1 00:00:08,007 --> 00:00:11,594 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:14,472 --> 00:00:15,932 Awak dah buat silap besar, Hao. 3 00:00:16,975 --> 00:00:18,935 Apabila oksigen habis, 4 00:00:19,686 --> 00:00:22,689 tiada apa lagi yang awak boleh guna untuk lindungi diri! 5 00:00:23,440 --> 00:00:27,193 Ini akan menjadi satu kejayaan yang besar buat kami! 6 00:00:28,570 --> 00:00:31,072 {\an8}Untuk Cik Perawan! Selama-lamanya! 7 00:00:38,329 --> 00:00:40,707 Dia belum mati lagi. 8 00:00:43,126 --> 00:00:47,046 Berapa lama saya nak pendam semua ini? 9 00:00:49,591 --> 00:00:50,633 Sebenarnya, 10 00:00:51,301 --> 00:00:53,803 saya tak nak rasa kemarahan lagi. 11 00:00:57,766 --> 00:01:01,144 Berapa banyak roh yang awak perlu korbankan sebelum awak puas hati… 12 00:01:05,273 --> 00:01:06,941 Onmyoji Agung, 13 00:01:08,026 --> 00:01:09,444 Hao Asakura? 14 00:02:43,288 --> 00:02:46,875 {\an8}EPISOD 25 ONMYOJI AGUNG, HAO ASAKURA 15 00:02:48,376 --> 00:02:49,377 Tak mungkin! 16 00:02:49,961 --> 00:02:52,630 Walaupun selepas letupan itu, Roh Api… 17 00:02:52,714 --> 00:02:55,258 Dia langsung tak terbakar! 18 00:02:56,634 --> 00:02:57,594 Tidak… 19 00:02:58,219 --> 00:03:01,222 Itu bukan Roh Api. 20 00:03:02,891 --> 00:03:03,725 Air! 21 00:03:03,808 --> 00:03:05,560 Roh Api 22 00:03:05,643 --> 00:03:07,353 sudah bertukar menjadi air! 23 00:03:07,979 --> 00:03:09,439 Apa yang sedang berlaku? 24 00:03:09,522 --> 00:03:11,482 Entahlah! 25 00:03:11,566 --> 00:03:13,234 {\an8}Suikokuka. 26 00:03:14,152 --> 00:03:14,986 {\an8}Apa? 27 00:03:15,069 --> 00:03:16,112 {\an8}Suikokuka. 28 00:03:16,696 --> 00:03:18,281 {\an8}Air memadam Api. 29 00:03:18,364 --> 00:03:20,450 {\an8}Oleh itu, Air menakluki Api. 30 00:03:21,075 --> 00:03:22,160 Sewajarnya, 31 00:03:22,744 --> 00:03:24,787 dia tukar Api jadi Air dan melindungi dirinya. 32 00:03:26,539 --> 00:03:27,790 Itu saja. 33 00:03:27,874 --> 00:03:29,334 Api jadi Air? 34 00:03:29,417 --> 00:03:30,835 {\an8}Kashodo. 35 00:03:30,919 --> 00:03:32,837 {\an8}Api mencipta Bumi. 36 00:03:32,921 --> 00:03:35,798 {\an8}Doshogon. Bumi mencipta Logam. 37 00:03:35,882 --> 00:03:38,843 {\an8}Gonshosui. Logam mencipta Air. 38 00:03:38,927 --> 00:03:41,971 Inilah hukum alam. 39 00:03:42,639 --> 00:03:45,934 Hukum alam ini dinyatakan 40 00:03:46,017 --> 00:03:48,728 dengan simbol pentagram dia. 41 00:03:49,395 --> 00:03:51,356 Ia melambangkan hubungan 42 00:03:51,439 --> 00:03:55,985 antara Kayu, Api, Bumi, Logam dan Air. 43 00:03:56,069 --> 00:03:58,071 Lima unsur yang membentuk planet ini. 44 00:03:58,655 --> 00:04:01,616 - Hubungan antara unsur-unsur? - Ya. 45 00:04:01,699 --> 00:04:05,828 Hubungan pertama adalah saling berkompromi, 46 00:04:05,912 --> 00:04:09,249 iaitu bagaimana unsur-unsur ini bertindak semasa konflik. 47 00:04:09,332 --> 00:04:12,085 Kedua ialah hubungan saling menjana, 48 00:04:12,168 --> 00:04:15,964 iaitu kitaran di mana unsur-unsur ini mencipta satu sama lain. 49 00:04:17,215 --> 00:04:19,968 {\an8}Mereka yang mahir tentang lima unsur ini 50 00:04:20,051 --> 00:04:22,095 {\an8}boleh mentafsirkan semua rahsia alam 51 00:04:22,178 --> 00:04:24,138 {\an8}dan memanipulasi serta mengubahnya 52 00:04:24,222 --> 00:04:26,307 {\an8}sesuka hati mereka. 53 00:04:27,517 --> 00:04:28,685 Maka itulah 54 00:04:29,269 --> 00:04:30,144 kuasa 55 00:04:30,812 --> 00:04:33,022 {\an8}yang dimiliki oleh Onmyoji Agung, Hao Asakura. 56 00:04:33,856 --> 00:04:36,859 - "Onmyoji Agung, Hao Asakura"? - "Onmyoji Agung, Hao Asakura"? 57 00:04:45,201 --> 00:04:47,662 Tunggu sekejap! Asakura? 58 00:04:48,371 --> 00:04:50,248 Apa maksudnya? 59 00:04:51,833 --> 00:04:56,212 Awak tahu siapa dia selama ini dan tak terfikir nak beritahu kami? 60 00:04:57,380 --> 00:05:00,633 Saya sendiri baru dapat tahu semasa latihan terakhir kami. 61 00:05:01,426 --> 00:05:03,761 Patutlah awak berkelakuan pelik! 62 00:05:04,345 --> 00:05:06,264 Seolah-olah awak rasa bersalah! 63 00:05:07,890 --> 00:05:08,725 {\an8}Beritahu saya! 64 00:05:09,350 --> 00:05:10,935 {\an8}Apa kaitan dia dengan awak? 65 00:05:12,145 --> 00:05:14,188 Saya bukannya berdiam diri 66 00:05:14,731 --> 00:05:16,691 kerana saya sembunyikan apa-apa. 67 00:05:17,525 --> 00:05:18,651 Saya berdiam diri kerana 68 00:05:18,735 --> 00:05:22,113 kalau saya beritahu, kamu akan diheret dalam konflik Keluarga Asakura. 69 00:05:23,489 --> 00:05:24,449 {\an8}Tapi… 70 00:05:25,825 --> 00:05:27,785 Saya dah tak boleh sorok perasaan saya. 71 00:05:28,536 --> 00:05:30,204 Dia ialah… 72 00:05:32,874 --> 00:05:34,292 Dia cuma moyang. 73 00:05:34,375 --> 00:05:35,293 "Cuma"? 74 00:05:35,877 --> 00:05:37,837 Moyang dari 1,000 tahun yang lalu. 75 00:05:38,338 --> 00:05:40,340 Tapi kalau awak masuk campur, 76 00:05:40,423 --> 00:05:43,468 semua orang akan menderita, Horohoro. 77 00:05:43,551 --> 00:05:45,595 Siapa peduli? 78 00:05:45,678 --> 00:05:48,514 Yoh kawan saya! Saya tak boleh biarkan saja! 79 00:05:49,098 --> 00:05:51,934 Sebab itulah kita kena serahkan ini kepada Yoh. 80 00:05:53,019 --> 00:05:56,147 Dia perlu tamatkan ini sendiri. 81 00:05:56,230 --> 00:05:58,983 Jadi awak tak kisah? 82 00:05:59,067 --> 00:06:00,151 Tentulah saya kisah. 83 00:06:00,234 --> 00:06:04,238 Dia dah cakap cukup jelas untuk saya kaitkan semuanya. 84 00:06:04,322 --> 00:06:05,531 Kaitkan semuanya? 85 00:06:06,783 --> 00:06:08,451 {\an8}Akhirnya saya dah faham. 86 00:06:08,993 --> 00:06:12,580 {\an8}Kalau dia Onmyoji dari 1,000 tahun yang lalu, 87 00:06:13,581 --> 00:06:16,542 orang dari 500 tahun lalu yang Lilirara tunjukkan kepada kita 88 00:06:17,043 --> 00:06:19,212 sebenarnya ialah Hao. 89 00:06:19,295 --> 00:06:20,463 Apa? 90 00:06:21,130 --> 00:06:23,007 Bagi dia, 91 00:06:23,091 --> 00:06:24,967 perjalanannya dah ambil 1,000 tahun, 92 00:06:25,051 --> 00:06:26,969 menjelma semula di dunia ini 93 00:06:27,053 --> 00:06:30,932 untuk memperoleh Roh Pelindung paling kuat dan menjadi Raja Dukun! 94 00:06:32,058 --> 00:06:33,184 Pada 500 tahun lalu, 95 00:06:33,267 --> 00:06:37,063 Hao menjelma semula sebagai ahli Puak Patch untuk mendapatkan Roh Api 96 00:06:37,146 --> 00:06:39,607 yang kalau digabungkan dengan Onmyojutsu dia, 97 00:06:39,690 --> 00:06:42,777 memberikannya Kuasa Ghaib yang unggul. 98 00:06:44,070 --> 00:06:46,280 Kuasa yang dahsyat. 99 00:06:46,364 --> 00:06:48,783 Bagaimana kuasa sebegitu dibenarkan wujud? 100 00:06:49,367 --> 00:06:52,245 Cik Perawan, ini senario yang paling buruk. 101 00:06:52,829 --> 00:06:54,747 Ada kemungkinan besar 102 00:06:54,831 --> 00:06:57,917 tiada serangan yang akan berkesan terhadap Kuasa Ghaibnya. 103 00:06:58,000 --> 00:06:59,752 Sudahlah, Pofe. 104 00:07:00,628 --> 00:07:03,172 Awak nak berputus asa sekarang? 105 00:07:04,006 --> 00:07:06,384 Sekarang kita dah tahu banyak rahsia dia, 106 00:07:06,467 --> 00:07:09,971 bukankah kita patut rancang langkah seterusnya walau apa pun? 107 00:07:11,180 --> 00:07:16,185 X-III mati agar keadilan boleh ditegakkan. Saya takkan mensia-siakan kematian mereka! 108 00:07:17,145 --> 00:07:17,979 Marco… 109 00:07:19,105 --> 00:07:20,940 Aduhai. 110 00:07:21,023 --> 00:07:24,193 Saya tak sangka saya akan terpaksa melakukan ini. 111 00:07:25,403 --> 00:07:26,279 Ini ganjaran kamu. 112 00:07:29,574 --> 00:07:31,868 Saya takkan biarkan kamu mati. 113 00:07:33,411 --> 00:07:34,662 Itu ialah… 114 00:07:35,246 --> 00:07:38,458 Roh Meene, Kevin dan Venstar! 115 00:07:39,083 --> 00:07:41,127 Bukan semua roh dilahirkan sama. 116 00:07:41,669 --> 00:07:43,629 Baik atau jahat, 117 00:07:43,713 --> 00:07:47,133 roh yang cekal memancarkan cahaya 118 00:07:47,216 --> 00:07:49,719 dan menjadi sumber kuasa yang hebat. 119 00:07:50,803 --> 00:07:51,888 X-III. 120 00:07:52,430 --> 00:07:56,976 Bagi saya, tindakan kamu sememangnya bodoh, 121 00:07:57,059 --> 00:08:00,021 tapi kamu sanggup mengorbankan nyawa 122 00:08:00,104 --> 00:08:03,399 dan saya akui betapa cekalnya roh kamu. 123 00:08:04,066 --> 00:08:08,571 Saya tak boleh mensia-siakan roh yang begitu baik. 124 00:08:09,238 --> 00:08:13,409 Bersepadulah dengan saya dan terus hidup selama-lamanya. 125 00:08:15,703 --> 00:08:16,913 {\an8}Kenyanglah awak hari ini. 126 00:08:17,497 --> 00:08:18,706 {\an8}Makanlah, 127 00:08:18,789 --> 00:08:20,666 {\an8}Roh Api. 128 00:08:24,337 --> 00:08:27,089 PERLAWANAN DITANGGUHKAN SEMENTARA PENTAS SEDANG DIBAIKI 129 00:08:27,673 --> 00:08:30,510 Kuasa Ghaib yang jadi lebih kuat dengan membaham roh… 130 00:08:31,636 --> 00:08:33,304 Sukar dipercayai. 131 00:08:34,013 --> 00:08:35,765 Tak sangka betul Hao curi 132 00:08:35,848 --> 00:08:38,809 salah satu daripada Lima Roh Unsur Agung Puak Patch kita… 133 00:08:41,604 --> 00:08:45,983 Lima Roh Unsur Agung ialah roh alam semula jadi yang dibentuk oleh roh 134 00:08:46,067 --> 00:08:48,402 yang pernah menjadi sebahagian daripada Raja Roh 135 00:08:48,486 --> 00:08:51,364 yang mempunyai sifat unik tersendiri. 136 00:08:51,948 --> 00:08:53,950 Dalam erti kata lain, Roh Api 137 00:08:54,033 --> 00:08:58,329 ialah roh api paling kuat yang lahir daripada Raja Roh 138 00:08:58,412 --> 00:09:01,749 yang menambahkan kuasanya dengan setiap roh yang ia serap. 139 00:09:02,750 --> 00:09:07,338 Yang amat menakutkan ialah Onmyojutsu Hao kerana membolehkan dia ubah sifat roh. 140 00:09:07,880 --> 00:09:10,925 Pihak lawan berpengetahuan Barat tak mungkin akan perasan 141 00:09:11,008 --> 00:09:12,843 kuasa luar biasa sebegitu. 142 00:09:12,927 --> 00:09:14,845 Dia memang tak boleh dikalahkan. 143 00:09:14,929 --> 00:09:19,809 Jadi kalau beginilah, dia akan jadi lebih kuat dengan setiap perlawanan? 144 00:09:21,143 --> 00:09:25,147 {\an8}Tugas kita adalah menjalankan Kejohanan Dukun. 145 00:09:25,731 --> 00:09:28,943 {\an8}Kita tak boleh biarkan diri kita terpengaruh dengan semua ini. 146 00:09:31,028 --> 00:09:32,154 Dah siap? 147 00:09:32,238 --> 00:09:34,490 Sudah tentu, Silva. 148 00:09:34,991 --> 00:09:36,993 Dibuat dengan teknik tradisional Patch, 149 00:09:37,076 --> 00:09:39,579 Video Teknik Hao yang amat jarang ditemui. 150 00:09:40,580 --> 00:09:44,834 Ia mengandungi semua pergerakan kecil yang dia buat tanpa dia sedari. 151 00:09:45,376 --> 00:09:46,836 Saya terhutang budi, Radim. 152 00:09:46,919 --> 00:09:48,754 Tunggu! Saya takkan beri awak ini. 153 00:09:48,838 --> 00:09:49,755 Apa? 154 00:09:50,506 --> 00:09:52,925 Sebagai kawan awak, dengar nasihat saya ini. 155 00:09:53,551 --> 00:09:54,844 Dia terlalu berbahaya. 156 00:09:55,761 --> 00:09:57,221 Jangan masuk campur lagi. 157 00:09:59,390 --> 00:10:00,933 Awak lelaki yang baik. 158 00:10:03,102 --> 00:10:03,936 Maaf. 159 00:10:04,520 --> 00:10:06,522 Walau bagaimanapun, saya tak boleh berundur. 160 00:10:06,606 --> 00:10:07,857 Silva! 161 00:10:08,441 --> 00:10:12,778 Setengah milenium lalu, seorang lelaki Patch melakukan kekejaman. 162 00:10:12,862 --> 00:10:13,696 Hao. 163 00:10:14,864 --> 00:10:17,074 Darah dia mengalir dalam badan saya. 164 00:10:17,575 --> 00:10:20,661 Sebab itulah roh saya terpanggil untuk menghalang dia! 165 00:10:24,290 --> 00:10:26,417 Pengkhianat tak guna. 166 00:10:26,500 --> 00:10:29,795 Kita perlu laporkan hal ini sekarang juga. 167 00:10:30,921 --> 00:10:32,173 RESTORAN RAMEN, KARI 168 00:10:32,256 --> 00:10:33,716 Saya tak suka angin ini. 169 00:10:34,425 --> 00:10:37,845 {\an8}Angin yang buat orang rasa lemas ini bertiup di seluruh pulau ini. 170 00:10:39,513 --> 00:10:40,514 Macam mana? 171 00:10:40,598 --> 00:10:42,266 Rasa lebih baik? 172 00:10:42,767 --> 00:10:43,934 Bolehlah. 173 00:10:44,018 --> 00:10:46,604 Tapi apa yang saya rasa tak penting. 174 00:10:46,687 --> 00:10:50,399 Yoh perlu berdepan perkara yang jauh lebih teruk. 175 00:10:51,317 --> 00:10:55,321 Saya rasa tak kira betapa kuatnya orang, manusia tetap manusia. 176 00:10:56,238 --> 00:10:57,114 Manta… 177 00:10:58,407 --> 00:11:00,242 Bosannya. Tiada ikan pun. 178 00:11:00,326 --> 00:11:01,327 Tenangnya! 179 00:11:01,410 --> 00:11:03,746 Akhirnya awak rasa lebih baik, bukan? 180 00:11:03,829 --> 00:11:07,667 Kenapa awak boleh memancing dengan bersahaja sekarang? 181 00:11:07,750 --> 00:11:12,046 Mungkin masa-masa beginilah yang terbaik untuk memancing dan tenangkan diri. 182 00:11:12,129 --> 00:11:14,298 Awak sentiasa mengagumkan saya. 183 00:11:14,382 --> 00:11:17,760 Awak pulih lebih cepat daripada kami? Tergamam saya dibuatnya. 184 00:11:17,843 --> 00:11:19,011 Apa? 185 00:11:20,262 --> 00:11:21,597 Bertuah saya, bukan? 186 00:11:24,141 --> 00:11:27,645 Perubahan emosi ini mungkin akan terus berulang. 187 00:11:28,604 --> 00:11:30,523 Rasa gembira, kemudian sedih… 188 00:11:31,107 --> 00:11:32,775 Berasa yakin, kemudian tak yakin… 189 00:11:34,360 --> 00:11:37,113 Saya tahu jika saya atasinya, saya boleh jadi lebih kuat, 190 00:11:37,196 --> 00:11:39,448 tapi entah kenapa, saya pendam semuanya. 191 00:11:41,200 --> 00:11:44,620 Tapi meluahkan perasaan itu sebenarnya amat melegakan. 192 00:11:46,080 --> 00:11:48,124 Mungkin masa-masa begitulah 193 00:11:48,707 --> 00:11:51,001 kita perlukan kawan-kawan. 194 00:11:53,754 --> 00:11:54,713 Itu dia… 195 00:11:55,714 --> 00:11:56,841 Yoh… 196 00:11:58,134 --> 00:12:00,511 Sebab itulah saya perlu cakap dengan kamu. 197 00:12:01,303 --> 00:12:03,055 Tentang saya dan dia. 198 00:12:04,640 --> 00:12:07,351 Selepas perjalanannya selama 1,000 tahun, 199 00:12:08,102 --> 00:12:10,771 dia kembali ke dunia melalui Keluarga Asakura. 200 00:12:13,274 --> 00:12:14,900 Dia ialah… 201 00:12:15,985 --> 00:12:17,236 abang saya. 202 00:12:20,990 --> 00:12:25,911 GABRIEL RAMIEL 203 00:12:33,502 --> 00:12:34,712 Yoh… 204 00:12:36,714 --> 00:12:37,756 Jangan risau. 205 00:12:38,340 --> 00:12:41,135 Saya tak berniat nak buat kamu terkejut. 206 00:12:42,887 --> 00:12:43,804 Saya gembira. 207 00:12:44,805 --> 00:12:46,265 Akhirnya awak beritahu kami. 208 00:12:46,891 --> 00:12:50,478 Tapi awak tak boleh suruh kami jangan risau tentang ini. 209 00:12:51,645 --> 00:12:54,732 Hei, akhirnya saya dapat beritahu kamu. 210 00:12:54,815 --> 00:12:56,734 Jadi kamu tak perlu risau. 211 00:12:58,027 --> 00:12:58,986 Yoh! 212 00:13:00,738 --> 00:13:02,406 Muka dia… 213 00:13:02,490 --> 00:13:03,991 Kelakuan dia… 214 00:13:04,700 --> 00:13:05,910 Lebih mengejutkan 215 00:13:05,993 --> 00:13:08,996 kalau dia tiada kaitan dengan awak. 216 00:13:10,206 --> 00:13:12,541 Awak serius, bukan, Yoh? 217 00:13:13,292 --> 00:13:15,669 Ya. Sangat serius. 218 00:13:16,879 --> 00:13:18,172 Tidak… 219 00:13:18,255 --> 00:13:19,673 {\an8}Itu bermakna Yoh 220 00:13:19,757 --> 00:13:22,176 {\an8}ialah adik Hao? 221 00:13:23,135 --> 00:13:24,261 Kenapa? 222 00:13:28,265 --> 00:13:29,725 Berhati-hati ketika berjalan. 223 00:13:30,309 --> 00:13:32,853 Kita akan ada masalah kalau awak tak berhati-hati, Manta. 224 00:13:32,937 --> 00:13:33,771 Anna. 225 00:13:34,522 --> 00:13:37,107 Lebih teruk daripada itu! Yoh ialah… 226 00:13:37,691 --> 00:13:38,609 Saya tahu. 227 00:13:38,692 --> 00:13:41,737 Awak fikir ada sesuatu yang saya tak tahu? 228 00:13:41,820 --> 00:13:44,573 Tapi saya tak percaya raksasa itu ialah abang Yoh! 229 00:13:45,366 --> 00:13:46,992 Awak tak sepatutnya tahu. 230 00:13:48,953 --> 00:13:50,204 Kebenaran 231 00:13:51,163 --> 00:13:53,999 selalunya lebih teruk daripada yang kita harapkan. 232 00:13:55,167 --> 00:13:57,086 Walau bagaimanapun, 233 00:13:57,169 --> 00:13:58,921 itu tak mengubah hakikat 234 00:13:59,004 --> 00:14:01,173 bahawa kita akan hidup berjuang. 235 00:14:03,050 --> 00:14:05,719 Nampaknya awak dah sedia, Yoh? 236 00:14:07,555 --> 00:14:10,224 Begitu. Jadi mereka dah tahu semuanya? 237 00:14:10,891 --> 00:14:13,519 Baiklah. Mana-mana pun boleh. 238 00:14:14,019 --> 00:14:16,564 Terus jalankan tugas awak. Terima kasih. 239 00:14:17,982 --> 00:14:19,316 Aduhai. 240 00:14:19,400 --> 00:14:20,859 Saya ingatkan dia akan terluka, 241 00:14:21,443 --> 00:14:24,280 jadi saya tak beritahu dia semuanya. 242 00:14:24,989 --> 00:14:26,824 Nampaknya saya tak perlu risau. 243 00:14:27,825 --> 00:14:29,451 Mereka budak-budak yang kuat 244 00:14:29,535 --> 00:14:31,120 dan satu-satunya harapan kita… 245 00:14:32,454 --> 00:14:36,834 Awak cuma lembut hati, Yohmei. 246 00:14:37,501 --> 00:14:38,836 {\an8}Mungkin. 247 00:14:39,336 --> 00:14:40,963 {\an8}Apabila saya fikir semula, 248 00:14:41,046 --> 00:14:43,674 {\an8}peperangan dah pun bermula sejak hari itu. 249 00:14:44,717 --> 00:14:49,471 {\an8}Sejak hari kita tahu yang dia akan menjelma semula di dunia ini. 250 00:14:58,856 --> 00:15:00,065 {\an8}Dia akan menjelma semula! 251 00:15:00,149 --> 00:15:02,985 Untuk penjelmaan dia yang seterusnya, 252 00:15:03,068 --> 00:15:05,821 dia telah memilih darah daging kita! Dia akan jadi Asakura! 253 00:15:05,905 --> 00:15:10,576 Awak betul-betul pasti yang anak ini 254 00:15:10,659 --> 00:15:12,536 ialah dia? 255 00:15:12,620 --> 00:15:14,997 Saya sudah melakukan peramalan ini 256 00:15:15,080 --> 00:15:17,333 berulang kali sebelum ini. 257 00:15:19,084 --> 00:15:21,295 Ramalannya sama setiap kali! 258 00:15:21,378 --> 00:15:24,423 Tak guna! Berani awak berlindung di dalam rahim anak perempuan kami? 259 00:15:24,506 --> 00:15:27,176 Kurang ajar! 260 00:15:27,760 --> 00:15:31,639 Keluarga Asakura mempunyai badan dengan Mana yang kuat selama berzaman. 261 00:15:31,722 --> 00:15:34,308 Dia pasti lihat ini sebagai pilihan yang terbaik. 262 00:15:34,892 --> 00:15:38,020 {\an8}Tapi bukannya kita tak boleh buat apa-apa. 263 00:15:38,646 --> 00:15:41,315 {\an8}Kasihan Keiko, tapi kita tiada pilihan! 264 00:15:41,899 --> 00:15:46,487 Sebaik saja anak yang dikuasai rohnya dilahirkan, 265 00:15:46,570 --> 00:15:47,780 saya akan bunuh dia! 266 00:15:49,031 --> 00:15:51,200 Nampaknya kita terpaksa bunuh bayi itu. 267 00:15:51,867 --> 00:15:55,412 Tapi macam mana kalau dia ada kembar? 268 00:15:56,914 --> 00:15:58,332 Apa awak cakap? 269 00:15:58,415 --> 00:16:00,084 Dua anak lelaki. 270 00:16:00,167 --> 00:16:02,044 Kalau mereka kembar seiras, 271 00:16:02,670 --> 00:16:04,838 mustahil untuk bezakan 272 00:16:04,922 --> 00:16:07,007 {\an8}yang mana satu dia. 273 00:16:07,091 --> 00:16:11,428 {\an8}Jika peramalan awak boleh menentukan sama ada anak itu 274 00:16:11,512 --> 00:16:15,349 {\an8}anak pertama atau kedua, mungkin lainlah ceritanya. 275 00:16:16,058 --> 00:16:17,142 Tak mungkin. 276 00:16:17,726 --> 00:16:20,270 Meramal aliran tenaga itu satu hal, 277 00:16:20,354 --> 00:16:23,607 tapi meramal mana satu dia daripada anak kembar seiras 278 00:16:24,108 --> 00:16:25,234 memang mustahil. 279 00:16:26,235 --> 00:16:27,194 Yohmei. 280 00:16:27,778 --> 00:16:29,571 Pilihan di tangan awak. 281 00:16:33,492 --> 00:16:34,576 Itu tak penting. 282 00:16:35,202 --> 00:16:37,204 Saya akan bunuh mereka berdua! 283 00:16:39,498 --> 00:16:41,667 Macam mana keadaan awak? 284 00:16:41,750 --> 00:16:43,502 Jangan risau tentang saya. 285 00:16:43,585 --> 00:16:46,046 Lagipun, awak sebenarnya risaukan anak-anak awak. 286 00:16:48,048 --> 00:16:49,383 Tapi saya memang terkejut. 287 00:16:49,967 --> 00:16:52,386 Kembar lelaki? Siapa sangka? 288 00:16:53,178 --> 00:16:55,931 {\an8}Mereka akan jadi anak-anak yang baik. Seronoknya, Keiko! 289 00:16:56,932 --> 00:17:01,645 {\an8}Asalkan mereka berdua sihat, itu sudah cukup. 290 00:17:07,401 --> 00:17:09,445 Kesakitan akibat bersalin dah kurang 291 00:17:09,528 --> 00:17:11,822 dan akhirnya dia dapat tidur. 292 00:17:12,448 --> 00:17:13,949 Kasihan dia. 293 00:17:14,533 --> 00:17:19,079 Kalaulah dia di hospital, kelahiran boleh dicepatkan untuk memudahkan keadaan. 294 00:17:19,163 --> 00:17:23,333 {\an8}Tapi dengan jenayah yang kita bakal buat, kita tiada pilihan selain berada di sini. 295 00:17:23,417 --> 00:17:25,252 Itu saja caranya. 296 00:17:25,335 --> 00:17:28,380 Undang-undang tak bermakna bagi orang yang kita akan bunuh. 297 00:17:29,381 --> 00:17:32,176 Tak kira apa pun cara kita untuk halang dia, 298 00:17:32,259 --> 00:17:35,471 dia akan menjelma semula dalam badan orang lain. 299 00:17:36,055 --> 00:17:39,099 Tapi kalau kita boleh bunuh dia sekarang, 300 00:17:39,183 --> 00:17:41,643 walaupun dia berjaya dalam penjelmaan seterusnya, 301 00:17:41,727 --> 00:17:44,563 dia takkan sempat menyertai Kejohanan Dukun yang seterusnya. 302 00:17:45,439 --> 00:17:49,443 {\an8}Tiada penderitaan bagi seorang ibu yang lebih perit daripada ini, 303 00:17:49,526 --> 00:17:52,362 {\an8}tapi begitulah lumrah Keluarga Asakura. 304 00:17:57,284 --> 00:18:00,621 Ayah amat berterima kasih. 305 00:18:00,704 --> 00:18:04,041 Keputusan ini tentu amat menyakitkan buat kamu berdua. 306 00:18:05,459 --> 00:18:07,711 Saya tak kisah, ayah. 307 00:18:08,462 --> 00:18:11,131 Ini lebih sukar bagi anak perempuan ayah. 308 00:18:12,466 --> 00:18:14,468 Sejak saya kecil lagi, 309 00:18:14,551 --> 00:18:17,805 saya diberitahu tentang Hao Asakura. 310 00:18:18,680 --> 00:18:19,556 Sebab itulah, 311 00:18:19,640 --> 00:18:21,683 tak kira apa pun, 312 00:18:22,184 --> 00:18:25,604 saya tak boleh benarkan dia menjelma semula. 313 00:18:26,188 --> 00:18:27,106 Keiko! 314 00:18:28,273 --> 00:18:31,985 Saya tak boleh lari daripada takdir ini. 315 00:18:32,945 --> 00:18:34,571 Saya perlu hadapinya. 316 00:18:35,906 --> 00:18:37,324 Sejujurnya, 317 00:18:37,407 --> 00:18:39,535 kalau boleh saya mahu melarikan diri, 318 00:18:40,327 --> 00:18:42,996 tapi nampaknya saya juga ahli Keluarga Asakura. 319 00:18:43,580 --> 00:18:45,415 Kamu lelaki yang baik. 320 00:18:45,499 --> 00:18:49,002 Kamu jauh lebih baik daripada ayah… 321 00:18:50,420 --> 00:18:52,381 {\an8}Tak apalah. 322 00:18:52,464 --> 00:18:54,883 {\an8}Dia dah nak menjelma. 323 00:18:55,843 --> 00:18:58,137 Wahai leluhur Asakura 324 00:18:59,012 --> 00:19:00,722 dan Onmyoji Agung yang keji, 325 00:19:00,806 --> 00:19:02,224 Hao Asakura! 326 00:19:02,724 --> 00:19:06,812 Kami mungkin tak dapat tamatkan kitaran kelahiran semulanya, tapi… 327 00:19:09,606 --> 00:19:12,860 Selagi Keluarga Asakura ada di dunia ini, 328 00:19:12,943 --> 00:19:14,486 kami akan halang cita-cita awak! 329 00:19:15,988 --> 00:19:16,822 Shikigami! 330 00:19:16,905 --> 00:19:19,366 Bunuh bayi itu! 331 00:19:21,535 --> 00:19:22,953 Ampunkan datuk, 332 00:19:23,036 --> 00:19:24,288 cucuku! 333 00:19:25,664 --> 00:19:27,332 Lemahnya. 334 00:19:31,587 --> 00:19:34,423 Tak mungkin! Dia menjelma semula dengan Roh Pelindungnya? 335 00:19:36,383 --> 00:19:37,885 Tak syak lagi. 336 00:19:37,968 --> 00:19:39,845 Inilah bayinya! 337 00:19:39,928 --> 00:19:41,513 Ayah! Jaga-jaga! 338 00:19:42,764 --> 00:19:45,100 Kararincho-kararinsowaka! 339 00:19:45,601 --> 00:19:47,060 Penunggu Gunung Agung! 340 00:19:50,647 --> 00:19:51,690 Dia dah lesap! 341 00:19:54,735 --> 00:19:57,946 Kamu kena buat lebih daripada itu untuk tangkap saya. 342 00:19:58,655 --> 00:20:02,576 Lagipun, medium Roh Api ialah oksigen. 343 00:20:03,160 --> 00:20:07,247 Oksigen ada di mana-mana, jadi ia sempurna untuk penjelmaan semula. 344 00:20:07,915 --> 00:20:09,249 Walau bagaimanapun, 345 00:20:09,333 --> 00:20:13,086 menjelma semula dengan Roh Pelindung bukannya mudah. 346 00:20:13,170 --> 00:20:16,673 Roh Api yang saya bertungkus-lumus dapatkan 347 00:20:16,757 --> 00:20:19,426 sudah hampir kembali ke bentuk asalnya sepenuhnya! 348 00:20:22,262 --> 00:20:23,096 Itu 349 00:20:23,180 --> 00:20:28,101 Onmyoji Agung yang tiba-tiba hilang 1,000 tahun lalu! 350 00:20:28,185 --> 00:20:29,811 Hao Asakura! 351 00:20:31,271 --> 00:20:34,566 Awak melakukan perkara hebat dengan melahirkan anak ini, Keiko. 352 00:20:35,150 --> 00:20:36,777 - Apa awak cakap? - Jangan! 353 00:20:36,860 --> 00:20:39,071 Kamu masih perlu melahirkan seorang lagi anak. 354 00:20:40,280 --> 00:20:41,698 Tepat sekali. 355 00:20:42,407 --> 00:20:45,661 Diri saya yang separuh lagi. 356 00:20:46,954 --> 00:20:50,082 Namun, badan yang saya dah lama tunggu 357 00:20:50,165 --> 00:20:52,084 rupa-rupanya kembar 358 00:20:52,751 --> 00:20:57,130 yang sememangnya mencabar dalam penjelmaan semula saya kali ini. 359 00:20:57,923 --> 00:21:02,094 {\an8}Diri saya yang separuh lagi ini akan memilih untuk menjadi raja. 360 00:21:02,678 --> 00:21:04,388 {\an8}Kalau dia buat begitu, 361 00:21:05,055 --> 00:21:07,516 saya akan tuntut diri saya yang separuh lagi ini. 362 00:21:07,599 --> 00:21:10,185 Kemudian saya akan jadi lebih berkuasa! 363 00:21:11,520 --> 00:21:14,773 Besarkan dia dengan baik. 364 00:21:16,775 --> 00:21:19,778 Maafkan ayah. Semuanya salah ayah. 365 00:21:20,362 --> 00:21:23,407 Kalaulah ayah tak teragak-agak tadi, 366 00:21:23,490 --> 00:21:26,243 keadaan takkan jadi seperti sekarang. 367 00:21:26,326 --> 00:21:29,079 Ayah tak perlu minta maaf. 368 00:21:29,663 --> 00:21:33,083 Kita semua teragak-agak. 369 00:21:35,752 --> 00:21:38,130 Kalau takdir benar-benar wujud, 370 00:21:38,922 --> 00:21:40,799 saya betul-betul nak mempercayainya. 371 00:21:41,967 --> 00:21:45,971 Kalau ayah tak teragak-agak tadi, 372 00:21:47,139 --> 00:21:50,559 anak ini pasti dah mati. 373 00:21:51,935 --> 00:21:53,186 Takdir? 374 00:21:53,979 --> 00:21:57,607 Betul, ayah tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku 375 00:21:57,691 --> 00:21:59,359 sekiranya anak ini yang lahir dulu. 376 00:22:00,152 --> 00:22:03,739 Kalau memang betul dia separuh daripada Hao, 377 00:22:04,489 --> 00:22:08,660 dia mungkin ada potensi untuk menyaingi kuasa Hao. 378 00:22:09,953 --> 00:22:12,289 Kamu tak boleh lari daripada takdir. 379 00:22:13,123 --> 00:22:16,752 Anak ini pasti akan menderita, 380 00:22:16,835 --> 00:22:18,795 tapi dia tiada pilihan selain bertarung! 381 00:22:22,674 --> 00:22:26,345 Dia satu-satunya harapan yang kita ada! 382 00:23:52,848 --> 00:23:57,853 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Charles Lim