1 00:00:06,584 --> 00:00:10,376 SEBUAH SIRI TERHAD NETFLIX 2 00:00:16,584 --> 00:00:18,126 Biar saya beritahu anda. 3 00:00:18,209 --> 00:00:22,168 Ada pepatah lama dalam besbol, "Main dengan cara yang betul". 4 00:00:22,251 --> 00:00:26,668 Jurulatih akan beritahu pemain liga kanak-kanak sehinggalah liga besar. 5 00:00:27,293 --> 00:00:29,501 Ia ungkapan yang Romare Bearden, 6 00:00:29,584 --> 00:00:33,376 salah seorang pembaling terbaik di dunia ketika 1930-an, 7 00:00:33,459 --> 00:00:35,126 sangat biasa mendengarnya. 8 00:00:42,126 --> 00:00:46,709 Untuk merealisasikan cita-citanya, bermain untuk Philadelphia Athletics… 9 00:00:48,168 --> 00:00:51,751 dia terpaksa bermain dengan cara yang betul. 10 00:00:52,334 --> 00:00:54,793 Namun, apa maksudnya sebenarnya? 11 00:00:57,668 --> 00:01:01,709 Akhirnya, pemain besbol terkenal ini membuktikan 12 00:01:01,793 --> 00:01:06,209 bahawa permulaan kita tak semestinya menentukan diri kita. 13 00:01:07,793 --> 00:01:10,793 TEMPAT DUDUK ORANG BUKAN KULIT PUTIH DARI BELAKANG 14 00:01:19,918 --> 00:01:23,251 Semasa kecil, saya suka bermain besbol. 15 00:01:23,334 --> 00:01:27,751 Ramai orang fikir sukan itu terbaik bagi saya. Mungkin juga. 16 00:01:27,834 --> 00:01:31,168 Mengapa Colin Kaepernick, pemain quarterback NFL, 17 00:01:31,251 --> 00:01:34,293 tak menjadi Colin Kaepernick, pembaling liga besar? 18 00:01:42,626 --> 00:01:45,751 Semasa di sekolah tinggi, saya selalu sakit. 19 00:01:45,834 --> 00:01:50,251 Asyik demam selesema. Jika orang lain sakit, ia akan menjangkiti saya. 20 00:01:50,959 --> 00:01:55,001 Namun, saya paling sakit semasa penghujung tahun ketiga. 21 00:01:55,459 --> 00:01:57,209 Permainan terakhir musim itu. 22 00:01:57,293 --> 00:01:58,501 Mula bermain! 23 00:01:58,584 --> 00:02:00,376 Bawah pusingan ketujuh. 24 00:02:06,126 --> 00:02:07,376 Pukulan gagal kedua! 25 00:02:08,959 --> 00:02:12,459 - Awak nampak apa yang saya nampak? - Semua orang nampak. 26 00:02:12,543 --> 00:02:14,334 Ayuh, Colin! 27 00:02:14,918 --> 00:02:18,001 Setiap kali batuk, paru-paru saya keradangan. 28 00:02:18,751 --> 00:02:22,709 Setiap hembusan nafas terasa seperti dada saya ditikam. 29 00:02:23,834 --> 00:02:25,334 Orang ramai… 30 00:02:25,418 --> 00:02:28,501 Bohonglah jika saya kata saya tak dengar kutukan mereka. 31 00:02:28,584 --> 00:02:30,043 Saya dengar kutukan mereka. 32 00:02:31,376 --> 00:02:34,459 Budak itu tak mampu buat apa-apa! 33 00:02:34,543 --> 00:02:35,751 Ayuh! 34 00:02:37,334 --> 00:02:40,418 Setiap perkataan. 35 00:02:40,501 --> 00:02:43,084 Jangan biar budak itu gagalkan kamu, Johnny! 36 00:03:07,876 --> 00:03:09,334 Ayuh! 37 00:03:13,918 --> 00:03:15,209 Bagus, nak! 38 00:03:15,293 --> 00:03:16,501 Ayuh! 39 00:03:19,584 --> 00:03:22,126 Begitulah Colin! Semua pukulan lawan gagal! 40 00:03:22,876 --> 00:03:25,043 - Apa? - Tengok papan markah! 41 00:03:25,126 --> 00:03:26,751 Awak baling bola yang tak dipukul! 42 00:03:26,834 --> 00:03:28,501 Awaklah masa depan besbol! 43 00:03:28,584 --> 00:03:30,793 Bunyi bising yang bagus dan teruk. 44 00:03:30,876 --> 00:03:34,376 Pada penghujungnya, kita tak boleh biar ia menghalang. 45 00:03:35,501 --> 00:03:38,043 Colin, awak nyahhidrat disebabkan pneumonia. 46 00:03:38,918 --> 00:03:44,584 Bagaimana awak boleh buat balingan tak dipukul walaupun awak demam? 47 00:03:45,168 --> 00:03:46,751 Mereka… 48 00:03:47,668 --> 00:03:50,043 ialah pesaing terbesar kami, doktor. 49 00:03:50,126 --> 00:03:52,168 Tak boleh hampakan pasukan saya. 50 00:03:52,251 --> 00:03:55,084 Awak akan guna lengan awak dalam liga besar nanti? 51 00:03:55,668 --> 00:03:59,626 Sama ada baling bola atau buat touchdown. 52 00:04:00,126 --> 00:04:01,501 Belum buat keputusan. 53 00:04:01,584 --> 00:04:05,418 Sebagai doktor awak, saya cadangkan awak terus bermain besbol. 54 00:04:05,501 --> 00:04:08,501 Tentu awak tak mahu dicederakan pemain lain. 55 00:04:09,251 --> 00:04:12,543 Mereka perlu cuba rampas bola daripada saya dulu. 56 00:04:12,626 --> 00:04:16,543 Bijak, cergas dan yakin. Tentu telefon awak tak berhenti berdering. 57 00:04:16,626 --> 00:04:19,459 Telefon saya memang tak henti berdering. 58 00:04:19,543 --> 00:04:22,168 Namun, ia bukan panggilan yang saya harapkan. 59 00:04:22,793 --> 00:04:23,793 Helo? 60 00:04:26,126 --> 00:04:30,084 Maaf, jurulatih. Dia tak sihat. Awak perlu telefon balik. 61 00:04:31,584 --> 00:04:32,751 Esok pun boleh. 62 00:04:33,334 --> 00:04:34,168 Okey. 63 00:04:35,459 --> 00:04:37,334 Okey. Selamat tinggal. 64 00:04:40,459 --> 00:04:44,876 Itulah panggilan terakhir yang saya jawab. Itu tugas awak. 65 00:04:44,959 --> 00:04:46,668 Tak seronok, bukan? 66 00:04:47,418 --> 00:04:48,418 Jangan risau. 67 00:04:50,251 --> 00:04:54,418 - Waktu rehat saya hampir tamat. - Itu yang awak cakap lima minit lalu. 68 00:04:55,876 --> 00:04:59,043 Calon pemain pilihan untuk trofi Heisman sudah disenaraikan. 69 00:04:59,126 --> 00:05:04,209 Mereka suka Bush, Leinart dan pemain Texas kesukaan kamu, Vince Young. 70 00:05:04,293 --> 00:05:05,751 Para pemain itu bagus. 71 00:05:07,418 --> 00:05:10,126 Pemain quarterback yang hebat akan menang. 72 00:05:10,209 --> 00:05:14,293 Jurulatih Parker perlu benarkan kamu lari lagi pada tahun akhir. 73 00:05:14,376 --> 00:05:17,209 Bagaimana pihak kolej mahu pilih kamu jika kamu tak beraksi? 74 00:05:17,293 --> 00:05:19,418 Dia kata saya perlu tambah berat badan. 75 00:05:19,501 --> 00:05:22,209 Mungkin saya perlu pinjam metabolisme ayah. 76 00:05:25,043 --> 00:05:26,793 Aduhai, sakit rusuk ayah. 77 00:05:27,376 --> 00:05:28,709 Pandai kamu berjenaka. 78 00:05:29,251 --> 00:05:32,501 Mungkin kamu perlu pinjam biasiswa bola sepak ayah juga. 79 00:05:32,584 --> 00:05:34,709 Tak mengapalah. 80 00:05:36,126 --> 00:05:38,626 Saya akan ada biasiswa sendiri nanti. 81 00:05:49,459 --> 00:05:52,501 Baiklah. Saya akan jawab panggilan. 82 00:05:54,626 --> 00:05:57,918 Keluarga Kaepernick, kami sayang tentera negara. 83 00:05:58,001 --> 00:05:59,793 Begitulah, Colin. Bagus. 84 00:05:59,876 --> 00:06:03,876 Selepas balingan bola tak dipukul, saya jadi terkenal di sekolah. 85 00:06:06,376 --> 00:06:08,084 Hei, Colin. Tahniah. 86 00:06:08,168 --> 00:06:10,876 Katanya Yankee tawarkan awak sejuta dolar. Betulkah? 87 00:06:10,959 --> 00:06:13,751 - Ya, benarkah? - Berundur. Jangan ganggu dia. 88 00:06:15,834 --> 00:06:17,501 Ia takkan berhenti. 89 00:06:17,584 --> 00:06:18,918 Sehingga awak buat keputusan. 90 00:06:19,001 --> 00:06:21,501 Semua orang akan mula minta duit dan tiket. 91 00:06:21,584 --> 00:06:23,376 Awak akan hilang teruna nanti. 92 00:06:23,459 --> 00:06:25,251 Mak awak tak beritahu awak? 93 00:06:26,376 --> 00:06:28,793 Boleh sain bola ini untuk ayah saya? Dia peminat awak. 94 00:06:28,876 --> 00:06:31,084 Tiada masalah. Bergantung pada bayarannya. 95 00:06:31,168 --> 00:06:33,043 Kami terima wang tunai saja. 96 00:06:33,126 --> 00:06:36,751 Walaupun saya cuma fikirkan tentang biasiswa bola sepak… 97 00:06:36,834 --> 00:06:39,209 Beritahu dia saya hargai sokongannya. 98 00:06:39,293 --> 00:06:42,084 …saya seronok menerima semua perhatian itu. 99 00:06:43,334 --> 00:06:46,959 Saya lupa mahu beritahu awak. Jurulatih Schott mencari awak. 100 00:06:47,043 --> 00:06:49,001 Dia sentiasa mencari saya. 101 00:06:49,084 --> 00:06:51,293 Jadi, malam ini kita mahu buat apa? 102 00:06:52,209 --> 00:06:56,709 Saya mungkin akan ke rumah Walcott nanti, tapi saya perlu buat sesuatu dulu. 103 00:06:56,793 --> 00:06:59,168 Saya mahu ikut. Ada apa? 104 00:06:59,251 --> 00:07:01,793 Awak tak bersedia untuk bergaul dengan lelaki dewasa. 105 00:07:01,876 --> 00:07:04,959 - Ibu bapa awak akan marah. - Awak berlagak macam saya tak matang. 106 00:07:05,043 --> 00:07:08,293 Awak ulat buku dengan GPA tertinggi dalam pasukan. 107 00:07:08,376 --> 00:07:10,751 Cepat, masuk kelas. Jangan lewat. 108 00:07:10,834 --> 00:07:13,001 - Awak tak mahu ikut? - Sekejap lagi. 109 00:07:13,084 --> 00:07:15,584 Rokok paip dalam trak saya takkan berasap sendiri. 110 00:07:16,293 --> 00:07:18,459 Tolong ambil nota untuk saya. 111 00:07:18,543 --> 00:07:22,209 Beri senyuman lebar seperti baru menang perlawanan Siri Dunia. 112 00:07:24,501 --> 00:07:27,876 Semua orang menunggu keputusan saya tentang besbol. 113 00:07:27,959 --> 00:07:29,376 Semua orang. 114 00:07:29,876 --> 00:07:31,709 Ia semakin menjengkelkan. 115 00:07:31,793 --> 00:07:34,584 Semua yang kita bualkan hari ini akan diuji. Saya mahu 116 00:07:34,668 --> 00:07:37,126 semua orang mencatat nota. 117 00:07:37,209 --> 00:07:39,334 Kalau kamu ada soalan, tanya sekarang. 118 00:07:39,418 --> 00:07:43,418 Kita sedang bincangkan muka surat 424, bab enam. 119 00:07:43,959 --> 00:07:44,793 Helo? 120 00:07:45,334 --> 00:07:47,293 Okey. Saya akan beritahu dia. 121 00:07:47,376 --> 00:07:50,543 Colin? Jurulatih Schott ingin berjumpa dengan awak. 122 00:07:51,168 --> 00:07:53,543 - Soal apa? - Entahlah. Baiklah… 123 00:07:53,626 --> 00:07:56,584 Apabila saya perlu buat keputusan dalam hidup saya, 124 00:07:56,668 --> 00:07:59,459 ramai orang yang mahu saya buat satu perkara 125 00:07:59,543 --> 00:08:02,251 dan beritahu saya apa yang penting. 126 00:08:04,709 --> 00:08:06,251 Penting bagi mereka. 127 00:08:26,626 --> 00:08:28,293 Jurulatih mahu jumpa saya? 128 00:08:28,376 --> 00:08:32,668 Apabila saya suruh baling, saya mahu awak baling. 129 00:08:32,751 --> 00:08:36,043 Jika awak buat sesuka hati di liga besar, awak akan dibuang. 130 00:08:36,126 --> 00:08:36,959 Baiklah. 131 00:08:43,834 --> 00:08:48,043 Tunggu. Saya ada berita yang sangat baik. 132 00:08:49,334 --> 00:08:53,251 Jemputan untuk awak ke Perlawanan Kod Kawasan musim panas ini. 133 00:08:53,334 --> 00:08:55,918 Kita berjaya. Tahniah, nak. 134 00:09:00,709 --> 00:09:03,293 Wah. Hebat. 135 00:09:03,876 --> 00:09:04,834 "Hebat"? 136 00:09:08,084 --> 00:09:08,918 "Hebat"? 137 00:09:09,001 --> 00:09:10,418 Awak dijemput ke acara 138 00:09:10,501 --> 00:09:13,209 yang paling berprestij dalam besbol sekolah tinggi, 139 00:09:13,293 --> 00:09:15,501 dan awak hanya boleh kata "hebat"? 140 00:09:16,626 --> 00:09:20,209 Colin, awak tahu betapa sukarnya saya bekerja untuk awak? 141 00:09:20,751 --> 00:09:25,501 Saya asyik bercakap dengan jurulatih dan peninjau bakat untuk memuji awak. 142 00:09:27,709 --> 00:09:28,584 Awak tahu… 143 00:09:29,834 --> 00:09:33,293 Jurulatih, saya tak mahu awak fikir saya tak bersyukur, 144 00:09:33,834 --> 00:09:37,043 atau saya tak hargai usaha awak, tapi… 145 00:09:37,126 --> 00:09:40,126 saya tak mahu mengehadkan pilihan dengan bola sepak. 146 00:09:40,209 --> 00:09:43,043 Jika awak berhenti main bola sepak dan fokus pada besbol, 147 00:09:43,126 --> 00:09:46,626 awak boleh jadi Dontrelle Willis yang seterusnya. 148 00:09:48,709 --> 00:09:51,668 Bagaimana jika saya berhenti bermain besbol? 149 00:09:53,418 --> 00:09:57,001 Jika awak berhenti main besbol, awak tiada masa depan. 150 00:09:57,084 --> 00:09:59,751 Banyak biasiswa besbol yang ditawarkan. 151 00:09:59,834 --> 00:10:02,543 Namun, tiada pun tawaran biasiswa bola sepak untuk awak. 152 00:10:02,626 --> 00:10:05,376 Langsung tiada. 153 00:10:06,293 --> 00:10:08,543 Belum lagi. 154 00:10:09,043 --> 00:10:11,251 Namun, saya akan dapat tak lama lagi. 155 00:10:11,334 --> 00:10:13,543 Yakah? Jika masih tiada? 156 00:10:14,501 --> 00:10:18,251 Semua orang fikir hanya kerana saya tak dapat tawaran untuk bola sepak, 157 00:10:18,334 --> 00:10:22,293 saya patut terima saja tawaran biasiswa besbol. 158 00:10:23,418 --> 00:10:24,334 Hei, mak. 159 00:10:25,751 --> 00:10:27,876 Makan malam akan siap dalam 20 minit. 160 00:10:27,959 --> 00:10:30,501 Ayah. Ada jurulatih yang telefon hari ini? 161 00:10:30,959 --> 00:10:32,001 Kamu serius? 162 00:10:33,376 --> 00:10:35,293 Tentang bola sepak? 163 00:10:35,376 --> 00:10:36,251 Belum lagi. 164 00:10:37,251 --> 00:10:38,751 Sabarlah. 165 00:10:40,001 --> 00:10:41,293 Terus bekerja keras. 166 00:10:41,376 --> 00:10:44,209 Saya tak bersedia untuk lepaskan impian saya… 167 00:10:44,668 --> 00:10:46,084 Saya memang kerja keras. 168 00:10:46,168 --> 00:10:48,209 …walaupun orang lain sudah putus asa. 169 00:10:48,293 --> 00:10:51,876 Saya bukan saja pemain bola terbaik, malah yang paling kacak. 170 00:10:51,959 --> 00:10:55,084 Tentulah para gadis di Pitman mengerumuni saya. 171 00:10:55,168 --> 00:10:57,168 Mereka melihat bakal pemain terkenal. 172 00:10:57,251 --> 00:10:59,543 Ingat orang yang jurulatih datang untuk lihat. 173 00:10:59,626 --> 00:11:02,043 Colin, pastikan awak bersedia untuk baling bola. 174 00:11:02,126 --> 00:11:04,001 Supaya awak terkial-kial menangkapnya? 175 00:11:04,084 --> 00:11:06,459 - "Supaya awak terkial-kial?" - Bagaimana dengan kem? 176 00:11:07,084 --> 00:11:10,043 Bagus. Saya buat hal sendiri. 177 00:11:10,709 --> 00:11:13,459 Jurulatih fikir saya cuba bermain besbol. 178 00:11:13,543 --> 00:11:14,709 Bukan begitu? 179 00:11:14,793 --> 00:11:17,293 Awak tahu berapa bayaran untuk Liga Besar? 180 00:11:17,376 --> 00:11:21,084 Awak boleh beri rim trak dan berhenti guna rim yang asal. 181 00:11:21,168 --> 00:11:24,418 Ya, saya akan ingat jika awak mahu tumpang trak saya lagi. 182 00:11:24,501 --> 00:11:27,959 Mujurlah saya tak perlu tumpang hari ini. Jordan, sedia untuk pergi? 183 00:11:28,043 --> 00:11:30,543 Ya. Masa yang sama pada minggu depan? 184 00:11:30,626 --> 00:11:34,043 Saya akan beritahu kamu. Mungkin di kem itu nanti. 185 00:11:34,543 --> 00:11:37,168 - Bola sepak atau besbol? - Tak pasti lagi. 186 00:11:37,251 --> 00:11:39,334 Tak sangka awak pandai bermain bola sepak. 187 00:11:39,418 --> 00:11:42,293 Ia bukan sukan terbaik awak pun. 188 00:11:54,793 --> 00:11:56,876 - Hei. - Ya. 189 00:11:56,959 --> 00:12:00,793 Boleh saya ke rumah awak? Saya belum mahu pulang. 190 00:12:01,418 --> 00:12:02,834 - Tak boleh. - Tak boleh? 191 00:12:02,918 --> 00:12:04,751 Saya ada hal dengan Max dan CJ. 192 00:12:04,834 --> 00:12:08,043 - Baik, tak kisahlah. - Awak akan rindu sayakah? 193 00:12:09,126 --> 00:12:12,084 Jumpa lagi. Saya akan hubungi awak nanti. 194 00:12:23,418 --> 00:12:26,043 Semua orang mahu saya bermain besbol. 195 00:12:26,126 --> 00:12:28,626 DUA PULUH LIMA SEKOLAH TINGGI TERBAIK DALAM BOLA SEPAK 196 00:12:28,709 --> 00:12:30,543 Semua sekolah mahukan saya. 197 00:12:33,168 --> 00:12:36,626 Saya terima banyak tawaran, tapi hati saya tak terbuka. 198 00:12:38,293 --> 00:12:40,376 Saya hanya mahu bermain bola sepak. 199 00:12:41,834 --> 00:12:43,709 Walaupun saya tak diperlukan. 200 00:12:47,459 --> 00:12:50,251 Pasti ada saat yang buat kita terbungkam. 201 00:12:50,959 --> 00:12:54,418 Apabila saya melihat prospek saya cuma dua bintang… 202 00:12:54,501 --> 00:12:57,793 saya tak bersedia melihat cara dunia memandang saya. 203 00:13:01,626 --> 00:13:02,918 Saya akan buka pintu. 204 00:13:03,001 --> 00:13:04,668 Saya ada kejutan untuk awak. 205 00:13:12,168 --> 00:13:15,293 Saya tak boleh biar awak guna rim lama. 206 00:13:15,376 --> 00:13:17,584 Biar betul. Dari mana awak dapat? 207 00:13:17,668 --> 00:13:18,584 Saya curi. 208 00:13:19,168 --> 00:13:21,918 Gurau saja. Saya dapat daripada sepupu saya. 209 00:13:22,001 --> 00:13:24,543 Pokok tumbang di atas keretanya tapi rim masih elok. 210 00:13:24,626 --> 00:13:27,001 - Dia kata saya boleh ambil. - Baiklah. 211 00:13:29,168 --> 00:13:32,126 - Berapa awak mahu saya bayar? - Ia percuma. 212 00:13:32,209 --> 00:13:35,626 Pastikan awak hantar bola kepada saya sekali-sekala. 213 00:13:35,709 --> 00:13:37,043 Kita akan jadi senior. 214 00:13:37,126 --> 00:13:39,376 Ini peluang terakhir saya untuk mengagumkan gadis. 215 00:13:39,459 --> 00:13:42,168 Beri saya tiket Super Bowl apabila awak sertai Raider. 216 00:13:42,251 --> 00:13:44,543 Pasukan Raider? Maksud awak, Packer. 217 00:13:44,626 --> 00:13:47,459 Saya lupa awak peminat Pasukan Packer. 218 00:13:50,043 --> 00:13:52,584 Ia nampak cantik pada trak saya. 219 00:13:56,501 --> 00:13:59,293 Saya tak boleh terima. Ibu bapa saya akan marah. 220 00:13:59,376 --> 00:14:01,293 Mengapa? Sepupu saya yang beri. 221 00:14:01,376 --> 00:14:03,959 Bayangkan muka mak saya jika dia nampak rim ini. 222 00:14:04,543 --> 00:14:08,043 Jangan risau. Saya akan cari orang lain yang mungkin mahu. 223 00:14:08,751 --> 00:14:10,918 Awak masih akan hantar bola kepada saya, bukan? 224 00:14:11,001 --> 00:14:12,334 Tentulah. 225 00:14:12,418 --> 00:14:16,584 Benarlah dalam kehidupan dan sukan. Keputusan sesuatu yang aneh. 226 00:14:16,668 --> 00:14:20,751 Kadangkala, kita akan tahu jika kita buat keputusan yang betul. 227 00:14:21,543 --> 00:14:24,459 Apabila mereka kata "Main dengan cara yang betul", 228 00:14:24,543 --> 00:14:26,209 apa maksud sebenar mereka? 229 00:14:26,876 --> 00:14:30,668 Pada awal 1930-an, Romare Bearden mengetahuinya. 230 00:14:31,668 --> 00:14:36,626 Apabila Bearden ke Philadelphia, Athletics benar-benar mahu dia sain kontrak. 231 00:14:37,168 --> 00:14:41,126 Dia akan jadi pemain kulit Hitam pertama dalam Liga Besar, 232 00:14:41,209 --> 00:14:43,543 beberapa tahun sebelum Jackie Robinson. 233 00:14:44,084 --> 00:14:47,918 Dia hanya perlu turunkan tandatangannya. 234 00:14:48,834 --> 00:14:52,168 Cuma ada seperkara kecil saja lagi. 235 00:14:53,043 --> 00:14:55,418 Untuk jadikan kontraknya rasmi, 236 00:14:55,918 --> 00:14:58,418 untuk mencapai impiannya, 237 00:14:58,501 --> 00:15:01,043 dia perlu bermain sebagai orang kulit putih. 238 00:15:01,126 --> 00:15:04,084 Awak perlu kelihatan seperti orang kulit putih. 239 00:15:10,126 --> 00:15:11,793 Dia menolak tawaran itu. 240 00:15:12,584 --> 00:15:14,293 Perkara yang Bearden pelajari 241 00:15:14,376 --> 00:15:16,918 adalah sesuatu yang saya belajar di sekolah tinggi. 242 00:15:17,001 --> 00:15:19,459 Perkara yang Amerika sentiasa ajar kita. 243 00:15:20,209 --> 00:15:24,418 Bermain dengan cara yang betul bermakna ikut cara orang kulit putih. 244 00:15:27,959 --> 00:15:31,043 Dalam banyak-banyak cara, peraturan permainan 245 00:15:31,126 --> 00:15:35,668 menggambarkan kod kelakuan yang dijangka dalam masyarakat Amerika. 246 00:15:39,459 --> 00:15:43,709 Saya sertai Perlawanan Kod Kawasan dan sepatutnya saya teruja. 247 00:15:43,793 --> 00:15:45,126 Namun, saya cuma fikir 248 00:15:45,209 --> 00:15:49,584 yang besbol seperti rancangan sandaran saya saja. 249 00:15:50,168 --> 00:15:53,793 Contohnya, perlawanan ini. Sama saja seperti perlawanan lain. 250 00:15:54,584 --> 00:15:58,626 Kecuali kali ini, ada pemain kulit Hitam seperti saya. 251 00:16:00,459 --> 00:16:02,168 Pukulan gagal ketiga! Keluar! 252 00:16:08,209 --> 00:16:10,834 Kami mengangguk hormat kepada satu sama lain. 253 00:16:16,001 --> 00:16:20,293 Jangan berbaik-baik dalam padang. Hormati perlawanan! 254 00:16:21,168 --> 00:16:23,834 Sama ada penonton atau pengadil, 255 00:16:23,918 --> 00:16:27,168 dalam besbol, sentiasa ada yang tak kena. 256 00:16:31,668 --> 00:16:36,959 Seperti besbol, Amerika memilih dalam menguatkuasakan peraturan. 257 00:16:37,543 --> 00:16:41,418 Kadangkala kita boleh menyatakan hak, kadangkala tak. 258 00:16:42,001 --> 00:16:45,626 Apabila mereka lihat peraturan tak setara untuk semua orang, 259 00:16:45,709 --> 00:16:48,543 mereka kata mereka sanggup mengubahnya. 260 00:16:48,626 --> 00:16:53,376 Namun, hanya sebab peraturan berubah, tak bermakna hati mereka berubah. 261 00:16:53,459 --> 00:16:55,293 Persoalannya, 262 00:16:55,376 --> 00:16:58,543 sanggupkah anda bermain mengikut peraturan mereka? 263 00:16:58,626 --> 00:17:00,293 Mari kita selesaikannya. 264 00:17:04,709 --> 00:17:07,251 Saya ketua jurulatih besbol di Universiti Texas. 265 00:17:07,834 --> 00:17:08,876 Cal-Berkeley. 266 00:17:08,959 --> 00:17:10,293 UCLA. 267 00:17:10,376 --> 00:17:11,709 Universiti Harvard. 268 00:17:11,793 --> 00:17:16,543 - Universiti Negeri Arizona. - Jika awak ke Texas, awak akan jadi… 269 00:17:16,626 --> 00:17:18,043 - Bintang. - Bintang terkenal. 270 00:17:18,126 --> 00:17:21,168 Jika awak ke LSU, awak akan jadi seperti Dave Stewart. 271 00:17:21,251 --> 00:17:22,459 Dwight Gooden seterusnya. 272 00:17:22,543 --> 00:17:24,918 - Seterusnya… - D-Train, Dontrelle Willis. 273 00:17:25,001 --> 00:17:26,459 Jackie Robinson seterusnya. 274 00:17:26,543 --> 00:17:30,043 Awak tahu dia ke UCLA? Ya. 275 00:17:30,126 --> 00:17:32,793 Kami teruja untuk tawarkan biasiswa penuh. 276 00:17:32,876 --> 00:17:33,918 Biasiswa penuh. 277 00:17:34,001 --> 00:17:34,959 Belajar percuma. 278 00:17:35,043 --> 00:17:38,584 Kami tak tawarkan biasiswa besbol, tapi dengan gred awak, 279 00:17:38,668 --> 00:17:41,168 awak pasti akan dapat biasiswa akademik. 280 00:17:41,251 --> 00:17:45,334 Di Negeri Arizona, awak tak perlu risaukan soal gred. 281 00:17:45,418 --> 00:17:46,334 Ayuh, Devil. 282 00:17:46,918 --> 00:17:51,834 Saya tak sepatutnya beri awak peralatan, tapi… 283 00:17:51,918 --> 00:17:53,584 Rahsiakan hadiah saya. 284 00:17:53,668 --> 00:17:55,084 Jangan beritahu sesiapa. 285 00:17:59,626 --> 00:18:00,668 Dia dah sampai. 286 00:18:04,126 --> 00:18:08,043 Saya nampak awak bermain di Perlawanan Kod Kawasan. Awak handal. 287 00:18:08,126 --> 00:18:11,043 Awak boleh masuk kolej, bermainlah secara percuma. 288 00:18:11,376 --> 00:18:14,084 Tambah berat badan, jadi lebih teruk dan 289 00:18:14,168 --> 00:18:17,668 kembali ke Turlock dalam beberapa tahun untuk jual Ford terpakai. 290 00:18:17,751 --> 00:18:22,876 Atau awak boleh jadi pemain profesional dan jadi jutawan pada umur 19 tahun. 291 00:18:22,959 --> 00:18:24,668 Biar betul? Jutawan? 292 00:18:24,751 --> 00:18:29,459 Pn. Kaepernick, anak awak ada lengan terbaik berbanding remaja sebayanya. 293 00:18:29,543 --> 00:18:31,959 Dia akan jadi pemain pilihan dalam penyertaan pasukan. 294 00:18:35,168 --> 00:18:39,251 Ada banyak sebab untuk lakukan apa yang orang lain mahukan. 295 00:18:44,376 --> 00:18:48,043 - Jika saya mahu main bola sepak? - Kami masih akan pilih awak. 296 00:18:48,626 --> 00:18:52,209 Jika awak lihat bonus penerimaan yang kami beri, awak akan berubah fikiran. 297 00:18:52,293 --> 00:18:56,584 Namun, hanya ada satu sebab untuk buat apa saja. 298 00:18:58,709 --> 00:19:00,501 Awak sedang berdietkah? 299 00:19:01,376 --> 00:19:03,084 Saya cuma tak lapar. 300 00:19:03,168 --> 00:19:04,959 Jadi, boleh saya makan taco ini? 301 00:19:12,043 --> 00:19:15,084 - Jumpa lagi nanti. - Kita mahu ke mana? 302 00:19:15,584 --> 00:19:19,001 Saya perlu uruskan sesuatu dengan cepat. Okey? 303 00:19:19,084 --> 00:19:22,501 - Tunggu di sini. - Mengapa awak selalu tinggalkan saya? 304 00:19:22,584 --> 00:19:24,793 Percayalah. Untuk kebaikan awak juga. 305 00:19:24,876 --> 00:19:26,751 Mengapa pula? 306 00:19:26,834 --> 00:19:28,543 Awak kawan saya. 307 00:19:28,626 --> 00:19:30,501 Bukan ini yang awak mahu. 308 00:19:30,584 --> 00:19:33,168 Saya tak tahu apa yang saya mahu. 309 00:19:34,293 --> 00:19:38,334 Awak kata mahu jadi pemain quarterback. Bukankah itu yang awak mahu? 310 00:19:41,626 --> 00:19:45,334 Musim akhir sudah separuh masa berlalu, saya masih tak dapat tawaran. 311 00:19:45,959 --> 00:19:47,168 - Hei, Colin. - Apa? 312 00:19:47,251 --> 00:19:49,668 Awak seperti si lembik yang asyik menangis. 313 00:19:50,584 --> 00:19:53,793 Tiada apa yang mudah didapati dalam hidup ini. 314 00:19:53,876 --> 00:19:54,876 Okey? 315 00:19:56,418 --> 00:20:00,959 - Jumpa lagi. - Baiklah. Saya faham. 316 00:20:01,043 --> 00:20:04,876 Awak tak faham. Jika awak faham, awak takkan marah. 317 00:20:10,376 --> 00:20:13,293 HARI MENANDATANGAN 318 00:20:14,334 --> 00:20:17,668 Jake tak salah. Saya tahu saya bersedih. 319 00:20:18,334 --> 00:20:22,459 Saya tahu tiada siapa faham punca saya tak ambil pilihan yang mudah. 320 00:20:23,251 --> 00:20:25,668 Namun, saya tak boleh hilangkan perasaan ini. 321 00:20:26,251 --> 00:20:30,543 Kadangkala, walau apa pun yang kita rasa, kita tak dapat ubah fikiran. 322 00:20:30,626 --> 00:20:32,709 Jurulatih, kita mesti buat sesuatu. 323 00:20:32,793 --> 00:20:34,751 Boleh kita mohon dengan Fresno lagi? 324 00:20:34,834 --> 00:20:39,543 Saya tahu mereka tak ambil pemain quarterback baru, tapi berbaloi mencuba. 325 00:20:44,668 --> 00:20:46,293 - Awak tak dengarkah? - Apa? 326 00:20:47,168 --> 00:20:51,459 Mereka sudah ada pemain quarterback. Pelajar kolej junior dari selatan. 327 00:20:52,043 --> 00:20:52,918 Biar betul. 328 00:20:53,834 --> 00:20:55,709 Saya tahu awak enggan dengar, 329 00:20:56,418 --> 00:20:59,543 tapi mungkin awak boleh masuk kolej junior. 330 00:20:59,626 --> 00:21:00,459 Apa? 331 00:21:01,418 --> 00:21:03,168 Saya takkan ke JUCO. 332 00:21:04,501 --> 00:21:07,876 - Saya pemain quarterback divisyen satu. - Kita berdua tahu. 333 00:21:07,959 --> 00:21:11,876 Tunjukkan semuanya di padang semasa kejohanan. 334 00:21:11,959 --> 00:21:14,543 Main dengan bagus dalam beberapa perlawanan, 335 00:21:15,209 --> 00:21:18,501 menangi Kejohanan Seksyen, kemudian… 336 00:21:20,084 --> 00:21:22,501 Bersemangatlah, Colin. 337 00:21:22,584 --> 00:21:23,751 Masih ada masa. 338 00:21:38,168 --> 00:21:39,084 Awak lewat. 339 00:21:40,626 --> 00:21:43,584 Mengapa kita datang sini? Tempat ini sudah ditutup. 340 00:21:44,209 --> 00:21:47,209 Saya kenal pengurusnya. Dia akan tolong kita. 341 00:21:47,293 --> 00:21:51,209 Saya fikir Taco Bell patut sediakan sarapan. Tentu saya akan makan. 342 00:21:51,293 --> 00:21:54,793 - Tak sangka awak ajak saya keluar. - Apa maksud awak? 343 00:21:54,876 --> 00:21:57,459 - Kita sepatutnya berkawan. - Betul. 344 00:21:57,543 --> 00:21:59,501 Jadi, mengapa awak selalu tinggalkan saya? 345 00:21:59,584 --> 00:22:02,918 Mungkin saya mahu tinggalkan awak sebab kita kawan. 346 00:22:03,001 --> 00:22:05,376 Tolonglah. Jangan buat begitu. 347 00:22:06,751 --> 00:22:08,626 Biar saya tunjukkan sesuatu. 348 00:22:16,209 --> 00:22:18,793 - Itu dari… - Ya, saya buat kerja separuh masa. 349 00:22:18,876 --> 00:22:20,334 Jual alat ganti dan sebagainya. 350 00:22:20,418 --> 00:22:23,668 - Maksud awak, mencurinya? - Tak kisahlah apa awak kata. 351 00:22:23,751 --> 00:22:26,334 Jadi, mengapa awak tak benarkan saya ikut? 352 00:22:28,209 --> 00:22:30,709 Awak orang kulit Hitam yang tinggi. 353 00:22:30,793 --> 00:22:33,709 Hanya seorang saja di Turlock yang menepati gambaran itu. 354 00:22:34,709 --> 00:22:37,501 Kalau saya ditangkap, saya mungkin akan dipenjara. 355 00:22:37,584 --> 00:22:40,418 Namun, jika kita ditangkap, saya mungkin ditembak. 356 00:22:41,418 --> 00:22:42,584 Tak luculah, Jake. 357 00:22:44,209 --> 00:22:46,501 Awak ada peluang untuk jadi istimewa. 358 00:22:46,584 --> 00:22:50,501 Mungkin besbol bukan apa yang awak mahu, tapi awak masih dapat pergi dari sini. 359 00:22:51,168 --> 00:22:52,251 Itulah masalahnya. 360 00:22:55,251 --> 00:22:56,751 Bukan masa depan yang saya mahu. 361 00:22:56,834 --> 00:22:59,459 Kalau begitu, dapatkan masa depan yang awak mahu. 362 00:23:00,043 --> 00:23:03,043 Hidup terlalu singkat untuk mencapai impian orang lain. 363 00:23:07,834 --> 00:23:11,834 Wah. Itu mungkin perkara paling munasabah yang awak pernah cakap. 364 00:23:11,918 --> 00:23:16,459 Saya tak boleh terima pujian itu. Saya terbaca dalam Playboy semasa kecil. 365 00:23:18,668 --> 00:23:21,168 Saya banyak belajar pada musim panas itu. 366 00:23:21,251 --> 00:23:23,459 Musim panas tahun akhir saya. 367 00:23:23,543 --> 00:23:26,126 Namun, perkara yang saya paling ingat 368 00:23:26,209 --> 00:23:28,709 ialah main perlawanan yang sesuai untuk kita. 369 00:23:28,793 --> 00:23:33,126 Jurulatih Schott telefon dan tanya jika kamu dah bersedia untuk esok. 370 00:23:34,918 --> 00:23:37,584 Dia tanya jika kamu dah buat keputusan atau belum. 371 00:23:37,668 --> 00:23:39,751 Boleh kita hantar pita lagi? 372 00:23:39,834 --> 00:23:41,751 Seorang lelaki yang bijak pernah berkata, 373 00:23:42,668 --> 00:23:48,501 "Sesuatu berjalan lancar bagi mereka yang gunakan sesuatu yang berjalan lancar." 374 00:23:49,084 --> 00:23:53,293 Kami tahu kamu yang buat keputusan. 375 00:23:54,251 --> 00:23:55,668 Kami juga sokong kamu. 376 00:23:57,293 --> 00:24:00,459 Namun, apa salahnya dengan besbol? 377 00:24:02,376 --> 00:24:03,668 Ia bukan bola sepak. 378 00:24:05,501 --> 00:24:10,626 Tak, tapi kamu boleh dapatkan pendidikan percuma, 379 00:24:11,251 --> 00:24:12,626 cari wang yang banyak. 380 00:24:13,501 --> 00:24:17,793 Saya rasa seperti diri sendiri apabila bermain bola sepak. Saya rasa selesa. 381 00:24:17,876 --> 00:24:20,876 Besbol buat saya rasa seperti orang luar. 382 00:24:22,043 --> 00:24:24,543 Entahlah. Sukar mahu jelaskannya. 383 00:24:24,626 --> 00:24:27,709 Kami tahu kamu benar-benar mahu biasiswa bola sepak. 384 00:24:28,626 --> 00:24:30,293 Namun, ia tak berlaku. 385 00:24:31,126 --> 00:24:32,668 Seperti kata mak kamu… 386 00:24:33,834 --> 00:24:35,168 Ini keputusan kamu. 387 00:24:36,918 --> 00:24:40,501 Namun kadangkala, keputusan dah dibuat untuk kamu. 388 00:24:45,209 --> 00:24:49,084 Kadangkala, kita yang buat keputusan untuk diri sendiri. 389 00:24:55,418 --> 00:24:58,293 Kaepernick. Tepat pada masanya. 390 00:24:59,251 --> 00:25:01,334 Saya dah bercakap dengan Jurulatih Parker. 391 00:25:02,001 --> 00:25:05,501 Maaf kerana kamu tak dapat biasiswa bola sepak. 392 00:25:06,209 --> 00:25:10,334 Namun, seperti yang saya kata pada musim bunga, besbol adalah masa depan awak. 393 00:25:14,376 --> 00:25:18,543 Jadi, awak sudah pilih kolej yang awak mahu? 394 00:25:21,209 --> 00:25:22,584 Apa pilihan awak? 395 00:25:23,834 --> 00:25:25,959 Saya akan jadi pemain quarterback. 396 00:25:32,876 --> 00:25:36,959 Itu kesilapan terbesar dalam hidup awak. Awak akan terkenang semula. 397 00:25:37,501 --> 00:25:38,876 Awak akan menyesal. 398 00:25:40,001 --> 00:25:40,959 Selama-lamanya. 399 00:25:42,334 --> 00:25:43,918 Apa yang awak fikirkan? 400 00:25:50,751 --> 00:25:56,043 Saya fikir permulaan kita tak semestinya menentukan diri kita. 401 00:25:59,418 --> 00:26:03,584 Bearden terus bermain dalam Liga Kulit Hitam untuk beberapa musim 402 00:26:03,668 --> 00:26:07,376 sebelum beralih kepada minatnya yang lain. Seni. 403 00:26:09,001 --> 00:26:14,043 Kemudian dia menjadi salah seorang artis berpengaruh pada abad ke-20… 404 00:26:16,751 --> 00:26:19,126 menggunakan kolaj seni rakyatnya yang hebat 405 00:26:19,209 --> 00:26:24,084 untuk menunjukkan realiti perit pengalaman orang kulit Hitam di Amerika. 406 00:26:24,168 --> 00:26:25,834 Ramai yang menurutinya. 407 00:26:26,918 --> 00:26:29,168 Bearden handal bermain besbol, 408 00:26:29,251 --> 00:26:33,251 tapi oleh sebab dia tak jual jiwanya, dia temui minatnya yang sebenar. 409 00:26:33,959 --> 00:26:37,793 Bagi saya, saya main besbol sebab saya handal. 410 00:26:38,459 --> 00:26:42,959 Minat saya yang sebenar ialah menjadi pemain quarterback. 411 00:26:44,418 --> 00:26:46,751 TARIAN KERAIAN SEKOLAH TINGGI JOHN H. PITMAN 412 00:26:48,876 --> 00:26:52,293 Saya tak sangka semua orang akan marah saya. 413 00:26:52,376 --> 00:26:54,959 Awak dapat biasiswa mudah tapi awak tak ambil. 414 00:26:55,459 --> 00:26:58,084 Ayah saya kata awak buat kesilapan terbesar dalam hidup. 415 00:26:58,168 --> 00:26:59,959 Ayah awak bekerja di Blockbuster. 416 00:27:01,959 --> 00:27:07,876 Kaepernick dikatakan menjadi pilihan teratas dalam Draf MLB 2006. 417 00:27:07,959 --> 00:27:12,334 Sekarang dia menanti biasiswa bola sepak yang mungkin takkan muncul. 418 00:27:12,418 --> 00:27:16,126 Ramai yang terkejut dengan keputusannya. 419 00:27:18,668 --> 00:27:19,834 Apa yang mereka tahu? 420 00:27:32,668 --> 00:27:33,501 Helo? 421 00:27:38,459 --> 00:27:39,293 Yakah? 422 00:27:41,168 --> 00:27:42,626 Saya akan panggil dia. 423 00:27:43,501 --> 00:27:44,418 Colin? 424 00:27:48,001 --> 00:27:49,209 Besbol? 425 00:28:57,251 --> 00:28:59,751 Terjemahan sari kata oleh Khanisah