1 00:00:49,383 --> 00:00:50,509 Hei. 2 00:00:50,592 --> 00:00:51,593 Hei. 3 00:00:52,261 --> 00:00:53,720 - Seronok dapat jumpa. - Ya. 4 00:00:53,804 --> 00:00:55,681 Bagus. Letak di situ. Di situ. 5 00:00:55,764 --> 00:00:57,432 Ya. Prince kata dia minta bantuan. 6 00:00:58,809 --> 00:01:01,395 - Ya, saya boleh tolong. - Selamat datang ke neraka, sahabat. 7 00:01:05,566 --> 00:01:07,067 Bagaimana keadaan dia? 8 00:01:07,776 --> 00:01:09,903 Rasanya, dia "suka" duduk dengan kita. 9 00:01:30,924 --> 00:01:31,925 Tak guna. 10 00:01:33,177 --> 00:01:34,303 - Nak minum? - Ya. 11 00:01:37,806 --> 00:01:38,932 Okey. 12 00:01:39,016 --> 00:01:42,936 Abang awak macam nak selamatkan awak. Kami boleh percayakan dia? 13 00:01:43,645 --> 00:01:44,730 Saya tahu… 14 00:01:45,564 --> 00:01:48,483 Tariq takkan buat apa-apa untuk selamatkan saya. Okey? 15 00:01:48,984 --> 00:01:51,320 Ini cuma satu lagi cara saya dah malukan dia 16 00:01:51,403 --> 00:01:53,447 dan awak pula tak kenal dia. Faham? Awak tak kenal dia. 17 00:01:53,530 --> 00:01:56,283 Dia bukan orang yang baik. Dia tak guna. 18 00:01:56,366 --> 00:01:58,577 Jadi, awak perlu lepaskan saya, okey? 19 00:01:58,660 --> 00:02:01,955 Saya janji kalau kamu lepaskan saya, saya takkan cakap apa-apa. 20 00:02:02,039 --> 00:02:04,499 Saya ada duit. Banyak duit. 21 00:02:04,583 --> 00:02:07,002 Jika kamu mahu duit, saya ada banyak. Tolonglah, tidak, jangan! 22 00:02:07,085 --> 00:02:10,881 Tidak! 23 00:02:11,715 --> 00:02:15,469 Tidak! 24 00:02:19,681 --> 00:02:20,682 Tak guna! 25 00:02:25,395 --> 00:02:28,440 Berapa lama kita perlu tunggupanngilan itu? 26 00:02:30,984 --> 00:02:32,444 Dah seharian kita tunggu, Eric. 27 00:02:34,154 --> 00:02:35,656 Kata-katanya tadi… 28 00:02:39,493 --> 00:02:40,494 Tariq akan hubungi. 29 00:02:40,577 --> 00:02:41,954 Okey. 30 00:03:48,228 --> 00:03:52,316 Hei, Roy. Selamat pagi. Bangun. 31 00:03:59,698 --> 00:04:03,076 Hei. Cepat. Bangun. 32 00:04:06,413 --> 00:04:07,539 Oh, Tuhan. 33 00:04:22,721 --> 00:04:26,350 Lama sangat kita tunggu. Ada yang tak kena. 34 00:04:28,477 --> 00:04:30,687 Maksud saya, Tariq sepatutnya dah hubungi kita. 35 00:04:31,813 --> 00:04:33,190 Dia tahu kita culik adiknya. 36 00:04:35,275 --> 00:04:38,153 Nampaknya, strategi ini gagal. 37 00:04:38,237 --> 00:04:39,571 Dia serius. 38 00:04:39,655 --> 00:04:42,491 Walaupun ambil masa lebih lama, tak bermakna gagal. 39 00:04:43,992 --> 00:04:45,786 Percayalah, dia akan selamatkan adiknya. 40 00:04:47,704 --> 00:04:49,206 Kamu berdua tular dalam Twitter. 41 00:04:51,500 --> 00:04:53,585 LORAINE - #PENCULIKANMOMO MOMO DICULIK DI MEDELLIN 42 00:04:54,169 --> 00:04:55,170 Alamak! 43 00:05:42,092 --> 00:05:45,053 ANTARA MUKA CCTV 44 00:06:29,890 --> 00:06:30,891 Hai. 45 00:06:31,517 --> 00:06:32,726 Hai. 46 00:06:32,809 --> 00:06:33,685 Bagaimana keadaan awak? 47 00:06:36,146 --> 00:06:37,147 Okey. 48 00:06:40,859 --> 00:06:42,319 Boleh kita berbincang? 49 00:06:59,294 --> 00:07:00,838 Awak buat apa di sini? 50 00:07:02,005 --> 00:07:02,881 Apa? 51 00:07:04,174 --> 00:07:05,843 Kenapa tak pergi kerja? 52 00:07:09,429 --> 00:07:10,722 Gloria okey? 53 00:07:11,682 --> 00:07:12,641 Ya. 54 00:07:14,268 --> 00:07:16,019 Saya baru hantar dia ke sekolah. 55 00:07:16,562 --> 00:07:18,272 Saya balik untuk ambil beberapa dokumen. 56 00:07:19,314 --> 00:07:20,315 Okey. 57 00:07:21,441 --> 00:07:24,236 Dia pun risau akan awak. 58 00:07:28,240 --> 00:07:30,075 Saya takkan pura-pura 59 00:07:31,952 --> 00:07:34,121 - yang saya faham penderitaan awak. - Okey. 60 00:07:34,830 --> 00:07:36,248 Terima kasih. 61 00:07:37,374 --> 00:07:38,250 Tapi… 62 00:07:40,335 --> 00:07:42,296 boleh awak bantu saya faham? 63 00:07:43,463 --> 00:07:44,840 Saya bukan pakar psikiatri. 64 00:07:45,507 --> 00:07:47,551 Saya suami awak dan menyayangi awak. 65 00:07:57,769 --> 00:07:59,730 - Violeta. - Apa? 66 00:08:03,358 --> 00:08:06,653 Saya lega akhirnya kita bercakap tentang hal ini. 67 00:08:08,113 --> 00:08:10,532 Saya dah tanya Jeneral dan dia jelaskan segalanya kepada saya. 68 00:08:18,498 --> 00:08:19,416 Kenapa? 69 00:08:21,877 --> 00:08:23,253 Awak nak ke mana? 70 00:08:24,129 --> 00:08:25,547 Pergi kerja. 71 00:08:25,631 --> 00:08:26,757 Pergi kerja? 72 00:08:29,676 --> 00:08:33,013 Awak langsung tak tegur saya atau anak awak sejak awak pulang. 73 00:08:33,764 --> 00:08:36,265 Awak terperangkap dalam kejadian tembakan dan hampir terbunuh. 74 00:08:36,350 --> 00:08:37,518 Tapi awak tak mahu saya bantu, 75 00:08:37,601 --> 00:08:39,394 pendam perasaan dan tak nak jumpa ahli terapi. 76 00:08:39,477 --> 00:08:40,645 Tengok. Rakan-rakan Amerika awak. 77 00:09:34,366 --> 00:09:38,745 Pn. Matiz, saya dah baca artikel awak dan rasa kagum. 78 00:09:39,538 --> 00:09:42,749 Awak memang berani sebab tolong wanita Amerika itu. 79 00:09:44,793 --> 00:09:47,546 Saya pun tak mampu buat macam awak. 80 00:09:48,714 --> 00:09:51,425 Kami harapkan hasilnya berbeza. Saya tidaklah begitu berani. 81 00:09:52,843 --> 00:09:56,054 Di sini, kami semua fikir awak sangat berani. 82 00:09:56,138 --> 00:09:58,432 Pn. Matiz, saya sangat berbangga. 83 00:09:58,515 --> 00:10:00,934 Presiden tunggu awak dalam pejabatnya. 84 00:10:06,273 --> 00:10:07,357 Violeta Matiz. 85 00:10:07,858 --> 00:10:08,817 Seronok dapat jumpa awak lagi. 86 00:10:08,901 --> 00:10:11,445 Tuan Presiden, terima kasih sudi jumpa saya pada saat akhir. 87 00:10:11,528 --> 00:10:12,988 Saya memang teringin nak jumpa awak. 88 00:10:13,071 --> 00:10:14,448 Silakan. 89 00:10:15,073 --> 00:10:17,326 Saya nak kata, pertama, 90 00:10:17,409 --> 00:10:19,536 walaupun dah berusaha yang terbaik, masih ada beberapa pihak 91 00:10:19,620 --> 00:10:22,080 di negara kita yang menyokong keganasan seperti ini. 92 00:10:24,374 --> 00:10:26,376 Saya mengaku, jika awak ditimpa kecelakaan, 93 00:10:26,460 --> 00:10:27,544 itu satu tragedi. 94 00:10:27,628 --> 00:10:29,630 Awak wartawan paling penting di negara ini. 95 00:10:30,297 --> 00:10:31,632 Terima kasih, tuan. 96 00:10:31,715 --> 00:10:35,052 Ramai wanita muda Colombia mengagumi dan menghormati awak. 97 00:10:35,594 --> 00:10:38,680 Malangnya, fahaman politik kita tak sehaluan. 98 00:10:39,598 --> 00:10:41,934 Awak tak sokong parti saya. 99 00:10:42,017 --> 00:10:44,436 Hal ini tak ada kaitan dengan fahaman politik saya, tuan. 100 00:10:44,520 --> 00:10:46,563 Ya, betul. Awak berfikir secara objektif. 101 00:10:46,647 --> 00:10:49,107 Malah, itulah yang saya harapkan, pemerhatian objektif. 102 00:10:49,191 --> 00:10:50,317 Itulah tugas saya. 103 00:10:52,152 --> 00:10:53,362 Jadi, apa boleh saya bantu? 104 00:10:54,196 --> 00:10:56,907 Saya sedang menulis satu artikel untuk The Times 105 00:10:56,990 --> 00:10:58,825 dan mahu dengar pendapat tuan. 106 00:10:59,451 --> 00:11:01,453 Tentang penculikan di Medellin. 107 00:11:02,079 --> 00:11:04,248 Ada kemungkinan, dalangnya ialah orang Amerika. 108 00:11:05,749 --> 00:11:07,167 Ini beberapa imej 109 00:11:07,251 --> 00:11:09,419 daripada kamera pengawasan di stadium. 110 00:11:10,796 --> 00:11:11,797 Saya kenal mereka. 111 00:11:11,880 --> 00:11:13,298 Seorang daripada mereka pernah sertai program saya. 112 00:11:14,174 --> 00:11:16,677 Mereka Pasukan Khas AS. 113 00:11:17,719 --> 00:11:20,347 Ya, kejadian ini sedang dalam siasatan. 114 00:11:21,723 --> 00:11:24,643 Pada pendapat saya, jika saya diberi akses terhadap imej ini, 115 00:11:24,726 --> 00:11:27,479 pihak risikan tentu telah maklumkan kepada tuan. 116 00:11:28,272 --> 00:11:31,525 Tuan beri arahan khusus kepada DNI tentang cara berurusan dengan mereka? 117 00:11:31,608 --> 00:11:33,318 Tuan, kenapa mereka belum ditahan? 118 00:11:33,402 --> 00:11:35,279 Sekurang-kurangnya, kenapa mereka tidak disoal siasat? 119 00:11:35,362 --> 00:11:38,115 Awak tahu saya tak boleh komen tentang siasatan yang masih berlangsung. 120 00:11:38,198 --> 00:11:40,200 Saya minta diri dulu. 121 00:11:40,284 --> 00:11:42,578 Pembantu saya akan hubungkan awak dengan seseorang dari pihak tentera 122 00:11:42,661 --> 00:11:44,872 yang boleh jawab semua soalan dan pertanyaan awak. 123 00:11:44,955 --> 00:11:46,331 Baiklah. 124 00:11:46,415 --> 00:11:48,917 Ada hal kecil yang perlu saya selesaikan. 125 00:11:49,001 --> 00:11:50,544 Terima kasih banyak sudi luangkan masa. 126 00:11:50,627 --> 00:11:52,087 - Seronok dapat jumpa awak. - Saya minta diri. 127 00:11:57,801 --> 00:12:00,262 - Times. Lindgren. - Hei. Ini Violeta. 128 00:12:01,513 --> 00:12:02,931 Hei, V. Ada apa? 129 00:12:03,015 --> 00:12:05,767 Presiden mengelak jawab soalan. Saya memang dah jangka. 130 00:12:05,851 --> 00:12:07,394 Ya, sudah tentulah. 131 00:12:07,477 --> 00:12:09,271 Pada peringkat ini, saya yakin 132 00:12:09,354 --> 00:12:11,565 CIA berpakat dengan dua lelaki itu. 133 00:12:13,817 --> 00:12:17,654 Sebab itu mereka masih belum ditahan. 134 00:12:19,698 --> 00:12:22,826 Tapi saya masih tak jelas peranan negara saya dalam hal ini. 135 00:12:23,327 --> 00:12:24,620 Mereka membantu atau tidak? 136 00:12:26,121 --> 00:12:27,706 Saya akui… 137 00:12:28,290 --> 00:12:30,751 saya risau kita kembali kepada keadaan 138 00:12:30,834 --> 00:12:33,754 semasa AS bertindak sesuka hati di Colombia. 139 00:12:35,047 --> 00:12:37,090 Ya, okey. Mungkin ada betulnya andaian awak. 140 00:12:37,674 --> 00:12:41,261 Keadaan mungkin akan jadi berbahaya. Tapi, teruskan siasatan, okey? 141 00:12:42,179 --> 00:12:43,305 Bertahanlah. 142 00:13:15,212 --> 00:13:17,422 Violeta Matiz yang terkenal. 143 00:13:18,966 --> 00:13:20,175 Awak agak sibuk kebelakangan ini. 144 00:13:21,301 --> 00:13:22,594 Awak ekori saya? 145 00:13:24,680 --> 00:13:25,722 Tidak. 146 00:13:28,475 --> 00:13:31,603 Kami terima laporan daripada pihak Colombia. Mereka yang ekori awak. 147 00:13:33,230 --> 00:13:36,650 Saya sedang tulis artikel tentang ahli Pasukan Khas itu. 148 00:13:37,442 --> 00:13:41,572 Saya kenal mereka dan saya tahu rancangan mereka. 149 00:13:42,865 --> 00:13:45,033 Bunyinya macam menarik. 150 00:13:45,617 --> 00:13:47,619 Ya. Memang menarik. 151 00:13:52,708 --> 00:13:53,792 Mereka dibantu. 152 00:13:57,796 --> 00:13:58,881 Awak yang bantu, bukan? 153 00:14:04,303 --> 00:14:07,389 Ya. Awaklah. 154 00:14:08,974 --> 00:14:10,851 Hei. Apa perkembangan? 155 00:14:10,934 --> 00:14:12,102 Masih menunggu. 156 00:14:13,395 --> 00:14:14,563 Dah putuskan langkah seterusnya? 157 00:14:14,646 --> 00:14:17,107 Kita tak boleh buat di sini. Perlu ke tempat lebih tersorok. 158 00:14:17,191 --> 00:14:18,233 Saya akan uruskan. 159 00:14:18,734 --> 00:14:19,735 Baiklah. 160 00:14:22,237 --> 00:14:28,577 Hei, ada masalah sikit. Ibu mentua awak datang. 161 00:14:28,660 --> 00:14:29,745 Apa? 162 00:14:32,956 --> 00:14:35,083 Cium mak sikit. 163 00:14:39,254 --> 00:14:40,255 Mak buat apa di sini? 164 00:14:41,423 --> 00:14:44,468 Mak pun cakap begitu semasa kamu lahir. 165 00:14:45,052 --> 00:14:46,512 Tapi mujurlah, kamu membesar dengan baik. 166 00:14:47,513 --> 00:14:50,682 Maaf, mak. Hei, saya tak faham. 167 00:14:51,225 --> 00:14:56,188 Nak faham apa, sayang? Kamu, Amber dan menantu mak ada di sini. 168 00:14:56,772 --> 00:14:59,399 Sebelum ini, kita sekeluarga. Kita masih keluarga, bukan? 169 00:15:00,192 --> 00:15:01,068 Ya. 170 00:15:01,151 --> 00:15:04,404 Hei, jangan risau tentang mak, sayang. Mak boleh membantu. 171 00:15:05,614 --> 00:15:06,615 Saya tahu, mak. 172 00:15:07,241 --> 00:15:10,661 Maksud saya, lebih membantu kalau mak beritahu saya dulu. Itu saja. 173 00:15:10,744 --> 00:15:12,704 Mak mesej kamu, bukan? 174 00:15:13,455 --> 00:15:16,750 Aduhai, semua orang terlalu mengongkong! 175 00:15:18,168 --> 00:15:19,169 Terima kasih. 176 00:15:32,099 --> 00:15:33,100 Okey. 177 00:15:33,642 --> 00:15:35,269 - Dah sampai rumah. - Okey. 178 00:15:41,275 --> 00:15:42,860 - Hai, Maggie. - Hai. 179 00:15:48,156 --> 00:15:49,324 Mari sini. 180 00:15:58,542 --> 00:15:59,418 Hai. 181 00:15:59,501 --> 00:16:01,295 Roy, ini ibu mentua saya, 182 00:16:01,378 --> 00:16:02,838 Margaret Chesborough. Mak, Roy. 183 00:16:02,921 --> 00:16:05,174 - Hai. - Selamat berkenalan, puan. 184 00:16:05,257 --> 00:16:06,425 Roy bekerja dengan Eric. 185 00:16:07,509 --> 00:16:09,761 Tentu awak haus. Nak saya buatkan minuman? 186 00:16:10,345 --> 00:16:13,765 Saya mahu bir, kalau tak menyusahkan. 187 00:16:13,849 --> 00:16:17,394 - Untuk anak saya juga. - Tak apa. Saya tak minum alkohol. 188 00:16:19,605 --> 00:16:21,106 Baguslah, sayang. 189 00:16:22,691 --> 00:16:23,734 Ia takkan kekal lama. 190 00:16:29,573 --> 00:16:31,867 - Awak nak gelas? - Terima kasih. Tidak, begini saja. 191 00:16:33,577 --> 00:16:34,745 Okey. Bagus. 192 00:16:40,209 --> 00:16:43,170 Minum, semua. 193 00:16:43,754 --> 00:16:44,796 Minum. 194 00:16:48,008 --> 00:16:49,051 Aduhai! 195 00:16:50,719 --> 00:16:53,222 Okey. Bilik air di sebelah kiri. 196 00:16:53,722 --> 00:16:56,058 Ada orang jahat diikat dalam bilik tidur sebelah kanan. 197 00:16:56,850 --> 00:16:59,269 Ini bilik tidur kita. Kita akan tidur di sini. 198 00:17:04,023 --> 00:17:05,358 Apa semua ini? 199 00:17:06,527 --> 00:17:07,903 Senjata biasa saja. 200 00:17:08,612 --> 00:17:10,364 Apa kamu nak buat, sayang? 201 00:17:15,702 --> 00:17:19,705 Amber ditahan di sebuah tapak sulit berdekatan sempadan Venezuela. 202 00:17:22,000 --> 00:17:23,417 Saya dah sampai ke sana, 203 00:17:24,586 --> 00:17:28,339 tapi tempat itu dikawal ketat dan tak boleh diserang begitu saja. 204 00:17:29,424 --> 00:17:30,801 CIA pula takkan membantu. 205 00:17:31,426 --> 00:17:33,262 Tak terkejut langsung. 206 00:17:34,012 --> 00:17:36,098 Tapi Prince dapat tahu 207 00:17:36,181 --> 00:17:39,852 lelaki yang kawal sistem penjara di Venezuela ada adik lelaki. 208 00:17:40,978 --> 00:17:43,605 Jadi, kami culik dan bawa dia ke sini. 209 00:17:44,898 --> 00:17:46,483 Maksudnya, pertukaran tebusan? 210 00:17:48,193 --> 00:17:49,194 Ya. 211 00:17:51,572 --> 00:17:53,657 Tapi apa guna semua senjata ini? Ini rancangan alternatif kamu? 212 00:17:54,366 --> 00:17:56,410 Tidak, rancangan alternatif kami lain. 213 00:18:00,622 --> 00:18:01,999 Mak, saya… 214 00:18:02,082 --> 00:18:03,584 Saya ada hal. 215 00:18:03,667 --> 00:18:04,626 Mak akan baik-baik saja? 216 00:18:04,710 --> 00:18:06,920 Ya. Lagipun, mak nak berehat. 217 00:18:07,504 --> 00:18:11,884 Okey. Penerbangan tadi lama. Tentu mak penat. Baiklah. 218 00:18:11,967 --> 00:18:13,093 Terima kasih. 219 00:18:15,554 --> 00:18:16,555 Prince? 220 00:18:18,849 --> 00:18:20,225 Hei, Roy. Awak nampak Prince? 221 00:18:20,309 --> 00:18:21,518 Ya, dia dah keluar. 222 00:18:22,019 --> 00:18:23,020 Okey. 223 00:18:25,022 --> 00:18:26,190 Jumpa nanti. 224 00:18:26,273 --> 00:18:27,274 Okey. 225 00:18:32,529 --> 00:18:34,489 Awak nak tengok ragbi? 226 00:18:44,625 --> 00:18:47,085 Lari! Begitulah. 227 00:18:47,169 --> 00:18:48,712 Bagus. Ya! 228 00:18:49,213 --> 00:18:51,798 Itu try. Macam touchdown. 229 00:18:53,342 --> 00:18:56,428 Selepas ini, giliran pasukan negara saya pula. All Blacks. 230 00:18:56,929 --> 00:18:58,263 Semua pemainnya kulit hitam? 231 00:18:58,347 --> 00:18:59,932 Tidak, mereka pakai jersi hitam. 232 00:19:00,015 --> 00:19:01,642 - Dari New Zealand. - Okey. 233 00:19:02,142 --> 00:19:03,435 Tapi mereka kuat. 234 00:19:05,395 --> 00:19:06,230 AUSTRALIA 14 -10 ARGENTINA 235 00:19:06,313 --> 00:19:07,147 Bagus. 236 00:19:07,231 --> 00:19:09,399 …pertahanan Argentina. Mereka beraksi sekali lagi. 237 00:19:09,483 --> 00:19:11,235 Dihantar kepada Samu, Beale. 238 00:19:11,318 --> 00:19:14,279 Argentina menyerang. Tupou melakukan satu lagi rampasan. 239 00:19:14,363 --> 00:19:15,197 Dibantu oleh… 240 00:19:15,280 --> 00:19:19,910 Hei, saya nak pergi mandi. 241 00:19:19,993 --> 00:19:22,162 - Okey. Pergilah. Saya nak tonton TV. - Okey. 242 00:19:22,246 --> 00:19:24,414 …berbual dengan Jaco Peyper. 243 00:19:24,498 --> 00:19:27,501 Itulah yang berlaku. Boffelli kata, "Hei, saya akan selinap cepat." 244 00:19:27,584 --> 00:19:29,545 Kita beralih ke bilik lokar. 245 00:19:30,671 --> 00:19:34,967 Kini waktu rehat. Wallabies mendahului Argentina 15 - 3. 246 00:19:38,512 --> 00:19:41,765 Slipper memandang Tupou, kemudian berlari. 247 00:20:02,828 --> 00:20:03,954 Bagaimana keadaan awak? 248 00:20:06,331 --> 00:20:07,332 Okey. 249 00:21:09,853 --> 00:21:10,854 Bang. 250 00:21:25,661 --> 00:21:26,995 Saya nak mandi. 251 00:21:28,288 --> 00:21:29,289 Okey! 252 00:21:56,483 --> 00:22:00,112 Mapimpi menggasak. Perenara memegang bola. 253 00:22:00,904 --> 00:22:03,115 Perubahan taktik oleh Beauden Barrett. 254 00:22:18,463 --> 00:22:19,840 Tendang. 255 00:22:29,224 --> 00:22:32,436 …perlawanan ini penuh dengan "try" dan tendangan. 256 00:22:32,519 --> 00:22:36,773 Springboks, 49 peratus daripada mata diperoleh daripada gol penalti. 257 00:22:36,857 --> 00:22:38,483 Itulah penentunya. 258 00:22:43,322 --> 00:22:47,201 Tinggal 10 minit lagi. Tak banyak masa. 259 00:22:47,284 --> 00:22:48,202 Saya… 260 00:24:34,766 --> 00:24:35,767 Tak guna. 261 00:25:00,792 --> 00:25:01,793 Hei, mak. 262 00:25:03,045 --> 00:25:06,673 Bir di negara ini berkualiti. Sedap betul. 263 00:25:07,674 --> 00:25:08,717 Ya. 264 00:25:11,053 --> 00:25:11,970 Mak. 265 00:25:16,141 --> 00:25:18,185 Boleh ceritakan apa berlaku di sini? 266 00:25:31,657 --> 00:25:32,658 Apa jadi? 267 00:25:35,619 --> 00:25:36,787 Mak bunuh seorang lelaki. 268 00:25:40,749 --> 00:25:43,210 Mak. Saya akan hantar mak balik. 269 00:25:47,756 --> 00:25:48,632 Rancangan alternatif. 270 00:26:27,462 --> 00:26:32,801 Saya sentiasa mahu dia terima dan kagumi saya. 271 00:26:35,179 --> 00:26:36,555 Lebih daripada bapa saya sendiri. 272 00:26:40,726 --> 00:26:42,769 Tapi dia kedekut. Faham tak? 273 00:26:44,688 --> 00:26:45,731 Dia ada ahli keluarga? 274 00:26:48,150 --> 00:26:49,610 Saya dan ayah saja ahli keluarganya. 275 00:26:55,866 --> 00:26:59,453 Dia sayang Amber dan mula beri saya layanan berbeza. 276 00:27:01,330 --> 00:27:06,251 Dia fikir saya dah matang dan akhirnya jumpa wanita yang sesuai. 277 00:27:08,629 --> 00:27:09,713 Kini, dia mati demi Amber. 278 00:27:26,313 --> 00:27:27,439 Kini dia mati demi Amber. 279 00:27:31,318 --> 00:27:32,819 Hal ini belum berakhir. 280 00:27:33,820 --> 00:27:35,113 Lebih ramai orang akan mati. 281 00:27:48,085 --> 00:27:49,169 Hai, Hugo. Apa cerita? 282 00:27:49,670 --> 00:27:51,880 Begini, V. Saya tak suka nak cakap begini, 283 00:27:51,964 --> 00:27:54,466 - kami tak boleh terbitkan artikel awak. - Apa? 284 00:27:54,550 --> 00:27:56,093 Artikel awak memang hebat. 285 00:27:56,176 --> 00:27:58,053 Sangat hebat. Bagi kami, awak wartawan mengagumkan. 286 00:27:58,136 --> 00:28:01,348 - Biar betul? Siapa yang batalkan? - Saya pun tak tahu. 287 00:28:01,431 --> 00:28:03,016 Beritahu saya. Siapa yang batalkan? 288 00:28:03,100 --> 00:28:06,270 Penerbit tak nak beritahu saya. Awak ada cari pasal dengan CIA? 289 00:28:06,353 --> 00:28:07,688 Tak guna. 290 00:28:07,771 --> 00:28:10,190 Saya minta maaf. Semoga berjaya. Okey? 291 00:28:15,654 --> 00:28:16,697 Tak guna. 292 00:29:25,390 --> 00:29:26,600 Okey, kawan. 293 00:29:27,184 --> 00:29:28,268 Keluar. 294 00:30:04,263 --> 00:30:05,806 VOLTAN EKSTREM 295 00:34:09,882 --> 00:34:10,884 Hai. 296 00:34:12,052 --> 00:34:13,971 - Apa perkembangan setakat ini? - Tiada perkembangan. 297 00:34:24,106 --> 00:34:26,483 Nampaknya, ini bukan hotel Four Seasons. 298 00:34:31,196 --> 00:34:32,531 - Hei. - Hei. 299 00:34:33,114 --> 00:34:36,243 Dengar sini. Semua sasaran bereaksi mengikut rancangan kita. 300 00:34:36,994 --> 00:34:39,454 Tariq gelisah sebab dia tahu kita serius dan adiknya ada dengan kita. 301 00:34:39,538 --> 00:34:41,998 Jadi, langkah seterusnya tak susah. Sentuh sikit saja. 302 00:34:43,083 --> 00:34:45,543 Saya tak nak buat. Awak pakar. 303 00:34:48,380 --> 00:34:49,755 Jangan percaya khabar angin. 304 00:34:50,799 --> 00:34:52,717 Terutamanya jika disebarkan orang lain di Agensi 305 00:34:52,801 --> 00:34:54,844 yang cuma nak selamatkan diri sendiri. 306 00:34:56,722 --> 00:34:59,016 Okey. Ayuh selesaikan cepat. 307 00:34:59,683 --> 00:35:01,435 - Begini boleh? - Bagus. 308 00:35:02,436 --> 00:35:04,229 Saya akan hubungi Tariq. Pastikan tebusan bersedia. 309 00:35:27,127 --> 00:35:29,463 - Helo. - Hei, adik awak ada di sini. 310 00:35:29,546 --> 00:35:31,131 Dia nak cakap dengan awak. Awak nak cakap dengan dia? 311 00:35:36,637 --> 00:35:37,846 Dengar sini. 312 00:35:41,141 --> 00:35:43,268 Saya akan letakkan telefon di sini. 313 00:35:43,769 --> 00:35:45,896 Saya cuba permudahkan kerja awak. 314 00:35:45,979 --> 00:35:46,980 Apa yang berlaku? 315 00:35:47,856 --> 00:35:48,857 Helo? 316 00:35:49,608 --> 00:35:50,859 Helo? 317 00:35:59,868 --> 00:36:00,869 Dia pergi mana? 318 00:36:22,224 --> 00:36:23,308 Okey. 319 00:36:23,809 --> 00:36:25,477 Hal ini tak sepatutnya terjadi, Tariq. 320 00:36:26,436 --> 00:36:27,521 Tiga orang suruhan awak dah mati. 321 00:36:28,105 --> 00:36:29,773 Awak bangga dengan perbuatan awak? 322 00:36:30,357 --> 00:36:33,527 Menculik budak tak bersalah macam adik saya dan menyeksa dia. 323 00:36:34,194 --> 00:36:36,655 Inikah yang diajar dalam Pasukan Khas? 324 00:36:37,155 --> 00:36:38,532 Awak sepatutnya risau 325 00:36:38,615 --> 00:36:40,868 yang inilah perkara pertama diajar dalam Pasukan Khas. 326 00:36:41,451 --> 00:36:43,370 Apa-apa pun, cara ini takkan membantu awak. 327 00:36:43,453 --> 00:36:46,456 Saya tak dapat bantu Amber. 328 00:36:47,040 --> 00:36:50,210 - Keputusan bukan di tangan saya. - Tipu. 329 00:36:50,961 --> 00:36:54,047 Awak kawal penjara dan pusat tahanan itu. 330 00:36:54,631 --> 00:36:58,177 Awak orang kanan Maduro. Semua orang tahu. Awak boleh bebaskan dia. 331 00:36:58,677 --> 00:37:02,389 Awak silap. Sia-sia saja awak seksa orang tak bersalah. 332 00:37:02,973 --> 00:37:04,016 Ini baru permulaan. 333 00:37:05,017 --> 00:37:06,602 Saya mahu awak janji 334 00:37:06,685 --> 00:37:08,979 akan lepaskan Amber jika tak mahu keadaan bertambah teruk. 335 00:37:10,272 --> 00:37:11,773 - Momo. - Tariq! 336 00:37:11,857 --> 00:37:13,775 - Abang. Tolonglah. - Momo. 337 00:37:14,568 --> 00:37:15,611 Mereka serius, abang. 338 00:37:15,694 --> 00:37:16,862 Mereka kejam. 339 00:37:16,945 --> 00:37:18,530 Nampaknya, awak tak faham. 340 00:37:18,614 --> 00:37:22,910 Kalau saya sambung wayar ini, dia mati. Faham tak maksudnya? 341 00:37:22,993 --> 00:37:26,580 Semua ini sia-sia saja. Awak fikir saya boleh bebaskan dia? 342 00:37:26,663 --> 00:37:28,415 Dia langsung tiada apa-apa makna bagi saya. 343 00:37:28,916 --> 00:37:33,212 Tapi saya tak boleh tolong dia sebab isteri awak bekerja untuk CIA. 344 00:37:33,795 --> 00:37:36,423 Sebahagian daripada sekolah baharu dalam program Amerika. 345 00:37:37,007 --> 00:37:40,427 Awak boleh pura-pura, tapi awak pun tahu itulah hakikatnya. 346 00:37:41,345 --> 00:37:44,348 Adik saya ialah penghibur bodoh 347 00:37:44,431 --> 00:37:46,725 - yang telah diusir ahli keluarga. - Tidak. 348 00:37:47,893 --> 00:37:52,356 Saya bukan penjahat dalam masalah ini, Eric. Tapi awak. 349 00:37:53,023 --> 00:37:55,400 Awak tak tahu saya boleh jadi sekejam mana. 350 00:37:56,527 --> 00:37:58,570 Katakan, awak akan bebaskan dia. 351 00:37:59,321 --> 00:38:01,907 Tidak, saya takkan bebaskan dia… 352 00:38:01,990 --> 00:38:03,617 - Tolonglah! - …sebab saya tak nak. 353 00:38:03,700 --> 00:38:07,287 - Tolong, abang. - Momo! 354 00:38:07,371 --> 00:38:09,665 Kamu diseksa sebab kamu pengkhianat. 355 00:38:09,748 --> 00:38:11,208 Saya bukan pengkhianat. 356 00:38:11,291 --> 00:38:13,335 Selama ini, saya setia dengan awak dan rejim. 357 00:38:13,418 --> 00:38:17,005 Tolong saya. Maafkan saya. 358 00:38:17,089 --> 00:38:18,632 Apa kamu mahu? 359 00:38:18,715 --> 00:38:22,761 Mahu kerajaan dan abang selamatkan kamu? 360 00:38:22,845 --> 00:38:24,221 Itu yang kamu mahu? 361 00:38:24,304 --> 00:38:25,305 Tidak. 362 00:38:25,889 --> 00:38:28,642 Saya cuma tahu, mereka boleh bunuh kamu. 363 00:38:29,226 --> 00:38:30,936 Saya tak peduli kebencian awak terhadap dia. 364 00:38:31,019 --> 00:38:34,147 Dia tetap adik awak. Awak ingat saya tak faham maksudnya? 365 00:38:34,231 --> 00:38:39,862 Awak fikir semua orang macam awak, orang Amerika yang manja. 366 00:38:39,945 --> 00:38:43,448 Jangan cabar saya! Itu silap awak. Saya kenal diri saya. 367 00:38:43,532 --> 00:38:48,412 Saya pun kenal awak, Eric. Anak orang kaya dan angkuh. 368 00:38:48,912 --> 00:38:52,499 Jika awak jumpa saya secara baik dan terhormat, 369 00:38:52,583 --> 00:38:55,586 keadaan boleh berubah. Tapi kamu semua sama saja. 370 00:38:56,170 --> 00:38:59,047 Awak ingat, boleh ugut kami supaya ikut cakap awak? 371 00:38:59,923 --> 00:39:05,345 Sekarang, Amber akan mereput di pusat tahanan itu 372 00:39:05,429 --> 00:39:07,431 seumur hidupnya. 373 00:39:07,514 --> 00:39:11,435 Saya akan tingkatkan kawalan dua, tiga kali ganda. 374 00:39:11,518 --> 00:39:13,937 Saya akan biarkan mereka buat sesuka hati terhadapnya, 375 00:39:14,021 --> 00:39:17,357 sehingga awak tak dapat cam dia lagi. 376 00:39:18,400 --> 00:39:23,322 Saya bukan cabar awak, Eric, tapi menewaskan awak. 377 00:39:24,615 --> 00:39:27,367 Saya akan seksa kemudian bunuh dia. 378 00:39:27,451 --> 00:39:31,371 Kemudian, saya akan buru awak. 379 00:39:31,455 --> 00:39:38,003 Okey. Saya alu-alukan kedatangan awak. 380 00:39:38,921 --> 00:39:41,924 - Tidak. - Ini yang awak mahu, celaka? 381 00:39:42,007 --> 00:39:44,092 Tolonglah, jangan. 382 00:39:45,677 --> 00:39:47,221 - Eric! - Apa? 383 00:39:51,141 --> 00:39:52,184 Momo. 384 00:39:53,268 --> 00:39:54,269 Momo. 385 00:40:31,515 --> 00:40:32,724 Jangan risau. 386 00:40:35,060 --> 00:40:36,144 Awak akan selamat. 387 00:41:02,045 --> 00:41:04,173 - Strategi kita gagal. - Ya. 388 00:41:05,132 --> 00:41:07,009 Tapi, kita dah sampai sejauh ini. 389 00:41:07,509 --> 00:41:09,178 Nampaknya, kita akan berperang. 390 00:41:10,012 --> 00:41:11,054 Ya. 391 00:41:22,399 --> 00:41:25,444 FOSTER YA, LAMA DULU - HEI 392 00:41:33,493 --> 00:41:36,288 HEI - APA KHABAR? 393 00:41:41,460 --> 00:41:46,215 KHABAR BAIK 394 00:41:46,298 --> 00:41:48,258 ADA KE MANA-MANA BARU-BARU INI? 395 00:41:53,514 --> 00:41:54,515 KENAPA AWAK TANYA? 396 00:41:54,598 --> 00:41:57,142 TERNAMPAK GAMBAR AWAK DALAM TALIAN. MUNGKIN SAYA SILAP ORANG. 397 00:41:57,226 --> 00:42:01,730 SAYA MAHU KE SATU TEMPAT DAN PERLUKAN BANTUAN RAKAN-RAKAN. 398 00:42:04,066 --> 00:42:07,778 LENGAHKAN ISYARAT SUPAYA SAYA TAK DIKESAN. DUA JAM. 399 00:42:19,790 --> 00:42:21,625 FOSTER LAMA SANGAT 400 00:42:22,626 --> 00:42:26,171 BAMBI: SAYA TAK NAK SESIAPA SEDIH. DUA JAM. 401 00:42:32,803 --> 00:42:34,513 Saya tahu awak boleh lakukannya. 402 00:42:35,264 --> 00:42:38,767 Awak boleh sekat komunikasi antara tapak sulit itu dengan tentera Venezuela. 403 00:42:39,518 --> 00:42:41,562 Sekat radio mereka selama dua jam. 404 00:42:41,645 --> 00:42:43,605 Pertama, saya nak tanya tentang Medellin. 405 00:42:44,189 --> 00:42:46,733 Tolong jangan kata, Mitch buat begitu untuk tolong awak. 406 00:42:46,817 --> 00:42:48,235 Apa lagi sebab dia buat begitu? 407 00:42:51,071 --> 00:42:53,574 Awak betul-betul fikir lelaki berpangkat tinggi macam dia 408 00:42:54,157 --> 00:42:55,409 dan orang bawahan pengarah, 409 00:42:55,492 --> 00:42:57,452 datang ke sini untuk bantu awak menculik? 410 00:43:00,122 --> 00:43:01,540 Awak culik siapa? 411 00:43:01,623 --> 00:43:04,668 Adik seorang menteri yang kendalikan tapak sulit, 412 00:43:04,751 --> 00:43:08,130 tapi bukan setakat itu saja. Apa lagi yang dia kawal? 413 00:43:09,590 --> 00:43:11,842 Dia kawal ketenteraan dan presiden. 414 00:43:13,677 --> 00:43:15,179 Cuba fikirkan gambaran lebih besar. 415 00:43:19,558 --> 00:43:20,559 Ayuh berjalan. 416 00:43:26,231 --> 00:43:27,900 Saya akan serang pusat itu 417 00:43:28,525 --> 00:43:31,862 dan mahu awak sekat satelit dan lengahkan bantuan udara Venezuela. 418 00:43:32,362 --> 00:43:33,363 Saya perlukan dua jam. 419 00:43:35,115 --> 00:43:36,533 Tapi, apa hasilnya nanti? 420 00:43:37,659 --> 00:43:39,828 - Saya akan selamatkan dia. - Lagi? 421 00:43:39,912 --> 00:43:41,330 Apa tujuan Mitch ke mari? 422 00:43:42,414 --> 00:43:44,917 Apa gunanya jika kamu seksa menteri itu? 423 00:43:45,000 --> 00:43:46,418 Jika kamu lakukan serbuan rentas sempadan? 424 00:43:47,544 --> 00:43:48,670 Cuba fikir tentang sejarah. 425 00:43:50,297 --> 00:43:51,507 Sejarah 50 tahun lalu. 426 00:43:54,426 --> 00:43:59,932 Objektif dan Program Amerika Syarikat untuk Keselamatan Negara, NSC 68. 427 00:44:00,015 --> 00:44:02,643 Dokumen yang Presiden Truman tandatangani 428 00:44:02,726 --> 00:44:05,896 yang tujuan utamanya untuk menyingkirkan komunisme. 429 00:44:07,481 --> 00:44:08,732 KOMUNISME 430 00:44:08,815 --> 00:44:10,692 Awak boleh bayangkan, betapa sukarnya usaha itu? 431 00:44:12,319 --> 00:44:15,280 Menggantikan pemimpin sayap kiri dengan sayap kanan. 432 00:44:16,156 --> 00:44:20,327 Tentera ambil alih, kudeta, melindungi kepentingan urusan Amerika. 433 00:44:22,120 --> 00:44:24,873 Awak faham betapa fokusnya kita pada negara ini? 434 00:44:25,374 --> 00:44:26,750 Ia usaha berterusan. 435 00:44:27,793 --> 00:44:34,132 Kita yang buat begitu kepada Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Costa Rica, Cuba, 436 00:44:34,216 --> 00:44:38,971 Republik Dominika, Guatemala, Nicaragua, Paraguay, Panama dan Venezuela. 437 00:44:40,389 --> 00:44:44,309 CIA hanya utamakan kepentingan sendiri. Jangan sesekali lupa. 438 00:44:45,435 --> 00:44:48,730 Mitch mahukan peperangan. Agensi perlukan peperangan 439 00:44:48,814 --> 00:44:50,732 - dan awak pula akan laksanakannya. - Saya tak peduli. 440 00:44:50,816 --> 00:44:52,484 Mereka tak peduli pun jika awak hidup atau mati. 441 00:44:53,819 --> 00:44:55,571 Kami akan lakukan operasi rentas sempadan ini. 442 00:44:56,405 --> 00:44:57,906 Kami akan serbu tapak sulit itu. 443 00:44:59,408 --> 00:45:01,702 Musnahkan kokain dan culik tahanan mereka. 444 00:45:02,828 --> 00:45:05,414 Ini satu provokasi. Pihak Venezuela akan balas. 445 00:45:06,623 --> 00:45:07,624 Mereka akan serang Colombia 446 00:45:08,834 --> 00:45:11,503 dan akan mencetuskan konflik setempat. 447 00:45:12,504 --> 00:45:13,672 Tak lama kemudian, perang pula. 448 00:45:14,423 --> 00:45:16,884 Saya tak peduli. Saya mahir berperang. 449 00:45:19,261 --> 00:45:22,973 Berapa ramai nyawa rakyat Venezuela awak sanggup korbankan demi adik awak? 450 00:45:23,599 --> 00:45:26,185 Entahlah. Berapa yang ada? Sejuta? 451 00:45:30,856 --> 00:45:32,482 - Soalan saya agak kejam. - Ya. 452 00:45:34,151 --> 00:45:35,485 Maaf sebab berleter. 453 00:45:36,904 --> 00:45:39,156 Saya cuma nak tahu jika awak sedar tindakan awak. 454 00:45:44,369 --> 00:45:46,747 Saya bukan sebahagian daripada program Mitch secara rasmi, 455 00:45:46,830 --> 00:45:49,750 jadi saya tak tahu apa-apa tentang misi awak untuk dia. 456 00:45:50,542 --> 00:45:51,543 Tapi saya ada satu misi. 457 00:45:52,461 --> 00:45:57,591 Misinya ialah selamatkan isteri saya dan musnahkan tapak sulit itu. 458 00:45:57,674 --> 00:45:59,551 - Ia agak sukar dan berbahaya… - Okey. 459 00:46:00,469 --> 00:46:01,803 …tapi habuannya lumayan. 460 00:46:02,387 --> 00:46:03,931 Kami perlukan 20 orang. 461 00:46:04,014 --> 00:46:06,016 Kamu mahir selok belok sempadan itu? 462 00:46:06,099 --> 00:46:09,144 Ya, sebab kami ada tugasan di sana. 463 00:46:09,228 --> 00:46:12,105 Masalah kita ialah tentera Venezuela, jika mereka datang. 464 00:46:12,606 --> 00:46:14,650 Awak akan bantu saya dapatkan dua jam itu? 465 00:46:14,733 --> 00:46:17,361 Tidak. Saya cuma boleh lengahkan selama 48 minit. 466 00:46:18,362 --> 00:46:19,738 Empat puluh lapan minit. 467 00:46:21,573 --> 00:46:25,410 Awak ada 48 minit sebelum Caracas terima maklumat tentang serangan. 468 00:46:26,995 --> 00:46:29,498 Empat puluh lapan minit? Itu saja awak mampu lakukan? 469 00:46:30,791 --> 00:46:31,959 Awak perlu beri saya lebih masa. 470 00:46:32,042 --> 00:46:35,003 Tahun 1970, ketika perjalanan pulang dari pendaratan di bulan, 471 00:46:35,087 --> 00:46:38,382 sebuah tangki oksigen meletup dalam kapal angkasa Apollo. 472 00:46:38,465 --> 00:46:42,344 Kru kapal tersasar sejauh 96.5 kilometer dari Bumi. 473 00:46:42,427 --> 00:46:44,972 Mereka bakal mati. 474 00:46:45,055 --> 00:46:47,641 Bekalan elektrik terputus dan mereka tak ada alat navigasi. 475 00:46:48,559 --> 00:46:53,105 Apabila mereka kira penggunaan bahan api untuk selaraskan semula laluan, 476 00:46:53,689 --> 00:46:57,734 mereka dapati, ada 14 saat saja. 477 00:47:01,154 --> 00:47:03,282 Mereka ada 14 saat saja untuk menyelamatkan diri. 478 00:47:09,496 --> 00:47:10,706 Semoga berjaya. 479 00:47:13,208 --> 00:47:17,504 Sepuluh, sembilan, lapan. Jujukan nyalaan telah dimulakan. 480 00:47:18,088 --> 00:47:23,677 Enam, lima, empat, tiga, dua, satu, sifar. 481 00:47:24,344 --> 00:47:27,306 Kiraan selesai dan kami telah berlepas pukul 2:13. 482 00:47:28,807 --> 00:47:32,227 Saturn V menghasilkan 7.6 juta paun tujahan 483 00:47:32,311 --> 00:47:34,479 dan telah melepasi menara. 484 00:47:36,565 --> 00:47:41,445 BAHAGIAN TIGA TAMAT 485 00:47:50,037 --> 00:47:51,747 BERDASARKAN SIRI 'WHEN HEROES FLY' OLEH OMRI GIVON 486 00:47:51,830 --> 00:47:53,457 DIINSPIRASIKAN DARI 'WHEN HEROES FLY' KARYA AMIR GUTFREUND 487 00:47:53,540 --> 00:47:56,960 DIHASILKAN OLEH MARK BOAL 488 00:49:05,028 --> 00:49:07,030 Terjemahan sari kata oleh Hamizah