1 00:00:12,347 --> 00:00:13,348 Awak bersedia? 2 00:00:15,642 --> 00:00:16,894 Kita buat esoklah. 3 00:00:16,977 --> 00:00:19,688 Awak perlu belajar untuk keluar dari bangunan ini. 4 00:00:19,772 --> 00:00:20,606 Kenapa? 5 00:00:20,689 --> 00:00:22,024 Kenapa? 6 00:00:22,107 --> 00:00:23,484 Untuk buat hal-hal lain. 7 00:00:23,567 --> 00:00:27,529 Untuk pergi jumpa kawan, tengok wayang dan membeli-belah. 8 00:00:27,613 --> 00:00:30,032 Akhirnya, dapat kerja. Itu matlamatnya, bukan? 9 00:00:30,115 --> 00:00:30,991 Pakai ini. 10 00:00:39,041 --> 00:00:41,585 Tertulis Mandy. Awak yang telefon saya. 11 00:00:41,877 --> 00:00:42,795 Saya tahu. 12 00:00:49,176 --> 00:00:50,219 Helo? 13 00:00:50,803 --> 00:00:51,762 Helo? 14 00:00:54,431 --> 00:00:55,307 Helo. 15 00:00:55,390 --> 00:00:57,100 Helo. 16 00:00:58,477 --> 00:01:01,563 Okey, saya tahu ia lucu. Ayuh. Awak bersedia? 17 00:01:01,647 --> 00:01:03,148 Awak boleh lakukannya. 18 00:01:06,902 --> 00:01:08,153 Semuanya okey. 19 00:01:13,700 --> 00:01:17,204 Cuma orang ke sana ke mari. Tiada apa-apa. 20 00:01:19,206 --> 00:01:21,166 Awak boleh lakukannya. Ayuh. 21 00:01:21,917 --> 00:01:23,293 Hanya satu blok. 22 00:01:24,211 --> 00:01:25,212 Ayuh. 23 00:01:26,296 --> 00:01:27,256 Ya! 24 00:01:29,216 --> 00:01:31,051 Okey. Awak berjaya. 25 00:01:31,802 --> 00:01:32,886 Awak bersedia? 26 00:01:36,014 --> 00:01:38,141 Saya ada di sini, okey? 27 00:01:38,225 --> 00:01:39,142 -Okey. -Okey. 28 00:01:40,936 --> 00:01:41,937 Ya! 29 00:01:45,816 --> 00:01:46,859 Saya di sini. 30 00:01:47,860 --> 00:01:50,195 Sangat baik. Apa perasaan awak? 31 00:01:50,279 --> 00:01:52,948 Okey, cuma seorang peluncur papan. Dia dah jalan. 32 00:01:53,031 --> 00:01:54,491 Semuanya okey. 33 00:01:54,575 --> 00:01:56,368 Jangan risau. Terus berjalan. 34 00:01:57,619 --> 00:02:01,373 -Orang itu pandang saya. -Wanita itu berjalan dengan bayinya. 35 00:02:01,456 --> 00:02:04,418 -Senyum atau terus berjalan. -Terus berjalan. 36 00:02:04,501 --> 00:02:05,627 Syabas. 37 00:02:05,711 --> 00:02:07,713 Okey, saya nampak lori sampah. 38 00:02:07,796 --> 00:02:10,215 Mungkin sedikit bising, tapi tak apa-apa. 39 00:02:10,966 --> 00:02:13,719 Terus berjalan. Awak buat dengan baik. 40 00:02:13,802 --> 00:02:15,095 Awak pasti okey. 41 00:02:16,471 --> 00:02:18,724 Cuma sedikit bising. Okey. 42 00:02:18,807 --> 00:02:19,808 Syabas. 43 00:02:19,892 --> 00:02:22,394 Awak buat dengan baik. Saya sangat bangga. 44 00:02:23,896 --> 00:02:26,023 Keseluruhannya. Awak okey. 45 00:02:27,357 --> 00:02:29,985 -Ia di situ. -Hampir tiba. Awak dah dekat. 46 00:02:31,695 --> 00:02:33,238 Anjing! 47 00:02:34,114 --> 00:02:35,616 Harrison! 48 00:02:36,283 --> 00:02:38,952 Bertenang. Jangan bercakap! Awak buat dia marah! 49 00:02:39,036 --> 00:02:40,495 Harrison, semuanya okey. 50 00:02:40,579 --> 00:02:43,957 -Tolong kawal anjing awak. Tunggu! -Dia yang bersalah. 51 00:02:45,042 --> 00:02:45,918 Matilah. 52 00:02:50,589 --> 00:02:54,051 Setiap kali program baharu dilancarkan, pasti ada pembetulan. 53 00:02:54,134 --> 00:02:56,553 Tapi semua ini bukan sekadar pembetulan. 54 00:02:57,054 --> 00:02:59,306 Kita perlu berusaha lebih keras. 55 00:02:59,389 --> 00:03:02,017 Semua orang di pengurusan membuat aduan 56 00:03:02,100 --> 00:03:04,895 tentang antara muka baharu ini sejak ia dilancarkan. 57 00:03:04,978 --> 00:03:07,814 Kita tak akan buang seluruh program ini. 58 00:03:07,898 --> 00:03:09,358 "Buang seluruh program." 59 00:03:09,441 --> 00:03:11,985 Tapi ini arahan dari pihak atasan. 60 00:03:12,069 --> 00:03:14,321 -"Dari pihak atasan." -Bekerjasama. 61 00:03:14,404 --> 00:03:16,323 Semua orang perlu berusaha. 62 00:03:16,406 --> 00:03:19,701 Ia pasti rumit dan mengelirukan. 63 00:03:20,869 --> 00:03:24,122 Katanya nak mencari harta karun… 64 00:03:24,206 --> 00:03:25,874 Dia nak cari harta karun. 65 00:03:25,958 --> 00:03:27,167 …untung dan rugi. 66 00:03:27,250 --> 00:03:29,670 -Dia minta… -Saya tahu awak tulis… 67 00:03:29,753 --> 00:03:32,506 -Dia memang begitu. Tak apa. -Menghirup semuanya. 68 00:03:33,006 --> 00:03:37,052 Jadi kita akan kembali ke antara muka yang lama, 69 00:03:37,135 --> 00:03:40,555 gabungkan sebanyak mungkin program baharu ini. 70 00:03:40,639 --> 00:03:42,766 Pernyataan yang memang bodoh. 71 00:03:43,350 --> 00:03:44,351 -Maaf? -Jack. 72 00:03:44,434 --> 00:03:47,104 Awak langsung tak faham tentang pemprograman. 73 00:03:47,187 --> 00:03:49,648 Mungkin istilah saya tak sehebat awak. 74 00:03:49,731 --> 00:03:51,984 Saya faham. Awak kurang pandai. 75 00:03:52,067 --> 00:03:54,695 -Dia tersalah cakap. -Saya betul. Dia dungu. 76 00:03:54,778 --> 00:03:57,948 -Awak katakannya setiap hari. -Saya tak pernah kata… 77 00:03:58,031 --> 00:04:00,075 Tinggalkan mesyuarat ini sekarang. 78 00:04:01,159 --> 00:04:04,162 -Hei, jangan dekati saya! Jangan… -Jack! 79 00:04:04,246 --> 00:04:05,122 Tengok. 80 00:04:05,205 --> 00:04:07,791 Halaman untung dan rugi. Tiada cari harta karun. 81 00:04:07,874 --> 00:04:10,794 Akses ke setiap buku yang dijual, harganya, inventori, 82 00:04:10,877 --> 00:04:13,338 untung dan rugi sejak mula penerbitan. 83 00:04:13,422 --> 00:04:15,298 Saya dah kata ia program sempurna. 84 00:04:16,842 --> 00:04:18,844 -Pergi. -Ke mana? 85 00:04:18,927 --> 00:04:20,804 Pergi ke Bahagian Sumber Manusia. 86 00:04:24,474 --> 00:04:27,602 -Saya dipecat? -Awak bincang hal itu dengan Jennifer. 87 00:04:27,686 --> 00:04:30,397 -Adakah saya akan dibayar gaji? -Tak tahu. 88 00:04:30,480 --> 00:04:32,816 Jika saya dibayar gaji penuh, 89 00:04:32,899 --> 00:04:34,317 saya dapat beli Roomba s9+. 90 00:04:34,401 --> 00:04:37,529 -Atau Roomba 860 saja. -Pergi sekarang. 91 00:04:50,625 --> 00:04:53,462 -Serius? -Saya cuma ambil setiap satu jenis 92 00:04:53,545 --> 00:04:56,548 kerana saya tak pasti nak makan yang mana satu nanti. 93 00:05:06,850 --> 00:05:10,312 "TERIMA KASIH KERANA MELANGGAN" "SELAMAT DATANG KE ARBY'S" 94 00:05:11,605 --> 00:05:12,981 Selamat datang ke Arby's. 95 00:05:13,065 --> 00:05:16,485 Hai, saya mahu satu burger lembu panggang dan keju, 96 00:05:16,568 --> 00:05:21,114 satu burger ayam pedas, kentang goreng berisi dan… 97 00:05:21,198 --> 00:05:22,866 Mata awak cantik. 98 00:05:24,618 --> 00:05:25,786 Terima kasih. 99 00:05:26,661 --> 00:05:28,747 Dua Coke saiz sederhana juga. 100 00:05:29,414 --> 00:05:32,000 -$13.85. -Okey. 101 00:05:32,501 --> 00:05:33,835 Kita boleh berjanji temu. 102 00:05:36,421 --> 00:05:40,008 Janji temu pertama kita buat sesuatu yang seronok seperti arked. 103 00:05:40,092 --> 00:05:41,635 Itulah yang dikatakan Cosmo. 104 00:05:41,718 --> 00:05:44,179 Janji temu kedua di restoran 105 00:05:44,262 --> 00:05:46,223 supaya kita dapat saling mengenal. 106 00:05:46,306 --> 00:05:51,394 Tiada seks pada janji temu pertama atau kedua, tapi okey pada yang ketiga. 107 00:05:51,478 --> 00:05:52,437 Apa? 108 00:05:53,271 --> 00:05:54,648 -Siapa dia? -Saya tak tahu! 109 00:05:54,731 --> 00:05:56,942 -Apa awak kata? -Selamat datang ke Arby's. 110 00:05:57,025 --> 00:05:58,777 Tak. Saya tanya awak. 111 00:05:58,860 --> 00:06:01,822 -Semuanya okey? -Tak okey. 112 00:06:01,905 --> 00:06:06,368 Dia kata dia nak tiduri suami saya. Di Arby's! Awak terencat akal? 113 00:06:06,451 --> 00:06:09,704 Pergi ke pejabat. Nanti saya datang. 114 00:06:09,788 --> 00:06:10,997 -Bertenanglah. -Jangan! 115 00:06:11,081 --> 00:06:14,918 Kami tak kata terencat akal di sini. Ia tak diterima, jadi… 116 00:06:15,001 --> 00:06:18,088 Pekerja awak kata dia mahu tiduri suami saya, 117 00:06:18,171 --> 00:06:20,882 dan awak marah saya pula? Siapa pengurus awak? 118 00:06:20,966 --> 00:06:24,052 -Dia perlu dipecat segera. -Okey, maafkan saya. 119 00:06:24,136 --> 00:06:26,972 -Pesanan awak percuma. Okey? Maaf. -Ya, hebat sekali! 120 00:06:27,055 --> 00:06:27,973 Jadi… 121 00:06:28,056 --> 00:06:31,309 -Terima kasih kerana melanggan. -Okey. 122 00:06:31,393 --> 00:06:32,686 -Andrew! -Okey. 123 00:06:32,769 --> 00:06:35,188 YANG KITA LIHAT 124 00:06:35,272 --> 00:06:36,481 Hei, kawan-kawan. 125 00:06:38,024 --> 00:06:40,152 -Siapa nak mula? -Harrison busuk. 126 00:06:40,235 --> 00:06:41,945 Mungkin kerana dia begitu gemuk. 127 00:06:42,028 --> 00:06:45,448 -Tanggalkan fon kepala. Ia biadab. -Saya ditugaskan di dapur. 128 00:06:45,532 --> 00:06:47,701 Macam mana saya nak kahwin 129 00:06:47,784 --> 00:06:50,912 jika saya sapu sos biji sawi pada sandwic di dapur? 130 00:06:50,996 --> 00:06:53,206 -Dia guna kata kesat. -Jaga bahasa awak. 131 00:06:53,290 --> 00:06:56,126 -Begini cara sahabat bercakap? -Dia bukan kawan saya. 132 00:06:56,209 --> 00:06:58,378 Awak kawan baik saya sejak prasekolah. 133 00:06:58,461 --> 00:07:00,714 -Awak tak layak tinggal sini. -Dia layak. 134 00:07:00,797 --> 00:07:03,425 Keluarga awak bertiga sewa apartmen ini 135 00:07:03,508 --> 00:07:05,135 supaya kami boleh berdikari. 136 00:07:05,218 --> 00:07:07,721 -Tak mungkin dia berdikari. -Jangan dengar. 137 00:07:07,804 --> 00:07:10,473 Ibu bapanya sangat kaya. Mereka bayar banyak sewa. 138 00:07:10,557 --> 00:07:12,475 Jika tak, awak tak dapat tinggal. 139 00:07:12,559 --> 00:07:16,646 Harrison, saya rasa Jack sedikit marah sekarang. 140 00:07:16,730 --> 00:07:19,107 Jadi dia terlanjur kata, 141 00:07:19,191 --> 00:07:21,693 dan saya nak tahu perasaan awak. 142 00:07:22,319 --> 00:07:25,030 -Saya tak suka dia sekarang. -Saya faham. 143 00:07:25,113 --> 00:07:26,489 Jack, awak dengar tak? 144 00:07:26,573 --> 00:07:30,035 Bagaimana saya dapat tiduri seorang lelaki? 145 00:07:30,118 --> 00:07:33,622 Awak boleh berjanji temu dengan seseorang di kelab drama? 146 00:07:33,705 --> 00:07:36,666 -Kelab drama? Saya mahu lelaki normal. -Ya! 147 00:07:36,750 --> 00:07:38,877 -Bagaimana dengan Douglas? -Douglas? 148 00:07:38,960 --> 00:07:40,212 -Ya! -Cari yang lain. 149 00:07:40,295 --> 00:07:41,922 Saya takkan tiduri Douglas. 150 00:07:42,005 --> 00:07:44,925 -Pasti boleh, jika awak mahu. -Jaga bahasa awak! 151 00:07:45,008 --> 00:07:46,760 Saya akan lebih kerap di sini. 152 00:07:46,843 --> 00:07:49,638 Jadi saya tak mahu ada bau Harrison di sini. 153 00:07:49,721 --> 00:07:52,515 Saya akan guna Tinder untuk cari cinta. 154 00:07:52,599 --> 00:07:55,185 -Tak boleh guna Tinder! -Baiklah. Bumble. 155 00:07:55,268 --> 00:07:57,312 Tak boleh guna telefon pada waktu ini. 156 00:07:57,395 --> 00:07:59,522 Kenapa awak akan lebih kerap di sini? 157 00:07:59,606 --> 00:08:02,067 -Apa berlaku di tempat kerja? -Saya dipecat. 158 00:08:03,526 --> 00:08:04,444 Kenapa? 159 00:08:04,986 --> 00:08:06,655 Kerana saya genius. 160 00:08:06,738 --> 00:08:09,115 Apa sebab yang mereka beri? 161 00:08:10,325 --> 00:08:12,202 Awak tak tahu apa yang saya hadapi. 162 00:08:12,285 --> 00:08:14,287 DUKACITANYA, UNIVERSITI DUKE MAKLUMKAN 163 00:08:14,371 --> 00:08:16,957 Saya tak guna Tinder, cuma Bumble sekejap. 164 00:08:17,040 --> 00:08:18,458 Jangan halang saya, okey? 165 00:08:18,541 --> 00:08:21,753 Okey, bersurai. Jumpa nanti. 166 00:08:21,836 --> 00:08:24,381 -Mandy, saya langgar peraturan. -Ya, okey. 167 00:08:26,383 --> 00:08:28,843 Jack, kita belum bersurai. Jack. 168 00:08:29,469 --> 00:08:30,971 Balik ke sini. 169 00:08:32,013 --> 00:08:33,014 Jack! 170 00:08:35,183 --> 00:08:36,643 Saya memang tak guna. 171 00:08:39,187 --> 00:08:43,483 Awak akan pergi ke Berkeley. Jadi gabenor atau senator. 172 00:08:43,566 --> 00:08:45,819 Saya pula masih cuba tolong Harrison 173 00:08:45,902 --> 00:08:48,446 berjalan ke kafe tanpa menjadi gila. 174 00:08:48,530 --> 00:08:52,158 Awak ambil MCAT semula, mohon universiti perubahan sekali lagi, 175 00:08:52,242 --> 00:08:56,288 dan jadi ahli neurologi yang pandai dan ternama 176 00:08:56,371 --> 00:08:59,332 dan buat kemajuan baharu dalam bidang autisme. 177 00:08:59,416 --> 00:09:00,875 Okey. 178 00:09:00,959 --> 00:09:01,960 Betul. 179 00:09:03,086 --> 00:09:04,379 Dengar sini. 180 00:09:19,144 --> 00:09:20,270 Tinggal dengan saya. 181 00:09:22,981 --> 00:09:24,816 Ikut saya ke Berkeley. 182 00:09:24,899 --> 00:09:26,818 Setahun. Sambil awak mohon semula. 183 00:09:29,988 --> 00:09:31,781 Ya, tapi bagaimana dengan mereka? 184 00:09:32,657 --> 00:09:34,868 Tinggalkan mereka selepas lapan bulan? 185 00:09:34,951 --> 00:09:37,370 Mereka susah terima perubahan. 186 00:09:37,454 --> 00:09:39,664 Awak rancang nak pergi pada musim luruh. 187 00:09:39,748 --> 00:09:41,624 Ya, tapi pergi universiti. 188 00:09:42,500 --> 00:09:44,836 Saya seakan-akan abaikan mereka. 189 00:09:44,919 --> 00:09:45,837 Mandy. 190 00:09:45,920 --> 00:09:47,797 Ini berlaku kepada banyak orang. 191 00:09:48,923 --> 00:09:50,133 Tunggu setahun. 192 00:09:50,216 --> 00:09:51,843 Berusaha untuk mohon semula. 193 00:09:53,136 --> 00:09:54,929 Jangan putus asa. 194 00:09:55,513 --> 00:09:56,723 Kita masih ada harapan. 195 00:10:03,146 --> 00:10:04,230 Betul. 196 00:10:06,691 --> 00:10:09,903 Kita patut lakukannya. Saya pasti. 197 00:10:13,239 --> 00:10:14,741 Helo. Forrest? 198 00:10:16,993 --> 00:10:18,078 Ya, saya tunggu. 199 00:10:21,414 --> 00:10:23,917 -Apa awak buat? -Makan sarapan. 200 00:10:24,000 --> 00:10:28,380 Cara awak makan salah. Jijiklah. Saya nak muntah. 201 00:10:28,463 --> 00:10:31,549 -Tutup mulut ketika makan, Harrison! -Diam! 202 00:10:31,633 --> 00:10:33,676 Diam! Saya buat panggilan bisnes. 203 00:10:34,844 --> 00:10:35,845 Ya. 204 00:10:35,929 --> 00:10:38,098 Saya telefon tentang Roomba s9+. 205 00:10:39,224 --> 00:10:40,642 Ya, saya telefon lagi. 206 00:10:40,725 --> 00:10:42,977 Saya dipecat secara tidak adil. 207 00:10:43,061 --> 00:10:45,897 Ada promosi yang dapat bantu saya beli s9+? 208 00:10:46,731 --> 00:10:48,608 Kredit tak sesuai untuk saya. 209 00:10:48,691 --> 00:10:51,069 Saya tak layak buat beberapa tahun 210 00:10:51,152 --> 00:10:54,364 kerana arahan mahkamah, yang saya tak nak jelaskan. 211 00:10:56,783 --> 00:10:59,119 Okey, saya akan tunggu panggilan awak. 212 00:11:00,453 --> 00:11:01,996 Kita akan dapat Roomba? 213 00:11:03,164 --> 00:11:04,165 Tak pasti. 214 00:11:11,714 --> 00:11:14,551 Awak tak boleh cakap begitu 215 00:11:14,634 --> 00:11:17,262 semasa awak ambil pesanan di restoran. 216 00:11:17,345 --> 00:11:20,140 Violet, awak dengar tak? 217 00:11:21,558 --> 00:11:24,102 Violet? Violet! 218 00:11:24,853 --> 00:11:26,938 Awak akan bekerja di dapur. 219 00:11:27,021 --> 00:11:29,274 Lebih baik daripada tiada kerja, betul? 220 00:11:29,774 --> 00:11:31,192 Saya akan cakap dengan John. 221 00:11:31,276 --> 00:11:34,404 Mungkin suatu hari nanti, dia benarkan awak jadi juruwang. 222 00:11:34,487 --> 00:11:38,450 Boleh bawa saya membeli-belah? Saya perlu lebih banyak coli berenda. 223 00:11:38,533 --> 00:11:39,367 Awak tak perlu. 224 00:11:39,451 --> 00:11:43,788 Celeste kata buah dada saya bagus, tapi kecil, jadi saya perlu coli berenda. 225 00:11:43,872 --> 00:11:45,707 Awak rasa buah dada saya bagus? 226 00:11:46,541 --> 00:11:49,377 Adik-beradik tak cakap tentang hal begini. 227 00:11:49,461 --> 00:11:50,962 -Okey? -Kenapa? 228 00:11:51,880 --> 00:11:54,424 Sebab kita tak boleh cakap tentang hal begini. 229 00:11:54,507 --> 00:11:57,135 Jangan dengar cakap Celeste tentang pakaian. 230 00:11:57,218 --> 00:11:58,052 Kenapa? 231 00:11:58,136 --> 00:12:00,346 Supaya lelaki tak anggap awak murahan 232 00:12:00,430 --> 00:12:02,682 dan fikir awak buat benda itu. 233 00:12:02,765 --> 00:12:03,892 Saya mahu buatnya. 234 00:12:03,975 --> 00:12:06,311 -Bukan dengan lelaki pelik. -Saya 25. 235 00:12:06,394 --> 00:12:08,104 Saya mahu teman lelaki. 236 00:12:08,188 --> 00:12:11,691 Orang normal ada teman lelaki. Saya mahu jadi normal. 237 00:12:14,319 --> 00:12:15,904 Baiklah, apa kata 238 00:12:15,987 --> 00:12:18,740 jika prestasi awak baik sepanjang minggu ini, 239 00:12:18,823 --> 00:12:22,785 -saya akan bawa awak membeli-belah. -Hujung minggu dah terlambat. 240 00:12:22,869 --> 00:12:25,663 Mungkin ada janji temu sebelumnya. Saya guna Bumble. 241 00:12:25,747 --> 00:12:28,124 Apa… Tiada Bumble. Tiada aplikasi dating. 242 00:12:28,208 --> 00:12:30,376 -Mandy kata boleh. -Dia tak kata begitu. 243 00:12:30,460 --> 00:12:33,463 -Ya, dia kata boleh. -Saya akan cakap dengannya. 244 00:12:33,546 --> 00:12:35,215 -Tolong padamkannya? -Tidak. 245 00:12:35,298 --> 00:12:37,258 -Mandy ialah bos… -Saya ialah bos. 246 00:12:37,342 --> 00:12:40,512 Awak bos teruk. Saya tak mahu awak jadi bos saya. 247 00:12:40,595 --> 00:12:44,390 Percayalah, saya tak mahu jadi bos. Tapi tolong padamkannya. 248 00:12:44,474 --> 00:12:46,851 -Tidak! -Jika tak, saya ambil telefon awak. 249 00:12:46,935 --> 00:12:50,772 -Tak boleh ambil! -Ya, saya boleh. Awak dah tahu. 250 00:12:50,855 --> 00:12:52,899 Tak boleh ambil telefon saya! 251 00:12:52,982 --> 00:12:56,444 -Selamat jalan. -Abang paling teruk di dunia. 252 00:12:57,320 --> 00:12:58,655 -Dungu. -Violet. 253 00:12:58,738 --> 00:13:01,241 -Saya takkan dengar cakap awak. -Violet! 254 00:13:03,159 --> 00:13:04,327 Kad-kad awak. 255 00:13:06,496 --> 00:13:08,081 Saya benci kad-kad bodoh ini! 256 00:13:08,164 --> 00:13:10,416 -Buat awak kelihatan bodoh. -Terima kasih. 257 00:13:15,129 --> 00:13:18,508 Yang paling murah. Yang bijirin, paling mahal. 258 00:13:18,591 --> 00:13:20,385 George, betul? 259 00:13:20,468 --> 00:13:21,970 Tengok kroisan ini. 260 00:13:23,304 --> 00:13:24,389 Saya suka kroisan. 261 00:13:24,472 --> 00:13:27,183 Siapa tak suka? Ia sedap. 262 00:13:27,267 --> 00:13:32,772 Awak cuma perlu berjalan ke kafe seorang diri, 263 00:13:32,855 --> 00:13:35,400 dan awak dapat beli kroisan sendiri. 264 00:13:35,483 --> 00:13:37,735 The Price is Right sedang disiarkan. 265 00:13:37,819 --> 00:13:40,321 Selepas episod ini, kita pergi ke kafe. 266 00:13:40,405 --> 00:13:43,825 Seterusnya ada Family Feud dan Wheel of Fortune. Saya sibuk. 267 00:13:44,325 --> 00:13:46,703 Okey, mungkin kita tonton… 268 00:13:46,786 --> 00:13:48,162 Tunggu. 269 00:13:50,039 --> 00:13:51,040 Kita akan keluar. 270 00:13:52,125 --> 00:13:53,167 -Hai. -Hei. 271 00:13:53,251 --> 00:13:55,336 -Boleh berbincang? -Ya. 272 00:13:56,629 --> 00:13:57,839 Hei, Harrison. 273 00:14:03,386 --> 00:14:05,513 Awak benarkan Violet guna Bumble? 274 00:14:05,597 --> 00:14:07,682 -Tak. -Dia kata awak benarkan. 275 00:14:08,224 --> 00:14:12,186 -Saya tak kata begitu. -Saya bayar sepertiga gaji awak supaya 276 00:14:12,270 --> 00:14:14,647 hidup saya lebih senang, bukan lebih susah. 277 00:14:14,731 --> 00:14:17,108 Mungkin dia salah faham dengan saya. 278 00:14:17,191 --> 00:14:18,151 Baiklah. 279 00:14:19,777 --> 00:14:22,488 Saya tahu awak nak pergi Duke tak lama lagi, 280 00:14:22,572 --> 00:14:25,867 tapi awak masih perlu uruskan hal ini. Violet lurus bendul. 281 00:14:25,950 --> 00:14:27,869 -Semuanya perlu jelas. -Saya tahu. 282 00:14:27,952 --> 00:14:31,539 -Ada kekaburan, dia ambil kesempatan. -Saya akan cakap dengannya. 283 00:14:32,123 --> 00:14:33,708 Baiklah. Bagus. Terima kasih. 284 00:14:33,791 --> 00:14:37,211 Saya tak akan pergi ke Duke atau mana-mana. Saya ditolak. 285 00:14:37,295 --> 00:14:38,421 Awak ditolak? 286 00:14:39,547 --> 00:14:41,883 Tiada universiti yang menerima saya. 287 00:14:41,966 --> 00:14:43,217 Ditolak lima universiti. 288 00:14:45,511 --> 00:14:46,846 Saya tumpang sedih. 289 00:14:48,264 --> 00:14:49,140 Terima kasih. 290 00:14:49,807 --> 00:14:53,186 Maksudnya, awak akan tinggal di sini? 291 00:14:54,145 --> 00:14:57,023 Kami tak perlu cari pengganti awak? 292 00:14:57,106 --> 00:14:59,275 -Kami dah mulakan temu ramah. -Ya. 293 00:15:00,151 --> 00:15:02,862 Sebenarnya, saya tak pasti. 294 00:15:03,529 --> 00:15:07,241 Teman lelaki saya nak saya pindah ke Berkeley bersamanya, jadi… 295 00:15:08,076 --> 00:15:10,078 Apa awak nak buat di Berkeley? 296 00:15:12,622 --> 00:15:13,498 Hidup? 297 00:15:15,583 --> 00:15:16,417 Baik. 298 00:15:17,627 --> 00:15:19,754 Okey, beritahu kami nantilah. 299 00:15:19,837 --> 00:15:22,423 Ya, okey. Saya akan cakap dengan Violet. 300 00:15:22,507 --> 00:15:23,883 Ya. Terima kasih. 301 00:15:24,967 --> 00:15:26,761 Harrison, jumpa nanti. 302 00:15:28,262 --> 00:15:31,057 Kotak-kotak besar. Setiap kotak ialah… 303 00:15:32,850 --> 00:15:34,102 lima! Apa? 304 00:15:37,480 --> 00:15:39,732 Satu lagi episod, dan kita akan keluar. 305 00:15:48,282 --> 00:15:49,325 Apa? 306 00:15:51,285 --> 00:15:52,620 Tak, tak boleh! 307 00:15:52,704 --> 00:15:55,331 -Ya. -Pasti saya dapat susah kerana awak. 308 00:15:56,207 --> 00:15:57,208 Tak, ia… 309 00:15:58,126 --> 00:15:59,460 Mungkin jika awak… 310 00:16:07,260 --> 00:16:08,386 Mari kita berhubung. 311 00:16:09,512 --> 00:16:10,930 Dia padan dengan saya. 312 00:16:11,806 --> 00:16:14,559 Dia pilih saya! Saya ada padanan! 313 00:16:14,642 --> 00:16:16,811 -Bagus. -Ya Tuhan! 314 00:16:17,395 --> 00:16:20,481 Saya akan mesej dia sekarang. 315 00:16:20,565 --> 00:16:22,400 "Hai, Brad." 316 00:16:22,483 --> 00:16:24,819 -Saya tulis, "Hai, Brad." -Kami dengar. 317 00:16:26,529 --> 00:16:27,822 Ini sangat hebat. 318 00:16:27,905 --> 00:16:29,449 Dia nak berjumpa. 319 00:16:30,283 --> 00:16:32,994 Jam tujuh malam ini di The Purple Pig. 320 00:16:33,077 --> 00:16:34,620 Dia kaya. 321 00:16:34,704 --> 00:16:36,414 -Saya nak tengok. -Tengoklah. 322 00:16:36,497 --> 00:16:37,790 Dia kacak. 323 00:16:38,332 --> 00:16:41,210 -Saya suka. Ya, dia kacak. -Ya. 324 00:16:41,294 --> 00:16:42,253 Bagi orang putih. 325 00:16:42,336 --> 00:16:44,380 -Dia kacak bagi orang putih! -Ya! 326 00:16:44,464 --> 00:16:46,716 Saya nak ambil mekap saya. 327 00:16:46,799 --> 00:16:51,345 Saya buat solekan dari Sekolah Solekan Ventura Boulevard untuk awak! 328 00:16:51,429 --> 00:16:54,223 -Awak pasti memukau! -Saya pasti memukau! 329 00:16:54,307 --> 00:16:56,517 -Ya. -Saya pasti memukau. 330 00:16:57,560 --> 00:16:58,478 Ya. 331 00:16:58,561 --> 00:17:01,397 Ini hari terbaik dalam hidup saya. 332 00:17:03,274 --> 00:17:05,026 Kad Jack Kelawar di meja. 333 00:17:07,153 --> 00:17:09,405 Enam sped. Selebihnya bagus. 334 00:17:09,489 --> 00:17:12,533 Bidaan empat, dapat enam, dua ganda, mudah kalah. 335 00:17:13,618 --> 00:17:16,662 -Bagus, Jack. -Saya tak bagus, awak yang teruk. 336 00:17:16,746 --> 00:17:19,332 Jika awak letak Lekuk, awak pasti berkuasa, 337 00:17:19,415 --> 00:17:21,834 dan saya akan turun ke dua. Awak sangat tua. 338 00:17:21,918 --> 00:17:25,713 Mungkin awak ada Alzheimer's dan tak ingat tentang Lekuk. 339 00:17:25,797 --> 00:17:28,800 Maaf. Dia ada Asperger's. Dia terlanjur kata. 340 00:17:28,883 --> 00:17:30,802 Tak, dia yang tak reti main. 341 00:17:32,845 --> 00:17:33,930 Anak awak lucu. 342 00:17:34,013 --> 00:17:36,182 Bawa dia ke sini lebih kerap. 343 00:17:37,099 --> 00:17:38,893 Sangat jujur. 344 00:17:38,976 --> 00:17:41,646 Ya, boleh juga awak kata begitu. 345 00:17:42,730 --> 00:17:44,482 Ia agak menyegarkan. 346 00:17:45,608 --> 00:17:47,985 -Pastikan awak kocok betul-betul. -Ya. 347 00:17:48,069 --> 00:17:49,195 Ya. 348 00:17:50,071 --> 00:17:52,323 Ya, saya tahu. Maafkan saya. 349 00:17:52,406 --> 00:17:55,910 Kami akan gantikan papan itu. Tanpa bayaran, okey? 350 00:17:57,078 --> 00:17:59,288 Ia pasti padan dengan yang lain. 351 00:17:59,372 --> 00:18:01,249 Dia takkan dapat bezakan. 352 00:18:02,792 --> 00:18:05,086 Ya, saya tahu tarikhnya. 353 00:18:05,169 --> 00:18:06,337 Hal-hal ini cuma… 354 00:18:06,420 --> 00:18:09,966 Ya, apabila awak asyik tukar fikiran… Baik, maafkan saya. 355 00:18:11,092 --> 00:18:12,009 Okey. 356 00:18:13,135 --> 00:18:14,637 Baik, saya akan bercakap… 357 00:18:18,516 --> 00:18:19,517 Hei. 358 00:18:20,893 --> 00:18:22,311 Apa awak buat di sini? 359 00:18:24,856 --> 00:18:27,817 Awak tak jawab panggilan saya. Jadi saya fikir saya… 360 00:18:27,900 --> 00:18:30,903 Okey, jadi sekarang awak tak dapat hubungi saya. 361 00:18:30,987 --> 00:18:33,030 Ya, apa perasaan awak, Van? 362 00:18:34,490 --> 00:18:37,660 Saya akan lebih berusaha, okey? 363 00:18:37,743 --> 00:18:41,372 "Berusaha"? Apa maksudnya? 364 00:18:42,039 --> 00:18:43,416 "Berusaha" mengusahakannya. 365 00:18:43,499 --> 00:18:44,500 Seperti… 366 00:18:45,501 --> 00:18:49,046 -Awak tak dapat katakannya. -Ya, komited. 367 00:18:49,130 --> 00:18:50,548 Komited… 368 00:18:50,631 --> 00:18:54,427 Saya akan lebih berkomitmen. Keadaan lebih stabil sekarang. 369 00:18:54,510 --> 00:18:59,098 Adik saya ada kerja, mandur saya dibebaskan dari penjara, jadi… 370 00:19:00,057 --> 00:19:04,020 Jadi saya ada lebih banyak masa untuk kita. 371 00:19:04,520 --> 00:19:06,063 Awak pandai mengarut. 372 00:19:06,147 --> 00:19:09,984 Salena, beri saya satu lagi peluang. Tolonglah. 373 00:19:10,693 --> 00:19:11,819 Saya rindu awak. 374 00:19:18,743 --> 00:19:21,787 Biar saya bantu awak angkat beg-beg ini. 375 00:19:22,788 --> 00:19:25,291 Boleh saya bantu awak? Tolonglah. 376 00:19:28,044 --> 00:19:30,212 -Okey. -Ya? 377 00:19:30,880 --> 00:19:31,839 Okey. 378 00:19:33,507 --> 00:19:36,469 Saya akan bawa semuanya. Setiap beg itu. 379 00:19:36,552 --> 00:19:40,181 Permainkan hatiku seperti dram Permainkan hatiku seperti dram 380 00:19:40,264 --> 00:19:45,019 Badan tegap, buatku berkhayal bagai dadah Buatmu berkhayal bagai dadah 381 00:19:45,102 --> 00:19:49,315 Mari, permainkan hatiku seperti dram Permainkan hatiku seperti dram 382 00:19:49,398 --> 00:19:51,442 Mama, beriku sesuatu 383 00:19:51,525 --> 00:19:52,568 Brad! 384 00:19:55,279 --> 00:19:56,280 Hai. 385 00:19:56,364 --> 00:19:57,406 Hai! 386 00:19:57,490 --> 00:20:00,618 Gembira dapat berjumpa. Senyuman awak cantik. 387 00:20:00,701 --> 00:20:01,744 Betul? 388 00:20:02,203 --> 00:20:04,830 Pasti sejuta orang pernah beritahu awak. 389 00:20:04,914 --> 00:20:05,831 Tidaklah. 390 00:20:06,457 --> 00:20:08,084 -Tak percayalah! -Tidak. 391 00:20:09,001 --> 00:20:11,671 Awak boleh pegang tangan saya jika awak mahu. 392 00:20:11,754 --> 00:20:13,464 Ya, okey. 393 00:20:16,676 --> 00:20:19,470 -Awak suka mekap mata saya? -Ya. 394 00:20:19,553 --> 00:20:20,888 Tiff yang buat. 395 00:20:20,972 --> 00:20:23,182 Kami bekerja bersama di Arby's. 396 00:20:23,265 --> 00:20:26,686 Ia dipanggil mekap mata kucing. Dia kata lelaki suka. 397 00:20:26,769 --> 00:20:29,355 -Awak kerja di Arby's? Hebat. -Ya. 398 00:20:29,438 --> 00:20:31,357 Dulu saya juruwang, 399 00:20:31,440 --> 00:20:34,318 tapi diturunkan pangkat sebagai pembuat sandwic. 400 00:20:36,278 --> 00:20:38,072 -Kasihan. -Awak buka boling? 401 00:20:39,448 --> 00:20:41,367 Boling, ya, mungkin. 402 00:20:41,450 --> 00:20:44,120 Kita boleh pergi boling atau Santa Monica Pier. 403 00:20:44,203 --> 00:20:46,914 Saya perlu mesej Van supaya saya tak susah nanti. 404 00:20:48,582 --> 00:20:49,625 Siapa Van? 405 00:20:50,167 --> 00:20:51,168 Abang saya. 406 00:20:51,752 --> 00:20:55,297 Ibu bapa saya dah mati. Jadi abang saya yang buat peraturan. 407 00:20:55,381 --> 00:20:57,216 -Kasihan. -Jika saya tak ikut, 408 00:20:57,299 --> 00:20:58,843 dia akan ambil telefon saya. 409 00:20:58,926 --> 00:21:01,846 Tapi di profil, awak berusia 25 tahun, betul? 410 00:21:01,929 --> 00:21:02,763 Ya. 411 00:21:02,847 --> 00:21:06,684 Saya tak faham. Abang awak ambil telefon awak? 412 00:21:06,767 --> 00:21:08,728 Dia sangat tegas. 413 00:21:09,937 --> 00:21:12,565 Ya, memang tak mudah. 414 00:21:12,648 --> 00:21:15,568 Tiff sapukan gincu ini juga. Candy Yum-Yum. 415 00:21:15,651 --> 00:21:18,779 Dia kata ia gincu cecair dan tak hilang selepas berkucup. 416 00:21:18,863 --> 00:21:22,116 Jika kita berkucup nanti, ia takkan tertanggal. 417 00:21:22,950 --> 00:21:25,619 -Bagus. -Boleh saya dapatkan pesanan awak? 418 00:21:25,703 --> 00:21:27,955 -Segelas arak. -Baiklah! 419 00:21:28,039 --> 00:21:30,249 -Satu lagi 7up, sayang? -Ya. 420 00:21:33,544 --> 00:21:37,048 Saya perlu ke tandas sekejap. 421 00:21:37,131 --> 00:21:39,550 -Okey. -Saya akan kembali. 422 00:21:39,633 --> 00:21:40,593 -Okey. -Okey? 423 00:21:56,609 --> 00:21:58,736 Hubungan kita takkan berhasil. 424 00:21:59,737 --> 00:22:00,654 Apa? 425 00:22:01,489 --> 00:22:03,866 -Kenapa tidak? -Awak mengasingkan semuanya. 426 00:22:03,949 --> 00:22:08,245 Awak asingkan hidup awak. Saya tak tahu apa yang berlaku kepada awak. 427 00:22:08,329 --> 00:22:11,582 Seperti ada pagar di sekeliling awak. 428 00:22:12,541 --> 00:22:14,335 Apa maksudnya? 429 00:22:14,418 --> 00:22:15,628 Semuanya. 430 00:22:15,711 --> 00:22:18,422 Awak selalu hantar mesej di telefon. 431 00:22:18,506 --> 00:22:23,219 Saya tanya, "Siapa?" "Tiada siapa-siapa." "Apa yang awak cakap?" "Tiada." 432 00:22:23,302 --> 00:22:26,097 Ya, kerana ia hal kerja. Ia membosankan. 433 00:22:27,640 --> 00:22:28,766 Okey. 434 00:22:28,849 --> 00:22:30,976 Bagaimana pula dengan adik awak? 435 00:22:31,060 --> 00:22:34,480 Dia sebahagian besar daripada hidup awak 436 00:22:34,563 --> 00:22:36,232 dan kami tak pernah berjumpa. 437 00:22:38,359 --> 00:22:40,736 Bagi saya, itu maksudnya awak serius. 438 00:22:42,780 --> 00:22:44,365 Jika saya libatkan dia… 439 00:22:44,448 --> 00:22:47,701 Kita takkan wujud, okey? Kita takkan bersama. 440 00:22:47,785 --> 00:22:49,912 Semuanya harus tentang dia 441 00:22:49,995 --> 00:22:52,748 dan tiba-tiba dia akan fikir dia kawan baik awak 442 00:22:52,832 --> 00:22:55,334 dan dia akan mesej awak 30 kali sehari. 443 00:22:55,417 --> 00:23:00,798 Ini hakikatnya, dan awak akan fikir "Buang masa saja" dan awak akan lari. 444 00:23:00,881 --> 00:23:01,966 Percayalah. 445 00:23:02,842 --> 00:23:06,220 Okey, mungkin awak tak begitu kenal saya. 446 00:23:06,303 --> 00:23:10,850 Atau mungkin saya terlalu kenal dia. 447 00:23:16,063 --> 00:23:17,064 Maaf. 448 00:23:21,485 --> 00:23:22,444 Tengok? 449 00:23:22,528 --> 00:23:25,030 Dia dapat rasa saya buat hal sendiri. 450 00:23:26,198 --> 00:23:28,701 Saya dalam mesyuarat. Hubungi awak nanti? 451 00:23:28,784 --> 00:23:31,996 Saya perlu awak kirim $30 ke dalam akaun saya. 452 00:23:32,079 --> 00:23:33,747 Pelayan mahu saya bayar bil. 453 00:23:33,831 --> 00:23:36,333 Dia fikir teman saya lari, tapi dia akan balik. 454 00:23:36,417 --> 00:23:37,668 Dia pergi ke tandas. 455 00:23:37,751 --> 00:23:39,962 Awak ada janji temu? Apa maksud awak? 456 00:23:40,045 --> 00:23:44,049 Alamak, Violet. Saya dah suruh awak padamkan aplikasi itu. 457 00:23:44,133 --> 00:23:46,886 -Awak di mana? -The Purple Pig. 458 00:23:46,969 --> 00:23:50,139 Restoran yang hebat, biarpun namanya tak tepat. 459 00:23:50,222 --> 00:23:53,642 -Sudah berapa lama dia tiada? -Tak lama. 460 00:23:53,726 --> 00:23:56,478 Namanya Brad dan dia pilih saya. 461 00:23:56,562 --> 00:23:58,772 Dia kaya dan Tiff pun suka. 462 00:23:58,856 --> 00:24:02,109 Baiklah. Terus duduk di situ. Jangan bergerak. 463 00:24:02,193 --> 00:24:04,945 -Saya sampai beberapa minit lagi. -Jangan datang! 464 00:24:06,113 --> 00:24:08,240 Adik awak okey? 465 00:24:12,119 --> 00:24:14,914 -Ya. Maaf, saya… -Awak perlu pergi. 466 00:24:15,748 --> 00:24:17,583 -Tak apa. -Sekejap saja. 467 00:24:19,543 --> 00:24:21,337 Saya akan balik. Saya akan… 468 00:24:24,173 --> 00:24:26,217 Jack, boleh kita berbincang? 469 00:24:26,300 --> 00:24:28,552 Saya tak suka bercakap sambil makan. 470 00:24:28,636 --> 00:24:32,056 Itulah yang orang buat. Mereka keluar makan dan bercerita. 471 00:24:32,139 --> 00:24:34,058 Saya suka makan saja. 472 00:24:34,141 --> 00:24:36,560 Jadi kita berbincang selepas makan? 473 00:24:36,644 --> 00:24:38,437 Selepas makan, saya menghadam. 474 00:24:38,520 --> 00:24:41,232 -Jadi bila nak bercakap? -Saya tak suka bercakap. 475 00:24:41,315 --> 00:24:43,108 Awak tahu apa masalahnya? 476 00:24:43,192 --> 00:24:46,320 -Dari segi bersosial… -Saya tak suka bersosial. 477 00:24:46,987 --> 00:24:49,949 Jack, awak perlu dapatkan semula kerja itu. 478 00:24:52,618 --> 00:24:53,619 Ayah serius. 479 00:24:54,870 --> 00:24:57,373 Awak dapat bertahan selama tiga bulan. 480 00:24:57,456 --> 00:24:58,832 Tiga bulan yang baik. 481 00:24:59,792 --> 00:25:02,878 Sekarang awak hadapi cabaran, 482 00:25:02,962 --> 00:25:05,214 tapi kita dapat atasinya. 483 00:25:06,382 --> 00:25:09,468 Ayah dah telefon dan bercakap dengan Suze. 484 00:25:10,261 --> 00:25:13,847 Ayah kata semua ini salah faham. 485 00:25:13,931 --> 00:25:17,685 Mereka sudi dengar penjelasan awak. Awak boleh balik kerja. 486 00:25:17,768 --> 00:25:19,561 Tapi awak perlu berjuang, Jack. 487 00:25:19,645 --> 00:25:23,023 Jika awak mahu kerja ini, awak perlu berjuang untuk dapatnya. 488 00:25:25,818 --> 00:25:26,944 Dengar tak? 489 00:25:27,361 --> 00:25:28,237 Ya. 490 00:25:30,364 --> 00:25:33,534 Jadi awak akan lakukannya? Balik dan minta maaf? 491 00:25:33,617 --> 00:25:35,995 Minta maaf? Saya tulis program sempurna. 492 00:25:36,078 --> 00:25:38,455 Awak kata bos awak kurang pandai. 493 00:25:38,539 --> 00:25:41,583 -Dia memang kurang pandai. -Jangan kata begitu. 494 00:25:41,667 --> 00:25:43,752 -Tak nak minta maaf. -Awak perlu kerja. 495 00:25:43,836 --> 00:25:45,671 -Saya cari kerja lain. -Betul? 496 00:25:45,754 --> 00:25:48,507 Ingat tak, berapa lama untuk cari kerja ini? 497 00:25:48,590 --> 00:25:51,010 Syarikat ini sudi bertolak ansur. 498 00:25:51,093 --> 00:25:53,929 Untuk lihat kepandaian awak dan abaikan hal lain. 499 00:25:54,013 --> 00:25:57,725 Bukan semua orang sudi buat begitu. Jangan bazirkan peluang ini. 500 00:26:02,730 --> 00:26:04,440 Boleh bincang tentang Roomba? 501 00:26:04,523 --> 00:26:07,318 Roomba tak guna. Alat mainan bodoh dan tak bermakna. 502 00:26:07,401 --> 00:26:11,071 Ia robot vakum dengan rekaan kejuruteraan yang hebat. 503 00:26:11,155 --> 00:26:12,489 Awak 25 tahun. 504 00:26:12,573 --> 00:26:15,826 Awak nak ayah tanggung hidup awak sepanjang hayat? 505 00:26:15,909 --> 00:26:18,203 -Ya. -Ayah ada kanser, Jack. 506 00:26:24,835 --> 00:26:26,587 Ayah berjuang untuk hidup. 507 00:26:27,755 --> 00:26:29,381 Ayah akan terus berjuang. 508 00:26:29,465 --> 00:26:31,508 Tapi awak perlu bekerja. 509 00:26:31,592 --> 00:26:33,802 Awak perlu ingat bayar sewa, 510 00:26:33,886 --> 00:26:38,182 bercakap kepada orang yang pandang awak, dan balas senyuman gadis. 511 00:26:38,265 --> 00:26:41,727 Ayah perlu tahu awak akan okey, Jack. Dengar tak? 512 00:26:45,731 --> 00:26:46,607 Ya. 513 00:26:52,613 --> 00:26:55,991 Boleh saya makan? Saya nak fokus kepada kepingan terakhir. 514 00:27:00,287 --> 00:27:01,121 Boleh. 515 00:27:21,517 --> 00:27:22,518 Violet. 516 00:27:23,018 --> 00:27:25,896 -Ya Tuhan, ayuh. -Apa awak buat di sini? Pergi! 517 00:27:25,979 --> 00:27:29,316 Saya datang untuk jemput awak. Pasangkan butang dan jalan. 518 00:27:29,400 --> 00:27:31,652 -Tak! Saya ada janji temu. -Tiada Tinder. 519 00:27:31,735 --> 00:27:34,822 Bukan Tinder, ia Bumble, dungu! 520 00:27:34,905 --> 00:27:37,574 Ia aplikasi dating. Tiada aplikasi dating. 521 00:27:37,658 --> 00:27:41,328 -Awak langgar peraturan. Ayuh. -Tak mahu. Dia pilih saya. 522 00:27:41,412 --> 00:27:44,081 -Dia kata senyuman saya cantik. -Dia takkan balik. 523 00:27:44,164 --> 00:27:46,375 -Dia di tandas. -Mari pergi. 524 00:27:46,458 --> 00:27:47,459 Jangan sentuh saya! 525 00:27:47,918 --> 00:27:51,130 -Kita bincang di dalam kereta. -Tak! Jangan sentuh saya! 526 00:27:51,213 --> 00:27:53,382 Ayuh. Awak buat kecoh. 527 00:27:53,465 --> 00:27:56,135 -Awak yang buat kecoh! -Dia kata jangan sentuh. 528 00:27:56,218 --> 00:27:58,095 -Jangan ganggu. -Tinggalkan dia. 529 00:27:58,178 --> 00:28:00,097 -Keluar dari sini. -Keparat! 530 00:28:00,180 --> 00:28:02,516 Saya keparat, ya? Saya yang jahat? 531 00:28:02,599 --> 00:28:03,809 Saya benci awak! 532 00:28:05,602 --> 00:28:06,603 Awak boleh. 533 00:28:07,396 --> 00:28:08,772 Setengah blok lagi. 534 00:28:13,026 --> 00:28:13,986 Alamak. 535 00:28:14,069 --> 00:28:15,654 Saya nak balik sekarang. 536 00:28:15,737 --> 00:28:19,199 Tak, tunggu, pusing. Awak boleh. Sudah setengah jalan. 537 00:28:31,753 --> 00:28:32,754 Seekor anjing. 538 00:28:34,423 --> 00:28:35,841 Ada seekor anjing, Mandy. 539 00:28:35,924 --> 00:28:37,801 -Anjing. -Okey. Tarik nafas. 540 00:28:37,885 --> 00:28:40,637 Anjing yang diam. Tak menyalak. Okey? 541 00:28:40,721 --> 00:28:42,264 -Saya nak balik. -Tunggu. 542 00:28:42,347 --> 00:28:45,100 Fikir tentang kroisan. Apa awak nak pesan? 543 00:28:46,560 --> 00:28:47,728 Coklat. 544 00:28:47,811 --> 00:28:50,522 Awak nak panaskannya atau suhu bilik? 545 00:28:51,440 --> 00:28:53,400 -Panaskan. -Sedapnya. 546 00:28:55,110 --> 00:28:58,489 Okey, jalan lalu anjing itu. Anjing itu jinak. 547 00:29:03,410 --> 00:29:04,411 Anjing yang jinak. 548 00:29:17,424 --> 00:29:18,258 Saya berjaya. 549 00:29:20,761 --> 00:29:21,929 Saya berjaya, Mandy! 550 00:29:22,471 --> 00:29:23,514 Awak berjaya! 551 00:29:23,597 --> 00:29:26,350 -Saya sampai di kafe. -Awak berjaya! 552 00:29:27,476 --> 00:29:30,479 -Tepuk ria! Ya! -Waktu untuk kroisan! 553 00:29:30,562 --> 00:29:32,397 Ya, waktu untuk kroisan! 554 00:29:34,525 --> 00:29:35,526 Kita menari. 555 00:29:37,486 --> 00:29:40,364 Harrison, kelakukan awak tak sesuai di tempat awam 556 00:29:40,447 --> 00:29:42,783 dan awak seperti ayam besar. 557 00:29:43,867 --> 00:29:47,788 Hei, Jack! Tunggu. Bagaimana janji temu dengan ayah awak? 558 00:29:47,871 --> 00:29:50,165 Saya menang enam kali permainan daun terup, 559 00:29:50,249 --> 00:29:52,543 makan tiga keping piza dan minum dua rutbir 560 00:29:52,626 --> 00:29:55,379 -kerana isian semula percuma. -Hebat. 561 00:29:57,631 --> 00:30:00,133 Saya akan minta maaf kepada Austin. 562 00:30:01,593 --> 00:30:03,220 Hebat sekali! 563 00:30:04,263 --> 00:30:07,266 -Awak bincangkannya dengan ayah awak? -Dia ada kanser. 564 00:30:07,349 --> 00:30:09,518 Dia mungkin mati. Jadi saya perlu kerja. 565 00:30:09,601 --> 00:30:10,769 Apa? Jack… 566 00:30:10,852 --> 00:30:15,023 Dia pinjam duit kepada saya untuk beli Roomba, saya nak pasangnya. 567 00:30:15,107 --> 00:30:18,151 Tunggu, Jack, boleh kita cakap tentangnya? 568 00:30:18,235 --> 00:30:19,319 Jack, jangan begitu. 569 00:30:21,113 --> 00:30:22,030 Jack! 570 00:30:29,121 --> 00:30:30,163 Alamak. 571 00:30:33,417 --> 00:30:34,751 Jack, saya faham 572 00:30:34,835 --> 00:30:37,087 jika awak tak sedia untuk cakap tentangnya. 573 00:30:37,170 --> 00:30:40,215 Saya akan minta maaf kepada Austin biarpun dia bodoh. 574 00:30:40,299 --> 00:30:42,926 Itu yang awak mahu. Tiada apa untuk dibincangkan. 575 00:30:43,010 --> 00:30:45,429 Saya maksudkan ayah awak, Jack. 576 00:30:45,512 --> 00:30:47,764 -Saya tahu… -Tolonglah, bukan sekarang. 577 00:30:47,848 --> 00:30:50,225 Saya dah tunggu sangat lama. 578 00:30:50,309 --> 00:30:51,727 -Berikan telefon awak! -Tak! 579 00:30:51,810 --> 00:30:54,062 -Jangan mengarah saya! -Apa berlaku? 580 00:30:54,146 --> 00:30:55,606 Tiada lagi Bumble, okey? 581 00:30:55,689 --> 00:30:57,858 -Tiada Facebook, Instagram! -Bertenang. 582 00:30:57,941 --> 00:31:01,320 Bagaimana saya dapat jumpa lelaki? Saya pembuat sandwic. 583 00:31:01,403 --> 00:31:03,363 -Tak apa. -Jumpa di kelab drama. 584 00:31:03,447 --> 00:31:05,449 -Lelaki normal! -Hei, Van. 585 00:31:05,532 --> 00:31:08,368 -Violet, awak tak normal! -Van, cukuplah! 586 00:31:12,706 --> 00:31:14,750 Saya ada kelas bertutur. 587 00:31:14,833 --> 00:31:20,213 Apabila kelas itu habis, saya akan jadi orang normal. 588 00:31:23,133 --> 00:31:23,967 Violet. 589 00:31:24,051 --> 00:31:27,054 Saya tak patut cakap begitu. Mari sini. 590 00:31:27,137 --> 00:31:29,681 -Tolong buka pintu? -Tidak! 591 00:31:35,270 --> 00:31:36,730 Awak tak tahu. 592 00:31:36,813 --> 00:31:38,982 Awak tak tahu. 593 00:31:39,066 --> 00:31:40,776 Awak tak tahu, Van. 594 00:31:40,859 --> 00:31:44,946 Awak sangka awak tahu semuanya, tapi tak. Mak kata saya cantik. 595 00:31:45,030 --> 00:31:50,952 Setiap hari, mak kata saya cantik dan semua lelaki pasti mencintai saya. 596 00:31:51,036 --> 00:31:53,580 Sekarang mak dan ayah dah mati 597 00:31:53,664 --> 00:31:57,334 dan hanya ada awak dan awak seorang dungu! 598 00:31:57,417 --> 00:31:59,252 Tidak! 599 00:32:04,257 --> 00:32:06,468 -Sayang, tak apa. -Tak! 600 00:32:06,551 --> 00:32:08,804 Tak apa. Awak okey, sayang? 601 00:32:08,887 --> 00:32:10,597 -Tak! Jangan sentuh saya! -Okey. 602 00:32:17,145 --> 00:32:18,897 Maafkan saya. 603 00:32:18,980 --> 00:32:20,232 Maaf. Saya bersalah. 604 00:32:20,315 --> 00:32:22,401 -Tak patut cakap begitu. -Ia berlaku. 605 00:32:23,235 --> 00:32:25,904 Tahu tak? Awak patut pergi Berkeley. 606 00:32:25,987 --> 00:32:27,823 Pergi selagi awak boleh. 607 00:32:29,866 --> 00:32:31,159 Saya sayang Violet. 608 00:32:33,036 --> 00:32:36,081 Saya tahu dia mencabar. Tapi saya sayang dia. 609 00:32:37,416 --> 00:32:39,084 Saya sayang mereka semua. 610 00:32:42,087 --> 00:32:43,255 Violet, diam! 611 00:32:43,338 --> 00:32:45,048 Diamlah! 612 00:32:45,132 --> 00:32:46,133 Jack! 613 00:32:46,675 --> 00:32:48,051 Roomba dah sedia. 614 00:32:48,844 --> 00:32:52,264 -Roomba dah sedia! -Ya. 615 00:32:53,640 --> 00:32:54,641 Violet? 616 00:32:55,392 --> 00:32:58,478 Vi, Roomba dah sedia. 617 00:33:00,105 --> 00:33:02,816 Hei, Violet, sayang. 618 00:33:03,525 --> 00:33:05,444 -Saya nak tengok. -Awak okey? 619 00:33:05,527 --> 00:33:07,738 -Nak tengok? -Saya nak tengok Roomba. 620 00:33:07,821 --> 00:33:10,282 -Mari bangun. Sedia? -Maaf, Mandy. 621 00:33:10,365 --> 00:33:13,368 Tak apa. Jangan minta maaf. Tak apa. 622 00:33:13,910 --> 00:33:15,120 Ayuh. 623 00:33:15,203 --> 00:33:16,204 Sedia? 624 00:33:16,705 --> 00:33:21,293 Jack, boleh Violet lakukannya? 625 00:33:21,376 --> 00:33:24,504 Violet? Tak. Saya tak percayakannya dengan hal rumit ini. 626 00:33:24,588 --> 00:33:26,840 Jack, cuma perlu tekan butang, bukan? 627 00:33:26,923 --> 00:33:30,302 Jack, boleh tak? 628 00:33:35,891 --> 00:33:38,143 Jika ia rosak, awak yang bayar. 629 00:34:35,951 --> 00:34:41,206 Pandang mata. Bertenang. Tarik nafas. Jika awak resah, buat kiraan. 630 00:34:41,289 --> 00:34:43,959 Sejujurnya, saya takkan minta maaf. 631 00:34:45,335 --> 00:34:47,462 Jadi tak payah jujur. 632 00:34:54,845 --> 00:34:57,264 -Saya tak suka disentuh. -Saya tahu. 633 00:34:58,557 --> 00:34:59,683 Awak boleh lakukannya. 634 00:36:31,274 --> 00:36:33,276 Terjemahan sari kata oleh SJ 635 00:36:33,360 --> 00:36:35,362 Penyelia Kreatif Vincent Lim