> 00:36:20,699 Selamat tinggal. 449 00:36:24,578 --> 00:36:28,248 Hibrid! Halang mereka! Budak bertanduk itu hibrid. Tangkap dia! 450 00:36:31,585 --> 00:36:32,961 Tidak! 451 00:36:52,189 --> 00:36:53,690 Kereta api akan berlepas! 452 00:36:54,358 --> 00:36:55,484 Panggilan terakhir! 453 00:37:23,178 --> 00:37:24,388 Ayuh, cepat sikit. 454 00:37:25,722 --> 00:37:26,598 Ayuh. 455 00:37:27,224 --> 00:37:29,393 Hei, adik. Kamu tak apa-apa? 456 00:37:38,235 --> 00:37:40,529 - Tunduk! - Cari tempat berlindung! 457 00:37:42,489 --> 00:37:44,199 - Abang Besar! - Tunduk! 458 00:37:46,118 --> 00:37:47,577 Serangan hendap! 459 00:37:48,787 --> 00:37:50,163 Saya tak nampak mereka. 460 00:38:02,968 --> 00:38:04,720 Biar betul. 461 00:38:10,475 --> 00:38:11,852 Jangan apa-apakan kami! 462 00:38:22,154 --> 00:38:26,283 Pemimpin hebat terbentuk di tempat yang tak disangka. 463 00:38:52,601 --> 00:38:53,477 Jalan! 464 00:38:59,107 --> 00:39:00,525 Namun pemimpin zalim, 465 00:39:01,735 --> 00:39:03,945 terbentuk menurut cara lama. 466 00:39:05,155 --> 00:39:06,573 Jeneral Abbot. 467 00:39:06,656 --> 00:39:07,908 Kami dah jumpa dia. 468 00:39:08,950 --> 00:39:10,869 Siapa? 469 00:39:12,162 --> 00:39:13,121 Perempuan itu. 470 00:39:17,250 --> 00:39:19,628 Kenapa tak cakap awal-awal? 471 00:39:24,674 --> 00:39:26,635 Suruh tentera kemas barang. 472 00:39:35,727 --> 00:39:39,981 SUAKA - TEMPAT SELAMAT UNTUK HIBRID KAMI AKAN MELINDUNGIMU 473 00:41:14,367 --> 00:41:16,912 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin