1 00:00:08,007 --> 00:00:11,594 SEBUAH SIRI ANIME ASLI NETFLIX 2 00:00:13,805 --> 00:00:17,976 Pusingan pertama Kejohanan Dukun akan bermula kira-kira sebulan dari sekarang. 3 00:00:18,977 --> 00:00:21,896 Seperti biasa, tempat, masa dan format pertarungan 4 00:00:21,980 --> 00:00:24,149 akan dimaklumkan melalui Loceng Dewata. 5 00:00:24,691 --> 00:00:26,776 Pusingan seterusnya mungkin 6 00:00:26,860 --> 00:00:30,363 lebih dahsyat daripada pusingan kelayakan. 7 00:00:30,947 --> 00:00:32,824 Jadi saya sarankan 8 00:00:32,907 --> 00:00:35,243 anda manfaatkan masa sebulan ini sebaiknya 9 00:00:35,326 --> 00:00:40,040 bersama keluarga, rakan-rakan, orang yang tersayang dan orang tua anda. 10 00:00:40,623 --> 00:00:43,918 Kerana selepas ini, hidup anda semua takkan kembali 11 00:00:44,002 --> 00:00:45,295 seperti sediakala. 12 00:00:48,214 --> 00:00:49,215 SEKOLAH SWASTA SHINRA 13 00:00:49,299 --> 00:00:51,801 Kemudian Ginji terus membalas, 14 00:00:51,885 --> 00:00:54,888 "Tidak, buang pistol awak dulu!" 15 00:00:55,680 --> 00:00:59,309 "Mereka berdua saling menyayangi, tapi mereka juga saling membenci." 16 00:00:59,392 --> 00:01:00,643 Berhenti. 17 00:01:00,727 --> 00:01:02,187 Okey, seterusnya… 18 00:01:02,729 --> 00:01:04,481 Asakura! Sekarang bukan masa tidur! 19 00:01:09,527 --> 00:01:11,279 Awak berkelakuan aneh hari ini. 20 00:01:12,113 --> 00:01:15,075 Jangan buat-buat tak tahu. Awak asyik termenung. 21 00:01:15,158 --> 00:01:16,493 Mestilah. 22 00:01:16,576 --> 00:01:20,663 Baru semalam saya lawan Ren bermati-matian, kemudian saya terus 23 00:01:20,747 --> 00:01:22,207 menghadiri majlis pembukaan… 24 00:01:23,249 --> 00:01:26,336 Hari ini, saya ke sekolah seolah-olah tiada apa yang berlaku. 25 00:01:26,419 --> 00:01:29,380 Saya masih tak tahu 26 00:01:30,006 --> 00:01:33,468 adakah ini mimpi atau kenyataan. 27 00:01:34,928 --> 00:01:36,679 Awak bertarung dengan sehabis baik. 28 00:01:36,763 --> 00:01:38,890 Awak berjaya melepasi pusingan awal. 29 00:01:38,973 --> 00:01:42,060 Semua yang awak alami sampai sekarang… 30 00:01:43,561 --> 00:01:45,855 adalah kenyataan. 31 00:01:46,648 --> 00:01:48,691 - Anna… - Ini dia. 32 00:01:49,359 --> 00:01:52,445 Jadual latihan yang lebih ketat untuk pusingan akan datang. 33 00:01:53,321 --> 00:01:54,531 Ini juga nyata. 34 00:03:26,539 --> 00:03:28,416 Bagus! Mari kita raikan! 35 00:03:28,499 --> 00:03:31,502 Kita semua berjaya mara ke pusingan seterusnya! 36 00:03:31,586 --> 00:03:32,503 Abang! 37 00:03:32,587 --> 00:03:34,088 Baru tengah harilah! 38 00:03:34,172 --> 00:03:36,049 Abang mengganggu orang lain! 39 00:03:36,132 --> 00:03:37,050 Tengoklah! 40 00:03:38,801 --> 00:03:39,886 Itu bukan masalahnya. 41 00:03:39,969 --> 00:03:40,887 Saya tak faham… 42 00:03:41,721 --> 00:03:45,225 kamu semua buat apa di sini? 43 00:03:46,226 --> 00:03:48,436 Apa? Sebab apa lagi? 44 00:03:49,229 --> 00:03:50,813 Kerana kami kawanlah! 45 00:03:50,897 --> 00:03:53,650 Awak cuma tak nak buang duit menginap di hotel, bukan? 46 00:03:54,609 --> 00:03:57,111 Jangan lupa bayar untuk makanan semalam, okey? 47 00:03:58,529 --> 00:04:01,783 Saya faham kenapa Horohoro datang kerana dia tak tahu malu. 48 00:04:02,408 --> 00:04:04,369 Tapi kenapa awak juga ada di sini? 49 00:04:04,452 --> 00:04:06,955 Budak muka tak ada perasaan ini 50 00:04:07,038 --> 00:04:08,831 yang paksa saya datang ke sini! 51 00:04:08,915 --> 00:04:10,875 Jangan degil! 52 00:04:10,959 --> 00:04:13,294 Awak juga perlu jimat duit penginapan, bukan? 53 00:04:13,378 --> 00:04:16,089 - Saya ada bangunan sendiri. - Apa? 54 00:04:16,172 --> 00:04:18,591 Jangan samakan saya dengan orang hina macam awak. 55 00:04:21,552 --> 00:04:24,222 Saya tak pernah nampak tuan saya segembira ini. 56 00:04:24,305 --> 00:04:25,890 Bason terharu! 57 00:04:26,474 --> 00:04:29,102 Awak cakap dia nampak gembira? 58 00:04:29,978 --> 00:04:33,064 Awak tak kenal senyuman Tuan Ren. 59 00:04:33,648 --> 00:04:34,524 Dia tak pernah 60 00:04:34,607 --> 00:04:38,361 suka berbual dengan sesiapa pun. 61 00:04:38,945 --> 00:04:39,862 Tapi sekarang, 62 00:04:39,946 --> 00:04:41,823 dia ada kawan dengan kuasa yang sama 63 00:04:41,906 --> 00:04:43,866 dan melalui pengalaman yang sama dengannya. 64 00:04:44,951 --> 00:04:47,370 Seronok rasanya apabila ada kawan, bukan? 65 00:04:49,289 --> 00:04:50,206 Ya. 66 00:04:50,790 --> 00:04:52,083 Hei… 67 00:04:52,792 --> 00:04:53,876 Maaf! 68 00:04:53,960 --> 00:04:55,878 "Hei. 69 00:04:56,629 --> 00:04:58,756 Air mandian dah sedia. 70 00:04:58,840 --> 00:05:02,010 Kamu boleh mandi sekarang." 71 00:05:03,720 --> 00:05:07,140 Maka berlalulah malam kami bersama di Rumah Penginapan En. 72 00:05:07,932 --> 00:05:09,642 Hanya dengan meluangkan masa bersama 73 00:05:09,726 --> 00:05:12,145 di tempat yang sama, 74 00:05:13,021 --> 00:05:14,522 perlahan-lahan, 75 00:05:14,605 --> 00:05:15,648 sedikit demi sedikit, 76 00:05:16,566 --> 00:05:17,650 kami mula 77 00:05:18,693 --> 00:05:20,737 memahami satu sama lain. 78 00:05:21,821 --> 00:05:23,114 Begitulah kisahnya. 79 00:05:24,615 --> 00:05:26,743 Malam yang sukar untuk dilupakan! 80 00:05:30,788 --> 00:05:31,831 Hei, Ren. 81 00:05:32,498 --> 00:05:34,417 Awak dah nak balik? 82 00:05:35,043 --> 00:05:38,338 Saya meluangkan masa di sini malam tadi kerana rasa simpati saja. 83 00:05:38,921 --> 00:05:41,215 Saya tak banyak masa terluang macam awak. 84 00:05:42,133 --> 00:05:44,927 Awak nak pulang ke China, bukan? 85 00:05:47,263 --> 00:05:49,932 Hidup kita takkan kembali seperti sediakala lagi, bukan? 86 00:05:50,975 --> 00:05:53,561 Saya pun tak sampai hati nak beritahu Anna. 87 00:05:54,145 --> 00:05:57,231 Dugaan yang berat menanti kita. 88 00:05:57,315 --> 00:06:00,193 Kita mesti bersiap sedia sepenuhnya. 89 00:06:01,277 --> 00:06:02,278 Sebab itulah 90 00:06:02,361 --> 00:06:05,698 saya mesti tamatkan semua ini dengan cara saya sendiri. 91 00:06:05,782 --> 00:06:08,868 Untuk mencari semula matlamat dan tujuan sebenar saya 92 00:06:08,951 --> 00:06:11,704 yang hilang setelah bertarung dengan awak. 93 00:06:12,830 --> 00:06:13,664 Ren… 94 00:06:15,333 --> 00:06:18,711 Tapi masih ada satu matlamat yang pasti. 95 00:06:20,254 --> 00:06:22,965 Awak seorang saja yang pernah tewaskan saya. 96 00:06:23,716 --> 00:06:26,177 Suatu hari nanti, saya akan tewaskan awak. 97 00:06:26,969 --> 00:06:28,387 Kita jumpa di pusingan utama. 98 00:06:28,471 --> 00:06:30,765 Sementara itu, jaga diri. 99 00:06:32,016 --> 00:06:33,267 Awak pun jaga diri! 100 00:06:34,811 --> 00:06:37,021 Ayuh! Kejohanan Dukun! 101 00:06:39,315 --> 00:06:41,859 BEBERAPA HARI KEMUDIAN 102 00:06:46,823 --> 00:06:47,865 Tak sangka 103 00:06:47,949 --> 00:06:51,035 harga cendawan maitake dah mahal sekarang! 104 00:06:51,744 --> 00:06:55,540 Maaf kerana awak terpaksa temankan saya membeli-belah, Tuan Yoh! 105 00:06:56,249 --> 00:06:57,708 Tak apa. 106 00:06:57,792 --> 00:07:01,003 Tapi Anna patut pergi beli barang sendiri sekali-sekala. 107 00:07:01,087 --> 00:07:02,922 Tak apa, saya tak kisah! 108 00:07:03,005 --> 00:07:05,216 Saya suka memasak! 109 00:07:05,299 --> 00:07:07,301 Jadi saya juga suka beli barang dapur! 110 00:07:07,385 --> 00:07:09,262 Lagipun… 111 00:07:09,762 --> 00:07:13,516 Saya dapat jalan-jalan ambil angin dengan awak seperti ini, Tuan Yoh! 112 00:07:14,267 --> 00:07:15,935 "Lagipun" apa? 113 00:07:17,395 --> 00:07:19,647 Maaf! Saya mengelamun lagi! 114 00:07:19,730 --> 00:07:23,192 Saya nak tanya awak ada masakah untuk keluar beli barang dengan saya? 115 00:07:23,276 --> 00:07:25,945 Masa lapang awak sebelum Kejohanan Dukun sangat berharga. 116 00:07:29,073 --> 00:07:29,949 Jangan risau. 117 00:07:30,700 --> 00:07:33,411 Yang paling penting bagi saya sekarang 118 00:07:33,494 --> 00:07:36,664 ialah menikmati kehidupan harian saya di sini. 119 00:07:37,290 --> 00:07:38,958 Jadi saat-saat seperti ini 120 00:07:39,041 --> 00:07:41,836 sangat berharga bagi saya. 121 00:07:43,004 --> 00:07:46,215 - Mari kita ikut jalan pintas. - Okey! 122 00:07:47,258 --> 00:07:50,720 Lebih cepat kalau kita lalu tokong ini. 123 00:07:51,512 --> 00:07:52,638 Tuan Yoh! 124 00:07:52,722 --> 00:07:56,684 Saat kita bersama ini sangat berharga bagi awak… 125 00:07:56,767 --> 00:07:57,894 Romantiknya! 126 00:07:57,977 --> 00:07:59,228 Saya rasa nak muntah! 127 00:07:59,312 --> 00:08:01,105 Ponchi! Conchi! 128 00:08:01,689 --> 00:08:04,108 Aduhai, kecil-kecil dah angau. 129 00:08:04,192 --> 00:08:05,735 Indahnya zaman remaja. 130 00:08:05,818 --> 00:08:08,279 Diamlah! Kamu berdua nak apa? 131 00:08:08,362 --> 00:08:10,865 Maaf kerana mengganggu awak. 132 00:08:10,948 --> 00:08:14,702 Ada orang mengekori kamu berdua dari tadi. 133 00:08:18,831 --> 00:08:20,208 Kereta mayat? 134 00:08:20,291 --> 00:08:22,001 Kereta mayat di tokong Shinto? 135 00:08:22,084 --> 00:08:24,128 - Nampaknya kami dah terlambat. - Nampaknya kami dah terlambat. 136 00:08:24,212 --> 00:08:26,339 - Memang dah terlambat! - Hei, jaga-jaga! 137 00:08:26,422 --> 00:08:28,674 Sorok ibu jari kalau nampak kereta mayat. 138 00:08:28,758 --> 00:08:30,009 Kalau tak, ibu bapa akan mati! 139 00:08:30,092 --> 00:08:31,761 Itu bukan masalahnya sekarang! 140 00:08:32,512 --> 00:08:35,097 Maaf, Tuan Yoh! Saya… 141 00:08:35,181 --> 00:08:36,516 Hei! 142 00:08:36,599 --> 00:08:40,895 Berani kamu tak endahkan kami di sini? 143 00:08:40,978 --> 00:08:44,190 Tapi kamu pasti terkejut apabila mendengar lagu kami! 144 00:08:48,402 --> 00:08:50,071 Pembesar suara Bosan? 145 00:08:50,154 --> 00:08:52,573 Jangan terkejut! 146 00:08:52,657 --> 00:08:55,952 Semua orang di Jepun 147 00:08:56,035 --> 00:08:58,955 kenal mikrofon piuter buatan khas saya 148 00:08:59,038 --> 00:09:02,625 dan biwa elektrik buatan khas dia! 149 00:09:02,708 --> 00:09:04,627 Ini lambang kami! 150 00:09:05,211 --> 00:09:07,713 Ya! Kami kumpulan sami penyanyi, 151 00:09:07,797 --> 00:09:08,881 BōZ! 152 00:09:08,965 --> 00:09:11,759 Nama kami kian popular kerana personaliti kami yang menarik! 153 00:09:11,842 --> 00:09:14,262 Kamilah kugiran Buddha yang diminati ramai! 154 00:09:15,972 --> 00:09:17,139 Buruknya! 155 00:09:17,223 --> 00:09:19,517 "Sami penyanyi, BōZ!" 156 00:09:20,101 --> 00:09:21,435 Siapa kamu berdua? 157 00:09:21,519 --> 00:09:23,312 Ada apa-apa yang boleh kami bantu? 158 00:09:23,396 --> 00:09:25,147 Kalau nak minta derma, 159 00:09:25,231 --> 00:09:29,277 maaf, kami tak ada duit. Kami tak dapat sedekah kalau kamu menyanyi. 160 00:09:29,360 --> 00:09:32,321 Apa? Peliknya. 161 00:09:32,405 --> 00:09:35,908 Tak sangka ada orang yang tak kenal kita. 162 00:09:35,992 --> 00:09:36,867 Nanti dulu. 163 00:09:36,951 --> 00:09:39,662 Mungkin mereka akan ingat kalau mereka dengar lagu kita. 164 00:09:39,745 --> 00:09:41,414 Mungkin mereka tak cam muka kita. 165 00:09:41,914 --> 00:09:43,874 Dengarlah lagu terkenal kami, 166 00:09:45,418 --> 00:09:48,004 "Nirvana! Three Refuge's Verse"! 167 00:09:48,087 --> 00:09:52,133 Pandang kakimu 168 00:09:52,216 --> 00:09:55,428 Kau tak bernyawa lagi 169 00:09:55,511 --> 00:09:57,888 Dapatkah kau melihatnya? 170 00:09:57,972 --> 00:09:59,557 Tubuhmu lut sinar 171 00:09:59,640 --> 00:10:03,936 Tiada kaki untuk berjalan Hanya mampu terapung 172 00:10:04,020 --> 00:10:05,688 Jikiebutsu, toganshujo 173 00:10:05,771 --> 00:10:07,189 Taigedaido, hotsumujoi 174 00:10:07,898 --> 00:10:10,443 Lirik lagunya macam jampi… 175 00:10:15,364 --> 00:10:19,076 Saya dah agak! Jampi yang hampir mengutus Amidamaru ke akhirat dulu! 176 00:10:19,994 --> 00:10:22,455 Ponchi dan Conchi… 177 00:10:22,538 --> 00:10:25,291 Hei! Kamu berdua buat apa? 178 00:10:27,501 --> 00:10:29,879 Kami, BōZ, akan usir semua roh jahat 179 00:10:29,962 --> 00:10:32,798 yang berlegar-legar di dunia ini ke akhirat! 180 00:10:33,466 --> 00:10:35,635 Kerana kami BōZ! 181 00:10:36,218 --> 00:10:38,429 Itu impian kami! 182 00:10:39,013 --> 00:10:42,808 Tapi untuk merealisasikan impian itu, kami perlukan kuasa yang lebih hebat! 183 00:10:42,892 --> 00:10:47,188 Sebab itulah kami mulakan projek besar-besaran kami! 184 00:10:47,271 --> 00:10:52,818 Menuju Kejohanan Dukun! Jerayawara Zahid '99! 185 00:10:53,402 --> 00:10:56,072 Jadi kamu juga peserta Kejohanan Dukun? 186 00:10:57,365 --> 00:10:59,950 Awak Yoh Asakura, bukan? 187 00:11:00,034 --> 00:11:03,245 Perlawanan akhir awak dalam pusingan kelayakan sangat menakjubkan. 188 00:11:03,746 --> 00:11:07,249 Awak pasti akan menjadi penghalang bagi kami suatu hari nanti. 189 00:11:07,833 --> 00:11:09,919 Jadi sebelum pusingan utama bermula… 190 00:11:10,002 --> 00:11:12,171 Kami akan bunuh awak dulu! 191 00:11:13,130 --> 00:11:15,716 Jadi dengar sini, semua! 192 00:11:15,800 --> 00:11:17,385 Ini lagu baru kami, 193 00:11:17,468 --> 00:11:20,471 "Chimi-Chimi Moryo!" 194 00:11:23,349 --> 00:11:24,892 Apa semua ini? 195 00:11:24,975 --> 00:11:28,270 Kuasa Ghaib awak? Hei, lepaskan saya! 196 00:11:28,354 --> 00:11:33,067 Chimi Moryo! Roh-roh yang lupa rupa asal mereka! 197 00:11:33,150 --> 00:11:35,569 Mereka berdua mengawal mereka dengan lagu itu! 198 00:11:38,781 --> 00:11:40,783 Awak simpan dia di dalam ini, bukan? 199 00:11:40,866 --> 00:11:42,910 Roh Pelindung awak, Amidamaru! 200 00:11:42,993 --> 00:11:44,203 Ini tak boleh jadi! 201 00:11:44,286 --> 00:11:46,831 Budak macam awak tak boleh bawa roh jahat ke sana sini. 202 00:12:02,138 --> 00:12:04,014 Kami dah selidik latar belakang awak, 203 00:12:04,098 --> 00:12:05,141 Yoh Asakura. 204 00:12:05,683 --> 00:12:08,394 Awak tinggal serumah dengan seorang Itako. 205 00:12:08,477 --> 00:12:10,229 Saya tak suka Itako. 206 00:12:10,312 --> 00:12:13,524 Itako boleh menyeru roh dari akhirat ke dunia ini. 207 00:12:14,733 --> 00:12:17,528 Selepas tugas kami selesai di sini, 208 00:12:17,611 --> 00:12:19,488 Roh Pelindung awak akan terus ke akhirat! 209 00:12:19,572 --> 00:12:20,698 Bersyukurlah! 210 00:12:21,198 --> 00:12:23,242 Kami buat persembahan 211 00:12:23,325 --> 00:12:25,703 dan usir roh jahat untuk awak secara percuma! 212 00:12:27,204 --> 00:12:29,832 Tuan Yoh! Apa yang terjadi? 213 00:12:29,915 --> 00:12:31,000 Hei! 214 00:12:31,083 --> 00:12:33,836 Duduk diam-diam dan jangan keluar! 215 00:12:33,919 --> 00:12:35,754 Tuan Yoh! 216 00:12:35,838 --> 00:12:37,298 Kamu berdua dah melampau! 217 00:12:37,381 --> 00:12:39,008 Pulangkan Amidamaru! 218 00:12:40,092 --> 00:12:42,720 Tak sangka awak akan gunakan kekerasan. 219 00:12:42,803 --> 00:12:44,555 Maaf, awak takkan menang. 220 00:12:45,681 --> 00:12:48,309 - Awak lemah tanpa Roh Pelindung! - Awak lemah tanpa Roh Pelindung! 221 00:12:50,978 --> 00:12:53,481 - Tuan Yoh! - Jangan masuk campur, Tamao! 222 00:12:53,981 --> 00:12:55,483 Jangan risau! 223 00:12:55,566 --> 00:12:58,027 Saya akan selamatkan Amidamaru! 224 00:13:00,112 --> 00:13:03,824 Awak tak dapat lawan Chimi Moryo dengan kuasa biasa saja! 225 00:13:03,908 --> 00:13:05,409 Maaf, tapi itulah hakikatnya! 226 00:13:05,493 --> 00:13:08,621 Chimi Moryo akan lenyap apabila lagu kami tak kedengaran lagi, okey? 227 00:13:08,704 --> 00:13:10,539 - Tunggu! - Selamat tinggal! 228 00:13:10,623 --> 00:13:11,999 Tak guna! 229 00:13:12,082 --> 00:13:14,168 Amidamaru bukan roh jahat! 230 00:13:14,251 --> 00:13:16,086 Dia kawan saya! 231 00:13:16,629 --> 00:13:19,173 Kamu sangka saya akan biarkan kamu pergi begitu saja? 232 00:13:19,256 --> 00:13:21,008 Kamu sangka kamu boleh lari? 233 00:13:21,091 --> 00:13:22,051 Kamu sangka 234 00:13:22,551 --> 00:13:25,179 saya akan biarkan kamu pergi? 235 00:13:27,932 --> 00:13:29,225 Kuasa Ghaib mereka musnah! 236 00:13:29,934 --> 00:13:32,353 Mereka gunakan batu sebagai medium! 237 00:13:32,436 --> 00:13:33,771 Tak mungkin! 238 00:13:33,854 --> 00:13:36,273 Dia meresapkan Mana sendiri ke dalam Chimi Moryo kita 239 00:13:36,357 --> 00:13:38,734 untuk melemahkan Mana kita? 240 00:13:39,652 --> 00:13:41,362 Awak memang hebat, Yoh Asakura. 241 00:13:41,445 --> 00:13:43,322 Benarlah telahan kami tentang awak! 242 00:13:43,405 --> 00:13:45,574 Merampas Roh Pelindung awak saja tak cukup. 243 00:13:45,658 --> 00:13:48,244 Nampaknya kami perlu bunuh awak di sini! 244 00:13:49,245 --> 00:13:51,580 - Gabungan lagu istimewa! - Gabungan lagu istimewa! 245 00:13:51,664 --> 00:13:52,915 - "Chimi-Chimi Moryo!" - "Chimi-Chimi Moryo!" 246 00:13:52,998 --> 00:13:56,043 - "Roh Biru Berkelana!" - "Roh Biru Berkelana!" 247 00:13:58,420 --> 00:14:00,089 Kamu ingat saya takut? 248 00:14:02,841 --> 00:14:03,717 Apa? 249 00:14:03,801 --> 00:14:06,887 Mananya dapat mengatasi kuasa kita? 250 00:14:06,971 --> 00:14:08,556 Jangan takut! 251 00:14:08,639 --> 00:14:10,599 Kita cuma perlu serang dengan lebih kuat! 252 00:14:15,563 --> 00:14:16,855 Lihatlah. 253 00:14:16,939 --> 00:14:20,150 Mananya tak dapat menghapuskan Chimi Moryo sebanyak itu! 254 00:14:20,234 --> 00:14:21,485 Ini penghujung lagu kami! 255 00:14:21,569 --> 00:14:22,695 Tuan Yoh! 256 00:14:27,825 --> 00:14:29,159 Chimi Moryo… 257 00:14:29,243 --> 00:14:30,536 Siapa itu? 258 00:14:30,619 --> 00:14:32,162 Siapa yang tergamak buat begitu? 259 00:14:32,746 --> 00:14:34,164 Diamlah. 260 00:14:35,040 --> 00:14:37,084 Kamu buat bising di luar, 261 00:14:38,043 --> 00:14:40,504 macam mana saya nak tidur? 262 00:14:42,840 --> 00:14:44,049 Awak… 263 00:14:44,133 --> 00:14:45,551 Ryu Pedang Kayu! 264 00:14:47,261 --> 00:14:49,972 Ada jambul kecil baru di tengah-tengah! 265 00:14:50,055 --> 00:14:52,391 Awak buat apa di sini? 266 00:14:52,474 --> 00:14:54,602 Apa yang awak buat tadi? 267 00:14:55,436 --> 00:14:58,814 Rambut saya menceritakan kisah perjuangan saya. 268 00:14:59,356 --> 00:15:01,984 Setiap kali ia dipotong, saya bertambah kuat. 269 00:15:03,152 --> 00:15:04,403 Pendek kata, 270 00:15:04,486 --> 00:15:06,780 saya seorang Dukun sekarang. 271 00:15:06,864 --> 00:15:07,740 - Apa? - Apa? 272 00:15:07,823 --> 00:15:11,410 Sudah tentu awak tak percaya. 273 00:15:11,493 --> 00:15:13,787 Awak lupa tentang saya 274 00:15:13,871 --> 00:15:17,750 dan tinggalkan saya di Izumo, Yoh. 275 00:15:20,336 --> 00:15:23,505 Kesedihan itu memberikan semangat kepada saya 276 00:15:24,131 --> 00:15:27,134 untuk menjalani latihan di bawah ajaran datuk awak. 277 00:15:27,217 --> 00:15:30,137 Saya dah lama boleh nampak roh 278 00:15:30,220 --> 00:15:33,098 dan bakat saya yang terpendam mula diasah… 279 00:15:33,182 --> 00:15:34,391 Hei! 280 00:15:34,475 --> 00:15:36,977 Kenapa tiba-tiba buat kacau dan membebel di sini? 281 00:15:37,061 --> 00:15:40,105 Saya tak peduli kalau awak Dukun sekalipun, jangan masuk campur! 282 00:15:40,773 --> 00:15:41,857 Apa? 283 00:15:42,483 --> 00:15:44,068 Siapa kamu berdua? 284 00:15:44,151 --> 00:15:47,029 Saya tak perasan pun kamu ada di situ tadi. 285 00:15:47,780 --> 00:15:50,282 Hari ini ada majlis pengebumiankah, sami? 286 00:15:50,366 --> 00:15:51,742 - "Sami"? - "Sami"? 287 00:15:51,825 --> 00:15:55,371 Tak sangka masih ada orang yang tak kenal kami. 288 00:15:55,454 --> 00:15:57,039 Dengar sini baik-baik! 289 00:15:57,122 --> 00:15:59,792 Kami kugiran Buddha yang diminati ramai… 290 00:15:59,875 --> 00:16:01,126 Saya Ryu Pedang Kayu. 291 00:16:05,923 --> 00:16:06,966 Kamu nak lawan 292 00:16:07,049 --> 00:16:08,092 atau tak? 293 00:16:09,635 --> 00:16:12,096 Ini tempat terbaik baru saya. 294 00:16:14,890 --> 00:16:16,058 Pergi dari sini. 295 00:16:16,141 --> 00:16:18,519 Tokong ini bukan tempat untuk sami Buddha macam kamu. 296 00:16:18,602 --> 00:16:21,563 Dia belah kereta Wild Zero kita? 297 00:16:21,647 --> 00:16:23,816 Dia lebih kuat daripada yang saya sangka! 298 00:16:23,899 --> 00:16:26,235 Kita mesti beritahu Hao dengan segera! 299 00:16:26,735 --> 00:16:28,362 - Bedebah! - Bedebah! 300 00:16:28,445 --> 00:16:29,488 Kami akan kembali! 301 00:16:31,240 --> 00:16:32,324 Hao? 302 00:16:36,912 --> 00:16:38,747 Saya dah agak mereka tak boleh diharap. 303 00:16:39,873 --> 00:16:43,752 Saya memang tak jangka mereka boleh bunuh dia, 304 00:16:44,461 --> 00:16:47,214 tapi saya tak sangka kawannya akan muncul tiba-tiba. 305 00:16:49,967 --> 00:16:51,510 Yoh Asakura. 306 00:16:52,511 --> 00:16:54,471 Apa patut saya buat sekarang? 307 00:16:57,224 --> 00:17:00,227 Awak juga Dukun, Ryu Pedang Kayu? 308 00:17:00,310 --> 00:17:01,895 Apa makna semua ini? 309 00:17:01,979 --> 00:17:03,022 Manta. 310 00:17:03,105 --> 00:17:05,357 Tak perlu terkejut sangat. 311 00:17:05,441 --> 00:17:06,900 Tentu dia suka. 312 00:17:08,736 --> 00:17:11,155 Saya dah cakap apa yang terjadi. 313 00:17:11,864 --> 00:17:15,409 Lelaki bernama Silva itu beri saya Loceng Dewata ini, 314 00:17:15,492 --> 00:17:18,829 saya kalahkan dua orang Dukun dan mara ke pusingan seterusnya. 315 00:17:19,705 --> 00:17:20,914 Tengoklah! 316 00:17:20,998 --> 00:17:23,959 Itu saya di majlis pembukaan. 317 00:17:24,043 --> 00:17:25,085 Yalah! 318 00:17:25,711 --> 00:17:30,049 Pendek kata, saya Dukun genius! 319 00:17:31,759 --> 00:17:34,011 Awak mara ke pusingan utama dengan begitu mudah. 320 00:17:34,094 --> 00:17:36,847 Saya patut malu. 321 00:17:37,639 --> 00:17:41,018 Saya tak sangka Roh Pelindung awak ialah Tokageroh! 322 00:17:42,102 --> 00:17:46,982 Tentu kamu semua sangka saya dah aman bersemadi. 323 00:17:47,066 --> 00:17:48,400 Sangkaan kamu meleset! 324 00:17:48,484 --> 00:17:52,279 Saya masih belum puas hidup di dunia ini. 325 00:17:52,863 --> 00:17:55,491 Saya degil orangnya. 326 00:17:55,574 --> 00:17:58,327 Saya takkan ke mana-mana 327 00:17:58,410 --> 00:18:00,621 selagi saya tak tewaskan Amidamaru! 328 00:18:01,538 --> 00:18:04,583 Apa pun, terima kasih kerana selamatkan kami. 329 00:18:04,666 --> 00:18:07,086 Ya, awak selamatkan nyawa kami! 330 00:18:07,169 --> 00:18:09,088 Apa? Saya… 331 00:18:10,964 --> 00:18:12,007 Begitu! 332 00:18:12,633 --> 00:18:15,052 Kamu memang sepadan. Dua-dua nampak dungu! 333 00:18:15,135 --> 00:18:17,137 Jijik betul… 334 00:18:17,763 --> 00:18:18,722 - Apa awak cakap? - Apa awak cakap? 335 00:18:18,806 --> 00:18:21,016 Kamu berdua masih tinggal di sini? 336 00:18:21,600 --> 00:18:24,686 Jangan risau tentang hal remeh begitu. Kita patut raikan hari ini! 337 00:18:24,770 --> 00:18:27,773 Saya gembira rakan kita bertambah lagi! 338 00:18:27,856 --> 00:18:30,776 Ya, betul kata Horohoro. 339 00:18:31,318 --> 00:18:33,153 Pusingan utama pastinya mencabar. 340 00:18:33,862 --> 00:18:35,656 Saya risau memikirkan siapa Hao. 341 00:18:35,739 --> 00:18:37,533 Tapi selagi kita ada kawan-kawan, 342 00:18:37,616 --> 00:18:40,160 kita boleh hadapi apa saja cabaran bersama. 343 00:18:40,953 --> 00:18:43,539 Persaingan yang sihat juga boleh mendorong kita. 344 00:18:44,623 --> 00:18:46,792 Saya gembira awak ada bersama kami, 345 00:18:46,875 --> 00:18:47,793 Ryu. 346 00:18:48,752 --> 00:18:52,673 Awak memang baik hati, Yoh. 347 00:18:53,924 --> 00:18:55,801 Saya dah sampai ke tahap ini, 348 00:18:55,884 --> 00:18:59,972 jadi saya akan cari tempat terbaik untuk saya sebagai Dukun! 349 00:19:01,306 --> 00:19:02,975 Semoga berjaya, kawan-kawan! 350 00:19:05,894 --> 00:19:10,149 Awak jenis yang akan mati dulu ketika melawan musuh. 351 00:19:10,232 --> 00:19:11,859 - Sampai hati awak! - Sampai hati awak! 352 00:19:12,860 --> 00:19:15,028 Pusingan utama akan bermula tak lama lagi. 353 00:19:15,112 --> 00:19:17,447 Maknanya kamu semua tak boleh buang masa lagi. 354 00:19:18,240 --> 00:19:19,158 Termasuk janji temu. 355 00:19:19,992 --> 00:19:22,327 Latihan duduk tanpa kerusi selama sejam! 356 00:19:23,370 --> 00:19:25,497 Sepuluh jam untuk sesiapa yang tak puas hati! 357 00:19:28,750 --> 00:19:29,960 Beijing… 358 00:19:30,544 --> 00:19:34,089 Kota ini ialah persinggahan terakhir kita sebelum tiba di destinasi. 359 00:19:35,090 --> 00:19:38,886 Kita akan bertukar kereta api sepanjang perjalanan 38 jam ke Guizhou. 360 00:19:39,428 --> 00:19:43,348 Selepas itu, kita akan menunggang Hakuoh selama dua hari ke Gunung Jiaoshan. 361 00:19:43,932 --> 00:19:46,935 Akhirnya, 362 00:19:47,019 --> 00:19:48,228 kita akan sampai ke rumah. 363 00:19:52,816 --> 00:19:53,859 Tuan. 364 00:19:55,319 --> 00:19:56,153 Tuan? 365 00:19:56,236 --> 00:19:58,906 Diam. Jangan cakap dengan saya. 366 00:19:59,948 --> 00:20:01,074 Tuan… 367 00:20:01,867 --> 00:20:03,368 Anak muda. 368 00:20:04,203 --> 00:20:06,455 Saya tak tahu apa yang terjadi, 369 00:20:06,538 --> 00:20:10,417 tapi kalau muka awak monyok saja, 370 00:20:10,500 --> 00:20:12,336 susah untuk awak mengundang tuah. 371 00:20:12,419 --> 00:20:13,253 Ambil ini! 372 00:20:13,337 --> 00:20:15,672 Makanlah pau pic ini. Tentu awak suka. 373 00:20:20,427 --> 00:20:24,014 Jangan! Saya tahu tuan marah, 374 00:20:24,097 --> 00:20:25,974 tapi maafkanlah… 375 00:20:32,314 --> 00:20:33,982 Sedap juga. 376 00:20:37,152 --> 00:20:38,987 Panas rasanya selepas makan. 377 00:20:39,863 --> 00:20:41,448 Saya nak pergi ambil angin. 378 00:20:45,244 --> 00:20:48,830 Tuan merengus dari tadi kemudian tiba-tiba makan pau pic? 379 00:20:48,914 --> 00:20:51,959 Apa yang bermain di fikiran tuan? 380 00:20:52,709 --> 00:20:53,961 Dengar sini, Bason. 381 00:20:54,920 --> 00:20:55,963 Saya dah mula 382 00:20:56,713 --> 00:20:58,882 rasa sangsi. 383 00:21:00,842 --> 00:21:07,015 Dulu saya benci Keluarga Tao dan semua manusia. 384 00:21:07,599 --> 00:21:10,143 Saya nak jadi Raja Dukun 385 00:21:10,227 --> 00:21:13,522 supaya saya boleh hapuskan mereka semua. 386 00:21:13,605 --> 00:21:15,899 Tapi selepas mengenali Yoh Asakura, 387 00:21:15,983 --> 00:21:19,152 saya sedar saya silap. 388 00:21:20,112 --> 00:21:21,238 Manusia 389 00:21:22,239 --> 00:21:23,824 tak sekeji yang saya sangka. 390 00:21:23,907 --> 00:21:25,826 Tuan Ren! 391 00:21:25,909 --> 00:21:27,703 Tapi saya 392 00:21:27,786 --> 00:21:30,956 dah bunuh terlalu ramai orang. 393 00:21:32,124 --> 00:21:35,502 Saya tak boleh buat apa-apa untuk menebus dosa saya. 394 00:21:35,585 --> 00:21:37,838 Kalau saya mati pun, ia masih tak cukup. 395 00:21:38,547 --> 00:21:40,799 Jadi saya fikir masak-masak. 396 00:21:40,882 --> 00:21:43,510 Apa yang boleh saya buat? 397 00:21:44,761 --> 00:21:48,890 Di dunia ini, kebencian hanya akan melahirkan kebencian. 398 00:21:48,974 --> 00:21:51,643 Saya akan cuba mengubahnya biarpun nyawa saya terkorban. 399 00:21:54,396 --> 00:21:57,733 Pau pic itu membantu saya menetapkan fikiran. 400 00:21:58,650 --> 00:22:01,903 Tapi sebelum itu, ada sesuatu yang perlu diselesaikan. 401 00:22:03,280 --> 00:22:04,531 Maksud tuan… 402 00:22:04,614 --> 00:22:07,200 Ya. Saya akan 403 00:22:08,368 --> 00:22:10,287 tewaskan ayah saya, 404 00:22:10,912 --> 00:22:13,540 punca segala dendam di hati saya! 405 00:22:13,623 --> 00:22:15,167 Tao En! 406 00:22:19,212 --> 00:22:21,256 Nampaknya Jiang Si Keluarga Tao 407 00:22:21,340 --> 00:22:23,342 keluar menyambut kepulangan saya! 408 00:22:24,301 --> 00:22:26,345 Mari kita bunuh mereka semua. 409 00:22:26,428 --> 00:22:27,971 Bason! 410 00:23:52,931 --> 00:23:57,936 Terjemahan sari kata oleh Aimi Farhana