1 00:00:08,007 --> 00:00:11,594 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:13,930 --> 00:00:17,058 Hao-Do dibina kira-kira seribu tahun lepas 3 00:00:17,142 --> 00:00:20,687 dengan menggali gunung di timur laut tanah Asakura yang membawa sial. 4 00:00:20,770 --> 00:00:23,690 Penggalian dilakukan senyap-senyap, kemudian jalannya ditutup. 5 00:00:24,274 --> 00:00:27,694 Hao-Do menempatkan musuh Keluarga Asakura 6 00:00:27,777 --> 00:00:31,114 yang kami bunuh dan mesti dihapuskan lagi. 7 00:00:33,700 --> 00:00:35,410 {\an8}Onmyoji Agung, 8 00:00:35,493 --> 00:00:37,328 {\an8}Hao Asakura! 9 00:02:08,670 --> 00:02:09,796 {\an8}EPISOD 15 SAAT SEGALANYA BERSATU 10 00:02:09,879 --> 00:02:11,673 {\an8}Onmyoji Agung, Hao Asakura? 11 00:02:12,298 --> 00:02:15,009 {\an8}Jangan bising, Tamao! 12 00:02:15,093 --> 00:02:17,262 {\an8}Nanti mereka tahu kita mengekori mereka! 13 00:02:17,846 --> 00:02:18,930 Maaf! 14 00:02:19,514 --> 00:02:21,432 Tak sangka ada bangunan sebesar ini 15 00:02:21,516 --> 00:02:23,726 tersembunyi di kediaman Asakura. 16 00:02:24,310 --> 00:02:25,562 Saya tak faham. 17 00:02:25,645 --> 00:02:27,605 Kenapa awak takut akan seseorang 18 00:02:27,689 --> 00:02:29,899 yang mati seribu tahun lepas? 19 00:02:29,983 --> 00:02:32,235 Masalahnya, dia tak mati. 20 00:02:34,070 --> 00:02:35,238 Malah, 21 00:02:35,321 --> 00:02:38,366 Hao Asakura dah bersua muka dengan Yoh. 22 00:02:38,867 --> 00:02:41,327 Dia tak rahsiakan namanya pun. 23 00:02:43,705 --> 00:02:46,499 Saya tak salahkan awak kalau awak tak percaya. 24 00:02:47,000 --> 00:02:50,044 Tapi saya suruh Mikihisa mengawasi dia 25 00:02:50,128 --> 00:02:53,381 dan saya baru saja menerima berita buruk daripada Mikihisa. 26 00:02:54,507 --> 00:02:57,427 Hao telah lahir semula di dunia ini 27 00:02:57,510 --> 00:03:01,014 dan dia menyertai Kejohanan Dukun untuk mencapai impiannya yang keji! 28 00:03:02,223 --> 00:03:03,433 Apa impiannya? 29 00:03:04,017 --> 00:03:06,436 Anna, saya pasti awak faham 30 00:03:07,145 --> 00:03:09,397 makna simbol Onmyodo 31 00:03:09,981 --> 00:03:13,109 pentagram yang menghiasi tempat ini. 32 00:03:14,485 --> 00:03:17,322 Lima bucu bintang melambangkan lima unsur. 33 00:03:17,405 --> 00:03:22,201 Lima unsur yang membentuk segalanya di langit dan bumi. 34 00:03:23,119 --> 00:03:26,664 Orang yang berjaya menguasai rahsia pentagram ini 35 00:03:26,748 --> 00:03:30,001 boleh mengawal alam semula jadi sesuka hati mereka. 36 00:03:30,752 --> 00:03:33,838 Kuasa peramalan yang diperoleh dengan memahami alam sekitar. 37 00:03:33,922 --> 00:03:36,424 Mantera untuk menyeru roh, jampi serapah… 38 00:03:36,925 --> 00:03:40,261 Dan Shikigami, puaka yang dijadikan orang suruhan kita. 39 00:03:40,929 --> 00:03:44,182 Hao Asakura mahir dalam semua teknik ini 40 00:03:44,265 --> 00:03:47,769 {\an8}sehingga digelar Onmyoji Agung yang dihormati di seluruh negara. 41 00:03:48,436 --> 00:03:50,230 Berkat kejayaannya, 42 00:03:50,313 --> 00:03:53,191 Keluarga Asakura menjadi ahli nujum rasmi negara 43 00:03:53,274 --> 00:03:55,360 dan kekayaan mereka bertambah. 44 00:03:55,944 --> 00:03:57,278 Tapi pada suatu hari, 45 00:03:57,362 --> 00:03:59,906 Hao tiba-tiba ingin membunuh semua manusia 46 00:03:59,989 --> 00:04:02,492 dan mewujudkan dunia untuk Dukun saja. 47 00:04:04,035 --> 00:04:07,163 Saya tak tahu apa yang dia nampak di alam dewa, 48 00:04:07,247 --> 00:04:09,791 tapi hasratnya mesti dihalang. 49 00:04:11,042 --> 00:04:12,585 Ahli Keluarga Asakura 50 00:04:12,669 --> 00:04:15,171 bergabung tenaga untuk menewaskan Hao. 51 00:04:16,297 --> 00:04:17,423 Tapi, 52 00:04:17,507 --> 00:04:19,801 Hao yang telah menguasai rahsia pentagram 53 00:04:19,884 --> 00:04:21,886 {\an8}menggunakan jampi Onmyodo yang paling kuat, 54 00:04:21,970 --> 00:04:24,847 {\an8}iaitu teknik sulit Taizan Fukun no Sai. 55 00:04:24,931 --> 00:04:28,726 {\an8}Dia dapat mengawal nyawa dan kelahiran semulanya. 56 00:04:28,810 --> 00:04:32,105 Biar betul! Taizan Fukun? 57 00:04:32,188 --> 00:04:34,524 Semua orang di alam roh takut akan dia! 58 00:04:34,607 --> 00:04:37,402 {\an8}Itu nama Cina purba dewa alam ghaib! 59 00:04:38,903 --> 00:04:40,655 {\an8}Seribu tahun lepas, 60 00:04:40,738 --> 00:04:43,074 {\an8}Hao dapat tahu tentang Kejohanan Dukun. 61 00:04:43,157 --> 00:04:47,078 {\an8}Dia lahir semula berkali-kali hanya untuk menjadi Raja Dukun. 62 00:04:47,662 --> 00:04:50,456 {\an8}Misi keluarga kami sejak seribu tahun lepas 63 00:04:51,082 --> 00:04:54,585 {\an8}ialah menghapuskan kejahatan yang lahir daripada Keluarga Asakura. 64 00:04:55,670 --> 00:04:58,506 {\an8}Yoh tak tahu apa-apa, tapi tanggungjawab itu 65 00:04:59,090 --> 00:05:01,050 terletak di tangannya 66 00:05:01,592 --> 00:05:03,511 sebagai waris Keluarga Asakura. 67 00:05:07,390 --> 00:05:08,808 Itu tak adil. 68 00:05:08,891 --> 00:05:11,686 Tuan Yoh tak tahu apa-apa pun, 69 00:05:11,769 --> 00:05:14,689 tapi dia terpaksa melawan musuh yang berbahaya macam Hao! 70 00:05:15,273 --> 00:05:16,232 Tamao… 71 00:05:16,316 --> 00:05:17,942 Saya dah agak awak ikut kami. 72 00:05:18,026 --> 00:05:19,360 Tolonglah… 73 00:05:19,444 --> 00:05:21,529 Bawa Tuan Yoh balik sekarang! 74 00:05:21,612 --> 00:05:22,947 Kalau tidak, dia akan… 75 00:05:23,031 --> 00:05:24,365 {\an8}Si bodoh itu! 76 00:05:26,409 --> 00:05:29,829 Awak rasa Yoh akan kalah? 77 00:05:31,080 --> 00:05:32,957 {\an8}Yoh akan jadi Raja Dukun yang seterusnya. 78 00:05:33,041 --> 00:05:35,168 {\an8}Dia akan tewaskan Hao untuk menjadi Raja Dukun! 79 00:05:36,627 --> 00:05:38,671 Bertenang. 80 00:05:38,755 --> 00:05:39,922 Walaupun dia berbahaya, 81 00:05:40,006 --> 00:05:42,759 ada caranya untuk menewaskan Hao. 82 00:05:44,635 --> 00:05:47,346 Ketika kami tewaskan Hao, 83 00:05:47,430 --> 00:05:49,724 kami kuncikan sesuatu 84 00:05:49,807 --> 00:05:51,934 {\an8}supaya kesilapan yang sama tak berulang lagi. 85 00:05:52,977 --> 00:05:55,938 {\an8}Buku ini mengandungi semua jampi Hao. 86 00:05:56,022 --> 00:05:57,273 {\an8}Namanya Cho-Senjiryakketsu. 87 00:05:58,232 --> 00:06:01,861 Kalau kita buka buku ini dan belajar jampi-jampinya, 88 00:06:01,944 --> 00:06:05,198 kita mungkin boleh menyaingi Hao. 89 00:06:06,699 --> 00:06:08,910 Orang yang boleh belajar teknik-teknik Hao 90 00:06:08,993 --> 00:06:12,288 ialah Keluarga Asakura yang sedarah dengan Hao. 91 00:06:13,372 --> 00:06:15,374 Kalau kita serahkan buku ini kepada Tuan Yoh… 92 00:06:15,458 --> 00:06:18,044 Tapi ada satu masalah. 93 00:06:19,295 --> 00:06:23,508 Kami juga mengurung Shikigami yang berkhidmat untuk Hao di dalam buku itu. 94 00:06:23,591 --> 00:06:25,259 Kalau kita buka buku itu, 95 00:06:25,343 --> 00:06:28,304 kedua-dua Shikigami ini, Zenki dan Goki, 96 00:06:28,387 --> 00:06:29,806 akan terjaga dan… 97 00:06:32,517 --> 00:06:34,310 Lari! 98 00:06:34,393 --> 00:06:36,062 Kami tak nak terlibat! 99 00:06:36,145 --> 00:06:37,355 Dasar pengecut… 100 00:06:38,356 --> 00:06:39,357 Tuan Yohmei! 101 00:06:39,440 --> 00:06:40,483 {\an8}Materainya… 102 00:06:41,484 --> 00:06:43,027 Kamu takkan terlepas! 103 00:06:43,111 --> 00:06:45,613 Kamu dah tahu rahsia Tuan Hao… 104 00:06:45,696 --> 00:06:47,615 - Kamu mesti mati! - Kamu mesti mati! 105 00:06:48,491 --> 00:06:49,450 Takutnya! 106 00:06:49,534 --> 00:06:50,952 Tolong! 107 00:06:51,035 --> 00:06:52,537 Ponchi! Conchi! 108 00:06:52,620 --> 00:06:54,622 Itu Shikigami Hao Asakura! 109 00:06:54,705 --> 00:06:56,290 Kuasa mereka sangat menakjubkan… 110 00:06:56,374 --> 00:06:59,210 Saya pun tak setanding mereka! 111 00:06:59,293 --> 00:07:02,713 - Tidak! - Saya belum puas hidup lagi! 112 00:07:04,757 --> 00:07:07,885 Kamu berdua memang tak boleh diharap! 113 00:07:08,803 --> 00:07:09,637 Cik Anna! 114 00:07:10,304 --> 00:07:12,390 Okey. Jadi begitu caranya. 115 00:07:12,473 --> 00:07:13,641 "Goma Chobuku." 116 00:07:15,852 --> 00:07:17,854 Tak guna! 117 00:07:20,440 --> 00:07:22,233 Mustahil! 118 00:07:24,444 --> 00:07:26,737 Kenapa kamu terkejut? 119 00:07:27,405 --> 00:07:28,865 Saya Anna si Itako. 120 00:07:29,407 --> 00:07:31,325 Bakal isteri Raja Dukun. 121 00:07:39,417 --> 00:07:41,002 Tuan Hao, darah… 122 00:07:41,586 --> 00:07:44,589 Nampaknya ada orang bunuh Shikigami saya. 123 00:07:45,965 --> 00:07:48,509 Jampi, sumpahan dan lain-lain… 124 00:07:48,593 --> 00:07:51,262 Apabila materainya pecah, kita yang rasa kesannya. 125 00:07:53,514 --> 00:07:55,099 {\an8}Menarik. 126 00:07:56,058 --> 00:07:59,395 {\an8}Mungkin bukan setakat hujan, tapi ribut akan melanda nanti. 127 00:08:05,776 --> 00:08:07,361 {\an8}Seribu lapan puluh manik. 128 00:08:07,445 --> 00:08:10,448 {\an8}Saya boleh kurung mana-mana roh dengan kalung ini. 129 00:08:10,531 --> 00:08:14,035 {\an8}Ini alat Itako yang Kino hadiahkan kepada saya. 130 00:08:14,619 --> 00:08:15,661 Saya cuai. 131 00:08:16,329 --> 00:08:19,874 Saya tak sangka Shikigami Hao begitu kuat… 132 00:08:21,083 --> 00:08:25,671 {\an8}Anna, serahkan buku itu kepada Hao dan ajar dia. 133 00:08:27,548 --> 00:08:31,010 Awak tewaskan Shikigami Hao dengan kuasa awak sendiri juga, 134 00:08:31,093 --> 00:08:33,304 bukan dengan kuasa kalung itu saja. 135 00:08:33,888 --> 00:08:36,516 Bawa Tamao sekali kalau awak mahu. 136 00:08:38,392 --> 00:08:40,019 {\an8}Saya harap awak boleh pergi, Anna. 137 00:08:43,731 --> 00:08:45,191 Cik Anna! 138 00:08:46,609 --> 00:08:49,570 Anak murid awak sangat hebat, 139 00:08:49,654 --> 00:08:50,696 Kino. 140 00:08:51,364 --> 00:08:52,657 Mestilah! 141 00:08:52,740 --> 00:08:56,702 Dia anak murid kegemaran saya. 142 00:08:57,370 --> 00:08:59,956 Tapi Cho-Senjiryakketsu saja tak cukup 143 00:09:00,039 --> 00:09:01,541 untuk menewaskan Hao sekarang. 144 00:09:02,166 --> 00:09:03,209 Sebab itulah 145 00:09:03,292 --> 00:09:05,878 saya berikan alat itu kepada awak dan Yoh. 146 00:09:06,796 --> 00:09:09,382 Walaupun alat itu tak berguna sekarang, 147 00:09:10,383 --> 00:09:12,927 apabila semua kelengkapan itu bergabung, 148 00:09:13,010 --> 00:09:16,305 dunia akan berubah seperti yang sepatutnya. 149 00:09:17,181 --> 00:09:19,183 Hore! 150 00:09:19,767 --> 00:09:22,353 Dia masih ada masa untuk main-main? 151 00:09:22,436 --> 00:09:23,854 Nak buat macam mana? 152 00:09:23,938 --> 00:09:27,441 Horohoro suka gunung yang dilitupi salji seperti ini. 153 00:09:28,150 --> 00:09:30,736 Biarkan sajalah. Kalau dia sesat pun, 154 00:09:30,820 --> 00:09:33,239 saya boleh cari dia dengan kuasa saya! 155 00:09:33,322 --> 00:09:37,493 Awak tak boleh gunakan kuasa itu untuk mencari Kampung Patch? 156 00:09:38,119 --> 00:09:39,787 Tak boleh. 157 00:09:39,870 --> 00:09:41,872 Saya masih tak cukup berpengalaman. 158 00:09:41,956 --> 00:09:44,333 Saya cuma boleh cari semangat manusia. 159 00:09:44,959 --> 00:09:49,046 {\an8}Saya cuba mencari Bron, Penyelia Patch saya dulu, 160 00:09:49,547 --> 00:09:50,881 {\an8}tapi saya tak jumpa dia. 161 00:09:51,507 --> 00:09:56,178 Semangatnya terselindung ketika saya lawan dia untuk melayakkan diri. 162 00:09:56,762 --> 00:09:58,639 Mungkin semangatnya masih terselindung. 163 00:09:58,723 --> 00:10:01,892 Jadi macam mana awak lulus ujian dia? 164 00:10:01,976 --> 00:10:05,021 Saya bergantung pada semua deria Morphea! 165 00:10:05,563 --> 00:10:06,897 Mari sini, Morphea! 166 00:10:08,441 --> 00:10:10,735 Dia roh bunga popi, 167 00:10:10,818 --> 00:10:13,237 Roh Pelindung keluarga Diethel sejak lama dahulu. 168 00:10:13,321 --> 00:10:16,324 Morphea boleh cari apa saja dalam lingkungan satu kilometer. 169 00:10:17,116 --> 00:10:19,827 Itu pun dah cukup hebat! 170 00:10:19,910 --> 00:10:21,912 Tapi dia juga comel! 171 00:10:22,496 --> 00:10:23,998 Ya, dia memang comel! 172 00:10:24,665 --> 00:10:27,168 Ryu. Awak pandang siapa? 173 00:10:27,752 --> 00:10:31,047 Sayangnya dia cuma Roh Pelindung! 174 00:10:31,130 --> 00:10:32,381 Koro… 175 00:10:33,049 --> 00:10:36,010 Tapi apa yang saya benar-benar mahu cari dengan tilikan saya 176 00:10:36,719 --> 00:10:38,763 ialah sesuatu yang dah lama saya inginkan. 177 00:10:38,846 --> 00:10:41,015 Kawan-kawan yang saya boleh harapkan. 178 00:10:41,974 --> 00:10:44,560 {\an8}Saya gembira kerana dipertemukan dengan kamu semua! 179 00:10:45,645 --> 00:10:46,771 Sudahlah. 180 00:10:46,854 --> 00:10:49,065 Sampai bila kita nak buang masa di sini? 181 00:10:49,148 --> 00:10:51,567 Kita tak ada masa untuk main-main. 182 00:10:52,151 --> 00:10:54,195 Papan luncur saya baru saja dibaiki! 183 00:10:54,278 --> 00:10:56,322 Alang-alang kita di sini, saya nak meluncur! 184 00:10:56,405 --> 00:10:57,740 Apa awak cakap? 185 00:10:58,658 --> 00:11:00,326 Nak buat macam mana? 186 00:11:00,409 --> 00:11:01,327 Horohoro! 187 00:11:01,410 --> 00:11:05,873 Kami akan teruskan perjalanan ke Duringo untuk mencari maklumat. 188 00:11:05,956 --> 00:11:08,000 Kita jumpa di sana sebelum hari gelap. 189 00:11:08,584 --> 00:11:09,752 Okey! 190 00:11:10,586 --> 00:11:11,712 Hore! 191 00:11:18,844 --> 00:11:21,514 Ayuh, papan luncur! 192 00:11:21,597 --> 00:11:24,767 Mari kita meluncur merentas langit, Kororo! 193 00:11:25,559 --> 00:11:26,394 Apa? 194 00:11:31,482 --> 00:11:32,400 Kororo? 195 00:11:34,527 --> 00:11:37,405 Kororo hilang! 196 00:11:40,157 --> 00:11:41,283 Apa? 197 00:11:42,660 --> 00:11:44,120 Mujurlah awak dah sedar! 198 00:11:45,996 --> 00:11:48,165 Saya masak sup. 199 00:11:48,249 --> 00:11:49,208 Awak nak makan? 200 00:11:50,084 --> 00:11:55,005 ZENKI GOKI 201 00:11:55,089 --> 00:12:00,010 KUASA GHAIB KORORO VERSI 3 202 00:12:01,220 --> 00:12:03,055 Duringo, Colorado… 203 00:12:03,139 --> 00:12:07,059 Tak sangka kota ini meriah walaupun tempatnya terpencil. 204 00:12:07,685 --> 00:12:10,896 Kota ini dekat dengan Taman Negara Mesa Verdede, 205 00:12:10,980 --> 00:12:12,815 jadi ramai orang datang ke sini. 206 00:12:12,898 --> 00:12:16,152 Ada runtuhan lama di Mesa Verdede. 207 00:12:16,235 --> 00:12:18,863 Mungkin ada kaitan dengan Kampung Patch? 208 00:12:18,946 --> 00:12:21,657 Apa kata kita terus ke sana? 209 00:12:22,241 --> 00:12:23,742 Tak boleh. 210 00:12:23,826 --> 00:12:25,286 Kita mesti tunggu Horohoro. 211 00:12:25,369 --> 00:12:27,413 Dah tiga hari kita tak jumpa dia! 212 00:12:27,496 --> 00:12:30,207 Mungkin dia terlibat dalam kemalangan. 213 00:12:30,291 --> 00:12:31,959 Kita patut cari dia, bukan? 214 00:12:32,042 --> 00:12:34,962 Hei, awak pun kenal perangai Horohoro. Tentu dia tak apa-apa. 215 00:12:35,045 --> 00:12:36,755 Dia kuat dan lasak. 216 00:12:36,839 --> 00:12:39,049 Saya pasti dia akan datang tak lama lagi. 217 00:12:40,050 --> 00:12:41,844 Tiga hari saya tak sedarkan diri? 218 00:12:41,927 --> 00:12:43,345 Habislah! 219 00:12:43,429 --> 00:12:45,848 Saya mesti cari mereka! 220 00:12:45,931 --> 00:12:47,349 Macam mana awak nak pergi? 221 00:12:47,433 --> 00:12:49,185 Kedua-dua kaki awak patah. 222 00:12:50,936 --> 00:12:54,482 Saya tak sangka awak masih hidup selepas jatuh dari cenuram itu. 223 00:12:54,565 --> 00:12:57,610 Awak juga asyik meracau "Kororo" ketika tidur. 224 00:12:58,652 --> 00:13:00,946 Ya! Kororo… 225 00:13:01,030 --> 00:13:03,616 Tentu dia cemburu kerana saya puji Morphea! 226 00:13:05,993 --> 00:13:07,244 Nama saya Horohoro. 227 00:13:07,328 --> 00:13:09,371 Terima kasih kerana selamatkan saya 228 00:13:09,455 --> 00:13:10,706 walaupun kita tak kenal. 229 00:13:10,789 --> 00:13:12,166 Tunggu! 230 00:13:12,958 --> 00:13:15,377 Saya renjer taman negara. 231 00:13:15,461 --> 00:13:18,339 Saya yang menjaga kawasan ini. Nama saya Bluebell Bloch. 232 00:13:18,422 --> 00:13:23,969 Saya perlu tahu apa tujuan awak datang ke sini. 233 00:13:24,053 --> 00:13:24,970 Lagipun, 234 00:13:26,305 --> 00:13:28,265 Apollo ada di luar sana. 235 00:13:28,349 --> 00:13:29,350 Apollo? 236 00:13:32,436 --> 00:13:34,855 Beruang yang awak bela? 237 00:13:35,481 --> 00:13:38,442 Ya. Induknya dibunuh oleh pemburu 238 00:13:38,526 --> 00:13:40,736 dan ayah saya, renjer hutan, selamatkan Apollo. 239 00:13:41,487 --> 00:13:44,532 Kesan tembakan meninggalkan parut di mukanya. 240 00:13:44,615 --> 00:13:48,035 Mata kanannya nampak macam kawah bulan, bukan? 241 00:13:48,118 --> 00:13:49,328 Sebab itu namanya Apollo. 242 00:13:50,496 --> 00:13:55,459 Ketika kami bebaskan ia ke hutan pun, Apollo tak jinak. 243 00:13:55,543 --> 00:13:57,753 Saya rasa ia benci manusia. 244 00:13:59,129 --> 00:14:01,382 Kalau Apollo menyerang awak, 245 00:14:01,465 --> 00:14:03,592 menurut undang-undang, ia mesti dibunuh. 246 00:14:03,676 --> 00:14:06,845 Tapi saya takkan biarkan ia dibunuh. 247 00:14:06,929 --> 00:14:09,014 Saya jadi renjer hutan 248 00:14:09,098 --> 00:14:11,684 supaya saya boleh melindungi Apollo daripada pemburu. 249 00:14:12,810 --> 00:14:15,938 {\an8}Saya takkan maafkan sesiapa yang mencemarkan alam. 250 00:14:16,021 --> 00:14:19,316 {\an8}Tapi manusia juga sebahagian daripada alam semula jadi, bukan? 251 00:14:20,818 --> 00:14:22,403 Itulah lumrah di rimba. 252 00:14:23,070 --> 00:14:26,365 Kalau undang-undang yang awak maksudkan tadi wujud dalam hutan, 253 00:14:26,448 --> 00:14:30,202 hukum yang paling penting adalah yang kuat mengatasi yang lemah. 254 00:14:31,078 --> 00:14:33,831 Tak salah kalau awak mahu melindungi Apollo, 255 00:14:33,914 --> 00:14:36,041 tapi itu takkan menghalang pemburu. 256 00:14:36,709 --> 00:14:39,295 Apa? Awak tak tahu apa-apa! 257 00:14:39,378 --> 00:14:40,296 Jangan merepek! 258 00:14:40,379 --> 00:14:42,882 Saya tahu itu tak cukup untuk menghalang mereka. 259 00:14:42,965 --> 00:14:45,259 Tapi apa lagi yang boleh saya buat? 260 00:14:48,554 --> 00:14:52,182 Maaf. Ini tiada kena-mengena dengan awak. 261 00:14:52,850 --> 00:14:55,686 Saya akan hantar awak ke Duringo pagi esok. 262 00:14:55,769 --> 00:14:58,772 Jadi awak patut tidur di sini malam ini. 263 00:15:04,570 --> 00:15:07,781 Lumrah rimba konon. 264 00:15:09,116 --> 00:15:10,534 Saya juga 265 00:15:10,618 --> 00:15:13,579 menyedarinya daripada pengalaman pahit sendiri. 266 00:15:13,662 --> 00:15:14,872 Betul tak, Kororo? 267 00:15:19,209 --> 00:15:20,336 Maaf, kawan-kawan. 268 00:15:21,587 --> 00:15:24,173 Saya tak boleh pergi jumpa kamu sekarang. 269 00:15:26,675 --> 00:15:29,637 Ada urusan penting yang perlu saya selesaikan! 270 00:15:33,057 --> 00:15:36,143 Saya suruh dia rehat, tapi dia degil! Ke mana dia menghilangkan diri? 271 00:15:42,149 --> 00:15:43,901 Besarnya! 272 00:15:46,654 --> 00:15:48,322 Hei, jangan marah. 273 00:15:49,323 --> 00:15:52,034 Saya nak berborak dengan kamu. 274 00:15:52,117 --> 00:15:52,993 Topiknya adalah… 275 00:15:54,119 --> 00:15:56,789 "Hidup Harmoni bersama Manusia dalam Hutan." 276 00:15:57,373 --> 00:15:58,707 Boleh? 277 00:15:59,291 --> 00:16:00,584 Saya cuma nak cakap 278 00:16:01,085 --> 00:16:02,836 kamu patut lari 279 00:16:02,920 --> 00:16:05,214 ke hutan tebal, jauh daripada manusia. 280 00:16:06,674 --> 00:16:08,592 Saya tahu ia bukannya mudah. 281 00:16:09,259 --> 00:16:12,346 Sekarang kita cuma boleh 282 00:16:12,429 --> 00:16:15,099 jauhkan kamu daripada manusia. 283 00:16:15,683 --> 00:16:16,809 Kamu faham, bukan? 284 00:16:16,892 --> 00:16:18,185 Kalau tidak, 285 00:16:18,268 --> 00:16:22,022 kamu dan perempuan itu akan terluka. 286 00:16:28,153 --> 00:16:29,488 Saya dah agak kamu tak faham. 287 00:16:33,075 --> 00:16:34,410 Bodoh! 288 00:16:35,035 --> 00:16:36,412 Awak nak matikah? 289 00:16:36,495 --> 00:16:39,331 Jangan masuk campur, Bluebell. 290 00:16:40,165 --> 00:16:42,584 Di kampung saya, beruang dianggap dewa. 291 00:16:42,668 --> 00:16:43,836 Apa? 292 00:16:44,878 --> 00:16:46,130 Bukan setakat beruang. 293 00:16:46,672 --> 00:16:49,550 Api, air, bulan, matahari, ikan paus, 294 00:16:49,633 --> 00:16:51,593 burung hantu, rumah, alat bertukang… 295 00:16:51,677 --> 00:16:53,929 Semuanya dianggap dewa. 296 00:16:54,930 --> 00:16:59,226 Dalam erti kata lain, kalau manusia dan alam semula jadi saling membantu, 297 00:16:59,309 --> 00:17:02,896 kita boleh hidup dengan harmoni. 298 00:17:03,772 --> 00:17:06,191 Saya berdoa kepada dewa-dewa ini 299 00:17:06,275 --> 00:17:08,527 untuk berbaik dengan manusia 300 00:17:08,610 --> 00:17:10,446 kerana saya seorang Dukun. 301 00:17:10,529 --> 00:17:11,780 Dukun? 302 00:17:11,864 --> 00:17:13,699 Jadi saya faham. 303 00:17:14,324 --> 00:17:16,201 Saya faham perasaan kamu 304 00:17:16,744 --> 00:17:20,330 terhadap pemburu yang mencemarkan alam yang sepatutnya dihargai! 305 00:17:32,092 --> 00:17:33,594 Sudahlah! 306 00:17:33,677 --> 00:17:35,637 Awak akan mati kalau awak teruskan! 307 00:17:35,721 --> 00:17:38,599 Jangan menjerit! Awak buat Apollo takut! 308 00:17:40,768 --> 00:17:42,770 Kalau awak nak tolong Apollo, 309 00:17:43,270 --> 00:17:45,564 cuba awak fikir baik-baik. 310 00:17:46,440 --> 00:17:51,195 Awak masih tak faham kenapa Apollo begitu ganas? 311 00:17:51,820 --> 00:17:54,948 Kerana bau manusia daripada awak melekat padanya, 312 00:17:55,032 --> 00:17:56,950 ia tak dapat hidup dengan beruang lain 313 00:17:57,034 --> 00:17:58,619 atau hidup bersama manusia. 314 00:17:58,702 --> 00:18:01,830 Ia tersisih di hutan ini! 315 00:18:03,832 --> 00:18:06,418 Bau manusia dan parut di matanya akibat kekejaman manusia 316 00:18:06,502 --> 00:18:08,128 takkan hilang dengan mudah. 317 00:18:09,046 --> 00:18:12,049 Apalah sangat luka saya jika dibandingkan dengan penderitaannya. 318 00:18:12,633 --> 00:18:14,009 Tapi itu tak bermakna awak… 319 00:18:14,593 --> 00:18:15,636 Jangan risau. 320 00:18:16,261 --> 00:18:19,431 Saya terkandas di sini kerana salah saya sendiri. 321 00:18:19,515 --> 00:18:21,350 Saya terpisah daripada kawan-kawan 322 00:18:22,017 --> 00:18:23,644 dan Kororo tinggalkan saya… 323 00:18:24,353 --> 00:18:28,774 Kerana pada suatu ketika, saya mula lupa bersyukur. 324 00:18:29,316 --> 00:18:31,527 Jadi saya takkan mati. 325 00:18:32,861 --> 00:18:36,323 Selagi saya tak pulihkan jiwa saya sendiri 326 00:18:36,406 --> 00:18:38,867 dan wujudkan lapangan fuki seluas mata memandang 327 00:18:38,951 --> 00:18:41,411 yang takkan dibinasakan oleh orang jahat! 328 00:18:42,204 --> 00:18:43,288 Horohoro… 329 00:18:43,372 --> 00:18:44,706 Koko-roko… 330 00:18:45,833 --> 00:18:47,084 Baiklah. 331 00:18:47,167 --> 00:18:48,585 Mari kita teruskan, Apollo. 332 00:19:00,097 --> 00:19:02,516 Binatang takkan cederakan manusia tanpa sebab. 333 00:19:03,100 --> 00:19:05,894 Nampaknya ia dah tenang. 334 00:19:12,484 --> 00:19:13,902 Tepat ke sasaran! 335 00:19:13,986 --> 00:19:15,863 Beruang ini besar! 336 00:19:16,363 --> 00:19:17,322 Hei! 337 00:19:17,406 --> 00:19:18,907 Ada renjer di situ! 338 00:19:20,993 --> 00:19:21,869 Saya 339 00:19:22,452 --> 00:19:23,954 baru saja dapat tenangkan awak… 340 00:19:25,789 --> 00:19:28,876 - Lari! - Matilah kita kalau tertangkap! 341 00:19:28,959 --> 00:19:30,002 Tunggu. 342 00:19:31,628 --> 00:19:34,339 Kamu dapat buruan besar, bukan? 343 00:19:34,882 --> 00:19:36,633 Bawalah ia pergi. 344 00:19:37,676 --> 00:19:38,969 {\an8}Apa awak cakap? 345 00:19:39,052 --> 00:19:40,888 {\an8}Kalau ia ditinggalkan di sini, 346 00:19:40,971 --> 00:19:43,640 {\an8}Apollo mati sia-sia saja. 347 00:19:45,142 --> 00:19:46,727 Apabila binatang dibunuh, 348 00:19:46,810 --> 00:19:49,813 ia cuma boleh kembali ke alam dewa setelah kesyukuran dipanjatkan. 349 00:19:50,397 --> 00:19:52,858 - Hei! - Cepat lari! 350 00:19:52,941 --> 00:19:54,359 Kita suka-suka saja memburu. 351 00:19:54,443 --> 00:19:56,195 Saya tak nak masuk penjara! 352 00:19:58,906 --> 00:20:01,200 "Suka-suka saja"? 353 00:20:02,868 --> 00:20:04,203 Jadi 354 00:20:04,786 --> 00:20:07,456 {\an8}Apollo mati untuk hiburan kamu saja? 355 00:20:15,464 --> 00:20:16,465 Horohoro! 356 00:20:16,548 --> 00:20:17,925 Bodoh! 357 00:20:18,008 --> 00:20:19,259 Tapi… 358 00:20:19,343 --> 00:20:20,969 Kamu sangka itu boleh bunuh saya? 359 00:20:22,554 --> 00:20:25,098 Ia dibunuh bukan untuk dimakan atau dijadikan pakaian. 360 00:20:25,182 --> 00:20:27,226 Bukan untuk dijadikan peralatan. 361 00:20:27,809 --> 00:20:30,812 Kamu tak bersyukur pun dapat bunuh binatang ini. 362 00:20:31,313 --> 00:20:35,234 Jadi apa gunanya ia mati? 363 00:20:36,318 --> 00:20:39,321 Saya takkan maafkan kamu semua! 364 00:20:41,156 --> 00:20:44,910 Kayu ini diukir untuk memanjatkan kesyukuran kepada dewa. 365 00:20:44,993 --> 00:20:48,205 Maknanya ini medium yang sangat kuat untuk kuasa Dukun. 366 00:20:53,085 --> 00:20:55,921 Kuasa Ghaib! Kororo dalam Ikupasuy! 367 00:20:56,546 --> 00:20:58,924 Apollo! Ini hadiah perpisahan… 368 00:20:59,800 --> 00:21:00,926 daripada saya! 369 00:21:02,302 --> 00:21:04,596 {\an8}Neike Fuike Kiroro! 370 00:21:04,680 --> 00:21:07,766 {\an8}(KUASA YANG MENAKJUBKAN) 371 00:21:10,519 --> 00:21:11,645 {\an8}Awak nampak tak? 372 00:21:12,938 --> 00:21:14,314 Saya takkan bunuh mereka. 373 00:21:15,065 --> 00:21:18,610 Saya tak mahu awak jadi sampah macam mereka. 374 00:21:19,569 --> 00:21:20,737 Betul tak, Kororo? 375 00:21:21,905 --> 00:21:23,031 Koro… 376 00:21:29,705 --> 00:21:32,207 Biarpun perit, masa silam tetap tak dapat diubah. 377 00:21:32,833 --> 00:21:35,002 Awak juga berjaya tangkap mereka. 378 00:21:35,085 --> 00:21:37,129 Jadi saya tak rasa kesal. 379 00:21:37,212 --> 00:21:40,507 Jadi jangan bersedih, 380 00:21:40,590 --> 00:21:41,550 Horohoro. 381 00:21:42,718 --> 00:21:43,927 Aneh, bukan? 382 00:21:44,011 --> 00:21:47,389 Awak sendiri yang cakap orang yang kuat 383 00:21:47,472 --> 00:21:48,890 akan mengatasi yang lemah. 384 00:21:48,974 --> 00:21:50,517 Saya tahu 385 00:21:50,600 --> 00:21:52,602 dan saya tak silap. 386 00:21:52,686 --> 00:21:54,438 Saya takkan tarik balik kata-kata itu. 387 00:21:54,521 --> 00:21:55,480 Tapi… 388 00:21:56,231 --> 00:21:57,065 saya… 389 00:21:58,025 --> 00:22:00,319 Kadang-kadang hati kita 390 00:22:00,402 --> 00:22:02,654 sukar untuk menerima hakikat. 391 00:22:03,363 --> 00:22:06,450 Sebab itulah awak mesti jadi Raja Dukun. 392 00:22:08,493 --> 00:22:09,995 Awak boleh 393 00:22:10,078 --> 00:22:12,998 wujudkan lapangan fuki seluas mata memandang 394 00:22:13,081 --> 00:22:15,584 yang takkan dibinasakan oleh orang jahat! 395 00:22:16,626 --> 00:22:20,130 Jadi awak tak boleh putus asa sekarang. 396 00:22:24,801 --> 00:22:26,636 Baiklah… 397 00:23:52,973 --> 00:23:57,978 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana